2. NABI MUHAMMAD SAW
Berasal daripada keturunan bangsawan
Arab Quraisy
Keturunan bapa dan ibunya bersatu pada datuk
baginda bernama Kilab
3. Dua tahun
(selepas
kelahiran)
SEBELUM KERASULAN
2-4 tahun
4-6 tahun
Baginda dipelihara oleh Halimatus
Sa’diah di perkampungan Bani Sa’ad
yang jauh daripada unsur negatif
Dada baginda dibedah oleh Malaikat
Jibril a.s
Tinggal bersama ibu. Baginda dibawa
melawat kubur bapa baginda di
Mdinah. Ibu baginda meninggal di
Abwa’ dalam perjalanan pulang ke
Mekah
4. SEBELUM KERASULAN
Dipelihara oleh datuk baginda, Abd Mutalib
sehingga datuk baginda meninggal.
Kemudian baginda tinggal Bersama bapa
saudara, Abu Talib
Mengikut Abu Talib sehingga ke Syam. Di
pertengahan jalan Abu Talib mendapat nasihat
daripada Buhaira ar-Rahib ketika di Bandar
Busra, sempadan Syam supaya membawa
pulang Nabi Muhammad saw ke Mekah kerana
bimbang Baginda akan dibunuh oleh orang
Yahudi
6-8 tahun
12 tahun
5. SEBELUM KERASULAN
Baginda Bersama-sama bapa saudara
Baginda menyaksikan ‘Hilful Fudhul’,
iaitu perjanjian untuk membela orang
yang teraniaya dalam perniagaan
20 tahun
Baginda mengembala kambing
bersama-sama dengan saudara susuan
di perkampungan Bani Sa’ad
kemudian di Mekah
6. BERDAGANG KE SYAM (25 tahun)
• Baginda membawa barang dagangan Saidatina
Khadijah ke Syam dengan dibantu oleh
Maisarah. Baginda menjalankan perniagaan
dengan penuh jujur dan amanah. Baginda
membawa pulang keuntungan yang lumayan
berkat ketekunan dan kemahiran baginda
berniaga
7. BERKAHWIN DENGAN
SAIDATINA KHADIJAH (25 tahun)
• Saidatina Khadijah terpikat dengan kemuliaan akhlak
Nabi Muhammad saw. Beliau mewakilkan sahabat yang
bernama Nafisah binti Munabbih untuk menyatakan
hasrat beliau.
• Nabi Muhammad saw menghantar pinangan melalui
bapa saudaranya yang bernama Amru Bin Asad. Hasil
perkahwinan, mereka dikurniakan enam orang cahaya
mata.
8. PERISTIWA PELETAKAN HAJARUL ASWAD
(35 tahun)
Mekah dilanda banjir besar hingga meruntuhkan
dinding Kaabah. Berlaku perebutan antara kabilah
untuk meletakkan semula Hajarul Aswad di penjuru
Kaabah. Nabi Muhammad saw telah menyelesaikan
pertikaian tersebut dengan bijak dan baik serta
disenangi oleh semua pihak
9. SELEPAS KERASULAN (40 tahun)
MENERIMA WAHYU PERTAMA
• Era kerasulan Nabi Muhammad saw bermula ketika baginda
berusia 40 tahun.
• Baginda suka bersendirian di gua Hira’ untuk beribadat dan
memikirkan tentang kaumnya.
• Suatu hari baginda didatangi Malaikat Jibril a.s. Baginda
menerima perintah Allah SWT untuk menjalankan tugas
dakwah dengan gigih dan sabar.
• Dakwah yang disampaikan mendapat sambutan dan ada juga
yang menentang
10. ISRAK & MIKRAJ (51 tahun)
• Kematian isteri baginda Saidatina Khadijah dan
bapa saudara baginda Abu Talib telah membuatkan
baginda berduka cita
• Kedukaan ini terubat apabila baginda dibawa
mengembara menyaksikan tanda-tanda kebesaran
Allah SWT dalam peristiwa Israk Mikraj
11. KRONOLOGI RINGKAS PERISTIWA ISRAK
MIKRAJ
Nabi Muhammad saw dibawa pada waktu malam
dari Masjidil Haram di Mekah ke Masjidil Aqsa di
Palestin
Dalam perjalanan, baginda ditunjukkan dengan
pelbagai gambaran yang akan berlaku kepada
umat baginda
Baginda menjadi imam solat kepada para nabi
di Masjidil Aqsa
Baginda saw dibawa mikraj merentas 7
lapisan langit sehingga ke Sidratul Muntaha
12. Baginda menghadap Allah SWT dan menerima
kefardhuan solat lima waktu
Baginda turun ke Mekah sebelum subuh dan
menceritakan pengalaman Baginda kepada
penduduk Mekah
13. HIJRAH KE MADINAH DAN PEMBENTUKAN
NEGARA ISLAM (53 TAHUN)
• Orang kafir Mekah bertindak menghalang dakwah
Nabi Muhammad saw
• Baginda mendapat perintah Allah SWT untuk
berhijrah
• Di Madinah, Nabi Muhammad saw membina
pemerintahan yang berteraskan wahyu
14. Antara yang dilakukan baginda ialah :
i. Membina masjid Nabawi
ii. Mempersaudarakan Muhajirin dan Ansar
iii. Menggubal Piagam Madinah
Dalam membentuk tamadun yang unggul, Baginda
menghadapi tentangan musuh bersama-sama kaum
Muhajirin dan Ansar dengan semangat juang yang
tinggi.
15. Membina masyarakat bersatu padu mempertahankan
Negara
Membentuk umat yang patuh dan sanggup berkorban
demi kesucian Islam
Menjadikan masjid sebagai pusat pemerintahan dan pusat
kemasyarakatan di samping tempat ibadat
Menjadikan Madinah Negara terunggul dan menjadi
contoh tamadun yang gemilang sehingga dikenali sebagai
al-Madinah al-Munawwarah yang bererti Kota Yang
Bercahaya
JASA RASULULLAH saw
16. Pada waktu dhuha, hari Isnin 12 Rabiul Awal, Tahun 11
Hijrah, di rumah Saidatina Aishah r.a, Baginda saw
dijemput kembali menemui penciptanya
Jasad Baginda yang mulia dimakamkan di rumah
Saidatina Aishah r.a
KEWAFATAN RASULULLAH saw
(63 tahun)