SlideShare a Scribd company logo
1 of 6
Download to read offline
Implikasi Falsafah Pendidikan Kebangsaan & Falsafah
Pendidikan Guru (FPK & FPG) terhadap sistem pendidikan di
                        negara kita.


    Jika direnung kembali, pengenalan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan (FPK) telah banyak membawa kesan terhadap
sistem pendidikan di negara kita. Implikasi-implikasi dapat
dikelaskan seperti berikut:




      Jika lilihat dari segi implikasi terhadap kurikulum pendidikan,
perubahan dalam aspek kurikulum adalah selaras dengan cita-
cita dan tujuan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Perubahan ini
meliputi:

Sukatan pelajaran yang berorientasikan kepada program
bersepadu.
Bahan-bahan pelajaran yang mengutamakan nilai-nilai murni
diserapkan dalam semua mata pelajaran.
Program pendidikan yang berorientasikan untuk melahirkan insan
yang seimbang dan harmonis.
Sistem pendidikan yang berorientasikan ke arah pendidikan
umum.
Sukatan pelajaran yang sesuai untuk melatih kemahiran pelajar
dalam bidang vokasional dan teknologi.
Untuk melaksanakan kurikulum perubahan ini dengan
berkesan, FPK telah membahagikan kurikulum kepada 2
bahagian, iaitu KBSR (Kurikulum Baru Sekolah Rendah) dan
KBSM (Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah). Sebelum
KBSR adalah KLSR (Kurikulum Lama Sekolah Rendah), tetapi
didapati bahawa KLSR mengandungi beberapa kelemahan, iaitu
seperti:

 Isi kandungan sukatan pelajaran kadangkala berulang dan tidak
ada kaitan antara mata pelajaran atau antara darjah.
 Sukatan pelajaran mengandungi butiran yang terlalu banyak. Ini
membebankan dan membosankan murid.
 Guru dan murid selalu terdesak untuk menghabiskan sukatan
pelajaran terutama apabila ada peperiksaan.
 Pengajaran dan pembelajaran selalunya berdasarkan buku teks.
Ini menghadkan penggunaan teknik dan bahan pengajaran lain
yang lebih menarik dan berkesan.

      Maka, hal ini adalah tidak sepadan dengan matlamat
pendidikan    iaitu memperkembangakan         individu secara
menyeluruh dan menekankan pendidikan dalam bidang 3M. Oleh
itu, bagi memcapai matlamat yang ditetapkan dalam FPK, maka
KBSR telah wujud dengan perubahan, iaitu menekankan murid-
murid supaya mencapai kemahiran dalam 3 bidang asas, iaitu
bidang komunikasi, bidang manusia dengan alam sekelilingnya
dan bidang perkembangan diri individu sesuai dengan keperluan,
minat, bakat, dan kemampuan menta serta kesediaan murid-
murid.

     Disebabkan KLSR yang tidak berkesan terhadap Malaysia,
maka KBSR telah dibentuk berasaskan syor-syor yang
dicadangkan dalam Laporan Jawatankuasa Kabinet.

    KBSM dilaksanakan secara sepenuhnya pada tahun 1989
dengan menitiberatkan kehendak individu, negara, dan sarwa
sejagat. Pembentukan KBSM telah membolehkan pelajar-pelajar
memperkembangkan potensi mereka secara menyeluruh dan
seimbang. Aktiviti vokasional telah membolehkan mereka
menyumbangkan tenaga untuk keperluan negara dan
pembelajaran bahasa asing seperti Bahasa Inggeris yang
bertujuan untuk memenuhi kehendak sarwa sejagat.

    Selain daripada yang tersenaraikan di atas, KBSM juga
menekankan bahawa pembentukan KBSM harus berlandaskan
aspek-aspek berikut:

 Kesinambungan daripada KBSR yang berasaskan penguasaan
kemahiran 3M, iaitu mengira, membaca dan menulis.
 Pendidikan yang umum juga merangkumi pendidikan vokasional
di antara bidang-bidang elektif sehingga terdiri daripada jurusan
akademik dan jurusan vokasional yang dahulunya dibahagikan
kepada 3 jenis, iaitu jurusan sastera, jurusan sains dan jurusan
teknik.
 Pendidikan seumur hidup di mana rancangan KBSM
membekalkan ilmu pengetahuan dan kemahiran yang boleh
menjadi kemahiran asas untuk meneruskan pendidikannya
secara berterusan seumur hidup.

   Dari segi implikasi terhadap pendidik pula, FPK telah
membawa perubahan sikap pendidik dan profesionalnya untuk
menjalankan tugas sejajar dengan tujuan dan dasar Falsafah
Pendidikan Kebangsaan. Ini meliputi:

 Perubahan sikap peribadi pendidik sendiri dengan pandangan
dan visi yang positif terhadap tugasnya untuk merealisasikan
tujuan dan cita-cita Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
 Perubahan profesional dengan mengubah strategi dan teknik
pengajarannya yang sesuai untuk melahirkan insan yang berilmu
pengetahuan, berketrampilan serta berakhlak mulia.
Seperti yang kita tahu, pendidik iaitu guru adalah ahli
masyarakat yang mempunyai tanggungjawab untuk mendidik
murid-murid di sekolah. Seorang guru mesti mempunyai
pengetahuan yang luas dan mendalam tentang mata pelajaran
yang diajar olehnya kepada murid. Selain itu, guru juga perlu
menguasai segala kaedah atau cara penyampaian dalam
pengajaran supaya murid-murid dapat memahami apa yang
disampaikan olehnya. Seorang guru juga perlulah mempunyai
sahsiah yang baik dan dapat dihormati serta dicontohi oleh
muridnya. Sahsiah yang baik merangkumi tingkah laku dan sikap
yang elok, bersabar, bermurah hati dan sentiasa bersifat
penyayang.

     Selain itu, seorang guru juga haruslah mempunyai
pandangan dan visi yang positif. Hal ini kerana selain daripada
sebagai seorang pendidik, guru juga merupakan penganti
ibubapa, penasihat, pembimbing, kaunselor, pengamal dan
penyebar nilai kebudayaan serta sebagai teladan kepada murid-
murid dan masyarakat. Selain daripada yang tersenarai di atas,
seorang guru juga perlu

berpengetahuan dan berketrampilan dalam pedagogi dan
kandungan mata pelajaran yang diajarnya, di samping menguasai
pengetahuan pedagogi pelajar.
Cekap melaksanakan kurikulum persekolahan secara berkesan
dan bermakna.
Mahir menintegrasi Teknologi Maklumat dan Komuniti (ICT)
dalam pengajaran dan pembelajaran.
Sentiasa mengamalkan nilai-nilai keguruan dan Etika Profesion
Keguruan.
Menguasai kemahiran komunikasi dan interpersonal.
Berdaya tahan dalam menghadapi cabaran profesional dari
semasa ke semasa.
Melibatkan diri sebagai pengamal refleksi dan budaya
penyelidikan dengan secara aktif.
Menyanjung tinggi dan menghargai warisan kebudayaan negara
  yang sesuai dengan ketamadunan dan nilai-niali agama yang
  dianuti.

       Dari sudut implikasi terhadap institusi pendidikan, perubahan
  organisasi sekolah ke arah mewujudkan situasi yang sesuai untuk
  melahirkan pelajar-pelajar mengikut tujuan dan citi-cita FPK. Ini
  meliputi:

   Perubahan kemudahan-kemudahan supaya pelajar-pelajar
  mendapat peluang mengembangkan potensi mereka dari segi
  intelek, rohani, emosi, sosial dan jasmani, secara menyeluruh dan
  seimbang.
   Perubahan aktiviti budaya sekolah yang kondusif untuk
  memupuk nilai-nilai murni dalam jiwa pelajar.
   Perubahan iklim sekolah yang kondusif untuk melahirkan pelajar-
  pelajar yang mencintakan ilmu dan seterusnya membentuk
  budaya membaca di kalangan mereka.

  Maka, berpandukan senarai implikasi di atas, beberapa cadangan
  relevan boleh dipertimbangkan :

1. Bilik komputer – dilengkapi dengan segala perkakasan yang
   berkaitan dengan ICT.
   Supaya murid-murid dapat meningkatkan dan menambah ilmu
   mereka terhadap ICT.
   Membeli peluang kepada murid untuk mengetahui tentang
   kepentingan ICT dalam dunia sekarang.
2. Padang/ gymnasium – murid-murid boleh menjalankan aktiviti
   sukan tidak kira hujan atau tidak .
    Murid-murid boleh menjalankan aktiviti mereka dengan selamat.
   Mengisi masa lapang.
3. Pusat sumber – dipenuhi dengan segala buku tidak kira berkaitan
   dengan pelajaran atau tidak.
Murid-murid boleh mendapat segala maklumat yang berkaitan
   dengan kerja rumah atau luar.
   Buku lain yang dapat menimba ilmu pengetahuan murid-murid.
4. Projector – guru boleh memaparkan benda lain seperti video,
   gambar-gambar yang berkaitan dengan P&P supaya terikat
   dengan cara yang tradisional iaitu guru hanya bercakap dan
   pmurid-murid hanya meyerapkan apa yang diajar oleh cikgu.

  Implikasi Falsafah Pendidikan Guru :Perana Guru sebagai
  Pendidik

1. Guru hendaklah melengkapkan diri dengan pengetahuan am dan
   pengetahuan dalam mata pelajran, khasnya mata pelajaran
   KBSR, serta pengetahuan ikhtisas keguruan.
2. Mengamalkan pengajaran dan pembelajaran selaras dengan
   hasrat Falsafah Pendidikan Guru, khasnya mengembangkan
   individu dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu,
   demokratik, progresif dan berdisiplin.
3. Menyemai dan memupuk amalan nilai-nilai murni dan etika
   keguruan kepada diri dan pelajar selaras dengan tuntutan
   Falsafah Pendidikan Guru.
4. Menyempurnakan tanggungjawab dan akauntabiliti sebagai
   insane guru yang sentiasa mencari ilmu serta mengamalkannya
   bagi memenuhi tuntutan keperluan pendidikan dan masa depan.
5. Menggunakan ilmu dan kemahiran mendidik serta nilai keguruan
   untuk merangsang perkembangan pelajar.

More Related Content

What's hot

PERBANDINGAN ANTARA TEORI PERKEMBANGAN KOGNITIF JEAN PIAGET DAN LEV VYGOTSKY
PERBANDINGAN ANTARA TEORI PERKEMBANGAN KOGNITIF JEAN PIAGET DAN LEV VYGOTSKYPERBANDINGAN ANTARA TEORI PERKEMBANGAN KOGNITIF JEAN PIAGET DAN LEV VYGOTSKY
PERBANDINGAN ANTARA TEORI PERKEMBANGAN KOGNITIF JEAN PIAGET DAN LEV VYGOTSKYSanta Barbara
 
Psikologi perkembangan dan pembelajaran
Psikologi perkembangan dan pembelajaranPsikologi perkembangan dan pembelajaran
Psikologi perkembangan dan pembelajaranNOR HIDAYAH
 
implikasi terhadap perkembangan pendidikan di malaysia
implikasi terhadap perkembangan pendidikan di malaysiaimplikasi terhadap perkembangan pendidikan di malaysia
implikasi terhadap perkembangan pendidikan di malaysiaDhashink
 
Toeri persatuan & ciri ciri persatuan
Toeri persatuan & ciri ciri persatuanToeri persatuan & ciri ciri persatuan
Toeri persatuan & ciri ciri persatuanHafeez Ismail
 
Guru berjiwa pendidik
Guru berjiwa pendidikGuru berjiwa pendidik
Guru berjiwa pendidikROYALBERTM
 
Pengajian kurikulum model kurikulum
Pengajian kurikulum model kurikulumPengajian kurikulum model kurikulum
Pengajian kurikulum model kurikulumNoradilah Hj Nain
 
Permuafakatan sekolah dan komuniti
Permuafakatan sekolah dan komuniti Permuafakatan sekolah dan komuniti
Permuafakatan sekolah dan komuniti wan salleh
 
Akauntabiliti guru
Akauntabiliti guruAkauntabiliti guru
Akauntabiliti guruibnussomad
 
EDUP3103 : TEORI KECERDASAN EMOSI DANIEL GOLEMAN.pdf
EDUP3103 : TEORI KECERDASAN EMOSI DANIEL GOLEMAN.pdfEDUP3103 : TEORI KECERDASAN EMOSI DANIEL GOLEMAN.pdf
EDUP3103 : TEORI KECERDASAN EMOSI DANIEL GOLEMAN.pdfPISMPBM20622AinNajwa
 
Esei: Peranan Guru Merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) di Sek...
Esei: Peranan Guru Merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) di Sek...Esei: Peranan Guru Merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) di Sek...
Esei: Peranan Guru Merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) di Sek...Atifah Ruzana Abd Wahab
 
Konseptual pendidikan guru
Konseptual pendidikan guruKonseptual pendidikan guru
Konseptual pendidikan guruRudy Jemain Rj
 
Perbandingan sistem pendidikan sebelum dan selepas merdeka
Perbandingan sistem pendidikan sebelum dan selepas merdekaPerbandingan sistem pendidikan sebelum dan selepas merdeka
Perbandingan sistem pendidikan sebelum dan selepas merdekaNurul Nazirah Zaidin
 
EDUP3023 Perkembangan Kanak-kanak: Faktor yang Mempengaruhi Perkembangan Kana...
EDUP3023 Perkembangan Kanak-kanak: Faktor yang Mempengaruhi Perkembangan Kana...EDUP3023 Perkembangan Kanak-kanak: Faktor yang Mempengaruhi Perkembangan Kana...
EDUP3023 Perkembangan Kanak-kanak: Faktor yang Mempengaruhi Perkembangan Kana...Atifah Ruzana Abd Wahab
 
Analisis perkaitan antara fpk dengan fp islam, timur dan barat
Analisis perkaitan antara fpk dengan fp islam, timur dan baratAnalisis perkaitan antara fpk dengan fp islam, timur dan barat
Analisis perkaitan antara fpk dengan fp islam, timur dan baratYogeswary Ramuchandran
 
Implikasi falsafah pendidikan barat kepada falsafah pendidikan kebangsaan
Implikasi falsafah pendidikan barat kepada falsafah pendidikan kebangsaanImplikasi falsafah pendidikan barat kepada falsafah pendidikan kebangsaan
Implikasi falsafah pendidikan barat kepada falsafah pendidikan kebangsaanAinna Gempak II
 
Bab 4 Konsep asas falsafah pendidikan
Bab 4 Konsep asas falsafah pendidikanBab 4 Konsep asas falsafah pendidikan
Bab 4 Konsep asas falsafah pendidikanVince Here
 
Ciri ciri dan kualiti guru yg profesional
Ciri ciri dan kualiti guru yg profesionalCiri ciri dan kualiti guru yg profesional
Ciri ciri dan kualiti guru yg profesionalawin awin
 
EDU 3101 Falsafah Pendidikan di Malaysia
EDU 3101 Falsafah  Pendidikan di Malaysia EDU 3101 Falsafah  Pendidikan di Malaysia
EDU 3101 Falsafah Pendidikan di Malaysia Stephanie Unsil
 

What's hot (20)

PERBANDINGAN ANTARA TEORI PERKEMBANGAN KOGNITIF JEAN PIAGET DAN LEV VYGOTSKY
PERBANDINGAN ANTARA TEORI PERKEMBANGAN KOGNITIF JEAN PIAGET DAN LEV VYGOTSKYPERBANDINGAN ANTARA TEORI PERKEMBANGAN KOGNITIF JEAN PIAGET DAN LEV VYGOTSKY
PERBANDINGAN ANTARA TEORI PERKEMBANGAN KOGNITIF JEAN PIAGET DAN LEV VYGOTSKY
 
Psikologi perkembangan dan pembelajaran
Psikologi perkembangan dan pembelajaranPsikologi perkembangan dan pembelajaran
Psikologi perkembangan dan pembelajaran
 
implikasi terhadap perkembangan pendidikan di malaysia
implikasi terhadap perkembangan pendidikan di malaysiaimplikasi terhadap perkembangan pendidikan di malaysia
implikasi terhadap perkembangan pendidikan di malaysia
 
Toeri persatuan & ciri ciri persatuan
Toeri persatuan & ciri ciri persatuanToeri persatuan & ciri ciri persatuan
Toeri persatuan & ciri ciri persatuan
 
laporan kabinet
laporan kabinetlaporan kabinet
laporan kabinet
 
Guru berjiwa pendidik
Guru berjiwa pendidikGuru berjiwa pendidik
Guru berjiwa pendidik
 
Pengajian kurikulum model kurikulum
Pengajian kurikulum model kurikulumPengajian kurikulum model kurikulum
Pengajian kurikulum model kurikulum
 
Permuafakatan sekolah dan komuniti
Permuafakatan sekolah dan komuniti Permuafakatan sekolah dan komuniti
Permuafakatan sekolah dan komuniti
 
Akauntabiliti guru
Akauntabiliti guruAkauntabiliti guru
Akauntabiliti guru
 
EDUP3103 : TEORI KECERDASAN EMOSI DANIEL GOLEMAN.pdf
EDUP3103 : TEORI KECERDASAN EMOSI DANIEL GOLEMAN.pdfEDUP3103 : TEORI KECERDASAN EMOSI DANIEL GOLEMAN.pdf
EDUP3103 : TEORI KECERDASAN EMOSI DANIEL GOLEMAN.pdf
 
Esei: Peranan Guru Merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) di Sek...
Esei: Peranan Guru Merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) di Sek...Esei: Peranan Guru Merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) di Sek...
Esei: Peranan Guru Merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) di Sek...
 
Konseptual pendidikan guru
Konseptual pendidikan guruKonseptual pendidikan guru
Konseptual pendidikan guru
 
Perbandingan sistem pendidikan sebelum dan selepas merdeka
Perbandingan sistem pendidikan sebelum dan selepas merdekaPerbandingan sistem pendidikan sebelum dan selepas merdeka
Perbandingan sistem pendidikan sebelum dan selepas merdeka
 
EDUP3023 Perkembangan Kanak-kanak: Faktor yang Mempengaruhi Perkembangan Kana...
EDUP3023 Perkembangan Kanak-kanak: Faktor yang Mempengaruhi Perkembangan Kana...EDUP3023 Perkembangan Kanak-kanak: Faktor yang Mempengaruhi Perkembangan Kana...
EDUP3023 Perkembangan Kanak-kanak: Faktor yang Mempengaruhi Perkembangan Kana...
 
Analisis perkaitan antara fpk dengan fp islam, timur dan barat
Analisis perkaitan antara fpk dengan fp islam, timur dan baratAnalisis perkaitan antara fpk dengan fp islam, timur dan barat
Analisis perkaitan antara fpk dengan fp islam, timur dan barat
 
Kecerdasan Pelbagai
Kecerdasan PelbagaiKecerdasan Pelbagai
Kecerdasan Pelbagai
 
Implikasi falsafah pendidikan barat kepada falsafah pendidikan kebangsaan
Implikasi falsafah pendidikan barat kepada falsafah pendidikan kebangsaanImplikasi falsafah pendidikan barat kepada falsafah pendidikan kebangsaan
Implikasi falsafah pendidikan barat kepada falsafah pendidikan kebangsaan
 
Bab 4 Konsep asas falsafah pendidikan
Bab 4 Konsep asas falsafah pendidikanBab 4 Konsep asas falsafah pendidikan
Bab 4 Konsep asas falsafah pendidikan
 
Ciri ciri dan kualiti guru yg profesional
Ciri ciri dan kualiti guru yg profesionalCiri ciri dan kualiti guru yg profesional
Ciri ciri dan kualiti guru yg profesional
 
EDU 3101 Falsafah Pendidikan di Malaysia
EDU 3101 Falsafah  Pendidikan di Malaysia EDU 3101 Falsafah  Pendidikan di Malaysia
EDU 3101 Falsafah Pendidikan di Malaysia
 

Similar to FPK-FPG

AKSI NYATA PAK AMIR.pdf
AKSI NYATA PAK AMIR.pdfAKSI NYATA PAK AMIR.pdf
AKSI NYATA PAK AMIR.pdfIsalIsal3
 
Kelebihan dan kelemahan antara ktsp
Kelebihan dan kelemahan antara ktspKelebihan dan kelemahan antara ktsp
Kelebihan dan kelemahan antara ktspYusuf Sihite
 
Peranan-guru dalam pembentukan Kurikulum.ppt
Peranan-guru dalam pembentukan Kurikulum.pptPeranan-guru dalam pembentukan Kurikulum.ppt
Peranan-guru dalam pembentukan Kurikulum.pptZOLKEPLEBINIBRAHIMIP1
 
Falsafah pendidikan kebangsaan 2
Falsafah pendidikan kebangsaan 2Falsafah pendidikan kebangsaan 2
Falsafah pendidikan kebangsaan 2Azeera Aliudin
 
7. Cabaran Profesion Keguruan
7. Cabaran Profesion Keguruan7. Cabaran Profesion Keguruan
7. Cabaran Profesion KeguruanArthur Jupong
 
Tugas kurikulum Pembelajaran
Tugas kurikulum PembelajaranTugas kurikulum Pembelajaran
Tugas kurikulum Pembelajaranpidiani
 
Kurikulum Pembelajaran
Kurikulum PembelajaranKurikulum Pembelajaran
Kurikulum Pembelajaranpidiani
 
Materi Hari ke-1 Implementasi Kurikulum Merdeka.pdf
Materi Hari ke-1 Implementasi Kurikulum Merdeka.pdfMateri Hari ke-1 Implementasi Kurikulum Merdeka.pdf
Materi Hari ke-1 Implementasi Kurikulum Merdeka.pdfHasanBasri321358
 
Peranan-guru dalam pembentukan Kurikulum.ppt
Peranan-guru dalam pembentukan Kurikulum.pptPeranan-guru dalam pembentukan Kurikulum.ppt
Peranan-guru dalam pembentukan Kurikulum.pptZOLKEPLEBINIBRAHIMIP1
 
1. Refleksi Pembelajaran Paradigma Baru.pptx
1. Refleksi Pembelajaran Paradigma Baru.pptx1. Refleksi Pembelajaran Paradigma Baru.pptx
1. Refleksi Pembelajaran Paradigma Baru.pptxsyahrial16
 
Maksud kurikulum
Maksud kurikulumMaksud kurikulum
Maksud kurikulumshahrul93
 
33462415PEMBELAJARANPARADIGMABARU.pptx
33462415PEMBELAJARANPARADIGMABARU.pptx33462415PEMBELAJARANPARADIGMABARU.pptx
33462415PEMBELAJARANPARADIGMABARU.pptxzaidmunandar1
 
AKSI NYATA KURIKULUM MERDEKA_MASHURI, S.E., Gr..pdf
AKSI NYATA KURIKULUM MERDEKA_MASHURI, S.E., Gr..pdfAKSI NYATA KURIKULUM MERDEKA_MASHURI, S.E., Gr..pdf
AKSI NYATA KURIKULUM MERDEKA_MASHURI, S.E., Gr..pdfmashuribd
 
IMPLEMENTASI KURIKULUM MERDEKA-SD_SMP_SMA_SMK.pptx
IMPLEMENTASI KURIKULUM MERDEKA-SD_SMP_SMA_SMK.pptxIMPLEMENTASI KURIKULUM MERDEKA-SD_SMP_SMA_SMK.pptx
IMPLEMENTASI KURIKULUM MERDEKA-SD_SMP_SMA_SMK.pptxNitaGustina1
 

Similar to FPK-FPG (20)

PARADIGMA BARU KURIKULUM
PARADIGMA BARU KURIKULUMPARADIGMA BARU KURIKULUM
PARADIGMA BARU KURIKULUM
 
AKSI NYATA PAK AMIR.pdf
AKSI NYATA PAK AMIR.pdfAKSI NYATA PAK AMIR.pdf
AKSI NYATA PAK AMIR.pdf
 
Paradigma Baru Alur Pengembangan Kurikulum Merdeka.pptx
Paradigma Baru Alur Pengembangan Kurikulum Merdeka.pptxParadigma Baru Alur Pengembangan Kurikulum Merdeka.pptx
Paradigma Baru Alur Pengembangan Kurikulum Merdeka.pptx
 
Kelebihan dan kelemahan antara ktsp
Kelebihan dan kelemahan antara ktspKelebihan dan kelemahan antara ktsp
Kelebihan dan kelemahan antara ktsp
 
Peranan-guru dalam pembentukan Kurikulum.ppt
Peranan-guru dalam pembentukan Kurikulum.pptPeranan-guru dalam pembentukan Kurikulum.ppt
Peranan-guru dalam pembentukan Kurikulum.ppt
 
Falsafah pendidikan kebangsaan 2
Falsafah pendidikan kebangsaan 2Falsafah pendidikan kebangsaan 2
Falsafah pendidikan kebangsaan 2
 
7. Cabaran Profesion Keguruan
7. Cabaran Profesion Keguruan7. Cabaran Profesion Keguruan
7. Cabaran Profesion Keguruan
 
Pengenalan
PengenalanPengenalan
Pengenalan
 
Tugas kurikulum Pembelajaran
Tugas kurikulum PembelajaranTugas kurikulum Pembelajaran
Tugas kurikulum Pembelajaran
 
Kurikulum Pembelajaran
Kurikulum PembelajaranKurikulum Pembelajaran
Kurikulum Pembelajaran
 
Materi Hari ke-1 Implementasi Kurikulum Merdeka.pdf
Materi Hari ke-1 Implementasi Kurikulum Merdeka.pdfMateri Hari ke-1 Implementasi Kurikulum Merdeka.pdf
Materi Hari ke-1 Implementasi Kurikulum Merdeka.pdf
 
Peranan-guru dalam pembentukan Kurikulum.ppt
Peranan-guru dalam pembentukan Kurikulum.pptPeranan-guru dalam pembentukan Kurikulum.ppt
Peranan-guru dalam pembentukan Kurikulum.ppt
 
1. Refleksi Pembelajaran Paradigma Baru.pptx
1. Refleksi Pembelajaran Paradigma Baru.pptx1. Refleksi Pembelajaran Paradigma Baru.pptx
1. Refleksi Pembelajaran Paradigma Baru.pptx
 
Maksud kurikulum
Maksud kurikulumMaksud kurikulum
Maksud kurikulum
 
PARADIGMA BARU.pptx
PARADIGMA BARU.pptxPARADIGMA BARU.pptx
PARADIGMA BARU.pptx
 
33462415PEMBELAJARANPARADIGMABARU.pptx
33462415PEMBELAJARANPARADIGMABARU.pptx33462415PEMBELAJARANPARADIGMABARU.pptx
33462415PEMBELAJARANPARADIGMABARU.pptx
 
AKSI NYATA KURIKULUM MERDEKA_MASHURI, S.E., Gr..pdf
AKSI NYATA KURIKULUM MERDEKA_MASHURI, S.E., Gr..pdfAKSI NYATA KURIKULUM MERDEKA_MASHURI, S.E., Gr..pdf
AKSI NYATA KURIKULUM MERDEKA_MASHURI, S.E., Gr..pdf
 
IMPLEMENTASI KURIKULUM MERDEKA-SD_SMP_SMA_SMK.pptx
IMPLEMENTASI KURIKULUM MERDEKA-SD_SMP_SMA_SMK.pptxIMPLEMENTASI KURIKULUM MERDEKA-SD_SMP_SMA_SMK.pptx
IMPLEMENTASI KURIKULUM MERDEKA-SD_SMP_SMA_SMK.pptx
 
Eml411
Eml411Eml411
Eml411
 
Eml411
Eml411Eml411
Eml411
 

More from Megala Silva Raju (20)

PN. MARINA BUKU PROGRAM MAJLIS PERSARAAN.pptx
PN. MARINA BUKU PROGRAM MAJLIS PERSARAAN.pptxPN. MARINA BUKU PROGRAM MAJLIS PERSARAAN.pptx
PN. MARINA BUKU PROGRAM MAJLIS PERSARAAN.pptx
 
MODUL GEO TING 1.pptx
MODUL GEO TING 1.pptxMODUL GEO TING 1.pptx
MODUL GEO TING 1.pptx
 
SLAID KAWAD KAKI PRNGKT SEKOLAH.pptx
SLAID KAWAD KAKI PRNGKT SEKOLAH.pptxSLAID KAWAD KAKI PRNGKT SEKOLAH.pptx
SLAID KAWAD KAKI PRNGKT SEKOLAH.pptx
 
Bab 10
Bab 10Bab 10
Bab 10
 
Bab 9
Bab 9Bab 9
Bab 9
 
Bab 8
Bab 8Bab 8
Bab 8
 
Bab 7
Bab 7Bab 7
Bab 7
 
Bab 7-ting-4.ppt
Bab 7-ting-4.pptBab 7-ting-4.ppt
Bab 7-ting-4.ppt
 
Bab 6-ting-4.ppt
Bab 6-ting-4.pptBab 6-ting-4.ppt
Bab 6-ting-4.ppt
 
Bab 6
Bab 6Bab 6
Bab 6
 
Bab 5-ting-4.ppt
Bab 5-ting-4.pptBab 5-ting-4.ppt
Bab 5-ting-4.ppt
 
Bab 5
Bab 5Bab 5
Bab 5
 
Bab 4-ting-4.ppt
Bab 4-ting-4.pptBab 4-ting-4.ppt
Bab 4-ting-4.ppt
 
Bab 4
Bab 4Bab 4
Bab 4
 
Bab3
Bab3Bab3
Bab3
 
Bab 3-ting-4.ppt
Bab 3-ting-4.pptBab 3-ting-4.ppt
Bab 3-ting-4.ppt
 
Bab 2
Bab 2Bab 2
Bab 2
 
Bab 1-ting-4.ppt
Bab 1-ting-4.pptBab 1-ting-4.ppt
Bab 1-ting-4.ppt
 
Bab 1
Bab 1Bab 1
Bab 1
 
Bab 1
Bab 1Bab 1
Bab 1
 

FPK-FPG

  • 1. Implikasi Falsafah Pendidikan Kebangsaan & Falsafah Pendidikan Guru (FPK & FPG) terhadap sistem pendidikan di negara kita. Jika direnung kembali, pengenalan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) telah banyak membawa kesan terhadap sistem pendidikan di negara kita. Implikasi-implikasi dapat dikelaskan seperti berikut: Jika lilihat dari segi implikasi terhadap kurikulum pendidikan, perubahan dalam aspek kurikulum adalah selaras dengan cita- cita dan tujuan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Perubahan ini meliputi: Sukatan pelajaran yang berorientasikan kepada program bersepadu. Bahan-bahan pelajaran yang mengutamakan nilai-nilai murni diserapkan dalam semua mata pelajaran. Program pendidikan yang berorientasikan untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis. Sistem pendidikan yang berorientasikan ke arah pendidikan umum. Sukatan pelajaran yang sesuai untuk melatih kemahiran pelajar dalam bidang vokasional dan teknologi.
  • 2. Untuk melaksanakan kurikulum perubahan ini dengan berkesan, FPK telah membahagikan kurikulum kepada 2 bahagian, iaitu KBSR (Kurikulum Baru Sekolah Rendah) dan KBSM (Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah). Sebelum KBSR adalah KLSR (Kurikulum Lama Sekolah Rendah), tetapi didapati bahawa KLSR mengandungi beberapa kelemahan, iaitu seperti: Isi kandungan sukatan pelajaran kadangkala berulang dan tidak ada kaitan antara mata pelajaran atau antara darjah. Sukatan pelajaran mengandungi butiran yang terlalu banyak. Ini membebankan dan membosankan murid. Guru dan murid selalu terdesak untuk menghabiskan sukatan pelajaran terutama apabila ada peperiksaan. Pengajaran dan pembelajaran selalunya berdasarkan buku teks. Ini menghadkan penggunaan teknik dan bahan pengajaran lain yang lebih menarik dan berkesan. Maka, hal ini adalah tidak sepadan dengan matlamat pendidikan iaitu memperkembangakan individu secara menyeluruh dan menekankan pendidikan dalam bidang 3M. Oleh itu, bagi memcapai matlamat yang ditetapkan dalam FPK, maka KBSR telah wujud dengan perubahan, iaitu menekankan murid- murid supaya mencapai kemahiran dalam 3 bidang asas, iaitu bidang komunikasi, bidang manusia dengan alam sekelilingnya dan bidang perkembangan diri individu sesuai dengan keperluan, minat, bakat, dan kemampuan menta serta kesediaan murid- murid. Disebabkan KLSR yang tidak berkesan terhadap Malaysia, maka KBSR telah dibentuk berasaskan syor-syor yang dicadangkan dalam Laporan Jawatankuasa Kabinet. KBSM dilaksanakan secara sepenuhnya pada tahun 1989 dengan menitiberatkan kehendak individu, negara, dan sarwa
  • 3. sejagat. Pembentukan KBSM telah membolehkan pelajar-pelajar memperkembangkan potensi mereka secara menyeluruh dan seimbang. Aktiviti vokasional telah membolehkan mereka menyumbangkan tenaga untuk keperluan negara dan pembelajaran bahasa asing seperti Bahasa Inggeris yang bertujuan untuk memenuhi kehendak sarwa sejagat. Selain daripada yang tersenaraikan di atas, KBSM juga menekankan bahawa pembentukan KBSM harus berlandaskan aspek-aspek berikut: Kesinambungan daripada KBSR yang berasaskan penguasaan kemahiran 3M, iaitu mengira, membaca dan menulis. Pendidikan yang umum juga merangkumi pendidikan vokasional di antara bidang-bidang elektif sehingga terdiri daripada jurusan akademik dan jurusan vokasional yang dahulunya dibahagikan kepada 3 jenis, iaitu jurusan sastera, jurusan sains dan jurusan teknik. Pendidikan seumur hidup di mana rancangan KBSM membekalkan ilmu pengetahuan dan kemahiran yang boleh menjadi kemahiran asas untuk meneruskan pendidikannya secara berterusan seumur hidup. Dari segi implikasi terhadap pendidik pula, FPK telah membawa perubahan sikap pendidik dan profesionalnya untuk menjalankan tugas sejajar dengan tujuan dan dasar Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Ini meliputi: Perubahan sikap peribadi pendidik sendiri dengan pandangan dan visi yang positif terhadap tugasnya untuk merealisasikan tujuan dan cita-cita Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Perubahan profesional dengan mengubah strategi dan teknik pengajarannya yang sesuai untuk melahirkan insan yang berilmu pengetahuan, berketrampilan serta berakhlak mulia.
  • 4. Seperti yang kita tahu, pendidik iaitu guru adalah ahli masyarakat yang mempunyai tanggungjawab untuk mendidik murid-murid di sekolah. Seorang guru mesti mempunyai pengetahuan yang luas dan mendalam tentang mata pelajaran yang diajar olehnya kepada murid. Selain itu, guru juga perlu menguasai segala kaedah atau cara penyampaian dalam pengajaran supaya murid-murid dapat memahami apa yang disampaikan olehnya. Seorang guru juga perlulah mempunyai sahsiah yang baik dan dapat dihormati serta dicontohi oleh muridnya. Sahsiah yang baik merangkumi tingkah laku dan sikap yang elok, bersabar, bermurah hati dan sentiasa bersifat penyayang. Selain itu, seorang guru juga haruslah mempunyai pandangan dan visi yang positif. Hal ini kerana selain daripada sebagai seorang pendidik, guru juga merupakan penganti ibubapa, penasihat, pembimbing, kaunselor, pengamal dan penyebar nilai kebudayaan serta sebagai teladan kepada murid- murid dan masyarakat. Selain daripada yang tersenarai di atas, seorang guru juga perlu berpengetahuan dan berketrampilan dalam pedagogi dan kandungan mata pelajaran yang diajarnya, di samping menguasai pengetahuan pedagogi pelajar. Cekap melaksanakan kurikulum persekolahan secara berkesan dan bermakna. Mahir menintegrasi Teknologi Maklumat dan Komuniti (ICT) dalam pengajaran dan pembelajaran. Sentiasa mengamalkan nilai-nilai keguruan dan Etika Profesion Keguruan. Menguasai kemahiran komunikasi dan interpersonal. Berdaya tahan dalam menghadapi cabaran profesional dari semasa ke semasa. Melibatkan diri sebagai pengamal refleksi dan budaya penyelidikan dengan secara aktif.
  • 5. Menyanjung tinggi dan menghargai warisan kebudayaan negara yang sesuai dengan ketamadunan dan nilai-niali agama yang dianuti. Dari sudut implikasi terhadap institusi pendidikan, perubahan organisasi sekolah ke arah mewujudkan situasi yang sesuai untuk melahirkan pelajar-pelajar mengikut tujuan dan citi-cita FPK. Ini meliputi: Perubahan kemudahan-kemudahan supaya pelajar-pelajar mendapat peluang mengembangkan potensi mereka dari segi intelek, rohani, emosi, sosial dan jasmani, secara menyeluruh dan seimbang. Perubahan aktiviti budaya sekolah yang kondusif untuk memupuk nilai-nilai murni dalam jiwa pelajar. Perubahan iklim sekolah yang kondusif untuk melahirkan pelajar- pelajar yang mencintakan ilmu dan seterusnya membentuk budaya membaca di kalangan mereka. Maka, berpandukan senarai implikasi di atas, beberapa cadangan relevan boleh dipertimbangkan : 1. Bilik komputer – dilengkapi dengan segala perkakasan yang berkaitan dengan ICT. Supaya murid-murid dapat meningkatkan dan menambah ilmu mereka terhadap ICT. Membeli peluang kepada murid untuk mengetahui tentang kepentingan ICT dalam dunia sekarang. 2. Padang/ gymnasium – murid-murid boleh menjalankan aktiviti sukan tidak kira hujan atau tidak . Murid-murid boleh menjalankan aktiviti mereka dengan selamat. Mengisi masa lapang. 3. Pusat sumber – dipenuhi dengan segala buku tidak kira berkaitan dengan pelajaran atau tidak.
  • 6. Murid-murid boleh mendapat segala maklumat yang berkaitan dengan kerja rumah atau luar. Buku lain yang dapat menimba ilmu pengetahuan murid-murid. 4. Projector – guru boleh memaparkan benda lain seperti video, gambar-gambar yang berkaitan dengan P&P supaya terikat dengan cara yang tradisional iaitu guru hanya bercakap dan pmurid-murid hanya meyerapkan apa yang diajar oleh cikgu. Implikasi Falsafah Pendidikan Guru :Perana Guru sebagai Pendidik 1. Guru hendaklah melengkapkan diri dengan pengetahuan am dan pengetahuan dalam mata pelajran, khasnya mata pelajaran KBSR, serta pengetahuan ikhtisas keguruan. 2. Mengamalkan pengajaran dan pembelajaran selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Guru, khasnya mengembangkan individu dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif dan berdisiplin. 3. Menyemai dan memupuk amalan nilai-nilai murni dan etika keguruan kepada diri dan pelajar selaras dengan tuntutan Falsafah Pendidikan Guru. 4. Menyempurnakan tanggungjawab dan akauntabiliti sebagai insane guru yang sentiasa mencari ilmu serta mengamalkannya bagi memenuhi tuntutan keperluan pendidikan dan masa depan. 5. Menggunakan ilmu dan kemahiran mendidik serta nilai keguruan untuk merangsang perkembangan pelajar.