SlideShare una empresa de Scribd logo
1 de 7
KANUN PROSEDUR JENAYAH ( AKTA 593 )
Seksyen 1 – Tajuk Ringkas
Akta ini dinamakan sebagai Kanun Prosedur Janayah dan dalam Akta ini
akan disebut sebagai “ Kanun ini “
Seksyen 2 – Tafsiran
Dalam Kanun ini –
“ Aduan “ – Kenyataan ( Aduan ) dibuat secara lisan atau bertulis kepada
Majistret supaya dapat dijalankan tindakan dibawah Kanun in sama ada
mengenali orang tersebut atau tidak yang telah melakukan atau didapati
bersalah atas sesuatu kesalahan.
“ Daerah Polis “ – Mana-mana kawasan yang ditetapkan dibawah Akta
Polis 1967.
“ Denda “ – Sebarang denda, penalti wang atau pelucutan atau pampasan
yang dihukum atas sesuatu sabitan sebarang kesalahan jenayah.
“ Inspektor Polis “ – Inspektor Polis dari sebarang kelas tetapi tidak
termasuk Sub-Inspektor.
“ Kes Saman “ – Suatu kes yang bersabit dengan suatu kesalahan yang
bukannyamenjadi kes waran.
“ Kes Waran “ – Suatu kes yang bersabit dengan suatu kesalahan yang
boleh dihukum mati atau penjara lebih enam bulan.
“ Kesalahan boleh tangkap “ – Suatu kesalahan yang mana pegawai polis
boleh tangkap tanpa waran mengikut ruangan yang ketiga bagi Jadual
Pertama.
“ Kesalahan “ – Sebarang perbuatan atau ketionggalan yang boleh
dihukum
Oleh sebarang undang-undang yang sedang berkuat kuasa.
“ Kesalahan yang boleh di jamin “ – Suatu kesalahan yang ditunjukan
sebagai kesalahan yang boleh dijamin dalam Jadual Pertama Kanun ini
atau yang boleh dijamin oleh mana mana undang-undang yang berkuat
kuasa.
“ Kesalahan tidak boleh ditangkap “ – Suatu kesalahan suatu kes biasanya
pegawai polis tidak boleh menangkap tanpa waran mengikut ruangan
Ketiga bagi Jadual Pertama.
“ Pesalah Muda “ – Mana-mana kanak-kanak telah disabitkan kesalah yang
dihukum denda atau penjara, diputuskan oleh Mahkamah, budak tersebut
adalah berumur lebih daripada sepuluh tahun dan dibawah enam belas
tahun.
Seksyen 11 – Bila orang ramai mesti menolong Majistret, J.P dan Polis
Mana-mana orang mesti menolong Majistret, Jaksa Pendamai, Pegawai
Polis atau penghulu jika mereka itu secara yang munasabah meminta
pertolongan :-
a) Menangkap atau menahan mana-mana orang yang cuba
melepaskan diri dari tangkapan yang sah oleh Majistret, Jaksa
Pendamai, Pegawai polis atau Penghulu.
b) Mencegah mana-mana orang yang cuba memecah keamanan
atau cuba mendatangkan kerosakan pada keretapi, jalan trem,
terusan, limbungan, pelabuhan kapal, telegraf atau harta-harta
awam.
c) Memberhentikan mana-mana orang yang cuba melakukan
rusuhan atau gaduhgempar.
Seksyen 13 – Orang ramai dikehendaki dengan segera memberi
maklumat di atas perkara-perkara yang tertentu :-
a) Mana-mana orang yang cuba melakukan atau sedang melakukan
suatu kesalahan yang boleh dihukum dibawah mana-mana
Seksyen Kanun Keseksaan seperti berikut :-
Seksyen 121, 121A, 121B, 122, 123, 124, 125, 126, 130, 143,
144, 145, 147, 148, 302, 304, 307, 308, 363, 364, 365, 366, 367,
368, 369, 382, 384, 385, 386, 387, 388, 389, 392, 393, 394, 395,
396, 397, 399, 402, 435, 436, 449, 450, 456, 457, 458, 459 &460.
b) Sebarang kematian mengejut tau luar biasa atau kematian
disebabkan perbuatan keganasan atau kematian yang disyaki
atau terjumpa mayat tanpa diketahui sebab-sebab kematiannya.
KANUN PROSEDUR JENAYAH ( AKTA 593 )
Seksyen 15 – Tangkapan, bagaimana dibuat.
1) Pegawai polis atau orang lain – menangkap orang dengan cara
menyentuh atau mengurung badan orang tersebut melainkan
orang tersebut menyerah diri melalui percakapan atau
tingkahlakunya.
2) Jika orang itu melawan dengankekerasan atau cuba lari, maka
pegawai polis boleh menggunakan sebarang langkah yang perlu
untuk melaksanakan tangkapan.
3) Seksyen ini sekali-kali tidak memberi hak untuk menyebabkan
kematian pada seseorang yang tidak dituduh atas kesalahan
yang boleh dihukum mati atau penjara seumur hidup.
Seksyen 16 – Mengeledah tempat yang dimasuki oleh orang hendak
ditangkap.
1) Pegawai Polis atau Penghulu menjalankan waran tangkap,
mempercayai orang yang hendah ditangkap memasuki mana-
mana tempat, maka orang yang berada di tempat tersebut
dikehendaki membenarkan pegawai polis atau penghulu masuk
untuk tujuan pengeledahan.
2) Jika tidak dibenarkan masuk kerana tiada waran tetapi
mempercayai akan memberi peluang pada orang melarikan diri,
maka pegawai atau penghulu boleh memasuki dengan cara
memecahkan mana-mana pintu atau tingkap bagi menjalankan
tangkapan.
Seksyen 19 – Ditegah menahan secara berlebihan dan peraturan
memeriksa perempuan.
1) Orang yang ditangkap tidak tertakluk pada halangan yang
berlebihan daripada difikirkan patut supaya menahan ianya
daripada melarikan diri.
2) Apabila dikehendaki memeriksaseorang perempuan, mestilah
ianya doperiksa seorang perempuan lain, dengan menitikberatkan
kesopanan.
Seksyen 21 – Memeriksa orang kerana hendak mendapatkan nama
Dan tempat tinggal.
Setiap orang yang ditahan dengan sah mengikut undang-undang yang
Disebabkan mabuk, sakit, gila atau kanak-kanan yang tidak berupaya
memberikan maklumat,bolehlah ainya diperiksa untuk menentukan nama
dan tempat tinggalnya.
Seksyen 23 – Bila polis atau penghulu boleh menangkap tanpa waran.
Mana-mana pegawai polis atau peghulu boleh tangkap tanpa waran atau
Perintah daripada Majistret menangkap :-
a) Mana-mana orang yang melakukan mana-mana kesalahan
dibawah undang-undang Malaysia. Sebarang aduan yang
munasabah, maklumat yang munasabah atau wujudnya syak yang
munasabah di mana ada orang yang terlibat dalam melakukan
sebarang kesalahan.
b) Mana-mana orang tanpa alasan yang di percayai memiliki
sebarang perkakas pecah rumah.
c) Mana-mana orang yang ditapsirkan dibawah seksyen 44 –
Melarikan diri dari tangkapan atau waran tangkap.
d) Mana-mana orang disyaki dalam simpanannya barang-barang curi
atau mendapatkan barang tersebut dengan cara menipu.
e) Mana-mana orang cuba menghalan polis dari menjalankan
tugasnya atau orang yang melarikan diri atau cuba melarikan diri.
KANUN PROSEDUR JENAYAH ( AKTA 593 )
f) Mana-mana orang debgan munasabah disyaki lari dari Angkatan
bersenjata Malaysia.
g) Mana-mana orang yang melarikan diri mempunyi niat untuk
melakukan sebarang kesalahan.
h) Mana-mana orang yang tidak mempunyi mata pencarian atau
tidak dapat memberi keterangan minasabah mengenai dirinya.
i) Mana-mana orang yang terkenal sebagai penyamun, pemecah
rumah atau pencuri atau penirima barang-barang curi, memeras
orang dengan cara menakut-nakutkan dengan kecederaan.
j) Mana-mana orang yang memecah keamanan dihadapanya.
k) Mana-mana orang dibawah pemerhatian polis yang tidak
mematuhi kehendak-kehendak seksyen 296.
Seksyen 24 - Kengganan memberi nama dan tempat tinggal.
1) Mana-mana orang di percayai telah melakukan kesalahan dan
apabila diminta oleh polis atau penghulu, enggan memberi nama
dan tempat tinggalnya atau memberi maklumat dipercayai palsu,
maka bolehlah di tangkap dan dalam tempoh 24 jam dikehendaki
dihadapkan didepan Majistret bagi mendapatkan perintah
penahan untuk mendapatkan maklumat.
2) Majistret boleh melepaskan mana-mana orang tersebut diatas
dengan jaminan ( bon ) samada dgn penjamin atau tidak dan
Mejistret boleh juga memerintah orang tersebut ditahan sehingga
di bacarakan.
3) Pegawai Polis tidak kurang pangkat Inspektor boleh memberi
jamin ( bon ) dengan penjamin atau tidak supaya hadir di
mahkamah.
Seksyen 25 - Bagaimanakah tindakan terhadap orang-orang yang
ditangkap oleh Penghulu.
Seorang Penghulu yang menangkap mana-mana orang tanpa waran
dengan cepat menyerahkan orang tersebut kepada mana-mana balai polis
yang berhampiran atau mana-mana pegawai polis dan pegawai polis
tersebut hendaklah menagkap semuala orang tersebut.
Seksyen 27 - Tangkapan oleh orang awam ( Persendirian )
1) Mana-mana orang awam boleh menangkap mana-mana orang
yang melakukan kesalahan dihadapanya tanpa waran dan
hendaklah diserahkan ke Balai Polis berhampiran.
2) Pegawai Polis dikehendaki menangkap semula.
3) Tidak memberi nama dan tenpat tinggal atau dipercayai palsu
atau beri tempat tinggal luar Malaysia dipercayai palsu, tindakan
hendak lah mengikut seksyen 44.
4) Jika orang tersebut dipercayai tidak melakukan apa-apa
kesalahan hendaklah dilepaskan segera.
5) Jika mana-mana orang yang ditangkap kerana kesalahan harta
orang lain dan ditangkap oleh tuan punya harta, seperti oleh orang
gaji yang mencuri hendaklan di serahkan segera kepa pegawai
polis untuk mendapatkan maklumat selanjutnya.
6) Jika orang yang hendak ditangkap secara sah menyerang atau
melawan dengan kekerasan boleh di denda sebanyak seratus
ringgit.
Seksyen 28 - Bagaimana tindakan terhadap orang yang telah
ditangkap dan tahanan lebih daripada 24 jam.
1) Mana-mana pegawai polis yang menagkap orang tanpa waran,
dikehendaki dengan cepat membawa orang tersebut dihadapan
Majistret.
2) Pegawai polis tidak boleh menahan seseorang tanpa waran lebih
daripada masa sepatutnya. ( 24 jam )
3) Tempoh masa tidak boleh melebihi dua puluh empat jam tanpa
dikira masa perjalanan ke hadapan Majistret.
KANUN PROSEDUR JENAYAH ( AKTA 593 )
Seksyen 29 – Melepaskan orang yang telah ditangkap.
Majistret atau pegawai polis tidak kurang pangkat Inspektor boleh
melepaskan sesorang yang ditangkap dengan jaminan ( bon ) diri sendiri
atau orang lain.
Seksyen 34. Saman - Bentuk dan penyampaiannya
1) Saman memanggil orang hadir yang dikeluarkan oleh Mahkamah
dengan tulisan dan ditandatangani seperti yang ditetapkan dalam
Akta Mahkamah Kehakiman 1964 atau Mahkamah Rendah 1848
dan hendaklah mempunyi meterai Mahkamah.
2) Saman biasanya disampaikan oleh pegawai polis tetapi jika
difikirkan patut oleh Mahkamah menyuruh mana-mana orang lain
menjalankanya.
Seksyen 35 – Bagaimana menyampaikan saman.
• Saman diserahkan kepada orang kena saman itu sendiri, tunjukan
saman asal dan serahkan salinan saman yang dimeterai
Mahkamah.
• Orang yang terima saman dikehendaki menandatangani
dibelakang saman yang asal tujuan pengesahan menerima
saman.
• Jika Perbadanan/Syarikat, maka saman diserahkan kepada
setiausaha atau mana-mana pegawai perbadanan/syarikat
tersebut.
• Jika tidak dijumpai, salinan saman boleh di serah pada mana-
mana orang dewasa ahli keluarga atau orang gaji yang tinggal
bersama.
Seksyen 38 – Waran – Bentuknya.
1) Waran yang dikeluarkan oleh Mahkamah secara bertulis dan
ditandatangani sebagai dinyatakan didalam Akta Mahkamah
Kehakiman 1964 atau Akta Mahkamah Rendah 1948 dan di
meterai Mahkamah.
2) Waran itu akan berkuat kuasa sehingga ia dibatalkan oleh
Mahkamah yang mengeluarkanya atau sehingga di
laksanakannya.
Seksyen 44 – Proklamasi mengenai orang yang melarikan diri.
• Jika waran yang dikeluarkan oleh Mahkamah yang tidak dapat di
serahkan kerana orang tersebut melarikan/menyembunyikan diri,
pihak Mahkamah boleh menghebahkan suatu proklamasi bertulis
berkehendakan orang itu hadir ditempat dan masa yang
ditetapkan tidak lebih tiga puluh hari dari tarikh proklamasi
dikeluarkan.
• Proklamasi itu hendaklah disiarkan seperti berikut:-
a) Dibacakan dihadapan orang ramai ditempat yang jelas
( tumpuan ) sama ada di bandar, pekan atau kampung.
b) Ditampal di mana-mana bahagian rumah atau tempat lain yang
mudah dilihat oleh orang sama ada di bandar, pekan atau
kampung.
c) Satu salinan ditampal di Mahkamah.
3) Satu penyataan bertulis dari Mahkamah menyatakan proklamasi
telah di siarkandan menajdi keterangan muktamad.
KANUN PROSEDUR JENAYAH ( AKTA 593 )
Seksyen 83 – Siapa ynag boleh memerintah perhimpunan yang
menyalahi undang-undang untuk bersurai.
Seorang Majistret, pegawai polis yang di wartakan, pegawai polis tidak
Rendah pangkatnya dari Inspektor atau ketua balai polis berkuatkuasa
memerintah mana-mana perhimpunan yang menyalahi undang-undang
yang mengandungi lima orang atau lebih yang berkemungkinan
menggangu ketenteraman awam supaya bersurai.
Seksyen 84 – Menggunakan kekerasan untuk menyuraikan
perhimpunan yang menyalahi undang-undang.
Sebarang perhimpunan yang menyalahi undang-undang diperintah
bersurai
di bawah seksyen 83 atau 5 Akta Ketenteraman Awam ( Pemeliharaan )
1958 dan tidak bersurai atau menunjukan sikap tidak mahu bersurai, mana
mana pegawai polis atau ahli tentera atau mana-mana orang yang
membantu pegawai polis boleh mengambil langkah-langkah yang perlu
bagi menyuraikan perhimpunan tersebut dan menangkap mereka, jika ada
yang menentang, bolehlah digunakan kekerasan yang difikirkan perlu untuk
Mengatasi penentangan dan pegawai polis tidak bertanggung jawab keatas
mana-mana prosiding jenayah atau sivil bagi menggunakan kekerasan
sehingga menyebabkan mudarat atau kematian kepada mana-mana orang
atau kerosakan kepada mana-mana harta.
Seksyen 103 - Polis hendak lah mencegah kesalah boleh tangkap.
Mana-mana pegawai polis hendaklah menghalang bagi maksud mencegah
Menggunakan cara yang sah bagi mencegah berlakunya apa-apa kesalah
boleh tangkap.
Seksyen 104 – Maklumat mengenai rancangan melakukan kesalahan
boleh tangkap.
Mana-mana pegawai polis yang mendapat maklumat tentang rancangan
Melakukan sebarang kesalahan ynag boleh ditangkap, hendaklah
menyampaikan maklumat itu kepada ketuanya dan kepada mana-mana
pegawai yang menjadi tugasnya mencegah kesalahan berlaku.
Seksyen 105 – Tangkapan bagi mencegah kesalahan boleh tangkap.
Mana-mana pegawai polis yang tahu sesorang hendak melakukan kesalah
yang boleh ditangkap, bolehlah menangkap prang yang merancang tanpa
menanti arahan dari Majistret dan tanpa waran jika nampaknya tiada boleh
dicegah berlakunya itu degan jalan-jalan lain.
Seksyen 106 – Mencegah kerosakan kepada harta awam.
Mana-mana pegawai polis boleh menggunakan kuasanya mencegah
daripada berlakunya sebarang kerosakan terhadap mana-mana harta
awam, sama ada harta itu boleh di alih atau tidak.
KANUN PROSEDUR JENAYAH ( AKTA 593 )
Seksyen 107 – Maklumat mengenai kesalahan.
1) Apabila maklumat diberi secara lisan kepada ketua balai polis
berkenaan kejadian satu-satu kesalahan, ketua balai polis atau
pegawai polis lain yang diarahkan, hendaklah menulis maklumat
itu, kemudian dibacakan semula kepada pemberitahu.
2) Semua maklumat hendaklah dicatatkan di dalam buku laporan
yang disimpan pegawai itu, hendaklah dicatatkan haribulan dan
waktu maklumat diberi, sama ada secara bertulis atau lisan.
Maklumat perlu ditandatangan oleh pemberutahu.
Seksyen 109 – Penyiasatan dalam kes boleh tangkap.
• Jika maklumat mengenai kesalahan yang boleh ditangkap maka
pegawai polis tidak kurang pangkat Sarjan atau ketua balai polis
boleh, tanpa perintah dari Pendakwa Raya menjalankan semua
kuasa mengenai penyiasatan polis dalam kes boleh tangkap.
• Sebarang perbuatan mana-mana pegawai polis didalam kes itu
tidak boleh dipersoalkan pada sebarang peringkat dengan alasan
pegawai itu tidak berkuasa dibawah seksyen ini menggunakan
sebarang kuasa khas penyiasatan polis yang diberi dalam Bab ini.
Seksyen 117 – Prosedur jika penyiasatan tidak selesai dalam tempoh
dua puluh empat jam.
1) Apabila sesorang ditangkap dan ditahan dalam kurungan dan
penyiasatan tidak dapat dihabiskan dalam tempoh 24 jam dan ada
sebab-sebab untuk mempercayai bahawa tuduhan atau maklumat
itu berasas, pegawai polis hendaklah membuat laporan ( Cacatan
harian ) dan dibawa dihadapan Majistret.
2) Apabila mana-mana Majistret dihadapkan orang yang tertuduh
berkuasa untuk menahan orang yang tertuduh tidak lebih lima
belas hari keseluruhanya. Jika ia tiada berkuasa membicarakan
kes itu dan berpendapat tiada faedah ditahan, maka hendaklah
menyuruh hantar ke hadapan Majistret yang berkuasa
membicarakan. Contoh :- Dari Mahkamah Seksyen ke Mahkamah
Tinggi.
3) Seorang Majistret yang memberi kuasa dibawah seksyen ini bagi
menahan mana-mana orang didalam tahanan polis, hendaklah
merekotkan sebab-sebab berbuat demikian.
KANUN PROSEDUR JENAYAH ( AKTA 593 )
Seksyen 275 – Hukuman mati tidak boleh dijatuhkan ke atas
Perempuan mengandung.
Mana-mana perempuan yang disabitkan kesalahan yang boleh dihukum
mati dan didapati sedang mengandung yang disahkan oleh pakar
perubatan lebih dari seorang yang diarahkan mahkamah, jika laporan
menunjukan perempuan itu mengandung, hukuman yang dijatuhkan ke
atasnya ialah penjara seumur hidup sebagai ganti hukuman mati.
Seksyen 289 – Keadaan-keadaan dan orang-orang yang tidak boleh
dihukum sebat.
Hukuman sebat tidak boleh dikenakan secara beransur-ansur dan orang
orang seperti berikut tidak boleh dikenakan hukuman sebat :-
a) Perempuan
b) Lelaki yang dijatukan hukuman mati
c) Lalaki yang mahkamah isytiharkan berumur lebih
daripada lima puluh tahun.
Seksyen 330 – Kewajipan pegawai mengadakan pemeriksaan post
Mortem bagi sesuatu kes.
Sesorang Pegawai Penyiasat jika pendapatnya simati itu mati secara
mengejut atau luar biasa atau oleh keganasan, atau kematian disebabkan
mana-mana perbuatan yang menyelahi undang-undang, hendaklah segera
memberitahu Pegawai Perubatan Kerajaan kecuali didapati mayat itu patut
dilihat oleh Majistret. Mayat tersebut hendaklah segera dibawa ke rumah
sakit Kerajaan yang berhampiran untuk pemeriksaan Post-Mortem oleh
pegawai perubatan kerajaan. Dengan syarat pegawai yang menyiasat
berpuas hati yang kematian itu disebabkan kemalangan, ianya boleh
memerintah mayat itu dikebumikan dengan segera.
Seksyen 388 – Bila orang yang dituduh dengan kesalahan yang tidak
boleh dijamin boleh dilepaskan dengan jaminan.
1) Mana-mana orang yang dituduh diatas mana-mana kesalahan
yang tidak boleh dijamin, dia boleh dilepaskan dengan jaminan oleh Ketua
Polis Daerah atau mahkamah, tetapi tidak boleh dilepaskan sedemikian jika
ada alasan yang cukup untuk mempercayai dia bersalah dan yang boleh
dihukum dengan hukuman mati atau penjara seumur hidup. Mahkamah
boleh mengarahkan mana-mana orang dituduh melakukan kesalahan yang
berumur di bawah enam belas tahun atau man-mana orang perempuan
atau orang sakit atau orang lumpuh dilepaskan dengan jaminan.
2) Mahkamah berpendapat diperingkat penyiasatan dan siasatan
atau perbicaraan, tiada alasan yang cukup bagi mempercayai yang
tertuduh telah melakukan kesalahan yang tidak boleh dijamin, tetapi ada
alasan yang cukup untuk menjalankan siasatan selanjutnya, sementara
menanti siasatan, tertuduh boleh dilepaskan dengan jaminan atau
mengikut
budi bicara pegawai atau mahkamah itu bolehlah menyempurnakan bon
tanpa penjamin supaya dia hadir untuk siasatan.
3) Pegawai atau Mahkamah yang melepaskan mana-mana orang
dengan jamonan hendaklah merekodkan secara bertulis sebab-sebab ia
berbuat demikian.

Más contenido relacionado

La actualidad más candente

Kaedah fiqh
Kaedah fiqhKaedah fiqh
Kaedah fiqhcikmelly
 
Nota kontrak – Pelepasan melalui doktrin kekecewaan
Nota kontrak – Pelepasan melalui doktrin kekecewaanNota kontrak – Pelepasan melalui doktrin kekecewaan
Nota kontrak – Pelepasan melalui doktrin kekecewaansurrenderyourthrone
 
Kursus Asas Siasatan - Laporan Polis Maklumat Pertama (FIR)
Kursus Asas Siasatan - Laporan Polis Maklumat Pertama (FIR)Kursus Asas Siasatan - Laporan Polis Maklumat Pertama (FIR)
Kursus Asas Siasatan - Laporan Polis Maklumat Pertama (FIR)Azman Hj. Ayup
 
20140813054002 topik 7 tatacara mal dan tatacara jenayah di mahkamah syariah
20140813054002 topik 7 tatacara mal dan tatacara jenayah di mahkamah syariah20140813054002 topik 7 tatacara mal dan tatacara jenayah di mahkamah syariah
20140813054002 topik 7 tatacara mal dan tatacara jenayah di mahkamah syariahFadzli Ismail
 
Undang undang
Undang undangUndang undang
Undang undangFAROUQ
 
Komponen utama sistem kerajaan Malaysia
Komponen utama sistem kerajaan MalaysiaKomponen utama sistem kerajaan Malaysia
Komponen utama sistem kerajaan MalaysiaAnisah Musa
 
UNDANG-UNDANG KONTRAK
UNDANG-UNDANG KONTRAKUNDANG-UNDANG KONTRAK
UNDANG-UNDANG KONTRAKCkg Nizam
 
Meor atiqulrahman ishak & yang lain
Meor atiqulrahman ishak & yang lainMeor atiqulrahman ishak & yang lain
Meor atiqulrahman ishak & yang lainazah narowi
 
Isu-isu Kekeluargaan - Poligami
Isu-isu Kekeluargaan - PoligamiIsu-isu Kekeluargaan - Poligami
Isu-isu Kekeluargaan - PoligamiFadhil Ismail
 
Peranan majlis raja raja
Peranan majlis raja rajaPeranan majlis raja raja
Peranan majlis raja rajaamiraaa96
 
Nota Kontrak - Terma vs Representasi
Nota Kontrak - Terma vs RepresentasiNota Kontrak - Terma vs Representasi
Nota Kontrak - Terma vs Representasisurrenderyourthrone
 
Elemen elemen kontrak
Elemen elemen kontrak Elemen elemen kontrak
Elemen elemen kontrak Siti Nordiana
 
Akta senjata berbahaya seksyen 6
Akta senjata berbahaya seksyen 6Akta senjata berbahaya seksyen 6
Akta senjata berbahaya seksyen 6Bangcikazim
 

La actualidad más candente (20)

Kaedah fiqh
Kaedah fiqhKaedah fiqh
Kaedah fiqh
 
Nota kontrak – Pelepasan melalui doktrin kekecewaan
Nota kontrak – Pelepasan melalui doktrin kekecewaanNota kontrak – Pelepasan melalui doktrin kekecewaan
Nota kontrak – Pelepasan melalui doktrin kekecewaan
 
BEBAN DAN DARJAH PEMBUKTIAN
BEBAN DAN DARJAH PEMBUKTIANBEBAN DAN DARJAH PEMBUKTIAN
BEBAN DAN DARJAH PEMBUKTIAN
 
Kursus Asas Siasatan - Laporan Polis Maklumat Pertama (FIR)
Kursus Asas Siasatan - Laporan Polis Maklumat Pertama (FIR)Kursus Asas Siasatan - Laporan Polis Maklumat Pertama (FIR)
Kursus Asas Siasatan - Laporan Polis Maklumat Pertama (FIR)
 
20140813054002 topik 7 tatacara mal dan tatacara jenayah di mahkamah syariah
20140813054002 topik 7 tatacara mal dan tatacara jenayah di mahkamah syariah20140813054002 topik 7 tatacara mal dan tatacara jenayah di mahkamah syariah
20140813054002 topik 7 tatacara mal dan tatacara jenayah di mahkamah syariah
 
Undang undang
Undang undangUndang undang
Undang undang
 
Komponen utama sistem kerajaan Malaysia
Komponen utama sistem kerajaan MalaysiaKomponen utama sistem kerajaan Malaysia
Komponen utama sistem kerajaan Malaysia
 
Undang undang adat
Undang undang adatUndang undang adat
Undang undang adat
 
UNDANG-UNDANG KONTRAK
UNDANG-UNDANG KONTRAKUNDANG-UNDANG KONTRAK
UNDANG-UNDANG KONTRAK
 
Tort - Remedi
Tort - RemediTort - Remedi
Tort - Remedi
 
Meor atiqulrahman ishak & yang lain
Meor atiqulrahman ishak & yang lainMeor atiqulrahman ishak & yang lain
Meor atiqulrahman ishak & yang lain
 
Akta perkongsian 1961 pdf
Akta perkongsian 1961 pdfAkta perkongsian 1961 pdf
Akta perkongsian 1961 pdf
 
Faraq Dalam Perkahwinan
Faraq Dalam PerkahwinanFaraq Dalam Perkahwinan
Faraq Dalam Perkahwinan
 
Isu-isu Kekeluargaan - Poligami
Isu-isu Kekeluargaan - PoligamiIsu-isu Kekeluargaan - Poligami
Isu-isu Kekeluargaan - Poligami
 
Peranan majlis raja raja
Peranan majlis raja rajaPeranan majlis raja raja
Peranan majlis raja raja
 
Nota Kontrak - Terma vs Representasi
Nota Kontrak - Terma vs RepresentasiNota Kontrak - Terma vs Representasi
Nota Kontrak - Terma vs Representasi
 
Elemen elemen kontrak
Elemen elemen kontrak Elemen elemen kontrak
Elemen elemen kontrak
 
Akta senjata berbahaya seksyen 6
Akta senjata berbahaya seksyen 6Akta senjata berbahaya seksyen 6
Akta senjata berbahaya seksyen 6
 
LAND LAW CASES
LAND LAW CASESLAND LAW CASES
LAND LAW CASES
 
Undang undang futsal
Undang undang futsalUndang undang futsal
Undang undang futsal
 

Similar a Kanun Prosedur Jenayah (Akta 593)

LIDIK SIDIK.ppt
LIDIK SIDIK.pptLIDIK SIDIK.ppt
LIDIK SIDIK.pptDirgaGunk
 
1438749080-Modul 8-Tangkapan (Kuasa & Cara Menangkap).pdf
1438749080-Modul 8-Tangkapan (Kuasa & Cara Menangkap).pdf1438749080-Modul 8-Tangkapan (Kuasa & Cara Menangkap).pdf
1438749080-Modul 8-Tangkapan (Kuasa & Cara Menangkap).pdfNazirulMubin68
 
Hbl, dyana anggraini, hapzi ali, tindak pidana pencucian uang, universitas me...
Hbl, dyana anggraini, hapzi ali, tindak pidana pencucian uang, universitas me...Hbl, dyana anggraini, hapzi ali, tindak pidana pencucian uang, universitas me...
Hbl, dyana anggraini, hapzi ali, tindak pidana pencucian uang, universitas me...Dyana Anggraini
 
Hbl 6, dyana anggraini, hapzi ali, tindak pidana pencucian uang, universitas ...
Hbl 6, dyana anggraini, hapzi ali, tindak pidana pencucian uang, universitas ...Hbl 6, dyana anggraini, hapzi ali, tindak pidana pencucian uang, universitas ...
Hbl 6, dyana anggraini, hapzi ali, tindak pidana pencucian uang, universitas ...Dyana Anggraini
 
7 upaya paksa ( penangkapan, penahanan, pengeledahan dan penyitaan);
7 upaya paksa ( penangkapan, penahanan, pengeledahan dan penyitaan);7 upaya paksa ( penangkapan, penahanan, pengeledahan dan penyitaan);
7 upaya paksa ( penangkapan, penahanan, pengeledahan dan penyitaan);GradeAlfonso
 

Similar a Kanun Prosedur Jenayah (Akta 593) (12)

LIDIK SIDIK.ppt
LIDIK SIDIK.pptLIDIK SIDIK.ppt
LIDIK SIDIK.ppt
 
HUKUM ACARA PIDANA.ppt
HUKUM ACARA PIDANA.pptHUKUM ACARA PIDANA.ppt
HUKUM ACARA PIDANA.ppt
 
Alasan penghentian penyidikan
Alasan penghentian penyidikanAlasan penghentian penyidikan
Alasan penghentian penyidikan
 
Alasan penghentian penyidikan
Alasan penghentian penyidikanAlasan penghentian penyidikan
Alasan penghentian penyidikan
 
Tugas hukum pidana
Tugas  hukum pidanaTugas  hukum pidana
Tugas hukum pidana
 
Tugas hukum pidana
Tugas  hukum pidanaTugas  hukum pidana
Tugas hukum pidana
 
Tugas hukum pidana
Tugas  hukum pidanaTugas  hukum pidana
Tugas hukum pidana
 
UPAYA PAKSA
UPAYA PAKSAUPAYA PAKSA
UPAYA PAKSA
 
1438749080-Modul 8-Tangkapan (Kuasa & Cara Menangkap).pdf
1438749080-Modul 8-Tangkapan (Kuasa & Cara Menangkap).pdf1438749080-Modul 8-Tangkapan (Kuasa & Cara Menangkap).pdf
1438749080-Modul 8-Tangkapan (Kuasa & Cara Menangkap).pdf
 
Hbl, dyana anggraini, hapzi ali, tindak pidana pencucian uang, universitas me...
Hbl, dyana anggraini, hapzi ali, tindak pidana pencucian uang, universitas me...Hbl, dyana anggraini, hapzi ali, tindak pidana pencucian uang, universitas me...
Hbl, dyana anggraini, hapzi ali, tindak pidana pencucian uang, universitas me...
 
Hbl 6, dyana anggraini, hapzi ali, tindak pidana pencucian uang, universitas ...
Hbl 6, dyana anggraini, hapzi ali, tindak pidana pencucian uang, universitas ...Hbl 6, dyana anggraini, hapzi ali, tindak pidana pencucian uang, universitas ...
Hbl 6, dyana anggraini, hapzi ali, tindak pidana pencucian uang, universitas ...
 
7 upaya paksa ( penangkapan, penahanan, pengeledahan dan penyitaan);
7 upaya paksa ( penangkapan, penahanan, pengeledahan dan penyitaan);7 upaya paksa ( penangkapan, penahanan, pengeledahan dan penyitaan);
7 upaya paksa ( penangkapan, penahanan, pengeledahan dan penyitaan);
 

Más de NaimAlmashoori

Az-Zahrawi / Abulcasis
Az-Zahrawi / AbulcasisAz-Zahrawi / Abulcasis
Az-Zahrawi / AbulcasisNaimAlmashoori
 
Penentangan rakyat pulau jawa terhadap Belanda
Penentangan rakyat pulau jawa terhadap BelandaPenentangan rakyat pulau jawa terhadap Belanda
Penentangan rakyat pulau jawa terhadap BelandaNaimAlmashoori
 
Shariah - Perempuan yang haram dikahwini
Shariah - Perempuan yang haram dikahwiniShariah - Perempuan yang haram dikahwini
Shariah - Perempuan yang haram dikahwiniNaimAlmashoori
 
Islamic legal maxims- Qawaid Fiqhiyyah
Islamic legal maxims- Qawaid FiqhiyyahIslamic legal maxims- Qawaid Fiqhiyyah
Islamic legal maxims- Qawaid FiqhiyyahNaimAlmashoori
 
The imams of maqasid shariah 5 AH-8 AH
The imams of maqasid shariah 5 AH-8 AHThe imams of maqasid shariah 5 AH-8 AH
The imams of maqasid shariah 5 AH-8 AHNaimAlmashoori
 
Campur tangan British di Myanmar
Campur tangan British di MyanmarCampur tangan British di Myanmar
Campur tangan British di MyanmarNaimAlmashoori
 
School of History - Muslim Historiography
School of History - Muslim HistoriographySchool of History - Muslim Historiography
School of History - Muslim HistoriographyNaimAlmashoori
 
Introduction to Muslim Historiography
Introduction to Muslim HistoriographyIntroduction to Muslim Historiography
Introduction to Muslim HistoriographyNaimAlmashoori
 
Forms - Muslim Historiography
Forms - Muslim HistoriographyForms - Muslim Historiography
Forms - Muslim HistoriographyNaimAlmashoori
 
Nota Sejarah Polis Malaysia
Nota Sejarah Polis MalaysiaNota Sejarah Polis Malaysia
Nota Sejarah Polis MalaysiaNaimAlmashoori
 
Italy Occupation On Libya
Italy Occupation On LibyaItaly Occupation On Libya
Italy Occupation On LibyaNaimAlmashoori
 
Introduction to Usul Fiqh:Ijtihad
Introduction to Usul Fiqh:IjtihadIntroduction to Usul Fiqh:Ijtihad
Introduction to Usul Fiqh:IjtihadNaimAlmashoori
 
Introduction to Usul Fiqh : Amal ahl al-madinah
Introduction to Usul Fiqh : Amal ahl al-madinahIntroduction to Usul Fiqh : Amal ahl al-madinah
Introduction to Usul Fiqh : Amal ahl al-madinahNaimAlmashoori
 
Introduction to Usul Fiqh :Uruf as a source of law
Introduction to Usul Fiqh :Uruf as a source of lawIntroduction to Usul Fiqh :Uruf as a source of law
Introduction to Usul Fiqh :Uruf as a source of lawNaimAlmashoori
 
Introduction to Usul Fiqh :mahkum fih + mahkum alayh
Introduction to Usul Fiqh :mahkum fih + mahkum alayhIntroduction to Usul Fiqh :mahkum fih + mahkum alayh
Introduction to Usul Fiqh :mahkum fih + mahkum alayhNaimAlmashoori
 
Introduction to Usul Fiqh : istihsan
Introduction to Usul Fiqh : istihsanIntroduction to Usul Fiqh : istihsan
Introduction to Usul Fiqh : istihsanNaimAlmashoori
 
Introduction to Usul Fiqh : al hukm al-taklifi 2
Introduction to Usul Fiqh : al hukm al-taklifi 2Introduction to Usul Fiqh : al hukm al-taklifi 2
Introduction to Usul Fiqh : al hukm al-taklifi 2NaimAlmashoori
 
Introduction to Usul Fiqh :hukm taklifi 1
Introduction to Usul Fiqh :hukm taklifi 1Introduction to Usul Fiqh :hukm taklifi 1
Introduction to Usul Fiqh :hukm taklifi 1NaimAlmashoori
 

Más de NaimAlmashoori (20)

Az-Zahrawi / Abulcasis
Az-Zahrawi / AbulcasisAz-Zahrawi / Abulcasis
Az-Zahrawi / Abulcasis
 
Penentangan rakyat pulau jawa terhadap Belanda
Penentangan rakyat pulau jawa terhadap BelandaPenentangan rakyat pulau jawa terhadap Belanda
Penentangan rakyat pulau jawa terhadap Belanda
 
Shariah - Perempuan yang haram dikahwini
Shariah - Perempuan yang haram dikahwiniShariah - Perempuan yang haram dikahwini
Shariah - Perempuan yang haram dikahwini
 
Abu Daud- Hadith
Abu Daud- HadithAbu Daud- Hadith
Abu Daud- Hadith
 
Islamic legal maxims- Qawaid Fiqhiyyah
Islamic legal maxims- Qawaid FiqhiyyahIslamic legal maxims- Qawaid Fiqhiyyah
Islamic legal maxims- Qawaid Fiqhiyyah
 
The imams of maqasid shariah 5 AH-8 AH
The imams of maqasid shariah 5 AH-8 AHThe imams of maqasid shariah 5 AH-8 AH
The imams of maqasid shariah 5 AH-8 AH
 
Campur tangan British di Myanmar
Campur tangan British di MyanmarCampur tangan British di Myanmar
Campur tangan British di Myanmar
 
School of History - Muslim Historiography
School of History - Muslim HistoriographySchool of History - Muslim Historiography
School of History - Muslim Historiography
 
Introduction to Muslim Historiography
Introduction to Muslim HistoriographyIntroduction to Muslim Historiography
Introduction to Muslim Historiography
 
Forms - Muslim Historiography
Forms - Muslim HistoriographyForms - Muslim Historiography
Forms - Muslim Historiography
 
Nota Sejarah Polis Malaysia
Nota Sejarah Polis MalaysiaNota Sejarah Polis Malaysia
Nota Sejarah Polis Malaysia
 
Abu Hamid Al-Gharnati
Abu Hamid Al-GharnatiAbu Hamid Al-Gharnati
Abu Hamid Al-Gharnati
 
Italy Occupation On Libya
Italy Occupation On LibyaItaly Occupation On Libya
Italy Occupation On Libya
 
Introduction to Usul Fiqh:Ijtihad
Introduction to Usul Fiqh:IjtihadIntroduction to Usul Fiqh:Ijtihad
Introduction to Usul Fiqh:Ijtihad
 
Introduction to Usul Fiqh : Amal ahl al-madinah
Introduction to Usul Fiqh : Amal ahl al-madinahIntroduction to Usul Fiqh : Amal ahl al-madinah
Introduction to Usul Fiqh : Amal ahl al-madinah
 
Introduction to Usul Fiqh :Uruf as a source of law
Introduction to Usul Fiqh :Uruf as a source of lawIntroduction to Usul Fiqh :Uruf as a source of law
Introduction to Usul Fiqh :Uruf as a source of law
 
Introduction to Usul Fiqh :mahkum fih + mahkum alayh
Introduction to Usul Fiqh :mahkum fih + mahkum alayhIntroduction to Usul Fiqh :mahkum fih + mahkum alayh
Introduction to Usul Fiqh :mahkum fih + mahkum alayh
 
Introduction to Usul Fiqh : istihsan
Introduction to Usul Fiqh : istihsanIntroduction to Usul Fiqh : istihsan
Introduction to Usul Fiqh : istihsan
 
Introduction to Usul Fiqh : al hukm al-taklifi 2
Introduction to Usul Fiqh : al hukm al-taklifi 2Introduction to Usul Fiqh : al hukm al-taklifi 2
Introduction to Usul Fiqh : al hukm al-taklifi 2
 
Introduction to Usul Fiqh :hukm taklifi 1
Introduction to Usul Fiqh :hukm taklifi 1Introduction to Usul Fiqh :hukm taklifi 1
Introduction to Usul Fiqh :hukm taklifi 1
 

Último

5. HAK DAN KEWAJIBAN JEMAAH indonesia.pdf
5. HAK DAN KEWAJIBAN JEMAAH indonesia.pdf5. HAK DAN KEWAJIBAN JEMAAH indonesia.pdf
5. HAK DAN KEWAJIBAN JEMAAH indonesia.pdfWahyudinST
 
PPT IPS Geografi SMA Kelas X_Bab 5_Atmosfer.pptx_20240214_193530_0000.pdf
PPT IPS Geografi SMA Kelas X_Bab 5_Atmosfer.pptx_20240214_193530_0000.pdfPPT IPS Geografi SMA Kelas X_Bab 5_Atmosfer.pptx_20240214_193530_0000.pdf
PPT IPS Geografi SMA Kelas X_Bab 5_Atmosfer.pptx_20240214_193530_0000.pdfNatasyaA11
 
slide presentation bab 2 sain form 2.pdf
slide presentation bab 2 sain form 2.pdfslide presentation bab 2 sain form 2.pdf
slide presentation bab 2 sain form 2.pdfNURAFIFAHBINTIJAMALU
 
PPT TEKS TANGGAPAN KELAS 7 KURIKUKULM MERDEKA
PPT TEKS TANGGAPAN KELAS 7 KURIKUKULM MERDEKAPPT TEKS TANGGAPAN KELAS 7 KURIKUKULM MERDEKA
PPT TEKS TANGGAPAN KELAS 7 KURIKUKULM MERDEKARenoMardhatillahS
 
SKPM Kualiti @ Sekolah 23 Feb 22222023.pptx
SKPM Kualiti @ Sekolah 23 Feb 22222023.pptxSKPM Kualiti @ Sekolah 23 Feb 22222023.pptx
SKPM Kualiti @ Sekolah 23 Feb 22222023.pptxg66527130
 
adap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptx
adap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptxadap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptx
adap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptxmtsmampunbarub4
 
Modul Ajar Bahasa Indonesia - Menulis Puisi Spontanitas - Fase D.docx
Modul Ajar Bahasa Indonesia - Menulis Puisi Spontanitas - Fase D.docxModul Ajar Bahasa Indonesia - Menulis Puisi Spontanitas - Fase D.docx
Modul Ajar Bahasa Indonesia - Menulis Puisi Spontanitas - Fase D.docxherisriwahyuni
 
Dinamika perwujudan Pancasila sebagai Dasar Negara dan Pandangan Hidup Bangsa
Dinamika perwujudan Pancasila sebagai Dasar Negara dan Pandangan Hidup BangsaDinamika perwujudan Pancasila sebagai Dasar Negara dan Pandangan Hidup Bangsa
Dinamika perwujudan Pancasila sebagai Dasar Negara dan Pandangan Hidup BangsaEzraCalva
 
Teks ucapan Majlis Perpisahan Lambaian Kasih
Teks ucapan Majlis Perpisahan Lambaian KasihTeks ucapan Majlis Perpisahan Lambaian Kasih
Teks ucapan Majlis Perpisahan Lambaian Kasihssuserfcb9e3
 
Materi Kelas Online Ministry Learning Center - Bedah Kitab 1 Tesalonika
Materi Kelas Online Ministry Learning Center - Bedah Kitab 1 TesalonikaMateri Kelas Online Ministry Learning Center - Bedah Kitab 1 Tesalonika
Materi Kelas Online Ministry Learning Center - Bedah Kitab 1 TesalonikaSABDA
 
Catatan di setiap Indikator Fokus Perilaku
Catatan di setiap Indikator Fokus PerilakuCatatan di setiap Indikator Fokus Perilaku
Catatan di setiap Indikator Fokus PerilakuHANHAN164733
 
Edukasi Haji 2023 pembinaan jemaah hajii
Edukasi Haji 2023 pembinaan jemaah hajiiEdukasi Haji 2023 pembinaan jemaah hajii
Edukasi Haji 2023 pembinaan jemaah hajiiIntanHanifah4
 
LATIHAN SOAL SISTEM PENCERNAAN KELAS 11pptx
LATIHAN SOAL SISTEM PENCERNAAN KELAS 11pptxLATIHAN SOAL SISTEM PENCERNAAN KELAS 11pptx
LATIHAN SOAL SISTEM PENCERNAAN KELAS 11pptxnataliadwiasty
 
P_E_R_I_L_A_K_U__K_O_N_S_E_L_O_R__v.1.ppt
P_E_R_I_L_A_K_U__K_O_N_S_E_L_O_R__v.1.pptP_E_R_I_L_A_K_U__K_O_N_S_E_L_O_R__v.1.ppt
P_E_R_I_L_A_K_U__K_O_N_S_E_L_O_R__v.1.pptAfifFikri11
 
1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdf
1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdf1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdf
1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdfShintaNovianti1
 
Pembuktian rumus volume dan luas permukaan bangung ruang Tabung, Limas, Keruc...
Pembuktian rumus volume dan luas permukaan bangung ruang Tabung, Limas, Keruc...Pembuktian rumus volume dan luas permukaan bangung ruang Tabung, Limas, Keruc...
Pembuktian rumus volume dan luas permukaan bangung ruang Tabung, Limas, Keruc...NiswatuzZahroh
 
MTK BAB 5 PENGOLAHAN DATA (Materi 2).pptx
MTK BAB 5 PENGOLAHAN DATA (Materi 2).pptxMTK BAB 5 PENGOLAHAN DATA (Materi 2).pptx
MTK BAB 5 PENGOLAHAN DATA (Materi 2).pptxssuser0239c1
 
AKSI NYATA Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di Kelas (1).pdf
AKSI NYATA Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di Kelas (1).pdfAKSI NYATA Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di Kelas (1).pdf
AKSI NYATA Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di Kelas (1).pdfTaqdirAlfiandi1
 
Modul Ajar Matematika Kelas 2 Fase A Kurikulum Merdeka
Modul Ajar Matematika Kelas 2 Fase A Kurikulum MerdekaModul Ajar Matematika Kelas 2 Fase A Kurikulum Merdeka
Modul Ajar Matematika Kelas 2 Fase A Kurikulum MerdekaAbdiera
 
Teknik Menjawab Kertas P.Moral SPM 2024.pptx
Teknik Menjawab Kertas P.Moral SPM  2024.pptxTeknik Menjawab Kertas P.Moral SPM  2024.pptx
Teknik Menjawab Kertas P.Moral SPM 2024.pptxwongcp2
 

Último (20)

5. HAK DAN KEWAJIBAN JEMAAH indonesia.pdf
5. HAK DAN KEWAJIBAN JEMAAH indonesia.pdf5. HAK DAN KEWAJIBAN JEMAAH indonesia.pdf
5. HAK DAN KEWAJIBAN JEMAAH indonesia.pdf
 
PPT IPS Geografi SMA Kelas X_Bab 5_Atmosfer.pptx_20240214_193530_0000.pdf
PPT IPS Geografi SMA Kelas X_Bab 5_Atmosfer.pptx_20240214_193530_0000.pdfPPT IPS Geografi SMA Kelas X_Bab 5_Atmosfer.pptx_20240214_193530_0000.pdf
PPT IPS Geografi SMA Kelas X_Bab 5_Atmosfer.pptx_20240214_193530_0000.pdf
 
slide presentation bab 2 sain form 2.pdf
slide presentation bab 2 sain form 2.pdfslide presentation bab 2 sain form 2.pdf
slide presentation bab 2 sain form 2.pdf
 
PPT TEKS TANGGAPAN KELAS 7 KURIKUKULM MERDEKA
PPT TEKS TANGGAPAN KELAS 7 KURIKUKULM MERDEKAPPT TEKS TANGGAPAN KELAS 7 KURIKUKULM MERDEKA
PPT TEKS TANGGAPAN KELAS 7 KURIKUKULM MERDEKA
 
SKPM Kualiti @ Sekolah 23 Feb 22222023.pptx
SKPM Kualiti @ Sekolah 23 Feb 22222023.pptxSKPM Kualiti @ Sekolah 23 Feb 22222023.pptx
SKPM Kualiti @ Sekolah 23 Feb 22222023.pptx
 
adap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptx
adap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptxadap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptx
adap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptx
 
Modul Ajar Bahasa Indonesia - Menulis Puisi Spontanitas - Fase D.docx
Modul Ajar Bahasa Indonesia - Menulis Puisi Spontanitas - Fase D.docxModul Ajar Bahasa Indonesia - Menulis Puisi Spontanitas - Fase D.docx
Modul Ajar Bahasa Indonesia - Menulis Puisi Spontanitas - Fase D.docx
 
Dinamika perwujudan Pancasila sebagai Dasar Negara dan Pandangan Hidup Bangsa
Dinamika perwujudan Pancasila sebagai Dasar Negara dan Pandangan Hidup BangsaDinamika perwujudan Pancasila sebagai Dasar Negara dan Pandangan Hidup Bangsa
Dinamika perwujudan Pancasila sebagai Dasar Negara dan Pandangan Hidup Bangsa
 
Teks ucapan Majlis Perpisahan Lambaian Kasih
Teks ucapan Majlis Perpisahan Lambaian KasihTeks ucapan Majlis Perpisahan Lambaian Kasih
Teks ucapan Majlis Perpisahan Lambaian Kasih
 
Materi Kelas Online Ministry Learning Center - Bedah Kitab 1 Tesalonika
Materi Kelas Online Ministry Learning Center - Bedah Kitab 1 TesalonikaMateri Kelas Online Ministry Learning Center - Bedah Kitab 1 Tesalonika
Materi Kelas Online Ministry Learning Center - Bedah Kitab 1 Tesalonika
 
Catatan di setiap Indikator Fokus Perilaku
Catatan di setiap Indikator Fokus PerilakuCatatan di setiap Indikator Fokus Perilaku
Catatan di setiap Indikator Fokus Perilaku
 
Edukasi Haji 2023 pembinaan jemaah hajii
Edukasi Haji 2023 pembinaan jemaah hajiiEdukasi Haji 2023 pembinaan jemaah hajii
Edukasi Haji 2023 pembinaan jemaah hajii
 
LATIHAN SOAL SISTEM PENCERNAAN KELAS 11pptx
LATIHAN SOAL SISTEM PENCERNAAN KELAS 11pptxLATIHAN SOAL SISTEM PENCERNAAN KELAS 11pptx
LATIHAN SOAL SISTEM PENCERNAAN KELAS 11pptx
 
P_E_R_I_L_A_K_U__K_O_N_S_E_L_O_R__v.1.ppt
P_E_R_I_L_A_K_U__K_O_N_S_E_L_O_R__v.1.pptP_E_R_I_L_A_K_U__K_O_N_S_E_L_O_R__v.1.ppt
P_E_R_I_L_A_K_U__K_O_N_S_E_L_O_R__v.1.ppt
 
1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdf
1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdf1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdf
1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdf
 
Pembuktian rumus volume dan luas permukaan bangung ruang Tabung, Limas, Keruc...
Pembuktian rumus volume dan luas permukaan bangung ruang Tabung, Limas, Keruc...Pembuktian rumus volume dan luas permukaan bangung ruang Tabung, Limas, Keruc...
Pembuktian rumus volume dan luas permukaan bangung ruang Tabung, Limas, Keruc...
 
MTK BAB 5 PENGOLAHAN DATA (Materi 2).pptx
MTK BAB 5 PENGOLAHAN DATA (Materi 2).pptxMTK BAB 5 PENGOLAHAN DATA (Materi 2).pptx
MTK BAB 5 PENGOLAHAN DATA (Materi 2).pptx
 
AKSI NYATA Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di Kelas (1).pdf
AKSI NYATA Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di Kelas (1).pdfAKSI NYATA Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di Kelas (1).pdf
AKSI NYATA Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di Kelas (1).pdf
 
Modul Ajar Matematika Kelas 2 Fase A Kurikulum Merdeka
Modul Ajar Matematika Kelas 2 Fase A Kurikulum MerdekaModul Ajar Matematika Kelas 2 Fase A Kurikulum Merdeka
Modul Ajar Matematika Kelas 2 Fase A Kurikulum Merdeka
 
Teknik Menjawab Kertas P.Moral SPM 2024.pptx
Teknik Menjawab Kertas P.Moral SPM  2024.pptxTeknik Menjawab Kertas P.Moral SPM  2024.pptx
Teknik Menjawab Kertas P.Moral SPM 2024.pptx
 

Kanun Prosedur Jenayah (Akta 593)

  • 1. KANUN PROSEDUR JENAYAH ( AKTA 593 ) Seksyen 1 – Tajuk Ringkas Akta ini dinamakan sebagai Kanun Prosedur Janayah dan dalam Akta ini akan disebut sebagai “ Kanun ini “ Seksyen 2 – Tafsiran Dalam Kanun ini – “ Aduan “ – Kenyataan ( Aduan ) dibuat secara lisan atau bertulis kepada Majistret supaya dapat dijalankan tindakan dibawah Kanun in sama ada mengenali orang tersebut atau tidak yang telah melakukan atau didapati bersalah atas sesuatu kesalahan. “ Daerah Polis “ – Mana-mana kawasan yang ditetapkan dibawah Akta Polis 1967. “ Denda “ – Sebarang denda, penalti wang atau pelucutan atau pampasan yang dihukum atas sesuatu sabitan sebarang kesalahan jenayah. “ Inspektor Polis “ – Inspektor Polis dari sebarang kelas tetapi tidak termasuk Sub-Inspektor. “ Kes Saman “ – Suatu kes yang bersabit dengan suatu kesalahan yang bukannyamenjadi kes waran. “ Kes Waran “ – Suatu kes yang bersabit dengan suatu kesalahan yang boleh dihukum mati atau penjara lebih enam bulan. “ Kesalahan boleh tangkap “ – Suatu kesalahan yang mana pegawai polis boleh tangkap tanpa waran mengikut ruangan yang ketiga bagi Jadual Pertama. “ Kesalahan “ – Sebarang perbuatan atau ketionggalan yang boleh dihukum Oleh sebarang undang-undang yang sedang berkuat kuasa. “ Kesalahan yang boleh di jamin “ – Suatu kesalahan yang ditunjukan sebagai kesalahan yang boleh dijamin dalam Jadual Pertama Kanun ini atau yang boleh dijamin oleh mana mana undang-undang yang berkuat kuasa. “ Kesalahan tidak boleh ditangkap “ – Suatu kesalahan suatu kes biasanya pegawai polis tidak boleh menangkap tanpa waran mengikut ruangan Ketiga bagi Jadual Pertama. “ Pesalah Muda “ – Mana-mana kanak-kanak telah disabitkan kesalah yang dihukum denda atau penjara, diputuskan oleh Mahkamah, budak tersebut adalah berumur lebih daripada sepuluh tahun dan dibawah enam belas tahun. Seksyen 11 – Bila orang ramai mesti menolong Majistret, J.P dan Polis Mana-mana orang mesti menolong Majistret, Jaksa Pendamai, Pegawai Polis atau penghulu jika mereka itu secara yang munasabah meminta pertolongan :- a) Menangkap atau menahan mana-mana orang yang cuba melepaskan diri dari tangkapan yang sah oleh Majistret, Jaksa Pendamai, Pegawai polis atau Penghulu. b) Mencegah mana-mana orang yang cuba memecah keamanan atau cuba mendatangkan kerosakan pada keretapi, jalan trem, terusan, limbungan, pelabuhan kapal, telegraf atau harta-harta awam. c) Memberhentikan mana-mana orang yang cuba melakukan rusuhan atau gaduhgempar. Seksyen 13 – Orang ramai dikehendaki dengan segera memberi maklumat di atas perkara-perkara yang tertentu :- a) Mana-mana orang yang cuba melakukan atau sedang melakukan suatu kesalahan yang boleh dihukum dibawah mana-mana Seksyen Kanun Keseksaan seperti berikut :- Seksyen 121, 121A, 121B, 122, 123, 124, 125, 126, 130, 143, 144, 145, 147, 148, 302, 304, 307, 308, 363, 364, 365, 366, 367, 368, 369, 382, 384, 385, 386, 387, 388, 389, 392, 393, 394, 395, 396, 397, 399, 402, 435, 436, 449, 450, 456, 457, 458, 459 &460. b) Sebarang kematian mengejut tau luar biasa atau kematian disebabkan perbuatan keganasan atau kematian yang disyaki atau terjumpa mayat tanpa diketahui sebab-sebab kematiannya.
  • 2. KANUN PROSEDUR JENAYAH ( AKTA 593 ) Seksyen 15 – Tangkapan, bagaimana dibuat. 1) Pegawai polis atau orang lain – menangkap orang dengan cara menyentuh atau mengurung badan orang tersebut melainkan orang tersebut menyerah diri melalui percakapan atau tingkahlakunya. 2) Jika orang itu melawan dengankekerasan atau cuba lari, maka pegawai polis boleh menggunakan sebarang langkah yang perlu untuk melaksanakan tangkapan. 3) Seksyen ini sekali-kali tidak memberi hak untuk menyebabkan kematian pada seseorang yang tidak dituduh atas kesalahan yang boleh dihukum mati atau penjara seumur hidup. Seksyen 16 – Mengeledah tempat yang dimasuki oleh orang hendak ditangkap. 1) Pegawai Polis atau Penghulu menjalankan waran tangkap, mempercayai orang yang hendah ditangkap memasuki mana- mana tempat, maka orang yang berada di tempat tersebut dikehendaki membenarkan pegawai polis atau penghulu masuk untuk tujuan pengeledahan. 2) Jika tidak dibenarkan masuk kerana tiada waran tetapi mempercayai akan memberi peluang pada orang melarikan diri, maka pegawai atau penghulu boleh memasuki dengan cara memecahkan mana-mana pintu atau tingkap bagi menjalankan tangkapan. Seksyen 19 – Ditegah menahan secara berlebihan dan peraturan memeriksa perempuan. 1) Orang yang ditangkap tidak tertakluk pada halangan yang berlebihan daripada difikirkan patut supaya menahan ianya daripada melarikan diri. 2) Apabila dikehendaki memeriksaseorang perempuan, mestilah ianya doperiksa seorang perempuan lain, dengan menitikberatkan kesopanan. Seksyen 21 – Memeriksa orang kerana hendak mendapatkan nama Dan tempat tinggal. Setiap orang yang ditahan dengan sah mengikut undang-undang yang Disebabkan mabuk, sakit, gila atau kanak-kanan yang tidak berupaya memberikan maklumat,bolehlah ainya diperiksa untuk menentukan nama dan tempat tinggalnya. Seksyen 23 – Bila polis atau penghulu boleh menangkap tanpa waran. Mana-mana pegawai polis atau peghulu boleh tangkap tanpa waran atau Perintah daripada Majistret menangkap :- a) Mana-mana orang yang melakukan mana-mana kesalahan dibawah undang-undang Malaysia. Sebarang aduan yang munasabah, maklumat yang munasabah atau wujudnya syak yang munasabah di mana ada orang yang terlibat dalam melakukan sebarang kesalahan. b) Mana-mana orang tanpa alasan yang di percayai memiliki sebarang perkakas pecah rumah. c) Mana-mana orang yang ditapsirkan dibawah seksyen 44 – Melarikan diri dari tangkapan atau waran tangkap. d) Mana-mana orang disyaki dalam simpanannya barang-barang curi atau mendapatkan barang tersebut dengan cara menipu. e) Mana-mana orang cuba menghalan polis dari menjalankan tugasnya atau orang yang melarikan diri atau cuba melarikan diri.
  • 3. KANUN PROSEDUR JENAYAH ( AKTA 593 ) f) Mana-mana orang debgan munasabah disyaki lari dari Angkatan bersenjata Malaysia. g) Mana-mana orang yang melarikan diri mempunyi niat untuk melakukan sebarang kesalahan. h) Mana-mana orang yang tidak mempunyi mata pencarian atau tidak dapat memberi keterangan minasabah mengenai dirinya. i) Mana-mana orang yang terkenal sebagai penyamun, pemecah rumah atau pencuri atau penirima barang-barang curi, memeras orang dengan cara menakut-nakutkan dengan kecederaan. j) Mana-mana orang yang memecah keamanan dihadapanya. k) Mana-mana orang dibawah pemerhatian polis yang tidak mematuhi kehendak-kehendak seksyen 296. Seksyen 24 - Kengganan memberi nama dan tempat tinggal. 1) Mana-mana orang di percayai telah melakukan kesalahan dan apabila diminta oleh polis atau penghulu, enggan memberi nama dan tempat tinggalnya atau memberi maklumat dipercayai palsu, maka bolehlah di tangkap dan dalam tempoh 24 jam dikehendaki dihadapkan didepan Majistret bagi mendapatkan perintah penahan untuk mendapatkan maklumat. 2) Majistret boleh melepaskan mana-mana orang tersebut diatas dengan jaminan ( bon ) samada dgn penjamin atau tidak dan Mejistret boleh juga memerintah orang tersebut ditahan sehingga di bacarakan. 3) Pegawai Polis tidak kurang pangkat Inspektor boleh memberi jamin ( bon ) dengan penjamin atau tidak supaya hadir di mahkamah. Seksyen 25 - Bagaimanakah tindakan terhadap orang-orang yang ditangkap oleh Penghulu. Seorang Penghulu yang menangkap mana-mana orang tanpa waran dengan cepat menyerahkan orang tersebut kepada mana-mana balai polis yang berhampiran atau mana-mana pegawai polis dan pegawai polis tersebut hendaklah menagkap semuala orang tersebut. Seksyen 27 - Tangkapan oleh orang awam ( Persendirian ) 1) Mana-mana orang awam boleh menangkap mana-mana orang yang melakukan kesalahan dihadapanya tanpa waran dan hendaklah diserahkan ke Balai Polis berhampiran. 2) Pegawai Polis dikehendaki menangkap semula. 3) Tidak memberi nama dan tenpat tinggal atau dipercayai palsu atau beri tempat tinggal luar Malaysia dipercayai palsu, tindakan hendak lah mengikut seksyen 44. 4) Jika orang tersebut dipercayai tidak melakukan apa-apa kesalahan hendaklah dilepaskan segera. 5) Jika mana-mana orang yang ditangkap kerana kesalahan harta orang lain dan ditangkap oleh tuan punya harta, seperti oleh orang gaji yang mencuri hendaklan di serahkan segera kepa pegawai polis untuk mendapatkan maklumat selanjutnya. 6) Jika orang yang hendak ditangkap secara sah menyerang atau melawan dengan kekerasan boleh di denda sebanyak seratus ringgit. Seksyen 28 - Bagaimana tindakan terhadap orang yang telah ditangkap dan tahanan lebih daripada 24 jam. 1) Mana-mana pegawai polis yang menagkap orang tanpa waran, dikehendaki dengan cepat membawa orang tersebut dihadapan Majistret. 2) Pegawai polis tidak boleh menahan seseorang tanpa waran lebih daripada masa sepatutnya. ( 24 jam ) 3) Tempoh masa tidak boleh melebihi dua puluh empat jam tanpa dikira masa perjalanan ke hadapan Majistret.
  • 4. KANUN PROSEDUR JENAYAH ( AKTA 593 ) Seksyen 29 – Melepaskan orang yang telah ditangkap. Majistret atau pegawai polis tidak kurang pangkat Inspektor boleh melepaskan sesorang yang ditangkap dengan jaminan ( bon ) diri sendiri atau orang lain. Seksyen 34. Saman - Bentuk dan penyampaiannya 1) Saman memanggil orang hadir yang dikeluarkan oleh Mahkamah dengan tulisan dan ditandatangani seperti yang ditetapkan dalam Akta Mahkamah Kehakiman 1964 atau Mahkamah Rendah 1848 dan hendaklah mempunyi meterai Mahkamah. 2) Saman biasanya disampaikan oleh pegawai polis tetapi jika difikirkan patut oleh Mahkamah menyuruh mana-mana orang lain menjalankanya. Seksyen 35 – Bagaimana menyampaikan saman. • Saman diserahkan kepada orang kena saman itu sendiri, tunjukan saman asal dan serahkan salinan saman yang dimeterai Mahkamah. • Orang yang terima saman dikehendaki menandatangani dibelakang saman yang asal tujuan pengesahan menerima saman. • Jika Perbadanan/Syarikat, maka saman diserahkan kepada setiausaha atau mana-mana pegawai perbadanan/syarikat tersebut. • Jika tidak dijumpai, salinan saman boleh di serah pada mana- mana orang dewasa ahli keluarga atau orang gaji yang tinggal bersama. Seksyen 38 – Waran – Bentuknya. 1) Waran yang dikeluarkan oleh Mahkamah secara bertulis dan ditandatangani sebagai dinyatakan didalam Akta Mahkamah Kehakiman 1964 atau Akta Mahkamah Rendah 1948 dan di meterai Mahkamah. 2) Waran itu akan berkuat kuasa sehingga ia dibatalkan oleh Mahkamah yang mengeluarkanya atau sehingga di laksanakannya. Seksyen 44 – Proklamasi mengenai orang yang melarikan diri. • Jika waran yang dikeluarkan oleh Mahkamah yang tidak dapat di serahkan kerana orang tersebut melarikan/menyembunyikan diri, pihak Mahkamah boleh menghebahkan suatu proklamasi bertulis berkehendakan orang itu hadir ditempat dan masa yang ditetapkan tidak lebih tiga puluh hari dari tarikh proklamasi dikeluarkan. • Proklamasi itu hendaklah disiarkan seperti berikut:- a) Dibacakan dihadapan orang ramai ditempat yang jelas ( tumpuan ) sama ada di bandar, pekan atau kampung. b) Ditampal di mana-mana bahagian rumah atau tempat lain yang mudah dilihat oleh orang sama ada di bandar, pekan atau kampung. c) Satu salinan ditampal di Mahkamah. 3) Satu penyataan bertulis dari Mahkamah menyatakan proklamasi telah di siarkandan menajdi keterangan muktamad.
  • 5. KANUN PROSEDUR JENAYAH ( AKTA 593 ) Seksyen 83 – Siapa ynag boleh memerintah perhimpunan yang menyalahi undang-undang untuk bersurai. Seorang Majistret, pegawai polis yang di wartakan, pegawai polis tidak Rendah pangkatnya dari Inspektor atau ketua balai polis berkuatkuasa memerintah mana-mana perhimpunan yang menyalahi undang-undang yang mengandungi lima orang atau lebih yang berkemungkinan menggangu ketenteraman awam supaya bersurai. Seksyen 84 – Menggunakan kekerasan untuk menyuraikan perhimpunan yang menyalahi undang-undang. Sebarang perhimpunan yang menyalahi undang-undang diperintah bersurai di bawah seksyen 83 atau 5 Akta Ketenteraman Awam ( Pemeliharaan ) 1958 dan tidak bersurai atau menunjukan sikap tidak mahu bersurai, mana mana pegawai polis atau ahli tentera atau mana-mana orang yang membantu pegawai polis boleh mengambil langkah-langkah yang perlu bagi menyuraikan perhimpunan tersebut dan menangkap mereka, jika ada yang menentang, bolehlah digunakan kekerasan yang difikirkan perlu untuk Mengatasi penentangan dan pegawai polis tidak bertanggung jawab keatas mana-mana prosiding jenayah atau sivil bagi menggunakan kekerasan sehingga menyebabkan mudarat atau kematian kepada mana-mana orang atau kerosakan kepada mana-mana harta. Seksyen 103 - Polis hendak lah mencegah kesalah boleh tangkap. Mana-mana pegawai polis hendaklah menghalang bagi maksud mencegah Menggunakan cara yang sah bagi mencegah berlakunya apa-apa kesalah boleh tangkap. Seksyen 104 – Maklumat mengenai rancangan melakukan kesalahan boleh tangkap. Mana-mana pegawai polis yang mendapat maklumat tentang rancangan Melakukan sebarang kesalahan ynag boleh ditangkap, hendaklah menyampaikan maklumat itu kepada ketuanya dan kepada mana-mana pegawai yang menjadi tugasnya mencegah kesalahan berlaku. Seksyen 105 – Tangkapan bagi mencegah kesalahan boleh tangkap. Mana-mana pegawai polis yang tahu sesorang hendak melakukan kesalah yang boleh ditangkap, bolehlah menangkap prang yang merancang tanpa menanti arahan dari Majistret dan tanpa waran jika nampaknya tiada boleh dicegah berlakunya itu degan jalan-jalan lain. Seksyen 106 – Mencegah kerosakan kepada harta awam. Mana-mana pegawai polis boleh menggunakan kuasanya mencegah daripada berlakunya sebarang kerosakan terhadap mana-mana harta awam, sama ada harta itu boleh di alih atau tidak.
  • 6. KANUN PROSEDUR JENAYAH ( AKTA 593 ) Seksyen 107 – Maklumat mengenai kesalahan. 1) Apabila maklumat diberi secara lisan kepada ketua balai polis berkenaan kejadian satu-satu kesalahan, ketua balai polis atau pegawai polis lain yang diarahkan, hendaklah menulis maklumat itu, kemudian dibacakan semula kepada pemberitahu. 2) Semua maklumat hendaklah dicatatkan di dalam buku laporan yang disimpan pegawai itu, hendaklah dicatatkan haribulan dan waktu maklumat diberi, sama ada secara bertulis atau lisan. Maklumat perlu ditandatangan oleh pemberutahu. Seksyen 109 – Penyiasatan dalam kes boleh tangkap. • Jika maklumat mengenai kesalahan yang boleh ditangkap maka pegawai polis tidak kurang pangkat Sarjan atau ketua balai polis boleh, tanpa perintah dari Pendakwa Raya menjalankan semua kuasa mengenai penyiasatan polis dalam kes boleh tangkap. • Sebarang perbuatan mana-mana pegawai polis didalam kes itu tidak boleh dipersoalkan pada sebarang peringkat dengan alasan pegawai itu tidak berkuasa dibawah seksyen ini menggunakan sebarang kuasa khas penyiasatan polis yang diberi dalam Bab ini. Seksyen 117 – Prosedur jika penyiasatan tidak selesai dalam tempoh dua puluh empat jam. 1) Apabila sesorang ditangkap dan ditahan dalam kurungan dan penyiasatan tidak dapat dihabiskan dalam tempoh 24 jam dan ada sebab-sebab untuk mempercayai bahawa tuduhan atau maklumat itu berasas, pegawai polis hendaklah membuat laporan ( Cacatan harian ) dan dibawa dihadapan Majistret. 2) Apabila mana-mana Majistret dihadapkan orang yang tertuduh berkuasa untuk menahan orang yang tertuduh tidak lebih lima belas hari keseluruhanya. Jika ia tiada berkuasa membicarakan kes itu dan berpendapat tiada faedah ditahan, maka hendaklah menyuruh hantar ke hadapan Majistret yang berkuasa membicarakan. Contoh :- Dari Mahkamah Seksyen ke Mahkamah Tinggi. 3) Seorang Majistret yang memberi kuasa dibawah seksyen ini bagi menahan mana-mana orang didalam tahanan polis, hendaklah merekotkan sebab-sebab berbuat demikian.
  • 7. KANUN PROSEDUR JENAYAH ( AKTA 593 ) Seksyen 275 – Hukuman mati tidak boleh dijatuhkan ke atas Perempuan mengandung. Mana-mana perempuan yang disabitkan kesalahan yang boleh dihukum mati dan didapati sedang mengandung yang disahkan oleh pakar perubatan lebih dari seorang yang diarahkan mahkamah, jika laporan menunjukan perempuan itu mengandung, hukuman yang dijatuhkan ke atasnya ialah penjara seumur hidup sebagai ganti hukuman mati. Seksyen 289 – Keadaan-keadaan dan orang-orang yang tidak boleh dihukum sebat. Hukuman sebat tidak boleh dikenakan secara beransur-ansur dan orang orang seperti berikut tidak boleh dikenakan hukuman sebat :- a) Perempuan b) Lelaki yang dijatukan hukuman mati c) Lalaki yang mahkamah isytiharkan berumur lebih daripada lima puluh tahun. Seksyen 330 – Kewajipan pegawai mengadakan pemeriksaan post Mortem bagi sesuatu kes. Sesorang Pegawai Penyiasat jika pendapatnya simati itu mati secara mengejut atau luar biasa atau oleh keganasan, atau kematian disebabkan mana-mana perbuatan yang menyelahi undang-undang, hendaklah segera memberitahu Pegawai Perubatan Kerajaan kecuali didapati mayat itu patut dilihat oleh Majistret. Mayat tersebut hendaklah segera dibawa ke rumah sakit Kerajaan yang berhampiran untuk pemeriksaan Post-Mortem oleh pegawai perubatan kerajaan. Dengan syarat pegawai yang menyiasat berpuas hati yang kematian itu disebabkan kemalangan, ianya boleh memerintah mayat itu dikebumikan dengan segera. Seksyen 388 – Bila orang yang dituduh dengan kesalahan yang tidak boleh dijamin boleh dilepaskan dengan jaminan. 1) Mana-mana orang yang dituduh diatas mana-mana kesalahan yang tidak boleh dijamin, dia boleh dilepaskan dengan jaminan oleh Ketua Polis Daerah atau mahkamah, tetapi tidak boleh dilepaskan sedemikian jika ada alasan yang cukup untuk mempercayai dia bersalah dan yang boleh dihukum dengan hukuman mati atau penjara seumur hidup. Mahkamah boleh mengarahkan mana-mana orang dituduh melakukan kesalahan yang berumur di bawah enam belas tahun atau man-mana orang perempuan atau orang sakit atau orang lumpuh dilepaskan dengan jaminan. 2) Mahkamah berpendapat diperingkat penyiasatan dan siasatan atau perbicaraan, tiada alasan yang cukup bagi mempercayai yang tertuduh telah melakukan kesalahan yang tidak boleh dijamin, tetapi ada alasan yang cukup untuk menjalankan siasatan selanjutnya, sementara menanti siasatan, tertuduh boleh dilepaskan dengan jaminan atau mengikut budi bicara pegawai atau mahkamah itu bolehlah menyempurnakan bon tanpa penjamin supaya dia hadir untuk siasatan. 3) Pegawai atau Mahkamah yang melepaskan mana-mana orang dengan jamonan hendaklah merekodkan secara bertulis sebab-sebab ia berbuat demikian.