SlideShare a Scribd company logo
1 of 15
KEPEMIMPINAN GURU BESAR DALAM ORGANISASI SEKOLAH
Guru besar merupakan orang yang terutama di peringkat sekolah untuk menyokong dan memastikan
kejayaan pelaksanaan teras yang berkaitan di peringkat sekolah. Kualiti kepimpinan yang tinggi adalah
sangat diperlukan untuk mengurus dan mentadbir sekolah bagi melahirkan generasi berkualiti. Guru besar
haruslah berpandangan jauh, proaktif dan berani melakukan perubahan demi kepentingan dan masa depan
pelajar mengikut perkembangan dan kesesuaian zaman, dan seterusnya membimbing dan berusaha untuk
melonjakkan pencapaianan sekolahnya ke peringkat yang lebih cemerlang. Dalam kajian yang dijalankan
oleh Fiedler, beliau merumuskan keberkesanan kepemimpinan tertakluk kepada kesepadanan di antara
dua variable iaitu gaya kepimpinan dan tahap sokongan persekitaran. Tingkahlaku pemimpin mungkin
digerakkan oleh tugasan ataupun perhubungan antara manusia dan diperjelaskan dalam tiga dimensi
kritikal iaitu,hubungan pemimpin-ahli, struktur tugasan, dan kedudukan kuasa.
Selain itu, guru besar perlu menjaga hubungan pemimpin-ahli yang baik bagi memperolehi kerjasama
yang erat daripada guru-guru dan seluruh warga sekolah. Apabila hubungan guru besar dan guru berada
dalam keadaan baik, guru akan berasa lebih mudah untuk menjalankan tugas dan meningkatkan motivasi
guru untuk mengajar murid-murid. Guru juga akan berusaha untuk mewujudkan suasana pembelajaran
yang kondusif di dalam kelas. Seterusnya, murid-murid juga akan berasa seronok untuk belajar di dalam
kelas yang kondusif bersama guru yang bersemangat dan inovatif. Mengikut kajian Arfah (1994) ke atas
85 orang guru dan 5 orang guru besar sekolah rendah di Kedah didapati faktor-faktor motivasi yang tinggi
dikalangan guru ialah kesefahaman dengan guru besar,sokongan dari guru besar,persekitaran kerja yang
sihat dan hubungan baik dengan rakan sekerja. Oleh itu, hubungan interpersonal dengan guru besar dan
rakan sejawat merupakan faktor motivasi yang tinggi di kalangan para guru. Guru besar dan pengetua
perlu sedar bahawa merekalah yang menentukan budaya persekitaran dan kecemerlangan sekolah. Jika
seseorang pemimpin diterima ahli, pemimpin akan berasa dirinya dihormati dan diinspirasikan untuk
memimpin ahli ke tahap lebih berkesan.
Dalam penentuan keberkesanan dan kejayaan sesebuah sekolah, kepimpinan guru besarlah yang selalu
dijadikan fokus utama oleh masyarakat. Kita tidak dapat melarikan diri daripada hakikat bahawa ibubapa
menaruhkan kepercayaan yang tinggi kepada sesebuah sekolah jika mereka mempunyai kepercayaan
yang tinggi pada kepimpinan guru besar. Selain itu, guru besar juga perlu merancang dengan teliti
struktur tugasan dalam organisasi di sekolah. Selain daripada menjaga hubungan pemimpin-ahli yang
baik, guru besar juga perlu menumpukan kepada aspek-aspek berkaitan dengan struktur tugasan seperti
penyusunan serta pembahagian tugas, penekanan terhadap pencapaian matlamat sekolah, menghayati dan
mengamalkan peraturan-peraturan atau arahan yang ditetapkan, penghasilan berkualiti dan budaya kerja
cemerlang. Ini bersesuaian dengan Hussien (1997) yang berpandangan untuk menjadi guru besar yang
mempunyai kepimpinan yang berkesan perlulah menyatakan matlamat sekolah dengan jelas kepada
semua guru, staf sokongan, ibu bapa, masyarakat serta pelajar yang mempunyai kepentingan bersama.
Sebagai pemimpin, guru besar perlu memastikan segala pembahagian tugasan dilakukan secara adil dan
saksama tanpa ada rasa ketidakpuasan hati dari mana-mana pihak. Guru besar perlu memahami masalah
yang dihadapi oleh guru-guru mereka dan perlu memikirkan cara untuk mengatasi masalah tersebut
dengan berhemah.
Seterusnya ialah kedudukan kuasa yang ada pada seorang guru besar atau pengetua. Seorang guru besar
mempunyai kuasa rasmi yang kuat untuk melantik, mendisiplin, menukar, dan menentukan naik pangkat
seseorang guru. Disini menunjukkan, situasi menyokong proses kepimpinan. Kedudukan kuasa yang ada
pada seseorang guru besar telah membantunya untuk meneruskan proses kepimpinan di sesebuah sekolah.
Guru besar perlu bijak menggunakan kedudukan kuasa yang ada untuk mengawal guru-guru dengan baik
dan seterusnya mewujudkan situasi kepemimpinan yang menyenangkan dalam organisasi di sekolah.
Kepimpinan Guru Besar DiSekolah
1.0. PENGENALAN
Pendidikan merupakan nadi penggerak ke arah peningkatan tamadun sesuatu bangsa. Maju mundurnya
sesebuah negara berkaitrapat dengan sistem pendidikan yang diterima oleh rakyatnya. Di negara kita,
banyak perubahan dan pendekatan baru telah diterapkan dalam sistem pendidikan selaras dengan aspirasi
negara ke arah negara maju. Bermula dengan kewujudan secara bertulis Falsafah Pendidikan Negara
(FPN), ia diikuti pula dengan wawasan 2020 yang akan mencitrakan masyarakat Malaysia yang maju
pada tahun 2020. Kemudian tampil pula agenda pengisian yang mengemukakan cabaran-cabaran kepada
para guru, Sekolah Bestaridan Koridor Raya Multimedia.
Dalam usaha mengejar dan mencapai kecemerlangan pendidikan ini, kepimpinan Guru Besar sering
dilihat sebagai fokus utama. Dapatan-dapatan yang ditemui dalam penyelidikan tentang keberkesanan
sekolah juga menunjukkan penentu utama bagi kejayaan sesebuah sekolah adalah kepimpinan yang
ditunjukkan oleh Guru Besar. Inibererti bahawa Guru Besar sering dilihat sebagai punca masalah atau
sebagai penyelesai masalah atau pemangkin dalam pelaksanaan program pendidikan ke arah
merealisasikan sekolah yang cemerlang
2.0. DEFINISI
2.1. Kepimpinan
Sebenarnya untuk mentakrif maksud kepimpinan adalah terlalu sukar (Yukl 1999, Bass 1990). Pada
kebiasaannya makna dan takrif kepimpinan itu adalah berdasarkan ‘ point of view ‘ , ‘weltanchaung ‘ dan
‘ world view ‘ para pentakrifnya. Justeru itu De Pree (1989) dalam Zawawi(1999) menyatakan;
‘Leadership is much more an art, a belief, a condition of the heart than a set of things to do. The visible
signs of artful leadership are expressed, ultimately, in its practices’.
anakala Bass (1990) pula menyatakan ‘Leadership is an interaction between two or more members of a
group that often involves a structuring or restructuring of the situation and perceptions and expectations
of the members’.
Menurut Fleishman (1973), kepimpinan adalah usaha ke arah pengaruh perseorangan yang diarahkan
melalui proses komunikasi ke arah pencapaian sesuatu matlamat. Hersey dan Blanchard (1977) pula
menyatakan kepimpinan adalah proses mempengaruhi kegiatan individu atau kumpulan dalam usaha
mencapai matlamat dalam sesuatu tindakan.
Hollander (1978) mendefinisikan kepimpinan sebagai satu proses pengaruh mempengaruhi di antara
pemimpin dan pengikut. Walaupun pemimpin mempunyai kuasa tetapi kekuatan pengaruh lebih
bergantung kepada pemujukan (persuasion) daripada paksaan. Proses kepimpinan selalunya melihatkan
pertalian pengaruh yang bersifat dua arah dan tujuan utama ialah untuk mencapai matlamat bersama.
Manakala Koontz dan Wiehrich (1992) menjelaskan kepimpinan sebagai suatu seni atau proses
mempengaruhi orang supaya mereka akan berjuang atau melakukan sesuatu dengan relahati dan penuh
semangat ke arah pencapaian matlamat kumpulan.
Kepimpinan menurut Islam berteraskan konsep khalifah iaitu setiap manusia adalah pemimpin yang
bertanggungjawab memimpin dirinya, keluarga dan ahli-ahli di bawahnya;
‘ Kamu sekalian adalah pemimpin dan kamu akan ditanya tentang rakyat yang dipimpinmu. ‘ (Riwayat
Bukhari Muslim 1528).
Oleh yang demikian tugas utama pemimpin menurut Islam bukanlah untuk mempengaruhi (to influence)
para pengikutnya sebagaimana diterangkan oleh banyak pengarang Barat,tetapi untuk menegakkan
ummah dan melaksanakan sistem kehidupan kerana Allah menurut nilai-nilai Islam (Yusof Ismail, 1991).
Dalam konteks pendidikan, Campbell (1983) menyatakan kepimpinan ialah satu proses bagi seorang
Guru Besar mendapatkan kerjasama kakitangan ke arah penyempurnaan matlamat tertentu.
2.2. Guru Besar
Dalam banyak hal, Guru Besar sekolah ialah individu yang paling penting dan berpengaruh di sesebuah
sekolah. Dia ialah orang yang bertanggungjawab terhadap semua aktiviti yang berlaku di sekolah.
Kepimpinannyalah yang menetapkan nada sekolah, iklim pembelajaran, tahap professionalisme dam
moral guru serta darjah keprihatinan terhadap masa depan pelajar. (Rosemblum dalam Hussein
Mahmood, 1993).
Menurut Ibrahim Mamat (1998), Guru Besar ialah orang yang mengetuai atau memimpin sesebuah
sekolah. Pada diri seorang Guru Besar itu sebenarnya terdapat ciri-ciri ketua dan ciri-ciri orang tua. Sabri
Salleh (1998) menyatakan Guru Besar merupakan orang yang bertanggungjawab untuk mengambil
inisiatif bagi menggerakkan perubahan di sekolahnya. Penampilan seorang Guru Besar yang hebat dan
disegani berkaitrapat dengan stail kepimpinan yang dipaparkan.
2.3. Sekolah
Sekolah terdiri dari elemen-elemen manusia dan bukan manusia; kawasan, bangunan, alatan dan
sebagainya (Ibrahim Mamat (1998).
3.0. KONSEP PEMIMPIN DAN KEPIMPINAN
Ahmad Rusli dalam kertas kerjanya Pemimpin Dalam Kepimpinan Pendidikan (1999) menyatakan
pemimpin adalah individu manusia yang diamanahkan memimpin subordinat (pengikutnya) ke arah
mencapai matlamat yang ditetapkan. Pendekatan mempengaruhi subordinat melalui proses ransangan
untuk mereka berusaha secara relahatibagi mencapai matlamat bersama menampilkan ciri kepimpinan
yang baik dan unggul. Penyerlahan penampilan keupayaan (kebolehan dan pencapaian) individu
pemimpin dalam menjayakan kepimpinannya dikenalpasti sebagai stail kepimpinan.
Menurut Ramaiah (1999) elemen asas proses kepimpinan ialah pengikut. Proses kepimpinan tidak boleh
berlaku dengan seorang sahaja kerana proses ini memerlukan sekurang-kurangnya dua orang, seorang
yang memimpin dan seorang lagi mengikut. Kalau tidak ada pengikut maka tidak ada pemimpin. Selain
itu, kesetiaan pengikut adalah penting kepada pemimpin. Proses kepimpinan akan runtuh begitu sahaja
sekiranya pengikut tidak setia kepada pemimpin. Kejayaan proses kepimpinan bergantung dan berkaitan
dengan kesetiaan pengikut kepada pemimpin.
4.0. KONSEP KEPIMPINAN DALAM PENDIDIKAN
Di sekolah, kepimpinan adalah satu aspek tingkahlaku dan juga sejenis pengaruh (Ramaiah 1999).
Kepimpinan Guru Besar adalah bergantung kepada kedudukan formal dalam struktur organisasi sekolah.
Kepimpinan jenis ini dinamakan kepimpinan formal. Jawatan Guru Besar diberi pengiktirafan dan status
yang berwibawa dalam kedudukan organisasi sekolah sebagai ketua sekolah serta mempunyai kuasa atas
segala aspek pengurusan sekolah. Apabila Guru Besar meninggalkan jawatan tersebut,status kepimpinan
turut lenyap.
Dalam kontek kepimpinan dalam pendidikan, Guru Besar perlu melaksanakan dasar-dasar yang digubal
oleh Kementerian dan Jabatan. Guru Besar perlu memastikan bahawa semua dasar adalah jelas kepada
semua anggota di sekolah, dan sebarang peraturan yang digubalnya mestilah bersesuaian atau
berharmoni dengan dasar yang sedia ada di mana dasar-dasar ini adalah petunjuk arah serta kenyataan
visi.
5.0. PERANAN GURU BESAR SEBAGAI PEMIMPIN DI SEKOLAH.
Mengikut Hussein (1993), peranan yang perlu dimainkan oleh Guru Besar itu meliputi tiga aspek iaitu
sebagai pengurus, pentadbir dan pemimpin. Sebagai pengurus, Guru Besar bertanggungjawab terhadap
belanjawan dan kewangan sekolah, pengagihan sumber dan sebagainya. Sebagai pentadbir Guru Besar
bertanggungjawab terhadap tugas-tugas pentadbiran yang meliputi penilaian kerja-kerja stafnya,
pengurusan ha-hal rasmi, penjadualan kerja dan waktu belajar. Guru Besar juga harus pakar dalam
pendidikan. Dia diharapkan dapat menjalankan peranan sebagai pemimpin. Tugas memimpin ini perlu
ditumpukan kepada aspek teras teknik. Oleh itu ia perlu menunj ukajar para guru di sekolahnya dalam
hal-hal kurikulum dan pedagogi. Ia juga perlu memberi semangat, mendorong dan memberansangkan
guru dan pelajar di bawah jagaannya supaya bekerja dan belajar bersungguh-sungguh. Guru Besar sendiri
perlu menunjukkkan contoh teladan yang boleh diikuti dan disegani oleh para guru dan pelajar
sekolahnya. Tugas ini merupakan tugas pemimpin.
Mc Pherson dan Crowson (1987) menyatakan peranan seorang Guru Besar bertindan-tindih sebagai
seorang guru, pengurus dan pemimpin. Walau apa pun Guru Besar tidak boleh melarikan diri daripada
melaksanakan peranan utamanya dalam aktiviti pengajaran.
Peranan Guru Besar mengikut Drake dan Roe (1980) adalah functionally-dualistic; melihat peranan Guru
Besar dari dua dimensi iaitu pentadbiran-pengurusan dan pemimpin pendidikan–pengajaran. Sebagai
pentadbir dan pengurus sekolah, Guru Besar bertanggungjawab terhadap kelicinan perjalanan sesebuah
sekolah dan kemajuannya. Manakala sebagai pemimpin pendidikan-pengajaran ialah memberi
kepimpinan, galakan, sokongan kepada guru dan pelajar dalam pengajaran dan pembelajaran. Dalam
masa yang sama Guru Besar perlu berusaha memimpin sekolah untuk mewujudkan persekitaran sosial
yang sihat dan memberansangkan pengajaran dan pembelajaran.
Lipham, et al., (1985) dalam bukunya yang bertajuk ‘The Principalship : Concept, Competencies and
Cases’ menganggap Guru Besar mempunyai potensi yang besar dalam kepimpinannya. Sebagai
pemimpin pendidikan di sekolah tugas utama seorang Guru Besar adalah menjalankan kepimpinannya
dalam bidang pendidikan. Mereka mengemukakan lima peranan kepimpinan Guru Besar: menentukan
matlamat sekolah; mengelola sekolah; memajukan lagi cara-cara membuat keputusan; dan
melaksanakan perubahan pendidikan
Menurut Robiah Sidin & Warnoh Katiman (1999) peranan Guru Besar boleh dibahagikan kepada dua
kategori iaitu:
(a) Peranan Pentadbiran dan pengurusan:
(i) Hal perkhidmatan kakitangan
(ii) Halkewangan
(iii) Hal bangunan dan pembangunan
(iv) Perbekalan
(v) Hal perhubungan dengan pihak atasan.
(b) Peranan Profesional:
(i) Pengurusan kurikulum dan ko-kurikulum
(ii) Perkembangan staf
(iii) Pembimbing dan kaunselor.
(iv) Perhubungan antara sekolah dengan komuniti.
(v) Penyeliaan dan penilaian.
(vi) Pemimpin pengajaran
(vii) Halehwal pelajar.
Peranan pengurusan kurikiulum, bimbingan dan kaunseling, perkembangan staf, penyeliaan boleh
dikategorikan sebagai pemimpin pengajaran.
Kajian oleh Ramlah Sulaiman (1988) tentang ‘ Peranan Unggul Dan Sebenar Guru Besar Sekolah’ telah
mengenalpasti lima kategori fungsi Guru Besar yang merupakan fungsi pentadbiran-pengurusan dan satu
kategori sahaja yang dikenali sebagai fungsi pengajaran. Lima kategori fungsi pentadbiran pengurusan
itu ialah yang berkaitan dengan:
(a) Staf sekolah.
(b) Murid sekolah
(c) Kewangan dan kemudahan fizikal
(d) Perhubungan sekolah dan masyarakat.
Noran Fauziah (1990) menyatakan Guru Besar memainkan dua peranan utama iaitu sebagai pemimpin
pentadbiran dan pemimpin pengajaran. Kesimpulannya peranan Guru Besar meliputi pelbagai aspek
pengurusan dan pentadbiran bukan pengajaran (non-instructional) dan pelbagai aspek pengajaran
(instructional).
6.0. GURU BESAR SEBAGAI PEMIMPIN PENTADBIRAN
Barrow (1977) menyatakan kepimpinan pentadbiran ialah pola-pola tingkahlaku (secara relatif) yang
bersekutu dengan kedudukan seseorang itu sebagai seorang pemimpin. Tingkahlaku ini adalah bertujuan
untuk mempengaruhi atau mengarah individu atau kumpulan bagi mencapai tugasan dan objektif yang
ditetapkan terlebih dahulu untuk organisasi. Dalam organisasi formal tingkahlaku ini adalah berkaitan
dengan peranan-peranan formal seorang pemimpin itu.
Merujuk kepada kertaskerja Institut Aminuddin Baki bertajuk ‘Kepimpinan Guru Besar Sekolah’ (1997)
dhuraikan beberapa tugas Guru Besar sebagaipemimpin pentadbiran iaitu:
(a) Kewangan dan bekalan
Dalam konteks pentadbiran kewangan sekolah, Guru Besar tertakluk kepada peruntukan yang terdapat di
bawah Akta Pendidikan 1961 dan Accounts & Audit Rules 1962. Guru Besar bertanggungjawab
sepenuhnya terhadap pengurusan kewangan. Guru Besar perlu mempunyai pengetahuan yang mendalam
dan jelas dalam pengurusan hal-hal kewangan sekolah dengan memastikan penggunaan wang secara
optima. Guru Besar perlu mengagihkan peruntukan kewangan bagi sekolahnya untuk memenuhi
keperluan kurikulum, pembelian alat dan kelengkapan sekolah
(b) Pembangunan Fizikal
Sebagai pemimpin Guru Besar juga berperanan mengetahui keperluan fizikal untuk memenuhi segala
kehendak kurikulum. Peranan utama Guru Besar ialah memastikan wujud bilik darjah yang beriklim
selesa sepertisaiz bilik darjah dan ketinggian kerusi meja yang sesuai.
(c) Penyebaran maklumat
Tugas pentadbiran Guru Besar juga dilihat dari segi kebolehannya menyebarkan maklumat-maklumat
tertentu kepada guru-guru, kakitangan, ibubapa dan masyarakat setempat mengenai ordinan-ordinan
pelajaran, buku panduan sekolah dan surat-surat pekeliling seperti pakaian dan dan persatuan. Pemimpin
pentadbiran juga kadangkala berperanan sebagai ‘resource providers’ atau brokers.
(d) Perkembangan kakitangan
Seorang Guru Besar mestidapat mengawal dan mendorong supaya wujud suasana kerjasama di kalangan
guru dan kakitangan.. Andrew dan Soder (1987) menyatakan pemimpin pentadbiran mengambil tindakan
mengarah staf, menggunakan sumber-sumber yang ada di sekolah masing-masing supaya visi dan
matlamat sekolah dapat dicapai. Sebagai pemimpin pentadbiran para Guru Besar perlu memberi
pertolongan kepada staf kerana fungsi utama kepimpinan pentadbiran ialah untuk memudahkan
pencapaian matlamat dan objektif sekolah (Sergiovanni 1977). Ini dapat dibuat dengan menyediakan
sistem maklumat tentang dasar, peraturan dan undang-undang dan sebagainya untuk guru-guru.
7.0. GURU BESAR SEBAGAI PEMIMPIN PENGAJARAN
7.1. Konsep Dan Matlamat Kepimpinan Pengajaran
Kepimpinan pengajaran sangat penting bagi seseorang Guru Besar bagi merealisasikan sekolah
cemerlang. Tujuannya ialah untuk meningkatkan mutu pengajaran dalam sistem pembelajaran. Mengikut
Bevoise (1984) dan Duke (1987), kepimpinan pengajaran melibatkan empat aspek utama:
(a) Pembangunan staf.
(b) Bimbingan atau pengurusan pembelajaran.
(c) Sokongan pengajaran.
(d) Kawalan mutu yang dilakukan melalui pengesanan dan penilaian terhadap prestasi guru dan pelajar
dengan kerjasama semua staf.
Kepimpinan pengajaran seperti yang diutarakan oleh Hallinger dan Murpy (1987) adalah merujuk kepada
peranan Guru Besar dalam menentukan matlamat sdekolah, mengurus program pengajaran dan
mewujudkan iklim pembelajaran untuk meningkatkan pengajaran dan pembelajara di sekolah. Aktiviti-
aktiviti tersebut meliputi sebelas fungsi iaitu:
(a) Penentuan matlamat sekolah.
(b) Penyebaran matlamat sekolah.
(c) Pencerapan dan penilaian pengajaran.
(d) Penyelarasan kurikulum.
(e) Pengawasan kemajuan pelajar.
(f) Penjagaan waktu pengajaran
(g) Sokongan dalam aktiviti pengajaran.
(h) Pengukuhan usaha guru
(i) Penggalakan perkembangan profesional.
(j) Penguatkuasaan dasar akademik pelajar.
(k) Pemberian insentif untuk pembelajaran.
Morgan dan Hall (1982) dalam Ramaiah (1999) mengkategorikan peranan-peranan Guru Besar
sebagai pemimpin pengajaran seperti di bawah:
(a) Profesional pendidikan
Merujuk kepada pengetahuan, kemahiran dan kepakaran teknikal berkaitan dengan pendidikan yang
meliputi tugas-tugas menetapkan matlamat, kurikulum dan pengurusan sumber fizikal.
(b) Pengurusan operasi
Merujuk kepada tugas-tugas seperti merancang, mengorganisasi, mengawal dan menyelaras,
pengagihan tugas; penilaian pengajaran dalam bilik darjah dan penyelenggaraan sumber fizikal sekolah.
(c) Pengurusan sumber manusia
Merujuk kepada tugas-tugas motivasi kakitangan akademik dan pelajar, perkembangan kakitangan ;
resolusi konflik; dan komunikasi.Peranan sebagai pemimpin pengajaran dan kurikulum ini meliputi
pelbagai tugas termasuk penyeliaan dan cerapan serta penilaian pengajaran pembelajaran di bilik darjah
7.2 Kecekapan-kecekapan Guru Besar Dalam Kepimpinan Pengajaran.
Terdapat beberapa ciri penting yang diperlukan Guru Besar bagi menjalankan kepimpinan pengajaran
dengan cara yang berkesan. Aspek itu ialah sikap, pengetahuan dan kemahiran Guru Besar. Seorang
Guru Besar tidak mungkin dapat menjalankan tugasnya dengan berkesan jika dirinya tidak mempunyai
cukup pengetahuan, kemahiran dalam bidang atau tugas yang hendak disempurnakannya. PrestasiGuru
Besar dalam kepimpinan pengajaran merupakan penggunaan pengetahuan dan kemahiran yang relevan
yang dimilikinya dan ditunjukkan atau dilakukan menerusi tindakan atau tingkahlakunya. Terdapat lima
kecekapan fungsian Guru Besar yang disarankan dalam kepimpinan pengajaran iaitu:
7.2.1 Menetapkan wawasan sekolah
Seorang Guru Besar perlu mempunyai kebolehan mewawasankan sekolahnya. Wawasan ini akan
memberi panduan bagi tindakan-tindakan yang akan diambil oleh Guru Besar. Kebolehan untuk
menetapkan misi dan wawasan sekolah merupakan keperluan yang semestinya ada pada Guru Besar
sekolah untuk mencapaimatlamat.
7.2.2 Kurikulum dan pengajaran.
Guru Besar perlu mahir dalam tugasan pengajaran. Analis kajian juga menunjukkan kemahiran perlu
dalam empat bidang iaitu pengajaran, penilaian, penyeliaan dan perkembangan staf (Keefe (1987) &
Duke (1982). Ini bermakna kemahiran dan kecekapan dalam kandungan kurikulum, pemilihan jenis
penilaian kurikulum dan aktiviti pembelajaran, kaedah pengajaran dan pengurusan kelas yang berkesan
dikatakan syarat penting untuk melaksanakan peranan sebagai pemimpin pengajaran. Seorang Guru
Besar dikatakan harus berpengetahuan dan berkemahiran dalam perkembangan atau kemajuan kurikulum
serta berkebolehan dalam meningkatkan mutu pengajaran di sekolahnya.
7.2.3 Kemahiran pengurusan.
Kemahiran dalam perancangan meliputi kebolehan untuk membuat ramalan , menganalisis atau mentafsir
maklumat, membuat program dan penilaian program. Leithwood dan Montgomery (1968) dalam
Hussein (1993) mendapati Guru Besar yang berkesan mahir dalam merancang strategi di sekolah. Selain
itu Guru Besar juga perlu mahir mengelola untuk mengelakkan kegagalan pelaksanaan sesuatu program.
7.2.4 Hubungan manusia dan komunikasi.
Seorang Guru Besar juga perlu cekap dalam hubungan manusia iaitu hubungan personal dan komunikasi
dalam pengurusan. Kemahiran ini amat penting dalam kepimpinan pengajaran kerana Guru Besar perlu
berinteraksi dan meminpin ahli-ahli yang sama di dalam dan di luar kelas. Kemahiran komunikasi yang
diperlukan Guru Besar meliputi kemahiran dalam menyuruh, memotivasi dan berunding dengan orang
lain.
7.2.5 Sikap.
Sikap memandu tingkahlaku. Dalam kajian sekolah berkesan, para Guru Besar yang dilabelkan sebagai
pemimpin pengajaran mempunyai sikap positif terhadap pembelajaran pelajar. Mereka mempercayai
bahawa setiap pelajar boleh belajar dan boleh diajar.
Smith dan Andrew (1989) menyatakan terdapat beberapa kriteria yang patut dilakukan oleh orang yang
bertindak sebagai pemimpin pengajaran untuk mempastikan pencapaian akademik pelajar iaitu:
(a) Memastikan penggunaan sumber yang berkesan. Guru Besar haruslah mengenalpasti kekuatan dan
kelemahan yang ada pada seseorang guru.
(b) Guru Besar harus mengetahui keberkesanan sesuatu pengajaran.
(c) Komunikasi yang baik di antara Guru Besar dengan guru-guru.
(d) Guru Besar harus mengetahui matlamat semasa yang harus dicapai oleh sekolah.
Untuk menjadi seorang pemimpin pengajaran yang berjaya, seorang Guru Besar juga haruslah
mempunyai kewibawaan dan kekuasaan dalam membuat sebarang keputusan. Dwyer, et al (1984) dan
Blumberg dan Greenfield (1986) mendapati antara ciri-ciri utama pemimpin pengajaran yang berjaya
ialah:
(a) Mereka memberi perhatian berat kepada pelajar
(b) Mampu mengubahsuai cara mereka apabila diperlukan.
(c) Pembaharu yang mengekalkan matlamat asas.
7.3 Mengapa Guru Besar Perlu Menjadi Pemimpin Pengajaran.
Kajian-kajian mengenai sekolah berkesan menyarankan bahawa Guru Besar sekolah seharusnya
berperanan sebagai pemimpin pengajaran (instructional leaders) kerana kepimpinan pengajaran dapat
menghasilkan pembelajaran yang berkesan (Cawelti 1980) dan prestasiakademik yang cemerlang.
Ertinya jika Guru Besar memainkan peranannya sebagai pemimpin pengajaran di sekolahnya maka proses
pengajaran dan pembelajaran yang berkesan di bilik darjah akan berlaku. Kajian –kajian sekolah
berkesan menghuraikan tingkahlaku-tingkahlaku kepimpinan Guru Besar yang dikatakan berkesan, iaitu
tingkahlaku-tingkahlaku yang positif yang mendorong ke arah berlakunya proses pengajaraan
pembelajaran yang berkesan yang seterusnya mempengaruhi prestasi murid untuk menjadi baik.
Tingkahlaku-tingkahlaku ini termasuklah;
(a) Mengutamakan pencapaian prestasi murid.
(b) Menetapkan strategi-strategi pengajaran yang berkaitan dengan pencapaian prestasimurid.
(c) Mewujudkan suasana pembelajaran yang teratur dan baik.
(d) Sentiasa menilai pencapaian murid.
(e) Menyelaras program pengajaran pembelajaran.
(f) Memberi sokongan kepada guru.
Guru Besar yang berfungsi sebagai pemimpin pengajaran yang berkesan dapat memberi galakan dan
dorongan yang kuat kepada guru untuk merancang dan melaksanakan tugas pengajaran. Cooperman
(1994) dalam kajiannya The Principal : An Educational Leader menekankan terdapat tiga perkara asas
yang mesti dilaksanakan oleh Guru Besar untuk mempertingkatkan pembelajaran di sekolah iaitu:
(a) Disiplin - iaitu mewujudkan iklim pembelajaran.
(b) Kursus-kursus yang diajar – terangkan dengan jelas apa yang akan diajar.
(c) Penyeliaan pengajaran - mempastikan apa yang perlu diajar telah diajar dengan baik.
Jelasnya Guru Besar mesti mewujudkan persekitaran pembelajaran di sekolah. Selepas itu mereka perlu
memastikan isi kandungan pembelajaran adalah kukuh dan tekal. Kepimpinan pengajaran dapat
meningkatkan prestasipengajaran dan pembelajaran malahan pemupukan kebolehan guru serta
membentuk dan menyelaras daya usaha guru. Yang penting Guru Besar mestimemainkan fungsi
pengajaran (Edmond 1979, Ubbens dan Hughes (1997).
8.0 CIRI-CIRI KEPIMPINAN GURU BESAR SEKOLAHCEMERLANG
8.1 Kualiti Pemimpin Berkesan
Bagi melahirkan sekolah berkesan dan cemerlang kepimpinan Guru Besar hendaklah menunjukkan kualiti
yang tinggi. Kajian menunjukkan bahawa kepimpinan Guru Besar bergantung kepada banyak faktor.
Hussein Mahmood (1993) mengatakan antaranya termasuklah faktor keGuru Besaran sendiri, sikap dan
orientasi (reaktif atau proaktif), komitmen dan gaya kepimpinan.
Guru Besar yang berkesan akan dapat memastikan kejayaan dan perlaksanaan strategi di sesebuah
sekolah cemerlang. Ainscow (1991) menyatakan seorang Guru Besar yang berkesan harus mempunyai
kualiti berikut:
(a) Mempunyai visi untuk organisasi.
(b) Berkebolehan untuk menyampaikan visi untuk memperolehi komitmen staf.
(c) Menukarkan visi kepada tindakan.
(d) Stail pengurusan terbuka tetapi tegas.
(e) Percaya kepada kebolehan staf.
(f) Keazaman menetapkan objektif yang mencabar.
(g) Kebolehan merancang dengan fleksible.
(h) Kebolehan memperolehi segala sumber terutamanya sumber manusia.
(i) Kebolehan memberi motivasi kepada staf.
Menurut Clark F (1996) pemimpin berkualiti ialah mereka yang mempunyai halatuju yang jelas, dapat
menyesuaikan diri dengan perubahan, dapat menyusun, memotivasi dan memberi dorongan kepada
stafnya. Jelasnya pemimpin ini mempunyai strategi, dasar, struktur dan budaya.
Ubben dan Hughes (1997) juga menyatakan Guru Besar sekolah cemerlang menunjukkan gaya
kepimpinan yang mantap, tegas, berwibawa dan berkemampuan mengawalsuasana yang teratur serta
penekanan pada pencapaian kecemerlangan. Sementara Zaidatol (1990) menyatakan pemimpin yang
berkesan ialah pemimpin yang mengambilkira kebajikan pekerja dan berkebolehan merancang dan
mengelola serta mengawasiperjalanan sesuatu organisasi. Persell dan Cookson (1982) telah menjalankan
kajian tentang keberkesanan kepimpinan di sekolah. Mereka telah mengenalpasti lapan ciri yang ada
pada Guru Besar yang dapat mengurus dan mentadbir sekolah dengan berkesan. Lapan ciri itu ialah:
(a) Menunjukkan rasa tanggungjawab terhadap matlamat sekolah.
(b) Mewujudkan iklim jangkaan yang tinggi.
(c) Berfungsi sebagai ketua institusi.
(d) Bersedia berbincang secara berkesan dengan rakan lain.
(e) Dapat mewujudkan suasana yang teratur dan berdisiplin.
(f) Berupaya menggerakkan sumber.
(g) Dapat menggunakan masa yang baik.
(h) Boleh menilai keputusan.
Kajian tentang sekolah berkesan pula banyak menyarankan tentang kepimpinan cara demokratik yang
dikatakan lebih berkesan daripada gaya kepimpinan yang lain. Kajian-kajian lain juga menunjukkan
produktiviti sesebuah firma lebih bergantung kepada gaya kepimpinan ketuanya yang dikatakan lebih
bercorak kepada gaya ‘orientasi tugas (task oriented) dan ‘orientasi manusia’ (person oriented). Ini
bermakna kedua gaya kepimpinan iaitu gaya orientasi tugas dan orientasi manusia perlu digunakan
mengikut keperluan keadaan. Pengkaji-pengkaji dalam bidang kepimpinan organisasi memang bersetuju
tentang penggunaan pelbagai gaya kepimpinan oleh pemimpin mengikut keadaan. Hoyle (1986)
menganggap seorang pemimpin berkesan bukan sahaja dinilai dari segi perhubungan peribadi tetapi juga
dari segi kepekaan tentang prestasitugas yang telah dilaksanakan.
Hodgkinson (1983) menyenaraikan empat petunjuk keberkesanan kepimpinan seorang pemimpin iaitu
perlu tahu bidang tugas, situasi, rakan sejawat dan kenal diri sendiri. Keempat-empat petunjuk itu dapat
dibahagikan kepada dua rumpun:
(a) Di peringkat sekolah atau jabatan, seorang Guru Besar mesti mempunyai pengetahuan apa yang
berlaku dalam dunia pendidikan. Ini termasuk pengetahuan tentang dasar-dasar pendidikan yang dapat
diperolehi melalui bacaan, kursus, seminar serta melalui interaksi dengan Guru Besar-Guru Besar yang
lain.
(b) Pengetahuan tentang sekolah, iaitu latarbelakang sosial pelajar, aspirasi ibubapa, sumber yang ada
pada komuniti dan peluang pekerjaan.
Berdasarkan kajian tentang sekolah berkesan,Sweeney (1983) mengenalpasti enam ciri kepimpinan Guru
Besar yang tekal kaitannya dengan keberkesanan sekolah. Ciri-ciri tersebut ialah:
(a) Guru Besar memberi penekanan terhadap pencapaian para pelajar dalam bidang akademik.
(b) Guru Besar menyusun dan menetapkan strategi pengajaran.
(c) Guru Besar menyelia dan mengekalkan suasana yang kondusif di sekolah.
(d) Guru Besar menyelaras program pengajaran.
(e) Guru Besar kerap menilai pencapaian pelajaran para pelajarnya.Guru Besar membantu dan memberi
semangat kepada para guru.
Menurut Hoy & Miskel (1987) terdapat lima dimensi kepimpinan yang boleh dikaitkan dengan sebuah
sekolah yang cemerlang iaitu;
(a) Aspek teknikal - pemimpin teknikal ialah seorang yang menguasai teknik-teknik pengurusan yang
cekap seperti pengurusan masa.
(b) Aspek kemanusiaan – sentiasa memberi dorongan serta peluang untuk maju kepada guru-guru dan
staf sokongannya.
(c) Aspek pendidikan – Guru Besar sebagaipemimpin pendidikan perlu mempunyai kepakaran dan
pengetahuan bidang profesional dan cekap dalam mengenalpasti masalah-masalah pendidikan serta
memahami kehendak kurikulum.
(d) Aspek simbolik - menyedarkan masyarakat sekolah tentang nilai-nilai yang dianggap penting
seperti kerajinan.
(e) Aspek budaya - Guru Besar perlu mengukuhkan segala nilai dan unsur positif yang memberi
identiti kepada sekolah.
8.2 Sifat Guru Besar Unggul
Sebagai pemimpin dalam melaksanakan Dasar Pendidikan Kebangsaan, Guru Besar bertanggungjawab
kepada pemerintah yang melantiknya, kepada ibu bapa yang menyerah anak-anak kepadanya, kepada
guru-guru yang diajak bekerjasama, kepada murid-murid yang menyerahkan pendidikan mereka
kepadanya. Justeru itu Guru Besar wajib memiliki syarat-syarat dan sifat pemimpin yang baik (Ibrahim
Mamat 1998):
(a) Syarat lahiriah - yang paling penting ialah kelulusan akademik dan profesional yang sesuai.
(b) Syarat Rohani – rasa tanggungjawab terhadap tugas.
(c) Kewibawaan - peribadi, pengetahuan, budi pekerti, pengalaman, sikap terhadap Tuhan dan sesama
makhluk.
(d) Dedikasi - semangat pengabdian terhadap tugas.
(e) Kebolehan - supaya dapat berhadapan dengan cabaran.
(f) Keyakinan pada diri.
(g) Kerendahan hati.
(h) Keberanian, ketangkasan dan kegigihan
Oleh itu dalam keadaan yang mencabar ini, corak kepimpinan Guru Besar sekolah mesti berubah:
(a) Guru Besar harus tahu bentuk-bentuk kepimpinan dan pengurusan moden.
(b) Guru Besar harus sedar dengan realiti yang ada yang boleh mempengaruhi kepimpinannya di sekolah.
(c) Guru Besar mesti tahu selok belok pengajaran dan pembelajaran yang terbaharu supaya dia dapat
mengawasi perkembangannya.
(d) Guru Besar harus bersikap terbuka dan berterus terang serta boleh pula bertimbang rasa.
(e) Guru Besar harus pandai berhubung dengan guru, murid, masyarakat dan orang atasan.
Seorang Guru Besar juga perlu mewujudkan personaliti yang baik, jujur, ikhlas, berprofesional, ada
matlamat dan senang berinteraksi dengan orang ramai (Mohd. Salleh Lebar 2000). Walau bagaimanapun
dapatan yang menarik tentang kepimpinan Guru Besar ialah kajian yang dijalankan oleh Dinham et. al
(1995) di Australia bertajuk School climate and leadership di tiga buah sekolah menengah. Beliau
mendapati sebenarnya tidak ada satu ‘resepi‘ untuk berjaya bagi seorang Guru Besar.
9.0. PENUTUP
Sistem pendidikan negara telah mengalami perubahan selaras dengan perkembangan negara dalam aspek
pembangunan, sosial, ekonomi dan budaya. Sehubungan dengan itu peranan dan tanggungjawab Guru
Besar juga telah mengalami perubahan dari semasa ke semasa dan mereka perlu berusaha mengubahnya
mengikut masa dan situasi. Jika seseorang Guru Besar mempunyai ciri-ciri berkesan sebagaimana yang
diterangkan di atas,kita yakin misi dan visi untuk menjadikan sesebuah sekolah cemerlang akan tercapai.
Sebaliknya jika seseorang Guru Besar mempunyai ciri-ciri yang lemah dalam kepimpinannya maka akan
mendatang kesan yang tidak baik kepada pencapaian sesebuah sebuah sekolah.

More Related Content

What's hot

Edup2132 topik 3 (peringkat perkembangan guru)
Edup2132 topik 3 (peringkat perkembangan guru)Edup2132 topik 3 (peringkat perkembangan guru)
Edup2132 topik 3 (peringkat perkembangan guru)Mohd Shirazi
 
Slide kajian kepimpinan
Slide kajian kepimpinanSlide kajian kepimpinan
Slide kajian kepimpinanlienor mazlie
 
Model penilaian cipp
Model penilaian cippModel penilaian cipp
Model penilaian cippSumitra Kan
 
perubahan kurikulum
perubahan kurikulumperubahan kurikulum
perubahan kurikulumumiefatiya
 
Jadual Spesifikasi Ujian (Jsu)
Jadual Spesifikasi Ujian (Jsu)Jadual Spesifikasi Ujian (Jsu)
Jadual Spesifikasi Ujian (Jsu)JOLIN TAIMIN
 
Pendidikan Inklusif / Program Pendidikan Inklusif (PPI)
Pendidikan Inklusif / Program Pendidikan Inklusif (PPI)Pendidikan Inklusif / Program Pendidikan Inklusif (PPI)
Pendidikan Inklusif / Program Pendidikan Inklusif (PPI)FaFai S.
 
KAEDAH PEDAGOGI MASA KINI
KAEDAH PEDAGOGI MASA KINIKAEDAH PEDAGOGI MASA KINI
KAEDAH PEDAGOGI MASA KINIAiniNazihah
 
PPPM 2013 - 2025
PPPM 2013 - 2025PPPM 2013 - 2025
PPPM 2013 - 2025mbkppdhl
 
Konsep dan definisi kurikulum
Konsep dan definisi kurikulumKonsep dan definisi kurikulum
Konsep dan definisi kurikulumAziyan Bakar
 
Budaya Sekolah : Iklim sekolah
Budaya Sekolah : Iklim sekolahBudaya Sekolah : Iklim sekolah
Budaya Sekolah : Iklim sekolahnoorqaseh_ramadhan
 
Ciri ciri dan kualiti guru yg profesional
Ciri ciri dan kualiti guru yg profesionalCiri ciri dan kualiti guru yg profesional
Ciri ciri dan kualiti guru yg profesionalawin awin
 
PERANAN GURU DALAM TADBIR URUS INSAN DAN KEWARGANEGARAAN (1).pdf
PERANAN GURU DALAM TADBIR URUS INSAN DAN KEWARGANEGARAAN (1).pdfPERANAN GURU DALAM TADBIR URUS INSAN DAN KEWARGANEGARAAN (1).pdf
PERANAN GURU DALAM TADBIR URUS INSAN DAN KEWARGANEGARAAN (1).pdfSurachaiAirak3
 
Model Standard Guru Malaysia dan standard guru di Finland
Model Standard Guru Malaysia dan standard guru di FinlandModel Standard Guru Malaysia dan standard guru di Finland
Model Standard Guru Malaysia dan standard guru di FinlandFatin Nabilah Norzaidi
 
Pembelajaran berasaskan masalah
Pembelajaran berasaskan masalahPembelajaran berasaskan masalah
Pembelajaran berasaskan masalahRohini Egambaram
 

What's hot (20)

Edup2132 topik 3 (peringkat perkembangan guru)
Edup2132 topik 3 (peringkat perkembangan guru)Edup2132 topik 3 (peringkat perkembangan guru)
Edup2132 topik 3 (peringkat perkembangan guru)
 
Slide kajian kepimpinan
Slide kajian kepimpinanSlide kajian kepimpinan
Slide kajian kepimpinan
 
Kelebihan ujian objektif
Kelebihan ujian objektifKelebihan ujian objektif
Kelebihan ujian objektif
 
Trend kurikulum
Trend kurikulumTrend kurikulum
Trend kurikulum
 
Model penilaian cipp
Model penilaian cippModel penilaian cipp
Model penilaian cipp
 
perubahan kurikulum
perubahan kurikulumperubahan kurikulum
perubahan kurikulum
 
Jadual Spesifikasi Ujian (Jsu)
Jadual Spesifikasi Ujian (Jsu)Jadual Spesifikasi Ujian (Jsu)
Jadual Spesifikasi Ujian (Jsu)
 
Pendidikan Inklusif / Program Pendidikan Inklusif (PPI)
Pendidikan Inklusif / Program Pendidikan Inklusif (PPI)Pendidikan Inklusif / Program Pendidikan Inklusif (PPI)
Pendidikan Inklusif / Program Pendidikan Inklusif (PPI)
 
KAEDAH PEDAGOGI MASA KINI
KAEDAH PEDAGOGI MASA KINIKAEDAH PEDAGOGI MASA KINI
KAEDAH PEDAGOGI MASA KINI
 
Tajuk 4 done
Tajuk 4 doneTajuk 4 done
Tajuk 4 done
 
PPPM 2013 - 2025
PPPM 2013 - 2025PPPM 2013 - 2025
PPPM 2013 - 2025
 
Konsep dan definisi kurikulum
Konsep dan definisi kurikulumKonsep dan definisi kurikulum
Konsep dan definisi kurikulum
 
Budaya Sekolah : Iklim sekolah
Budaya Sekolah : Iklim sekolahBudaya Sekolah : Iklim sekolah
Budaya Sekolah : Iklim sekolah
 
Kepimpinan Kurikulum Bilik Darjah
Kepimpinan Kurikulum Bilik DarjahKepimpinan Kurikulum Bilik Darjah
Kepimpinan Kurikulum Bilik Darjah
 
Ciri ciri dan kualiti guru yg profesional
Ciri ciri dan kualiti guru yg profesionalCiri ciri dan kualiti guru yg profesional
Ciri ciri dan kualiti guru yg profesional
 
10. contoh rph -
10. contoh rph -10. contoh rph -
10. contoh rph -
 
PERANAN GURU DALAM TADBIR URUS INSAN DAN KEWARGANEGARAAN (1).pdf
PERANAN GURU DALAM TADBIR URUS INSAN DAN KEWARGANEGARAAN (1).pdfPERANAN GURU DALAM TADBIR URUS INSAN DAN KEWARGANEGARAAN (1).pdf
PERANAN GURU DALAM TADBIR URUS INSAN DAN KEWARGANEGARAAN (1).pdf
 
Model Standard Guru Malaysia dan standard guru di Finland
Model Standard Guru Malaysia dan standard guru di FinlandModel Standard Guru Malaysia dan standard guru di Finland
Model Standard Guru Malaysia dan standard guru di Finland
 
Tajuk 8 - motivasi dan pembelajaran
Tajuk 8 - motivasi dan pembelajaranTajuk 8 - motivasi dan pembelajaran
Tajuk 8 - motivasi dan pembelajaran
 
Pembelajaran berasaskan masalah
Pembelajaran berasaskan masalahPembelajaran berasaskan masalah
Pembelajaran berasaskan masalah
 

Similar to Kepemimpinan guru besar dalam organisasi sekolah

Peranan kepimpinan guru_dalam_mempengaru
Peranan kepimpinan guru_dalam_mempengaruPeranan kepimpinan guru_dalam_mempengaru
Peranan kepimpinan guru_dalam_mempengaruPBK0619MohamadAkmalB
 
KEPIMPINAN INSTRUKSIONAL 4.pdf
KEPIMPINAN INSTRUKSIONAL 4.pdfKEPIMPINAN INSTRUKSIONAL 4.pdf
KEPIMPINAN INSTRUKSIONAL 4.pdfWongYanYan2
 
Makalah kepemimpinan kepala sekolah kelompok 2
Makalah kepemimpinan kepala sekolah kelompok 2Makalah kepemimpinan kepala sekolah kelompok 2
Makalah kepemimpinan kepala sekolah kelompok 2dpyulianti
 
Bahagian b
Bahagian bBahagian b
Bahagian bCik BaCo
 
Kepimpinan dan Organisasi (Bab 4)
Kepimpinan dan Organisasi (Bab 4)Kepimpinan dan Organisasi (Bab 4)
Kepimpinan dan Organisasi (Bab 4)NurSyaqina
 
Kepemimpinan Pendidikan Di Sekolah Menengah Pertama Di Kabupaten Minahasa Ten...
Kepemimpinan Pendidikan Di Sekolah Menengah Pertama Di Kabupaten Minahasa Ten...Kepemimpinan Pendidikan Di Sekolah Menengah Pertama Di Kabupaten Minahasa Ten...
Kepemimpinan Pendidikan Di Sekolah Menengah Pertama Di Kabupaten Minahasa Ten...Paulus Robert Tuerah
 
Dampak kepemimpinan transformasional dan kepemimpinan servant terhadap pembel...
Dampak kepemimpinan transformasional dan kepemimpinan servant terhadap pembel...Dampak kepemimpinan transformasional dan kepemimpinan servant terhadap pembel...
Dampak kepemimpinan transformasional dan kepemimpinan servant terhadap pembel...keziahutajulu
 
Kepemimpinan kepsek
Kepemimpinan kepsekKepemimpinan kepsek
Kepemimpinan kepsekwahyuangkat
 
Ppt manajemen kepemimpinan kepsek kelompok 2
Ppt manajemen kepemimpinan kepsek kelompok 2Ppt manajemen kepemimpinan kepsek kelompok 2
Ppt manajemen kepemimpinan kepsek kelompok 2dpyulianti
 
Kepemimpinan Kepala Sekolah
Kepemimpinan Kepala SekolahKepemimpinan Kepala Sekolah
Kepemimpinan Kepala SekolahUniversitas PGRI
 
KEPIMPINAN INSTRUKSIONAL 3.pdf
KEPIMPINAN INSTRUKSIONAL 3.pdfKEPIMPINAN INSTRUKSIONAL 3.pdf
KEPIMPINAN INSTRUKSIONAL 3.pdfWongYanYan2
 

Similar to Kepemimpinan guru besar dalam organisasi sekolah (20)

Bab 1
Bab 1Bab 1
Bab 1
 
Kepimpinan
KepimpinanKepimpinan
Kepimpinan
 
Kepimpinan pengajaran
Kepimpinan pengajaranKepimpinan pengajaran
Kepimpinan pengajaran
 
Peranan kepimpinan guru_dalam_mempengaru
Peranan kepimpinan guru_dalam_mempengaruPeranan kepimpinan guru_dalam_mempengaru
Peranan kepimpinan guru_dalam_mempengaru
 
Manajemen Pendidikan
Manajemen PendidikanManajemen Pendidikan
Manajemen Pendidikan
 
KEPIMPINAN INSTRUKSIONAL 4.pdf
KEPIMPINAN INSTRUKSIONAL 4.pdfKEPIMPINAN INSTRUKSIONAL 4.pdf
KEPIMPINAN INSTRUKSIONAL 4.pdf
 
Makalah kepemimpinan kepala sekolah kelompok 2
Makalah kepemimpinan kepala sekolah kelompok 2Makalah kepemimpinan kepala sekolah kelompok 2
Makalah kepemimpinan kepala sekolah kelompok 2
 
Bahagian b
Bahagian bBahagian b
Bahagian b
 
Kepimpinan dan Organisasi (Bab 4)
Kepimpinan dan Organisasi (Bab 4)Kepimpinan dan Organisasi (Bab 4)
Kepimpinan dan Organisasi (Bab 4)
 
19. pkpgb 3
19. pkpgb 319. pkpgb 3
19. pkpgb 3
 
19. pkpgb 3
19. pkpgb 319. pkpgb 3
19. pkpgb 3
 
Kepemimpinan Pendidikan Di Sekolah Menengah Pertama Di Kabupaten Minahasa Ten...
Kepemimpinan Pendidikan Di Sekolah Menengah Pertama Di Kabupaten Minahasa Ten...Kepemimpinan Pendidikan Di Sekolah Menengah Pertama Di Kabupaten Minahasa Ten...
Kepemimpinan Pendidikan Di Sekolah Menengah Pertama Di Kabupaten Minahasa Ten...
 
Motivasi Kerja
Motivasi KerjaMotivasi Kerja
Motivasi Kerja
 
Dampak kepemimpinan transformasional dan kepemimpinan servant terhadap pembel...
Dampak kepemimpinan transformasional dan kepemimpinan servant terhadap pembel...Dampak kepemimpinan transformasional dan kepemimpinan servant terhadap pembel...
Dampak kepemimpinan transformasional dan kepemimpinan servant terhadap pembel...
 
Kepemimpinan kepsek
Kepemimpinan kepsekKepemimpinan kepsek
Kepemimpinan kepsek
 
Ppt manajemen kepemimpinan kepsek kelompok 2
Ppt manajemen kepemimpinan kepsek kelompok 2Ppt manajemen kepemimpinan kepsek kelompok 2
Ppt manajemen kepemimpinan kepsek kelompok 2
 
Asaskepimpin
AsaskepimpinAsaskepimpin
Asaskepimpin
 
Kepemimpinan Kepala Sekolah
Kepemimpinan Kepala SekolahKepemimpinan Kepala Sekolah
Kepemimpinan Kepala Sekolah
 
KEPIMPINAN INSTRUKSIONAL 3.pdf
KEPIMPINAN INSTRUKSIONAL 3.pdfKEPIMPINAN INSTRUKSIONAL 3.pdf
KEPIMPINAN INSTRUKSIONAL 3.pdf
 
Pendahuluan
PendahuluanPendahuluan
Pendahuluan
 

Recently uploaded

PUEBI.bahasa Indonesia/pedoman umum ejaan bahasa Indonesia pptx.
PUEBI.bahasa Indonesia/pedoman umum ejaan bahasa Indonesia pptx.PUEBI.bahasa Indonesia/pedoman umum ejaan bahasa Indonesia pptx.
PUEBI.bahasa Indonesia/pedoman umum ejaan bahasa Indonesia pptx.aechacha366
 
Kisi-kisi UTS Kelas 9 Tahun Ajaran 2023/2024 Semester 2 IPS
Kisi-kisi UTS Kelas 9 Tahun Ajaran 2023/2024 Semester 2 IPSKisi-kisi UTS Kelas 9 Tahun Ajaran 2023/2024 Semester 2 IPS
Kisi-kisi UTS Kelas 9 Tahun Ajaran 2023/2024 Semester 2 IPSyudi_alfian
 
SILABUS MATEMATIKA SMP kurikulum K13.docx
SILABUS MATEMATIKA SMP kurikulum K13.docxSILABUS MATEMATIKA SMP kurikulum K13.docx
SILABUS MATEMATIKA SMP kurikulum K13.docxrahmaamaw03
 
PPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptx
PPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptxPPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptx
PPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptxHeruFebrianto3
 
PPT IPS Geografi SMA Kelas X_Bab 5_Atmosfer.pptx_20240214_193530_0000.pdf
PPT IPS Geografi SMA Kelas X_Bab 5_Atmosfer.pptx_20240214_193530_0000.pdfPPT IPS Geografi SMA Kelas X_Bab 5_Atmosfer.pptx_20240214_193530_0000.pdf
PPT IPS Geografi SMA Kelas X_Bab 5_Atmosfer.pptx_20240214_193530_0000.pdfNatasyaA11
 
RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN...
RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN...RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN...
RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN...Kanaidi ken
 
SKPM Kualiti @ Sekolah 23 Feb 22222023.pptx
SKPM Kualiti @ Sekolah 23 Feb 22222023.pptxSKPM Kualiti @ Sekolah 23 Feb 22222023.pptx
SKPM Kualiti @ Sekolah 23 Feb 22222023.pptxg66527130
 
PRESENTASI EEC social mobile, and local marketing.pptx
PRESENTASI EEC social mobile, and local marketing.pptxPRESENTASI EEC social mobile, and local marketing.pptx
PRESENTASI EEC social mobile, and local marketing.pptxPCMBANDUNGANKabSemar
 
Membuat Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di dalam Kelas
Membuat Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di dalam KelasMembuat Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di dalam Kelas
Membuat Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di dalam KelasHardaminOde2
 
5. HAK DAN KEWAJIBAN JEMAAH indonesia.pdf
5. HAK DAN KEWAJIBAN JEMAAH indonesia.pdf5. HAK DAN KEWAJIBAN JEMAAH indonesia.pdf
5. HAK DAN KEWAJIBAN JEMAAH indonesia.pdfWahyudinST
 
PEMIKIRAN POLITIK Jean Jacques Rousseau.pdf
PEMIKIRAN POLITIK Jean Jacques  Rousseau.pdfPEMIKIRAN POLITIK Jean Jacques  Rousseau.pdf
PEMIKIRAN POLITIK Jean Jacques Rousseau.pdfMMeizaFachri
 
Wawasan Nusantara sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...
Wawasan Nusantara  sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...Wawasan Nusantara  sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...
Wawasan Nusantara sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...MarwanAnugrah
 
adap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptx
adap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptxadap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptx
adap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptxmtsmampunbarub4
 
Materi power point Kepemimpinan leadership .ppt
Materi power point Kepemimpinan leadership .pptMateri power point Kepemimpinan leadership .ppt
Materi power point Kepemimpinan leadership .pptAcemediadotkoM1
 
Kelompok 4 : Karakteristik Negara Inggris
Kelompok 4 : Karakteristik Negara InggrisKelompok 4 : Karakteristik Negara Inggris
Kelompok 4 : Karakteristik Negara InggrisNazla aulia
 
aksi nyata pendidikan inklusif.pelatihan mandiri pmm
aksi nyata pendidikan inklusif.pelatihan mandiri pmmaksi nyata pendidikan inklusif.pelatihan mandiri pmm
aksi nyata pendidikan inklusif.pelatihan mandiri pmmeunikekambe10
 
MA Kelas XII Bab 1 materi musik mkontemnporerFase F.pdf
MA Kelas XII  Bab 1 materi musik mkontemnporerFase F.pdfMA Kelas XII  Bab 1 materi musik mkontemnporerFase F.pdf
MA Kelas XII Bab 1 materi musik mkontemnporerFase F.pdfcicovendra
 
POWERPOINT BAHAN AJAR SENYAWA KELAS VIII SMP
POWERPOINT BAHAN AJAR SENYAWA KELAS VIII SMPPOWERPOINT BAHAN AJAR SENYAWA KELAS VIII SMP
POWERPOINT BAHAN AJAR SENYAWA KELAS VIII SMPAnaNoorAfdilla
 
Pembahasan Soal UKOM gerontik persiapan ukomnas
Pembahasan Soal UKOM gerontik persiapan ukomnasPembahasan Soal UKOM gerontik persiapan ukomnas
Pembahasan Soal UKOM gerontik persiapan ukomnasAZakariaAmien1
 
rpp bangun-ruang-sisi-datar kelas 8 smp.pdf
rpp bangun-ruang-sisi-datar kelas 8 smp.pdfrpp bangun-ruang-sisi-datar kelas 8 smp.pdf
rpp bangun-ruang-sisi-datar kelas 8 smp.pdfGugunGunawan93
 

Recently uploaded (20)

PUEBI.bahasa Indonesia/pedoman umum ejaan bahasa Indonesia pptx.
PUEBI.bahasa Indonesia/pedoman umum ejaan bahasa Indonesia pptx.PUEBI.bahasa Indonesia/pedoman umum ejaan bahasa Indonesia pptx.
PUEBI.bahasa Indonesia/pedoman umum ejaan bahasa Indonesia pptx.
 
Kisi-kisi UTS Kelas 9 Tahun Ajaran 2023/2024 Semester 2 IPS
Kisi-kisi UTS Kelas 9 Tahun Ajaran 2023/2024 Semester 2 IPSKisi-kisi UTS Kelas 9 Tahun Ajaran 2023/2024 Semester 2 IPS
Kisi-kisi UTS Kelas 9 Tahun Ajaran 2023/2024 Semester 2 IPS
 
SILABUS MATEMATIKA SMP kurikulum K13.docx
SILABUS MATEMATIKA SMP kurikulum K13.docxSILABUS MATEMATIKA SMP kurikulum K13.docx
SILABUS MATEMATIKA SMP kurikulum K13.docx
 
PPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptx
PPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptxPPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptx
PPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptx
 
PPT IPS Geografi SMA Kelas X_Bab 5_Atmosfer.pptx_20240214_193530_0000.pdf
PPT IPS Geografi SMA Kelas X_Bab 5_Atmosfer.pptx_20240214_193530_0000.pdfPPT IPS Geografi SMA Kelas X_Bab 5_Atmosfer.pptx_20240214_193530_0000.pdf
PPT IPS Geografi SMA Kelas X_Bab 5_Atmosfer.pptx_20240214_193530_0000.pdf
 
RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN...
RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN...RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN...
RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN...
 
SKPM Kualiti @ Sekolah 23 Feb 22222023.pptx
SKPM Kualiti @ Sekolah 23 Feb 22222023.pptxSKPM Kualiti @ Sekolah 23 Feb 22222023.pptx
SKPM Kualiti @ Sekolah 23 Feb 22222023.pptx
 
PRESENTASI EEC social mobile, and local marketing.pptx
PRESENTASI EEC social mobile, and local marketing.pptxPRESENTASI EEC social mobile, and local marketing.pptx
PRESENTASI EEC social mobile, and local marketing.pptx
 
Membuat Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di dalam Kelas
Membuat Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di dalam KelasMembuat Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di dalam Kelas
Membuat Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di dalam Kelas
 
5. HAK DAN KEWAJIBAN JEMAAH indonesia.pdf
5. HAK DAN KEWAJIBAN JEMAAH indonesia.pdf5. HAK DAN KEWAJIBAN JEMAAH indonesia.pdf
5. HAK DAN KEWAJIBAN JEMAAH indonesia.pdf
 
PEMIKIRAN POLITIK Jean Jacques Rousseau.pdf
PEMIKIRAN POLITIK Jean Jacques  Rousseau.pdfPEMIKIRAN POLITIK Jean Jacques  Rousseau.pdf
PEMIKIRAN POLITIK Jean Jacques Rousseau.pdf
 
Wawasan Nusantara sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...
Wawasan Nusantara  sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...Wawasan Nusantara  sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...
Wawasan Nusantara sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...
 
adap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptx
adap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptxadap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptx
adap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptx
 
Materi power point Kepemimpinan leadership .ppt
Materi power point Kepemimpinan leadership .pptMateri power point Kepemimpinan leadership .ppt
Materi power point Kepemimpinan leadership .ppt
 
Kelompok 4 : Karakteristik Negara Inggris
Kelompok 4 : Karakteristik Negara InggrisKelompok 4 : Karakteristik Negara Inggris
Kelompok 4 : Karakteristik Negara Inggris
 
aksi nyata pendidikan inklusif.pelatihan mandiri pmm
aksi nyata pendidikan inklusif.pelatihan mandiri pmmaksi nyata pendidikan inklusif.pelatihan mandiri pmm
aksi nyata pendidikan inklusif.pelatihan mandiri pmm
 
MA Kelas XII Bab 1 materi musik mkontemnporerFase F.pdf
MA Kelas XII  Bab 1 materi musik mkontemnporerFase F.pdfMA Kelas XII  Bab 1 materi musik mkontemnporerFase F.pdf
MA Kelas XII Bab 1 materi musik mkontemnporerFase F.pdf
 
POWERPOINT BAHAN AJAR SENYAWA KELAS VIII SMP
POWERPOINT BAHAN AJAR SENYAWA KELAS VIII SMPPOWERPOINT BAHAN AJAR SENYAWA KELAS VIII SMP
POWERPOINT BAHAN AJAR SENYAWA KELAS VIII SMP
 
Pembahasan Soal UKOM gerontik persiapan ukomnas
Pembahasan Soal UKOM gerontik persiapan ukomnasPembahasan Soal UKOM gerontik persiapan ukomnas
Pembahasan Soal UKOM gerontik persiapan ukomnas
 
rpp bangun-ruang-sisi-datar kelas 8 smp.pdf
rpp bangun-ruang-sisi-datar kelas 8 smp.pdfrpp bangun-ruang-sisi-datar kelas 8 smp.pdf
rpp bangun-ruang-sisi-datar kelas 8 smp.pdf
 

Kepemimpinan guru besar dalam organisasi sekolah

  • 1. KEPEMIMPINAN GURU BESAR DALAM ORGANISASI SEKOLAH Guru besar merupakan orang yang terutama di peringkat sekolah untuk menyokong dan memastikan kejayaan pelaksanaan teras yang berkaitan di peringkat sekolah. Kualiti kepimpinan yang tinggi adalah sangat diperlukan untuk mengurus dan mentadbir sekolah bagi melahirkan generasi berkualiti. Guru besar haruslah berpandangan jauh, proaktif dan berani melakukan perubahan demi kepentingan dan masa depan pelajar mengikut perkembangan dan kesesuaian zaman, dan seterusnya membimbing dan berusaha untuk melonjakkan pencapaianan sekolahnya ke peringkat yang lebih cemerlang. Dalam kajian yang dijalankan oleh Fiedler, beliau merumuskan keberkesanan kepemimpinan tertakluk kepada kesepadanan di antara dua variable iaitu gaya kepimpinan dan tahap sokongan persekitaran. Tingkahlaku pemimpin mungkin digerakkan oleh tugasan ataupun perhubungan antara manusia dan diperjelaskan dalam tiga dimensi kritikal iaitu,hubungan pemimpin-ahli, struktur tugasan, dan kedudukan kuasa. Selain itu, guru besar perlu menjaga hubungan pemimpin-ahli yang baik bagi memperolehi kerjasama yang erat daripada guru-guru dan seluruh warga sekolah. Apabila hubungan guru besar dan guru berada dalam keadaan baik, guru akan berasa lebih mudah untuk menjalankan tugas dan meningkatkan motivasi guru untuk mengajar murid-murid. Guru juga akan berusaha untuk mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif di dalam kelas. Seterusnya, murid-murid juga akan berasa seronok untuk belajar di dalam kelas yang kondusif bersama guru yang bersemangat dan inovatif. Mengikut kajian Arfah (1994) ke atas 85 orang guru dan 5 orang guru besar sekolah rendah di Kedah didapati faktor-faktor motivasi yang tinggi dikalangan guru ialah kesefahaman dengan guru besar,sokongan dari guru besar,persekitaran kerja yang sihat dan hubungan baik dengan rakan sekerja. Oleh itu, hubungan interpersonal dengan guru besar dan rakan sejawat merupakan faktor motivasi yang tinggi di kalangan para guru. Guru besar dan pengetua perlu sedar bahawa merekalah yang menentukan budaya persekitaran dan kecemerlangan sekolah. Jika seseorang pemimpin diterima ahli, pemimpin akan berasa dirinya dihormati dan diinspirasikan untuk memimpin ahli ke tahap lebih berkesan. Dalam penentuan keberkesanan dan kejayaan sesebuah sekolah, kepimpinan guru besarlah yang selalu dijadikan fokus utama oleh masyarakat. Kita tidak dapat melarikan diri daripada hakikat bahawa ibubapa menaruhkan kepercayaan yang tinggi kepada sesebuah sekolah jika mereka mempunyai kepercayaan yang tinggi pada kepimpinan guru besar. Selain itu, guru besar juga perlu merancang dengan teliti struktur tugasan dalam organisasi di sekolah. Selain daripada menjaga hubungan pemimpin-ahli yang baik, guru besar juga perlu menumpukan kepada aspek-aspek berkaitan dengan struktur tugasan seperti penyusunan serta pembahagian tugas, penekanan terhadap pencapaian matlamat sekolah, menghayati dan mengamalkan peraturan-peraturan atau arahan yang ditetapkan, penghasilan berkualiti dan budaya kerja cemerlang. Ini bersesuaian dengan Hussien (1997) yang berpandangan untuk menjadi guru besar yang mempunyai kepimpinan yang berkesan perlulah menyatakan matlamat sekolah dengan jelas kepada semua guru, staf sokongan, ibu bapa, masyarakat serta pelajar yang mempunyai kepentingan bersama. Sebagai pemimpin, guru besar perlu memastikan segala pembahagian tugasan dilakukan secara adil dan saksama tanpa ada rasa ketidakpuasan hati dari mana-mana pihak. Guru besar perlu memahami masalah yang dihadapi oleh guru-guru mereka dan perlu memikirkan cara untuk mengatasi masalah tersebut dengan berhemah. Seterusnya ialah kedudukan kuasa yang ada pada seorang guru besar atau pengetua. Seorang guru besar mempunyai kuasa rasmi yang kuat untuk melantik, mendisiplin, menukar, dan menentukan naik pangkat seseorang guru. Disini menunjukkan, situasi menyokong proses kepimpinan. Kedudukan kuasa yang ada pada seseorang guru besar telah membantunya untuk meneruskan proses kepimpinan di sesebuah sekolah. Guru besar perlu bijak menggunakan kedudukan kuasa yang ada untuk mengawal guru-guru dengan baik dan seterusnya mewujudkan situasi kepemimpinan yang menyenangkan dalam organisasi di sekolah.
  • 2. Kepimpinan Guru Besar DiSekolah 1.0. PENGENALAN Pendidikan merupakan nadi penggerak ke arah peningkatan tamadun sesuatu bangsa. Maju mundurnya sesebuah negara berkaitrapat dengan sistem pendidikan yang diterima oleh rakyatnya. Di negara kita, banyak perubahan dan pendekatan baru telah diterapkan dalam sistem pendidikan selaras dengan aspirasi negara ke arah negara maju. Bermula dengan kewujudan secara bertulis Falsafah Pendidikan Negara (FPN), ia diikuti pula dengan wawasan 2020 yang akan mencitrakan masyarakat Malaysia yang maju pada tahun 2020. Kemudian tampil pula agenda pengisian yang mengemukakan cabaran-cabaran kepada para guru, Sekolah Bestaridan Koridor Raya Multimedia. Dalam usaha mengejar dan mencapai kecemerlangan pendidikan ini, kepimpinan Guru Besar sering dilihat sebagai fokus utama. Dapatan-dapatan yang ditemui dalam penyelidikan tentang keberkesanan sekolah juga menunjukkan penentu utama bagi kejayaan sesebuah sekolah adalah kepimpinan yang ditunjukkan oleh Guru Besar. Inibererti bahawa Guru Besar sering dilihat sebagai punca masalah atau sebagai penyelesai masalah atau pemangkin dalam pelaksanaan program pendidikan ke arah merealisasikan sekolah yang cemerlang 2.0. DEFINISI 2.1. Kepimpinan Sebenarnya untuk mentakrif maksud kepimpinan adalah terlalu sukar (Yukl 1999, Bass 1990). Pada kebiasaannya makna dan takrif kepimpinan itu adalah berdasarkan ‘ point of view ‘ , ‘weltanchaung ‘ dan ‘ world view ‘ para pentakrifnya. Justeru itu De Pree (1989) dalam Zawawi(1999) menyatakan; ‘Leadership is much more an art, a belief, a condition of the heart than a set of things to do. The visible signs of artful leadership are expressed, ultimately, in its practices’. anakala Bass (1990) pula menyatakan ‘Leadership is an interaction between two or more members of a group that often involves a structuring or restructuring of the situation and perceptions and expectations of the members’. Menurut Fleishman (1973), kepimpinan adalah usaha ke arah pengaruh perseorangan yang diarahkan melalui proses komunikasi ke arah pencapaian sesuatu matlamat. Hersey dan Blanchard (1977) pula menyatakan kepimpinan adalah proses mempengaruhi kegiatan individu atau kumpulan dalam usaha mencapai matlamat dalam sesuatu tindakan. Hollander (1978) mendefinisikan kepimpinan sebagai satu proses pengaruh mempengaruhi di antara pemimpin dan pengikut. Walaupun pemimpin mempunyai kuasa tetapi kekuatan pengaruh lebih bergantung kepada pemujukan (persuasion) daripada paksaan. Proses kepimpinan selalunya melihatkan pertalian pengaruh yang bersifat dua arah dan tujuan utama ialah untuk mencapai matlamat bersama. Manakala Koontz dan Wiehrich (1992) menjelaskan kepimpinan sebagai suatu seni atau proses mempengaruhi orang supaya mereka akan berjuang atau melakukan sesuatu dengan relahati dan penuh semangat ke arah pencapaian matlamat kumpulan.
  • 3. Kepimpinan menurut Islam berteraskan konsep khalifah iaitu setiap manusia adalah pemimpin yang bertanggungjawab memimpin dirinya, keluarga dan ahli-ahli di bawahnya; ‘ Kamu sekalian adalah pemimpin dan kamu akan ditanya tentang rakyat yang dipimpinmu. ‘ (Riwayat Bukhari Muslim 1528). Oleh yang demikian tugas utama pemimpin menurut Islam bukanlah untuk mempengaruhi (to influence) para pengikutnya sebagaimana diterangkan oleh banyak pengarang Barat,tetapi untuk menegakkan ummah dan melaksanakan sistem kehidupan kerana Allah menurut nilai-nilai Islam (Yusof Ismail, 1991). Dalam konteks pendidikan, Campbell (1983) menyatakan kepimpinan ialah satu proses bagi seorang Guru Besar mendapatkan kerjasama kakitangan ke arah penyempurnaan matlamat tertentu. 2.2. Guru Besar Dalam banyak hal, Guru Besar sekolah ialah individu yang paling penting dan berpengaruh di sesebuah sekolah. Dia ialah orang yang bertanggungjawab terhadap semua aktiviti yang berlaku di sekolah. Kepimpinannyalah yang menetapkan nada sekolah, iklim pembelajaran, tahap professionalisme dam moral guru serta darjah keprihatinan terhadap masa depan pelajar. (Rosemblum dalam Hussein Mahmood, 1993). Menurut Ibrahim Mamat (1998), Guru Besar ialah orang yang mengetuai atau memimpin sesebuah sekolah. Pada diri seorang Guru Besar itu sebenarnya terdapat ciri-ciri ketua dan ciri-ciri orang tua. Sabri Salleh (1998) menyatakan Guru Besar merupakan orang yang bertanggungjawab untuk mengambil inisiatif bagi menggerakkan perubahan di sekolahnya. Penampilan seorang Guru Besar yang hebat dan disegani berkaitrapat dengan stail kepimpinan yang dipaparkan. 2.3. Sekolah Sekolah terdiri dari elemen-elemen manusia dan bukan manusia; kawasan, bangunan, alatan dan sebagainya (Ibrahim Mamat (1998). 3.0. KONSEP PEMIMPIN DAN KEPIMPINAN Ahmad Rusli dalam kertas kerjanya Pemimpin Dalam Kepimpinan Pendidikan (1999) menyatakan pemimpin adalah individu manusia yang diamanahkan memimpin subordinat (pengikutnya) ke arah mencapai matlamat yang ditetapkan. Pendekatan mempengaruhi subordinat melalui proses ransangan untuk mereka berusaha secara relahatibagi mencapai matlamat bersama menampilkan ciri kepimpinan
  • 4. yang baik dan unggul. Penyerlahan penampilan keupayaan (kebolehan dan pencapaian) individu pemimpin dalam menjayakan kepimpinannya dikenalpasti sebagai stail kepimpinan. Menurut Ramaiah (1999) elemen asas proses kepimpinan ialah pengikut. Proses kepimpinan tidak boleh berlaku dengan seorang sahaja kerana proses ini memerlukan sekurang-kurangnya dua orang, seorang yang memimpin dan seorang lagi mengikut. Kalau tidak ada pengikut maka tidak ada pemimpin. Selain itu, kesetiaan pengikut adalah penting kepada pemimpin. Proses kepimpinan akan runtuh begitu sahaja sekiranya pengikut tidak setia kepada pemimpin. Kejayaan proses kepimpinan bergantung dan berkaitan dengan kesetiaan pengikut kepada pemimpin. 4.0. KONSEP KEPIMPINAN DALAM PENDIDIKAN Di sekolah, kepimpinan adalah satu aspek tingkahlaku dan juga sejenis pengaruh (Ramaiah 1999). Kepimpinan Guru Besar adalah bergantung kepada kedudukan formal dalam struktur organisasi sekolah. Kepimpinan jenis ini dinamakan kepimpinan formal. Jawatan Guru Besar diberi pengiktirafan dan status yang berwibawa dalam kedudukan organisasi sekolah sebagai ketua sekolah serta mempunyai kuasa atas segala aspek pengurusan sekolah. Apabila Guru Besar meninggalkan jawatan tersebut,status kepimpinan turut lenyap. Dalam kontek kepimpinan dalam pendidikan, Guru Besar perlu melaksanakan dasar-dasar yang digubal oleh Kementerian dan Jabatan. Guru Besar perlu memastikan bahawa semua dasar adalah jelas kepada semua anggota di sekolah, dan sebarang peraturan yang digubalnya mestilah bersesuaian atau berharmoni dengan dasar yang sedia ada di mana dasar-dasar ini adalah petunjuk arah serta kenyataan visi. 5.0. PERANAN GURU BESAR SEBAGAI PEMIMPIN DI SEKOLAH. Mengikut Hussein (1993), peranan yang perlu dimainkan oleh Guru Besar itu meliputi tiga aspek iaitu sebagai pengurus, pentadbir dan pemimpin. Sebagai pengurus, Guru Besar bertanggungjawab terhadap belanjawan dan kewangan sekolah, pengagihan sumber dan sebagainya. Sebagai pentadbir Guru Besar bertanggungjawab terhadap tugas-tugas pentadbiran yang meliputi penilaian kerja-kerja stafnya, pengurusan ha-hal rasmi, penjadualan kerja dan waktu belajar. Guru Besar juga harus pakar dalam pendidikan. Dia diharapkan dapat menjalankan peranan sebagai pemimpin. Tugas memimpin ini perlu ditumpukan kepada aspek teras teknik. Oleh itu ia perlu menunj ukajar para guru di sekolahnya dalam hal-hal kurikulum dan pedagogi. Ia juga perlu memberi semangat, mendorong dan memberansangkan guru dan pelajar di bawah jagaannya supaya bekerja dan belajar bersungguh-sungguh. Guru Besar sendiri perlu menunjukkkan contoh teladan yang boleh diikuti dan disegani oleh para guru dan pelajar sekolahnya. Tugas ini merupakan tugas pemimpin. Mc Pherson dan Crowson (1987) menyatakan peranan seorang Guru Besar bertindan-tindih sebagai seorang guru, pengurus dan pemimpin. Walau apa pun Guru Besar tidak boleh melarikan diri daripada melaksanakan peranan utamanya dalam aktiviti pengajaran. Peranan Guru Besar mengikut Drake dan Roe (1980) adalah functionally-dualistic; melihat peranan Guru Besar dari dua dimensi iaitu pentadbiran-pengurusan dan pemimpin pendidikan–pengajaran. Sebagai pentadbir dan pengurus sekolah, Guru Besar bertanggungjawab terhadap kelicinan perjalanan sesebuah sekolah dan kemajuannya. Manakala sebagai pemimpin pendidikan-pengajaran ialah memberi kepimpinan, galakan, sokongan kepada guru dan pelajar dalam pengajaran dan pembelajaran. Dalam
  • 5. masa yang sama Guru Besar perlu berusaha memimpin sekolah untuk mewujudkan persekitaran sosial yang sihat dan memberansangkan pengajaran dan pembelajaran. Lipham, et al., (1985) dalam bukunya yang bertajuk ‘The Principalship : Concept, Competencies and Cases’ menganggap Guru Besar mempunyai potensi yang besar dalam kepimpinannya. Sebagai pemimpin pendidikan di sekolah tugas utama seorang Guru Besar adalah menjalankan kepimpinannya dalam bidang pendidikan. Mereka mengemukakan lima peranan kepimpinan Guru Besar: menentukan matlamat sekolah; mengelola sekolah; memajukan lagi cara-cara membuat keputusan; dan melaksanakan perubahan pendidikan Menurut Robiah Sidin & Warnoh Katiman (1999) peranan Guru Besar boleh dibahagikan kepada dua kategori iaitu: (a) Peranan Pentadbiran dan pengurusan: (i) Hal perkhidmatan kakitangan (ii) Halkewangan (iii) Hal bangunan dan pembangunan (iv) Perbekalan (v) Hal perhubungan dengan pihak atasan. (b) Peranan Profesional: (i) Pengurusan kurikulum dan ko-kurikulum (ii) Perkembangan staf (iii) Pembimbing dan kaunselor. (iv) Perhubungan antara sekolah dengan komuniti. (v) Penyeliaan dan penilaian. (vi) Pemimpin pengajaran (vii) Halehwal pelajar. Peranan pengurusan kurikiulum, bimbingan dan kaunseling, perkembangan staf, penyeliaan boleh dikategorikan sebagai pemimpin pengajaran. Kajian oleh Ramlah Sulaiman (1988) tentang ‘ Peranan Unggul Dan Sebenar Guru Besar Sekolah’ telah mengenalpasti lima kategori fungsi Guru Besar yang merupakan fungsi pentadbiran-pengurusan dan satu kategori sahaja yang dikenali sebagai fungsi pengajaran. Lima kategori fungsi pentadbiran pengurusan itu ialah yang berkaitan dengan:
  • 6. (a) Staf sekolah. (b) Murid sekolah (c) Kewangan dan kemudahan fizikal (d) Perhubungan sekolah dan masyarakat. Noran Fauziah (1990) menyatakan Guru Besar memainkan dua peranan utama iaitu sebagai pemimpin pentadbiran dan pemimpin pengajaran. Kesimpulannya peranan Guru Besar meliputi pelbagai aspek pengurusan dan pentadbiran bukan pengajaran (non-instructional) dan pelbagai aspek pengajaran (instructional). 6.0. GURU BESAR SEBAGAI PEMIMPIN PENTADBIRAN Barrow (1977) menyatakan kepimpinan pentadbiran ialah pola-pola tingkahlaku (secara relatif) yang bersekutu dengan kedudukan seseorang itu sebagai seorang pemimpin. Tingkahlaku ini adalah bertujuan untuk mempengaruhi atau mengarah individu atau kumpulan bagi mencapai tugasan dan objektif yang ditetapkan terlebih dahulu untuk organisasi. Dalam organisasi formal tingkahlaku ini adalah berkaitan dengan peranan-peranan formal seorang pemimpin itu. Merujuk kepada kertaskerja Institut Aminuddin Baki bertajuk ‘Kepimpinan Guru Besar Sekolah’ (1997) dhuraikan beberapa tugas Guru Besar sebagaipemimpin pentadbiran iaitu: (a) Kewangan dan bekalan Dalam konteks pentadbiran kewangan sekolah, Guru Besar tertakluk kepada peruntukan yang terdapat di bawah Akta Pendidikan 1961 dan Accounts & Audit Rules 1962. Guru Besar bertanggungjawab sepenuhnya terhadap pengurusan kewangan. Guru Besar perlu mempunyai pengetahuan yang mendalam dan jelas dalam pengurusan hal-hal kewangan sekolah dengan memastikan penggunaan wang secara optima. Guru Besar perlu mengagihkan peruntukan kewangan bagi sekolahnya untuk memenuhi keperluan kurikulum, pembelian alat dan kelengkapan sekolah (b) Pembangunan Fizikal Sebagai pemimpin Guru Besar juga berperanan mengetahui keperluan fizikal untuk memenuhi segala kehendak kurikulum. Peranan utama Guru Besar ialah memastikan wujud bilik darjah yang beriklim selesa sepertisaiz bilik darjah dan ketinggian kerusi meja yang sesuai.
  • 7. (c) Penyebaran maklumat Tugas pentadbiran Guru Besar juga dilihat dari segi kebolehannya menyebarkan maklumat-maklumat tertentu kepada guru-guru, kakitangan, ibubapa dan masyarakat setempat mengenai ordinan-ordinan pelajaran, buku panduan sekolah dan surat-surat pekeliling seperti pakaian dan dan persatuan. Pemimpin pentadbiran juga kadangkala berperanan sebagai ‘resource providers’ atau brokers. (d) Perkembangan kakitangan Seorang Guru Besar mestidapat mengawal dan mendorong supaya wujud suasana kerjasama di kalangan guru dan kakitangan.. Andrew dan Soder (1987) menyatakan pemimpin pentadbiran mengambil tindakan mengarah staf, menggunakan sumber-sumber yang ada di sekolah masing-masing supaya visi dan matlamat sekolah dapat dicapai. Sebagai pemimpin pentadbiran para Guru Besar perlu memberi pertolongan kepada staf kerana fungsi utama kepimpinan pentadbiran ialah untuk memudahkan pencapaian matlamat dan objektif sekolah (Sergiovanni 1977). Ini dapat dibuat dengan menyediakan sistem maklumat tentang dasar, peraturan dan undang-undang dan sebagainya untuk guru-guru. 7.0. GURU BESAR SEBAGAI PEMIMPIN PENGAJARAN 7.1. Konsep Dan Matlamat Kepimpinan Pengajaran Kepimpinan pengajaran sangat penting bagi seseorang Guru Besar bagi merealisasikan sekolah cemerlang. Tujuannya ialah untuk meningkatkan mutu pengajaran dalam sistem pembelajaran. Mengikut Bevoise (1984) dan Duke (1987), kepimpinan pengajaran melibatkan empat aspek utama: (a) Pembangunan staf. (b) Bimbingan atau pengurusan pembelajaran. (c) Sokongan pengajaran. (d) Kawalan mutu yang dilakukan melalui pengesanan dan penilaian terhadap prestasi guru dan pelajar dengan kerjasama semua staf. Kepimpinan pengajaran seperti yang diutarakan oleh Hallinger dan Murpy (1987) adalah merujuk kepada peranan Guru Besar dalam menentukan matlamat sdekolah, mengurus program pengajaran dan mewujudkan iklim pembelajaran untuk meningkatkan pengajaran dan pembelajara di sekolah. Aktiviti- aktiviti tersebut meliputi sebelas fungsi iaitu:
  • 8. (a) Penentuan matlamat sekolah. (b) Penyebaran matlamat sekolah. (c) Pencerapan dan penilaian pengajaran. (d) Penyelarasan kurikulum. (e) Pengawasan kemajuan pelajar. (f) Penjagaan waktu pengajaran (g) Sokongan dalam aktiviti pengajaran. (h) Pengukuhan usaha guru (i) Penggalakan perkembangan profesional. (j) Penguatkuasaan dasar akademik pelajar. (k) Pemberian insentif untuk pembelajaran. Morgan dan Hall (1982) dalam Ramaiah (1999) mengkategorikan peranan-peranan Guru Besar sebagai pemimpin pengajaran seperti di bawah: (a) Profesional pendidikan Merujuk kepada pengetahuan, kemahiran dan kepakaran teknikal berkaitan dengan pendidikan yang meliputi tugas-tugas menetapkan matlamat, kurikulum dan pengurusan sumber fizikal. (b) Pengurusan operasi Merujuk kepada tugas-tugas seperti merancang, mengorganisasi, mengawal dan menyelaras, pengagihan tugas; penilaian pengajaran dalam bilik darjah dan penyelenggaraan sumber fizikal sekolah. (c) Pengurusan sumber manusia Merujuk kepada tugas-tugas motivasi kakitangan akademik dan pelajar, perkembangan kakitangan ; resolusi konflik; dan komunikasi.Peranan sebagai pemimpin pengajaran dan kurikulum ini meliputi pelbagai tugas termasuk penyeliaan dan cerapan serta penilaian pengajaran pembelajaran di bilik darjah 7.2 Kecekapan-kecekapan Guru Besar Dalam Kepimpinan Pengajaran. Terdapat beberapa ciri penting yang diperlukan Guru Besar bagi menjalankan kepimpinan pengajaran dengan cara yang berkesan. Aspek itu ialah sikap, pengetahuan dan kemahiran Guru Besar. Seorang Guru Besar tidak mungkin dapat menjalankan tugasnya dengan berkesan jika dirinya tidak mempunyai
  • 9. cukup pengetahuan, kemahiran dalam bidang atau tugas yang hendak disempurnakannya. PrestasiGuru Besar dalam kepimpinan pengajaran merupakan penggunaan pengetahuan dan kemahiran yang relevan yang dimilikinya dan ditunjukkan atau dilakukan menerusi tindakan atau tingkahlakunya. Terdapat lima kecekapan fungsian Guru Besar yang disarankan dalam kepimpinan pengajaran iaitu: 7.2.1 Menetapkan wawasan sekolah Seorang Guru Besar perlu mempunyai kebolehan mewawasankan sekolahnya. Wawasan ini akan memberi panduan bagi tindakan-tindakan yang akan diambil oleh Guru Besar. Kebolehan untuk menetapkan misi dan wawasan sekolah merupakan keperluan yang semestinya ada pada Guru Besar sekolah untuk mencapaimatlamat. 7.2.2 Kurikulum dan pengajaran. Guru Besar perlu mahir dalam tugasan pengajaran. Analis kajian juga menunjukkan kemahiran perlu dalam empat bidang iaitu pengajaran, penilaian, penyeliaan dan perkembangan staf (Keefe (1987) & Duke (1982). Ini bermakna kemahiran dan kecekapan dalam kandungan kurikulum, pemilihan jenis penilaian kurikulum dan aktiviti pembelajaran, kaedah pengajaran dan pengurusan kelas yang berkesan dikatakan syarat penting untuk melaksanakan peranan sebagai pemimpin pengajaran. Seorang Guru Besar dikatakan harus berpengetahuan dan berkemahiran dalam perkembangan atau kemajuan kurikulum serta berkebolehan dalam meningkatkan mutu pengajaran di sekolahnya. 7.2.3 Kemahiran pengurusan. Kemahiran dalam perancangan meliputi kebolehan untuk membuat ramalan , menganalisis atau mentafsir maklumat, membuat program dan penilaian program. Leithwood dan Montgomery (1968) dalam Hussein (1993) mendapati Guru Besar yang berkesan mahir dalam merancang strategi di sekolah. Selain itu Guru Besar juga perlu mahir mengelola untuk mengelakkan kegagalan pelaksanaan sesuatu program. 7.2.4 Hubungan manusia dan komunikasi. Seorang Guru Besar juga perlu cekap dalam hubungan manusia iaitu hubungan personal dan komunikasi dalam pengurusan. Kemahiran ini amat penting dalam kepimpinan pengajaran kerana Guru Besar perlu berinteraksi dan meminpin ahli-ahli yang sama di dalam dan di luar kelas. Kemahiran komunikasi yang diperlukan Guru Besar meliputi kemahiran dalam menyuruh, memotivasi dan berunding dengan orang lain.
  • 10. 7.2.5 Sikap. Sikap memandu tingkahlaku. Dalam kajian sekolah berkesan, para Guru Besar yang dilabelkan sebagai pemimpin pengajaran mempunyai sikap positif terhadap pembelajaran pelajar. Mereka mempercayai bahawa setiap pelajar boleh belajar dan boleh diajar. Smith dan Andrew (1989) menyatakan terdapat beberapa kriteria yang patut dilakukan oleh orang yang bertindak sebagai pemimpin pengajaran untuk mempastikan pencapaian akademik pelajar iaitu: (a) Memastikan penggunaan sumber yang berkesan. Guru Besar haruslah mengenalpasti kekuatan dan kelemahan yang ada pada seseorang guru. (b) Guru Besar harus mengetahui keberkesanan sesuatu pengajaran. (c) Komunikasi yang baik di antara Guru Besar dengan guru-guru. (d) Guru Besar harus mengetahui matlamat semasa yang harus dicapai oleh sekolah. Untuk menjadi seorang pemimpin pengajaran yang berjaya, seorang Guru Besar juga haruslah mempunyai kewibawaan dan kekuasaan dalam membuat sebarang keputusan. Dwyer, et al (1984) dan Blumberg dan Greenfield (1986) mendapati antara ciri-ciri utama pemimpin pengajaran yang berjaya ialah: (a) Mereka memberi perhatian berat kepada pelajar (b) Mampu mengubahsuai cara mereka apabila diperlukan. (c) Pembaharu yang mengekalkan matlamat asas. 7.3 Mengapa Guru Besar Perlu Menjadi Pemimpin Pengajaran. Kajian-kajian mengenai sekolah berkesan menyarankan bahawa Guru Besar sekolah seharusnya berperanan sebagai pemimpin pengajaran (instructional leaders) kerana kepimpinan pengajaran dapat menghasilkan pembelajaran yang berkesan (Cawelti 1980) dan prestasiakademik yang cemerlang. Ertinya jika Guru Besar memainkan peranannya sebagai pemimpin pengajaran di sekolahnya maka proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan di bilik darjah akan berlaku. Kajian –kajian sekolah berkesan menghuraikan tingkahlaku-tingkahlaku kepimpinan Guru Besar yang dikatakan berkesan, iaitu tingkahlaku-tingkahlaku yang positif yang mendorong ke arah berlakunya proses pengajaraan pembelajaran yang berkesan yang seterusnya mempengaruhi prestasi murid untuk menjadi baik. Tingkahlaku-tingkahlaku ini termasuklah;
  • 11. (a) Mengutamakan pencapaian prestasi murid. (b) Menetapkan strategi-strategi pengajaran yang berkaitan dengan pencapaian prestasimurid. (c) Mewujudkan suasana pembelajaran yang teratur dan baik. (d) Sentiasa menilai pencapaian murid. (e) Menyelaras program pengajaran pembelajaran. (f) Memberi sokongan kepada guru. Guru Besar yang berfungsi sebagai pemimpin pengajaran yang berkesan dapat memberi galakan dan dorongan yang kuat kepada guru untuk merancang dan melaksanakan tugas pengajaran. Cooperman (1994) dalam kajiannya The Principal : An Educational Leader menekankan terdapat tiga perkara asas yang mesti dilaksanakan oleh Guru Besar untuk mempertingkatkan pembelajaran di sekolah iaitu: (a) Disiplin - iaitu mewujudkan iklim pembelajaran. (b) Kursus-kursus yang diajar – terangkan dengan jelas apa yang akan diajar. (c) Penyeliaan pengajaran - mempastikan apa yang perlu diajar telah diajar dengan baik. Jelasnya Guru Besar mesti mewujudkan persekitaran pembelajaran di sekolah. Selepas itu mereka perlu memastikan isi kandungan pembelajaran adalah kukuh dan tekal. Kepimpinan pengajaran dapat meningkatkan prestasipengajaran dan pembelajaran malahan pemupukan kebolehan guru serta membentuk dan menyelaras daya usaha guru. Yang penting Guru Besar mestimemainkan fungsi pengajaran (Edmond 1979, Ubbens dan Hughes (1997). 8.0 CIRI-CIRI KEPIMPINAN GURU BESAR SEKOLAHCEMERLANG 8.1 Kualiti Pemimpin Berkesan Bagi melahirkan sekolah berkesan dan cemerlang kepimpinan Guru Besar hendaklah menunjukkan kualiti yang tinggi. Kajian menunjukkan bahawa kepimpinan Guru Besar bergantung kepada banyak faktor. Hussein Mahmood (1993) mengatakan antaranya termasuklah faktor keGuru Besaran sendiri, sikap dan orientasi (reaktif atau proaktif), komitmen dan gaya kepimpinan.
  • 12. Guru Besar yang berkesan akan dapat memastikan kejayaan dan perlaksanaan strategi di sesebuah sekolah cemerlang. Ainscow (1991) menyatakan seorang Guru Besar yang berkesan harus mempunyai kualiti berikut: (a) Mempunyai visi untuk organisasi. (b) Berkebolehan untuk menyampaikan visi untuk memperolehi komitmen staf. (c) Menukarkan visi kepada tindakan. (d) Stail pengurusan terbuka tetapi tegas. (e) Percaya kepada kebolehan staf. (f) Keazaman menetapkan objektif yang mencabar. (g) Kebolehan merancang dengan fleksible. (h) Kebolehan memperolehi segala sumber terutamanya sumber manusia. (i) Kebolehan memberi motivasi kepada staf. Menurut Clark F (1996) pemimpin berkualiti ialah mereka yang mempunyai halatuju yang jelas, dapat menyesuaikan diri dengan perubahan, dapat menyusun, memotivasi dan memberi dorongan kepada stafnya. Jelasnya pemimpin ini mempunyai strategi, dasar, struktur dan budaya. Ubben dan Hughes (1997) juga menyatakan Guru Besar sekolah cemerlang menunjukkan gaya kepimpinan yang mantap, tegas, berwibawa dan berkemampuan mengawalsuasana yang teratur serta penekanan pada pencapaian kecemerlangan. Sementara Zaidatol (1990) menyatakan pemimpin yang berkesan ialah pemimpin yang mengambilkira kebajikan pekerja dan berkebolehan merancang dan mengelola serta mengawasiperjalanan sesuatu organisasi. Persell dan Cookson (1982) telah menjalankan kajian tentang keberkesanan kepimpinan di sekolah. Mereka telah mengenalpasti lapan ciri yang ada pada Guru Besar yang dapat mengurus dan mentadbir sekolah dengan berkesan. Lapan ciri itu ialah: (a) Menunjukkan rasa tanggungjawab terhadap matlamat sekolah. (b) Mewujudkan iklim jangkaan yang tinggi. (c) Berfungsi sebagai ketua institusi. (d) Bersedia berbincang secara berkesan dengan rakan lain. (e) Dapat mewujudkan suasana yang teratur dan berdisiplin. (f) Berupaya menggerakkan sumber. (g) Dapat menggunakan masa yang baik. (h) Boleh menilai keputusan. Kajian tentang sekolah berkesan pula banyak menyarankan tentang kepimpinan cara demokratik yang dikatakan lebih berkesan daripada gaya kepimpinan yang lain. Kajian-kajian lain juga menunjukkan produktiviti sesebuah firma lebih bergantung kepada gaya kepimpinan ketuanya yang dikatakan lebih
  • 13. bercorak kepada gaya ‘orientasi tugas (task oriented) dan ‘orientasi manusia’ (person oriented). Ini bermakna kedua gaya kepimpinan iaitu gaya orientasi tugas dan orientasi manusia perlu digunakan mengikut keperluan keadaan. Pengkaji-pengkaji dalam bidang kepimpinan organisasi memang bersetuju tentang penggunaan pelbagai gaya kepimpinan oleh pemimpin mengikut keadaan. Hoyle (1986) menganggap seorang pemimpin berkesan bukan sahaja dinilai dari segi perhubungan peribadi tetapi juga dari segi kepekaan tentang prestasitugas yang telah dilaksanakan. Hodgkinson (1983) menyenaraikan empat petunjuk keberkesanan kepimpinan seorang pemimpin iaitu perlu tahu bidang tugas, situasi, rakan sejawat dan kenal diri sendiri. Keempat-empat petunjuk itu dapat dibahagikan kepada dua rumpun: (a) Di peringkat sekolah atau jabatan, seorang Guru Besar mesti mempunyai pengetahuan apa yang berlaku dalam dunia pendidikan. Ini termasuk pengetahuan tentang dasar-dasar pendidikan yang dapat diperolehi melalui bacaan, kursus, seminar serta melalui interaksi dengan Guru Besar-Guru Besar yang lain. (b) Pengetahuan tentang sekolah, iaitu latarbelakang sosial pelajar, aspirasi ibubapa, sumber yang ada pada komuniti dan peluang pekerjaan. Berdasarkan kajian tentang sekolah berkesan,Sweeney (1983) mengenalpasti enam ciri kepimpinan Guru Besar yang tekal kaitannya dengan keberkesanan sekolah. Ciri-ciri tersebut ialah: (a) Guru Besar memberi penekanan terhadap pencapaian para pelajar dalam bidang akademik. (b) Guru Besar menyusun dan menetapkan strategi pengajaran. (c) Guru Besar menyelia dan mengekalkan suasana yang kondusif di sekolah. (d) Guru Besar menyelaras program pengajaran. (e) Guru Besar kerap menilai pencapaian pelajaran para pelajarnya.Guru Besar membantu dan memberi semangat kepada para guru. Menurut Hoy & Miskel (1987) terdapat lima dimensi kepimpinan yang boleh dikaitkan dengan sebuah sekolah yang cemerlang iaitu; (a) Aspek teknikal - pemimpin teknikal ialah seorang yang menguasai teknik-teknik pengurusan yang cekap seperti pengurusan masa. (b) Aspek kemanusiaan – sentiasa memberi dorongan serta peluang untuk maju kepada guru-guru dan staf sokongannya. (c) Aspek pendidikan – Guru Besar sebagaipemimpin pendidikan perlu mempunyai kepakaran dan pengetahuan bidang profesional dan cekap dalam mengenalpasti masalah-masalah pendidikan serta memahami kehendak kurikulum. (d) Aspek simbolik - menyedarkan masyarakat sekolah tentang nilai-nilai yang dianggap penting seperti kerajinan.
  • 14. (e) Aspek budaya - Guru Besar perlu mengukuhkan segala nilai dan unsur positif yang memberi identiti kepada sekolah. 8.2 Sifat Guru Besar Unggul Sebagai pemimpin dalam melaksanakan Dasar Pendidikan Kebangsaan, Guru Besar bertanggungjawab kepada pemerintah yang melantiknya, kepada ibu bapa yang menyerah anak-anak kepadanya, kepada guru-guru yang diajak bekerjasama, kepada murid-murid yang menyerahkan pendidikan mereka kepadanya. Justeru itu Guru Besar wajib memiliki syarat-syarat dan sifat pemimpin yang baik (Ibrahim Mamat 1998): (a) Syarat lahiriah - yang paling penting ialah kelulusan akademik dan profesional yang sesuai. (b) Syarat Rohani – rasa tanggungjawab terhadap tugas. (c) Kewibawaan - peribadi, pengetahuan, budi pekerti, pengalaman, sikap terhadap Tuhan dan sesama makhluk. (d) Dedikasi - semangat pengabdian terhadap tugas. (e) Kebolehan - supaya dapat berhadapan dengan cabaran. (f) Keyakinan pada diri. (g) Kerendahan hati. (h) Keberanian, ketangkasan dan kegigihan Oleh itu dalam keadaan yang mencabar ini, corak kepimpinan Guru Besar sekolah mesti berubah: (a) Guru Besar harus tahu bentuk-bentuk kepimpinan dan pengurusan moden. (b) Guru Besar harus sedar dengan realiti yang ada yang boleh mempengaruhi kepimpinannya di sekolah. (c) Guru Besar mesti tahu selok belok pengajaran dan pembelajaran yang terbaharu supaya dia dapat mengawasi perkembangannya. (d) Guru Besar harus bersikap terbuka dan berterus terang serta boleh pula bertimbang rasa. (e) Guru Besar harus pandai berhubung dengan guru, murid, masyarakat dan orang atasan. Seorang Guru Besar juga perlu mewujudkan personaliti yang baik, jujur, ikhlas, berprofesional, ada matlamat dan senang berinteraksi dengan orang ramai (Mohd. Salleh Lebar 2000). Walau bagaimanapun dapatan yang menarik tentang kepimpinan Guru Besar ialah kajian yang dijalankan oleh Dinham et. al (1995) di Australia bertajuk School climate and leadership di tiga buah sekolah menengah. Beliau mendapati sebenarnya tidak ada satu ‘resepi‘ untuk berjaya bagi seorang Guru Besar.
  • 15. 9.0. PENUTUP Sistem pendidikan negara telah mengalami perubahan selaras dengan perkembangan negara dalam aspek pembangunan, sosial, ekonomi dan budaya. Sehubungan dengan itu peranan dan tanggungjawab Guru Besar juga telah mengalami perubahan dari semasa ke semasa dan mereka perlu berusaha mengubahnya mengikut masa dan situasi. Jika seseorang Guru Besar mempunyai ciri-ciri berkesan sebagaimana yang diterangkan di atas,kita yakin misi dan visi untuk menjadikan sesebuah sekolah cemerlang akan tercapai. Sebaliknya jika seseorang Guru Besar mempunyai ciri-ciri yang lemah dalam kepimpinannya maka akan mendatang kesan yang tidak baik kepada pencapaian sesebuah sebuah sekolah.