Se ha denunciado esta presentación.
Utilizamos tu perfil de LinkedIn y tus datos de actividad para personalizar los anuncios y mostrarte publicidad más relevante. Puedes cambiar tus preferencias de publicidad en cualquier momento.

Snow white moden

suka suki suka hati ^_^ .....parody.... Next parody 'Cinderella'.. coming soon. Gambatte!

  • Inicia sesión para ver los comentarios

Snow white moden

  1. 1. SNOW WHITE ALAF 21- Part 1
  2. 2. Suatu masa dahulu pada zaman dulu-dulu, bukanzaman Elvis Presley dan zaman Marilyn Monroe dan sebelumzaman Lady Gaga. Seorang ratu secantik Datuk Siti Nur Halizatelah tercucuk jari manisnya semasa sedang menjahit bajuanak patung Barbie miliknya di tepi jendela. Ketika itu menitislah darah si ratu jatuh ke atas saljiputih yang menempek di jendela. Dilihat-lihat, ditenung-tenung, diamati oleh sang Ratu…lalu terdetiklah dalamhatinya…. “kalaulah…aku ada puteri berkulit seputih salji,bibir semerah darah, dan rambut sehitam kayuhitam..alangkah!….”.
  3. 3. Tidak lama kemudian,ratu beranaklah seorang puteriyang kulitnya sebijik putihmacam salji, bibir merah macamdarah, dan rambut hitam berkilatmacam arang. Gembiralah hati siRatu dan suaminya, raja dikerajaan Awan Berarak yangtersangatlah tampan macamAnuar Zain. Namanya ‘SnowWhite” atau dalam bahasaMalaysia ‘Salji putih’.
  4. 4. Dipendekkan cerita.. Mangkatlah ibunda snow white..berita kemangkatannya telah disampaikan kepada pendudukkerajaan Awan Berarak melalui Twitter diraja. Menurut doktor semasa post mortem dijalankan ratumangkat disebabkan virus Trojan yang hanya boleh dihapuskandengan menggunakan antivirus terbaru daripada Kaspersky.Sedangkan hospital kerajaan Awan Berarak pada masa itu hanyadilengkapi dengan antivirus Avira yang agak ketinggalan jikadibandingkan dengan kerajaan Awan Berlalu yang jugamerupakan musuh utamanya. Oleh sebab kedua-dua kerajaan itu bermusuh, kerajaanAwan Berlalu dengan kedekutnya tidak mahu memberikanantivirusnya kepada raja kerajaan Awan Berarak. Akibatnya,ibunda snow white terkorban. Berdukalah snow white 7 hari 7 malam. Duduk sahaja didalam bilik peraduannya menghadap laptop Apple sambilmenulis status di Facebook miliknya.
  5. 5. Sedih macam mana pun, life must go on kan. Tidaklama kemudian, ayahanda snow white pun jatuh cinta denganseorang wanita yang tersangat cantiknya, mirip Britney Spearstapi hati busuk. Jadi, mereka pun berkahwin. Ratu ini bernama ‘Neng perasancantikboolah’, beliaujuga memiliki sebuah cermin sakti yang dinamakan ‘cermin’.Cermin akan menjawab segala soalan dengan jujur. Ratu sering bertanya : “Wahai sang cermin padadindingku..siapakah yang tercantik sekali di negeriku..?” makasi cermin pun menjawab dengan jujur : “ di negeri Entahlah..Ratu Neng lah yang paling cantik sekali, tetapi di negeriini..Sorry you! Snow white lah yang paling cantik.” Jawabcermin dengan selamba sekali.
  6. 6. Ratu Neng pun cemburu dan sangat marah keranasnow white a.k.a anak tirinya itu lebih cantik dari dirinya.Maka. Dia pun menyuruh seorang pemburu membunuh snowwhite. Jika enggan ayam ternakannya akan dibunuh oleh RatuNeng. Pemburu yang ketakutan itu menurut sahaja arahanRatu lalu membawa snow white ke hutan simpan LembahDanum untuk di bunuh. Setelah sejam perjalanan menaiki Toyota Hilux terbaru2012 sampailah mereka di tengah hutan, pemburu pun terusmengeluarkan pisau dan mahu menikam snow white. Tetapisetelah melihat muka kesian snow white itu tidaklah jadi diamembunuh puteri salji. Sebagai ganti setelah melepaskansnow white, pemburu itu menggantikan jantung yangsepatutnya jantung snow white itu dengan jantung rusa.
  7. 7. Snow white yang merasa selamatitu pun merayau-rayau di dalam hutanbuat seketika. Cuba mencari jalanpulang. Tetapi takut di bunuh olehibunda tirinya. Sampailah dia di depanrumah kecik untuk orang kerdil.Sesampai di sana snow white yangpembersih itu telah mengemas,membasuh pinggan,baju dansebagainya yang ada di rumah itusehingga bersih. Dia pun tertidurkepenatan. Tidak lama kemudian, pulanglah7 orang kerdil setelah penat bekerjarestoran Pizza Hut yang baru di buka dibandar. Dipendekkan cerita lagi,mereka pun berkawan.
  8. 8. Oleh sebab snow white disangkanya sudah mati.Ratu Neng bertanya kembali kepada cermin tentangsiapa yang paling cantik. Cermin tetap berkata snowwhite lagi cantik. Setelah mengoncang-goncangkancermin, pastilah ratu bahawa pemburu tidakmembunuh snow white. Akibatnya, ayam milikpemburu itu di bunuh oleh ratu lalu dimasak rendangayam oleh Chef Wan yang famous di kerajaan AwanBerarak. Ratu yang tidak puas hati pun membuatrancangan untuk membunuh sendiri snow white.
  9. 9. Dengan menggunakan makeup Simply Siti keluaran terbaru, ratuNeng yang kejam itu berjayamembuatkan wajahnya kelihatanseperti seorang wanita tua(padahal..dia memang tua). Selepasbersolek, ratu pun mengambil sebijiepal merah dari dalam peti sejukElecrolux mangosteen 260Ltr-2- doorfridge with ecological refrigeranttercanggih pada masa itu. Epal itu kemudiannya disalutdengan racun tikus yang tidak berbaudengan tujuan membunuh snowwhite.
  10. 10. Setelah siap, ratu kejam itu pun berjalan ke arahkediaman orang-orang kerdil tempat snow white bersembunyidengan menggunakan GPS kereta Proton Exora HLinemiliknya. Setelah sampai, ratu mengetuk pintu rumah dankeluarlah snow white menemui wanita tua itu. Ratu kejam itupun tanpa membuang masa menyumbatkan epal merahberacunnya itu ke mulut snow white. Snow white terkejutnamun sempat menggigit sedikit epal itu sebelum rebahdepan pintu. Ratu Neng ketawa terbahak-bahak apabila teringattentang Raja Lawak yang ke udara di televisyen saluran Astro(erm… minta maaf, tak ada kena-mengenakan?). selesai sajatugasnya, ratu kejam itu pun berlalu pulang ke istana.
  11. 11. 7 Orang kerdil bersedih keranasnow white telah mati, mereka punmengangkat lalu memasukkan snowwhite ke dalam keranda kaca keranamereka tidak mampu mengorektanah sedalam 7 kaki keranaketinggian mereka tidak mencukupi(ops! Merepek lagi). Keranda kaca itu diletakkan dihadapan rumah.
  12. 12. Pada masa yang hampir sama, seorang putera raja yangkacak lagi macho memburu katak di hutan simpan tersebut danketika asyik memburu tanpa disedarinya putera raja itu yangnamanya Putera Kacaklagimacho wow! terlanggar sisi kerandakaca tempat peraduan snow white. Dipendekkan cerita,terkeluarlah snow white dari dalam keranda kaca miliknya.Putera yang terkejut itu pun mengoncang-goncangkan snowwhite sekuat hati kerana takut masuk penjara gara-garamembunuh pula. Setelah menerima goncangan yang mahadahsyat, sisa apel yang rupa-rupanya tersekat di kerongkongnyatersembur keluar dengan kelajuan 70 mili saat nautika(miahahaha). 7 orang kerdil yang terlihat kejadian itu, bersorakgembira apabila melihat snow white hidup lagi rupanya.Bengong!. Putera yang kebingungan itu dan snow whitepandang-memandang dan jatuh cinta. Dan di pendekkan ceritalagi, mereka pun bercouple dan hidup bahagia selepas itu…..
  13. 13. -TAMAT-Sekian, terima kasih: Kicauku berlagu

×