1. SOALAN
1) Apakah ciri-ciri penulisan berita?
Laporan fakta dan pendapat mengenai sesuatu kejadian
Apa sahaja yang diminati pembaca tetapi tidak menyalahi undang-undang atau etika
kewartawanan
Perbincangan orang ramai
Kegiatan semasa
Maklumat tepat dan penemuan pendapat baru
Ciri-ciri lain seperti:
i. Penting
- berdasarkan persepsi seseorang
- berdasarkan minat dan budaya, kepercayaan dan cara hidup
- menarik minat pembaca
ii. Benar
- fakta yang tepat (bukan rekaan)
- sumber berita benar
- dipertanggungjawabkan atas kebenaran
- kejadian disaksikan sendiri
- sumber layak dipercayai
iii. Cepat
- cepat diperolehi
- dipengaruhi kemajuan alatan penerbitan
- hari ini berlaku,esok disiarkan (akhbar)
- seperti liputan pilihanraya dan bencana alam (tsunami, banjir, tanah
runtuh, jerebu, ribut)
2) Apakah tanggungjawab /tugas seorang wartawan?
2. Dalam menjalankan tugas setiap wartawan di negara ini disarankan supaya mematuhi rukun
moral yang digariskan oleh Kesatuan Wartawan Kebangsaan Malaysia (National Union of
Journalists). Rukun moral yang digariskan oleh Kesatuan Wartawan Kebangsaan Malaysia
(NUJM) ialah:
Menghormati kebenaran dan hak orang ramai untuk mendapatkan laporan yang benar dan
tepat.
Mempertahankan dua prinsip penting iaitu kebebasan mencari dan mencetak
laporan secara jujur dan hak mengulas dan menegur secara adil tanpa tekanan
daripada mana-mana pihak.
Laporan yang dibuat hanya berdasarkan fakta-fakta yang jelas dan sahih daripada
sumber juga yang jelas dan sah.
Cara yang digunakan untuk mendapat berita, gambar dan dokumen penting
hendaklah secara jujur dan mengikut undang-undang.
Sanggup menyiarkan kembali kenyataan yang benar jika berlaku kesilapan dalam
laporan awal.
Memelihara supaya tidak menyiarkan sumber jika diminta berbuat demikian.
Mengelakkan kesalahan besar dengan sengaja yang termasuk plagiarisme, fitnash,
umpat, tohmahan, cacian, tuduhan tanpa asas, rasuah supaya menyiar atau
menyembunyikan sesuatu dalam laporan.
Tidak tunduk kepada sebarang tekanan, paksaan atau ancaman untuk
mempengaruhi keputusan terhadap laporan yang difikir penting dan patut diketahui
umum.
3) Senaraikan tiga akhbar berbahasa Cina yang anda tahu.
Oriental Daily News
China Press,
Sin Chew Jit Poh
Sin Chew Daily
Guang Ming
Kwong Wah Yit Poh
Nanyang Siang Pau
3. 4) Apakah dua saiz akhbar yang terdapat di pasaran hari ini?
Broadsheet
(China Press, Sin Chew Jit Poh, Utusan Malaysia, Tamil Nesan, dan Malaysia
Nanban)
Compact
(Berita Harian, Harian Metro, Kosmo, Sinar Harian)
5) Jika berlaku kemalangan, senaraikan sumber yang layak untuk seorang wartawan
mendapatkan maklumat bagi menjayakan penulisan berita.
Polis,
Hospital/ klinik,
Bomba,
Pasukan sukarela,
Saksi/ penduduk setempat.
6) Apakah rasional meletakkan nama sebenar, no kad pengenalan dan nombor telefon jika
anda menghantarkan tulisan ke ruangan berbentuk pendapat pembaca seperti FORUM untuk
Berita Harian.
Perlu dicatatkan butir-butir peribadi-nama sebenar, no. kad pengenalan dan no.
telefon
Faktor kebertanggungjawaban penulis
Bertujuan untuk menyatakan identiti penulis walaupun pada surat yang menggunakan
nama samara
7) Senaraikan tiga tajuk puisi bertemakan kecintaan alam sekitar yang ada dalam kumpulan
puisi DANAU DI DADAKU.
Sungai
Budi Bumi Tercinta
Demi Anugerah Itu Bertamu
4. Dunia Kecintaan
8) Apakah nama program bual bicara yang tersiar dalam TV3 sempena Pilihanraya Ke-13
baru-baru ini?
Perbualan Bersama PM di TV3
Mandat 2013
9) Nyatakan dua akhbar terbitan Utusan Melayu (M) Berhad.
Utusan Malaysia,
Mingguan Malaysia
10) Senaraikan 3 akhbar terbitan Media Prima Berhad.
New Straits Times,
Berita Harian,
Harian Metro