Apabila anda hendak mengajar kanak-kanak kecil matematik, anda mesti faham bahawa penglihatan mereka belum sempurna. Mereka belum boleh membezakan banyak-banyak objek yang berbeza dalam satu-satu bahan. Oleh itu apabila membuat bahan pengajaran, anda perlu mematuhi perkara-perkara berikut: 1. Bilangan hendaklah digambarkan dalam bentuk bintik-bintik merah. 2. Bintik-bintik merah hendaklah berbentuk bulat sahaja 3. Saiz bentik-bintik merah mesti seragam 4. Kedudukan bintik-bintik merah mesti random, tidak tersusun dan tiada corak 5. Kedudukan bintik-bintik merah mestilah berlainan antara satu slide atau kad dengan yang lain. 6. Slide atau kad hendaklah berwarna putih 7. Tiada objek lain seperti angka atau gambar dalam slide atau kad