CDCA2103 INFORMATION TECHNOLOGY AND APPLICATIONS.docx
1. 1
SEMESTER SEPTEMBER/ TAHUN 2022
CDCA2103
TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN APLIKASI
NAMA PELAJAR : NOR SYARMILA SARI BT SHAMSUDDIN SHUKOR
NO. MATRIKULASI :
NO. KAD PENGENALAN :
NO. TELEFON :
E-MEL : syarmilashukor@oum.edu.my
PUSAT PEMBELAJARAN : OUM BANGI
2. 2
ISI KANDUNGAN
JADUAL ISI KANDUNGAN
TASK 1
Perkara Muksurat
1.0 Pengenalan 3
2.0 Kepentingan ICT dalam Era Ekonomi Digital 4
2.1 Kepentingan ICT Dalam Bidang Ekonomi Digital 4-5
-Pengalaman Pelanggan yang Unik 6-7
-Pembinaan Dinamik Keusahawanan 7-8
-Transformasi Pengalaman Jualan 7-8
2.2 ICT Mengubah Aktiviti Ekonomi di Malaysia 8
-Digitalisasi Transaksi 8-10
-Internet of thing 10-11
-Peluang untuk Sektor Muda dan Inovasi dalam Penyelesaian Masalah 11-12
3.0 Contoh Penggunaan Aplikasi dalam Era Digital 13
-Lazada 13-16
-Instagram 17-20
-Duolingo 20-23
4.0 Aplikasi ICT berkaitan dengan ekonomi digital 24-25
5.0 Kesimpulan 25-26
Rujukan 26
TASK 2:
3. 3
1.0 Pengenalan.
Ekonomi digital didefinisikan sebagai penggunaan alat-alat digital dan teknologi
seperti aplikasi telefon bimbit, rangkaian sosial dan e-komersial dalam perniagaan
biasa. Aktiviti ekonomi ini terhasil daripada jutaan interaksi antara manusia,
perniagaan peranti, data dan pemprosesan pada setiap hari. Pada era modenisasi,
peranti dan akses kepada internet telah mentransformasikan pengalaman perniagaan
dan transaksi secara keseluruhan. Bukan itu sahaja, hari demi hari, transformasi ini
menjadi salah satu keperluan dek kerana peralihan kepada zaman digital. Digitalisasi
mengalakkan pengalaman cashless atau tanpa tunai, di mana pengguna tidak perlu
membawa wang tunai bersama mereka, malah hanya menggunakan kad kredit atau e-
dompet dan sebagainya. Selain perbankan yang mempunyai aplikasi seperti
Maybank2U atau RHB Online Banking, terdapat pelbagai aplikasi seperti Touch N
Go, Grab, ApplePay dan Boost yang turut mempunyai pembayaran atas talian.
Kesemua ini menjadi semakin sebati dengan kehidupan masyarakat sehinggakan
sesetengah premis perniagaan hanya menerima pembayaran atas talian berbanding
wang tunai. Ekonomi digital juga merangkumi penjualan barangan, produk,
pengalaman atau perkhidmatan atas talian. Misalnya, aplikasi Amazon, Lazada dan
Shopee. Selain itu, lawan sesawang juga digunakan untuk menjual produk yang
disediakan oleh pelbagai syarikat. Aplikasi dan laman sesawang ini digunakan secara
berleluasa lebih-lebih lagi semasa Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP)akibat covid-
19 yang melanda di negara kita pada tahun 2020, di mana rakyat tidak boleh keluar
secara bebas untuk membeli belah dan sebagainya. Hal ini meningkatkan
kebergantungan individu terhadap ekonomi digital dan pada masa yang sama,
menonjolkan potensi teknologi dalam kehidupan seharian kita. Maka, tidak dapat
dinafikan bahawa ekonomi digital membawa pelbagai kebaikan dan manfaat kepada
masyarakat sejagat.
Dengan itu, tujuan penulisan tugasan ini untuk membincangkan mengenai
kepentingan teknologi Maklumat dan aplikasinya dalam kehidupan seharian kita.
4. 4
2.0 Kepentingan ICT dalam Era Ekonomi Digital.
2.1 Kepentingan ICT Dalam Bidang Ekonomi Digital
Pembangunan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) seperti internet telah
membuka harapan yang tinggi dalam pembangunan ekonomi terutamanya dalam
masyarakat yang membangun seperti di negara kita. Menurut kajian, ramai yang
bersetuju bahawa teknologi digital ini dapat meningkatkan taraf dan kualiti hidup
masyarakat jika ingin dibandingkan dengan zaman teknologi dahulu.
a) Pengalaman Pelanggan yang Unik
Digitalisasi ekonomi yang mengambil tempat ini menyediakan pengalaman yang
unik kepada pelanggan. Misalnya seperti aplikasi Shopee, individu dapat melihat
produk yang ditawarkan oleh kedai-kedai dengan menggunakan peranti mereka.
Mereka tidak perlu membazir minyak petrol dan masa mereka untuk ke premis
perniagaan tertentu untuk mendapatkan barangan yang dikehendaki. Refleksi keadaan
ini dapat dilihat berikutan pandemik yang melanda seluruh dunia. Di Amerika
Syarikat, berlaku peningkatan dalam jualan e-komersial sebanyak 43% pada 2020,
tahun pertama pandemik, peningkatan signifikan daripada $571.2 bilion pada 2019
kepada $815.4 bilion pada 2020 (Brewster, 2020). Selain itu, individu juga dapat
membandingkan harga secara atas talian dan memilih produk yang berbaloi untuk
membelanjakan wang mereka. Jika bukan kerana ekonomi digital, seseorang itu perlu
pergi ke pelbagai kedai untuk membandingkan harga produk. Dengan pendigitalan
ekonomi juga, seseorang itu mempunyai akses kepada produk tanpa mengira tempat
dan masa. Seseorang itu dapat membeli belah untuk produk di luar negara, malah
pada tengah malam tanpa sebarang halangan. Mereka juga berupaya mendapatkan
produk yang mungkin tiada di tempat mereka. Contoh yang kedua pula, sekiranya
seseorang individu ingin mencari dan membeli buku yang tiada di pasaran Malaysia,
maka individu tersebut dapat melayari BookDepository.com untuk mendapatkan buku
tersebut tanpa sebarang masalah logistik.
6. 6
b) Pembinaan Dinamik Keusahawanan
Melihat potensi yang ada pada aplikasi seperti Facebook Marketplace dan Tik Tok
Shop. .Ramai peniaga mengambil langkah proaktif untuk melancarkan produk mereka
di alam maya. Hasilnya, terdapat lebih daripada 2 juta penjual dengan tag ‘local seller’
di pasaran Facebook dan sebagainya. (Department of Statistic Malaysia,2021)
Platform ini digunakan secara optimum untuk mengaut keuntungan kerana tidak
terikat kepada satu-satu tempat semata-mata. Maka, hal ini membolehkan persaingan
yang sihat di antara penjual-penjual. Dengan pesaingan yang tinggi, kualiti produk
terjamin kerana penjual berusaha untuk menjaga kualiti produk mereka di pasaran
antarabangsa. Kemudahan ini juga membuka peluang untuk pengusaha sederhana
kecil untuk meningkatkan ketercapaian mereka ke pasaran luar.
Gambar rajah 2.0
Facebook Marketplace
7. 7
Tiktok Shop
c) Transformasi Pengalaman Jualan
Ekonomi digital membebaskan perniagaan daripada batasan geografi. Dalam
konteks ekonomi tradisional, perniagaan terbatas kepada lokasi semata-mata dan hal
ini menjadi ketercapaian produk jualan rendah. Di samping itu, lokasi juga menjadi
faktor persaingan yang major. Namun dengan adanya teknologi seperti peranti,
telefon bimbit, laman sesawang, smart contracts dan cloud computing, ekonomi
digital menjadi faktor utama dalam mencapai ekonomi keseluruhan yang mampan
dengan kebolehpasaran yang tinggi (Bag et al., 2021). Hal ini berikutan hakikat
bahawa teknologi dan perniagaaan tidak dapat dipisahkan, malah teknologi menjadi
pemangkin kepada transformasi perniagaan dan strategi.
Peralihan kepada era digitalisasi telah mendatangkan pelbagai impak kepada
masyarakat, pada pelbagai peringkat, terutamanya ekonomi (Berger dan Frey, 2015).
Automasi pelbagai perniagaan seperti peningkatan penghasilan produk, pengurangan
kos dan penambahbaikan framework operasi telah menjadi manfaat yang besar bagi
kemampanan perniagaan dan industri. Selain itu, era ekonomi digital juga menjadi
platform yang membuka pelbagai peluang perniagaan inovatif dan baharu di samping
menyediakan peluang pekerjaan kepada masyarakat, biar berkerja sendiri atau di
bawah orang lain. Data dan informasi yang berlipat kali ganda menerusi digitalisasi
8. 8
ekonomi digunakan untuk menghasilkan framework operasi yang berkesan dan efektif
dalam perkhidmatan awam seperti kesihatan dan pendidikan. Selain itu, ekonomi
digital yang mampan ini juga telah memberi impak terhadap mekanisme social
governance yang memperhalusi kualiti interaksi antara kerajaan dan rakyat (Berger
dan Frey, 2015). Ekonomi digital menyediakan inklusi sosial dan peluang
komunikasi yang terbuka.
2.2 ICT Mengubah Aktiviti Ekonomi di Malaysia
a) Digitalisasi Transaksi
Perkembangan ruang digital telah mengubah format perniagaan tradisional yang
terhad dengan kaedah transaksi mengikut kesesuaian pelanggan tanpa mengabaikan
kesenangan peniaga. Transaksi digital semakin mendapat perhatian ramai dan
diintegrasikan dalam kehidupan individu seperti maybank2u, cimbclik dan lain-lain.
Menurut artikel oleh Edge Weekly, tinjauan yang dilakukan mendapati terdapat 22
juta konsumer digital di Malaysia dan medium atas talian memainkan peranan 4 kali
lagi besar berbanding medium bersemuka (Ganesan, 2021). Selain berfokuskan pada
kemudahan transaksi, ekonomi digital membolehkan perniagaan untuk berdaya tahan
dalam era di mana permintaan pelanggan sering berubah mengikut peredaran zaman
dengan mengadaptasikan tekonologi digital terbaharu. Penggunaan wang tunai
semakin berkurangan hari demi hari, maka adaptasi kepada transaksi atas talian
membolehkan peniaga kekal relevan kepada tuntutan semasa.
10. 10
b) Internet of things
Internet of Things (IoT) merangkaikan dunia digital dan fizikal dengan mengumpul,
mengukur dan menganalisis data untuk meramal dan mengautomasi proses
perniagaan. Automasi perniagaan bergantung kepada akses kepada internet dan
dengan adanya jalur lebar yang meluas, internet memberi pelbagai manfaat kepada
konsumer dan peniaga.( Jen Clark, 2016) Antara manfaat yang dialami adalah
informasi yang customized kepada keperluan setiap individu. Hal ini kerana
kewujudan algoritma yang mengumpul data mengenai produk yang disukai atau
diperlukan individu daripada sejarah pencarian atau konten yang dikunjungi. Maka,
dengan data yang dikumpul, rekomendasi diberi kepada pengguna menerusi media
sosial seperti Instagram, Facebook atau Twitter. Berikutan fungsi yang unik ini,
peniaga dapat memaksimumkan keuntungan daripada jualan kerana produk mereka
tersasar kepada demografi yang memerlukannya, maka berpotensi untuk menjadi
pelanggan.
Selain itu, IoT juga memudahkan proses penjualan peniaga dengan
menambahbaik logistik dan tracking produk yang dijual sebagai contoh Pos Laju,
J&T Express, DHL dan sebagainya. Memandangkan produk yang dijual atas talian
memerlukan peniaga untuk mengepos barangan kepada pelanggan, mereka tidak perlu
risau mengenai keberadaan produk kerana kemudahan ini berupaya untuk trace
produk sehingga sampai ke pintu rumah pelanggan. Mereka juga mempunyai akses
kepada keadaan, cuaca, lokasi dan identity pekerja/courier melalui teknologi cloud-
based seperti GPS dan RFID (Radio Frequency Identification). Mekanisme yang
sama digunakan untuk menjaga dan menyelia barangan di stor dan kilang. Inventori
produk tidak perlu dilakukan secara manual, maka mengurangkan kesilapan manusia
dan mempunyai ketepatan yang tinggi. Hal ini kerana ia menggunakan sensor untuk
menghantar data kepada system ERP pada setiap masa. Contoh aplikasi mekanisme
ini yang popular adalah kedai yang menggunakan sensor semata-mata dan tidak
memerlukan pekerja.
11. 11
Gambar rajah 2.0
J&T express track and trace
c) Peluang untuk Sektor Muda dan Inovasi dalam Penyelesaian Masalah
Digitalisasi ekonomi secara tidak langsung memberi peluang untuk sektor muda
dan inovasi penyelesaian masalah pada skala yang besar. Berikutan globalisasi
ekonomi digital, wujud pelbagai sector yang berkembang pesat yang lantas
memudahkan hidup masyarakat setempat. Kita lihat perkembangan perniagaan seperti
Grab dan Uber yang sangat unik, menyediakan perkhidmatan pengangkutan tanpa
memiliki sebarang kenderaan dalam realiti. Foodpanda atau Grabfood juga
menyediakan perkhidmatan penghantaran makanan tanpa memiliki restaurant sendiri.
Kesemua ini menunjukkan kemungkinan tanpa had yang dipersembahkan oleh
digitalisasi. Malah, dengan wujudnya mekanisme seperti ini, peluang pekerjaan
meningkat kerana sesiapa sahaja dapat mendaftarkan diri sebagai pekerja. Misalnya,
Foodpanda mempunyai hampir 5000 pekerja kini. Malah, infrastruktur digital,
industri digital dan integrasi digital mempunyai kesan positif signifikan ke atas
produktiviti dan pengaruh regional (Zhang et al. 2021) .
13. 13
3.0 Tiga Contoh Penggunaan Aplikasi dalam Era Digital
Demi kelangsungan hidup dalam era digital ini, terdapat pelbagai mekanisme telah
dicipta hasil daripada kreativiti mahupun inovasi. Antara hasil ciptaan yang sangat
popular adalah aplikasi. Aplikasi merupakan sejenis perisian yang mempunyai
kegunaan tertentu dan spesifik. Lazimnya, pengguna telefon Android dapat memuat
turun aplikasi daripada Google Playstore manakala pengguna Apple dapat mengakses
aplikasi menerusi Apple Store. Namun, aplikasi juga boleh dimuat turun menerusi
laman sesawang developer aplikasi tersebut. Aplikasi, secara dasarnya menjadi
shortcut untuk individu mengakses sebarang produk, perkhidmatan atau pengalaman.
Seseorang individu mempunyai akses kepada aplikasi permainan sehinggalah
pelaburan. Maka tidak hairanlah apabila aplikasi ini juga menjadi entiti yang
signifikan dalam ekonomi digital.
-Lazada
Antara aplikasi yang popular adalah Lazada. Lazada diperkenalkan pada 2012 dan
mempunyai pasaran di Singapura, Malaysia, Filipina, Indonesia, Thailand dan
Vietnam. Lazada mempunyai pilihan jenama dan penjual yang besar, serta
dianggarkan mencapai 300 juta pelanggan menjelan 2030. Pada mulanya, Lazada
dicipta Maximillian Bittner sebagai platform pasaran yang menjual inventori daripada
Gudang sendiri, namun pada tahun berikutnya, peniaga pihak ketiga dibenarkan untuk
menjual barangan mereka. Lazada menjadi platform jualan yang mempunyai
pelbagai produk. Peniaga dapat membuka akaun sendiri untuk memaparkan produk
jualan mereka yang boleh diakses oleh pelanggan dari seluruh dunia. Hal ini
memudahkan pelanggan membeli belah barangan yang mungkin tiada di pasaran
tempatan. Selain itu, Lazada juga menggunakan pelbagai kaedah transaksi atas talian
yang mudah dan segera seperti online banking, penggunaan kad kredit atau debit dan
cash on delivery (COD). Lazada juga direka bentuk untuk lebih mesra pengguna
dengan beberapa ciri-ciri yang unik seperti dapat menambah barangaan pada cart
serta carian dan rekomendasi produk menggunakan kata kunci. Bukan itu sahaja,
Lazada juga menunjukkan produk yang sama daripada penjual yang berlainan dengan
harga yang berbeza-beza Hal ini memudahkan pelanggan untuk melakukan
perbandingan harga. Dan untuk melengkapkan pengalaman pelanggan, Lazada
menyediakan perkhidmatan pelanggan yang bagus dan segera. Hal ini memudahkan
14. 14
pelanggan sekiranya mereka memerlukan pembayaran semula atau perlu melakukan
pemulangan barangan. Dengan peraturan yang tertentu, Lazada menjadi pengantara
penjual dan pelanggan yang berkesan dengan memastikan semua pihak berpuas hati
dan mencapai objektif mereka tanpa sebarnag halangan dan kesukaran. Keadaan ini
dikekalkan dengan menjalinkan hubungan yang baik dengan peniaga. Malah,
pelanggan dapat berhubungan terus dengan penjual mengenai status pemesanan
barangan dengan chatbox yang disediakan. Pengguna juga dapat mengenali kualiti
produk melalui rating dan review daripada pelanggan lain.
Salah satu perisian multi-channel listing yang digunakan untuk melarikan Lazada
digelar Synagie. Perisian multi-channel listing menyediakan konsol pentadbiran
tunggal dan tidak perlu melompat ke pusat penjual yang berbeza untuk mejalankan
fungsi inventori, pemprosesan tempahan dan penyenaraian barangan. Synagie
mempunyai beberapa ciri-ciri yang tidak didapati pada perisian lain. Antara jenama
yang menggunakan Synagie dalam Lazada adalah Woo and Commerce. Synagie
diguna pakai dalam pengurusan inventori. Perisian ini membolehkan peniaga
keupayaan untuk mengurus inventori pada channel yang spesifik dan merentasi
pelbagai channel. Fungsi ini berguna untuk operasi berskala besar untuk pemprosesan
pemesanan kepada penjual. Selain itu, Synagie juga menyediakan pengurusan
pesanan daripada pelanggan yang boleh dipercayai serta berkualiti. Begitu juga
dengan pengurusan kewangan. Synagie telah diiintegrasikan dengan dua pembekal
bookkeeping iaitu Intuit Quickbooks dan Xero, maka dengan fungsi ini, pengguna
dibekalkan dengan analisis keuntungan bersih jualan melalui kalkulasi perisian.
Seterusnya, tidak dilupakan juga, data dan insights yang dibekalkan oleh Synagie
kepada pengguna di mana analisis graf, laluan, keuntungan dan medium yang
digunakan dijana untuk tatapan pengguna. Privasi data oleh Synagie terlindung
kepada perisian ini menyediakan perkhidmatan pengurusan end-to-end yang
melindungi data pelanggan daripada diseleweng pihak ketiga.
17. 17
-Instagram
Seterusnya, aplikasi sosial media juga digunakan dalam bidang pemasaran dan
promosi. Antara sosial media adalah Instagram. Instagram diperkembangkan oleh
sebuah barisan jurutera perisian dalam tempoh masa 8 minggu sahaja sebelum
dilancarkan untuk peranti Apple pada Oktober 2010 oleh Kevin Systrom. Aplikasi ini
adalah aplikasi sosial media yang mempunyai fungsi primary untuk perkongsian
gambar dan video. Dengan aplikasi Burbn sebagai batu loncatan, Kevin Systrom
dengan kerjasama Mike Krieger, mula mengembangkan sebuah aplikasi yang bukan
sahaja digunakan untuk berkongsi gambar semata-mata, malah mempunyai fungsi
komen dan ‘like’. Motif di sebalik inovasi ini adalah untuk memperkenalkan platform
yang bridged Hipstamatic (sebuah aplikasi perkongsian gambar sahaja) dengan sosial
media seperti Facebook. Sehari selepas pelancaran, Instagram menjana 25 000
pengguna. Pada suku ketiga 2021, Instagram menjana 2 bilion pengguna dan dijangka
mencapai 2.5 bilion menjelang 2023. Kini, Instagram dimiliki oleh Facebook di
bawah Meta. Pengguna Instagram dapat memuat naik gambar dan rakaman video
untuk dilihat keluarga dan rakan-rakan. Instagram juga digunakan untuk menyebarkan
mesej dengan kadar segera, maka sangat efektif untuk memasarkan produk. Selain
platform berkomunikasi dan berhubung, Instagram juga menjadi mekanisme yang
berkesan untuk pemasaran produk dan perkhidmatan. Ciri-ciri Instagram yang
menarik dan unik serta trafik yang konsisten menjadikannya sangat sesuai untuk
ekonomi digital. Malah pada Februari 2019, dilaporkan bahawa 11% pengguna
Instagram menggunakan platform ini untuk membeli belah atau mencari produk yang
dikehendaki dan 9% mempromosikan perniagaan mereka.
Antara perkakasan pemasaran yang digunakan dalam Instagram adalah Over. Over
adalah sebuah perkakasan yang moden yang memudahkan untuk meletakkan teks
dalam gambar. Hal ini membolehkan perkongsian maklumat yang interaktif dan
menarik kerana teks ditemani dengan gambar. Seterusnya, perkakasan seperti Later
digunakan untuk menjadual konten yang hendak dimuat naik. Misalnya, jika
seseorang itu mempunyai gambar produk atau promosi yang hendak dimuat naik,
Later menyediakan peringatan untuk individu tersebut supaya promosi tertentu dapat
dimuat naik pada masa yang sesuai. Perkakasan ini juga membantu pengguna untuk
memuat naik konten secara konsisten. Tambahan pula, terdapat Iconosquare yang
18. 18
memberi pengguna keupayaan untuk melihat pertambahan pengikut (followers),
demografi dan identiti pengikut serta akaun perniagaan. Ia juga membantu pengguna
menganalis masa memuat naik konten yang optimal, melihat kadar perhubungan
konten akaun dan menyediakan benchmark persembahan sosial dengan pesaing-
pesaing yang lain. Hal ini membantu pengguna menganalisis pertumbuhan akaun
masing-masing dan memudahkan untuk pembentukan strategi pemasaran dan
sebagainya. Crowdfire menganalisis akaun yang diikuti dan akaun yang mengikuti
pengguna, serta merekomendasikan akaun n yang perlu diikuti. Fungsi ini
diaplikasikan melalui intuitive interface yang memudahkan pengguna follow atau
unfollow sesebuah akaun. Selain itu, terdapat perkakasan Instagram Shopping yang
berfungsi untuk mempromosikan produk atau perkhidmatan kepada pengguna.
Instagram Shopping adalah perkhidmatan yang curated dan bersasar, maka
mengoptimumkan ketercapaian kepada pelanggan berpotensi.
Logo Instagram
20. 20
Bahagian Instagram Shopping di
Instagram.
-Duolingo
Aplikasi seterusnya adalah Duolingo. Idea untuk Duolingo diperkenalkan
pada 2009 oleh seorang professor Carnegie Mellon University yang Bernama Luis
von Ahn dan pelajar sarjananya Severin Hacker. Duolingo adalah aplikasi untuk
belajar secara percuma lebih 30 bahasa seperti Mandarin, Sepanyol dan Inggeris. Kini,
Duolingo mempunyai lebih 500 juta pengguna di seluruh dunia dan terletak di tempat
Feed daripada Erin Kurlberg
di Instagram
21. 21
pertama sebagai platform pembelajaran bahasa. Pada awalnya, Duolingo
menggunakan testing dan crowdsourcing untuk membantu membina aplikasi yang
boleh disediakan secara percuma. Keperluan untuk memulakan pembayaran timbul
untuk menambah baik translasi dan untuk menggalakkan pengguna menjana translasi.
Duolingo menjadi platform yang sangat praktikal untuk individu mempelajari Bahasa
baharu. Hal ini berikutan ciri-cirinya yang membolehkan pembelajaran sepanjang
masa di mana-mana sahaja. Dengan peringatan dan reka bentuk yang menarik, ia
berfungsi untuk menarik perhatian pengguna untuk menggunakannya secara konsisten.
Bukan itu sahaja, platform ini juga menjadi pusat sehenti kerana menyediakan bahasa
yang pelbagai. Malah, dengan kaedah brain gamification yang digunakan,
pembelajaran adalah lebih interaktif dan seolah-olah bermain permainan semata-mata.
Setiap pengguna berguan dari tahap A1 dan berupaya untuk bergerak ke atas jika
berjaya menyiapkan tugasna yang diberikan.
Duolingo dihasilkan, asalnya, menggunakan Python. Kemudian, pembangunan
Duolingo dialihkan kepada Scala. Scala menggabungkan penprograman
berorientasikan objek dan berfungsi ke dalam satu Bahasa program yang padat dan
berperingkat tinggi. Scala terbukti lebih baik daripada Bahasa lain kerana sifatnya
yang lebih padat. Maka, kurang tenaga kerja diperlukan untuk mencapai fungsi yang
dikehendaki. Selain itu, Scala juga kurang cenderung untuk diserang virus atau bugs.
hal ini memudahkan penyelenggaraan dari semasa ke semasa serta mengurangkan
kekerapan untuk melakukan penyelenggaran. Penggunaan Scala juga menjimatkan
lebih banyak masa serta menyediakan persembahan yang efisien. Scala, sehingga hari
ini, menunjukkan zero downtime. Hal ini jauh berbeza daripada infrastruktur
Duolingo yang lain, di mana downtime purata adalah selama 2 jam untuk setiap 3
bulan.
24. 24
4.0 Aplikasi ICT berkaitan dengan ekonomi digital
Penggunaan aplikasi ICT dalam kehidupan kini tidak dapat dielakkan kerana
kebanyakkan rutin harian telah diintegrasikan dengan teknologi. Daripada pembelian
keperluan harian kepada pengangkutan, teknologi diperlukan.
Antara aplikasi ICT adalah pembayaran tol. Dengan digitalisasi, kaedah
pembayaran tol telah berlaih kepada cashless atau tanpa tunai. Seseorang itu boleh
menggunakan Touch N Go, Smart Tag atau RFID untuk melakukan bayaran. Kaedah-
kaedah ini menjimatkan masa dan tenaga kerja yang diperlukan untuk beroperasi ke
tol-tol. Begitu juga dengan pengangkutan awam, jika dahulu pembayaran secara tunai
dilakukan, kini seseorang itu hanya perlu mengeskan sekeping kad untuk
menggunakan sebarang pengangkutan. hal ini mengurangkan kontak dengan orang
luar dan seseorang itu tidak perlu beratur panjang untuk mendapatkan tiket di kaunter.
Tidak dilupakan juga pembelian tiket di atas talian, yang membolehkan individu
mendapatkan tiket atau tempahan tanpa perlu ke premis berkenaan. Kaedah ini
terbukti sangat berguna kerana seseorang itu dapat memeriksa kekosongan dan
melakukan tempahan serta-merta. Jika dahulu, seseorang itu perlu ke premis yang
berkenaan untuk mendapatkan tiket, dan lebih mengeruhkan keadaan sekiranya tiket
habis dijual.
Selain itu, pembelian boleh dilakukan melalui transaksi atas talian juga. Lazimnya,
penggunaan kad kredit atau debit, kod QR atau perbankan atas talian. Keadaan ini
mengurangkan kebergantungan kepada tunai, seseorang itu tidak perlu risau sekiranya
tunai yang dimiliki mencukupi atau tidak. Seseorang itu juga tidak perlu membawa
tunai yang banyak atau sentiasa risau kemungkinan untuk dirompak. Sekiranya
dirompak atau kehilangan kad kredit atau debit, seseorang itu boleh menghubungi
bank berkaitan untuk pembatalan kad. Keadaan ini ditambah baik dengan pengguna
Grab, Shopee Food atau Foodpanda yang menyediakan perkhidmatan penghantaran
makanan. Seseorang itu dapat memesan makanan daripada premis makanan yang
dikehendaki dan dihantar pesanan ke pintu rumah. Hal ini semestinya menyokong
rutin harian individu sekiranya seseorang itu sibuk dengan kerja-kerja lain atau tidak
mempunyai pengangkutan untuk ke premis makanan. Bukan itu sahaja, aplikasi-
aplikasi ini sering kali menawarkan promosi atau diskaun untuk pelanggan, dengan
25. 25
penghantaran percuma atau potongan harga. Maka ia bukan sahaja menjimatkan masa
dan tenaga, malah menjimatkan wang individu.
Tambahan pula, penggunaan aplikasi ICT terbukti berkesan untuk mengadakan
seminar, kuliah, kelas dan sebagainya. Walaupun, kini kita sedang beralih Kembali ke
perjumpaan bersemuka. Aplikasi seperti Google Meet, Zoom atau Skype masih
digunapakai untuk melakukan mesyuarat. Bukan itu sahaja, aplikasi seperti Whatsapp,
Telegram, Line dan sebagainya digunakan untuk berhubungan dengan ahli keluarga
serta rakan-rakan secara percuma. Sekiranya dahulu, pembayaran perlu dilakukan
untuk menelefon, lebih-lebih lagi jika perhubungan antarabangsa. Kini, video call,
group chat dan sebagainya boleh dilakukan tanpa membelanjakan wang, hanya akses
internet diperlukan. Perkongsian sebarang dokumen juga dimudahkan dengan aplikasi
ICT. Dengan adanya aplikasi seperti email, Bluetooth, ShareIt dan sebagainya,
perkongsian dokumen, imej, MP4 dan sebagainya adalah lebih mudah dengan kualiti
dikekalkan.
Aplikasi ICT juga dilihat dalam aspek sekuriti. Penggunaan CCTV untuk sentiasa
memantau dan memeriksa keadaan orang tersayang atau harta benda terbukti amat
penting. Begitu jugalah dengan penggunaan dashcam di dalam kenderaan. Rakaman
daripada teknologi ini dikumpulkan sebagai cloud-based data yang kemudiannya
dapar dirujuk kembali tanpa sebarang masalah. Malah, keberadaan orang tersayang
juga dilihat dengan tracker di dalam telefon pintar. Hal ini memudahkan untuk kita
memantau keberadaan orang tersayang apabile mereka keluar, menaiki kenderaan
awam dan sebagainya. Tatkala, teknologi mampu mendatangkan musibah, teknologi
juga menjadi medium untuk menyelesaikan masalah yang timbul.
5.0 Kesimpulan
Kesimpulannya, teknologi sememangnya memudahkan kehidupan manusia dalam
rutin harian. Pelbagai aktiviti harian diintegrasikan dengan ICT untuk meringankan
beban masyarakat. Tidak dinafikan teknologi semakin menjadi sebahagian dalam
kehidupan ke arah menjadi negara maju. Atas dasar itu, lebih ramai perlu diajar untuk
menjadi celik IT terutamanya golongan tua supaya mereka tidak berasa susah untuk
menggunakan teknologi yang ada. Bukan itu sahaja, akses kepada jalur lebar dan
26. 26
peranti perlu diperluas agar ramai dapat dinikmati kemudahan yang disediakan
teknologi.
Rujukan
Bag, S., Yadav, G., Dhamija, P., & Kataria, K. K. (2021). Key resources for industry
4.0 adoption and its effect on sustainable production and circular economy: An
empirical study. Journal of Cleaner Production, 281, 125233.
https://doi.org/10.1016/j.jclepro.2020.125233
Berger, T., & Frey, C. B. (2015). Industrial renewal in the 21st century: evidence
from US cities. Regional Studies, 51(3), 404–
413. https://doi.org/10.1080/00343404.2015.1100288
Brewster, M. (2020) Annual Retail Trade Survey Show Impact Of Online Shopping
On Retail Sales During Covid-19 Pandemic. E-Commerce Sales Surged
During the Pandemic. United States Census Bureau.
https://www.census.gov/library/stories/2022/04/ecommerce-sales-surged-
during-pandemic.html [23 September 2022]
Ganesan, V. (2021) Malaysia E-shopping King of the Region, 9 out of 10 Online by
end-2021. Edge Weekly.
Zhang, W., Zhao, S., Wan, X., & Yao, Y. (2021). Study on the effect of digital
economy on high-quality economic development in China. PLOS ONE, 16(9),
e0257365. https://doi.org/10.1371/journal.pone.0257365