Kajian ini mengkaji tahap keselesaan pekerja di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM). Berdasarkan analisis 25 responden, majoriti adalah wanita berumur 31 hingga 40 tahun dengan taraf pendidikan diploma yang telah bekerja selama 10 hingga 15 tahun di PPUKM.
Abortion pills in Jeddah+966543202731/ buy cytotec
Kajian Kumpulan Tahap Keselesaan Bekerja dalam kalangan staff PPUKM
1. JABATAN KEJURURAWATAN, FAKULTI PERUBATAN,
PPUKM, IJAZAH SARJANAMUDA KEJURURAWATAN,
TAHUN 3, SEMESTER II, SESI 2014/2015.
GGE2123 TEKNOLOGI DAN INOVASI DALAM PENDIDIKAN
TUGASAN KUMPULAN 12
TAHAP KESELESAAN BEKERJA DALAM KALANGN STAFF PPUKM
PENSYARAH : MEJAR MOHD JASMY BIN ABD RAHMAN
NAMA NO MATRIK
RUFINA BAKRI A141472
NORAINI ABD RASHID A140939
NURAINI ISMAIL A141629
SITI NURUL FATIN ZAKARIA A141746
SITI NOR AIN RAMLI A141803
3. 1
PENDAHULUAN
Kajian ini dilakukan untuk mengkaji tahap keselesaan bekerja dalam kalangan pekerja
Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia. Kami mengkaji hubungan antara
kemudahan yang disediakan dan tahap kualiti pekerjaan terhadap aspek keselesaan. Kajian
ini dijalankan di dalam kawasan Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia
(PPUKM). Kajian ini dilakukan secara berkumpulan oleh para pelajar Tahun 3 Ijazah
Sarjana Muda Kejururawatan dengan Kepujian dengan menggunakan kaedah soal selidik.
Borang soal selidik diedarkan kepada responden seramai 25 orang yang mempunyai latar
belakang dan prospek kerja yang berbeza. Responden yang kami pilih adalah pekerja yang
dalam kawasan PPUKM. Maklumat daripada responden yang diperoleh daripada hasil
kajian akan dianalisa bagi menilai tahap keselesaan pekerja PPUKM. Setelah maklumat
dianalisa, perbincangan berkaitan dengan tahap keselesaan dilakukan bersama setiap ahli
kumpulan. Setiap ahli kumpulan memberi idea dan pandangan masing-masing semasa
perbincangan hasil analisa dijalankan. Kajian ini merangkumi aspek keselesaan seperti
kemudahan, perkhidmatan, pengurusan dan lain-lain lagi. Keseluruhan dapatan kajian ini,
disimpulkan menjadi laporan kajian.
4. 2
PERMASALAHAN KAJIAN
1) Tahap kelesaan bekerja
Pekerja memerlukan persekitaran yang selesa dan kondusif bagi melaksanakan
pekerjaan mereka. Namun begitu, kebanyakan organisasi lebih menekankan kepada
pencapaian keuntungan berbanding dengan kepuasan pekerja. Menurut Douglas
(1996) pula, terdapatnya pertalian terus di antara kualiti tempat kerja dan kesan
olehnya ke atas produktiviti pekerja. Persekitaran tempat kerja yang tidak selesa akan
memberikan kesan negatif kepada pekerja. Menurut Attwood (1996), di antara kesan-
kesan negatif yang boleh berlaku adalah peningkatan ketidakhadiran,. penurunan
ketara produktiviti, moral rendah dan sikap buruk ke atas organisasi yang berterusan
selama berbulan-bulan dan bertahun-tahun, peningkatan kesilapan kerja, dan
kehilangan pekerja yang rajin dan berpengalaman. Justeru kami ingin mengetahui
adakah pekerja di PPUKM menghadapi masalah dalam aspek keselesaan yang boleh
memberi kesan negative kepada pekerja itu sendiri.
2) Faktor-faktor yang mempengaruhi tahap keselesaan bekerja
Menurut Herzberg et al., (1959) di dalam Amaratunga dan Baldry (2002),
keadaan tempat kerja adalah salah satu faktor yang menyumbang kepada
ketidakpuasan hati pekerja. Begitu juga dengan Gruenberg (1980) dan Seybolt (1976)
di dalam Amaratunga et al., (2000) telah mencadangkan bahawa keadaan tempat kerja
memainkan peranan yang penting untuk menentukan kepuasan bekerja. Oshagbemi
(1999) di dalam Amaratunga et al., (2000) telah menjalankan penyelidikan bagi
menyiasat faktor-faktor yang menyumbang kepada kepuasan dan ketidakpuasan di
5. 3
pusat pengajian tinggi telah mendapati keadaan fizikal dan fasiliti adalah elemen
terpenting di mana ianya membentuk pengaruh hampir 20 peratus ke atas produktiviti
kakitangan universiti. Justeru melalui kajian kami menyenaraikan kemudahan yang
boleh mempengaruhi tahap keselesaan pekerja PPUKM dalam bekerja seperti
kemudahan parker,kualiti makanan dan sistem pengurusan maklumat.
3) Pengaruh keselesaan terhadap kualiti pekerjaan
Keselesaan seseorang dalam bekerja dapat dilihat melalui kualiti pekerjaan
yang dihasilkan. Menurut Canter (1983), keselesaan bekerja secara langsungnya
mempunyai kesan positif ke atas kepuasan kerja dan perlaksanaan seseorang pekerja
tersebut. Justeru kami ingin melihat pandangan mereka adakah kualiti kerja pekerja
PPUKM seiring dengan tahap keselesaan mereka bekerja.
4) Kepentingan penambahbaikan dalam meningkatkan keselesaanbekerja
Pekerja memerlukan penambahbaikan dari semasa ke semasa dalam
meningkatkankan keselesaan sewaktu bekerja. Menurut Jacqueline Beattie (2007),
penambahbaikan secara berterusan bukan suatu aktiviti yang bersifat ‘one off’, tetapi
menuntut perubahan secara berterusan dalam menguruskan sesebuah organisasi.
Berdasarkan definisi yang diberikan, penambahbaikan secara berterusan dapat
ditakrifkan sebagai satu usaha secara berterusan yang perlu dilakukan oleh sesebuah
organisasi bagi memastikan organisasi tersebut kekal relevan. Oleh yang demikian
kami ingin mengetahui mengenai adakah pekerja di PPUKM menyokong
penambahbaikan yang dilaksanakan di PPUKM bagi meningkatkan keselesaan
sewaktu bekerja.
6. 4
TUJUAN KAJIAN
Kajian ini bertujuan untuk mengkaji tahap keselesaan pekerja sewaktu bekerja di
PPUKM. Kami juga ingin mengetahui kaitan antara faktor-faktor dan tahap keselesaan
sewaktu bekerja di PPUKM seperti dari aspek kemudahan, keselamatan dan pengurusaan.
Selain itu, kami juga ingin mengetahui mengenai adakah keselesaan dapat mempengaruhi
kualiti pekerjaan seseorang. Tambahan lagi, kami juga ingin mengetahui mengenai pandangan
responden sekiranya tahap keselesaan tidak mencapai objektif sewaktu bekerja. Seterusnya,
kami ingin mengetahui mengenai sebarang penambahbaikan terhadap tahap keselesaan
sewaktu bekerja. Akhir sekali, kami ingin sekali mengetahui adakah responden menyedari
kesan negatif yang akan berlaku sekiranya keadaan tempat kerja tidak selesa atau kondusif.
7. 5
OBJEKTIF KAJIAN
i. Untuk mengenal pasti tahap keselesaan pekerja di PPUKM
ii. Mengkaji hubungan antara faktor-faktor yang mempengaruhi tahap keselesaan di
PPUKM seperti kemudahan, keselamatan, dan sistem pengurusan
iii. Untuk mengkaji adakah keselesaan bekerja mempengaruhi kualiti pekerjaaan pekerja
di PPUKM
iv. Untuk mengenalpasti sebarang penambahbaikan bagi meningkatkan tahap keselesaan
pekerja di PPUKM
8. 6
PERSOALAN KAJIAN/ HIPOTESIS
i. Apakah tahap keselesaan pekerja di PPUKM?
ii. Bagiamanakah hubungan antara faktor-faktor yang mempengaruhi keselesaan bekerja
dengan tahap keselesaan yang dirasa?
iii. Adakah keselesaan bekerja mempengaruhi kualiti pekerjaan pekerja di PPUKM?
iv. Adakah PPUKM memerlukan sebarang penambahbaikkan bagi meningkatkan tahap
keselesaan pekerja di PPUKM?
9. 7
METODOLOGI KAJIAN
Bagi menjayakan kajian yang dijalankan, kami telah menggunakan soal selidik sebagai
kaedah bagi mendapatkan maklumat yang perlu dikumpul. Kami telah menghasilkan borang
soal selidik dimana kandungannya terbahagi kepada lima bahagian iaitu bahagian A, B, C, D
dan E . Bahagian A terdiri daripada soalan yang melibatkan biodata responden. Manakala
bahagian B hingga E terdiri daripada soalan yang dibina berdasarkan objektif kajian, yang
berbentuk pernyataan dengan menggunakan skala likert iaitu sangat setuju, setuju, kurang
setuju , tidak setuju dan sangat tidak setuju. Kaji selidik ini telah dilakukan dalam kawasan
PPUKM dengan jumlah responden sebanyak 25 orang. Responden yang dipilih terdiri
daripada pensyarah kejururawatan, jururawat, pembantu kesihatan, dan pelajar kejururawatan
serta pelajar perubatan. Melalui kajian ini, kami telah berjaya mengumpul semua data yang
dikehendaki untuk dijadikan satu hasil kajian yang lengkap.
Selain itu, kami menggunakan literatur sebagai rujukan. Kaedah ini membantu dalam
kajian kerana kami dapat membuat rujukan ke atas sumber-sumber seperti buku-buku, artikel-
artikel daripada jurnal, laporan, tesis-tesis dan surat khabar. Kajian literatur ini bertujuan
untuk memahami isu, mengenal pasti metodologi yang sesuai untuk digunakan dan memilih
kaedah terbaik untuk membuat analisis. Disamping mencari isu yang berkenaan dengan
kajian.
Akhir sekali, kami melakukan proses pengumpulan dan penganalisaan data.
Pengumpulan data ialah dimana borang soal selidik diedarkan kepada kumpulan sampel yang
dikenalpasti. Analisis data adalah proses dimana data yang diperolehi hasil daripada soal
selidik dianalisis dengan menggunakan perisian komputer SPSS. Di peringkat ini, penemuan
yang diperolehi daripada analisis data akan dibincangkan dengan terperinci. Penemuan kajian
menjawab isu di awal kajian dan melengkapkan objektif kajian.
10. 8
DAPATAN KAJIAN
BAHAGIAN A
Rajah 1 Carta Pai Tentang Jumlah Responden Mengikut Jantina.
Kami telah melakukan kajian kepada 25 orang responden yang terdiri daripada pekerja
Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM). Melalui analisis yang kami
lakukan, daripada 25 orang responden terdapat 15 orang perempuan bersamaan 60% daripada
keseluruhan dan 10 orang lelaki bersamaan 40% daripada keseluruhan responden.
10 (40%)
15 (60%)
JANTINA
LELAKI PEREMPUAN
11. 9
Rajah 2: Graf Bar Carta Umur Pekerja PPUKM
Dari segi umur pula, daripada hasil analisis yang kami dapati, majoriti umur responden
yang bekerja di PPUKM adalah dalam lingkunagn 31 tahun hingga 40 tahun yang mewakili
68% daripada 100%. Ini merupakan jumlah yang agak besar berbanding dengan lingkungan
umur yang lain seperti 21 tahun hingga 30 tahun sebanyak 24%. Manakala 41 tahun hingga
50 tahun dan 50 tahun keatas mempunya jumlah yang sama iaitu 4% yang diwakili oleh
seorang responden.
6
24%
17
68%
1 4%1 4%
0
10
20
30
40
50
60
70
80
KEKERAPAN PERATUSAN
KEKERAPAN DAN
PERATUSAN (%)
UMUR
CARTA UMUR PEKERJA PPUKM
21 - 30 TAHUN 31 - 40 TAHUN
41 - 50 TAHUN 50 TAHUN KEATAS
12. 10
Rajah 3: Graf Bar Taraf Pendidikan Pekerja PPUKM
Kami juga ada menganalisis taraf pendidikan yang dimiliki oleh responden yang
bekerja di PPUKM untuk mengetahui pandangan pekerja yang berbeza-beza taraf pendidikan
terhadap keselesaan bekerja di PPUKM. Taraf pendidikan boleh mempengaruhi keselesaan
bekerja kerana penilaian pekerjaan juga dibuat berdasarkan tahap pendidikan yang deperoleh.
Setelah dianalisis, majoriti taraf pendidikan yang dimiliki oleh responden yang bekerja di
PPUKM adalah seperti SPM dan lain-lain bersamaan 8%. Manakala yang STPM mempunyai
peratusan sebanyak 4% dan ijazah sebanyak 24%. Majoriti responden mempunyai pendidikan
sehingga diploma dengan peratusan yang tertinggi iaitu 52%.
2
8%
1
4%
13
52%
6
24%
2
8%
0
10
20
30
40
50
60
KEKERAPAN PERATUSAN
KEKERAPAN DAN
PERATUSAN (%)
TARAF PENDIDIKAN
TARAF PENDIDIKAN PEKERJA PPUKM
SPM STPM DIPLOMA IJAZAH LAIN-LAIN
13. 11
Graf 4: Graf Bar Tempoh Perkhidmatan Pekerja PPUKM.
Mengikut dapatan kajian yang diperoleh, majoriti daripada responden telah
berkhidmat selama 10 hingga 15 tahun dengan mempunyai peratusan sebanyak 36%
bersamaan 9 orang responden. Manakala pekerja yang berkhidmat selama kurang daripada 5
tahun dan 5 hingga 10 tahun berkongsi peratusan yang sama iaitu 20% dengan jumlah
responden sebanyak 5 orang. Bagi tahun perkhidmatan melebihi 15 tahun diwakili oleh 6
orang responden dengan peratusan sebanyak 24% daripada keseluruhan responden.
5
20%
5
20%
9
36%
6
24%
0
5
10
15
20
25
30
35
40
KEKERAPAN PERATUSAN
KEKERAPAN DAN
PERATUSAN (%)
TEMPOH PERKHIDMATAN
TEMPOH PERKHIDMATAN PEKERJA PPUKM
< 5 TAHUN 5 - 10 TAHUN 10 - 15 TAHUN > 15 TAHUN
14. 12
BAHAGIAN B
Graf 5: Graf Bar Tahap Keselesaan Pekerja PPUKM.
Untuk mengetahui tahap keselesaan pekerja PPUKM, kami telah mendapatkan
pandangan daripada pekerja melalui soalan daripada borang soal selidik yang diedarkan.
Melalui soalan ini kami telah menganalisis keputusan dan mendapati majoriti responden
setuju dengan tahap keselesaan bekerja di PPUKM iaitu seramai 21 orang bersamaan 24 %
daripada jumlah responden. Manakala terdapat 5 orang bersamaan 12% sangat setuju bahawa
mereka selesa bekerja di PPUKM dan hanya terdapat 3 orang responden iaitu 4% kurang
bersetuju selesa bekerja di PPUKM. Kesimpulannya tidak ada responden yang tidak selesa
bekerja di PPUKM.
0 0
3
21
5
0 0
4%
84%
12%
0
10
20
30
40
50
60
70
80
90
SANGAT TIDAK
SETUJU
TIDAK SETUJU KURANG
SETUJU
SETUJU SANGAT
SETUJU
KEKERAPAN DAN
PERATUSAN (%)
TAHAP PERSETUJUAN
TAHAP KESELESAAN PEKERJA PPUKM
KEKERAPAN PERATUSAN %
15. 13
Rajah 6: Graf Bar Hubungan Yang Baik Semasa Kakitangan Memberi Keselesaan
Semasa Bekerja
Kajian yang dibuat mengenai hubungan sesama pekerja terhadap keselesaan bekerja
menunjukkan bahawa majoriti bersetuju dengan jumlah seramai 15 responden iaitu 60 %
daripada jumlah responden dan diikuti dengan seramai 6 orang sangat setuju bahawa
hubungan baik antara pekerja memberi keselesaan semasa bekerja. Manakala hanya beberapa
responden yang tidak setuju dan kurang bersetuju dimana masing-masing mempunyai jumlah
dan peratusan sebanyak 1 orang dan 4 % serta 3 orang iaitu 12%. Kesimpulannya tiada
responden yang sangat tidak setuju dengan soalan kajian ini.
0 1
3
15
6
0
4%
12%
60%
24%
0
10
20
30
40
50
60
70
SANGAT TIDAK
SETUJU
TIDAK SETUJU KURANG
SETUJU
SETUJU SANGAT
SETUJU
KEKERAPAN DAN
PERATUSAN (%)
TAHAP PERSETUJUAN
HUBUNGAN YANG BAIK SESAMA KAKITANGAN MEMBERI
KESELESAAN SEMASA BERKERJA
KEKERAPAN PERATUSAN %
16. 14
Rajah 7: Graf Bar Kemudahan Yang Disediakan di PPUKM Memberikan Keselesaan
Kepada Para Pekerja.
Merujuk kepada tahap keselesaaan yang dipengaruhi oleh kemudahan yang disediakan
di PPUKM, kebanyakannya besetuju kemudahan yang disediakan memberi keselesaan ketika
bekerja iaitu seramai 12 responden. Jumlah responden yang kurang setuju adalah melebihi
daripada jumlah responden yang sangat setuju mengenai soalan ini iaitu masing-masing
sebanyak 8 dan 4 responden. Namun terdapat juga yang tidak setuju bahawa kemudahan yang
disediakan memberikan keselesaan kepada pekerja iaitu seorang responden.
0 1
8
12
4
0
4%
32%
48%
16%
0
10
20
30
40
50
60
SANGAT TIDAK
SETUJU
TIDAK SETUJU KURANG
SETUJU
SETUJU SANGAT SETUJU
KEKERAPAN DAN
PERATUSAN (%)
TAHAP PERSETUJUAN
KEMUDAHAN YANG DISEDIAKAN DI PPUKM MEMBERIKAN
KESELESAAN KEPADA PARA PEKERJA
KEKERAPAN PERATUSAN %
17. 15
BAHAGIAN C
Rajah 8: Graf Bar Tahap Keselesaan Kemudahan Parkir di PPUKM.
Untuk mengetahui hubungan antara kemudahan parkir kereta di PPUKM dengan tahap
keselesaan bekerja, kami telah mendapatkan pandangan daripada responden melalui soalan
daripada borang soal selidik yang kami edarkan. Berdasarkan soalan itu, kami telah
menganalisis keputusan dan mendapati majoriti responden bersamaan 36% daripada
keseluruhan responden sangat tidak bersetuju dengan kemudahan parkir yang disediakan oleh
PPUKM kerana bagi mereka kemudahan yang disediakan sangat terhad. Manakala bagi
responden yang tidak setuju dan kurang setuju masing-masing mempunyai peratusan
sebanyak 24% dan 32%. Daripada dapatan kajian, hanya 2 orang responden dengan peratusan
sebanyak 2% sahaja yang bersetuju dengan kemudahan yang disediakan. Kesimpulannya,
kemudahan parkir kereta yang terhad tidak memberi keselesaan kepada pekerja.
9
6
8
2
0
36%
24%
32%
8%
0
0
5
10
15
20
25
30
35
40
sangat tidak
setuju
tidak setuju kurang setuju setuju sangat setuju
KEKERAPAN DAN
PERATUSAN (%)
TAHAP PERSETUJUAN
TAHAP KESELESAAN KEMUDAHAN PARKIR DI PPUKM
KEKERAPAN PERATUSAN
18. 16
Rajah 9: Graf Bar Tahap Kepuasan Servis & Kualiti Makanan di Kafeteria PPUKM.
Berdasarkan kajian yang dibuat terhadap tahap kepuasan servis dan kualiti makanan di
kafeteria PPUKM, kami dapati tiada responden bagi skala sangat tidak setuju dan sangat
setuju. Manakala, bagi yang kurang setuju dan setuju, masing-masing mempunyai jumlah
peratusan yang sama iaitu sebanyak 44% bersamaan dengan 11 orang responden. Terdapat
hanya 3 orang responden dengan peratusan sebanyak 12% yang menyatakan tidak setuju.
0
3
11 11
00
12%
44% 44%
0
0
5
10
15
20
25
30
35
40
45
50
SANGAT TIDAK
SETUJU
TIDAK SETUJU KURANG
SETUJU
SETUJU SANGAT SETUJU
KEKERAPAN DAN
PERATUSAN (%)
TAHAP PERSETUJUAN
TAHAP KEPUASAN SERVIS & KUALITI MAKANAN DI
KAFETERIA PPUKM
KEKERAPAN PERATUSAN %
19. 17
Graf 10 : Graf Bar Kemudahan & Insfrastruktur Teknologi .
Merujuk kepada kemudahan infrastruktur teknologi pula, majoriti responden setuju
bahawa kemudahan infrastruktur teknologi yang disediakan oleh PPUKM dapat memberikan
keselesaan sewaktu bekerja. Hal ini kerana, peratusan responden yang setuju adalah sebanyak
68% yang diwakili oleh 17 orang responden. Manakala hanya 16% responden yang kurang
setuju dan sangat setuju dengan kemudahan yang disediakan bagi memenuhi keselesaan
bekerja. Tiada responden yang menyatakan tidak setuju atau sangat tidak setuju.
Kesimpulannya, kemudahan infrastruktur teknologi yang disediakan mampu memberi
keselesaan kepada pekerja.
0 0
4
17
4
0 0
16%
68%
16%
0
10
20
30
40
50
60
70
80
SANGAT TIDAK
SETUJU
TIDAK SETUJU KURANG
SETUJU
SETUJU SANGAT
SETUJU
KEKERAPAN DAN
PERATUSAN (%)
TAHAP PERSETUJUAN
KEMUDAHAN & INFRASTRUKTUR TEKNOLOGI
(Chets,e-warga,i-folio)
KEKERAPAN PERATUSAN%
20. 18
BAHAGIAN D
Graf 11 : Graf Bar Persekitaran Tempat kerja Memberi Kesan Kepada Pekerja.
Graf Bar ini menunjukkan hasil jawapan responden tentang faktor persekitaran yang
tidak selesa terhadap kualiti kerja. Majoriti skala bersetuju dan skala sangat setuju masing –
masing menunjukkan seramai 14 orang responden dan 11 orang responden. Tidak ada
responden yang tidak bersetuju bahawa perkitaran yang tidak selesa memberi kesan negatif
kepada kualiti pekerjaan mereka.
0 0 0
14
11
0 % 0 % 0 %
56 %
44 %
0
10
20
30
40
50
60
Sangat Tidak
Setuju
Tidak Setuju Kurang Setuju Setuju Sangat Setuju
KEKERAPAN DAN
PERATUSAN (%)
TAHAP PERSETUJUAN
PERSEKITARAN TEMPAT KERJA MEMBERI KESAN
KEPADA PEKERJA
KEKERAPAN PERATUSAN
21. 19
Rajah 12 : Graf Bar Pengurusan Sistematik Meningkatkan Kualiti Pekerja.
Graf Bar ini menunjukkan faktor pengurusan yang sistematik daripada pihak atasan memberi
keselesaan dan membantu meningkatkan kualiti kerja. Seramai 12 orang responden setuju dan 10
orang responden sanagat setuju. Manakala 2 orang responden kurang setuju dan hanya seorang
responden tidak setuju dengan faktor ini. Justeru majoriti bersetuju dengan faktor ini.
0 1 2
12
10
0 %
4 %
8 %
48 %
40 %
0
10
20
30
40
50
60
Sangat Tidak
Setuju
Tidak Setuju Kurang Setuju Setuju Sangat Setuju
KEKERAPAN DAN
PERATUSAN (%)
TAHAP PERSETUJUAN
PENGURUSAN SISTEMATIK MENINGKATKAN
KUALITI PEKERJAAN
KEKERAPAN PERATUSAN
22. 20
Rajah 13: Graf Bar Tahap Keselesaan Mempengaruhi Kualiti Kerja
Graf ini menunjukkan pendapat responden mengenai tahap keselesaan mempengaruhi
kualiti kerja. Sebanyak 15 orang responden bersetuju bahawa keselesaan akan dapat
meningkatkan kualiti kerja dengan peratus 60%. Seterusnya, seramai 9 orang responden
sangat setuju bahawa tahap keselesaan mempengaruhi dalam meningkatkan kualiti kerja
sebanyak 36%. Manakala, hanya seorang responden sahaja kurang setuju tentang kesan
keselesaan terhadap kualiti kerja iaitu sebanyak 4%. Kesimpulannya majoriti responden
bersetuju bahawa kualiti kerja akan meningkat dengan tahap keselesaan.
0 0 1
15
9
0 % 0 %
4 %
60 %
36 %
0
10
20
30
40
50
60
70
Sangat Tidak
Setuju
Tidak Setuju Kurang Setuju Setuju Sangat Setuju
KEKERAPAN
DAN PERATUSAN
(% )
TAHAP PERSETUJUAN
TAHAP KESELESAAN MEMPENGARUHI KUALITI KERJA
KEKERAPAN PERATUSAN
23. 21
Rajah 14 : Perubahan Kearah Keselesaan Memberi Impak Positif Kepada Kualiti Kerja
Berdasarkan soalan, perubahan yang dipersoalkan adalah kebersihan ruang kerja,
tunjuk arah dalam yang praktikal dan nyata dan susun atur ruang pejabat yang kondusif
memberi impak positif kepada kualiti pekerjaan. Semua responden bersetuju dan sangat setuju
dengan soalan dengan masing-masing 17 dan 18 orang responden.
0 0 0
17
8
0 % 0 % 0 %
68 %
32 %
0
10
20
30
40
50
60
70
80
Sangat Tidak
Setuju
Tidak Setuju Kurang Setuju Setuju Sangat Setuju
KEKERAPAN DAN
PERATUSAN %
TAHAP PERSETUJUAN
PERUBAHAN KEARAH KESELESAAN MEMBERI IMPAK
POSITIF KEPADA KUALITI KERJA
KEKERAPAN PERATUSAN
24. 22
BAHAGIAN E
Rajah 15: Tahap Sokongan Penambahbaikkan Yang Dilakukan Di Ppukm
Graf diatas menunjukkan tahap sokongan terhadap penambahbaikkan yang dilakukan
oleh PPUKM bagi memenuhi keselesaan pekerja.kebanyakkan pekerja bersetuju dengan
penambahbaikkan yang dilaksanakan dengan peratusan sebanyak 56% iaitu 14 orang
responden. Manakala 40% daripada keseluruhan responden sangat setuju dangan
penambahbaikkan yang dibuat. Hanya seorang responden yang kurang setuju dan tiada
responden bagi skala tidak setuju dan sangat tidak setuju. Sebagai kesimpulan,
penambahbaikkan yang dilakukan oleh PPUKM mampu memberi keselesaan bekerja kepada
pekerjanya.
0 0 1
14
10
0 0
4%
56%
40%
0
10
20
30
40
50
60
SANGAT
TIDAK SETUJU
TIDAK SETUJU KURANG
SETUJU
SETUJU SANGAT
SETUJU
KEKERAPAN DAN
PERATUSAN (%)
TAHAP PERSETUJUAN
TAHAP SOKONGAN PENAMBAHBAIKKAN YANG
DILAKUKAN DI PPUKM
KEKERAPAN PERATUSAN %
25. 23
Rajah 16: PENAMBAHBAIKAN DAPAT MENINGKATKAN KESELESAAN
BEKERJA
Melalui kajian yang dilakukan tentang penambahbaikkan yang dilakukan dengan
peningkatan keselesaan bekerja, kami dapati kebanyakan responden iaitu seramai 14 orang
setuju bahawa penambahbaikkan mampu meningkatkan tahap keselessan bekerja. Terdapat 10
orang responden menyatakan sangat setuju berkenaan penambahaikkan mampu meningkatkan
tahap keselesaan bekerja. Manakala, bagi skala kurang setuju hanya mempunyai seorang
responden dan tiada responden menyatakan sangat tidak setuju dan tidak setuju.
Kesimpulannya, penambahbaikkan yang dilakukan mampu memberi keselesaan kepada
pekerja.
0 0 1
14
10
0 0
4%
56%
40%
0
10
20
30
40
50
60
SANGAT
TIDAK SETUJU
TIDAK SETUJU KURANG
SETUJU
SETUJU SANGAT
SETUJU
KEKERAPAN DAN
PERATUSAN (%)
TAHAP PERSETUJUAN
PENAMBAHBAIKAN DAPAT MENINGKATKAN KESELESAAN
BEKERJA
KEKERAPAN PERATUSAN %
26. 24
Rajah 17: Keperluan Penambahbaikan Bagi Menambahkan Keselesaan Untuk Berkerja
Berdasarkan graf diatas, hampir kesemua responden setuju dengan pendapat bahawa
PPUKM memerlukan penambahaikkan bagi keselesaan bekerja dengan peratusan yang paling
tinggi iaitu 68% yang diwakili oleh 17 orang responden. Bagi skala kurang setuju dan sangat
setuju, masing-masing mempunyai responden seramai 4 orang bersamaan 16 % daripada
keseluruhan responden. Tiada responden yang menyatakan sangat tidak setuju dan tidak
setuju. Sebagai kesimpulan, PPUKM masih memerlukan penambahbaikkan untuk
meningkatkan thap keselesaan bekerja dalam kalangan pekerja di PPUKM.
0 0
4
17
4
0 0
16%
68%
16%
0
10
20
30
40
50
60
70
80
SANGAT TIDAK
SETUJU
TIDAK SETUJU KURANG SETUJU SETUJU SANGAT SETUJU
KEKERAPAN DAN
PERATUSAN (%)
TAHAP PERSETUJUAN
KEPERLUAN PENAMBAHBAIKAN BAGI MENAMBAHKAN
KESELESAAN UNTUK BERKERJA
KEKERAPAN PERATUSAN %
27. 25
PERBINCANGAN
Bahagian B: Tahap keselesaan pekerja di PPUKM
Berdasarkan kajian yang dibuat, mejoriti kakitangan selesa bekerja di PPUKM. Pada pendapat
kami, hal ini adalah kerana pekerja mendapatkan kemudahan yang mereka perlukan semasa
bekerja walaupun tidak dinafikan terdapat segelintir kemudahan yang mempunyai kekurangan
namun suasana bekerja masih dalam keadaan yang memuaskan dan suasana sekitar PPUKM
yang bersih, dan selamat. Mejoriti kakitangan bersetuju bahawa hubungan yang baik sesama
kakitangan dan kemudahan yang disediakan untuk semua kakitangan memberikan keselesaan
kepada mereka untuk bekerja di PPUKM. Hal ini adalah kerana, mereka percaya bahawa
sekiranya mempunyai masalah dengan rakan sekerja akan mempengaruhi keselesaan diri
mereka untuk membuat kerja serta segala kemudahan yang disediakan akan melancarkan lagi
tugas serta tanggungjawab mereka.
Bahagian C: faktor-faktor mempengaruhi tahap keselesaan
Berdasarkan kajian yang telah dijalankan kami telah mengenal pasti faktor-faktor
mempengaruhi tahap keselesaan kakitangan PPUKM. Secara keseluruhannya, tahap
keselesaan kakitangan terhadap kemudahan parkir yang disediakan oleh pihak PPUKM
berada di tahap sangat tidak setuju. Berdasarkan kajian yang telah dibuat, PPUKM
mempunyai kekurangan parkir. Jumlah parkir yang sedikit menyebabkan kakitangan perlu
parkir kereta secara bertindih. Mereka perlu datang awal bagi mendapatkan parkir yang
berdekatan dengan bangunan PPUKM. Selain itu, parkir yang telah disediakan jauh dari
bangunan PPUKM hal ini memerlukan kakitangan berjalan dan ini mengambil masa
kakitangan terutamanya di awal pagi. Faktor yang seterusnya adalah tahap puas hati
kakitangan terhadap servis dan kualiti makanan yang disediakan oleh PPUKM. Berdasarkan
kajian yang telah dibuat menunjukkan bahawa hampir separuh bersetuju dan separuh lagi
28. 26
tidak setuju. Hal ini kerana servis serta jaudah yang disediakan oleh pihak PPUKM pelbagai
serta menepati citarasa. Selain itu kafeteria PPUKM mempunyai tahap kebersihan yang
memuaskan serta layanan pekerja terhadap pelanggan kafe yang memuaskan. Walau
bagaimanapun, terdapat kakitangan yang tidak setuju. Hal ini kerana citarasa setiap orang
berbeza-beza serta penerimaan kualiti makanan yang berbeza. Tambahan pula harga yang
ditawarkan agak mahal pada pandangan kakitangan PPUKM. Faktor yang terakhir yang
mempengaruhi tahap keselesaan kakitangan adalah kemudahan infrastruktur teknologi seperti
komputer, system pengurusan online (Chets, e-warga, i- folio). Bedasarkan kajian, majoriti
kakitangan bersetuju. Hal ini kerana sistem yang disediakan oleh PPUKM membantu
melancarkan urusan kakitangan terutamanya penyimpanan maklumat pesakit kedalam sistem
komputer. Sistem ini menjimatkan masa serta kerja lebih sistematik kerana kakitangan
mampu membuat pencarian semula dengan mudah dan efektif.
Bahagian D: keselesaan mempengaruhi kualiti pekerjaan
Melalui dapatan kajian yang dijalankan di PPUKM, majoriti responden bersetuju
bahawa kualiti kerja akan meningkat dengan tahap keselesaan bekerja yang disediakan dan
juga bersetuju bahawa persekitaran tempat kerja yang tidak selesa akan mempengaruhi serta
memberi kesan kepada tahap keselesaan bekerja. Hal ini kerana fasiliti yang disediakan oleh
PPUKM kepada pekerja seperti kemudahan tempat parkir kereta, servis makanan dan
kemudahan teknologi seperti Chets, e-warga dan i-folio amat penting dalam menyiapkan kerja
serta meningkatkan kualiti kerja. Pengurusan yang sistematik daripada pihak atasan juga
memberi keselesaan dalam meningkatkan kualiti kerja. Sekiranya wujud masalah dalam
menyampaikan arahan dari pihak atasan sudah tentu akan menjejaskan kualiti kerja.
Seterusnya, majoriti responden bersetuju bahawa perubahan-perubahan seperti kebersihan
ruang kerja, tunjuk arah dalam yang praktikal dan nyata dan susun atur ruang pejabat yang
kondusif akan memberikan impak positif ke atas kualiti kerja.
29. 27
Bahagian E: penambahbaikan bagi meningkatkan tahap keselesaan
Melalui kajian yang dijalankan di PPUKM, kami mendapati para pekerja menyokong
usaha pihak pengurusan dalam penambahbaikkan yang dilakukan bagi meningkatkan
keselesaan. Antara usaha yang mendapat sokongon dari para pekerja adalah mengenai
penambahbaikan dari segi parkir kereta bertingkat yang sedang dijalankan. Parkir kereta yang
terhad amat membimbangkan para pekerja kerana mereka mempunyai kesukaran untuk
memakirkan kenderaan mereka dan tempat letak kereta yang jauh memaksa mereka untuk
berjalan kaki sebelum sampai ke tempat kerja.
Selain itu, para pekerja amat yakin penambahbaikan yang dilaksanakan mampu
meningkatkan tahap keselesaan kerana penambahbaikan merupakan satu proses yang dapat
meningkatkan prestasi atau perkhidmatan seseorang. Hal ini kerana, suasana kerja yang
kondusif akan membuatkan para pekerja lebih bersemangat untuk melaksanakan tugasan
seharian.
Tambahan lagi, melalui kajian yang dijalankan di PPUKM, pekerja berpendapat
bahawa PPUKM memerlukan penambahbaikan untuk keselesaan bekerja kerana pada
pendapat kami sesetengah perkhidmatan yang disediakan masih lagi tidak memberikan
kepuasan terhadap pekerja. Sebagai contoh, penggunaan sistem pengurusan hospital yang
memerlukan penggunaan internet secara menyeluruh. Jika terdapat sebarang gangguan
internet, maklumat mengenai pengurusan hospital tidak dapat diakses sepenuhnya.
Seterusnya, menurut respondan yang menyertai soal selidik ini mereka menginginkan
penambahbaikan bagi meningkatkan keselesaan seperti mempercepatkan pembangunaan
parkir, kemudahan pengaksesan maklumat dan sebagainya.
30. 28
CADANGAN KAJIAN
Berdasarkan kajian, kami mencadangkan memperbanyakkan lagi kawasan parkir dalam
PPUKM untuk memudahkan pekerja, disamping mempercepatkan projek pembinaan parkir
bertingkat yang sudah lama beroperasi. Hal ini mungkin boleh diselesaikan dengan
memberikan lebih penegasan kepada pihak kontraktor untuk menyiapkan tapak parkir pada
masa yang ditetapkan. Selain itu, masalah berkaitan dengan kualiti dan servis makanan yang
tidak memuaskan pekerja PPUKM . Pihak berwajib perlulah membuat pemantauan dan
perbincangan denganpihak pengurusan kafeteria untuk sentiasa meingkatkan kualiti makanan
serta mempelbagaikan lagi jualan makanan dengan harga yang berpatutan.
Selain itu, keselesaan kakitangan dapat dipertingkatkan dengan memperbaiki sistem
komputer agar lebih mesra pengguna seperti boleh dicapai dimana mana sahaja pekerja
berada tanpa sebarang masalah. Kami juga mencadangkan pembinaan kuartes untuk
kakitangan yang tinggal jauh dari kawasan hospital supaya memudahkan mereka untuk datang
bekerja. Disamping itu, untuk memudahkan kakitangan untuk menyampaikan aduan dan
cadangan mengenai sebarang permasalahan. Pihak yang terlibat perlulah membuat satu sistem
secara online supaya urusan penyampaian aduan dapat dilakukan dengan cepat dan efisien.
31. 29
KESIMPULAN
Berdasarkan dapatan kajian diatas, dapat dirumuskan bahawa tahap keselesaan
sewaktu bekerja di PPUKM berada ditahap yang memuaskan. Walau bagaimanapun masih
terdapat pelbagai penambahbaikan yang perlu dilaksanakan bagi memastikan kelancaran dan
keselesaan sewaktu bekerja di PPUKM. Melalui kajian ini kami mendapati PPUKM perlu
mempergiatkan lagi usaha untuk menangani masalah parkir yang sangat menjejaskan tahap
keselesaan sewaktu bekerja dan diikuti dengan faktor-faktor lain. Selain itu, faktor-faktor lain
yang tidak dibincangkan dalam kajian namun memberi kesan terhadap tahap keselesaan perlu
diambil kira seperti tahap keselamatan dan bebanan kerja yang ditampung oleh pekerja.
Harapan kami pada masa akan datang pelbagai masalah yang berkaitan dengan keselesaan
dapat ditangani dengan lebih baik.
32. 30
RUJUKAN
Chen, Y., Wang, C. & Cheng, W. 2010. Structural investigation of the relationship between
working satisfaction and employee turnover. The Journal of Human …, 6(1), 41–50.
Gevers, J. M. P. & Peeters, M. A. G. 2009. A pleasure working together? The effects of
dissimilarity in team member conscientiousness on team temporal processes and
individual satisfaction. Journal of Organizational Behavior, 30(3), 379–400.
doi:10.1002/job.544
Haryati Binti Shafii & Sharifah Meryam Syareh Musa . 2010 . Pengaruh Keselesaan Ke
Tempat Kerja Terhadap Kualiti Hidup Penduduk Bandar Mukim Kajang . Jurnal
Fakulti Pengurusan Teknologi, Perniagaan dan Keusahawanan , Universiti
Kebangsaan Malaysia . 1 (1) : 105-115.
Junaidah Mohamad & Nik Rosila Nik Yaacob. 2013. Kajian Tentang Kepuasan Bekerja
dalam Kalangan Guru-Guru Pendidikan Khas. Asia Pacific Journal of Educators and
Education, 28, 103–115.
Pierro, A., Cicero, L. & Tory Higgins, E. 2009. Followers’ satisfaction from working with
group-prototypic leaders: Promotion focus as moderator. Journal of Experimental Social
Psychology, 45(5), 1105–1110. doi:10.1016/j.jesp.2009.06.020
Sarimah Ismail & Faridatul AkmarTalip .2010. Kepuasan Bekerja Staf Akademik Jabatan
Pendidikan Teknikal Dan Kejuruteraan . Jurnal Fakulti Pendidikan, Universiti
Teknologi Malaysia Skudai . 1 (1) : 1-7.
33. 31
Shafii, H. & Shareh Musa, S. M. 2010. Pengaruh Keselesaan ke Tempat Kerja Terhadap
Kualiti Hidup Penduduk Bandar di Mukim Kajang , Selangor. Akademika, 79, 105–115.
Sterner, W. R. 2009. Influence of the supervisory working alliance on supervisee work
satisfaction and work-related stress. Journal of Mental Health Counseling, 31(3), 249–
263.
Syed Sofian Syed Salim, Ahmad Jazimin Jusoh, Mohammad Nasir Bistaman, Mohammad
Aziz Shah Mohamed Arip, Muhammad Bazlan Mustafa & Rohany Nasir. 2010. Peranan
Kecerdasan Emosi dan Faktor Ciri-ciri Pekerjaan Ke Atas Kepuasan Bekerja Dalam
Profesion Perguruan. Jurnal Pendidikan Bitara UPSI, 3, 1–21.
The Twenty Ten Theme. 2013. Defini Penambahbaikan Secara Berterusan .
https://didikminda.wordpress.com/2013/07/12/definisi-penambahbaikan-secara-
berterusan/ [7 Julai 2015].
Vardi, I. 2009. The impacts of different types of workload allocation models on academic
satisfaction and working life. Higher Education, 57(4), 499–508. doi:10.1007/s10734-
008-9159-8.
35. 33
BORANG SOAL SELIDIK TAHAP KESELESAAN BEKERJA DALAM KALANGAN
PEKERJA PPUKM
BAHAGIAN A: LATAR BELAKANG
Jantina : Lelaki Perempuan
Umur : 21 – 30 tahun 31 – 40 tahun
41- 50 tahun 50 tahun ke atas
Kelayakan Akademik : SPM/SPMV STPM Diploma
Ijazah Lain-lain
Taraf Perkahwinan : Bujang Berkahwin Lain-Lain
Tahun Perkhidmatan : kurang 5 tahun 5-10 tahun
10-15 tahun 15 tahun ke atas
36. 34
Arahan :
Sila jawab bahagian B, C, D dan E dengan mengikut arahan yang diberikan. Tandakan (√ )
pada soalan tinjauan yang dilakukan secara jujur. Skala penilaian adalah seperti berikut :
Skala Penilaian
1 Sangat Tidak Setuju
2 Tidak Setuju
3 Kurang Setuju
4 Setuju
5 Sangat Setuju
BAHAGIAN B: TAHAP KESELESAAN
BIL SOALAN 1 2 3 4 5
1 Saya selesa bekerja di PPUKM.
2 Saya berasa selesa dengan waktu bekerja yang diamalkan
di PPUKM.
3 Hubungan yang baik sesama kakitangan memberi
keselesaan semasa bekerja.
4 Saya selesa dengan keadaan persekitaran PPUKM
5 Kemudahan yang disediakan di PPUKM memberikan
keselesaan kepada saya.
6 Saya amat menitik beratkan aspek keselesaan dalam
susana kerja saya
7 Saya selesa dengan jarak dari rumah saya ke PPUKM
37. 35
BAHAGIAN C: FAKTOR-FAKTOR MEMPENGARUHI TAHAP KESELESAAN
BIL SOALAN 1 2 3 4 5
1 Saya seringkali mengalami kesesakan lalu lintas sewaktu
pergi dan balik ke tempat kerja dalam kawasan PPUKM.
2 Tahap keselamatan yang disediakan memberikan
keselesaan kepada saya.
3 Tempat kerja saya bebas daripada bahan yang dapat
membahayakan diri saya.
4 Saya berpuas hati dengan kemudahan parkir kereta yang
disediakan oleh pihak PPUKM.
5 Saya berpuas hati dengan servis dan kualiti makanan yang
disediakan di kafeteria dalam kawasan PPUKM.
6 Kemudahan penghawa dingin membantu meningkatkan
keselesaan sewaktu bekerja.
7 kemudahan dan infrastruktur teknologi seperti computer,
system pengurusan online (Chets, e-warga, i-folio)
membantu melancarkan pekerjaan saya.
BAHAGIAN D: KESELESAAN MEMPENGARUHI KUALITI PEKERJAAN
BIL SOALAN 1 2 3 4 5
1 Saya berpuas hati dengan kualiti pekerjaan saya di
PPUKM.
2 Saya lebih bermotivasi untuk datang kerja jika tempat saya
bekerja selesa.
3 Adakah anda berpendapat kualiti kerja anda meningkat
dengan tahap keselesaan bekerja yang disediakan oleh
PPUKM.
4 Persekitaran tempat kerja yang tidak selesa akan
memberikan kesan negative kepada pekerja.
5 Pengurusan yang sistematik daripada pihak atasan
memberi keselesaan dan membantu meningkatkan kualiti
pekerjaan.
6 Suasana yang aman memberi keselesaan bekerja serta
meningkatkan kualiti pekerjaan.
7 Adakah anda berpendapat perubahan-perubahan berikut
memberikan impak positif ke atas kualiti kerja anda.
Kebersihan ruang kerja
Tunjuk arah dalam yang praktikal dan nyata.
Susun atur ruang pejabat yang kondusif.
38. 36
BAHAGIAN E: PENAMBAHBAIKAN BAGI MENINGKATKAN TAHAP
KESELESAAN
BIL SOALAN 1 2 3 4 5
1 Saya berpuas hati dengan keselesaan tempat kerja yang
disediakan oleh PPUKM
2 Saya menyokong penambahbaikkan yang dilakukan oleh
PPUKM bagi meningkatkan keselesaan pekerja.
3 Saya yakin menambahbaikkan mampu meningkatkan
tahap keselesaan berkerja
4 Semua kakitangan PPUKM harus bersama sama
menyumbangkan idea untuk meningkatkan tahap
keselesaan di PPUKM
5 Peti cadangan perlu di perbanyakkan untuk memudahkan
pengutaraan sebarang cadangan.
6 Saluran media elektronik sesuai di gunakan untuk hebahan
sebarang pembaharuan .
7 Saya berpendapat bahawa PPUKM memerlukan
penambahbaikan keselesaan bekerja. Nyatakan :
*Terima kasih atas kerjasama menjawab soalan-soalan ini*