Se ha denunciado esta presentación.
Utilizamos tu perfil de LinkedIn y tus datos de actividad para personalizar los anuncios y mostrarte publicidad más relevante. Puedes cambiar tus preferencias de publicidad en cualquier momento.

Patriotisme semakin terhakis

  • Sé el primero en comentar

Patriotisme semakin terhakis

  1. 1. PATRIOTISME SEMAKIN TERHAKIS DALAM KALANGAN MASYARAKATMALAYSIA.PendahuluanPatriotisme mengikut kamus Dewan Bahasa dan Pustaka edisi empat 2007 menyatakanbahawa perasaan cinta yang kuat terhadap tanah air. Seseorang individu yang patriotiksentiasa bersifat patriot dan sanggup mempertahankan kedaulatan dan membelanegaranya. Dalam kata lainnya, seorang patriot ialah seseorang yang menjuaraikepercayaan tentang kebesaran dan kebenaran negaranya, seseorang yang memandangtinggi dan menghargai simbol-simbol yang menjadi kebanggaan negara tersebut danseseorang yang melaungkan slogan tentang kesediaannya untuk mempertahankan negaradan kerajaan negara tersebut dengan nyawanya.Kita boleh juga katakan bahawa seorang yang patriot sentiasa berusaha menjadikannegaranya lebih baik sama ada dari segi pendidikan, lebih baik dari segi ketenteraan,lebih aman, lebih makmur, lebih bersih, lebih sihat, lebih berkuasa dan berpengaruh didalam hubungan antarabangsa, lebih cantik dan indah, lebih bersatu padu, lebih dihormatidi luar negara dan sebagainya. Patriotik itu wujud dalam pelbagai rupa bentuk manakalapatriotisme boleh meliputi pelbagai aktiviti.Malaysia dikenali dengan susunan masyarakat majmuk atau pluralisme. Konsep inibanyak dibincangkan sejak kebelakangan ini terutama dalam perhubungan ras dan etnik 1
  2. 2. yang mana ia secara langsung mencetuskan semangat patriotisme dalam hati mereka.Menurut konsep ini, masyarakat majmuk ialah masyarakat yang terdiri daripada pelbagaikelompok ras atau etnik berlainan yang berada di bawah satu sistem pemerintahan. DiMalaysia, kaum-kaumnya mempunyai kebudayaan, agama, bahasa dan adat resam yangtersendiri. Walaupun pelbagai kaum ini berganding bahu di bawah satu sistem politikyang sama tetapi kehidupan mereka adalah berasingan. Interaksi sosial dalam kalanganmereka amat berkurangan dan hubungan mereka hanya terbatas kepada hal ekonomi.Dari segi politik pula masyarakat majmuk timbul akibat dominasi penjajah.Dasar Pendidikan NegaraDi negara ini, penduduknya terdiri daripada tiga kelompok etnik yang utama iaituMelayu, Cina dan India. Di Sabah dan Sarawak terdapat kaum Dayak dan bumiputeralainnya. Penonjolan ras amat ketara seperti berlakunya dalam sistem pendidikankebangsaan terdapat sekolah kebangsaan dan jenis kebangsaan sejak negara merdekasehingga ke hari ini. Semua pihak harus sedar bahawa sekolah merupakan salah sebuahinstitusi yang mampu menjadi agen berkesan ke arah menyatupadukan murid-muridpelbagai kaum di negara ini. Bagi melahirkan masyarakat yang bersatu padu, aman dansejahtera, segala-galanya bermula dari sekolah. Ibarat kata pepatah jika mahu melenturbuluh biarlah dari rebungnya.Walau bagaimanapun, setelah negara mencapai usia lebih 50 tahun, sekolah-sekolahberlainan kaum masih wujud sehingga kelihatannya menghakis sedikit demi sedikit sikappatriotisme murid terhadap negara yang didiami ini. Sifat perkauman semakin melebar 2
  3. 3. dan membesar sedangkan kerajaan sudah acap kali memperkenalkan pelbagai programtermasuklah Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMP) tahun 1986 bertujuanmeningkatkan dan menyuburkan semangat kerjasama antara kaum sebagai pemangkinkepada perpaduan nasional serta meningkatkan semangat patriotisme dalam hati rakyatMalaysia seawal umur tujuh tahun.Tidak dinafikan usaha merapatkan hubungan antara murid pelbagai kaum ini amat baikdan diharapkan dapat menimbulkan suasana hormat menghormati dan meningkatkanperpaduan sesama mereka di sekolah. Sifat berbaik sangka dan bersatu padu ini dipupukagar ia berterusan sehingga mereka dewasa. Namun begitu, apakah yang boleh dilakukanterhadap sekolah-sekolah satu kaum yang masih wujud di negara ini? Bagaimanakahkementerian pelajaran dapat memupuk sifat itu dalam diri murid-murid. Persoalannya,adakah negara yang telah lebih 50 tahun merdeka ini memerlukan sekolah mengikut ras?Tanpa disedari, Malaysia sebenarnya telah mengikut jejak dasar pecah dan perintahseperti pada zaman penjajah yang memecahkan sekolah mengikut kaum yang manaMelayu di kampung, India di estet dan Cina di bandar. Hari ini, sekolah-sekolahmengikut ras ini boleh didapati di mana-mana di seluruh negara. Negara tidak akan dapatmelahirkan sebuah masyarakat majmuk yang tinggi semangat patriotiknya sekiranyadasar pendidikan pelajaran negara masih di tahap lama. Program-program yangdiwujudkan tidak mungkin dapat dilaksanakan dengan jayanya jika masih wujud sekolahpelbagai ras. Hasrat melahirkan bangsa Malaysia yang tinggi semangat patriotiknya jugatidak mungkin menjadi kenyataan walau 100 tahun negara mencapai kemerdekaan. 3
  4. 4. Keadaan orang Melayu di zaman penjajahan dikenali dengan kemunduran dan kurangberpendidikan tinggi. Peluang untuk belajar seperti di Kolej Melayu Kuala Kangsar(MCKK) hanya diberikan kepada golongan tertentu. Hari ini, kerajaan telah membuatpelbagai dasar untuk membantu dan mempertingkatkan ekonomi orang Melayu.Keadaan dan masa telah memberi kesedaran kepada orang Melayu supaya berubah.Melayu yang disifatkan sebagai kaum yang lemah dan belum maju harus dibantu makawujudlah Akta RIDA 1953 dan Akta MARA 1966 (Majlis Amanah Rakyat). Kerajaanterpaksa menceburi lapangan perusahaan untuk menolong kaum-kaum yang lemah ini.Jika tidak selamanya kaum itu akan terus lemah dan bertambah mundur. Dasar EkonomiBaru (DEB) bagi membela nasib orang Melayu dan bumiputera diwujudkan. DasarEkonomi Baru (DEB) itu sekurang-kurangnya berjaya mengimbangi kedudukan kaumdalam pelbagai bidang profesional seperti kejuruteraan, perubatan, perundangan, kegiatanekonomi dan sebagainya. Namun, sehingga ke hari ini, hasrat kerajaan untuk menaikkantaraf ekonomi dan pendidikan orang Melayu supaya seimbang dengan pencapaian kaum-kaum lain belum tercapai.Semangat Patriotisme Dalam Mempertahankan NegaraSemangat cintakan bangsa dan negara bukanlah warisan daripada ibu bapa atau darahketurunan semata-mata. Ia wujud hasil dari fenomena sosial dan budaya masyarakat.Semangat patriotisme Melayu mulai tercetus kesan daripada kedatangan pengaruh Islamyang membawa semangat jihad menentang penjajahan asing. Akibat campur tangankuasa-kuasa Barat kemudiannya telah menimbulkan semangat kenegerian dankedaerahan. Akhirnya lahirlah negara-negara bangsa di rantau Nusantara seperti 4
  5. 5. Indonesia, Brunei Darussalam, Singapura dan Malaysia. Setiap negara inimembangunkan nasionalisme masing-masing. Namun hanya Malaysia sahaja yangberteraskan Nasionalisme Melayu Semenanjung Tanah Melayu. Berkat usaha dansemangat patriotisme dalam kalangan orang Melayu akhirnya telah menghasilkankemerdekaan Tanah Melayu pada tahun 1957. Semangat orang Melayu terus berkobarsehingga mereka berjaya menguasai kepimpinan politik di negara ini dan seterusnyamenjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Kejayaan menjadikan bahasaMelayu sebagai bahasa rasmi negara merupakan suatu kebanggaan dan mercukemenangan bagi orang Melayu.Mana-mana negara maju yang mempunyai penduduk berbilang kaum dan keturunansewajarnya mempunyai suatu ideologi kebangsaan bagi menyatukan rakyatnya. DiMalaysia, ideologi kebangsaan yang paling sesuai mengikut hasrat dan cita-cita Wawasan2020 ialah ideologi nasionalisme Malaysia. Menerusi ideologi ini, diharapkan dapatmengikat rakyat Malaysia dalam satu ikatan yang teguh, kental seterusnya dapatmenangani kerumitan yang selama ini dialami oleh pelbagai kumpulan etnik di negaraini. Setiap kumpulan etnik mempunyai cita-cita politik yang tersendiri dan enggan untukhidup sebagai sebuah bangsa Malaysia. Sekiranya cita-cita etnik itu kekal dan terusdiamalkan, nescaya masyarakat Malaysia akan terus berpecah belah.Seperti kata Tun Mahathir bahawa kegagalan kita mentransformasi ideologinasionalisme Melayu menjadi ideologi nasionalisme Malaya atau Malaysia pada waktutercapainya kemerdekaan dan kegagalan golongan imigran melepaskan diri dari 5
  6. 6. mentaliti imigran kolonial dan tidak dapat mengidentifikasikan diri telah melambatkanproses pembentukan bangsa yang sentiasa ditanggapi oleh kedua-dua pihak sebagaiproses mendominasi dan didominasi.Ini jelas membayangkan bahawa misi dan visinya mewujudkan sebuah bangsa Malaysiabaru yang bersatu-padu, berdedikasi dan berdaulat haruslah berasaskan semangat‘assabiyah’ atau semangat setiakawan yang mana mengikut pendapat Ibn Khaldun ialahsemangat yang tinggi dan kasih sayang tanpa merasakan adanya perbezaan dari segikaum, keturunan dan warna kulit.Cinta dan patriotisme adalah juga suatu nilai nasionalisme. Sejarah membuktikannasionalisme telah berjaya membentuk perpaduan, menyatukan perasaan rakyat terutamaapabila dijajah, melahirkan sikap benci kepada penjajahan atau kuasa asing. Semangatini jelas berlaku dalam sejarah negara khususnya dan di negara-negara Asia Tenggaralain. Ketika perang Dunia Kedua, nasionalisme masih menjadi faktor utama penentanganterhadap penjajahan kerana dengannya dapat mencetuskan semangat patriotisme dankesedaran untuk bersatu dan keinginan yang kuat untuk mendapat kebebasan berpolitikyang akhirnya mewujudkan negara merdeka. Kemerdekaan fizikal, mental dan spiritual.Hari ini, keadaan negara yang selesa, aman dan makmur telah membuatkan rakyat danmasyarakat seluruhnya berada di dalam zon keselesaan hinggakan sebahagian besarnyalupa tanggungjawab kepada negara dan terhakisnya semangat patriotik yang tulus dantinggi terhadap negara. Kemerdekaan tidak dapat dinilai dan dibandingkan dengan apa 6
  7. 7. sahaja. Begitu juga halnya, ia tidak boleh dinilai dan disamakan dengan wang ringgit.Justeru itu, sesuai dengan masyarakat berbilang kaum dan agama, maka perlulah sentiasadipupuk dan diingatkan mengenai tanggungjawab mereka terhadap negara. Kerajaantidak boleh mengambil jalan mudah dengan menyalahkan rakyat semata-mata tetapi perlumemberi perhatian serius dan pengisian kefahaman tentang erti kemerdekaan secaraberterusan.Pelan Tindakan Meningkatkan Semangat PatriotismeSemangat patriotisme yang khusus terhadap sesebuah negara selalunya bersaingandengan objek sikap, perasaan atau ’world-view’ yang lain. Misalnya individu ataukelompok tertentu yang membelakangkan patriotisme untuk menegakkan ideologi atauagama pegangannya. Patriotisme boleh ditenggelamkan oleh kepentingan lain seperti dirisendiri, keluarga, kelompok atau komitmen yang mendalam terhadap ideologi sama adaideologi berkaitan agama, negara mahupun falsafah dan ajaran-ajaran tertentu. Maka itu,seharusnya perlu satu pelan tindakan segera oleh kerajaan bagi meningkatkan semangatpatriotisme dilaksanakan bagi memastikan kelonggaran dan kepupusan semangat itutidak akan pernah wujud dalam diri seluruh rakyat Malaysia. Di antara tindakan yangdirasakan boleh dilaksanakan seperti di bawah.Bahasa MelayuMenegakkan bahasa Melayu dan mengembalikan kegemilangannya melaluiperancangan, pengembangan dan penyuburan sebagai bahasa ilmu di sekolah dan 7
  8. 8. institusi pengajian tinggi serta mengukuhkan penggunaannya dalam pentadbiran,pengurusan dan media. Tanpa bahasa rasmi yang dihormati menjadikan akhirnya bahasalain sebagai bahasa dominan dan ia tidak mencerminkan jiwa sesuatu bangsa. Bahasamencerminkan jiwa bangsa. Bahasa Melayu itu bahasa lingua franca serantau danbahasa tradisi ilmu di serata kota pelabuhan dan kepulauan sehingga kebudayaan Melayujuga berkembang maju akibat dari pertembungan dengan pelbagai tamadun dari timurdan barat, bersifat matang menerima dan akomodatif.Para pengkaji Barat pernah menyamakan bahasa Melayu dengan bahasa Perancis sebagaibahasa-bahasa diplomatik yang dapat menyirati sesuatu perasaan dan pemikiran benar,malah kelembutan dan kehalusannya sukar ditandingi oleh bahasa lain (pernah diakuioleh Clifford, Swettenham dan Brown). Apabila bahasa Melayu dimartabatkan sebagaibahasa nasional Indonesia atau bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi Malaysia sesudahkemerdekaan, bukanlah hal itu terjadi semata-mata atas alasan politik. Ada bermacamalasan yang rasional dan cukup kuat. Atas kedudukan bahasa Melayu itu sebagai bahasakebangsaan dan bahasa rasmi, bahasa inilah yang difahami oleh semua lapisan danperingkat masyarakat yang pula sebagai asas pembinaan peradaban bangsa merdeka. Jadidengan mempelajari, menguasai dan menjadikan bahasa Melayu sebagai alat komunikasinasional merentas etnik dan sempadan, maka akan banyaklah benih-benih peradabandapat disemaikan di samping meningkatkan semangat patriotisme bangsa.Allahyarham Tun A. Razak, Perdana Menteri Kedua, mengungkapkannya lebih awalyakni semasa beliau merasmikan Kongres Kebudayaan Kebangsaan pada 16 Ogos 1971. 8
  9. 9. Beliau menegaskan bahawa Perlembagaan negara, kedudukan Bahasa Melayu sebagaiBahasa Kebangsaan dan Dasar Pelajaran Kebangsaan merupakan strategi jangka panjanguntuk mewujudkan ‘Bangsa Malaysia’ yang bersatu padu. Konsepn itu dijelaskan dengankata-kata ‘Wujud kita sebagai satu bangsa masih sangat baru dan belum pun sampai satugenerasi semenjak kita merdeka dan berdaulat, mula-mulanya sebagai bangsa Malayadan kemudian jadi bangsa Malaysia’. Gagasan beliau itu jauh lebih awal dari salah satucabaran dalam Wawasan 2020 Tun Dr Mahathir, 1992. [A Aziz Deraman: 1975,2002 &2005]. Cita-cita kelahiran bangsa ini telah digariskan konsep dan matlamatnya dalamDasar Ekonomi Baru (DEB) 1971-1990, yakni sudah terangkum dalam konsepkenegaraan yang telah menyepadukan aspirasi Perlembagaan. Semangatnyaditerjemahkan ke dalam dasar-dasar negara tentang bahasa, pendidikan, kesusasteraan,kebudayaan kebangsaan yang ditunjangi Rukun Negara dan Perlembagaan.Kepentingan bahasa Melayu adalah sesuatu yang asas dalam proses integrasi antarakaum. Asas perlembagaan dan dasar bahasa Melayu penting bagi mencorak jenismanusia yang diperlukan dalam proses pembangunan negara. Penyata Razak dikeluarkanbagi mendukung semangat menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantarpendidikan di negara ini dan Penyata Razak juga merupakan salah satu ciri penting AktaPelajaran 1961 (kini Akta Pendidikan 1996). Melalui Perkara 152 PerlembagaanPersekutuan, bahasa Melayu telah dinobatkan sebagai bahasa rasmi dan bahasakebangsaan negara. 9
  10. 10. Hari ini, bahasa Melayu yang dinobatkan sebagai bahasa kebangsaan itu sedangmenghadapi tekanan yang amat besar Masyarakat Malaysia dihimpit osmosis budayaluar yang merojakkan bahasa Melayu dengan bahasa luar. Ini berbeza sekali dengannegara-negara lain seperti Jepun, China dan Inggeris kerana mereka bukan setakatmembebaskan negara daripada penjajah, malah memerdekakan bahasa kebangsaanmasing-masing. Orang Melayu terutama yang cerdik pandai mengalami krisis psikologibahawa berbahasa Melayu disifatkan sebagai kekampungan. Bahasa Inggeris digunakankerana melambangkan simbol moden, maju dan kontemporari. Edaran akhbar-akhbarberbahasa Melayu sendiri semakin menurun. Statistik edaran sehari Akhbar Melayuutama di negara ini ( Berita Harian dan Utusan Malaysia ) kurang 200,000 naskhahsehari. Sebaliknya, akhbar-akhbar berbahasa Cinalah yang menguasai edaran tertinggi.Jika dihitung pengguna bahasa Melayu seluruh dunia, angkanya mencecah 250 jutaorang. Dengan penyelarasan sistem ejaan antara negara anggota MABBIM (MajlisBahasa Brunei-Indonesia-Malaysia) tahun 1972, seterusnya diikuti dengan usahapenyelarasan, tidak kurang daripada 400,000 istilah dalam pelbagai bidang ilmu, bahasaMelayu di rantau ini menjadi semakin kukuh sebagai bahasa pemersatu warga negaraMalaysia dan juga warga serantau. Manakala di peringkat kebangsaan, sejumlah satujuta istilah telah digubah untuk pelbagai bidang ilmu dan disebarluaskan kepadapengguna. Maka tidak timbul kerisauan bahasa Melayu tidak boleh menjadi bahasa ilmusedangkan istilah-istilah yang dihasilkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka seiring dengankepesatan perkembangan ilmu dunia. Kerajaan harus memperkukuhkan lagi penggunaanbahasa Melayu dalam semua bidang ilmu di sekolah dan institusi pengajian tinggi sertamengukuhkan penggunaannya dalam pentadbiran, pengurusan dan media supaya hasrat 10
  11. 11. kerajaan untuk meningkatkan semangat patriotisme dalam diri kalangan rakyat Malaysiaakan tercapai.Mata Pelajaran SasteraMata pelajaran sastera hendaklah diwajibkan kepada semua pelajar di semua peringkatsama ada sekolah rendah, menengah dan di institusi pengajian tinggi di negara ini. Inikerana di dalam persuratan Melayu atau karya sastera terkandung segala macam warisannilai-nilai budaya yang merangkumi hal ehwal kehidupan bangsa, lengkap dengan nilai-nilai ketatanegaraan atau politik (tatahubungan manusia dengan kekuasaan), ekonomi(tatahubungan manusia dengan benda), sosial (tatahubungan manusia dengan manusia),pengetahuan dan teknik (manusia dengan alam dan kerja), seni (manusia dengan bentuk-bentuk yang menyenangkan), falsafah (manusia dengan kebenaran dan nilai) dan agama(tatahubungan manusia dengan Tuhan). Sastera adalah wadah bangsa yang terpentingkerana di dalamnya dicurahkan segala fikiran Melayu tentang tatasusunan masyarakatyang unggul, wira dan nilai untuk dijadikan teladan, hubungan sesama manusia malahpedoman kehidupan buat pembaca. Di dalamnya itu tercakup karya-karya agama, adatistiadat, hukum, sejarah, salasilah, perubatan dan sebagainya (Muhammad HajiSalleh:2000).Nilai-nilai itu membawa erti darjat, kualiti, mutu, taraf dan sifat ketinggian pemikiran,agama, kemasyarakatan dan lain-lain (Kamus Dewan: 2005), kadangkala nilai itu mudahditemui oleh mereka yang mencari atau boleh terbiar begitu sahaja oleh mereka yangtidak meminati kesusasteraan. Semua aspeknya tersimpan baik dalam persuratan Melayu. 11
  12. 12. Persuratan dan sastera tidak bergerak secara yang berasingan serta amat rapat dengantradisi ilmu.Sastera juga cukup berperanan merangkaikan kesedaran dan kebangkitan bangsa atauumat. Tradisi persuratan Melayu, sebagaimana diakui kalangan sarjana, hanya bermulaselepas kedatangan Islam, terus berkembang pada zaman ulama, dan mulai abad ke-19beralih pilihan ke genre persuratan bentuk baharu. Perkembangan kesusasteraan itusendiri dengan adanya kemajuan teknologi dan proses penciptaan kesuasasteraan modendengan genre baru penyesuaian dari Barat, maka lahirlah bentuk-bentuk sastera kreatifberupa novel, cerpen, sajak lanjutan dari sastera klasik hikayat, syair, pantun, gurindam,seloka dan sebagainya sehingga terhimpun ke dalam wadah kesusasteraan nasional danserumpun. Kesusasteraan itu cukup berkembang menjadi sumber pemancaran nilai-nilaibersama kehidupan bangsa serumpun dengan isinya membawa latar kehidupan danpengalaman alamiah yang sama.Dalam zaman pengaruh globalisasi dan liberalisasi ini, sastera masih diyakini adaperanannya dalam pembinaan bangsa, apalagi mengingatkan bahawa sastera adalahwadah bangsa Melayu yang penting mengisi rohaniah, intelektual dan praktis bangsadengan kandungan yang luas, dan untuk beberapa bidang amat mendalam. Tanpa sasterasebahagian besar daripada ilmu bangsa Melayu tidak akan sampai kepada kita hari ini,atau kepada berpuluh generasi sebelum kita yang memerlukannya (Muhammad HajiSalleh:2000). Ada kesedaran bahawa sungguhpun kita menguasai sains dan teknologi,tetapi ilmu ini tidak mengajar kita bagaimana memahami konflik sosial dan politik atau 12
  13. 13. musnahnya nilai peradaban dan kemanusiaan dalam pertarungan ekonomi. Ilmu sains danteknologi merupakan ilmu pasti yang terlalu objektif untuk mengolah aspek-aspekkemanusiaan dan kerohanian atau keterbukaan akal budi. Kita sebenarnya memerlukankeseimbangan dan perseimbangan. Dalam korpus Melayu atau himpunan pemikiranMelayu terkumpul segala perkara mengenai sistem peradabannya.Angkatan Tentera MalaysiaManifestasi yang jelas untuk menggambarkan semangat patriotisme ialah denganmenyertai Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Kerajaan perlu menggalakkan rakyatpelbagai kaum di negara ini menyertai ATM dengan menambah insentif sepertimenaikkan elaun dan gaji anggota. Maka dengan cara ini lebih ramai yang akan berminatuntuk menyertai ATM.Sepengetahuan semua, anggota-anggota ATM merupakan warganegara yang telahmenzahirkan semangat patriotisme dan sanggup berkorban nyawa demi mempertahankannegara pada setiap masa. Pada masa ini ATM mempunyai 95,000 anggota tetap dan darijumlah ini sebanyak 85.5 peratus adalah kaum Melayu manakala 5.16 peratus adalah darikaum Iban. Selebihnya pula ialah 2.04 peratus dari kaum India, Cina 0.54 peratus dan6.76 peratus dari keturunan lain. ATM telah melahirkan ratusan ribu tentera terlatih danmereka ini kekal berada pada tahap patriotisme yang paling tinggi. Sama ada merekatelah bersara atau tidak, namun kedudukan mereka dalam masyarakat dan di negara initurut menyumbang kepada semangat patriotisme. Ini boleh diperlihatkan menerusiperawakan atau penampilan diri mereka yang boleh dijadikan contoh kepada ahli 13
  14. 14. masyarakat yang lain. Mereka juga mempunyai kebolehan tersendrii dalam bidangmasing – masing dan ini adalah aset negara dalam mencurahkan semangat patriotisme.Semangat patriotisme kekal dan berterusan dalam kalangan anggota ATM yang telahbersara. Mereka yang bersara dalam umur yang muda telah melibatkan diri dalamberbagai sektor ekonomi dan sosial sebagai rakyat biasa. Setiap tahun purata seramai5000 anggota tentera bersara dan mereka ini telah kembali berada dalam masyarakat.Kehadiran mereka dalam masyarakat membawa bersama tradisi dan disiplin ketenteraanserta semangat patriotisme yang boleh mempengaruhi masyarakat sekitarnya.Sebenarnya setiap warganegara boleh juga memperlihatkan semangat patriotisme tanpaperlu terlibat terus dalam ATM. Mereka boleh menyertai Pasukan Simpanan AngkatanTentera (PSAT). Penyertaan dalam PSAT merupakan peluang untuk menunjukkansemangat patriotisme seseorang warganegara kepada negaranya. Ke arah ini adalahmenjadi harapan Kementerian untuk menubuhkan pasukan Askar Wataniah di setiapkawasan Parlimen. Sehingga kini terdapat lebih 51,000 yang menganggotai PasukanSimpanan Angkatan Tentera (sukarelawan) di mana 78 peratus adalah Melayu, 8.8peratus Cina, 6.6 peratus India dan 6.6 peratus adalah kaum yang lain.Kongres Patriotisme RemajaPertemuan dengan pemimpin remaja melalui penganjuran Kongres Patriotisme Remajaharus dilaksanakan sepanjang tahun. Bahkan ia boleh dikembangkan menjadi programutama di setiap negeri di seluruh Malaysia. Kenapa perlunya kongres ini? Banyak yangperlu diterapkan kepada remaja yang merupakan generasi muda yang juga bakal 14
  15. 15. pemimpin pada masa hadapan. Program kemasyarakatan dan kendiri harusdiperbanyakkan bagi menerapkan nilai-nilai murni pada peringkat yang lebih muda.Program seperti ini hendaklah dimulakan di sekolah kepada murid-murid seawal 10 tahunsehinggalah ke peringkat sekolah menengah. Kerajaan tidak perlu menunggu sehinggapelajar-pelajar ini tamat persekolahan dan memasuki Program Latihan Khidmat Negara.Program PLKN seharusnya hanyalah kesinambungan dari program-program hasil darikongres patriotisme remaja yang dilaksanakan terlebih awal di peringkat umur yang lebihrendah.Kita semua sedar bahawa jika rosak generasi muda pada hari ini, maka pincanglah negarapada masa hadapan. Begitulah pentingnya tugas kerajaan memastikan generasi mudaditingkatkan semangat patriotisme mereka. Semangat patriotisme dalam kalangan rakyatperlu terus diperkukuhkan bagi membolehkan negara mengisi kemerdekaan denganmencipta lebih banyak kemajuan dan kejayaan pada masa akan datang. Tunjang ke arahpencapaian tersebut hanya boleh direalisasikan menerusi kerjasama erat pelbagai kaum dinegara ini. Maknanya, perpaduan menjadi ‘alat’ terpentingApa yang kita harapkan melalui kongres patriotisme ini ialah dapat mewujudkan generasimuda yang tinggi kasih dan sayang kepada negara. Sama ada anak-anak remaja kitasayang kepada negara atau tidak, itu satu perkara yang sukar dan tidak ada negara dalamdunia dapat mengukur nilai ini. Apa yang dapat kita lihat cuma penjelmaan kasih sayangini melalui program-program berterusan yang perlu dilaksanakan oleh kerajaan.Penjelmaan menggunakan bahasa kebangsaan, menerima sistem yang bolehmenyatupadukan, menggalakkan perbincangan lebih terbuka mengenai hal-hal ini, bukan 15
  16. 16. hanya mengutamakan kepentingan masing-masing dan memikirkan tentang masa depan.Malangnya kebanyakan kita tidak memikirkan masa depan, tetapi lebih memikirkankepentingan sekarang. Negara telah lebih 50 tahun merdeka. Hubungan antara kaumdikatakan masih rapuh dan membimbangkan pemimpin negara.Kongres ini dilihat dapat menjadi landasan yang sesuai kepada pemimpin-pemimpinmasyarakat, ahli akademik, pegawai-pegawai kerajaan dan ahli-ahli korporat serta pelajaruntuk bersama-sama terlibat membentuk sebuah masyarakat muda yang lebih patriotikdan memperkukuhkan jati diri semua yang terlibat di samping menjadi satu landasanyang mampu menyemarakkan proses pembinaan negara bangsa.Kibaran Jalur GemilangKempen kibaran jalur gemilang harus dilaksanakan oleh kerajaan sepanjang tahun.Kementerian terbabit harus memperuntukkan bajet khas untuk tujuan itu. Contohnyatahun 2007, kerajaan telah menjalankan kempen kibaran jalur gemilang secara besar-besaran. Ini sekaligus mengundang seluruh rakyat Malaysia terpanggil untuk turut sertamengibar jalur gemilang. Malang sekali, tahun 2008, kemeriahannya agak pudar. Faktorkekangan kewangan adalah masalah utama.Hari ini, ramai kalangan anak muda yang tidak menghormati jalur gemilang dan laguNegaraku. Contohnya seorang pelajar Wee Meng Chee dari Muar yang telahmemperlekehkan lagu negara. Sepatutnya perkara seperti ini tidak berlaku kepada negarayang telah merdeka dari penjajah sejak lebih 50 tahun. Tetapi ini berlaku kerana tidakada satu badan yang boleh memainkan peranan meningkatkan semangat patriotisme ini 16
  17. 17. bersama-sama dengan peruntukan bajet yang besar ke arah memastikan masyarakatMalaysia lebih patriot.Latihan PLKNProgram Latihan Khidmat Negara (PLKN) merupakan kursus latihan wajib kepadamereka yang menamatkan persekolahan. Ia bertujuan bagi pembinaan sahsiah diribermatlamatkan membina dan mengukuhkan semangat patriotisme dalam kalangangenerasi muda, memupuk perpaduan kaum serta integrasi nasional dan membentukperwatakan positif menerusi nilai-nilai murni. Program ini bukanlah bersifat KerahanTenaga dan tidak mengikut mana-mana model daripada luar kerana dilaksanakanmenurut cara MalaysiaProgram Latihan Khidmat Negara yang dijalankan kepada golongan belia lepasansekolah sememangnya suatu program yang baik. Program PLKN telah menghasilkankeyakinan diri dan ketrampilan serta semangat perpaduan dan ciri-ciri kepimpinan dalamkalangan belia. Walau bagaimanapun, sudah tiba masanya, perlaksanaannya dikajisemula untuk suatu pembaharuan yang lebih baik kepada golongan belia.Kerajaan harus mewajibkan setiap pelajar menyertai PLKN. Tidak ada nama pun yangharus dicicirkan dari senarai pendaftaran negara untuk mengikuti program LatihanKhidmat Negara. Seharusnya langkah ini telah diambil sejak dahulu lagi. Apabilakerajaan memperkenalkan satu program baru untuk meningkatkan semangat patriotismekepada generasi muda seperti program PLKN, kerajaan juga seharusnya telah 17
  18. 18. memikirkan kekangan kewangan yang tinggi yang harus dikeluarkan bagi mendapatkanhasil yang juga tinggi untuk kepentingan negara pada masa hadapan. Kenapa perlu adasikap berat sebelah. Ada yang terpilih manakala yang tidak terpilih, akan tercicir dantidak dapat apa yang diperolehi oleh rakan-rakan yang lain.Hasrat itu sudah pasti tetapi pelaksanaannya masih tidak lengkap. Tidak adil kepadagenerasi muda yang tidak dipanggil sedangkan keinginan itu tinggi untuk turut serta.Walau pun boleh memohon, namun berapa kerat sangat yang memohon. Maka itu,kerajaan harus melihat semula program PLKN dan menambat bajet supaya semua namapelajar yang telah menamatkan pelajaran mereka tidak terlepas dari mengikuti programini.Kata pepatah, jika hendak melentur buluh, lenturlah dari rebungnya. Kalau sudahmenjadi buluh sudah tentu sudah tidak boleh dilentur. Jika pepatah ini digunakan danimplementasikan kepada pelajar-pelajar sudah tentu ia akan menjadi lebih berkesan.Sekiranya kerajaan dan kementerian terbabit mempunyai bajet besar, dicadangkanmembuat satu program khas seperti PLKN tetapi terhadap pelajar-pelajar sekolahmenengah (mungkin tingkatan satu hingga ke tingakatan enam ). Setiap kali cuti sekolahpanjang, adakan kem-kem motivasi atau kem cuti sekolah. Ketika inilah, semua elemenpositif yang ingin kita masukkan ke dalam diri pelajar-pelajar boleh kita lakukan.Sementelaah lagi, pelajar-pelajar ini masih boleh dibentuk jika asakkan mental positifdilaksanakan dengan lebih kerap sehingga mereka selesai SPM atau STPM. Jadi,kerajaan tidak perlu menunggu sehingga habis SPM barulah diadakan PLKN. Ia 18
  19. 19. mungkin boleh dilaksanakan semasa pelajar-pelajar masih dalam pembelajaran lagi.Maka, harapan kerajaan untuk melahirkan belia yang berkepimpinan dapat direalisasikandengan lebih berkesan. Pelajar-pelajar lemah dibimbing manakala pelajar-pelajar yangbijak harus diawasi agar tidak terjadi seperti apa yang berlaku kepada Sofia – pelajarbijak matematik.Penerbitan BukuKerajaan harus menggalakkan penerbit buku dan juga penulis untuk menerbitkan lebihbanyak buku-buku berbentuk patriotisme dan motivasi. Geran berbentuk ganjaran wangtunai boleh diberikan kepada penerbit-penerbit yang aktif menerbitkan buku-buku ilmudalam pelbagai genre. Kerajaan juga perlu memperuntukkan sejumlah geran kepadapenulis-penulis yang boleh menulis supaya lebih banyak buku ilmiah dan motivasi bolehdihasilkan untuk rujukan anak bangsa sendiri. Melalui cara ini diyakini bahawa lebihramai yang akan menulis dan lebih banyak bahan berbentuk buku yang boleh digunakanuntuk membuat rujukan oleh para guru dan para penceramah.KesimpulanPewujudan satu masyarakat Malaysia yang tahan lasak, berkeyakinan, berdisiplin danberani menghargai pengorbanan merupakan ciri – ciri asas pembentukan masyarakatpatriotik. Sebagai sebuah negara berbilang bangsa maka tanggungjawab mempertahankannegara sepatutnya tidak terletak di bahu satu kaum sahaja. Semangat patriotik perludihayati oleh semua kaum dan ini adalah teras kepada pertahanan negara yang kental dan 19
  20. 20. mantap. Kepentingan peribadi perlu diseimbangkan dengan semangat patriotisme dankesanggupan berkorban nyawa untuk mempertahankan kedaulatan negara.Malaysia sejak merdeka di bawah kebijaksanaan kepemimpinan negara sentiasamemberikan perhatian kepada kebajikan semua warga Malaysia. Memang tidak dapatkita nafikan bahawa banyak teras kebangsaan Malaysia itu adalah bersumberkan kepadasejarah dan tradisi keMelayuan, maka timbullah konsep ‘Ketuanan Melayu’ dan ‘KontrakSosial’. Kedudukan raja-raja Melayu dan institusi Yang Di Pertuan Agong, agama Islamsebagai agama negara, bahasa Melayu sebagai bahasa negara, kedudukan istimewaMelayu dan bumiputera di samping dinyatakan hak kewarganegaraan (citizenship) danpersamaan (equality) dalam batas-batas tertentu yang menjadi penanda bagi sesebuahnegara bangsa dalam geopolitik, sistem pemerintahan dan kehidupan budaya bangsanya.Kalau hal ini difahami maka keluhuran Perlembagaan akan sentiasa terpelihara danhakikat kewujudan bangsa Malaysia menjadi nyata.Ends.Hanita HassanPengurus Projek IKSEP 20
  21. 21. RujukanProfesor Dr Hussain Mohamad, Belia dan Patriotisme Malaysia, Institut Kajian Sejarahdan Patriotisme Malaysia (IKSEP), 2005.Datuk Profesor Dr Ramlah Adam, Pejuang-Pejuang Kemerdekaan, Institut KajianSejarah dan Patriotisme Malaysia (IKSEP), 2003.Khoo Kay Kim(ed.), Pendidikan di Malaysia:Dahulu dan Sekarang, Kuala Lumpur,Persatuan Sejarah Malaysia, 1980.Siti Azizah Abod, Dasar Pertahanan Negara dan Patriotisme, laman sesawangKementerian Pertahanan Malaysia, 2008.A. Aziz Deraman, Pemancaran Nilai-Nilai Bersama Dalam Kesusasteraan, Kertas KerjaBicara Patriotisme Perdana, Institut Kajian Sejarah dan Patriotisme Malaysia (IKSEP) &Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Selatan, Hotel Everly Resort, Melaka. 2008.Datuk Seri Mohd Ali Rustam, Petikan Ucapan Perasmian Simposium Bahasa Melayu:Ke Mana Arahnya Dalam Merentasi Dunia Globalisasi, Institut Kajian Sejarah danPatriotisme Malaysia (IKSEP) & Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Selatan, HotelAvillion, Melaka. 2008.Prof. Dr Teo Kok Seong, Bahasa Melayu dan Komunikasi Dalam DuniaGlobalisasi:Persoalan Keupayaan Bahasa Melayu, Jati Diri Bangsa Melayu danKeutuhan Budaya Melayu, Kertas Kerja Simposium Bahasa Melayu: Ke Mana ArahnyaDalam Merentasi Dunia Globalisasi, Institut Kajian Sejarah dan Patriotisme Malaysia(IKSEP) & Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Selatan, Hotel Avillion, Melaka. 2008. 21
  22. 22. Datuk Dr. Haji Mohd Jamil Mukmin. Ph.D, Ketuanan Melayu Teras Pembinaan NegaraBangsa Malaysia, Kertas Kerja Seminar Kebangsaan Masa Depan Politik Malaysia,Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), 21 – 23 Julai 2008.Datuk Prof Madya Zainal Abidin Borhan dan Dr Muhd Saiful Haq Hussin, BahasaMelayu:Penggerak, Pemupuk dan Penterjemah Semangat Patriotisme ke arah BangsaMalaysia Yang Bersatu Padu, Kertas Kerja Simposium Bahasa Melayu: Ke ManaArahnya Dalam Merentasi Dunia Globalisasi, Institut Kajian Sejarah dan PatriotismeMalaysia (IKSEP) & Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Selatan, Hotel Avillion,Melaka. 2008.Rusli Abdul Ghani, Bahasa Melayu Bahasa Utama Dunia, Kertas Kerja SimposiumBahasa Melayu: Ke Mana Arahnya Dalam Merentasi Dunia Globalisasi, Institut KajianSejarah dan Patriotisme Malaysia (IKSEP) & Dewan Bahasa dan Pustaka WilayahSelatan, Hotel Avillion, Melaka. 2008.Norazira Abdul Muhid, Kembalikan Martabat Bahasa Melayu, Akhbar Melaka Hari Ini,5 November 2008. 22

    Sé el primero en comentar

    Inicia sesión para ver los comentarios

  • muzayanaabdmanan

    Feb. 9, 2014
  • farreyl

    Mar. 24, 2015
  • fiqsyafiq547

    Apr. 28, 2015

Vistas

Total de vistas

19.159

En Slideshare

0

De embebidos

0

Número de embebidos

8

Acciones

Descargas

197

Compartidos

0

Comentarios

0

Me gusta

3

×