LMCP 2502 PENGANGKUTAN BANDAR | PROJEK AKHIR | A171972
1. PROJEK AKHIR
NAMA : SEMALATHA A/P PADMANATHAN
NO MATRIK : A171972
NAMA PENSYARAH : PROF.DATO’ IR. DR RIZA ATIQ ABDULLAH BIN O.K.
RAHMAT
LMCP 2502 PENGANGKUTAN BANDAR
3. ● Skudai merupakan sebuah bandar yang terletak di Iskandar Puteri,
Daerah Johor Bahru, Johor, Malaysia. Ia terletak 16 kilometer dari
bandaraya Johor Bahru. Skudai merupakan sebahagian daripada
koridor pembangunan baru di kawasan barat daya Johor, yang
merangkumi Lapangan Terbang Antarabangsa Senai, Pelabuhan
Tanjung Pelepas dan pusat pentadbiran negeri Johor yang terkini
iaitu, Iskandar Puteri. Penduduknya adalah sekitar 160,000 dan
210,000 orang. Skudai terletak 8 km dan 16 km dari Kulai, Senai
dan bandaraya Johor Bahru.
● Skudai mempunyai sistem pengangkutan dan jaringan jalan raya
yang baik.
Bandar Skudai, Johor Bahru
5. Masalah pengangkutan yang dihadapi:
01 03 04 05
Kesesakan
lalu lintas
Kekurangan
kemudahan
pengangkutan
aktif
Kekurangan
kemudahan
pengangkutan
awam
Pencemaran
udara dan
bunyi (hingar)
02
Kemalangan
Jalan Raya
6. Kesesakan jalan raya dan pencemaran udara dan bunyi:
PUNCA KESESAKAN JALAN RAYA :
• Pengunaan kenderaan persendirian yang
terlalu banyak.
• Jalan raya yang sempit (tidak muat kenderaan
yang banyak).
• Tiada laluan khas bagi pengangkutan awam
dan kenderaan berat.
• Penggunaan pengangkutan awam yang
kurang.
PUNCA PENCEMARAN UDARA DAN BUNYI :
• Penggunaan sumber tenaga, umpamanya fosil
yang dibakar oleh enjin kenderaan
meningkatkan pencemaran udara dan
seterusnya memberi impak negatif kepada
kesihatan.
• Bunyi enjin kenderaan menganggu
ketenteraman penduduk.
7. Kekurangan kemudahan pengangkutan awam dan
pengangkutan aktif:
MASALAH PENGANGKUTAN AWAM :
• Bilangan bas awam dan teksi semakin
berkurangan.
• Tambang teksi yang terlalu tinggi.
• Pengguna pengangkutan awam terpaksa
menunggu lama kerana pengangkutan awam
seperti bas tidak sampai pada masa yang
ditetapkan.
MASALAH PENGANGKUTAN AKTIF:
• Laluan basikal dan pejalan kaki adalah kurang.
• Laluan yang sedia ada tidak buat
penyelenggaran.
8. Kemalangan Jalan Raya :
PUNCA KEMALANGAN JALAN RAYA :
• Pemandu tidak mematuhi peraturan jalan
raya dan memandu dengan cuai.
• Struktur jalan raya yang tidak baik seperti
berlubang-lubang.
• Langkah penenangan lalu lintas yang tidak
mencukupi.
• Jalan raya yang sempit.
• Keadaan kereta yang kurang baik ataupun
rosak.
9. Polisi pengangkutan yang
dicadangkan
▪ Membina jalan raya yang alternatif bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas serta
melebarkan jalan raya yang sempit.
▪ Menjadikan kadar pengeluaran karbon dari kenderaan kepada 0% bagi mengurangkan
pencemaran udara.
▪ Membina lebih banyak laluan basikal dan pejalan kaki termasuk jejantas serta
meningkatkan kemudahan untuk pejalan kaki dan basikal.
▪ Meningkatkan kuantiti dan kualiti perkhidmatan pengangkutan awam seperti rel, bas dan
teksi terutamanya di kawasan penduduk yang banyak.
▪ Menaik taraf dan membuat penyelenggaran struktur jalan raya dari masa ke semasa.
▪ Menguatkuasakan peraturan jalan raya.
▪ Mengaplikasikan teknik penenangan lalu lintas terutamanya di kawasan yang sibuk.
10. Perancangan Jangka Pendek (3 tahun)
Menyediakan laluan khas bagi pengangkutan aktif di
semua kawasan.
Menyediakan aplikasi pengangkutan awam bagi
pengguna mudah mendapat informasi termasuk
keberadaan pengangkutan awam.
Menaik taraf dan membuat penyelenggaran jalan raya,
laluan basikal serta pejalan kaki yang sedia ada.
Mengadakan kempen bagi memberi kesedaran tentang
kepentingan pengangkutan awam dan pengangkutan
aktif kepada penduduk.
Meningkatkan perkhidmatan dan kecekapan pengangkutan
awam seperti bas membina lebih perhentian bas
berhampiran dengan kawasan perumahan.
11. Perancangan Jangka Panjang (30 tahun)
Mengaplikasikan Sistem Pengangkutan Pintar (ITS).
Menyekat pemilikan dan penggunaan kenderaan persendirian
dengan mengadakan Certificate of Entitlement (CoE) dan
mengenakan cukai yang tinggi.
Menyediakan laluan khas bawah tanah terutamanya
kepada bas dan kenderaan berat.
Menyediakan perkhidmatan pengangkutan awam seperti rel di kawasan-
kawasan diperlukan.
Membina jalan raya bertingkat bagi mengurangkan kesesakan
lalu lintas.
02
05
03
04
01