1. KEMAHIRAN PEMBELAJARAN ABAD KE 21
KESEDIAAN UNTUK
PENDIDIKAN TINGGI DAN
ALAM PEKERJAAN
KOMUNIKASI
(communication)
KOLABORATIF
(collaboration)
PEMIKIRAN
KRITIS
(critical thinking)
PEMIKIRAN
KREATIF
(creative thinking)
2. KEMAHIRAN PEMBELAJARAN ABAD KE 21 DALAM PENDIDIKAN
Dalam menjalani abad ke-21, kemahiran pedagogi seseorang guru perlu memiliki kemahiran
pembelajaran dan inovasi, kemahiran maklumat,media dan teknologi, dan kemahiran hidup.
Selain itu terdapat pelbagai elemen yang perlu diberi perhatian dalam menguasai kemahiran
abad ke-21 ini. Elemen-elemen tersebut adalah seperti yang berikut;
• Kreativiti dan Inovasi
• Pemikiran kritis
• Komunikasi
• Kolaborasi
KEMAHIRAN PEMBELAJARAN ABAD KE-21
1. KEMAHIRAN KOMUNIKASI
- Sesuai dengan perkembangan teknologi, maka pelajar haruslah mempunyai literasi
terhadap maklumat dan media atau lebih mudah lagi disebut celik IT.
- Selaras dengan kemajuan teknologi dan sistem komunikasi yang bertambah canggih
dengan adanya internet dan jalur lebar, maka ianya mendorong kepada pengukuhan
kemahiran berkomunikasi yang lebih berkesan. Komunikasi yang berkesan juga boleh
membantu pelajar abad ke-21 dalam memperolehi ilmu dengan lebih meluas dan
dunia tanpa sempadan.
- Kemahiran komunikasi adalah amat penting bagi membolehkan pelajar membuat
pertukaran pemikiran dan idea menerusi lisan dan tulisan.
3. 2. KEMAHIRAN KOLABORATIF
- Kemahiran penting yang perlu dikuasai oleh pelajar adalah kemahiran kolaborasi dan
interpersonal. Melalui kemahiran ini pelajar akan mempunyai semangat juang dan
ketrampilan diri yang unggul, serta mampu untuk berkolaborasi dengan rakan sekelas
yang lain.
- Perkembangan kemahiran ini juga perlu bersifat terarah kendiri, dengan cara setiap
pelajar belajar mengikut aras kebolehan masing-masing.
- Kemahiran ini juga membolehkan pelajar bekerjasama dalam satu pasukan untuk
mencapai sesuatu matlamat.
3. KEMAHIRAN PEMIKIRAN KRITIS
- Pemikiran kritis merupakan sejenis pemikiran yang bersifat terbuka dalam menerima
sesuatu idea atau pendapat dan berupaya untuk cuba mempertimbangkan idea itu
semula dengan menganalisa semula ia secara kritis dan mengambil kira pelbagai
sudut dan aspek.
- Pelajar abad ke -21 juga perlu mempunyai jenis pemikiran yang kritis dan bersistem.
- Jenis pemikiran yang sebegini mampu memberi kelebihan kepada pelajar,
terutamanya apabila berkaitan dengan penyelesaian masalah.
- Kemahiran pemikiran kritis sangat perlu bagi seseorang pelajar. Seseorang pelajar
tidak harus menerima sesuatu perkara tanpa menilainya terlebih dahulu. Oleh sebab
itu, pemikiran kritis adalah sangat penting supaya pelajar dapat menapis dan menilai
kebenaran sesuatu perkara yang diperolehi.
- Kemahiran pemikiran kritis membantu pelajar membuat keputusan dan
menyelesaikan masalah di samping membantu pelajar membuat banding beza,
mengkategori, menghuraikan dan membuat rumusan serta ramalan.
4. 4. KEMAHIRAN PEMIKIRAN KREATIF
- Kemahiran pemikiran kreatif adalah keupayaan seseorang untuk mencipta atau
menghasilkan sesuatu yang baru dan pada masa yang sama mampu mengolah dan
mengembangkan sesuatu idea.
- Melalui pembelajaran abad ke-21, guru – guru mampu menghasilkan pelajar yang
berani menghasilkan idea-idea kreatif di samping sanggup menerima risiko dan
kritikan orang lain.
- Pemikiran kreatif juga membantu pelajar menghasilkan idea serta mereka cipta untuk
menghasilkan sesuatu yang baru.
- Kemahiran pemikiran kreatif membantu pelajar membuat keputusan dan
menyelesaikan masalah. Melalui kemahiran ini pelajar mampu untuk menjana dan
menghasilkan idea, membuat hipotesis, mengsintesis dan membuat hubungkait.