Se ha denunciado esta presentación.
Se está descargando tu SlideShare. ×

Amalan Terbaik Kesejahteraan Sosial

Anuncio
Anuncio
Anuncio
Anuncio
Anuncio
Anuncio
Anuncio
Anuncio
Anuncio
Anuncio
Anuncio
Anuncio
Cargando en…3
×

Eche un vistazo a continuación

1 de 20 Anuncio

Más Contenido Relacionado

Presentaciones para usted (20)

Similares a Amalan Terbaik Kesejahteraan Sosial (20)

Anuncio
Anuncio

Amalan Terbaik Kesejahteraan Sosial

  1. 1. LMCP 1552 Pembangunan Mapan dalam Islam Tugasan: Amalan Terbaik dalam Kesejahteraan Sosial Nama: SANGGAAVI A/P PANJANATHAN No Matrik: A169828 Tahun: Tahun 4 Pensyarah: PROF. DATO’ IR. DR RIZA ATIQ ABDULLAH BIN O.K. RAHMAT
  2. 2. SOALAN • Anda diminta mencari amalan terbaik (Best Practice) dalam kesejahtaraan sosial yang dilaksanakan oleh bandar-bandar atau negara-negara di dunia ini. Sediakan laporan ringkas dalam bentuk slide yang disertakan dengan gambar-gambar atau ilustrasi. • Yang dimaksudkan dengan Amalan Terbaik ialah satu program yang dijalankan dan telah diakui dan dijadikan contoh. Biasanya amalan ini telah didokumenkan oleh badan-badan yang berwibawa.
  3. 3. AMALAN TERBAIK Apakah itu amalan terbaik? Amalan terbaik di sesebuah negara menjadi lambang sesebuah negara itu membangun dalam menerapkan nilai murni dalam diri penduduk negara itu. Amalan amalan terbaik seperti ini harus dijadikan teladan oleh semua orang dan harus diterapkan dalam kanak kanak dari kecil lagi Apakah itu kesejahteraan sosial? Kesejahteraan social merupakan matlamat yang ingin dicapai oleh semua individu, keluarga dan komuniti. Konsep ini menjelaskan strategi merubah sebuah komuniti berdasarkan pendekatan yang berkaitan dengan aspek pengurusan masalah social demi komuniti dan negara yang aman.
  4. 4. Negara dan Masyarakat Jepun • Jepun merupakan antara negara paling tua di Asia dengan monarkinya berusia sekurang-kurangnya untuk 660 SM, kira-kira sekitar zaman tamadun Melayu tertua iaitu Kedah Tua yang berusia 600 SM. • Hari ulang tahun berdirinya kemaharajaan Jepun dikenali sebagai Hari Ulang Tahun Negara pada 11 Februari. Untuk rekod, monarki Jepun merupakan dinasti paling panjang dan bersambungan dalam dunia dan tidak terputus untuk sekurang-kurangnya 2000 tahun • Ekonomi negara Jepun merupakan yang ketiga terbesar di dunia, di belakang USA dan China menjadikan Jepun gergasi dalam bidang ekonomi. Untuk rekod, ekonomi Malaysia merupakan yang ke-35 terbesar di dunia. • Masyarakat negara Jepun mengamalkan pelbagai amalan terbaik yang harus dicontohi oleh masyarakat Malaysia.
  5. 5. Program Makanan Sekolah Jepun Unik Program di Negara Jepun yang boleh dijadikan contoh demi kesejahteraan sosial
  6. 6. Program di Negara Jepun yang boleh dijadikan contoh: Program Makanan Sekolah Jepun Unik • Makanan yang dihidangkan oleh kantin sekolah awam di negara kita selalunya berupa nasi lemak atau yang bergoreng seperti nasi, mi dan bihun. • Namun lain pula senarionya di Jepun: di sini tiada kantin atau kafetaria untuk membeli makanan dan lebih penting murid-murid tidak dibenarkan membawa wang saku ke sekolah. • Program makanan ini diiktirafkan sebagai terbaik di dunia khusus diwujudkan untuk murid-murid berumur enam hingga 12 tahun.
  7. 7. Program di Negara Jepun yang boleh dijadikan contoh: Program Makanan Sekolah Jepun Unik • Maka pada 1997, Kementerian Pendidikan, Sains dan Sukan telah mencadangkan program ini dirombak kepada pendidikan nutrisi. • Pada Julai 2005, kerajaan telah meluluskan undang-undang baru menerusi Shokuiku atau pendidikan nutrisi dan makanan. Oleh itu, hampir 99.2 peratus sekolah dan 85.8 peratus di sekolah menengah rendah di Jepun melaksanakan program ini. • Apa yang menariknya, makan tengah hari murid-murid ini dihidangkan oleh pelajar sendiri tanpa pembantu!
  8. 8. Program di Negara Jepun yang boleh dijadikan contoh: Program Makanan Sekolah Jepun Unik • Sebelum menghadapi hidangan, semua murid harus mencuci tangan, manakala beberapa murid yang ditugaskan mengendalikan pengagihan makanan akan memakai pakaian luar, penutup mulut dan topi. • Makanan itu akan diletakkan di dalam bekas-bekas aluminium dan dilabelkan mengikut kelas. • Makanan yang dihidangkan pula menggunakan bahan-bahan yang segar dan daripada sumber tempatan seperti sayur yang dibekalkan oleh pekebun dan juga makanan laut daripada nelayan tempatan
  9. 9. Kesimpulan Program makanan sekolah Jepun Unik • Daripada program yang telah lama ada di Jepun ini, kami belajar menerapkan nilai-nilai murni seperti berkongsi makanan dalam hati anak-anak kecil sejak kecil lagi. • Anak-anak ini akan menjadi masa depan negara. dengan membiarkan anak-anak bergilir-gilir menghidangkan makanan anak-anak belajar berkongsi, menunggu dengan sabar dan sentiasa bersyukur dengan makanan yang mereka dapat. • Apabila anak-anak dihidangkan makanan yang sihat, mereka juga diajar untuk menghormati makanan dan menerapkan diet yang sihat ke dalam minda mereka sejak kecil lagi. • Anak-anak akan belajar lebih menghargai makanan yang diberi dan sentiasa mengamalkan pemakanan yang sihat. makanan sihat yang dihidangkan akan membantu meningkatkan sistem imun pewaris dan membantu mereka belajar dengan lebih baik dan mewujudkan persekitaran yang harmoni di sekolah dan komuniti. • Daripada program ini kita sebagai rakyat Malaysia boleh belajar daripada orang Jepun tentang pemakanan sihat, berkongsi makanan dan bagaimana gaya hidup sihat boleh membawa kepada kehidupan yang harmoni. • Kita juga boleh ambil ini sebagai contoh dan adakan program ini di sekolah kita di Malaysia.
  10. 10. Amalan Terbaik yang diamalkan di Negara Jepun
  11. 11. Amalan Terbaik di Negara Jepun 1. Sikap menepati masa • Ini adalah satu sifat yang sangat sinonim dengan masyarakat Jepun yang sepatutnya dijadikan contoh oleh masyarakat kita. • Bukan saja itu orang Jepun yang menepati masa, malah setiap aktiviti harian seperti Densya (keretapi) dan bas akan datang tepat pada waktu yang dijadualkan. Di sini kita dapat lihat sikap nihonjin mereka ini terhadap masa.
  12. 12. Amalan Terbaik di Negara Jepun 2. Sikap menjaga kebersihan • Tandas-tandas awam di Jepun seperti di sekolah, stesen keretapi dan di lapangan kapal terbang, kita akan dapti tandas tersebut sangat bersih. Ini disebabkan oleh sikap orang Jepun yang terlalu mementingkan sifat menjaga kebersihan walaupun dimana mereka berada. • Hal ini berikutan dapat menarik minat pelancong serta menjamin kebersihan untuk keselesaan masyarakat dunia.
  13. 13. Amalan Terbaik di Negara Jepun 3. Sikap sentiasa jujur • Seperti yang diketahui, negara Jepun merupakan sebuah negara yang mempunyai rekod jenayah ataupun kecurian yang paling rendah. Isu ini juga jarang didengari di negara Jepun dan peratusannya adalah sedikit. Jika anda kehilangan dompet, anda akan menjumpainya semula dibalai polis yang berdekatan. • Seperti peniaga di Jepun pula, seperti peniaga di Jepun, mereka akan membiarkan barangan niaga mereka tanpa dipantau oleh sesiapapun. Pembeli hanya perlu meletakkan wang pembelian di dalam kotak yang disediakan sebagai tanda pembelian mereka.
  14. 14. Amalan Terbaik di Negara Jepun 4. Budaya kerja yang tinggi • Tidak kira pensyarah, pekerja pejabat, pelayan restoran, pemandu bas dan sebagainya, Mereka amat komited dengan kerja masing-masing. Kebiasaannya mereka akan bekerja sehingga melebihi waktu bekerja. • Bagi mereka kerja adalah segala-galanya. Masyarakat kerja mengamalkan budaya kerja ‘Samurai Bushido’ dimana prinsip- prinsipnya berjaya dihayati sepenuhnya.
  15. 15. Amalan Terbaik di Negara Jepun 5. Sikap rajin membaca • Walau dimana kita berada, kita akan dapat melihat sikap orang Jepun yang gemar untuk membaca buku. Mereka akan membaca buku ataupun surat khabar untuk dijadikan bahan bacaan mereka sewaktu masa terluang. • Satu sifat yang murni yang wajib dicontohi oleh semua orang. Kita dapat lihat mereka bersungguh-sungguh menuntut ilmu, maka tak hairanlah masyarakat jepun ini dapat mencapai kemajuan yang tinggi.
  16. 16. Amalan Terbaik di Negara Jepun 6. Cara yang sistematik • Semua aktiviti di Jepun dilakukan berpandukan kepada satu sistem yang bersepadu dan sistematik. Sebagai contohnya sistem pembuangan sampah/kitar semula di Jepun amat sistematik. Ditetapkan pada hari sekian-sekian untuk membuang barang/sampah dan ada item-item tertentu yang wajib diasingkan (bunbetsu). • Sistem dan jadual perjalanan densya dan bas yang teratur dan sampai tepat pada masanya. Di Malaysia ada juga sistem seperti ini tetapi mungkin disebabkan kurangnya sikap tanggungjawab disertakan pula dengan satu sistem yang “tidak bersistem” menyebabkan sistem tersebut gagal dilaksanakan.
  17. 17. Amalan Terbaik di Negara Jepun 7. Menghormati rakan sekerja • Jika disiang hari mereka bergelut dengan masalah perniagaan namun ianya berubah serta-merta menjelang malam. Mereka tidak akan membincangkan hal kerja sebaliknya menggunakan masa di luar waktu kerja untuk bersosial dan mengenali rakan sekerja atau rakan kongsi secara menyeluruh. • Ini amat penting dalam perniagaan kerana ia membina kepercayaan dan meluaskan komunikasi sesama mereka.
  18. 18. Amalan Terbaik di Negara Jepun 8. Hormat dan rujuk kepada yang lebih tua • Budaya ini adalah antara yang paling penting dalam sesebuah organisasi atau perniagaan. Mereka menghargai individu yang lebih tua kerana kebijaksanaan dan pengalaman yang telah dicurahkan kepada syarikat. • Umur dianggap seperti pangkat, seseorang itu dikatakan semakin penting apabila semakin tua.
  19. 19. Kesimpulan • Amalan menjaga kebersihan di Jepun merupakan suatu perkara yang wajar dicontohi. Ini kerana budaya menjaga kebersihan mereka ukn sahaja dilakukan Ketika berada di negara orang. • Negara Jepun dianggap sebagai negara yang hebat kerana rakyat negara tersebut memeainkan pernanan penting dalam memajukan negara tersebut. Jepun adalah negara yang menghormati adat resam dan cara hidup. Dalam kehidupan seharian rakyat Jepun, adat lama Jepun dan cara hidup baru dari barat bertembung secara harmoni. • Jika anda cuba tinggal di persekitaran warga jepun untuk beberapa hari, anda pasti akan teruja dengan budayanya yang kaya dengan kepelbagaian adat dan cara hidup. • Jika budaya dan amalan-amalan ini diterapkan di dalam masyarakat sudah tentunya ia dapat mengubah tingkah laku manusia secara positif seterusnya memberikan manfaat kepada negara secara menyeluruh.
  20. 20. Terima Kasih

×