Pengenalan
O Berbagai ragam krisis akhlak dan moral kini terus menular,
merebak dan mewabak dalam masyarakat kita khasnya di
kalangan remaja. Daripada kes bosia, hamil luar nikah yang
diikuti dengan pembuangan zuriat di dalam tong sampah,
penderaan, gengsterisme dan vandalisme, rogol, sumbang
mahram, ketagihan dadah, hinggalah kepada mat rempit.
O Pelbagai kes jenayah berlaku turut melibatkan kes
Juvana. Dalam tahun 1995 ,1,895 kes melibatkan Juvana.
Daripada jumlah itu 406 kes curi kenderaan atau (21.42
peratus), lain-lain kecurian 451 kes (23.80%), pecah rumah
malam hari 324 kes (17.10%), curi dalam bangunan/orang gaji
277 kes (14.62%), mendatangkan kecederaan 154 kes (8.13%),
pecah rumah siang hari 148 kes (7.81%), rogol 70 kes (3.70%)
dan samun 58 kes (3.06%).
O Perangkaan-perangkaan yang menggerunkan ini menyerlahkan
kepada kita betapa seriusnya krisis akhlak yang melanda remaja
di negara kita ketika ini
Punca masalah sosial umum
Masyarakat Melayu mengalami perubahan
struktur dan organisasi setelah Tanah Melayu
dijajah seluruhnya oleh Inggeris British.
Penjajahan Inggeris memperkenalkan bukan
sahaja dasar-dasar baru dalam bidang politik,
pentadbiran, ekonomi, pendidikan dan lain-lain,
tetapi juga nilai-nilai baru yang terselindung di
sebalik dasar-dasar tersebut. Orang Melayu,
sama ada secara sedar atau tidak, turut
mendokong nilai-nilai tersebut setelah
menerima (secara paksaan atau terpaksa)
dasar-dasar penjajahan dalam bidang-bidang
yang disebutkan di atas.
Pengaruh budaya asing
Menurut Hashim bin Haji Bedu, Khairulhelmi
bin Katip, Mohd Fahmi bin Mohd Sahid &
Syed Mohamed Syafeq Syed Mansor dalam
kertas kerja Seminar Kaunseling Keluarga
2008 di UTM Skudai bertajuk Keruntuhan
Akhlak Dan Gejala Sosial Dalam Keluarga:
Isu Dan Cabaran, mereka mengelaskan
pengaruh budaya asing kepada beberapa
jenis. Antaranya ialah pengaruh dari barat,
skinhead, punk dan juga black metal.
Faktor Keluarga
O Menurut Lokman Mohd Hashim (2009) dalam artikel di blognya bertajuk
Masalah Sosial Di Kalangan Remaja : Punca Dan Penyelesaian, antara
faktor yang menjadi pemangkin kepada kepincangan sosial dalam
masyarakat ialah faktor keadaan keluarga dari pelbagai aspek.
O Bolehlah dikatakan bahawa punca-punca keruntuhan akhlak yang
utama adalah kemerosotan dari segi asuhan, didikan, bimbingan serta
kawalan oleh ibu bapa atau penjaga. Selain itu, tekanan hidup, sikap
mengejar kemewahan serta penglibatan dalam aktiviti sosial lain
menyebabkan ibu bapa dan anak kurang mempunyai masa atau
kesempatan untuk bercakap, berbincang, berdamping antara satu sama
lain.
O Malah ada yang jarang bersua muka. Keadaan ini menyebabkan remaja
membawa cara hidup sendiri tanpa panduan dan pengawasan ibu
bapa.
Perasaan Ingin Tahu
O Menurut Hashim bin Haji Bedu, Khairulhelmi bin Katip,
Mohd Fahmi bin Mohd Sahid & Syed Mohamed Syafeq
Syed Mansor dalam kertas kerja Seminar Kaunseling
Keluarga 2008 di UTM Skudai bertajuk Keruntuhan
Akhlak Dan Gejala Sosial Dalam Keluarga: Isu Dan
Cabaran, mereka menerangkan bahawa remaja ialah
mereka yang berumur 18 tahun ke bawah.
O Pada peringkat usia ini, mereka mempunyai perasaan
ingin tahu yang tinggi. Justeru apa-apa sahaja perkara
baru yang terjadi di sekeliling mereka akan
mengundang perasaan ingin tahu dalam kalangan
remaja.
Ancaman Media Massa
O Menurut Mazlan (2008) dalam artikel di laman blognya
yang bertajuk Punca-punca Dan Cara-cara Mengatasi
Masalah Disiplin mengatakan kemunculan media massa
turut mendorong masalah ini memuncak dengan drastik.
Kelakuan yang tidak senonoh yang mereka saksikan
telah menimbulkan rasa untuk mencuba pula dalam hati
pemuda amnya dan pelajar khasnya.
O Kebanyakan masalah sosial dikatakan satu cubaan
meniru kelakuan yang telah mereka tonton sebelum ini.
Jadi, gejala sosial mempunyai kaitan rapat dengan
kejadian pelanggaran norma sosial oleh pemuda dikala
ini.
Guru
O Proses pdp menjadi terganggu akibat
masalah yang wujud oleh murid.
O Tekanan terhadap guru dari segi beban kerja
dan masalah emosi.
O Guru menghadapi masalah dalam
menguwujudkan perhubungan rappot.
O Guru sukar mewujudkan suasana pelajaran
yang kondusif.
Murid
O Tahap pendidikan murid menjadi merosot.
O Mewujudkan individu yang kurang bermoral
dan etika hidup.
O Cenderung untuk melakukan jenayah.
O Mewujudkan hubungan yang kurang mesra
antara murid dengan keluarga, masyarakat
dan komuniti.
O Guru berusaha memahami jiwa dan kehendak
murid.
O Guru hendaklah bijak menggunakan pendekatan
psikologi dalam berhadapan dengan murid yang
mempunyai masalah tersebut.
O Melakukan kajian tindakan dalam usaha
memperbaiki amalan pengajaran guru.
O Membina hubungan yang baik antara murid, guru
dan keluarga.