Se ha denunciado esta presentación.
Se está descargando tu SlideShare. ×
Anuncio
Anuncio
Anuncio
Anuncio
Anuncio
Anuncio
Anuncio
Anuncio
Anuncio
Anuncio
Anuncio
Anuncio
Cargando en…3
×

Eche un vistazo a continuación

1 de 14 Anuncio

Más Contenido Relacionado

Similares a DOKUMENTASI SS.pdf (20)

Anuncio

DOKUMENTASI SS.pdf

  1. 1. 1 KEDAH AMAN MAKMUR : BERSAMA MEMACU TRANSFORMASI KEDAH AMAN MAKMUR : BERSAMA MEMACU TRANSFORMASI KERTAS KERJA PROGRAM PELANCARAN SEKOLAHKU SEJAHTERA 2022 1.0 Pendahuluan Selari dengan konsep Sekolahku SEJAHTERA yang dilancarkan dan diperkenalkan oleh Menteri Pendidikan Dr.Radzi bin Jidin pada 21 Februari 2022 di Putrajaya pihak sekolah dan unit Hal Ehwal Murid SJK(T) Changlun mengambil inisiatif untuk mengadakan Program Pelancaran Sekolahku Sejahtera. 2.0 Matlamat Matlamat utama pelancaran Sekolahku Sejahtera adalah untuk mewujudkan suasana sekolah yang selamat , aman , selesa, meggembirakan, membina dan inklusif ke arah mencapai kesejahteraan warga dan murid-murid SJK(T) Changlun secara menyeluruh. 3.0 Objektif 3.1 Memastikan murid dan warga sekolah mengetahui dan memahami konsep Sekolahku Sejahtera. 3.2 Mewujudkan suasana sekolah yang selamat, aman, selesa, menggembirakan, membina dan inklusif ke arah mencapai kecemerlangan prestasi diri. 3.3 Membolehkan para murid akan meneroka pelbagai cabang ilmu, idea dan penemuan baharu, sentiasa berfikiran kreatif dan inovatif dalam menyelesaikan masalah. 3.4 Mewujudkan semangat mencipta persekitaran sekolah yang bersih dan ceria dan berinformasi melalui projek Laman Sekolahku Sejahtera. 4.0 Rasional Penganjuran aktiviti bersempena sambutan Sekolahku Sejahtera Konsep Sekolahku Sejahtera merupakan konsep yang dilaksakan menerusi penerapan 14 elemen nilai kehidupan secara semula jadi kepada murid semasa sesi pengajaran dan pembelajaran.
  2. 2. 2 5.0 Jawatankuasa Induk Program Pelancaran Sekolahku Sejahtera SJK(T) Changlun Penasihat : Pn.C.Vasugi (Guru Besar Sekolah) Pengerusi : En.S.Karthikesan (PK Kokurikulum) Naib Pengerusi : 1. Pn.R.Renuga (PK Pentadbiran) 2. Pn.R.Mageswari (PK HEM) Setiausaha : Pn.M.Malathi Ahli Jawatankuasa : Semua guru dan kakitangan SJK(T) Changlun 6.0 Jawatankuasa Kerja Program Pelancaran Sekolahku Sejahtera . JAWATANKUASA TUGASAN Persiapan Tempat Pn.M.Endirani  Menyediakan tempat duduk di dewan. Dokumentasi Pn.M.Malathi  Menyiapkan dokumentasi Buku Program Pn. A.Kalaimugilaa  Menyediakan buku program untuk Program Pelancaran Sekolahku Sejahtera peringkat sekolah. Cenderahati Pn.V.Mariamah  Menyediakan cenderahati untuk tetamu. Pengerusi majlis pelancaran En. Mohamad Syamil bin Abdul Hamid  Mempengerusikan majlis Program Pelancaran Sekolahku Sejahtera peringkat sekolah. Bacaan Doa Pn.R.Mageswari  Melatih murid membacakan doa Kawalan murid Pn.R.Renuga  Mengawal pergerakan murid  Mengawal murid di dewan Siar Raya/Banner En. Karthikesan Mengurus dan menyediakan sistem siar raya untuk kegunaan semasa majlis. Menyediakan dan memasang banner. Rakaman gambar Pn. Noor Farahana Merakamkan gambar dan peristiwa berhubung dengan JK Dokumentasi. Temuramah TV PSS Cik.A.Devi Melatih murid menemurah tetamu
  3. 3. 3 7.0 Kumpulan Sasaran Kumpulan sasaran bagi Program Pelancaran Sekolahku Sejahtera SJK(T) Changlun ini adalah untuk semua murid dari Prasekolah dan murid Tahun Satu hingga Tahun Enam. Murid yang menyertai akan dikategorikan mengikut kategori Prasekolah, Tahap 1 dan Tahap 2. 8.0 Strategi Aktiviti bersempena Program Pelancaran Sekolahku Sejahtera ini akan melibatkan penyertaan murid secara menyeluruh. Justeru satu jadual pelaksanaan akan dirangka melibatkan semua warga SJK(T) Changlun bagi memastikan pelaksanaan program berjalan dengan lancar. 9.0 Keterangan Program Program ini akan dilaksanakan berdasarkan ketetapan berikut: Pelaksanaan : 2 jam Tempat : SJK(T) Changlun 10.0 Cadangan Aktiviti BIL AKTIVITI CADANGAN TEMPOH/ TARIKH TINDAKAN 01 Mesyuarat Program Pelancaran Sekolahku Sejahtera 25 Ogos 2022 GB /PKKK /Setiausaha Program / AJK 02 Pelancaran Program Pelancaran Sekolahku Sejahtera 29 Ogos 2022 PKKK/Setiausaha Program / AJK/ Panitia Prasekolah 03 Pertandingan Mewarna (Prasekolah &Tahap 1 / Pertandingan Logo (Tahap2) 29 Ogos 2022 Panitia Pendidikan Kesenian
  4. 4. 4 11.0 Anggaran Perbelanjaan Program BIL BAHAN ANGGARAN KOS 01 Hadiah RM 70 03 Banner RM 50 JUMLAH RM 120 12.0 Penutup Penganjuran Program Pelancaran Sekolahku Sejahtera SJK(T) Changlun ini memerlukan kerjasama dan komitmen daripada semua pihak bagi meningkatkan pencapaian murid secara menyeluruh dalam usaha menjayakan program ini. Disediakan oleh, .................................... (ENDIRANI A/P MUNIANDY ) Program Pelancaran Sekolahku Sejahtera Disemak Oleh, ……………………… Disahkan Oleh, ……………………….
  5. 5. 5 KEDAH AMAN MAKMUR : BERSAMA MEMACU TRANSFORMASI NAMA PROGRAM : PELANCARAN KONSEP SEKOLAHKU SEJAHTERA TARIKH : 29 OGOS 2022 SASARAN : SEMUA WARGA SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN TAMIL CHANGLUN LAPORAN : 1.0 PENGENALAN Falsafah pendidikan kebangsaan (FPK) bermatlamat melahirkan rakyat malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara. Bagi menzahirkan aspirasi FPK ke arah melahirkan insan yang seimbang, harmoni dan sejahtera, pelbagai program dan aktiviti dilaksanakan di institusi pendidikan bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi memupuk amalan dan tingkah laku positif dalam kalangan murid. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia PPPM (2013 - 2025) pula mendukung hasrat FPK untuk memupuk etika dan kerohanian dalam diri setiap murid bagi mendepani cabaran yang bakal ditrempuhi dalam kehidupan dewasa, agar mereka boleh menyelesaikan konflik secara harmoni, bijak membuat pertimbangan, berpegang kepada prinsip ketika berada dalam situasi yang kritikal serta berani melakukan sesuatu yang betul. Bagi memperkasa dan menyokong aspirasi FPK dan PPPM tersebut, konsep Sekolahku SEJAHTERA telah dilancarkan dan diperkenalkan oleh Menteri Pendidikan Datuk Dr Radzi Bin Jidin pada 21 Februari 2022. Pihak kolej turut mengambil inisiatif mengukuhkan konsep tersebut dalam kalangan warga Kolej Tingkatan Enam Saratok. Konsep Sekolahku SEJAHTERA dirangka berteraskan prinsip dan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan bagi mewujudkan suasana sekolah yang selamat, aman, selesa, menggembirakan, membina dan inklusif kearah mencapai kesejahteraan masyarakat. Konsep ini memberi penekanan terhadap nilai murni secara semulajadi yang memayungi pelbagai tema, inisiatif dan program KPM.
  6. 6. 6 2.0 OBJEKTIF Konsep Sekolahku SEJAHTERA bermatlamat untuk melahirkan warga Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Changlun sebagai insan sejahtera yang menyumbang kepada kemakmuran keluarga, masyarakat, negara dan komuniti global. Konsep tersebut digagaskan bagi memperkenal, mempromosi dan meningkatkan pemahaman terhadap elemen-elemen SEJAHTERA yang perlu sentiasa diterap, dididik, diamalkan dan dihayati sehingga menjadi budaya semua warga Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Changlun. 3.0 KEHADIRAN DAN PENGLIBATAN 1. Diadakan di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Changlun bertempat di dewan SJKT Changlun melibatkan semua murid dan guru SJKT Changlun. 2. Majlis dirasmikan oleh Cikgu Pn. Renuga A/P Radakrishnan, Penolong kanan Pentadbiran SJKT Changlun. 4.0 KEKUATAN PROGRAM 1. Kekuatan utama program ini adalah melalui sokongan dan kerjasama daripada semua pihak khususnya guru-guru dan jawatankuasa pelaksana program. 2. Pelajar-pelajar yang berada dalam usia matang untuk mudah memahami dan menerapkan elemen- elemen SEJAHTERA dalam kehidupan seharian mereka serta membantu para guru mengaplikasikan konsep tersebut dalam pelbagai aktiviti yang dianjurkan. 5.0 KELEMAHAN PROGRAM 1. Masa program yang terhad kepada sehari sahaja. Tidak dapat melaksanakan lebih banyak lagi aktiviti. 6.0 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN 1. Mengadakan Minggu Sekolahku Sejahtera agar lebih banyak aktiviti dapat dimasukkan. 2. Mengadakan Latihan Dalam Kumpulan di mana murid-murid boleh berinteraksi dengan lebih dalam lagi.
  7. 7. 7 7.0 BUTIRAN AKTIVITI SEKOLAHKU SEJAHTERA 1. Nyanyian lagu Negaraku dan lagu Sekolahku Sejahtera. 2. Ucapan Pn. Renuga A/P Radakrishnan Penolong Kanan Pentadbiran. 3. Perasmian Sekolahku Sejahtera oleh Pn. Renuga A/P Radakrishnan Penolong Kanan Pentadbiran diiringi dengan Pn. Mageswari dan En.Karthikesan. 4. Murid-murid menonton video Majlis Pelancaran Sekolahku Sejahtera. 5. Penyerahan carta info Sekolahku Sejahtera kepada semua guru kelas. 6. Aktiviti mewarna untuk semua murid. 8.0 PENUTUP Pelancaran Konsep Sekolahku SEJAHTERA di SJKT CHANGLUN telah berjaya dilaksanakan. Pihak sekolah akan terus berusaha memastikan sekurang-kurangnya 98% warga SJKT CHANGLUN memahami aspirasi dalam konsep Sekolahku SEJAHTERA dan mempraktikkan elemen-elemen yang telah digariskan dalam aktiviti seharian. Semoga konsep Sekolahku SEJAHTERA dapat melahirkan insan sejahtera dalam kalangan pelajar SJKT CHANGLUN yang menyumbang kepada kemakmuran keluarga, masyarakat, negara dan komuniti global. DISEDIAKAN OLEH _______________________ (MALATHY A/P MUNIANDY) Setiausaha Pelancaran Sekolahku SEJAHTERA SJKT CHANGLUN 30 OGOS 2022 9.0 LAMPIRAN 1. Buku program 2. Gambar Aktiviti Sepanjang Pelancaran Konsep Sekolahku SEJAHTERA
  8. 8. 8
  9. 9. 9 Buku program
  10. 10. 10 Pelancaran
  11. 11. 11 Aktiviti murid Pra sekolah 1 UTM
  12. 12. 12 2 USM 3 UKM
  13. 13. 13 4 UUM 5 UPM
  14. 14. 14 6 UM

×