SlideShare a Scribd company logo
1 of 28
C:tempwindows20230512202830_e3fb6d9453849be04710cc96c5c8d1c0d3f4722a2676018-contoh-teks-pengacara-hari-guru-
230512202829-f32c51ea.doc
1
MAJLIS
PENGANUGERAHAN KECEMERLANGAN PENDIDIKAN
SEMPENA SAMBUTAN HARI GURU TAHUN 2005 DAERAH
SEBERANG PERAI SELATAN
MASA PERISTIWA BUTIRAN PENYAMPAIAN PENYAMPAI
2.45
Ptg
Ketibaan Tetamu
Khas
Mengumumkan ketibaan Yang Berhormat Dato’ Abdul
Rashid bin Abdullah, Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang
diiringi Yang Berusaha Tn. Hj. Salleh bin Hj. Abdul Karim,
Pengarah Pelajaran Negeri Pulau Pinang
HJ.
JOOHARI
Tetamu Khas
Duduk
Lagu Negaraku
Lagu Negeri Kita
Hadirin yang dihormati, Lagu Negaraku dan Lagu Negeri
Pulau Pinang akan dinyanyikan. Sekalian hadirin diminta
kerjasama untuk berdiri.
HJ.
JOOHARI
Selesai Lagu
Negaraku dan
Lagu Negeri Kita
Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum menjadi dewasa
HJ.
JOOHARI
C:tempwindows20230512202830_e3fb6d9453849be04710cc96c5c8d1c0d3f4722a2676018-contoh-teks-pengacara-hari-guru-
230512202829-f32c51ea.doc
2
Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.
Assalamu'alaikum wbt, salam sejahtera dan salam bahagia
Yang Berhormat Dato’ Abdul Rashid bin Abdullah, Timbalan
Ketua Menteri Pulau Pinang, merangkap Ahli Dewan
Undangan Negeri Kawasan Sungai Bakap
Yang Berusaha Tn. Hj. Salleh bin Hj. Abdul Karim,
Pengarah Pelajaran Negeri Pulau Pinang
Yang Berusaha Tn. Hj. Ahmad Tarmizi b. Kamarrudin,
Pegawai Pelajaran Daerah, merangkap Pengerusi
Jawatankuasa Sambutan Hari Guru Daerah Seberang Perai
Selatan
Para Pengetua, Guru-Guru Besar, serta warga pendidik
yang dihormati sekalian.
HJ.
JOOHARI
C:tempwindows20230512202830_e3fb6d9453849be04710cc96c5c8d1c0d3f4722a2676018-contoh-teks-pengacara-hari-guru-
230512202829-f32c51ea.doc
3
Pada majlis yang permai ini, marilah kita memanjatkan
syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izin serta limpah
rahmat-Nya kita diberikan kekuatan untuk berhimpun serta
memeriahkan sambutan Hari Guru 2005 Peringkat Daerah
Seberang Perai Selatan.
Bagi memula dan memuliakan majlis, marilah sama-sama
kita menadah tangan bermunajat, memohon berkat agar
segala urusan mendapat rahmat. Untuk itu Majlis dengan
hormatnya menjemput Al-Fadhil Ustaz Rosfa Nizam b.
Abu Seman, guru agama Sekolah Kebangsaan Seri
Tasek untuk memimpin bacaan doa. Silakan ustaz.
HJ.
JOOHARI
Selesai Bacaan
Doa
Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Ustaz
Rosfa Nizam b. Abu Seman di atas pimpinan bacaan doa
itu tadi
HJ.
JOOHARI
Ucapan Aluan
PPD/
Pengerusi
Sambutan hari
Guru SPS
Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati,
Majlis pada petang ini diteruskan dengan mempersilakan
Yang Berusaha Tn. Hj. Ahmad Tarmizi b. Kamarrudin,
Pegawai Pelajaran Daerah, merangkap Pengerusi
Jawatankuasa Sambutan Hari Guru Daerah Seberang Perai
Selatan untuk menyampaikan ucapan alu-aluan. Dengan
hormatnya dipersilakan.
PN. NOOR
AZIZAH
C:tempwindows20230512202830_e3fb6d9453849be04710cc96c5c8d1c0d3f4722a2676018-contoh-teks-pengacara-hari-guru-
230512202829-f32c51ea.doc
4
Selesai ucapan
PPD
Demikian tadi, ucapan aluan oleh Yang Berusaha Tn. Hj.
Ahmad Tarmizi b. Kamarrudin, Pegawai Pelajaran Daerah
Seberang Perai Selatan. Majlis mengucapkan ribuan terima
kasih.
PN. NOOR
AZIZAH
Ucapan Pengarah
Pelajaran P.
Pinang
Majlis Sambutan Hari Guru Peringkat Daerah Seberang
Perai Selatan diteruskan lagi dengan mempersilakan Yang
Berusaha Tn. Hj. Salleh bin Hj. Abdul Karim, Pengarah
Pelajaran Negeri Pulau Pinang untuk menyampaikan
ucapan. Dengan hormatnya dipersilakan tuan.
HJ.
JOOHARI
Selesai ucapan
Pengarah JPN
Taman Lagundi tumbuh kelapa
Terbit bunga pokoknya mati.
Budi tuan saya tak lupa
Sudah terpahat di dalam hati.
Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang
Berbahagia Tn. Hj. Salleh bin Hj. Abdul Karim, Pengarah
Pelajaran Negeri Pulau Pinang atas ucapan itu tadi.
HJ.
JOOHARI
C:tempwindows20230512202830_e3fb6d9453849be04710cc96c5c8d1c0d3f4722a2676018-contoh-teks-pengacara-hari-guru-
230512202829-f32c51ea.doc
5
Ucapan
Perasmian oleh
Timbalan Ketua
Menteri
Sidang hadirin warga pendidik yang budiman, kini majlis
dengan sukacita dan hormatnya mempersilakan Yang
Berhormat Dato’ Abdul Rashid bin Abdullah, Timbalan Ketua
Menteri Pulau Pinang, merangkap Ahli Dewan Undangan
Negeri Kawasan Sungai Bakap untuk menyampaikan
ucapan dan seterusnya menyempurnakan Majlis Perasmian
Sambutan Hari Guru Peringkat Daerah Seberang Perai
Selatan tahun 2005
Yang Berhormat Dato’ dipersilakan.
PN. NOOR
AZIZAH
Selesai Ucapan
Perasmian
(diikuti oleh
paluan
kompang-
pasukan koir dan
Kumpulan
Pembaca Ikrar
mengambil tempat
di pentas)
Berhenti paluan
kompang
Dengan Bismillah kita mulai,
Alhamdulillah wassala tannabi;
Dengan takdir Ilahi Rabbi,
Selesailah sudah upacara merasmi.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan
kepada Yang Berhormat Dato’ Abdul Rashid bin Abdullah,
Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang atas ucapan dan
seterusnya merasmikan majlis Sambutan Hari Guru
Peringkat Daerah Seberang Perai Selatan tahun 2005 .
PN. NOOR
AZIZAH
C:tempwindows20230512202830_e3fb6d9453849be04710cc96c5c8d1c0d3f4722a2676018-contoh-teks-pengacara-hari-guru-
230512202829-f32c51ea.doc
6
upacara
menaikkan
bendera dan
Bacaan lkrar
... .up (angkatkan
tangan)
Beralih kita ke acara seterusnya, iaitu upacara menaikkan
bendera dan bacaan ikrar Hari Guru. Untuk itu majlis
mempersilakan Tn. Hj. Ibrahim bin Zainol, Wakil Majlis Guru
Besar bersama-sama dengan En. Ismajamshir bin Ismail
wakil Pejabat Pelajaran Daerah SPS, Tn. Hj. Abu Hassan
bin Yahaya wakil PKPSM, En. Zarman bin Zainal Abidin
wakil kelab staf SMK Jawi dan En. Fadzli bin Ramli dari SK
Jawi, untuk mengetuai bacaan ikrar. Tuan-tuan sidang
hadirin warga pendidik sekalian, diminta turut sama
melafazkan ikrar tersebut
HJ.
JOOHARI
Selesai bacaan
Ikrar...
Terima kasih kepada kumpulan pembaca ikrar serta
sekalian warga dewan yang telah bersama-sama
membacakan ikrar dengan penuh bersemangat.
HJ.
JOOHARI
Persembahan
Koir
Bersenjatakan pena keramat
Dan berbekalkan ilmu di dada yang sarat
Melangkah sang guru penuh semangat
Ke gelanggang pendidikan untuk berkhidmat
Dengan satu visi dan matlamat
Bagi mengangkat martabat umat
Di pentas watan dan sarwajagat
PN. NOOR
AZIZAH
C:tempwindows20230512202830_e3fb6d9453849be04710cc96c5c8d1c0d3f4722a2676018-contoh-teks-pengacara-hari-guru-
230512202829-f32c51ea.doc
7
Demikian sifat Guru Berkualiti
Menjadi Pemangkin Kegemilangan Negara.
Hadirin yang budiman,
marilah sama-sama kita menyaksikan persembahan oleh
Pasukan Koir Pendidikan Daerah Seberang Perai Selatan.
Pasukan ini terdiri daripada 30 orang guru sekolah-sekolah
di daerah Seberang Perai Selatan, di bawah pimpinan En.
Lee Chai Huat, Guru Muzik SMK Tunku Abdul Rahman.
Lagu-lagu yang akan didendangkan adalah:
1. Lagu Guru Malaysia,
2. Lagu Tema Hari Guru, dan
3. Lagu Hancur Badan Dikandung Tanah
Marilah sama-sama kita saksikan persembahan mereka.
PN. NOOR
AZIZAH
3.30 ptg Penyampaian
Anugerah:
Bahagian
Pertama
Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Pasukan
Koir Pendidikan Daerah Seberang Perai Selatan di bawah
pimpinan En. Lee Chai Huat.
HJ.
JOOHARI
C:tempwindows20230512202830_e3fb6d9453849be04710cc96c5c8d1c0d3f4722a2676018-contoh-teks-pengacara-hari-guru-
230512202829-f32c51ea.doc
8
Sebagai tanda penghargaan dan terima kasih atas
kerjasama menyempurnaan majlis perasmian Sambutan
Hari Guru Peringkat Daerah Seberang Perai Selatan tahun
2005, Majlis dengan sukacitanya mempersilakan Yang
Berusaha Tn. Hj. Ahmad Tarmizi b. Kamarrudin, Pegawai
Pelajaran Daerah menyampaikan cenderamata kenang-
kenangan dari warga pendidik Seberang Perai Selatan
kepada Yang Berhormat Dato’ Abdul Rashid bin Abdullah.
Pause............
Majlis mengucapkan terima kasih
Batu bernama si batu bata
Tempat hinggap si burung balam
Guru itu ibarat pelita
Memberi cahaya setiap malam
Acara pada petang ini diteruskan dengan acara
penyampaian anugerah pendidikan.
HJ.
JOOHARI
C:tempwindows20230512202830_e3fb6d9453849be04710cc96c5c8d1c0d3f4722a2676018-contoh-teks-pengacara-hari-guru-
230512202829-f32c51ea.doc
9
Untuk menyempurnakannya, majlis dengan sukacita
mempersilakan Tn. Hj. Ahmad Tarmizi b. Kamarrudin,
Pegawai Pelajaran Daerah Seberang Perai Selatan untuk
menjemput dan mengiringi Yang Berusaha Tn. Hj. Salleh bin
Hj. Abdul Karim, Pengarah Pelajaran Negeri Pulau Pinang
naik ke pentas bagi menyampaikan anugerah-anugerah.
HJ.
JOOHARI
Anugerah
Jasamu
Dikenang
Warga dewan yang budiman,
Bersama-sama kita pada petang yang permai ini, adalah
sekumpulan warga pendidik yang telah mencapai umur
bersara wajib dalam tempoh setahun yang lalu.
Sesungguhnya jasa dan pengorbanan guru-guru ini bukan
sedikit.
Dari usia muda sehinggalah ke usia sekarang mereka
memberi pelbagai sumbangan, menabur jasa dan bakti
memartabatkan profesion walaupun penuh dengan cabaran
dan halangan.
Tinggi bukit silang-gemilang
Air pasang tenang-tenangan
Budi sedikit tidakkan hilang
Dalam hati kenang-kenangan
HJ.
JOOHARI
C:tempwindows20230512202830_e3fb6d9453849be04710cc96c5c8d1c0d3f4722a2676018-contoh-teks-pengacara-hari-guru-
230512202829-f32c51ea.doc
10
Sebagai tanda mengenang jasa, berikut disampaikan
anugerah Jasamu Dikenang.
Dijemput penerima-penerima Anugerah Jasamu dikenang
naik ke pentas....
Penerima Jawatan Akhir
1. En. Chuah Kah Liang Bekas Guru SMK Simpang
Empat
2. En. Poornachandran
a/l Siggaraveloo
Bekas Guru Besar SJK(T)
Ladang Transkrian
3. Pn. Hjh. Aishah bt.
Abdullah
Bekas Guru SMKA Nibong
Tebal
4. En. Zainon bin Seman Bekas Pegawai Pelajaran
Daerah SPS
5. En. Abd. Patah bin
Iman
Bekas Guru Besar SK
Saujana Indah
6. En. Munusamy a/l
Narasiman
Bekas Guru Besar SJK(T)
Ladang Mayfield
7. Pn. Gunavathi a/p
Kathiresan
Bekas Guru Besar SJK(T)
Ladang Changkat
8. Pn. Letchmy a/p
Subramaniam
Bekas Guru Besar SJK(T)
Tasek Permai
HJ.
JOOHARI
C:tempwindows20230512202830_e3fb6d9453849be04710cc96c5c8d1c0d3f4722a2676018-contoh-teks-pengacara-hari-guru-
230512202829-f32c51ea.doc
11
9. En. Hussain bin Aziz Bekas Pen. Kanan SK
Sungai Bakau
10. Pn. Umi Khalsum bt.
Mohd Taib
Bekas Pen. Kanan SK Sg.
Kechil
11. Pn. Tang Moey Eaim Bekas Guru SJK(C)
Kampung Jawi
HJ.
JOOHARI
Penghargaan
Khas Kepada
Pasukan Bahas
Hari Guru
Peringkat Daerah
dan Negeri Pulau
Pinang.
Para pendidik, hadirin-hadirat yang budiman,
Majlis seterusnya berbesar hati untuk memberi
penghargaan khas kepada guru-guru dari pasukan bahas
yang telah mewakili daerah kita ke peringkat negeri dan
seterusnya mewakili negeri Pulau Pinang ke Pertandingan
Bahas Guru-Guru Malaysia Peringkat KebangsaanTahun
2005.
Dipersilakan peserta-peserta Pasukan Bahas Bahasa
Melayu:
1. Tn. Hj. Bohari bin Samsudin (SMK Methodist)
2. Pn. Hjh. Fathiyah bt. Abu Bakar (SMK Tun Syed
Sheh Barakbah)
3. En. Azmi bin Othman (SMK Jawi)
4. Tn. Hj. Joohari bin Ariffin (SMK Saujana Indah)
5. En. Asaithamby a/l Ramayah (SMK Tasek)
6. Pn. Gunachelvy a/p Suppiah (SMK Batu Kawan)
PN. NOOR
AZIZAH
C:tempwindows20230512202830_e3fb6d9453849be04710cc96c5c8d1c0d3f4722a2676018-contoh-teks-pengacara-hari-guru-
230512202829-f32c51ea.doc
12
Seterusnya dipersilakan pula peserta Pasukan Bahas
Bahasa Inggeris iaitu En. Yeap Hoay Kok (SMK
Methodist)
PN. NOOR
AZIZAH
Anugerah
Kecemerlangan
Kokurikulum
Berikut diumumkan pula penerima Anugerah
Kecemerlangan Kokurikulum 2005. Bagi kategori Sekolah
Menengah, Sekolah paling cemerlang dalam bidang
kokurikulum daerah Seberang Perai Selatan ialah Sekolah
Menengah Kebangsaan Agama Nibong Tebal.
Bagi kategori sekolah Kebangsaan pula, sekolah paling
cemerlang dalam bidang kokurikulum 2005 ialah Sekolah
Kebangsaan Permatang Tok Mahat
Kecemerlangan sekolah banyak bergantung kepada
gurunya. Berikut diumumkan penerima Anugerah Guru
Cemerlang Bidang Kokurikulum.
Guru Cemerlang Bidang Kokurikulum bagi kategori sekolah
menengah dianugerahkan kepada Tn. Hj. Bohari bin
Samsudin dari SMK Methodist.
Bagi kategori sekolah Rendah, Guru Cemerlang Bidang
Kokurikulum 2005, dianugerahkan kepada Pn. Rodziah bt.
Ibrahim dari SK Permatang Tok Mahat.
PN. NOOR
AZIZAH
C:tempwindows20230512202830_e3fb6d9453849be04710cc96c5c8d1c0d3f4722a2676018-contoh-teks-pengacara-hari-guru-
230512202829-f32c51ea.doc
13
Anugerah
Kecemerlangan
Sukan
Berikut diumumkan pula penerima-penerima anugerah
Kecemerlangan Sukan 2005.
Sekolah cemerlang dalam bidang sukan kategori sekolah
menengah 2005 jatuh kepada SMK Mutiara Impian
Bagi kategori sekolah rendah pula, Sekolah cemerlang
sukan 2005 daerah Seberang Perai Selatan, disandang oleh
Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Chong Kuang.
Kecemerlangan sekolah dalam bidang sukan juga banyak
bergantung kepada gurunya. Sekarang diumumkan
penerima Anugerah Guru Cemerlang Bidang Sukan 2005.
Guru Cemerlang Bidang Sukan kategori Sekolah Menengah
dianugerahkan kepada En. Thangarajoo a/l Manikam dari
SMK Tunku Abdul Rahman.
Bagi kategori sekolah Rendah, Guru Cemerlang Bidang
Sukan 2005, dianugerahkan kepada Tn. Hj. Ahmad Rozi
bin Ali dari Sekolah Kebangsaan Sungai Kechil.
TN. HJ.
JOOHARI
C:tempwindows20230512202830_e3fb6d9453849be04710cc96c5c8d1c0d3f4722a2676018-contoh-teks-pengacara-hari-guru-
230512202829-f32c51ea.doc
14
Jawatankuasa Hari Guru juga telah menyediakan satu
anugerah Khas Sukan Tahun 2005. Penerima anugerah
tersebut, En. Subkhiddin bin Mohd Salleh dari SM Teknik
Nibong Tebal.
Dijemput En. Ismail bin Mohd Said, Penolong Kanan
Pentadbiran SM Teknik naik ke atas pentas untuk menerima
anugerah bagi mewakili En. Subkhiddin bin Mohd Salleh.
Untuk makluman hadirin En. Subkhiddin ketika ini sedang
berada di Thailand kerana dilantik mengadili Kejohanan
Bola Sepak Kelayakan Piala Dunia.
HJ.
JOOHARI
Anugerah
Pengurusan
SPBT Cemerlang
Kecemerlangan pendidikan sesebuah sekolah juga turut
dibantu oleh keberkesanan pengurusan Skim Pinjaman
Buku Teks sekolah tersebut. Oleh itu, Jawatankuasa
Sambutan Hari Guru pada tahun ini telah bersetuju untuk
menganugerahkan kepada sekolah yang berjaya
menguruskan Skim Pinjaman Buku Teks sekolahnya yang
paling berkesan.
Penerima anugerah Pengurusan Skim Pinjaman Buku Teks
Cemerlang tahun 2005 kategori sekolah menengah
dimenangi oleh SMK Simpang Empat.
PN. NOOR
AZIZAH
C:tempwindows20230512202830_e3fb6d9453849be04710cc96c5c8d1c0d3f4722a2676018-contoh-teks-pengacara-hari-guru-
230512202829-f32c51ea.doc
15
Manakala bagi kategori sekolah rendah pula Pengurusan
Skim Pinjaman Buku Teks Cemerlang jatuh kepada
Sekolah Kebangsaan Sungai Acheh.
PN. NOOR
AZIZAH
Anugerah Pusat
Sumber Sekolah
Cemerlang
Pusat Sumber sekolah memainkan peranan bagi
menyediakan kemudahan dan peralatan yang membantu
kecemerlangan pendidikan sekolah. Berikut diumumkan
penerima-penerima Anugerah Pusat Sumber Sekolah
Cemerlang.
Anugerah Pusat Sumber Sekolah Cemerlang kategori
sekolah menengah disandang oleh SMK Sungai Acheh.
Manakala dalam kategori sekolah rendah pula, penerima
Anugerah Pusat Sumber Sekolah Cemerlang diberikan
kepada SK Permatang Tok Mahat.
PN. NOOR
AZIZAH
Anugerah
Kecemerlangan
3K
Sama ada disedari atau tidak, kejayaan sekolah dalam
segala bidang bergantung kepada suasana persekitarannya.
Persekitaran yang kondusif, menyegarkan, selamat dan
ceria akan mendorong warganya lebih bersemangat dan
bertenaga untuk belajar dan menabur khidmat.
TN. HJ.
JOOHARI
C:tempwindows20230512202830_e3fb6d9453849be04710cc96c5c8d1c0d3f4722a2676018-contoh-teks-pengacara-hari-guru-
230512202829-f32c51ea.doc
16
Justeru Jawatankuasa Sambutan Hari Guru 2005 ingin
memberi pengiktirafan kepada sekolah-sekolah yang
mencapai kecemerlangan dalam bidang Kebersihan,
Keceriaan dan Keselamatan (3K).
Penerima Anugerah cemerlang 3K kategori sekolah
menengah diberikan kepada SMK Mutiara Impian.
Bagi kategori sekolah kebangsaan, Anugerah Cemerlang 3K
2005 jatuh kepada SK Jawi.
Dalam kategori Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) pula,
penerima anugerah ini adalah Sekolah Jenis Kebangsaan
(Cina) Chong Kuang.
Anugerah Cemerlang 3K kategori Sekolah Jenis
Kebangsaan (Tamil) pula diberikan kepada Sekolah Jenis
Kebangsaan (Tamil) Nibong Tebal.
HJ.
JOOHARI
C:tempwindows20230512202830_e3fb6d9453849be04710cc96c5c8d1c0d3f4722a2676018-contoh-teks-pengacara-hari-guru-
230512202829-f32c51ea.doc
17
Anugerah Guru
Inovatif 2005
Anak mengkarung di tepi hutan,
Berjaga-jaga jangan terpijak,
Sudah kuharung tujuh lautan,
Baru bertemu guru yang bijak.
Guru bijak tidak berpada dengan apa yang ada. Ia akan
belajar sepanjang hayat. Ia tidak sekadar menerima suatu
perubahan, malah bergerak mencipta suatu inovasi baru
bagi memperkaya khazanah berharga pendidikan negara.
Untuk itu, kita ke acara seterusnya iaitu Penganugerahan
guru Inovatif Daerah Seberang Perai Selatan tahun 2005.
Anugerah Guru Inovatif Tahun 2005 kategori Pra
sekolah. Diumumkan pemenangnya ialah Pn. Noor Mila bt.
Hj. Mohd Sahimi dari SK Permatang Tok Mahat dengan
projek inovatifnya bertajuk: “Aktiviti Kokurikulum
Prasekolah: Kembara Si Comel”
Dalam Kategori Individu Sekolah rendah pula dipersilakan
Pn. Rodziah bt. Ibrahim dari SK Permatang Tok Mahat
dengan projek inovatifnya bertajuk “Program DIT
(Dengar, Ingat, Tulis)
PN. NOOR
AZIZAH
C:tempwindows20230512202830_e3fb6d9453849be04710cc96c5c8d1c0d3f4722a2676018-contoh-teks-pengacara-hari-guru-
230512202829-f32c51ea.doc
18
Seterusnya untuk kategori Individu Sekolah Menengah,
penerimanya ialah Pn. Nor Azam bt. Omar dari SMK
Methodist Nibong Tebal dengan projeknya yang
bertajuk “Penghasilan Kertas daripada Batang Pisang.”
Bagi kategori Berkumpulan pula Anugerah Guru Inovatif
2005 dipilih melalui projek yang bertajuk Mereka bentuk
Projek Aeroangkasa Untuk Meningkatkan Penguasaan
Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris di
Kalangan Pelajar Luar Bandar.
Dijemput penerima-penerimanya tampil ke atas pentas
menerima hadiah:
1. En. Tan Khan Aun @ Tan Khan An, dan
2. En. Khoo Bak Kiang
Kedua-duanya dari SMK Sungai Acheh.
PN. NOOR
AZIZAH
Anugerah
Kepimpinan
PIBG
Kelebihan Nabi dengan mukjizat
Kelebihan umat dengan muafakat
Air Melurut dengan bandarnya
Benar melurut dengan muafakatnya
TN. HJ.
JOOHARI
C:tempwindows20230512202830_e3fb6d9453849be04710cc96c5c8d1c0d3f4722a2676018-contoh-teks-pengacara-hari-guru-
230512202829-f32c51ea.doc
19
Pisang sesikat gulai sebelanga
Teruskan muafakat bersama-sama.
Demi menjamin kecemerlangan sekolah, peranan
Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) tidak dapat
dinafikan kepentingannya. Peranan ini dapat digambarkan
melalui ungkapan:
Agar dapat menokok barang yang kurang,
Agar dapat menggulas mana yang senteng,
Agar dapat menghubung mana yang pendek,
Usang-usang minta diperbaharu,
Lapuk-lapuk minta dikajangi,
Yang singkat tolong sambungkan,
Yang panjang tolong keratkan,
Yang koyak minta ditampal
Demikianlah eratnya kerjasama yang sepatutnya dijalin
antara pihak sekolah dengan ibu bapa. Bagi menghargai
sumbangan PIBG, berikut diumumkan penerima Anugerah
Kepimpinan PIBG.
HJ.
JOOHARI
C:tempwindows20230512202830_e3fb6d9453849be04710cc96c5c8d1c0d3f4722a2676018-contoh-teks-pengacara-hari-guru-
230512202829-f32c51ea.doc
20
Penerima Anugerah Kepimpinan PIBG 2005 peringkat
Daerah Seberang Perai Selatan, dianugerahkan kepada En.
Zainol Abidin bin Ismail.
Untuk pengetahuan hadirin, pada masa ini, En. Zainol
Abidin bin Ismail merupakan Yang Dipertua PIBG di 5 buah
sekolah iaitu di SMKA Nibong Tebal, SMK Mutiara Impian,
SMK Tun Syed Sheh Barakbah, SK Bukit Tambun dan SK
Permai Indah.
HJ.
JOOHARI
Anugerah
Sekolah
Cemerlang
Akademik
Berikut diumumkan sekolah-sekolah yang menerima
anugerah kecemerlangan akademik:
Sekolah yang mencapai kecemerlangan dalam UPSR 2004
bagi kategori Sekolah Kebangsaan ialah
Sekolah Kebangsaan Permatang Tok Mahat
Bagi kategori Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina),
penerimanya ialah Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Pai
Teik
Manakala bagi kategori Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil),
pula penerimanya Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil)
Tasek Permai
PN. NOOR
AZIZAH
C:tempwindows20230512202830_e3fb6d9453849be04710cc96c5c8d1c0d3f4722a2676018-contoh-teks-pengacara-hari-guru-
230512202829-f32c51ea.doc
21
Seterusnya diumumkan pula penerima anugerah
sekolah cemerlang dalam PMR 2004:
Bagi kategori Sekolah Menengah Harian, penerimanya ialah
Sekolah Menengah Kebangsaan Mutiara Impian.
Bagi Ketegori Sekolah Menengah Kawalan pula,
penerimanya Sekolah Menengah Kebangsaan Agama
Nibong Tebal
Anugerah sekolah cemerlang dalam SPM:
Bagi kategori Sekolah Menengah Harian, sekolah
cemerlang SPM dianugerahkan kepada Sekolah
Menengah Kebangsaan Valdor
Bagi Kategori Sekolah Menengah Kawalan pula, sekolah
cemerlang SPM 2004 jatuh kepada Sekolah Menengah
Kebangsaan Agama Nibong Tebal.
Sekolah cemerlang STPM.
Jawatankuasa Penilai Hari Guru 2005 dengan ini
mengisytiharkan Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku
Abdul Rahman sebagai sekolah Cemerlang STPM 2004.
PN. NOOR
AZIZAH
C:tempwindows20230512202830_e3fb6d9453849be04710cc96c5c8d1c0d3f4722a2676018-contoh-teks-pengacara-hari-guru-
230512202829-f32c51ea.doc
22
Anugerah
Sekolah
Harapan Negara
Persembahan
Multimedia
get ready.
Sekolah yang cemerlang dalam pelbagai bidang wajar
dijadikan model untuk diteladani oleh sekolah-sekolah yang
lain. Justeru sekolah sebegini perlu diiktiraf sebagai
Sekolah Harapan Negara.
Berikut diumumkan pula penerima-penerima Anugerah
Sekolah Harapan Negara
Pemenang Anugerah Sekolah Harapan Negara Tahun 2005
kategori sekolah Menengah disandang oleh SMK Mutiara
Impian
Dipersilakan Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan
Mutiara Impian naik ke pentas bagi menerima anugerah.
Pemenang Anugerah Sekolah Harapan Negara Tahun 2005
Kategori sekolah Rendah disandang oleh Sekolah
Kebangsaan Permatang Tok Mahat. Sekolah ini juga telah
mengharumkan nama Daerah Seberang Perai Selatan dan
Negeri Pulau Pinang kerana telah dianugerahkan sebagai
Sekolah harapan Negara Peringkat Kebangsaan tahun
2005 kategori Sekolah rendah Luar Bandar.
Dipersilakan Guru Besar Sekolah Kebangsaan Permatang
Tok Mahat naik ke pentas bagi menerima anugerah ini.
TN. HJ.
JOOHARI
C:tempwindows20230512202830_e3fb6d9453849be04710cc96c5c8d1c0d3f4722a2676018-contoh-teks-pengacara-hari-guru-
230512202829-f32c51ea.doc
23
Terima Kasih diucapkan ke Yang Berusaha Tn. Hj. Salleh
bin Hj. Abdul Karim yang telah sudi menyempurnakan
penyampaian anugerah-anugerah sebentar tadi.
HJ.
JOOHARI
Anugerah Tokoh
Guru 2005
Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang Ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja yang dewasa
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis baca.
Para hadirin yang budiman sekalian, kini sampailah kita ke
kemuncak majlis iaitu penyampaian Anugerah Tokoh Guru
Tahun 2005.
Oleh itu marilah kita sama-sama menyaksikan tayangan
multimedia.
TN. HJ.
JOOHARI
PN. NOOR
AZIZAH
Pertunjukan
multimedia
bermula
C:tempwindows20230512202830_e3fb6d9453849be04710cc96c5c8d1c0d3f4722a2676018-contoh-teks-pengacara-hari-guru-
230512202829-f32c51ea.doc
24
Selesai
multimedia
show, diikuti
dengan kompang
dan tokoh guru
diarak ke pentas
lagu "Biarku
menjadi Lilin”.
Bila lagu
diperlahankan..
Untuk menyempurnakan penganugerahan tersebut, Majlis
dengan sukacita dan penuh takzim mempersilakan Yang
Berusaha Tn. Hj. Ahmad Tarmizi b. Kamarrudin, Pegawai
Pelajaran Daerah, merangkap Pengerusi Jawatankuasa
Sambutan Hari Guru Daerah Seberang Perai Selatan untuk
menjemput dan mengiringi Yang Berhormat Dato’ Abdul
Rashid bin Abdullah, Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang,
merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Sungai
Bakap naik ke pentas.
Dijemput En. Chin Wee Wah untuk menerima anugerah
Tokoh Guru tahun 2005.
Tokoh Guru seterusnya, dijemput Tn. Hj. Mansor bin Manan.
Dijemput Tn. Hj. Abdul Jamal bin Hj. Ghazali untuk
menerima anugerah Tokoh Guru Daerah Seberang Perai
Selatan tahun 2005
Seterusnya dipersilakan pula Encik Munusamy a/l
Narasiman
PN. NOOR
AZIZAH
C:tempwindows20230512202830_e3fb6d9453849be04710cc96c5c8d1c0d3f4722a2676018-contoh-teks-pengacara-hari-guru-
230512202829-f32c51ea.doc
25
Selesai lagu Anak Haruan berlima-lima
Mati ditimpa panggur berdaun
Budi tuan kami terima
Jadi kenangan bertahun-tahun
Terima kasih kepada Yang Berhormat Dato’ Abdul Rashid
bin Abdullah, atas kesudian Dato’ menyempurnakan
penganugerahan sebentar tadi.
Majlis sekali lagi mengucapkan terima kasih kepada
Pasukan Koir Pejabat Pelajaran Daerah Seberang Perai
Selatan atas nyanyian lagu Biarku Menjadi Lilin.
PN. NOOR
AZIZAH
Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulang ilmu
Panggilan keramat “cikgu” kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.
TN. HJ.
JOOHARI
C:tempwindows20230512202830_e3fb6d9453849be04710cc96c5c8d1c0d3f4722a2676018-contoh-teks-pengacara-hari-guru-
230512202829-f32c51ea.doc
26
Demikian antara mutiara kalimat penuh tulus daripada
Sasterawan Negara Allahyarham Usman Awang dedikasi
khusus untuk para guru.
Dengan ini berakhirlah sudah majlis Sambutan Hari Guru
Peringkat Daerah SPS bagi tahun 2005.
Majlis sekali lagi merakamkan ucapan penghargaan dan
terima kasih kepada Yang Berhormat Dato’ Abdul Rashid
bin Abdullah, Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang ,
Yang Berusaha Tn. Hj. Salleh bin Hj. Abdul Karim,
Pengarah Pelajaran Negeri Pulau Pinang,
Yang Berusaha Tn. Hj. Ahmad Tarmizi b. Kamarrudin,
Pegawai Pelajaran Daerah, merangkap Pengerusi
Jawatankuasa Sambutan Hari Guru Daerah Seberang Perai
Selatan
Ahli-ahli Jawatankuasa Sambutan Hari Guru
Petugas-Petugas yang bertungkus lumus dari mula hingga
ke akhir
Dan tidak lupa kepada semua yang hadir kerana telah
menjayakan majlis yang penuh bermakna pada petang ini.
PN. NOOR
AZIZAH
C:tempwindows20230512202830_e3fb6d9453849be04710cc96c5c8d1c0d3f4722a2676018-contoh-teks-pengacara-hari-guru-
230512202829-f32c51ea.doc
27
Gunung Pantai tinggi mengawan
Nampak dari Padang Temu
Sampai di sini tinggallah tuan,
Ada hayat kita bertemu
Sebelum berpisah, Majlis mempersilakan Yang Berusaha
Tn. Hj. Ahmad Tarmizi b. Kamarrudin, Pegawai Pelajaran
Daerah, merangkap Pengerusi Jawatankuasa Sambutan
Hari Guru Daerah Seberang Perai Selatan untuk menjemput
dan mengiringi Yang Berhormat Dato’ Abdul Rashid bin
Abdullah, Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Yang
Berusaha Tn. Hj. Salleh bin Hj. Abdul Karim, Pengarah
Pelajaran Negeri Pulau Pinang, dif-dif kehormat untuk
menikmati jamuan ringan.
Tuan-tuan/ Puan-puan sidang hadiran sekalian juga turut
dijemput untuk menikmati jamuan ringan di tempat yang
telah disediakan.
Sekian, selamat sejahtera, selamat petang dan
wassalamu'alaikum wbt.
PN. NOOR
AZIZAH
C:tempwindows20230512202830_e3fb6d9453849be04710cc96c5c8d1c0d3f4722a2676018-contoh-teks-pengacara-hari-guru-
230512202829-f32c51ea.doc
28
MAJLIS
PENGANUGERAHAN KECEMERLANGAN PENDIDIKAN
SEMPENA SAMBUTAN HARI GURU TAHUN 2005
DAERAH SEBERANG PERAI SELATAN
24 Mei 2005 ( Selasa )
2.00 petang
Dewan Serbaguna Jawi
“Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan”
Tn. Hj. Joohari bin Ariffin

More Related Content

What's hot

Teks pengacara majlis mesyuarat agung pibg
Teks pengacara majlis mesyuarat agung pibgTeks pengacara majlis mesyuarat agung pibg
Teks pengacara majlis mesyuarat agung pibg
rozitabtzain
 
Protokol Majlis Rasmi Di Sekolah
Protokol Majlis Rasmi Di SekolahProtokol Majlis Rasmi Di Sekolah
Protokol Majlis Rasmi Di Sekolah
Norhayati Ismail
 
Teks ucapan pengacara majlis
Teks ucapan pengacara majlisTeks ucapan pengacara majlis
Teks ucapan pengacara majlis
Hazrin Imam Kardi
 
Teks ucapan majlis anugerah kecemerlangan akademik 2014
Teks ucapan majlis anugerah kecemerlangan akademik 2014Teks ucapan majlis anugerah kecemerlangan akademik 2014
Teks ucapan majlis anugerah kecemerlangan akademik 2014
Golden Rose
 
TEKS PENGACARA MAJLIS APRESIASI DAN SIJIL TAMAT SEKOLAH.docx
TEKS PENGACARA MAJLIS APRESIASI DAN SIJIL TAMAT SEKOLAH.docxTEKS PENGACARA MAJLIS APRESIASI DAN SIJIL TAMAT SEKOLAH.docx
TEKS PENGACARA MAJLIS APRESIASI DAN SIJIL TAMAT SEKOLAH.docx
ssuser83ab23
 
Teks pengacara majlis hari guru 2018
Teks pengacara majlis hari guru 2018Teks pengacara majlis hari guru 2018
Teks pengacara majlis hari guru 2018
Nor Azlina
 
Teks pengacara majlis tadika kemas
Teks pengacara majlis tadika kemasTeks pengacara majlis tadika kemas
Teks pengacara majlis tadika kemas
Mohd Nariff
 
Skrip pengacara majlis sambutan pk kokurikulum baharu
Skrip pengacara majlis sambutan pk kokurikulum baharuSkrip pengacara majlis sambutan pk kokurikulum baharu
Skrip pengacara majlis sambutan pk kokurikulum baharu
Sanusi Mohd
 

What's hot (20)

Teks pengacara majlis mesyuarat agung pibg
Teks pengacara majlis mesyuarat agung pibgTeks pengacara majlis mesyuarat agung pibg
Teks pengacara majlis mesyuarat agung pibg
 
Protokol Majlis Rasmi Di Sekolah
Protokol Majlis Rasmi Di SekolahProtokol Majlis Rasmi Di Sekolah
Protokol Majlis Rasmi Di Sekolah
 
Teks ucapan pengacara majlis
Teks ucapan pengacara majlisTeks ucapan pengacara majlis
Teks ucapan pengacara majlis
 
Teks ucapan majlis anugerah kecemerlangan akademik 2014
Teks ucapan majlis anugerah kecemerlangan akademik 2014Teks ucapan majlis anugerah kecemerlangan akademik 2014
Teks ucapan majlis anugerah kecemerlangan akademik 2014
 
Teks pengacara sukan 2017
Teks pengacara sukan 2017Teks pengacara sukan 2017
Teks pengacara sukan 2017
 
TEKS PENGACARA MAJLIS APRESIASI DAN SIJIL TAMAT SEKOLAH.docx
TEKS PENGACARA MAJLIS APRESIASI DAN SIJIL TAMAT SEKOLAH.docxTEKS PENGACARA MAJLIS APRESIASI DAN SIJIL TAMAT SEKOLAH.docx
TEKS PENGACARA MAJLIS APRESIASI DAN SIJIL TAMAT SEKOLAH.docx
 
Teks ucapan wakil pelajar
Teks ucapan wakil pelajarTeks ucapan wakil pelajar
Teks ucapan wakil pelajar
 
Contoh pengiraan-skor-keberhasilan-pbppp
Contoh pengiraan-skor-keberhasilan-pbpppContoh pengiraan-skor-keberhasilan-pbppp
Contoh pengiraan-skor-keberhasilan-pbppp
 
Juruacara Sambutan Hari Kemerdekaan)
Juruacara Sambutan Hari Kemerdekaan)Juruacara Sambutan Hari Kemerdekaan)
Juruacara Sambutan Hari Kemerdekaan)
 
Teks ucapan ydp majlis anugerah cemerlang
Teks ucapan ydp majlis anugerah cemerlang Teks ucapan ydp majlis anugerah cemerlang
Teks ucapan ydp majlis anugerah cemerlang
 
Teks pengacara majlis hari guru 2018
Teks pengacara majlis hari guru 2018Teks pengacara majlis hari guru 2018
Teks pengacara majlis hari guru 2018
 
Contoh keberhasilan guru akademik
Contoh keberhasilan guru akademikContoh keberhasilan guru akademik
Contoh keberhasilan guru akademik
 
UCAPAN GURU BERTUGAS.docx
UCAPAN GURU BERTUGAS.docxUCAPAN GURU BERTUGAS.docx
UCAPAN GURU BERTUGAS.docx
 
Kertas kerja kem motivasi 2019
Kertas kerja kem motivasi 2019Kertas kerja kem motivasi 2019
Kertas kerja kem motivasi 2019
 
Teks pengacara majlis tadika kemas
Teks pengacara majlis tadika kemasTeks pengacara majlis tadika kemas
Teks pengacara majlis tadika kemas
 
Ucapan wakil pelajar
Ucapan wakil pelajarUcapan wakil pelajar
Ucapan wakil pelajar
 
02dato (2).pdf
02dato (2).pdf02dato (2).pdf
02dato (2).pdf
 
Kertas kerja minggu bahasa
Kertas kerja minggu bahasaKertas kerja minggu bahasa
Kertas kerja minggu bahasa
 
Skrip pengacara majlis sambutan pk kokurikulum baharu
Skrip pengacara majlis sambutan pk kokurikulum baharuSkrip pengacara majlis sambutan pk kokurikulum baharu
Skrip pengacara majlis sambutan pk kokurikulum baharu
 
Teks pengacaraan ceramah bomba dan penyelamat sk sebobok
Teks pengacaraan ceramah bomba dan penyelamat sk sebobokTeks pengacaraan ceramah bomba dan penyelamat sk sebobok
Teks pengacaraan ceramah bomba dan penyelamat sk sebobok
 

Similar to 2676018-contoh-teks-pengacara-Hari-Guru.doc

Mesyuarat agong pibg 2013
Mesyuarat agong pibg 2013Mesyuarat agong pibg 2013
Mesyuarat agong pibg 2013
Hafizah Izah
 
Pengacaraan majlis penutup kem kecemerlangan dan jejak jaya upsr 2011
Pengacaraan majlis penutup  kem kecemerlangan dan jejak jaya upsr 2011Pengacaraan majlis penutup  kem kecemerlangan dan jejak jaya upsr 2011
Pengacaraan majlis penutup kem kecemerlangan dan jejak jaya upsr 2011
Azizan Amanda
 
Skrip merdeka raya
Skrip merdeka rayaSkrip merdeka raya
Skrip merdeka raya
Siti Norlina
 
Anugerah hem dan kokurikulum 2019 real
Anugerah hem dan kokurikulum 2019 realAnugerah hem dan kokurikulum 2019 real
Anugerah hem dan kokurikulum 2019 real
almubaraklet
 
Teks Pengacara Majlis Persaraan 2 Julai 2019.docx
Teks Pengacara Majlis Persaraan  2 Julai 2019.docxTeks Pengacara Majlis Persaraan  2 Julai 2019.docx
Teks Pengacara Majlis Persaraan 2 Julai 2019.docx
softri
 
Teks mesy agung pibg 2012
Teks mesy agung pibg 2012Teks mesy agung pibg 2012
Teks mesy agung pibg 2012
Kama Taib
 
TEKS EMCEE MEETING PIBG tahun 2024/2025.
TEKS EMCEE MEETING PIBG tahun 2024/2025.TEKS EMCEE MEETING PIBG tahun 2024/2025.
TEKS EMCEE MEETING PIBG tahun 2024/2025.
annurinsyirah
 
2013 SKRIP PENGACARA MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG
2013 SKRIP PENGACARA MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG 2013 SKRIP PENGACARA MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG
2013 SKRIP PENGACARA MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG
Yusrina Mustama
 
Teks pengerusi majlis hak skg 2014
Teks pengerusi majlis hak skg 2014Teks pengerusi majlis hak skg 2014
Teks pengerusi majlis hak skg 2014
ALLADINHUSSIN
 

Similar to 2676018-contoh-teks-pengacara-Hari-Guru.doc (20)

Teks mc perhimpunan pagi bati
Teks mc perhimpunan pagi batiTeks mc perhimpunan pagi bati
Teks mc perhimpunan pagi bati
 
Teks Pengacara Mesyuarat Agung MGC Kuala Langat
Teks Pengacara Mesyuarat Agung MGC Kuala LangatTeks Pengacara Mesyuarat Agung MGC Kuala Langat
Teks Pengacara Mesyuarat Agung MGC Kuala Langat
 
Mesyuarat agong pibg 2013
Mesyuarat agong pibg 2013Mesyuarat agong pibg 2013
Mesyuarat agong pibg 2013
 
Juru Acara Hari Kecemerlangan 2013
Juru Acara Hari Kecemerlangan 2013Juru Acara Hari Kecemerlangan 2013
Juru Acara Hari Kecemerlangan 2013
 
TEKS PENGACARA MAJLIS, MAJLIS GRADUASI DAN APRESIASI TAHUN 2023
TEKS PENGACARA MAJLIS, MAJLIS GRADUASI DAN APRESIASI TAHUN 2023TEKS PENGACARA MAJLIS, MAJLIS GRADUASI DAN APRESIASI TAHUN 2023
TEKS PENGACARA MAJLIS, MAJLIS GRADUASI DAN APRESIASI TAHUN 2023
 
261454523.doc
261454523.doc261454523.doc
261454523.doc
 
Teks mc majlis anugerah cemerlang
Teks mc majlis anugerah cemerlang Teks mc majlis anugerah cemerlang
Teks mc majlis anugerah cemerlang
 
Pengacaraan majlis penutup kem kecemerlangan dan jejak jaya upsr 2011
Pengacaraan majlis penutup  kem kecemerlangan dan jejak jaya upsr 2011Pengacaraan majlis penutup  kem kecemerlangan dan jejak jaya upsr 2011
Pengacaraan majlis penutup kem kecemerlangan dan jejak jaya upsr 2011
 
Skrip merdeka raya
Skrip merdeka rayaSkrip merdeka raya
Skrip merdeka raya
 
Teks pengacara majlis hari guru
Teks pengacara majlis hari guruTeks pengacara majlis hari guru
Teks pengacara majlis hari guru
 
Anugerah hem dan kokurikulum 2019 real
Anugerah hem dan kokurikulum 2019 realAnugerah hem dan kokurikulum 2019 real
Anugerah hem dan kokurikulum 2019 real
 
Teks Pengacara Majlis Persaraan 2 Julai 2019.docx
Teks Pengacara Majlis Persaraan  2 Julai 2019.docxTeks Pengacara Majlis Persaraan  2 Julai 2019.docx
Teks Pengacara Majlis Persaraan 2 Julai 2019.docx
 
TEKS PENGERUSI MAJLIS PERSARAAN GURU BESAR.docx
TEKS PENGERUSI MAJLIS PERSARAAN GURU BESAR.docxTEKS PENGERUSI MAJLIS PERSARAAN GURU BESAR.docx
TEKS PENGERUSI MAJLIS PERSARAAN GURU BESAR.docx
 
Teks mesy agung pibg 2012
Teks mesy agung pibg 2012Teks mesy agung pibg 2012
Teks mesy agung pibg 2012
 
APC 2016.doc
APC 2016.docAPC 2016.doc
APC 2016.doc
 
TEKS EMCEE MEETING PIBG tahun 2024/2025.
TEKS EMCEE MEETING PIBG tahun 2024/2025.TEKS EMCEE MEETING PIBG tahun 2024/2025.
TEKS EMCEE MEETING PIBG tahun 2024/2025.
 
Teks ucapan
Teks ucapanTeks ucapan
Teks ucapan
 
2013 SKRIP PENGACARA MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG
2013 SKRIP PENGACARA MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG 2013 SKRIP PENGACARA MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG
2013 SKRIP PENGACARA MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG
 
Skrip hari anugerah 2011(pindaan)
Skrip hari anugerah 2011(pindaan)Skrip hari anugerah 2011(pindaan)
Skrip hari anugerah 2011(pindaan)
 
Teks pengerusi majlis hak skg 2014
Teks pengerusi majlis hak skg 2014Teks pengerusi majlis hak skg 2014
Teks pengerusi majlis hak skg 2014
 

2676018-contoh-teks-pengacara-Hari-Guru.doc

  • 1. C:tempwindows20230512202830_e3fb6d9453849be04710cc96c5c8d1c0d3f4722a2676018-contoh-teks-pengacara-hari-guru- 230512202829-f32c51ea.doc 1 MAJLIS PENGANUGERAHAN KECEMERLANGAN PENDIDIKAN SEMPENA SAMBUTAN HARI GURU TAHUN 2005 DAERAH SEBERANG PERAI SELATAN MASA PERISTIWA BUTIRAN PENYAMPAIAN PENYAMPAI 2.45 Ptg Ketibaan Tetamu Khas Mengumumkan ketibaan Yang Berhormat Dato’ Abdul Rashid bin Abdullah, Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang diiringi Yang Berusaha Tn. Hj. Salleh bin Hj. Abdul Karim, Pengarah Pelajaran Negeri Pulau Pinang HJ. JOOHARI Tetamu Khas Duduk Lagu Negaraku Lagu Negeri Kita Hadirin yang dihormati, Lagu Negaraku dan Lagu Negeri Pulau Pinang akan dinyanyikan. Sekalian hadirin diminta kerjasama untuk berdiri. HJ. JOOHARI Selesai Lagu Negaraku dan Lagu Negeri Kita Dialah pemberi paling setia Tiap akar ilmu miliknya Pelita dan lampu segala Untuk manusia sebelum menjadi dewasa HJ. JOOHARI
  • 2. C:tempwindows20230512202830_e3fb6d9453849be04710cc96c5c8d1c0d3f4722a2676018-contoh-teks-pengacara-hari-guru- 230512202829-f32c51ea.doc 2 Dialah ibu dialah bapa juga sahabat Alur kesetiaan mengalirkan nasihat Pemimpin yang ditauliahkan segala umat Seribu tahun katanya menjadi hikmat. Assalamu'alaikum wbt, salam sejahtera dan salam bahagia Yang Berhormat Dato’ Abdul Rashid bin Abdullah, Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Sungai Bakap Yang Berusaha Tn. Hj. Salleh bin Hj. Abdul Karim, Pengarah Pelajaran Negeri Pulau Pinang Yang Berusaha Tn. Hj. Ahmad Tarmizi b. Kamarrudin, Pegawai Pelajaran Daerah, merangkap Pengerusi Jawatankuasa Sambutan Hari Guru Daerah Seberang Perai Selatan Para Pengetua, Guru-Guru Besar, serta warga pendidik yang dihormati sekalian. HJ. JOOHARI
  • 3. C:tempwindows20230512202830_e3fb6d9453849be04710cc96c5c8d1c0d3f4722a2676018-contoh-teks-pengacara-hari-guru- 230512202829-f32c51ea.doc 3 Pada majlis yang permai ini, marilah kita memanjatkan syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izin serta limpah rahmat-Nya kita diberikan kekuatan untuk berhimpun serta memeriahkan sambutan Hari Guru 2005 Peringkat Daerah Seberang Perai Selatan. Bagi memula dan memuliakan majlis, marilah sama-sama kita menadah tangan bermunajat, memohon berkat agar segala urusan mendapat rahmat. Untuk itu Majlis dengan hormatnya menjemput Al-Fadhil Ustaz Rosfa Nizam b. Abu Seman, guru agama Sekolah Kebangsaan Seri Tasek untuk memimpin bacaan doa. Silakan ustaz. HJ. JOOHARI Selesai Bacaan Doa Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Ustaz Rosfa Nizam b. Abu Seman di atas pimpinan bacaan doa itu tadi HJ. JOOHARI Ucapan Aluan PPD/ Pengerusi Sambutan hari Guru SPS Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati, Majlis pada petang ini diteruskan dengan mempersilakan Yang Berusaha Tn. Hj. Ahmad Tarmizi b. Kamarrudin, Pegawai Pelajaran Daerah, merangkap Pengerusi Jawatankuasa Sambutan Hari Guru Daerah Seberang Perai Selatan untuk menyampaikan ucapan alu-aluan. Dengan hormatnya dipersilakan. PN. NOOR AZIZAH
  • 4. C:tempwindows20230512202830_e3fb6d9453849be04710cc96c5c8d1c0d3f4722a2676018-contoh-teks-pengacara-hari-guru- 230512202829-f32c51ea.doc 4 Selesai ucapan PPD Demikian tadi, ucapan aluan oleh Yang Berusaha Tn. Hj. Ahmad Tarmizi b. Kamarrudin, Pegawai Pelajaran Daerah Seberang Perai Selatan. Majlis mengucapkan ribuan terima kasih. PN. NOOR AZIZAH Ucapan Pengarah Pelajaran P. Pinang Majlis Sambutan Hari Guru Peringkat Daerah Seberang Perai Selatan diteruskan lagi dengan mempersilakan Yang Berusaha Tn. Hj. Salleh bin Hj. Abdul Karim, Pengarah Pelajaran Negeri Pulau Pinang untuk menyampaikan ucapan. Dengan hormatnya dipersilakan tuan. HJ. JOOHARI Selesai ucapan Pengarah JPN Taman Lagundi tumbuh kelapa Terbit bunga pokoknya mati. Budi tuan saya tak lupa Sudah terpahat di dalam hati. Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Berbahagia Tn. Hj. Salleh bin Hj. Abdul Karim, Pengarah Pelajaran Negeri Pulau Pinang atas ucapan itu tadi. HJ. JOOHARI
  • 5. C:tempwindows20230512202830_e3fb6d9453849be04710cc96c5c8d1c0d3f4722a2676018-contoh-teks-pengacara-hari-guru- 230512202829-f32c51ea.doc 5 Ucapan Perasmian oleh Timbalan Ketua Menteri Sidang hadirin warga pendidik yang budiman, kini majlis dengan sukacita dan hormatnya mempersilakan Yang Berhormat Dato’ Abdul Rashid bin Abdullah, Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Sungai Bakap untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya menyempurnakan Majlis Perasmian Sambutan Hari Guru Peringkat Daerah Seberang Perai Selatan tahun 2005 Yang Berhormat Dato’ dipersilakan. PN. NOOR AZIZAH Selesai Ucapan Perasmian (diikuti oleh paluan kompang- pasukan koir dan Kumpulan Pembaca Ikrar mengambil tempat di pentas) Berhenti paluan kompang Dengan Bismillah kita mulai, Alhamdulillah wassala tannabi; Dengan takdir Ilahi Rabbi, Selesailah sudah upacara merasmi. Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Yang Berhormat Dato’ Abdul Rashid bin Abdullah, Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang atas ucapan dan seterusnya merasmikan majlis Sambutan Hari Guru Peringkat Daerah Seberang Perai Selatan tahun 2005 . PN. NOOR AZIZAH
  • 6. C:tempwindows20230512202830_e3fb6d9453849be04710cc96c5c8d1c0d3f4722a2676018-contoh-teks-pengacara-hari-guru- 230512202829-f32c51ea.doc 6 upacara menaikkan bendera dan Bacaan lkrar ... .up (angkatkan tangan) Beralih kita ke acara seterusnya, iaitu upacara menaikkan bendera dan bacaan ikrar Hari Guru. Untuk itu majlis mempersilakan Tn. Hj. Ibrahim bin Zainol, Wakil Majlis Guru Besar bersama-sama dengan En. Ismajamshir bin Ismail wakil Pejabat Pelajaran Daerah SPS, Tn. Hj. Abu Hassan bin Yahaya wakil PKPSM, En. Zarman bin Zainal Abidin wakil kelab staf SMK Jawi dan En. Fadzli bin Ramli dari SK Jawi, untuk mengetuai bacaan ikrar. Tuan-tuan sidang hadirin warga pendidik sekalian, diminta turut sama melafazkan ikrar tersebut HJ. JOOHARI Selesai bacaan Ikrar... Terima kasih kepada kumpulan pembaca ikrar serta sekalian warga dewan yang telah bersama-sama membacakan ikrar dengan penuh bersemangat. HJ. JOOHARI Persembahan Koir Bersenjatakan pena keramat Dan berbekalkan ilmu di dada yang sarat Melangkah sang guru penuh semangat Ke gelanggang pendidikan untuk berkhidmat Dengan satu visi dan matlamat Bagi mengangkat martabat umat Di pentas watan dan sarwajagat PN. NOOR AZIZAH
  • 7. C:tempwindows20230512202830_e3fb6d9453849be04710cc96c5c8d1c0d3f4722a2676018-contoh-teks-pengacara-hari-guru- 230512202829-f32c51ea.doc 7 Demikian sifat Guru Berkualiti Menjadi Pemangkin Kegemilangan Negara. Hadirin yang budiman, marilah sama-sama kita menyaksikan persembahan oleh Pasukan Koir Pendidikan Daerah Seberang Perai Selatan. Pasukan ini terdiri daripada 30 orang guru sekolah-sekolah di daerah Seberang Perai Selatan, di bawah pimpinan En. Lee Chai Huat, Guru Muzik SMK Tunku Abdul Rahman. Lagu-lagu yang akan didendangkan adalah: 1. Lagu Guru Malaysia, 2. Lagu Tema Hari Guru, dan 3. Lagu Hancur Badan Dikandung Tanah Marilah sama-sama kita saksikan persembahan mereka. PN. NOOR AZIZAH 3.30 ptg Penyampaian Anugerah: Bahagian Pertama Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Pasukan Koir Pendidikan Daerah Seberang Perai Selatan di bawah pimpinan En. Lee Chai Huat. HJ. JOOHARI
  • 8. C:tempwindows20230512202830_e3fb6d9453849be04710cc96c5c8d1c0d3f4722a2676018-contoh-teks-pengacara-hari-guru- 230512202829-f32c51ea.doc 8 Sebagai tanda penghargaan dan terima kasih atas kerjasama menyempurnaan majlis perasmian Sambutan Hari Guru Peringkat Daerah Seberang Perai Selatan tahun 2005, Majlis dengan sukacitanya mempersilakan Yang Berusaha Tn. Hj. Ahmad Tarmizi b. Kamarrudin, Pegawai Pelajaran Daerah menyampaikan cenderamata kenang- kenangan dari warga pendidik Seberang Perai Selatan kepada Yang Berhormat Dato’ Abdul Rashid bin Abdullah. Pause............ Majlis mengucapkan terima kasih Batu bernama si batu bata Tempat hinggap si burung balam Guru itu ibarat pelita Memberi cahaya setiap malam Acara pada petang ini diteruskan dengan acara penyampaian anugerah pendidikan. HJ. JOOHARI
  • 9. C:tempwindows20230512202830_e3fb6d9453849be04710cc96c5c8d1c0d3f4722a2676018-contoh-teks-pengacara-hari-guru- 230512202829-f32c51ea.doc 9 Untuk menyempurnakannya, majlis dengan sukacita mempersilakan Tn. Hj. Ahmad Tarmizi b. Kamarrudin, Pegawai Pelajaran Daerah Seberang Perai Selatan untuk menjemput dan mengiringi Yang Berusaha Tn. Hj. Salleh bin Hj. Abdul Karim, Pengarah Pelajaran Negeri Pulau Pinang naik ke pentas bagi menyampaikan anugerah-anugerah. HJ. JOOHARI Anugerah Jasamu Dikenang Warga dewan yang budiman, Bersama-sama kita pada petang yang permai ini, adalah sekumpulan warga pendidik yang telah mencapai umur bersara wajib dalam tempoh setahun yang lalu. Sesungguhnya jasa dan pengorbanan guru-guru ini bukan sedikit. Dari usia muda sehinggalah ke usia sekarang mereka memberi pelbagai sumbangan, menabur jasa dan bakti memartabatkan profesion walaupun penuh dengan cabaran dan halangan. Tinggi bukit silang-gemilang Air pasang tenang-tenangan Budi sedikit tidakkan hilang Dalam hati kenang-kenangan HJ. JOOHARI
  • 10. C:tempwindows20230512202830_e3fb6d9453849be04710cc96c5c8d1c0d3f4722a2676018-contoh-teks-pengacara-hari-guru- 230512202829-f32c51ea.doc 10 Sebagai tanda mengenang jasa, berikut disampaikan anugerah Jasamu Dikenang. Dijemput penerima-penerima Anugerah Jasamu dikenang naik ke pentas.... Penerima Jawatan Akhir 1. En. Chuah Kah Liang Bekas Guru SMK Simpang Empat 2. En. Poornachandran a/l Siggaraveloo Bekas Guru Besar SJK(T) Ladang Transkrian 3. Pn. Hjh. Aishah bt. Abdullah Bekas Guru SMKA Nibong Tebal 4. En. Zainon bin Seman Bekas Pegawai Pelajaran Daerah SPS 5. En. Abd. Patah bin Iman Bekas Guru Besar SK Saujana Indah 6. En. Munusamy a/l Narasiman Bekas Guru Besar SJK(T) Ladang Mayfield 7. Pn. Gunavathi a/p Kathiresan Bekas Guru Besar SJK(T) Ladang Changkat 8. Pn. Letchmy a/p Subramaniam Bekas Guru Besar SJK(T) Tasek Permai HJ. JOOHARI
  • 11. C:tempwindows20230512202830_e3fb6d9453849be04710cc96c5c8d1c0d3f4722a2676018-contoh-teks-pengacara-hari-guru- 230512202829-f32c51ea.doc 11 9. En. Hussain bin Aziz Bekas Pen. Kanan SK Sungai Bakau 10. Pn. Umi Khalsum bt. Mohd Taib Bekas Pen. Kanan SK Sg. Kechil 11. Pn. Tang Moey Eaim Bekas Guru SJK(C) Kampung Jawi HJ. JOOHARI Penghargaan Khas Kepada Pasukan Bahas Hari Guru Peringkat Daerah dan Negeri Pulau Pinang. Para pendidik, hadirin-hadirat yang budiman, Majlis seterusnya berbesar hati untuk memberi penghargaan khas kepada guru-guru dari pasukan bahas yang telah mewakili daerah kita ke peringkat negeri dan seterusnya mewakili negeri Pulau Pinang ke Pertandingan Bahas Guru-Guru Malaysia Peringkat KebangsaanTahun 2005. Dipersilakan peserta-peserta Pasukan Bahas Bahasa Melayu: 1. Tn. Hj. Bohari bin Samsudin (SMK Methodist) 2. Pn. Hjh. Fathiyah bt. Abu Bakar (SMK Tun Syed Sheh Barakbah) 3. En. Azmi bin Othman (SMK Jawi) 4. Tn. Hj. Joohari bin Ariffin (SMK Saujana Indah) 5. En. Asaithamby a/l Ramayah (SMK Tasek) 6. Pn. Gunachelvy a/p Suppiah (SMK Batu Kawan) PN. NOOR AZIZAH
  • 12. C:tempwindows20230512202830_e3fb6d9453849be04710cc96c5c8d1c0d3f4722a2676018-contoh-teks-pengacara-hari-guru- 230512202829-f32c51ea.doc 12 Seterusnya dipersilakan pula peserta Pasukan Bahas Bahasa Inggeris iaitu En. Yeap Hoay Kok (SMK Methodist) PN. NOOR AZIZAH Anugerah Kecemerlangan Kokurikulum Berikut diumumkan pula penerima Anugerah Kecemerlangan Kokurikulum 2005. Bagi kategori Sekolah Menengah, Sekolah paling cemerlang dalam bidang kokurikulum daerah Seberang Perai Selatan ialah Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Nibong Tebal. Bagi kategori sekolah Kebangsaan pula, sekolah paling cemerlang dalam bidang kokurikulum 2005 ialah Sekolah Kebangsaan Permatang Tok Mahat Kecemerlangan sekolah banyak bergantung kepada gurunya. Berikut diumumkan penerima Anugerah Guru Cemerlang Bidang Kokurikulum. Guru Cemerlang Bidang Kokurikulum bagi kategori sekolah menengah dianugerahkan kepada Tn. Hj. Bohari bin Samsudin dari SMK Methodist. Bagi kategori sekolah Rendah, Guru Cemerlang Bidang Kokurikulum 2005, dianugerahkan kepada Pn. Rodziah bt. Ibrahim dari SK Permatang Tok Mahat. PN. NOOR AZIZAH
  • 13. C:tempwindows20230512202830_e3fb6d9453849be04710cc96c5c8d1c0d3f4722a2676018-contoh-teks-pengacara-hari-guru- 230512202829-f32c51ea.doc 13 Anugerah Kecemerlangan Sukan Berikut diumumkan pula penerima-penerima anugerah Kecemerlangan Sukan 2005. Sekolah cemerlang dalam bidang sukan kategori sekolah menengah 2005 jatuh kepada SMK Mutiara Impian Bagi kategori sekolah rendah pula, Sekolah cemerlang sukan 2005 daerah Seberang Perai Selatan, disandang oleh Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Chong Kuang. Kecemerlangan sekolah dalam bidang sukan juga banyak bergantung kepada gurunya. Sekarang diumumkan penerima Anugerah Guru Cemerlang Bidang Sukan 2005. Guru Cemerlang Bidang Sukan kategori Sekolah Menengah dianugerahkan kepada En. Thangarajoo a/l Manikam dari SMK Tunku Abdul Rahman. Bagi kategori sekolah Rendah, Guru Cemerlang Bidang Sukan 2005, dianugerahkan kepada Tn. Hj. Ahmad Rozi bin Ali dari Sekolah Kebangsaan Sungai Kechil. TN. HJ. JOOHARI
  • 14. C:tempwindows20230512202830_e3fb6d9453849be04710cc96c5c8d1c0d3f4722a2676018-contoh-teks-pengacara-hari-guru- 230512202829-f32c51ea.doc 14 Jawatankuasa Hari Guru juga telah menyediakan satu anugerah Khas Sukan Tahun 2005. Penerima anugerah tersebut, En. Subkhiddin bin Mohd Salleh dari SM Teknik Nibong Tebal. Dijemput En. Ismail bin Mohd Said, Penolong Kanan Pentadbiran SM Teknik naik ke atas pentas untuk menerima anugerah bagi mewakili En. Subkhiddin bin Mohd Salleh. Untuk makluman hadirin En. Subkhiddin ketika ini sedang berada di Thailand kerana dilantik mengadili Kejohanan Bola Sepak Kelayakan Piala Dunia. HJ. JOOHARI Anugerah Pengurusan SPBT Cemerlang Kecemerlangan pendidikan sesebuah sekolah juga turut dibantu oleh keberkesanan pengurusan Skim Pinjaman Buku Teks sekolah tersebut. Oleh itu, Jawatankuasa Sambutan Hari Guru pada tahun ini telah bersetuju untuk menganugerahkan kepada sekolah yang berjaya menguruskan Skim Pinjaman Buku Teks sekolahnya yang paling berkesan. Penerima anugerah Pengurusan Skim Pinjaman Buku Teks Cemerlang tahun 2005 kategori sekolah menengah dimenangi oleh SMK Simpang Empat. PN. NOOR AZIZAH
  • 15. C:tempwindows20230512202830_e3fb6d9453849be04710cc96c5c8d1c0d3f4722a2676018-contoh-teks-pengacara-hari-guru- 230512202829-f32c51ea.doc 15 Manakala bagi kategori sekolah rendah pula Pengurusan Skim Pinjaman Buku Teks Cemerlang jatuh kepada Sekolah Kebangsaan Sungai Acheh. PN. NOOR AZIZAH Anugerah Pusat Sumber Sekolah Cemerlang Pusat Sumber sekolah memainkan peranan bagi menyediakan kemudahan dan peralatan yang membantu kecemerlangan pendidikan sekolah. Berikut diumumkan penerima-penerima Anugerah Pusat Sumber Sekolah Cemerlang. Anugerah Pusat Sumber Sekolah Cemerlang kategori sekolah menengah disandang oleh SMK Sungai Acheh. Manakala dalam kategori sekolah rendah pula, penerima Anugerah Pusat Sumber Sekolah Cemerlang diberikan kepada SK Permatang Tok Mahat. PN. NOOR AZIZAH Anugerah Kecemerlangan 3K Sama ada disedari atau tidak, kejayaan sekolah dalam segala bidang bergantung kepada suasana persekitarannya. Persekitaran yang kondusif, menyegarkan, selamat dan ceria akan mendorong warganya lebih bersemangat dan bertenaga untuk belajar dan menabur khidmat. TN. HJ. JOOHARI
  • 16. C:tempwindows20230512202830_e3fb6d9453849be04710cc96c5c8d1c0d3f4722a2676018-contoh-teks-pengacara-hari-guru- 230512202829-f32c51ea.doc 16 Justeru Jawatankuasa Sambutan Hari Guru 2005 ingin memberi pengiktirafan kepada sekolah-sekolah yang mencapai kecemerlangan dalam bidang Kebersihan, Keceriaan dan Keselamatan (3K). Penerima Anugerah cemerlang 3K kategori sekolah menengah diberikan kepada SMK Mutiara Impian. Bagi kategori sekolah kebangsaan, Anugerah Cemerlang 3K 2005 jatuh kepada SK Jawi. Dalam kategori Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) pula, penerima anugerah ini adalah Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Chong Kuang. Anugerah Cemerlang 3K kategori Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) pula diberikan kepada Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Nibong Tebal. HJ. JOOHARI
  • 17. C:tempwindows20230512202830_e3fb6d9453849be04710cc96c5c8d1c0d3f4722a2676018-contoh-teks-pengacara-hari-guru- 230512202829-f32c51ea.doc 17 Anugerah Guru Inovatif 2005 Anak mengkarung di tepi hutan, Berjaga-jaga jangan terpijak, Sudah kuharung tujuh lautan, Baru bertemu guru yang bijak. Guru bijak tidak berpada dengan apa yang ada. Ia akan belajar sepanjang hayat. Ia tidak sekadar menerima suatu perubahan, malah bergerak mencipta suatu inovasi baru bagi memperkaya khazanah berharga pendidikan negara. Untuk itu, kita ke acara seterusnya iaitu Penganugerahan guru Inovatif Daerah Seberang Perai Selatan tahun 2005. Anugerah Guru Inovatif Tahun 2005 kategori Pra sekolah. Diumumkan pemenangnya ialah Pn. Noor Mila bt. Hj. Mohd Sahimi dari SK Permatang Tok Mahat dengan projek inovatifnya bertajuk: “Aktiviti Kokurikulum Prasekolah: Kembara Si Comel” Dalam Kategori Individu Sekolah rendah pula dipersilakan Pn. Rodziah bt. Ibrahim dari SK Permatang Tok Mahat dengan projek inovatifnya bertajuk “Program DIT (Dengar, Ingat, Tulis) PN. NOOR AZIZAH
  • 18. C:tempwindows20230512202830_e3fb6d9453849be04710cc96c5c8d1c0d3f4722a2676018-contoh-teks-pengacara-hari-guru- 230512202829-f32c51ea.doc 18 Seterusnya untuk kategori Individu Sekolah Menengah, penerimanya ialah Pn. Nor Azam bt. Omar dari SMK Methodist Nibong Tebal dengan projeknya yang bertajuk “Penghasilan Kertas daripada Batang Pisang.” Bagi kategori Berkumpulan pula Anugerah Guru Inovatif 2005 dipilih melalui projek yang bertajuk Mereka bentuk Projek Aeroangkasa Untuk Meningkatkan Penguasaan Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris di Kalangan Pelajar Luar Bandar. Dijemput penerima-penerimanya tampil ke atas pentas menerima hadiah: 1. En. Tan Khan Aun @ Tan Khan An, dan 2. En. Khoo Bak Kiang Kedua-duanya dari SMK Sungai Acheh. PN. NOOR AZIZAH Anugerah Kepimpinan PIBG Kelebihan Nabi dengan mukjizat Kelebihan umat dengan muafakat Air Melurut dengan bandarnya Benar melurut dengan muafakatnya TN. HJ. JOOHARI
  • 19. C:tempwindows20230512202830_e3fb6d9453849be04710cc96c5c8d1c0d3f4722a2676018-contoh-teks-pengacara-hari-guru- 230512202829-f32c51ea.doc 19 Pisang sesikat gulai sebelanga Teruskan muafakat bersama-sama. Demi menjamin kecemerlangan sekolah, peranan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) tidak dapat dinafikan kepentingannya. Peranan ini dapat digambarkan melalui ungkapan: Agar dapat menokok barang yang kurang, Agar dapat menggulas mana yang senteng, Agar dapat menghubung mana yang pendek, Usang-usang minta diperbaharu, Lapuk-lapuk minta dikajangi, Yang singkat tolong sambungkan, Yang panjang tolong keratkan, Yang koyak minta ditampal Demikianlah eratnya kerjasama yang sepatutnya dijalin antara pihak sekolah dengan ibu bapa. Bagi menghargai sumbangan PIBG, berikut diumumkan penerima Anugerah Kepimpinan PIBG. HJ. JOOHARI
  • 20. C:tempwindows20230512202830_e3fb6d9453849be04710cc96c5c8d1c0d3f4722a2676018-contoh-teks-pengacara-hari-guru- 230512202829-f32c51ea.doc 20 Penerima Anugerah Kepimpinan PIBG 2005 peringkat Daerah Seberang Perai Selatan, dianugerahkan kepada En. Zainol Abidin bin Ismail. Untuk pengetahuan hadirin, pada masa ini, En. Zainol Abidin bin Ismail merupakan Yang Dipertua PIBG di 5 buah sekolah iaitu di SMKA Nibong Tebal, SMK Mutiara Impian, SMK Tun Syed Sheh Barakbah, SK Bukit Tambun dan SK Permai Indah. HJ. JOOHARI Anugerah Sekolah Cemerlang Akademik Berikut diumumkan sekolah-sekolah yang menerima anugerah kecemerlangan akademik: Sekolah yang mencapai kecemerlangan dalam UPSR 2004 bagi kategori Sekolah Kebangsaan ialah Sekolah Kebangsaan Permatang Tok Mahat Bagi kategori Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina), penerimanya ialah Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Pai Teik Manakala bagi kategori Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil), pula penerimanya Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Tasek Permai PN. NOOR AZIZAH
  • 21. C:tempwindows20230512202830_e3fb6d9453849be04710cc96c5c8d1c0d3f4722a2676018-contoh-teks-pengacara-hari-guru- 230512202829-f32c51ea.doc 21 Seterusnya diumumkan pula penerima anugerah sekolah cemerlang dalam PMR 2004: Bagi kategori Sekolah Menengah Harian, penerimanya ialah Sekolah Menengah Kebangsaan Mutiara Impian. Bagi Ketegori Sekolah Menengah Kawalan pula, penerimanya Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Nibong Tebal Anugerah sekolah cemerlang dalam SPM: Bagi kategori Sekolah Menengah Harian, sekolah cemerlang SPM dianugerahkan kepada Sekolah Menengah Kebangsaan Valdor Bagi Kategori Sekolah Menengah Kawalan pula, sekolah cemerlang SPM 2004 jatuh kepada Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Nibong Tebal. Sekolah cemerlang STPM. Jawatankuasa Penilai Hari Guru 2005 dengan ini mengisytiharkan Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Abdul Rahman sebagai sekolah Cemerlang STPM 2004. PN. NOOR AZIZAH
  • 22. C:tempwindows20230512202830_e3fb6d9453849be04710cc96c5c8d1c0d3f4722a2676018-contoh-teks-pengacara-hari-guru- 230512202829-f32c51ea.doc 22 Anugerah Sekolah Harapan Negara Persembahan Multimedia get ready. Sekolah yang cemerlang dalam pelbagai bidang wajar dijadikan model untuk diteladani oleh sekolah-sekolah yang lain. Justeru sekolah sebegini perlu diiktiraf sebagai Sekolah Harapan Negara. Berikut diumumkan pula penerima-penerima Anugerah Sekolah Harapan Negara Pemenang Anugerah Sekolah Harapan Negara Tahun 2005 kategori sekolah Menengah disandang oleh SMK Mutiara Impian Dipersilakan Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Mutiara Impian naik ke pentas bagi menerima anugerah. Pemenang Anugerah Sekolah Harapan Negara Tahun 2005 Kategori sekolah Rendah disandang oleh Sekolah Kebangsaan Permatang Tok Mahat. Sekolah ini juga telah mengharumkan nama Daerah Seberang Perai Selatan dan Negeri Pulau Pinang kerana telah dianugerahkan sebagai Sekolah harapan Negara Peringkat Kebangsaan tahun 2005 kategori Sekolah rendah Luar Bandar. Dipersilakan Guru Besar Sekolah Kebangsaan Permatang Tok Mahat naik ke pentas bagi menerima anugerah ini. TN. HJ. JOOHARI
  • 23. C:tempwindows20230512202830_e3fb6d9453849be04710cc96c5c8d1c0d3f4722a2676018-contoh-teks-pengacara-hari-guru- 230512202829-f32c51ea.doc 23 Terima Kasih diucapkan ke Yang Berusaha Tn. Hj. Salleh bin Hj. Abdul Karim yang telah sudi menyempurnakan penyampaian anugerah-anugerah sebentar tadi. HJ. JOOHARI Anugerah Tokoh Guru 2005 Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara Jika hari ini seorang Ulama yang mulia Jika hari ini seorang peguam menang bicara Jika hari ini seorang penulis terkemuka Jika hari ini siapa sahaja yang dewasa Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa Dengan lembut sabarnya mengajar tulis baca. Para hadirin yang budiman sekalian, kini sampailah kita ke kemuncak majlis iaitu penyampaian Anugerah Tokoh Guru Tahun 2005. Oleh itu marilah kita sama-sama menyaksikan tayangan multimedia. TN. HJ. JOOHARI PN. NOOR AZIZAH Pertunjukan multimedia bermula
  • 24. C:tempwindows20230512202830_e3fb6d9453849be04710cc96c5c8d1c0d3f4722a2676018-contoh-teks-pengacara-hari-guru- 230512202829-f32c51ea.doc 24 Selesai multimedia show, diikuti dengan kompang dan tokoh guru diarak ke pentas lagu "Biarku menjadi Lilin”. Bila lagu diperlahankan.. Untuk menyempurnakan penganugerahan tersebut, Majlis dengan sukacita dan penuh takzim mempersilakan Yang Berusaha Tn. Hj. Ahmad Tarmizi b. Kamarrudin, Pegawai Pelajaran Daerah, merangkap Pengerusi Jawatankuasa Sambutan Hari Guru Daerah Seberang Perai Selatan untuk menjemput dan mengiringi Yang Berhormat Dato’ Abdul Rashid bin Abdullah, Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Sungai Bakap naik ke pentas. Dijemput En. Chin Wee Wah untuk menerima anugerah Tokoh Guru tahun 2005. Tokoh Guru seterusnya, dijemput Tn. Hj. Mansor bin Manan. Dijemput Tn. Hj. Abdul Jamal bin Hj. Ghazali untuk menerima anugerah Tokoh Guru Daerah Seberang Perai Selatan tahun 2005 Seterusnya dipersilakan pula Encik Munusamy a/l Narasiman PN. NOOR AZIZAH
  • 25. C:tempwindows20230512202830_e3fb6d9453849be04710cc96c5c8d1c0d3f4722a2676018-contoh-teks-pengacara-hari-guru- 230512202829-f32c51ea.doc 25 Selesai lagu Anak Haruan berlima-lima Mati ditimpa panggur berdaun Budi tuan kami terima Jadi kenangan bertahun-tahun Terima kasih kepada Yang Berhormat Dato’ Abdul Rashid bin Abdullah, atas kesudian Dato’ menyempurnakan penganugerahan sebentar tadi. Majlis sekali lagi mengucapkan terima kasih kepada Pasukan Koir Pejabat Pelajaran Daerah Seberang Perai Selatan atas nyanyian lagu Biarku Menjadi Lilin. PN. NOOR AZIZAH Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu Dia adalah guru mewakili seribu buku; Semakin terpencil duduknya di ceruk desa Semakin bererti tugasnya kepada negara. Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku Budi yang diapungkan di dulang ilmu Panggilan keramat “cikgu” kekal terpahat Menjadi kenangan ke akhir hayat. TN. HJ. JOOHARI
  • 26. C:tempwindows20230512202830_e3fb6d9453849be04710cc96c5c8d1c0d3f4722a2676018-contoh-teks-pengacara-hari-guru- 230512202829-f32c51ea.doc 26 Demikian antara mutiara kalimat penuh tulus daripada Sasterawan Negara Allahyarham Usman Awang dedikasi khusus untuk para guru. Dengan ini berakhirlah sudah majlis Sambutan Hari Guru Peringkat Daerah SPS bagi tahun 2005. Majlis sekali lagi merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada Yang Berhormat Dato’ Abdul Rashid bin Abdullah, Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang , Yang Berusaha Tn. Hj. Salleh bin Hj. Abdul Karim, Pengarah Pelajaran Negeri Pulau Pinang, Yang Berusaha Tn. Hj. Ahmad Tarmizi b. Kamarrudin, Pegawai Pelajaran Daerah, merangkap Pengerusi Jawatankuasa Sambutan Hari Guru Daerah Seberang Perai Selatan Ahli-ahli Jawatankuasa Sambutan Hari Guru Petugas-Petugas yang bertungkus lumus dari mula hingga ke akhir Dan tidak lupa kepada semua yang hadir kerana telah menjayakan majlis yang penuh bermakna pada petang ini. PN. NOOR AZIZAH
  • 27. C:tempwindows20230512202830_e3fb6d9453849be04710cc96c5c8d1c0d3f4722a2676018-contoh-teks-pengacara-hari-guru- 230512202829-f32c51ea.doc 27 Gunung Pantai tinggi mengawan Nampak dari Padang Temu Sampai di sini tinggallah tuan, Ada hayat kita bertemu Sebelum berpisah, Majlis mempersilakan Yang Berusaha Tn. Hj. Ahmad Tarmizi b. Kamarrudin, Pegawai Pelajaran Daerah, merangkap Pengerusi Jawatankuasa Sambutan Hari Guru Daerah Seberang Perai Selatan untuk menjemput dan mengiringi Yang Berhormat Dato’ Abdul Rashid bin Abdullah, Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Yang Berusaha Tn. Hj. Salleh bin Hj. Abdul Karim, Pengarah Pelajaran Negeri Pulau Pinang, dif-dif kehormat untuk menikmati jamuan ringan. Tuan-tuan/ Puan-puan sidang hadiran sekalian juga turut dijemput untuk menikmati jamuan ringan di tempat yang telah disediakan. Sekian, selamat sejahtera, selamat petang dan wassalamu'alaikum wbt. PN. NOOR AZIZAH
  • 28. C:tempwindows20230512202830_e3fb6d9453849be04710cc96c5c8d1c0d3f4722a2676018-contoh-teks-pengacara-hari-guru- 230512202829-f32c51ea.doc 28 MAJLIS PENGANUGERAHAN KECEMERLANGAN PENDIDIKAN SEMPENA SAMBUTAN HARI GURU TAHUN 2005 DAERAH SEBERANG PERAI SELATAN 24 Mei 2005 ( Selasa ) 2.00 petang Dewan Serbaguna Jawi “Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan” Tn. Hj. Joohari bin Ariffin