Publicidad

LAPORAN BANDAR ANDA

31 de May de 2021
Publicidad

Más contenido relacionado

Publicidad
Publicidad

LAPORAN BANDAR ANDA

  1. PENGANGKUTAN BANDAR LMCP 2502 LAPORAN BANDAR ANDA MUHAMMAD ISHA BIN HARRIS A170657
  2. SOALAN: Sediakan dalam bentuk slide berkenaan dengan pengangkutan di bandar yang anda biasa atau bandar kampung anda. Anda digalakkan memasukkan gambar-gambar dan rajah-rajah dalam laporan anda. Muatnaik laporan anda ke SlideShare.net dan berikan pautannya dalam ruangan yang disediakan. 2
  3. BANDAR BARU BANGI Bandar Baru Bangi adalah sebuah bandar yang terletak di Daerah Hulu Langat, di tenggara Selangor, Malaysia. Bandar ini dinamai sempena kota kecil Bangi. Ia terletak di antara Kajang dan Putrajaya (dahulunya disebut Prang Besar) dan berjarak sekitar 25 km dari ibu kota, Kuala Lumpur. Bandar Baru Bangi juga dikenali sebagai "Bandar Berilmu" atau bandar yang berpengetahuan sejak tahun 2008 kerana banyak universiti terletak di sini termasuk Universiti Kebangsaan Malaysia. 3
  4. PETA BANDAR BARU BANGI Sumber: Google Maps 4
  5. 5 Jenis Pengangkutan yang terdapat di Bandar Baru Bangi Bandar Baru Bangi merupakan salah sebuah bandar yang kian hari menunjukkan perkembangan yang sangat pesat. Seperti yang dilihat dalam google maps, bandar ini disekelilingi oleh bandar-bandar yang moden dan maju seperti Putrajaya, Sri Kembangan dan sebaginya. Jumlah penduduk yang tinggal di Kawasan ini telah menyaksikan peningkatan yang mendadak dalam tempoh 5 tahun kebelakangan ini. Ini sebabkan oleh banyak kawasan perumahan dan kawasan perindustrian dibangunkan di kawasan ini. Terdapat pelbagai kemudahan pusat beli belah juga tersedia seperti Kipmall, Bangi Gateway, De Centrum City Mall dan sebagainya. Seiring dengan kemajuan tersebut, pelbagai kemudahan pergerakkan juga disediakan di bandar ini untuk memudahkan pergerakkan masyarakat seperti: ⬩ MASS RAPID TRANSIT (MRT) ⬩ KERETA API TANAH MELAYU (KTM) ⬩ BAS AWAM ⬩ TEKSI DAN PERKHIDMATAN E-HAILING
  6. MRT ⬩ Perkhidmatan MRT merupakan salah satu kemudahan yang boleh digunapakai oleh penduduk di Bandar Baru Bangi. Ia mempunyai 2 haluan iaitu Sungai Buloh- Kajang dan sebaliknya. Dengan adanya perkhidmatan ini, penduduk mampu bergerak ke tempat pekerjaan ataupun ke ibu kota dengan mudah dan cepat serta ditambah dengan harga tambang yang berpatutan. 6
  7. KTM ⬩ Penduduk di Bandar Baru Bangi kerap kali menggunakan perkhidmatan ini untuk bergerak di kawasan berdekatan. Stesen Keretapi UKM ataupun Kajang merupakan tempat kebiasaannya penduduk Bandar Baru Bangi menaiki kereta api kerana stesen tersebut lebih hampir mereka. Walaubagaimanapun, tempoh masa menunggu perkhidmatan ini adalah panjang berbanding MRT kerana jumlah kereta api yang terhad pada satu-satu masa. 7
  8. BAS SMART SELANGOR ⬩ Ini merupakan inisiatif daripada kerajaan Selangor untuk memberikan perkhidmatan bas secara percuma khusus kepada rakyat Selangor manakala tambang sebanyak RM0.90 kepada warga asing. Dengan adanya bas ini, penduduk Selangor dapat bergerak ke Kawasan berhampiran dengan mudah dan percuma serta dapat sedikit sebanyak meringankan beban mereka. 8
  9. BAS MRT ⬩ Bas ini sangat kerap dapat dilihat di kawasan Bandar Baru Bangi. Ia memberi kemudahan kepada masyarat untuk tiba ke stesen MRT Kajang. Pelajar universiti adalah golongan yang mendapat banyak faedah daripada perkhidmatan bas MRT yang disediakan oleh kerajaan. 9
  10. TEKSI DAN E-HAILING ⬩ Kedua-dua mod pengangkutan ini merupakan kaedah lain bagi penduduk yang mahu gerak ke sesuatu Kawasan dengan lebih cepat dan selesa berbanding dengan perkhidmatan bas dan kereta api dimana ia digunakan oleh semua lapisan masyarat. 10
  11. MASALAH YANG SERING DIHADAPI 1. Kesesakan lalu lintas 2. Pengawalan lalu lintas yang tidak efisien 3. Pencemaran udara 4. Permukaan jalan raya yang tidak baik. 11
  12. CADANGAN UNTUK MENGATASI MASALAH YANG DIHADAPI - Penguatkuasaan undang-undang haruslah diperketatkan lagi sebagai contoh meninggikan kadar kompaun kepada pesalah. - Memasang kamera litar penutup (CCTV) untuk memantau keadaan traffic pada waktu puncak. - Pelbagaikan penenang jalan raya agar pemandu lebih peka semasa memandu - Memastikan jalan yang kurang baik dibaik pulih semua untuk mengelakkan kemalangan - Membina lebih banyak trek-trek pengangkutan awam supaya rakyat mempunyai pilihan sewaktu hendak membuat sebarang perjalanan. 12
  13. SEKIAN TERIMA KASIH MUHAMMAD ISHA BIN HARRIS A170657
Publicidad