SlideShare una empresa de Scribd logo
1 de 11
Descargar para leer sin conexión
1 
1- PENGENALAN 
Umar bin Al-Khattab bin Nufail bin Abdul Uzza bin Rabah bin Abdullah bin 
Qarth bin Razah bin Adiy bin Kaab merupakan nama sebenar kepada Saidina Umar 
Al-Khattab. Beliau berasal daripada keturunan Arab Quraisy dari kabilah Bani Adi. 
Saidina Umar Al-Khattab terkenal dengan sikap bengis serta kejamnya. Beliau 
dilantik sebagai duta kaumnya untuk mengadakan perundingan antara kabilah yang 
bermusuhan. Pengikut dari kabilah lain juga amat gentar dengannya. Setelah 
Saidina Umar Al-Khattab memeluk Islam, beliau membuat pengakuan kepada para 
sahabat bahawa beliau pernah menanam anak perempuannya hidup-hidup ( Abdul 
Latip Talib, 2008 ). 
Pelantikan Saidina Umar Al-Khattab sebagai khalifah telah ditentukan sendiri 
oleh Saidina Abu Bakar sebagai pengganti beliau bagi mengelakkan perpecahan 
umat berlaku pada waktu yang kritikal. Setelah meminta pendapat para sahabat, 
Umar Ibnu Al-Khattab telah terpilih sebagai pengganti beliau. Saidina Umar Al 
Khattab yang pada awalnya digelar Khalifah Rasulullah, kemudiannya digelar Amir 
Al-Mu’mini n, diambil daripada gelaran yang sering diberikan kepada ketua atau 
kepada pasukan tentera Islam. Banyak usaha-usaha reformasi yang telah 
dilaksanakan di dalam urusan-urusan pentadbiran dan kewangan ( Mustafa Haji 
Daud, 1999 ). 
Amir Al-Mu’mi nin yang hebat i ni telah wafat akibat dibunuh oleh musuhnya, 
Abu Lu’lu’ah, hamba kepada Al-Mughirah Bin Syu’bah. Beliau dibunuh ketika i ngin 
menunaikan solat subuh. Beliau terbunuh ketika berusia 63 tahun dan sempat 
memerintah selama 10 tahun 6 bulan. Atas persetujuan daripada Aisyah, beliau 
telah dikebumikan bersebelahan dengan makam Nabi Muhammad SAW ( Grasindo, 
2007 ).
2- KERAJAAN KHULAFA AL-RASYIDIN : KHALIFAH SAIDINA UMAR AL-KHATTAB 
2 
2.1- Cara Perlantikan Khalifah Umar Al-Khattab 
Saidina Umar Al-Khattab telah dilantik oleh Saidina Abu Bakar sendiri sebagai 
pengganti beliau sebagai khalifah bagi mengelakkan perpecahan umat berlaku pada 
waktu yang kritikal ( Mustafa Haji Daud, 1999 ). 
Setelah memerintah hampir dua tahun tiga bulan, Saidina Abu Bakar ditimpa 
sakit tenat sehingga tidak mampu pergi ke masjid. Hal ini menyebabkan beliau 
melantik Umar Al-Khattab sebagai penggantinya. Perlantikan tersebut dilaksanakan 
setelah bermusyawarah dengan sahabat-sahabatnya termasuk Usman bin Affan, 
Abdullah bin Mas’ud, Talhah bin Ubaidillah dan Usaid bin Hudair. Tidak ada satu pun 
diantara mereka yang membantah dengan perlantikan tersebut ( Abdul Latip Talib, 
2008 ). 
Setelah kewafatan Saidina Abu Bakar, puteri beliau Aisyah r.a. 
menyampaikan wasiat tersebut kepada Saidina Umar Al-Khattab ( Ibrahim Abu 
Abbah, 1997 ). 
Pada mulanya, Saidina Umar Al-Khattab digelar sebagai Khalifah Rasulullah, 
tetapi kemudiannya digelar sebagai Amir Al-Mu’minin yang diambil bersempena 
dengan gelaran yang sering diberikan kepada ketua atau pasukan tentera Islam ( 
Mustafa Haji Daud, 1999 ).
3 
2.2-Sumbangan Saidina Umar Al-Khattab. 
2.2.1- ASPEK PENTADBIRAN 
2.2.1.1- Wujud Jabatan Tertentu 
Pembentukan pentadbiran diperingkat Jabatan (Diwan) secara rasminya 
dilaksanakan oleh Saidina Umar Al-Khattab. Beliau telah membentuk Jabatan 
Ketenteraan dan Jabatan Cukai (Diwan Jibayah). Jabatan Ketenteraan 
menguruskan ketenteraan termasuk dari segi pakaian dan pengangkutan serta 
membuat bayaran gaji dan elaun kepada tentera dan orang di bawah tanggungan 
mereka. Manakala, Jabatan Cukai pula merupakan perbendaharaan negara yang 
bertanggungjawab terhadap pengurusan harta negara termasuk mencetak wang, 
mengurus kemasukan dan pengeluaran wang dan sebagainya. Beberapa jabatan 
penting telah dibentuk bagi memenuhi keperluan dan perubahan masa selaras 
dengan perkembangan tamadun Islam ( Penerbit Universiti Malaya, 2001 ). 
Dalam bidang keselamatan dalam negeri, beliau menubuhkan pasukan polis. 
Beliau telah membina penempatan tentera serta pelabuhan bagi pembinaan kapal 
laut bertujuan bagi memperkukuhkan sistem pertahanan ( Abdul LatipTalib, 2008 ). 
2.2.1.2- Khusus Jabatan Kehakiman 
2.2.1.2(a)- Institusi Kehakiman 
Saidina Umar Al-Khattab telah memisahkan jawatan pentabiran dengan 
kehakiman. Langkah sedemikian dilaksanakan kerana beban tugas seorang 
gabenor semakin berat berikutan perkembangan atau perluasan daerah atau 
wilayah yang menerima agama Islam. Beliau telah melantik beberapa orang hakim
di daerah tertentu antaranya Syuraih (Kufah), Uthman bin Qais bin Al-As (Mesir) dan 
Abu Musa Al-Ashari (Basrah). Saidina Umar Al-Khattab sering memberikan arahan 
dan peringatan kepada hakim-hakim dengan menggariskan kepentingan pengadilan 
4 
dan keadilan dalam Islam (Penerbit Universiti Malaya, 2001). 
2.2.1.2(b)- Sistem Penjara 
Saidina Umar Al-Khattab telah mewujudkan sistem penjara untuk penjenayah 
menjalani hukuman. Tahanan penjara ditempatkan di dalam sebuah rumah atau 
masjid yang diawasi oleh pengawal semasa zaman Rasulullah SAW dan Saidina 
Abu Bakar As-Siddiq (Mohd Said Ishak ,2000). 
2.2.1.3- Pentadbiran Wilayah 
Bagi mengatasi masalah pentadbiran yang bertambah luas, Saidina Umar Al- 
Khattab membahagikan wilayah-wilayah Islam kepada beberapa bahagian. Wilayah-wilayah 
itu ialah Kufah, Basrah, Syam, Jazirah, Yaman, Bahrain dan Mesir. Di setiap 
wilayah itu dilantik beberapa orang pegawai yang bertugas terdiri daripada seorang 
wali (gabenor) dan seorang setiausaha yang dibantu oleh pegawai -pegawai tertentu 
di beberapa buah jabatan setiausaha tentera (Khatib al-Diwan), Jabatan Percukaian 
(Sahib al-Kharij) dan pegawai polis (Sahib al-syurtah), Pegawai Perbendaharaan 
Negara (Sahib Bait al-Mal) dan seorang kadi. Semua pegawai yang dilantik itu 
termasuk gabenor, diberikan surat perintah oleh Saidina Umar Al -Khattab. Tugas-tugas 
dan kuasa mereka disebut dalam surat perintah ini. Sebelum seseorang 
pegawai itu dihantar ke wi layah-wilayah berkenaan, rakyat terlebih dahulu diberitahu 
tentang kuasa dan tugas-tugas pegawai tersebut supaya tidak timbul kekeliruan 
pada masa akan dating ( Ahmad Yumni Abu Bakar, 2011).
5 
2.2.1.4- Ekonomi (Penubuhan Baitul Mal) 
Institusi Baitul Mal atau Perbendaharaan Negara telah ditubuhkan oleh 
Saidina Umar al-Khattab. Untuk mengetahui wang keluar masuk dari segi 
pendapatan dan perbelanjaan Negara, sebuah buku kira-kira Negara disediakan. 
Bayaran zakat, Ghanimah (harta rampasan perang), fai (harta rampasan tanpa 
perang), jizyah (cukai perlindungan), kharaj (cukai tanah) dan usyur (cukai 
perniagaan) merupakan sumber-sumber kewangan negara (Mahayudin Hj Yahaya, 
2001). 
2.2.2- ASPEK SOSIAL 
2.2.2.1- Pengumpulan ayat-ayat al-Quran 
Saidina Umar al-Khattab mencadangkan supaya ayat-ayat al-Quran 
dikumpulkan di dalam sebuah kitab meskipun tidak pernah dilakukan ketika zaman 
Rasulullah SAW. Tujuan menyelamatkan ayat-ayat suci al-Quran ini ialah supaya 
ianya tidak hi lang dan masih dapat dibaca oleh generasi yang akan datang ( Abdul 
Latip Talib, 2008). 
2.2.2.2- Penubuhan masjid 
Sebuah masjid dibina bagi memudahkan orang Islam beribadat. Masjid 
tersebut dibina di suatu kawasan bernama Sakhrah dimana kawasan tersebut 
merupakan tempat Nabi Yaakub menerima wahyu. Saidina Umar Al-Khattab telah
menamakan masjid tersebut sempena nama beliau iaitu Masjid Umar Al-Khattab 
6 
(Mohd Said Ishak, 2000). 
2.2.2.3- Pelantikan kadi 
Para kadi telah di lantik di wilayah-wi layah Islam oleh Saidina Umar Al- 
Khattab bagi menyelesaikan masalah yang timbul sama ada dalam bidang 
keagamaan atau keduniaan. Semenanjung Arab, Palestin, Iraq, Persia dan Mesir 
merupakan wilayah kekuasaan Islam (Mohd Said Ishak, 2000). 
2.3- Peralihan daripada Saidina Umar Al-Khattab kepada Saidina Usman Bin 
Affan 
2.3.1- Kewafatan Saidina Umar Al-Khattab 
Saidina Umar Al-Khattab telah diserang oleh Abu Lu’lu’ah al- Majusyi ketika 
sedang menunaikan solat subuh. Walaupun beliau mendapat luka yang parah akibat 
daripada serangan itu, beliau tetap meneruskan solat subuh setelah meminta 
bantuan Abdul Rahman bin Auf untuk membalut lukanya ( Abdul Latip Talib, 2008 ). 
Saidina Umar Al-Khattab telah wafat pada tahun 23 Hijrah. Beliau meminta 
untuk disemadikan bersebelahan dengan makam Rasulullah SAW dan Saidina Abu 
Bakar As-Siddiq ( Ibrahim Abu Abbah, 1997 ). 
2.3.2- Pemindahan pemerintahan kepada Khalifah Usman bin Affan 
Ketika Khalifah Umar sedang sakit, beliau telah meninggalkan wasiat. Beliau 
telah menulis nama enam orang calon yang akan menggantikan beliau. Empat 
orang daripada calon tersebut telah mengundurkan diri melainkan Uthman bin Affan
dan Ali bin Abi Talib sahaja yang masih kekal. Para sahabat telah bermusyawarah 
untuk memilih calon pengganti yang sesuai bagi menjadi khalifah yang ketiga. 
Akhirnya mereka memutuskan untuk memilih Usman bin Affan sebagai pemimpin 
7 
( Grasindo, 2007 ).
8 
3- CADANGAN 
3.1- Mengukuhkan Sistem Ketenteraan 
Sistem ketenteraan pada zaman pemerintahan Saidina Umar Al-Khattab 
merupakan sistem yang efektif dan berkesan. Kesan daripadanya boleh dilihat 
menerusi kawasan jajahan takluk Islam yang semakin berkembang pada zaman itu. 
Oleh itu, sistem ketenteraan dalam negara Malaysia perlu diperkukuh supaya 
negara tidak dapat dijajah dan kedaulatan negara dapat dijaga. 
3.2- Memeruskan Majlis Syura 
Pada zaman pemerintahan Saidina Umar Al-Khattab, majlis syura 
merupakan sistem yang melibatkan para wali dan ulama bermusyawarah dan 
membuat keputusan dalam sesuatu perkara. Justeru, amalan majlis syura perlu 
diteruskan supaya para mufti dapat berbincang dan mengeluarkan fatwa atau hukum 
bagi sesetengah perkara dengan berkesan. 
3.3- Menambah Bilangan Pendidik 
Setelah menakluki sesebuah kawasan , Saidina Umar Al-Khattab 
memerintah para panglima untuk membina masjid sebagai pusat ibadat dan pusat 
keilmuan. Guru-guru ditugaskan untuk mengajar isi-isi Al-Quran dan ajaran Islam 
kepada penduduk yang baru mengenali Islam. Oleh itu, bilangan golongan pendidik 
perlu diperbanyak supaya dapat mendidik generasi zaman sekarang dan pada masa 
akan datang. Golongan pendidik bukan sahaja mampu mengajar ilmu yang 
menjurus kepada keduniaan malah mampu mengajar i lmu yang mampu 
mendekatkan diri dengan Allah.
9 
4- KESIMPULAN 
Berdasarkan perkembangan dan sumbangan yang telah diberikan oleh 
Khalifah Saidina Umar Al-Khattab, kita dapat simpulkan bahawa beliau 
sesungguhnya merupakan seorang pemimpin yang mempunyai pandangan yang 
jauh. Sumbangan dan perkembangan yang telah diperkenalkan oleh beliau seperti 
sistem penjara, institusi kehakiman dan Baitul Mal masih kekal dan dilaksanakan 
sehinggalah sekarang. 
Zaman pemerintahan Umar merupakan zaman keemasan pemerintahan 
Islam. Terdapat banyak usaha-usaha reformasi dijalankan dalam urusan-urusan 
pentadbiran dan kewangan. Antara sumbangan yang telah diberikan oleh beliau 
ialah memasukkan sistem pentadbiran mengikut jabatan-jabatan atau kementerian-kementerian 
yang dipinjam daripada cara pemerintahan Parsi. Beliau juga telah 
memperkenalkan bayaran-bayaran tertentu sebagai sara hidup kerabat Rasulullah 
SAW dan para sahabat yang telah berkhidmat di dalam peperangan yang mahsyur 
seperti Badar, Uhud, Qadisiyah dan Yarmuk ( Mustafa Haji Daud, 1999 ). 
Saidina Umar Al-Khattab juga mahir dalam ilmu fikah dan seorang pemidato 
yang hebat. Beliau seorang ahli gusti dan penunggang kuda yang cekap. Meskipun 
berada di tampuk kekuasaan, pencetus zaman keemasan negara Islam ini hidup 
secara bersederhana mencontohi Rasulullah SAW ( Abdul Latip Talib, 2008 ).
10 
5- RUJUKAN 
Abdul Latip Talib (2008), Novel Sejarah Islam Umar Al-Khattab Reformis Dunia 
Islam. Selangor: PTS Litera Sdn.Bhd 
Ahmad Yumni Abu Bakar (2011), Cara Pelantikan Saidina Umar Bin Al-Khattab. 
Selangor: Penerbit Risalah. 
Grasindo (2007), Ensiklopedia untuk Anak-anak Muslim Jilid 2: Al-Mawsu’ah 
Lil-Attal al-Muslimin. Bandung: Pustaka Oasis 
Ibrahim Abu Abbah (1997), Hak dan Batil dalam pertentangan. Jakarta : Gema 
Insani Press. 
Mahayudin Hj Yahaya (2001), Sumbangan Saidina Umar bin al-Khattab. 
Selangor: Penerbit Risalah. 
Mohd Said Ishak (2000), ‘Umar Ibn_Al-Khaththab Pelaksanaan Hukum Islam. 
Johor Darul Ta’zim: Penerbit Universiti Teknologi Malaysia. 
Mustafa Hj. Daud (1999), Tamadun Islam edisi maktab perguruan. Kuala Lumpur: 
Utusan Publication & Distributors Sdn.Bhd. 
Penerbit Universiti Malaya (2001).Tamadun Islam dan Tamadun Asia. Kuala 
Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.
11 
6- LAMPIRAN 
Penguasaan wilayah semasa pemerintahan Saidina Umar Al-Khattab

Más contenido relacionado

La actualidad más candente

SUMBANGAN KHALIFAH UMAR ABDUL AZIZ
SUMBANGAN KHALIFAH UMAR ABDUL AZIZSUMBANGAN KHALIFAH UMAR ABDUL AZIZ
SUMBANGAN KHALIFAH UMAR ABDUL AZIZGuru Sejarah PraU
 
PEMBAHARUAN YANG BERLAKU DI ZAMAN KHALIFAH UMAR AL- KHATTAB
PEMBAHARUAN YANG BERLAKU DI ZAMAN KHALIFAH UMAR AL- KHATTABPEMBAHARUAN YANG BERLAKU DI ZAMAN KHALIFAH UMAR AL- KHATTAB
PEMBAHARUAN YANG BERLAKU DI ZAMAN KHALIFAH UMAR AL- KHATTABSiti Nurhaishah Mohd Rani
 
Kerajaan bani umaiyah
Kerajaan bani umaiyahKerajaan bani umaiyah
Kerajaan bani umaiyahIr Deena
 
SUMBANGAN KHALIFAH ABU BAKAR AL-SIDDIQ
SUMBANGAN KHALIFAH ABU BAKAR AL-SIDDIQSUMBANGAN KHALIFAH ABU BAKAR AL-SIDDIQ
SUMBANGAN KHALIFAH ABU BAKAR AL-SIDDIQGuru Sejarah PraU
 
Sejarah sumbangan khulafah ar rasyidin.( nurul izzah )-SMKPJI
Sejarah sumbangan khulafah ar rasyidin.( nurul izzah )-SMKPJISejarah sumbangan khulafah ar rasyidin.( nurul izzah )-SMKPJI
Sejarah sumbangan khulafah ar rasyidin.( nurul izzah )-SMKPJINurul Izzah
 
Kepimpinan khulafa al rasyidin
Kepimpinan khulafa al rasyidinKepimpinan khulafa al rasyidin
Kepimpinan khulafa al rasyidinKhairul Anwar
 
Khalifah uthman bin affan (zu al nurain
Khalifah uthman bin affan (zu al nurainKhalifah uthman bin affan (zu al nurain
Khalifah uthman bin affan (zu al nurainsheraarzman
 
Penentangan yang dihadapi oleh rasulullah semasa pembinaan masyarakat islam d...
Penentangan yang dihadapi oleh rasulullah semasa pembinaan masyarakat islam d...Penentangan yang dihadapi oleh rasulullah semasa pembinaan masyarakat islam d...
Penentangan yang dihadapi oleh rasulullah semasa pembinaan masyarakat islam d...LOGHA ANBARASU
 
Pengajian islam zaman uthmaniyyah
Pengajian islam zaman uthmaniyyahPengajian islam zaman uthmaniyyah
Pengajian islam zaman uthmaniyyahmzaidin
 
Khalifah Muawiyah bin Abi Sufian
Khalifah Muawiyah bin Abi SufianKhalifah Muawiyah bin Abi Sufian
Khalifah Muawiyah bin Abi Sufianيوسف سفورا
 
Saidina umar al khattab
Saidina umar al khattabSaidina umar al khattab
Saidina umar al khattabKhairul Anwar
 
Kerajaan Bani Ummayah
Kerajaan Bani UmmayahKerajaan Bani Ummayah
Kerajaan Bani UmmayahIzzat Amir
 
Kerajaan Bani Umaiyah
Kerajaan Bani UmaiyahKerajaan Bani Umaiyah
Kerajaan Bani UmaiyahAlifah Ilyana
 
Bab 1 manusia dan masyarakat jahiliah
Bab 1 manusia dan masyarakat jahiliahBab 1 manusia dan masyarakat jahiliah
Bab 1 manusia dan masyarakat jahiliahKarsodikromo Yatiman
 
Khalifah Uthman Bin Affan dan Khalifah Ali bin Abi Talib
Khalifah Uthman Bin Affan dan Khalifah Ali bin Abi TalibKhalifah Uthman Bin Affan dan Khalifah Ali bin Abi Talib
Khalifah Uthman Bin Affan dan Khalifah Ali bin Abi Talibamiraaa96
 
Perkembangan pendidikan pada zaman kerajaan abbasiyyah
Perkembangan pendidikan pada zaman kerajaan abbasiyyahPerkembangan pendidikan pada zaman kerajaan abbasiyyah
Perkembangan pendidikan pada zaman kerajaan abbasiyyahKhairul Anwar
 
Sejarah T4 Khalifah umar
Sejarah T4 Khalifah umarSejarah T4 Khalifah umar
Sejarah T4 Khalifah umarSasi Villa
 
Khalifah umar bin al khattab dan sumbangan semasa
Khalifah umar bin al khattab dan sumbangan semasaKhalifah umar bin al khattab dan sumbangan semasa
Khalifah umar bin al khattab dan sumbangan semasaNurhawa Rosman
 

La actualidad más candente (20)

SUMBANGAN KHALIFAH UMAR ABDUL AZIZ
SUMBANGAN KHALIFAH UMAR ABDUL AZIZSUMBANGAN KHALIFAH UMAR ABDUL AZIZ
SUMBANGAN KHALIFAH UMAR ABDUL AZIZ
 
PEMBAHARUAN YANG BERLAKU DI ZAMAN KHALIFAH UMAR AL- KHATTAB
PEMBAHARUAN YANG BERLAKU DI ZAMAN KHALIFAH UMAR AL- KHATTABPEMBAHARUAN YANG BERLAKU DI ZAMAN KHALIFAH UMAR AL- KHATTAB
PEMBAHARUAN YANG BERLAKU DI ZAMAN KHALIFAH UMAR AL- KHATTAB
 
Kerajaan bani umaiyah
Kerajaan bani umaiyahKerajaan bani umaiyah
Kerajaan bani umaiyah
 
SUMBANGAN KHALIFAH ABU BAKAR AL-SIDDIQ
SUMBANGAN KHALIFAH ABU BAKAR AL-SIDDIQSUMBANGAN KHALIFAH ABU BAKAR AL-SIDDIQ
SUMBANGAN KHALIFAH ABU BAKAR AL-SIDDIQ
 
Sejarah sumbangan khulafah ar rasyidin.( nurul izzah )-SMKPJI
Sejarah sumbangan khulafah ar rasyidin.( nurul izzah )-SMKPJISejarah sumbangan khulafah ar rasyidin.( nurul izzah )-SMKPJI
Sejarah sumbangan khulafah ar rasyidin.( nurul izzah )-SMKPJI
 
Kepimpinan khulafa al rasyidin
Kepimpinan khulafa al rasyidinKepimpinan khulafa al rasyidin
Kepimpinan khulafa al rasyidin
 
Khalifah uthman bin affan (zu al nurain
Khalifah uthman bin affan (zu al nurainKhalifah uthman bin affan (zu al nurain
Khalifah uthman bin affan (zu al nurain
 
Penentangan yang dihadapi oleh rasulullah semasa pembinaan masyarakat islam d...
Penentangan yang dihadapi oleh rasulullah semasa pembinaan masyarakat islam d...Penentangan yang dihadapi oleh rasulullah semasa pembinaan masyarakat islam d...
Penentangan yang dihadapi oleh rasulullah semasa pembinaan masyarakat islam d...
 
Pengajian islam zaman uthmaniyyah
Pengajian islam zaman uthmaniyyahPengajian islam zaman uthmaniyyah
Pengajian islam zaman uthmaniyyah
 
Khalifah Muawiyah bin Abi Sufian
Khalifah Muawiyah bin Abi SufianKhalifah Muawiyah bin Abi Sufian
Khalifah Muawiyah bin Abi Sufian
 
Saidina umar al khattab
Saidina umar al khattabSaidina umar al khattab
Saidina umar al khattab
 
piagam madinah
piagam madinahpiagam madinah
piagam madinah
 
Kerajaan Bani Ummayah
Kerajaan Bani UmmayahKerajaan Bani Ummayah
Kerajaan Bani Ummayah
 
Kerajaan Bani Umaiyah
Kerajaan Bani UmaiyahKerajaan Bani Umaiyah
Kerajaan Bani Umaiyah
 
Bab 1 manusia dan masyarakat jahiliah
Bab 1 manusia dan masyarakat jahiliahBab 1 manusia dan masyarakat jahiliah
Bab 1 manusia dan masyarakat jahiliah
 
Khalifah Uthman Bin Affan dan Khalifah Ali bin Abi Talib
Khalifah Uthman Bin Affan dan Khalifah Ali bin Abi TalibKhalifah Uthman Bin Affan dan Khalifah Ali bin Abi Talib
Khalifah Uthman Bin Affan dan Khalifah Ali bin Abi Talib
 
Perkembangan pendidikan pada zaman kerajaan abbasiyyah
Perkembangan pendidikan pada zaman kerajaan abbasiyyahPerkembangan pendidikan pada zaman kerajaan abbasiyyah
Perkembangan pendidikan pada zaman kerajaan abbasiyyah
 
Sejarah T4 Khalifah umar
Sejarah T4 Khalifah umarSejarah T4 Khalifah umar
Sejarah T4 Khalifah umar
 
Khalifah umar bin al khattab dan sumbangan semasa
Khalifah umar bin al khattab dan sumbangan semasaKhalifah umar bin al khattab dan sumbangan semasa
Khalifah umar bin al khattab dan sumbangan semasa
 
Riwayat hidup rasulullah saw
Riwayat hidup rasulullah sawRiwayat hidup rasulullah saw
Riwayat hidup rasulullah saw
 

Similar a CTU151 Assignment (Khalifah Umar)

Kerajaan khulafa al rasyidin
Kerajaan khulafa                  al rasyidinKerajaan khulafa                  al rasyidin
Kerajaan khulafa al rasyidin3909032
 
Bab 6 pembentukan kerajaan islam dan sumbangannya
Bab 6 pembentukan kerajaan islam dan sumbangannyaBab 6 pembentukan kerajaan islam dan sumbangannya
Bab 6 pembentukan kerajaan islam dan sumbangannyaazlina2012
 
Kerajaan Khulafa' Arrasyidin
Kerajaan Khulafa' ArrasyidinKerajaan Khulafa' Arrasyidin
Kerajaan Khulafa' ArrasyidinN2S2KJDream
 
Pel 20 pemerintahan k hualafaurashidin.
Pel 20 pemerintahan k hualafaurashidin.Pel 20 pemerintahan k hualafaurashidin.
Pel 20 pemerintahan k hualafaurashidin.Shaheed Azhar
 
Pencerakinan Reflektif Tamadun Islam di Zaman Khulafa' al-Rasyidin
Pencerakinan Reflektif Tamadun Islam di Zaman Khulafa' al-RasyidinPencerakinan Reflektif Tamadun Islam di Zaman Khulafa' al-Rasyidin
Pencerakinan Reflektif Tamadun Islam di Zaman Khulafa' al-RasyidinEzad Azraai Jamsari
 
Pembentukkan kerajaan islam
Pembentukkan kerajaan islamPembentukkan kerajaan islam
Pembentukkan kerajaan islamRamli D'Epic
 
Uitm~ctu151 perbezaan amalan prinsip islam dalam pentadbiran khalifah ‘umar b...
Uitm~ctu151 perbezaan amalan prinsip islam dalam pentadbiran khalifah ‘umar b...Uitm~ctu151 perbezaan amalan prinsip islam dalam pentadbiran khalifah ‘umar b...
Uitm~ctu151 perbezaan amalan prinsip islam dalam pentadbiran khalifah ‘umar b...sakura rena
 
S3 PEMBENTANGAN PERKEMBANGAN TAMADUN ISLAM ERA SAHABAT
S3 PEMBENTANGAN PERKEMBANGAN TAMADUN ISLAM ERA SAHABATS3 PEMBENTANGAN PERKEMBANGAN TAMADUN ISLAM ERA SAHABAT
S3 PEMBENTANGAN PERKEMBANGAN TAMADUN ISLAM ERA SAHABATno suhaila
 
Presentation pendidikan islam
Presentation pendidikan islamPresentation pendidikan islam
Presentation pendidikan islamSiti Noor Aimi
 

Similar a CTU151 Assignment (Khalifah Umar) (11)

Kerajaan khulafa al rasyidin
Kerajaan khulafa                  al rasyidinKerajaan khulafa                  al rasyidin
Kerajaan khulafa al rasyidin
 
Bab 6 pembentukan kerajaan islam dan sumbangannya
Bab 6 pembentukan kerajaan islam dan sumbangannyaBab 6 pembentukan kerajaan islam dan sumbangannya
Bab 6 pembentukan kerajaan islam dan sumbangannya
 
Kerajaan Khulafa' Arrasyidin
Kerajaan Khulafa' ArrasyidinKerajaan Khulafa' Arrasyidin
Kerajaan Khulafa' Arrasyidin
 
Pel 20 pemerintahan k hualafaurashidin.
Pel 20 pemerintahan k hualafaurashidin.Pel 20 pemerintahan k hualafaurashidin.
Pel 20 pemerintahan k hualafaurashidin.
 
Pencerakinan Reflektif Tamadun Islam di Zaman Khulafa' al-Rasyidin
Pencerakinan Reflektif Tamadun Islam di Zaman Khulafa' al-RasyidinPencerakinan Reflektif Tamadun Islam di Zaman Khulafa' al-Rasyidin
Pencerakinan Reflektif Tamadun Islam di Zaman Khulafa' al-Rasyidin
 
Pembentukkan kerajaan islam
Pembentukkan kerajaan islamPembentukkan kerajaan islam
Pembentukkan kerajaan islam
 
Uitm~ctu151 perbezaan amalan prinsip islam dalam pentadbiran khalifah ‘umar b...
Uitm~ctu151 perbezaan amalan prinsip islam dalam pentadbiran khalifah ‘umar b...Uitm~ctu151 perbezaan amalan prinsip islam dalam pentadbiran khalifah ‘umar b...
Uitm~ctu151 perbezaan amalan prinsip islam dalam pentadbiran khalifah ‘umar b...
 
S3 PEMBENTANGAN PERKEMBANGAN TAMADUN ISLAM ERA SAHABAT
S3 PEMBENTANGAN PERKEMBANGAN TAMADUN ISLAM ERA SAHABATS3 PEMBENTANGAN PERKEMBANGAN TAMADUN ISLAM ERA SAHABAT
S3 PEMBENTANGAN PERKEMBANGAN TAMADUN ISLAM ERA SAHABAT
 
INSTITUSI KHALIFAH - STPM
INSTITUSI KHALIFAH - STPMINSTITUSI KHALIFAH - STPM
INSTITUSI KHALIFAH - STPM
 
Bani umaiyah
Bani umaiyahBani umaiyah
Bani umaiyah
 
Presentation pendidikan islam
Presentation pendidikan islamPresentation pendidikan islam
Presentation pendidikan islam
 

Más de Adlina Zainuri

MKT345 Assignment (Oreo presentation)
MKT345 Assignment (Oreo presentation)MKT345 Assignment (Oreo presentation)
MKT345 Assignment (Oreo presentation)Adlina Zainuri
 
MKT345 Assignment (Oreo)
MKT345 Assignment (Oreo)MKT345 Assignment (Oreo)
MKT345 Assignment (Oreo)Adlina Zainuri
 
ENT300 Assignment (Chelyu One Stop)
ENT300 Assignment (Chelyu One Stop)ENT300 Assignment (Chelyu One Stop)
ENT300 Assignment (Chelyu One Stop)Adlina Zainuri
 
CTU231 Assignment (Pemilikan Tidak Sempurna)
CTU231 Assignment (Pemilikan Tidak Sempurna)CTU231 Assignment (Pemilikan Tidak Sempurna)
CTU231 Assignment (Pemilikan Tidak Sempurna)Adlina Zainuri
 
MGT162 Assignment (POS Malaysia presentation)
MGT162 Assignment (POS Malaysia presentation)MGT162 Assignment (POS Malaysia presentation)
MGT162 Assignment (POS Malaysia presentation)Adlina Zainuri
 
MGT162 Assignment (POS Malaysia)
MGT162 Assignment (POS Malaysia)MGT162 Assignment (POS Malaysia)
MGT162 Assignment (POS Malaysia)Adlina Zainuri
 
CTU101 Konsep Rukun Iman (Hari Akhirat, Qada' & Qadar)
CTU101 Konsep Rukun Iman (Hari Akhirat, Qada' & Qadar)CTU101 Konsep Rukun Iman (Hari Akhirat, Qada' & Qadar)
CTU101 Konsep Rukun Iman (Hari Akhirat, Qada' & Qadar)Adlina Zainuri
 
MGT153 assignment (DABS Chocolate)
MGT153 assignment (DABS Chocolate)MGT153 assignment (DABS Chocolate)
MGT153 assignment (DABS Chocolate)Adlina Zainuri
 
MGT153 assignment (DABS Chocolate presentation)
MGT153 assignment (DABS Chocolate presentation)MGT153 assignment (DABS Chocolate presentation)
MGT153 assignment (DABS Chocolate presentation)Adlina Zainuri
 

Más de Adlina Zainuri (9)

MKT345 Assignment (Oreo presentation)
MKT345 Assignment (Oreo presentation)MKT345 Assignment (Oreo presentation)
MKT345 Assignment (Oreo presentation)
 
MKT345 Assignment (Oreo)
MKT345 Assignment (Oreo)MKT345 Assignment (Oreo)
MKT345 Assignment (Oreo)
 
ENT300 Assignment (Chelyu One Stop)
ENT300 Assignment (Chelyu One Stop)ENT300 Assignment (Chelyu One Stop)
ENT300 Assignment (Chelyu One Stop)
 
CTU231 Assignment (Pemilikan Tidak Sempurna)
CTU231 Assignment (Pemilikan Tidak Sempurna)CTU231 Assignment (Pemilikan Tidak Sempurna)
CTU231 Assignment (Pemilikan Tidak Sempurna)
 
MGT162 Assignment (POS Malaysia presentation)
MGT162 Assignment (POS Malaysia presentation)MGT162 Assignment (POS Malaysia presentation)
MGT162 Assignment (POS Malaysia presentation)
 
MGT162 Assignment (POS Malaysia)
MGT162 Assignment (POS Malaysia)MGT162 Assignment (POS Malaysia)
MGT162 Assignment (POS Malaysia)
 
CTU101 Konsep Rukun Iman (Hari Akhirat, Qada' & Qadar)
CTU101 Konsep Rukun Iman (Hari Akhirat, Qada' & Qadar)CTU101 Konsep Rukun Iman (Hari Akhirat, Qada' & Qadar)
CTU101 Konsep Rukun Iman (Hari Akhirat, Qada' & Qadar)
 
MGT153 assignment (DABS Chocolate)
MGT153 assignment (DABS Chocolate)MGT153 assignment (DABS Chocolate)
MGT153 assignment (DABS Chocolate)
 
MGT153 assignment (DABS Chocolate presentation)
MGT153 assignment (DABS Chocolate presentation)MGT153 assignment (DABS Chocolate presentation)
MGT153 assignment (DABS Chocolate presentation)
 

CTU151 Assignment (Khalifah Umar)

  • 1. 1 1- PENGENALAN Umar bin Al-Khattab bin Nufail bin Abdul Uzza bin Rabah bin Abdullah bin Qarth bin Razah bin Adiy bin Kaab merupakan nama sebenar kepada Saidina Umar Al-Khattab. Beliau berasal daripada keturunan Arab Quraisy dari kabilah Bani Adi. Saidina Umar Al-Khattab terkenal dengan sikap bengis serta kejamnya. Beliau dilantik sebagai duta kaumnya untuk mengadakan perundingan antara kabilah yang bermusuhan. Pengikut dari kabilah lain juga amat gentar dengannya. Setelah Saidina Umar Al-Khattab memeluk Islam, beliau membuat pengakuan kepada para sahabat bahawa beliau pernah menanam anak perempuannya hidup-hidup ( Abdul Latip Talib, 2008 ). Pelantikan Saidina Umar Al-Khattab sebagai khalifah telah ditentukan sendiri oleh Saidina Abu Bakar sebagai pengganti beliau bagi mengelakkan perpecahan umat berlaku pada waktu yang kritikal. Setelah meminta pendapat para sahabat, Umar Ibnu Al-Khattab telah terpilih sebagai pengganti beliau. Saidina Umar Al Khattab yang pada awalnya digelar Khalifah Rasulullah, kemudiannya digelar Amir Al-Mu’mini n, diambil daripada gelaran yang sering diberikan kepada ketua atau kepada pasukan tentera Islam. Banyak usaha-usaha reformasi yang telah dilaksanakan di dalam urusan-urusan pentadbiran dan kewangan ( Mustafa Haji Daud, 1999 ). Amir Al-Mu’mi nin yang hebat i ni telah wafat akibat dibunuh oleh musuhnya, Abu Lu’lu’ah, hamba kepada Al-Mughirah Bin Syu’bah. Beliau dibunuh ketika i ngin menunaikan solat subuh. Beliau terbunuh ketika berusia 63 tahun dan sempat memerintah selama 10 tahun 6 bulan. Atas persetujuan daripada Aisyah, beliau telah dikebumikan bersebelahan dengan makam Nabi Muhammad SAW ( Grasindo, 2007 ).
  • 2. 2- KERAJAAN KHULAFA AL-RASYIDIN : KHALIFAH SAIDINA UMAR AL-KHATTAB 2 2.1- Cara Perlantikan Khalifah Umar Al-Khattab Saidina Umar Al-Khattab telah dilantik oleh Saidina Abu Bakar sendiri sebagai pengganti beliau sebagai khalifah bagi mengelakkan perpecahan umat berlaku pada waktu yang kritikal ( Mustafa Haji Daud, 1999 ). Setelah memerintah hampir dua tahun tiga bulan, Saidina Abu Bakar ditimpa sakit tenat sehingga tidak mampu pergi ke masjid. Hal ini menyebabkan beliau melantik Umar Al-Khattab sebagai penggantinya. Perlantikan tersebut dilaksanakan setelah bermusyawarah dengan sahabat-sahabatnya termasuk Usman bin Affan, Abdullah bin Mas’ud, Talhah bin Ubaidillah dan Usaid bin Hudair. Tidak ada satu pun diantara mereka yang membantah dengan perlantikan tersebut ( Abdul Latip Talib, 2008 ). Setelah kewafatan Saidina Abu Bakar, puteri beliau Aisyah r.a. menyampaikan wasiat tersebut kepada Saidina Umar Al-Khattab ( Ibrahim Abu Abbah, 1997 ). Pada mulanya, Saidina Umar Al-Khattab digelar sebagai Khalifah Rasulullah, tetapi kemudiannya digelar sebagai Amir Al-Mu’minin yang diambil bersempena dengan gelaran yang sering diberikan kepada ketua atau pasukan tentera Islam ( Mustafa Haji Daud, 1999 ).
  • 3. 3 2.2-Sumbangan Saidina Umar Al-Khattab. 2.2.1- ASPEK PENTADBIRAN 2.2.1.1- Wujud Jabatan Tertentu Pembentukan pentadbiran diperingkat Jabatan (Diwan) secara rasminya dilaksanakan oleh Saidina Umar Al-Khattab. Beliau telah membentuk Jabatan Ketenteraan dan Jabatan Cukai (Diwan Jibayah). Jabatan Ketenteraan menguruskan ketenteraan termasuk dari segi pakaian dan pengangkutan serta membuat bayaran gaji dan elaun kepada tentera dan orang di bawah tanggungan mereka. Manakala, Jabatan Cukai pula merupakan perbendaharaan negara yang bertanggungjawab terhadap pengurusan harta negara termasuk mencetak wang, mengurus kemasukan dan pengeluaran wang dan sebagainya. Beberapa jabatan penting telah dibentuk bagi memenuhi keperluan dan perubahan masa selaras dengan perkembangan tamadun Islam ( Penerbit Universiti Malaya, 2001 ). Dalam bidang keselamatan dalam negeri, beliau menubuhkan pasukan polis. Beliau telah membina penempatan tentera serta pelabuhan bagi pembinaan kapal laut bertujuan bagi memperkukuhkan sistem pertahanan ( Abdul LatipTalib, 2008 ). 2.2.1.2- Khusus Jabatan Kehakiman 2.2.1.2(a)- Institusi Kehakiman Saidina Umar Al-Khattab telah memisahkan jawatan pentabiran dengan kehakiman. Langkah sedemikian dilaksanakan kerana beban tugas seorang gabenor semakin berat berikutan perkembangan atau perluasan daerah atau wilayah yang menerima agama Islam. Beliau telah melantik beberapa orang hakim
  • 4. di daerah tertentu antaranya Syuraih (Kufah), Uthman bin Qais bin Al-As (Mesir) dan Abu Musa Al-Ashari (Basrah). Saidina Umar Al-Khattab sering memberikan arahan dan peringatan kepada hakim-hakim dengan menggariskan kepentingan pengadilan 4 dan keadilan dalam Islam (Penerbit Universiti Malaya, 2001). 2.2.1.2(b)- Sistem Penjara Saidina Umar Al-Khattab telah mewujudkan sistem penjara untuk penjenayah menjalani hukuman. Tahanan penjara ditempatkan di dalam sebuah rumah atau masjid yang diawasi oleh pengawal semasa zaman Rasulullah SAW dan Saidina Abu Bakar As-Siddiq (Mohd Said Ishak ,2000). 2.2.1.3- Pentadbiran Wilayah Bagi mengatasi masalah pentadbiran yang bertambah luas, Saidina Umar Al- Khattab membahagikan wilayah-wilayah Islam kepada beberapa bahagian. Wilayah-wilayah itu ialah Kufah, Basrah, Syam, Jazirah, Yaman, Bahrain dan Mesir. Di setiap wilayah itu dilantik beberapa orang pegawai yang bertugas terdiri daripada seorang wali (gabenor) dan seorang setiausaha yang dibantu oleh pegawai -pegawai tertentu di beberapa buah jabatan setiausaha tentera (Khatib al-Diwan), Jabatan Percukaian (Sahib al-Kharij) dan pegawai polis (Sahib al-syurtah), Pegawai Perbendaharaan Negara (Sahib Bait al-Mal) dan seorang kadi. Semua pegawai yang dilantik itu termasuk gabenor, diberikan surat perintah oleh Saidina Umar Al -Khattab. Tugas-tugas dan kuasa mereka disebut dalam surat perintah ini. Sebelum seseorang pegawai itu dihantar ke wi layah-wilayah berkenaan, rakyat terlebih dahulu diberitahu tentang kuasa dan tugas-tugas pegawai tersebut supaya tidak timbul kekeliruan pada masa akan dating ( Ahmad Yumni Abu Bakar, 2011).
  • 5. 5 2.2.1.4- Ekonomi (Penubuhan Baitul Mal) Institusi Baitul Mal atau Perbendaharaan Negara telah ditubuhkan oleh Saidina Umar al-Khattab. Untuk mengetahui wang keluar masuk dari segi pendapatan dan perbelanjaan Negara, sebuah buku kira-kira Negara disediakan. Bayaran zakat, Ghanimah (harta rampasan perang), fai (harta rampasan tanpa perang), jizyah (cukai perlindungan), kharaj (cukai tanah) dan usyur (cukai perniagaan) merupakan sumber-sumber kewangan negara (Mahayudin Hj Yahaya, 2001). 2.2.2- ASPEK SOSIAL 2.2.2.1- Pengumpulan ayat-ayat al-Quran Saidina Umar al-Khattab mencadangkan supaya ayat-ayat al-Quran dikumpulkan di dalam sebuah kitab meskipun tidak pernah dilakukan ketika zaman Rasulullah SAW. Tujuan menyelamatkan ayat-ayat suci al-Quran ini ialah supaya ianya tidak hi lang dan masih dapat dibaca oleh generasi yang akan datang ( Abdul Latip Talib, 2008). 2.2.2.2- Penubuhan masjid Sebuah masjid dibina bagi memudahkan orang Islam beribadat. Masjid tersebut dibina di suatu kawasan bernama Sakhrah dimana kawasan tersebut merupakan tempat Nabi Yaakub menerima wahyu. Saidina Umar Al-Khattab telah
  • 6. menamakan masjid tersebut sempena nama beliau iaitu Masjid Umar Al-Khattab 6 (Mohd Said Ishak, 2000). 2.2.2.3- Pelantikan kadi Para kadi telah di lantik di wilayah-wi layah Islam oleh Saidina Umar Al- Khattab bagi menyelesaikan masalah yang timbul sama ada dalam bidang keagamaan atau keduniaan. Semenanjung Arab, Palestin, Iraq, Persia dan Mesir merupakan wilayah kekuasaan Islam (Mohd Said Ishak, 2000). 2.3- Peralihan daripada Saidina Umar Al-Khattab kepada Saidina Usman Bin Affan 2.3.1- Kewafatan Saidina Umar Al-Khattab Saidina Umar Al-Khattab telah diserang oleh Abu Lu’lu’ah al- Majusyi ketika sedang menunaikan solat subuh. Walaupun beliau mendapat luka yang parah akibat daripada serangan itu, beliau tetap meneruskan solat subuh setelah meminta bantuan Abdul Rahman bin Auf untuk membalut lukanya ( Abdul Latip Talib, 2008 ). Saidina Umar Al-Khattab telah wafat pada tahun 23 Hijrah. Beliau meminta untuk disemadikan bersebelahan dengan makam Rasulullah SAW dan Saidina Abu Bakar As-Siddiq ( Ibrahim Abu Abbah, 1997 ). 2.3.2- Pemindahan pemerintahan kepada Khalifah Usman bin Affan Ketika Khalifah Umar sedang sakit, beliau telah meninggalkan wasiat. Beliau telah menulis nama enam orang calon yang akan menggantikan beliau. Empat orang daripada calon tersebut telah mengundurkan diri melainkan Uthman bin Affan
  • 7. dan Ali bin Abi Talib sahaja yang masih kekal. Para sahabat telah bermusyawarah untuk memilih calon pengganti yang sesuai bagi menjadi khalifah yang ketiga. Akhirnya mereka memutuskan untuk memilih Usman bin Affan sebagai pemimpin 7 ( Grasindo, 2007 ).
  • 8. 8 3- CADANGAN 3.1- Mengukuhkan Sistem Ketenteraan Sistem ketenteraan pada zaman pemerintahan Saidina Umar Al-Khattab merupakan sistem yang efektif dan berkesan. Kesan daripadanya boleh dilihat menerusi kawasan jajahan takluk Islam yang semakin berkembang pada zaman itu. Oleh itu, sistem ketenteraan dalam negara Malaysia perlu diperkukuh supaya negara tidak dapat dijajah dan kedaulatan negara dapat dijaga. 3.2- Memeruskan Majlis Syura Pada zaman pemerintahan Saidina Umar Al-Khattab, majlis syura merupakan sistem yang melibatkan para wali dan ulama bermusyawarah dan membuat keputusan dalam sesuatu perkara. Justeru, amalan majlis syura perlu diteruskan supaya para mufti dapat berbincang dan mengeluarkan fatwa atau hukum bagi sesetengah perkara dengan berkesan. 3.3- Menambah Bilangan Pendidik Setelah menakluki sesebuah kawasan , Saidina Umar Al-Khattab memerintah para panglima untuk membina masjid sebagai pusat ibadat dan pusat keilmuan. Guru-guru ditugaskan untuk mengajar isi-isi Al-Quran dan ajaran Islam kepada penduduk yang baru mengenali Islam. Oleh itu, bilangan golongan pendidik perlu diperbanyak supaya dapat mendidik generasi zaman sekarang dan pada masa akan datang. Golongan pendidik bukan sahaja mampu mengajar ilmu yang menjurus kepada keduniaan malah mampu mengajar i lmu yang mampu mendekatkan diri dengan Allah.
  • 9. 9 4- KESIMPULAN Berdasarkan perkembangan dan sumbangan yang telah diberikan oleh Khalifah Saidina Umar Al-Khattab, kita dapat simpulkan bahawa beliau sesungguhnya merupakan seorang pemimpin yang mempunyai pandangan yang jauh. Sumbangan dan perkembangan yang telah diperkenalkan oleh beliau seperti sistem penjara, institusi kehakiman dan Baitul Mal masih kekal dan dilaksanakan sehinggalah sekarang. Zaman pemerintahan Umar merupakan zaman keemasan pemerintahan Islam. Terdapat banyak usaha-usaha reformasi dijalankan dalam urusan-urusan pentadbiran dan kewangan. Antara sumbangan yang telah diberikan oleh beliau ialah memasukkan sistem pentadbiran mengikut jabatan-jabatan atau kementerian-kementerian yang dipinjam daripada cara pemerintahan Parsi. Beliau juga telah memperkenalkan bayaran-bayaran tertentu sebagai sara hidup kerabat Rasulullah SAW dan para sahabat yang telah berkhidmat di dalam peperangan yang mahsyur seperti Badar, Uhud, Qadisiyah dan Yarmuk ( Mustafa Haji Daud, 1999 ). Saidina Umar Al-Khattab juga mahir dalam ilmu fikah dan seorang pemidato yang hebat. Beliau seorang ahli gusti dan penunggang kuda yang cekap. Meskipun berada di tampuk kekuasaan, pencetus zaman keemasan negara Islam ini hidup secara bersederhana mencontohi Rasulullah SAW ( Abdul Latip Talib, 2008 ).
  • 10. 10 5- RUJUKAN Abdul Latip Talib (2008), Novel Sejarah Islam Umar Al-Khattab Reformis Dunia Islam. Selangor: PTS Litera Sdn.Bhd Ahmad Yumni Abu Bakar (2011), Cara Pelantikan Saidina Umar Bin Al-Khattab. Selangor: Penerbit Risalah. Grasindo (2007), Ensiklopedia untuk Anak-anak Muslim Jilid 2: Al-Mawsu’ah Lil-Attal al-Muslimin. Bandung: Pustaka Oasis Ibrahim Abu Abbah (1997), Hak dan Batil dalam pertentangan. Jakarta : Gema Insani Press. Mahayudin Hj Yahaya (2001), Sumbangan Saidina Umar bin al-Khattab. Selangor: Penerbit Risalah. Mohd Said Ishak (2000), ‘Umar Ibn_Al-Khaththab Pelaksanaan Hukum Islam. Johor Darul Ta’zim: Penerbit Universiti Teknologi Malaysia. Mustafa Hj. Daud (1999), Tamadun Islam edisi maktab perguruan. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn.Bhd. Penerbit Universiti Malaya (2001).Tamadun Islam dan Tamadun Asia. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.
  • 11. 11 6- LAMPIRAN Penguasaan wilayah semasa pemerintahan Saidina Umar Al-Khattab