1. SMK Taman Indah
SMK TAMAN INDAH
73000 TAMPIN
N.SEMBILAN DARUL KHUSUS
PELAKSANAAN MODUL
PENINGKATAN DISIPLIN
SMKTI
NAMA AGENSI : SMK TAMAN INDAH
KOD SEKOLAH : NEA 5057
NO. TELEFON : 06-4414479
N0. FAKS : 06 -4413502
E-MAIL : smktamanindah@gmail.com
BLOG : http://myhemsmti.blogspot.com
Orang yang cemerlang melihat setiap halangan sebagai peluang untuk mengasah potensi;
manakala orang yang tidak cemerlang menganggap setiap halangan sebagai alasan yang
menyebabkan kemundurannya.. Jadilah anda seorang yang berfikiran cemerlang…..
2. “MANUSIA BOLEH MERUBAH HIDUP
DENGAN CARA MERUBAH SIKAP”
- William James
1.0 PENDAHULUAN
Mutakhir ini, salah laku murid di sekolah acap kali menjadi isu dalam kalangan masyarakat dan
menjadi tajuk utama di dada-dada akhbar. Senario ini seolah-olah menggambarkan pengurusan
disiplin dan usaha-usaha menangani masalah salah laku dalam kalangan murid dianggap terabai
dan bukan menjadi fokus kementerian terbabit kerana sahsiah murid tidak menunjukkan
peningkatan malah dirasakan semakin teruk. Keadaan ini mencabar pihak pengurusan sekolah
untuk sentiasa memikirkan usaha-usaha dan tercari-cari kaedah terkini bagi mengatasi masalah
salah laku murid.
Banyak orang berpendapat, masalah pelanggaran disiplin atau kerosakan akhlak dalam kalangan
remaja secara langsung atau tidak langsung disebabkan oleh pelbagai faktor. Tidak terdapat bukti
nyata yang menunjukkan bahawa masalah ini disebabkan oleh sesuatu factor yang dominan.
Oleh itu, modul yang disemak semula ini mencadangkan agar usaha menangani masalah salah
laku murid hendaklah berasaskan dua pendekatan, iaitu pencegahan dan pemulihan. Langkah
pencegahan yang diambil perlu dapat mendominasi faktor-faktor yang mendorong murid
terdedah dan terlibat kepada sebarang aktiviti yang tergolong sebagai “delinquency”. Usaha
pencegahan ini juga perlu dimulakan seawal mungkin dan disepadukan dalam proses sosialisasi
agar murid-murid dapat membentuk jati diri dengan nilai-nilai murni yang boleh diterima umum.
Jawatankuasa Pelaksanaan
Pengerusi : Pengetua
Ketua Operasi : Penolong Kanan HEM
Setiausaha I : Kaunselor
Setiausaha II : Guru Kanan Disiplin
Ahli Jawatankuasa : Ketua-ketua Bidang
Guru Disiplin.
Guru Pendidikan Islam
Guru Pendidikan Moral
Guru-guru lain yang difikirkan perlu
2.0 MATLAMAT
Mengenal pasti murid yang mempunyai masalah salah laku dan mengambil langkah-langkah
bersepadu - pencegahan awal serta pemulihan terhadap mereka yang terjebak.
SMKTI 2012 “DISIPLIN TERAS KECEMERLANGAN’ Page 1
3. 3.0 OBJEKTIF
3.1 Mengenal pasti murid-murid yang telah terlibat dengan gejala salah laku dan pelanggaran
disiplin.
3.2 Melaksanakan langkah pencegahan awal supaya masalah salah laku dalam keadaan
terkawal.
3.3 Menjalankan program pemulihan terhadap murid-murid yang telah dikenal pasti terlibat
dengan salah laku dan pelanggaran disiplin.
3.4 Membantu sekolah mengatasi dan menangani masalah salah laku dan pelanggaran
disiplin.”.
4.0 DEFINISI
Salah laku ialah segala perbuatan yang membawa kerosakan kepada diri sendiri, orang lain
ataupun alam sekitar. Istilah yang digunakan dalam Al-Quran ialah “dzulm”.
Penelitian ke atas Laporan Jawatankuasa Kabinet 1979 salah laku boleh disamakan
dengan disiplin. Pengertian disiplin ialah “… (1)kesanggupan seseorang individu
menghormati dan mematuhi undang-undang sama ada disiplin itu dikenakan dari luar
atau dengan kerelaan sendiri… (2)kesanggupan seseorang itu bekerja atau membuat
sesuatu dengan cukup tertib, (3)kesanggupan menghormati hak individu lain,
(4)kesanggupan mengamalkan tingkah laku yang baik dan tidak mengganggu kepentingan
orang lain, (5) kesanggupan hormatmenghormati antara satu dengan lain dan mempunyai
semangat tolong-menolong dan (6)kesanggupan membaiki keadaan yang sedia ada
menerusi usaha yang membina serta (7)sanggup berkhidmat kepada masyarakat”.
(Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran 1979).
Mengikut pengertian undang-undang salah laku ialah suatu perbuatan jenayah. Konsep jenayah
ialah “suatu perbuatan atau tingkah yang menyalahi undang-undang yang terpakai dan mungkin
diikuti kemudiannya oleh satu prosiding jenayah. Jika pada akhir prosiding berkenaan tertuduh
disabitkan dengan kesalahan yang dilakukan, tertuduh akan dijatuhi hukumanhukuman tertentu.
Di sini bolehlah dirumuskan bahawa orang yang melakukan salah laku ialah orang yang tidak
berdisiplin dan melakukan jenayah.
Umum mengetahui salah laku murid ialah pelanggaran terhadap peraturan-peraturan sekolah
yang telah ditetapkan yang boleh memberikan kesan kepada tahap disiplin sekolah. Tahap salah
laku boleh dikategorikan kepada tiga iaitu; berat, sederhana dan ringan.
5.0 IMPLIKASI
Salah laku murid yang kronik di sesebuah sekolah akan membentuk budaya sekolah yang tidak
sihat. Hal ini menggambarkan tahap disiplin yang rendah serta memberikan kesan kepada sesi
pengajaran dan pembelajaran yang akhirnya mengakibatkan rendahnya pencapaian akademik.
SMKTI 2012 “DISIPLIN TERAS KECEMERLANGAN’ Page 2
4. 6.0 FAKTOR-FAKTOR YANG DIKENAL PASTI
6.1 Individu.
6.2 Latar belakang keluarga.
6.3 Rakan sebaya.
6.4 Persekitaran.
7.0 JENIS-JENIS SALAH LAKU
7.1. TINGKAH LAKU JENAYAH :
7.1.1 Berjudi.
7.1.2 Mencuri.
7.1.3. Melawan/mengancam/memukul/mencederakan guru.
7.1.4. Melawan/mengancam/memukul/mencederakan pengawas.
7.1.5. Memeras ugut.
7.1.6. Membuli.
7.1.7. Menganggotai kumpulan haram/kongsi gelap.
7.1.8. Menyalahgunakan dadah.
7.1.9. Membawa senjata berbahaya.
7.1.10. Mencabul kehormatan.
7.1.11. Mengancam/memukul/mencederakan murid lain.
7.1.12. Menceroboh bilik khas/kedai koperasi/pejabat sekolah/asrama.
7.1.13. Mengedar dadah.
7.1.14. Menunjuk perasaan/berpiket/mengganggu ketenteraman sekolah.
7.1.15. Bertaruh secara besar-besaran.
7.2. TINDAKAN LUCAH
7.2.1. Bercumbu-cumbuan.
7.2.2. Berkhalwat.
7.2.3. Berpelesiran dan berpegang tangan.
7.2.4. Menggunakan kata, isyarat dan perbualan lucah.
7.2.5. Melukis dan menulis kata-kata dan gambar-gambar lucah.
7.2.6. Gangguan seksual.
7.2.7. Membawa, memiliki dan mengedar bahan / alat / gambar lucah.
7.3. KEKEMASAN DIRI
7.3.1. Berambut panjang / fesyen rambut keterlaluan dan bertentangan dengan peraturan
sekolah.
7.3.2. Berkuku panjang
7.3.3. Bermisai dan berjanggut.
7.3.4. Memakai pakaian tidak mengikut peraturan sekolah.
7.3.5. Memakai barang-barang perhiasan yang dilarang ke sekolah.
SMKTI 2012 “DISIPLIN TERAS KECEMERLANGAN’ Page 3
5. 7.4. TINGKAH LAKU TIDAK MEMENTINGKAN MASA
7.4.1. Berkeliaran di kawasan sekolah.
7.4.2. Datang lewat ke sekolah.
7.4.3. Lewat ke perhimpunan.
7.4.4. Makan di kantin di luar masa rehat.
7.5. TINGKAH LAKU KURANG SOPAN DAN BIADAB
7.5.1. Berkelakuan kasar terhadap guru / kakitangan sekolah.
7.5.2. Berkelakuan kasar terhadap pengawas.
7.5.3. Berkelakuan kasar terhadap murid.
7.5.4. Berbahasa kesat.
7.5.5. Menyimpan rokok.
7.5.6. Menghisap rokok.
7.5.7. Mengganggu pengajaran dan pembelajaran.
7.5.8. Tidak menghormati guru.
7.5.9. Tidak menghormati pengawas.
7.6. TINGKAH LAKU MUSNAH
7.6.1. Merosakkan harta benda sekolah.
7.6.2. Merosakkan harta benda pengetua/guru besar dan guru-guru.
7.6.3. Merosakkan harta benda kantin sekolah.
7.6.4. Merosakkan harta benda murid.
7.7. TINGKAH LAKU TIDAK JUJUR/ MENIPU
7.7.1. Menipu yang melibatkan wang.
7.7.2. Menipu yang melibatkan kepercayaan.
7.8. PONTENG
7.8.1. Ponteng sekolah.
7.8.2. Ponteng kelas.
7.8.3. Ponteng perhimpunan.
7.8.4. Ponteng kegiatan luar darjah/kokurikulum.
7.8.5. Ponteng ujian.
7.8.6. Ponteng peperiksaan.
7.8.7. Ponteng untuk “private study”.
SMKTI 2012 “DISIPLIN TERAS KECEMERLANGAN’ Page 4
6. 8.0 STRATEGI PELAKSANAAN
8.1 Mengenal pasti murid yang melakukan salah laku.
8.2 Mesyuarat modul peningkatan disiplin.
8.3 Melaksanakan program.
8.4 Pelaporan.
8.5 Penilaian.
8.6 Peneguhan dan pengukuhan.
9.0. PROSES KERJA PELAKSANAAN PROGRAM PENINGKATAN DISIPLIN
BIL PERKARA TINDAKAN KPI
1. Kenal pasti murid yang bermasalah
Kenal pasti murid yang perlu diberi perhatian dari
Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5 melalui : Kaunselor
Guru tingkatan
• Instrumen soal selidik Guru disiplin
• Maklumat SSDM
• Laporan Disiplin Kelas
• Pemerhatian dan Laporan Pengetua, GPK dll
• Pemerhatian Jawatankuasa Pelaksana
• Pemerhatian Pengawas / PRS
• Rujukan Guru Tertentu
• Cara lain yang sesuai
Senaraikan nama lebih daripada 30 orang murid yang
dikenal pasti bermasalah disiplin mengikut status dan
latar belakang masalah. (Gunakan Lampiran AWAS
2.3, 2.4 dan Borang AWAS 2.1)
2. Mesyuarat Pelaksanaan Modul
Adakan Mesyuarat Jawatankuasa I untuk menerangkan Pengetua /
sejelas-jelasnya tujuan, objektif dan matlamat yang Pengerusi JK
hendak dicapai oleh Jawatankuasa Pelaksanaan Modul
Disiplin .
Membentangkan senarai cadangan nama murid yang Setiausaha
dikenal pasti kepada Jawatankuasa dan mengesahkan
status kenakalan setiap murid. Kenal pasti hanya 30
orang murid mengikut status disiplin. Rujuk Borang
AWAS 2.1.
SMKTI 2012 “DISIPLIN TERAS KECEMERLANGAN’ Page 5
7. Melantik 10 orang jawatankuasa sebagai fasilitator dan
menyerahkan tugas kepada jawatankuasa berkenaan
untuk memilih 3 orang sahaja klien masing-masing.
Setiap fasilitator cuba mengenali secara terperinci latar
belakang kliennya termasuk kemajuan pelajaran, tahap Fasilitator
pelanggaran disiplin yang dilakukan, kecenderungan,
minat, hobi dan sebagainya. (Borang AWAS 2.2)
3. Aktiviti/ Program
Maklumkan kepada ibu bapa / penjaga tentang Fasilitator
pemilihan anak dalam program (tujuan, objektif dan
mentor) dan aktiviti yang dirancang (Borang AWAS
2.3(1)
Dapatkan kebenaran ibu bapa / penjaga, berkenaan
dengan penglibatan anak mereka dalam aktiviti yang
dijalankan (Borang AWAS 2.3(2))
Cadangan Aktiviti / Program
Aktiviti / Program yang dijalankan bergantung pada Jawatankuasa
keperluan dan kesesuaian dalam menangani masalah Program
murid sama ada aktiviti tersebut dijalankan oleh pihak Peningkatan
sekolah mahupun mentor. Disiplin
a. Program Tautan Kasih
Rangka program yang melibatkan semua murid dan
semua mentor terlibat yang bertujuan untuk merapatkan
hubungan bagi memudahkan proses pembentukan
disiplin murid dan rasa saling memerlukan antara satu
sama lain.
b. Pertemuan Berkala (Mentor-Mentee)
Adakan pertemuan informal fasilitator/mentor dengan
klien masing-masing untuk membina hubungan
mesra/”rapport”. Jangka masa pertemuan tidak terhad Fasilitator
tetapi tidak lebih daripada 10 minit seorang. Dalam
pertemuan itu, nyatakan:
• Tujuan pertemuan
• Tanggungjawab mentor dan mentee
• Cadangan-cadangan penglibatan dalam aktiviti
kokurikulum.
• Proses tindakan disiplin di sekolah
SMKTI 2012 “DISIPLIN TERAS KECEMERLANGAN’ Page 6
8. Setiap pertemuan hendaklah dibuat catatan / pelaporan
dengan menggunakan Borang AWAS 2.4.
c. Penglibatan Aktif Murid dalam Aktiviti Sekolah
Rancang dan atur penglibatan murid dalam sekurang - Fasilitator
kurangnya satu aktiviti kokurikulum secara aktif.
Libatkan murid dalam pengelolaan aktiviti sekolah
seperti Hari Sukan Sekolah, majlis Sambutan
Maulidurrasul, Sambutan Hari Ucapan dan sebagainya.
d. Pertemuan dengan keluarga murid
Wujudkan hubungan dua hala yang rapat antara guru/
mentor dengan keluarga/penjaga klien/mentee.
Kunjungi rumah murid untuk bertemu dengan ibu bapa Fasilitator
/ penjaga,selain mendapat maklumat dan menghayati
masalah sebenar murid. Dapatkan nombor telefon,
alamat sebenar dan sebagainya (Borang AWAS 2.5).
Pantau dan laporkan setiap program/ aktiviti yang
Dijalankan
4. Pelaporan dan Penilaian Fasilitator
Laporkan perkembangan dan kemajuan status disiplin
murid dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kedua
berdasarkan penilaian guru/ mentor terhadap murid/
mentee di bawah pengawasannya.
Putuskan tindakan dan program yang sesuai yang perlu
diambil berdasarkan laporan dan perbincangan oleh
jawatankuasa. Berikan tumpuan murid yang didapati
tidak menunjukkan perkembangan disiplin yang
negatif.
Tindakan dan Program Tentatif:
- Tindakan disiplin yang sesuai.
- Perjumpaan murid dengan Pengetua /Jawatankuasa.
- Khemah Kerja.
- Kem Jaya Diri.
- Lawatan ke Penjara.
- Program Kesedaran Khas dan sebagainya.
SMKTI 2012 “DISIPLIN TERAS KECEMERLANGAN’ Page 7
9. 5. Peneguhan dan Pemantapan Fasilitator
Setiausaha
Tumpuan kepada murid yang telah menunjukkan Program
perkembangan disiplin positif hendaklah diberikan
dengan pemantauan tingkah laku dan pencapaian
akademik.
Berikan penghargaan dan bimbing murid agar
pembinaan disiplin dan sahsiah kendiri murid dapat
disuburkan
10.0 RUMUSAN
Usaha menangani masalah salah laku dan pelanggaran disiplin memerlukan usaha yang
bersepadu dan menyeluruh serta berterusan agar matlamat “zero-defect” dapat dicapai.
Kejayaan membantu murid dalam meningkatkan sahsiah diri, khasnya dalam pembangunan
disiplin kendiri banyak bergantung pada kerjasama yang bersepadu daripada pelbagai pihak.
Untuk mengelakkan salah laku terjadi, kita perlu menjaga minda, hati, input badan dan
persekitaran. Namun solat merupakan terasnya. Maksud Al-Quran 29:45 menyatakan, bahawa
sesungguhnya solat itu mencegah (perbuatan-perbuatan) keji dan mungkar.
SMKTI 2012 “DISIPLIN TERAS KECEMERLANGAN’ Page 8
10. Lampiran AWAS 2.1
SENARAI SEMAK PROGRAM PENINGKATAN DISIPLIN MURID
TINDAKAN
BIL PERKARA CATATAN
(/)
1 Kenal pasti murid yang bermasalah
2 Mesyuarat Jawatankuasa Pelaksana
3 Pelaksanaan Aktiviti / Program
4 Penilaian
5 Pelaporan
6 Peneguhan dan Pemantapan
SMKTI 2012 “DISIPLIN TERAS KECEMERLANGAN’ Page 9
11. Lampiran AWAS 2.2
CARTA ALIR PELAKSANAAN PENINGKATAN DISIPLIN
Mula
Proses
Mengenal pasti murid
dan masalah
Mesyuarat Mentor-Mente
dan menentukan program
Pelaksanaan Program
Pelaporan
Tidak
Berjaya Penilaian
Ya
Peneguhan/Pemantapan
Tamat
SMKTI 2012 “DISIPLIN TERAS KECEMERLANGAN’ Page 10
12. Lampiran AWAS 2.3
REKOD SALAH LAKU MURID
Nombor Daftar:…………… Tarikh kesalahan pertama yang dilakukan:……………
TAHUN 2008 2009 2010 2011 2012
TINGKATAN
A) MAKLUMAT DIRI MURID
1. Nama:…………………………………………………………………………..……...........……
2. No. K/P: ……………………................……..…
3. Tinggal bersama: ……………………..… 4. Tarikh Lahir:………....…………………
5. Anak yang ke- …………/………….dalam keluarga.
B) MAKLUMAT BAPA
1. Nama Bapa : …………………………………………………………………….........……..…
2. Alamat:…………………………………………...……………………………...........………….
3. Pekerjaan:……………………………. 4. Pendapatan:……….....…………………..
5. Nama & Alamat Majikan:…………..………………………..……………….........…………….
6. Jantina: L P 7. Kaum: M C I LL
8. Warganegara: M B 9. Agama: I B H K
10. No. Tel:………………...…(R) ………...….…...….(P) ...…...………….…(Tel. Bimbit)
C) MAKLUMAT PENJAGA (Jika tidak tinggal dengan bapa)
1. Nama Penjaga:……………………….…………………………….........………………………
2. Pekerjaan:……………………………. 3. Pendapatan:………....…………………..
4. Alamat Rumah:……………………………………………………………..........………………
5. Nama & Alamat Majikan:……………………………………..………….........………………...
6. No. Tel:……………….....……(R) ………………...…(P) ………...…………(Tel. Bimbit)
D) MAKLUMAT IBU
1. Nama Ibu:……………………..........………………………………………………………….…
2. Pekerjaan:………………………....……. 3. Pendapatan:…………………………..
4. Nama & Alamat Majikan:…….............……………..…………………………………………
5. No. Tel:……………...………(R) …………...………(P) ……...……..…………(Tel. bimbit)
SMKTI 2012 “DISIPLIN TERAS KECEMERLANGAN’ Page 11
13. Lampiran AWAS 2.4
REKOD SALAH LAKU MURID
NAMA MURID : ____________________________________________ TING : _________ /TAHUN 20___
PENJAGA NAMA/T.T
TARIKH STATUS / KES SALAH LAKU** TING & TINDAKAN & TERSIAR DI
BIL PUNCA DIHUBUNGI & GURU
& MASA DAN KETERANGAN KES TAHUN KETERANGAN AKHBAR?
TINDAKAN ? SAKSI
( NOTA STATUS : ** Ringan / Sederhana / Berat / Sangat Berat )
SMKTI 2012 “DISIPLIN TERAS KECEMERLANGAN’ Page 12
14. Borang AWAS 2.1
SENARAI NAMA MURID YANG DIKESAN
SEBAGAI “MURID PERLU PERHATIAN”
BIL NAMA MURID TINGKATAN STATUS KES
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
***Panduan Status Kenakalan: Sederhana(S) / Berat (B ) / Sangat Berat (SB )
SMKTI 2012 “DISIPLIN TERAS KECEMERLANGAN’ Page 13
15. Borang AWAS 2.2
LAPORAN PERKEMBANGAN MURID
AKADEMIK, MINAT, DLL
Nama: ______________________________________ Tingkatan: _______ Tahun: ______
A) PENCAPAIAN AKADEMIK
TIN MATAPELAJARAN
G
UJIAN
BM BI MM SN SJ GEO KH_1 KH_2 PI PM
UPSR
THN 20 ___
SETENGAH
1
TAHUN
AKHIR
TAHUN
SETENGAH
TAHUN
2
AKHIR
TAHUN
SETENGAH
TAHUN
PERCUBAAN
3
PMR
PMR
THN 20 ___
SETENGAH
TAHUN
4
AKHIR
TAHUN
SETENGAH
TAHUN
5
PERCUBAAN
SPM
B) PENGLIBATAN DALAM KOKURIKULUM
a) Unit Beruniform : ____________________________ Jawatan: ____________
b) Kelab : ____________________________ Jawatan: ____________
c) Persatuan : ____________________________ Jawatan: ____________
d) Permainan : ____________________________ Jawatan: ____________
C) KEGEMARAN / MINAT
Nyatakan, jika selain item a, b, c dan d di atas.
____________________________________________________________________
____________________________________________________________________
____________________________________________________________________
SMKTI 2012 “DISIPLIN TERAS KECEMERLANGAN’ Page 14
16. Borang AWAS 2.3(1)
SURAT MAKLUMAN KEPADA IBU BAPA / PENJAGA
Nama Sekolah ..............................
......................................................
.....................................................
Rujukan : ...................................................
Tarikh : ................................................
Nama ibu / bapa / penjaga
Alamat
........................................................
......................................................
Tuan,
PEMBERITAHUAN TENTANG PENGLIBATAN ANAK DALAM AKTIVITI
SEKOLAH
Nama murid : .........................................................
Tingkatan : ........................
Dengan hormatnya kami merujuk kepada perkara di atas.
2. Dengan ini, dimaklumkan bahawa pihak sekolah / PPD akan mengadakan aktiviti
.....................................................................................................dan anak tuan telah dipilih untuk
mengikutinya. Butiran lanjut mengenai aktiviti yang dirancang adalah seperti yang berikut ;
2.1 Tarikh : ............................... ( Hari ..................... )
2.2 Masa : ................................
2.3 Tempat : .............................
2.4 Objektif : ..........................................................
2.5 Nama Mentor : .................................................
Sekian untuk makluman tuan, terima kasih.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Saya yang menurut perintah,
....................................................
( TN. HJ. RAMLI B IBRAHIM )
Pengetua
SMK Taman Indah,
73000 Tampin
N.Sembilan
SMKTI 2012 “DISIPLIN TERAS KECEMERLANGAN’ Page 15
17. Borang AWAS 2.3(2)
PENGAKUAN KEBENARAN IBU BAPA / PENJAGA
1. Saya, ___________________________________ ibu bapa / penjaga membenarkan
(HURUF BESAR)
anak/ murid di bawah jagaan saya yang bernama _____________________________
di tingkatan ____________No. Kad Pengenalan : _________________ dari sekolah
untuk mengikuti _______________________________________________________
yang akan diadakan ___________________________________________________
2. Saya sedar bahawa pihak penganjur, iaitu Kementerian Pelajaran Malaysia dan pihak
pengelola Jabatan Pelajaran Johor akan mengambil segala langkah keselamatan.
Walaupun demikian, saya mengaku tidak akan mengambil sebarang tindakan undang-
undang atau mahkamah terhadap pihak penganjur dan pihak pengelola atau wakil mereka
berkaitan dengan apa-apa kemalangan, kematian, kecacatan anggota atau kehilangan
anggota dan sebarang kecederaan lain terhadap anak / jagaan yang berlaku sama ada
dalam perjalanan pergi dan balik mahupun sepanjang program ini dijalankan.
3. Dengan ini, saya juga memberikan kebenaran kepada pihak pengelola program atau
wakilnya untuk memberikan apa-apa rawatan dan pertolongan perubatan kepada anak /
jagaan saya jika didapati perlu oleh pihak yang berkenaan.
Tandatangan Ibu Bapa / Penjaga : ___________________________________________
Nama Ibu Bapa Penjaga : ___________________________________________
No. Kad Pengenalan : ___________________________________________.
Alamat Rumah : ___________________________________________
___________________________________________
___________________________________________
No. Telefon : ___________________________________________
Tarikh : ___________________________________________
...........................................................
Tandatangan & Cap Pengetua
SMKTI 2012 “DISIPLIN TERAS KECEMERLANGAN’ Page 16
18. Borang AWAS 2.4
LAPORAN JANJI TEMU
Nama Mentor : ______________________________________________________
Nama Mentee : ______________________________________________________
Tarikh Janji Temu : ___________________________ Hari : _____________________
Masa Pertemuan : ___________________________ Tempat : __________________
Bil. Kali Janji Temu : _________________________________________________
Tujuan Janji Temu : ______________________________________________________
Catatan ringkas :
____________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________
______________________________________________________________________
Respons klien :
____________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________
______________________________________________________________________
Cadangan tindakan susulan :
____________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________
______________________________________________________________________
SMKTI 2012 “DISIPLIN TERAS KECEMERLANGAN’ Page 17
19. Borang AWAS 2.5
LAPORAN PENGLIBATAN AKTIVITI
Nama Murid : ______________________________________________________
Nama Aktiviti : ______________________________________________________
Tarikh Pertemuan : ______________________________ Hari : __________________
Masa Pertemuan : ______________________________________________________
Tempat : ______________________________________________________
Tahap Penglibatan klien : _________________________________________________
Manfaat yang diperoleh :
____________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________
______________________________________________________________________
Laporan Mentor :
____________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________
______________________________________________________________________
Tandatangan Mentor,
……………………………….…….
(Nama : )
SMKTI 2012 “DISIPLIN TERAS KECEMERLANGAN’ Page 18