PROJEK AKHIR PENGANGKUTAN BANDAR - T'NG JIA HUI (A170375)
1. KURSUS
LMCP 2502 PENGANGKUTAN BANDAR
SEMESTER 1 2021/2022
SET 1
TAJUK
PROJEK AKHIR
PERANCANGAN PENGANGKUTAN BANDAR BATU PAHAT, JOHOR, MALAYSIA
PENSYARAH
PROF. DATO' IR. DR. RIZA ATIQ BIN ORANG KAYA RAHMAT
NAMA
T’NG JIA HUI (A170375)
2. Projek Akhir Asas-asas Pengangkutan Bandar
Anda dikehendaki menyediakan satu laporan ringkas berkenaan perancangan pengangkutan
bandar tempat asal anda. Laporan itu perlu mengandungi:
1. Masalah pengangkutan yang dihadapi
2. Polisi pengangkutan yang dicadangkan
3. Perancangan jangka pendek, iaitu dalam masa 3 tahun
4. Perancangan jangka panjang, shingga 30 tahun. Perancangan anda mesti melibatkan
jalan raya, pengangkutan awam, dan kemudahan pejalan kaki serta basikal.
Gunakan peta, gambar-gambar dan lakaran untuk menjadikan laporan anda menarik dan mudah
difahami.
Laporan boleh disediakan dalam format MS Power Point, MS Words atau PDF.
Kemudian anda diminta membuat video pembentangan. Muat naik video anda ke dalam
YouTube dan berikan pautannya. Sebahagian dari video itu hendaklah menunjukkan anda
sedang bercakap dengan wajah yang jelas kelihatan.
3. Kedudukan Bandar Batu Pahat, Johor
Batu Pahat terletak pada koordinat 1°5’U 102°56’T. Ia adalah sejauh 239 kilometer dari
Kuala Lumpur. Bandar yang terdekat dengan Batu Pahat ialah Muar yang terletak 50 kilometer
ke utaranya. Bandar Kluang pula berada 52 kilometer di timur. Johor Bahru terletak lebih
kurang 70 hingga 100 kilometer ke arah tenggara. Batu Pahat juga menghadap ke Selat Melaka.
Pengenalan Bandar Batu Pahat, Johor
Gambar 1 : Bandar Batu Pahat
Batu Pahat juga dikenali sebagai Bandar Penggaram atau BP yang merupakan sebuah
bandar dan sebuah daerah di pantai barat Semenanjung Malaysia, di negeri Johor. Batu Pahat
yang merupakan bandar yang kedua terbesar di Johor ini terletak di tenggara Muar, barat daya
Kluang, timur laut Pontian dan Selatan Segamat. Pada tahun 2008, Batu Pahat di tangga ke-12
di Malaysia sebagai bandar besar yang berkepadatan tinggi. Pada tahun 2009, Batu Pahat
merupakan bandar ke-20 terbesar di Malaysia dari segi jumlah penduduknya. Ia juga bandar
kedua terbesar dalam negeri Johor selepas bandaraya Johor Bahru. Berdasarkan bancian pada
4. tahun 2010, Batu Pahat merupakan bandar ke-16 terbesar di Malaysia dari segi jumlah
penduduknya. Oleh itu, Batu Pahat Mall juga telah didirikan di Batu Pahat. Pada tahun 2012,
Batu Pahat menjadi bandar ke-16 di seluruh Malaysia yang pesat membangun akibat limpahan
perkembangan perindustrian dan juga bidang pendidikan.
Gambar 2 : Batu Pahat Mall
Gambar 3 : Suasana sekitar BP Walk di bandar Batu Pahat pada waktu malam
5. Gambar 4 : Dataran Penggaram pada waktu malam di pusat bandar Batu Pahat yang terletak
di Jalan Rahmat.
Bandar Batu Pahat mempunyai penduduk lebih daripada 750,058 orang. Mukim
terpadat di Batu Pahat adalah Simpang Kanan dengan lebih daripada 411,862 orang dan yang
paling kurang padat adalah Bagan dengan penduduk hanya 6,692 orang. Taburan penduduk di
seluruh daerah ini adalah berdasarkan jantina di mana hampir sama dengan jumlah penduduk
lelaki seramai 169,087 orang dan penduduk perempuan seramai 166,281 orang. Bandar Batu
Pahat terdiri daripada 37.08% Bumiputera (terutamanya Melayu), 60.29% Cina, 2,54 India dan
selebihnya ialah kaum lain. Majoriti penduduk kawasan bandar Batu Pahat terdiri daripada
kaum Cina.
Gambar 5 : Demografi bagi penduduk di bandar Batu Pahat
6. Pembahagian Pentadbiran dan Kawasan
A. Pekan di Batu Pahat
Daerah Batu Pahat mempunyai 14 pekan iaitu:
1. Sri Gading
2. Parit Raja
3. Ayer Hitam
4. Yong Peng
5. Parit Yaani
6. Sri Medan
7. Tongkang Pechah
8. Parit Sulong
9. Semerah
10. Senggarang
11. Rengit
12. Simpang Lima
13. Minyak Beku
14. Bukit Pasir
Peta 1 : Peta 14 Pekan di Daerah Batu Pahat
7. Pengenalan Batu Pahat Dari Segi Ekonomi
Batu Pahat merupakan bandar kedua pembuatan industri terbesar di Johor yang meliputi
industri tekstil, elektronik, pemprosesan makanan, kayu, tembikar dan plastik. Ia juga dikenalai
sebagai Pusat Tekstil Negara dengan menghasilkan 50% daripada tekstil yang dieksport dari
Malaysia dan terdapat kira-kira 300 kilang pakaian dan tekstil.
Gambar 6 : Contoh Kilang Tekstil di Batu Pahat – Ramatex Textiles Industrial Sdn. Bhd.
Terdapat beberapa kawasan industri termasuk Tongkang Pecah, Parit Raja, dan Sri
Gading. Kawasan industri swasta termasuk Sri Sulong, Lian Aik dan Buditama, antara 20 ekar
(81,000 m2
) kepada 200 ekar (0.81 km2
). Pelabur luar termasuk Sharp Roxy, Sony, Fujitsu,
Hitachi dan Mitsumi. Terdapat lebih daripada 20 buah syarikat awam, termasuk Harta
Packaging, PCCS, Baneng Holdings, S&P, Sharp Roxy, Ramatex, Southex, Prolexus, Fujitsu,
Hitachi, Yong Tai, Hwa Tai, AE, Kia Lim, Kayu Wangi, Hup Seng, Xiang Leng, Magnum,
SKP, SPI Plastics, BP Plastics, Cheng Yap Sdn. Bhd. dan Fast Track Solutions Bhd.
Pertanian merupakan satu lagi sumber pendapatan bagi penduduk setempat. Batu Pahat
mempunyai beberapa kawasan terbesar seperti ladang getah, kelapa sawit, kelapa dan koko di
Johor. Penghasilan buah-buahan seperti tembikai, betik, pisang, nanas, durian dan 20 jenis
sayur-sayuran yang dieksport. Terdapat juga beberapa buah perkampungan nelayan
berhampiran Selat Melaka, menyediakan sumber-sumber yang kaya dengan perikanan. Ikan
hiasan seperti ikan kelisa adalah eksport utama untuk beberapa buah syarikat seperti Xiang
Leng.
8. Kemudahan Pengangkutan Awam di Batu Pahat
Batu Pahat dihubungkan melalui pengangkutan awam tempatan dan kedua-keduanya
antara kawasan sekitarnya dan antara bandar. Antara kemudahan pengangkutan awam di Batu
Pahat adalah terminal bas, terminal feri dan keretapi berkelajuan tinggi. Terminal bas di Batu
Pahat terletak di Jalan Rugayah dan memberikan perkhidmatan bas ekspres, tempatan, dan bas
antara bandar. Terdapat syarikat-syarikat bas yang beroperasi di Terminal Bas Jalan Rugayah
dari awal pagi sehingga lewat malam. Bas-bas tersebut akan menghubungkan pekan-pekan
dalam Batu Pahat dan juga daerah-daerah lain yang menjadi jiran Batu Pahat serta ke
bandaraya-bandaraya utama seperti Johor Bahru, Melaka, Kuala Lumpur, dan lain-lain bandar
di semenanjung. Antara syarikat penyedia perkhidmatan bas di Batu Pahat ialah Johore Motor
Bus Co. Sdn. Bhd., Costal Omnibus Co. Sdn. Bhd., Syarikat Mayang Sari Sdn. Bhd., Syarikat
Pengangkutan Maju Bhd., Syarikat Tanjau Jaya Melayu Sdn. Bhd., Syarikat Causeway Link
Sdn Bhd, KKKL Sdn. Bhd., dan Syarikat Intra Desa Sdn Bhd.
Gambar 7 : Terminal Bas Ekspres Batu Pahat
9. Gambar 8 : Stesen Bas Batu Pahat
Selain itu, pengangkutan awam seperti teksi juga boleh didapati berdekatan dengan
terminal bas. Bagi terminal feri pula, terminal feri di Batu Pahat terletak di Minyak Beku dan
memberikan perkhidmatan Pelabuhan Indonesia di Tanjung Balai, Bangkalis dan Batam. Batu
Pahat tidak mempunyai jaringan kereta api. Oleh itu, keretapi berkelajuan tinggi merupakan
pelan cadangan untuk membina stesen pertukaran di Batu Pahat. Namun demikian, penduduk
di Batu Pahat boleh menggunakan perkhidmatan kereta api melalui stesen KTM yang terdekat
iaitu Kluang, kira-kira 50 kilometer dari Bandar Batu Pahat.
10. Gambar 9 : Terminal Feri Batu Pahat di Minyak Beku
Gambar 10 : Feri dari Batu Pahat ke Selat Panjang, Indonesia
11. Di samping itu, Batu Pahat juga mempunyai kemudahan pengangkutan iaitu jalan raya
yang menghubungkan beberapa batang utama ke pinggir bandar terpencil atau bandar-bandar
lain. Antaranya adalah seperti berikut:
➢ Jalan Kluang
Jalan Kluang menghubungkan antara Batu Pahat Mall, Sri Gading, Pura Kencana,
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Parit Raja, Ayer Hitam dan Kluang.
➢ Jalan Tanjung Labuh
Jalan ini menghubungkan antara Senggarang dan Rengit
➢ Jalan Bakau Condong
Jalan ini pula menghubungkan dari persimpangan-T Jalan Kluang dan merentasi Sungai
Batu Pahat melalui Peserai.
➢ Jalan Bukit Pasir
Jalan Bukit Pasir ini menghubungkan antara Taman Bukit Pasir, Tongkang Pechah dan
Yong Peng.
➢ Jalan Tan Swee Hoe
Jalan ini menghubungkan antara Taman Setia Jaya 2, Taman Flora Utama, Aeon Batu
Pahat dan Square One Shopping Mall
➢ Jalan Peserai
Jalan ini pula menghubungkan antara Sungai Batu Pahat melalui Semerah, Muar dan
Melaka.
12. Kemudahan Pendidikan di Batu Pahat
Di Batu Pahat, terdapat pelbagai kemudahan pendidikan yang telah disediakan. Sebagai
contoh, terdapat sekolah, perpustakaan, Institut Pengajian Tinggi Swasta, dan Institut
Pengajian Tinggi Awam.
Antara Institut Pengajian Tinggi Swasta yang ada di Batu Pahat ialah Universiti
Terbuka Malaysia (OUM) dan Universiti Perubatan Antarabangsa (IMU). Universiti Terbuka
Malaysia ataupun Open University Malaysia (OUM) merupakan sebuah salah sebuah institusi
pendidikan tinggi swasta di Batu Pahat, Johor, Malaysia. Universiti ini menjalankan
pendidikan jarak jauh, pengajian secara dalam talian atau bersemuka. Universiti ini lebih
menumpukan kepada pekerja yang ingin mendapatkan pendidikan pengajian tinggi secara
separa penuh. Bagi Universiti Perubatan Antarabangsa atau dalam Bahasa Inggeris dipanggil
International Medical University (IMU) pula, IMU merupakan sebuah institusi pendidikan
tinggi swasta di Batu Pahat yang menawarkan kursus-kursus berteraskan perubatan.
Gambar 11 : Universiti Terbuka Malaysia (OUM) di Batu Pahat
13. Gambar 12 : Universiti Perubatan Antarabangsa (IMU) di Batu Pahat
14. Kemudahan Ekonomi di Batu Pahat
Seperti mana yang kita ketahui, bandar yang maju dan berkembang dengan pesat mesti
mempunyai kemudahan ekonomi untuk meningkatkan kedudukan sosioekonomi masyarakat.
Di daerah Batu Pahat, terdapat pusat mebeli belah, pasar raya, pasar pagi, dan pusat perniagaan
komersial yang membolehkan masyarakat melakukan proses jual dan beli. Contoh-contoh
kemudahan ekonomi yang terkenal di Batu Pahat ialah Batu Pahat Mall, Square One Mall,
Pusat Perniagaan Rivercity, Pusat Perniagaan Versis, dan Pusat Perniagaan D’Garden.
Gambar 13 : Pusat Perniagaan Rivercity
15. Gambar 14 : Pusat Perniagaan Versis
Gambar 15 : Pusat Perniagaan D’Garden
16. Kemudahan Sektor Perkhidmatan Awam
Bandar Batu Pahat juga dilengkapi dengan kemudahan sektor perkhidmatan awam yang
mudah dikunjungi. Hal ini demikian kerana kedudukan setiap bangunan perkhidmatan telah
dirancang dengan sistematik dan dibina secara berdekatan. Contoh kemudahan sektor
perkhidmatan awam di Batu Pahat ialah balai polis, mahkamah majistret, balai bomba, pejabat
daerah, hospital, pejabat pos, dan sebagainya.
Gambar 16 : Pejabat Daerah dan Mahkamah Majistret Batu Pahat
Masalah Pengangkutan Di Bandar Batu Pahat
Seperti yang kita fahami, pengangkutan boleh didefinisikan sebagai suatu konsep cara
pemindahan daripada satu destinasi ke satu destinasi yang lain. Pengangkutan dibahagikan
kepada beberapa jenis iaitu pengangkutan darat, pengangkutan air dan pengangkutan udara.
Bandar Batu Pahat ini telah menghadapi beberapa masalah dan isu dalam sistem pengangkutan
di bandar walaupun bandar tersebut mempunyai kedudukan geografi yang strategik dan
lengkap dengan pelbagai kemudahan dari segi ekonomi, perkhidmatan awam, pendidikan dan
pengangkutan. Hal ini berpunca daripada perancangan pembangunan yang kurang sistematik
dan tidak mengamalkan konsep pembangunan lestari. Pembangunan bandar yang mapan
mestilah mengambil berat dalam tiga aspek utama iaitu sosial, ekonomi, dan alam sekitar. Oleh
hal yang demikian, masalah pengangkutan yang berlaku di bandar Batu Pahat perlulah dikenal
pasti dan diselesaikan dengan mengambil kira ketiga-tiga aspek tersebut.
17. Antara masalah pengangkutan yang dihadapi di bandar Batu Pahat ialah kesesakan lalu
lintas. Punca utama kesesakan jalan raya di bandar berlaku adalah disebabkan oleh peningkatan
bilangan kenderaan di bandar. Faktor peningkatan bilangan kenderaan di bandar ini adalah
kerana pertambahan bilangan penduduk di Batu Pahat akibat peluang pekerjaan, kawasan
parkir yang luas dan murah, dan keselesaan kenderaan persendirian berbanding pengangkutan
awam. Pengangkutan awam yang kurang memuaskan seperti penyaman udara di bas tempatan
yang tidak berfungsi, jangka masa atau tempoh masa menunggu ketibaan bas yang lama di
perhentian bas, dan penggunaan kenderaan yang lama (usia kenderaan menjangkaui 10 hingga
15 tahun) telah menyebabkan penumpang kurang selesa dengan menggunakan pengangkutan
awam dan lebih cenderung menggunakan kenderaan persendirian untuk ke tempat kerja atau
ke mana-mana destinasi.
Gambar 17 : Kesesakan Lalu Lintas di Bandar Batu Pahat
Selain itu, masalah pengangkutan yang dihadapi di bandar Batu Pahat ialah kekurangan
bilangan pengangkutan awam. Batu Pahat hanya terdapat pengangkutan awam seperti teksi,
bas dan feri. Ketiadaan pengangkutan awam seperti LRT, MRT dan KTM telah menyusahkan
penduduk di Batu Pahat dan menyebabkan masalah kesesakan lalu lintas bertambah serius.
Kelebihan pengangkutan awam seperti LRT, MRT dan KTM yang dapat menjimatkan masa
dan kos berbanding bas yang masih akan menghadapai kesesakan di jalan raya akan lebih
menarik minat masyarakat untuk menggunakannya ke sesuatu destinasi.
Di samping itu, masalah pengangkutan bandar Batu Pahat yang lain ialah pemerkasaan
laluan khas untuk bas awam, basikal dan pejalan kaki yang terhad. Fungsi jalan raya di bandar
Batu Pahat hanya lebih tertumpu kepada kenderaan jenis kereta, bas dan motosikal di mana
hampir semua deretan kedai mempunyai tempat letak kereta di hadapannya. Hal ini telah
menyebabkan kesesakan lalu lintas dan kadar kemalangan jalan raya yang tinggi. Sistem
18. pengangkutan bas awam juga menjadi kurang efisien kerana jadual perjalanan masa yang
ditetapkan tidak dapat diikuti akibat ketiadaan laluan khas bas awam dan bas awam terpaksa
kongsi penggunaan jalan raya dengan kenderaan bermotor yang lain. Pada masa yang sama,
laluan khas untuk pejalan kaki basikal yang terhad di bandar juga menyebabkan pejalan kaki
dan pembasikal melintas dengan keadaan bahaya khususnya warga emas di bandar Batu Pahat
yang masih suka menggunakan pengangkutan aktif.
Gambar 18 : Kekurangan laluan khas pejalan kaki dan basikal
Masalah pengangkutan yang seterusnya di bandar Batu Pahat ialah pencemaran alam
sekitar. Pencemaran udara merupakan salah satu jenis pencemaran yang paling utama dalam
sistem pengangkutan. Pada zaman ini, kenderaan adalah keperluan harian dan penggunaan dan
pengeluaran kenderaan bermotor saban tahun meningkat di atas jalan raya dan lebuh raya.
Pertambahan bilangan di bandar bukan sahaja menyebabkan kesesakan di jalan raya malah
turut mencemarkan udara di pusat bandar. Pembakaran bahan api fosil seperti minyak petrol,
diesel dan sebagainya daripada kenderaan bermotor menghasilkan gas karbon monoksida,
nitrus oksida, dan hidrokarbon yang menyumbang kepada pencemaran udara. Antara kesan
pencemaran udara adalah penipisan lapisan ozon dan pemanasan global kerana pengeluaran
gas-gas karbon monoksida daripada ekzos kenderaan akan meningkatkan suhu di sekeliling.
Selain itu, pencemaran udara ini boleh memberi kesan terhadap kesihatan, keselamatan dan
keselesaan kehidupan manusia.
Cadangan Polisi Pengangkutan Untuk Bandar Batu Pahat
Antara cadangan polisi pengangkutan unuk bandar Batu Pahat perlu memntingkan tiga
aspek iaitu ekonomi, sosial dan alam sekitar. Cadangan polisi pengangkutan dari segi ekonomi
19. ialah memastikan ketersambungan dan pergerakan pengangkutan awam yang lancar sebagai
pemangkin bagi aktiviti-aktiviti ekonomi lain. Selain itu, menyampaikan perkhidmatan yang
boleh cekap, berpatutan dan berkualiti tinggi. Di samping itu, membina pemain global dalam
sektor pengangkutan.
Bagi cadangan polisi dari segi sosial pula adalah memastikan perkhidmatan
pengangkutan yang disediakan mudah diakses dan inklusif. Selain itu, meningkatkan tahap
keselamatan perkhidmatan pengangkutan. Sebagai contoh, menyediakan laluan khas untuk
pengangkutan aktif seperti berbasikal dan berjalan kaki demi menjamin keselamatan pengguna
jalan raya. Seterusnya, menggalakkan penyertaan orang awam atau libat urus pihak-pihak
berkepentingan dalam penghasilan inisiatif-insiatif pengangkutan.
Cadangan polisi dari segi alam sekitar adalah mengurangkan penggunaan bahan api dan
pelepasan Gas Rumah Kaca (GHG) untuk kawalan pencemaran. Selain itu, memastikan
perlindungan dan pemuliharaan alam sekitar dengan menggalakkan perkongsian kereta
(carpool). Seterusnya, menggalakkan penggunaan perkhidmatan pengangkutan awam yang
disediakan dengan mengurangkan subsidi petrol demi mengurangkan pembakaran bahan api
fosil dan keseimbangan ekosistem alam sekitar.
Cadangan Jangka Pendek (3 Tahun)
Cadangan jangka pendek dalam masa 3 tahun untuk menyelesaikan masalah
pengangkutan di bandar Batu Pahat ialah menyediakan laluan khas untuk pejalan kaki dan
basikal yang lebih banyak dan selamat. Selain itu, laluan khas untuk bas awam juga perlu
disediakan untuk menggalakkan lebih ramai masyarakat menggunakan pengangkutan awam di
Batu Pahat. Di samping itu, menyediakan Bus Rapid Transit yang mencapai pelbagai destinasi
seperti kawasan kediaman, tempat persekolahan dan tempat bekerja dengan kadar kos tambang
yang rendah. Seterusnya, meningkatkan kadar parker di tempat-tempat yang boleh dicapai
dengan kemudahan pengangkutan awam.
20. Gambar 19 : Laluan Khas Pejalan Kaki dan Basikal Berbumbung
Gambar 20: Bus Rapid Transit (BRT)
Cadangan jangka pendek dalam masa 3 tahun yang lain ialah mengadakan kursus
pemanduan berhemah mengurangkan kes kemalangan jalan raya. Kemalangan jalan raya dapat
dielakkan jika pemandu memandu dengan penu bertanggungjawab dan berhati-hati. Oleh itu,
pihak syarikat bas ekspres atau pihak kerajaan boleh mewajibkan pemandu bas atau van atau
teksi untuk mengikuti kursus pemanduan berhemah dengan tujuan memberi kesedaran tentang
tanggungjawab mereka terhadap keselamatan penumpang dan mematuhi peraturan jalan raya.
Untuk mengelakkan kemalangan jalan raya di bandar, pemasangan penenang lalu lintas seperti
bonggol dan sebagainya di kawasan perumahan, sekolah dan persimpangan jalan yang sibuk
amat digalakkan untuk mengehadkan kelajuan kenderaan.
Selain itu, menggalakkan penggunaan petrol tanpa plumbum. Penggunaan petrol tanpa
plumbum ini dapat mengurangkan kandungan plumbum dalam pelepasan asap kenderaan.
Langkah ini dapat mengurangkan masalah pencemaran udara di bandar Batu Pahat. Pada masa
21. yang sama, penggunaan bahan api alternatif seperti NGV, elektrik, dan tenaga suria juga perlu
digalakkan. Dalam usaha mengurangkan pencemaran udara akibat pelepasan asap hitam dari
kenderaan bermotor, penggunaan bahan api alternatif yang mesra alam amat diperlukan.
Sebagai contoh, menggunakan diesel kelapa sawit, kereta hibrid (menggunakan bateri) dan
tenaga suria.
Cadangan Perancangan Jangka Panjang Bandar Batu Pahat
Antara cadangan perancangan jangka panjang bandar Batu Pahat ialah melebarkan
keluasan jalan raya bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas, pemasangan pengesan had laju
automatik di jalan raya, menyediakan pengangkutan rel seperti MRT dan LRT di seluruh
kawasan untuk perjalanan yang lebih cepat dari satu destinasi ke satu destinasi, mencipta
pengangkutan yang lebih mesra alam seperti kereta hibrid.
Gambar 21 : Pembinaan jalan layang
Keluasan jalan raya perlu dilebarkan untuk mengurangkan kesesakan lalu lintas
terutamanya pada waktu pagi dan pada waktu pulang ke rumah. Sebagai contoh, Jalan Tanjung
Labuh di Batu Pahat perlu dilebarkan daripada satu lorong kereta kepada dua lorong. Hal ini
demikian kerana kesesakan jalan raya selalu berlaku pada waktu pagi ketika ibu bapa
menghantar anak mereka ke sekolah. Pada masa yang sama, pembinaan jalan layang khas untuk
kenderaan yang hendak menghantar anak ke sekolah atau mengambil anak pulang ke rumah
22. juga amat digalakkan. Hal ini demikian kerana kenderaan yang ingin menuju ke Senggarang
dan menuju ke sekolah telah dipisahkan oleh jalan layang yang dibina. Dengan ini, masalah
kesesakan lalu lintas dapat diatasi.
Pemasangan pengesan had laju automatik di jalan raya adalah bertujuan untuk
mengelakkan kemalangan jalan raya. Bandar maju seperti Batu Pahat hendaklah mempunyai
pengesan had laju automatik yang dibina di bawah jalan raya. Apabila sesebuah kenderaan
dikesan memandu melebihi had laju yang ditetapkan, jalur bergetar (rumble strip) akan timbul
di atas jalan untuk memberi peringatan kepada pemandu dan sekali gus memperlahankan
kenderaannya.
Gambar 22 : Pemasangan Pengesan Had Laju Automatik
Pencipta pengangkutan yang lebih mesra alam seperti kereta hibrid adalah amat
digalakkan kepada industri pembuatan kenderaan di Malaysia walaupun ia memerlukan jangka
masa yang panjang. Penggunaan kereta hibrid dapat mengurangkan pencemaran udara dan
mewujudkan udara yang lebih bersih, segar dan nyaman. Hal ini demikian kerana kereta hibrid
ini menggunakan bahan bakar pada tahap yang minimum. Dengan ini, pelepasan gas rumah
hijau seperti karbon monoksida, karbon dioksida dan sebagainya dapat dikurangkan.
23. Secara kesimpulannya, dalam jangka masa panjang, bandar Batu Pahat akan menjadi
sebuah bandar yang membangun dan maju di samping mencatat kadar pencemaran udara yang
rendah jika masalah pengangkutan di bandar dapat diselesaikan.