1. BINA SOALAN
TOPIK: INTERAKSI DALAM PENDIDIKAN
Nama Ahli (Kumpulan B) :
Nurrulaisyah Baharom L20111006551
Ahmad Fauzul Azim L20111006699
Zuzan Michael L20111006574
Soalan 1:
Mengikut Model Pengajaran Sim, konsep interaksi di dalam bilik darjah boleh
dirujuk kepada proses tindak balas antara:
i. Guru
ii. Isi kandungan
iii. Kemahiran
iv. Alam sekitar
A. i dan iv
B. ii dan iii
C. i. ii dan iii
D. i, ii dan iv
Jawapan 1: D
Soalan 2:
Berikut adalah jenis-jenis interaksi dalam proses pengajaran dan pembelajaran
di dalam kelas kecuali:
A. Interaksi sehala antara guru dan murid
B. Interaksi sehala antara murid dan murid
C. Interaksi dua hala antara guru dan murid
D. Interaksi pelbagai hala antara guru dan murid
Jawapan 2: B
2. Soalan 3:
Guru biasanya akan menentukan kaedah interaksi yang sesuai dalam proses
pengajaran dan pembelajaran. Menurut A New English Dictionary, interaksi
dalam pendidikan bermaksud
A. Jalinan yang melibatkan guru dan murid
B. Proses saling bertindak antara individu dengan pihak lain dan alam sekitar
C. Proses saling bertindak dan saling mempengaruhi di antara satu sama
lain
D. Proses saling bertindak di antara guru, murid, objektif pelajaran, isi
kandungan dan alam sekitarnya
Jawapan 3: C
Soalan 4:
Menurut Flander (1970), terdapat tiga jenis interaksi dalam bilik darjah.
Berdasarkan situasi di bawah, yang manakah merujuk kepada percakapan guru
dalam kategori pengaruh tidak langsung?
A. Cikgu Siti menerangkan cara-cara untuk mengarang surat tidak rasmi
B. Cikgu Siti memberi arahan kepada murid-murid untuk menjawab semua
soalan matematik itu
C. Cikgu Siti mengkritik hasil kerja kursus muri-muridnya yang tidak menepati
format
D. Cikgu Siti memuji Ahmad kerana berjaya menyelesaikan soalan
matematik yang diberi dengan tepat
Jawapan 4: D
3. Soalan 5:
“Kaedah menyoal dan kaedah sokratik adalah pendekatan dan strategi
pengajaran dalam interaksi dua hala di antara guru dan murid”
Manakah yang berikut merupakan ciri-ciri interaksi dua hala di antara guru dan
murid?
A. Penglibatan murid digalakkan
B. Peranan murid digunakan secara optimum
C. Semangat kerjasama, tolenrasi serta tolong menolong di kalangan murid
dipupuk
D. Corak interaksi tertumpu pada guru sahaja
Jawapan 5: A
Soalan 6:
Kepentingan interaksi dalam bilik darjah adalah seperti berikut kecuali:
A. Pertukaran maklumat atau idea dapat diperoleh melalui interaksi
B. Mengeratkan perhubungan guru dan murid-murid
C. Penyampaian pelajaran berkesan akibat hubungan yang mesra
D. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran menjadi pasif dan positif.
Jawapan 6: D
4. Soalan 7:
Untuk mewujudkan interaksi yang berkesan dalam bilik darjah guru perlulah
kreatif dalam menggunakan pelbagai strategi atau cara kecuali:
A. Menggunakan strategi memusat guru dengan memaksimumkan kaedah
menerang, syarahan atau demontrasi
B. Guru menunjukkan model piramid makanan dan menerangkan fungsi-
fungsinya kepada murid-murid
C. Guru memperbanyakkan pengajaran bercorak amali daripada
menyampaikan hujah dalam bentuk teori
D. Guru memberi pujian kepada murid yang berjaya menyelesaikan masalah
pengiraan itu
Jawapan 7: A
Soalan 8:
Interaksi di antara guru dengan murid dalam bilik darjah boleh digolongkan
dalam 3 kategori utama kecuali:
A. Percakapan guru
B. Percakapan murid
C. Kesenyapan
D. Percakapan guru dan murid
Jawapan 8: D