SlideShare una empresa de Scribd logo
1 de 5
Descargar para leer sin conexión
Definisi
Pengklonan  merupakan suatu proses menghasil dan menyalin sesuatu makhluk yang baru dari spesis makhluk yang sama dengannya melalui proses pengembangan sel-sel tertentu melalui kaedah tertentu. Ia melibatkan klon manusia, binatang dan juga tumbuh-tumbuhan. Organisma hidup terbina daripada unit-unit sel. Begitu juga dengan badan manusia. Pengklonan merupakan suatu prosedur yang mengeluarkan salinan turutan DNA yang tunggal dalam bilangan yang banyak tanpa pembiakan seks. Ini menyebabkan organisma yang dihasilkan dimasukkan ke dalam ovum yang tidak tersenyawa, yang dikeluarkan nukleusnya. Pengklonan bermaksud penghasilan anak yang sama dengan induk dari segigenetik. Contoh klon semula jadi ialah organisma yang membiak secara aseks.Walau bagaimanapun, klon buatan dapat dihasilkan dengan teknik pengklonan, iaitu proses makmal yang menghasilkan induk yang mempunyai unsur genetik yang sama dengan induk penderma. Klon haiwan yang sudah matang dicipta melalui proses pemindahan nuklear sel sama. Ini adalah salah satu proses pembiakan yang biasa di kalangan tumbuh-tumbuhan dan sel-sel mikroorganisma, yang juga dikenali sebagai pertunasan.Pengklonan dilakukan secara meluas khususnya dalam bidang pertanian melalui pengkulturan tisu, contohnya getah klon, durian malah kelapa sawit klon. Sekarang, proses pengklonan boleh diperlakukan sesama manusia adalah serba serupa dengan induknya daripada segi genetiknya mahupun fizikalnya.
Latar Belakang
Perkataan klon berasal daripada Bahasa Yunani, “klwn” yang bermaksud tunas. Klon, atau tunas, adalah replika atau pendua (fotostat) daripada sesuatu organisme. Pengklonan adalah satu proses pembiakan seksual tanpa memerlukan percantuman sel jantan (sperma) dengan sel betina (ovum). Sebenarnya, teknik pengklonan telah dijalankan berpuluh-puluh tahun yang lalu. Banyak ahli sains yang menyoalkan bahawa adakah pengklonan haiwan berlaku pada 1950-an. Adalah dipercayai bahawa species yang julung-julungkali dijalankan eksperimen pada masa itu ialah berudu, iaitu anak katak pada tahun 1952. Akan tetapi, tiada bukti yang mengesahkannya kerana eksperimen tersebut tidak terbuka kepada orang awam. Pada tahun 1963, seorang embriologi Cina yang bernama Tong Dizhou, telah mengklonkan seekor ikan. Keputusan pengklonan tersebut telah diterbitkandalam journal sains Cina, yang tidak diperterjemahkan dalam Bahasa Inggeris. Pada tahun 1997, mamalia yang pertama telah diperklonkan. Seekor bebiri,bernama Dolly, telah berjaya diperklonkan di Institusi Roslin di Edinburgh,Scotland. Ia hidup selama 6 tahun dan disahkan meninggal dunia kerana menghidapi penyakit peparu. Kesannyanya, ini mengakibatkan berlakunya kontroversi bahawa klon-klon speciestidak hidup lama. Ahli sains Roslinmembela bahawa Dolly mati disebabkan oleh penyakit peparu yang biasa dijangkitioleh bebiri, terutamanya bebiri yangdiperlihara di dalam bangunan. Memangtidak dapat disangkalkan, Dolly merupakan seekor bebiri yang dilindungi dengan sekuriti yang ketat. Ini sebablah Dolly dijangkiti penyakit tersebut lalu meninggal dunia. ada tahun-tahun yang seterusnya, pelbagai species berjaya diperklonkan. Antaranya termasuklah kuda, kucing dan monyet. Malah, pada tahun 2002, seorang bayi manusia yang bernama Eve, telahdilahirkan dengan teknik pengklonan, oleh Dr Brigitte Boisselier di AmericaSyarikat. Kelahiran bayi itu, katanya, bukan saja menggembirakan ibu bapabayi terbabit malah memberi harapan kepada pasangan yang bermasalahuntuk mendapatkan anak. Eve dikatakan diklon daripada ibunya, seorangwarga Amerika Syarikat berusia 31 tahun. Pengklonan Eve dilakukan selepaswanita itu dan suaminya gagal mendapat anak disebabkan suaminya mandul. Walaupun ramai yang mempertikaikan kesahihan dakwaan saintis aliens ini(saintis terbabit percaya manusia dijadikan oleh makhluk asing atau aliens),kelahiran Eve sebenarnya menandakan bermulanya satu era baru dalamkelahiran manusia. Kelahiran pertama seorang bayi yang tidak mengikuthukum fitrah, tidak menerusi percampuran lelaki dan perempuan,persenyawaan air mani dan telur, sebaliknya dicambah melalui mana-mana selbadan manusia untuk menghasilkan penduaan.
Hujah-hujah menyokong pengklonan
,[object Object],Egoisme Etika
Egoisme Etika bermaksud sesuatu tindakan itu membawa kegembiraan kepada diri sendiri.
Pengklonan dianggap wajar jika ia mendatangkan kesan yang baik. Memang tidak dapat dinafikan bahawa pengklonan akan menangani masalah kemandulan dan masalah kehamilan wanita. Kebanyakkan pasangan suami isteri mempunyai keinginan mewarisi atau melahirkan zuriat, mereka boleh melahirkan zuriat memalui proses pengklonan.Pengklonan membawa kebaikan kepada pasangan suami isteri yang tidak mempunyai keupayaan untuk melahirkan anak. Oleh itu, pengklonan adalah bermoral dari aspek Egoisme. Melalui pengklonan, mereka dikurnia harapan baru untuk memperoleh anak mereka yang tersendiri. Berdasarkan kepada artikel tersebut, pengklonan telah menghasilkan bayi klon yang pertama di Miami yang menandakan era kelahiran baru manusia. Selain itu, bayi perempuan yang dilahirkan memalui pengklonan berada dalam keadaan sihat dan baik dalam artikel cukup membuktikan pengklonan harus diteruskan. Perasaan kebahagiaan mereka memang tidak dapat dibayangkan melalui pengucapan kata-kata. Oleh itu, pengklonan merupakan tindakan yang bermoral dari aspek Egoisme Etika kerana ia membawa kegembiraan kepada diri sendiri.
Kemajuan Sains dan teknologi sebagai pemangkin pengklonan
Utilitarianisme
Utiltitarianisme bermaksud sesuatu tindakan itu betul ataupun bermoral sekiranya tindakan itu berguna untuk membawa kesan yang baik atau yang diingini.
Kemajuan sains dan teknologi hari ini akan menyumbang kepada perkembangan pengklonan yang memberi harapan baru kepada masalah kemandulan dan kehamilan wanita. Secara umun, pengklonan ditarif sebagai tindakan bermoral dari Utilitarianisme kerana ia dapat menghasilkan persenyawaan  baik,  ciri-ciri yang baik genetic induk dapat dipilih dan diwariskan, bilangan klon yang baik dapat dihasilkan pada masa yang singkat. Berdasarkan artikel tersebut, kemajuan sains dan teknologi telah menghasilkan mamalia yang pertama dalam dunia iaitu berbiri yang diberi namanya, Dolly selepas 247 kali makmal eskperimen. Isu pengklonan hangat ini telah  cukup menggemparkan sejarah sedunia. Seterusnya bayi klon yang pertama yang dilahirkan dilahirkan dalam Miami turut memberi harapan baru kepada era kelahiran manusia. Melalui pengklonan, ia turut memberi peluang kepada pakar-pakar pengklonan untuk mengkaji tentang pemindahan sel-sel organ dan sum-sum tulang dan langkah-langkah untuk mengatasi masalah pemupusan. Dalam sektor pertanian pula, pengklonan dapat menjamin keseragaman baka yang baik dan bilangan klon yabg baik dapat ditingkatkan pada masa yang singkat sekali gus meningkatkan hasil pengeluaran tanaman. Boisselier dalam artikelnya turut menyatakan bahawa pihaknya telah memajukan janin  manusia sehingga ke peringkat blastosis iaitu peringkat sehingga kira-kira 5 atau 6 hari selepas kesuburan di mana embrio berkembang kepada lebih 100 sel telah cukup membuktikan pengklonan dapat mencapai tahap kemajuan yang tinggi yang membawa kebaikan yang maksima kepada masyarakat. Olen itu, pengklonan merupakan tindakan yang wajar dari pandangan aliran Utilitarianisme.
Hujah-hujah menentang pengklonan
,[object Object],Teori Deontologikal
Teori Deontologikal bermaksud menentukan sama ada seseorang itu bermoral atau tidak, bukan diukur pada kesan perbuatan seseorang, tetapi perbuatan itu sendiri kerana kita masih boleh mengawal perbuatan kita sendiri.
Pengklonan telah mendapat tentangan yang hebat sedunia kerana ia mendatangkan kesan-kesan yang buruk seperti kematian, kecacatan dan ketidaksempurnaan. Dalam pengkajian pengklonan, banyak nyawa telah terkorban untuk menjalankan makmal eksperiman. Contohnya, pengklonan kambing hanya berjaya selepas 247 kali percubaan makmal dalam artikel ini.  Selain itu, manusia atau haiwan yang diklonkan akan mengalami  kecacatan dan ketidaksempurnaan pada sel-sel badan jika berlakunya kegagalan dalam proses pengklonan.  Contohnya, kambing biri-biri yang diklonkan mengalami penyakit genetik dan dikatakan tua sebelum masanya. Bedasarkan artikel tentang pengklonan, pengklonan adalah tidak bermoral dari teori deontologikal kerana tindakan Clonaid sendiri yang mengakibatkan kecacatan serius, kematian dan ketidaksempurnaan kepada klon. Oleh itu, Clonaid harus memberi pertimbangan dalam membuat pengkajian pengklonan supaya purata kecacatan dan ketidaksempurnaan dapat dikikis serta memberi jaminan kepada nyawa-nyawa klon yang tidak berdosa melalui makmal eksperiman. Hal ini demikian kerana prosedur-prosedur yang tidak terperinci dan pragmatik dapat membawa kesan-kesan yang buruk kepada masyarakat.
,[object Object],Teori Kemoralan Sosial
Berlandaskan Teori Kemoralan Sosial, baik atau buruk sesuatu tindakan diukur oleh masyarakat, bukannya individu yang menentukan sama ada sesuatu perbuatan itu betul atau salah. Teori kemoralan Sosial member penekanan kepada kemoralan yang ditentukan oleh peraturan, norma atau tatahukum masyarakat.
Tidak dapat dinafikan bahawa pengklonan merupakan sesuatu perbuatan yang bercanggah dengan fitrah kejadian sedunia. Ini merupakan punca utama menyebabkan penentangan klon. Proses pengklonan dilakukan dengan menyuntik gen lelaki ke dalam telur wanita yang telah dibuang nukleusnya dan diimplan ke dalam rahim. Ini telah melanggar etika bahawa hubungan seks harus dijalankan antara pengaulan semula jadi antara lelaki dan perempuan dan bayi merupakan bayi ciptaan Tuhan. Secara langsungnya, proses pengklonan juga melanggar dengan fitrah kejadian iaitu mengetepikan proses yang sehalusnya. Melalui artikel , pengklonan bayi telah melanggar etika sedunia yang menentang pengklonan manusia. Pengklonan mendapat tentangan hebat antarabangsa kerana berlawanan dengan fitrah kejadian manusia. Oleh itu,  pengklonan dianggap sebagai perbuatan yang tidak bermoral dari teori kemoralan sosial kerana telah ditentang kuat oleh masyarakat dan perbuatan ini dianggap berlawanan dengan fitrah kejadian manusia.
Pandangan Agama Terhadap Pengklonan
,[object Object],Dalam al- Quran, terdapat beberapa ayat yang menerangkan dengan jelas mengenai proses pembiakan manusia yang memerlukan kehadiran sel sperma dan sel ovum. Bayi yang dilahirkan melalui proses biasa, akan mempunyai ciri genetik unik,iaitu gabungan ciri genetik daripada ibu dan bapanya. Jika dilihat kepada bayi klon, ia tidak mempunyai ciri genetik yang unik, sebaliknya mempunyai genetik yang sama dengan penyumbang DNAnya . Secara langsungnya, bayi klon adalah replika genetik kepada penyumbang DNA itu. Lazimnya, hanya kembar seiras yang mempunyai ciri genetiksama. Namun, dengan adanya teknologi pengklonan manusia ini, membolehkan klonmanusia mempunyai ciri genetik yang sama dengan ‘induk’ yang menyumbangkan DNA.
Oleh itu, dari pandangan agama Islam, Islam memandang berat kekeliruan ini kerana ia akan membawa kepada masalah penentuan nasab. Firman Allah bermaksud:“Dan Dialah Tuhan yang menciptakan manusia daripada air, lalu dijadikannya(mempunyai) titisan baka dan pertalian keluarga (persemendaan); dan sememangnyaTuhanmu berkuasa (menciptakan apa juga yang dikehendaki-Nya). (Surah Fussilat, ayat54). Dalam ayat tersebut, jelaslah diberitahu hanyalah Tuhan yang mempunyai kuasa untuk mencipta manusia bukan manusia mencipta manusia. Perbuatan mengklon manusia dilihat sebagai usaha manusia untuk bertindak luar daripada peraturan yang ditentukan Tuhan iaitu kelahiran manusia atau keturunannya melalui perkahwinan. Perbuatan pengklonan akan melahirkan satu generasi manusia yang cuba merendah-rendahkan kejadian manusia yang dimuliakan Tuhan. Pengklonan akan melahirkan generasi manusia yang boleh mencipta manusia danakan melahirkan manusia yang akan menafikan kekuasaan Tuhan. Perbuatan ini menyebabkan manusia berasa dirinya mempunyai kuasa dan mampu untuk mencipta serta menentukan kejadian manusia lain menurut kehendak dirinya. Ini akan menyeret manusia kepada kesesatan akidah kerana mereka beranggapan bahawa manusia juga boleh mencipta manusia sama seperti kekuasaan Tuhan mencipta kejadian alam ini.
Selain itu, Islam sangat mementingkan soal pertalian keluarga. Islam sangat menekankan perlunya institusi keluarga itu dipelihara. Dalam konteks ini, teknologi pengklonan manusia dilihat mampu meruntuhkan institusi keluarga yang ditekankan oleh Islam. Hal ini kerana dengan teknologi pengklonan manusia, peranan yang dimainkan oleh lelaki menjadi tidak lagi penting, sebaliknya wanita yang tidak berkahwin juga boleh mendapat anak. Ini tentu akan meningkatkan jumlah ibu tunggal dalam satu-satu masyarakat. Oleh itu, dari pandangan agama Islam, kesan yang dibawa oleh teknologi pengklonan manusia lebih banyak menyebabkan kemudaratan daripada kemanfaatan.Atas sebab inilah, Majlis Fatwa Kebangsaan, pada 2002, telah membuat keputusan bahawa pengklonan manusia untuk apa-apa tujuan sekalipun adalah diharamkan kerana ianya bertentangan dengan fitrah kejadian manusia yang ditentukan oleh Allah Swt. Ini kerana Islam adalah satu agama yang memelihara kemaslahatan (kebaikan)ummahnya. Sekiranya, sesuatu itu bertentangan dengan fitrah dan tidak memenuhi maslahah, sebaliknya menyebabkan kehancuran, sudah tentu Islam tidak mengharuskan penggunaannya.

,[object Object],Menurut ajaran asas Jesus Christ yang berkaitan rapat dengan kehidupan beretikaialah Rukun 10 (Ten Commandments) yang dicatatkan dalam buku “Exodus” dalam Perjanjian Lama Kitab Injil (Old Testament). Salah satu rukun adalah jangan membunuhdan jangan berzina. Perbuatan pengklonan manusia ini yang akan mengancam kesihatan ibu dan anak yang diklon serta menyebabkan bayi yang dilahirkan mati telah bertentangan dengan ajaran Krstian yang berkonsep menghargai nyawa seseorang.
Pengklonan juga membuatkan seseorang wanita tidak memerlukan lelaki danseorang isteri tidak memerlukan suami, kerana wujudnya perasaan dia boleh melahirkananak tanpa perlu kepada perkahwinan dan pembentukan keluarga. Jika ini berlakukeluarga yang akan terbentuk pasti berbeza daripada keluarga yang telah wujud selamaini. Dengan itu akan lahirlah satu keadaan hidup masyarakat yang luar daripada fitrahmanusia dan alam. Dan yang paling ditakuti, kaum lelaki tidak lagi diperlukan keranapembiakan tidak lagi kepada sperma. Perhubungan seksual dan homoseksual akandijadikan ‘bahan permainan’ hanya untuk memenuhi nafsu manusia dan ini adalahbertentangan dengan ajaran Kristian – Rukun 10 – tidak berzina.
Selain itu, menurut agama Kristian dalam “Holy Bible, New International Version, Genesis Chapter 2, Adam and Eve” tercatat bahawa: “Tuhan mencipta manusia mengikut rupanya, dengan imej Tuhan diciptanya satu lagi dia. Tuhan telah mencipta lelaki dan perempuan.” Selain itu, Tuhan berdoa dan berkata kepada ciptaannya, “Jadilah isitimewa dan tambahkan bilangan kamu untuk memenuhi bumi ini.” Oleh itu, dengan jelasnya, ayat suci ini memperkatakan hanyalah Tuhan yang mencipta manusia, bukan manusia mencipta manusia. Tuhan telah mencipta setiap manusia dengan keistimewaan masing-masing. Keistimewaan ini tidak sama antara setiap individu dengan individu lain.Sedangkan dalam pengklonan, orang yang diklonkan itu mempunyai DNA yang sama dengan penderma nukleus itu.

Pengklonan Definisi
Pengklonan Definisi
Pengklonan Definisi
Pengklonan Definisi

Más contenido relacionado

La actualidad más candente

Kloning Manusia
Kloning ManusiaKloning Manusia
Kloning Manusiasri_

Teknologi Genetik Dalam Islam
Teknologi Genetik Dalam IslamTeknologi Genetik Dalam Islam
Teknologi Genetik Dalam IslamFatimah Umaira

KLONING
KLONINGKLONING
KLONINGMery

University of Muhammadiyah Malang
University of Muhammadiyah MalangUniversity of Muhammadiyah Malang
University of Muhammadiyah MalangIrda Wiharti

Penyewaan Rahim Menurut Perspektif Islam
Penyewaan Rahim Menurut Perspektif IslamPenyewaan Rahim Menurut Perspektif Islam
Penyewaan Rahim Menurut Perspektif IslamMohd Shukri Mat Nor

Bioteknologi kloning kelas XII SMA - SMANJA
Bioteknologi kloning kelas XII SMA  - SMANJABioteknologi kloning kelas XII SMA  - SMANJA
Bioteknologi kloning kelas XII SMA - SMANJAEka Ranyy

Bayi klon pertama
Bayi klon pertamaBayi klon pertama
Bayi klon pertamaExo Wifeu

Bayi klon pertama
Bayi klon pertamaBayi klon pertama
Bayi klon pertamaExo Wifeu

Materi "KLONING" - Biologi - Kelompok 6 - Kelas XII MIPA 1 ( SMA NEGERI 1 SOE )
Materi "KLONING" - Biologi - Kelompok 6 - Kelas XII MIPA 1 ( SMA NEGERI 1 SOE ) Materi "KLONING" - Biologi - Kelompok 6 - Kelas XII MIPA 1 ( SMA NEGERI 1 SOE )
Materi "KLONING" - Biologi - Kelompok 6 - Kelas XII MIPA 1 ( SMA NEGERI 1 SOE ) AskalirEduardo

Presentasi 13 kloning, inseminasi buatan
Presentasi 13   kloning, inseminasi buatanPresentasi 13   kloning, inseminasi buatan
Presentasi 13 kloning, inseminasi buatanMarhamah Saleh

Tekhnologi kloning manusia
Tekhnologi  kloning manusiaTekhnologi  kloning manusia
Tekhnologi kloning manusiaAS Saprs

Teknologi Reproduksi Hewan
Teknologi Reproduksi HewanTeknologi Reproduksi Hewan
Teknologi Reproduksi HewanRiris Ros Lina

Makalah bayi tabung (rekayasagenetika ) dan sistem imun
Makalah bayi tabung (rekayasagenetika ) dan sistem imunMakalah bayi tabung (rekayasagenetika ) dan sistem imun
Makalah bayi tabung (rekayasagenetika ) dan sistem imunMJM Networks

La actualidad más candente (19)

Kloning
KloningKloning
Kloning

Kloning Manusia
Kloning ManusiaKloning Manusia
Kloning Manusia

Teknologi Genetik Dalam Islam
Teknologi Genetik Dalam IslamTeknologi Genetik Dalam Islam
Teknologi Genetik Dalam Islam

KLONING
KLONINGKLONING
KLONING

University of Muhammadiyah Malang
University of Muhammadiyah MalangUniversity of Muhammadiyah Malang
University of Muhammadiyah Malang

Kloning Nukleus
Kloning NukleusKloning Nukleus
Kloning Nukleus

Penyewaan Rahim Menurut Perspektif Islam
Penyewaan Rahim Menurut Perspektif IslamPenyewaan Rahim Menurut Perspektif Islam
Penyewaan Rahim Menurut Perspektif Islam

Kloning
KloningKloning
Kloning

Bioteknologi kloning kelas XII SMA - SMANJA
Bioteknologi kloning kelas XII SMA  - SMANJABioteknologi kloning kelas XII SMA  - SMANJA
Bioteknologi kloning kelas XII SMA - SMANJA

Bayi klon pertama
Bayi klon pertamaBayi klon pertama
Bayi klon pertama

Bayi klon pertama
Bayi klon pertamaBayi klon pertama
Bayi klon pertama

Materi "KLONING" - Biologi - Kelompok 6 - Kelas XII MIPA 1 ( SMA NEGERI 1 SOE )
Materi "KLONING" - Biologi - Kelompok 6 - Kelas XII MIPA 1 ( SMA NEGERI 1 SOE ) Materi "KLONING" - Biologi - Kelompok 6 - Kelas XII MIPA 1 ( SMA NEGERI 1 SOE )
Materi "KLONING" - Biologi - Kelompok 6 - Kelas XII MIPA 1 ( SMA NEGERI 1 SOE )

Presentasi 13 kloning, inseminasi buatan
Presentasi 13   kloning, inseminasi buatanPresentasi 13   kloning, inseminasi buatan
Presentasi 13 kloning, inseminasi buatan

Tekhnologi kloning manusia
Tekhnologi  kloning manusiaTekhnologi  kloning manusia
Tekhnologi kloning manusia

Terapi stem cell
Terapi stem cellTerapi stem cell
Terapi stem cell

Inseminasi
InseminasiInseminasi
Inseminasi

Teknologi Reproduksi Hewan
Teknologi Reproduksi HewanTeknologi Reproduksi Hewan
Teknologi Reproduksi Hewan

Kelompok 2.doc
Kelompok 2.docKelompok 2.doc
Kelompok 2.doc

Makalah bayi tabung (rekayasagenetika ) dan sistem imun
Makalah bayi tabung (rekayasagenetika ) dan sistem imunMakalah bayi tabung (rekayasagenetika ) dan sistem imun
Makalah bayi tabung (rekayasagenetika ) dan sistem imun

Similar a Pengklonan Definisi

Bioteknologi Kloning
Bioteknologi KloningBioteknologi Kloning
Bioteknologi Kloningeka rani

2-Bioteknologi-Kloning.pdf
2-Bioteknologi-Kloning.pdf2-Bioteknologi-Kloning.pdf
2-Bioteknologi-Kloning.pdfDebbyUstari1

Kelompok tulip 9i kelas 9 i smpn264 jakarta
Kelompok tulip 9i kelas 9 i smpn264 jakartaKelompok tulip 9i kelas 9 i smpn264 jakarta
Kelompok tulip 9i kelas 9 i smpn264 jakartaLiana Susanti SMPN 248

Kelompok tulip kelas 9I SMPN 264 Jakarta " BIOTENOLOGI Bab 6 "
Kelompok tulip kelas 9I SMPN 264 Jakarta " BIOTENOLOGI Bab 6 "Kelompok tulip kelas 9I SMPN 264 Jakarta " BIOTENOLOGI Bab 6 "
Kelompok tulip kelas 9I SMPN 264 Jakarta " BIOTENOLOGI Bab 6 "Liana Susanti SMPN 248

Bioteknologi Kloning dan IVF.pptx
Bioteknologi Kloning dan IVF.pptxBioteknologi Kloning dan IVF.pptx
Bioteknologi Kloning dan IVF.pptxIbnuUbaidillah17

Kloning inseminasi buatan
Kloning inseminasi buatanKloning inseminasi buatan
Kloning inseminasi buatanAddar Quthni

Makalah bayi tabung
Makalah bayi tabungMakalah bayi tabung
Makalah bayi tabungMJM Networks

Pandangan islam terhadap bayi tabung wa ode piana
Pandangan islam terhadap bayi tabung wa ode pianaPandangan islam terhadap bayi tabung wa ode piana
Pandangan islam terhadap bayi tabung wa ode pianaOperator Warnet Vast Raha

Pandangan islam terhadap bayi tabung wa ode piana AKBID PARAMATA RAHA KAB. MUNA
Pandangan islam terhadap bayi tabung wa ode piana AKBID PARAMATA RAHA KAB. MUNA Pandangan islam terhadap bayi tabung wa ode piana AKBID PARAMATA RAHA KAB. MUNA
Pandangan islam terhadap bayi tabung wa ode piana AKBID PARAMATA RAHA KAB. MUNA Operator Warnet Vast Raha

Makalah pandangan agama terhadap bayi tabung
Makalah pandangan agama terhadap bayi tabungMakalah pandangan agama terhadap bayi tabung
Makalah pandangan agama terhadap bayi tabungWarung Bidan

Evolusi dan Asal Usul Kehidupan
Evolusi dan Asal Usul KehidupanEvolusi dan Asal Usul Kehidupan
Evolusi dan Asal Usul KehidupanZaenal Asikin

Kultur Jaringan, Transplantasi, dan Kloning
Kultur Jaringan, Transplantasi, dan KloningKultur Jaringan, Transplantasi, dan Kloning
Kultur Jaringan, Transplantasi, dan KloningMuhammad Fitra Saputra

TEORI SELEKSI ALAM DARWIS DAN NEODARWINISME
TEORI SELEKSI ALAM DARWIS DAN NEODARWINISMETEORI SELEKSI ALAM DARWIS DAN NEODARWINISME
TEORI SELEKSI ALAM DARWIS DAN NEODARWINISMErombiolog

Fortofolio 1 Prinsip dasar Perkembangan
Fortofolio 1 Prinsip dasar PerkembanganFortofolio 1 Prinsip dasar Perkembangan
Fortofolio 1 Prinsip dasar PerkembanganIvho Mamonto

Niki Putri Wijaya_Media Ajar-Materi EVOLUSI.pdf
Niki Putri Wijaya_Media Ajar-Materi EVOLUSI.pdfNiki Putri Wijaya_Media Ajar-Materi EVOLUSI.pdf
Niki Putri Wijaya_Media Ajar-Materi EVOLUSI.pdfNikiPutriWijayaNikno

Similar a Pengklonan Definisi (19)

Bioteknologi Kloning
Bioteknologi KloningBioteknologi Kloning
Bioteknologi Kloning

2-Bioteknologi-Kloning.pdf
2-Bioteknologi-Kloning.pdf2-Bioteknologi-Kloning.pdf
2-Bioteknologi-Kloning.pdf

KLONING GEN.pptx
KLONING GEN.pptxKLONING GEN.pptx
KLONING GEN.pptx

Kelompok tulip 9i kelas 9 i smpn264 jakarta
Kelompok tulip 9i kelas 9 i smpn264 jakartaKelompok tulip 9i kelas 9 i smpn264 jakarta
Kelompok tulip 9i kelas 9 i smpn264 jakarta

Kelompok tulip kelas 9I SMPN 264 Jakarta " BIOTENOLOGI Bab 6 "
Kelompok tulip kelas 9I SMPN 264 Jakarta " BIOTENOLOGI Bab 6 "Kelompok tulip kelas 9I SMPN 264 Jakarta " BIOTENOLOGI Bab 6 "
Kelompok tulip kelas 9I SMPN 264 Jakarta " BIOTENOLOGI Bab 6 "

BIOETIKA
BIOETIKABIOETIKA
BIOETIKA

Bioteknologi Kloning dan IVF.pptx
Bioteknologi Kloning dan IVF.pptxBioteknologi Kloning dan IVF.pptx
Bioteknologi Kloning dan IVF.pptx

Kloning inseminasi buatan
Kloning inseminasi buatanKloning inseminasi buatan
Kloning inseminasi buatan

Amali 3 teori evolusi
Amali 3   teori evolusiAmali 3   teori evolusi
Amali 3 teori evolusi

Makalah bayi tabung
Makalah bayi tabungMakalah bayi tabung
Makalah bayi tabung

Pandangan islam terhadap bayi tabung wa ode piana
Pandangan islam terhadap bayi tabung wa ode pianaPandangan islam terhadap bayi tabung wa ode piana
Pandangan islam terhadap bayi tabung wa ode piana

Pandangan islam terhadap bayi tabung wa ode piana AKBID PARAMATA RAHA KAB. MUNA
Pandangan islam terhadap bayi tabung wa ode piana AKBID PARAMATA RAHA KAB. MUNA Pandangan islam terhadap bayi tabung wa ode piana AKBID PARAMATA RAHA KAB. MUNA
Pandangan islam terhadap bayi tabung wa ode piana AKBID PARAMATA RAHA KAB. MUNA

Makalah pandangan agama terhadap bayi tabung
Makalah pandangan agama terhadap bayi tabungMakalah pandangan agama terhadap bayi tabung
Makalah pandangan agama terhadap bayi tabung

Evolusi dan Asal Usul Kehidupan
Evolusi dan Asal Usul KehidupanEvolusi dan Asal Usul Kehidupan
Evolusi dan Asal Usul Kehidupan

Kultur Jaringan, Transplantasi, dan Kloning
Kultur Jaringan, Transplantasi, dan KloningKultur Jaringan, Transplantasi, dan Kloning
Kultur Jaringan, Transplantasi, dan Kloning

Kloning
KloningKloning
Kloning

TEORI SELEKSI ALAM DARWIS DAN NEODARWINISME
TEORI SELEKSI ALAM DARWIS DAN NEODARWINISMETEORI SELEKSI ALAM DARWIS DAN NEODARWINISME
TEORI SELEKSI ALAM DARWIS DAN NEODARWINISME

Fortofolio 1 Prinsip dasar Perkembangan
Fortofolio 1 Prinsip dasar PerkembanganFortofolio 1 Prinsip dasar Perkembangan
Fortofolio 1 Prinsip dasar Perkembangan

Niki Putri Wijaya_Media Ajar-Materi EVOLUSI.pdf
Niki Putri Wijaya_Media Ajar-Materi EVOLUSI.pdfNiki Putri Wijaya_Media Ajar-Materi EVOLUSI.pdf
Niki Putri Wijaya_Media Ajar-Materi EVOLUSI.pdf

Pengklonan Definisi

• 1.