Publicidad

LAPORAN BANDAR ANDA.pptx

1 de Jun de 2022
Publicidad

Más contenido relacionado

Publicidad

LAPORAN BANDAR ANDA.pptx

  1. LMCP 2502 ASAS PENGANGKUTAN BANDAR LAPORAN BANDAR ANDA NAMA : NUR SYAFIQAH BINTI MUHAMMAD LATIF NO MATRIK : A175726 PENSYARAH : PROF. DATO’ IR DR RIZA ATIQ ABDULLAH BIN O.K. RAHMAT
  2. BANDAR KAJANG Kajang merupakan mukim dan bandar di daerah Hulu Langat, Selangor, Malaysia. Kajang terletak lebih 21 km (14 batu) di sebelah Tenggara Kuala Lumpur. Dari Kuala Lumpur Kajang dihubungi melalui jalan raya seperti Lebuhraya Silk dan jalan kereta api. Kajang juga dapat dihubungkan dengan pusat pentadbiran Putrajaya, Cyberjaya Bandar Baru Bangi. Di sebelah baratnya pula terletak Bandar Puchong, Batu 3 dan Klang. Bandar Kajang juga terdiri daripada penempatan orang Melayu , Cina dan India.
  3. PETA KAJANG …
  4. PENGANGKUTAN DI BANDAR KAJANG Kajang merupakan bandar yang semakin mmebangun dan kian maju. Terdapat beberapa pusat pendidikan di Kajang iaitu UNITEN, UNIKL dan sebagainya. Selain itu Kajang juga mempunyai pelbagai pusat tumpuan seperti Metro Pont dan Metro Kajang. Oleh itu, terdapat beberapa pengangkutan awam dibandar Kajang bagi memenuhi keperluan masyarakat setempat dan juga pengunjung seperti : ● Bas ● MRT ● KTM ● Teksi
  5. BAS 1 ) RapidKL Bas ini dikenlai sebagai bas loncat kerana ia mengelilingi bandar Kajang dan sering digunakan oleh penduduk Kajang kerana kadar bayrannya murah
  6. BAS 2) Bas MRT Bas ini yang mempunyai stesen yang berhubung dengan MRT memudahkan masyarakatnya untuk bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain. Selain itu, bas ini juga mempunyai tambang yang murah dan berpatutan.
  7. BAS 3) Bas Smart Selangor Bas ini memberikan perkhidmatan percuma kepada warganegara dan bayaran rm 1 kepada warga asing. Bas ini juga turut melakukan perkhidmatan yang membawa masyarakat dari luar bandar ke bandar yang memudahkan pengguna.
  8. MRT MRT laluan Sungai Buloh-Kajang ataupun dahulunya dikenali sebagai laluan Kajang ialah laluan kereta api alihan laju kesembilan serta sistem kereta api automatik dan tanpa pemandu kedua di kawasan Lembah Klang selepas Laluan Kelana Jaya. ia merupakan sebahagian daripada sistem transit bersepadu Lembah Klang. Di mana laluan ini menjangkau dari Sungai Buloh sehingga ke Kajang. Tambahnya yang murah dan berpatutan serta menepati masa memudahkan menaiki pengangkutan ini.
  9. KTM Ktm merupakan stesen kereta api Kajang yang terletak di Selangor. Stesen kereta api ini merupakan stesen pertukaran di mana satu bahagian menyediakan perkhidmatan KTM komuter Laluan Seremban dan KTM dan satu bahagian lagi laluan MRT Sungai Buloh- Kajang (SBK). Ini juga dapat memberikan kemudahan kepada penggunaannya.
  10. TEKSI Teksi juga merupakan salah satu pengangkutan yang digunakan sekiranya pengguna pergi ke sesuatu tempat yang tidak dilalui oleh pengangkutan yang lain
  11. KEMUDAHAN PEJALAN KAKI Kemudahan pejalan kaki seperti jalan beratap hanya terdapat di tepi-tepi sekolah dan juga di setiap stesen stesen pengangkutan awam. Kemudahan ini masih tidak lagi meluas di Bandar Kajang sendiri.
  12. KEMUDAH PENGGUNA BASIKAL Kemudahan pengguna basikal di Bandar Kajang masih lagi tiada sama ada laluan basikal ataupun tempat parkir basikal
  13. MASALAH PENGANGKUTAN YANG DIHADAPI ● Kesesakan jalan raya ● Pencemaran udara dan bunyi ● Risiko kemalangan jalan raya ● Pengangkutan awam yang kurang efisien ● Kemudahan untuk pejalan kaki dan penunggang basikal yang tidak meluas.
  14. CADANGAN MENGATASI MASALAH TERSEBUT ● Meningkatkan penguatkuasaan undang-undang yang berkaitan dengan jalan raya ● Melebarkan luas jalan raya di kawasan yang sering berlaku kemalangan ● Memasang penenang jalan raya seperti bonggol di jalan raya sering berlaku kemalangan ● Meningkatkan kemudahan pengangkutan aktif seperti laluan pejalan kaki dan penunggang basikal serta tempat parkir basikal
  15. TERIMA KASIH
Publicidad