SlideShare una empresa de Scribd logo
1 de 20
ABSRTAK
Kajian ini dijalankan untuk mengkaji terhadap perusahaan kedai roti dan
kek di Seberang Jaya. Objektif pertama kajian ini adalah mengenal pasti
masalah-masalah yang dihadapi oleh pengusaha kedai roti dan kek. Objektif
kedua adalah mengkaji sumber pembiayaan yang diperoleh oleh pengusaha
kedai roti dan kek. Kajian ini difokuskan kepada lima kedai roti dan kek iaitu
Secret Recipe, Pacific Bakery, Summer Bakery, LA Delight dan Black Forest.
Kaedah kajian yang digunakan ialah soal selidik dan temu bual. Hasil kajian
menunjukkan lima responden ini menghadapi masalah persaingan dan masalah
pekerja. Ini kerana kedai roti dan kek terpaksa bersaing sesama mereka dan
juga bersaing dengan kedai makanan yang lain seperti restoran, kopitiam,
penjaja dan lain-lain. Masalah pekerja yang tidak tetap serta kekurangan
pekerja mahir merupakan masalah yang sering dihadapi oleh kedai roti dan kek.
Untuk memulakan perniagaan serta membesarkan perniagaan mereka kesemua
atau 100% kedai roti dan kek ini memperoleh sumber modal dari simpanan
peribadi dan 60% responden memperoleh sumber pembiayaan melalui institusi
kewangan seperti Public Bank, Maybank, Hong Leong Bank.
ISI KANDUNGAN
Penghargaan i
Abstrak ii
1.0 Latar Belakang Kajian 1-3
2.0 Pernyataan Masalah 3
3.0 Objektif Kajian 3
4.0 Kaedah Kajian 4
5.0 Hasil Kajian Dan Perbincangan 5
5.1 Latar Belakang Pengusaha Kedai Roti Dan Kek 5-7
5.2 Masalah-masalah Yang Dihadapi Oleh Pengusaha 8-13
Kedai Roti Dan Kek
5.3 Sumber Pembiayaan Yang Diperoleh Oleh Pengusaha 13-14
Kedai Roti Dan Kek
6.0 Cadangan 15-16
7.0 Rumusan Kajian 16-17
8.0 Senarai Rujukan 18
Lampiran
1.0 LATAR BELAKANG KAJIAN
Di Malaysia, Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) boleh ditempatkan
dalam tiga kategori, iaitu mikro, kecil dan sederhana. Ketiga-tiga kumpulan ini
ditetapkan berasaskan kepada jumlah pekerja sesebuah perniagaan ataupun
jumlah hasil jualan sesebuah perniagaan dalam tempoh setahun. Bagi sektor
perkilangan, PKS ditakrifkan sebagai firma yang mempunyai nilai jualan
tahunan kurang daripada RM50 juta atau bilangan pekerja sepenuh masa yang
kurang daripada 200 orang. Bagi perkhidmatan dan sektor-sektor lain, PKS
ditakrifkan sebagai firma yang mempunyai nilai jualan tahunan kurang daripada
RM20 juta atau bilangan pekerja sepenuh masa kurang daripada 75 orang.
Pengkaji memilih kedai roti dan kek yang merupakan salah sebuah PKS
untuk menjalankan kajian ini. Kedai roti dan kek adalah sebuah pertubuhan
yang menghasil atau menjual roti, kek, biskut, pai, donat. Perusahaan kedai roti
dan kek telah wujud beribu-ribu tahun yang lalu dan ianya telah dibangunkan
pada awal Empayer Rom. Perusahaan tersebut terus berkembang hingga ke hari
ini.
Roti merupakan makanan popular di seluruh dunia dan juga merupakan
makanan manusia yang paling lama semenjak Zaman Neolitik. Roti adalah salah
satu alternatif segera untuk sarapan dan ianya merupakan makanan yang
berkhasiat. Menurut piramid makanan, roti mengandungi zat, kalsium, besi dan
vitamin B. Roti yang dibuat dengan gandum asli membantu mengekalkan
pertambahan berat badan manusia. Roti yang mempunyai kolestrol rendah dan
tidak manis juga menjadi pilihan makanan pesakit kencing manis dan orang tua.
Gaya hidup masyarakat hari ini lebih gemar makan roti berbanding
dengan nasi. Hal ini mempunyai pengaruh yang kuat terhadap permintaan roti.
Iklan, promosi dan pembungkusan yang cantik mampu mengubah cita rasa
masyarakat untuk membeli roti. Selain itu, roti yang berharga rendah mampu
menyebabkan masyarakat yang berpendapatan rendah untuk memintanya.
Lantaran itu, kedai roti dan kek diwujudkan untuk memenuhi kehendak dan
keperluan manusia seharian.
Sejarah kek berasal dari negara Barat. Ia diperbuat daripada tepung, telur
dan gula. Kini, kek sering menjadi pencuci mulut dalam majlis-majlis upacara
seperti perkahwinan, ulang tahun dan hari jadi. Semasa musim perayaan dan
sempena hari jadi, kek mempunyai permintaan yang tinggi oleh isi rumah sama
ada membeli mahupun membuat tempahan. Pelbagai jenis bentuk, rasa dan
hiasan juga menjadi tarikan orang ramai berkunjung ke kedai roti dan kek di situ.
Justeru, perusahaan kedai roti dan kek memberi sambutan yang baik oleh semua
lapisan masyarakat.
Pengkaji menjalankan kajian terhadap perusahaan kedai roti dan kek di
Seberang Jaya.
Sumber: Google Maps
Peta di atas menunjukkan kawasan Seberang Jaya. Seberang Jaya merupakan
sebuah bandar baru berhampiran Butterworth, Pulau Pinang. Seberang Jaya kini telah
muncul sebagai kawasan komersil yang pesat membangun dan menyumbang kepada
peningkatan taraf hidup dan ekonomi. Populasi penduduk sekitar Bandar Seberang
Jaya telah mencecah lebih 80 ribu orang. Pelbagai peluang pekerjaan telah
diwujudkan dengan adanya kawasan industri ringan di Kawasan Perindustrian Jelawat,
Seberang Jaya. Terdapat pelbagai kemudahan di situ seperti pusat beli-belah,
kompleks sukan, hospital,sekolah dan restoran. Beberapa fasa baru kawasan
perumahan turut dimajukan oleh beberapa syarikat pemaju swasta dan agensi kerajaan
untuk menampung permintaan penduduk yang semakin bertambah.
Sejak kedai roti dan kek dibuka, beberapa perkembangan dan kemajuan boleh
dilihat seperti tempat pemasarannya yang mana di awal perniagaan hanya membuka
separuh kedai yang kecil. Terdapat lima kedai roti dan kek telah wujud di persekitaran
Seberang Jaya. Tujuan kedai roti dan kek dibuka adalah untuk mencari wang atau
pendapatan untuk menyara terus hidup. Pelbagai jenis roti dan kek yang telah ditawar
seperti kek hari jadi, kek mentega, roti sekaya, mufin dan sebagainya. Antara
kelebihan yang ditawarkan oleh kelima-lima kedai tersebut adalah rasa roti dan kek
yang sedap, kualitinya terjamin, harga yang berpatutan. Antara keunikan atau
keistimewaannya pula, kelima-lima kedai tersebut menyediakan pelbagai jenis perisa
dan bentuk bagi setiap produk yang dikeluarkan.
Pada era globalisasi ini, kedai roti dan kek telah menjadi tempat kebiasaan
orang ramai berkunjung ke situ.
2.0 PERNYATAAN MASALAH
Dalam kajian ini, perusahaan kecil dan sederhana telah menjadi agenda utama
di Malaysia. Peruntukan kerajaan untuk membangunkan perusahaan kecil dan
sederhana kurang dimanfaat oleh pengusaha tempatan. Kajian ini harus dilaksanakan
untuk mengenal pasti masalah-masalah yang dihadapi oleh pengusaha. Dengan ini,
masalah tersebut dapat diketahui dengan lebih jelas. Tindakan-tindakan juga dapat
diambil dengan segera sekiranya terdapat apa-apa masalah. Sebagai contoh, masalah
persaingan yang dihadapi oleh pengusaha dapat ditambahbaik melalui tindakan
kerajaan.
Selain itu, kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengkaji sumber pembiayaan
yang diperoleh oleh pengusaha. Sumber pembiayaan penting terhadap pengusaha
untuk memulakan perniagaan. Ini bermakna, sumber kewangan yang perlu disediakan
adalah peruntukan sebelum memulakan perniagaan, melancarkan perniagaan,
kelengkapan melangsungkan perniagaan dan kemampuan penghasilan untuk terus
berdaya tahan. Seterusnya, sumber pembiayaan juga penting untuk mengembangkan
perniagaan pengusaha agar mendapat keuntungan yang maksimum.
3.0 OBJEKTIF KAJIAN
Objektif kajian ini adalah untuk:
1. Mengenal pasti masalah-masalah yang dihadapi oleh pengusaha kedai roti dan kek.
2. Mengkaji sumber pembiayaan yang diperoleh oleh pengusaha kedai roti dan kek.
4.0 KAEDAH KAJIAN
Bahagian ini membincangkan kaedah kajian yang digunakan dan kaedah analisis data.
4.1 Data Primer
Pengkaji menggunakan data primer iaitu temu bual dan soal selidik untuk
menjalankan kajian ini.
4.1.1 Temu Bual
Temu bual dilakukan bagi mendapatkan maklumat secara langsung dan secara
lebih mendalam tentang sesuatu isu dalam kajian ini. Pengkaji bertemu bual dengan
lima responden untuk mengumpul maklumat tentang masalah yang dihadapi dan
sumber pembiayaan yang diperoleh oleh pengusaha. Kaedah ini juga membolehkan
pengkaji menerangkan dengan jelas maksud soalan kepada responden agar
mengelakkan salah tafsir dan salah anggap.
4.1.2 Soal Selidik
Borang soal selidik telah diedarkan kepada lima orang responden. Tujuan ini
adalah untuk melihat dan memudahkan untuk mengkaji data yang diberikan sama ada
positif atau sebaliknya. Borang soal selidik ini mengandungi tiga bahagian iaitu
Bahagian A, Bahagian B dan Bahagian C. Bahagian A adalah tentang latar belakang
pengusaha kedai roti dan kek manakala Bahagian B adalah tentang masalah-masalah
yang dihadapi oleh pengusaha kedai roti dan kek. Bahagian C adalah tentang sumber
pembiayaan yang diperoleh oleh pengusaha kedai roti dan kek.
4.2 Buku Rujukan
Kaedah ini diperoleh dari bahan-bahan bertulis yang sudah diterbitkan
seperti buku rujukan. Kaedah ini lebih mudah dalam mencari maklumat dan
data tambahan yang diperlukan untuk dimuatkan ke dalam kajian ini.
4.3 Kaedah Analisis Data
Pada peringkat akhir kajian ini, telah dijalankan analisis secara deskriptif untuk
menganalisis data daripada soal selidik. Data yang telah diperoleh dianalisis
menggunakan peratusan, kekerapan rajah dan jadual untuk menunjukkan latar
belakang pengusaha. Selain itu, masalah yang dihadapi dan sumber pembiayaan yang
diperoleh oleh pengusaha kedai roti dan kek menggunakan jadual dan peratusan untuk
menganalisis data.
Rumus bagi peratusan adalah seperti berikut:
Amaun
Jumlah
x100
5.0 HASIL KAJIAN DAN PERBINCANGAN
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti masalah-masalah yang dihadapi dan
mengkaji sumber pembiayaan yang diperoleh oleh pengusaha kedai roti dan kek. Data
yang diperoleh daripada jawapan soal selidik dianalisis dan dikemukakan dalam
dapatan kajian ini.
5.1 Latar Belakang Pengusaha Kedai Roti Dan Kek
Jadual 1 di bawah menunjukkan latar belakang pengusaha kedai roti dan kek
berdasarkan jenis pemilikan perniagaan, jumlah pekerja dan jumlah modal.
Bil Aspek Kategori Kekerapan Peratusan(%)
1 Jenis Pemilikan
Perniagaan
Milikan Tunggal 2 40
Perkongsian 1 20
Sendirian Berhad 2 40
2 Jumlah pekerja 1-2 Orang 1 20
3-4 Orang 1 20
5-6 Orang 1 20
6 Orang Ke Atas 2 40
3 Jumlah Modal RM10000-RM20000 0 0
RM20001-RM30000 0 0
RM30001-RM40000 1 20
RM40001-RM50000 1 20
RM50001 ke atas 3 60
Jadual 1: Latar Belakang Pengusaha Kedai Roti Dan Kek
Sumber: Kajian Lapangan 2014
Rajah 1 di bawah menunjukkan jenis pemilikan perniagaan yang diamalkan oleh
pengusaha.
Rajah 1: Jenis Pemilikan Perniagaan
Sumber: Kajian Lapangan 2014
Berdasarkan rajah 1 di atas menunjukkan jenis pemilikan perniagaan yang
dikategorikan sebagai milikan tunggal, perkongsian dan sendirian berhad. Daripada
kajian ini didapati 40% kedai roti dan kek merupakan milikan tunggal dan 40% lagi
adalah Sendirian Berhad. Hanya 20% kedai roti dan kek merupakan perkongsian.
Rajah 2 di bawah menunjukkan jumlah pekerja yang bekerja di kedai roti dan kek.
Rajah 2: Jumlah Pekerja Yang Bekerja Di Kedai Roti Dan Kek
Sumber: Kajian Lapangan 2014
Berdasarkan Rajah 2, didapati bahawa 20% responden mempunyai antara 1
hingga 2 pekerja di kedai mereka manakala 20% responden mempunyai antara 3
hingga 4 pekerja di kedai mereka. 20% responden yang lain lagi mempunyai 5 hingga
40%
20%
40%
0%
5%
10%
15%
20%
25%
30%
35%
40%
45%
Milikan Tunggal Perkongsian Sendirian Berhad
Jenis Pemilikan Perniagaan
Milikan Tunggal
Perkongsian
Sendirian Berhad
20%
20%
20%
40%
Jumlah Pekerja
1-2 orang
3-4 orang
5-6 orang
6 orang ke atas
6 orang pekerja bekerja di kedai mereka. Terdapat 40% responden mempunyai 6
orang ke atas pekerja.
Rajah 3 di bawah menunjukkan jumlah modal yang dimiliki oleh pengusaha kedai roti
dan kek.
Rajah 3 : Jumlah Modal Yang Dimiliki Oleh Pengusaha Kedai Roti Dan Kek
Sumber: Kajian Lapangan 2014
Berdasarkan Rajah 3 di atas, 60% responden menggunakan modal melebihi
RM50001 iaitu Secret Recipe, Summer Bakery dan Pacific Bakery. Seterusnya, 20%
responden iaitu Black Forest menggunakan modal antara RM30001 hingga RM40000
dan 20% lagi responden iaitu LA Delight menggunakan modal antara RM40001
hingga RM50000 masing-masing.
5.2 Masalah-masalah yang dihadapi oleh pengusaha kedai roti dan kek.
20%
20%60%
Jumlah Modal
RM30001-RM40000
RM40001-RM50000
RM50001 ke atas
Jadual 2 di bawah menunjukkan masalah-masalah yang dihadapi oleh
pengusaha kedai roti dan kek.
Masalah Secret
Recipe
Pacific
Bakery
Summer
Bakery
LA
Delight
Black
Forest
Peratusan
(%)
Persaingan √ √ √ √ √ 100
Kekurangan
Modal
√ √ √ 60
Teknologi
Yang Rendah
√ √ √ 60
Bekalan
Bahan
Mentah
√ √ √ √ 80
Pengurusan √ √ 40
Pekerja √ √ √ √ √ 100
Kemudahan
Infrastruktur
√ √ 40
Pemasaran √ √ √ 60
Kekurangan
Pelanggan
√ √ √ √ 80
Jadual 2: Masalah-masalah Yang Dihadapi Oleh Pengusaha Kedai Roti Dan Kek
Sumber: Kajian Lapangan 2014
Berdasarkan jadual di atas, kelima-lima responden menghadapi masalah
persaingan iaitu bersamaan 100%. Mereka mengalami persaingan yang sengit
kerana terdapat banyak kedai roti dan kek di kawasan sekeliling di situ.
Kebanyakan pesaing mengeluarkan produk yang homogen. Oleh itu, mereka
terpaksa bersaing dari segi harga, reka bentuk dan juga rasa.
Terdapat 60% responden menghadapi masalah kekurangan modal. Modal
merupakan elemen penting yang perlu ada bagi memastikan perniagaan dapat
terus berkembang maju. Masalah kekurangan modal ini berkait dengan
kesukaran responden untuk mendapat pinjaman daripada bank. Bank kurang
berminat memberi pinjaman kepada Black Forest kerana tidak mempunyai
cagaran yang mencukupi dan kepercayaan kredit yang lemah, rekod akaun
pembiayaan yang kurang baik atau perniagaan yang tidak berdaya maju. Begitu
juga, sesetengah bank hanya memberi kelulusan separuh sahaja. Bank juga
kurang memberi pinjaman kerana kadar faedah yang boleh dikenakan dikawal
oleh Bank Negara Malaysia dan kurang yakin keupayaan responden untuk
membayar balik pinjaman. Selain itu, LA Delight dan Black Forest yang
mengamalkan milikan tunggal tidak dapat mengumpul dana modal yang banyak.
Hal ini membantutkan perniagaan mereka untuk berterus daya saing. Terdapat
juga responden yang sukar mendapat pinjaman daripada rakan dan ahli keluarga
mereka disebabkan hubungan konflik antara satu sama lain.
Di samping itu, 60% responden mengalami masalah teknologi yang
rendah. Ketiga-tiga responden ini masih lagi menggunakan peralatan dan mesin
yang separa automatik dalam proses pengeluaran. Hal ini menjurus kepada
pengeluaran yang rendah dan kurang kualiti. Sejumlah besar mereka tidak
berupaya mendapatkan teknologi canggih dan moden kerana modal yang terhad
dan kekurangan tabungan untuk membelinya. Keadaan ini berlaku disebabkan
peralatan moden dan berteknologi tinggi seperti mesin pengadun kelajuan tinggi
dan "Automated Cake Icing Equipment" memerlukan kos dan kemahiran yang
tinggi. Hal ini menyebabkan mereka masih bergantung kepada mesin dan
peralatan tradisional atau peralatan yang sudah digunakan bertahun-tahun yang
lalu. Responden juga tidak mempunyai kepakaran atau pengetahuan dalam
mengendalikan mesin dan peralatan. Mereka juga kurang inisiatif untuk
menerapkan teknologi baharu. Oleh itu, perusahaan mereka adalah berintensif
buruh. Namun, pekerja mereka juga tidak berpendidikan tinggi dan kurang
mahir kerana tidak mampu mengupah pekerja mahir yang perlu dibayar dengan
gaji besar. Jika mesin atau peralatan mengalami kerosakan, kos mesin
tergendala dan upah bayaran untuk kerosakan mesin juga menyebabkan
responden perlu menanggung beban tersebut. Dengan kekurangan ini
menyebabkan produktiviti, kualiti, kuantiti dan kepelbagaian jenis barangan
begitu terbatas dan sukar untuk dihasilkan.
Bekalan bahan mentah juga merupakan salah satu masalah yang dihadapi
oleh pengusaha kedai roti dan kek. Terdapat 80% responden menghadapi
masalah tersebut. Masalah ini boleh menimbul disebabkan harga bahan mentah
yang semakin melambung tinggi. Pertambahan populasi penduduk
menyebabkan permintaan yang tinggi terhadap bahan mentah. Implikasinya, roti
dan kek yang diperbuat daripada tepung gandum, telur dan gula menjadi mahal.
Sementara itu, kerajaan telah menarik subsidi terhadap gula mengakibatkan
semua bahan mentah menjadi lebih mahal. Lantaran itu, kos operasi meningkat
dan seterusnya margin keuntungan perniagaan menurun. Responden juga sukar
mendapat bahan mentah yang bermutu dengan kos yang rendah kerana tidak
mampu membeli secara pukal akibat kekurangan modal. Apabila menjelang
musim perayaan, permintaan yang tinggi terhadap bahan mentah menyebabkan
responden terpaksa bersaing dengan kedai roti dan kek yang lain untuk
mendapat bahan mentah yang secukupnya. Keadaan ini menjadi teruk apabila
harga yang ditawarkan oleh pembekal bahan mentah lebih tinggi. Pembekal
bahan mentah ini lebih suka menjual bahan mentah mereka kepada firma-firma
besar. Pembekal bahan mentah Secret Recipe sering lewat menghantar bahan
mentah menyebabkan bekalan bahan mentah terpaksa ditunda. Kos
pengangkutan yang dicajkan oleh pembekal bahan mentah juga begitu tinggi
kerana segelintir bahan mentah perlu diimport dari luar negara seperti yis,
marjerin, keju dan kondisioner doh.
40% responden menghadapi masalah pengurusan. Kelemahan pengurusan
kewangan menyebabkan masalah modal berlaku. Hal ini disebabkan responden
kekurangan pengetahuan dalam mengurus kewangan dengan baik. Sebagai
contoh, mereka lemah dalam menguruskan aliran tunai, masalah hutang lapuk,
dan lain-lain. Justeru, mereka juga tidak mampu mengupah akauntan dan
juruaudit kerana kos upah yang tinggi. Tambahan pula, pengurusan dalam
inventori juga merupakan antara masalah ketara dalam kalangan mereka.
Kekurangan ruang atau ketiadaan stor untuk menyimpan bahan-bahan mentah
seperti tepung gandum, garam dan gula menimbul pelbagai masalah. Jika bahan
mentah yang disimpan terlalu banyak akan membawa kesan kos gudang yang
tinggi, modal terikat, kerosakan, dan keusangan manakala kekurangan bahan
mentah yang disimpan akan menjejaskan kos belian dan tidak memenuhi
permintaan pelanggan yang begitu tinggi. Responden juga tidak cekap dalam
mengurus masa. Mereka tidak cekap membahagikan masa yang ada kepada
pekerja menyebabkan produk roti dan kek tidak dikeluarkan pada masa yang
tepat. Dengan ini, pengurusan yang tidak cekap mewujudkan pembaziran dan
kos operasi yang tinggi.
100% atau kelima-lima responden menghadapi masalah pekerja. Kadar
pusing ganti pekerja yang tinggi merupakan masalah yang sering dialami oleh
responden. Hal ini kerana pekerja tidak bermotivasi untuk bekerja dan sentiasa
mengambil cuti. Kesukaran merekrut pekerja juga menjadi masalah tersebut
kerana generasi muda tidak berminat dalam bidang pembuatan roti dan kek
kerana perlu memiliki kemahiran dalam membuat roti dan kek. Kos latihan yang
tinggi perlu dilaburkan untuk memastikan pekerja mendapat latihan dan
kemahiran yang diperlukan. Kerap kali pekerja berpengalaman dan terlatih
berpindah ke firma besar yang menawarkan ganjaran lebih lumayan. Sikap
memilih kerja oleh generasi muda menyebabkan kedai mereka kekurangan
kakitangan. Sesetengah pekerja juga memberi alasan dengan persekitaran
pekerjaan yang tidak selesa kerana bekerja di dapur yang berwap panas. Upah
yang ditawarkan juga terlalu sedikit iaitu antara RM901 hingga RM1000
sebulan kerana kebanyakan pekerja adalah pekerja sementara sahaja seperti
pelajar lepasan STPM dan siswazah. Oleh hal yang demikian, Pacific Bakery
terpaksa mengupah pekerja asing untuk membantu dalam membuat roti dan kek.
Perkhidmatan Secret Recipe yang kurang baik dalam kalangan pekerja seperti
tidak senyum, malas dan lambat bertindak juga menimbulkan kemarahan
pelanggan. Adakala daripada pekerja mereka perlu dipaksa, diarah atau diugut
supaya membuat kerja kerana mereka tidak berinisiatif untuk bekerja. Kesannya,
produktiviti dan prestasi perniagaan mereka turut merosot.
Kemudiannya, 40% responden menghadapi masalah kemudahan
infrastruktur. Kawasan di sekeliling Pacific Bakery dan Black Forest
kekurangan tong sampah dan tiada lampu jalan yang cerah. Jarak antara tempat
tinggal pekerja dengan tempat pekerjaan yang jauh menyebabkan pekerja
menghadapi masalah kemudahan penginapan. Bayaran untuk parkir kereta juga
begitu mahal iaitu RM 2 per jam dan RM 1 per jam untuk berikutnya.
Sementara itu, 60% iaitu tiga responden menyatakan bahawa mereka
menghadapi masalah pemasaran. Produk dan perkhidmatan mereka sukar
dipasarkan kerana masalah kekurangan kewangan. Kebanyakan mereka menjual
produknya sendiri tanpa dibantu oleh agen atau rangkaian peruncit. Produk
mereka juga hanya dijual di tempatan ataupun luar daerah sahaja. Kekurangan
pengetahuan dan sumber yang diperlukan dalam kalangan mereka juga
menghalang mereka daripada menerokai pasaran antarabangsa. Hal ini kerana
penerokaan pasaran antarabangsa memerlukan pengurusan yang mahir dan
sumber kewangan yang banyak sebagai pelaburan pemulaan. Saluran pemasaran
yang digunakan adalah saluran tidak langsung kerana meliputi perantara
pemasaran yang banyak seperti pemborong, pembekal, peruncit dan broker.
Sebagai contoh, Black Forest yang tidak terlibat dalam proses pembuatan roti
dan kek perlu menempah roti dan kek daripada pembekal Bread History. Harga
yang ditawarkan oleh pembekal dan pemborong berbeza-beza menyebabkan
responden sukar menentukan harga yang ditetapkan. Kebanyakan pemborong
juga menjual produknya kepada orang tempatan manakala produk yang tidak
dapat dijual perlu disimpan. Keadaan ini akan menyebabkan roti dan kek yang
tidak tahan lama menjadi rosak dan akhirnya menjadi kerugian terhadap
perniagaan mereka. Mereka juga jarang menjalankan aktiviti promosi kerana
kos pengiklanan dan kos pembungkusan yang tinggi. Promosi melalui laman
sesawang juga tidak memberi kesan kerana kedai mereka tidak berjenama
berbanding dengan kedai roti dan kek yang lain.
Akhir sekali, sebanyak 80% responden menpunyai masalah kekurangan
pelanggan. Hal ini disebabkan pelanggan yang berpendapatan rendah tidak
mampu membeli kek yang berharga tinggi. Bagi pelanggan yang berpendapatan
tinggi, mereka akan memilih kedai roti dan kek yang berjenama dan berkualiti
tinggi. Masalah ini menyebabkan kedai roti dan kek yang kurang berjenama
berbanding dengan kedai yang lain tidak mendapat sambutan baik. Sebahagian
besar roti dan kek yang dihasilkan bermutu rendah. Antara punca kepada
keadaan ini termasuklah kualiti bahan mentah yang rendah, mesin dan teknologi
yang rendah dan tiada sistem kawalan mutu, tahap kemahiran dan kepakaran
pekerja yang rendah. Masyarakat kini lebih sedar menekankan kepentingan
menjaga kesihatan. Kek yang berasaskan gula yang banyak menyebabkan
permintaan terhadap kek jatuh. Hanya ketibaan musim perayaan atau hari jadi
seseorang mendapat kunjungan pelanggan yang tinggi ke kedai mereka.
Kekurangan pelanggan juga disebabkan oleh perubahan cita rasa pelanggan.
Pembungkusan, reka bentuk dan hiasan roti dan kek yang tidak berwarna-warni
atau tidak menarik juga membantut hasrat pelanggan untuk membeli di kedai
mereka. Pelanggan berasa jemu terhadap rasa roti dan kek yang tidak enak dan
sentiasa sama sahaja. Sesetengah roti tidak dibungkus atau tidak ditutup dengan
tudung menjadi kehadiran lalat hinggap di atas roti. Hal ini menjijikkan
pelanggan untuk membeli roti di kedai mereka. Kemudahan parkir kereta di
sekitar Pacific Bakery dan Black Forest juga diperlukan bayaran yang tinggi
menyebabkan ramai pelanggan tidak berkunjung ke kedai mereka. Oleh itu,
keinginan, kepuasan serta kesetiaan pelanggan membabitkan responden gagal
memenuhi cita rasa pelanggan.
5.3 Sumber pembiayaan yang diperoleh oleh pengusaha kedai roti dan kek
Jadual 3 di bawah menunjukkan sumber-sumber pembiayaan yang diperoleh
oleh pengusaha kedai roti dan kek.
Sumber
Pembiayaan
Secret
Recipe
Pacific
Bakery
Summer
Bakery
LA
Delight
Black
Forest
Peratusan
(%)
Sendiri √ √ √ √ √ 100
Keluarga √ √ 40
Rakan
Kongsi
√ 20
Institusi
Kewangan
√ √ √ 60
Jadual 3: Sumber-sumber Pembiayaan Yang Diperoleh Oleh Pengusaha Kedai
Roti Dan Kek
Sumber: Kajian Lapangan 2014
Berdasarkan jadual di atas didapati 100% responden menggunakan
sumber pembiayaan sendiri untuk menjalankan perniagaan mereka. Sumber ini
merupakan sumber yang paling murah yang tersedia oleh mereka. Hal ini kerana
jika berlaku sebarang kerugian atau apa-apa masalah, maka mereka
menggunakan simpanan peribadi mereka untuk menampung kos tersebut.
Mereka juga menggunakan sumber pembiayaan sendiri untuk membeli peralatan,
bahan mentah dan bayaran gaji kepada pekerja. Selain itu, mereka juga
menggunakan modal simpanan sendiri atau menjual aset peribadi untuk
membiayai perniagaan.
Selepas mengambil kira simpanan peribadi, 40% responden mendapat
pembiayaan daripada keluarga. Pembiayaan modal ini adalah mudah dan
ringkas serta tidak memerlukan pendokumentasian yang banyak dan rumit.
Biasanya, keluarga lebih anjal dari segi pembayaran balik dan karang sekali
mengenakan syarat tertentu. Selain itu, mereka juga tidak perlu membayar
faedah atas pinjaman seperti pinjaman yang diperoleh menerusi bank dan tidak
perlu meletakkan cagaran atas pinjaman. Tempoh masa pinjaman yang
diberikan juga adalah lebih flexsibel. Responden juga memberi sebahagian
keuntungan yang diperoleh kepada pihak yang memberi pinjaman.
Walaubagaimanapun, pinjaman sedemikian menimbulkan harapan yang kurang
realistik atau salah faham antara mereka dan boleh menggugat perhubungan
antara keluarga.
20% responden iaitu Summer Bakery mendapat sumber pembiayaan
daripada rakan kongsi. Hal ini kerana kedainya merupakan perkongsian. Oleh
itu, dana modal daripada rakan kongsi dapat dikumpulkan dan bersama-sama
membiayai perniagaan mereka. Terma persetujuan bagi pendekatan ini lazimnya
lebih longgar dan boleh dirunding sama ada dikenakan bayaran kadar faedah
atas amaun pokok ataupun dibahagi sebahagian daripada keuntungan perniagaan.
Namun, dokumentasi perjanjian formal masih diperlukan untuk melindungi
kedua-dua pihak yang memberi pinjaman dan peniaga. Rakan kongsi perlu
mematuhi kepada terma persetujuan walaupun perikatannya agak longgar
kerana keyakinan peminjam sangat penting untuk kerjasama jangka panjang
terutama bagi keperluan pembiayaan dalam masa yang terhad.
Di samping itu, terdapat 60% iaitu tiga orang responden memperoleh
sumber pembiayaan melalui institusi kewangan. Institusi kewangan seperti
Public Bank, MayBank, Hong Leong Bank memberi kemudahan pinjaman
kepada responden. Kemudahan kad kredit turut disertakan melalui bank tersebut.
Justeru, responden dapat membeli peralatan dan mesin tanpa menggunakan
tunai atau boleh mengeluarkan tunai melalui mesin juruwang automatik untuk
kegunaan tertentu. Responden juga membuat tabungan dan deposit ke dalam
akaun mereka. Oleh itu, faedah yang diberi oleh bank perdagangan dapat
menambah modal dalam perniagaan mereka. Seterusnya, responden juga
membeli insurans untuk mendapat perlindungan kepada mereka jika perniagaan
mereka mengalami kerugian seperti kecurian, kebakaran, kecederaan dan
sebagainya. Melalui bantuan ini, responden dapat mengembangkan perniagaan
mereka sehingga hari ini.
6.0 CADANGAN
Berdasarkan kajian yang telah dibuat didapati bahawa masalah dominan yang
dihadapi oleh pengusaha kedai roti dan kek adalah masalah persaingan dan masalah
pekerja. Keadaan ini diikuti dengan masalah bekalan bahan mentah, kekurangan
pelanggan, kekurangan modal, teknologi yang rendah, masalah pemasaran, masalah
pengurusan dan akhirnya masalah kemudahan infrastuktur.
Kini, terdapat warung-warung di tepi jalan dan pasar raya yang menjual roti dan
kek dibuka bagai cendawan tumbuh selepas hujan. Persaingan ini menjadi masalah
ketara yang dihadapi oleh responden. Mereka bersaing untuk merebut pelanggan,
bersaing untuk meningkatkan jualan dan keuntungan, dan bersaing untuk
mendapatkan apa-apa sahaja yang terbaik dalam perniagaan mereka. Oleh itu,
responden perlu sentiasa bersedia untuk memperbaiki segala kekurangan yang
terdapat dalam perniagaan mereka. Bukan itu sahaja, responden juga perlu
mengeratkan hubungan sillaturahim dengan pesaing yang lain serta memastikan
suasana perniagaan yang berdaya saing. Persaingan dalam perniagaan haruslah
dilakukan dengan sihat dan baik agar semua pesaing yang terlibat dapat memperolehi
manfaat dan tidak memudaratkan pesaing yang lain.
Seterusnya, masalah pekerja juga merupakan masalah yang dihadapi oleh
semua responden. Pelbagai modus operandi yang dapat diselesaikan dalam kalangan
masalah pekerja. Sebagai contoh, responden perlu memotivasi pekerja dan memberi
perangsang kepada pekerja supaya rajin bekerja. Bagi pekerja yang tiada kemahiran
dalam membuat roti dan kek, responden seharusnya sentiasa memberi tunjuk ajar
kepada pekerja. Responden boleh mengajar mereka cara membuat roti dan kek yang
lebih enak, hiasan yang cantik serta mempelbagaikan jenis rasa. Responden juga
mesti peka terhadap perubahan teknologi yang terkini untuk meningkatkan roti dan
kek mereka. Tambahan pula, responden haruslah meluangkan masa untuk berbincang
dengan pekerja tentang masalah disiplin pekerja seperti malas, kerap mengambil cuti
dan tidak berminat untuk bekerja. Bagi pekerja yang lama bekerja di kedai mereka,
responden boleh memberi ganjaran kepada mereka seperti bonus, kenaikan gaji,
kenaikan pangkat atau mengadakan aktiviti pelancongan di destinasi yang menarik.
Hal ini secara tidak langsung dapat menarik orang lain menceburi dalam bidang
pembuatan roti dan kek.
Dari segi sumber pembiayaan yang diperoleh oleh pengusaha kedai roti dan kek,
kebanyakan responden mendapat sumber pembiayaan daripada simpanan sendiri . Hal
ini disebabkan sumber ini senang diperolehi tanpa dipengaruhi oleh pihak lain.
Walaubagaimanapun, sumber pembiayaan ini masih tidak mencukupi untuk
menjalankan perniagaan mereka dalam tempoh masa yang panjang. Mereka masih
memerlukan bantuan daripada institusi kewangan. Bagi responden yang gagal
mendapat pinjaman daripada bank perdagangan, kerajaan harus menghulurkan
bantuan dengan melonggarkan syarat pinjaman kepada mereka agar mereka dapat
meminjam wang untuk menambah dana dalam perniagaan mereka. Kerajaan juga
hendaklah menubuhkan banyak Bank Perusahaan Kecil dan Sederhana Berhad (SME
Bank). Agensi ini memainkan peranan sebagai pusat sehenti kewangan untuk
pembiayaan keperluan pembangunan PKS. Sebagai contoh, responden boleh
mendapat bantuan daripada agensi ini untuk meluaskan tapak premis kedai mereka
atau membeli peralatan yang lebih canggih.
Bagi responden yang tidak mahir dalam pengurusan perniagaan mereka boleh
mendapat bantuan daripada Perbadanan Pembangunan Industri Kecil dan Sederhana
(SMIDEC). Perbadanan ini memberi khidmat nasihat perniagaan melalui "SME
Business Advisory Centre" dan memberi sokongan kepada PKS. Kerajaan juga perlu
menganjurkan Program Peningkatan Kemahiran. NPC, MARA dan MEDEC
membantu pengusaha meningkatkan kemahiran pekerja. Dengan adanya program ini
kemahiran pekerja dalam membuat roti dan kek dapat diperkasakan melalui latihan,
seminar dan konsultasi lanjutan. Sumber pembiayaan yang lain yang diperoleh oleh
pengusaha kedai roti dan kek adalah daripada keluarga dan rakan kongsi.
7.0 RUMUSAN KAJIAN
Secara rumusnya, perusahaan kecil dan sederhana amat penting kepada negara
kita kerana menyumbang pendapatan negara melalui Keluaran Dalam Negara Kasar.
Kewujudan PKS juga dapat mencipta peluang pekerjaan kepada masyarakat untuk
mengurangkan kadar pengangguran di negara kita. Secara ringkasnya, kajian ini
dijalankan bagi melihatkan masalah-masalah yang dihadapi oleh pengusaha kedai roti
dan kek. Masalah utama yang dihadapi oleh pengusaha kedai roti dan kek adalah
masalah persaingan dan masalah pekerja. Hal ini kerana terdapat banyak kedai roti
dan kek di kawasan Seberang Jaya. Masalah pekerja adalah disebabkan mereka
kurang motivasi untuk bekerja. Oleh itu, masalah-masalah yang dihadapi oleh
pengusaha kedai roti dan kek perlu dibendung untuk memastikan semua perusahaan
kecil dan sederhana lebih maju dan berdaya saing pada masa hadapan. Selain itu, 100%
responden memperoleh sumber pembiayaan daripada simpanan peribadi dan 60%
adalah daripada institusi kewangan. Dengan ini, pengusaha dapat menggunakan
sumber pembiayaan tersebut untuk terus mengembangkan perniagaan mereka.
8.0 SENARAI RUJUKAN
SME CORP, Definisi Baharu Perusahaan Kecil Dan Sederhana (PKS), dimuat
turunkan pada 10 Julai 2014 dari http://www.smecorp.gov.my
Wikipedia, Kedai Membuat Roti, dimuat turunkan pada 11 Julai 2014 dari
http://ms.wikipedia.org/wiki/
Laporan Tahunan PKS 2012/13, Majlis Pembangunan PKS Kebangsaan, dimuat
turunkan pada 16 Julai 2014 dari http://www.smecorp.gov.my/
Theng Kock Leing.2013. Teks Efektif STPM Ekonomi Malaysia Sistem Pentaksiran
Baharu STPM Penggal 3. Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan: Ilmu Bakti Sdn. Bhd.
Lai Mooi Chang. 2013. Teks Pra-U STPM Ekonomi (Ekonomi Malaysia) Penggal 3.
Bandar Baru Bangi, Selangor Darul Ehsan : Pearson Malaysia Sdn. Bhd.

Más contenido relacionado

La actualidad más candente

Ekonomi - Hutang Kerajaan Persekutuan
Ekonomi - Hutang Kerajaan PersekutuanEkonomi - Hutang Kerajaan Persekutuan
Ekonomi - Hutang Kerajaan PersekutuanNur Az
 
Cabaran yang harus dihadapi bagi membolehkan malaysia mencapai taraf negara maju
Cabaran yang harus dihadapi bagi membolehkan malaysia mencapai taraf negara majuCabaran yang harus dihadapi bagi membolehkan malaysia mencapai taraf negara maju
Cabaran yang harus dihadapi bagi membolehkan malaysia mencapai taraf negara majuJANGAN TINGGAL DAKU
 
SUMBANGAN INDUSTRI KECIL/SEDERHANA DALAM EKONOMI NEGARA
SUMBANGAN INDUSTRI KECIL/SEDERHANA DALAM EKONOMI NEGARA SUMBANGAN INDUSTRI KECIL/SEDERHANA DALAM EKONOMI NEGARA
SUMBANGAN INDUSTRI KECIL/SEDERHANA DALAM EKONOMI NEGARA NurZahidah22
 
PENGAJIAN PERNIAGAAN STPM - CAMPURAN PEMASARAN (PRODUK)
PENGAJIAN PERNIAGAAN STPM  - CAMPURAN PEMASARAN (PRODUK)PENGAJIAN PERNIAGAAN STPM  - CAMPURAN PEMASARAN (PRODUK)
PENGAJIAN PERNIAGAAN STPM - CAMPURAN PEMASARAN (PRODUK)saadiah alidrus
 
Contoh KK Pengajian Am: Kepercayaan
Contoh KK Pengajian Am: KepercayaanContoh KK Pengajian Am: Kepercayaan
Contoh KK Pengajian Am: KepercayaanNUR HUMAIRAH AMIRA
 
Bab 7 dasar luar malaysia
Bab 7 dasar luar malaysiaBab 7 dasar luar malaysia
Bab 7 dasar luar malaysiaAmir Firdaus
 
Laras bahasa sastera
Laras bahasa sasteraLaras bahasa sastera
Laras bahasa sasteraung sii mee
 
Contoh Proposal Kerja Kursus Sejarah Tingkatan 6 (STPM) Penggal 2 (2014 / 2015)
Contoh Proposal Kerja Kursus Sejarah Tingkatan 6 (STPM) Penggal 2 (2014 / 2015) Contoh Proposal Kerja Kursus Sejarah Tingkatan 6 (STPM) Penggal 2 (2014 / 2015)
Contoh Proposal Kerja Kursus Sejarah Tingkatan 6 (STPM) Penggal 2 (2014 / 2015) Thanushah Soniyasee
 
Faktor faktor yang mempengaruhi corak perbelanjaan pengguna
Faktor faktor yang mempengaruhi corak perbelanjaan penggunaFaktor faktor yang mempengaruhi corak perbelanjaan pengguna
Faktor faktor yang mempengaruhi corak perbelanjaan penggunaarharynna
 
Syarikat multinasional
Syarikat multinasionalSyarikat multinasional
Syarikat multinasionalMiz Jaye
 
Contoh Kerja Kursus Bahasa Melayu Tingkatan 6 Penggal 3 2015 (STPM) ( Frasa N...
Contoh Kerja Kursus Bahasa Melayu Tingkatan 6 Penggal 3 2015 (STPM) ( Frasa N...Contoh Kerja Kursus Bahasa Melayu Tingkatan 6 Penggal 3 2015 (STPM) ( Frasa N...
Contoh Kerja Kursus Bahasa Melayu Tingkatan 6 Penggal 3 2015 (STPM) ( Frasa N...Thanushah Soniyasee
 
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI EKSPORT GETAH NEGARA
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI EKSPORT GETAH NEGARAFAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI EKSPORT GETAH NEGARA
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI EKSPORT GETAH NEGARANorizan Hassan
 
Jelaskan konsep dan peranan raja melayu sebelum th 1874
Jelaskan konsep dan peranan raja melayu sebelum th 1874Jelaskan konsep dan peranan raja melayu sebelum th 1874
Jelaskan konsep dan peranan raja melayu sebelum th 1874Jimmy Mogolid
 
PENGAJIAN AM SEM 1 ~ KEDAULATAN MALAYSIA - CABARAN,PUNCA,PENYELESAIAN
PENGAJIAN AM SEM 1 ~ KEDAULATAN MALAYSIA - CABARAN,PUNCA,PENYELESAIANPENGAJIAN AM SEM 1 ~ KEDAULATAN MALAYSIA - CABARAN,PUNCA,PENYELESAIAN
PENGAJIAN AM SEM 1 ~ KEDAULATAN MALAYSIA - CABARAN,PUNCA,PENYELESAIANevelyn_01
 
Bab 3 Pengajian Am Penggal 3 : ASEAN ( Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara )
Bab 3 Pengajian Am Penggal 3 : ASEAN ( Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara ) Bab 3 Pengajian Am Penggal 3 : ASEAN ( Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara )
Bab 3 Pengajian Am Penggal 3 : ASEAN ( Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara ) Thanushah Soniyasee
 
Taburan Penduduk di Malaysia
Taburan Penduduk di MalaysiaTaburan Penduduk di Malaysia
Taburan Penduduk di MalaysiaFariszuddin
 
[PENGAJIAN AM STPM P3] MALAYSIA DAN HUBUNGAN DIPLOMATIK
[PENGAJIAN AM STPM P3] MALAYSIA DAN HUBUNGAN DIPLOMATIK[PENGAJIAN AM STPM P3] MALAYSIA DAN HUBUNGAN DIPLOMATIK
[PENGAJIAN AM STPM P3] MALAYSIA DAN HUBUNGAN DIPLOMATIKHamizah Mohamad Chabar
 

La actualidad más candente (20)

Ekonomi - Hutang Kerajaan Persekutuan
Ekonomi - Hutang Kerajaan PersekutuanEkonomi - Hutang Kerajaan Persekutuan
Ekonomi - Hutang Kerajaan Persekutuan
 
Cabaran yang harus dihadapi bagi membolehkan malaysia mencapai taraf negara maju
Cabaran yang harus dihadapi bagi membolehkan malaysia mencapai taraf negara majuCabaran yang harus dihadapi bagi membolehkan malaysia mencapai taraf negara maju
Cabaran yang harus dihadapi bagi membolehkan malaysia mencapai taraf negara maju
 
SUMBANGAN INDUSTRI KECIL/SEDERHANA DALAM EKONOMI NEGARA
SUMBANGAN INDUSTRI KECIL/SEDERHANA DALAM EKONOMI NEGARA SUMBANGAN INDUSTRI KECIL/SEDERHANA DALAM EKONOMI NEGARA
SUMBANGAN INDUSTRI KECIL/SEDERHANA DALAM EKONOMI NEGARA
 
Segi 3 pertumbuhan
Segi 3 pertumbuhanSegi 3 pertumbuhan
Segi 3 pertumbuhan
 
PENGAJIAN PERNIAGAAN STPM - CAMPURAN PEMASARAN (PRODUK)
PENGAJIAN PERNIAGAAN STPM  - CAMPURAN PEMASARAN (PRODUK)PENGAJIAN PERNIAGAAN STPM  - CAMPURAN PEMASARAN (PRODUK)
PENGAJIAN PERNIAGAAN STPM - CAMPURAN PEMASARAN (PRODUK)
 
Esei penggal 3 (2) (1)
Esei penggal 3 (2) (1)Esei penggal 3 (2) (1)
Esei penggal 3 (2) (1)
 
Contoh KK Pengajian Am: Kepercayaan
Contoh KK Pengajian Am: KepercayaanContoh KK Pengajian Am: Kepercayaan
Contoh KK Pengajian Am: Kepercayaan
 
Bab 7 dasar luar malaysia
Bab 7 dasar luar malaysiaBab 7 dasar luar malaysia
Bab 7 dasar luar malaysia
 
Laras bahasa sastera
Laras bahasa sasteraLaras bahasa sastera
Laras bahasa sastera
 
Contoh Proposal Kerja Kursus Sejarah Tingkatan 6 (STPM) Penggal 2 (2014 / 2015)
Contoh Proposal Kerja Kursus Sejarah Tingkatan 6 (STPM) Penggal 2 (2014 / 2015) Contoh Proposal Kerja Kursus Sejarah Tingkatan 6 (STPM) Penggal 2 (2014 / 2015)
Contoh Proposal Kerja Kursus Sejarah Tingkatan 6 (STPM) Penggal 2 (2014 / 2015)
 
Faktor faktor yang mempengaruhi corak perbelanjaan pengguna
Faktor faktor yang mempengaruhi corak perbelanjaan penggunaFaktor faktor yang mempengaruhi corak perbelanjaan pengguna
Faktor faktor yang mempengaruhi corak perbelanjaan pengguna
 
Syarikat multinasional
Syarikat multinasionalSyarikat multinasional
Syarikat multinasional
 
Contoh Kerja Kursus Bahasa Melayu Tingkatan 6 Penggal 3 2015 (STPM) ( Frasa N...
Contoh Kerja Kursus Bahasa Melayu Tingkatan 6 Penggal 3 2015 (STPM) ( Frasa N...Contoh Kerja Kursus Bahasa Melayu Tingkatan 6 Penggal 3 2015 (STPM) ( Frasa N...
Contoh Kerja Kursus Bahasa Melayu Tingkatan 6 Penggal 3 2015 (STPM) ( Frasa N...
 
Nota hujung
Nota  hujungNota  hujung
Nota hujung
 
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI EKSPORT GETAH NEGARA
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI EKSPORT GETAH NEGARAFAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI EKSPORT GETAH NEGARA
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI EKSPORT GETAH NEGARA
 
Jelaskan konsep dan peranan raja melayu sebelum th 1874
Jelaskan konsep dan peranan raja melayu sebelum th 1874Jelaskan konsep dan peranan raja melayu sebelum th 1874
Jelaskan konsep dan peranan raja melayu sebelum th 1874
 
PENGAJIAN AM SEM 1 ~ KEDAULATAN MALAYSIA - CABARAN,PUNCA,PENYELESAIAN
PENGAJIAN AM SEM 1 ~ KEDAULATAN MALAYSIA - CABARAN,PUNCA,PENYELESAIANPENGAJIAN AM SEM 1 ~ KEDAULATAN MALAYSIA - CABARAN,PUNCA,PENYELESAIAN
PENGAJIAN AM SEM 1 ~ KEDAULATAN MALAYSIA - CABARAN,PUNCA,PENYELESAIAN
 
Bab 3 Pengajian Am Penggal 3 : ASEAN ( Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara )
Bab 3 Pengajian Am Penggal 3 : ASEAN ( Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara ) Bab 3 Pengajian Am Penggal 3 : ASEAN ( Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara )
Bab 3 Pengajian Am Penggal 3 : ASEAN ( Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara )
 
Taburan Penduduk di Malaysia
Taburan Penduduk di MalaysiaTaburan Penduduk di Malaysia
Taburan Penduduk di Malaysia
 
[PENGAJIAN AM STPM P3] MALAYSIA DAN HUBUNGAN DIPLOMATIK
[PENGAJIAN AM STPM P3] MALAYSIA DAN HUBUNGAN DIPLOMATIK[PENGAJIAN AM STPM P3] MALAYSIA DAN HUBUNGAN DIPLOMATIK
[PENGAJIAN AM STPM P3] MALAYSIA DAN HUBUNGAN DIPLOMATIK
 

Similar a Kerja Kursus Ekonomi STPM 2014 (Assignment)

Visiting report
Visiting reportVisiting report
Visiting reportdrfez86
 
Presentation1(Perencanaan Manajemen Bisnis)
Presentation1(Perencanaan Manajemen Bisnis)Presentation1(Perencanaan Manajemen Bisnis)
Presentation1(Perencanaan Manajemen Bisnis)Tesalonika05
 
perubahan paradigma dan daya saing UMKM di Kota Palu selama pandemi covid19.pptx
perubahan paradigma dan daya saing UMKM di Kota Palu selama pandemi covid19.pptxperubahan paradigma dan daya saing UMKM di Kota Palu selama pandemi covid19.pptx
perubahan paradigma dan daya saing UMKM di Kota Palu selama pandemi covid19.pptxradit26
 
7 Kewirausahaan, Lisaniah Amini Lisa'Ilina, Hapzi Ali, Proposal Rencana Bisni...
7 Kewirausahaan, Lisaniah Amini Lisa'Ilina, Hapzi Ali, Proposal Rencana Bisni...7 Kewirausahaan, Lisaniah Amini Lisa'Ilina, Hapzi Ali, Proposal Rencana Bisni...
7 Kewirausahaan, Lisaniah Amini Lisa'Ilina, Hapzi Ali, Proposal Rencana Bisni...LisaniahAmini
 
Bussiness Plan "Ngteh Cafe"
Bussiness Plan "Ngteh Cafe"Bussiness Plan "Ngteh Cafe"
Bussiness Plan "Ngteh Cafe"Nisanis_59
 
PEMIKIRAN KRITIS DAN KREATIF (FOOD & GO) - Report
PEMIKIRAN KRITIS DAN KREATIF (FOOD & GO) - ReportPEMIKIRAN KRITIS DAN KREATIF (FOOD & GO) - Report
PEMIKIRAN KRITIS DAN KREATIF (FOOD & GO) - ReportSisubalan Selvan
 
PROPOSAL KEWIRAUSAHAAN DRINK BENG BENG
PROPOSAL KEWIRAUSAHAAN DRINK BENG BENGPROPOSAL KEWIRAUSAHAAN DRINK BENG BENG
PROPOSAL KEWIRAUSAHAAN DRINK BENG BENGLinda Rosita
 
Keusahawanan 2 produk dan marketing
Keusahawanan 2     produk dan marketingKeusahawanan 2     produk dan marketing
Keusahawanan 2 produk dan marketingAmiruddin Ahmad
 
1559 article text-2824-1-10-20181114
1559 article text-2824-1-10-201811141559 article text-2824-1-10-20181114
1559 article text-2824-1-10-20181114JohnTarigan
 
Enterpreneurship Motivation - By Husaeri Priatna
Enterpreneurship Motivation - By Husaeri PriatnaEnterpreneurship Motivation - By Husaeri Priatna
Enterpreneurship Motivation - By Husaeri PriatnaHusaeri Priatna,S.Ak.,M.M.
 
Simulasi Bisnis (Tugas UTS)
Simulasi Bisnis (Tugas UTS)Simulasi Bisnis (Tugas UTS)
Simulasi Bisnis (Tugas UTS)adindapriscaaa
 
Bep usaha bumg
Bep usaha bumgBep usaha bumg
Bep usaha bumgcyberzie
 
Proposal PKM Bannice
Proposal PKM BanniceProposal PKM Bannice
Proposal PKM BanniceNovi Ariani
 
proposal fillo filla acc.docx
proposal fillo filla acc.docxproposal fillo filla acc.docx
proposal fillo filla acc.docxMahrusAli39
 

Similar a Kerja Kursus Ekonomi STPM 2014 (Assignment) (20)

Visiting report
Visiting reportVisiting report
Visiting report
 
Presentation1(Perencanaan Manajemen Bisnis)
Presentation1(Perencanaan Manajemen Bisnis)Presentation1(Perencanaan Manajemen Bisnis)
Presentation1(Perencanaan Manajemen Bisnis)
 
perubahan paradigma dan daya saing UMKM di Kota Palu selama pandemi covid19.pptx
perubahan paradigma dan daya saing UMKM di Kota Palu selama pandemi covid19.pptxperubahan paradigma dan daya saing UMKM di Kota Palu selama pandemi covid19.pptx
perubahan paradigma dan daya saing UMKM di Kota Palu selama pandemi covid19.pptx
 
Poposal PMW
Poposal PMWPoposal PMW
Poposal PMW
 
Bab i praktikum aki
Bab i praktikum akiBab i praktikum aki
Bab i praktikum aki
 
7 Kewirausahaan, Lisaniah Amini Lisa'Ilina, Hapzi Ali, Proposal Rencana Bisni...
7 Kewirausahaan, Lisaniah Amini Lisa'Ilina, Hapzi Ali, Proposal Rencana Bisni...7 Kewirausahaan, Lisaniah Amini Lisa'Ilina, Hapzi Ali, Proposal Rencana Bisni...
7 Kewirausahaan, Lisaniah Amini Lisa'Ilina, Hapzi Ali, Proposal Rencana Bisni...
 
Apa saja
Apa sajaApa saja
Apa saja
 
Bussiness Plan "Ngteh Cafe"
Bussiness Plan "Ngteh Cafe"Bussiness Plan "Ngteh Cafe"
Bussiness Plan "Ngteh Cafe"
 
PEMIKIRAN KRITIS DAN KREATIF (FOOD & GO) - Report
PEMIKIRAN KRITIS DAN KREATIF (FOOD & GO) - ReportPEMIKIRAN KRITIS DAN KREATIF (FOOD & GO) - Report
PEMIKIRAN KRITIS DAN KREATIF (FOOD & GO) - Report
 
PROPOSAL KEWIRAUSAHAAN DRINK BENG BENG
PROPOSAL KEWIRAUSAHAAN DRINK BENG BENGPROPOSAL KEWIRAUSAHAAN DRINK BENG BENG
PROPOSAL KEWIRAUSAHAAN DRINK BENG BENG
 
Keusahawanan 2 produk dan marketing
Keusahawanan 2     produk dan marketingKeusahawanan 2     produk dan marketing
Keusahawanan 2 produk dan marketing
 
1559 article text-2824-1-10-20181114
1559 article text-2824-1-10-201811141559 article text-2824-1-10-20181114
1559 article text-2824-1-10-20181114
 
Enterpreneurship Motivation - By Husaeri Priatna
Enterpreneurship Motivation - By Husaeri PriatnaEnterpreneurship Motivation - By Husaeri Priatna
Enterpreneurship Motivation - By Husaeri Priatna
 
artikel 6.pdf
artikel 6.pdfartikel 6.pdf
artikel 6.pdf
 
PPT.pptx
PPT.pptxPPT.pptx
PPT.pptx
 
Simulasi Bisnis (Tugas UTS)
Simulasi Bisnis (Tugas UTS)Simulasi Bisnis (Tugas UTS)
Simulasi Bisnis (Tugas UTS)
 
Bep usaha bumg
Bep usaha bumgBep usaha bumg
Bep usaha bumg
 
Proposal PKM Bannice
Proposal PKM BanniceProposal PKM Bannice
Proposal PKM Bannice
 
proposal fillo filla acc.docx
proposal fillo filla acc.docxproposal fillo filla acc.docx
proposal fillo filla acc.docx
 
Skb cafe burdas
Skb cafe burdasSkb cafe burdas
Skb cafe burdas
 

Más de 路人 路过

智商测试题(一) IQ TEST
智商测试题(一) IQ TEST 智商测试题(一) IQ TEST
智商测试题(一) IQ TEST 路人 路过
 
PA nota ringkas Penggal 3
PA nota ringkas Penggal 3PA nota ringkas Penggal 3
PA nota ringkas Penggal 3路人 路过
 
Pembentangan Pengajian Perniagaan STPM 2014 (Assignment)
Pembentangan Pengajian Perniagaan STPM 2014 (Assignment)Pembentangan Pengajian Perniagaan STPM 2014 (Assignment)
Pembentangan Pengajian Perniagaan STPM 2014 (Assignment)路人 路过
 
Pembentangan Ekonomi STPM 2014 (Power Point)
Pembentangan Ekonomi STPM 2014 (Power Point)Pembentangan Ekonomi STPM 2014 (Power Point)
Pembentangan Ekonomi STPM 2014 (Power Point)路人 路过
 
GRaMmEr MistaKEs 常见语法错误
GRaMmEr MistaKEs 常见语法错误GRaMmEr MistaKEs 常见语法错误
GRaMmEr MistaKEs 常见语法错误路人 路过
 
Karangan STPM Pengajian Am 作文攻略
Karangan STPM Pengajian Am 作文攻略Karangan STPM Pengajian Am 作文攻略
Karangan STPM Pengajian Am 作文攻略路人 路过
 
Karangan GST (Pengajian Am STPM)
Karangan GST  (Pengajian Am STPM)Karangan GST  (Pengajian Am STPM)
Karangan GST (Pengajian Am STPM)路人 路过
 
Pengajian am sem 3 笔记
Pengajian am sem 3 笔记 Pengajian am sem 3 笔记
Pengajian am sem 3 笔记 路人 路过
 

Más de 路人 路过 (8)

智商测试题(一) IQ TEST
智商测试题(一) IQ TEST 智商测试题(一) IQ TEST
智商测试题(一) IQ TEST
 
PA nota ringkas Penggal 3
PA nota ringkas Penggal 3PA nota ringkas Penggal 3
PA nota ringkas Penggal 3
 
Pembentangan Pengajian Perniagaan STPM 2014 (Assignment)
Pembentangan Pengajian Perniagaan STPM 2014 (Assignment)Pembentangan Pengajian Perniagaan STPM 2014 (Assignment)
Pembentangan Pengajian Perniagaan STPM 2014 (Assignment)
 
Pembentangan Ekonomi STPM 2014 (Power Point)
Pembentangan Ekonomi STPM 2014 (Power Point)Pembentangan Ekonomi STPM 2014 (Power Point)
Pembentangan Ekonomi STPM 2014 (Power Point)
 
GRaMmEr MistaKEs 常见语法错误
GRaMmEr MistaKEs 常见语法错误GRaMmEr MistaKEs 常见语法错误
GRaMmEr MistaKEs 常见语法错误
 
Karangan STPM Pengajian Am 作文攻略
Karangan STPM Pengajian Am 作文攻略Karangan STPM Pengajian Am 作文攻略
Karangan STPM Pengajian Am 作文攻略
 
Karangan GST (Pengajian Am STPM)
Karangan GST  (Pengajian Am STPM)Karangan GST  (Pengajian Am STPM)
Karangan GST (Pengajian Am STPM)
 
Pengajian am sem 3 笔记
Pengajian am sem 3 笔记 Pengajian am sem 3 笔记
Pengajian am sem 3 笔记
 

Último

LA PI 2 PE NDIDIKAN GURU PENGGERAK A9 OK
LA PI 2 PE NDIDIKAN GURU PENGGERAK A9 OKLA PI 2 PE NDIDIKAN GURU PENGGERAK A9 OK
LA PI 2 PE NDIDIKAN GURU PENGGERAK A9 OKDeviIndriaMustikorin
 
LATIHAN SOAL SISTEM PENCERNAAN KELAS 11pptx
LATIHAN SOAL SISTEM PENCERNAAN KELAS 11pptxLATIHAN SOAL SISTEM PENCERNAAN KELAS 11pptx
LATIHAN SOAL SISTEM PENCERNAAN KELAS 11pptxnataliadwiasty
 
rpp bangun-ruang-sisi-datar kelas 8 smp.pdf
rpp bangun-ruang-sisi-datar kelas 8 smp.pdfrpp bangun-ruang-sisi-datar kelas 8 smp.pdf
rpp bangun-ruang-sisi-datar kelas 8 smp.pdfGugunGunawan93
 
Modul Ajar Bahasa Indonesia - Menulis Puisi Spontanitas - Fase D.docx
Modul Ajar Bahasa Indonesia - Menulis Puisi Spontanitas - Fase D.docxModul Ajar Bahasa Indonesia - Menulis Puisi Spontanitas - Fase D.docx
Modul Ajar Bahasa Indonesia - Menulis Puisi Spontanitas - Fase D.docxherisriwahyuni
 
MTK BAB 5 PENGOLAHAN DATA (Materi 2).pptx
MTK BAB 5 PENGOLAHAN DATA (Materi 2).pptxMTK BAB 5 PENGOLAHAN DATA (Materi 2).pptx
MTK BAB 5 PENGOLAHAN DATA (Materi 2).pptxssuser0239c1
 
1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdf
1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdf1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdf
1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdfShintaNovianti1
 
Konflik, Kekerasan, dan Perdamaian Bagian 1.pptx
Konflik, Kekerasan, dan Perdamaian Bagian 1.pptxKonflik, Kekerasan, dan Perdamaian Bagian 1.pptx
Konflik, Kekerasan, dan Perdamaian Bagian 1.pptxintansidauruk2
 
PUEBI.bahasa Indonesia/pedoman umum ejaan bahasa Indonesia pptx.
PUEBI.bahasa Indonesia/pedoman umum ejaan bahasa Indonesia pptx.PUEBI.bahasa Indonesia/pedoman umum ejaan bahasa Indonesia pptx.
PUEBI.bahasa Indonesia/pedoman umum ejaan bahasa Indonesia pptx.aechacha366
 
MATERI 1_ Modul 1 dan 2 Konsep Dasar IPA SD jadi.pptx
MATERI 1_ Modul 1 dan 2 Konsep Dasar IPA SD jadi.pptxMATERI 1_ Modul 1 dan 2 Konsep Dasar IPA SD jadi.pptx
MATERI 1_ Modul 1 dan 2 Konsep Dasar IPA SD jadi.pptxrofikpriyanto2
 
Sejarah Perkembangan Teori Manajemen.ppt
Sejarah Perkembangan Teori Manajemen.pptSejarah Perkembangan Teori Manajemen.ppt
Sejarah Perkembangan Teori Manajemen.pptssuser940815
 
Jurnal Dwi mingguan modul 1.2-gurupenggerak.pptx
Jurnal Dwi mingguan modul 1.2-gurupenggerak.pptxJurnal Dwi mingguan modul 1.2-gurupenggerak.pptx
Jurnal Dwi mingguan modul 1.2-gurupenggerak.pptxBambang440423
 
slide presentation bab 2 sain form 2.pdf
slide presentation bab 2 sain form 2.pdfslide presentation bab 2 sain form 2.pdf
slide presentation bab 2 sain form 2.pdfNURAFIFAHBINTIJAMALU
 
Pertemuan 3-bioavailabilitas-dan-bioekivalensi.ppt
Pertemuan 3-bioavailabilitas-dan-bioekivalensi.pptPertemuan 3-bioavailabilitas-dan-bioekivalensi.ppt
Pertemuan 3-bioavailabilitas-dan-bioekivalensi.pptNabilahKhairunnisa6
 
PRESENTASI PEMBELAJARAN IPA PGSD UT MODUL 2
PRESENTASI PEMBELAJARAN IPA PGSD UT MODUL 2PRESENTASI PEMBELAJARAN IPA PGSD UT MODUL 2
PRESENTASI PEMBELAJARAN IPA PGSD UT MODUL 2noviamaiyanti
 
P_E_R_I_L_A_K_U__K_O_N_S_E_L_O_R__v.1.ppt
P_E_R_I_L_A_K_U__K_O_N_S_E_L_O_R__v.1.pptP_E_R_I_L_A_K_U__K_O_N_S_E_L_O_R__v.1.ppt
P_E_R_I_L_A_K_U__K_O_N_S_E_L_O_R__v.1.pptAfifFikri11
 
SBM_Kelompok-7_Alat dan Media Pembelajaran.pptx
SBM_Kelompok-7_Alat dan Media Pembelajaran.pptxSBM_Kelompok-7_Alat dan Media Pembelajaran.pptx
SBM_Kelompok-7_Alat dan Media Pembelajaran.pptxFardanassegaf
 
Dinamika perwujudan Pancasila sebagai Dasar Negara dan Pandangan Hidup Bangsa
Dinamika perwujudan Pancasila sebagai Dasar Negara dan Pandangan Hidup BangsaDinamika perwujudan Pancasila sebagai Dasar Negara dan Pandangan Hidup Bangsa
Dinamika perwujudan Pancasila sebagai Dasar Negara dan Pandangan Hidup BangsaEzraCalva
 
SKPM Kualiti @ Sekolah 23 Feb 22222023.pptx
SKPM Kualiti @ Sekolah 23 Feb 22222023.pptxSKPM Kualiti @ Sekolah 23 Feb 22222023.pptx
SKPM Kualiti @ Sekolah 23 Feb 22222023.pptxg66527130
 
Workshop penulisan buku (Buku referensi, monograf, BUKU...
Workshop penulisan buku                       (Buku referensi, monograf, BUKU...Workshop penulisan buku                       (Buku referensi, monograf, BUKU...
Workshop penulisan buku (Buku referensi, monograf, BUKU...Riyan Hidayatullah
 
5. HAK DAN KEWAJIBAN JEMAAH indonesia.pdf
5. HAK DAN KEWAJIBAN JEMAAH indonesia.pdf5. HAK DAN KEWAJIBAN JEMAAH indonesia.pdf
5. HAK DAN KEWAJIBAN JEMAAH indonesia.pdfWahyudinST
 

Último (20)

LA PI 2 PE NDIDIKAN GURU PENGGERAK A9 OK
LA PI 2 PE NDIDIKAN GURU PENGGERAK A9 OKLA PI 2 PE NDIDIKAN GURU PENGGERAK A9 OK
LA PI 2 PE NDIDIKAN GURU PENGGERAK A9 OK
 
LATIHAN SOAL SISTEM PENCERNAAN KELAS 11pptx
LATIHAN SOAL SISTEM PENCERNAAN KELAS 11pptxLATIHAN SOAL SISTEM PENCERNAAN KELAS 11pptx
LATIHAN SOAL SISTEM PENCERNAAN KELAS 11pptx
 
rpp bangun-ruang-sisi-datar kelas 8 smp.pdf
rpp bangun-ruang-sisi-datar kelas 8 smp.pdfrpp bangun-ruang-sisi-datar kelas 8 smp.pdf
rpp bangun-ruang-sisi-datar kelas 8 smp.pdf
 
Modul Ajar Bahasa Indonesia - Menulis Puisi Spontanitas - Fase D.docx
Modul Ajar Bahasa Indonesia - Menulis Puisi Spontanitas - Fase D.docxModul Ajar Bahasa Indonesia - Menulis Puisi Spontanitas - Fase D.docx
Modul Ajar Bahasa Indonesia - Menulis Puisi Spontanitas - Fase D.docx
 
MTK BAB 5 PENGOLAHAN DATA (Materi 2).pptx
MTK BAB 5 PENGOLAHAN DATA (Materi 2).pptxMTK BAB 5 PENGOLAHAN DATA (Materi 2).pptx
MTK BAB 5 PENGOLAHAN DATA (Materi 2).pptx
 
1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdf
1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdf1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdf
1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdf
 
Konflik, Kekerasan, dan Perdamaian Bagian 1.pptx
Konflik, Kekerasan, dan Perdamaian Bagian 1.pptxKonflik, Kekerasan, dan Perdamaian Bagian 1.pptx
Konflik, Kekerasan, dan Perdamaian Bagian 1.pptx
 
PUEBI.bahasa Indonesia/pedoman umum ejaan bahasa Indonesia pptx.
PUEBI.bahasa Indonesia/pedoman umum ejaan bahasa Indonesia pptx.PUEBI.bahasa Indonesia/pedoman umum ejaan bahasa Indonesia pptx.
PUEBI.bahasa Indonesia/pedoman umum ejaan bahasa Indonesia pptx.
 
MATERI 1_ Modul 1 dan 2 Konsep Dasar IPA SD jadi.pptx
MATERI 1_ Modul 1 dan 2 Konsep Dasar IPA SD jadi.pptxMATERI 1_ Modul 1 dan 2 Konsep Dasar IPA SD jadi.pptx
MATERI 1_ Modul 1 dan 2 Konsep Dasar IPA SD jadi.pptx
 
Sejarah Perkembangan Teori Manajemen.ppt
Sejarah Perkembangan Teori Manajemen.pptSejarah Perkembangan Teori Manajemen.ppt
Sejarah Perkembangan Teori Manajemen.ppt
 
Jurnal Dwi mingguan modul 1.2-gurupenggerak.pptx
Jurnal Dwi mingguan modul 1.2-gurupenggerak.pptxJurnal Dwi mingguan modul 1.2-gurupenggerak.pptx
Jurnal Dwi mingguan modul 1.2-gurupenggerak.pptx
 
slide presentation bab 2 sain form 2.pdf
slide presentation bab 2 sain form 2.pdfslide presentation bab 2 sain form 2.pdf
slide presentation bab 2 sain form 2.pdf
 
Pertemuan 3-bioavailabilitas-dan-bioekivalensi.ppt
Pertemuan 3-bioavailabilitas-dan-bioekivalensi.pptPertemuan 3-bioavailabilitas-dan-bioekivalensi.ppt
Pertemuan 3-bioavailabilitas-dan-bioekivalensi.ppt
 
PRESENTASI PEMBELAJARAN IPA PGSD UT MODUL 2
PRESENTASI PEMBELAJARAN IPA PGSD UT MODUL 2PRESENTASI PEMBELAJARAN IPA PGSD UT MODUL 2
PRESENTASI PEMBELAJARAN IPA PGSD UT MODUL 2
 
P_E_R_I_L_A_K_U__K_O_N_S_E_L_O_R__v.1.ppt
P_E_R_I_L_A_K_U__K_O_N_S_E_L_O_R__v.1.pptP_E_R_I_L_A_K_U__K_O_N_S_E_L_O_R__v.1.ppt
P_E_R_I_L_A_K_U__K_O_N_S_E_L_O_R__v.1.ppt
 
SBM_Kelompok-7_Alat dan Media Pembelajaran.pptx
SBM_Kelompok-7_Alat dan Media Pembelajaran.pptxSBM_Kelompok-7_Alat dan Media Pembelajaran.pptx
SBM_Kelompok-7_Alat dan Media Pembelajaran.pptx
 
Dinamika perwujudan Pancasila sebagai Dasar Negara dan Pandangan Hidup Bangsa
Dinamika perwujudan Pancasila sebagai Dasar Negara dan Pandangan Hidup BangsaDinamika perwujudan Pancasila sebagai Dasar Negara dan Pandangan Hidup Bangsa
Dinamika perwujudan Pancasila sebagai Dasar Negara dan Pandangan Hidup Bangsa
 
SKPM Kualiti @ Sekolah 23 Feb 22222023.pptx
SKPM Kualiti @ Sekolah 23 Feb 22222023.pptxSKPM Kualiti @ Sekolah 23 Feb 22222023.pptx
SKPM Kualiti @ Sekolah 23 Feb 22222023.pptx
 
Workshop penulisan buku (Buku referensi, monograf, BUKU...
Workshop penulisan buku                       (Buku referensi, monograf, BUKU...Workshop penulisan buku                       (Buku referensi, monograf, BUKU...
Workshop penulisan buku (Buku referensi, monograf, BUKU...
 
5. HAK DAN KEWAJIBAN JEMAAH indonesia.pdf
5. HAK DAN KEWAJIBAN JEMAAH indonesia.pdf5. HAK DAN KEWAJIBAN JEMAAH indonesia.pdf
5. HAK DAN KEWAJIBAN JEMAAH indonesia.pdf
 

Kerja Kursus Ekonomi STPM 2014 (Assignment)

  • 1. ABSRTAK Kajian ini dijalankan untuk mengkaji terhadap perusahaan kedai roti dan kek di Seberang Jaya. Objektif pertama kajian ini adalah mengenal pasti masalah-masalah yang dihadapi oleh pengusaha kedai roti dan kek. Objektif kedua adalah mengkaji sumber pembiayaan yang diperoleh oleh pengusaha kedai roti dan kek. Kajian ini difokuskan kepada lima kedai roti dan kek iaitu Secret Recipe, Pacific Bakery, Summer Bakery, LA Delight dan Black Forest. Kaedah kajian yang digunakan ialah soal selidik dan temu bual. Hasil kajian menunjukkan lima responden ini menghadapi masalah persaingan dan masalah pekerja. Ini kerana kedai roti dan kek terpaksa bersaing sesama mereka dan juga bersaing dengan kedai makanan yang lain seperti restoran, kopitiam, penjaja dan lain-lain. Masalah pekerja yang tidak tetap serta kekurangan pekerja mahir merupakan masalah yang sering dihadapi oleh kedai roti dan kek. Untuk memulakan perniagaan serta membesarkan perniagaan mereka kesemua atau 100% kedai roti dan kek ini memperoleh sumber modal dari simpanan peribadi dan 60% responden memperoleh sumber pembiayaan melalui institusi kewangan seperti Public Bank, Maybank, Hong Leong Bank.
  • 2. ISI KANDUNGAN Penghargaan i Abstrak ii 1.0 Latar Belakang Kajian 1-3 2.0 Pernyataan Masalah 3 3.0 Objektif Kajian 3 4.0 Kaedah Kajian 4 5.0 Hasil Kajian Dan Perbincangan 5 5.1 Latar Belakang Pengusaha Kedai Roti Dan Kek 5-7 5.2 Masalah-masalah Yang Dihadapi Oleh Pengusaha 8-13 Kedai Roti Dan Kek 5.3 Sumber Pembiayaan Yang Diperoleh Oleh Pengusaha 13-14 Kedai Roti Dan Kek 6.0 Cadangan 15-16 7.0 Rumusan Kajian 16-17 8.0 Senarai Rujukan 18 Lampiran
  • 3. 1.0 LATAR BELAKANG KAJIAN Di Malaysia, Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) boleh ditempatkan dalam tiga kategori, iaitu mikro, kecil dan sederhana. Ketiga-tiga kumpulan ini ditetapkan berasaskan kepada jumlah pekerja sesebuah perniagaan ataupun jumlah hasil jualan sesebuah perniagaan dalam tempoh setahun. Bagi sektor perkilangan, PKS ditakrifkan sebagai firma yang mempunyai nilai jualan tahunan kurang daripada RM50 juta atau bilangan pekerja sepenuh masa yang kurang daripada 200 orang. Bagi perkhidmatan dan sektor-sektor lain, PKS ditakrifkan sebagai firma yang mempunyai nilai jualan tahunan kurang daripada RM20 juta atau bilangan pekerja sepenuh masa kurang daripada 75 orang. Pengkaji memilih kedai roti dan kek yang merupakan salah sebuah PKS untuk menjalankan kajian ini. Kedai roti dan kek adalah sebuah pertubuhan yang menghasil atau menjual roti, kek, biskut, pai, donat. Perusahaan kedai roti dan kek telah wujud beribu-ribu tahun yang lalu dan ianya telah dibangunkan pada awal Empayer Rom. Perusahaan tersebut terus berkembang hingga ke hari ini. Roti merupakan makanan popular di seluruh dunia dan juga merupakan makanan manusia yang paling lama semenjak Zaman Neolitik. Roti adalah salah satu alternatif segera untuk sarapan dan ianya merupakan makanan yang berkhasiat. Menurut piramid makanan, roti mengandungi zat, kalsium, besi dan vitamin B. Roti yang dibuat dengan gandum asli membantu mengekalkan pertambahan berat badan manusia. Roti yang mempunyai kolestrol rendah dan tidak manis juga menjadi pilihan makanan pesakit kencing manis dan orang tua. Gaya hidup masyarakat hari ini lebih gemar makan roti berbanding dengan nasi. Hal ini mempunyai pengaruh yang kuat terhadap permintaan roti. Iklan, promosi dan pembungkusan yang cantik mampu mengubah cita rasa masyarakat untuk membeli roti. Selain itu, roti yang berharga rendah mampu menyebabkan masyarakat yang berpendapatan rendah untuk memintanya. Lantaran itu, kedai roti dan kek diwujudkan untuk memenuhi kehendak dan keperluan manusia seharian. Sejarah kek berasal dari negara Barat. Ia diperbuat daripada tepung, telur dan gula. Kini, kek sering menjadi pencuci mulut dalam majlis-majlis upacara seperti perkahwinan, ulang tahun dan hari jadi. Semasa musim perayaan dan
  • 4. sempena hari jadi, kek mempunyai permintaan yang tinggi oleh isi rumah sama ada membeli mahupun membuat tempahan. Pelbagai jenis bentuk, rasa dan hiasan juga menjadi tarikan orang ramai berkunjung ke kedai roti dan kek di situ. Justeru, perusahaan kedai roti dan kek memberi sambutan yang baik oleh semua lapisan masyarakat. Pengkaji menjalankan kajian terhadap perusahaan kedai roti dan kek di Seberang Jaya. Sumber: Google Maps Peta di atas menunjukkan kawasan Seberang Jaya. Seberang Jaya merupakan sebuah bandar baru berhampiran Butterworth, Pulau Pinang. Seberang Jaya kini telah muncul sebagai kawasan komersil yang pesat membangun dan menyumbang kepada peningkatan taraf hidup dan ekonomi. Populasi penduduk sekitar Bandar Seberang Jaya telah mencecah lebih 80 ribu orang. Pelbagai peluang pekerjaan telah diwujudkan dengan adanya kawasan industri ringan di Kawasan Perindustrian Jelawat, Seberang Jaya. Terdapat pelbagai kemudahan di situ seperti pusat beli-belah, kompleks sukan, hospital,sekolah dan restoran. Beberapa fasa baru kawasan perumahan turut dimajukan oleh beberapa syarikat pemaju swasta dan agensi kerajaan untuk menampung permintaan penduduk yang semakin bertambah. Sejak kedai roti dan kek dibuka, beberapa perkembangan dan kemajuan boleh dilihat seperti tempat pemasarannya yang mana di awal perniagaan hanya membuka separuh kedai yang kecil. Terdapat lima kedai roti dan kek telah wujud di persekitaran Seberang Jaya. Tujuan kedai roti dan kek dibuka adalah untuk mencari wang atau
  • 5. pendapatan untuk menyara terus hidup. Pelbagai jenis roti dan kek yang telah ditawar seperti kek hari jadi, kek mentega, roti sekaya, mufin dan sebagainya. Antara kelebihan yang ditawarkan oleh kelima-lima kedai tersebut adalah rasa roti dan kek yang sedap, kualitinya terjamin, harga yang berpatutan. Antara keunikan atau keistimewaannya pula, kelima-lima kedai tersebut menyediakan pelbagai jenis perisa dan bentuk bagi setiap produk yang dikeluarkan. Pada era globalisasi ini, kedai roti dan kek telah menjadi tempat kebiasaan orang ramai berkunjung ke situ. 2.0 PERNYATAAN MASALAH Dalam kajian ini, perusahaan kecil dan sederhana telah menjadi agenda utama di Malaysia. Peruntukan kerajaan untuk membangunkan perusahaan kecil dan sederhana kurang dimanfaat oleh pengusaha tempatan. Kajian ini harus dilaksanakan untuk mengenal pasti masalah-masalah yang dihadapi oleh pengusaha. Dengan ini, masalah tersebut dapat diketahui dengan lebih jelas. Tindakan-tindakan juga dapat diambil dengan segera sekiranya terdapat apa-apa masalah. Sebagai contoh, masalah persaingan yang dihadapi oleh pengusaha dapat ditambahbaik melalui tindakan kerajaan. Selain itu, kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengkaji sumber pembiayaan yang diperoleh oleh pengusaha. Sumber pembiayaan penting terhadap pengusaha untuk memulakan perniagaan. Ini bermakna, sumber kewangan yang perlu disediakan adalah peruntukan sebelum memulakan perniagaan, melancarkan perniagaan, kelengkapan melangsungkan perniagaan dan kemampuan penghasilan untuk terus berdaya tahan. Seterusnya, sumber pembiayaan juga penting untuk mengembangkan perniagaan pengusaha agar mendapat keuntungan yang maksimum. 3.0 OBJEKTIF KAJIAN Objektif kajian ini adalah untuk: 1. Mengenal pasti masalah-masalah yang dihadapi oleh pengusaha kedai roti dan kek. 2. Mengkaji sumber pembiayaan yang diperoleh oleh pengusaha kedai roti dan kek.
  • 6. 4.0 KAEDAH KAJIAN Bahagian ini membincangkan kaedah kajian yang digunakan dan kaedah analisis data. 4.1 Data Primer Pengkaji menggunakan data primer iaitu temu bual dan soal selidik untuk menjalankan kajian ini. 4.1.1 Temu Bual Temu bual dilakukan bagi mendapatkan maklumat secara langsung dan secara lebih mendalam tentang sesuatu isu dalam kajian ini. Pengkaji bertemu bual dengan lima responden untuk mengumpul maklumat tentang masalah yang dihadapi dan sumber pembiayaan yang diperoleh oleh pengusaha. Kaedah ini juga membolehkan pengkaji menerangkan dengan jelas maksud soalan kepada responden agar mengelakkan salah tafsir dan salah anggap. 4.1.2 Soal Selidik Borang soal selidik telah diedarkan kepada lima orang responden. Tujuan ini adalah untuk melihat dan memudahkan untuk mengkaji data yang diberikan sama ada positif atau sebaliknya. Borang soal selidik ini mengandungi tiga bahagian iaitu Bahagian A, Bahagian B dan Bahagian C. Bahagian A adalah tentang latar belakang pengusaha kedai roti dan kek manakala Bahagian B adalah tentang masalah-masalah yang dihadapi oleh pengusaha kedai roti dan kek. Bahagian C adalah tentang sumber pembiayaan yang diperoleh oleh pengusaha kedai roti dan kek. 4.2 Buku Rujukan Kaedah ini diperoleh dari bahan-bahan bertulis yang sudah diterbitkan seperti buku rujukan. Kaedah ini lebih mudah dalam mencari maklumat dan data tambahan yang diperlukan untuk dimuatkan ke dalam kajian ini. 4.3 Kaedah Analisis Data Pada peringkat akhir kajian ini, telah dijalankan analisis secara deskriptif untuk menganalisis data daripada soal selidik. Data yang telah diperoleh dianalisis menggunakan peratusan, kekerapan rajah dan jadual untuk menunjukkan latar belakang pengusaha. Selain itu, masalah yang dihadapi dan sumber pembiayaan yang
  • 7. diperoleh oleh pengusaha kedai roti dan kek menggunakan jadual dan peratusan untuk menganalisis data. Rumus bagi peratusan adalah seperti berikut: Amaun Jumlah x100 5.0 HASIL KAJIAN DAN PERBINCANGAN Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti masalah-masalah yang dihadapi dan mengkaji sumber pembiayaan yang diperoleh oleh pengusaha kedai roti dan kek. Data yang diperoleh daripada jawapan soal selidik dianalisis dan dikemukakan dalam dapatan kajian ini. 5.1 Latar Belakang Pengusaha Kedai Roti Dan Kek Jadual 1 di bawah menunjukkan latar belakang pengusaha kedai roti dan kek berdasarkan jenis pemilikan perniagaan, jumlah pekerja dan jumlah modal. Bil Aspek Kategori Kekerapan Peratusan(%) 1 Jenis Pemilikan Perniagaan Milikan Tunggal 2 40 Perkongsian 1 20 Sendirian Berhad 2 40 2 Jumlah pekerja 1-2 Orang 1 20 3-4 Orang 1 20 5-6 Orang 1 20 6 Orang Ke Atas 2 40 3 Jumlah Modal RM10000-RM20000 0 0 RM20001-RM30000 0 0 RM30001-RM40000 1 20 RM40001-RM50000 1 20 RM50001 ke atas 3 60 Jadual 1: Latar Belakang Pengusaha Kedai Roti Dan Kek Sumber: Kajian Lapangan 2014 Rajah 1 di bawah menunjukkan jenis pemilikan perniagaan yang diamalkan oleh pengusaha.
  • 8. Rajah 1: Jenis Pemilikan Perniagaan Sumber: Kajian Lapangan 2014 Berdasarkan rajah 1 di atas menunjukkan jenis pemilikan perniagaan yang dikategorikan sebagai milikan tunggal, perkongsian dan sendirian berhad. Daripada kajian ini didapati 40% kedai roti dan kek merupakan milikan tunggal dan 40% lagi adalah Sendirian Berhad. Hanya 20% kedai roti dan kek merupakan perkongsian. Rajah 2 di bawah menunjukkan jumlah pekerja yang bekerja di kedai roti dan kek. Rajah 2: Jumlah Pekerja Yang Bekerja Di Kedai Roti Dan Kek Sumber: Kajian Lapangan 2014 Berdasarkan Rajah 2, didapati bahawa 20% responden mempunyai antara 1 hingga 2 pekerja di kedai mereka manakala 20% responden mempunyai antara 3 hingga 4 pekerja di kedai mereka. 20% responden yang lain lagi mempunyai 5 hingga 40% 20% 40% 0% 5% 10% 15% 20% 25% 30% 35% 40% 45% Milikan Tunggal Perkongsian Sendirian Berhad Jenis Pemilikan Perniagaan Milikan Tunggal Perkongsian Sendirian Berhad 20% 20% 20% 40% Jumlah Pekerja 1-2 orang 3-4 orang 5-6 orang 6 orang ke atas
  • 9. 6 orang pekerja bekerja di kedai mereka. Terdapat 40% responden mempunyai 6 orang ke atas pekerja. Rajah 3 di bawah menunjukkan jumlah modal yang dimiliki oleh pengusaha kedai roti dan kek. Rajah 3 : Jumlah Modal Yang Dimiliki Oleh Pengusaha Kedai Roti Dan Kek Sumber: Kajian Lapangan 2014 Berdasarkan Rajah 3 di atas, 60% responden menggunakan modal melebihi RM50001 iaitu Secret Recipe, Summer Bakery dan Pacific Bakery. Seterusnya, 20% responden iaitu Black Forest menggunakan modal antara RM30001 hingga RM40000 dan 20% lagi responden iaitu LA Delight menggunakan modal antara RM40001 hingga RM50000 masing-masing. 5.2 Masalah-masalah yang dihadapi oleh pengusaha kedai roti dan kek. 20% 20%60% Jumlah Modal RM30001-RM40000 RM40001-RM50000 RM50001 ke atas
  • 10. Jadual 2 di bawah menunjukkan masalah-masalah yang dihadapi oleh pengusaha kedai roti dan kek. Masalah Secret Recipe Pacific Bakery Summer Bakery LA Delight Black Forest Peratusan (%) Persaingan √ √ √ √ √ 100 Kekurangan Modal √ √ √ 60 Teknologi Yang Rendah √ √ √ 60 Bekalan Bahan Mentah √ √ √ √ 80 Pengurusan √ √ 40 Pekerja √ √ √ √ √ 100 Kemudahan Infrastruktur √ √ 40 Pemasaran √ √ √ 60 Kekurangan Pelanggan √ √ √ √ 80 Jadual 2: Masalah-masalah Yang Dihadapi Oleh Pengusaha Kedai Roti Dan Kek Sumber: Kajian Lapangan 2014 Berdasarkan jadual di atas, kelima-lima responden menghadapi masalah persaingan iaitu bersamaan 100%. Mereka mengalami persaingan yang sengit kerana terdapat banyak kedai roti dan kek di kawasan sekeliling di situ. Kebanyakan pesaing mengeluarkan produk yang homogen. Oleh itu, mereka terpaksa bersaing dari segi harga, reka bentuk dan juga rasa. Terdapat 60% responden menghadapi masalah kekurangan modal. Modal merupakan elemen penting yang perlu ada bagi memastikan perniagaan dapat terus berkembang maju. Masalah kekurangan modal ini berkait dengan kesukaran responden untuk mendapat pinjaman daripada bank. Bank kurang berminat memberi pinjaman kepada Black Forest kerana tidak mempunyai cagaran yang mencukupi dan kepercayaan kredit yang lemah, rekod akaun pembiayaan yang kurang baik atau perniagaan yang tidak berdaya maju. Begitu juga, sesetengah bank hanya memberi kelulusan separuh sahaja. Bank juga kurang memberi pinjaman kerana kadar faedah yang boleh dikenakan dikawal oleh Bank Negara Malaysia dan kurang yakin keupayaan responden untuk membayar balik pinjaman. Selain itu, LA Delight dan Black Forest yang mengamalkan milikan tunggal tidak dapat mengumpul dana modal yang banyak.
  • 11. Hal ini membantutkan perniagaan mereka untuk berterus daya saing. Terdapat juga responden yang sukar mendapat pinjaman daripada rakan dan ahli keluarga mereka disebabkan hubungan konflik antara satu sama lain. Di samping itu, 60% responden mengalami masalah teknologi yang rendah. Ketiga-tiga responden ini masih lagi menggunakan peralatan dan mesin yang separa automatik dalam proses pengeluaran. Hal ini menjurus kepada pengeluaran yang rendah dan kurang kualiti. Sejumlah besar mereka tidak berupaya mendapatkan teknologi canggih dan moden kerana modal yang terhad dan kekurangan tabungan untuk membelinya. Keadaan ini berlaku disebabkan peralatan moden dan berteknologi tinggi seperti mesin pengadun kelajuan tinggi dan "Automated Cake Icing Equipment" memerlukan kos dan kemahiran yang tinggi. Hal ini menyebabkan mereka masih bergantung kepada mesin dan peralatan tradisional atau peralatan yang sudah digunakan bertahun-tahun yang lalu. Responden juga tidak mempunyai kepakaran atau pengetahuan dalam mengendalikan mesin dan peralatan. Mereka juga kurang inisiatif untuk menerapkan teknologi baharu. Oleh itu, perusahaan mereka adalah berintensif buruh. Namun, pekerja mereka juga tidak berpendidikan tinggi dan kurang mahir kerana tidak mampu mengupah pekerja mahir yang perlu dibayar dengan gaji besar. Jika mesin atau peralatan mengalami kerosakan, kos mesin tergendala dan upah bayaran untuk kerosakan mesin juga menyebabkan responden perlu menanggung beban tersebut. Dengan kekurangan ini menyebabkan produktiviti, kualiti, kuantiti dan kepelbagaian jenis barangan begitu terbatas dan sukar untuk dihasilkan. Bekalan bahan mentah juga merupakan salah satu masalah yang dihadapi oleh pengusaha kedai roti dan kek. Terdapat 80% responden menghadapi masalah tersebut. Masalah ini boleh menimbul disebabkan harga bahan mentah yang semakin melambung tinggi. Pertambahan populasi penduduk menyebabkan permintaan yang tinggi terhadap bahan mentah. Implikasinya, roti dan kek yang diperbuat daripada tepung gandum, telur dan gula menjadi mahal. Sementara itu, kerajaan telah menarik subsidi terhadap gula mengakibatkan semua bahan mentah menjadi lebih mahal. Lantaran itu, kos operasi meningkat dan seterusnya margin keuntungan perniagaan menurun. Responden juga sukar mendapat bahan mentah yang bermutu dengan kos yang rendah kerana tidak
  • 12. mampu membeli secara pukal akibat kekurangan modal. Apabila menjelang musim perayaan, permintaan yang tinggi terhadap bahan mentah menyebabkan responden terpaksa bersaing dengan kedai roti dan kek yang lain untuk mendapat bahan mentah yang secukupnya. Keadaan ini menjadi teruk apabila harga yang ditawarkan oleh pembekal bahan mentah lebih tinggi. Pembekal bahan mentah ini lebih suka menjual bahan mentah mereka kepada firma-firma besar. Pembekal bahan mentah Secret Recipe sering lewat menghantar bahan mentah menyebabkan bekalan bahan mentah terpaksa ditunda. Kos pengangkutan yang dicajkan oleh pembekal bahan mentah juga begitu tinggi kerana segelintir bahan mentah perlu diimport dari luar negara seperti yis, marjerin, keju dan kondisioner doh. 40% responden menghadapi masalah pengurusan. Kelemahan pengurusan kewangan menyebabkan masalah modal berlaku. Hal ini disebabkan responden kekurangan pengetahuan dalam mengurus kewangan dengan baik. Sebagai contoh, mereka lemah dalam menguruskan aliran tunai, masalah hutang lapuk, dan lain-lain. Justeru, mereka juga tidak mampu mengupah akauntan dan juruaudit kerana kos upah yang tinggi. Tambahan pula, pengurusan dalam inventori juga merupakan antara masalah ketara dalam kalangan mereka. Kekurangan ruang atau ketiadaan stor untuk menyimpan bahan-bahan mentah seperti tepung gandum, garam dan gula menimbul pelbagai masalah. Jika bahan mentah yang disimpan terlalu banyak akan membawa kesan kos gudang yang tinggi, modal terikat, kerosakan, dan keusangan manakala kekurangan bahan mentah yang disimpan akan menjejaskan kos belian dan tidak memenuhi permintaan pelanggan yang begitu tinggi. Responden juga tidak cekap dalam mengurus masa. Mereka tidak cekap membahagikan masa yang ada kepada pekerja menyebabkan produk roti dan kek tidak dikeluarkan pada masa yang tepat. Dengan ini, pengurusan yang tidak cekap mewujudkan pembaziran dan kos operasi yang tinggi. 100% atau kelima-lima responden menghadapi masalah pekerja. Kadar pusing ganti pekerja yang tinggi merupakan masalah yang sering dialami oleh responden. Hal ini kerana pekerja tidak bermotivasi untuk bekerja dan sentiasa mengambil cuti. Kesukaran merekrut pekerja juga menjadi masalah tersebut
  • 13. kerana generasi muda tidak berminat dalam bidang pembuatan roti dan kek kerana perlu memiliki kemahiran dalam membuat roti dan kek. Kos latihan yang tinggi perlu dilaburkan untuk memastikan pekerja mendapat latihan dan kemahiran yang diperlukan. Kerap kali pekerja berpengalaman dan terlatih berpindah ke firma besar yang menawarkan ganjaran lebih lumayan. Sikap memilih kerja oleh generasi muda menyebabkan kedai mereka kekurangan kakitangan. Sesetengah pekerja juga memberi alasan dengan persekitaran pekerjaan yang tidak selesa kerana bekerja di dapur yang berwap panas. Upah yang ditawarkan juga terlalu sedikit iaitu antara RM901 hingga RM1000 sebulan kerana kebanyakan pekerja adalah pekerja sementara sahaja seperti pelajar lepasan STPM dan siswazah. Oleh hal yang demikian, Pacific Bakery terpaksa mengupah pekerja asing untuk membantu dalam membuat roti dan kek. Perkhidmatan Secret Recipe yang kurang baik dalam kalangan pekerja seperti tidak senyum, malas dan lambat bertindak juga menimbulkan kemarahan pelanggan. Adakala daripada pekerja mereka perlu dipaksa, diarah atau diugut supaya membuat kerja kerana mereka tidak berinisiatif untuk bekerja. Kesannya, produktiviti dan prestasi perniagaan mereka turut merosot. Kemudiannya, 40% responden menghadapi masalah kemudahan infrastruktur. Kawasan di sekeliling Pacific Bakery dan Black Forest kekurangan tong sampah dan tiada lampu jalan yang cerah. Jarak antara tempat tinggal pekerja dengan tempat pekerjaan yang jauh menyebabkan pekerja menghadapi masalah kemudahan penginapan. Bayaran untuk parkir kereta juga begitu mahal iaitu RM 2 per jam dan RM 1 per jam untuk berikutnya. Sementara itu, 60% iaitu tiga responden menyatakan bahawa mereka menghadapi masalah pemasaran. Produk dan perkhidmatan mereka sukar dipasarkan kerana masalah kekurangan kewangan. Kebanyakan mereka menjual produknya sendiri tanpa dibantu oleh agen atau rangkaian peruncit. Produk mereka juga hanya dijual di tempatan ataupun luar daerah sahaja. Kekurangan pengetahuan dan sumber yang diperlukan dalam kalangan mereka juga menghalang mereka daripada menerokai pasaran antarabangsa. Hal ini kerana penerokaan pasaran antarabangsa memerlukan pengurusan yang mahir dan sumber kewangan yang banyak sebagai pelaburan pemulaan. Saluran pemasaran yang digunakan adalah saluran tidak langsung kerana meliputi perantara
  • 14. pemasaran yang banyak seperti pemborong, pembekal, peruncit dan broker. Sebagai contoh, Black Forest yang tidak terlibat dalam proses pembuatan roti dan kek perlu menempah roti dan kek daripada pembekal Bread History. Harga yang ditawarkan oleh pembekal dan pemborong berbeza-beza menyebabkan responden sukar menentukan harga yang ditetapkan. Kebanyakan pemborong juga menjual produknya kepada orang tempatan manakala produk yang tidak dapat dijual perlu disimpan. Keadaan ini akan menyebabkan roti dan kek yang tidak tahan lama menjadi rosak dan akhirnya menjadi kerugian terhadap perniagaan mereka. Mereka juga jarang menjalankan aktiviti promosi kerana kos pengiklanan dan kos pembungkusan yang tinggi. Promosi melalui laman sesawang juga tidak memberi kesan kerana kedai mereka tidak berjenama berbanding dengan kedai roti dan kek yang lain. Akhir sekali, sebanyak 80% responden menpunyai masalah kekurangan pelanggan. Hal ini disebabkan pelanggan yang berpendapatan rendah tidak mampu membeli kek yang berharga tinggi. Bagi pelanggan yang berpendapatan tinggi, mereka akan memilih kedai roti dan kek yang berjenama dan berkualiti tinggi. Masalah ini menyebabkan kedai roti dan kek yang kurang berjenama berbanding dengan kedai yang lain tidak mendapat sambutan baik. Sebahagian besar roti dan kek yang dihasilkan bermutu rendah. Antara punca kepada keadaan ini termasuklah kualiti bahan mentah yang rendah, mesin dan teknologi yang rendah dan tiada sistem kawalan mutu, tahap kemahiran dan kepakaran pekerja yang rendah. Masyarakat kini lebih sedar menekankan kepentingan menjaga kesihatan. Kek yang berasaskan gula yang banyak menyebabkan permintaan terhadap kek jatuh. Hanya ketibaan musim perayaan atau hari jadi seseorang mendapat kunjungan pelanggan yang tinggi ke kedai mereka. Kekurangan pelanggan juga disebabkan oleh perubahan cita rasa pelanggan. Pembungkusan, reka bentuk dan hiasan roti dan kek yang tidak berwarna-warni atau tidak menarik juga membantut hasrat pelanggan untuk membeli di kedai mereka. Pelanggan berasa jemu terhadap rasa roti dan kek yang tidak enak dan sentiasa sama sahaja. Sesetengah roti tidak dibungkus atau tidak ditutup dengan tudung menjadi kehadiran lalat hinggap di atas roti. Hal ini menjijikkan pelanggan untuk membeli roti di kedai mereka. Kemudahan parkir kereta di sekitar Pacific Bakery dan Black Forest juga diperlukan bayaran yang tinggi
  • 15. menyebabkan ramai pelanggan tidak berkunjung ke kedai mereka. Oleh itu, keinginan, kepuasan serta kesetiaan pelanggan membabitkan responden gagal memenuhi cita rasa pelanggan. 5.3 Sumber pembiayaan yang diperoleh oleh pengusaha kedai roti dan kek Jadual 3 di bawah menunjukkan sumber-sumber pembiayaan yang diperoleh oleh pengusaha kedai roti dan kek. Sumber Pembiayaan Secret Recipe Pacific Bakery Summer Bakery LA Delight Black Forest Peratusan (%) Sendiri √ √ √ √ √ 100 Keluarga √ √ 40 Rakan Kongsi √ 20 Institusi Kewangan √ √ √ 60 Jadual 3: Sumber-sumber Pembiayaan Yang Diperoleh Oleh Pengusaha Kedai Roti Dan Kek Sumber: Kajian Lapangan 2014 Berdasarkan jadual di atas didapati 100% responden menggunakan sumber pembiayaan sendiri untuk menjalankan perniagaan mereka. Sumber ini merupakan sumber yang paling murah yang tersedia oleh mereka. Hal ini kerana jika berlaku sebarang kerugian atau apa-apa masalah, maka mereka menggunakan simpanan peribadi mereka untuk menampung kos tersebut. Mereka juga menggunakan sumber pembiayaan sendiri untuk membeli peralatan, bahan mentah dan bayaran gaji kepada pekerja. Selain itu, mereka juga menggunakan modal simpanan sendiri atau menjual aset peribadi untuk membiayai perniagaan. Selepas mengambil kira simpanan peribadi, 40% responden mendapat pembiayaan daripada keluarga. Pembiayaan modal ini adalah mudah dan ringkas serta tidak memerlukan pendokumentasian yang banyak dan rumit. Biasanya, keluarga lebih anjal dari segi pembayaran balik dan karang sekali mengenakan syarat tertentu. Selain itu, mereka juga tidak perlu membayar faedah atas pinjaman seperti pinjaman yang diperoleh menerusi bank dan tidak perlu meletakkan cagaran atas pinjaman. Tempoh masa pinjaman yang
  • 16. diberikan juga adalah lebih flexsibel. Responden juga memberi sebahagian keuntungan yang diperoleh kepada pihak yang memberi pinjaman. Walaubagaimanapun, pinjaman sedemikian menimbulkan harapan yang kurang realistik atau salah faham antara mereka dan boleh menggugat perhubungan antara keluarga. 20% responden iaitu Summer Bakery mendapat sumber pembiayaan daripada rakan kongsi. Hal ini kerana kedainya merupakan perkongsian. Oleh itu, dana modal daripada rakan kongsi dapat dikumpulkan dan bersama-sama membiayai perniagaan mereka. Terma persetujuan bagi pendekatan ini lazimnya lebih longgar dan boleh dirunding sama ada dikenakan bayaran kadar faedah atas amaun pokok ataupun dibahagi sebahagian daripada keuntungan perniagaan. Namun, dokumentasi perjanjian formal masih diperlukan untuk melindungi kedua-dua pihak yang memberi pinjaman dan peniaga. Rakan kongsi perlu mematuhi kepada terma persetujuan walaupun perikatannya agak longgar kerana keyakinan peminjam sangat penting untuk kerjasama jangka panjang terutama bagi keperluan pembiayaan dalam masa yang terhad. Di samping itu, terdapat 60% iaitu tiga orang responden memperoleh sumber pembiayaan melalui institusi kewangan. Institusi kewangan seperti Public Bank, MayBank, Hong Leong Bank memberi kemudahan pinjaman kepada responden. Kemudahan kad kredit turut disertakan melalui bank tersebut. Justeru, responden dapat membeli peralatan dan mesin tanpa menggunakan tunai atau boleh mengeluarkan tunai melalui mesin juruwang automatik untuk kegunaan tertentu. Responden juga membuat tabungan dan deposit ke dalam akaun mereka. Oleh itu, faedah yang diberi oleh bank perdagangan dapat menambah modal dalam perniagaan mereka. Seterusnya, responden juga membeli insurans untuk mendapat perlindungan kepada mereka jika perniagaan mereka mengalami kerugian seperti kecurian, kebakaran, kecederaan dan sebagainya. Melalui bantuan ini, responden dapat mengembangkan perniagaan mereka sehingga hari ini. 6.0 CADANGAN
  • 17. Berdasarkan kajian yang telah dibuat didapati bahawa masalah dominan yang dihadapi oleh pengusaha kedai roti dan kek adalah masalah persaingan dan masalah pekerja. Keadaan ini diikuti dengan masalah bekalan bahan mentah, kekurangan pelanggan, kekurangan modal, teknologi yang rendah, masalah pemasaran, masalah pengurusan dan akhirnya masalah kemudahan infrastuktur. Kini, terdapat warung-warung di tepi jalan dan pasar raya yang menjual roti dan kek dibuka bagai cendawan tumbuh selepas hujan. Persaingan ini menjadi masalah ketara yang dihadapi oleh responden. Mereka bersaing untuk merebut pelanggan, bersaing untuk meningkatkan jualan dan keuntungan, dan bersaing untuk mendapatkan apa-apa sahaja yang terbaik dalam perniagaan mereka. Oleh itu, responden perlu sentiasa bersedia untuk memperbaiki segala kekurangan yang terdapat dalam perniagaan mereka. Bukan itu sahaja, responden juga perlu mengeratkan hubungan sillaturahim dengan pesaing yang lain serta memastikan suasana perniagaan yang berdaya saing. Persaingan dalam perniagaan haruslah dilakukan dengan sihat dan baik agar semua pesaing yang terlibat dapat memperolehi manfaat dan tidak memudaratkan pesaing yang lain. Seterusnya, masalah pekerja juga merupakan masalah yang dihadapi oleh semua responden. Pelbagai modus operandi yang dapat diselesaikan dalam kalangan masalah pekerja. Sebagai contoh, responden perlu memotivasi pekerja dan memberi perangsang kepada pekerja supaya rajin bekerja. Bagi pekerja yang tiada kemahiran dalam membuat roti dan kek, responden seharusnya sentiasa memberi tunjuk ajar kepada pekerja. Responden boleh mengajar mereka cara membuat roti dan kek yang lebih enak, hiasan yang cantik serta mempelbagaikan jenis rasa. Responden juga mesti peka terhadap perubahan teknologi yang terkini untuk meningkatkan roti dan kek mereka. Tambahan pula, responden haruslah meluangkan masa untuk berbincang dengan pekerja tentang masalah disiplin pekerja seperti malas, kerap mengambil cuti dan tidak berminat untuk bekerja. Bagi pekerja yang lama bekerja di kedai mereka, responden boleh memberi ganjaran kepada mereka seperti bonus, kenaikan gaji, kenaikan pangkat atau mengadakan aktiviti pelancongan di destinasi yang menarik. Hal ini secara tidak langsung dapat menarik orang lain menceburi dalam bidang pembuatan roti dan kek.
  • 18. Dari segi sumber pembiayaan yang diperoleh oleh pengusaha kedai roti dan kek, kebanyakan responden mendapat sumber pembiayaan daripada simpanan sendiri . Hal ini disebabkan sumber ini senang diperolehi tanpa dipengaruhi oleh pihak lain. Walaubagaimanapun, sumber pembiayaan ini masih tidak mencukupi untuk menjalankan perniagaan mereka dalam tempoh masa yang panjang. Mereka masih memerlukan bantuan daripada institusi kewangan. Bagi responden yang gagal mendapat pinjaman daripada bank perdagangan, kerajaan harus menghulurkan bantuan dengan melonggarkan syarat pinjaman kepada mereka agar mereka dapat meminjam wang untuk menambah dana dalam perniagaan mereka. Kerajaan juga hendaklah menubuhkan banyak Bank Perusahaan Kecil dan Sederhana Berhad (SME Bank). Agensi ini memainkan peranan sebagai pusat sehenti kewangan untuk pembiayaan keperluan pembangunan PKS. Sebagai contoh, responden boleh mendapat bantuan daripada agensi ini untuk meluaskan tapak premis kedai mereka atau membeli peralatan yang lebih canggih. Bagi responden yang tidak mahir dalam pengurusan perniagaan mereka boleh mendapat bantuan daripada Perbadanan Pembangunan Industri Kecil dan Sederhana (SMIDEC). Perbadanan ini memberi khidmat nasihat perniagaan melalui "SME Business Advisory Centre" dan memberi sokongan kepada PKS. Kerajaan juga perlu menganjurkan Program Peningkatan Kemahiran. NPC, MARA dan MEDEC membantu pengusaha meningkatkan kemahiran pekerja. Dengan adanya program ini kemahiran pekerja dalam membuat roti dan kek dapat diperkasakan melalui latihan, seminar dan konsultasi lanjutan. Sumber pembiayaan yang lain yang diperoleh oleh pengusaha kedai roti dan kek adalah daripada keluarga dan rakan kongsi. 7.0 RUMUSAN KAJIAN Secara rumusnya, perusahaan kecil dan sederhana amat penting kepada negara kita kerana menyumbang pendapatan negara melalui Keluaran Dalam Negara Kasar. Kewujudan PKS juga dapat mencipta peluang pekerjaan kepada masyarakat untuk mengurangkan kadar pengangguran di negara kita. Secara ringkasnya, kajian ini dijalankan bagi melihatkan masalah-masalah yang dihadapi oleh pengusaha kedai roti dan kek. Masalah utama yang dihadapi oleh pengusaha kedai roti dan kek adalah masalah persaingan dan masalah pekerja. Hal ini kerana terdapat banyak kedai roti
  • 19. dan kek di kawasan Seberang Jaya. Masalah pekerja adalah disebabkan mereka kurang motivasi untuk bekerja. Oleh itu, masalah-masalah yang dihadapi oleh pengusaha kedai roti dan kek perlu dibendung untuk memastikan semua perusahaan kecil dan sederhana lebih maju dan berdaya saing pada masa hadapan. Selain itu, 100% responden memperoleh sumber pembiayaan daripada simpanan peribadi dan 60% adalah daripada institusi kewangan. Dengan ini, pengusaha dapat menggunakan sumber pembiayaan tersebut untuk terus mengembangkan perniagaan mereka.
  • 20. 8.0 SENARAI RUJUKAN SME CORP, Definisi Baharu Perusahaan Kecil Dan Sederhana (PKS), dimuat turunkan pada 10 Julai 2014 dari http://www.smecorp.gov.my Wikipedia, Kedai Membuat Roti, dimuat turunkan pada 11 Julai 2014 dari http://ms.wikipedia.org/wiki/ Laporan Tahunan PKS 2012/13, Majlis Pembangunan PKS Kebangsaan, dimuat turunkan pada 16 Julai 2014 dari http://www.smecorp.gov.my/ Theng Kock Leing.2013. Teks Efektif STPM Ekonomi Malaysia Sistem Pentaksiran Baharu STPM Penggal 3. Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan: Ilmu Bakti Sdn. Bhd. Lai Mooi Chang. 2013. Teks Pra-U STPM Ekonomi (Ekonomi Malaysia) Penggal 3. Bandar Baru Bangi, Selangor Darul Ehsan : Pearson Malaysia Sdn. Bhd.