1. PENGURUSAN KURIKULUM BILIK DARJAH KPF 5023
__________________________________________________________
KPF5023
PENGURUSAN KURIKULUM BILIK DARJAH
TAJUK:
KEPELBAGAIAI BUDAYA DAN ANALISIS BUKU TEKS
UNTUK PERHATIAN: EN. AB TALIB HASHIM
DISEDIAKAN OLEH:
Bil. Nama No. matrik
1 HENRITTA SUALAN (L20101005806)
2 JESSYLA@ASSAD BINTI SHAPRI (L20101005822)
3 MUNIRAH ANIS BT JAMLI (L20101005820)
PROGRAM DIPLOMA LEPASAN IJAZAH (ATO3D)
0
2. PENGURUSAN KURIKULUM BILIK DARJAH KPF 5023
ISI KANDUNGAN
PERKARA MUKA SURAT
1.0 KEPELBAGAIAN BUDAYA 1-2
2.0 KONSEP PENDIDIKAN BERDASARKAN BUDAYA 2 - 10
2.1 PEMBUDAYAAN
2.2 JANTINA
2.3 KAUM DAN ETNIK
2.4 BUDAYA
2.5 BUDAYA DAN AGAMA
2.6 GAYA PEMBELAJARAN
2.7 SOSIO-EKONOMI
3.0 PENDIDIKAN KEPELBAGAIAN BUDAYA 10 - 11
3.1 ISU-ISU PENDIDIKAN BUDAYA
4.0 AMALAN PENDIDIKAN KEPELBAGAIAN BUDAYA 11 - 15
4.1 MODEL SLEETER DAN GRANT
4.2 MODEL OLEH JAMES BANK
5.0 ANALISIS DAN PENILAIAN BUKU TEKS 16 - 25
5.1 KONSEP DAN PENGERTIAN BUKU TEKS
5.2 OBJEKTIF ANALISIS DAN PENILAIAN BUKU TEKS
5.3 KANDUNGAN BUKU TEKS
5.4 REKA BENTUK BUKU TEKS
5.5 ISU BERKAITAN BUKU TEKS
6.0 RUMUSAN DAN CADANGAN 26
7.0 RUJUKAN 27
8.0 LAMPIRAN
1
3. PENGURUSAN KURIKULUM BILIK DARJAH KPF 5023
1.0 KEPELBAGAIAN BUDAYA
Secara umumnya kepelbagaian budaya adalah satu keseragaman budaya dalam satu
komuniti. Satu komuniti ini merangkumi interaksi, toleransi dan integrasi. Pendek kata
kepelbagaian budaya merupakan suatu fakta yang harus diterima dan difahami secara positif
demi perkembangan kebudayaan. Konsep masyarakat kepelbagaian budaya diperkenalkan
untuk membezakan pegertian masyarakat mono-budaya. Masyarakat mono-budaya adalah
masyarakat asli atau etnik yang semua anggotanya mempunyai hubungan yang baik tanpa
terikat secara paksaan berdasarkan nilai-nilai yang dominan dan kukuh dalam struktur
masyarakatnya. Manakala masyarakat kepelbagaian budaya ini terdiri daripada masyarakat
yang terdiri daripada etnik dan kebudayaan yang pelbagai ragam tetapi hidup secara bersama.
Kehidupan komuniti mereka tidak berdasarkan oleh sistem budaya tunggal atau tertutup tetapi
berdasarkan nilai-nilai yang pelbagai.
Menurut kamu Dewan (2005) edisi keempat muka surat 102, kepelbagaian ialah perihal
berbagai-bagai jenis. Kepelbagaian merangkumi banyak benda sama ada abstrak atau konkrit
yang boleh diperoleh di sesuatu tempat atau kawasan yang sama. Budaya pula merupakan
cara hidup manusia yang dibentuk supaya dapat berinteraksi dan menyesuaikan diri dengan
masyarakat dan alam sekitar. Perkataan budaya berasal daripada gabungan perkataan Sanskrit
dan Melayu iaitu µbudhi¶ dan µdaya¶ (Shamsul Amri Baharuddin, 2007;13). Perkataan µbudhi¶
yang dipinjam daripada bahasa Sanskrit bererti kecergasan fikiran dan akal. Perkataan µdaya¶
pula ialah perkataan Melayu Polunesia yang bermakna kekuatan kuasa, tenaga dan pengaruh.
Mengikut Kamus Dewan (2005) edisi keempat muka surat 212 menyatakan budaya
membawa maksud tamadun, peradaban, kemajuan fikiran dan akal budi. Budaya merupakan
antara faktor yang melahirkan sesuatu masyarakat dan bangsa yang dinilai berdasarkan di atas
kejayaan dan kekuatan tamadun yang dibangunkan. Sebagai contoh kaum Cina di Malaysia
merupakan kaum yang paling berpengaruh dan memainkan peranan penting dalam
pembangunan ekonomi Negara Malaysia. Tidak ketinggalan juga kaum India telah berjaya
bersaing dengan kaum Cina dan kaum Melayu sehingga mendapat tempat di dalam ekonomi
dan politik Negara ini.
Malaysia merupakan sebuah Negara yang mempunyai pelbagai kaum yang mempunyai
budaya adat resam dan ciri-ciri keistemewaan yang tersendiri. Kepelbagaian budaya ini telah
membentuk satu identiti Malaysia yang harmonis dan bersama-sama berganding bahu untuk
2
4. PENGURUSAN KURIKULUM BILIK DARJAH KPF 5023
mengekalkan keamanan dan kestabilan dari aspek politik, ekonomi, pendidikan dan sosial.
Masyarakat yang yakin kepada amalan dan larangan yang terdapat dalam budaya tersebut.
Justeru amalan positif atau negatif masyarakat tersebut bergantung kepada sejauhmana sistem
budaya yang dilaksanakan dan kekuatan unsur-unsur yang terdapat di dalam budaya.
2.0 KONSEP PENDIDIKAN BERDASARKAN BUDAYA
2.1 PEMBUDAYAAN
Dalam konteks pendidikan di Malaysia, konsep kepelbagaian latar belakang pelajar ini
adalah perkara asas dalam pembentukan pusat pembelajaran dan perkembangan pelajar.
Kepelbagaian latar belakang pelajar ini merangkumi aspek jantina, kaum, budaya, gaya
pembelajaran, status sosio-ekonomi, sosio-politik & sosio-budaya. Menurut Khairul Yusri, 2007,
perbezaan individu bermaksud variasi atau ketidaksamaan individu daripada norma
kumpulannya sama ada dari segi sifat kognitif, emosi, fizikal, moral, tingkah laku, sosial atau
bakat dan aspek ± aspek lain yang mungkin terdapat sesama individu dalam sesuatu kumpulan.
Setiap pelajar mempunyai budaya, latar belakang keluarga, dan tahap sosioekonomi
yang berbeza-beza yang sedikit sebanyak memberi kesan kepada pembelajaran mereka.
Dalam konteks kepelbagaian ini, pertumbuhan dan perkembangan seseorang pelajar itu
mempunyai kesan yang sangat kuat dalam menyusuri arus pembelajaran mereka. Ia juga
adalah satu imapak yang sangat penting kepada pelajar untuk mencapai kejayaan daripada
hasil pembelajaran mereka di sekolah. Konsep kepelbagaian latar belakang pelajar ini boleh
dikaji dari aspek jantina, kaum dan etnik, bugaya, gaya pembelajaran dan sosio-ekonomi.
2.2 JANTINA
Umumnya, jantina manusia terbahagi kepada dua, iaitu lelaki dan perempuan. Peranan
jantina pelajar memberi pengaruh yang besar dalam proses pengajaran dan pembelajaran di
sekolah. Menurut Sigmund Freud, pandangan corak peranan lelaki dan perempuan berkaitan
dengan Oedipus kompleks. Oedipus kompleks ialah kanak-kanak lelaki yang inginkan kasih
sayang ibunya, namun mencemburui bapanya. Masalah ini menyebabkan kanak-kanak
menghadapi isu mencari identiti peranan jantina apabila dewasa. Eric Erikson mangatakan
remaja menghadapi krisis identiti dalam mencari peranan jantina sebenar. Kesilapan dalam
membentuk dan mendidik remaja akan menyebabkan wujudnya sifat negatif dalam diri mereka
dan ianya akan terus menjadi salah satu sifat dalam personaliti mereka.
3
5. PENGURUSAN KURIKULUM BILIK DARJAH KPF 5023
Secara umumnya, lelaki lebih baik dalam menyelesaikan tugasan matematik dan sains,
sedangkan perempuan lebih cenderung ke arah kefasihan bercakap dan berbahasa. Hal ini
menyebabkan pelajar lelaki boleh bertindak sebagai pemimpin manakala pelajar perempuan
lebih cenderung kepada kesusasteraan dan kesenian. Namun, keadaan boleh berlaku
sebaliknya, perempuan belajar mengira pada peringkat umur lebih awal berbanding lelaki.
Perbezaan jantina ini bukan sahaja ketara di seolah rendah, malah semakin ketara di sekolah
menengah.
Lelaki dan perempuan memiliki minat yang berbeza dan memilih alat permainan yang
berbeza. Kebiasaannya, perempuan lebih suka bermain anak patung dan lelaki suak bermain
permainan yang lasak. Begitu juga dari aspek pencapaian. Perempuan lebih menonjolkan
pencapaian gred yang terbaik di peringkat awal persekolahan tetapi ianya berlaianan apabila di
peringkat sekolah menengah. Pelajar lelaki melakukan yang terbaik dalam subjek yang mereka
minati dan teruk dalam subjek yang tidak digemari. Manakala, pelajar perempuan hanyalah
mendapat keputusan yang biasa dalam semua matapelajaran.
2.3 KAUM DAN ETNIK
Mengikut Kamus Pelajar bahasa Malaysia, Cetakan ke-sembilan 1993, kaum
bermaksud golongan orang sebagai sebahagian daripada satu bangsa yang besar yang
dikenali berdasarkan ciri-ciri seperti warna kulit dan rambut. Etnik pul berasal daripada
perkataan Greek,¶ethnos¶ yang membawa maksud kumpulan manusia atau bangsa yang
mempunyai ciri-ciri seperti kewarganegaraan, budaya dan bahasa yang sama. Bangsa pula
bermaksud kumpulan manusia yang sama asal usulnya serta sifat-sifat seperti bangsa melayu.
Kaum atau etnik merujuk kepada pengenalan diri seseorang ke dalam kumpulan yang
mempunyai latar belakang keturunan nenek moyang yang sama. Mereka mempunyai
kesamaan dari segi sejarah, Negara asal, bahasa, tradisi, budaya, stuktur dan sistem nilai.
Perasaan kekitaan ke dalam kumpulan kaum atau etnik berkembang menerusi hubungan
kekeluargaan, kejiranan dan rakan-rakan yang berkongsi ciri-ciri kehidupan yang akrab.
Kumpulan kaum atau etnik sememangnya membantu mengekalkan talian kumpulan dan
mengukuhkan kumpulan etnik mereka. Kaum di Malaysia terdiri daripada kaum Melayu, Cina,
India, serta Sabah dan Sarawak.
4
6. PENGURUSAN KURIKULUM BILIK DARJAH KPF 5023
2.4 BUDAYA
Budaya secara ringkas merujuk kepada ciri-ciri dan hasilan tingkah laku yang dipelajari
oleh sekumpulan manusia daripada persekitaran sosialnya. Tafsiran klasik budaya selalu
dirujuk kepada Tylor (1987) yang mengatakan budaya sebagai ³keseluruhan yang kompleks
yang mengandungi ilmu pengetahuan, kepercayaan, kesenian, moral undang-undang, adat dan
sebarang bentuk keupayaan dan kebiasaan yang diperolehi oleh seseorang sebagai ahli
masyarakat´. Bagi tokoh kontemporari Bourdieu, budaya adalah proses sosial dengan
masyarakat di sekeliling kita. Budaya sebagai proses sosial memberi peluang kepada guru
untuk membentuk budaya melalui interaksi dengan pelajarnya.
Budaya sebagai warisan social manusia, cara pemikiran, perasaan dan aksi-aksi yang
dipindahkan daripada generasi ke generasi merangkumi budaya material dan bukan material.
Budaya material wujud dalam maujud atau artifak fizikal seperti batu, gangsa, keris, pakaian,
kereta, computer, kapal angkasa, bangunan sekolah dan sebagainya. Budaya nonmaterial pula
merupakan ciptaan-ciptaan abstrak seperti nilai, norma, kepercayaan, simbol, adat serta adab,
institusi dan sebagainya. Budaya adalah hak masyarakat kerana masyarakat ditakrifkan
sebagai sekumpulan manusia yang hidup dalam satu wilayah dan mempunyai budaya yang
sama. Komponen-komponen budaya akan menentukan bentuk tingkah laku yang dijangka bagi
anggota-anggota masyarakat. Norma misalnya menjadi peraturan sosial yang secara khusus
menetapkan perangai yang sesuai dan tidak sesuai dalam situasi tertentu. Nilai pula
merupakan idea-idea mengenai apa yang dikehendaki, betul dan baik yang dikongsi bersama
oleh sebahagian besar anggota masyarakat. Begitu juga simbol mewakili makna objek dan
subjek sementara bahasa merupakan sistem sosial berstruktur yang berdasarkan corak bunyi
yang mempunyai makna khusus dan arbitrari dalam budaya masyarakat tertentu.
Peranan sekolah sebagai agen pembudayaan sangat penting untuk mencapai matlamat
pendidikan Negara. Adalah menjadi peranan sekolah dan institusi-institusi pendidikan lain
membentuk budaya yang dikehendaki oleh masyarakat. Budaya sekolah merupakan
sebahagian daripada budaya masyarakat. Sekolah itu sendiri lahir daripada keperluan
masyarakat. Di sekolah, kanak-kanak dididik untuk berbudaya sebagaimana yang dikehendaki
oleh masyarakatnya. Murid-murid sejak mula masuk ke bangku sekolah terus didedahkan
kepada norma, nilai, symbol dan bahasa yang akan mencorakkan masa hadapan mereka.
Pendidikan nilai misalnya amat diutamakan. Seorang murid warganegara Malaysia adalah
dikehendaki menerapkan nilai-nilai material dan bukan material ala Malaysia. Sekiranya beliau
5
7. PENGURUSAN KURIKULUM BILIK DARJAH KPF 5023
mengingkari nilai-nilai berkenaan, maka berlakulah penyelewengan budaya. Pembudayaan di
sekolah dilaksanakan menerusi kurikulum formal dan kurikulum tidak formal. Kurikulum formal
menentukan bidang akademik yang sesuai untuk membentuk budaya kerja Malaysia. Sekarang
kurikulum pendidikan Malaysia mengutamakan penerapan nilai-nilai murni dalam setiap mata
pelajaran yang tentunya bertujuan membina budaya masyarakat.
Budaya formal sekolah merupakan apa yang telah dirancangkan. Selain daripada aktiviti
kurikulum, kegiatan ko-kurikulum seperti persatuan-persatuan akademik, kelab-kelab sukan,
kelab-kelab sosial dan unit-unit beruniform dibentuk secara formal. Dalam kurikulum akademik,
murid-murid yang mendapat markah tinggi dan terbaik dalam peperiksaan selalu mendapat
sanjungan dan pujian guru. Rakan-rakan juga akan menghormati mereka. Murid-murid yang
bergiat cergas dalam kegiatan kokurikulum mungkin mempunyai status yang tinggi dalam
komuniti sekolah. Seseorang yang memasuki banyak persatuan atau memegang jawatan-
jawatan penting akan dihormati oleh rakan-rakan. Seorang yang juara dalam sukan, selalu
mempunyai ramai rakan dan peminat. Keseluruhannya pengiktirafan bergantung sebanyak
mana keahlian persatuan yang diceburi dan jawatan disandang. Di samping itu, pembentukan
budaya melalui kurikulum tidak formal berlangsung apabila sekolah mengadakan aktivit-aktiviti
seperti gotong-royong, hari asrama, hari terbuka, majlis penyampaian hadiah dan sebagainya.
Terdapat beberapa perbezaan budaya antara sekolah-sekolah yang mempengaruhi
murid-murid. Perbezaan boleh dilihat antara sekolah-sekolah harian biasa dengan sekolah
asrama penuh, sekolah perempuan dengan sekolah lelaki, sekolah Bandar dengan sekolah
desa, sekolah kebangsaan dengan sekolah jenis kebangsaan dan sebagainya. Perbezaan
budaya adalah ketara antara mereka yang berada di sekolah-sekolah berasrama penuh dan
sekolah-sekolah harian biasa. Mereka yang berada di sekolah asrama penuh dalam jangka
waktu tertentu diasingkan daripada masyarakat luar, malahan mereka telah diasingkan
daripada ibu bapa. Mereka dengan ketat tertakluk kepada budaya formal kehiduapan asrama.
Misalnya waktu-waktu untuk bangun pagi, sembahyang, sarapan, kelas, rehat, makan tengah
hari, riadah, sukan, makan malam, belajar malam, masa persediaan dan tidur telah dijadualkan
setiap hari. Waktu senggang mungkin dipenuhi dengan rakan sebaya. Bagi mereka yang
berada disekolah harian biasa, waktu formal di sekolah lebih singkat. Faktor pembudayaan
sekolah tidak seketat sekolah asrama penuh. Di sebelah petang, malam dan hujung minggu
mereka bebas memilih budaya-budaya yang dianjurkan oleh rakan sebaya, media massa
ataupun keluarga masing-masing. Mereka boleh bersiar-siar, menonton televisyen, ke
pawagam, bertemu rakan, penduduk di rumah dan sebagainya.
6
8. PENGURUSAN KURIKULUM BILIK DARJAH KPF 5023
2.5 BUDAYA DAN AGAMA
Berdasarkan kepada Kongres Kebudayaan Kebangsaan 1971, telah ditetapkan bahawa
terdapat tiga prinsip bagi membina kebudayaan kebangsaan iaitu kebudayaan kebangsaan
haruslah berteraskan kepada kebudayaan rakyat asal di rantau ini, unsur-unsur kebudayaan
lain yang sesuai dan wajar boleh diterima untuk menjadi unsur kebudayaan kebangsaan dan
Islam menjadi unsur yang penting dalam pembentukan kebudayaan kebangsaan. Kini, konsep
kebudayaan kebangsaan telah semakin longgar apabila masyarakat Malaysia bukan sahaja
berbangga dan meraikan budaya yang bukan berunsur peribumi, malah semakin menerima
pelbagai unsur kebudayaan µasing¶ termasuk yang dari Barat sebagai cara hidup seharian.
Penampilan dan penerimaan budaya yang pelbagai telah mencerminkan kekuatan kumpulan
etnik berkenaan mengetengahkan identiti mereka.
Perjuangan menuntut hak kini memasuki fasa terjahan kepada perkara yang selama ini
dianggap paling sensitif ia ini isu agama. Keberanian telah ditunjukkan dalam mencabar hak
beragama dalam kalangan orang-orang Melayu. Usaha-usaha yang semakin berani menyentuh
sensitiviti tradisional orang-orang Melayu antaranya seperti penggunaan kalimah Allah,
kebebasan menganut agama lain dalam kalangan Melayu dan hakim bukan Islam di Mahkamah
Syariah. Cabar mencabar dalam agama bukan sahaja melalui hujahan awam dan di mahkamah
malahan juga ditonjolkan dalam aktiviti perkauman jalanan seperti peristiwa pelontaran anggota
babi di masjid, perarakan kepala lembu serta pembakaran gereja dan surau.
Pada satu segi, adalah difikirkan keberanian mencabar hal agama mempunyai kaitan
dengan semakin lemahnya sensitiviti agama dalam kalangan masyarakat Melayu sendiri.
Secara teorinya memang terdapat banyak faktor yang melemahkan sensitiviti etnik Melayu
terhadap agama. Namun begitu dalam teori konflik, golongan yang berjuang selalu akan melihat
kelemahan pihak lawan dan akan menyerang kelemahan-kelemahan berkenaan (Amir Hasan
Dawi, 2006). Justeru secara teori juga diramalkan pada masa akan datang sedikit sebanyak
akan berlaku perubahan dalam struktur kepercayaan beragama dalam kalangan masyarakat
Melayu.
Satu lagi status quo yang cuba dipertahankan oleh etnik Melayu ialah hak ketuanan
Melayu. Sejauh mana hak ketuanan Melayu wujud banyak bergantung kepada definisi hak
ketuanan itu sendiri. Selama ini kemungkinan ketuanan mempunyai kaitan dengan kepimpinan
yang berwibawa. Namun dalam era moden kapitalis amatlah sukar mempertahankan ketuanan
politik tanpa kekuatan ekonomi. Pengiktirafan kepada ketuanan tidak mungkin dapat
7
9. PENGURUSAN KURIKULUM BILIK DARJAH KPF 5023
dipertahankan dalam masyarakat yang bertunjangkan kapitalisme sekiranya tidak disokong oleh
kedudukan kewangan. Lantas ketuanan berkemungkinan hanya suatu simbol di mana dalam
realiti ia tidak bermakna. Sebaliknya bagi golongan bukan bumiputera yang mengusai ekonomi,
penguasaan mereka adalah suatu realiti ketuanan. Oleh itu dalam golongan bumiputera
terdapat keperluan memperkukuhkan ekonomi jika mahu meneruskan 8 µKetuanan¶. Tidak ada
pihak yang rela menerima sifat ketuanan yang lemah. Dalam jangka masa panjang, teori
evolusi membuktikan ketuanan diterima adalah yang berlaku secara proses semula jadi.
2.6 GAYA PEMBELAJARAN
Gaya pembelajaran merupakan satu set ciri-ciri peribadi yang mempengaruhi
bagaimana seorang menerima, mengumpul dan memproses maklumat. Jenis gaya
pembelajaran berkaitan dengan pengalaman, nilai yang dipegang dan pendedahan pendidikan
sewaktu membesar. Menurut Robert M. Gagne, (1970), pembelajaran sebagai perubahan
tingakah laku atau kebolehan seseorang yang dapat dikekalkan & tidak termasuk perubahan
yang disebabkan oleh proses pertumbuhan.
Pada asasnya, terdapat tiga gaya pembelajaran iaitu Visual, Auditori dan Kenestatik
atau lebih dikenali sebagai gaya pembelajaran VAK. Pelajar yang tergolong dalam golongan
visual merupakan pelajar yang suka belajar dengan melihat huruf atau perkataan, benda,
gambar atau gambarajah, demonstrasi tindakan dan lakonan. Bagi pelajar daripada golongan
audio, mereka lebih suka mendengar atau bercakap seperti mendengar cerita, penerangan,
syarahan, huraian oleh guru atau pelajar lain, menerangkan, berbual, member pendapat,
bercerita atau menghuraikan. Golongan kinestatik merupakan golongan pelajar yang suka
belajar dengan membuat atau melakukan sesuatu seperti menulis atau melukis, membuat
latihan, kerja amali, eksperimen, lakonan, simulasi dan projek.
Myers-Briggs Type Indicator (MBTI) dicipta oleh Katherina Briggs dan Isabel Myers
untuk mengukur pilihan-pilihan psikologi dalam bagaimana orang ramai melihat dunia dan
membuat keputusan. Menurut MBTI, kanak-kanak yang diasuh dengan penuh demoktari dan
penuh kebebasanakan menunjukkan dengan jelas ciri-ciri ekstrovert. Terdapat empat kategori
dalam mengelaskan pelajar mengikut MBTI iaitu eksrtovert vs introvert, deria vs gerak hati,
pemikiran vs perasaan serta mengadili vs mengamati.
8
10. PENGURUSAN KURIKULUM BILIK DARJAH KPF 5023
1. Eksrtovert vs Introvert
Ekstrovert merujuk kepada individu yang berkeinginan mencuba semua perkara
terutamanya yang berkaitan dengan sesuatu yang berada di luar dirinya. Mereka mudah
menyesuaikan diri dengan perubahan persekitaran dengan cepat, peramah, mudah
berinteraksi, bebas dari perasaan bimbang dan berminat dengan pelbagai sukan.
Introvert merupakan individu yang lebih memfokuskan dalam diri sendiri. Mereka tidak
gemar aktiviti sosial yang melibatkan hubungan interpersonal. Golongan ini bersikap
pasif, sensatif dan pemalu serta mempunyai ikatan persahabatan yang berpanjangan
walaupun tidak mempunyai ramai kawan.
2. Deria vs Gerak Hati
Deria ialah kumpulan individu yang bersifat praktikal, menumpu segala bentuk fakta-
fakta yang sedia ada dan menjalankan tugas secara terperinci. Gerak hati pula
merupakan sekumpulan individu yang menitikberatkan kepada sesuatu pengertian dan
kemungkinan.
3. Pemikiran vs Perasaan
Individu yang tergolong dalam golongan pemikiran merupakan seseorang yang
cenderung untuk mengambil keputusan yang berasaskan logik dan mengikut prosedur.
Manakala individu yang tergolong dalam golongan perasaan pula merupakan seorang
yang cenderung membuat keputusan berdasarkan pertimbangan yang bersifat peribadi
dan berkemanusiaan.
4. Mengadili vs Mengamati
Mengadili menerangkan seseorang yang berperibadi tetap, patuh dan mengikut
peraturan tertentu, gemar mengambil keputusan atau kesimpulan walaupun data atau
maklumat tidak lengkap. Golongan mengamati ialah seseorang yang sentiasa berubah
mengikut persekitaran. Mereka sentiasa berusaha untuk melengkapkan maklumat-
maklumat yang telah diperolehi.
9
11. PENGURUSAN KURIKULUM BILIK DARJAH KPF 5023
2.7 SOSIO-EKONOMI
Sharifah Alwiah Alsagoff, (1985) menyatakan bahawa taraf atau status dipangkatkan
mengikut ukuran-ukuran pencapaian pendidikan, pelajaran, kemahiran, pendapatan, kelas
sosial, kedudukan politik, asal usul ras dan etnik serta faktor-faktor lain yang berkaitan. Ahli
sosiologi mendefinisikan status sosio-ekonomi sebagai pendapatan seseorang, pekerjaan,
pendidikan dan pangkat seseorang dalam komuniti. Status sosio-ekonomi adalah disebabkan
keturunan, kemiskinan dan pendidikan yang diterima seseorang. Status sosio-ekonomi tidak
berkait dengan perbezaan kaum, budaya dan etnik (Robert E. Slavin, 1997). Status sosio-
skonomi amat berkait rapat dengn kelas ekonomi yang kebiasaannya dinilai menerusi
perbezaan pekerjaan, kelas sosial dan tempat tinggal.
Masyarakat selalunya membuat rumusan bahawa mereka yang mempunyai pendapatan
pekerjaan yang tinggi, berada di peringkat teratas dalam kelas sosial dan tinggal di kawasan
bandar merupakan golongan yang mempunyai taraf sosio-ekonomi yang terbaik dan amat
berbeza dengan golongan yang berpendapatan rendah dan tinggal di kawasan luar bandar.
Pemikiran masyarakat setempat yang masih lagi di takuk yang lama menyebabkan mereka
merasa rendah diri apabila dikelilingi oleh golongan yangmempunyai status sosio-ekonomi yang
tinngi.
3.0 PENDIDIKAN KEPELBAGAIAN BUDAYA
Pendidikan kepelbagaian budaya ialah struktur keutamaan pendidikan, komitmen dan
proses yang menggambarkan reality budaya majmuk sebagai budaya kehidupan di Malaysia.
Keutamaan pendidikan perlu memberi fokus pada perkembangan dan pengekalan kesedaran
kepelbagaian budaya seperti yang digambarkan oleh individu, kumpulan dan komuniti. Ia
memerlukan komitmen para pendidik pada konsep asas kepelbagaian seperti yang dinyatakan
melalui aspek dimensi etnik dan cara hidup budaya kumpulan. Pendidikan pelbagai budaya
mengenal pasti pengekalan budaya penting bukan sahaja kepada kehidupan kumpulan
tertentu, tetapi pada asas rukun yang menyokong demokrasi yang ideal.
Nilai pendidikan pelbagai budaya berbeza dan menggalakkan perkembangan kesedaran
bagi perbezaan ini. Ia mengenalpasti persamaan yang wujud antara individu dengan kumpulan.
Ia adalah tanggungjawab pendidikan yang utama bagi menyemai sikap dan tingkahlaku yang
penting bagi mengelakkan perlakuan yang tidak adil berdasarkan penampilan fizikal, kelakuam
10
12. PENGURUSAN KURIKULUM BILIK DARJAH KPF 5023
dan cara hidup. Penghapusan amalan rasisme dan bersifat perkauman dalam masyarakat ini
adalah tanggungjawab besar dalam institusi latihan perguruan dan sekolah.
Penerapan pendidikan pelbagai budaya dalam struktur pendidikan adalah melalui
falsafah pendidikan. Kurikulum, bahan-bahan pembelajaran, guru, suasana pendidikan akan
diterapkan dengan kemudahan pendidikan pelbagai budaya. Faktor budaya akan difahami,
dihargai dan dibentuk ke dalam semua pengalaman pendidikan dalam lingkungan system.
Faktor utama pertimbangannya adalah kumpulan etnik dan factor budaya yang berkaitan
dengan mereka.
Konsep pelbagai budaya dalam pendidikan berkaitan dengan hubungan antara murid
dengan guru, ibu bapa dengan guru dan guru dengan komuniti. Ia tidak mencukupi hanya
dengan memahami perbezaan budaya yang mungkin berlaku. Apa yang diperlukan adalah
sokongan yang positif bagi perbezaan-perbezaan ini.
Pendidikan pelbagai budaya menyediakan banyak pengaruh dengan mengenal pasti
kemajmukan etnik dan latar belakang budaya individu, dan menerima kemajumukan dan
membinanya. Kefehaman konsep pelbagai budaya perlu meliputi semua aspek latihan
perguruan. Oleh itu, pengalaman menyediakan gur pelatih, guru dalam perkhidmatan dan
pelatih guru perlu menggambarkan konsep pelbagai budaya. Kebimbangan disini bukan sahaja
secara langsung kepada guru pelatih ataupun guru tetapi termasuk pendidik yang
bertanggungjawab, membina, melaksanakan dan menilai program latihan perguruan.
3.1 ISU-ISU PENDIDIKAN KEPELBAGAIAN BUDAYA
Peluang pendidikan selepas merdeka telah mengalami perubahan. Pendidikan pada
peringkat ini memberikan peluang kepada semua kaum. Ini bermaksud faktor kaum tidak lagi
mempengaruhi peluang untuk pendidikan. Setiap kaum bebas untuk mendapatkan pendidikan.
Sistem pendidikan vernakular yang berasakan kaum masih wujud contohnya sekolah jenis
kebangsaan Cina dan India. Namun begitu, semua sekolah jenis kebangsaan tersebut tidak
hanya memberikan peluang pendidikan kepada kaumnya sahaja. Hal ini kerana ada juga
daripada kaum lain contohnya kaum Melayu menghantar anaknya ke sekolah jenis kebangsaan
Cina. Ini menunjukkan bahawa keterbukaan antara kaum semakin kukuh khususnya dalam
mendapatkan pendidikan dan secara tidak langsung perpaduan dapat dikukuhkan untuk
mendapatkan peluang tersebut. Peranan kerajaan khususnya kementerian pendidikan dengan
11
13. PENGURUSAN KURIKULUM BILIK DARJAH KPF 5023
melaksanakan sistem sekolah seperti pembinaan sekolah wawasan yang menempatkan
pelbagai kaum adalah satu langkah baik yang secara langsung menyebabkan faktor kaum tidak
lagi mempengaruhi peluang pendidikan antara kaum.
Peluang pendidikan pada abad-21 juga mengalami kesan akibat daripada kepelbagaian
kaum yang wujud di Malaysia. Peluang pendidikan pada peringkat ini di pengaruhi oleh dua
faktor iaitu faktor meritokrasi dan globalisasi.
Meritokrasi adalah suatu sistem yang mengambil kira merit atau tahap kecemerlangan
akademik seseorang dalam peperiksaan utama iaitu SPM dan STPM untuk berkelayakan
memasuki sesuatu institusi pendidikan. Pelaksanaan sistem ini menyebabkan wujudnya suatu
persaingan untuk mendapatkan peluang bagi melanjutkan pengajian. Pelaksanaan sistem ini
juga membolehkan pelajar-pelajar berkelayakan dan mempunyai tahap pencapaian akademik
yang baik untuk diberikan peluang pendidikan. Sistem ini turut dilaksanakan dalam pemberian
biasiswa. Oleh itu, pada peringkat pendidikan abad-21 ini faktor kaum tidak lagi boleh dikatakan
mempengaruhi peluang pendidikan. Dengan pelaksanaan sistem ini, setiap pelajar tanpa
megira kaum bebas bersaing untuk mendapatkan peluang tersebut.
Menurut Kamus Dewan globalisasi didefinisikan sebagai fenomena yang menjadikan
dunia mengecil dari segi perhubungan manusia disebabkan kepantasan perkembangan
teknologi maklumat. Globalisasi juga adalah satu proses kehidupan yang serba luas dan infiniti
merangkumi segala aspek kehidupan seperti politik, sosial, dan ekonomi yang boleh dirasai
oleh seluruh umat manusia di dunia ini. Ini bermakna segala-galanya menjadi milik bersama
dalam konsep dunia tanpa sempadan. Dalam bidang pendidikan turut dipengaruhi oleh
pencapaian globalisasi ini. Kesan globalisasi dalam pendidikan menyebabkan peluang tersebut
semakin luas. Globalisasi menyebabkan peluang pendidikan tersebut semakin luas. Peluang
pendidikan yang tidak terbatas dengan perkaitan teknologi dengan pendidikan diaplikasikan.
Dengan menggunakan teknologi, setiap kaum boleh menimba ilmu pengetahuan. Dengan
penggunaan teknologi akibat lonjakan globalisasi membolehkan setiap kaum diberikan peluang
pendidikan secara sama rata, tidak ada lagi unsur yang berasaskan kaum, dan semuanya
bergantung kepada setiap kaum tersebut sama ada ingin merebut peluang tersebut
sememangnya tersedia ada. Kesimpulanya, dalam pendidikan abad ke-21 ini peluang tersebut
tidak lagi dapat dipengaruhi oleh kaum. Hal ini kerana pendidikan kini boleh dipelajari, dikongsi,
bersifat sejagat, boleh diwarisi, sentiasa berubah, simbolik dan berpandangan semesta.
12
14. PENGURUSAN KURIKULUM BILIK DARJAH KPF 5023
4.0 AMALAN PENDIDIKAN KEPELBAGAIAN BUDAYA.
Pendidikan merupakan struktur yang menyumbang kepada keberlangsungan sesebuah
masyarakat. Untuk mencapai kesejahteraan, pendidikan perlu mempunyai unsur-unsur yang
menyokong kepada matlamat keseluruhan masyarakat. Justeru pendidikan diharapkan
menjalankan fungsi-fungsi yang dikehendaki. Sebagaimana yang berlaku dalam dunia maju,
masyarakat Malaysia telah menerima unsur-insur moden.
Pendidikan multibudaya merupakan satu sistem pendidikan yang mengamalkan kepada
kepercayaan dan tingkahlaku di mana semua kaum saling menghormati dan mengiktiraf nilai-
nilai perbezaan sosial budaya yang terdapat dalam masyarakat sesebuah negara. Keunikan
sekolah di Malaysia berbanding negara lain adalah pelajar di sekolah-sekolah Malaysia terdiri
daripada tiga kumpulan etnik yang berbeza iaitu Melayu,Cina dan India. Selain itu terdapat juga
beberapa etnik yang lain seperti bumiputera Sabah dan Sarawak. Kumpulan etnik ini
mempunyai budaya,adat resam,nilai,norma dan kepercayaan yang mempengaruhi segala
tingkahlaku dan kehidupan seharian mereka. Berdasarkan kepada perkara ini, maka tujuan
pendidikan Malaysia mengutamakan pendidikan multibudaya untuk meningkatkan integrasi
sosial di antara pelbagai etnik serta menghindari daripada diskriminasi kaum. Di Malaysia,
pembangunan bangsa dan perpaduan kaum dititikberatkan dalam agenda pendidikan kerana
perpaduan nasional dan integrasi nasional merupakan dasar pendidikan negara. Dalam satu
petikan yang diambil dari Falsafah Pendidikan Kebangsaan menyatakan bahawa ´untuk
menanamkan dan memupuk kesedaran kebangsaan melalui pembinaan cita-cita bersama,
nilai-nilai, aspirasi dan kesetiaan perlu ada untuk membentuk kesatuan nasional dan identiti
kebangsaan dalam suatu masyarakat '. Bagi mencapai tujuan pendidikan multibudaya ini
berjaya dilaksanakan para pelajar daripada kumpulan etnik berbeza ditempatkan kepada satu
kelas agar mereka dapat berinteraksi antara satu sama lain. Selain meningkatkan integrasi
antara kaum cara ini juga boleh meningkatkan toleransi kaum dan interksi sosial.
4.1 Model oleh Sleeter dan Grant
Berdasarkan kepada Model Sleeter dan Grant, salah satu komponen penting dalam
pendidikan multibudaya adalah penglibatan daripada organisasi sesebuah sekolah itu. Guru
perlu menunjukkan contoh pendidikan multibudaya iaitu bukan hanya memberi keutamaan
kepada satu kaum sahaja dalam menberikan ilmu pengethuan. Sebaiknya seorang guru
ataupun pentadbir sesebuah sekolah itu memberikan perhatian yang sama rata kepada semua
13
15. PENGURUSAN KURIKULUM BILIK DARJAH KPF 5023
pelajar tanpa mengira bangsa dan kaum. Menurut Model Sleeter dan Grant, untuk mengelakkan
ketidakseimbangan prestasi akademik pelajar guru harus mengharapkan semua pelajar untuk
berjaya dan tidak hanya mengharapkan kepada kelas, jantina, bahasa,status sosial, ekonomi
dan bangsa pelajar.
Sleeter dan Grant bersetuju terhadap Pendidikan Multibudaya ini tetapi kurang bersetuju
terhadap usaha yang dijalankan setakat ini. Menurutnya, sekolah sepatutnya menekankan
kepelbagaian budaya. Beberapa sekolah di Ameriksa Syarikat hanya mengajar dan bukannya
menekankan kepada amalan. Ini menyebabkan objektif pendidikan multibudaya ini tidak
tercapai. Pelajar harus dididik bagaimana untuk meningkatkan integrasi antara kaum.
Sleeter dan Grant menyatakan kebanyakan sekolah dan guru-guru hanya menunjukkan
kurikulum,bahan-bahan,filem serta alat bantu mengajar setiap kumpulan budaya yang berbeza.
Sepatutnya pelajar perlulah dilatih dan disarankan agar mengamalkan toleransi kaum dengan
menghormati serta berinteraksi pada kaum yang berbeza. Sikap ibu bapa yang mengamalkan
sikap stereotaip terhadap bangsa lain perlu dibendung daripada menular kepada anak-anak
mereka. Berdasarkan Sleeter dan Grant, perbezaan budaya perlu diajarkan kepada diri pelajar
terutamnya konsep perbezaan individu itu. Pendekatan dengan menggunakan pengajaran
tentang makanan,pakaian dan cerita rakyat dari budaya lain tidak dapat mencapai objektif
pendidikan multibudaya.
4.2 Model oleh James Bank
James Bank telah mengembangkan satu model dimana pendidikan multibudaya terdiri
daripada empat peringkat. Peringkat pertama adalah mengenalpasti sumbangan. Pada
peringkat ini, pendidikan menumpukan kepada sumbangan jasa pahlawan,makanan pelbagai
bangsa,dan unsur budaya diskrit. Pada peringkat kedua µAddictive¶ kurikulum ditambah dengan
unit khas dalam etnik tertentu tetapi tidak terdapat sebarang perubahan kepada kandungan
asas kurikulum yang terdahulu. Tahap ketiga dalam model Bank,adalah transformasi. Dimana
pada peringkat ini sifat ingin tahu dipupuk dalam diri pelajar. Pelajar akan dilatih untuk melihat
sendri isu-isu dari perspektif pelbagai budaya. Sekolah perlu membuat kerangka yang berbeza
dari rujukan dan bahan kandungan daripada pelbagai budaya dalam rangka memperluaskan
pemahaman pelajar. Peringkat keempat dalam model Bank adalah hubungan sosial. Sebuah
sekolah perlulah mewujudkan suasana yang mengutamakan integrasi nasioanl dkalangan
pelajarnya.Tujuan utama pendidikan multibudaya bagi Banks adalah untuk mempersiapkan
14
16. PENGURUSAN KURIKULUM BILIK DARJAH KPF 5023
pelajar dalam masyarakat yang pelbagai pada hari ini. Pendidikan multibudaya ini mempunyai
peranan yang penting dalam melahirkan masyarakat yang bersifat demokratik.
Menurut Banks (1994), pendidikan multibudaya merupakan bidang kajian dan disiplin
yang utama bertujuan untuk membuka peluang pendidikan yang sama bagi setiap pelajar yang
pelbagai bangsa, etnik, kelas sosial dan kumpulan budaya. Pendidikan multibudaya ini adalah
penting untuk membantu semua pelajar untuk mendapatkan pengetahuan,sikap dan kemahiran
yang diperlukan untuk digunakan dalam ahli masyarakat yang demokratik dan ia juga melatih
para pelajar berinteraksi, berunding dan berkomunikasi dengan masyarakat dari kumpulan yang
pelbagai dalam menwujudkan masyarakat majmuk demi kebaikan bersama. Berdasarkan
Banks, pendidikan multi budaya bukan sahaja untuk mengelakkan pengasingan kaum di
sekolah tetapi juga adalah satu cara untuk memperkenalkan kepada pelajar kepada semua
jenis bangsa yang pelbagai, menggalakkan penglibatan guru-guru minoriti, mengelakkan berat
sebelah serta pembelajaran kooperatif dikalangan pelajar.
Pada pandangan Bank (1994) lagi , menyatakan pendidikan multibudaya adalah satu
usaha untuk meningkatkan pengetahuan pelajar mengenai pelbagai etnik, budaya serta
kumpulan jantina. Peningkatan prestasi akademik juga dapat dinaikkan hasil daripada
perkongsian serta interkasi pelajar dalam menyalurkan ilmu pengetahuan sesama mereka.
Bank menggambarkan tiga cara dalam menjalankan pendidikan multibudaya:
i. Program yang menggunakan gaya pembelajaran berasaskan budaya dalam usaha
untuk menentukan gaya pengajaran untuk digunakan dengan kumpulan etnik
ii. Program Bilingual atau Dwibudaya- program bahasa dibina di atas bahasa dan budaya
pelajar Afrika-Amerika, dan
iii. Program matematik dan sains khusus untuk etnik minoriti atau pelajar perempuan.
Banks (2001), menyatakan kepelbagaian budaya yang semakin meningkat di Amerika
Syarikat mencabar. Guru perlu menghormati dan mempengaruhi pelajar agar membawa
perasaan menghormati budaya lain dalam proses pengajaran agar pelajar dapat memperoleh
pengetahuan tentang nilai-nilai budaya yang ada dalam masyarakat sekeliling.
15
17. PENGURUSAN KURIKULUM BILIK DARJAH KPF 5023
5.0 ANALISIS DAN PENILAIAN BUKU TEKS
SUBJEK : PENDIDIKAN JASMANI DAN PENDIDIKAN KESIHATAN
TAHUN : TIGA
PENULIS : ABDUL HAFIDZ BIN HAJI OMAR, HUSAIN BIN AYOB,
ZALAWATI BINTI SUFIAN
PENERBIT : DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA
TEMPAT TERBIT : SELANGOR DARUL ESHAN
TAHUN TERBIT : CETAKAN PERTAMA 2004
5.1 KONSEP DAN PEGERTIAN BUKU TEKS
Buku teks mempunyai perkaitan dengan proses pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu
setiap guru atau calon guru hendaklah membekalkan diri masing-masing dengan ilmu
pengetahuan tentang buku teks. Ia juga merupakan bahan atau sumber yang penting dalam
proses pengajaran dan pembelajaran. Plato misalnya, telah menghasilkan karya agung beliau
yang berjudul µRepublik¶ yang menjadi teks penting di pusat pendidikan yang diasaskannya iaitu
Akademi. Selai itu buku teks juga digunakan sumber maklumat mengenai mata pelajaran atau
bidang tertentu serta mencerminkan nilai masyarakat, harapan dan cita-cita sesebuah Negara.
Menurut tradisi Islam, buku teks juga menjadi bahan pendidikan yang penting. Pengajian
yang berasaskan akidah dan syariah dilaksanakan dengan berasaskan teks yang menjadi nas,
iaitu Al-Quran dan Hadis, yang menjadi teks induk dan merupakan sumber penghasilan teks
lain dlam bentuk kitab tafsir, tauhid, feqah dan lain-lain.
Selain itu buku teks merupakan unsur penting dalam proses pendidikan formal
terutamanya di sekolah, buku teks menjadi mekanisme untuk melaksanakan pendidikan dan
menyalurkan ilmu yang diperlukan oleh generasi muda Abd Shukor Abdullah (1990:12), buku
teks merupakan bahan dimana suatu yang penting bagi guru dan murid. Peranan dan pengaruh
buku teks ini merupakan penentuan penting dalam pencapaian pelajar.
16
18. PENGURUSAN KURIKULUM BILIK DARJAH KPF 5023
Buku teks adalah antara bahan pengajaran yang paling dominan dan senang digunakan
sebagai sumber pemerolehan ilmu sejak sistem pendidikan formal di jalankan di sekolah. Buku
teks merupakan buku khusus yang digunakan untuk menyampaikan pengetahuan tertentu bagi
kegunaan pendidikan formal di sekolah. Buku ini digunakan dengan amat meluas sebagai
bahan pengajaran dimana merupakan sumber utama untuk mendapatkan bahan pengajaran
tertentu dan idea yang mungkin dapat dikembangkan dengan menggunakan bahan tambahan.
Buku teks hendaklah dilihat sebagai alat bantu mengajar dan bukan satu-satunya sumber
pengajaran. Buku teks perlu disertai bahan lain yang diusahakan oleh guru.
Dalam konteks sistem pendidikan di Malaysia, sukatan pelajaran standard dan buku
teks tertentu telah disediakan untuk pelajar. Bagi mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan
Kesihatan, buku teks bagi setiap peringkat persekolahan telah ditetapkan oleh Kementerian
Pendidikan Malaysia terutamanya dari segi kualiti isi kandungan. Selaras dengan
pembangunan Negara yang begitu pesat, mutu pendidikan perlu sejajar dengan arus
perkembangan ini. Mulai tahun 2003 buku teks banyak mengalami perubahan.
Dari aspek penulisan, banyak proses yang berlaku sebelum sebuah tulisan dapat
dihasilkan. Proses mendapatkan idea, menyusun idea, menterjemahkan idea ke dalam bentuk
perkataan, frasa, ayat dan melengkapkan penulisan idea perlu dijalankan untuk menghasilkan
sebuah karya yang dapat menepati tujuan penulisan dan dapat disampaikan serta diterima oleh
pembaca sasaran. Dalam penyiapan sebuah tulisan, penyemakan merupakan proses yang
sangat penting untuk memastikan sebuah tulisan itu dapat disempurnakan dan dapat menepati
tujuan serta cita rasa pembaca sasaran.
Dalam konteks penulisan buku teks sekolah rendah, penyemakan sangat penting
kerana penulisan buku teks melibatkan penyampaian pengetahuan dan pengalaman
pengajaran-pengajaran yang bakal membentuk minda dan corak masyarakat pada masa
hadapan. Penyemakan dapat digunakan sebagai alat bantu utama dalam pengajaran-
pengajaran bilik darjah. Selain itu, penulisan buku teks perlu menjadi contoh yang baik kepada
pelajar dan guru. Batasan
Kerbergantungan pada buku teks banyak berpunca daripada penekanan pada bahan
bertulis sebagai media utama pendidikan. Selain itu, faktor masa untuk menyediakan bahan
pengajaran turut menjadi punca. Kebanyakan guru kekurangan masa atau latihan untuk
menyediakan bahan baru dan sebagai bahan mudah mereka bergantung pada buku teks dan
buku kerja. Pada hakikatnya, buku teks merupakan alat pengajaran yang dapat diterima selagi
17
19. PENGURUSAN KURIKULUM BILIK DARJAH KPF 5023
guru melakukan pemilihan bahan dengan teliti dan memanfaatkannya dengan perspektif yang
betul sehingga tidak dianggap satu-satunya sumber pengetahuan dan tidak pula buku teks
bertukar menjadi kurikulum (Ornstein 1990: 333).
5.2 Objketif analisis dan penilaian buku teks
Penilaian dan analisis buku teks ini adalah untuk mengkaji kesesuaian buku teks
Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah Pendidikan Jasmani Dan Pendidikan Kesihatan Tahun
Tiga dari struktur dalaman dan luaran teks.
Menurut Hashim Mydin (1983: iv), buku teks perlu disemak tentang perkara-perkara
seperti kebolehan murid, kesesuaian buku mengikuti latar belakang murid ataupun berdasarkan
kepelbagaian budaya, bilangan latihan dan sebagainya perlu diambil kira agar dapat memberi
manfaat yang maksimum.
Kesesuaian bahan dalam buku teks perlu dan harus dapat menarik minat pelajar untuk
membaca dan meminati pelajaran tersebu. Pemilihan, penyesuaian dan penggunaan bahan di
dalam buku teks mesti diteliti berdasarkan peringkat umur, kematangan, keupayaan dan latar
belakang sosiobudaya pelajar.
5.3 KANDUNGAN BUKU TEKS
Tinjauan terhadap kualiti buku teks di Negara ini mendapati bahawa banyak buku teks
mengandungi fakta dan penggunaan bahan yang tidak tepat, lemah dari segi ilustrasi, dan aras
bahasa yang kurang menepati kumpulan sasaran (Paxman, Doening dan Read 1998). Kualiti
buku teks juga memperlihatkan masalah dalam bidang editorial, reka bentuk dan reka letak
dengan variasi yang berbagai-bagai daripada buku teks bercetak hitam kepada buku teks
bercetak berwarna penuh.
Kandungan buku teks mestilah tepat mengikut piawaian penguasaan pendidikan, serta
berdasarkan sumber rujukan berwibawa bagi mata pelajaran berkenaan. Kandungan buku teks
ini dipilih, disusun dan disesuaikan mengikut tahap dan keperluan sukatan pelajaran. Selain itu,
buku teks juga harus meliputi aspek-aspek intelek, rohani dan emosi murid untuk melahirkan
insan yang seimbang, harmoni dan berakhlak mulia.
18
20. PENGURUSAN KURIKULUM BILIK DARJAH KPF 5023
Kerja kursus ini menumpukan perhatian pada analisis buku teks Pendidikan Jasmani
Dan Pendidikan Kesihatan Tahun Tiga, khususnya dalam era Kurikulum Bersepadu Sekolah
Rendah(KBSR). Hal ini kerana, Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan bertujuan
membantu murid menjadi cergas melalui pembelajaran aktiviti fizikal dan amalan kecergasan
serta aspek-aspek kesihatan. Pembelajaran dilakukan dengan mengutamakan tiga perkara
utama iaitu kognitif , psikomotor dan afektif. Kognitif membolehkan murid mengetahui dan
memahami akan aspek kecergasan dan kesihatan yang boleh diamalkan dalam kehidupan
seharian. Pendidikan kesihatan bertujuan membantu murid meningkatkan pengetahuan
kesihatan, memupuk sikap positif terhadap kesihatan dan mengamalkan gaya hidup sihat.
Psikomotor mendedahkan murid tentang pergerakan, permainan dan aktiviti sukan. Manakala
afektif ini membolehkan nilai-nilai murni diterapkan pada diri murid melalui Pendidikan Jasmani
dan Pendidikan Kesihatan. Bagi memastikan kejayaan, pengajaran dan pembelajaran
Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan perlu dilaksanakan dengan berkesan. Salah
satu unsur yang mempengaruhi keberkesanan pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran ini
ialah buku teks yang berkualiti.
Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan merupakan mata pelajaran teras
Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah. Buku ini ditulis berdasarkan kepada Sukatan
Pelajaran(SP) dan Huraian Sukatan Pelajaran(HSP). Selain itu, buku ini juga ditulis seiring
dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang menginginkan insan yang seimbang dan
harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Usaha ini dikukuhkan dengan harapan
dapat melahirkan warganegara yang cemerlang, berdaya saing dengan kehendak
pembangunan dan perkembangan teknologi maklumat serta komunikasi (ICT) sebagai
memenuhi kemajuan Negara pada masa depan.
5.3.1 Ketepatan isi kandungan
Mata pelajaran Pendidikan Jasmani Dan Pendidikan Kesihatan kini banyak mengalami
perubahan sama ada dari segi konsep ataupun perkembangan intipati kandungannya.
i. Kelengkapan isi kandungan
ii. Keluasan isi kandungan
iii. Kedalaman isi kandungan
Daripada ketiga-tiga intipati kandungan ini maka, kesesuaian isi kandungan adalah
selaras dengan tahap perkembangan murid Tahun 3.
19
21. PENGURUSAN KURIKULUM BILIK DARJAH KPF 5023
5.3.2 Kesesuaian dengan kehidupan
Perkembangan dan kemampuan pelajar melalui aktiviti kecergasan fizikal adalah sesuai
digunakan dalam Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan adalah sesuai digunakan
dalam PJPK berdasarkan buku teks. Keadaan dan situasi lingkungan sosiobudaya pelajar juga
sesuai kerana dalam tunjang Pendidikan Kesihatan banyak menerapkan nilai-nilai murni dalam
kehidupan seharian. Contohnya dalam tunjang Kesihatan Diri Dan Keluarga, nilai seperti
bertanggungjawab, kesopanan, tolong-menolong dan hormat-menghormati diterapkan dalam
diri murid. Selain itu, buku teks ini juga menggunakan contoh, gambar dan kes tempatan yang
sesuai kerana banyak menggambarkan cara hidup masyarakat di Malaysia.
5.3.3 Kepekaan terhadap nilai tempatan
Berdasarkan kandungan buku teks, ia dapat meningkatkan kepekaan terhadap nilai-nilai
tempatan yang melibatkan domaian afektif seperti bekerjasama, hormat-menghormati dan
banyak lagi diperjelaskan dalam Bab 4 iaitu Kesihatan Diri Dan Keluarga. Mengembangkan
kepekaan murid terhadap nilai-nilai gagasan atau wawasan Negara diterapkan dalam domain
afektif pembelajaran iaitu menyemai semangat berpasukan serta menanamkan keyakinan
dalam diri pelajar.
5.3.4 Fokus kandungan
Fokus kandungan dalam buku teks Tahun 3 Pendidikan Jasmani dan Pendidikan
Kesihatan lebih mendorong kepada murid dalam perkembangan kemahiran asas dan
keseronokan dalam melakukan aktiviti. Selain itu dalam mengembangkan daya kritikal dan
kemahiran hidup juga diterapkan dalam diri murid berdasarkan pembelajaran kandungan buku
teks ini. Secara tidak langsung murid dapat mengaplikasikan kemahiran dalam kehidupan
mereka seharian.
20
22. PENGURUSAN KURIKULUM BILIK DARJAH KPF 5023
3.3 REKA BENTUK BUKU TEKS
Reka bentuk adalah pelan tersusun yang merangkumi konsep rekaan sesebuah buku.
Reka bentuk ini merupakan rekaan yang memaparkan teks atau bahan grafik atau bahan lain
pada halaman buku. Format persembahan pada keseluruhan buku hendaklah terancang,
berfungsi, jelas, ramah pengguna serta mudah. Setiap ruang mestilah digunakan secara
optimum, disamping mengambil kira ruang membolehkan pembaca merehatkan mata. Reka
bentuk yang baik dapat memandu mata pembaca, membaca mengikut urutan dalam sesuatu
terbitan dan membezakan bahan-bahan utama dan bahan-bahan sekunder. Reka bentuk
sesebuah buku teks juga merupakan factor penting yang dapat membezakan sesuatu terbitan
dengan terbitan lain.
Prinsip asas reka bentuk buku teks ini melibatkan keseuaian kepada falsafah,psikologi,
sosiologi, pedadogi dan teknologi.
5.4.1 Struktur teks
Struktur teks ialah susunan bahagian yang perlu ada dalam sebuah buku. Bahagian
yang secara konvensional perlu ada dalam buku ialah bahagaian pendahuluan, bahagian isi,
bahagian bahasa, bahagian paparan, bahagian grafif dan bahagian akhiran (the Chicago
Manual of Style 1993, gaya dewan 1995, dan Klitguard 1983). Analisis struktur teks ini akan
menumpukan perhatian pada bahagaian, pengenalan, bahagian isi dan bahagian penutup.
Buku ini didapati memenuhi ciri buku yang sempurna dari segi struktur keseluruhan, iaitu
bermula dengan bahagian pengenalan dan diiikuti oleh bahagian isi dan bahagian penutup. Hal
ini dapt memudahkan murid atau guru merujuk buku teks ini.
5.4.2 Bahagian pengenalan
Bahagian pengenalan buku ini terdiri daripada:
i. Halaman judul
ii. Halaman hak cipta dan Penghargaan
iii. Halaman kandungan
iv. Kata Pengantar (oleh Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Kementerian
Pelajaran Malaysia).
v. Pendahuluan
21
23. PENGURUSAN KURIKULUM BILIK DARJAH KPF 5023
5.4.3 Bahagian isi
Pada halaman kandungan diberikan maklumat yang memberi gambaran tentang isi teks
dan item pelajaran Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan yang diperincikan dalam
bahagian teks. Buku teks tersebut ditulis berdasarkan kepada enam tunjang pembelajaran
seperti terdapat dalam Huraian sukatan Pelajaran (HSP) iaitu Kecergasan Fizikal, Kemahiran,
Kesukanan, Kesihatan Diri Dan Keluarga, Gaya Hidup Sihat dan Kebersihan Dan Keselamatan
Persekitaran. Kesemuanya disampaikan menggunakan pendekatan konsep Sains Sukan,
penerapan Sains dan Teknologi, merentas kurikulum dan pencarian maklumat daripada laman
web. Setiap pembelajaran disampaikan dalam bentuk ilustrasi yang menarik dan ditambah
dengan maklumat tambahan dan aktiviti kemahiran berfikir sebagai mengukuhkan pemahaman
murid.
5.4.4 Bahagian Penutup
Bahagian penutup buku ini pula tidak dinyatakan atau tidak terdapat dalam buku.
Bahagian penutup sebuah buku teks sepatutnya terdiri daripada glosari, senarai rujukan dan
indeks. Bahagian penutup ini iaitu glosari, senarai rujukan dan indek penting sebagai panduan
dan rujukan.
5.4.5 Jenis isi
Isi sesuatu buku teks terdiri daripada beberapa aspek iaitu skop, integrasi, imbangan,
urutan dan kesinambungan. Bahagian isi teks yang menjadi teras buku ini dibahagikan kepada
enam tunjang pembelajaran. Setiap tunjang ini memenuhi skop yang dinyatakan berdasarkan
Sukatan Pelajaran dan Huraian Sukatan Pelajaran. Contohnya, tunjang pembelajaran 1 iaitu
Kecergasan Fizikal merangkumi kepada lima unit kecergasan fizikal iaitu Daya Tahan
Kardiovaskular, Fleksibiliti, Koordinasi, Imbangan dan Ketangkasan. Setiap unit pembelajaran
adalah untuk berperanan kepada pengolahan bahan, isi, aktiviti pengajaran dan pembelajaran
dan untuk menyatupadukan kandungan. Hal ini, sesuai bagi memupuk kemahiran dalam
pergerakan fizikal, amalan asas kesihatan dan nilai murni dalam diri setiap murid serta murid
dapat menguasai Hasil Pembelajaran yang terdapat dalam sukatan. wujud integrasi isi antara
unit-unit dan tunjang pembelajaran.
Setiap unit pembelajaran tersebut dikembangkan dengan memanfaatkan pelbagai
bahan rangsangan dialog, lagu, manipulasi peralatan, permainan dan bahan grafik ( carta dan
gambar). Didapati sebahagian besar bahan rangsangan dalam buku ini ialah menggunakan
22
24. PENGURUSAN KURIKULUM BILIK DARJAH KPF 5023
bahan grafik dimana bahan grafik ini lebih menarik minat murid untuk membaca. Contohnya
ialah, aktiviti manipulasi peralatan dan grafik iaitu gambar Skip Secara Individu dan Skip Satu
Kaki.
Dalam setiap unit terdapat strategi penggabungjalinan yang merupakan satu lagi teras
dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR). Penggabungjalinan yang pertama
meliputi gabung jalin antara kemahiran dengan manipulasi peralatan dan aktiviti dengan
pergerakan yang diamalkan dalam kehidupan seharian. Contohnya, pergerakan kreatif
digabungjalinkan untuk menjadi satu pergerakan yang melibatkan kemahiran dalam sukan.
Bahagian isi buku ini juga mengambil kira keseimbangan iaitu berdasarkan tahap
kognitif, psikomotor dan afektif pelajar yang mempunyai pelbagai kebolehan. Isi buku teks ini
juga disusun mengikut urutan iaitu susunan dari segi kognitif, psikomotor dan afektif. Murid
didedahkan kepada kemahiran asas seterusnya kepada kemahiran aras yang lebih tinggi.
5.4.6 Bahasa
Penggunaan bahasa dalam penulisan buku teks perlulah mudah difahami oleh pengguna
terutamanya murid dan guru. Penggunaan bahasa melibatkan beberapa aspek iaitu ketepatan,
komunikatif, interaktif, kesesuaian dan logik. Buku teks ini menggunakan bahasa yang ringkas
dan sesuai bagi murid Tahun tiga. Penggunaan bahasa yang digabung dengan paparan
gambar. (rujuk Lampiran). Berdasarkan penilaian buku teks ini, bahasa yang digunakan adalah
lebih komunikatif.
Buku teks ini juga mengambil kira aspek kesesuaian bahasa dengan perkembangan pelajar
iaitubahasa yang digunakan dapat menjelaskan suatu konsep mestilah sesuai dengan tahap
perkembangan kognitif pelajar. Salah satu contonya adalah definisi konsep yang menggunakan
bahasa mudah dan disertai dengan gambarajah. Hal ini sesuai dengan tahap murid Tahun Tiga.
Berikut adalah contoh konsep dan definisi dalam buku teks tersebut:
i. Fleksibiliti ialah keupayaan merenggang otot dan kebebasan sendi untuk
bergerak(Rujuk Lampiran 1.2 Fleksibiliti)
23
25. PENGURUSAN KURIKULUM BILIK DARJAH KPF 5023
5.4.7 Paparan
Paparan merangkumi kepada beberapa aspek iaitu paparan itu mesti sistematik,
menarik, bermakna, sesuai, variasi dan daya intelek. Setiap unit dalam buku teks Pendidikan
Jasmani dan Pendidikan Kesihatan dilakukan secara sistematik iaitu sebagai contoh pada bab
satu. Setiap aktiviti yang dilakukan adala bermula dari mudah kepada sukar. Salah satu aktiviti
dalam Unit 1 ini ialah Pelbagai Gaya Skip, berdasarkan paparan aktiviti dilakukan secara
individu terlebih dahulu sebelum kepada aktiviti berkumpulan. Selain itu, aktiviti fleksibiliti diri
dilakukan secarastatik dan seterusnya dilakukan dengan memanipulasikan peralatan. Aktiviti-
aktiviti ini menunjukkan satu paparan yang sistematik.
Bahagian Unit 1 dalam buku teks ini memberi paparan yang baik seterusnya
membangkitkan motivasi pembaca untuk belajar kepada unit-unit seterusnya. Sebagai contoh,
pada unit 1 aktiviti Menyanyi Sambil Bergalop boleh meningkatkan keseronokan murid
seterusnya meningkatkan motivasi diri mereka.
5.5 ISU BERKAITAN BUKU TEKS
Untuk mencapai misi dan visi Falsafah Pendidikan Kebangsaan berdasarkan intipati di
atas, tentu sekali mengambil kira kedudukan pelajar daripada pelbagai latar belakang etnik dan
budaya. Oleh sebab itu, kesepaduan bermaksud menerapkan nilai-nilai murni yang wujud
dalam semua kepercayaan (Kepercayaan kepada Tuhan) dan unsur-unsur norma masyarakat
pelbagai etnik (Kepelbagaian budaya). Dalam kata lain, kurikulum pendidikan kebangsaan
mahu menyatukan segala unsur kepelbagaian menjadi satu kesatuan yang dapat membentuk
persefahaman budaya, bertolak ansur dan identiti kebangsaan yang bercirikan Negara
bangsa.inilah visi dan misi yang hendak dikembangkan daripada pendidikan dan kegiatan
pembelajaran (Tajul Ariffin Noordin dan Nor Aini Dan 1992).
Setiap rakyat Malaysia berhadapan dengan realiti hubungan etnik, kerana di Malaysia
terdapat lebih 200 suku kaum, biarpun yang kelihatan nyata adalah tiga komuniti etnik yang
utama iaitu Melayu, Cina dan India. Oleh kerana itu isu-isu yang melibatkan hubungan antara
kepelbagaian budaya perlulah difahami dan di hayati.
Buku Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan turut memberi cabaran kepada
pembaca terutamanya murid Tahun 3 dimana setiap unit menyediakan pelbagai aktiviti fizikal
24
26. PENGURUSAN KURIKULUM BILIK DARJAH KPF 5023
yang dapat memberi cabaran kepada murid-murid. Contohnya, dalam Unit 2 iaitu Kemahiran
murid dikehendaki melakukan Guling Hadapan. Aktiviti ini mencabar di mana murid perlu
melakukan aktiviti dengan bantuan guru.dari segi kognitif, contoh boleh diambil dalam Unit 4
Kesihatan Diri Dan Keluarga. Setiap unit mengajukan soalan bagi murid berfikir dan mencari
penyelesaian soalan-soalan tersebut. Beberapa contoh soalan iaitu seperti berikut:
a) µCuba kamu fikirkan kebaikan berpakaian sopan.
b) Apakah maksud ³Bersatu Teguh Becerai Roboh´?
Soalan-soalan ini agak mencabar kognitif atau menjana murid tahap 1 untu berfikir.
Penggunaan buku teks secara cekap dan terancang oleh murid dapat menghasilkan
mutu pembelajaran yang lebih berkesan. Persoalannya adakan penggunaan buku teks itu
cekap dan terancang dan adakah mutu pembelajaran berkesan.
Berdasarkan buku teks yang dinilai dan dianalisis, maklumat dan isi kandunganya
mengikut perkembangan semasa. Beberapa isu yang disentuh dalam Pendidikan Jasmani dan
Sukan iaitu tidak membawa pakaian sukan semasa sesi pengajaran dan pembelajaran
Pendidikan Jasmani, membazir masa semasa menukar pakaian, tidak bersungguh-sungguh
semasa melakukan aktiviti dan murid kurang berdisplin serta tidak mematuhi arahan guru. Isu-
isu ini masih diperkatakan sehingga ke hari ini dan pelbagai pendekatan, teknik dan kaedah
yang telah digunakan mengatasai masalah ini.
25
27. PENGURUSAN KURIKULUM BILIK DARJAH KPF 5023
6.0 KESIMPULAN DAN CADANGAN PENAMBAHBAIKAN
Secara keseluruhannya buku teks merupakan salah satu sumber untuk kegunaan murid
dan guru dalam melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran. Penulisan buku teks ini
juga mengambil kira matlamat pendidikan, Kurikulum, Sukatan Pelajaran dan Huraian Sukatan
Pelajaran. Guru dan murid perlu merujuk buku teks dalam melaksanakan pengajaran dan
pembelajaran kerana buku teks merupakan sumber. Selain itu, buku teks menjadi bahan
pengajaran dan pembelajaran yang kandungannya disediakan mengikut keperluan dan
penekanan pihak berkuasa pendidikan sesuatu tempat.
Berdasarkan penilaian dan analisis buku teks tersebut, dari sudut kandungan, aktiviti
dan latihan yang diberikan dapat meningkakan kemahiran asas fizikal, kreativiti dan daya kritikal
murid. Selain itu, buku teks ini juga memberi dan menyediakan pelbagai aktiviti yang dapat
meningkatkan keseronokan dan minat murid serta hubungan sesama mereka berdasarkan
aktiviti berkumpulan.
Penulisan buku teks juga perlu mengambil kira tentang konsep kepelbagaian budaya
dimana penulisan buku teks yang baik dan boleh difahami oleh pengguna dari pelbagai budaya
iatu salah satunya ialah latar belakang individu. Oleh itu, isu buku teks yang tidak mencukupi,
ideologi, isi kandungan, kos dan teknologi perlulah diatasi dan diperbaiki dari semasa ke
semasa selaras dengan matlamat pendidikan dan Falsafah Pendidikan kebangsaan. Walau
bagaimanapun guru perlu membantu pelajar dengan penjelasan yang mendalam, jelas dan
mengaitkan setiap kandungan yang sesuai dengan aktiviti kehidupan seharian.
26
28. PENGURUSAN KURIKULUM BILIK DARJAH KPF 5023
7.0 RUJUKAN
Ahmad Ali Seman, Zahara Aziz, Abdul Razaq Ahmad. KeberkesananPendekatanBerasaskan
KepelbagaianBudayaTerhadapIntegrasiNasionalDalam Mata PelajaranSejarah.
Amir Hasan Dawi, 2009. Sekolah Dan Masyarakat. Quantum Books Peti Surat 55, 35900
Tanjong Malim.
http://www.scribd.com/doc/47221724/LAMPIRAN-II-analisis-buku-teks-table
ONLINE 26JAN 2011 http://www.edrev.info/reviews/rev237.htm
http://www.ericdigests.org/1995-1/multicultural.htm
27