Dokumen tersebut membahas tentang keselamatan murid di sekolah. Ia menyoroti beberapa isu utama seperti kemalangan yang melibatkan murid dalam dan luar sekolah, kes jenayah dan salah laku yang melibatkan murid, serta konsep pengurusan keselamatan sekolah yang holistik melalui penubuhan jawatankuasa dan garis panduan keselamatan. Dokumen ini menekankan pentingnya memastikan keselamatan murid di sekolah melal
1. 1
AKTA PENDIDIKAN 1996
( Akta 550 )
PENDAHULUAN
Suatu Akta untuk mengadakan peruntukan bagi pendidikan dan bagi perkara-perkara yang berkaitan
dengannya.
BAHAWASANYA
Mengakui bahawa ilmu itu adalah penentu utama arah tujuan negara dan penyelamat bangsa
DAN BAHAWASANYA
Tujuan pendidikan adalah untuk membolehkan masyarakat Malaysia menguasai ilmu, kemahiran dan
nilai murni yang diperlukan dalam dunia yang berdaya saing tinggi serta bersifat global
DAN BAHAWASANYA
Pendidikan mempunyai peranan penting dalam menjayakan wawasan negara demi untuk mencapai
taraf negara maju sepenuhnya dari segi kemajuan ekonomi, keadilan sosial dan kekuatan rohani,
moral dan etika, ke arah mewujudkan suatu masyarakat yang BERSATUPADU, DEMOKRATIK,
LIBERAL DAN DINAMIK.
DAN BAHAWASANYA
Adalah menjadi suatu misi untuk menghasilkan sistem pendidikan yang bertaraf dunia dari segi kualiti
bagi memperkembangkan potensi individu sepenuhnya
DAN BAHAWASANYA
Dasar Pendidikan Kebangsaan adalah berlandaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan;
”Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi
individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari
segi intelek, rohani, emosi dan jasmani, berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.
Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan,
berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri
serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan
negara”.
SISTEM PENDIDIKAN KEBANGSAAN
Terdiri daripada;
(a) pendidikan prasekolah;
(b) pendidikan rendah;
(c) pendidikan menengah;
(d) pendidikan lepas menengah; dan
(e) pendidikan tinggi
2. 2
BAHASA KEBANGSAAN SEBAGAI BAHASA PENGANTAR UTAMA KURIKULUM KEBANGSAAN
HENDAKLAH DIGUNAKAN OLEH SEMUA SEKOLAH
SEKSYEN 130 KUASA MENTERI MEMBUAT PERATURAN
Tanpa menjejaskan kuasanya untuk membuat peraturan-peraturan di bawah mana-mana peruntukan
lain dalam Akta ini, Menteri boleh membuat peraturan-peraturan bagi maksud melaksanakan
peruntukan Akta ini.
PELAKSANAAN PERATURAN-PERATURAN SEKOLAH BERKAITAN DISIPLIN DAN
KESELAMATAN
INSTITUSI SEKOLAH
Sekolah merupakan institusi sosial yang mengadunkan kebolehan intelektual, moral serta spiritual
murid-muridnya secara holistik
PIHAK BERKUASA SEKOLAH
Guru Besar adalah orang yang bertanggungjawab ke atas disiplin sekolah dan bagi maksud itu,
mempunyai kuasa ke atas guru-guru dan murid-murid di sekolah itu.
Walau bagaimana pun, di bawah peraturan tersebut Guru Besar boleh menurunkan kuasa disiplin dan
kuasa menjalankan hukuman kepada guru-guru lain yang ditetapkan olehnya bagi maksud itu tertakluk
kepada syarat-syarat atau had-had yang difikirkannya patut.Pendaftar Sekolah atau Pendaftar Besar
juga diberi kuasa bagi menjaga disiplin di sekolah. Pendaftar Sekolah atau Pendaftar Besar juga diberi
kuasa bagi menjaga disiplin di sekolah.
PERATURAN YANG HARUS DIPATUHI
Di samping kuasa dan budi bicara pihak berkuasa disiplin, maka dalam pelaksanaannya mereka harus
mengamalkan keadilan ‘Natural Justice’.
Hak untuk didengar (hearing) Peraturan ini menentukan bahawaseseorang itu mempunyai hak untuk
dibicarakan iaitu hak untuk membela diri. Peluang yang diberi haruslah munasabah. Seseorang itu
belum boleh didapati bersalah sehingga dibuktikan Hukuman hendaklah setimpal dengan
kesalahannya
FAKTOR-FAKTOR ASAS YANG PATUT DIRANGKUMKAN DALAM DASAR GURU BESAR
TERHADAP HUKUMAN
Kesalahan yang dilakukan di luar kawasan sekolah.
Walau pun mengambil tindakan disiplin tidak dilarang, adalah lebih baik bagi Guru Besar menunggu
hasil keputusan mahkamah sebelum tindakan disiplin dikenakan.
3. 3
Beratnya Kesalahan
Lebih serius salah laku itu maka lebih beratlah hukuman yang dikenakan. Lebih kuat tujuan sesuatu
perbuatan salah laku itu, lebih meningkat bahaya yang didatangkan, maka lebih beratlah pula hukuman
yang patut diberikan
Perwatakan dan Latar Belakang Murid
Pertimbangan hendaklah diberi juga kepada perwatakan, sejarah dan latar belakang murid yang
melakukan kesalahan.
Kekerapan kesalahan dan kesungguhan murid yang melakukannya
Lebih kerap kesalahan itu berlaku atau lebih bersungguh-sungguh murid itu melakukannya maka lebih
beratlah hukuman yang boleh dikenakan.
HUKUMAN YANG BOLEH DIKENAKAN
a) Pembuangan
b) Penggantungan
Penggantungan merupakan satu arahan di mana seseorang murid itu dilarang dari memasuki
kawasan sekolah atau menikmati sesuatau kemudahan sekolah tidak boleh lebih 14 hari
penggantungan.
c) Hukuman Dera (corporal punishment)
Hukuman dera (rotan) boleh dikenakan (kecuali ke atas murid-murid perempuan).
d) Penahanan (detention)
Penahanan adalah untuk mengawal murid-murid yang jahat (delinquent) dengan cara
menafikannya dari menikmati dan menggunakan masa lapangnya. Arahan penahanan itu
hendaklah menentukan masa dan jumlah jam seseorang itu ditahan.
e) Denda
Dalam hal sama ada denda sebagai satu hukuman terpulanglah kepada Guru Besar ingin
mempertimbangkan secara teliti hubungan antara denda dengan kemampuan seseorang murid
untuk membayar denda itu.
f) Amaran
Setelah mempertimbangkan keadaan, jenis salah laku dan kelakuan murid yang telah melakukan
salah laku itu, berpendapat bahawa adalah kurang wajar dikenakan hukuman yang lebih berat
lagi.
4. 4
ASPEK KESELAMATAN SEKOLAH JUGA MERUPAKAN ISU YANG TIDAK BOLEH DIKOMPROMI
DAN MEMERLUKAN TINDAKAN SECARA HOLISTIK
- LATAR BELAKANG
- ISU
- KESELAMATAN MURID
DATA PERJALANAN PERGI BALIK MURID SEKOLAH (10 BUAH NEGERI) 2008
BIL. CARA RENDAH MEN. JUMLAH %
1. Berjalan Kaki 256369 359999 616368 18.1
2. Berbasikal 210458 148178 358636 10.5
3. Motosikal 20672 102242 122914 3.6
4. Kereta Sendiri 0 20455 20455 0.6
5. Bas Sekolah 504542 426434 930976 27.4
6. Dihantar Penjaga 996612 349937 1346549 39.5
7. Bot / Perahu 896 3806 4702 0.1
8. Keretapi 736 6155 6891 0.21990285 1417206 3407491
KEMALANGAN MELIBATKAN KECEDERAAN SERIUS (10 BUAH NEGERI) 2008
BIL. JENIS KEMALANGAN RENDAH MEN. JUMLA H %
1. Berunsur Jenayah 30 823 853 23.2
2. Jalan Raya 378 1243 1621 44.2
3. Air 75 44 119 3.2
4. Bencana 239 27 266 7.3
5. Lain-Lain 178 632 810 22.1
JUMLAH 901 2769 3670 39.5
24.5% 75.5%
KEMALANGAN + PENYAKIT MELIBATKAN KEMATIAN (10BUAH NEGERI) 2008
BIL. JENIS KEMALANGAN RENDAH MEN. JUMLAH %
1. Berunsur Jenayah 3 8 11 3.6
2. Jalan Raya 16 74 90 29.2
3. Air 13 4 17 5.5
4. Bencana 3 2 5 1.6
5. Penyakit 59 88 147 47.7
6. Lain-Lain 17 21 38 12.3
JUMLAH 111 197 308
36.0% 64.0%
LOKASI KEMALANGAN (10 BUAH NEGERI ) 2008
BIL. LOKASI JUMLAH %
1. Dalam Sekolah 150 12.0
2. Luar Sekolah 1099 88.0
5. 5
LOKASI KEMALANGAN (10 BUAH NEGERI) 2008
BIL. LOKASI JUMLAH %
1. Dalam Sekolah 150 12.0
2. Luar Sekolah 1099 88.0
MURID TERLIBAT KES SALAH LAKU (10 BUAH NEGERI) 2008
BIL. JENIS KES RENDAH MEN. JUMLAH %
1. Berunsur Jenayah 22 429 451 58.9
2. Hilang 2 74 76 9.9
3. Lumba Haram 0 50 50 6.5
4. Lain-Lain 36 154 190 24.8
JUMLAH 58 707 765
7.6% 92.4%
MURID TERLIBAT KES PERGADUHAN (10 BUAH NEGERI) 2008
BIL. KATEGORI RENDAH MEN. JUMLAH %
1. Sama Kaum 1592 1754 3346 73.6
2. Antara Kaum 309 894 1203 26.4
JUMLAH 1901 2648 4549
41.8% 58.2%
KONSEP KESELAMATAN MURID, KESEDARAN,PENGHAYATAN DAN PEMBUDAYAAN AMALAN
KESELAMATAN AKAN MEWUJUDKAN SEKOLAH YANG SELAMAT
ARAHAN KESELAMATAN dan PIAWAIAN KESELAMATAN SEKOLAH
RASIONAL
1. KERAP DIABAIKAN
2. SERING TERDEDAH RISIKO KESELAMATAN
3. KEUPAYAAN SEKOLAH YANG TERBATAS
MATLAMAT SEKOLAH YANG SELAMAT
OBJEKTIF
1. SEKOLAH MEMAHAMI, MENGHAYATI DAN MELAKSANAKAN OPERASI KESELAMATAN
2. SEKOLAH MEMBIMBING DAN MENASIHATI MURID AKAN AMALAN SELAMAT
3. MURID MENGAMALKAN CARA HIDUP SELAMAT DALAM DAN LUAR SEKOLAH
ARAHAN KESELAMATAN
1. ASPEK PENGURUSAN KESELAMATAN AKTIVITI MURID
2. ASPEK PENGURUSAN KESELAMATAN DALAM MENGHADAPI KRISIS DAN BENCANA
3. ASPEK PENGURUSAN KESELAMATAN INFRASTRUKTUR SEKOLAH ARAHAN KESELAMATAN
4. ASPEK PENGURUSAN KESELAMATAN DALAM MENANGANI GEJALA SOSIAL
5. ASPEK PENGURUSAN KESELAMATAN DALAM MENGHADAPI RISIKO
6. 6
SETIAUSAHA
GURU
PENGERUSI
PENGETUA/GURU BESAR
TIMBALAN PENGERUSI
GURU PENOLONG KANAN HEM
JAWATANKUASA PENGURUSAN AKTIVITI MURID
JAWATANKUASA PENGURUSAN KRISIS DAN BENCANA
JAWATANKUASA PENGURUSAN SOSIAL
JAWATANKUASA PENGURUSAN INFRASTRUKTUR SEKOLAH
JAWATANKUASA PENGURUSAN RISIKO
CARTA ORGANISASI JAWATANKUASA KESELAMATAN SEKOLAH
PENGURUSAN KESELAMATAN AKTIVITI MURID
ARAHAN KESELAMATAN
Dalam elemen ini berfokus kepada tatacara dan langkah-langkah yang perlu diambil oleh pihak sekolah
dari aspek perjalanan pergi dan balik dari sekolah, semasa pengajaran & pembelajaran, aktiviti
kokurikulum, sukan dan permainan, aktiviti lawatan dan perkhemahan serta di asrama.
PENGURUSAN KESELAMATAN MENGHADAPI KRISIS DAN BENCANA
ARAHAN KESELAMATAN
Dalam elemen ini berfokus kepada tatacara dan langkah-langkah yang perlu diambil oleh pihak sekolah
dari aspek KESIAPSIAGAAN menghadapi sebarang risiko bencana termasuklah Banjir, Kebakaran,
Perubahan Cuaca Luar Biasa, Kilat & Ribut Petir, Tanah Runtuh, Gempa Bumi, Jerebu, Tsunami.
PENGURUSAN KESELAMATAN INFRASTRUKTUR SEKOLAH
ARAHAN KESELAMATAN
Dalam elemen ini berfokus kepada tatacara dan langkah-langkah yang perlu diambil oleh pihak sekolah
dari aspek PEMANTAUAN dan PENYELENGGARAAN Fizikal Bangunan Sekolah, Pendawaian dan
Peralatan Elektrik, Retikulasi Air, Paip-Paip Gas, Perparitan dan Sistem Pembetungan, Lanskap
Sekolah, Tandas, Bilik Darjah, Bilik-Bilik Khas, Asrama, Gelanggang Permainan dan Persekitaran
Kawasan Sekolah.
PENGURUSAN KESELAMATAN MENANGANI GEJALA SOSIAL
ARAHAN KESELAMATAN
Dalam elemen ini berfokus kepada tatacara dan langkah-langkah yang perlu diambil oleh pihak
sekolah dalam mendidik tingkahlaku warganya serta menangani dan mengurangkan kes-kes
gejala sosial yang termasuklah Buli, Keharmonian Kaum, Gangguan Seksual dan Gangguan Emosi.
PENGURUSAN KESELAMATAN DALAM MENGHADAPI RISIKO
ARAHAN KESELAMATAN
Dalam elemen ini berfokus kepada tatacara dan langkah-langkah yang perlu diambil oleh pihak sekolah
dalam menghadapi situasi yang boleh mendatangkan bahaya, ancaman, kecederaan dan kehilangan
nyawa di luar sekolah. Keadaan/Tempat risiko termasuklah Sungai, Laut, Air Terjun, Longkang Besar,
7. 7
Lombong, Tasik, Paya, Kolam Kumbahan, Jalan Raya, Jalan Keretapi, Pencawang Elektrik, Tanah
Mendap, Belukar, Titi dan Jambatan, Bangunan Terbiar, Rumah Kosong dan kawasan dalam
Pembinaan.
PANDUAN PIAWAIAN KESELAMATAN SEKOLAH
Menggunakan Instrumen Piawaian Keselamatan Sekolah yang digunakan oleh sekolah dalam
membuat penarafan kendiri berkaitan keselamatan sekolah masing-masing. Instrumen ini
mengandungi 70 item daripada 5 aspek keselamatan yang hendak dinilai. Setiap item perlu diberi skor
yang telah ditetapkan dan skor yang dipilih hendaklah berasaskan kepada data dan maklumat yang
betul dan tepat.
MATLAMAT
Memberi penarafan keselamatan yang standard untuk semua sekolah
PELAKSANAAN
Lima aspek keselamatan yang dinilai.
a. Pengurusan Keselamatan Aktiviti Murid
b. Pengurusan Keselamatan Infrastruktur Sekolah
c. Pengurusan Keselamatan Dalam Menangani Gejala Sosial
d. Pengurusan Keselamatan Dalam Menghadapi Krisis dan Bencana
e. Pengurusan Keselamatan Dalam Menghadapi Risiko Ancaman
PIAWAIAN KESELAMATAN SEKOLAH
PERATUS PENCAPAIAN PIAWAIAN SEKOLAH
1. 80 -100 SEKOLAH SELAMAT
2. 50 -79 MEMERLUKAN PENINGKATAN TAHAP KESELAMATAN SEKOLAH
3. 0 -49 PERHATIAN KHUSUS TERHADAP KESELAMATAN SEKOLAH
SATU MALAYSIA RAKYAT DIDAHULUKAN PENCAPAIAN DIUTAMAKAN
TERIMA KASIH