Kemunculan tamadun islam dan perkembangannya di makkah
1. KEMUNCULAN TAMADUN ISLAM DAN
PERKEMBANGANNYA DI MAKKAH
1. Dimanakah berlakunya Kemunculan Tamadun Islam ?
Di kawasan padang pasir yang panas dan kering kontang,di HIJAZ
2. Apakah asas pembentukan Tamadun Islam ?
Berasaskan pemikiran dan ajaran islam
Anugerah Allah kepada umat manusia
3. Nyatakan kota yang terdapat di HIJAZ ?
Makkah
Madinah
Taif
4. Berapakah jarak di antara Makkah dengan Pelabuhan Jeddah
80 kilometer
5. Apakah ibu kota HIJAZ ?
Makkah ( dalam pemerintahan Kerajaan Arab Saudi )
6. Apakah maksud Jahiliah ?
Jahiliah berasal daripada perkataan Arab yang bermaksud Jahala yang
bermaksud jahil,tidak mengetahui, tidak mempunyai ilmu pengetahuan
7. Siapakah Masyarakat Arab Jahiliah ?
Masyarakat yang hidup di Semenanjung Tanah Arab dalam jangka masa
runtuhnya Empangan Maarib di Saba’ sehingga turunnya wahyu Allah
kepada Nabi Muhammad SAW.
2. 8. Berapakah jangka masa Zaman Jahiliah ?
310 tahun iaitu dari tahun 300 Masihi hingga 610 Masihi.
9. Mengapakah Masyarakat Arab digelar Masyarakat Arab Jahiliah ?
Kerana mereka tidak menerima kebenaran
Kerana mereka tidak mengikut ajaran para nabi,rasul sebelumnya seperti
Nabi Sulaiman,Nabi Ibrahim,Nabi Ismail,Nabi Musa,Nabi Isa dan lain-lain.
10. Mengapakah Empangan Maarib runtuh ?
Kerana berlaku banjir besar.
Kerana kelalaian pemimpin Saba’ untuk membaikinya semula.
11. Ciri-Ciri Kerajaan Saba’
Wujud dalam 2 peringkat iaitu 950 – 650 SM dan 650 – 115 SM
Ekonomi : Pertanian dan Perdagangan
Diterajui Pemimpin Wanita iaitu Ratu Balqis.
12. Bilakah Empangan Maarib runtuh ?
Pada 300 Masihi
13. Apakah maksud Nabi ?
Lelaki yang dipilih Allah untuk menerima wahyu daripada-Nya untuk diri sendiri.
14. Apakah maksud Rasul ?
Lelaki yang dipilih Allah untuk menerima wahyu daripada-Nya untuk diri sendiri
dan untuk disampaikan kepada orang ramai.
3. 15. Apakah maksud Wahyu ?
Ajaran yang disampaikan oleh Allah kepada para Rasul dan Nabi melalui Malaikat
Jibril.
16. Apakah (s.a.w) ?
SAW ialah singkatan kepada Sallallahu Alaihi Wassalam yang bermaksud
Allah merahmati Muhammad.
17. Mengapakah Zaman Jahiliah dianggap sebagai Zaman Kegelapan ?
Kerana mereka tidak menyembah Allah Yang Maha Esa
Kerana mereka menyembah berhala dan mempercayai animisme.
18. Mengapakah kehidupan masyarakat Arab Jahiliah kucar-kacir ?
Tiada nabi atau rasul serta kitab suci yang boleh dijadikan petunjuk dalam
kehidupan
Akhlak mereka rendah : kejam,angkuh,degil.
19. Apakah Ciri-Ciri Masyarakat Arab Jahiliah ?
Terbahagi kepada 2 golongan :
1) Masyarakat Badwi
- Di kawasan gurun dan pedalaman iaitu di Semenanjung Tanah Arab
2) Masyarakat Hadari
- Di kawasan pesisiran pantai di Semenanjung Tanah Arab.
Mengamalkan perbuatan yang tidak bermoral
- Berjudi
- Berzina
- Meminum Arak
4. Kedudukan wanita rendah dalam masyarakat
- Tidak dapat mewarisi harta pusaka tinggalan ibu bapa
- Menanam bayi perempuan hidup-hidup kerana beranggapan anak
perempuan akan menjatuhkan maruah keluarga.
Tidak peraturan khusus dalam perkahwinan
- Seorang lelaki boleh berkahwin dengan beberapa wanita sekali gus atau
dengan sesiapa yang disukainya.
Aktiviti perniagaan berasaskan riba dan penindasan.
Mementingkan keuntungan semata-mata.
Punca pendapatan : Merompak dan merampas barangan daripada kafilah iaitu
kumpulan manusia yang bergerak dari satu tempat ke satu tempat yang lain
dengan tujuan berniaga atau berpindah di padang pasir.
- Merompak sebagai kewajipan individu dalam sesuatu kabilah
Eksploitasi golongan kaya terhadap golongan miskin.
Terdapat bentuk kepercayaan
- Wathani (menyembah berhala)
- Animisme (memuja alam)
- Samawi (Kristian dan Yahudi)
- Kepercayaan (Amalan Khurafat) – kepercayaan tahyul/karut
Mempercayai perjalanan yang ingin dilakukan mesti berpandukan
arah burung.
Percaya pada sihir dan ahli nujum
Pemakaian cincin perak dan tembaga menjadikan seseorang leih
kuat.
(menilik nasib,sihir,dan percaya roh orang mati menjadi burung)
- Menganut Agama Hanif
Yang disampaikan oleh Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail
Penganut agama ini digelar Hunafa
Pengikut Ajaran ini sebelum kerasulan Nabi Muhammad SAW
Waraqah bin Naufal
Uthman bin Huwairith
Abdullah bin Jahsh
Umaiyah bin Abi Salt
5. Mengamalkan Sistem Kabilah
- Berasaskan cara hidup berpuak-puak dan berkumpulan
- Kemunculan Semangat Assabiah atau semangat kesukuan yang melampau.
- Setiap kabilah mempunyai identiti dan peraturannya sendiri
- Ahli Kabilah sangat fanatik dan taksub pada kabilah masing-masing
- Contohnya : Peperangan Basus selama 40 tahun
Perang di antara Bani Taghlib dan Bani Bakar.
Kerana Ahli Bani Bakar membunuh Ahli Bani Taghlib
- Kabilah diketuai oleh Syeikh
Lambang perpaduan kaum
Syeikh mestilah disukai oleh ahli kabilah dan dilantik atas
persetujuan ramai.
Syeikh mestilah berfikiran matang,berani dan pandai berpidato.
20. Apakah kesan mengamalkan Sistem Kabilah ?
Muncul semangat Assabiah atau kesukuan yang melampau
Tercetusnya peperangan dalam kalangan masyarakat
Kehidupan masyarakat Arab kucar-kacir dan tidak aman
Mereka sanggup menuntut bela demi mempertahankan maruah diri dan kabilah
mereka.
21. Apakah punca kemunculan Semangat Assabiah ?
Sistem Kabilah yang berasaskan keturunan.
Setiap puak yang tinggal dalam sesuatu kabilah terikat dengan peraturan
yang ditetapkan dalam kabilah mereka.
Keadaan ini mengakibatkan mereka taksub terhadap kabilah masing-
masing dan timbul semangat kesukuan yang menebal.
6. 22. Nyatakan Biodata Nabi Muhammad SAW ?
Nama : Muhammad Bin Abdullah
Tarikh Lahir : 20 April,tahun 570 Masihi iaitu pada malam Isnin
bersamaan 12 Rabiulawal pada Tahun Gajah
Tahun Gajah mengambil sempena peristiwa tahun berlakunya
serangan tentera bergajah yang dipimpin oleh Abrahah dari
Habsyah terhadap Kota Makkah.
Tempat Lahir : Di rumah datuk baginda iaitu Abdul Muttalib dan
dinamakan sebagai Muhammad ( yang terpuji )
Nama Ayah : Abdullah bin Abdul Muttalib
Telah meninggal dunia semasa Nabi Muhammad masih dalam
kandungan ibunya.
Nama Ibu : Aminah Binti Wahab
Ketika Nabi Muhammad berusia 6 tahun,ibunya telah meninggal
dunia.
Keturunan : Bani Hasyim.
23. Terangkan keturunan Nabi Muhammad SAW ?
Nabi berasal dari keturunan Qusai bin Kilab
Qusai bin Kilab adalah pemimpin Arab Makkah selama 100 tahun
sebelum kelahiran Muhammad SAW
Kaabah dan Telaga Zam Zam juga dikuasai oleh Keluarga Muhammad
SAW.
Keluarga Nabi Muhammad SAW bijak dalam selok belok perniagaan dan
urusan pentadbiran Makkah.
24. Senaraikan nama Moyang Nabi Muhammad SAW bermula daripada Qusai bin
Kilab ?
Qusai bin Kilab
Abdul Manaf
Hasyim ( keturunan Nabi Muhammad dirujuk kepada Hasyim , Bani Hasyim )
7. 25. Senaraikan nama bapa saudara Nabi Muhammad ?
Al-Haris
Abu Talib
Abu Lahab
Abbas
Hamzah.
26. Nyatakan Kehidupan Nabi Muhammad sebelum dilantik menjadi Rasul ?
Setelah beberapa hari dilahirkan,Nabi telah diserahkan kepada Halimatus
Sa’diah untuk dipelihara dan disusui.
Setelah kematian ibu ketika Nabi berusia 6 tahun, Nabi telah dipelihara
oleh datuk baginda,iaitu Abdul Muttalib.
Setelah kematian datuk baginda, baginda telah dipelihara oleh bapa
saudaranya iaitu Abu Talib.
Abu Talib membela dan menyanyangi Nabi Muhammad.
Nabi Muhammad menggembala kambing kepunyaan bapa saudara,Abu
Talib.
Pengalaman dalam bidang perniagaan pula diperoleh ketika baginda 12
tahun, iaitu ketika mengikuti bapa saudaranya ke Syam
(kawasan di Semenanjung Tanah Arab).
Pada ketika itu, seorang pendeta Nasrani telah menyatakan kepada Abu
Talib bahawa terdapat tanda-tanda kerasulan pada Nabi Muhammad
SAW. Pendeta itu menasihati Abu Talib supaya segera membawa pulang
Nabi ke Makkah kerana khuatir akan dibunuh oleh orang Yahudi.
Ketika berusia 20 tahun, Nabi telah berdagang dan pernah berniaga
berseorangan dan berkongsi dengan temannya.
Nabi telah menjalankan perniagaan dengan Khadijah Binti Khuwailid
setelah dicadangkan oleh bapa saudaranya,Abu Talib yang inginkan Nabi
Muhammad mempunyai pekerjaan yang tetap.
Abu Talib telah menemui Khadijah dan meminta supaya menerima
Muhammad sebagai peniaga yang berurusan dengan Khadijah.
Muhammad menjalankan perniagaan Khadijah dengan Maisarah iaitu
hamba Khadijah.
Sifat-sifat terpuji Muhammad bin Abdullah :
Kemuliaan budi pekerti
Amanah
Kebolehan baginda menjalankan perniagaan menyebabkan
Khadijah menyerahkan modal yang besar kepada Muhammad.
Kebijaksanaan dan kelembutan tutur kata baginda
8. Kepandaian baginda mengambil hati mereka yang berurusniaga
dengannya menyebabkan baginda mendapatkan untung besar.
Kebijaksanaan dan kemuliaan budi pekerti membawa kepada
perkahwinan Khadijah Binti Khuwailid dengan Muhammad.
Ketika itu , Muhammad berusia 25tahun manakala Khadijah
berusia 40 tahun.
27. Nyatakan tentang Khadijah Binti Khuwailid ?
Digelar Al-Thaharah (bersih) kerana menjauhi maksiat dan adat yang
bertentangan dengan Islam
Mempunyai anak bersama Muhammad
Zainab
Ruqaiyah
Umi Kalthum
Fatimah
Qasim
Abdullah
Ibrahim
28. Nyatakan tentang anak-anak Nabi Muhammad ?
Kesemua putera Nabi telah meninggal dunia pada usia yang muda
Fatimah telah berkahwin dengan Ali bin Abu Talib.
29. Terangkan Keperibadian Nabi Muhammad SAW ?
Siddiq (berkata benar) – diakui semasa Nabi menyampaikan dakwah di
Kota Makkah.
Amanah (dipercayai) – Nabi dipercayai oleh Khadijah sehingga
memberikan modal yang besar untuk berniaga
Tabliq (menyampaikan) – Baginda menyampaikan dakwah bersungguh-
sungguh setelah dilantik menjadi Rasul.
Fatanah (bijaksana)
1) Nabi menyelesaikan persengketaan di kalangan kabilah Quraisy yang
berpunca tentang peristiwa meletakkan semula Hajar Aswad(batu
hitam) ke tempat asalnya,iaitu di penjuru timur Kaabah kerana terjatuh
semasa banjir yang melanda Kota Makkah.
9. 2) Semasa Baginda memeterai Perjanjian Hudaibiyah pada 628M dengan
Orang Arab Quraisy. Walaupun perjanjian itu berat sebelah,baginda
menerimanya untuk menyebarkan Islam seterusnya.
Al-Amin kerana baginda perkataan + perbuatan dipercayai dan tidak
pernah berbohong.
Pengasih dan Bertimbang-rasa terhadap orang tua dan kanak-kanak
Membantu Isteri memasak
Menampal baju yang koyak
Melayan anak
Membersihkan rumah
Memberi pendidikan agama yang cukup kepada anak-anak.
Mengamalkan cara hidup sederhana.
Merendah diri – bergaul dengan semua lapisan masyarakat yang kaya
mahupun miskin.
Pemaaf – Semasa peristiwa pembukaan semula Kota Makkah,Nabi telah
memaafkan dan membebaskan Orang Arab Quraisy yang menyerah diri.
30. Terangkan peristiwa peletakkan semula Hajar Aswad ?
Banjir menyebabkan Hajar Aswad terjatuh dari posisi asalnya
Timbul pertelingkahan antara kabilah-kabilah Arab Quraisy kerana
masing-masing hendak meletakkan Hajar Aswad.
Mereka bersepakat melantik Nabi Muhammad sebagai Hakim
Jadi,Nabi telah meletakkan Hajar Aswad di atas rentangan kain serban.
Wakil setiap kabilah memegang setiap bahagian tepi kain serban itu.
Nabi Muhammad SAW sendiri meletakkan Hajar Aswad ke tempat
asalnya.
Tindakan baginda membuat semua kabilah berpuas hati.
31. Terangkan tentang Hajar Aswad dan Kepentingannya ?
Hajar Aswad telah berada di sisi Kaabah sebelum Nabi Muhammad SAW
lahir.
Kedatangan Islam oleh Nabi Muhammad SAW tidak mengubah
kedudukan Hajar Aswad.
Kepentingan : Orang Islam yang bertawaf di Kaabah dianjurkan
menghormati batu ini sama ada dengan mencium atau menyentuh atau
memberi isyarat kepadanya. Walaubagaimanapun,mencium Hajar Aswad
bukanlah perkara wajib dalam Islam.
10. 32. Terangkan tentang Kerasulan Nabi Muhammad SAW ?
Nabi Muhammad SAW berulang alik dan bertahannuth
(mengasingkan diri untuk beribadat) kepada Allah di Gua Hirak.
Baginda mendaki Puncak Bukit Nur dengan tabah dan sabar untuk mendapatkan
tempat ibadat yang sunyi dan tenang.
Baginda menyerahkan diri kepada Allah dan memikirkan cara untuk mengubah
nilai yang dipegang oleh masyarakat disekelilingnya.
Baginda menurut ajaran Nabi Ibrahim sebelum mendapat wahyu
Gua Hirak terletak di Puncak Bukit Nur(Jabal Nur) di Utara Makkah dan
mengambil jarak 6 kilometer dari Kota Makkah.
Setelah 6 bulan beribadat, Pada 6 Ogos tahun 610 M bersamaan 17 Ramadhan,
Allah menurunkan wahyu yang pertama kepada Nabi Muhammad SAW menerusi
Jibril.
Pada ketika itu,Nabi berumur 40 tahun semasa baginda menerima wahyu.
Wahyu yang diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad ialah
Surah Al-Alaq ayat 1-5 yang memerintahkan umat Islam supaya membaca.
Wahyu kedua ialah Surah Al-Muddasir ayat 1-7 iaitu pengistiharan Nabi
Muhammad sebagai Rasulullah SAW yang mewajibkan baginda sampaikan ajaran
Islam kepada seluruh manusia.
Pelantikan Nabi sebagai Rasulullah dianggap sebagai Rahmat kepada seluruh
alam sejagat.
33. Mengapakah wahyu pertama yang memerintahkan manusia membaca adalah
sangat penting ?
Dapat menambahkan ilmu
Melahirkan bangsa yang berilmu
Mencapai kejayaan cemerlang dalam pelbagai bidang
Meningkatkan tamadun
Dapat membimbing masyarakat ke jalan yang benar.
11. 34. Bagaimanakah Penyebaran Islam di Makkah ?
Peringkat Pertama – secara RAHSIA
Selama 3 tahun
Ditujukan kepada ahli keluarga baginda,sahabat yang rapat,dan kaum
kerabat baginda.
Mereka yang memeluk islam ialah :
Khadijah binti Khuwailid(isteri)
Ali bin Abu Talib (10 tahun)(sepupu)
Zaid bin Harithah (anak angkat)
Abu Bakar As-Siddiq
Uthman Bin Affan
Zubair Bin Awam
Al-Arqam bin Abu Arqam
Al-Arqam telah menjadikan rumahnya sebagai pusat kegiatan Islam yang
pertama di Makkah.
Kebanyakkan para sahabat yang mendapat bimbingan di rumahnya
menjadi pemimpin kerajaan Islam
Rumahnya berkekalan menjadi rumah yang diwakafkan dan didiami anak-
anak sehingga zaman Bani Umaiyah.
Ketinggian akhlak Nabi Muhammad SAW dan kejujuran para sahabat
menyebabkan dakwah Islamiah mendapat sambutan.
Golongan bawahan dan Golongan atasan memeluk islam.
Peringkat Kedua – Secara TERBUKA
Selama 10 tahun
Dakwah Islamiah dilakukan secara terbuka setelah mendapat wahyu
daripada Allah.
Ditujukan kepada keluarga Abdul Muttalib setelah turunnya ayat al-
quran yang memerintah Rasul supaya menyebarkan Islam kepada
kaum kerabat Baginda.
Nabi Muhammad SAW mengadakan majlis ceramah untuk
menerangkan tentang Islam di rumah Ali bin Abu Talib.
Ada menerima seruan baginda
Ada menolak seruan baginda terutamanya Abu Lahab,bapa saudara
baginda.
Dakwah Islamiah kepada orang ramai pula dilakukan di Bukit
Safa,Makkah setelah perintah Allah dalam Surah Al-Hijr ayat 94
12. Kesemua ketua pentadbir Makkah hadir iaitu Bani Abdul Muttalib,Bani
Zuhrah,Bani Tamim,Bani Makhzum dan Bani Asad.
Perbahasan berlaku di antara Nabi Muhammad SAW dengan Abu
Lahab yang menghina baginda dan penyampaian dakwah Islamiah
terganggu.
35. Terangkan mengenai Abu Lahab ?
Nama sebenarnya Abdul Uzza bin Abdul Muttalib
Juga digelar sebagai Abu Jahal
Bapa saudara Nabi yang menentang dakwah Islamiah
Isteri Abu Lahab,Arwa binti Harb memberi sokongan kepada suami untuk
menentang ajaran Islam.
Allah menggambarkan balasan yang diterima oleh Abu Lahab dalam surah Al-
Masad
36. Terangkan tentang Bukit Safa dimana dakwah Islamiah secara terbuka kepada
orang ramai diadakan ?
Tempat Siti Hajar,isteri Nabi Ibrahim berlari-lari sambil mencari air untuk
anaknya,Nabi Ismail.
Bukit Safa ini selain Bukit Marwah juga menjadi tempat umat islam mengerjakan
sai’e ( rukun haji dan umrah )
37. Apakah reaksi masyarakat Arab terhadap Islam ?
1) Menerima Islam
Ahli keluarga dan sahabat rapat baginda menerima Islam
Nabi telah menjalankan dakwah Islamiah secara rahsia pada peringkat
pertama kerana :
Islam baru dikenali
Penganutnya masih sedikit
Mengelakkan penentangan yang memungkinkan asas Islam
dihancurkan.
Penganut Islam pada peringkat awal ialah golongan hamba
Kerana ajaran Islam yang memberi layanan yang sama kepada
semua manusia.
Walaupun diseksa dengan kejam,mereka tetap menerima Islam
13. o Bilal bin Rabah – telah dijerut lehernya dengan tali oleh
Umaiyah bin Khalaf.
o Keluarga Yassir – dijemur di padang pasir sehingga Yassir
dan isterinya Sumaiyah mati syahid.
o Amir bin Fuhairah – diseksa menjadi gila.
o Zunainah – diseksa oleh Abu Lahab sehingga menjadi buta.
Islam diterima oleh orang ramai kerana :
Kemurniaan Ajaran Islam
Kebijaksanaan Nabi Muhammad berdakwah secara lemah-lembut
dan berhikmah.
Nabi tidak memaksa tetapi memujuk mereka dengan anugerah
akal yang dianugerahi Allah.
Nabi membandingkan akhlak masyarakat Jahiliah dengan akhlak
yang disaran dalam Islam.
Nabi membaca Al-Quran untuk menjawab pertanyaan sahabat
Memberi penerangan dan teladan yang baik
Menanamkan keimanan yang kuat kepada pengikutnya
Kesabaran dan Pengorbanan adalah kunci kejayaan Islam
Peribadi Muhammad SAW yang berakhlak mulia.
Mental,Fizikal,Emosi dan Rohani kunci kejayaan perkembangan
Islam di Makkah.
2) Penentangan Terhadap Islam
Nabi dicemuh
Nabi diganggu semasa beribadat
Semasa baginda solat,benda-benda kotor diletakkan di tengguk
baginda.
Ada yang mencuba untuk membunuh baginda.
Penentangan berlaku kerana :
Perbezaan dari segi kepercayaan dan amalan antara Arab Quraisy
dengan Islam.
Islam :: kepercayaan kepada Allah Maha Esa
Arab Quraisy :: mempercayai dan mengamalkan amalan
menyembah berhala dan animisme.
Persamaan taraf manusia
Konsep persaudaraan Islam bertentangan dengan konsep assabiah
yang menjadi pegangan mereka.
Amalan yang dikeji seperti mencuri dan menindas yang dilarang
dalam Islam.
14. Dari segi politik,Orang Arab Quraisy salah anggap tentang tugas
Nabi iaitu mereka khuatir terpaksa tunduk terhadap kepimpinan
Nabi.
Dari segi Ekonomi,menjejaskan perusahaan mengukir patung
berhala yang merupakan sebahagian daripada aktiviti ekonomi
mereka.
Penyair Arab Quraisy mengejek ajaran Islam menerusi puisi
mereka.
Setelah gagal menggunakan kekerasan,mereka telah memujuk
Nabi Muhammad SAW.
Mereka menawarkan kedudukan,wanita cantik dan harta. Namun
baginda menolak.
Mereka melakukan pemulauan terhadap Nabi Muhammad dan
keluarga baginda selama 3 tahun.
Mereka menulis pernyataan tentang pemulauan itu dan
menggantungkannya di Kaabah.
Walau bagaimanapun,Abu Talib membantu dan melindungi Nabi
Muhammad SAW.
Golongan Islam yang kaya membantu golongan kurang berada.
Khadijah binti Khuwailid berkorban dan menyerahkan semua
harta demi Islam.
Perjuangan seterusnya diteruskan oleh Aisyah,Ummu Salamah di
Madinah.
38. Terangkan tentang Bilal bin Rabah ?
Beliau ialah hamba kepada Umaiyah bin Khalaf yang berasal dari Habsyah
Beliau telah diseksa dengan kejam :
Dijemur
Diselar dengan besi panas
Ditindih dadanya dengan batu
Namun Bilal beriman hanya kepada Allah
Abu Bakar telah membeli Bilal daripada Umaiyah semasa dia diseksa
Bilal adalah muazzin pertama dalam Islam
15. 39. Apakah bentuk pemulauan yang telah dilakukan ?
Arab Quraisy tidak menjalankan aktiviti jual beli dengan keluarga Nabi
Muhammad SAW
Mereka tidak menghulurkan bantuan kepada keluarga Nabi Muhammad SAW
Mereka tidak berkahwin dengan anggota keluarga Nabi Muhammad SAW
40. Terangkan mengenai Aisyah ?
Nama : Aisyah binti Abu Bakar
Isteri Muhammad SAW
Bijak
Kuat Ingatan
Pengetahuan mendalam tentang Islam
Sumber rujukan bagi orang islam tentang hukum-hukum Islam
41. Bagaimanakah Nabi Muhammad SAW menyelesaikan masalah ?
Membenarkan orang islam berhijrah ke Habsyah untuk mendapatkan
perlindungan. Penghijrahan pertama dalam Islam.
Nabi Muhammad SAW dan Zaid bin Harithah merancang ke Taif untuk
menyebarkan Islam namun tidak berkesan.
Nabi tidak berhijrah ke Habsyah kerana ingin menumpukan perhatian terhadap
penyebaran Islam dan menjaga keselamatan orang Islam yang tidak berhijrah.
Nabi berhijrah ke Madinah selepas menerima perintah Allah ke Madinah.
Nabi sabar,cekal dan tabah semasa berdakwah adalah punca Islam bertahan di
Madinah dan Makkah