SlideShare una empresa de Scribd logo
1 de 26
Descargar para leer sin conexión
ASAS GRAFIK
Apa itu asas grafik ?
• Rekaan grafik banyak dimanfaatkan sebagai media
utama dalam penyaluran sesuatu mesej.
• Ia sering digunakan dalam sesuatu paparan atau
persembahan reka bentuk komunikasi visual sama
ada dalam bentuk bercetak, persembahan
elektronik mahupun digital.
Apa itu Grafik ?
• Bahan yang mampu menghubungkan fakta dan
idea dengan jelas melalui kombinasi lukisan,
lakaran, contengan, perkataan, simbol dan
gambar.
• gambaran bukan fotografi, dua dimensi yang
digubah dan dicipta khusus untuk menyampaikan
mesej, fakta atau pandangan kepada para pelajar
atau kumpulan sasaran tertentu.
Prinsip Asas Grafik
Terdapat 6 prinsip dalam reka bentuk visual
iaitu C.A.S.P.E.R.
1. C - Contrast (kontras)
Prinsip kontras mengatakan bahawa jika 2 item tidak serupa, maka
perbezaan itu hendaklah diperlihatkan dengan ketara seperti warna
hitam dan warna putih. Idea utama di sebalik kontras adalah untuk
mengelakkan unsur di dalam suatu muka surat kelihatan hampir sama.
Kontras ada kaitan dengan imej, warna dan tipografi. Contoh: kontras
antara fon jenis besar dan kecil, garis halus dengan garis kasar, warna
sejuk dengan warna hangat.
2. A - Alignment (Seimbang)
 Sesuatu yang tidak seimbang akan tumbang. Begitu juga dalam rekaan
sesuatu visual ia juga perlu seimbang, di mana elemen grafik disusun
supaya beratnya seimbang dalam setiap bahagian reka bentuk. Dengan cara
ini, mata rasa selesa memandang. Terdapat 2 jenis seimbang iaitu seimbang
formal dan seimbang tidak formal.
 Seimbang formal bermakna pembahagian yang sama antara dua bahagian
visual samada kiri dengan kanan atau atas dengan bawah. Cth: jongkang-
jongkit yang mempunyai bebanan yang sama jenis di kedua-dua belah.
 Seimbang tidak formal bermakna pembahagian yang tidak sama rata antara
item kiri dengan kanan atau atas dengan bawah. Contohnya, jongkang-
jongkit yang masih seimbang tetapi ianya bukan beban atau bahan yang
sama jenis, cuma beratnya sahaja yang sama.
 Dalam rekaan visual penggunaan penglihatan mata adalah cara untuk
menentukan keseimbangan.
3. S - Simplicity (Simplisiti)
Simplisiti bermaksud sesuatu rekaan haruslah memungkinkan
kefahaman yang cepat dan jelas. Cara yang terbaik ialah dengan
mempersembahkan satu perkara pada satu masa. Idea yang
banyak dalam satu visual akan mengelirukan.
Visual yang mengandungi sedikit
elemen adalah lebih baik , kerana
Mudah dilihat. Hadkan perkataan-
perkataan yang ditayangkan
kepada 15 atau 20 patah perkataan
sahaja dalam satu visual tayangan.
• Lukisan hendaklah jelas dan terang. Garisan luar ( outline )
hendaklah dibuat dengan garisan tebal.
• Garisan-garisan kecil harus ditinggalkan kerana garisan-garisan
kecil yang terlalu banyak akan mengelirukan.
4. P - Proximity (Penyatuan)
Penyatuan ialah perhubungan yang lahir di antara elemen-elemen visual apabila
elemen-elemen tersebut berfungsi bersama sebagai satu kesuluruhan. Dengan
kata lain, elemen-elemen seperti penghurufan, warna, bahan-bahan lain hendaklah
saling melengkapi di antara satu dengan yang lain untuk mengukuhkan idea dasar
yang hendak disampaikan.Penyatuan dapat diperolehi dengan menggunakan anak
panah, kotak, garisan, bentuk-bentuk tertentu, warna dan sebagainya.
5. E - Emphasis (Dominan)
Dominan merupakan pusat penumpuan atau minat. Dalam sesuatu
rekaan visual, objek atau item utama mestilah ditonjolkan agar dapat
dilihat dan dibaca maksudnya.
Terdapat pelbagai cara untuk mencapai dominan, antaranya ialah :
a) Menggunakan Peraturan Satu Pertiga (Rule of Third)
Peraturan satu pertiga berdasarkan kajian bagaimana manusia menyaring sesuatu
visual. Daripada kajian itu, didapati perhatian tertumpu lebih di sudut atas kiri
daripada tempat-tempat lain.
b) Warna dan bentuk yang kontras
c) Saiz yang lebih besar
d) Menggunakan anak panah yang menunjuk ke arah item utama
e) Menggunakan garis-garis yang menunjuk ke arah item utama
f) Mewujudkan gerakan dalam rekaan visual seperti pergerakan cecair, guli atau
kipas
g) Menggunakan lampu atau cahaya yang memancar.
6. R - Repetition
Prinsip ini menyatakan bahawa harus tekalkan sesuatu aspek
reka bentuk pada tempat tertentu. Unsur yang ditekalkan
mungkin berupa fon yang dihitamkan, garis kasar, bullet yang
serupa, warna, unsur reka bentuk, format tertentu, hubungan
ruang dan sebagainya.
2. Tipografi – suatu ilmu dalam pemilihan dan penyusunan fon pada
ruang-ruang yg tersedia untuk mencipta kesan tertentu yg
menolong pembaca berasa selesa untuk membaca semaksimum
mungkin.
i. Stail Fon : Roman – fon yg memiliki sirip / kaki / serif yg
berbentuk lancip pada hujungnya. Sans serif – fon ini tidak
mempunyai sirip / serif. Skrip @ Kursif – goresan tangan, miring
ke kanan. Egyption – ciri kaki / sirip / srif yg berbentuk persegi.
Dekoratif – pengembangan daripadabentuk-bentuk fon yg ada.
ii. Saiz Fon Saiz normal yg sering digunakan – 6 ke 72 poin.
Elemen Asas Reka Bentuk Grafik
Ruang (Space)
Ruang adalah keluasan yang disediakan bagi sesuatu visual, sama
ada sebesar kertas A4, kertas manila mahupun seluas padang bola.
Ruang terbahagi kepada dua jenis, iaitu ruang positif dan ruang
negatif. Ruang positif merupakan ruang yang digunakan, manakala
ruang negatif merupakan ruang yang kosong.
Selain itu, di antara perkataan dan elemen – elemen visual yang
lain haruslah mempunyai ruang – ruang kosong yang ditinggalkan
untuk mengelakkan perasaan sesak. Keadaan sesak tersebut boleh
mengelirukan seperti yang ditunjukkan dalam rajah yang di bawah.
Permukaan ( Surface )
Sesuatu permukaan boleh dirawat dengan memberi warna dan
tekstur. Sekiranya kita mengulang beberapa garisan pada
sesuatu kedudukan, sama ada menegak atau mendatar, kita
akan merasakan unsur permukaan wujud. Sebagai contoh,
lakaran dalam lukisan seni bina sebuah rumah, garisan diolah
bagi menggambarkan permukaan di atas (bumbung rumah),
permukaan menegak (dinding), dan permukaan di bawah (lantai
dan permukaan bumi). Permukaan yang kasar atau licin akan
memberi kesan ke atas rupa garisan yang dibuat di atasnya.
Bentuk Dua Dimensi (Shape)
• Bentuk dua dimensi mempunyai hanya dimensi panjang
dan lebar seperti sekeping kertas. Terdapat tiga jenis
bentuk dua dimensi, iaitu bentuk geometri, bentuk
abstrak dan bentuk gambaran.
• Lukisan di bawah merupakan bentuk tiga dimensi tiruan
yang menunjukkan dimensi ketebalan, ketinggian dan
kepanjangan.
Bentuk Tiga Dimensi (Form)
Bentuk tiga dimensi mempunyai dimensi panjang, lebar dan tinggi. Ia boleh
didapati dalam dua kategori, iaitu bentuk tiga dimensi sebenar dan bentuk tiga
dimensi tiruan. Bentuk tiga dimensi sebenar adalah bahan sebenar yang
mempunyai dimensi panjang, lebar dan tinggi, cth meja. Bentuk tiga dimensi
tiruan ia kelihatan seolah-olah mempunyai dimensi panjang, lebar dan tinggi atau
tebal, cth gambar foto dan lukisan yang diberi bayang.
Warna
Tujuan warna dalam grafik adalah untuk memudahkan atau
meningkatkan kejelasan visual. Lazimnya perbezaan warna
antara latar ( elemen negatif ) dengan visual ( elemen positif )
akan menimbulkan kontras yang baik.
CIRI-CIRI PRINSIP GRAFIK
Grafik mempunyai empat ciri-ciri yang baik. Salah satu ciri-ciri
grafik ialah mudah dan jelas dibaca dan difahami. Mesej dapat
ditafsir tanpa terlalu bersusah payah juga merupakan ciri-ciri
grafik. Selain itu, grafik juga mendorong interaksi yang aktif antara
pelajar, guru dan maksud yang terdapat dalam visual. Membantu
memfokuskan perhatian kepada maksud yang terdapat dalam visual
merupakan salah satu ciri-ciri grafik.
1. Keseimbangan
- Formal
- Tidak Formal
3. Kontra
- bentuk
- susunan
- warna
- saiz
- irama
2. Harmoni
- bentuk
- susunan
- warna
- saiz
- irama
4. Penegasan
- untuk memberi tumpuan atau fokus pandangan
5. Kesatuan
- elemen yang wujud antara elemen seni visual
yang berfungsi bersama-sama ; saling lengkap
melengkapi antara satu sama lain untuk
mengukuhkan idea dasar yang hendak
disampaikan.
6. Pergerakan
- elemen-elemen grafik seperti teks dan imej disusun
dalam bentuk yang tertentu untuk mengarah
pandangan (pergerakan) mengikut keutamaan
(penegasan) mesej yang hendak disampaikan
Sumbangan Grafik dalam Kehidupan.
a. Lebih menarik – dapat merangsang minat dan perhatian
terhadap sesuatu aspek
b. Mesej dapat disampaikan dengan lebih cepat, jelas dan ringkas
spt. “Mudah Terbakar”, “Merbahaya”, “Jimatkan Air”dan lain-
lain.
c. Membantu meningkatkan daya ingatan – teks dan gambar boleh
membantu mengingat dengan lebih baik berbanding dengan
teks sahaja.
d. Maklumat dapat disampaikan secara tersusun dan mengikut
urutan yang telah ditetapkan oleh penyampai.
e. Dapat mewakili fakta-fakta dan idea dalam bentuk yang padat dan
ringkas. Contoh: penggunaan grafik dalam poster, carta dan graf
tidak memerlukan maklumat lisan yang banyak untuk memberi
kefahaman kepada pelajar.
f. Melahirkan manusia yang lebih kreatif dan inovatif.
Kesan Penggunaan Grafik dalam P&P
• Memotivasikan pelajar kerana dapat menarik dan mengekalkan
perhatian pelajar
• Memudahkan idea atau maklumat yang sukar difahami
• Meningkatkan kefahaman jika digunakan bersama kapur dan
tutur
• Digunakan untuk membantu sebarang komuniksi bentuk bukan
visualseperti tutur atau perkataan
• Rebentuk visual yang baik dapat meningkat komunikasi antara
punca (Guru) dan penerima (pelajar)
• Mempastikan kebolehbacaan (dapat lihat perkataan dan imej
dengan jelas)
• Mudah untuk interpretasi mesej
• Dapat libatkan dan tarik perhatian pelajar
• Dapat tarik perhatian kepada perkara yang terpenting

Más contenido relacionado

La actualidad más candente

Jalinan (texture)
Jalinan (texture)Jalinan (texture)
Jalinan (texture)ilaazmil2
 
Elemen Rekabentuk
Elemen RekabentukElemen Rekabentuk
Elemen Rekabentukilaazmil2
 
ELEMEN DAN PRINSIP dalam FOTOGRAFI
ELEMEN DAN PRINSIP dalam FOTOGRAFIELEMEN DAN PRINSIP dalam FOTOGRAFI
ELEMEN DAN PRINSIP dalam FOTOGRAFIPuteRa Eyone
 
Psv 3123 ( Lukisan & Penyuburan Diri) - Teknik Hatching by NORHANIZA BT. TAHA...
Psv 3123 ( Lukisan & Penyuburan Diri) - Teknik Hatching by NORHANIZA BT. TAHA...Psv 3123 ( Lukisan & Penyuburan Diri) - Teknik Hatching by NORHANIZA BT. TAHA...
Psv 3123 ( Lukisan & Penyuburan Diri) - Teknik Hatching by NORHANIZA BT. TAHA...Norhaniza Taharuddin
 
Senireka Fesyen topik 2 asas seni reka fesyen
Senireka Fesyen topik 2 asas seni reka fesyenSenireka Fesyen topik 2 asas seni reka fesyen
Senireka Fesyen topik 2 asas seni reka fesyenSiti Fatimah Dzulkifli
 
Teknik asas melukis
Teknik asas melukisTeknik asas melukis
Teknik asas melukisilaazmil2
 
Unsur & Prinsip Seni
Unsur & Prinsip SeniUnsur & Prinsip Seni
Unsur & Prinsip Seniazham
 
Membuat corak dan rekaan
Membuat corak dan rekaanMembuat corak dan rekaan
Membuat corak dan rekaanAni Anne
 
Prinsip rekabentuk
Prinsip rekabentukPrinsip rekabentuk
Prinsip rekabentukilaazmil2
 
Prinsip rekaan
Prinsip rekaanPrinsip rekaan
Prinsip rekaannike
 
Prinsip Rekaan Seni Visual
Prinsip Rekaan Seni VisualPrinsip Rekaan Seni Visual
Prinsip Rekaan Seni VisualHui Chew
 
LOGO pendidikan seni visual tingkatan 3
LOGO pendidikan seni visual tingkatan 3LOGO pendidikan seni visual tingkatan 3
LOGO pendidikan seni visual tingkatan 3Maira Jaffri
 
Seni Visual Penggal 1:Bahasa seni: prinsip rekaan
Seni Visual Penggal 1:Bahasa seni: prinsip rekaanSeni Visual Penggal 1:Bahasa seni: prinsip rekaan
Seni Visual Penggal 1:Bahasa seni: prinsip rekaanFairuz Alwi
 
Seni digital
Seni digitalSeni digital
Seni digitalzainiaman
 

La actualidad más candente (20)

Lukisan perspektif
Lukisan perspektifLukisan perspektif
Lukisan perspektif
 
Jalinan (texture)
Jalinan (texture)Jalinan (texture)
Jalinan (texture)
 
Elemen Rekabentuk
Elemen RekabentukElemen Rekabentuk
Elemen Rekabentuk
 
ELEMEN DAN PRINSIP dalam FOTOGRAFI
ELEMEN DAN PRINSIP dalam FOTOGRAFIELEMEN DAN PRINSIP dalam FOTOGRAFI
ELEMEN DAN PRINSIP dalam FOTOGRAFI
 
ASAS GRAFIK
ASAS GRAFIKASAS GRAFIK
ASAS GRAFIK
 
Psv 3123 ( Lukisan & Penyuburan Diri) - Teknik Hatching by NORHANIZA BT. TAHA...
Psv 3123 ( Lukisan & Penyuburan Diri) - Teknik Hatching by NORHANIZA BT. TAHA...Psv 3123 ( Lukisan & Penyuburan Diri) - Teknik Hatching by NORHANIZA BT. TAHA...
Psv 3123 ( Lukisan & Penyuburan Diri) - Teknik Hatching by NORHANIZA BT. TAHA...
 
Senireka Fesyen topik 2 asas seni reka fesyen
Senireka Fesyen topik 2 asas seni reka fesyenSenireka Fesyen topik 2 asas seni reka fesyen
Senireka Fesyen topik 2 asas seni reka fesyen
 
Teknik asas melukis
Teknik asas melukisTeknik asas melukis
Teknik asas melukis
 
Cetakan
CetakanCetakan
Cetakan
 
Kontra
KontraKontra
Kontra
 
Unsur & Prinsip Seni
Unsur & Prinsip SeniUnsur & Prinsip Seni
Unsur & Prinsip Seni
 
Membuat corak dan rekaan
Membuat corak dan rekaanMembuat corak dan rekaan
Membuat corak dan rekaan
 
Prinsip rekabentuk
Prinsip rekabentukPrinsip rekabentuk
Prinsip rekabentuk
 
Prinsip rekaan
Prinsip rekaanPrinsip rekaan
Prinsip rekaan
 
Prinsip Rekaan Seni Visual
Prinsip Rekaan Seni VisualPrinsip Rekaan Seni Visual
Prinsip Rekaan Seni Visual
 
LOGO pendidikan seni visual tingkatan 3
LOGO pendidikan seni visual tingkatan 3LOGO pendidikan seni visual tingkatan 3
LOGO pendidikan seni visual tingkatan 3
 
Seni Visual Penggal 1:Bahasa seni: prinsip rekaan
Seni Visual Penggal 1:Bahasa seni: prinsip rekaanSeni Visual Penggal 1:Bahasa seni: prinsip rekaan
Seni Visual Penggal 1:Bahasa seni: prinsip rekaan
 
Psv asas mewarna
Psv asas mewarnaPsv asas mewarna
Psv asas mewarna
 
Seni digital
Seni digitalSeni digital
Seni digital
 
Bentuk / warna / ruang
Bentuk / warna / ruangBentuk / warna / ruang
Bentuk / warna / ruang
 

Similar a Slide pengajaran asas grafik

KONSEP ASAS GRAFIK MENGHASIL BAHAN GRAFIK YANG BAIK
KONSEP ASAS GRAFIKMENGHASIL BAHAN GRAFIK YANG BAIKKONSEP ASAS GRAFIKMENGHASIL BAHAN GRAFIK YANG BAIK
KONSEP ASAS GRAFIK MENGHASIL BAHAN GRAFIK YANG BAIKSteven Abraham
 
ASAS GRAFIK (NURUL FADHILAH SALLEH)
ASAS GRAFIK (NURUL FADHILAH SALLEH)ASAS GRAFIK (NURUL FADHILAH SALLEH)
ASAS GRAFIK (NURUL FADHILAH SALLEH)Chaya Indah
 
Desain pemodelan grafik - Tugas 1
Desain pemodelan grafik - Tugas 1Desain pemodelan grafik - Tugas 1
Desain pemodelan grafik - Tugas 1Bayu Radityo
 
Pengertian dan Unsur-unsur Desain Grafis
Pengertian dan Unsur-unsur Desain GrafisPengertian dan Unsur-unsur Desain Grafis
Pengertian dan Unsur-unsur Desain Grafisbarinix
 
Topik 3-asas-grafikkini-1npura9 1
Topik 3-asas-grafikkini-1npura9 1Topik 3-asas-grafikkini-1npura9 1
Topik 3-asas-grafikkini-1npura9 1jun jun
 
2021 - PRINSIP DASAR DAN UNSUR DESAIN.pptx
2021 - PRINSIP DASAR DAN UNSUR DESAIN.pptx2021 - PRINSIP DASAR DAN UNSUR DESAIN.pptx
2021 - PRINSIP DASAR DAN UNSUR DESAIN.pptxtanpanama790353
 
Unsur dan Prinsip Desain Grafis.pptx
Unsur dan Prinsip Desain Grafis.pptxUnsur dan Prinsip Desain Grafis.pptx
Unsur dan Prinsip Desain Grafis.pptxSamwielNugraha
 
The Principles Of Design Presentation (1).pptx
The Principles Of Design Presentation (1).pptxThe Principles Of Design Presentation (1).pptx
The Principles Of Design Presentation (1).pptxAqomaInamorta
 
Pertemuan 3 - Visual Elements.pdf
Pertemuan 3 - Visual Elements.pdfPertemuan 3 - Visual Elements.pdf
Pertemuan 3 - Visual Elements.pdfAnnisaRahayuu
 
Bab 1: Prinsip Rekabentuk & Media Bukan Digital
Bab 1: Prinsip Rekabentuk & Media Bukan DigitalBab 1: Prinsip Rekabentuk & Media Bukan Digital
Bab 1: Prinsip Rekabentuk & Media Bukan DigitalLaili Farhana M.I.
 
Materi pengolahan citra
Materi pengolahan citraMateri pengolahan citra
Materi pengolahan citraBunda Dewi
 
Media Pembelajaran
Media PembelajaranMedia Pembelajaran
Media Pembelajaranlisakamranti
 
3.1 DASAR DESAIN GRAFIS.pptx
3.1 DASAR DESAIN GRAFIS.pptx3.1 DASAR DESAIN GRAFIS.pptx
3.1 DASAR DESAIN GRAFIS.pptxAhmadHambali30
 
Graphic design by mprabuw
Graphic design by mprabuwGraphic design by mprabuw
Graphic design by mprabuwM. Prabu Wibowo
 

Similar a Slide pengajaran asas grafik (20)

Tik
TikTik
Tik
 
KONSEP ASAS GRAFIK MENGHASIL BAHAN GRAFIK YANG BAIK
KONSEP ASAS GRAFIKMENGHASIL BAHAN GRAFIK YANG BAIKKONSEP ASAS GRAFIKMENGHASIL BAHAN GRAFIK YANG BAIK
KONSEP ASAS GRAFIK MENGHASIL BAHAN GRAFIK YANG BAIK
 
ASAS GRAFIK (NURUL FADHILAH SALLEH)
ASAS GRAFIK (NURUL FADHILAH SALLEH)ASAS GRAFIK (NURUL FADHILAH SALLEH)
ASAS GRAFIK (NURUL FADHILAH SALLEH)
 
DESAIN GRAFIS
DESAIN GRAFIS DESAIN GRAFIS
DESAIN GRAFIS
 
Desain pemodelan grafik - Tugas 1
Desain pemodelan grafik - Tugas 1Desain pemodelan grafik - Tugas 1
Desain pemodelan grafik - Tugas 1
 
DGP-1.pdf
DGP-1.pdfDGP-1.pdf
DGP-1.pdf
 
Pengertian dan Unsur-unsur Desain Grafis
Pengertian dan Unsur-unsur Desain GrafisPengertian dan Unsur-unsur Desain Grafis
Pengertian dan Unsur-unsur Desain Grafis
 
Topik 3-asas-grafikkini-1npura9 1
Topik 3-asas-grafikkini-1npura9 1Topik 3-asas-grafikkini-1npura9 1
Topik 3-asas-grafikkini-1npura9 1
 
2021 - PRINSIP DASAR DAN UNSUR DESAIN.pptx
2021 - PRINSIP DASAR DAN UNSUR DESAIN.pptx2021 - PRINSIP DASAR DAN UNSUR DESAIN.pptx
2021 - PRINSIP DASAR DAN UNSUR DESAIN.pptx
 
What is graphic design 1
What is graphic design 1What is graphic design 1
What is graphic design 1
 
Unsur dan Prinsip Desain Grafis.pptx
Unsur dan Prinsip Desain Grafis.pptxUnsur dan Prinsip Desain Grafis.pptx
Unsur dan Prinsip Desain Grafis.pptx
 
The Principles Of Design Presentation (1).pptx
The Principles Of Design Presentation (1).pptxThe Principles Of Design Presentation (1).pptx
The Principles Of Design Presentation (1).pptx
 
Pertemuan 3 - Visual Elements.pdf
Pertemuan 3 - Visual Elements.pdfPertemuan 3 - Visual Elements.pdf
Pertemuan 3 - Visual Elements.pdf
 
Bab 1: Prinsip Rekabentuk & Media Bukan Digital
Bab 1: Prinsip Rekabentuk & Media Bukan DigitalBab 1: Prinsip Rekabentuk & Media Bukan Digital
Bab 1: Prinsip Rekabentuk & Media Bukan Digital
 
Materi pengolahan citra
Materi pengolahan citraMateri pengolahan citra
Materi pengolahan citra
 
Media Pembelajaran
Media PembelajaranMedia Pembelajaran
Media Pembelajaran
 
3.1 DASAR DESAIN GRAFIS.pptx
3.1 DASAR DESAIN GRAFIS.pptx3.1 DASAR DESAIN GRAFIS.pptx
3.1 DASAR DESAIN GRAFIS.pptx
 
Graphic design by mprabuw
Graphic design by mprabuwGraphic design by mprabuw
Graphic design by mprabuw
 
Jual poster
Jual posterJual poster
Jual poster
 
PENGEMBANGAN JENIS MEDIA
PENGEMBANGAN JENIS MEDIAPENGEMBANGAN JENIS MEDIA
PENGEMBANGAN JENIS MEDIA
 

Más de Fathdzelly Jaya

Rancangan pengajaran harian(kaedah masteri)
Rancangan pengajaran harian(kaedah masteri)Rancangan pengajaran harian(kaedah masteri)
Rancangan pengajaran harian(kaedah masteri)Fathdzelly Jaya
 
Huraian sukatan pelajaran grafik berkomputer
Huraian sukatan pelajaran grafik berkomputerHuraian sukatan pelajaran grafik berkomputer
Huraian sukatan pelajaran grafik berkomputerFathdzelly Jaya
 
Rancangan pengajaran harian(berpusatkan pelajar)
Rancangan pengajaran harian(berpusatkan pelajar)Rancangan pengajaran harian(berpusatkan pelajar)
Rancangan pengajaran harian(berpusatkan pelajar)Fathdzelly Jaya
 
Rancangan pengajaran harian(berpusatkan guru)
Rancangan pengajaran harian(berpusatkan guru)Rancangan pengajaran harian(berpusatkan guru)
Rancangan pengajaran harian(berpusatkan guru)Fathdzelly Jaya
 

Más de Fathdzelly Jaya (6)

Chap1(introduction)
Chap1(introduction)Chap1(introduction)
Chap1(introduction)
 
Jpu
JpuJpu
Jpu
 
Rancangan pengajaran harian(kaedah masteri)
Rancangan pengajaran harian(kaedah masteri)Rancangan pengajaran harian(kaedah masteri)
Rancangan pengajaran harian(kaedah masteri)
 
Huraian sukatan pelajaran grafik berkomputer
Huraian sukatan pelajaran grafik berkomputerHuraian sukatan pelajaran grafik berkomputer
Huraian sukatan pelajaran grafik berkomputer
 
Rancangan pengajaran harian(berpusatkan pelajar)
Rancangan pengajaran harian(berpusatkan pelajar)Rancangan pengajaran harian(berpusatkan pelajar)
Rancangan pengajaran harian(berpusatkan pelajar)
 
Rancangan pengajaran harian(berpusatkan guru)
Rancangan pengajaran harian(berpusatkan guru)Rancangan pengajaran harian(berpusatkan guru)
Rancangan pengajaran harian(berpusatkan guru)
 

Slide pengajaran asas grafik

  • 2. Apa itu asas grafik ? • Rekaan grafik banyak dimanfaatkan sebagai media utama dalam penyaluran sesuatu mesej. • Ia sering digunakan dalam sesuatu paparan atau persembahan reka bentuk komunikasi visual sama ada dalam bentuk bercetak, persembahan elektronik mahupun digital.
  • 3. Apa itu Grafik ? • Bahan yang mampu menghubungkan fakta dan idea dengan jelas melalui kombinasi lukisan, lakaran, contengan, perkataan, simbol dan gambar. • gambaran bukan fotografi, dua dimensi yang digubah dan dicipta khusus untuk menyampaikan mesej, fakta atau pandangan kepada para pelajar atau kumpulan sasaran tertentu.
  • 4. Prinsip Asas Grafik Terdapat 6 prinsip dalam reka bentuk visual iaitu C.A.S.P.E.R. 1. C - Contrast (kontras) Prinsip kontras mengatakan bahawa jika 2 item tidak serupa, maka perbezaan itu hendaklah diperlihatkan dengan ketara seperti warna hitam dan warna putih. Idea utama di sebalik kontras adalah untuk mengelakkan unsur di dalam suatu muka surat kelihatan hampir sama. Kontras ada kaitan dengan imej, warna dan tipografi. Contoh: kontras antara fon jenis besar dan kecil, garis halus dengan garis kasar, warna sejuk dengan warna hangat.
  • 5. 2. A - Alignment (Seimbang)  Sesuatu yang tidak seimbang akan tumbang. Begitu juga dalam rekaan sesuatu visual ia juga perlu seimbang, di mana elemen grafik disusun supaya beratnya seimbang dalam setiap bahagian reka bentuk. Dengan cara ini, mata rasa selesa memandang. Terdapat 2 jenis seimbang iaitu seimbang formal dan seimbang tidak formal.  Seimbang formal bermakna pembahagian yang sama antara dua bahagian visual samada kiri dengan kanan atau atas dengan bawah. Cth: jongkang- jongkit yang mempunyai bebanan yang sama jenis di kedua-dua belah.  Seimbang tidak formal bermakna pembahagian yang tidak sama rata antara item kiri dengan kanan atau atas dengan bawah. Contohnya, jongkang- jongkit yang masih seimbang tetapi ianya bukan beban atau bahan yang sama jenis, cuma beratnya sahaja yang sama.  Dalam rekaan visual penggunaan penglihatan mata adalah cara untuk menentukan keseimbangan.
  • 6. 3. S - Simplicity (Simplisiti) Simplisiti bermaksud sesuatu rekaan haruslah memungkinkan kefahaman yang cepat dan jelas. Cara yang terbaik ialah dengan mempersembahkan satu perkara pada satu masa. Idea yang banyak dalam satu visual akan mengelirukan.
  • 7. Visual yang mengandungi sedikit elemen adalah lebih baik , kerana Mudah dilihat. Hadkan perkataan- perkataan yang ditayangkan kepada 15 atau 20 patah perkataan sahaja dalam satu visual tayangan.
  • 8. • Lukisan hendaklah jelas dan terang. Garisan luar ( outline ) hendaklah dibuat dengan garisan tebal. • Garisan-garisan kecil harus ditinggalkan kerana garisan-garisan kecil yang terlalu banyak akan mengelirukan.
  • 9. 4. P - Proximity (Penyatuan) Penyatuan ialah perhubungan yang lahir di antara elemen-elemen visual apabila elemen-elemen tersebut berfungsi bersama sebagai satu kesuluruhan. Dengan kata lain, elemen-elemen seperti penghurufan, warna, bahan-bahan lain hendaklah saling melengkapi di antara satu dengan yang lain untuk mengukuhkan idea dasar yang hendak disampaikan.Penyatuan dapat diperolehi dengan menggunakan anak panah, kotak, garisan, bentuk-bentuk tertentu, warna dan sebagainya.
  • 10. 5. E - Emphasis (Dominan) Dominan merupakan pusat penumpuan atau minat. Dalam sesuatu rekaan visual, objek atau item utama mestilah ditonjolkan agar dapat dilihat dan dibaca maksudnya.
  • 11. Terdapat pelbagai cara untuk mencapai dominan, antaranya ialah : a) Menggunakan Peraturan Satu Pertiga (Rule of Third) Peraturan satu pertiga berdasarkan kajian bagaimana manusia menyaring sesuatu visual. Daripada kajian itu, didapati perhatian tertumpu lebih di sudut atas kiri daripada tempat-tempat lain. b) Warna dan bentuk yang kontras c) Saiz yang lebih besar d) Menggunakan anak panah yang menunjuk ke arah item utama e) Menggunakan garis-garis yang menunjuk ke arah item utama f) Mewujudkan gerakan dalam rekaan visual seperti pergerakan cecair, guli atau kipas g) Menggunakan lampu atau cahaya yang memancar.
  • 12. 6. R - Repetition Prinsip ini menyatakan bahawa harus tekalkan sesuatu aspek reka bentuk pada tempat tertentu. Unsur yang ditekalkan mungkin berupa fon yang dihitamkan, garis kasar, bullet yang serupa, warna, unsur reka bentuk, format tertentu, hubungan ruang dan sebagainya.
  • 13. 2. Tipografi – suatu ilmu dalam pemilihan dan penyusunan fon pada ruang-ruang yg tersedia untuk mencipta kesan tertentu yg menolong pembaca berasa selesa untuk membaca semaksimum mungkin. i. Stail Fon : Roman – fon yg memiliki sirip / kaki / serif yg berbentuk lancip pada hujungnya. Sans serif – fon ini tidak mempunyai sirip / serif. Skrip @ Kursif – goresan tangan, miring ke kanan. Egyption – ciri kaki / sirip / srif yg berbentuk persegi. Dekoratif – pengembangan daripadabentuk-bentuk fon yg ada. ii. Saiz Fon Saiz normal yg sering digunakan – 6 ke 72 poin.
  • 14. Elemen Asas Reka Bentuk Grafik Ruang (Space) Ruang adalah keluasan yang disediakan bagi sesuatu visual, sama ada sebesar kertas A4, kertas manila mahupun seluas padang bola. Ruang terbahagi kepada dua jenis, iaitu ruang positif dan ruang negatif. Ruang positif merupakan ruang yang digunakan, manakala ruang negatif merupakan ruang yang kosong.
  • 15. Selain itu, di antara perkataan dan elemen – elemen visual yang lain haruslah mempunyai ruang – ruang kosong yang ditinggalkan untuk mengelakkan perasaan sesak. Keadaan sesak tersebut boleh mengelirukan seperti yang ditunjukkan dalam rajah yang di bawah.
  • 16. Permukaan ( Surface ) Sesuatu permukaan boleh dirawat dengan memberi warna dan tekstur. Sekiranya kita mengulang beberapa garisan pada sesuatu kedudukan, sama ada menegak atau mendatar, kita akan merasakan unsur permukaan wujud. Sebagai contoh, lakaran dalam lukisan seni bina sebuah rumah, garisan diolah bagi menggambarkan permukaan di atas (bumbung rumah), permukaan menegak (dinding), dan permukaan di bawah (lantai dan permukaan bumi). Permukaan yang kasar atau licin akan memberi kesan ke atas rupa garisan yang dibuat di atasnya.
  • 17. Bentuk Dua Dimensi (Shape) • Bentuk dua dimensi mempunyai hanya dimensi panjang dan lebar seperti sekeping kertas. Terdapat tiga jenis bentuk dua dimensi, iaitu bentuk geometri, bentuk abstrak dan bentuk gambaran. • Lukisan di bawah merupakan bentuk tiga dimensi tiruan yang menunjukkan dimensi ketebalan, ketinggian dan kepanjangan.
  • 18. Bentuk Tiga Dimensi (Form) Bentuk tiga dimensi mempunyai dimensi panjang, lebar dan tinggi. Ia boleh didapati dalam dua kategori, iaitu bentuk tiga dimensi sebenar dan bentuk tiga dimensi tiruan. Bentuk tiga dimensi sebenar adalah bahan sebenar yang mempunyai dimensi panjang, lebar dan tinggi, cth meja. Bentuk tiga dimensi tiruan ia kelihatan seolah-olah mempunyai dimensi panjang, lebar dan tinggi atau tebal, cth gambar foto dan lukisan yang diberi bayang.
  • 19. Warna Tujuan warna dalam grafik adalah untuk memudahkan atau meningkatkan kejelasan visual. Lazimnya perbezaan warna antara latar ( elemen negatif ) dengan visual ( elemen positif ) akan menimbulkan kontras yang baik.
  • 20. CIRI-CIRI PRINSIP GRAFIK Grafik mempunyai empat ciri-ciri yang baik. Salah satu ciri-ciri grafik ialah mudah dan jelas dibaca dan difahami. Mesej dapat ditafsir tanpa terlalu bersusah payah juga merupakan ciri-ciri grafik. Selain itu, grafik juga mendorong interaksi yang aktif antara pelajar, guru dan maksud yang terdapat dalam visual. Membantu memfokuskan perhatian kepada maksud yang terdapat dalam visual merupakan salah satu ciri-ciri grafik.
  • 21. 1. Keseimbangan - Formal - Tidak Formal 3. Kontra - bentuk - susunan - warna - saiz - irama 2. Harmoni - bentuk - susunan - warna - saiz - irama
  • 22. 4. Penegasan - untuk memberi tumpuan atau fokus pandangan 5. Kesatuan - elemen yang wujud antara elemen seni visual yang berfungsi bersama-sama ; saling lengkap melengkapi antara satu sama lain untuk mengukuhkan idea dasar yang hendak disampaikan. 6. Pergerakan - elemen-elemen grafik seperti teks dan imej disusun dalam bentuk yang tertentu untuk mengarah pandangan (pergerakan) mengikut keutamaan (penegasan) mesej yang hendak disampaikan
  • 23. Sumbangan Grafik dalam Kehidupan. a. Lebih menarik – dapat merangsang minat dan perhatian terhadap sesuatu aspek b. Mesej dapat disampaikan dengan lebih cepat, jelas dan ringkas spt. “Mudah Terbakar”, “Merbahaya”, “Jimatkan Air”dan lain- lain. c. Membantu meningkatkan daya ingatan – teks dan gambar boleh membantu mengingat dengan lebih baik berbanding dengan teks sahaja.
  • 24. d. Maklumat dapat disampaikan secara tersusun dan mengikut urutan yang telah ditetapkan oleh penyampai. e. Dapat mewakili fakta-fakta dan idea dalam bentuk yang padat dan ringkas. Contoh: penggunaan grafik dalam poster, carta dan graf tidak memerlukan maklumat lisan yang banyak untuk memberi kefahaman kepada pelajar. f. Melahirkan manusia yang lebih kreatif dan inovatif.
  • 25. Kesan Penggunaan Grafik dalam P&P • Memotivasikan pelajar kerana dapat menarik dan mengekalkan perhatian pelajar • Memudahkan idea atau maklumat yang sukar difahami • Meningkatkan kefahaman jika digunakan bersama kapur dan tutur • Digunakan untuk membantu sebarang komuniksi bentuk bukan visualseperti tutur atau perkataan
  • 26. • Rebentuk visual yang baik dapat meningkat komunikasi antara punca (Guru) dan penerima (pelajar) • Mempastikan kebolehbacaan (dapat lihat perkataan dan imej dengan jelas) • Mudah untuk interpretasi mesej • Dapat libatkan dan tarik perhatian pelajar • Dapat tarik perhatian kepada perkara yang terpenting