SlideShare una empresa de Scribd logo
1 de 69
UNIT 4

Penstrukturan Organisasi
Penstrukturan Organisasi

    Prof. Madya Dr. Jegak Uli

   Upload by IR.Mohd Faisal
Objektif: Selepas membaca unit ini
   pelajar akan dapat:

 Mengenal pasti jenis struktur organisasi.
 Mengenal pasti faktor-faktor dinamik dalam
  penstrukturan organisasi.
 Memilih struktur organisasi terbaik.
 Memahami berbagai bentuk perubahan pada
  komponen struktur dan kelebihan dan
  keburukannya.
 Memahami struktur organisasi terkini.
Penstrukturan organisasi meliputi
   kegiatan-kegiatan berikut:

 (a) menyatukan dan pembahagian tugas
  berasaskan pengkhususan
 (b) mereka dan menyusun struktur organisasi,
 (c) memperuntukkan kerja, tugas,
  tanggungjawab dan autoriti, dan
 (d) mengatur kakitangan mengikut corak yang
  baik atau patut.
Tujuan utama penstrukturan
  organisasi ialah

 untuk mendapatkan kakitangan untuk
  bekerja bersama-sama
 dengan lebih berkesan dan cekap lagi
 ke arah mencapai matlamat utama
  sesuatu organisasi.
Struktur Organisasi


 Struktur organisasi didefinisikan sebagai
  corak perhubungan dan penyelarasan
  formal yang direka oleh pihak
  pengurusan untuk
     menyambung tugas atau
     tanggungjawab individu dan kumpulan
      dalam mencapai matlamat utama
      organisasi.
 Struktur menentukan bagaimana
       pengagihan kerja (division of work),
       Tanggungan (responsibility),

       kerjasama (cooperation),

       perundingan (consultation) dan

       peringkat keputusan

     perlu wujud dalam organisasi.
Jenis struktur manakah atau
   gabungan jenis manakah yang
   terbaik?

 Mengikut model luar jangka (lihat
  gambarajah 1) penstrukturan sebuah
  organisasi, tidak ada satu jenis struktur
  atau gabungan jenis yang terbaik bagi
  semua organisasi dalam semua situasi.
Jenis struktur atau pengumpulan kerja
   yang terbaik untuk sesuatu organisasi
   atau unit bergantung kepada:

 (a) tugas, matlamat atau apakah produk yang
  akan dikeluarkan dan perkhidmatan yang akan
  diberi dan dicapai,
 (b) faktor-faktor seperti saiz kumpulan,
 (c) faktor-faktor dinamik lain seperti
  teknologi, kadar perubahan dalam sesuatu
  alam sekitar, dan jenis kerja yang berhubung
  kait dan
 (d) pemilihan bidang kawalan pengurusan dan
  darjah pemusatan (degree of centralization).
Gambarajah 1: Model Luar jangka
          Penstrukturan Sebuah Organisasi



                   PILIHAN
                   STRUKTUR          PILIHAN                            PENILAIAN
                                     PENGURUSAN          FAKTOR         ORGANISASI
                   1. Pengeluaran                        DINAMIK
          TUJUAN   2. Perkhidmatan   1. Bidang kawalan                  1. Penyelarasan
JENIS              3. Fungsi            a. Sempit        1. Saiz        2. Ekonomi
TERBAIK   TUGAS
                   4. Tempat            b. Luas          2. Teknologi   3. Pengkhususan
          PROJEK
                   5. Pelanggan                          3. Alam        4. Kejelasan
                   6. Waktu          2. Pemusatan -         Sekitar     kerja
                   7. Matrik            Disentralisasi                  5. Konflik
                   8. Lini & staf
Pilihan jenis struktur atau
   pengumpulan kerja.

 Terdapat berbagai jenis struktur atau
  pengumpulan kerja yang boleh digunakan.
 Di antaranya ialah seperti:
     (a) pengeluaran, atau perkhidmatan,
     (b) fungsi,
     (c) tempat,
     d) pelanggan,
     (e) waktu,
     (f) matriks dan
     (g) struktur lini dan staf,
 setiap jenis ini ada kelebihan masing-masing.
Pengeluaran atau perkhidmatan


 Bagi jenis ini kegiatan adalah dikumpulkan
  mengikut jenis produk yang dikeluarkan
  atau perkhidmatan yang diberikan.
 Kelebihan pengelompokan jenis ini ialah ia
  merapatkan kesemua mereka yang
  mempunyai pengetahuan khusus tentang
  keluaran, dan memudahkan penyelarasan
  aktiviti seperti
     pembelian,
     pengeluaran dan
     penjualan yang berhubung dengannya.
Fungsi


 Inilah dasar pengumpulan yang paling umum
  digunakan dalam kebanyakan organisasi.
 Fungsi-fungsi yang lazim pada sebuah
  organisasi termasuk:
     perjawatan,
     kewangan,
     penyelidikan,
     Pemasaran
     kejuruteraan dan sebagainya.
Kelebihannya

 Kelebihannya    ialah   berkaitan   dengan
  pengkhususan.
 Bagi pengumpulan jenis ini, pengkhususan
  akan mengumpulkan pengetahuan khusus
  yang diperlukan untuk kegiatan yang tertentu
  itu.
 Ini membantu dalam menjamin bahawa
  perhatian yang cukup untuknya dapat
  diberikan.
Tempat


 Bagi jenis ini pengumpulan kegiatan adalah
  berasaskan tempat.
 Matlamat jenis struktur ini ialah untuk
  menempatkan unsur-unsur organisasi di mana
  kerja di buat atau perkhidmatan di beri.
 Reaksi masa yang cepat, keberkesanan dan
  kecekapan dari segi kos, dan pengetahuan
  mengenai keadaan tempatan adalah di antara
  kelebihan struktur jenis ini.
Pelanggan


 Jenis struktur berbentuk ini
  mengumpulkan kegiatan berasaskan
  pelanggan yang dilayani.
 Kelebihan utama jenis ini ialah
  keperluan-keperluan pelanggan yang
  tertentu boleh disediakan dengan lebih
  bijaksana lagi.
Waktu


 Pengumpulan kerja jenis ini ialah
  biasanya digunakan oleh organisasi
  yang memp pekerja syif di mana
  kumpulan pekerja yang berasingan bagi
  syif yang berlainan supaya perkhidmatan
  atau pengeluaran dapat dilakukan
  sepanjang masa.
Lini dan Staf (Line and Staff)


Pendekatan pengumpulan kerja jenis ini
  berasaskan konsep bahawa ada terdapat dua
  kategori pekerja dalam satu organisasi:
 Lini - orang yang mempunyai autoriti dan
  tanggungjawab untuk mencapai tujuan atau
  matlamat utama sesuatu organisasi. Mereka
  ini menentukan apa yang perlu dibuat dan
  bagaimana membuatnya.
 Staf - merupakan pekerja-pekerja ikhtisas
  yang bertanggung-jawab untuk membantu dan
  membuat kerja kepada pekerja lini.
Matriks


 Bagi jenis ini, struktur jenis lini dan staf
  digabungkan         dengan        organisasi
  pengurusan projek atau program.
 Dalam jenis ini setiap orang atau
  kumpulan mempunyai dua ketua, iaitu
  ketua kepada bidang fungsi dan kepada
  pengurus projek atau program.
Faktor Dinamik dalam
  Penstrukturan Organisasi

Faktor-faktor  berikut    boleh     juga
  mempengaruhi jenis struktur sesebuah
  organisasi:
 Saiz
 Teknologi
 Alam Sekitar
 Bidang Kawalan dan Desentralisasi
Saiz


 Saiz sesuatu organisasi adalah biasanya diukur
  dengan bilangan kakitangan yang terdapat
  dalam sebuah organisasi.
 Selain daripada itu penunjuk lain yang boleh
  digunakan ialah pendapatan, jualan, aset dan
  sebagainya.
 Didapati bahawa lebih besar saiz organisasi
  dia akan lebih berbentuk formal dan kompleks
  - iaitu lebih banyak peraturan, kedudukan
  yang formal, pangkat, unit yang kecil atau
  bahagian dalam sesuatu unit kecil.
 Pada umumnya lebih banyak kakitangan
  lebih sukar atau rumit untuk
  berinteraksi secara tidak formal lagi.
 Oleh yang demikian,
  peraturan/prosedur lebih formal perlu
  diwujudkan dalam bentuk bertulis.
Teknologi


 Teknologi operasi sebuah organisasi termasuk:
  peralatan, alat, mekanikal, tindakan, pengetahuan dan
  bahan yang digunakan dalam proses pengeluaran
  atau memberi perkhidmatan.
 Woodward (1958) menunjukkan bahawa nisbah
  pengurus dan penyelia dengan jumlah pekerja dan
  bilangan peringkat dalam sebuah organisasi
  bertambah      dengan     meningkatnya      kompleksiti
  teknologi yang digunakan, tetapi tidak ada kaitan yang
  nyata di antara saiz dengan kompleksiti teknologi.
Kajian yang terbaharu menunjukkan
   bahawa:

 Lebih rutin dan terkenal teknologi tersebut
  sesebuah organisasi akan lebih bercorak
  formal dan birokratik dan sebaliknya lebih
  tidak terkenal dan kompleks sesuatu
  teknologi, peraturan dan undang-undang akan
  menjadi kurang ketat.
 Kesan teknologi terhadap unit yang kecil dan
  jenis pengeluaran adalah lebih nyata jika
  dibandingkan dengan peringkat pengurusan
  atasan atau lain.
Alam Sekitar


 Struktur organisasi atau unit bergantung
  kepada keadaan kepastian atau
  ketidakpastian alam sekitaran.
 Ketidakpastian sesuatu organisasi atau unit
  adalah disebabkan oleh perubahan-
  perubahan yang agak cepat pada jangka masa
  yang pendek seperti penemuan teknik baru,
  inovasi, turun-naik permintaan/tidak tetap.
 Penyelidikan mencadangkan bahawa
  sesebuah organisasi (atau unit) patut
  direka bentuk berlainan bergantung
  kepada ketidakpastian dan
  ketidakstabilan alam sekitar yang wujud
  (Burns & Stalker, 1962; Lawrence &
  Lorch 1967).
 Bagi alam sekitar yang agak stabil, jenis
  organisasi yang bercorak mekanistik
  adalah lebih sesuai.
 Bercorak mekanistik bermaksud ia
  sangat birokratik, iaitu mempunyai
  deskripsi kerja yang jelas, menetapkan
  autoriti, tanggungjawab, pengkhususan
  tugas, dan kawalan hierarki yang nyata.
 Manakala, jika alam sekitar tidak pasti atau
  stabil jenis organisasi yang bercorak organik
  adalah lebih sesuai.
 Bercorak organik bererti
     kurang penetapan autoriti,
     lebih penglibatan kakitangan dalam membuat
      keputusan,
     dan lebih menumpukan kepada penyesuaian
      (adaptability), dan
     kuasa berasaskan kepakaran (expertise).
 Sebuah organisasi yang berfungsi dalam
  keadaan yang tidak stabil memerlukan lebih
  pengkhususan untuk menghasilkan inovasi
  dan pengkhususan yang lebih biasanya
  memerlukan lebih banyak penyelarasan.
 Pada umumnya hampir semua organisasi
  memerlukan gabungan kedua-dua corak
  tersebut di atas.
Bidang Kawalan


 Bidang kawalan menentukan beberapa
  banyakkah jawatan atau kakitangan
  yang hendak diletakkan di bawah
  kawalan seorang penyelia/ketua?
 Faktor ini boleh juga mempengaruhi jenis
  struktur yang akan digunakan oleh
  sesebuah organisasi.
 Bukti-bukti   mencadangkan      bahawa
  bidang kawalan yang sesuai bergantung
  kepada banyak faktor, di antaranya ialah
  (Van Fleet & Bodeian 1977: 356-372):
 Pengalaman dan pengetahuan orang
  diawasi. Lebih banyak pengalaman dan
  pengetahuan orang diselia lebih luas
  bidang kawalan dan sebaliknya.
 Kebolehan penyelia - setengah penyelia
  boleh mengawal lebih ramai orang
  daripada yang lain.
 Kesulitan perlaksanaan tugas itu sendiri.
  Lebih rutin kerja itu, maka lebih banyaklah
  orang yang boleh diselia.
 Keperluan kawalan yang ketat/terperinci.
  Jika kawalan ketat atau terperinci diperlukan
  maka lebih sempit bidang kawalan dan
  sebaliknya.
 Darjah hubung kait di antara unit.
  Lebih tinggi hubung kait (interdependence),
  lebih banyak penyelaras diperlukan dan lebih
  sempit bidang kawalan.
Gambarajah 2: Perbandingan bidang
kawalan bagi struktur tinggi dan
mendatar
            Struktur Tinggi         Struktur Mendatar
            Bidang Kawalan: 4         Bidang Kawalan: 8
Peringkat

   1                1                        1

   2                4                         8

   3               16                        64


   4               64                       512


   5               256                      4,096


   6              1,024

  7               4,096


        Operatif: 4,096          Operatif: 4,096
        Pengurus                 Pengurus
        (Peringkat 1-6): 1,396   (Peringkat 1-4): 585
Struktur Tinggi


 Satu struktur yang mempunyai bilangan
  peringkat Hierarki yang banyak dan
  bidang kawalan (span of control) yang
  sempit (narrow).
Struktur Mendatar


 Satu struktur yang mempunyai bilangan
  peringkat Hierarki yang sedikit dan
  bidang kawalan (span of control) yang
  luas (wide).
Desentralisasi


 Merujuk kepada darjah penugasan tugas,
  kuasa dan autoriti ke peringkat penugasan
  bawahan. Setakat manakah desentralisasi
  (Desentralisasi merujuk kepada sejauh mana
  penugasan tugas, kuasa dan autoriti
  diturunkan ke peringkat bawahan.) atau
  sentralisasi (Sentralisasi merujuk kepada
  sejauh mana penugasan tugas, kuasa dan
  autoriti dikekalkan di peringkat atasan)?
 Faktor dinamik seperti saiz, teknologi dan alam
  sekitar ada kaitan langsung dengan proses
  desentralisasi atau sentralisasi.
 Sebagai contoh, lebih besar saiz organisasi itu
  maka     lebih     kuatlah    sokongan     bagi
  mengadakan desentralisasi (Steward 1985:
  118).
 Dan dalam alam sekitar yang tidak pasti atau
  tidak stabil di mana lebih penglibatan
  kakitangan     dalam     membuat     keputusan
  diperlukan maka desentralisasi perlu diadakan.
Menilai Struktur Organisasi


 Oleh kerana faktor-faktor dinamik yang
  tersebut di atas sentiasa berubah maka
  struktur sesuatu organisasi perlu dinilai
  dari semasa ke semasa.
Aspek yang harus dipertimbangkan
   dalam menilai struktur organisasi ialah
   seperti berikut:

 Penyelarasan: Adakah masalah penyelarasan
  bertambah apabila bidang pengkhususan
  bertambah dalam satu organisasi?
 Ekonomi:     Apakah kos relatif bagi jenis
  pengumpulan atau jenis struktur yang
  digunakan? Adakah jenis pengumpulan lebih
  berkesan dan murah dari segi kos relatif?
 Pengkhususan: Apakah pengkhususan yang
  perlu ada dan di manakah pengkhususan amat
  berkekurangan?
 Kejelasan dalam pembahagian kerja:
  Adakah pembahagian kerja untuk setiap
  bahagian jelas?
 Konflik: Adakah konflik wujud oleh
  kerana pengumpulan yang baru?
Bentuk Perubahan pada Komponen
   Struktur

Bentuk perubahan pada komponen struktur
   umumnya melibatkan salah satu atau
   kombinasi berikut:
1. penstrukturan semula organisasi
   (organizational restructuring),
2. pembentukan semula Kerja,
3. mengadakan persekutan strategik dan/atau
4. mencuba struktur organisasi baru yang
   bersesuaian.
1. Penstrukturan Semula Organisasi
   (Organizational Restructuring)

 Satu proses membuat perubahan besar dalam
  struktur organisasi yang lazimnya melibatkan
  pengurangan peringkat pengurusan yang
  mungkin mengubah sebahagian komponen
  besar organisasi melalui
     penghapusan (divestiture) atau
     perolehan/pengambilan termasuk juga
     pengecilan saiz tenaga kerja bagi tujuan untuk
      meningkatkan keberkesanan dan kecakapan
      organisasi.
Pengecilan (Downsizing)


 Satu proses mengurang atau menghapuskan
  lapisan   atau    peringkat      pengurusan
  pertengahan    yang      signifikan     dan
  mengakibatkan
     peningkatan bidang kawalan (wide span of control)
      dan
     pengurangan saiz tenaga kerja dan
 tujuannya adalah untuk meningkatkan atau
  memperbaiki keberkesanan dan kecekapan
  organisasi.
 Proses pengecilan berlaku apabila
  tenaga kerja dalam sesebuah organisasi
  dikurangkan kepada saiz optimum.
 Pengurangan pekerja dilakukan melalui
  pemberhentian, secara sukarela dan
  pencen awal.
 Biasanya, pengecilan adalah perlu
  kerana ia boleh mengurangkan kos
  buruh dan menggunakan teknologi
  kumpulan secara menyeluruh.
 Bagaimanapun,         pengecilan   perlu
  dikendalikan secara berhati-hati kerana
  ia boleh menjatuhkan moral dan
  produktiviti pekerja.
 Tujuan pengecilan adalah untuk mengecilkan
  saiz firma demi kelangsungan firma.
 Pengecilan     dilakukan    akibat    kemajuan
  teknologi    dan      komputer   menyebabkan
  pengurangan        bilangan    pekerja    yang
  diperlukan, peningkatan kos buruh, dan
  penurunan permintaan terhadap produk yang
  dikeluarkan.
Kebaikan Pengecilan Organisasi


Pengecilan akan memberi kebaikan berikut:
 Pembayaran dividen yang lebih tinggi kesan
  daripada bilangan pekerja yang lebih kecil.
 Mengurangkan kos gaji.
 Membolehkan      firma   berbelanja    dalam
  ruangan belanjawan yang telah ditentukan.
 Memudahkan komunikasi di antara
  pemimpin dengan pimpinan atasan.
 Meningkatkan keberkesanan operasi
  dengan mengurangkan pertindihan atau
  penduaan.
 Memudahkan urusan penyeliaan
Keburukan Pengecilan Organisasi


Di samping itu, pengecilan juga mendatangkan
   keburukan-keburukan berikut:
1. Kehilangan pekerjaan.
2. Memaksa       pekerja   mencatu     sumber
   organisasi.
3. Sumbangan input pekerja berkekurangan.
4. Produktiviti menurun akibat bimbang akan
   dikeluarkan daripada organisasi.
Masalah Yang Dihadapi Dalam
  Proses Pengecilan

 Pengecilan boleh menimbulkan pelbagai
  masalah.
Antara masalah yang akan dihadapi oleh
   organisasi dalam melaksanakan program
   pengecilan adalah:

 Pekerja bimbang untuk melakukan sesuatu
  kerja yang berisiko.
 Pekerja hilang keyakinan.
 Kecelaruan dan rasa tidak selamat.
 Kejatuhan moral dan produktiviti di kalangan
  pekerja.
 Masa pekerja banyak digunakan untuk
  mendapatkan kerja lain daripada memberi
  tumpuan kepada kerja sekarang.
 Meningkatkan ketegangan.
 Organisasi   akan      menghadapi    masalah
  kewangan yang disebabkan oleh pembangunan
  semula struktur tugas.
 Pekerja yang berkebolehan berhenti secara
  sukarela.
 Ramai pekerja bersedia untuk bersara awal.
 Organisasi terpaksa menghadapi tindakan
  mahkamah.
 Organisasi tidak mampu memotivasikan
  pekerja akibat daripada persepsi negatif
  ke atas pengecilan.
 Peningkatan mainan politik kerana
  pekerja cuba mengambil hati pihak
  atasan bagi tujuan mendapatkan
  tambahan pampasan, memperoleh
  keutamaan dan penambahan kuasa.
Cara Mengurangkan Permasalahan
  Yang Dihadapi

Antara cara yang organisasi boleh
  digunakan      untuk     mengurangkan
  permasalahan di atas adalah:
 Memaklumkan kepada pekerja rasional
  di sebalik pengecilan.
 Mengakui hakikat kepentingan pekerja
  serta bersedia berbincang mengenai
  perasaan mereka.
 Penekanan sistem berorientasikan
  pencapaian dalam pembayaran
  imbuhan.
 Menyediakan program sandaran (buffer)
  atau faedah-faedah kewangan lain
  sebagai persiapan kepada pekerja
  sebelum memperoleh kerja baru.
2. Pembentukan Semula Kerja (Work
  redesign)

 la merupakan reka bentuk jadual waktu
  kerja supaya kerja dilakukan dengan
  lebih efisien dan bersesuaian dengan
  corak hidup subordinat terutama mereka
  yang mempunyai keluarga dan anak.
a. Masa Kerja Anjal


 Masa kerja anjal merupakan satu
  kaedah apabila pekerja diberi
  kebebasan yang lebih untuk
  menentukan jadual waktu kerja mereka
  dan apa yang penting ialah mereka
  mesti hadir bekerja semasa kerja utama
  (core hour) dilakukan sahaja.
b. Memampatkan Minggu Kerja


 Pekerja perlu melakukan kerja dalam
  sejumlah jam, tertentu untuk beberapa
  hari berturut-turut.
 Ini bermaksud untuk hari yang lain,
  mereka tidak perlu datang untuk
  bekerja.
c. Perkongsian Kerja


 Melibatkan dua atau lebih orang pekerja
  bekerjasama untuk melakukan satu
  kerja.
 la boleh mengurangkan beban kerja dan
  kerja boleh diselesaikan dengan lebih
  banyak jika dilakukan secara sinergi.
d. Pusingan Kerja


 Mengilir subordinat daripada satu
  pekerjaan ke pekerjaan lain.
 Tujuannya      untuk      mengurangkan
  kebosanan.
e. Bertugas Secara Jarak Jauh
   (Telecommuting)

 Membiarkan pekerja melakukan kerja mereka
  di rumah dan hantar hasil kerja secara
  elektronik ke pejabat.
 Perlu    menggunakan         komputer,    mesin
  faksimile, telefon selular dan e-mail.
 Memperkenalkan        kaedah     ini   bertujuan
  menjadikan kerja lebih menarik, meningkatkan
  kepuasan kerja dan akhirnya mengurangkan
  kadar lantik henti yang mana boleh
  mengancam          kelangsungan        sesebuah
  organisasi.
3. Struktur Organisasi Baru


 Struktur Pasukan
 Organisasi Maya
 Organisasi Tanpa Sempadan
 Organisasi Mengutamakan Kebajikan
  Ahli
a. Struktur Pasukan


 Struktur ini menggunakan pasukan sebagai
  pusat koordinasi.
 Di antara ciri-ciri struktur pasukan adalah
  kesediaan untuk memecahkan halangan
  penjabatan dan kuasa membuat keputusan
  decentralisasi berada pada tahap pasukan.
 Di samping itu, pasukan kerja dianggotai oleh
  ahli yang memiliki kemahiran umum dan
  khusus dan seterusnya, anggota pasukan
  bersedia untuk melaksanakan tugas secara
  fungsi silang.
b. Organisasi Maya

 Konsep organisasi maya bertunjangkan kepada
  mengapa perlu memiliki satu organisasi kecil dan teras
  jika boleh dilaksanakan oleh pihak lain untuk
  menjalankan fungsi perniagaan yang utama dan jika
  didapati ia lebih menguntungkan.
 0leh itu, organisasi maya mengamalkan pemusatan
  yang tinggi dan hampir tiada penjabatan, fleksibiliti
  dalam menghubungi pengeluar, pengedar, pemasaran
  dan fungsi perniagaan yang lain.
 Peranan utama pengurus dalam organisasi maya
  adalah mengkoordinasi dan mengawal perhubungan
  luar.
c. Organisasi Tanpa Sempadan

 Organisasi ini diamalkan oleh organisasi yang bersaiz gergasi
  yang cuba menghapuskan rangkaian arahan, mengehadkan
  bidang     kawalan,     menggantikan     penjabatan    dengan
  memperkasakan subordinat.
 Antara amalan organisasi ini adalah membolehkan setiap individu
  menilai individu yang lain tanpa mengira sama ada subordinat
  atau pengurus.
 Melalui penghapusan sempadan menegak, pengurusan akan
  meratakan hierarki di mana status dan pangkat diminimumkan.
 Antara contoh penghapusan sempadan ialah globalisasi, strategi
  bersekutu dan perhubungan erat organisasi dengan pelanggan.
e. Organisasi Mengutamakan
   Kebajikan Ahli

Organisasi yang memberi penekanan kepada
  kebajikan ahli. Organisasi ini dibentuk oleh ciri-
  ciri berikut:
 Meletakkan nilai kemanusiaan yang tinggi kepada
  individu. Pekerja dilayan sebagai individu yang
  mempunyai perasaan dan perlu dihormati.
 Tidak pentingkan diri sendiri. Oleh itu, ahli dalam
  organisasi ini mengeratkan hubungan secara formal
  dan tidak formal bersama ahli-ahli lain dengan
  membelakangkan sempadan bangsa, jantina, umur
  dan pangkat.
 Kerjaya sebagai satu perkhidmatan -
  Kesediaan untuk memberi perkhidmatan
  terhadap organisasi dan orang lain, bukan
  menjadikan kenaikan pangkat, kuasa dan
  kenaikan gaji sebagai matlamat yang paling
  utama.
 Komitmen terhadap perkembangan pekerja -
  Organisasi seperti ini bersedia untuk memberi
  peluang terhadap perkembangan kerjaya
  kepada pekerja, pembangunan kemahiran
  pekerja dan pengalaman pembelajaran.
 Komuniti     setiakawan    -   Mereka    akan
  mengadakan hubungan yang rapat, saling
  mempercayai dan mengambil berat antara
  satu sama lain.
 Perkongsian kuasa - Semua matlamat diagih
  dan dikongsi bersama. Semua ahli yang
  terlibat akan dipengaruhi oleh keputusan yang
  dibuat dan diberi peluang dalam membuat
  keputusan.

Más contenido relacionado

La actualidad más candente

Organisasi dan pengurusan
Organisasi dan pengurusanOrganisasi dan pengurusan
Organisasi dan pengurusanikha2203
 
Kepimpinan Berkualiti
Kepimpinan BerkualitiKepimpinan Berkualiti
Kepimpinan BerkualitiImsamad
 
Analsis kerja Sememster 7
Analsis kerja Sememster 7Analsis kerja Sememster 7
Analsis kerja Sememster 7Dorothy Amon
 
Elemen elemen kontrak
Elemen elemen kontrak Elemen elemen kontrak
Elemen elemen kontrak Siti Nordiana
 
Kepentingan Komunikasi Dalam Perniagaan
Kepentingan Komunikasi Dalam PerniagaanKepentingan Komunikasi Dalam Perniagaan
Kepentingan Komunikasi Dalam PerniagaanmuhamaD69
 
konsep definisi pengurusan dan perbezaan sektor awam dengan sektor swasta
konsep definisi pengurusan dan perbezaan sektor awam dengan sektor swastakonsep definisi pengurusan dan perbezaan sektor awam dengan sektor swasta
konsep definisi pengurusan dan perbezaan sektor awam dengan sektor swastanoradanisha
 
Peranan Pengurus dan Pendekatan Pengurusan
Peranan Pengurus dan Pendekatan PengurusanPeranan Pengurus dan Pendekatan Pengurusan
Peranan Pengurus dan Pendekatan PengurusanCkg Nizam
 
Apa itu kajian pascakolonial..
Apa itu kajian pascakolonial..Apa itu kajian pascakolonial..
Apa itu kajian pascakolonial..Cikgu Naza Zaza
 
DEFINISI DAN KEPENTINGAN PENGURUSAN
DEFINISI DAN KEPENTINGAN PENGURUSANDEFINISI DAN KEPENTINGAN PENGURUSAN
DEFINISI DAN KEPENTINGAN PENGURUSANCkg Nizam
 
Pengurusan emosi, kognitif dan tingkah laku pengawal keselamatan
Pengurusan emosi, kognitif dan tingkah laku pengawal keselamatanPengurusan emosi, kognitif dan tingkah laku pengawal keselamatan
Pengurusan emosi, kognitif dan tingkah laku pengawal keselamatanRosly Darasid darasid
 
Isi kandungan
Isi kandunganIsi kandungan
Isi kandunganRama Devi
 
Textiles online reservation(jakel)
Textiles online reservation(jakel)Textiles online reservation(jakel)
Textiles online reservation(jakel)Chaerry Cha
 
Konsep asas kepemimpinan
Konsep asas kepemimpinanKonsep asas kepemimpinan
Konsep asas kepemimpinanEmyza Hamzah
 
Penilaian program
Penilaian programPenilaian program
Penilaian programHemah Naidu
 
Pembinaan Pasukan
Pembinaan PasukanPembinaan Pasukan
Pembinaan PasukanCkg Nizam
 
Ulasan artikel
Ulasan artikelUlasan artikel
Ulasan artikelKer0
 

La actualidad más candente (20)

Organisasi dan pengurusan
Organisasi dan pengurusanOrganisasi dan pengurusan
Organisasi dan pengurusan
 
Bab 1 perhubungan awam
Bab 1  perhubungan awamBab 1  perhubungan awam
Bab 1 perhubungan awam
 
Kepimpinan Berkualiti
Kepimpinan BerkualitiKepimpinan Berkualiti
Kepimpinan Berkualiti
 
Analsis kerja Sememster 7
Analsis kerja Sememster 7Analsis kerja Sememster 7
Analsis kerja Sememster 7
 
Elemen elemen kontrak
Elemen elemen kontrak Elemen elemen kontrak
Elemen elemen kontrak
 
Unit12 : pembuat keputusan
Unit12 : pembuat keputusanUnit12 : pembuat keputusan
Unit12 : pembuat keputusan
 
Fredrick winslow taylor
Fredrick winslow taylorFredrick winslow taylor
Fredrick winslow taylor
 
Kepentingan Komunikasi Dalam Perniagaan
Kepentingan Komunikasi Dalam PerniagaanKepentingan Komunikasi Dalam Perniagaan
Kepentingan Komunikasi Dalam Perniagaan
 
konsep definisi pengurusan dan perbezaan sektor awam dengan sektor swasta
konsep definisi pengurusan dan perbezaan sektor awam dengan sektor swastakonsep definisi pengurusan dan perbezaan sektor awam dengan sektor swasta
konsep definisi pengurusan dan perbezaan sektor awam dengan sektor swasta
 
Peranan Pengurus dan Pendekatan Pengurusan
Peranan Pengurus dan Pendekatan PengurusanPeranan Pengurus dan Pendekatan Pengurusan
Peranan Pengurus dan Pendekatan Pengurusan
 
Apa itu kajian pascakolonial..
Apa itu kajian pascakolonial..Apa itu kajian pascakolonial..
Apa itu kajian pascakolonial..
 
DEFINISI DAN KEPENTINGAN PENGURUSAN
DEFINISI DAN KEPENTINGAN PENGURUSANDEFINISI DAN KEPENTINGAN PENGURUSAN
DEFINISI DAN KEPENTINGAN PENGURUSAN
 
Pengurusan emosi, kognitif dan tingkah laku pengawal keselamatan
Pengurusan emosi, kognitif dan tingkah laku pengawal keselamatanPengurusan emosi, kognitif dan tingkah laku pengawal keselamatan
Pengurusan emosi, kognitif dan tingkah laku pengawal keselamatan
 
Pengurusan Masa
Pengurusan Masa Pengurusan Masa
Pengurusan Masa
 
Isi kandungan
Isi kandunganIsi kandungan
Isi kandungan
 
Textiles online reservation(jakel)
Textiles online reservation(jakel)Textiles online reservation(jakel)
Textiles online reservation(jakel)
 
Konsep asas kepemimpinan
Konsep asas kepemimpinanKonsep asas kepemimpinan
Konsep asas kepemimpinan
 
Penilaian program
Penilaian programPenilaian program
Penilaian program
 
Pembinaan Pasukan
Pembinaan PasukanPembinaan Pasukan
Pembinaan Pasukan
 
Ulasan artikel
Ulasan artikelUlasan artikel
Ulasan artikel
 

Similar a Pengurusan pembinaan unit 4

Pengorganisasian dan Desain Organisasi
Pengorganisasian dan Desain OrganisasiPengorganisasian dan Desain Organisasi
Pengorganisasian dan Desain OrganisasiFrans Dione
 
Desain Dan Struktur Organisasi
Desain Dan Struktur OrganisasiDesain Dan Struktur Organisasi
Desain Dan Struktur Organisasiikbalbale95
 
Struktur Dan Desain Organisasional Pengelolaan Perubahan Organisasional
Struktur Dan Desain Organisasional Pengelolaan Perubahan OrganisasionalStruktur Dan Desain Organisasional Pengelolaan Perubahan Organisasional
Struktur Dan Desain Organisasional Pengelolaan Perubahan OrganisasionalFox Broadcasting
 
Kelompok 2, desain & struktur organisasi
Kelompok 2, desain & struktur organisasiKelompok 2, desain & struktur organisasi
Kelompok 2, desain & struktur organisasiMuammar Muammar
 
Design dan struktur organisasi
Design dan struktur organisasiDesign dan struktur organisasi
Design dan struktur organisasiHarry Oktavianus
 
Desain dan Struktur Organisasi
Desain dan Struktur OrganisasiDesain dan Struktur Organisasi
Desain dan Struktur Organisasikreakenz
 
Desain dan struktur organisasi
Desain dan struktur organisasiDesain dan struktur organisasi
Desain dan struktur organisasiSurya Pratama
 
Desain dan struktur organisasi
Desain dan struktur organisasiDesain dan struktur organisasi
Desain dan struktur organisasiyudharushendrawan
 
Desain dan struktur organisasi (Teori Organisasi Umum 2)
Desain dan struktur organisasi (Teori Organisasi Umum 2)Desain dan struktur organisasi (Teori Organisasi Umum 2)
Desain dan struktur organisasi (Teori Organisasi Umum 2)dulkarin26
 
PPT Desain Organisasi-01.pdf
PPT Desain Organisasi-01.pdfPPT Desain Organisasi-01.pdf
PPT Desain Organisasi-01.pdfTittoRohendra1
 
Desain dan struktur organisasi
Desain dan struktur organisasiDesain dan struktur organisasi
Desain dan struktur organisasialamsyah08
 
Sm, nadiatur rakhma prof. dr. ir. h. hapzi ali pre m sc, mm. cma,tools for s...
Sm, nadiatur rakhma  prof. dr. ir. h. hapzi ali pre m sc, mm. cma,tools for s...Sm, nadiatur rakhma  prof. dr. ir. h. hapzi ali pre m sc, mm. cma,tools for s...
Sm, nadiatur rakhma prof. dr. ir. h. hapzi ali pre m sc, mm. cma,tools for s...Nadiatur Rakhma
 
Tugas5(desain&struktur organisasi)
Tugas5(desain&struktur organisasi)Tugas5(desain&struktur organisasi)
Tugas5(desain&struktur organisasi)Andrew Putra
 
Perkembangan dan Budaya Organisasi
Perkembangan dan Budaya OrganisasiPerkembangan dan Budaya Organisasi
Perkembangan dan Budaya OrganisasiNovitaRamadhani2
 
Tugas sim, an'nida fatra, yananto mihadi putra, pengguna dan pengembang siste...
Tugas sim, an'nida fatra, yananto mihadi putra, pengguna dan pengembang siste...Tugas sim, an'nida fatra, yananto mihadi putra, pengguna dan pengembang siste...
Tugas sim, an'nida fatra, yananto mihadi putra, pengguna dan pengembang siste...Annidafatra
 
Pertemuan 9&10
Pertemuan 9&10Pertemuan 9&10
Pertemuan 9&10ikhwalrio
 
Pertemuan 9 & 10 | Desain dan Struktur Organisasi
Pertemuan 9 & 10 | Desain dan Struktur OrganisasiPertemuan 9 & 10 | Desain dan Struktur Organisasi
Pertemuan 9 & 10 | Desain dan Struktur OrganisasiSiti Siregar
 
M14 desain struktur organisasi
M14 desain struktur organisasiM14 desain struktur organisasi
M14 desain struktur organisasiJosua Sitorus
 

Similar a Pengurusan pembinaan unit 4 (20)

Pengorganisasian dan Desain Organisasi
Pengorganisasian dan Desain OrganisasiPengorganisasian dan Desain Organisasi
Pengorganisasian dan Desain Organisasi
 
Desain Dan Struktur Organisasi
Desain Dan Struktur OrganisasiDesain Dan Struktur Organisasi
Desain Dan Struktur Organisasi
 
Struktur Dan Desain Organisasional Pengelolaan Perubahan Organisasional
Struktur Dan Desain Organisasional Pengelolaan Perubahan OrganisasionalStruktur Dan Desain Organisasional Pengelolaan Perubahan Organisasional
Struktur Dan Desain Organisasional Pengelolaan Perubahan Organisasional
 
Kelompok 2, desain & struktur organisasi
Kelompok 2, desain & struktur organisasiKelompok 2, desain & struktur organisasi
Kelompok 2, desain & struktur organisasi
 
Design dan struktur organisasi
Design dan struktur organisasiDesign dan struktur organisasi
Design dan struktur organisasi
 
Desain dan Struktur Organisasi
Desain dan Struktur OrganisasiDesain dan Struktur Organisasi
Desain dan Struktur Organisasi
 
Desain dan struktur organisasi
Desain dan struktur organisasiDesain dan struktur organisasi
Desain dan struktur organisasi
 
Organisasi Pemerintahan
Organisasi PemerintahanOrganisasi Pemerintahan
Organisasi Pemerintahan
 
Desain dan struktur organisasi
Desain dan struktur organisasiDesain dan struktur organisasi
Desain dan struktur organisasi
 
Desain dan struktur organisasi (Teori Organisasi Umum 2)
Desain dan struktur organisasi (Teori Organisasi Umum 2)Desain dan struktur organisasi (Teori Organisasi Umum 2)
Desain dan struktur organisasi (Teori Organisasi Umum 2)
 
PPT Desain Organisasi-01.pdf
PPT Desain Organisasi-01.pdfPPT Desain Organisasi-01.pdf
PPT Desain Organisasi-01.pdf
 
Desain dan struktur organisasi
Desain dan struktur organisasiDesain dan struktur organisasi
Desain dan struktur organisasi
 
Sm, nadiatur rakhma prof. dr. ir. h. hapzi ali pre m sc, mm. cma,tools for s...
Sm, nadiatur rakhma  prof. dr. ir. h. hapzi ali pre m sc, mm. cma,tools for s...Sm, nadiatur rakhma  prof. dr. ir. h. hapzi ali pre m sc, mm. cma,tools for s...
Sm, nadiatur rakhma prof. dr. ir. h. hapzi ali pre m sc, mm. cma,tools for s...
 
Desain Organisasi.ppt
Desain Organisasi.pptDesain Organisasi.ppt
Desain Organisasi.ppt
 
Tugas5(desain&struktur organisasi)
Tugas5(desain&struktur organisasi)Tugas5(desain&struktur organisasi)
Tugas5(desain&struktur organisasi)
 
Perkembangan dan Budaya Organisasi
Perkembangan dan Budaya OrganisasiPerkembangan dan Budaya Organisasi
Perkembangan dan Budaya Organisasi
 
Tugas sim, an'nida fatra, yananto mihadi putra, pengguna dan pengembang siste...
Tugas sim, an'nida fatra, yananto mihadi putra, pengguna dan pengembang siste...Tugas sim, an'nida fatra, yananto mihadi putra, pengguna dan pengembang siste...
Tugas sim, an'nida fatra, yananto mihadi putra, pengguna dan pengembang siste...
 
Pertemuan 9&10
Pertemuan 9&10Pertemuan 9&10
Pertemuan 9&10
 
Pertemuan 9 & 10 | Desain dan Struktur Organisasi
Pertemuan 9 & 10 | Desain dan Struktur OrganisasiPertemuan 9 & 10 | Desain dan Struktur Organisasi
Pertemuan 9 & 10 | Desain dan Struktur Organisasi
 
M14 desain struktur organisasi
M14 desain struktur organisasiM14 desain struktur organisasi
M14 desain struktur organisasi
 

Pengurusan pembinaan unit 4

  • 2. Penstrukturan Organisasi Prof. Madya Dr. Jegak Uli Upload by IR.Mohd Faisal
  • 3. Objektif: Selepas membaca unit ini pelajar akan dapat:  Mengenal pasti jenis struktur organisasi.  Mengenal pasti faktor-faktor dinamik dalam penstrukturan organisasi.  Memilih struktur organisasi terbaik.  Memahami berbagai bentuk perubahan pada komponen struktur dan kelebihan dan keburukannya.  Memahami struktur organisasi terkini.
  • 4. Penstrukturan organisasi meliputi kegiatan-kegiatan berikut:  (a) menyatukan dan pembahagian tugas berasaskan pengkhususan  (b) mereka dan menyusun struktur organisasi,  (c) memperuntukkan kerja, tugas, tanggungjawab dan autoriti, dan  (d) mengatur kakitangan mengikut corak yang baik atau patut.
  • 5. Tujuan utama penstrukturan organisasi ialah  untuk mendapatkan kakitangan untuk bekerja bersama-sama  dengan lebih berkesan dan cekap lagi  ke arah mencapai matlamat utama sesuatu organisasi.
  • 6. Struktur Organisasi  Struktur organisasi didefinisikan sebagai corak perhubungan dan penyelarasan formal yang direka oleh pihak pengurusan untuk  menyambung tugas atau  tanggungjawab individu dan kumpulan dalam mencapai matlamat utama organisasi.
  • 7.  Struktur menentukan bagaimana  pengagihan kerja (division of work),  Tanggungan (responsibility),  kerjasama (cooperation),  perundingan (consultation) dan  peringkat keputusan  perlu wujud dalam organisasi.
  • 8. Jenis struktur manakah atau gabungan jenis manakah yang terbaik?  Mengikut model luar jangka (lihat gambarajah 1) penstrukturan sebuah organisasi, tidak ada satu jenis struktur atau gabungan jenis yang terbaik bagi semua organisasi dalam semua situasi.
  • 9. Jenis struktur atau pengumpulan kerja yang terbaik untuk sesuatu organisasi atau unit bergantung kepada:  (a) tugas, matlamat atau apakah produk yang akan dikeluarkan dan perkhidmatan yang akan diberi dan dicapai,  (b) faktor-faktor seperti saiz kumpulan,  (c) faktor-faktor dinamik lain seperti teknologi, kadar perubahan dalam sesuatu alam sekitar, dan jenis kerja yang berhubung kait dan  (d) pemilihan bidang kawalan pengurusan dan darjah pemusatan (degree of centralization).
  • 10. Gambarajah 1: Model Luar jangka Penstrukturan Sebuah Organisasi PILIHAN STRUKTUR PILIHAN PENILAIAN PENGURUSAN FAKTOR ORGANISASI 1. Pengeluaran DINAMIK TUJUAN 2. Perkhidmatan 1. Bidang kawalan 1. Penyelarasan JENIS 3. Fungsi a. Sempit 1. Saiz 2. Ekonomi TERBAIK TUGAS 4. Tempat b. Luas 2. Teknologi 3. Pengkhususan PROJEK 5. Pelanggan 3. Alam 4. Kejelasan 6. Waktu 2. Pemusatan - Sekitar kerja 7. Matrik Disentralisasi 5. Konflik 8. Lini & staf
  • 11. Pilihan jenis struktur atau pengumpulan kerja.  Terdapat berbagai jenis struktur atau pengumpulan kerja yang boleh digunakan.  Di antaranya ialah seperti:  (a) pengeluaran, atau perkhidmatan,  (b) fungsi,  (c) tempat,  d) pelanggan,  (e) waktu,  (f) matriks dan  (g) struktur lini dan staf,  setiap jenis ini ada kelebihan masing-masing.
  • 12. Pengeluaran atau perkhidmatan  Bagi jenis ini kegiatan adalah dikumpulkan mengikut jenis produk yang dikeluarkan atau perkhidmatan yang diberikan.  Kelebihan pengelompokan jenis ini ialah ia merapatkan kesemua mereka yang mempunyai pengetahuan khusus tentang keluaran, dan memudahkan penyelarasan aktiviti seperti  pembelian,  pengeluaran dan  penjualan yang berhubung dengannya.
  • 13. Fungsi  Inilah dasar pengumpulan yang paling umum digunakan dalam kebanyakan organisasi.  Fungsi-fungsi yang lazim pada sebuah organisasi termasuk:  perjawatan,  kewangan,  penyelidikan,  Pemasaran  kejuruteraan dan sebagainya.
  • 14. Kelebihannya  Kelebihannya ialah berkaitan dengan pengkhususan.  Bagi pengumpulan jenis ini, pengkhususan akan mengumpulkan pengetahuan khusus yang diperlukan untuk kegiatan yang tertentu itu.  Ini membantu dalam menjamin bahawa perhatian yang cukup untuknya dapat diberikan.
  • 15. Tempat  Bagi jenis ini pengumpulan kegiatan adalah berasaskan tempat.  Matlamat jenis struktur ini ialah untuk menempatkan unsur-unsur organisasi di mana kerja di buat atau perkhidmatan di beri.  Reaksi masa yang cepat, keberkesanan dan kecekapan dari segi kos, dan pengetahuan mengenai keadaan tempatan adalah di antara kelebihan struktur jenis ini.
  • 16. Pelanggan  Jenis struktur berbentuk ini mengumpulkan kegiatan berasaskan pelanggan yang dilayani.  Kelebihan utama jenis ini ialah keperluan-keperluan pelanggan yang tertentu boleh disediakan dengan lebih bijaksana lagi.
  • 17. Waktu  Pengumpulan kerja jenis ini ialah biasanya digunakan oleh organisasi yang memp pekerja syif di mana kumpulan pekerja yang berasingan bagi syif yang berlainan supaya perkhidmatan atau pengeluaran dapat dilakukan sepanjang masa.
  • 18. Lini dan Staf (Line and Staff) Pendekatan pengumpulan kerja jenis ini berasaskan konsep bahawa ada terdapat dua kategori pekerja dalam satu organisasi:  Lini - orang yang mempunyai autoriti dan tanggungjawab untuk mencapai tujuan atau matlamat utama sesuatu organisasi. Mereka ini menentukan apa yang perlu dibuat dan bagaimana membuatnya.  Staf - merupakan pekerja-pekerja ikhtisas yang bertanggung-jawab untuk membantu dan membuat kerja kepada pekerja lini.
  • 19. Matriks  Bagi jenis ini, struktur jenis lini dan staf digabungkan dengan organisasi pengurusan projek atau program.  Dalam jenis ini setiap orang atau kumpulan mempunyai dua ketua, iaitu ketua kepada bidang fungsi dan kepada pengurus projek atau program.
  • 20. Faktor Dinamik dalam Penstrukturan Organisasi Faktor-faktor berikut boleh juga mempengaruhi jenis struktur sesebuah organisasi:  Saiz  Teknologi  Alam Sekitar  Bidang Kawalan dan Desentralisasi
  • 21. Saiz  Saiz sesuatu organisasi adalah biasanya diukur dengan bilangan kakitangan yang terdapat dalam sebuah organisasi.  Selain daripada itu penunjuk lain yang boleh digunakan ialah pendapatan, jualan, aset dan sebagainya.  Didapati bahawa lebih besar saiz organisasi dia akan lebih berbentuk formal dan kompleks - iaitu lebih banyak peraturan, kedudukan yang formal, pangkat, unit yang kecil atau bahagian dalam sesuatu unit kecil.
  • 22.  Pada umumnya lebih banyak kakitangan lebih sukar atau rumit untuk berinteraksi secara tidak formal lagi.  Oleh yang demikian, peraturan/prosedur lebih formal perlu diwujudkan dalam bentuk bertulis.
  • 23. Teknologi  Teknologi operasi sebuah organisasi termasuk: peralatan, alat, mekanikal, tindakan, pengetahuan dan bahan yang digunakan dalam proses pengeluaran atau memberi perkhidmatan.  Woodward (1958) menunjukkan bahawa nisbah pengurus dan penyelia dengan jumlah pekerja dan bilangan peringkat dalam sebuah organisasi bertambah dengan meningkatnya kompleksiti teknologi yang digunakan, tetapi tidak ada kaitan yang nyata di antara saiz dengan kompleksiti teknologi.
  • 24. Kajian yang terbaharu menunjukkan bahawa:  Lebih rutin dan terkenal teknologi tersebut sesebuah organisasi akan lebih bercorak formal dan birokratik dan sebaliknya lebih tidak terkenal dan kompleks sesuatu teknologi, peraturan dan undang-undang akan menjadi kurang ketat.  Kesan teknologi terhadap unit yang kecil dan jenis pengeluaran adalah lebih nyata jika dibandingkan dengan peringkat pengurusan atasan atau lain.
  • 25. Alam Sekitar  Struktur organisasi atau unit bergantung kepada keadaan kepastian atau ketidakpastian alam sekitaran.  Ketidakpastian sesuatu organisasi atau unit adalah disebabkan oleh perubahan- perubahan yang agak cepat pada jangka masa yang pendek seperti penemuan teknik baru, inovasi, turun-naik permintaan/tidak tetap.
  • 26.  Penyelidikan mencadangkan bahawa sesebuah organisasi (atau unit) patut direka bentuk berlainan bergantung kepada ketidakpastian dan ketidakstabilan alam sekitar yang wujud (Burns & Stalker, 1962; Lawrence & Lorch 1967).
  • 27.  Bagi alam sekitar yang agak stabil, jenis organisasi yang bercorak mekanistik adalah lebih sesuai.  Bercorak mekanistik bermaksud ia sangat birokratik, iaitu mempunyai deskripsi kerja yang jelas, menetapkan autoriti, tanggungjawab, pengkhususan tugas, dan kawalan hierarki yang nyata.
  • 28.  Manakala, jika alam sekitar tidak pasti atau stabil jenis organisasi yang bercorak organik adalah lebih sesuai.  Bercorak organik bererti  kurang penetapan autoriti,  lebih penglibatan kakitangan dalam membuat keputusan,  dan lebih menumpukan kepada penyesuaian (adaptability), dan  kuasa berasaskan kepakaran (expertise).
  • 29.  Sebuah organisasi yang berfungsi dalam keadaan yang tidak stabil memerlukan lebih pengkhususan untuk menghasilkan inovasi dan pengkhususan yang lebih biasanya memerlukan lebih banyak penyelarasan.  Pada umumnya hampir semua organisasi memerlukan gabungan kedua-dua corak tersebut di atas.
  • 30. Bidang Kawalan  Bidang kawalan menentukan beberapa banyakkah jawatan atau kakitangan yang hendak diletakkan di bawah kawalan seorang penyelia/ketua?  Faktor ini boleh juga mempengaruhi jenis struktur yang akan digunakan oleh sesebuah organisasi.
  • 31.  Bukti-bukti mencadangkan bahawa bidang kawalan yang sesuai bergantung kepada banyak faktor, di antaranya ialah (Van Fleet & Bodeian 1977: 356-372):
  • 32.  Pengalaman dan pengetahuan orang diawasi. Lebih banyak pengalaman dan pengetahuan orang diselia lebih luas bidang kawalan dan sebaliknya.  Kebolehan penyelia - setengah penyelia boleh mengawal lebih ramai orang daripada yang lain.
  • 33.  Kesulitan perlaksanaan tugas itu sendiri. Lebih rutin kerja itu, maka lebih banyaklah orang yang boleh diselia.  Keperluan kawalan yang ketat/terperinci. Jika kawalan ketat atau terperinci diperlukan maka lebih sempit bidang kawalan dan sebaliknya.  Darjah hubung kait di antara unit. Lebih tinggi hubung kait (interdependence), lebih banyak penyelaras diperlukan dan lebih sempit bidang kawalan.
  • 34. Gambarajah 2: Perbandingan bidang kawalan bagi struktur tinggi dan mendatar Struktur Tinggi Struktur Mendatar Bidang Kawalan: 4 Bidang Kawalan: 8 Peringkat 1 1 1 2 4 8 3 16 64 4 64 512 5 256 4,096 6 1,024 7 4,096 Operatif: 4,096 Operatif: 4,096 Pengurus Pengurus (Peringkat 1-6): 1,396 (Peringkat 1-4): 585
  • 35. Struktur Tinggi  Satu struktur yang mempunyai bilangan peringkat Hierarki yang banyak dan bidang kawalan (span of control) yang sempit (narrow).
  • 36. Struktur Mendatar  Satu struktur yang mempunyai bilangan peringkat Hierarki yang sedikit dan bidang kawalan (span of control) yang luas (wide).
  • 37. Desentralisasi  Merujuk kepada darjah penugasan tugas, kuasa dan autoriti ke peringkat penugasan bawahan. Setakat manakah desentralisasi (Desentralisasi merujuk kepada sejauh mana penugasan tugas, kuasa dan autoriti diturunkan ke peringkat bawahan.) atau sentralisasi (Sentralisasi merujuk kepada sejauh mana penugasan tugas, kuasa dan autoriti dikekalkan di peringkat atasan)?
  • 38.  Faktor dinamik seperti saiz, teknologi dan alam sekitar ada kaitan langsung dengan proses desentralisasi atau sentralisasi.  Sebagai contoh, lebih besar saiz organisasi itu maka lebih kuatlah sokongan bagi mengadakan desentralisasi (Steward 1985: 118).  Dan dalam alam sekitar yang tidak pasti atau tidak stabil di mana lebih penglibatan kakitangan dalam membuat keputusan diperlukan maka desentralisasi perlu diadakan.
  • 39. Menilai Struktur Organisasi  Oleh kerana faktor-faktor dinamik yang tersebut di atas sentiasa berubah maka struktur sesuatu organisasi perlu dinilai dari semasa ke semasa.
  • 40. Aspek yang harus dipertimbangkan dalam menilai struktur organisasi ialah seperti berikut:  Penyelarasan: Adakah masalah penyelarasan bertambah apabila bidang pengkhususan bertambah dalam satu organisasi?  Ekonomi: Apakah kos relatif bagi jenis pengumpulan atau jenis struktur yang digunakan? Adakah jenis pengumpulan lebih berkesan dan murah dari segi kos relatif?  Pengkhususan: Apakah pengkhususan yang perlu ada dan di manakah pengkhususan amat berkekurangan?
  • 41.  Kejelasan dalam pembahagian kerja: Adakah pembahagian kerja untuk setiap bahagian jelas?  Konflik: Adakah konflik wujud oleh kerana pengumpulan yang baru?
  • 42. Bentuk Perubahan pada Komponen Struktur Bentuk perubahan pada komponen struktur umumnya melibatkan salah satu atau kombinasi berikut: 1. penstrukturan semula organisasi (organizational restructuring), 2. pembentukan semula Kerja, 3. mengadakan persekutan strategik dan/atau 4. mencuba struktur organisasi baru yang bersesuaian.
  • 43. 1. Penstrukturan Semula Organisasi (Organizational Restructuring)  Satu proses membuat perubahan besar dalam struktur organisasi yang lazimnya melibatkan pengurangan peringkat pengurusan yang mungkin mengubah sebahagian komponen besar organisasi melalui  penghapusan (divestiture) atau  perolehan/pengambilan termasuk juga  pengecilan saiz tenaga kerja bagi tujuan untuk meningkatkan keberkesanan dan kecakapan organisasi.
  • 44. Pengecilan (Downsizing)  Satu proses mengurang atau menghapuskan lapisan atau peringkat pengurusan pertengahan yang signifikan dan mengakibatkan  peningkatan bidang kawalan (wide span of control) dan  pengurangan saiz tenaga kerja dan  tujuannya adalah untuk meningkatkan atau memperbaiki keberkesanan dan kecekapan organisasi.
  • 45.  Proses pengecilan berlaku apabila tenaga kerja dalam sesebuah organisasi dikurangkan kepada saiz optimum.  Pengurangan pekerja dilakukan melalui pemberhentian, secara sukarela dan pencen awal.
  • 46.  Biasanya, pengecilan adalah perlu kerana ia boleh mengurangkan kos buruh dan menggunakan teknologi kumpulan secara menyeluruh.  Bagaimanapun, pengecilan perlu dikendalikan secara berhati-hati kerana ia boleh menjatuhkan moral dan produktiviti pekerja.
  • 47.  Tujuan pengecilan adalah untuk mengecilkan saiz firma demi kelangsungan firma.  Pengecilan dilakukan akibat kemajuan teknologi dan komputer menyebabkan pengurangan bilangan pekerja yang diperlukan, peningkatan kos buruh, dan penurunan permintaan terhadap produk yang dikeluarkan.
  • 48. Kebaikan Pengecilan Organisasi Pengecilan akan memberi kebaikan berikut:  Pembayaran dividen yang lebih tinggi kesan daripada bilangan pekerja yang lebih kecil.  Mengurangkan kos gaji.  Membolehkan firma berbelanja dalam ruangan belanjawan yang telah ditentukan.
  • 49.  Memudahkan komunikasi di antara pemimpin dengan pimpinan atasan.  Meningkatkan keberkesanan operasi dengan mengurangkan pertindihan atau penduaan.  Memudahkan urusan penyeliaan
  • 50. Keburukan Pengecilan Organisasi Di samping itu, pengecilan juga mendatangkan keburukan-keburukan berikut: 1. Kehilangan pekerjaan. 2. Memaksa pekerja mencatu sumber organisasi. 3. Sumbangan input pekerja berkekurangan. 4. Produktiviti menurun akibat bimbang akan dikeluarkan daripada organisasi.
  • 51. Masalah Yang Dihadapi Dalam Proses Pengecilan  Pengecilan boleh menimbulkan pelbagai masalah.
  • 52. Antara masalah yang akan dihadapi oleh organisasi dalam melaksanakan program pengecilan adalah:  Pekerja bimbang untuk melakukan sesuatu kerja yang berisiko.  Pekerja hilang keyakinan.  Kecelaruan dan rasa tidak selamat.  Kejatuhan moral dan produktiviti di kalangan pekerja.  Masa pekerja banyak digunakan untuk mendapatkan kerja lain daripada memberi tumpuan kepada kerja sekarang.
  • 53.  Meningkatkan ketegangan.  Organisasi akan menghadapi masalah kewangan yang disebabkan oleh pembangunan semula struktur tugas.  Pekerja yang berkebolehan berhenti secara sukarela.  Ramai pekerja bersedia untuk bersara awal.  Organisasi terpaksa menghadapi tindakan mahkamah.
  • 54.  Organisasi tidak mampu memotivasikan pekerja akibat daripada persepsi negatif ke atas pengecilan.  Peningkatan mainan politik kerana pekerja cuba mengambil hati pihak atasan bagi tujuan mendapatkan tambahan pampasan, memperoleh keutamaan dan penambahan kuasa.
  • 55. Cara Mengurangkan Permasalahan Yang Dihadapi Antara cara yang organisasi boleh digunakan untuk mengurangkan permasalahan di atas adalah:  Memaklumkan kepada pekerja rasional di sebalik pengecilan.  Mengakui hakikat kepentingan pekerja serta bersedia berbincang mengenai perasaan mereka.
  • 56.  Penekanan sistem berorientasikan pencapaian dalam pembayaran imbuhan.  Menyediakan program sandaran (buffer) atau faedah-faedah kewangan lain sebagai persiapan kepada pekerja sebelum memperoleh kerja baru.
  • 57. 2. Pembentukan Semula Kerja (Work redesign)  la merupakan reka bentuk jadual waktu kerja supaya kerja dilakukan dengan lebih efisien dan bersesuaian dengan corak hidup subordinat terutama mereka yang mempunyai keluarga dan anak.
  • 58. a. Masa Kerja Anjal  Masa kerja anjal merupakan satu kaedah apabila pekerja diberi kebebasan yang lebih untuk menentukan jadual waktu kerja mereka dan apa yang penting ialah mereka mesti hadir bekerja semasa kerja utama (core hour) dilakukan sahaja.
  • 59. b. Memampatkan Minggu Kerja  Pekerja perlu melakukan kerja dalam sejumlah jam, tertentu untuk beberapa hari berturut-turut.  Ini bermaksud untuk hari yang lain, mereka tidak perlu datang untuk bekerja.
  • 60. c. Perkongsian Kerja  Melibatkan dua atau lebih orang pekerja bekerjasama untuk melakukan satu kerja.  la boleh mengurangkan beban kerja dan kerja boleh diselesaikan dengan lebih banyak jika dilakukan secara sinergi.
  • 61. d. Pusingan Kerja  Mengilir subordinat daripada satu pekerjaan ke pekerjaan lain.  Tujuannya untuk mengurangkan kebosanan.
  • 62. e. Bertugas Secara Jarak Jauh (Telecommuting)  Membiarkan pekerja melakukan kerja mereka di rumah dan hantar hasil kerja secara elektronik ke pejabat.  Perlu menggunakan komputer, mesin faksimile, telefon selular dan e-mail.  Memperkenalkan kaedah ini bertujuan menjadikan kerja lebih menarik, meningkatkan kepuasan kerja dan akhirnya mengurangkan kadar lantik henti yang mana boleh mengancam kelangsungan sesebuah organisasi.
  • 63. 3. Struktur Organisasi Baru  Struktur Pasukan  Organisasi Maya  Organisasi Tanpa Sempadan  Organisasi Mengutamakan Kebajikan Ahli
  • 64. a. Struktur Pasukan  Struktur ini menggunakan pasukan sebagai pusat koordinasi.  Di antara ciri-ciri struktur pasukan adalah kesediaan untuk memecahkan halangan penjabatan dan kuasa membuat keputusan decentralisasi berada pada tahap pasukan.  Di samping itu, pasukan kerja dianggotai oleh ahli yang memiliki kemahiran umum dan khusus dan seterusnya, anggota pasukan bersedia untuk melaksanakan tugas secara fungsi silang.
  • 65. b. Organisasi Maya  Konsep organisasi maya bertunjangkan kepada mengapa perlu memiliki satu organisasi kecil dan teras jika boleh dilaksanakan oleh pihak lain untuk menjalankan fungsi perniagaan yang utama dan jika didapati ia lebih menguntungkan.  0leh itu, organisasi maya mengamalkan pemusatan yang tinggi dan hampir tiada penjabatan, fleksibiliti dalam menghubungi pengeluar, pengedar, pemasaran dan fungsi perniagaan yang lain.  Peranan utama pengurus dalam organisasi maya adalah mengkoordinasi dan mengawal perhubungan luar.
  • 66. c. Organisasi Tanpa Sempadan  Organisasi ini diamalkan oleh organisasi yang bersaiz gergasi yang cuba menghapuskan rangkaian arahan, mengehadkan bidang kawalan, menggantikan penjabatan dengan memperkasakan subordinat.  Antara amalan organisasi ini adalah membolehkan setiap individu menilai individu yang lain tanpa mengira sama ada subordinat atau pengurus.  Melalui penghapusan sempadan menegak, pengurusan akan meratakan hierarki di mana status dan pangkat diminimumkan.  Antara contoh penghapusan sempadan ialah globalisasi, strategi bersekutu dan perhubungan erat organisasi dengan pelanggan.
  • 67. e. Organisasi Mengutamakan Kebajikan Ahli Organisasi yang memberi penekanan kepada kebajikan ahli. Organisasi ini dibentuk oleh ciri- ciri berikut:  Meletakkan nilai kemanusiaan yang tinggi kepada individu. Pekerja dilayan sebagai individu yang mempunyai perasaan dan perlu dihormati.  Tidak pentingkan diri sendiri. Oleh itu, ahli dalam organisasi ini mengeratkan hubungan secara formal dan tidak formal bersama ahli-ahli lain dengan membelakangkan sempadan bangsa, jantina, umur dan pangkat.
  • 68.  Kerjaya sebagai satu perkhidmatan - Kesediaan untuk memberi perkhidmatan terhadap organisasi dan orang lain, bukan menjadikan kenaikan pangkat, kuasa dan kenaikan gaji sebagai matlamat yang paling utama.  Komitmen terhadap perkembangan pekerja - Organisasi seperti ini bersedia untuk memberi peluang terhadap perkembangan kerjaya kepada pekerja, pembangunan kemahiran pekerja dan pengalaman pembelajaran.
  • 69.  Komuniti setiakawan - Mereka akan mengadakan hubungan yang rapat, saling mempercayai dan mengambil berat antara satu sama lain.  Perkongsian kuasa - Semua matlamat diagih dan dikongsi bersama. Semua ahli yang terlibat akan dipengaruhi oleh keputusan yang dibuat dan diberi peluang dalam membuat keputusan.