Publicidad

TUGASAN LAPORAN BANDAR ANDA

7 de Feb de 2022
Publicidad

Más contenido relacionado

Publicidad

TUGASAN LAPORAN BANDAR ANDA

  1. LMCP2502 PENGANGKUTAN BANDAR NIK KHAIRUL AZIZI BIN ABDUL GHANI A176491 PROF. DATO’ IR. DR. RIZA ATIQ ABDULLAH BIN ORANG KAYA RAHMAT
  2. SOALAN ⬩ Sediakan dalam bentuk slide berkenaan dengan pengangkutan di bandar yang anda biasa atau bandar kampung anda. Anda digalakkan memasukkan gambar-gambar dan rajah-rajah dalam laporan anda.
  3. BANDAR BARU BANGI 3 ⬩ Bandar Baru Bangi telah dimajukan secara berperingkat-peringkat sejak tahun 1974 yang merangkumi kawasan seluas lebih kurang 2,925 hektar (7,228 ekar). Matlamat utama pembukaan bandar ini ialah:- 1) Untuk menjadikan kawasan BBB sebagai satu pusat pertumbuhan wilayah bagi selatan Lembah Klang. 2) Memberi peluang yang luas kepada Bumiputera dalam kegiatan ekonomi selaras denagn Dasar Pembangunan Negara. 3) Bandar Universiti dan seterusnya pusat kajian sains. ⬩ “BANDAR ILMU” = UKM, IUKL, UNITEN dan berdekatan dengan UPM.
  4. BANDAR BARU BANGI 4 ⬩ Bandar Baru Bangi juga terkenal dengan kedai makan. Terdapat gerai mamak, makanan laut, Malaysia, Thai, Arab serta restoran Jepun. ⬩ Terdapat beberapa pasar malam, pasar raya, pusat membeli-belah dan hotel di bandar ini. ⬩ Bangi Golf resort yang terletak berhampiran seksyen 6 merupakan salah satu resort golf terbesar di negeri Selangor. ⬩ Pusat Bandar Bangi telah dirancang bersama-sama dengan cadangan taman bandar untuk PKNS oleh Peter Verity, urbanis dan arkitek antarabangsa, dan kini menjadi pusat komersial utama bandar baharu Bangi.
  5. PETA BANDAR BARU BANGI Bandar Baru Bangi sempena pekan kecil Bangi yang terletak lebih jauh ke selatan. Ia terletak di antara Kajang dan Putrajaya (dahulu Prang Besar) dan terletak kira-kira 25 km dari ibu kota, Kuala Lumpur. Nama Bandar Baru Bangi biasanya disingkatkan sebagai "BBB". Sehingga kini terdapat 16 bahagian yang dipanggil “Seksyen” di bandar ini.
  6. 6 PENGANGKUTAN PERSENDIRIAN ⬩Kereta ⬩Motorsikal PENGANGKUTAN DI BANDAR BARU BANGI PENGANGKUTAN AWAM ⬩Bas (RapidKL, Bas MRT, Bas Smart Selangor) ⬩Keretapi Tanah Melayu ⬩Teksi dan E-Hailing (Grab Car) PENGANGKUTAN AKTIF ⬩Basikal ⬩Jalan Kaki
  7. KERETA Gambar disebelah menunjukkan pengangkutan persendirian berjenis kereta yang sering dibawa dan digunapakai oleh penduduk di Bandar Baru Bangi. Gambar ini juga diambil disekitar kawasan Bangi Sentral. MOTOSIKAL Penduduk di Bandar Baru Bangi juga menggunakan mototsikal untuk bergerak. Gambar disebelah menunjukkan motorsikal- motorsikal yang diletakkan dikawasan sekitar JAKEL Bandar Baru Bangi.
  8. BAS RAPIDKL Bas ini menawarkan perkhdimatan sebagai bas loncat dengan mengelilingi bandar dan stesen LRT bagi memudahkan menaiki pengangkutan awam dan mengenakan kos tambang yang murah BAS SMART SELANGOR Bas ini memberikan perkhidmatan percuma kepada penumpang yang warganegara dan mengenakan RM1 kepada penumpang yang bukan warga negara. Perkhidmatan bas ini diperkenalkan oleh Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) dan disediakan oleh Kerajaan Negeri Selangor.
  9. BAS MRT Bas MRT ini bersambung ke stesen MRT Kajang. Melalui bas ini, perjalanan masyarakat di Bandar Baru Bangi akan menjadi mudah untuk bergerak dari satu destinasi ke destinasi yang lain. Tambang yang dikenakan juga murah dan berpatutan. KERETAPI TANAH MELAYU (KTM) Keretapi Tanah Melayu (KTM) merupakan salah satu perkhidmatan awam yang sering digunakan oleh masyarakat di Bandar Baru Bangi sejak dahulu lagi. KTM mempunyai stesennya di UKM, Bandar Baru Bangi dan ianya memudahkan urusan perjalanan masyarakat setempat.
  10. TEKSI Teksi merupakan pengangkutan yang boleh membawa penumpangnya kemana sahaja jika penumpang tersebut dalam keadaan yang bersegera. Teksi juga memasuki Kawasan- Kawasan yang tidak dilalui oleh bas dan keretapi. E-HAILING (GRAB CAR) E-hailing seperti Grab Car antara salah satu perkhidmatan awam yang mudah didapati dan sering digunakan oleh penduduk di Bandar Baru Bangi. Bagi menggunakan perkhidmatan ini, pelanggan perlu menempah terlebih dahulu e- hailing.
  11. KEMUDAHAN BERBASIKAL Masyarakat di Bandar Baru Bangi juga menggunakan pengangkutan aktif jenis berbasikal ini. Namun, kemudahan untuk mereka yang berbasikal ini belum dapat disediakan secara meluas. KEMUDAHAN PEJALAN KAKI Kemudahan untuk pejalan kaki masih belum banyak disediakan di sekitar Bandar Baru Bangi. Kemudahan bagi pejalan kaki hanya terdapat pada sebahagian kawasan sahaja
  12. MASALAH PENGANGKUTAN YANG DIHADAPI ⬩ Kesesakan lalu lintas ⬩ Pencemaran udara dan hingar ⬩ Kemalangan jalan raya ⬩ Bilangan pengangkutan awam yang tidak mencukupi ⬩ Kekurangan kemudahan untuk pengangkutan aktif 12
  13. CADANGAN MENGATASI MASALAH PENGANGKUTAN DIBANDAR BARU BANGI ⬩ Meningkatkan penguatkuasaan undang-undang berkaitan jalan raya. ⬩ Menggalakkan pengguna jalan raya berkongsi kenderaan atau menaiki pengangkutan awam. ⬩ Menambah jumlah pengangkutan awam bagi menampung jumlah penumpang. ⬩ Menggunakan alat sistem pengangkutan pintar untuk memantau keadaan lalu lintas jalan raya. ⬩ Meningkatkan kemudahan pengangkutan aktif seperti menyediakan lorong khusus untuk pengguna basikal dan pejalan kaki. 13
  14. SEKIAN, TERIMA KASIH
Publicidad