SlideShare una empresa de Scribd logo
1 de 26
DEPARTMENT OF NURSING
FACULTY OF MEDICINE UKMMC
IJAZAH SARJANA MUDA KEJURURAWATAN
BACHELOR OF NURSING
TEKNOLOGI & INOVASI DALAM PENDIDIKAN
GGGE 2123
TAJUK: TAHAP KEMAHIRAN ICT DALAM KALANGAN
JURURAWAT- JURURAWAT PELATIH DI PPUKM
NAMA & NO MATRIK:
SIMIDASILAWATI BINTI SAID A 143728
NURUL FAZLINA BINTI BAHARUDIN A 143730
HARNANI BINTI MAT HASSAN A 143740
ROSMIZA BINTI AZMI A 143742
SHARIFAH SALMAHHIZAM BINTI SYED SALLEH A 143756
NORAZILAH BINTI MD SAH A 143760
PENGAJAR:
MEJAR MOHD JASMY BIN ABDUL RAHMAN
2
KANDUNGAN
No Tajuk Bilangan Mukasurat
1 Pendahuluan 3
2 Penyataan masalah 6
3 Tujuan kajian 6
4 Objektif kajian 6
5 Persoalan kajian 6
6 Metadologi kajian 7
7 Dapatan kajian 8
8 Cadangan Kajian 25
9 Kesimpulan 26
10 Rujukan 27
2
Pendahuluan
Pada hari ini,dunia telah mengalami tranformasi dari sektor perindustrian ke arah yang lebih
canggih iaitu masyarakat bermaklumat teknologi yang lebih efisien dalam globalisasi dunia.Ia
dapat dilihat dalam era kepopularan multimedia,telefon bimbit dan komputer peribadi. Ia juga
dikenali sebagai teknologi maklumat(IT)(Baharuddin dan ellington 2000).Teknologi maklumat
atau dikenali dengan nama information communication technology (ICT) sememangnya
memberi impak yang besar terhadap peradaban masyarakat pada hari ini tanpa mengira peringkat
umur dan bangsa.
Komputer dilihat sebagai simbol baru dalam perubahan apabila kita memasuki abad ke
-21 (Blois 1986).Komputer saat ini telah menjadi suatu hal yang sangat berperanan dalam
masyarakat. Perkembangan ini tidak hanya terjadi di Negara maju saja namun juga di Negara
berkembang. Komputer sebenarnya tidak berbeza dengan produk tekhnologi lainnya seperti
kereta api, pesawat terbang, televisyen dan lain sebagainya. Apa yang membezakan komputer
dengan produk lainnya adalah kemampuannya untuk dapat diprogramkan dan melaksanakan
berbagai macam tugas dengan kecepatan dan ketelitian yang tinggi.
“….The Seventh Malaysia Plan 1996-2000 (SMP) recognises that in the Information
Age, ICT is central to competing in the global economy, increasing productivity and
efficiency and enabling the enhancement of quality of life”
(The WER Team, 2001)
Teknologi perkomputeran dan perkakasannya merupakan komponen utama dalam bidang
ICT yang perlu dikuasai oleh masyarakat sekiranya ingin maju dan bersaing di peringkat global.
Ramlan Abd. Wahab (2000) menyatakan literasi komputer dan multimedia merupakan
“pengetahuan permukaan” yang berkesan untuk memperolehi pengetahuan mendalam dan
mengaplikasikannya secara langsung dalam pelaksanaan dan pengendalian sistem-sistem
berasaskan ICT seperti e-dagang, e-pengurusan, e-pendidikan dan bidang yang berkaitan. Untuk
melahirkan masyarakat yang literasi komputer dan maklumat, sudah tentu ia bermula di
peringkat sekolah dan institusi pengajian.
2
“Buta komputer” pada masa kini adalah sama dengan buta huruf pada tahun 60-an walaupun
anda seorang pemegang ijazah dari institusi pengajian tinggi”.
(Baharuddin Aris et. al, 2001)
Memandang literasi komputer adalah antara kemahiran yang begitu penting pada era ICT,
maka buta komputer perlulah dihapuskan di kalangan pelajar dan masyarakat amnya kerana ia
merupakan komponen utama dalam bidang ICT.
Di malaysia,penggunaan dalam bidang perubatan amatlah diperlukan.Menurut Shortliffe
dan Greenes (1986), Informatik Perubatan adalah satu bidang yang berkaitan dengan kognitif,
pemprosesan maklumat dan koD;lunikasi dalam praktis perubatan, pendidikan dan penyelidikan,
temiasuk juga sains maklumat dan teknologi yang menyokong tugas ini (Greenes
1990).Penggunaan komputer da1am jagaan kesihatan telah bermula sejak lebih 40 tahun dahulu.
Penggunaan komt;uter da1am perubatan pada peringkat awal adalah untuk bidang biof1Zik,
biokejuruteraan dan penerbitan bioperubatan elektronik (Collen 1986). dalam lingkungan
hospital, dihubungkan dengan pangkalan data jabatan mereka dalam sistem pangkalan data
teragih. Pada waktu ini dapat menyaksikan ramai (800/0-) pengamal perubatan dan pakar
perubatan di Amerika Syarikat mempunyai komputer di pejabat mereka (Collen 1999). Pada
tahun 1990an pula, pengurus hospital dapat menggunakan komputer mereka untuk memantau
secara online, proses jagaan kesihatan sebaik sahaja ia berlaku. Penggunaan aplikasi yang lebih
canggih juga mula ketara seperti penggunaan sistem penyokong membuat keputusan klinikal,
sistem peringatan klinikal, penggunaan sistem yang boleh mengesan suara dan tulisan tangan dan
sebagainya. Internet juga telah mengambil alih fungsi intranet di sesetengah hospital. Pendidikan
kesihatan untuk pesakit dan komunikasi dengan pesakit juga telah menggunakan teknologi
internet (Collen 1999).
Sejarah penggunaan computer dalam sector perubatan bermula pada tahun 1950an
apabila hospital telah mula menggunakan kad tebuk untuk fungsi perakaunan (Collen 1999).
Dengan penciptaan komputer kerangka generasi ke tiga pada tahun 1964 (Collen 1986), ia telah
digunakan untuk tujuan pentadbiran hospital (Collen 1999). Pada awal tahun 1970an, sebahagian
aplikasi klinikal menggunakan terminal yang disambungkan dengan komputer kerangka pusat
dan ianya terletak di stesen jururawat. Pada pertengahan 1970 pula, penggunaan komputer mini
2
telah diperkenalkan untuk fungsi yang sama (Collen 1999). Kebanyakan sistem yang
dilaksanakan di organisasi kesihatan seperti hospital, ada1ah satu sistem yang besar dan
kompleks, yang melibatkan pelbagai unit dan jabatan dan juga pelbagai lapisan anggota. Ini
menimbulkan cabaran kerana pelaksanaan sistem yang melibatkan pengguna yang ramai boleh
mengundang kegaga1an dan boleh mengakibatkan kerugian beIjuta-juta ringgit (Lorenzi 2000).
Kejayaan ketara dengan pelaksanaan sistem yang bersifat "stand-alone" dan hanya melibatkan
unit yang kecil dan pengguna yang sedikit (Lorenzi 2000). Kejayaan pelaksanaan sebegini
memerlukan penerapan yang berkesan dari segi kemahiran Tahun 1980an menyaksikan
teknologi rangkaian(network) telah mula mendapat tempat.
Majoriti pada hari ini, dapat dilihat bahawa masyarakat sudah terdedah dengan kemajuan
teknologi IT tanpa mengira usia dan kedudukan.Oleh demikian kajian ini dapat memperlihatkan
jururawat pelatih juga berkebolehan menguasai sistem yang digunapakai di PPUKM.
2
Penyataan masalah
Kaji Selidik ini dijalankan untuk mengenalpasti tahap kemahiran ICT di kalangan jururawat
pelatih di Pusat Perubatan UKM (PPUKM). Tinjauan juga dilakukan bertujuan melihat sejauh
mana kekerapan penggunaan ICT oleh jururawat pelatih di PPUKM serta mengetahui
keberkesanan ICT dalam sesi pengajian mereka. Kaji Selidik ini telah dilakukan di Blok
Pendidikan,Pusat Perubatan UKM.
Tujuan kajian
Tujuan kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti tahap kemahiran ICT di kalangan jururawat
pelatih di Pusat Perubatan UKM (PPUKM) melalui tiga kategori iaitu penguasaan , kekerapan
dan keberkesanan dalam menggunakan ICT. Selain itu, ia juga bertujuan bagi kami memenuhi
tuntutan tugasan subjek Inovasi dan Teknologi dalam Pendidikan.
Objektif kajian
Objektif kaji Selidik ini dilakukan adalah untuk:
i. Mengenalpasti tahap penguasaan ICT di kalangan jururawat pelatih di PPUKM
ii. Mengetahui tahap kekerapan penggunaan ICT di kalangan jururawat pelatih di PPUKM
iii. Menilai keberkesanan ICT dalam sesi pengajian di kalangan jururawat pelatih di PPUKM
Persoalan kajian
i. Apakah tahap penguasaan ICT di kalangan jururawat pelatih di PPUKM
ii. Sejauh mana tahap kekerapan penggunaan ICT di kalangan jururawat pelatih di PPUKM
iii. Bagaimana tahap keberkesanan ICT dalam sesi pengajian di kalangan jururawat pelatih
di PPUKM
2
Metadologi Kajian
Kaedah Kaji Selidik
Kaedah kaji selidik ini dijalankan untuk mendapatkan maklumat dengan lebih tepat dan betul
berkaitan dengan kajian yang kami jalankan. Dalam kaedah ini kami telah memilih untuk mereka
borang soalan kaji selidik yang sesuai dengan objektif kajian kami. Borang tersebut mempunyai
beberapa bahagian dan responden dikehendaki menjawab semua soalan. Borang itu kami
edarkan kepada 30 responden yang terdiri dari jururawat pelatih yang terdiri daripada pelbagai
latar belakang. Maklumat yang kami perlukan semuanya telah disoal dalam borang kaji selidik
tersebut, berkaitan dengan latar belakang, pengetahuan, amalan serta pendedahan kepada
Teknologi Maklumat.
Temu Bual
Kami juga menggunakan kaedah temu bual untuk mendapatkan maklumat penting daripada
beberapa orang jururawatpelatih mengenai tahap pengetahuan dalam penggunaan Teknologi
Komunikasi dan Maklumat.
Kaedah Rujukan
Kami memperolehi sumber rujukan daripada artikel dan jurnal dari internet, buku-buku untuk
menghasilkan soalan-soalan kajian dan untuk mencari sumber-sumber maklumat yang boleh
digunapakai dan dijadikan bahan perbincangan dan sokongan.
2
Dapatan kajian
Bahagian A: Maklumat Demografi
Kaji Selidik ini melibatkan 30 responden yang terdiri daripada pelajar-pelajar kejururawatan.
Ia terdiri daripada pelajar-pelajar tahun 3 (sepenuh masa) dan pelajar-pelajar tahun 2 (separuh
masa) yang mengambil subjek Teknologi dan Inovasi dalam Pendidikan pada sesi ini. Carta Pai
di atas menunjukkan majoriti responden yang telibat adalah pelajar-pelajar perempuan iaitu kira-
kira 100%. Ini disebabkan pelajar-pelajar yang mengambil subjek ini adalah majoriti pelajar
perempuan.
2
Meninjau aspek umur responden, penilaian telah dilakukan mengikut 3 kategori umur
dimana jumlah responden tertinggi yang terlibat di dalam kaji Selidik ini adalah pelajar-pelajar
yang berumur 25 tahun ke atas iaitu seramai 23 orang. Faktor umur ini boleh dikaikan dengan
pelajar tahun 2(separuh masa) adalah agak ramai bilangannya berbanding pelajar tahun 3
(sepenuh masa). Responden yang terdiri daripada pelajar tahun 2( separuh masa),kebanyakkan
mereka sudah berada lebih dari 5 tahun di alam pekerjaan.
2
Majoriti responden mempunyai pendidikan tahap diploma iaitu seramai 23 orang dan
sebanyak 7 orang adalah berlatarbelakang pendidikan matrikulasi. Responden yang mempunyai
tahap pendidikan diploma agak tertinggi kerana kebanyakkan responden yang terlibat adalah
pelajar separuh masa.
2
Meninjau aspek umur responden, penilaian telah dilakukan mengikut 3 kategori umur
dimana jumlah responden tertinggi yang terlibat di dalam kaji Selidik ini adalah pelajar-pelajar
yang berumur 25 tahun ke atas iaitu seramai 23 orang. Faktor umur ini boleh dikaikan dengan
pelajar tahun 2(separuh masa) adalah agak ramai bilangannya berbanding pelajar tahun 3
(sepenuh masa). Responden yang terdiri daripada pelajar tahun 2( separuh masa),kebanyakkan
mereka sudah berada lebih dari 5 tahun di alam pekerjaan
2
Bahagian B: PENILAIAN TERHADAP TAHAP PENGUASAAN ICT RESPONDEN
Tidak dapat dinafikan, komputer merupakan peralatan asas dalam sistem pembelajaran
masa kini. Sistem pembelajaran yang seiring dengan sains dan teknologi yang kian menular
telah mempengaruhi jururawat pelatih untuk meemiliki komputer peribadi bagi kemudahan
dalam mengaksess data yang diperlukan sepanjang pembelajaran mereka. Ini jelas ditunjukkan
dalam Carta Pai tersebut dimana setiap responden sangat bersetuju dengan penyataan ini.
Daripada graf di atas, seramai 22 responden menyatakan setuju manakala 8 orang tidak
bersetuju dengan penyataan ini. Kebanyakkan tugasan yang diberi akan diterangkan dahulu oleh
Pensyarah bagaimana untuk melakukannya. Sekiranya terdapat sebarang permasalahan, ia boleh
dirujuk terus kepada Pensyarah. Faktor kurang minat dalam penggunaan ICT mempengaruhi
responden untuk menyatakan tidak bersetuju.
2
Responden yang bersetuju dengan penyataan ini agak tertinggi dalam graf yang ditunjukkan.
Seramai 9 orang responden sangat bersetuju , 16 orang responden menyatakan setuju dan
kelihatan 5 orang responden tidak bersetuju. Kemajuan ICT sentiasa berkembang mengikut
peredaran masa kini.Memang tidak dinafikan kecanggihan dalam penggunaan ICT turut
memberi impak kepada sistem pembelajaran. Tidak semua responden yang terlibat berlatar
belakang “mesra IT” atau “celik IT”. Mereka masih memerlukan sebarang kelas atau bahan
rujukan dalam membantu mereka menyiapkan tugasan yang diberi. Selain itu, ia juga bertujuan
untuk mengasah atau mengukuhkan lagi kemahiran yang sedia ada. Bagi responden yang
berminat kepada dunia ICT, ini tidak memberi masalah kepada mereka. Mungkin ini faktor yang
menyebabkan mereka tidak bersetuju dengan penyataan ini.
Berdasarkan pada graf yang ditunjukkan, jelas kesemua responden sangat bersetuju dengan
penyataan ini. Seramai 24 orang responden sangat bersetuju manakala 6 orang lagi responden
menyatakan bersetuju dengan penyataan yang diberikan
2
Rumusan yang dapat diperolehi melalui graf tersebut adalah seramai 25 orang responden
sangat bersetuju dan 5 orang bersetuju dengan Microsoft office perlu dikendalikan secara
interaktif dalam sesi pembelajaran.
Majoriti responden menyatakan setuju terhadap penyataan ini. Ini kerana sekiranya
terdapat masalah pada perkakasan komputer, ia akan mengambil masa yang lama untuk
diperbaiki di Kedai. Ini akan turut menjejaskan masa kerja terhadap sesuatu tugasan. Namun,
dengan kemahiran yang ada dapat membantu responden membaiki kerosakan kecil pada
perkakasan ini.
2
Bahagian C: PENILAIAN TAHAP KEKERAPAN ICT RESPONDEN
Pihak Universiti Kebangsaan Malaysia telah menghasilkan iFolio (Integrated Portfolio
Management System). Sistem ini mempunyai fungsi lebih banyak serta menggunakan elektronik
portfolio iaitu portfolio atas talian (online), portfolio yang digunakan oleh pelajar dan pensyarah
untuk pembelajaran dan pengajaran serta komunikasi. Sejajar itu, melalui graf di atas ternyata
100% responden turut meyatakan sangat kerap dalam penggunaan aplikasi ini.
Graf di atas memperlihatkan 16 responden sangat kerap dan 14 responden kerap
menggunakan peralatan ICT. Ini disebabkan penghasilan setiap tugasan melalui peralatan ICT
mempengaruhi kekerapan dalam penggunaan peralatan ICT ini.
2
Banyak kini diperkatakan mengenai Internet dan maklumat yang boleh diperolehi
melaluinya. Teknologi terkini ini berpotensi untuk menjadi penyebar maklumat yang boleh
menyumbang kepada maklumat yang berguna untuk sesuatu pengumpulan maklumat atau
penyelidikan yang sedang dijalankan. Adalah amat penting untuk mengetahui strategi pencarian
yang patut digunakan apabila ingin mendapatkan maklumat yang menepati keperluan. Dengan
ini ianya akan dapat menjimatkan masa pencarian. Daripada graf di atas dapat disimpulkan
bahawa ia sangat kerap dilakukan oleh 17 responden manakala seramai 13 orang responden
hanya menyatakan kekerapan sahaja. Ini jelas menunjukkan jururawat pelatih memerlukan bahan
tambahan sebagai pelengkap kepada pemahaman mereka sepanjang pembelajaran mereka.
Sistem komunikasi yang diperlukan oleh seseorang pelajar terhadap para pengajarnya
adalah melalui sistem penghantaran dan penerimaan e-mail. Graf ini menyatakan 100%
menyatakan sangat kerap menggunakannya.
2
Majoriti responden menyatakan tidak pernah mengguna video conferencing sepanjang
sesi pembelajaran mereka. Srtakat ini sesi pembelajaran di dewan kuliah di antara para pelajar
dan pensyarah masih dilakukan dan berjalan lancar.
Maklumat yang diperolehi melalui internet adalah cepat dan murah. Tidak dinafikan,
semuanya berada di hujung jari apabila sesuatu info diperlukan. Penyataan ini telah dinyatakan
sangat bersetuju oleh 17 responden dan 13 orang responden menyatakan bersetuju dengannya
melalui graf yang dipaparkan.
2
Seramai 8 orang responden sangat bersetuju dimana kekerapan mereka dalam mengikuti
kursus (menyemak bahan/kuliah online) dan keseimbangan di antara responden yang kerap dan
sederhana nenunjukkan 10 orang responden menyatakan setiap kategori tersebut.
Memuat turun fail merupakan satu dari kemahiran dalam penggunaan ICT. Kekerapan
memuat turun fail telah dinyatakan dengan keputusan graf ditonjolkan di atas dimana seramai 3
orang responden sangat kerap, 20 orang responden kerap melakukannya manakala 7 orang
responden agak sederhana. Rasa minat dan mengikut keperluan menyumbang ke arah kekerapan
memuat turun fail ini.
2
Graf di atas menunjukkan seramai 10 responden menyatakan kekerapan mereka
manakala 6 orang responden bersederhana sahaja dalam aspek membeli-belah secara online. 6
orang responden jarang melakukan sistem perniagaan online namun akan membelinya
sekiranaya barangan tersebut menuntut mereka untuk mendapatkannya secara online.
Ketidakpercayaan dan kurang berminat dengan kaedah membeli-belah secara online dipaparkan
menerusi seramai 10 orang responden tidak pernah membeli-belah secara online.
Perbentangan tugas sememangnya sering dilakukan oleh responden sepanjang sesi
pembelajaran mereka. Permarkahan turut diberi semasa perbentangan dilakukan. Ini jelas
ditunjukkan di dalam graf dimana seramai 24 responden sangat bersetuju dan 6 orang bersetuju
dengan penyataan ini.
2
Hasil tinjauan ini menyatakan seramai 18 orang responden sangat kerap, 13 responden
agak kerap dan 9 orang responden bersederhana dalam menggunakan pelbagai perisian semasa
menyiapkan tugasan.
Bahagian D: PENILAIAN TAHAP KEBERKESANAN ICT SEPANJANG PENGAJIAN
2
Graf di atas menunjukkan seramai 23 orang responden menyatakan bersetuju dengan
penyataan ini manakala 7 orang responden menyatakan tidak setuju. Majoriti di antara mereka
menyatakan sedemikian kerana terdapat tolenrasi daripada tenaga pengajar dalam membantu
mereka menyiapkan tugasan yang diberi.
Majoriti responden menyatakan tidak bersetuju dengan penyataan ini dengan 18 orang
responden tidak bersetuju dan 12 orang responden sangat bersetuju. Ini disebabkan kurang
pemantauan daripada pihak sepatutnya terhadap perkakasan atau peralatan yang kurang selari
dengan keperluan pembelajaran masa kini.
2
Graf di atas menunjukkan seramai 11 orang responden sangat bersetuju untuk
mendapatkan latihan tambahan dalam memantapkan kemahiran ICT mereka. Manakala 19 orang
responden menyatakan persetujuan mereka dalam kenyataan tersebut.
Rumusan yang dapat diperolehi melalui garf ini dimana seramai 12 orang responden
bersetuju deman setiap tugasan perlu dilakukan di dalam sistem ICT sahaja tanpa penghantaran
‘hard copy’. Namun 18 orang responden menyatakan kurang bersetuju dengan kaedah
pembelajaran tersebut. Kurang mahir dengan sistem yang diamalkan serta keuang berkeyakinan
dengan aplikasi yang diperkenalkan turut menjadi faktor untuk responden kurang bersetuju.
2
Cadangan kajian
Berdasarkan kajian , pemerhatian dan dapatan dari kajian,boleh dikenalpasti masalah
yang dihadapi oleh para pelatih jururawat,cara yang paling baik dan boleh diterima oleh pelatih
tersebut seperti penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi adalah memperkenalkan sistem
pengurusan berkomputer ICT yang digunapakai dalam PPUKM.
Ia perlu diadakan secara berkala supaya para pelatih dapat mengesuaikan dengan
kemudahan sewaktu proses pembelajaran.Disamping itu, ia hendaklah bersesuaian dengan
kemudahan dan tahap pengetahuan para pelatih jururawat.Jikalau tahap pembelajaran melebihi
tahap pengetahuan para pelatih boleh menyebabkan ketidakfahaman terhadap sistem pengurusan
berkomputeran.Sesi ini boleh dijalankan sewaktu para pelatih jururawat terlibatdalam sesi
praktikal.
Selepas kursus diberi,sesi pemantauan perlu dilakukan secara berkala,pemahaman lebih
baik da sesi praktikal berjalan lancar.Sehubungan dengan itu, PPUKM juga telah melancarkan
wifi dimanapara pelatih boleh mencapai aplikasi walau dimana berada di dalam kawasan
2
hospital.Ia amat memudahkan dan menjimatkan masa untuk mencapai ke pangkalan data dengan
cepat dan tepat.
Akhirnya,sepatutnya pihak hospital menyediakan komputer yang secukupnya dlam wad
untuk para pelatih belajar dan mencapai maklumat dengan mudah dan tepat.Mereka juga
berpeluang mempraktikkan sistem yang digunapakai dalam wad bertujuan proses
pembelajaran.Justeru itu, penguasaan ICT diperkenalkan dalam sukatan pelajaran untuk pelatih
jururawat amatlah dititik beratkan agar para pelatih yang efisien dan berkaliber.
Kesimpulan
Daripada penganalisaan data, kami mendapat bahawa kemahiran ICT di kalangan
jururawat pelatih adalah tahap sederhana dan memberangsangkan. Majoriti daripada mereka,
tahu akan kepentingan dan kegunaan sebenar ICT. Jururawat pelatih ini juga bersetuju akan
kepentingan ICT untuk sesi pembelajaran mereka dan persediaan mereka bagi menghadapi alam
pekerjaan nanti. Selain itu, mereka telah mula didedahkan kepada ICT sebelum mereka
mengikuti sesi pembelajaran lagi. Apa yang boleh dilihat,kebayakkan mereka telah mempunyai
asas kemahiran dalam mengaplikasi ICT dalam Kehidupan mereka.
Seterusnya, melalui analisis yang dibuat,dapat kami rumuskan kekerapan jururawat
pelatih ini dalam menggunakan kepelbagaian perisian ICT dapat membantu mereka dalam
memantapkan kemahiran mereka. Menurut Desey (1997), internet menjanjikan sumber
maklumat yang amat luas dalam sistem komunikasi yang murah,cepat dan cekap. Hasilnya
internet akan menjadi sebahagian dari multimedia yang akan membenarkan semua manusia di
dunia mendapatkan idea dan maklumat.
Memandangkan dunia ICT mengalami revolusinya, sewajarnya juga jururawat-jururawat
pelatih ini diberi pendedahan, ilmu pengetahuan dan kemahiran yang secukupnya bagi
2
melengkapkan diri mereka dalam penerimaan sesi pembelajaran di dewan kuliah.Era ini
memperlihatkan komputer adalah satu alat atau nadi penting dalam melayari pelbagai aspek
kehidupan terutama ianya berkaitan dengan sistem pendidikan. Ia kini agak berbeza
kegunaannya di mana suatu ketika dahulu, ia banyak digunakan dalam bahagian pentadbiran
sahaja tetapi peranannya semakin meluas iaitu menjadi alat bantu dalam pengajaran dan
pembelajaran di Universiti. Oleh sebab itu, seharusnya jururawat pelatih ini juga menguasai ICT
dengan cekap dimana kemahiran ini dapat digunapakai ketika mereka melangkah ke alam
pekerjaan nanti. Walaupun dunia kejururawatan memerlukan interaksi yang banyak antara
pesakit dan juga kakitangan yang lain namun kemahiran ICT yang dimiliki ini akan mampu
membantu mereka dalam membuat sebarang dokumentasi yang sistematik serta meningkatkan
mutu kerja mereka ke arah masa kini dan cemerlang.
Rujukan
i. Francisco J Proenza & Bruce Girard. 2015. Public Access ICT Across Culture:
Diversifying Participation In The Network Society. Canada: MIT Press.
ii. Carlos Nunes Silva. 2010. Handbook Of Research On E-Planning: ICTs for Urban
Development and Monitoring. United States of America: Medical Information
Science Reference.
iii. Ewa Lechman. 2015. ICT Diffusion In Developing Countries: Towards A New
Concept Of Technological Takeoff. Germany: Springer.
iv. Nilmini Wickramasinghe, Rajee Bali & Reima Suomi. 2012. Critical Issues For
Development Of Sustainable E-Health Solutions. New York: Springer.
v. Maria Manuela Cruz-Cunha, Isabel Maria Miranda & Particia Gonalves. 2013.
Handbook Of Research On Icts and Management Systems For improving Efficiency
in Healthcare and Social Care. United State Of America: Medical Information
Science Reference.
2
vi. Maria Manuela Cruz-Cunha & Isabel Maria Miranda. 2013. Handbook of Research
on Icts for Human-Centered Healthcare and Social Care Services. United State Of
America: Medical Information Science Reference.
vii. Mark Bullen & Diane P. Janes. 2007. Making The transition to E-Learning: staregies
and Issues. United State Of America: Medical Information Science Reference.

Más contenido relacionado

La actualidad más candente

Overall combined
Overall combinedOverall combined
Overall combinedFarid Zaine
 
Overall combined final edited
Overall combined final editedOverall combined final edited
Overall combined final editedFarid Zaine
 
08 jusi-vol-1-no-2- pengembangan-sistem-informasi-monitoring-ta-berbasis-sms-...
08 jusi-vol-1-no-2- pengembangan-sistem-informasi-monitoring-ta-berbasis-sms-...08 jusi-vol-1-no-2- pengembangan-sistem-informasi-monitoring-ta-berbasis-sms-...
08 jusi-vol-1-no-2- pengembangan-sistem-informasi-monitoring-ta-berbasis-sms-...Hermawan Agustian
 
Jurnal audit tata kelola teknologi informasi pada sekolah tinggi ilmu tarbiya...
Jurnal audit tata kelola teknologi informasi pada sekolah tinggi ilmu tarbiya...Jurnal audit tata kelola teknologi informasi pada sekolah tinggi ilmu tarbiya...
Jurnal audit tata kelola teknologi informasi pada sekolah tinggi ilmu tarbiya...Wanda Levine
 
GGGE 2123 NURSING: ARTIKEL
GGGE 2123 NURSING: ARTIKEL GGGE 2123 NURSING: ARTIKEL
GGGE 2123 NURSING: ARTIKEL NoraAsyila
 
KPT6044 (Jurnal analisis e-pembelajaran) Nordina Nazori
KPT6044 (Jurnal analisis e-pembelajaran) Nordina NazoriKPT6044 (Jurnal analisis e-pembelajaran) Nordina Nazori
KPT6044 (Jurnal analisis e-pembelajaran) Nordina NazoriHusniyah Rashid
 
Universitas indonesia
Universitas indonesiaUniversitas indonesia
Universitas indonesiaohmin
 

La actualidad más candente (9)

Overall combined
Overall combinedOverall combined
Overall combined
 
Overall combined final edited
Overall combined final editedOverall combined final edited
Overall combined final edited
 
Kajiselidik
KajiselidikKajiselidik
Kajiselidik
 
08 jusi-vol-1-no-2- pengembangan-sistem-informasi-monitoring-ta-berbasis-sms-...
08 jusi-vol-1-no-2- pengembangan-sistem-informasi-monitoring-ta-berbasis-sms-...08 jusi-vol-1-no-2- pengembangan-sistem-informasi-monitoring-ta-berbasis-sms-...
08 jusi-vol-1-no-2- pengembangan-sistem-informasi-monitoring-ta-berbasis-sms-...
 
Jurnal audit tata kelola teknologi informasi pada sekolah tinggi ilmu tarbiya...
Jurnal audit tata kelola teknologi informasi pada sekolah tinggi ilmu tarbiya...Jurnal audit tata kelola teknologi informasi pada sekolah tinggi ilmu tarbiya...
Jurnal audit tata kelola teknologi informasi pada sekolah tinggi ilmu tarbiya...
 
GGGE 2123 NURSING: ARTIKEL
GGGE 2123 NURSING: ARTIKEL GGGE 2123 NURSING: ARTIKEL
GGGE 2123 NURSING: ARTIKEL
 
KPT6044 (Jurnal analisis e-pembelajaran) Nordina Nazori
KPT6044 (Jurnal analisis e-pembelajaran) Nordina NazoriKPT6044 (Jurnal analisis e-pembelajaran) Nordina Nazori
KPT6044 (Jurnal analisis e-pembelajaran) Nordina Nazori
 
Presentation untuk esei
Presentation untuk eseiPresentation untuk esei
Presentation untuk esei
 
Universitas indonesia
Universitas indonesiaUniversitas indonesia
Universitas indonesia
 

Similar a Ggge2123 teknologi

Kajiselidik esei
Kajiselidik eseiKajiselidik esei
Kajiselidik eseiaznezaaziz
 
Inovasi dan Teknologi Laporan
Inovasi dan Teknologi Laporan Inovasi dan Teknologi Laporan
Inovasi dan Teknologi Laporan Berry Adam
 
Dokumentasi Keperawatan Berbasis Komputer.
Dokumentasi Keperawatan Berbasis Komputer.Dokumentasi Keperawatan Berbasis Komputer.
Dokumentasi Keperawatan Berbasis Komputer.pjj_kemenkes
 
Dokumentasi Keperawatan Berbasis Komputer.
Dokumentasi Keperawatan Berbasis Komputer.Dokumentasi Keperawatan Berbasis Komputer.
Dokumentasi Keperawatan Berbasis Komputer.pjj_kemenkes
 
2 Information and Nursing Practice.pptx
2 Information and Nursing Practice.pptx2 Information and Nursing Practice.pptx
2 Information and Nursing Practice.pptxYunusElon2
 
Sim 1, yulia ayu priscilla, hapzi ali, peranan sistem informasi pada pergurua...
Sim 1, yulia ayu priscilla, hapzi ali, peranan sistem informasi pada pergurua...Sim 1, yulia ayu priscilla, hapzi ali, peranan sistem informasi pada pergurua...
Sim 1, yulia ayu priscilla, hapzi ali, peranan sistem informasi pada pergurua...yuliayupr
 
Electronic Nursing Center: Pelatihan Optimalisasi Asuhan Keperawatan melalui ...
Electronic Nursing Center: Pelatihan Optimalisasi Asuhan Keperawatan melalui ...Electronic Nursing Center: Pelatihan Optimalisasi Asuhan Keperawatan melalui ...
Electronic Nursing Center: Pelatihan Optimalisasi Asuhan Keperawatan melalui ...Putri Jayanti Jayanti
 
Pembentangan esei
Pembentangan esei Pembentangan esei
Pembentangan esei aznezaaziz
 
Laporan Penerapan Komunikasi Dalam Jaringan (SMK/SMA K13)
Laporan Penerapan Komunikasi Dalam Jaringan (SMK/SMA K13)Laporan Penerapan Komunikasi Dalam Jaringan (SMK/SMA K13)
Laporan Penerapan Komunikasi Dalam Jaringan (SMK/SMA K13)Eva Ria Safitri
 
Perubahan sosial ict dalam pendidikan
Perubahan sosial ict dalam pendidikanPerubahan sosial ict dalam pendidikan
Perubahan sosial ict dalam pendidikanEffa Zulaikha Zahir
 
Modul 4 dokumen keperawatan
Modul 4 dokumen keperawatanModul 4 dokumen keperawatan
Modul 4 dokumen keperawatanpjj_kemenkes
 

Similar a Ggge2123 teknologi (20)

Kajiselidik
KajiselidikKajiselidik
Kajiselidik
 
Kajiselidik esei
Kajiselidik eseiKajiselidik esei
Kajiselidik esei
 
Inovasi dan Teknologi Laporan
Inovasi dan Teknologi Laporan Inovasi dan Teknologi Laporan
Inovasi dan Teknologi Laporan
 
Penggunaan ICT
Penggunaan ICTPenggunaan ICT
Penggunaan ICT
 
Dokumentasi Keperawatan Berbasis Komputer.
Dokumentasi Keperawatan Berbasis Komputer.Dokumentasi Keperawatan Berbasis Komputer.
Dokumentasi Keperawatan Berbasis Komputer.
 
Dokumentasi Keperawatan Berbasis Komputer.
Dokumentasi Keperawatan Berbasis Komputer.Dokumentasi Keperawatan Berbasis Komputer.
Dokumentasi Keperawatan Berbasis Komputer.
 
2 Information and Nursing Practice.pptx
2 Information and Nursing Practice.pptx2 Information and Nursing Practice.pptx
2 Information and Nursing Practice.pptx
 
Presentation untuk esei
Presentation untuk eseiPresentation untuk esei
Presentation untuk esei
 
Sim 1, yulia ayu priscilla, hapzi ali, peranan sistem informasi pada pergurua...
Sim 1, yulia ayu priscilla, hapzi ali, peranan sistem informasi pada pergurua...Sim 1, yulia ayu priscilla, hapzi ali, peranan sistem informasi pada pergurua...
Sim 1, yulia ayu priscilla, hapzi ali, peranan sistem informasi pada pergurua...
 
Electronic Nursing Center: Pelatihan Optimalisasi Asuhan Keperawatan melalui ...
Electronic Nursing Center: Pelatihan Optimalisasi Asuhan Keperawatan melalui ...Electronic Nursing Center: Pelatihan Optimalisasi Asuhan Keperawatan melalui ...
Electronic Nursing Center: Pelatihan Optimalisasi Asuhan Keperawatan melalui ...
 
Buku manajemen-2011
Buku manajemen-2011Buku manajemen-2011
Buku manajemen-2011
 
Assignment 3
Assignment 3Assignment 3
Assignment 3
 
Assignment 3
Assignment 3Assignment 3
Assignment 3
 
Assignment 3
Assignment 3Assignment 3
Assignment 3
 
Kajian tinjauanICT JPA
Kajian tinjauanICT JPAKajian tinjauanICT JPA
Kajian tinjauanICT JPA
 
Pembentangan esei
Pembentangan esei Pembentangan esei
Pembentangan esei
 
Laporan Penerapan Komunikasi Dalam Jaringan (SMK/SMA K13)
Laporan Penerapan Komunikasi Dalam Jaringan (SMK/SMA K13)Laporan Penerapan Komunikasi Dalam Jaringan (SMK/SMA K13)
Laporan Penerapan Komunikasi Dalam Jaringan (SMK/SMA K13)
 
Perubahan sosial ict dalam pendidikan
Perubahan sosial ict dalam pendidikanPerubahan sosial ict dalam pendidikan
Perubahan sosial ict dalam pendidikan
 
Modul 4 dokumen keperawatan
Modul 4 dokumen keperawatanModul 4 dokumen keperawatan
Modul 4 dokumen keperawatan
 
Batasan Teknologi Informasi.ppt
Batasan Teknologi Informasi.pptBatasan Teknologi Informasi.ppt
Batasan Teknologi Informasi.ppt
 

Ggge2123 teknologi

  • 1. DEPARTMENT OF NURSING FACULTY OF MEDICINE UKMMC IJAZAH SARJANA MUDA KEJURURAWATAN BACHELOR OF NURSING TEKNOLOGI & INOVASI DALAM PENDIDIKAN GGGE 2123 TAJUK: TAHAP KEMAHIRAN ICT DALAM KALANGAN JURURAWAT- JURURAWAT PELATIH DI PPUKM NAMA & NO MATRIK: SIMIDASILAWATI BINTI SAID A 143728 NURUL FAZLINA BINTI BAHARUDIN A 143730 HARNANI BINTI MAT HASSAN A 143740 ROSMIZA BINTI AZMI A 143742 SHARIFAH SALMAHHIZAM BINTI SYED SALLEH A 143756 NORAZILAH BINTI MD SAH A 143760 PENGAJAR: MEJAR MOHD JASMY BIN ABDUL RAHMAN
  • 2. 2 KANDUNGAN No Tajuk Bilangan Mukasurat 1 Pendahuluan 3 2 Penyataan masalah 6 3 Tujuan kajian 6 4 Objektif kajian 6 5 Persoalan kajian 6 6 Metadologi kajian 7 7 Dapatan kajian 8 8 Cadangan Kajian 25 9 Kesimpulan 26 10 Rujukan 27
  • 3. 2 Pendahuluan Pada hari ini,dunia telah mengalami tranformasi dari sektor perindustrian ke arah yang lebih canggih iaitu masyarakat bermaklumat teknologi yang lebih efisien dalam globalisasi dunia.Ia dapat dilihat dalam era kepopularan multimedia,telefon bimbit dan komputer peribadi. Ia juga dikenali sebagai teknologi maklumat(IT)(Baharuddin dan ellington 2000).Teknologi maklumat atau dikenali dengan nama information communication technology (ICT) sememangnya memberi impak yang besar terhadap peradaban masyarakat pada hari ini tanpa mengira peringkat umur dan bangsa. Komputer dilihat sebagai simbol baru dalam perubahan apabila kita memasuki abad ke -21 (Blois 1986).Komputer saat ini telah menjadi suatu hal yang sangat berperanan dalam masyarakat. Perkembangan ini tidak hanya terjadi di Negara maju saja namun juga di Negara berkembang. Komputer sebenarnya tidak berbeza dengan produk tekhnologi lainnya seperti kereta api, pesawat terbang, televisyen dan lain sebagainya. Apa yang membezakan komputer dengan produk lainnya adalah kemampuannya untuk dapat diprogramkan dan melaksanakan berbagai macam tugas dengan kecepatan dan ketelitian yang tinggi. “….The Seventh Malaysia Plan 1996-2000 (SMP) recognises that in the Information Age, ICT is central to competing in the global economy, increasing productivity and efficiency and enabling the enhancement of quality of life” (The WER Team, 2001) Teknologi perkomputeran dan perkakasannya merupakan komponen utama dalam bidang ICT yang perlu dikuasai oleh masyarakat sekiranya ingin maju dan bersaing di peringkat global. Ramlan Abd. Wahab (2000) menyatakan literasi komputer dan multimedia merupakan “pengetahuan permukaan” yang berkesan untuk memperolehi pengetahuan mendalam dan mengaplikasikannya secara langsung dalam pelaksanaan dan pengendalian sistem-sistem berasaskan ICT seperti e-dagang, e-pengurusan, e-pendidikan dan bidang yang berkaitan. Untuk melahirkan masyarakat yang literasi komputer dan maklumat, sudah tentu ia bermula di peringkat sekolah dan institusi pengajian.
  • 4. 2 “Buta komputer” pada masa kini adalah sama dengan buta huruf pada tahun 60-an walaupun anda seorang pemegang ijazah dari institusi pengajian tinggi”. (Baharuddin Aris et. al, 2001) Memandang literasi komputer adalah antara kemahiran yang begitu penting pada era ICT, maka buta komputer perlulah dihapuskan di kalangan pelajar dan masyarakat amnya kerana ia merupakan komponen utama dalam bidang ICT. Di malaysia,penggunaan dalam bidang perubatan amatlah diperlukan.Menurut Shortliffe dan Greenes (1986), Informatik Perubatan adalah satu bidang yang berkaitan dengan kognitif, pemprosesan maklumat dan koD;lunikasi dalam praktis perubatan, pendidikan dan penyelidikan, temiasuk juga sains maklumat dan teknologi yang menyokong tugas ini (Greenes 1990).Penggunaan komputer da1am jagaan kesihatan telah bermula sejak lebih 40 tahun dahulu. Penggunaan komt;uter da1am perubatan pada peringkat awal adalah untuk bidang biof1Zik, biokejuruteraan dan penerbitan bioperubatan elektronik (Collen 1986). dalam lingkungan hospital, dihubungkan dengan pangkalan data jabatan mereka dalam sistem pangkalan data teragih. Pada waktu ini dapat menyaksikan ramai (800/0-) pengamal perubatan dan pakar perubatan di Amerika Syarikat mempunyai komputer di pejabat mereka (Collen 1999). Pada tahun 1990an pula, pengurus hospital dapat menggunakan komputer mereka untuk memantau secara online, proses jagaan kesihatan sebaik sahaja ia berlaku. Penggunaan aplikasi yang lebih canggih juga mula ketara seperti penggunaan sistem penyokong membuat keputusan klinikal, sistem peringatan klinikal, penggunaan sistem yang boleh mengesan suara dan tulisan tangan dan sebagainya. Internet juga telah mengambil alih fungsi intranet di sesetengah hospital. Pendidikan kesihatan untuk pesakit dan komunikasi dengan pesakit juga telah menggunakan teknologi internet (Collen 1999). Sejarah penggunaan computer dalam sector perubatan bermula pada tahun 1950an apabila hospital telah mula menggunakan kad tebuk untuk fungsi perakaunan (Collen 1999). Dengan penciptaan komputer kerangka generasi ke tiga pada tahun 1964 (Collen 1986), ia telah digunakan untuk tujuan pentadbiran hospital (Collen 1999). Pada awal tahun 1970an, sebahagian aplikasi klinikal menggunakan terminal yang disambungkan dengan komputer kerangka pusat dan ianya terletak di stesen jururawat. Pada pertengahan 1970 pula, penggunaan komputer mini
  • 5. 2 telah diperkenalkan untuk fungsi yang sama (Collen 1999). Kebanyakan sistem yang dilaksanakan di organisasi kesihatan seperti hospital, ada1ah satu sistem yang besar dan kompleks, yang melibatkan pelbagai unit dan jabatan dan juga pelbagai lapisan anggota. Ini menimbulkan cabaran kerana pelaksanaan sistem yang melibatkan pengguna yang ramai boleh mengundang kegaga1an dan boleh mengakibatkan kerugian beIjuta-juta ringgit (Lorenzi 2000). Kejayaan ketara dengan pelaksanaan sistem yang bersifat "stand-alone" dan hanya melibatkan unit yang kecil dan pengguna yang sedikit (Lorenzi 2000). Kejayaan pelaksanaan sebegini memerlukan penerapan yang berkesan dari segi kemahiran Tahun 1980an menyaksikan teknologi rangkaian(network) telah mula mendapat tempat. Majoriti pada hari ini, dapat dilihat bahawa masyarakat sudah terdedah dengan kemajuan teknologi IT tanpa mengira usia dan kedudukan.Oleh demikian kajian ini dapat memperlihatkan jururawat pelatih juga berkebolehan menguasai sistem yang digunapakai di PPUKM.
  • 6. 2 Penyataan masalah Kaji Selidik ini dijalankan untuk mengenalpasti tahap kemahiran ICT di kalangan jururawat pelatih di Pusat Perubatan UKM (PPUKM). Tinjauan juga dilakukan bertujuan melihat sejauh mana kekerapan penggunaan ICT oleh jururawat pelatih di PPUKM serta mengetahui keberkesanan ICT dalam sesi pengajian mereka. Kaji Selidik ini telah dilakukan di Blok Pendidikan,Pusat Perubatan UKM. Tujuan kajian Tujuan kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti tahap kemahiran ICT di kalangan jururawat pelatih di Pusat Perubatan UKM (PPUKM) melalui tiga kategori iaitu penguasaan , kekerapan dan keberkesanan dalam menggunakan ICT. Selain itu, ia juga bertujuan bagi kami memenuhi tuntutan tugasan subjek Inovasi dan Teknologi dalam Pendidikan. Objektif kajian Objektif kaji Selidik ini dilakukan adalah untuk: i. Mengenalpasti tahap penguasaan ICT di kalangan jururawat pelatih di PPUKM ii. Mengetahui tahap kekerapan penggunaan ICT di kalangan jururawat pelatih di PPUKM iii. Menilai keberkesanan ICT dalam sesi pengajian di kalangan jururawat pelatih di PPUKM Persoalan kajian i. Apakah tahap penguasaan ICT di kalangan jururawat pelatih di PPUKM ii. Sejauh mana tahap kekerapan penggunaan ICT di kalangan jururawat pelatih di PPUKM iii. Bagaimana tahap keberkesanan ICT dalam sesi pengajian di kalangan jururawat pelatih di PPUKM
  • 7. 2 Metadologi Kajian Kaedah Kaji Selidik Kaedah kaji selidik ini dijalankan untuk mendapatkan maklumat dengan lebih tepat dan betul berkaitan dengan kajian yang kami jalankan. Dalam kaedah ini kami telah memilih untuk mereka borang soalan kaji selidik yang sesuai dengan objektif kajian kami. Borang tersebut mempunyai beberapa bahagian dan responden dikehendaki menjawab semua soalan. Borang itu kami edarkan kepada 30 responden yang terdiri dari jururawat pelatih yang terdiri daripada pelbagai latar belakang. Maklumat yang kami perlukan semuanya telah disoal dalam borang kaji selidik tersebut, berkaitan dengan latar belakang, pengetahuan, amalan serta pendedahan kepada Teknologi Maklumat. Temu Bual Kami juga menggunakan kaedah temu bual untuk mendapatkan maklumat penting daripada beberapa orang jururawatpelatih mengenai tahap pengetahuan dalam penggunaan Teknologi Komunikasi dan Maklumat. Kaedah Rujukan Kami memperolehi sumber rujukan daripada artikel dan jurnal dari internet, buku-buku untuk menghasilkan soalan-soalan kajian dan untuk mencari sumber-sumber maklumat yang boleh digunapakai dan dijadikan bahan perbincangan dan sokongan.
  • 8. 2 Dapatan kajian Bahagian A: Maklumat Demografi Kaji Selidik ini melibatkan 30 responden yang terdiri daripada pelajar-pelajar kejururawatan. Ia terdiri daripada pelajar-pelajar tahun 3 (sepenuh masa) dan pelajar-pelajar tahun 2 (separuh masa) yang mengambil subjek Teknologi dan Inovasi dalam Pendidikan pada sesi ini. Carta Pai di atas menunjukkan majoriti responden yang telibat adalah pelajar-pelajar perempuan iaitu kira- kira 100%. Ini disebabkan pelajar-pelajar yang mengambil subjek ini adalah majoriti pelajar perempuan.
  • 9. 2 Meninjau aspek umur responden, penilaian telah dilakukan mengikut 3 kategori umur dimana jumlah responden tertinggi yang terlibat di dalam kaji Selidik ini adalah pelajar-pelajar yang berumur 25 tahun ke atas iaitu seramai 23 orang. Faktor umur ini boleh dikaikan dengan pelajar tahun 2(separuh masa) adalah agak ramai bilangannya berbanding pelajar tahun 3 (sepenuh masa). Responden yang terdiri daripada pelajar tahun 2( separuh masa),kebanyakkan mereka sudah berada lebih dari 5 tahun di alam pekerjaan.
  • 10. 2 Majoriti responden mempunyai pendidikan tahap diploma iaitu seramai 23 orang dan sebanyak 7 orang adalah berlatarbelakang pendidikan matrikulasi. Responden yang mempunyai tahap pendidikan diploma agak tertinggi kerana kebanyakkan responden yang terlibat adalah pelajar separuh masa.
  • 11. 2 Meninjau aspek umur responden, penilaian telah dilakukan mengikut 3 kategori umur dimana jumlah responden tertinggi yang terlibat di dalam kaji Selidik ini adalah pelajar-pelajar yang berumur 25 tahun ke atas iaitu seramai 23 orang. Faktor umur ini boleh dikaikan dengan pelajar tahun 2(separuh masa) adalah agak ramai bilangannya berbanding pelajar tahun 3 (sepenuh masa). Responden yang terdiri daripada pelajar tahun 2( separuh masa),kebanyakkan mereka sudah berada lebih dari 5 tahun di alam pekerjaan
  • 12. 2 Bahagian B: PENILAIAN TERHADAP TAHAP PENGUASAAN ICT RESPONDEN Tidak dapat dinafikan, komputer merupakan peralatan asas dalam sistem pembelajaran masa kini. Sistem pembelajaran yang seiring dengan sains dan teknologi yang kian menular telah mempengaruhi jururawat pelatih untuk meemiliki komputer peribadi bagi kemudahan dalam mengaksess data yang diperlukan sepanjang pembelajaran mereka. Ini jelas ditunjukkan dalam Carta Pai tersebut dimana setiap responden sangat bersetuju dengan penyataan ini. Daripada graf di atas, seramai 22 responden menyatakan setuju manakala 8 orang tidak bersetuju dengan penyataan ini. Kebanyakkan tugasan yang diberi akan diterangkan dahulu oleh Pensyarah bagaimana untuk melakukannya. Sekiranya terdapat sebarang permasalahan, ia boleh dirujuk terus kepada Pensyarah. Faktor kurang minat dalam penggunaan ICT mempengaruhi responden untuk menyatakan tidak bersetuju.
  • 13. 2 Responden yang bersetuju dengan penyataan ini agak tertinggi dalam graf yang ditunjukkan. Seramai 9 orang responden sangat bersetuju , 16 orang responden menyatakan setuju dan kelihatan 5 orang responden tidak bersetuju. Kemajuan ICT sentiasa berkembang mengikut peredaran masa kini.Memang tidak dinafikan kecanggihan dalam penggunaan ICT turut memberi impak kepada sistem pembelajaran. Tidak semua responden yang terlibat berlatar belakang “mesra IT” atau “celik IT”. Mereka masih memerlukan sebarang kelas atau bahan rujukan dalam membantu mereka menyiapkan tugasan yang diberi. Selain itu, ia juga bertujuan untuk mengasah atau mengukuhkan lagi kemahiran yang sedia ada. Bagi responden yang berminat kepada dunia ICT, ini tidak memberi masalah kepada mereka. Mungkin ini faktor yang menyebabkan mereka tidak bersetuju dengan penyataan ini. Berdasarkan pada graf yang ditunjukkan, jelas kesemua responden sangat bersetuju dengan penyataan ini. Seramai 24 orang responden sangat bersetuju manakala 6 orang lagi responden menyatakan bersetuju dengan penyataan yang diberikan
  • 14. 2 Rumusan yang dapat diperolehi melalui graf tersebut adalah seramai 25 orang responden sangat bersetuju dan 5 orang bersetuju dengan Microsoft office perlu dikendalikan secara interaktif dalam sesi pembelajaran. Majoriti responden menyatakan setuju terhadap penyataan ini. Ini kerana sekiranya terdapat masalah pada perkakasan komputer, ia akan mengambil masa yang lama untuk diperbaiki di Kedai. Ini akan turut menjejaskan masa kerja terhadap sesuatu tugasan. Namun, dengan kemahiran yang ada dapat membantu responden membaiki kerosakan kecil pada perkakasan ini.
  • 15. 2 Bahagian C: PENILAIAN TAHAP KEKERAPAN ICT RESPONDEN Pihak Universiti Kebangsaan Malaysia telah menghasilkan iFolio (Integrated Portfolio Management System). Sistem ini mempunyai fungsi lebih banyak serta menggunakan elektronik portfolio iaitu portfolio atas talian (online), portfolio yang digunakan oleh pelajar dan pensyarah untuk pembelajaran dan pengajaran serta komunikasi. Sejajar itu, melalui graf di atas ternyata 100% responden turut meyatakan sangat kerap dalam penggunaan aplikasi ini. Graf di atas memperlihatkan 16 responden sangat kerap dan 14 responden kerap menggunakan peralatan ICT. Ini disebabkan penghasilan setiap tugasan melalui peralatan ICT mempengaruhi kekerapan dalam penggunaan peralatan ICT ini.
  • 16. 2 Banyak kini diperkatakan mengenai Internet dan maklumat yang boleh diperolehi melaluinya. Teknologi terkini ini berpotensi untuk menjadi penyebar maklumat yang boleh menyumbang kepada maklumat yang berguna untuk sesuatu pengumpulan maklumat atau penyelidikan yang sedang dijalankan. Adalah amat penting untuk mengetahui strategi pencarian yang patut digunakan apabila ingin mendapatkan maklumat yang menepati keperluan. Dengan ini ianya akan dapat menjimatkan masa pencarian. Daripada graf di atas dapat disimpulkan bahawa ia sangat kerap dilakukan oleh 17 responden manakala seramai 13 orang responden hanya menyatakan kekerapan sahaja. Ini jelas menunjukkan jururawat pelatih memerlukan bahan tambahan sebagai pelengkap kepada pemahaman mereka sepanjang pembelajaran mereka. Sistem komunikasi yang diperlukan oleh seseorang pelajar terhadap para pengajarnya adalah melalui sistem penghantaran dan penerimaan e-mail. Graf ini menyatakan 100% menyatakan sangat kerap menggunakannya.
  • 17. 2 Majoriti responden menyatakan tidak pernah mengguna video conferencing sepanjang sesi pembelajaran mereka. Srtakat ini sesi pembelajaran di dewan kuliah di antara para pelajar dan pensyarah masih dilakukan dan berjalan lancar. Maklumat yang diperolehi melalui internet adalah cepat dan murah. Tidak dinafikan, semuanya berada di hujung jari apabila sesuatu info diperlukan. Penyataan ini telah dinyatakan sangat bersetuju oleh 17 responden dan 13 orang responden menyatakan bersetuju dengannya melalui graf yang dipaparkan.
  • 18. 2 Seramai 8 orang responden sangat bersetuju dimana kekerapan mereka dalam mengikuti kursus (menyemak bahan/kuliah online) dan keseimbangan di antara responden yang kerap dan sederhana nenunjukkan 10 orang responden menyatakan setiap kategori tersebut. Memuat turun fail merupakan satu dari kemahiran dalam penggunaan ICT. Kekerapan memuat turun fail telah dinyatakan dengan keputusan graf ditonjolkan di atas dimana seramai 3 orang responden sangat kerap, 20 orang responden kerap melakukannya manakala 7 orang responden agak sederhana. Rasa minat dan mengikut keperluan menyumbang ke arah kekerapan memuat turun fail ini.
  • 19. 2 Graf di atas menunjukkan seramai 10 responden menyatakan kekerapan mereka manakala 6 orang responden bersederhana sahaja dalam aspek membeli-belah secara online. 6 orang responden jarang melakukan sistem perniagaan online namun akan membelinya sekiranaya barangan tersebut menuntut mereka untuk mendapatkannya secara online. Ketidakpercayaan dan kurang berminat dengan kaedah membeli-belah secara online dipaparkan menerusi seramai 10 orang responden tidak pernah membeli-belah secara online. Perbentangan tugas sememangnya sering dilakukan oleh responden sepanjang sesi pembelajaran mereka. Permarkahan turut diberi semasa perbentangan dilakukan. Ini jelas ditunjukkan di dalam graf dimana seramai 24 responden sangat bersetuju dan 6 orang bersetuju dengan penyataan ini.
  • 20. 2 Hasil tinjauan ini menyatakan seramai 18 orang responden sangat kerap, 13 responden agak kerap dan 9 orang responden bersederhana dalam menggunakan pelbagai perisian semasa menyiapkan tugasan. Bahagian D: PENILAIAN TAHAP KEBERKESANAN ICT SEPANJANG PENGAJIAN
  • 21. 2 Graf di atas menunjukkan seramai 23 orang responden menyatakan bersetuju dengan penyataan ini manakala 7 orang responden menyatakan tidak setuju. Majoriti di antara mereka menyatakan sedemikian kerana terdapat tolenrasi daripada tenaga pengajar dalam membantu mereka menyiapkan tugasan yang diberi. Majoriti responden menyatakan tidak bersetuju dengan penyataan ini dengan 18 orang responden tidak bersetuju dan 12 orang responden sangat bersetuju. Ini disebabkan kurang pemantauan daripada pihak sepatutnya terhadap perkakasan atau peralatan yang kurang selari dengan keperluan pembelajaran masa kini.
  • 22. 2 Graf di atas menunjukkan seramai 11 orang responden sangat bersetuju untuk mendapatkan latihan tambahan dalam memantapkan kemahiran ICT mereka. Manakala 19 orang responden menyatakan persetujuan mereka dalam kenyataan tersebut. Rumusan yang dapat diperolehi melalui garf ini dimana seramai 12 orang responden bersetuju deman setiap tugasan perlu dilakukan di dalam sistem ICT sahaja tanpa penghantaran ‘hard copy’. Namun 18 orang responden menyatakan kurang bersetuju dengan kaedah pembelajaran tersebut. Kurang mahir dengan sistem yang diamalkan serta keuang berkeyakinan dengan aplikasi yang diperkenalkan turut menjadi faktor untuk responden kurang bersetuju.
  • 23. 2 Cadangan kajian Berdasarkan kajian , pemerhatian dan dapatan dari kajian,boleh dikenalpasti masalah yang dihadapi oleh para pelatih jururawat,cara yang paling baik dan boleh diterima oleh pelatih tersebut seperti penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi adalah memperkenalkan sistem pengurusan berkomputer ICT yang digunapakai dalam PPUKM. Ia perlu diadakan secara berkala supaya para pelatih dapat mengesuaikan dengan kemudahan sewaktu proses pembelajaran.Disamping itu, ia hendaklah bersesuaian dengan kemudahan dan tahap pengetahuan para pelatih jururawat.Jikalau tahap pembelajaran melebihi tahap pengetahuan para pelatih boleh menyebabkan ketidakfahaman terhadap sistem pengurusan berkomputeran.Sesi ini boleh dijalankan sewaktu para pelatih jururawat terlibatdalam sesi praktikal. Selepas kursus diberi,sesi pemantauan perlu dilakukan secara berkala,pemahaman lebih baik da sesi praktikal berjalan lancar.Sehubungan dengan itu, PPUKM juga telah melancarkan wifi dimanapara pelatih boleh mencapai aplikasi walau dimana berada di dalam kawasan
  • 24. 2 hospital.Ia amat memudahkan dan menjimatkan masa untuk mencapai ke pangkalan data dengan cepat dan tepat. Akhirnya,sepatutnya pihak hospital menyediakan komputer yang secukupnya dlam wad untuk para pelatih belajar dan mencapai maklumat dengan mudah dan tepat.Mereka juga berpeluang mempraktikkan sistem yang digunapakai dalam wad bertujuan proses pembelajaran.Justeru itu, penguasaan ICT diperkenalkan dalam sukatan pelajaran untuk pelatih jururawat amatlah dititik beratkan agar para pelatih yang efisien dan berkaliber. Kesimpulan Daripada penganalisaan data, kami mendapat bahawa kemahiran ICT di kalangan jururawat pelatih adalah tahap sederhana dan memberangsangkan. Majoriti daripada mereka, tahu akan kepentingan dan kegunaan sebenar ICT. Jururawat pelatih ini juga bersetuju akan kepentingan ICT untuk sesi pembelajaran mereka dan persediaan mereka bagi menghadapi alam pekerjaan nanti. Selain itu, mereka telah mula didedahkan kepada ICT sebelum mereka mengikuti sesi pembelajaran lagi. Apa yang boleh dilihat,kebayakkan mereka telah mempunyai asas kemahiran dalam mengaplikasi ICT dalam Kehidupan mereka. Seterusnya, melalui analisis yang dibuat,dapat kami rumuskan kekerapan jururawat pelatih ini dalam menggunakan kepelbagaian perisian ICT dapat membantu mereka dalam memantapkan kemahiran mereka. Menurut Desey (1997), internet menjanjikan sumber maklumat yang amat luas dalam sistem komunikasi yang murah,cepat dan cekap. Hasilnya internet akan menjadi sebahagian dari multimedia yang akan membenarkan semua manusia di dunia mendapatkan idea dan maklumat. Memandangkan dunia ICT mengalami revolusinya, sewajarnya juga jururawat-jururawat pelatih ini diberi pendedahan, ilmu pengetahuan dan kemahiran yang secukupnya bagi
  • 25. 2 melengkapkan diri mereka dalam penerimaan sesi pembelajaran di dewan kuliah.Era ini memperlihatkan komputer adalah satu alat atau nadi penting dalam melayari pelbagai aspek kehidupan terutama ianya berkaitan dengan sistem pendidikan. Ia kini agak berbeza kegunaannya di mana suatu ketika dahulu, ia banyak digunakan dalam bahagian pentadbiran sahaja tetapi peranannya semakin meluas iaitu menjadi alat bantu dalam pengajaran dan pembelajaran di Universiti. Oleh sebab itu, seharusnya jururawat pelatih ini juga menguasai ICT dengan cekap dimana kemahiran ini dapat digunapakai ketika mereka melangkah ke alam pekerjaan nanti. Walaupun dunia kejururawatan memerlukan interaksi yang banyak antara pesakit dan juga kakitangan yang lain namun kemahiran ICT yang dimiliki ini akan mampu membantu mereka dalam membuat sebarang dokumentasi yang sistematik serta meningkatkan mutu kerja mereka ke arah masa kini dan cemerlang. Rujukan i. Francisco J Proenza & Bruce Girard. 2015. Public Access ICT Across Culture: Diversifying Participation In The Network Society. Canada: MIT Press. ii. Carlos Nunes Silva. 2010. Handbook Of Research On E-Planning: ICTs for Urban Development and Monitoring. United States of America: Medical Information Science Reference. iii. Ewa Lechman. 2015. ICT Diffusion In Developing Countries: Towards A New Concept Of Technological Takeoff. Germany: Springer. iv. Nilmini Wickramasinghe, Rajee Bali & Reima Suomi. 2012. Critical Issues For Development Of Sustainable E-Health Solutions. New York: Springer. v. Maria Manuela Cruz-Cunha, Isabel Maria Miranda & Particia Gonalves. 2013. Handbook Of Research On Icts and Management Systems For improving Efficiency in Healthcare and Social Care. United State Of America: Medical Information Science Reference.
  • 26. 2 vi. Maria Manuela Cruz-Cunha & Isabel Maria Miranda. 2013. Handbook of Research on Icts for Human-Centered Healthcare and Social Care Services. United State Of America: Medical Information Science Reference. vii. Mark Bullen & Diane P. Janes. 2007. Making The transition to E-Learning: staregies and Issues. United State Of America: Medical Information Science Reference.