Se ha denunciado esta presentación.
Utilizamos tu perfil de LinkedIn y tus datos de actividad para personalizar los anuncios y mostrarte publicidad más relevante. Puedes cambiar tus preferencias de publicidad en cualquier momento.

Lngkran soaln

  • Inicia sesión para ver los comentarios

  • Sé el primero en recomendar esto

Lngkran soaln

  1. 1. LINGKARAN SOALAN NURUL SYAZWANIE BINTI SUHAIMI NUR ATIKAH BINTI YAHYA GRACE EMMANULLE A/P RAMESWAREN
  2. 2. TEKNIK PENGAJARAN KEMAHIRAN MEMBACA(BIMBINGAN MENJANGKA)
  3. 3. Berupaya memantapkanpenguasaan kemahiran membaca dalam diri murid-murid.
  4. 4. Bimbingan menjangka adalah bimbingan yang diberi oleh guru khususnya untuk membantu murid membaca dan memahami.Hj Ismail Hj. Zakaria, Salmah Othman, Elly Chong, 1992:86), mengistilahkan bimbingan menjangka sebagai aktiviti membaca terarah.
  5. 5. Aktiviti bimbingan menjangka digunakan untuk membimbing murid membaca dan memahami petikan, rencana dan karya sastera.Aktiviti ini juga sesuai untuk mengajar bacaan dan kefahaman kepada kumpulan kecil atau keseluruhan kelas.
  6. 6. Terdapat lima langkah yangperlu diikuti oleh guru danmurid ketika menjalankanaktiviti bimbingan membaca.
  7. 7. LANGKAH 1
  8. 8. Guru perlu melakukan tinjauan terhadap pengetahuan dan pengalaman sedia ada muridberkaitan petikan yang akan dibaca. Sekiranya pengetahuan dan pengalaman murid kurang mencukupi maka, guru perlumenjalankan beberapa aktiviti awal
  9. 9. (i) membaca petikan sepintas lalu(ii) menyampaikan isi utama petikan kepadamurid, (iii) menyenaraikan perkataan dan konsepbaharu dan menghuraikan maknanya dan (iv) menggunakan gambar, foto, tayanganslaid atau filem sebagai pengukuhanpengetahuan dan pengalaman murid tentangisi petikan.
  10. 10. LANGKAH 2
  11. 11. Sebelum pembacaan yang sebenarnya dijalankan, guru menjelaskan kepada murid tentang tujuan pembacaan itu. Penyataan tujuan pembacaandapat ditunjukkan melalui empat aktiviti
  12. 12. (i) mendapatkan isi-isi utama petikan,(ii) memberi makna perkataan tertentu mengikut konteks(iii) mengemukakan pendapat tentang kesesuaian tajuk dan(iv) menghuraikan gerak balas afektif terhadap petikan.
  13. 13. LANGKAH 3
  14. 14. Guru menentukan had masa untuk murid membaca petikan khususnya berdasarkan pembacaan senyap. Pembacaan kuat pula dijalankan hanya untuk interpretasi terhadap sesuatu persoalan atau penghayatan keindahan bahasa dalam petikan. Teknik pengajaran bacaan kuat tidak digalakkan untuk pengajaran dan pembelajaran dalam peringkat ini.
  15. 15. LANGKAH 4
  16. 16. Perbincangan isi petikan dijalankan secara bersoal jawab seperti yang dijalankan ketika aktiviti mengenal pasti tujuan pembacaan. Perbincangan juga boleh dijalankan berdasarkanpengalaman baharu yang dialami oleh murid.
  17. 17. Perbincangan boleh dijalankan di peringkat kelas dan dijalankan oleh guru dengan melibatkan murid secara aktif. Guru boleh berperanan sebagai penasihat dan pemudah cara jika perbincangan dijalankan dalam kumpulan kecil.
  18. 18. LANGKAH 5
  19. 19. Langkah ini merupakan aktiviti pengayaan yang boleh dijalankanberdasarkan aktiviti dalam keempat- empat langkah sebelum ini. Aktiviti pengayaan boleh dijalankan dalam kelas atau sebagai kerja rumah berdasarkan tiga kaedah, iaitu
  20. 20. (i) melakukan ilustrasi peristiwa dalam petikan,(ii) menulis cerita berdasarkan tema yang sama dan(iii) melakukan bacaan luas tentang tajuk yang dibaca.
  21. 21. PENDEKATAN
  22. 22. Lingkaran soalan yang digunakan oleh guru ketika pengajaran dan pembelajaran kemahiran membaca sewajarnya dijalankan berdasarkan pendekatan yang sesuai.
  23. 23. Raminah Hj Sabran dan Rahim Syam (187:160) telah mencadangkan empat pendekatan yang sesuai dijalankan dalam KBSR yang diistilahkan sebagai pendekatan A, B,C dan D.
  24. 24. Setiap pendekatan ini mempunyai lingkaran soalan yang boleh digunakan oleh guru ketika pengajaran dan pembelajaran kemahiran membaca.
  25. 25. PENDEKATAN A
  26. 26. Guru menunjukkan gambar dan meminta murid menamakannya, berbual tentang gambar dan menyerapkan isi pengetahuan daripada mata pelajaran lain. Guru seterusnya menunjukkan kad perkataan dan meminta murid menyebutnya.
  27. 27.  Murid diminta melekatkan kad perkataan pada gambar dan menyebutnya. Setelah guru mengenepikan kad gambar, murid diminta pula membaca kad perkataan.
  28. 28. Guru turut menunjukkan kad-kad suku kata satu persatu untuk perkataan tadi misalnya, suku kata ba + ju. Akhirnya, guru membahagikan suku kata tadi pada huruf dengan menggunakan kad lain lalu meminta murid-murid membunyikan huruf-huruf itu, iaitu a (a), b (beh), u (u), j (jeh) = ba (ba) + ju (ju) = baju.
  29. 29. PENDEKATAN B
  30. 30.  Peringkat permulaan -duahuruf sahaja diperkenalkan kepada murid-murid Contoh : huruf m dan s.
  31. 31.  Tujuan pengenalan kedua-dua huruf ini - untuk menarik minat murid di samping memastikanmereka memahami konsep bunyi huruf.
  32. 32. Guru seterusnyamenunjukkan kad huruf m dan s  membunyikan kedua-duanya  murid mengikut sebutan guru.
  33. 33. Guru berulang kali menunjukkan kad huruf dan membunyikannya hingga murid dapat menyebutnya dengan betul.Guru seterusnya meminta beberapa orang murid membaca bunyi huruf- huruf tersebut secara kumpulan dan individu contohnya, mu….ka, sa…ya.
  34. 34. PENDEKATAN C
  35. 35. Melaluipendekatan ini, terdapat lapan langkah pelajaran yang berbeza.(Raminah Sabran dan Rahim Syam (1987:169-172)Sehubungan itu, lingkaran soalan yang boleh digunakan oleh guru adalah berdasarkan kelapan-lapan langkah pelajaran tersebut.
  36. 36. PELAJARAN 1 ATAU 2
  37. 37.  Guru memulakan dengan memperkenalkan bunyi dua atau tiga huruf vokal, a, i, u . Kad imbasan digunakan untuk meminta murid membunyikan huruf tersebut beberapa kali secara berselang seli.
  38. 38.  Guru memperkenalkan bunyi satu huruf konsonan misalnya, k.Murid diminta menggabungkan bunyi konsonan dengan bunyi vokal supaya menjadi suku kata contohnya, ka ki ku.
  39. 39. Murid-murid diminta lagi untuk berlatih menyebutnya sebelum diminta mencantumkan suku kata tersebut untuk menjadi beberapa perkataan yang bermakna contohnya, ka+ki = kaki dan ku+ku = kuku.
  40. 40. Murid-murid diminta menyebut perkataan tersebut berulang kali dan menggabungkannya menjadi frasa atau ayat yang bermakna contohnya, kuku kaki ku
  41. 41. PELAJARAN 3
  42. 42. Guru mengulang pelajaran lalu tentang bunyi huruf vokal a, i, u. Guru memperkenalkan pula satu atau dua lagi bunyi konsonan, iaitu b dan s. Guru meminta murid-murid melakukan latih tubi menyebut kedua- dua bunyi tersebut dengan menggunakan kad imbasan.
  43. 43. Murid-murid diminta mencantumkan bunyi huruf b dan s dengan huruf- huruf vokal a, i dan u agar menjadi bunyi ba, bi, bu, sa, si dan su.Latih tubi dilakukan lagi sebelum murid-murid diminta mencantumkan suku kata tersebut menjadi perkataan misalnya, ba+ba = baba, bu+bu = bubu.
  44. 44. Guru membina beberapa ayat dan meminta murid membacanya contohnya, ibu baba. Akhirnya, guru meminta murid membina perkataan dan ayat-ayat lain serta membacanya.
  45. 45. PELAJARAN 4
  46. 46. Guru boleh menggunakan huruf-huruf dan suku kata dalam pelajaran 1, 2 dan 3 untuk membina pelbagai perkataan dan ayat untuk meminta murid membacanya.
  47. 47.  Seterusnya, guru memintamurid mencantum suku katacontohnya, ka, ki, ku, ba, bi, bu menjadi beberapa perkataandan meminta muridmembacanya.
  48. 48. Guru turut membina beberapa ayat misalnya, Abu buka buku untuk murid- murid membaca.Guru turut menggantikan perkataan Abu dengan perkataan lain misanya, baba atau ibu sebagai latih tubi murid.Guru seterusnya meminta murid membaca ayat contohnya, ibu baba buka buku baba.
  49. 49. PELAJARAN 5
  50. 50. Guru memperkenalkan kepada murid-murid bunyi dua atau tiga konsonan lain misalnya, t, m dan d.Guru meminta murid membina suku kata misalnya, ta, ti, tu.
  51. 51. Seterusnya, guru meminta murid membina perkataan misalnya, dada, muda, uda dan membacanya. Akhirnya, guru meminta murid membina frasa dan ayat daripada perkataan berikut misalnya,(i) mata mila(ii) Mata Mila mata biru.
  52. 52. PELAJARAN 6
  53. 53. Guru meminta murid membina perkataan suku kata tertutup misalnya, du+duk = duduk, lalu membacanya.Murid-murid seterusnya diminta membaca ayat-ayat lain dan cerita berkaitan misalnya, muka budak itu masam, budak itu sakit kaki, ubat sakit kaki tidak ada.
  54. 54. PELAJARAN 7
  55. 55. Guru memperkenalkan bunyi tigakonsonan lagi misalnya, r, p, n.Guru dan murid mencantumkanbunyi-bunyi konsonan ini denganbunyi-bunyi vokal, a, i, u.
  56. 56. Guru meminta murid membina perkataan dan ayat-ayat baharu berdasarkan suku kata dan perkataan yang telah dipelajari dalam pelajaran ini dan pelajaran sebelumnya serta berlatih membacanya.
  57. 57. PELAJARAN 8
  58. 58.  Guru memperkenalkan bunyi vokal- vokal lain, iaitu o, e (pepet),e (taling). Guru meminta murid membina suku kata berdasarkan huruf vokal o misalnya, bo + tak = botak. Guru seterusnya membina suku kata dengan vokal e pepet dan e taling untuk membezakannya misalnya, emak dan esok.
  59. 59. Guru meminta murid membaca beberapa frasa atau ayat misalnya,(i) Kotak besar(ii) kotak besar itu diatas meja.
  60. 60. Guru seterusnya meminta murid mencantum suku kata untuk menjadi perkataan atau ayat yang bermakna dengan menulisnya di papan putih dan murid membacanya.
  61. 61. Akhirnya, guru ejaan misalnya, memperkenalkan lebih banyak huruf ng = bising konsonan misalnya, l, g, h, f, j, nga = bunga c, y, z, w, q dan x sy (sya) = syarat serta gh (gha) = ghaib memperkenalkan ny = nyanyi. bunyi gabungan lambing huruf dalam
  62. 62. PENDEKATAN D
  63. 63. Melalui pendekatan ini, guru menunjukkan gambar dan meminta murid menamakan serta berbual tentang gambar tersebut. Guru memperkenalkan nama huruf- huruf tunggal misalnya, b, a, j, u dan meminta murid menyebutnya.
  64. 64. Guru meminta murid mencantum huruf b dengan huruf a dan menyebutnya serta huruf j dan huruf u dan membunyikannya. Seterusnya guru meminta murid mencantumkan kedua-dua suku kata dan menyebut perkataan, iaitu baju.
  65. 65. Guru menunjukkan pula kad perkataan baju dan meminta murid menyebutnya. Guru mengulang untuk perkataan lain.Akhirnya, guru menunjuk gambar dan perkataan yang telah dipelajari lalu bertanya, “Ini apa? kepada murid- murid

×