1. IPG TENGKU AMPUAN AFZAN
Mingggu : 2
Tarikh/Masa : 10.30 am – 1.30 pm
Topik : Menggunakan Internet, Enjin Pencari Bahan dalam Pengajaran
dan Pembelajaran Bahasa Melayu
- Mengumpul dan mengkategorikan bahan audio, video, grafik dan
teks.
- Mengumpul bahan daripada Internet ke dalam folder berdasarkan
kemahiran bahasa.
1.1 Mengumpul dan mengkategorikan bahan audio, video, grafik dan teks.
Membina sub folder bagi Topik 2
- Folder Audio
- Folder Video
- Folder Grafik
- Folder Teks
- Folder Animasi
- Folder laman web
- Dalam setiap folder ini terdapat contoh-contoh apa yang telah diminta. Saya
menggunakan jadual untuk meletakkan alamat internet (URL) yang berkaitan dengan
apa yang saya jumpa.
Contoh
alamat
internet
dalam bentuk
jadual
2. IPG TENGKU AMPUAN AFZAN
1.2 Soalan: Apakah yang dimaksudkan dengan perkara berikut?
i. Audio
ii. Video
iii. Grafik
iv. Teks
v. Animasi
vi. Laman Web
Jawapan :
i. Audio
Perakaman dan pengeluaran semula bunyi ialah inskripsi dan penciptaan
semula elektrik atau mekanik gelombang bunyi yang biasanya digunakan
untuk suara atau untuk muzik.
ii. Video
Video (berasal daripada perkataan Latin, “saya lihat”) ialah teknologi memproses
isyarat elektronik bagi menghasilkan gambar bergerak. Aplikasi umum dari
teknologi video adalah televisyen, namun ia selalu juga digunakan dalam bidang
saintifik.
iii. Grafik
Grafik (berasal dari perkataan Greek γραφικός) merupakan persembahan visual
yang ditunjukkan pada permukaan seperti dinding, kanvas, skrin komputer, kertas,
papan untuk tujuan jenama, pemberitahuan, ilustrasi atau hiburan.
Contoh grafik ialah gambar foto, lukisan, seni tanpa ton, graf, tipografi, nombor,
simbol, reka bentuk geometri, peta, lukisan kejuruteraan atau imej lain. Grafik
selalunya menggabungkan teks, ilustrasi dan warna.
iv. Teks
TEKS bermaksud Texas Essential Knowledge and Skills merupakan kurikulum
rasmi K-12 oleh negara Texas dan kurikulum tersebut merupakan keperluan untuk
setiap kursus yang ditawarkan. Negara tersebut telah menstandardkan ukuran
pencapaian bagi setiap pengetahuan dan kemahiran yang telah digariskan dalam
kurikulum ini.
v. Animasi
3. IPG TENGKU AMPUAN AFZAN
Animasi ialah paparan pantas susunan imej-imej seni 2-D atau posisi model agar
menghasilkan ilusi gerakan. Animasi ialah sejenis ilusi optik pergerakan
disebabkan kejadian penerusan penglihatan, dan boleh dihasilkan dan
didemonstrasi dalam pelbagai cara. Kaedah persembahan animasi yang paling
laris ialah sebagai program wayang gambar atau video, namun juga terdapat cara-
cara lain untuk mempersembahkan karya animasi.
vi. Laman Web
Laman sesawang ialah dokumen berisikam maklumat yang boleh dilawati
di Jaringan Sejagat menggunakan pelayar web. Dokumen ini biasanya dihasilkan
dalam bentuk HTML atau XHTML, dan biasanya mempunyai pautan-pautan ke
laman lain pula.
1.3 Mengumpul bahan daripada Internet ke dalam folder berdasarkan
kemahiran bahasa.
Kemahiran mendengar.
Kemahiran bertutur.
Kemahiran membaca.
Kemahiran menulis.
- Folder yang telah dibuat berdasarkan kemahiran bahasa :
- Di dalam setiap folder Kemahiran Bahasa ini terdapat bahan yang berkaitan
dengan kemahiran tersebut untuk memudahkan urusan saya pada masa yang
akan datang kerana bahan-bahan tersebut boleh digunakan dalam sesi P&P.