Wang HINGGA RM10
Tarikh : 8 September 2011
Masa : 0930 - 1000
Kelas : TAHUN 1
Bilangan pelajar : 31 orang
Mata Pelajaran :...
Langkah-langkah Pembelajaran
1. Murid duduk secara berpasangan. Edarkan set sampel duit syiling kepada setiap
pasangan.
2....
REFLEKSI
KEKUATAN
Dalam sesi pengajaran hari ini , bahan bantu mengajar yang saya sediakan banyak
membantu mencapai objekt...
Wanghinggarm10 3-111211095017-phpapp02
Wanghinggarm10 3-111211095017-phpapp02
Próxima SlideShare
Cargando en…5
×

Wanghinggarm10 3-111211095017-phpapp02

99 visualizaciones

Publicado el

copy

Publicado en: Educación
0 comentarios
0 recomendaciones
Estadísticas
Notas
  • Sé el primero en comentar

  • Sé el primero en recomendar esto

Sin descargas
Visualizaciones
Visualizaciones totales
99
En SlideShare
0
De insertados
0
Número de insertados
4
Acciones
Compartido
0
Descargas
2
Comentarios
0
Recomendaciones
0
Insertados 0
No insertados

No hay notas en la diapositiva.

Wanghinggarm10 3-111211095017-phpapp02

  1. 1. Wang HINGGA RM10 Tarikh : 8 September 2011 Masa : 0930 - 1000 Kelas : TAHUN 1 Bilangan pelajar : 31 orang Mata Pelajaran : Matematik Bidang : Wang Tajuk : Wang Hingga RM10 Standard Kandungan : Murid-murid dibimbing untuk mengenalpasti wang . Standard Pembelajaran : Murid-murid berupaya untuk menukarkan duit syiling sehingga RM1 dan wang kertas sehingga RM10 Objektif pelajaran : Pada akhir sesi pengajaran dan pembelajaran ini, murid-murid dapat : a) menyebut dan menulis nilai wang hingga 10 b) mengenalpasti mata wang Malaysia Pengetahuan Sedia Ada : Murid-murid telah mengenal wang Nilai : Bertanggungjawab dan menghargai Wang. Bahan Bantu Mengajar : Cetakan duit syiling/ wang kertas bersaiz besar/ Sampel duit syiling/wang kertas/ Lembaran aktiviti
  2. 2. Langkah-langkah Pembelajaran 1. Murid duduk secara berpasangan. Edarkan set sampel duit syiling kepada setiap pasangan. 2. Lekatkan cetakan duit syiling dua puluh sen bersaiz besar pada papan tulis. Soal Jawab: Tunjukkan cikgu duit syiling yang sama nilainya dengan saiz dua puluh sen. (Semak jawapan murid dan minta seorang murid melekatkan cetakan duit syiling yang sama nilainya pada papan tulis) 3. Soal jawab: Adakah nilai wang ini…….. (Tunjukkan kepada cetakan duit syiling dua puluh sen tadi) …….. sama nilainya dengan ini? (Tunjukkan kepada cetakan dua keping duit syiling sepuluh sen) Mengapa? (Mereka sepatutnya boleh menyatakan “Sepuluh dan sepuluh jadi dua puluh’) 4. Soal jawab: Siapa ada jawapan lain? (Ulangi soal jawab dalasm langkah 4 bagi kombinasi duit syiling ini) 5. Ulangi langkah 2 hingga 5 dengan memberikan contoh-contoh yang lain. 6. Edarkan Lembaran Aktiviti 7.3 (a) kepada setiap murid. Minta murid berbincang bersama pasangan dan kemudian bincangkan jawapan mereka bersama-sama. Bimbing mereka melihat pelbagai kemungkinan jawapan yang betul. Minta mereka melekatkan lembaran aktiviti tersebut dalam buku latihan.
  3. 3. REFLEKSI KEKUATAN Dalam sesi pengajaran hari ini , bahan bantu mengajar yang saya sediakan banyak membantu mencapai objektif pembelajaran . Murid-murid menunjukkan ketekunan dalam aktiviti menukar wang syiling sehingga RM1 dan juga wang kertas sehingga RM10 . KELEMAHAN Saya sememangnya sudah menjangkakan tajuk ini sangat mencabar keupayaan murid. Bagi murid cerdas , mereka tidak menghadapi masalah dalam tajuk ini . Manakala bagi murid kumpulan sederhana dan lemah , mereka amat bermasalah dalam tajuk sebegini . Keadaan ini sudah diramal dari mula lagi berdasarkan pengalaman saya dari tahun-tahun yang sebelumnya . Di sini , kemahiran seorang guru matematik amat diperlukan dalam mengenalpasti masalah murid dan penyelesaiannya . CARA MENGATASI Dengan menggunakan sampel wang syiling dan wang kertas , murid-murid dibimbing secara kumpulan dalam aktiviti menukar wang ataupun mencari nilai wang setara . Bahan bantu mengajar digunakan secara maksimum untuk memberi penjelasan dan kefahaman kepada murid-murid . Aktiviti yang saya jalankan juga tidak terlalu mendesak murid . Sebelum mengedarkan lembaran kerja , murid-murid juga telah diberi arahan yang jelas supaya mereka adapt menyiapkan tugasan dengan tepat .

×