SlideShare a Scribd company logo
1 of 13
MATLAMAT PENGAJARAN DAN KEPIMPINAN MASA HADAPAN
Matlamat Pengajaran
Pengajaran sesuatu mata pelajaran merupakan perkara utama yang perlu
diberikan perhatian oleh seseorang guru. Guru yang berkelayakan dan telah
mendapat status guru terlatih di bawah KPM, sama ada dalam bidang diploma
mahupun ijazah pendidikan, seharusnya kita sentiasa peka dan lebih maju ke
hadapan untuk merancang, menguruskan dan juga mampu melaksanakan
rancangan pengajaran dengan lebih berkesan dan memberi impak kepada
kumpulan sasaran masing-masing.
Pada hemat saya, sebagai seorang guru terlatih yang telah terlibat dalam
pelbagai usaha dan program peningkatan akademik di peringkat sekolah, daerah,
negeri dan juga kebangsaan sehingga diberikan taraf jawatan sebagai salah
seorang Guru Cemerlang Bahasa Melayu mulai tahun 2008 hingga tahun 2014 dan
juga sebagai salah seorang fasilitator dan penceramah Kem UPSR dan bengkel
perkongsian maya bahan Bahasa Melayu menerusi laman
www.slideshare.com/ajizam30 di bawah program Majlis Guru Cemerlang Negeri
Selangor ( MGCS ) dan Majlis Guru Cemerlang Malaysia ( MGCM ) serta sebagai
salah seorang mentor di bawah Program Rintis Jurulatih Pembangunan Sekolah
( SISC ) Negeri Perak pada tahun 2013, saya telah dapat mempelajari, merasai,
menyelidiki, merancang dan mengamalkan pelbagai pendekatan dan kemahiran
untuk mewujudkan ruang pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan dan
mampu mencapai matlamat yang ditetapkan. Selain itu, saya juga terlibat sebagai
salah seorang peserta dalam sesi Dialog Penyamarataan Kurikulum Bahasa
Malaysia Sekolah Kebangsaan ( SK ) dan Sekolah Jenis Kebangsaan ( SJK )
peringkat kebangsaan anjuran Bahagian Pengembangan Kurikulum, KPM di
Putrajaya yang turut melibatkan wakil-wakil guru dari semua Jabatan Pendidikan
Negeri seluruh negara. Pengalaman beberapa tahun sebagai Guru Sandaran Tidak
Terlatih ( GSTT ) di sekolah kebangsaan di kawasan Felda dan sekolah menengah
kebangsan juga banyak membantu saya memahami dan mengkaji keadaan
persekitaran yang kerap dialami oleh murid-murid dan guru-guru di sana.
Sepanjang penglibatan dalam program-program peningkatan akademik peringkat
daerah dan negeri ini, saya telah bekerjasama dan juga mendapatkan bimbingan
1
serta tunjuk ajar daripada pihak-pihak yang lebih berpengalaman seperti Jemaah
Nazir dan Jaminan Kualiti peringkat negeri Selangor, Perak dan Persekutuan serta
pihak-pihak lain. Mereka telah banyak memberikan input kepada kumpulan Guru-
guru Cemerlang dan Mentor-mentor SISC, termasuk saya berkaitan dengan semua
urusan perancangan, pengurusan, penilaian dan sebagainya dalam bidang
pendidikan di negara ini.
Hasil daripada pengalaman, bimbingan dan tunjuk ajar yang begitu berkualiti
dan berkesan, maka saya dapat menggariskan beberapa panduan untuk membantu
saya serta guru-guru lain membuat perancangan, pengurusan dan pelaksanaan sesi
pengajaran yang berkesan di bilik-bilik darjah. Ringkasnya, saya ingin merumuskan
penulisan ini kepada beberapa subtajuk seperti di bawah ;
i. Penetapan Objektif Pengajaran Guru
ii. Penggunaan Strategi atau Pendekatan Pengajaran Guru ( termasuk penggunaan
BBB yang bersesuaian dan dapat memberi impak )
iii. Program Peningkatan Akademik Sokongan sebagai Aktiviti Pengayaan atau
Pemulihan dalam Kalangan Murid Cemerlang, Harapan Lulus dan Kritikal.
i. Penetapan Objektif Pengajaran Guru
Setiap aktiviti pengajaran oleh guru-guru mempunyai objektif tertentu
sepertimana yang digariskan dalam Rancangan Pelajaran Tahunan ( RPT ) dan
Rancangan Pelajaran Harian ( RPH ). Guru-guru harus merancang aktiviti
pengajaran harian berdasarkan objektif yang terdapat dalam RPT dan RPH untuk
membolehkan murid-murid mengikuti aktiviti pembelajaran yang dijalankan dengan
lebih berkesan. Dalam usaha merangka objektif pengajaran ini, guru harus berfikir
secara matang tentang dua aspek utama, iaitu objektif kumpulan sasaran yang akan
diajar dan objektif yang terkandung dalam sukatan pelajaran mengikut tajuk yang
ditetapkan.
Pertama, guru harus mengenal pasti dan memahami objektif kumpulan
sasaran yang ingin dibimbing. Persoalan seperti apakah tahap keupayaan mereka ?
Apakah harapan mereka terhadap pembelajaran tersebut ? Apakah potensi yang
ada dan boleh diketengahkan ? dan pelbagai persoalan lagi perlu sentiasa difikirkan
oleh guru-guru. Sekiranya kita ingin menyentuh soal potensi diri atau kemenjadian
murid, banyak perkara yang harus diteliti dengan lebih mendalam. Potensi ini lebih
2
menjurus kepada soal minat murid itu sendiri. Kita mungkin tidak dapat memastikan
murid-murid mengikuti sepenuhnya kehendak atau apa yang kita rancangkan untuk
mereka. Mungkin hanya 20 hingga 30 peratus murid-murid akan mudah menerima
cadangan guru untuk membentuk cara perlakuan, pemikiran atau sebagainya yang
melibatkan diri mereka. Selebihnya, mereka akan cuba untuk membentuk
persekitaran mereka sendiri atau mereka akan memilih untuk membuat keputusan
sendiri atau mungkin dengan merujuk kepada individu yang lebih hampir dengan
mereka tentang keperluan mereka sendiri. Maka, peranan yang dapat dimainkan
oleh guru-guru dalam menangani kepelbagaian karenah atau potensi diri murid-
murid ini adalah sekadar memberikan idea, panduan, jangkaan dan sebagainya.
Guru yang peka atau mempunyai rasa kebertanggungjawaban terhadap anak murid
mereka, pasti akan mengambil peluang untuk meneroka peluang-peluang yang ada
pada diri murid mereka, termasuklah mengenal pasti punca masalah yang dihadapi
dan mencari pelbagai alternatif untuk membentuk masa hadapan murid yang lebih
baik. Misalnya, sekiranya guru mendapati murid kurang berminat untuk
menumpukan perhatian terhadap akademik sepenuhnya dan hanya memberi fokus
terhadap kemahiran lain seperti sukan atau kemahiran lain, maka guru boleh
memberi galakan ke arah minat dan kecenderungan mereka itu. Walau
bagaimanapun, perkara-perkara asas sebagai murid hendaklah juga dipenuhi
seperti keperluan mereka untuk belajar menulis, membaca, bertutur, mengira dan
sebagainya lagi agar dapat dipraktikkan dengan cara yang betul dan sempurna
apabila mereka dewasa kelak. Kesemua kemahiran ini hanya dapat dipelajari dan
diasuh di sekolah oleh kita sebagai guru dan pembimbing mereka. Kita harapkan
agar apabila mereka berjaya menjadi ahli sukan negara atau apa sahaja kerjaya
yang bakal mereka ceburi kelak akan turut disertai dengan keupayaan mereka untuk
menggunakan kemahiran seperti berkomunikasi, menggunakan teknologi dan juga
mampu berfikir secara kreatif, kritis dan inovatif agar mereka dapat memberi
sumbangan yang lebih besar kepada kemajuan negara.
Secara realitinya, kumpulan murid sasaran di semua sekolah boleh
dibahagikan kepada tiga kelompok yang utama, iaitu Kumpulan Cemerlang ( kerap
mencapai markah sekurang-kurangnya 60 atau 70 ke atas dan boleh dibimbing
untuk mencapai gred A pada peperiksaan akhir tahun ), Kumpulan Sederhana /
Lulus ( kerap mencapai markah 45 ke atas dan boleh dibimbing untuk mencapai
3
gred B pada peperiksaan akhir tahun ), dan Kumpulan Harapan Lulus serta Kritikal
( hanya mampu mencapai markah 45 ke bawah dan biasanya kumpulan ini
diletakkan dalam kelas yang sama di beberapa buah kelas agar mereka dapat saling
membantu semasa mengikuti aktiviti pembelajaran ). Jarang benar dapat kita lihat
Kumpulan Kritikal diletakkan dalam sebuah kelas yang berasingan dengan
Kumpulan Harapan. Hal ini mungkin kerana bilangan murid Kumpulan Kritikal hanya
beberapa orang berbanding Kumpulan Harapan, mungkin ada yang kurang daripada
10 orang dalam sesuatu darjah / tingkatan di sesebuah sekolah. Walhal dari segi
logik akal, Kumpulan Kritikal ini amat memerlukan lebih perhatian dan bimbingan
untuk mereka menguasai kemahiran berbanding Kumpulan Harapan Lulus. Hal ini
mungkin berbeza dengan sekolah-sekolah di kawasan tertentu yang mempunyai
murid Kritikal lebih banyak berbanding kumpulan lain. Namun, terpulanglah kepada
kebijaksanaan pengurusan dan guru di sekolah berkenaan untuk menguruskan
kedudukan murid-murid mengikut kelas-kelas yang bersesuaian. Dalam
kebanyakan kes, murid-murid Kumpulan Kritikal ini akan diberikan bimbingan
lanjutan dalam Kelas Pemulihan atau Program Peningkatan Akademik Khas di luar
waktu PdP untuk membantu mereka mencapai gred yang lebih baik. Bagi seorang
guru yang berpengalaman, kita seharusnya dapat mengenal pasti jenis murid-murid
yang terdapat dalam kelas masing-masing dan kita perlu merancang serta
melaksanakan pendekatan yang sesuai dengan aras kebolehan murid-murid
tersebut. Sebagai contoh, pendekatan pembelajaran dan penggunaan bahan bantu
mengajar atau sebagainya bagi Kumpulan Cemerlang haruslah sesuai dengan
keupayaan murid-murid tersebut. Murid-murid ini sepatutnya mampu melaksanakan
pembelajaran yang lebih sofistikated dan berdikari. Guru lebih banyak menjadi
fasilitator atau penilai total terhadap persembahan dan perlakuan murid-murid dalam
aktiviti PdP. Berbeza dengan murid-murid Kumpulan Kritikal atau beberapa
Kumpulan Sederhana, di mana guru perlu bertindak sebagai pembimbing dan rakan
belajar mereka untuk membolehkan mereka benar-benar dapat melaksanakan
tugasan yang diberikan.
Kedua, guru harus kreatif dan inovatif untuk mengaplikasikan objektif
pembelajaran sepertimana yang digariskan dalam RPH dan RPT. Objektif
pembelajaran yang telah disediakan oleh pihak KPM amat lengkap kerana
merangkumi kesemua elemen yang perlu dipelajari dan dikuasai oleh murid-murid
4
mengikut tahap mereka. Dalam sukatan pelajaran, terdapat beberapa kemahiran
daripada asas sehinggalah kepada kemahiran yang lebih tinggi telah ditentukan
untuk mengukur dan menilai tahap keupayaan murid-murid semasa melakukan
aktiviti pembelajaran. Bagi bidang Bahasa Melayu, terdapat tiga kemahiran utama
yang diberikan penekanan, iaitu Kemahiran Lisan ( bertutur ), Kemahiran Membaca
dan Kemahiran menulis. Bagi setiap kemahiran ini pula terdapat banyak
subkemahiran yang perlu dikuasai oleh murid-murid untuk membolehkan mereka
menjadi warganegara yang benar-benar menguasai dan mengaplikasi kemahiran
bahasa kebangsaan negara kita dalam kehidupan harian mereka. Secara tidak
langsung kita mampu menjamin kelangsungan cara pergaulan, komunikasi dan
sebagainya dalam suasana yang saling memahami dan menghormati adat dan
budaya setiap warga negara melalui satu bahasa kebangsaan.
Dalam penulisan ini, saya lebih suka menekankan pada aspek aplikasi setiap
objektif yang ditentukan dalam RPT dan RPH. Walaupun ada butiran objektif
tersebut agak tinggi arasnya untuk kalangan murid-murid Kritikal, namun guru boleh
mempermudahkan perancangan dan pengurusan aktiviti pembelajaran agar murid-
murid tersebut mampu mencapai tahap objektif yang dikehendaki. Sebagai contoh,
dalam suatu sesi pengajaran, guru memilih objektif seperti berikut ; Pada akhir
pelajaran, murid-murid dapat bercerita dengan sebutan dan intonasi yang betul
menggunakan bahasa yang indah. Bagi murid-murid Kelas Cemerlang, mereka
tentu tidak menghadapi masalah untuk mencapai objektif ini. Namun, bagi murid-
murid Kritikal, apatah lagi di sekolah jenis kebangsaan, mereka mungkin kurang
faham bagaimana mahu menyampaikan cerita dalam bahasa yang indah. Jadi, bagi
saya memadailah jika murid-murid ini dapat menyampaikan perkataan, frasa atau
mungkin ayat yang mudah untuk menceritakan sesuatu yang mereka fahami dan
ketahui tentang tajuk yang dipelajari. Begitu juga dengan objektif untuk menulis atau
menghasilkan perenggan ayat menggunakan ayat majmuk atau ayat gramatis atau
sebagainya. Jika murid Kritikal ini dapat menulis ayat mudah yang mungkin
mengandungi subjek dan predikat, maka itu sudah memadailah bagi mereka kerana
mampu menulis ayat secara berperingkat-peringkat sehinggalah mampu membina
dan menulis ayat yang pelbagai dan meluas pada akhir tahun nanti. Kita tidak boleh
menilai dan mengukur murid-murid yang mencapai ataupun tidak mencapai objektif
pembelajaran secara sama rata. Walaupun mereka mengikuti aktiviti pembelajaran
5
pada tahap yang sama kerana persamaan umur, namun keupayaan dan
kebolehcapaian setiap individu adalah tidak sama. Murid-murid yang masih tidak
mencapai tahap yang tinggi hendaklah dibimbing dan diberikan rangsangan serta
galakan agar mereka turut berusaha untuk mencapai tahap yang lebih baik.
ii. Penggunaan Strategi atau Pendekatan Pengajaran Guru ( termasuk
penggunaan BBB yang bersesuaian dan memberi impak )
Strategi dan pendekatan pengajaran yang diguna pakai oleh seseorang guru
akan memainkan peranan penting untuk menentukan sama ada sesuatu pengajaran
yang dilakukan akan berjaya mencapai matlamat atau sebaliknya. Sepertimana
yang kita maklum bahawa terdapat banyak strategi atau pendekatan yang boleh
diimplementasikan dalam sesi pengajaran seseorang guru sama ada untuk
melakukan aktiviti di bilik darjah mahupun di luar bilik darjah, khususnya bagi mata
pelajaran amali dan kemahiran hidup. Penggunaan strategi dan pendekatan yang
betul dan menarik serta bersesuaian dengan tajuk atau aktiviti pembelajaran pasti
akan dapat menarik penyertaan murid-murid dalam aktiviti yang ingin dijalankan.
Hasilnya akan dapat mewujudkan kualiti pembelajaran yang berimpak tinggi kerana
murid-murid akan berasa dihargai apabila diberikan penghargaan untuk menyertai
aktiviti yang dijalankan. Secara tidak langsung mereka akan dapat mencapai
objektif pengajaran yang ditetapkan oleh guru. Antara strategi atau pendekatan
yang menarik dan paling disukai oleh murid-murid adalah aktiviti simulasi, main
peranan, kecerdasan pelbagai, dan lain-lain lagi. Oleh itu, guru-guru perlu
menimbang dan berusaha untuk mempertingkatkan penguasaan diri untuk
mengaplikasikan kaedah pengajaran yang berkesan ini. Guru harus bijak semasa
mengendalikan strategi pdp agar tidak lari daripada matlamat sebenar sesuatu
aktiviti pdp yang dijalankan. Hal ini kerana kerap berlaku masalah guru hilang
kawalan sehingga aktiviti yang dijalankan tidak mengikut masa sehingga
menyebabkan murid-murid menjadi leka dengan aktiviti tertentu dan mengabaikan
objektif utama yang hendak dicapai.
Selain itu, penggunaan bahan bantu belajar ( BBB ) yang menarik dapat
membantu murid-murid mengikuti aktiviti pdp yang dijalankan dan seterusnya dapat
mencapai objektif pembelajaran yang ditetapkan. Antara bahan yang boleh
digunakan ialah bahan maujud atau bersifat abstrak. Bagi aspek penggunaan BBB
6
dalam pdp ini, saya lebih suka memilih pendekatan yang diimplementasikan di
sekolah-sekolah bestari. Guru-guru boleh membina atau mengguna pakai pelbagai
bahan sumber multimedia atau berbantukan komputer semasa menjalankan pdp di
bilik darjah. Bahan-bahan seperti ini sudah pasti mempunyai pelbagai elemen
media dan merentasi kurikulum serta meliputi pelbagai kecerdasan untuk menarik
perhatian murid-murid. Banyak kebaikan menggunakan aplikasi seperti ini. Murid-
murid akan lebih mudah mengikuti aktiviti secara terancang dan terkawal kerana
bahan yang digunakan boleh dipaparkan satu persatu pada papan layar. Murid juga
boleh diberi peluang untuk menjalankan aplikasi berbentuk interaktif menggunakan
aplikasi komputer. Selain menggunakan bahan grafik yang berkualiti dan menarik,
aplikasi seperti ini juga mempunyai fungsi-fungsi butang tertentu yang boleh
ditambah untuk memudahkan arahan penggunaannya.
Malahan, di sesetengah sekolah yang mempunyai kemudahan yang lengkap,
penggunaan aplikasi multimedia boleh dilakukan dengan lebih meluas dan
melibatkan kumpulan sasaran yang lebih banyak. Misalnya, berpandukan sampel
bahan multimedia sedia ada yang dibangunkan oleh Bahagian Teknologi
Pendidikan, KPM dan pihak-pihak lain, saya telah cuba membina dua bahan untuk
siri tayangan slaid bestari bahasa Melayu di pondok penyayang dan pondok ilmu
untuk tontonan dan bacaan murid-murid semasa perhimpunan awal pagi, waktu
rehat dan selepas sesi persekolahan ( sebelum murid-murid pulang atau kelas
tambahan waktu petang ). Saya telah mempelajari cara-cara pembinaan bahan
menggunakan perisian movie maker, director, powerpoint dan lain-lain untuk
membina bahan-bahan tersebut. Sampel bahan tayangan slaid ini boleh dilihat di
laman sesawang www.slideshare.com/ajizam30 untuk perkongsian dengan guru-
guru di seluruh negara. Di sesetengah sekolah yang mempunyai kelengkapan
komputer atau televisyen di dalam kelas juga, bahan-bahan seperti ini boleh
dimainkan atau ditayangkan secara serentak atau mengikut kelas-kelas untuk sesi
ulang kaji, latih tubi dan sebagainya, terutama ketika guru tertentu sedang
mengadakan mesyuarat dalaman atau sebagainya. Ketua kelas yang telah dilatih
terlebih dahulu boleh diminta menghidupkan suis komputer dan peralatan yang
diperlukan. Seterusnya, murid-murid boleh membaca, menyalin nota atau membuat
latihan yang disediakan dalam bahan tayangan tersebut. Kemudian, murid-murid
boleh menghantar tugasan tersebut kepada guru-guru untuk tindakan selanjutnya.
7
Bagi sesetengah guru yang masih belum mahir menggunakan teknologi seperti ini,
mereka boleh menggunakan bahan-bahan manual atau bercetak yang juga mampu
menarik perhatian. Misalnya, terdapat banyak gambar, carta, dan sebagainya yang
boleh dibina atau diubahsuai daripada sumber asal seperti yang terdapat di pasaran
ataupun di laman sesawang tertentu. Perkara utama yang ingin ditekankan di sini
adalah kepentingan penggunaan strategi, pendekatan dan juga bahan sumber
dalam menghasilkan aktiviti pembelajaran yang menarik dan berimpak tinggi untuk
kumpulan sasaran.
iii. Program Peningkatan Akademik Sokongan sebagai Aktiviti Pengayaan
atau Pemulihan dalam Kalangan Murid Cemerlang, Harapan Lulus dan Kritikal.
Program-program peningkatan akademik merupakan aktiviti sokongan yang
kerap dijalankan oleh pihak sekolah untuk meningkatkan prestasi murid-murid dan
juga prestasi sekolah secara keseluruhannya. Banyak program yang boleh
direncana dan dilaksanakan oleh guru-guru terlibat, sama ada secara individu
mahupun dengan kerjasama guru-guru lain ataupun dengan pihak pentadbiran
sekolah, khususnya yang melibatkan semua mata pelajaran.
Bagi merancang dan melaksanakan program-program peningkatan akademik
ini, pertama sekali kita perlu mengenal pasti kumpulan murid sasaran yang akan
terlibat. Kumpulan murid ini akan dapat dikenal pasti melalui hasil kajian dan
analisis keputusan peperiksaan yang telah dijalankan. Daripada keputusan tersebut,
guru akan dapat membuat kategori 3 kumpulan utama murid-murid yang biasanya
akan wujud dalam kelas-kelas sederhana. Bagi kelas-kelas seperti ini, guru boleh
merangka program yang berlainan mengikut aras keupayaan murid-murid.
Misalnya, bagi kumpulan harapan cemerlang, guru boleh mengadakan program latih
tubi atau pengayaan yang lebih afektif, lebih banyak dan mungkin bersifat kendiri
kerana mereka sudah mampu untuk melaksanakan tugasan dengan lebih baik. Bagi
kumpulan sederhana pula, guru boleh menyediakan program khas untuk membantu
mereka mendapat gred yang lebih baik daripada pencapaian sebelumnya atau
sekurang-kurangnya gred B. Dalam usaha melaksanakan program-program
peningkatan akademik ini, masalah yang paling kerap dihadapi oleh guru-guru
adalah kegagalan murid-murid kumpulan kritikal untuk mencapai gred lulus setiap
kali peperiksaan dijalankan. Paling membimbangkan guru-guru adalah pencapaian
8
murid-murid berkenaan masih di bawah markah 20 peratus. Dengan kata lain,
murid-murid terlibat hanya mampu mencapai gred E dalam mata pelajaran tersebut.
Keadaan ini menggambarkan seolah-olah mereka tidak pernah belajar banyak
kemahiran di tahap yang lebih tinggi atau mereka tidak memahami apa-apa ilmu
yang diajarkan oleh guru. Oleh sebab itu, satu bentuk pendekatan secara individu
murid harus dilaksanakan oleh guru untuk membimbing murid terlibat agar dapat
mencapai sekurang-kurangnya gred lulus minima atau paling tidakpun mampu
mendapat gred D untuk membolehkan mereka meneruskan pelajaran di tingkatan
satu dan bukannya mengulang semula pelajaran di kelas-kelas peralihan dan
sebagainya.
Antara program yang boleh dijalankan oleh guru-guru adalah Program
Kelompok Pembelajaran untuk Naikkan Gred ( KePuNG ) mengikut kelompok murid
cemerlang, sederhana, halus dan kritikal. Bagi setiap kelompok, murid-murid
diberikan latihan secara berfokus meliputi aspek yang masih belum dikuasai. Murid-
murid dalam kumpulan cemerlang dan sederhana atau lulus yang mampu
melakukan tugasan yang diberikan secara kendiri, guru boleh menyediakan latihan
atau modul yang sesuai dan dijawab sendiri oleh mereka. Kemudian, guru dan
murid-murid boleh berbincang tentang soalan atau latihan tersebut. Guru juga boleh
meminta bantuan murid-murid tertentu yang mungkin lebih menguasai kemahiran
untuk menjadi ketua atau pembimbing rakan-rakan lain dalam kumpulan tersebut.
Bagi murid-murid kritikal pula, guru boleh memberikan soalan atau latihan yang
terhad yang meliputi sesuatu topik yang lebih mudah dikuasai dan benar-benar
dapat membantu mereka menjawab dengan betul dan memastikan mereka akan
dapat menguasai kemahiran menjawab soalan tersebut. Tumpuan dan bimbingan
guru terhadap kumpulan kritikal ini perlu lebih berbanding kumpulan-kumpulan lain
kerana biasanya kumpulan ini hanya melibatkan murid-murid yang minima,
khususnya yang menghadapi masalah membaca, memahami dan menulis.
Sebagai rujukan tambahan tentang program peningkatan akademik yang
telah berjaya dilaksanakan di beberapa buah negeri untuk membantu murid-murid
sasaran yang boleh dijadikan panduan dan ikutan kerana telah menampakkan hasil
pencapaian yang baik adalah Program HeadCount dan Program Akademik
Terbilang. Program ini perlu dijalankan secara serentak sebagai saling mengait
antara satu sama lain. Setelah guru membuat analisis pencapaian murid-murid
9
melalui headcount, guru perlu merancang program intervensi yang bersesuaian dan
memantau pencapaian semasa murid-murid melalui borang-borang yang terdapat
dalam Program Akademik Terbilang. Tidak cukup jika guru sekadar membuat rekod
yang terperinci tentang kemajuan murid-murid tanpa melakukan usaha-usaha untuk
membantu dan membimbing mereka untuk mencapai prestasi yang lebih baik dari
semasa ke semasa. Melalui perekodan dan pemantauan semasa ini, guru dapat
menetapkan hala tuju yang harus dicapai oleh murid-murid dan seterusnya
melaksanakan tindakan susulan untuk memastikan pencapaian mereka akan
sentiasa meningkat dan akhirnya akan mencapai matlamat yang diingini.
Kepimpinan Masa Hadapan
Masa hadapan dalam bidang pelajaran merupakan suatu perkara yang tidak
dapat diramalkan dengan tepat. Hal ini kerana setiap masa akan ada banyak
perubahan yang berlaku selari dengan perkembangan teknologi dan persekitaran
pembelajaran di sekolah atau sebagainya. Setelah berkhidmat kurang lebih 15
tahun dan telah memperoleh pelbagai ilmu dan pengalaman yang amat bermakna,
saya berazam akan mengaplikasikan kesemua dapatan tersebut untuk membangun
dan memajukan bidang pendidikan ini, khususnya di peringkat sekolah sendiri dan
juga di peringkat kebangsaan amnya. Dalam meniti masa menuju masa hadapan,
banyak cabaran dan dugaan yang perlu ditempoh. Namun, kita harus berani
berusaha dan merancang masa hadapan dengan lebih bijaksana agar cita-cita murni
yang direncanakan dapat dicapai dengan jayanya. Sebagai salah seorang guru
dalam kumpulan pertengahan ( tidak terlalu senior dan tidak juga junior ), saya juga
mempunyai iltizam untuk turut bersama-sama memberikan sumbangan jasa dan
masa untuk membangunkan bidang pendidikan di negara kita.
Pertama, saya berharap mahu mencipta kaedah pdp secara lebih luas dan
memberi impak tinggi kepada kumpulan sasaran. Sepertimana yang telah kita
maklum bahawa pihak KPM telah memulakan satu bentuk proses pdp secara maya
menggunakan Program FrogVLE yang boleh diakses oleh guru dan murid-murid di
mana-mana sahaja secara atas talian. Pihak kerajaan telah mengeluarkan belanja
yang cukup besar untuk membangunkan prasarana yang canggih ini. Amatlah rugi
jika guru-guru dan murid-murid tidak memanfaatkan sepenuhnya ilmu dan
10
kemahiran yang terdapat dalam program ini. Program ini sangat baik untuk
mempertingkat ilmu dan kemahiran murid dalam pelbagai bidang. Program seperti
ini telah lama dijalankan di peringkat universiti atau sesetengah kolej, di mana aktiviti
pdp boleh dilaksanakan secara atas talian untuk menggalakkan komunikasi antara
pelajar dengan pelajar, pelajar dengan pengajar dan sebagainya. Menerusi
beberapa aplikasi pembelajaran yang disediakan, murid atau pelajar dapat
berinteraksi secara giat, terancang dan terkawal menggunakan media seperti e-mel,
forum dan sebagainya. Dengan kata lain, bentuk pembelajaran yang dulunya wujud
di institusi pengajian tinggi, kini telah mula dibawa dan diimplementasikan di
sekolah-sekolah di bawah KPM. Saya berharap dapat turut bersama-sama
membantu pihak KPM dan guru-guru dengan menyediakan pelbagai bahan ilmu
untuk digunakan dalam dpd di sekolah-sekolah dan sebagai rujukan guru-guru
dalam pelaksanaan tugas masing-masing. Oleh itu, saya telah menyediakan satu
platform perkongsian ilmu secara maya menerusi laman sesawang
www.slideshare.com/ajizam30 sebagai salah satu langkah permulaan saya ke arah
pembinaan kaedah pembelajaran dan perkongsian bahan secara lebih berkualiti dan
memenuhi keperluan kumpulan sasaran. Bagi menterjemah penghayatan dan
pemahaman saya terhadap usaha KPM ini, saya akan turut menghasilkan bahan-
bahan pdp dalam FrogVLE sekolah untuk dikongsi atau ditugaskan kepada murid-
murid atau guru yang berkenaan. Oleh sebab timbul pelbagai masalah yang tidak
dapat dielakkan seperti kemudahan akses internet yang agak terhad di sekolah atau
di rumah serta kekangan masa untuk membina bahan tersebut kerana hanya dapat
dibuat pada masa-masa tertentu di sekolah, maka saya kurang dapat menumpukan
perhatian secara aktif untuk menambahkan bahan-bahan tersebut. Hal ini kerana
setiap langkah untuk membina bahan mesti daripada mengakses bahan, menaip,
menambah bahan sehinggalah ke peringkat untuk menyimpan, semuanya
memerlukan akses internet. Ini menimbulkan sedikit kesukaran apatah lagi jika
berlaku gangguan terhadap akses tersebut. Namun demikian, bagi merealisasikan
harapan KPM agar guru-guru dapat menyediakan tugasan kepada murid-murid di
dalam aplikasi FrogVLE ini, maka saya lebih banyak membuat hiperpautan daripada
laman sesawang yang telah saya sediakan. Di laman tersebut, saya telah
menyediakan banyak bahan bacaan, modul, latihan dan sebagainya menggunakan
perisian powerpoint, words dan sebagainya secara manual terlebih dahulu sebelum
11
disimpan ke dalam laman slideshare.com. Bahan-bahan ini juga telah turut diguna
pakai oleh guru-guru di seluruh negara ( jika berpandukan kepada bilangan
penonton yang melihat dan berkongsi pautan daripada laman tersebut ) sebagai
rujukan mereka. Penggunaan bahan daripada laman ini lebih luas dan boleh
diakses oleh pengguna-pengguna luar berbanding bahan yang disediakan oleh
guru-guru di laman FrogVLE sekolah masing-masing. Walaupun bahan tersebut
boleh dihantar kepada pihak KPM untuk dinilai sebelum dimasukkan ke dalam setor
atau disimpan di ruangan cloud FrogVLE, namun oleh sebab masalah untuk
membangunkan sesuatu bahan memerlukan masa dan ruang kerja yang lebih
banyak, maka kerap kali usaha tersebut menjadi tertangguh.
Kedua, berbekalkan segala ilmu, kemahiran dan pengalaman serta ditambah
nilai dengan sedikit ilmu dalam bidang Sarjana Muda Teknologi Maklumat yang telah
diperoleh dan juga bakal memperoleh ilmu dan kemahiran baharu kelak, saya
berharap dapat menyumbangkan lebih banyak perkongsian ilmu dan kemahiran ke
arah membina satu bentuk sistem pendidikan yang lebih maju ke hadapan dan
sesuai dengan kehendak sebuah negara Malaysia yang maju pada masa hadapan.
Saya juga berharap dapat menjadi salah seorang penyumbang bahan sumber
pendidikan di bawah program-program Bahagian Teknologi Pendidikan ( BTP )
untuk diguna pakai di sekolah-sekolah. Oleh itu, saya mahu mengikuti lebih banyak
kursus, bengkel dan pelbagai program lain yang berkaitan pembinaan bahan-bahan
multimedia dan sebagainya untuk mempertingkat ilmu, kemahiran dan pengalaman
dalam bidang ini. Saya berharap dapat membantu pihak KPM melahirkan anak
bangsa yang mempunyai pelbagai kemahiran kelak. Sesungguhnya, benarlah kata
sesetengah pihak bahawa tugas guru pada masa hadapan bukan sekadar
melahirkan produk insan yang berkualiti, berdisiplin dan bersahsiah tinggi dalam
bidang ilmu dan kemahiran, malah mungkin lebih luas daripada itu. Guru pada
masa hadapan mungkin dapat membantu melahirkan insan yang produktif dalam
menghasilkan produk yang kreatif dan inovatif untuk diketengahkan di peringkat
global. Maka, guru-guru perlu mempersiapkan diri agar dapat melaksanakan
tanggungjawab tersebut dengan lebih mapan dan berkesan.
Rumusan
Kesimpulannya, sebagai guru yang komited untuk membantu membangunkan
potensi diri murid, kita wajarlah melakukan banyak usaha yang berkesan. Dalam
12
alaf baharu yang lebih mencabar dari pelbagai aspek ini, kita perlu bersama-sama
memberikan sumbangan untuk melahirkan warga negara yang berjaya pada masa
hadapan. Kadang kala, kita perlu melihat dengan lebih mendalam potensi yang ada
pada diri murid agar kita dapat membantu menentukan hala tuju masa hadapan
mereka. Kalau kita prihatin dengan murid-murid, cubalah luangkan sedikit masa
untuk benar-benar melihat ke dalam anak mata murid kita. Perhatikan betul-betul
apakah yang mereka harapkan daripada kita. Walaupun berlaku banyak konflik
dalaman mahupun luaran antara kita dengan persekitaran sehingga menyebabkan
tanggungjawab sebenar kita terhadap anak murid kita sedikit terabai atau mungkin
terasa tidak mampu untuk kita laksanakan, namun berserahlah dan memohonlah
petunjuk dan bimbingan daripada Allah S.W.T agar kita sentiasa kuat dan mampu
melaksanakan amanah yang dipikulkan ke atas kita dengan rasa rela, redha dan
penuh istiqamah. Semoga kita akan berjaya menghadapi pelbagai kekangan dan
cabaran termasuk emosi, gejala sosial dan sebagainya yang mungkin berpunca
daripada diri kita dan persekitaran lainnya yang kerapkali berlaku pada dasawarsa
ini. Benarlah kata Tan Sri S. M. Salim dalam lirik lagunya, “ Dulu lain, sekarang
lain ”. Setiap generasi ada cabaran masing-masing. Cabaran kini amat berlainan
dengan cabaran masa kita sebagai pelajar dahulu. Apa yang penting, kita sebagai
guru alaf baharu harus lebih prihatin dan lebih ke hadapan untuk berfikir dan
bertindak secara kreatif, kritis dan inovatif berserta dengan pelbagai ilmu helah bela
diri dan psikologi yang telahpun kita pelajari. Keberanian kita dalam membuat
perubahan pasti akan membuahkan hasil yang akan membanggakan negara, In Sha
Allah.
13

More Related Content

What's hot

Strategi pembelajaran kelas abad ke 21
Strategi pembelajaran kelas abad ke 21Strategi pembelajaran kelas abad ke 21
Strategi pembelajaran kelas abad ke 21Mokhzani Fadir
 
Tugas dan tanggungjawab guru panitia mata pelajaran
Tugas dan tanggungjawab guru panitia mata pelajaranTugas dan tanggungjawab guru panitia mata pelajaran
Tugas dan tanggungjawab guru panitia mata pelajaranAdzeilla Yaacob
 
Kepelbagaian murid dan implikasinya kepada pelaksanaan kurikulum
Kepelbagaian murid dan implikasinya kepada pelaksanaan kurikulumKepelbagaian murid dan implikasinya kepada pelaksanaan kurikulum
Kepelbagaian murid dan implikasinya kepada pelaksanaan kurikulumSiti Kamaruddin
 
perubahan kurikulum
perubahan kurikulumperubahan kurikulum
perubahan kurikulumumiefatiya
 
Pembangunan profesionalisme berterusan
Pembangunan profesionalisme berterusanPembangunan profesionalisme berterusan
Pembangunan profesionalisme berterusanNur Fazlin Mohd Naim
 
struktur pengetahuan
struktur pengetahuanstruktur pengetahuan
struktur pengetahuancik noorlyda
 
Profesionalisme+dan+akautabiliti+guru
Profesionalisme+dan+akautabiliti+guruProfesionalisme+dan+akautabiliti+guru
Profesionalisme+dan+akautabiliti+guruHishamuddin Jabar
 
Tugasan edu 3093 isu dan cabaran guru
Tugasan edu 3093 isu dan cabaran guruTugasan edu 3093 isu dan cabaran guru
Tugasan edu 3093 isu dan cabaran guruAhmad NazRi
 
Topik 6 Pengelolaan Aktiviti & Sistem Pertandingan
Topik 6 Pengelolaan Aktiviti & Sistem Pertandingan Topik 6 Pengelolaan Aktiviti & Sistem Pertandingan
Topik 6 Pengelolaan Aktiviti & Sistem Pertandingan cikgutika
 
Kata tugas berdasarkan taksonomi bloom
Kata tugas berdasarkan taksonomi bloomKata tugas berdasarkan taksonomi bloom
Kata tugas berdasarkan taksonomi bloomMokhzani Fadir
 
Edup2132 topik 3 (peringkat perkembangan guru)
Edup2132 topik 3 (peringkat perkembangan guru)Edup2132 topik 3 (peringkat perkembangan guru)
Edup2132 topik 3 (peringkat perkembangan guru)Mohd Shirazi
 
5. Kemahiran Profesional Guru
5. Kemahiran Profesional Guru5. Kemahiran Profesional Guru
5. Kemahiran Profesional GuruArthur Jupong
 
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
RANCANGAN PENGAJARAN HARIANRANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
RANCANGAN PENGAJARAN HARIANBukhori Mohamad
 
Akses dan Ekuiti Pendidikan di Malaysia
Akses dan Ekuiti Pendidikan di MalaysiaAkses dan Ekuiti Pendidikan di Malaysia
Akses dan Ekuiti Pendidikan di MalaysiaSuhairul Hablee
 
Rancangan Pengajaran Mingguan (RPM)
Rancangan Pengajaran Mingguan (RPM)Rancangan Pengajaran Mingguan (RPM)
Rancangan Pengajaran Mingguan (RPM)Najwa Norizam
 
Guru sebagai agen sosial
Guru sebagai agen sosial Guru sebagai agen sosial
Guru sebagai agen sosial mashmello2
 
Strategi kolaboratif dan Strategi Koperatif
Strategi kolaboratif dan Strategi Koperatif Strategi kolaboratif dan Strategi Koperatif
Strategi kolaboratif dan Strategi Koperatif raulhayes97
 

What's hot (20)

Strategi pembelajaran kelas abad ke 21
Strategi pembelajaran kelas abad ke 21Strategi pembelajaran kelas abad ke 21
Strategi pembelajaran kelas abad ke 21
 
Tugas dan tanggungjawab guru panitia mata pelajaran
Tugas dan tanggungjawab guru panitia mata pelajaranTugas dan tanggungjawab guru panitia mata pelajaran
Tugas dan tanggungjawab guru panitia mata pelajaran
 
Kelas abad 21
Kelas abad 21Kelas abad 21
Kelas abad 21
 
Kepelbagaian murid dan implikasinya kepada pelaksanaan kurikulum
Kepelbagaian murid dan implikasinya kepada pelaksanaan kurikulumKepelbagaian murid dan implikasinya kepada pelaksanaan kurikulum
Kepelbagaian murid dan implikasinya kepada pelaksanaan kurikulum
 
perubahan kurikulum
perubahan kurikulumperubahan kurikulum
perubahan kurikulum
 
Pembangunan profesionalisme berterusan
Pembangunan profesionalisme berterusanPembangunan profesionalisme berterusan
Pembangunan profesionalisme berterusan
 
struktur pengetahuan
struktur pengetahuanstruktur pengetahuan
struktur pengetahuan
 
Profesionalisme+dan+akautabiliti+guru
Profesionalisme+dan+akautabiliti+guruProfesionalisme+dan+akautabiliti+guru
Profesionalisme+dan+akautabiliti+guru
 
Tugasan edu 3093 isu dan cabaran guru
Tugasan edu 3093 isu dan cabaran guruTugasan edu 3093 isu dan cabaran guru
Tugasan edu 3093 isu dan cabaran guru
 
Pentaksiran autentik
Pentaksiran autentikPentaksiran autentik
Pentaksiran autentik
 
Topik 6 Pengelolaan Aktiviti & Sistem Pertandingan
Topik 6 Pengelolaan Aktiviti & Sistem Pertandingan Topik 6 Pengelolaan Aktiviti & Sistem Pertandingan
Topik 6 Pengelolaan Aktiviti & Sistem Pertandingan
 
Kata tugas berdasarkan taksonomi bloom
Kata tugas berdasarkan taksonomi bloomKata tugas berdasarkan taksonomi bloom
Kata tugas berdasarkan taksonomi bloom
 
Edup2132 topik 3 (peringkat perkembangan guru)
Edup2132 topik 3 (peringkat perkembangan guru)Edup2132 topik 3 (peringkat perkembangan guru)
Edup2132 topik 3 (peringkat perkembangan guru)
 
5. Kemahiran Profesional Guru
5. Kemahiran Profesional Guru5. Kemahiran Profesional Guru
5. Kemahiran Profesional Guru
 
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
RANCANGAN PENGAJARAN HARIANRANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
 
Akses dan Ekuiti Pendidikan di Malaysia
Akses dan Ekuiti Pendidikan di MalaysiaAkses dan Ekuiti Pendidikan di Malaysia
Akses dan Ekuiti Pendidikan di Malaysia
 
Guru sebagai agen perubahan(murid)
Guru sebagai agen perubahan(murid)Guru sebagai agen perubahan(murid)
Guru sebagai agen perubahan(murid)
 
Rancangan Pengajaran Mingguan (RPM)
Rancangan Pengajaran Mingguan (RPM)Rancangan Pengajaran Mingguan (RPM)
Rancangan Pengajaran Mingguan (RPM)
 
Guru sebagai agen sosial
Guru sebagai agen sosial Guru sebagai agen sosial
Guru sebagai agen sosial
 
Strategi kolaboratif dan Strategi Koperatif
Strategi kolaboratif dan Strategi Koperatif Strategi kolaboratif dan Strategi Koperatif
Strategi kolaboratif dan Strategi Koperatif
 

Similar to Matlamat pengajaran dan kepimpinan masa hadapan

1_IKM SMP - MTs.pptx
1_IKM SMP - MTs.pptx1_IKM SMP - MTs.pptx
1_IKM SMP - MTs.pptxAndriWiliya
 
Bimbingan dan kaunseling merupakan dua perkara yang mempunyai maksud yang ham...
Bimbingan dan kaunseling merupakan dua perkara yang mempunyai maksud yang ham...Bimbingan dan kaunseling merupakan dua perkara yang mempunyai maksud yang ham...
Bimbingan dan kaunseling merupakan dua perkara yang mempunyai maksud yang ham...kennedy alip
 
Jabatan profesional dan tantangan guru dalam pembelajaran
Jabatan profesional dan tantangan guru dalam pembelajaranJabatan profesional dan tantangan guru dalam pembelajaran
Jabatan profesional dan tantangan guru dalam pembelajaranRizki septa wiratna
 
Guru Permulaan Abad Ke-21
Guru Permulaan Abad Ke-21Guru Permulaan Abad Ke-21
Guru Permulaan Abad Ke-21hibatullah92
 
Kump 6 b
Kump 6 bKump 6 b
Kump 6 bhaieri
 
Kk edu3083 sem7
Kk edu3083 sem7Kk edu3083 sem7
Kk edu3083 sem7cikli7
 
MAKALAH MENJELASKAN PENDEKATAN PAIKEM DALAM UPAYA PENINGKATAN MUTU PENDIDIKAN
MAKALAH MENJELASKAN PENDEKATAN PAIKEM DALAM UPAYA PENINGKATAN MUTU PENDIDIKANMAKALAH MENJELASKAN PENDEKATAN PAIKEM DALAM UPAYA PENINGKATAN MUTU PENDIDIKAN
MAKALAH MENJELASKAN PENDEKATAN PAIKEM DALAM UPAYA PENINGKATAN MUTU PENDIDIKANBlog Malaikat Iblis di Bulan Maret
 
strategi pembelajaran individual pada anak tuna grahita
strategi pembelajaran individual pada anak tuna grahitastrategi pembelajaran individual pada anak tuna grahita
strategi pembelajaran individual pada anak tuna grahitaTjoetnyak Izzatie
 
Pensijilan guru SME6044
Pensijilan guru SME6044Pensijilan guru SME6044
Pensijilan guru SME6044hazwaniAM
 
Permen tahun2013 nomor81a_lampiran4
Permen tahun2013 nomor81a_lampiran4Permen tahun2013 nomor81a_lampiran4
Permen tahun2013 nomor81a_lampiran4Irma Muthiara Sari
 
LMCP1112 Falsafah Pendidikan Islam Projek Akhir.pptx
LMCP1112 Falsafah Pendidikan Islam Projek Akhir.pptxLMCP1112 Falsafah Pendidikan Islam Projek Akhir.pptx
LMCP1112 Falsafah Pendidikan Islam Projek Akhir.pptxAjleeyaAzman
 
Draf lamp iv pedoman umum pembelajaran (2)
Draf lamp iv pedoman umum pembelajaran (2)Draf lamp iv pedoman umum pembelajaran (2)
Draf lamp iv pedoman umum pembelajaran (2)Suaidin -Dompu
 
Lampiran iv-pedoman-umum-pembelajaran(1)
Lampiran iv-pedoman-umum-pembelajaran(1)Lampiran iv-pedoman-umum-pembelajaran(1)
Lampiran iv-pedoman-umum-pembelajaran(1)Amrizal Ahmad
 
Lampiran iv-pedoman-umum-pembelajaran
Lampiran iv-pedoman-umum-pembelajaranLampiran iv-pedoman-umum-pembelajaran
Lampiran iv-pedoman-umum-pembelajaranR Andri Wijonarko
 
Lampiran iv-pedoman-umum-pembelajaran
Lampiran iv-pedoman-umum-pembelajaranLampiran iv-pedoman-umum-pembelajaran
Lampiran iv-pedoman-umum-pembelajaranAmrizal Ahmad
 
06. lampiran iv-pedoman-umum-pembelajaran
06. lampiran iv-pedoman-umum-pembelajaran06. lampiran iv-pedoman-umum-pembelajaran
06. lampiran iv-pedoman-umum-pembelajaranOtto Ono Gallery
 
Lampiran iv-PERMEN 81-A IMPLEMENTASI KURIKULUN 2013 (PEDOMAN UMUM PEMBELAJARAN)
Lampiran iv-PERMEN 81-A IMPLEMENTASI KURIKULUN 2013 (PEDOMAN UMUM PEMBELAJARAN)Lampiran iv-PERMEN 81-A IMPLEMENTASI KURIKULUN 2013 (PEDOMAN UMUM PEMBELAJARAN)
Lampiran iv-PERMEN 81-A IMPLEMENTASI KURIKULUN 2013 (PEDOMAN UMUM PEMBELAJARAN)Ar Chonth
 

Similar to Matlamat pengajaran dan kepimpinan masa hadapan (20)

1_IKM SMP - MTs.pptx
1_IKM SMP - MTs.pptx1_IKM SMP - MTs.pptx
1_IKM SMP - MTs.pptx
 
Bimbingan dan kaunseling merupakan dua perkara yang mempunyai maksud yang ham...
Bimbingan dan kaunseling merupakan dua perkara yang mempunyai maksud yang ham...Bimbingan dan kaunseling merupakan dua perkara yang mempunyai maksud yang ham...
Bimbingan dan kaunseling merupakan dua perkara yang mempunyai maksud yang ham...
 
Jabatan profesional dan tantangan guru dalam pembelajaran
Jabatan profesional dan tantangan guru dalam pembelajaranJabatan profesional dan tantangan guru dalam pembelajaran
Jabatan profesional dan tantangan guru dalam pembelajaran
 
Guru Permulaan Abad Ke-21
Guru Permulaan Abad Ke-21Guru Permulaan Abad Ke-21
Guru Permulaan Abad Ke-21
 
Kump 6 b
Kump 6 bKump 6 b
Kump 6 b
 
PERANAN GURU BIASA SEBAGAI GURU PEMBIMBING
PERANAN GURU BIASA SEBAGAI GURU PEMBIMBINGPERANAN GURU BIASA SEBAGAI GURU PEMBIMBING
PERANAN GURU BIASA SEBAGAI GURU PEMBIMBING
 
Kk edu3083 sem7
Kk edu3083 sem7Kk edu3083 sem7
Kk edu3083 sem7
 
MAKALAH MENJELASKAN PENDEKATAN PAIKEM DALAM UPAYA PENINGKATAN MUTU PENDIDIKAN
MAKALAH MENJELASKAN PENDEKATAN PAIKEM DALAM UPAYA PENINGKATAN MUTU PENDIDIKANMAKALAH MENJELASKAN PENDEKATAN PAIKEM DALAM UPAYA PENINGKATAN MUTU PENDIDIKAN
MAKALAH MENJELASKAN PENDEKATAN PAIKEM DALAM UPAYA PENINGKATAN MUTU PENDIDIKAN
 
Bimbingan Konsling
Bimbingan KonslingBimbingan Konsling
Bimbingan Konsling
 
strategi pembelajaran individual pada anak tuna grahita
strategi pembelajaran individual pada anak tuna grahitastrategi pembelajaran individual pada anak tuna grahita
strategi pembelajaran individual pada anak tuna grahita
 
Pensijilan guru
Pensijilan guruPensijilan guru
Pensijilan guru
 
Pensijilan guru SME6044
Pensijilan guru SME6044Pensijilan guru SME6044
Pensijilan guru SME6044
 
Permen tahun2013 nomor81a_lampiran4
Permen tahun2013 nomor81a_lampiran4Permen tahun2013 nomor81a_lampiran4
Permen tahun2013 nomor81a_lampiran4
 
LMCP1112 Falsafah Pendidikan Islam Projek Akhir.pptx
LMCP1112 Falsafah Pendidikan Islam Projek Akhir.pptxLMCP1112 Falsafah Pendidikan Islam Projek Akhir.pptx
LMCP1112 Falsafah Pendidikan Islam Projek Akhir.pptx
 
Draf lamp iv pedoman umum pembelajaran (2)
Draf lamp iv pedoman umum pembelajaran (2)Draf lamp iv pedoman umum pembelajaran (2)
Draf lamp iv pedoman umum pembelajaran (2)
 
Lampiran iv-pedoman-umum-pembelajaran(1)
Lampiran iv-pedoman-umum-pembelajaran(1)Lampiran iv-pedoman-umum-pembelajaran(1)
Lampiran iv-pedoman-umum-pembelajaran(1)
 
Lampiran iv-pedoman-umum-pembelajaran
Lampiran iv-pedoman-umum-pembelajaranLampiran iv-pedoman-umum-pembelajaran
Lampiran iv-pedoman-umum-pembelajaran
 
Lampiran iv-pedoman-umum-pembelajaran
Lampiran iv-pedoman-umum-pembelajaranLampiran iv-pedoman-umum-pembelajaran
Lampiran iv-pedoman-umum-pembelajaran
 
06. lampiran iv-pedoman-umum-pembelajaran
06. lampiran iv-pedoman-umum-pembelajaran06. lampiran iv-pedoman-umum-pembelajaran
06. lampiran iv-pedoman-umum-pembelajaran
 
Lampiran iv-PERMEN 81-A IMPLEMENTASI KURIKULUN 2013 (PEDOMAN UMUM PEMBELAJARAN)
Lampiran iv-PERMEN 81-A IMPLEMENTASI KURIKULUN 2013 (PEDOMAN UMUM PEMBELAJARAN)Lampiran iv-PERMEN 81-A IMPLEMENTASI KURIKULUN 2013 (PEDOMAN UMUM PEMBELAJARAN)
Lampiran iv-PERMEN 81-A IMPLEMENTASI KURIKULUN 2013 (PEDOMAN UMUM PEMBELAJARAN)
 

More from CIKGU A.J.ZAMRI MZ@KPM MALAYSIA

Data pernyataan tahap penguasaan bahasa Malaysia kssr tahun 4
Data pernyataan tahap penguasaan bahasa Malaysia kssr tahun 4Data pernyataan tahap penguasaan bahasa Malaysia kssr tahun 4
Data pernyataan tahap penguasaan bahasa Malaysia kssr tahun 4CIKGU A.J.ZAMRI MZ@KPM MALAYSIA
 
Data pernyataan tahap penguasaan bahasa Malaysia kssr tahun 5
Data pernyataan tahap penguasaan bahasa Malaysia kssr tahun 5Data pernyataan tahap penguasaan bahasa Malaysia kssr tahun 5
Data pernyataan tahap penguasaan bahasa Malaysia kssr tahun 5CIKGU A.J.ZAMRI MZ@KPM MALAYSIA
 
Data pernyataan tahap penguasaan bahasa malaysia kssr tahun 6
Data pernyataan tahap penguasaan bahasa malaysia kssr tahun 6Data pernyataan tahap penguasaan bahasa malaysia kssr tahun 6
Data pernyataan tahap penguasaan bahasa malaysia kssr tahun 6CIKGU A.J.ZAMRI MZ@KPM MALAYSIA
 

More from CIKGU A.J.ZAMRI MZ@KPM MALAYSIA (20)

Prestasi upsr smi 2010 hingga semasa
Prestasi upsr smi 2010 hingga semasaPrestasi upsr smi 2010 hingga semasa
Prestasi upsr smi 2010 hingga semasa
 
Prestasi UPSR SMI 2010 hingga semasa
Prestasi UPSR SMI 2010 hingga semasaPrestasi UPSR SMI 2010 hingga semasa
Prestasi UPSR SMI 2010 hingga semasa
 
Pelaporan prestasi murid thn 1 hingga 5 dalam pat 2017
Pelaporan prestasi murid thn 1 hingga 5 dalam pat 2017Pelaporan prestasi murid thn 1 hingga 5 dalam pat 2017
Pelaporan prestasi murid thn 1 hingga 5 dalam pat 2017
 
Pelaporan prestasi murid thn 1 hingga 6 dalam ppt 2017
Pelaporan prestasi murid thn 1 hingga 6 dalam ppt 2017Pelaporan prestasi murid thn 1 hingga 6 dalam ppt 2017
Pelaporan prestasi murid thn 1 hingga 6 dalam ppt 2017
 
Rph 5.1.2016 hari Selasa
Rph 5.1.2016 hari SelasaRph 5.1.2016 hari Selasa
Rph 5.1.2016 hari Selasa
 
ATV Kampung Jeliang, Manong, Kuala Kangsar, Perak
ATV Kampung Jeliang, Manong, Kuala Kangsar, PerakATV Kampung Jeliang, Manong, Kuala Kangsar, Perak
ATV Kampung Jeliang, Manong, Kuala Kangsar, Perak
 
Data pernyataan tahap penguasaan bahasa Malaysia kssr tahun 4
Data pernyataan tahap penguasaan bahasa Malaysia kssr tahun 4Data pernyataan tahap penguasaan bahasa Malaysia kssr tahun 4
Data pernyataan tahap penguasaan bahasa Malaysia kssr tahun 4
 
Data pernyataan tahap penguasaan bahasa Malaysia kssr tahun 5
Data pernyataan tahap penguasaan bahasa Malaysia kssr tahun 5Data pernyataan tahap penguasaan bahasa Malaysia kssr tahun 5
Data pernyataan tahap penguasaan bahasa Malaysia kssr tahun 5
 
Data pernyataan tahap penguasaan bahasa malaysia kssr tahun 6
Data pernyataan tahap penguasaan bahasa malaysia kssr tahun 6Data pernyataan tahap penguasaan bahasa malaysia kssr tahun 6
Data pernyataan tahap penguasaan bahasa malaysia kssr tahun 6
 
Sampel rpt tahun 4 edited vers 4mggu 1page
Sampel rpt tahun 4 edited vers 4mggu 1pageSampel rpt tahun 4 edited vers 4mggu 1page
Sampel rpt tahun 4 edited vers 4mggu 1page
 
Sampel rpt tahun 5 edited vers 4mggu 1page
Sampel rpt tahun 5 edited vers 4mggu 1pageSampel rpt tahun 5 edited vers 4mggu 1page
Sampel rpt tahun 5 edited vers 4mggu 1page
 
RPT Bahasa Malaysia SJKC Tahun 5 slideshare
RPT Bahasa Malaysia SJKC Tahun 5 slideshareRPT Bahasa Malaysia SJKC Tahun 5 slideshare
RPT Bahasa Malaysia SJKC Tahun 5 slideshare
 
RPT Bahasa Malaysia SJKC Tahun 4 slideshare
RPT Bahasa Malaysia SJKC Tahun 4 slideshareRPT Bahasa Malaysia SJKC Tahun 4 slideshare
RPT Bahasa Malaysia SJKC Tahun 4 slideshare
 
Lnpt2015 rujukan guru6
Lnpt2015 rujukan guru6Lnpt2015 rujukan guru6
Lnpt2015 rujukan guru6
 
Lnpt2015 rujukan guru5
Lnpt2015 rujukan guru5Lnpt2015 rujukan guru5
Lnpt2015 rujukan guru5
 
Lnpt2015 rujukan guru4
Lnpt2015 rujukan guru4Lnpt2015 rujukan guru4
Lnpt2015 rujukan guru4
 
Lnpt2015 rujukan guru3
Lnpt2015 rujukan guru3Lnpt2015 rujukan guru3
Lnpt2015 rujukan guru3
 
Lnpt2015 rujukan guru2
Lnpt2015 rujukan guru2Lnpt2015 rujukan guru2
Lnpt2015 rujukan guru2
 
Lnpt2015 rujukan guru
Lnpt2015 rujukan guruLnpt2015 rujukan guru
Lnpt2015 rujukan guru
 
Jawapan murid kritikal upsr2015
Jawapan murid kritikal upsr2015Jawapan murid kritikal upsr2015
Jawapan murid kritikal upsr2015
 

Recently uploaded

Lembaga Pendidikan Tenaga Kependidikan (LPTK) sebagai pencetak calon guru pro...
Lembaga Pendidikan Tenaga Kependidikan (LPTK) sebagai pencetak calon guru pro...Lembaga Pendidikan Tenaga Kependidikan (LPTK) sebagai pencetak calon guru pro...
Lembaga Pendidikan Tenaga Kependidikan (LPTK) sebagai pencetak calon guru pro...AnnisaArianti2
 
Kel. 4 Administrasi Keuangan.pdf di sekolah
Kel. 4 Administrasi  Keuangan.pdf di sekolahKel. 4 Administrasi  Keuangan.pdf di sekolah
Kel. 4 Administrasi Keuangan.pdf di sekolahaisyahnurul2408
 
contoh DOKUMEN AKSI NYATA DALAM HAL PENERAPAN COACHING KEPADA PESERTA DIDIK
contoh DOKUMEN AKSI NYATA DALAM HAL PENERAPAN COACHING KEPADA PESERTA DIDIKcontoh DOKUMEN AKSI NYATA DALAM HAL PENERAPAN COACHING KEPADA PESERTA DIDIK
contoh DOKUMEN AKSI NYATA DALAM HAL PENERAPAN COACHING KEPADA PESERTA DIDIKTaufik241763
 
K1_pengantar komunikasi pendidikan (1).pdf
K1_pengantar komunikasi pendidikan (1).pdfK1_pengantar komunikasi pendidikan (1).pdf
K1_pengantar komunikasi pendidikan (1).pdf2210130220024
 
K1_pengantar komunikasi pendidikan (1).pdf
K1_pengantar komunikasi pendidikan (1).pdfK1_pengantar komunikasi pendidikan (1).pdf
K1_pengantar komunikasi pendidikan (1).pdfbayuputra151203
 
Power point Materi Pembelajaran Kelas 3 TEMA 7 SUB 2 PB 1
Power point Materi Pembelajaran Kelas 3 TEMA 7 SUB 2 PB 1Power point Materi Pembelajaran Kelas 3 TEMA 7 SUB 2 PB 1
Power point Materi Pembelajaran Kelas 3 TEMA 7 SUB 2 PB 1LailaTulangRusukMaha
 
BMMB 1134 KETERAMPILAN BERBAHASA HALANGAN KOMUNIKASI
BMMB 1134 KETERAMPILAN BERBAHASA HALANGAN KOMUNIKASIBMMB 1134 KETERAMPILAN BERBAHASA HALANGAN KOMUNIKASI
BMMB 1134 KETERAMPILAN BERBAHASA HALANGAN KOMUNIKASIsyedharis59
 
Jalur Rempah Pada Masa Hindu Buddha.pptx
Jalur Rempah Pada Masa Hindu Buddha.pptxJalur Rempah Pada Masa Hindu Buddha.pptx
Jalur Rempah Pada Masa Hindu Buddha.pptxPutriSoniaAyu
 
,.,,.,.,.,.,.,.,.,.,.,.,Swamedikasi.pptx
,.,,.,.,.,.,.,.,.,.,.,.,Swamedikasi.pptx,.,,.,.,.,.,.,.,.,.,.,.,Swamedikasi.pptx
,.,,.,.,.,.,.,.,.,.,.,.,Swamedikasi.pptxfurqanridha
 
power point mengenai akhlak remaja: menghindari tawuran
power point mengenai akhlak remaja: menghindari tawuranpower point mengenai akhlak remaja: menghindari tawuran
power point mengenai akhlak remaja: menghindari tawuranapriandanu
 
Rancangan Pelajaran Tahunan Ekonomi 2&3.pdf
Rancangan Pelajaran Tahunan Ekonomi 2&3.pdfRancangan Pelajaran Tahunan Ekonomi 2&3.pdf
Rancangan Pelajaran Tahunan Ekonomi 2&3.pdfg36337777
 
Paket Substansi_Pengelolaan Kinerja Guru dan KS [19 Dec].pptx
Paket Substansi_Pengelolaan Kinerja Guru dan KS [19 Dec].pptxPaket Substansi_Pengelolaan Kinerja Guru dan KS [19 Dec].pptx
Paket Substansi_Pengelolaan Kinerja Guru dan KS [19 Dec].pptxDarmiahDarmiah
 
Nasab Nabi Muhammad SAW. dari Nabi Ibrahimpptx
Nasab Nabi Muhammad SAW. dari Nabi IbrahimpptxNasab Nabi Muhammad SAW. dari Nabi Ibrahimpptx
Nasab Nabi Muhammad SAW. dari Nabi IbrahimpptxSuGito15
 
Sertifikat PMM aksi nyata "mengapa kurikulum perlu berubah".pdf
Sertifikat PMM aksi nyata "mengapa kurikulum perlu berubah".pdfSertifikat PMM aksi nyata "mengapa kurikulum perlu berubah".pdf
Sertifikat PMM aksi nyata "mengapa kurikulum perlu berubah".pdfWahyuHid3
 
Aminullah Assagaf_Regresi Lengkap 19_8 Nov 2023_Inc. Data panel & Perbandinga...
Aminullah Assagaf_Regresi Lengkap 19_8 Nov 2023_Inc. Data panel & Perbandinga...Aminullah Assagaf_Regresi Lengkap 19_8 Nov 2023_Inc. Data panel & Perbandinga...
Aminullah Assagaf_Regresi Lengkap 19_8 Nov 2023_Inc. Data panel & Perbandinga...Aminullah Assagaf
 
Materi Pertemuan 1.pdf (Pengantar Pendidikan Pancasila di Perguruan Tingg)
Materi Pertemuan 1.pdf (Pengantar Pendidikan Pancasila di Perguruan Tingg)Materi Pertemuan 1.pdf (Pengantar Pendidikan Pancasila di Perguruan Tingg)
Materi Pertemuan 1.pdf (Pengantar Pendidikan Pancasila di Perguruan Tingg)RezaWahyuni6
 
573323880-PPT-Nasionalisme-dan-Anti-Korupsi.pptx
573323880-PPT-Nasionalisme-dan-Anti-Korupsi.pptx573323880-PPT-Nasionalisme-dan-Anti-Korupsi.pptx
573323880-PPT-Nasionalisme-dan-Anti-Korupsi.pptxanisakhairoza
 
UTS CT (ppg prajabatan gelombang 1 tahun 2023).pptx
UTS CT (ppg prajabatan gelombang 1 tahun 2023).pptxUTS CT (ppg prajabatan gelombang 1 tahun 2023).pptx
UTS CT (ppg prajabatan gelombang 1 tahun 2023).pptxYusufAmirudin3
 
1.-Materi-Prof.-Bambang-1.ppt PENYEBAB GAGAL GINJAL AKUT
1.-Materi-Prof.-Bambang-1.ppt PENYEBAB GAGAL GINJAL AKUT1.-Materi-Prof.-Bambang-1.ppt PENYEBAB GAGAL GINJAL AKUT
1.-Materi-Prof.-Bambang-1.ppt PENYEBAB GAGAL GINJAL AKUTeric214073
 
PANDUAN MENGISI KAD HIJAU KAD RAWATAN SEKOLAH
PANDUAN MENGISI KAD HIJAU KAD RAWATAN SEKOLAHPANDUAN MENGISI KAD HIJAU KAD RAWATAN SEKOLAH
PANDUAN MENGISI KAD HIJAU KAD RAWATAN SEKOLAHNurul Nuha MS
 

Recently uploaded (20)

Lembaga Pendidikan Tenaga Kependidikan (LPTK) sebagai pencetak calon guru pro...
Lembaga Pendidikan Tenaga Kependidikan (LPTK) sebagai pencetak calon guru pro...Lembaga Pendidikan Tenaga Kependidikan (LPTK) sebagai pencetak calon guru pro...
Lembaga Pendidikan Tenaga Kependidikan (LPTK) sebagai pencetak calon guru pro...
 
Kel. 4 Administrasi Keuangan.pdf di sekolah
Kel. 4 Administrasi  Keuangan.pdf di sekolahKel. 4 Administrasi  Keuangan.pdf di sekolah
Kel. 4 Administrasi Keuangan.pdf di sekolah
 
contoh DOKUMEN AKSI NYATA DALAM HAL PENERAPAN COACHING KEPADA PESERTA DIDIK
contoh DOKUMEN AKSI NYATA DALAM HAL PENERAPAN COACHING KEPADA PESERTA DIDIKcontoh DOKUMEN AKSI NYATA DALAM HAL PENERAPAN COACHING KEPADA PESERTA DIDIK
contoh DOKUMEN AKSI NYATA DALAM HAL PENERAPAN COACHING KEPADA PESERTA DIDIK
 
K1_pengantar komunikasi pendidikan (1).pdf
K1_pengantar komunikasi pendidikan (1).pdfK1_pengantar komunikasi pendidikan (1).pdf
K1_pengantar komunikasi pendidikan (1).pdf
 
K1_pengantar komunikasi pendidikan (1).pdf
K1_pengantar komunikasi pendidikan (1).pdfK1_pengantar komunikasi pendidikan (1).pdf
K1_pengantar komunikasi pendidikan (1).pdf
 
Power point Materi Pembelajaran Kelas 3 TEMA 7 SUB 2 PB 1
Power point Materi Pembelajaran Kelas 3 TEMA 7 SUB 2 PB 1Power point Materi Pembelajaran Kelas 3 TEMA 7 SUB 2 PB 1
Power point Materi Pembelajaran Kelas 3 TEMA 7 SUB 2 PB 1
 
BMMB 1134 KETERAMPILAN BERBAHASA HALANGAN KOMUNIKASI
BMMB 1134 KETERAMPILAN BERBAHASA HALANGAN KOMUNIKASIBMMB 1134 KETERAMPILAN BERBAHASA HALANGAN KOMUNIKASI
BMMB 1134 KETERAMPILAN BERBAHASA HALANGAN KOMUNIKASI
 
Jalur Rempah Pada Masa Hindu Buddha.pptx
Jalur Rempah Pada Masa Hindu Buddha.pptxJalur Rempah Pada Masa Hindu Buddha.pptx
Jalur Rempah Pada Masa Hindu Buddha.pptx
 
,.,,.,.,.,.,.,.,.,.,.,.,Swamedikasi.pptx
,.,,.,.,.,.,.,.,.,.,.,.,Swamedikasi.pptx,.,,.,.,.,.,.,.,.,.,.,.,Swamedikasi.pptx
,.,,.,.,.,.,.,.,.,.,.,.,Swamedikasi.pptx
 
power point mengenai akhlak remaja: menghindari tawuran
power point mengenai akhlak remaja: menghindari tawuranpower point mengenai akhlak remaja: menghindari tawuran
power point mengenai akhlak remaja: menghindari tawuran
 
Rancangan Pelajaran Tahunan Ekonomi 2&3.pdf
Rancangan Pelajaran Tahunan Ekonomi 2&3.pdfRancangan Pelajaran Tahunan Ekonomi 2&3.pdf
Rancangan Pelajaran Tahunan Ekonomi 2&3.pdf
 
Paket Substansi_Pengelolaan Kinerja Guru dan KS [19 Dec].pptx
Paket Substansi_Pengelolaan Kinerja Guru dan KS [19 Dec].pptxPaket Substansi_Pengelolaan Kinerja Guru dan KS [19 Dec].pptx
Paket Substansi_Pengelolaan Kinerja Guru dan KS [19 Dec].pptx
 
Nasab Nabi Muhammad SAW. dari Nabi Ibrahimpptx
Nasab Nabi Muhammad SAW. dari Nabi IbrahimpptxNasab Nabi Muhammad SAW. dari Nabi Ibrahimpptx
Nasab Nabi Muhammad SAW. dari Nabi Ibrahimpptx
 
Sertifikat PMM aksi nyata "mengapa kurikulum perlu berubah".pdf
Sertifikat PMM aksi nyata "mengapa kurikulum perlu berubah".pdfSertifikat PMM aksi nyata "mengapa kurikulum perlu berubah".pdf
Sertifikat PMM aksi nyata "mengapa kurikulum perlu berubah".pdf
 
Aminullah Assagaf_Regresi Lengkap 19_8 Nov 2023_Inc. Data panel & Perbandinga...
Aminullah Assagaf_Regresi Lengkap 19_8 Nov 2023_Inc. Data panel & Perbandinga...Aminullah Assagaf_Regresi Lengkap 19_8 Nov 2023_Inc. Data panel & Perbandinga...
Aminullah Assagaf_Regresi Lengkap 19_8 Nov 2023_Inc. Data panel & Perbandinga...
 
Materi Pertemuan 1.pdf (Pengantar Pendidikan Pancasila di Perguruan Tingg)
Materi Pertemuan 1.pdf (Pengantar Pendidikan Pancasila di Perguruan Tingg)Materi Pertemuan 1.pdf (Pengantar Pendidikan Pancasila di Perguruan Tingg)
Materi Pertemuan 1.pdf (Pengantar Pendidikan Pancasila di Perguruan Tingg)
 
573323880-PPT-Nasionalisme-dan-Anti-Korupsi.pptx
573323880-PPT-Nasionalisme-dan-Anti-Korupsi.pptx573323880-PPT-Nasionalisme-dan-Anti-Korupsi.pptx
573323880-PPT-Nasionalisme-dan-Anti-Korupsi.pptx
 
UTS CT (ppg prajabatan gelombang 1 tahun 2023).pptx
UTS CT (ppg prajabatan gelombang 1 tahun 2023).pptxUTS CT (ppg prajabatan gelombang 1 tahun 2023).pptx
UTS CT (ppg prajabatan gelombang 1 tahun 2023).pptx
 
1.-Materi-Prof.-Bambang-1.ppt PENYEBAB GAGAL GINJAL AKUT
1.-Materi-Prof.-Bambang-1.ppt PENYEBAB GAGAL GINJAL AKUT1.-Materi-Prof.-Bambang-1.ppt PENYEBAB GAGAL GINJAL AKUT
1.-Materi-Prof.-Bambang-1.ppt PENYEBAB GAGAL GINJAL AKUT
 
PANDUAN MENGISI KAD HIJAU KAD RAWATAN SEKOLAH
PANDUAN MENGISI KAD HIJAU KAD RAWATAN SEKOLAHPANDUAN MENGISI KAD HIJAU KAD RAWATAN SEKOLAH
PANDUAN MENGISI KAD HIJAU KAD RAWATAN SEKOLAH
 

Matlamat pengajaran dan kepimpinan masa hadapan

  • 1. MATLAMAT PENGAJARAN DAN KEPIMPINAN MASA HADAPAN Matlamat Pengajaran Pengajaran sesuatu mata pelajaran merupakan perkara utama yang perlu diberikan perhatian oleh seseorang guru. Guru yang berkelayakan dan telah mendapat status guru terlatih di bawah KPM, sama ada dalam bidang diploma mahupun ijazah pendidikan, seharusnya kita sentiasa peka dan lebih maju ke hadapan untuk merancang, menguruskan dan juga mampu melaksanakan rancangan pengajaran dengan lebih berkesan dan memberi impak kepada kumpulan sasaran masing-masing. Pada hemat saya, sebagai seorang guru terlatih yang telah terlibat dalam pelbagai usaha dan program peningkatan akademik di peringkat sekolah, daerah, negeri dan juga kebangsaan sehingga diberikan taraf jawatan sebagai salah seorang Guru Cemerlang Bahasa Melayu mulai tahun 2008 hingga tahun 2014 dan juga sebagai salah seorang fasilitator dan penceramah Kem UPSR dan bengkel perkongsian maya bahan Bahasa Melayu menerusi laman www.slideshare.com/ajizam30 di bawah program Majlis Guru Cemerlang Negeri Selangor ( MGCS ) dan Majlis Guru Cemerlang Malaysia ( MGCM ) serta sebagai salah seorang mentor di bawah Program Rintis Jurulatih Pembangunan Sekolah ( SISC ) Negeri Perak pada tahun 2013, saya telah dapat mempelajari, merasai, menyelidiki, merancang dan mengamalkan pelbagai pendekatan dan kemahiran untuk mewujudkan ruang pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan dan mampu mencapai matlamat yang ditetapkan. Selain itu, saya juga terlibat sebagai salah seorang peserta dalam sesi Dialog Penyamarataan Kurikulum Bahasa Malaysia Sekolah Kebangsaan ( SK ) dan Sekolah Jenis Kebangsaan ( SJK ) peringkat kebangsaan anjuran Bahagian Pengembangan Kurikulum, KPM di Putrajaya yang turut melibatkan wakil-wakil guru dari semua Jabatan Pendidikan Negeri seluruh negara. Pengalaman beberapa tahun sebagai Guru Sandaran Tidak Terlatih ( GSTT ) di sekolah kebangsaan di kawasan Felda dan sekolah menengah kebangsan juga banyak membantu saya memahami dan mengkaji keadaan persekitaran yang kerap dialami oleh murid-murid dan guru-guru di sana. Sepanjang penglibatan dalam program-program peningkatan akademik peringkat daerah dan negeri ini, saya telah bekerjasama dan juga mendapatkan bimbingan 1
  • 2. serta tunjuk ajar daripada pihak-pihak yang lebih berpengalaman seperti Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti peringkat negeri Selangor, Perak dan Persekutuan serta pihak-pihak lain. Mereka telah banyak memberikan input kepada kumpulan Guru- guru Cemerlang dan Mentor-mentor SISC, termasuk saya berkaitan dengan semua urusan perancangan, pengurusan, penilaian dan sebagainya dalam bidang pendidikan di negara ini. Hasil daripada pengalaman, bimbingan dan tunjuk ajar yang begitu berkualiti dan berkesan, maka saya dapat menggariskan beberapa panduan untuk membantu saya serta guru-guru lain membuat perancangan, pengurusan dan pelaksanaan sesi pengajaran yang berkesan di bilik-bilik darjah. Ringkasnya, saya ingin merumuskan penulisan ini kepada beberapa subtajuk seperti di bawah ; i. Penetapan Objektif Pengajaran Guru ii. Penggunaan Strategi atau Pendekatan Pengajaran Guru ( termasuk penggunaan BBB yang bersesuaian dan dapat memberi impak ) iii. Program Peningkatan Akademik Sokongan sebagai Aktiviti Pengayaan atau Pemulihan dalam Kalangan Murid Cemerlang, Harapan Lulus dan Kritikal. i. Penetapan Objektif Pengajaran Guru Setiap aktiviti pengajaran oleh guru-guru mempunyai objektif tertentu sepertimana yang digariskan dalam Rancangan Pelajaran Tahunan ( RPT ) dan Rancangan Pelajaran Harian ( RPH ). Guru-guru harus merancang aktiviti pengajaran harian berdasarkan objektif yang terdapat dalam RPT dan RPH untuk membolehkan murid-murid mengikuti aktiviti pembelajaran yang dijalankan dengan lebih berkesan. Dalam usaha merangka objektif pengajaran ini, guru harus berfikir secara matang tentang dua aspek utama, iaitu objektif kumpulan sasaran yang akan diajar dan objektif yang terkandung dalam sukatan pelajaran mengikut tajuk yang ditetapkan. Pertama, guru harus mengenal pasti dan memahami objektif kumpulan sasaran yang ingin dibimbing. Persoalan seperti apakah tahap keupayaan mereka ? Apakah harapan mereka terhadap pembelajaran tersebut ? Apakah potensi yang ada dan boleh diketengahkan ? dan pelbagai persoalan lagi perlu sentiasa difikirkan oleh guru-guru. Sekiranya kita ingin menyentuh soal potensi diri atau kemenjadian murid, banyak perkara yang harus diteliti dengan lebih mendalam. Potensi ini lebih 2
  • 3. menjurus kepada soal minat murid itu sendiri. Kita mungkin tidak dapat memastikan murid-murid mengikuti sepenuhnya kehendak atau apa yang kita rancangkan untuk mereka. Mungkin hanya 20 hingga 30 peratus murid-murid akan mudah menerima cadangan guru untuk membentuk cara perlakuan, pemikiran atau sebagainya yang melibatkan diri mereka. Selebihnya, mereka akan cuba untuk membentuk persekitaran mereka sendiri atau mereka akan memilih untuk membuat keputusan sendiri atau mungkin dengan merujuk kepada individu yang lebih hampir dengan mereka tentang keperluan mereka sendiri. Maka, peranan yang dapat dimainkan oleh guru-guru dalam menangani kepelbagaian karenah atau potensi diri murid- murid ini adalah sekadar memberikan idea, panduan, jangkaan dan sebagainya. Guru yang peka atau mempunyai rasa kebertanggungjawaban terhadap anak murid mereka, pasti akan mengambil peluang untuk meneroka peluang-peluang yang ada pada diri murid mereka, termasuklah mengenal pasti punca masalah yang dihadapi dan mencari pelbagai alternatif untuk membentuk masa hadapan murid yang lebih baik. Misalnya, sekiranya guru mendapati murid kurang berminat untuk menumpukan perhatian terhadap akademik sepenuhnya dan hanya memberi fokus terhadap kemahiran lain seperti sukan atau kemahiran lain, maka guru boleh memberi galakan ke arah minat dan kecenderungan mereka itu. Walau bagaimanapun, perkara-perkara asas sebagai murid hendaklah juga dipenuhi seperti keperluan mereka untuk belajar menulis, membaca, bertutur, mengira dan sebagainya lagi agar dapat dipraktikkan dengan cara yang betul dan sempurna apabila mereka dewasa kelak. Kesemua kemahiran ini hanya dapat dipelajari dan diasuh di sekolah oleh kita sebagai guru dan pembimbing mereka. Kita harapkan agar apabila mereka berjaya menjadi ahli sukan negara atau apa sahaja kerjaya yang bakal mereka ceburi kelak akan turut disertai dengan keupayaan mereka untuk menggunakan kemahiran seperti berkomunikasi, menggunakan teknologi dan juga mampu berfikir secara kreatif, kritis dan inovatif agar mereka dapat memberi sumbangan yang lebih besar kepada kemajuan negara. Secara realitinya, kumpulan murid sasaran di semua sekolah boleh dibahagikan kepada tiga kelompok yang utama, iaitu Kumpulan Cemerlang ( kerap mencapai markah sekurang-kurangnya 60 atau 70 ke atas dan boleh dibimbing untuk mencapai gred A pada peperiksaan akhir tahun ), Kumpulan Sederhana / Lulus ( kerap mencapai markah 45 ke atas dan boleh dibimbing untuk mencapai 3
  • 4. gred B pada peperiksaan akhir tahun ), dan Kumpulan Harapan Lulus serta Kritikal ( hanya mampu mencapai markah 45 ke bawah dan biasanya kumpulan ini diletakkan dalam kelas yang sama di beberapa buah kelas agar mereka dapat saling membantu semasa mengikuti aktiviti pembelajaran ). Jarang benar dapat kita lihat Kumpulan Kritikal diletakkan dalam sebuah kelas yang berasingan dengan Kumpulan Harapan. Hal ini mungkin kerana bilangan murid Kumpulan Kritikal hanya beberapa orang berbanding Kumpulan Harapan, mungkin ada yang kurang daripada 10 orang dalam sesuatu darjah / tingkatan di sesebuah sekolah. Walhal dari segi logik akal, Kumpulan Kritikal ini amat memerlukan lebih perhatian dan bimbingan untuk mereka menguasai kemahiran berbanding Kumpulan Harapan Lulus. Hal ini mungkin berbeza dengan sekolah-sekolah di kawasan tertentu yang mempunyai murid Kritikal lebih banyak berbanding kumpulan lain. Namun, terpulanglah kepada kebijaksanaan pengurusan dan guru di sekolah berkenaan untuk menguruskan kedudukan murid-murid mengikut kelas-kelas yang bersesuaian. Dalam kebanyakan kes, murid-murid Kumpulan Kritikal ini akan diberikan bimbingan lanjutan dalam Kelas Pemulihan atau Program Peningkatan Akademik Khas di luar waktu PdP untuk membantu mereka mencapai gred yang lebih baik. Bagi seorang guru yang berpengalaman, kita seharusnya dapat mengenal pasti jenis murid-murid yang terdapat dalam kelas masing-masing dan kita perlu merancang serta melaksanakan pendekatan yang sesuai dengan aras kebolehan murid-murid tersebut. Sebagai contoh, pendekatan pembelajaran dan penggunaan bahan bantu mengajar atau sebagainya bagi Kumpulan Cemerlang haruslah sesuai dengan keupayaan murid-murid tersebut. Murid-murid ini sepatutnya mampu melaksanakan pembelajaran yang lebih sofistikated dan berdikari. Guru lebih banyak menjadi fasilitator atau penilai total terhadap persembahan dan perlakuan murid-murid dalam aktiviti PdP. Berbeza dengan murid-murid Kumpulan Kritikal atau beberapa Kumpulan Sederhana, di mana guru perlu bertindak sebagai pembimbing dan rakan belajar mereka untuk membolehkan mereka benar-benar dapat melaksanakan tugasan yang diberikan. Kedua, guru harus kreatif dan inovatif untuk mengaplikasikan objektif pembelajaran sepertimana yang digariskan dalam RPH dan RPT. Objektif pembelajaran yang telah disediakan oleh pihak KPM amat lengkap kerana merangkumi kesemua elemen yang perlu dipelajari dan dikuasai oleh murid-murid 4
  • 5. mengikut tahap mereka. Dalam sukatan pelajaran, terdapat beberapa kemahiran daripada asas sehinggalah kepada kemahiran yang lebih tinggi telah ditentukan untuk mengukur dan menilai tahap keupayaan murid-murid semasa melakukan aktiviti pembelajaran. Bagi bidang Bahasa Melayu, terdapat tiga kemahiran utama yang diberikan penekanan, iaitu Kemahiran Lisan ( bertutur ), Kemahiran Membaca dan Kemahiran menulis. Bagi setiap kemahiran ini pula terdapat banyak subkemahiran yang perlu dikuasai oleh murid-murid untuk membolehkan mereka menjadi warganegara yang benar-benar menguasai dan mengaplikasi kemahiran bahasa kebangsaan negara kita dalam kehidupan harian mereka. Secara tidak langsung kita mampu menjamin kelangsungan cara pergaulan, komunikasi dan sebagainya dalam suasana yang saling memahami dan menghormati adat dan budaya setiap warga negara melalui satu bahasa kebangsaan. Dalam penulisan ini, saya lebih suka menekankan pada aspek aplikasi setiap objektif yang ditentukan dalam RPT dan RPH. Walaupun ada butiran objektif tersebut agak tinggi arasnya untuk kalangan murid-murid Kritikal, namun guru boleh mempermudahkan perancangan dan pengurusan aktiviti pembelajaran agar murid- murid tersebut mampu mencapai tahap objektif yang dikehendaki. Sebagai contoh, dalam suatu sesi pengajaran, guru memilih objektif seperti berikut ; Pada akhir pelajaran, murid-murid dapat bercerita dengan sebutan dan intonasi yang betul menggunakan bahasa yang indah. Bagi murid-murid Kelas Cemerlang, mereka tentu tidak menghadapi masalah untuk mencapai objektif ini. Namun, bagi murid- murid Kritikal, apatah lagi di sekolah jenis kebangsaan, mereka mungkin kurang faham bagaimana mahu menyampaikan cerita dalam bahasa yang indah. Jadi, bagi saya memadailah jika murid-murid ini dapat menyampaikan perkataan, frasa atau mungkin ayat yang mudah untuk menceritakan sesuatu yang mereka fahami dan ketahui tentang tajuk yang dipelajari. Begitu juga dengan objektif untuk menulis atau menghasilkan perenggan ayat menggunakan ayat majmuk atau ayat gramatis atau sebagainya. Jika murid Kritikal ini dapat menulis ayat mudah yang mungkin mengandungi subjek dan predikat, maka itu sudah memadailah bagi mereka kerana mampu menulis ayat secara berperingkat-peringkat sehinggalah mampu membina dan menulis ayat yang pelbagai dan meluas pada akhir tahun nanti. Kita tidak boleh menilai dan mengukur murid-murid yang mencapai ataupun tidak mencapai objektif pembelajaran secara sama rata. Walaupun mereka mengikuti aktiviti pembelajaran 5
  • 6. pada tahap yang sama kerana persamaan umur, namun keupayaan dan kebolehcapaian setiap individu adalah tidak sama. Murid-murid yang masih tidak mencapai tahap yang tinggi hendaklah dibimbing dan diberikan rangsangan serta galakan agar mereka turut berusaha untuk mencapai tahap yang lebih baik. ii. Penggunaan Strategi atau Pendekatan Pengajaran Guru ( termasuk penggunaan BBB yang bersesuaian dan memberi impak ) Strategi dan pendekatan pengajaran yang diguna pakai oleh seseorang guru akan memainkan peranan penting untuk menentukan sama ada sesuatu pengajaran yang dilakukan akan berjaya mencapai matlamat atau sebaliknya. Sepertimana yang kita maklum bahawa terdapat banyak strategi atau pendekatan yang boleh diimplementasikan dalam sesi pengajaran seseorang guru sama ada untuk melakukan aktiviti di bilik darjah mahupun di luar bilik darjah, khususnya bagi mata pelajaran amali dan kemahiran hidup. Penggunaan strategi dan pendekatan yang betul dan menarik serta bersesuaian dengan tajuk atau aktiviti pembelajaran pasti akan dapat menarik penyertaan murid-murid dalam aktiviti yang ingin dijalankan. Hasilnya akan dapat mewujudkan kualiti pembelajaran yang berimpak tinggi kerana murid-murid akan berasa dihargai apabila diberikan penghargaan untuk menyertai aktiviti yang dijalankan. Secara tidak langsung mereka akan dapat mencapai objektif pengajaran yang ditetapkan oleh guru. Antara strategi atau pendekatan yang menarik dan paling disukai oleh murid-murid adalah aktiviti simulasi, main peranan, kecerdasan pelbagai, dan lain-lain lagi. Oleh itu, guru-guru perlu menimbang dan berusaha untuk mempertingkatkan penguasaan diri untuk mengaplikasikan kaedah pengajaran yang berkesan ini. Guru harus bijak semasa mengendalikan strategi pdp agar tidak lari daripada matlamat sebenar sesuatu aktiviti pdp yang dijalankan. Hal ini kerana kerap berlaku masalah guru hilang kawalan sehingga aktiviti yang dijalankan tidak mengikut masa sehingga menyebabkan murid-murid menjadi leka dengan aktiviti tertentu dan mengabaikan objektif utama yang hendak dicapai. Selain itu, penggunaan bahan bantu belajar ( BBB ) yang menarik dapat membantu murid-murid mengikuti aktiviti pdp yang dijalankan dan seterusnya dapat mencapai objektif pembelajaran yang ditetapkan. Antara bahan yang boleh digunakan ialah bahan maujud atau bersifat abstrak. Bagi aspek penggunaan BBB 6
  • 7. dalam pdp ini, saya lebih suka memilih pendekatan yang diimplementasikan di sekolah-sekolah bestari. Guru-guru boleh membina atau mengguna pakai pelbagai bahan sumber multimedia atau berbantukan komputer semasa menjalankan pdp di bilik darjah. Bahan-bahan seperti ini sudah pasti mempunyai pelbagai elemen media dan merentasi kurikulum serta meliputi pelbagai kecerdasan untuk menarik perhatian murid-murid. Banyak kebaikan menggunakan aplikasi seperti ini. Murid- murid akan lebih mudah mengikuti aktiviti secara terancang dan terkawal kerana bahan yang digunakan boleh dipaparkan satu persatu pada papan layar. Murid juga boleh diberi peluang untuk menjalankan aplikasi berbentuk interaktif menggunakan aplikasi komputer. Selain menggunakan bahan grafik yang berkualiti dan menarik, aplikasi seperti ini juga mempunyai fungsi-fungsi butang tertentu yang boleh ditambah untuk memudahkan arahan penggunaannya. Malahan, di sesetengah sekolah yang mempunyai kemudahan yang lengkap, penggunaan aplikasi multimedia boleh dilakukan dengan lebih meluas dan melibatkan kumpulan sasaran yang lebih banyak. Misalnya, berpandukan sampel bahan multimedia sedia ada yang dibangunkan oleh Bahagian Teknologi Pendidikan, KPM dan pihak-pihak lain, saya telah cuba membina dua bahan untuk siri tayangan slaid bestari bahasa Melayu di pondok penyayang dan pondok ilmu untuk tontonan dan bacaan murid-murid semasa perhimpunan awal pagi, waktu rehat dan selepas sesi persekolahan ( sebelum murid-murid pulang atau kelas tambahan waktu petang ). Saya telah mempelajari cara-cara pembinaan bahan menggunakan perisian movie maker, director, powerpoint dan lain-lain untuk membina bahan-bahan tersebut. Sampel bahan tayangan slaid ini boleh dilihat di laman sesawang www.slideshare.com/ajizam30 untuk perkongsian dengan guru- guru di seluruh negara. Di sesetengah sekolah yang mempunyai kelengkapan komputer atau televisyen di dalam kelas juga, bahan-bahan seperti ini boleh dimainkan atau ditayangkan secara serentak atau mengikut kelas-kelas untuk sesi ulang kaji, latih tubi dan sebagainya, terutama ketika guru tertentu sedang mengadakan mesyuarat dalaman atau sebagainya. Ketua kelas yang telah dilatih terlebih dahulu boleh diminta menghidupkan suis komputer dan peralatan yang diperlukan. Seterusnya, murid-murid boleh membaca, menyalin nota atau membuat latihan yang disediakan dalam bahan tayangan tersebut. Kemudian, murid-murid boleh menghantar tugasan tersebut kepada guru-guru untuk tindakan selanjutnya. 7
  • 8. Bagi sesetengah guru yang masih belum mahir menggunakan teknologi seperti ini, mereka boleh menggunakan bahan-bahan manual atau bercetak yang juga mampu menarik perhatian. Misalnya, terdapat banyak gambar, carta, dan sebagainya yang boleh dibina atau diubahsuai daripada sumber asal seperti yang terdapat di pasaran ataupun di laman sesawang tertentu. Perkara utama yang ingin ditekankan di sini adalah kepentingan penggunaan strategi, pendekatan dan juga bahan sumber dalam menghasilkan aktiviti pembelajaran yang menarik dan berimpak tinggi untuk kumpulan sasaran. iii. Program Peningkatan Akademik Sokongan sebagai Aktiviti Pengayaan atau Pemulihan dalam Kalangan Murid Cemerlang, Harapan Lulus dan Kritikal. Program-program peningkatan akademik merupakan aktiviti sokongan yang kerap dijalankan oleh pihak sekolah untuk meningkatkan prestasi murid-murid dan juga prestasi sekolah secara keseluruhannya. Banyak program yang boleh direncana dan dilaksanakan oleh guru-guru terlibat, sama ada secara individu mahupun dengan kerjasama guru-guru lain ataupun dengan pihak pentadbiran sekolah, khususnya yang melibatkan semua mata pelajaran. Bagi merancang dan melaksanakan program-program peningkatan akademik ini, pertama sekali kita perlu mengenal pasti kumpulan murid sasaran yang akan terlibat. Kumpulan murid ini akan dapat dikenal pasti melalui hasil kajian dan analisis keputusan peperiksaan yang telah dijalankan. Daripada keputusan tersebut, guru akan dapat membuat kategori 3 kumpulan utama murid-murid yang biasanya akan wujud dalam kelas-kelas sederhana. Bagi kelas-kelas seperti ini, guru boleh merangka program yang berlainan mengikut aras keupayaan murid-murid. Misalnya, bagi kumpulan harapan cemerlang, guru boleh mengadakan program latih tubi atau pengayaan yang lebih afektif, lebih banyak dan mungkin bersifat kendiri kerana mereka sudah mampu untuk melaksanakan tugasan dengan lebih baik. Bagi kumpulan sederhana pula, guru boleh menyediakan program khas untuk membantu mereka mendapat gred yang lebih baik daripada pencapaian sebelumnya atau sekurang-kurangnya gred B. Dalam usaha melaksanakan program-program peningkatan akademik ini, masalah yang paling kerap dihadapi oleh guru-guru adalah kegagalan murid-murid kumpulan kritikal untuk mencapai gred lulus setiap kali peperiksaan dijalankan. Paling membimbangkan guru-guru adalah pencapaian 8
  • 9. murid-murid berkenaan masih di bawah markah 20 peratus. Dengan kata lain, murid-murid terlibat hanya mampu mencapai gred E dalam mata pelajaran tersebut. Keadaan ini menggambarkan seolah-olah mereka tidak pernah belajar banyak kemahiran di tahap yang lebih tinggi atau mereka tidak memahami apa-apa ilmu yang diajarkan oleh guru. Oleh sebab itu, satu bentuk pendekatan secara individu murid harus dilaksanakan oleh guru untuk membimbing murid terlibat agar dapat mencapai sekurang-kurangnya gred lulus minima atau paling tidakpun mampu mendapat gred D untuk membolehkan mereka meneruskan pelajaran di tingkatan satu dan bukannya mengulang semula pelajaran di kelas-kelas peralihan dan sebagainya. Antara program yang boleh dijalankan oleh guru-guru adalah Program Kelompok Pembelajaran untuk Naikkan Gred ( KePuNG ) mengikut kelompok murid cemerlang, sederhana, halus dan kritikal. Bagi setiap kelompok, murid-murid diberikan latihan secara berfokus meliputi aspek yang masih belum dikuasai. Murid- murid dalam kumpulan cemerlang dan sederhana atau lulus yang mampu melakukan tugasan yang diberikan secara kendiri, guru boleh menyediakan latihan atau modul yang sesuai dan dijawab sendiri oleh mereka. Kemudian, guru dan murid-murid boleh berbincang tentang soalan atau latihan tersebut. Guru juga boleh meminta bantuan murid-murid tertentu yang mungkin lebih menguasai kemahiran untuk menjadi ketua atau pembimbing rakan-rakan lain dalam kumpulan tersebut. Bagi murid-murid kritikal pula, guru boleh memberikan soalan atau latihan yang terhad yang meliputi sesuatu topik yang lebih mudah dikuasai dan benar-benar dapat membantu mereka menjawab dengan betul dan memastikan mereka akan dapat menguasai kemahiran menjawab soalan tersebut. Tumpuan dan bimbingan guru terhadap kumpulan kritikal ini perlu lebih berbanding kumpulan-kumpulan lain kerana biasanya kumpulan ini hanya melibatkan murid-murid yang minima, khususnya yang menghadapi masalah membaca, memahami dan menulis. Sebagai rujukan tambahan tentang program peningkatan akademik yang telah berjaya dilaksanakan di beberapa buah negeri untuk membantu murid-murid sasaran yang boleh dijadikan panduan dan ikutan kerana telah menampakkan hasil pencapaian yang baik adalah Program HeadCount dan Program Akademik Terbilang. Program ini perlu dijalankan secara serentak sebagai saling mengait antara satu sama lain. Setelah guru membuat analisis pencapaian murid-murid 9
  • 10. melalui headcount, guru perlu merancang program intervensi yang bersesuaian dan memantau pencapaian semasa murid-murid melalui borang-borang yang terdapat dalam Program Akademik Terbilang. Tidak cukup jika guru sekadar membuat rekod yang terperinci tentang kemajuan murid-murid tanpa melakukan usaha-usaha untuk membantu dan membimbing mereka untuk mencapai prestasi yang lebih baik dari semasa ke semasa. Melalui perekodan dan pemantauan semasa ini, guru dapat menetapkan hala tuju yang harus dicapai oleh murid-murid dan seterusnya melaksanakan tindakan susulan untuk memastikan pencapaian mereka akan sentiasa meningkat dan akhirnya akan mencapai matlamat yang diingini. Kepimpinan Masa Hadapan Masa hadapan dalam bidang pelajaran merupakan suatu perkara yang tidak dapat diramalkan dengan tepat. Hal ini kerana setiap masa akan ada banyak perubahan yang berlaku selari dengan perkembangan teknologi dan persekitaran pembelajaran di sekolah atau sebagainya. Setelah berkhidmat kurang lebih 15 tahun dan telah memperoleh pelbagai ilmu dan pengalaman yang amat bermakna, saya berazam akan mengaplikasikan kesemua dapatan tersebut untuk membangun dan memajukan bidang pendidikan ini, khususnya di peringkat sekolah sendiri dan juga di peringkat kebangsaan amnya. Dalam meniti masa menuju masa hadapan, banyak cabaran dan dugaan yang perlu ditempoh. Namun, kita harus berani berusaha dan merancang masa hadapan dengan lebih bijaksana agar cita-cita murni yang direncanakan dapat dicapai dengan jayanya. Sebagai salah seorang guru dalam kumpulan pertengahan ( tidak terlalu senior dan tidak juga junior ), saya juga mempunyai iltizam untuk turut bersama-sama memberikan sumbangan jasa dan masa untuk membangunkan bidang pendidikan di negara kita. Pertama, saya berharap mahu mencipta kaedah pdp secara lebih luas dan memberi impak tinggi kepada kumpulan sasaran. Sepertimana yang telah kita maklum bahawa pihak KPM telah memulakan satu bentuk proses pdp secara maya menggunakan Program FrogVLE yang boleh diakses oleh guru dan murid-murid di mana-mana sahaja secara atas talian. Pihak kerajaan telah mengeluarkan belanja yang cukup besar untuk membangunkan prasarana yang canggih ini. Amatlah rugi jika guru-guru dan murid-murid tidak memanfaatkan sepenuhnya ilmu dan 10
  • 11. kemahiran yang terdapat dalam program ini. Program ini sangat baik untuk mempertingkat ilmu dan kemahiran murid dalam pelbagai bidang. Program seperti ini telah lama dijalankan di peringkat universiti atau sesetengah kolej, di mana aktiviti pdp boleh dilaksanakan secara atas talian untuk menggalakkan komunikasi antara pelajar dengan pelajar, pelajar dengan pengajar dan sebagainya. Menerusi beberapa aplikasi pembelajaran yang disediakan, murid atau pelajar dapat berinteraksi secara giat, terancang dan terkawal menggunakan media seperti e-mel, forum dan sebagainya. Dengan kata lain, bentuk pembelajaran yang dulunya wujud di institusi pengajian tinggi, kini telah mula dibawa dan diimplementasikan di sekolah-sekolah di bawah KPM. Saya berharap dapat turut bersama-sama membantu pihak KPM dan guru-guru dengan menyediakan pelbagai bahan ilmu untuk digunakan dalam dpd di sekolah-sekolah dan sebagai rujukan guru-guru dalam pelaksanaan tugas masing-masing. Oleh itu, saya telah menyediakan satu platform perkongsian ilmu secara maya menerusi laman sesawang www.slideshare.com/ajizam30 sebagai salah satu langkah permulaan saya ke arah pembinaan kaedah pembelajaran dan perkongsian bahan secara lebih berkualiti dan memenuhi keperluan kumpulan sasaran. Bagi menterjemah penghayatan dan pemahaman saya terhadap usaha KPM ini, saya akan turut menghasilkan bahan- bahan pdp dalam FrogVLE sekolah untuk dikongsi atau ditugaskan kepada murid- murid atau guru yang berkenaan. Oleh sebab timbul pelbagai masalah yang tidak dapat dielakkan seperti kemudahan akses internet yang agak terhad di sekolah atau di rumah serta kekangan masa untuk membina bahan tersebut kerana hanya dapat dibuat pada masa-masa tertentu di sekolah, maka saya kurang dapat menumpukan perhatian secara aktif untuk menambahkan bahan-bahan tersebut. Hal ini kerana setiap langkah untuk membina bahan mesti daripada mengakses bahan, menaip, menambah bahan sehinggalah ke peringkat untuk menyimpan, semuanya memerlukan akses internet. Ini menimbulkan sedikit kesukaran apatah lagi jika berlaku gangguan terhadap akses tersebut. Namun demikian, bagi merealisasikan harapan KPM agar guru-guru dapat menyediakan tugasan kepada murid-murid di dalam aplikasi FrogVLE ini, maka saya lebih banyak membuat hiperpautan daripada laman sesawang yang telah saya sediakan. Di laman tersebut, saya telah menyediakan banyak bahan bacaan, modul, latihan dan sebagainya menggunakan perisian powerpoint, words dan sebagainya secara manual terlebih dahulu sebelum 11
  • 12. disimpan ke dalam laman slideshare.com. Bahan-bahan ini juga telah turut diguna pakai oleh guru-guru di seluruh negara ( jika berpandukan kepada bilangan penonton yang melihat dan berkongsi pautan daripada laman tersebut ) sebagai rujukan mereka. Penggunaan bahan daripada laman ini lebih luas dan boleh diakses oleh pengguna-pengguna luar berbanding bahan yang disediakan oleh guru-guru di laman FrogVLE sekolah masing-masing. Walaupun bahan tersebut boleh dihantar kepada pihak KPM untuk dinilai sebelum dimasukkan ke dalam setor atau disimpan di ruangan cloud FrogVLE, namun oleh sebab masalah untuk membangunkan sesuatu bahan memerlukan masa dan ruang kerja yang lebih banyak, maka kerap kali usaha tersebut menjadi tertangguh. Kedua, berbekalkan segala ilmu, kemahiran dan pengalaman serta ditambah nilai dengan sedikit ilmu dalam bidang Sarjana Muda Teknologi Maklumat yang telah diperoleh dan juga bakal memperoleh ilmu dan kemahiran baharu kelak, saya berharap dapat menyumbangkan lebih banyak perkongsian ilmu dan kemahiran ke arah membina satu bentuk sistem pendidikan yang lebih maju ke hadapan dan sesuai dengan kehendak sebuah negara Malaysia yang maju pada masa hadapan. Saya juga berharap dapat menjadi salah seorang penyumbang bahan sumber pendidikan di bawah program-program Bahagian Teknologi Pendidikan ( BTP ) untuk diguna pakai di sekolah-sekolah. Oleh itu, saya mahu mengikuti lebih banyak kursus, bengkel dan pelbagai program lain yang berkaitan pembinaan bahan-bahan multimedia dan sebagainya untuk mempertingkat ilmu, kemahiran dan pengalaman dalam bidang ini. Saya berharap dapat membantu pihak KPM melahirkan anak bangsa yang mempunyai pelbagai kemahiran kelak. Sesungguhnya, benarlah kata sesetengah pihak bahawa tugas guru pada masa hadapan bukan sekadar melahirkan produk insan yang berkualiti, berdisiplin dan bersahsiah tinggi dalam bidang ilmu dan kemahiran, malah mungkin lebih luas daripada itu. Guru pada masa hadapan mungkin dapat membantu melahirkan insan yang produktif dalam menghasilkan produk yang kreatif dan inovatif untuk diketengahkan di peringkat global. Maka, guru-guru perlu mempersiapkan diri agar dapat melaksanakan tanggungjawab tersebut dengan lebih mapan dan berkesan. Rumusan Kesimpulannya, sebagai guru yang komited untuk membantu membangunkan potensi diri murid, kita wajarlah melakukan banyak usaha yang berkesan. Dalam 12
  • 13. alaf baharu yang lebih mencabar dari pelbagai aspek ini, kita perlu bersama-sama memberikan sumbangan untuk melahirkan warga negara yang berjaya pada masa hadapan. Kadang kala, kita perlu melihat dengan lebih mendalam potensi yang ada pada diri murid agar kita dapat membantu menentukan hala tuju masa hadapan mereka. Kalau kita prihatin dengan murid-murid, cubalah luangkan sedikit masa untuk benar-benar melihat ke dalam anak mata murid kita. Perhatikan betul-betul apakah yang mereka harapkan daripada kita. Walaupun berlaku banyak konflik dalaman mahupun luaran antara kita dengan persekitaran sehingga menyebabkan tanggungjawab sebenar kita terhadap anak murid kita sedikit terabai atau mungkin terasa tidak mampu untuk kita laksanakan, namun berserahlah dan memohonlah petunjuk dan bimbingan daripada Allah S.W.T agar kita sentiasa kuat dan mampu melaksanakan amanah yang dipikulkan ke atas kita dengan rasa rela, redha dan penuh istiqamah. Semoga kita akan berjaya menghadapi pelbagai kekangan dan cabaran termasuk emosi, gejala sosial dan sebagainya yang mungkin berpunca daripada diri kita dan persekitaran lainnya yang kerapkali berlaku pada dasawarsa ini. Benarlah kata Tan Sri S. M. Salim dalam lirik lagunya, “ Dulu lain, sekarang lain ”. Setiap generasi ada cabaran masing-masing. Cabaran kini amat berlainan dengan cabaran masa kita sebagai pelajar dahulu. Apa yang penting, kita sebagai guru alaf baharu harus lebih prihatin dan lebih ke hadapan untuk berfikir dan bertindak secara kreatif, kritis dan inovatif berserta dengan pelbagai ilmu helah bela diri dan psikologi yang telahpun kita pelajari. Keberanian kita dalam membuat perubahan pasti akan membuahkan hasil yang akan membanggakan negara, In Sha Allah. 13