Se ha denunciado esta presentación.
Utilizamos tu perfil de LinkedIn y tus datos de actividad para personalizar los anuncios y mostrarte publicidad más relevante. Puedes cambiar tus preferencias de publicidad en cualquier momento.
Próximo SlideShare
What to Upload to SlideShare
What to Upload to SlideShare
Cargando en…3
×
1 de 2

Sejarah sekolah

0

Compartir

Descargar para leer sin conexión

Libros relacionados

Gratis con una prueba de 30 días de Scribd

Ver todo

Audiolibros relacionados

Gratis con una prueba de 30 días de Scribd

Ver todo

Sejarah sekolah

  1. 1. PERANCANGAN STRATEGIK 2014 - 2016 SMK Batu Lapan telah ditubuhkan pada 1 Januari 1985 di Batu Lapan, Jalan Puchong. Sekolah ini agak dingin kerana dikelilingi hutan dan terletak di atas bukit. Tujuan penubuhan sekolah ini ialah bagi menampung kemasukan murid-murid Darjah Enam ke Tingkatan Peralihan dan Tingkatan Satu. Selain itu, bagi memudahkan para ibu bapa yang tinggal berdekatan supaya tidak perlu menghantar anak mereka ke satu-satunya sekolah menengah yang berdekatan pada masa itu yang terletak di Batu 14. Nama sekolah ini diambil daripada nama tempat letaknya sekolah iaitu di Batu Lapan Jalan Puchong. Ini memudahkan mana-mana pihak untuk mencari lokasi sekolah ini. Terdapat syor-syor untuk menukar nama SMK Batu Lapan Jalan Puchong tetapi terdapat bantahan daripada ibu bapa dan guru-guru berketurunan Cina kerana dalam kepercayaan orang Cina, nombor lapan bererti tuah. Diharapkan melalui pengekalan nama ini, sekolah ini akan terus maju dan progresif menuju ke visi sekolah. Sekolah ini telah memulakan sesi persekolahan yang pertama pada tahun 1985 dengan 261 orang pelajar dan 14 orang guru. Dalam tempoh 25 tahun, bilangan pelajar dan guru telah bertambah berkali ganda dan jumlahnya sekarang telah meningkat kepada 1477 dan 97 orang guru (November 2010). SMKBL
  2. 2. PERANCANGAN STRATEGIK 2014 - 2016 Bangunan asal iaitu blok A, B, C dan kantin telah dibina dengan kos RM 1.5 juta oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dengan bantuan Bank Dunia. Seterusnya, bangunan tambahan telah dibina untuk menampung pertambahan pelajar. Disamping itu, sebuah jentera pam air automatik telah dibekalkan untuk menguatkan tekanan air kerana faktor sekolah ini terletak di atas bukit. Perpustakaan, bilik sembahyang dan beberapa prasarana lain telah ditambah satu per satu mengikut tahun. Padang permainan telah disediakan di bawah bukit untuk memudahkan para penonton menonton permainan tersebut dari atas. Persatuan Bahasa Melayu, St. John Ambulans dan Pasukan Bola Sepak merupakan antara persatuan dan kelab pertama yang tubuhkan. Pada tahun 2006, satu blok iaitu blok G dibina untuk memulakan kelas Tingkatan 6 Sains dan 6 Sastera telah dibuka buat julung-julung kalinya. Bagi aliran Sains, subjek Pengajian Am, MUET, Fizik, Biologi, Kimia dan Matematik ditawarkan manakala bagi aliran Sastera subjek Pengajian Am, MUET, Prinsip Akaun, Ekonomi, Pengajian Perniagaan dan Matematik ditawarkan. SMKBL

×