Publicidad

Sistem Pengangkutan di Petaling Jaya

27 de Mar de 2021
Publicidad

Más contenido relacionado

Publicidad
Publicidad

Sistem Pengangkutan di Petaling Jaya

  1. PENGANGKUTAN BANDAR LMCP 2502 LAPORAN BANDAR ANDA MUHAMMAD MUSTAQIM BIN MOHD SHAFIE A169543 PROF. DATO’ IR DR. RIZA ATIQ ABDULLAH BIN O.K. RAHMAT
  2. SOALAN : Sediakan dalam bentuk slide berkenaan dengan pengangkutan di bandar yang anda biasa atau bandar kampung anda. Anda digalakkan memasukkan gambar- gambar dan rajah-rajah dalam laporan anda. Muatnaik (upload) laporan anda ke SlideShare.net dan berikan pautannya (link) dalam ruang yang disediakan.
  3. Bandar Petaling Jaya Petaling Jaya atau PJ merupakan sebuah bandar raya dan bandar terbesar di negeri Selangor, Malaysia. PJ diwujudkan pada tahun 1952 sebagai sebuah bandar universiti dan bandar satelit bagi bandaraya Kuala Lumpur. Keluasan PJ adalah kira- kira 97.2 km2. Petaling Jaya terletak di daerah Petaling yang merupakan daerah yang memiliki populasi tertinggi dan termaju di negeri Selangor. Pada 20 Jun 2006 Petaling Jaya dinaikkan taraf menjadi sebuah bandar raya dan tidak lagi sebagai bandar satelit kepada bandaraya Kuala Lumpur. Datuk Bandar Petaling Jaya, Dato' Ahmad Termizi Puteh kini menerajui Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) yang baru ditubuhkan. Beliau juga ialah bekas presiden Majlis Perbandaran Petaling Jaya (MPPJ).
  4. PETA BANDAR PETALING JAYA
  5. Pengangkutan di Bandar Petaling Jaya Petaling Jaya merupakan antara salah satu bandar yang terletak di Lembah Klang yang semakin meningkat naik seiring dengan bandar- bandar yang lain. Petaling Jaya menjadi kawasan tumpuan penduduk termasuk kawasan di sekitarnya seperti kawasan Sungai Way- Subang (SS), Bandar Utama, Kota Damansara, Damansara Perdana, Bandar Sri Damansara dan Damansara Damai bagi menampung permintaan penduduk. Terdapat pelbagai kemudahan dan pusat beli belah yang disediakan seperti Paradigm Mall, Jaya Shopping Centre serta Amcorp Mall. Akibat daripada pembangunan yang pesat membangun di bandar ini, pelbagai jenis pengangkutan yang telah disediakan untuk kemudahan pergerakan masyarakat di kawasan ini termasuklah : 1. MRT 2. LRT 3. Bas (RapidKL, Bas MRT, Bas Smart Selangor) 4. Teksi
  6. MRT (Mass Rapid Transit) MRT mempunyai 2 Haluan iaitu Kajang-Sungai Buloh dan sebaliknya. Transit ini merupakan sistem kereta api automatik dan tanpa pemandu kedua di kawasan Lembah Klang. Pengangkutan awam ini memudahkan pergerakan masyarakat di bandar Petaling Jaya untuk bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain dalam tempoh masa yang lebih singkat. Stesen MRT yang strategik dan berhampiran dengan kawasan kediaman penduduk menjadi pilihan utama oleh masyarakat setempat sebagai. Di tambah pula dengan tambang yang murah dan berpatutan.
  7. LRT (Light Rapid Transit) LRT atau Transit Aliran Ringan adalah sebuah jenis transit rel bandar dengan ciri-ciri gabungan trem dan metro. LRT yang terdapat di Bandar Petaling Jaya dikenali sebagai LRT laluan Kelana Jaya. Laluan ini dapat menghubungkan penduduk-penduduk di kawasan setempat dengan bandar-bandar di sekitarnya. Pengangkutan awam ini menjadi antara penagngkutan awam yang sering digunakan untuk masyarakat pergi berkerja di kawasan Lembah Klang yang lain.
  8. PETA TRANSIT BERINTEGRASI DI SEKITAR LEMBAH KLANG
  9. BAS RAPIDKL Bas ini juga dipanggil sebagai bas loncat kerana ia mengelilingi bandar Petaling Jaya dan sering digunakan oleh penduduk setempat kerana kadar bayarannya yang murah.
  10. BAS MRT Bas ini memberi kemudahan dan perkhidamatan kepada masyarakat yang ingin menaiki MRT. Selain itu, bas ini juga menghubungkan penduduk yang mempunyai kesukaran untuk pergi ke stesen MRT kerana jarak yang jauh.
  11. BAS SMART SELANGOR Bas ini memberikan perkhidmatan percuma kepada warganegara dan bayaran RM 1 kepada warga asing. Bas ini juga turut melakukan pekhidmatan yang membawa masyarakat dari luar bandar ke bandar yang memudahkan penggunanya.
  12. Teksi Teksi juga merupakan salah satu pengangkutan yang digunakan sekiranya pengguna mahu pergi ke suatu tempat yang tidak dilalui oleh pengangkutan awam yang lain
  13. MASALAH PENGANGKUTAN YANG DIHADAPI ◦ Pencemaran udara dan bunyi ◦ Kesesakan lalu lintas ◦ Tempoh menunggu pengangkutan awam yang lama dan membuang masa ◦ Suasana yang tidak kondusif ◦ Permukaan jalan yang berlubang
  14. CADANGAN UNTUK MENGATASI MASALAH ◦ Meningkatkan penguasaaan undang-undang yang berkaitan dengan jalan raya ◦ Melebarkan luas jalan raya di kawasan yang sering berlaku kesesakan ◦ Menggunakan alat sistem pengangkutan pintar untuk membantu memantau keaadaan jalan raya ◦ Memasang penenang jalan seperti bonggol di jalan yang sering berlaku kemalangan ◦ Menurap jalan yang tidak rata dan mempunyai lubang ◦ Meningkatkan kelancaran pergerarakan pengangkutan awam dengan memastikan ianya tiba mengikut jadual yang telah ditetapkan.
  15. SEKIAN TERIMA KASIH
Publicidad