LMCP 2502
ASAS PENGANGKUTAN BANDAR
LAPORAN BANDAR
ANDA
NAMA : MUHAMMAD NURAZIM BIN ROSLI
NO. MATRIK : A170519
PENSYARAH : PROF. DATO’ IR DR. RIZA ATIQ ABDULLAH
BIN O.K. RAHMAT
SOALAN :
Sediakan dalam bentuk slide berkenaan dengan
pengangkutan di bandar yang anda biasa atau bandar
kampung anda. Anda digalakkan memasukkan gambar-
gambar dan rajah-rajah dalam laporan anda. Muatnaik
(upload) laporan anda ke SlideShare.net dan berikan
pautannya (link) dalam ruang yang disediakan
2
BANDAR KAJANG
Kajang dan kawasan sekitarnya
merupakan sebuah mukim yang
terletak di dalam Daerah Hulu Langat
di Negeri Selangor. Ia terletak lebih
kurang 14 batu di sebelah tenggara
Kuala Lumpur. Dari Kuala Lumpur,
Kajang dihubungi melalui jalan raya
dan jalan keretapi. Kajang juga dapat
dihubungkan dengan Putrajaya, Pusat
Pentadbiran Negara dan Cyberjaya
Bandar Multimedia Negara. Di sebelah
baratnya pula terletak Bandar
Puchong, Batu 3 dan Klang. Pada
dasarnya Kajang terdiri dari beberapa
penempatan Melayu, Cina dan India. 3
PENGANGKUTAN DI
BANDAR KAJANG
5
Kajang merupakan salah satu bandar yang semakin meningkat kemajuan. Pelbagai
pusat membeli belah yang terbina di bandar tersebut seperti MetroPoint, Metro
Kajang dan lain-lain. Bandar ini juga dikelilingi pelbagai pusat pendidikan seperti
UKM, UNIKL, UNITEN dan banyak lagi. Disebabkan ini Bandar Kajang menjadi
salah satu bandar dengan pembangunan yang pesat. Maka, pelbagai
pengangkutan yang disediakan untuk kemudahan pergerakan masyarakat di
kawasan tersebut iaitu :
1. MRT
2. Bas (RapidKL, Bas MRT, Bas SMART Selangor)
3. KTM
4. Teksi
6
MRT
MRT Laluan Sungai Buloh–Kajang
ataupun dahulunya dikenali sebagai
Laluan Kajang , ialah laluan kereta
api alihan laju kesembilan serta
sistem kereta api automatik dan
tanpa pemandu kedua di
kawasan Lembah Klang selepas
Laluan Kelana Jaya. Ia merupakan
sebahagian daripada Sistem Transit
Bersepadu Lembah Klang, di mana
laluan ini menjangkau dari Sungai
Buloh sehingga ke Kajang.
Tambangnya yang murah dan
berpatutan serta menepati masa
memudahkan penggunanya menaiki
pangangkutan ini.
BAS
1) RapidKL
7
• Bas ini juga dipanggil sebagai bas
loncat kerana ia mengelilingi bandar
Kajang dan sering digunakan oleh
penduduk Kajang kerana kadar
bayarannya yang murah.
8
BAS
2) Bas MRT
• Bas ini yang mempunyai stesen
yang bersambung dengan MRT
dapat memudahkan masyarakatnya
untuk bergerak dari satu tempat ke
tempat yang lain. Selain itu, bas ini
juga mempunyai tambang yang
murah dan berpatutan.
9
BAS
3) Bas SMART Selangor
• Bas ini memberikan perkhidmatan
percuma kepada warganegara dan
bayaran RM 1 kepada warga asing.
Bas ini juga turut melakukan
pekhidmatan yang membawa
masyarakat dari luar bandar ke
bandar yang memudahkan
penggunanya.
11
KTM
Stesen keretapi Kajang adalah
stesen keretapi yang terletak
di Kajang, Selangor. Stesen ini
merupakan stesen pertukaran,
dimana satu bahagian menyediakan
perkhidmatan KTM Komuter Laluan
Seremban dan KTM ETS, dan satu
bahagian lagi Laluan MRT Sungai
Buloh-Kajang(SBK). Ini juga dapat
memberikan kemudahan kepada
penggunanya.
12
TEKSI
Teksi juga merupakan salah satu
pengangkutan yang digunakan
sekiranya pengguna mahu pergi
ke suatu tempat yang tidak dilalui
oleh pengangkutan awam yang
lain
13
Kemudahan
Pejalan Kaki
Kemudahan pejalan kaki seperti
jalan beratap hanya terdapat di
tepi-tepi sekolah dan juga di setiap
stesen-stesen pengangkutan awam.
Kemudahan ini masih tidak lagi
meluas di Bandar Kajang itu sendiri.
MASALAH PENGANGKUTAN YANG
DIHADAPI
15
• KESESAKAN JALAN RAYA
• PENCEMARAN UDARA DAN BUNYI
• RISIKO KEMALANGAN JALAN RAYA
• PENGANGKUTAN AWAM YANG KURANG EFISIEN
• KEMUDAHAN UNTUK PEJALAN KAKI DAN PENUNGGANG
BASIKAL YANG TIDAK MELUAS
CADANGAN MENGATASI
MASALAH TERSEBUT
16
• MENINGKATKAN PENGUASAAAN UNDANG-UNDANG YANG
BERKAITAN DENGAN JALAN RAYA
• MELEBARKAN LUAS JALAN RAYA DI KAWASAN YANG SERING
BERLAKU KESESAKAN
• MENGGUNAKAN ALAT SISTEM PENGANGKUTAN PINTAR
UNTUK MEMBANTU MEMANTAU KEAADAAN JALAN RAYA
• MEMASANG PENENANGAN JALAN SEPERTI BONGGOL DI
JALAN YANG SERING BERLAKU KEMALANGAN
• MENINGKATKAN KEMUDAHAN PENGANGKUTAN AKTIF
SEPERTI LALUAN PEJALAN KAKI DAN PENUNGGANG
BASIKAL SERTA TEMPAT PARKIR BASIKAL