Se ha denunciado esta presentación.
Utilizamos tu perfil de LinkedIn y tus datos de actividad para personalizar los anuncios y mostrarte publicidad más relevante. Puedes cambiar tus preferencias de publicidad en cualquier momento.

Imbuhan pinjaman

29.405 visualizaciones

Publicado el

imbuhan pinjaman bm

Publicado en: Educación
  • Sé el primero en comentar

Imbuhan pinjaman

  1. 1. Imbuhan Pinjaman ( Koleksi Nota ) Nota : Tatabahasa ( Imbuhan Pinjaman)  Imbuhan pinjaman dalam bahasa Melayu terdiri daripada imbuhan awalan dan akhiran Awalan maha -: yang bermaksud sangat, amat atau teramat. Contoh: Maha_ Maksud Mahaguru Guru yang tertinggi pangkatnya di maktab perguruan atau universiti, profesor,ketua sesuatukumpulan silat. Maharaja Raja besar, gelaran atau sebutanbagi orang besar Mahasiswa Penuntut di universiti mahasiswi Penuntut perempuan di universiti Awalan tata - : yang bermaksud peraturan, acara, kaedah susunan atau sistem Tata - Maksud Tatacara Susunan acara, agenda Tatabahasa Pengetahuan atau pelajaran tentang pembentukan perkataan dan proses pembinaan ayat ( penyusunan kata dalam ayat) dan lain-lain,nahu. Tatacara Cara dan peraturan Tatanegara Susunan dan bentuk pemerintahannegara. Tatasusila Adat sopan-santun dan budi perkerti yang baik. tatatertib Peraturan-peraturanyang perlu dipatuhi, disiplin. Akhiran wan : bermaksud pelaku atau pemilik. Contoh: -wan Maksud Angkasawan Orang yang pergi ke angkasa lepas. Bangsawan Orang yang berbangsa atau keturunan mulia. Budayawan Ahli dalam bidang kebudayaan (tamadun, peradaban) Cendekiawan Orang atau golongan cerdik pandai, terpelajar, intelektual Dermawan Orang yang suka menderma ( pemurah ) Jelitawan Gadis atau wanita yang jelita ataucantik Jutawan Orang yang kaya dan memiliki harta yang banyak Hartawan Berharta , kaya Karyawan Penghasil karya, pencipta atau penulis Negarawan Orang yang mahir dengan cara pemerintahan Negara, orang yang memegang atau pernah memegangntampuk pemerintahan sesebuah negara. Olahragawan Orang lelaki yang terlatih,mahir atau mengambil bahagian dalam olahraga. Peragawan Lelaki yang mempamerkan atau memperagakan pakaian. Pustakawan Orang yang mempunyai pengetahuan yang mendalam tentang perpustakaan dan terlibat dalampengurusan perpustakaan, ahli perpustakaan. Rupawan Perempuan yang cantik. sejarawan Ahli sejarah Sukarelawan Orang lelaki yang melakukan sesuatudengan suka rela. Usahawan Orang yang mengusahakan sesuatu perusahaaan, pengusaha.
  2. 2. Wartawan Orang yang menulis berita atau rencana untuk media massa. Akhiran – man : bermaksud yang ahli atau pemilik sesuatu sifat. Contoh: - man Maksud Budiman Orang yang berbudi Seniman Orang yang mempunyai bakat seni dan dapat mencipta hasil seni serta dapat memperagakan hasil seninya seperti pelukis,penyair, penyanyi. Akhiran – wati : bermaksud perempuan yang ahli Contoh: - wati Maksud Olahragawati Orang perempuan yang terlatih,mahir atau mengambil bahagian dalam olahraga. Peragawati Permpuan yang memperagakan atau mempamerkan pakaian yang dipakainya. Seniwati Bintang filem Sukarelawati Orang perempuan yang melakukan sesuatu dengan sukarela. Akiran - ita : bermaksud wanita. Contoh: -ita Maksud bidunita Penyanyi atau pelakon wanita.

×