SlideShare una empresa de Scribd logo
1 de 60
Descargar para leer sin conexión
7.0   LAPORAN PENGURUS PENGELUARAN


7.1   Profil Pengurus Pengeluaran


                                                      CIK NURULHUDA BINTI HASHIM
                                           Pengurus Pengeluaran bermula 4 Februari 2010


                         Cik Nurulhuda binti Hashim, warganegara Malaysia, berumur 16
                        tahun, telah dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah pada 4
                        Februari 2010 dan ialah Pengurus Pengeluaran I`ExCeL Sdn Bhd.
                            bermula dari 4 Februari hingga 31 Oktober 2010.Pada masa
                            ini   beliau    memegang       jawatan      sebagai      Pengurus
                            Pengeluaran.
                           Sebelum ini beliau menjawat sebagai Pengawas Pusat
                           Sumber Sekolah sejak 2007 dan memegang jawatan sebagai
                          penolong    ketua    biro   akses      dan   dokumentasi.     Diberi
                           kepercayaan selaku Ketua Asrama pada tahun 2008. Beliau
                            telah dilantik sebagai Pengawas Sekolah dan memegang
                            jawatan sebagai setiausaha biro Protokol. Pada mulanya
                             mendapat      jawatan    selaku     Penolong    Ketua    Asrama
                             Terbilang dan akhirnya mendapat jawatan sebagai Ketua
                             Asrama Terbilang sehingga pada tahun 2009.


                             Beliau   mengembangkan            penglibatan   dalam     bidang
                             perniagaan apabila telah dipilih untuk mengikuti lawatan
                             sosial ke Jepun dalam program Japanese Exchange
                             Network for Youth and Students (Jenesys).            Beliau telah
diberi pendedahan mengenai dunia keusahawanan yang telah berkembang pesat di negara
Jepun. Di sana,beliau telah didedahkan mengenai perniagaan pinggan yang berkembang
maju. Selain itu,beliau telah mengadakan lawatan bersama ahli-ahli lembaga syarikat ke
Mariwasa di Kuala Kangsar yang mendedahkan mereka mengenai pembuatan pinggan dan
hiasan yang berunsurkan pelbagai motif alam. Beliau juga telah menubuhkan kumpulan
penyelidikan dan pembangunan (R&D) dalam pembuatan pinggan yang berunsurkan mesra
alam. Beliau telah berjaya merangkul beberapa kejayaan di sepanjang kerjayanya. Beliau
telah berjaya mendapat johan pertandingan bola keranjang sejak tahun 2007 hingga tahun
2010 dan berjaya melayakkan diri hingga ke peringkat kebangsaan.        Beliau juga telah
menyertai pertandingan Olympiad Mathematics dan memperoleh sehingga gred 7.             Di
samping itu,beliau telah mendapat anugerah tokoh nilam peringkat sekolah dan johan Nilam
peringkat daerah pada tahun 2009. Beliau telah menyertai Pertandingan Catur Bestari
peringkat negeri Perak dan berjaya melayakkan diri ke Pertandingan Catur Bestari Peringkat
Kebangsaan pada tahun 2010.
SIJIL DAN PENGHARGAAN YANG DIPEROLEHI




          Sijil Penyertaan Kursus Kecemerlangan Ahli Lembaga Pengarah
      Sijil Penyertaan Kursus Penyediaan Laporan dan Pembentangan Syarikat




                Sijil Kepimpinan sebagai Pengawas Pusat Sumber
Sijil Penyertaan Program Keusahawanan




Sijil Kokurikulum dan Program Pengantarabangsaan
7.2    Semanis Bicara dari Pengurus Pengeluaran




       Bersyukur   ke   hadrat   Illahi   kerana   dengan   izinnya   dapat   saya   memikul
tanggungjawab selaku Pengurus Pengeluaran Syarikat I`ExCeL Sdn. Bhd.


       Sepanjang syarikat mula beroperasi pada 4 Februari 2010 dan berakhir pada 30
Oktober 2010. Saya telah menjalankan amanah yang telah diberikan dengan sebaiknya.
Saya tidak akan dapat menjalankan tanggungjawab saya tanpa bantuan 4 orang Ahli
Lembaga Pengarah syarikat yang lain yang berdiri teguh di belakang.


       Tanggungjawab saya yang paling penting adalah dalam memastikan perkhidmatan
yang syarikat I`ExCeL jalankan berjaya mencapai gerak kerja yang telah ditetapkan. Saya
menetapkan pembahagian tugas semua ahli syarikat dan perlu memastikan semua ahli
menjalankan tugas masing-masing.


       Saya juga merupakan penggerak kepada pengeluaran produk kreatif. Setiap syarikat
mempunyai impian dan sasaran untuk menghasilkan produk kreatif yang dapat menarik
minat pelanggan mahupun pengguna. Saya telah bermusyawwarah bersama semua ahli
syarikat dalam penghasilan produk kreatif ini. Syarikat I`ExCeL Sdn Bhd. telah berjaya
menghasilkan produk kreatif yang diberi nama `Green Plate Technology’.


       Selain itu, tidak dilupakan, jasa-jasa guru Pengelola Encik Mohd Saharizal B Mohd
Baharuddin dalam memberikan tunjuk ajar serta bimbingan kepada Ahli Lembaga Pengarah
terutamanya dalam menguruskan syarikat. Tanpa kata-kata semangat dan bimbingan
daripada beliau, sudah pasti syarikat ini tidak akan kukuh seperti yang dilihat hari ini. Terima
kasih cikgu.


       Akhir pemanis kata, keusahawanan perlu dipupuk dari peringkat awal supaya negara
tidak akan ketandusan dalam melahirkan usahawan-usahawan yang berjaya menerobos
dunia perniagaan sehingga ke pasaran antarabangsa. Saya berpegang kepada persepsi
perniagaan Khalifah Umar Al-Khattab yang mengatakan;



”Tempat yang paling aku suka sekali menemui ajalku selain daripada di medan jihad
ialah di tempat di mana aku sedang berurusniaga mencari rezeki untuk menyara
keluargaku’.



Sekian,terima kasih.




…………………………………..
(NURULHUDA BT HASHIM)
Pengurus Penngeluaran,
Syarikat I’ExCeL Sdn. Bhd.
7.3   TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB



      Pengurus Pengeluaran memikul tanggungjawab dan tugas yang mencabar dalam
memastikan kelancaran dalam urusan perniagaan syarikat. Definisi pengeluaran boleh
ditakrifkan dalam usaha mengeluarkan produk mahupun perkhidmatan yang mampu
memenuhi keperluan,kehendak seiring dengan keperluan semasa. Persaingan di kalangan
syarikat pengeluaran merupakan cabaran terbesar untuk memastikan produk pilihan adalah
produk bermutu dan berkualiti tinggi. Oleh itu, Pengurus Pengeluaran perlu mempunyai
sikap kreatif, kritis dan inovatif untuk mencipta produk dan menyelesaikan masalah
pengguna. Antara tugas dan tanggungjawab Pengurus Pengeluaran adalah:


        MELANTIK SEKRETRIAT DALAM JABATAN PENGELUARAN
        Pengurus Pengeluaran membahagikan sekretriat kepada empat bidang iaitu
        1) Ekstratif
        Sekretriat ditugaskan mencari bahan dan sumber yang digunakan untuk produk
        kreatif yang bakal dihasilkan.
        2) Perkilangan
        Terdapat beberapa orang sekretriat ditugaskan untuk menghasilkan produk kreatif
        agar menjadi produk yang inovatif dan bermanfaat.
        3) Perkhidmatan
        Pengurus Pengeluaran melakukan soal selidik dan mengadakan perkhidmatan
        bersama-sama sekretriat .
        4) Pembinaan
        Proses pembinaan produk kreatif dilakukan dengan teliti dan berhati-hati agar
        menghasilkan produk yang bermutu dan berkualiti.


        MENGHASILKAN PRODUK KREATIF
        Pengurus Pengeluaran mengadakan perbincangan bersama ahli lembaga syarikat
        yang lain. Masing-masing memberi pendapat dan idea mengenai penghasilan
        produk kreatif. Satu kata sepakat dicapai antara ahli dan pelaksanaan produk
        kreatif akan dijalankan bagi memenuhi keperluan semasa.
MERANCANG STRATEGI PERKHIDMATAN SYARIKAT
Pengurus Pengeluaran perlu memikirkan strategi perkhidmatan yang terbaik bagi
menarik minat pelanggan mahupun pengguna. Perkhidmatan yang terbaik akan
memberi kepuasan kepada pelanggan dan akan menghasilkan keuntungan yang
optima.


MENINJAU PANDANGAN PELANGGAN UNTUK PEMILIHAN PRODUK
Pengurus   Pengeluaran   mengadakan    borang   soal   selidik untuk   meninjau
pandangan pelanggan dalam pemilihan produk. Jadi produk yang dihasilkan akan
memberi manfaat yang berterusan dan akan menjadi produk yang akan digunakan
hingga ke generasi yang seterusnya.
7.4    Penilaian Prestasi Syarikat


PENETAPAN KEY PERFORMANCE INDEX (KPI)
       Sebagai seorang Pengurus Pengeluaran yang mempunyai wawasan dan matlamat
sendiri, beliau sentiasa menetapkan halatuju syarikat dan sasaran yang perlu dicapai di
akhir operasi syarikat. Melalui nasihat yang diberikan guru pengelola, beliau telah
menetapkan sasaran tertentu dalam Key Performance Index (KPI) seorang Pengurus
Pengeluaran syarikat sebagai Petunjuk Prestasi Utama yang perlu dicapai. Berikut adalah
KPI yang ditetapkan hasil perbincangan dengan guru pengelola.
KPI selaku Pengurus Pengeluaran
               - Melaksanakan Program Penyelidikan dan Inovasi Produk Kreatif
               - Menghasilkan produk kreatif yang berkualiti dan diiktiraf
               - Melaksanakan projek jualan dan perkhidmatan
               - Mengklasifikasikan projek perkhidmatan yang terbaik


KEBERHASILAN KEY PERFORMANCE INDEX (KPI)
Melalui pengambilan salah satu prinsip umum yang yang diterapkan guru pengelola iaitu
“Cekal menghadapi masalah dan kesulitan (Preserverance in the face of adversity)”,
beliau telah berjaya melaksanakan segala tugas seorang Pengurus Pengeluaran. Berikut
merupakan rajah matlamat beserta keputusan Key Performance Index (KPI).


   MATLAMAT            KEPUTUSAN                                CATATAN
Melaksanakan              Tercapai         Pembiayaan 3 orang pelajar untuk menjalankan
Program                                    penyelidikan dan mendapatkan khidmat nasihat dan
Penyelidikan dan                           tunjuk ajar dari segi kepakaran dan peralatan
Inovasi Produk                                Prof. Dr. Hanafi Ismail,
Kreatif                                        Universiti Sains Malaysia, Penang.
                                              Prof. Dr. Hj Mohd Basyaruddin Bin Abdul Rahman,
                                               Institut Genom Malaysia
Menghasilkan              Tercapai         Penghasilan produk kreatif iaitu Green Plate
produk kreatif yang                        Technology yang telah berjaya memenangi
berkualiti dan                             beberapa pertandingan.
diiktiraf
Melaksanakan              Tercapai         8 projek Jualan dan Perkhidmatan telah terlaksana
projek jualan dan                          sepanjang tempoh operasi
perkhidmatan
Mengklasifikasikan        Tercapai         Perkhidmatan     I’ExCeL      Sports       merupakan
projek perkhidmatan                        perkhidmatan terbaik Syarikat
yang terbaik
7.5      ORGANISASI JABATAN PENGELUARAN


                 CARTA ORGANISASI JABATAN PENGELUARAN
                        SYARIKAT I`ExCeL SDN. BHD.



                                KETUA JABATAN
                           NURULHUDA BINTI HASHIM


                             MUNIFAH BT. ABD AZIZ


        BAHAGIAN TEMPAHAN                       BAHAGIAN PENGHANTARAN
      AMMAR FAIDHI BIN AZAHAR                NORZAININ ASYIKIN BT ZAINAL ABIDIN




                           BAHAGIAN PEMROSESAN
                         KHAIRAN SYAMIL BIN ZOLKEPLI




          BAHAGIAN PROMOSI                          BAHAGIAN JUALAN
  NURUL HIDAYATUL ADHA BINTI TAJRI                  ROZETA BINTI ASBULAH
7.6    PERANCANGAN DAN PROSES PENGELUARAN

       Sebelum sesuatu projek dilakukan,langkah pertama yang perlu diambil adalah satu
perancangan yang sistematik dan teratur antara Ahli Lembaga Pengarah bersama-sama ahli
syarikat bergabung tenaga menjana dan mengumpul idea-idea yang menarik. Pelaksanaan
perkhidmatan dan projek dilakukan bersama-sama dengan menetapkan keuntungan dan
meletakkan tanda aras untuk mencapai sasaran yang telah ditetapkan dan seterusnya
memberikan keuntungan yang maksima sepanjang penubuhan syarikat pada tahun 2010.
       Langkah-langkah Proses Penyediaan Perkhidmatan yang dilaksanakan oleh syarikat
I`EXCEL adalah seperti yang tertera dalam carta di bawah.

                                  Mengedar maklumat



                          Menerima/mengesahkan penyertaan



                               Pelaksanaan Aktiviti / Projek



                                        Kawalan


              Kos                                                  Perancangan
                                          Kualiti



                          Penghasilan Produk dan Perkhidmatan

       Carta aliran operasi di atas menunjukkan secara kasar mengenai peranan yang
dipikul oleh semua ahli syarikat dalam menghasilkan projek yang telah ditetapkan. Melalui
carta tersebut semua ahli syarikat akan mendapat gambaran yang jelas mengenai projek
yang ingin dilakukan. Carta ini akan memberi panduan kepada ahli syarikat untuk
menjalankan perkhidmatan dan produk agar dapat berjalan dengan baik.
       Pengeluaran projek yang teratur dengan kos minimum serta perbincangan-
perbincangan pemasaran yang berkesan dapat meringankan beban aktiviti pengeluaran.
Projek-projek yang dijalankan memakan belanja yang sedikit tinggi. Namun dengan adanya
bantuan daripada pihak-pihak yang turut memberikan sokongan,kos pengeluaran projek
dapat diminimakan tetapi mutu penghasilan projek berada di tahap yang optima.
         Cara pembahagian tugas dijalankan dengan adil dan saksama. Tujuannya adalah
memberi peluang kepada semua ahli untuk merasa tanggungjawab yang mencabar dan
berlainan dalam setiap projek yang dijalankan. Secara tidak langsung,akan dapat
meningkatkan produktiviti dalam pengeluaran projek tersebut. Semua ahli akan merasa
kepuasan apabila projek yang dihasilkan berjaya mencapai keuntungan yang maksima.


SKOP PENGELUARAN

         Sebagai seorang Pengurus Pengeluaran saya akan membentangkan keseluruhan
projek yang terlibat dalam pengeluaran. Reka cipta didefinisikan sebagai suatu penghasilan
produk yang kreatif ataupun pengubahsuaian sesuatu produk yang sedia ada menjadi yang
lebih baik dan bermutu. Terciptanya sesuatu produk itu bermula daripada tercetusnya
idea,proses pembelian bahan mentah, menetapkan alatan, proses dan inventori sesuatu
projek sehinggalah projek berjaya dihasilkan. Segala butiran akan dibentangkan dalam
bentuk carta, jadual atau graf bagi memudahkan penerangan kepada semua pihak.
         Projek-projek pengeluaran dibincangkan berdasarkan projek supaya segala
maklumat dan hal-hal yang berkaitan dapat dijelaskan dengan lebih terperinci dan teliti.
Terdapat 8 projek yang telah syarikat kendalikan bersama-sama ahli Syarikat I`ExCeL Sdn
Bhd. Syarikat lebih mengutamakan perkhidmatan dalam syarikat. Sebanyak 3 perkhidmatan
telah Syarikat jalankan dan selebihnya jualan dan aktiviti lain. Projek perkhidmatan lebih
banyak memberi keuntungan dan memberi nilai yang tinggi kepada syarikat.

  Skop pengeluaran Syarikat I`EXCEL Sdn. Bhd.meliputi:
     o     Cetusan idea
     o     Kegunaan dan Kepentingan Produk/Projek
     o     Pembentukan dan pengujian Produk
     o     Keunikan dan Keistimewaan Produk/Projek
     o     Proses pengeluaran
     o     Inventori dan kawalan kos
     o     Keuntungan

         Skop-skop pengeluaran ini akan diperincikan bagi setiap projek dan perkhidmatan
yang dilakukan bagi memberikan mutu pengeluaran dan pengoperasian yang mantap dan
efisien. Seterusnya dapat memberi kepuasan kepada pelanggan yang mendapatkan
perkhidmatan mahupun membeli produk-produk yang dihasilkan oleh Syarikat. Setiap ahli
syarikat dilatih dan diberi taklimat oleh Pengurus Pengeluaran agar segala prosedur produk
penghasilan dipatuhi.


CARTA ALIRAN PROSES PENGELUARAN



                                          Cetusan Idea



                                      Perancangan Projek



                                     Memohon Kelulusan Ahli
                                       Lembaga Pengarah




            Diluluskan                                       Tidak Diluluskan



            Proses Pengeluaran                             Modifikasi Perancangan



                 Sumber input
                 Inventori
                 Prosedur keluaran
                 Kawalan kos                                    Produk dijual
                 Keunikan projek/produk
                 Pembungkusan
                 Barang siap



RAKAN NIAGA DAN KERJASAMA

Syarikat I`EXCEL juga sering mengadakan kerjasama bersama-sama syarikat luar lain yang
banyak memberi sokongan terutama daripada segi bahan mentah dan perkongsian ilmu
keusahawanan yang banyak memberi manfaat.
Perniagaan dalam sesebuah syarikat tidak akan sepenuhnya berjaya tanpa adanya
usahasama daripada rakan-rakan niaga yang terlibat secara langsung mahupun tidak
langsung. Dengan adanya kerjasama seperti ini,syarikat akan berjaya mencapai keuntungan
yang lebih maksima daripada apa yang disasarkan. Pihak rakan niaga yang memberi
pertolongan merupakan nadi kepada sesebuah syarikat. Sehubungan dengan itu, Syarikat
I`ExCeL Sdn.Bhd.. menjalinkan hubungan perniagaan dengan beberapa agensi rakan niaga
bagi mencapai sasaran jualan yang telah ditetapkan.


       Boon Beng Sdn Bhd.
       Dirt-Tee Sdn Bhd.
       Best One Frozen Product Enterprise
       Seven Eleven
       Nestle Sdn Bhd.
       City Fruits and Vegetables Supplier Sdn Bhd.
       Nilai Sports Sdn Bhd.
       Koperasi Sekolah Menengah Sains Raja Tun Azlan Shah Sdn Bhd.
       Yui Hong Trading Sdn. Bhd


Agensi rakan niaga inilah yang banyak membantu dalam pengeluaran syarikat yang lebih
optimistik. Namun peranan ahli lembaga syarikat yang bersama-sama membantu dalam
proses mendapatkan barangan mentah dan barangan siap juga amat berguna bagi
menjamin perkhidmatan dan pengeluaran produk yang terbaik.
7.7    LAPORAN PENGELUARAN SYARIKAT

Terdapat beberapa jenis pengeluaran yang Syarikat adakan sepanjang penubuhan syarikat
selama 9 bulan beroperasi. Jenis barang-barang yang Syarikat ingin keluarkan telah
dibincangkan semasa mesyuarat bulanan yang dijalankan bersama-sama ahli lembaga
syarikat yang lain. Jenis penjualan syarikat adalah dari segi jualan barang-barang dan tidak
ketinggalan Syarikat juga menyediakan perkhidmatan Syarikat I`ExCeL telah menyediakan
lima jualan dan mempunyai tiga perkhidmatan. Syarikat juga telah menggunakan daya
inovasi dan perbincangan bersama-sama ahli lembaga dengan menghasilkan satu produk
kreatif.Antara jenis-jenis pengeluaran adalah

Produk-produk keluaran Syarikat I’ExCeL Sdn Bhd

                             I’ExCeL Ex _Design
                             Jualan Hari Sukan Seratas
                             Seratas`Hostel Open Day
                             Jualan Hari Kebudayaan Islam
                             Delicious Pizza And Cake
                             Jualan I`ExCeL

Perkhidmatan Syarikat I`ExCeL Sdn Bhd


                             I`ExCeL IQ Challenges

                             I`ExCeL Sports

                             I`ExCeL Access
I`ExCeL Ex_Design

Syarikat I`ExCeL Sdn Bhd telah mengadakan jualan T-shirt kepada para pelajar dan juga
orang awam. Idea jualan ini dicetuskan oleh Pengurus Besar ,Danial bin Tarmizi. Beliau
berpendapat bahawa para pelajar SM Sains Raja Tun Azlan Shah gemar memakai baju
atau T-Shirt rekaan corak sekolah dalam aktiviti-aktiviti anjuran sekolah.
       Penjualan I’ExCeL Ex_Design ini tidak hanya berfokuskan kepada baju aktiviti
anjuran sekolah sahaja,Syarikat juga menerima tempahan daripada pasukan permainan
yang mewakili sekolah seperti pasukan bola keranjang dan pasukan rugby. Selain itu,
I’ExCeL Ex_Design turut menawarkan perkhidmatan kepada mana-mana individu yang ingin
merekabentuk baju untuk tempahan ahli kelas ataupun badan organisasi.
       Syarikat yang bekerjasama untuk mengendalikan percetakan I’ExCeL Ex_Design ini
adalah Boom Beng Sdn Bhd, Yui Hong Trading Sdn. Bhd. dan Pusat Sukan Nilai Sdn. Bhd.
Syarikat I`ExCeL Sdn Bhd mempunyai ahli yang berkebolehan untuk merekabentuk corak
(design) bagi t-shirt yang ditempah daripada pembeli.            Bahagian pemasaran akan
berbincang dan berunding terlebih dahulu dalam menawarkan harga setiap produk supaya
pembeli akan berasa puas hati untuk menerima produk yang berkualiti dan harga
berpatutan. Syarikat akan mendapat keuntungan yang berpatutan. Harga kos setiap produk
diambil kira daripada harga yang ditawarkan dari syarikat yang bekerjasama. Penentuan
harga jualan produk dibuat dengan memastikan setiap unit menerima keuntungan sehingga
20% setiap unit. Bahagian pemasaran akan mengeluarkan sebut harga bagi tempahan yang
diminta .
       Pembungkusan produk dibuat mengikut saiz produk dan bilangan produk yang
ditempah. Setiap unit produk disemak dan dibungkus sebelum diikat mengikut saiz.
Tempahan yang siap dibungkus akan disimpan dikiosk sebelum pembeli memeriksa semula
dan mengesahkan bilangan produk mengikut tempahan. Bagi pembeli yang menempah dan
memerlukan penghantaran melalui pos, pembungkusan menggunakan kotak dibuat dan kos
bayaran penghantaran dikenakan mengikut kadar penghantaran pos tempatan. Berikut
menunjukkan carta aliran bagi penghasilan produk I’ExCeL Ex_Design.
Carta Alir Pengeluaran I`ExCeL Ex_Design


                               PENJANAAN IDEA


                                 MERANCANG
                                 PERNIAGAAN



                               MENGENALPASTI       MENDAPATKAN SEBUT
                             SYARIKAT KERJASAMA      HARGA PRODUK
                                 PERNIAGAAN


                                MEREKABENTUK
                                DESIGN (CORAK)



                                PROMOSI IKLAN
                                                      KAWALAN KOS

                             MENERIMA TEMPAHAN


                               PENGESAHAN HARGA       PENETAPAN HARGA
                                                           JUALAN


                             PENGHASILAN PRODUK


                               SEMAKAN PRODUK


                             PEMBUNGKUSAN PRODUK   PENGHANTARAN PRODUK


                              PENGELUARAN PRODUK
Penjualan I’ExCeL Ex_Design ini banyak menyumbang kepada keuntungan dalam
syarikat dan melebihi sasaran niaga yang telah ditetapkan. Syarikat telah menjalin
hubungan perniagaan dengan Boom Beng Sdn Bhd bagi tujuan percetakan T-Shirt dan
Pusat Nilai Sdn Bhd. bagi pakaian-pakaian sukan.
Jualan Hari Sukan Seratas

         Aktiviti yang kedua dijalankan oleh Syarikat I`ExCeL adalah mengadakan jualan
semasa Hari Sukan Seratas. Idea untuk mengadakan jualan ini telah dicetuskan oleh
Pengurus Pentadbiran Mohd Ashraf bin Che Mansor yang mendapati pada waktu tersebut
bilangan pelawat dan orang luar yang datang akan memberi keuntungan yang berlipat kali
ganda.
         Pihak syarikat I`ExCeL telah mengadakan mesyuarat bersama semua ahli syarikat
dan membincangkan jualan yang akan diadakan pada waktu tersebut. Jabatan Pengeluaran
telah membahagikan tugas-tugas kepada ahli syarikat kepada 4 gerai yang menjual
aiskrim,bun,minuman dan makanan ringan. Setiap kumpulan diberikan seorang ketua untuk
memastikan perjalanan jualan berjalan dengan lancar.
         Syarikat I`ExCeL telah menjalankan kerjasama bersama dengan syarikat Nestle Sdn
Bhd. bagi penjualan aiskrim. Syarikat mendapatkan bekalan bun daripada Koperasi Sekolah
Menengah Sains Raja Tun Azlan Shah. Bagi penyediaan minuman,Syarikat menyediakan
sendiri kerana lebih menjimatkan kos. Pihak syarikat telah mendapatkan bekalan makanan
ringan daripada Kedai Borong Sin Lee Seng Sdn Bhd. dengan harga yang berpatutan
setelah Pengurus Pengeluaran membuat rundingan harga bersama pemborong. Penentuan
harga jualan bagi setiap makanan ditentukan supaya mencapai sasaran jualan sebanyak
15%.
             Aiskrim             Bun              Minuman              Makanan
                                                                        Ringan
          Fatihah Syafiq        Harith        Khairan Syamil            Naqib
          Farid Qasiem          Naaim            Ammar                  Aman
              Aisyah            Najwa             Alyaa                  Fatin
              Rozeta            Adha              Zainin                Akma
               Intan            Adila            Farhah                 Norain
                        Senarai petugas gerai mengikut jenis jualan.
         Syarikat telah melakukan pembungkusan makanan sebelum jualan dilakukan. Ini
bertujuan menarik minat pelanggan pada hari sukan tersebut. Pihak Nestle juga
memberikan peti aiskrim kepada Syarikat sepanjang jualan tersebut. Jabatan Pengeluaran
telah membuat senarai harga untuk memudahkan para pembeli membeli makanan dan
minuman yang disediakan. Berikut merupakan carta alir bagi jualan Hari Sukan Seratas.
Carta Alir Pengeluaran Jualan Hari Sukan Seratas




                                  PENJANAAN IDEA



                               PERANCANGAN JUALAN



                                  PEMBAHAGIAN
                                   KUMPULAN



                               MENCARI PEMBEKAL /   PENETAPAN HARGA
                                  RAKAN NIAGA            JUALAN



                              MENGADAKAN PROMOSI



                                PEMBINAAN TAPAK
                                  PERNIAGAAN



                                     JUALAN
Seratas`s Hostel Open Day
       Aktiviti ketiga yang dijalankan oleh Syarikat I`ExCeL Sdn Bhd. ialah mengadakan
Seratas`s Hostel Open Day pada bulan Mac. Idea untuk mengadakan aktiviti tersebut telah
dicadangkan oleh Pengurus Kewangan,Ili Fatini Suriati binti Jailani pada mesyuarat yang
dijalankan bersama-sama ahli syarikat yang lain. Beliau mendapati asrama Sekolah
Menengah Sains Raja Tun Azlan amat menarik dan cantik untuk dilawati oleh orang luar.
Tambahan pula,asrama Sekolah Menengah Sains Raja Tun Azlan Shah telah dicalonkan
sebagai calon Anugerah Asrama Terbilang pada tahun 2010.
       Semua Ahli Lembaga Pengarah dan ahli syarikat mengadakan satu mesyuarat khas
bagi membincangkan aktiviti dan jualan yang akan diadakan sepanjang hari terbuka asrama
tersebut. Jabatan Pengeluaran telah membahagikan ahli syarikat kepada beberapa
bahagian iaitu bahagian persembahan, bahagian jualan dan bahagian `game corner’.
       Untuk bahagian persembahan yang diketuai oleh Norzainin Asyikin telah
mengadakan persembahan pembukaan ataupun persembahan selamat datang kepada
tetamu jemputan dan pengunjung-pengunjung asrama iaitu para guru dan kakitangan
Sekolah Menengah Sains Raja Tun Azlan. Beliau telah menjemput pasukan Seni Silat
Cekak Ustaz Hanafi untuk mengadakan persembahan silat.




       Bahagian jualan pula telah melakukan peranannya di bawah tanggungjawab Nurul
Hidayatul Akma binti Azman. Beliau telah mengadakan jualan aiskrim, novel-novel terpakai,
dan jualan makanan iaitu rojak dan buah-buahan.
       Bahagian `game corner pula telah ditugaskan kepada Intan Zurainie. Beliau telah
mengadakan dua permainan yang terbuka kepada semua pengunjung pada hari terbuka
asrama tersebut iaitu lempar gelung dalam kon dan boling buah kelapa. Setiap pengunjung
dikenakan bayaran RM0.50 bagi setiap permainan.
       Syarikat telah mendapatkan bekalan buah-buahan daripada Best Frozen Sdn Bhd.
dengan harga yang berpatutan. Selain itu,Syarikat juga mendapatkan keperluan alatan
permainan di pasaraya besar Tesco Taiping. Jabatan Pengeluaran telah menetapkan harga
jualan dan aktiviti yang dijalankan sebelum hari terbuka asrama tersebut dijalankan.
       Keunikan aktiviti Seratas`s Hostel Open Day ini adalah pihak syarikat I`ExCeL telah
menjemput tetamu khas iaitu Penolong Pengarah Sektor Sekolah Berasrama Penuh untuk
merasmikan hari asrama terbuka tersebut. Syarikat amat berbesar hati menerima kunjungan
beliau. Dalam ucapannya juga beliau memuji keusahawanan yang telah ditunjukkan oleh
semua ahli Syarikat I`ExCeL Sdn Bhd. kerana berjaya menjalankan aktiviti yang berkaitan
dengan perniagaan. Semua ahli syarikat telah bekerja keras dalam memastikan kejayaan
aktiviti ini dan telah menunjukkan komitmen yang tinggi dalam setiap pekerjaan yang
dilakukan.
Tetamu Jemputan Penolong Pengarah Sektor Sekolah Berasrama Penuh


Carta Alir Pengeluaran Seratas`s Hostel Open Day


                                 PENJANAAN IDEA



                              MENGADAKAN KERTAS
                                   KERJA



                              MEMOHON KELULUSAN



                               BEKERJASAMA DENGAN
                                    PEMBEKAL



                                PENETAPAN HARGA
                                     JUALAN



                                 PENGUMUMAN




                              SERATAS`HOSTEL OPEN
                                DAY DI JALANKAN
Aktiviti Jualan
Syarikat I`ExCeL juga telah mengadakan aktiviti jualan sepanjan tahun syarikat
beroperasi. Idea ini telah dicetuskan oleh Pengurus Pengeluaran, Nurulhuda binti
Hashim yang melihat bahawa jualan merupakan sumber pendapatan yang
memberikan keuntungan kepada pendapatan syarikat. Syarikat I`EcXeL Sdn Bhd.
mula menjalankan aktiviti jualan pada 04 Februari 2010. Aktiviti jualan syarikat
syarikat terbahagi kepada 4 aktiviti sepanjang operasi syarikat pada tahun 2010
iaitu:
               Jualan Hari Sekolah
               Jualan Hari Mingguan
               Jualan Hari Peristiwa
               Jualan Penghabisan Stok
         Jualan hari sekolah diadakan pada hari Selasa dan Khamis. Masa operasi
syarikat adalah pada 3.30 petang hingga 5.00 petang dan 10.00 hingga 11.30
malam.
         Jualan Hari Mingguan dijalankan pada hari Sabtu dan Ahad dan juga cuti-cuti
yang jatuh pada hari bekerja.
         Syarikat I`EcXeL Sdn. Bhd. menjalankan Jualan Hari Peristiwa sebanyak 5
kali sepanjang tempoh pengoperasian dan Jualan Penghabisan Stok dilakukan
pada hujung masa operasi bagi menghabiskan dan melariskan stok-stok makanan,
minuman dan barangan yang tinggal.




Syarikat mendapatkan bekalan daripada pembekal yang berada bersekitaran
dengan Taiping kerana memudahkan urusan penghantaran barang terutamanya
barang-barang mentah. Selain itu,syarikat juga mengadakan hubungan rakan
kongsi bersama syarikat-syarikat lain untuk medapatkan barangan siap untuk terus
dijual. Pengurus Pengeluaran telah mengadakan rundingan harga terlebih dahulu
sebelum memulakan perniagaan bagi mendapatkan harga terbaik dan memberikan
kepuasan kepada pelanggan. Pembekal yang menjalinkan kerjasama bersama
Syarikat juga telah bersetuju untuk menjadi pembekal tetap sepanjang 9 bulan
syarikat I`ExCeL beroperasi. Hubungan perniagaan yang kukuh antara ahli syarikat
dan   pembekal   perlu   diadakan    untuk   menjamin   perniagaan   yang   memberi
keuntungan yang mencapai sasaran yang telah ditetapkan.

Carta Alir Pengeluaran Jualan I`ExCeL

                                    PENJANAAN IDEA


                                    PERBINCANGAN
                                    JUALAN I`ExCeL



                                PEMILIHAN JUALAN
                                     I`ExCeL



                              MENCARI PEMBEKAL ATAU
                                  PEMBORONG



                             MENGADAKAN RUNDINGAN
                                DAN SEBUT HARGA



                             PENETAPAN HARGA JUALAN



                               MENETAPKAN JUALAN
                                    I`ExCeL



                                     MENGADAKAN
                                    PROMOSI/IKLAN



                              JUALAN I`ExCeL DIADAKAN
Jualan HARI KEBUDAYAAN ISLAM
Syarikat I`ExCeL telah menjalankan satu lagi lagi jualan istimewa iaitu Jualan Hari
Kebudayaan Islam. Idea ini telah dicadangkan oleh Pengurus Multimedia,Mohd Naaim bin
Mohd Rapi yang ingin menerapkan nilai-nilai keislaman dalam dunia perniagaan Syarikat
I`ExCeL Sdn Bhd.. Jualan ini juga belum pernah dilakukan oleh syarikat usahawan muda
yang terdahulu.




Cadangan tersebut telah diketengahkan sewaktu mesyuarat bulanan dan telah mencapai
persetujuan sebulat suara daripada semua ahli lembaga syarikat. Musyawwarah diadakan
bagi membincangkan aktiviti ataupun jualan yang diadakan. Setelah kata putus
dicapai,pihak syarikat I`ExCeL mengadakan aktiviti tayangan Islam dan pemainan
tradisional. Bagi jualan pula,syarikat mengadakan jualan `Islamic Button’,tafsir Al-Quran,dan
terapi minda berunsurkan Islam. Syarikat telah mengadakan tayangan cerita pada sebelah
pagi dan petang iaitu Ayat-ayat Cinta dan Syurga Cinta. Kedua-dua tayangan tersebut
mendapat sambutan daripada pelajar-pelajar dan guru Sekolah Menengah Sains Raja Tun
Azlan Shah. Setiap tayangan dikenakan bayaran sebanyak RM1.00. Bagi tayangan,Syarikat
telah mengadakan dua buah tayangan iaitu Ayat-ayat Cinta dan Syurga Cinta. Selain
mengadakan tayangan,Syarikat juga turut mengadakan permainan tradisional dan terbuka
kepada semua warga (SERATAS). Permainan tradisional yang dijalankan adalah
congkak,batu seremban,galah panjang dan timang bola takraw. Berikut merupakan bayaran
yang dikenakan bagi permainan tradisional.

            Permainan Tradisional                              Bayaran
       1.Congkak                                        RM2.00 setiap individu
       2.Batu Seremban                                 RM 2.00 setiap individu
       3.Galah Panjang                                 RM 10.00 satu kumpulan
       4.Timang Bola Takraw                            RM 10.00 satu kumpulan
                            Bayaran bagi permainan tradisional
Permainan tradisional yang dijalankan ini bertujuan mengimbau semula kenangan semasa
kecil oleh warga Seratas. Selain itu,mengeratkan ukhwah antara guru-guru dan pelajar
Seratas.
       Syarikat I`ExCeL Sdn Brhad telah menjalankan kerjasama bersama Syarikat
Brotherhood Sdn Bhd. dalam pengedaran `Islamic Button’,tafsir Al-Quran,dan terapi minda
berunsurkan Islam. Jualan produk tersebut mendapat sambutan menggalakkan kerana
produk tersebut jarang didapati di Seratas. Dengan adanya Jualan Hari Kebudayaan Islam
ini,guru-guru,kakitangan sekolah dan pelajar-pelajar dapat membeli barangan atau produk
yang berunsurkan Islam dan untuk kekuatan rohani. Berikut merupakan barangan dan harga
yang ditawarkan:
                   Barangan/Produk                          Harga seunit
                    Islamic Button                               RM1.50
                    Tafsir Al-Quran                              RM 15.00
                    Diari Al-Quran                               RM 30.00
                    Kismis Minda                                 RM 2.00
                     Air Zam-zam                                 RM 5.00
                    Sabun Cerdas                                 RM 10.00
                     Buah Kurma                                  RM 12.00
           Barangan dan Produk yang dijual semasa Jualan Hari Kebudayaan Islam
       Sebelum jualan dilakukan,Pengurus Pengeluaran telah berjumpa dan berbincang
bersama-sama pembekal Syarikat Brotherhood Sdn Bhd. bagi tujuan sebut harga barangan
dan produk. Rundingan harga telah diadakan bagi mendapatkan harga yang terbaik dan
berpatutan    dan    memberi    keselesaan   kepada   pembeli.     Setelah   kawalan   kos
dilakukan,syarikat I`ExCeL telah menetapkan harga jualan dan menyasarkan keuntungan
jualan sebanyak 20%. Semua ahli syarikat telah memberikan kerjasama dan komitmen yang
terbaik dalam memastikan kelancaran jualan dan Jualan Hari Kebudayaan Islam berjalan
dengan lancar dan keuntungan yang disasrkan telah dapat dicapai.
Carta Aliran Pengeluaran Jualan Hari Kebudayaan Islam




                                  PENJANAAN IDEA


                               PERANCANGAN AKTIVITI


                                   PEMBAHAGIAN
                                    KUMPULAN


                                   MENDAPATKAN
                                  PEMBEKAL/RAKAN
                                      NIAGA


                                 PENETAPAN HARGA
                                      JUALAN


                                   MENGADAKAN
                                  PROMOSI/IKLAN


                                    JUALAN HARI
                                 KEBUDAYAAN ISLAM
                                     DIADAKAN
Jualan DELICIOUS PIZZA AND CAKES
         Syarikat I`ExCeL telah mengadakan jualan piza,kerepek,dan kek pada hujung
minggu di asrama Sekolah Menengah Sains Raja Tun Azlan Shah. Jualan piza ini telah
dicadangkan oleh ahli lembaga syarikat,iaitu Najwa Farhana binti Abdullah Omar yang
melihat pelajar-pelajar puteri yang banyak menghabiskan masa di asrama pada hujung
minggu. Para pelajar juga bosan dengan makanan yang ada di dewan makan dan inginkan




sesuatu yang lain. Untuk membeli makanan juga pelajar puteri perlu keluar ke bandar yang
terletak agak jauh.
         Cadangan ini telah dibawa ke mesyuarat bersama semua ahli syarikat dan telah
dipersetujui sebulat suara. Sebelum penetapan makanan dilakukan,jabatan pengeluaran
telah mengadakan soal selidik kepada para pelajar Sekolah Menengah Sains Raja Tun
Azlan mengenai makanan yang mereka inginkan dijual pada hujung minggu. Setelah soal
selidik dijalankan, pihak syarikat mendapati terdapat tiga pilihan makanan yang pelajar
puteri inginkan iaitu piza, kek dan kerepek. Pengurus Pengeluaran mencadangkan agar
makanan tersebut turut dijual di kantin sekolah pada masa rehat kerana guru-guru dan
kakitangan sekolah turut sama boleh membeli makanan tersebut. Cadangan itu juga telah
dipersetujui oleh semua ahli syarikat kerana akan lebih mendatangkan pulangan yang
besar.
         Pihak syarikat telah mendapat bekalan piza dan kek daripada Nas Pizza Sdn Bhd..
Syarikat mendapat bekalan kerepek daripada ibu salah seorang ahli lembaga syarikat yang
merupakan pembuat kerepek. Berikut merupakan kuantiti bilangan makanan yang Syarikat
tempah sewaktu hujung minggu operasi syarikat.
                        Makanan                          Kuantiti
                           Piza                       25 unit kotak
                           Kek                         100 potong
                         kerepek                      300 bungkus
                   Bilangan makanan yang ditempah setiap hujung minggu

Sebelum mendapatkan bekalan Pengurus pengeluaran perlu mencari pembekal. Pengurus
pengeluaran telah mendapatkan rundingan harga bersama pembekal bagi mendapatkan
harga yang terbaik.
Carta Alir Pengeluaran Jualan Delicious Pizza And Cakes




                                    PENJANAAN IDEA



                                     PERANCANGAN
                                   JUALAN MAKANAN


                                  MENGADAKAN SOAL
                                 SELIDIK/PEMERHATIAN


                                  PENETAPAN PRODUK
                                      MAKANAN


                                     MENGADAKAN
                                   RUNDINGAN HARGA
                                   DENGAN PEMBEKAL



                                   PENETAPAN HARGA
                                        JUALAN



                                PEMBERITAHUAN KEPADA
                                    ORANG RAMAI



                                 JUALAN DELICIOUS PIZZA
                                      AND CAKES
I`ExCeL`s Menu

       Syarikat I`ExCeL telah mengadakan I`ExCeL`s Menu sepanjang syarikat beroperasi.
Jualan telah diadakan pada hari jumaat, sabtu dan ahad.        I`ExCeL`s Menu ini telah
dicetuskan oleh ahli lembaga syarikat iaitu Ammar Faidhi bin Mohd Azahar.yang memberi
cadangan mengenai makanan yang sering menjadi pilihan oleh pelajar-pelajar Sekolah
Menengah Sains Raja Tun Azlan Shah pada setiap hujung minggu. Pelajar-pelajar inginkan
makanan yang jarang terdapat di dewan makan kerana mereka sudah jemu dengan
makanan tersebut.

       Setelah perbincangan diadakan,Syarikat mencapai kata putus dengan mengadakan
jualan roti sosej, sosej, kentang goreng, wedges, bebola ayam, dan burger. Syarikat juga
menyediakan minuman yang istimewa iaitu I`ExCeL Twist’ yang merupakan campuran air
berkarbonat bersama aiskrim dan diletakkan bersama buah.

       Sepanjang syarikat beroperasi selama 9 bulan,Syarikat telah mengadakan jualan
makanan dan minuman tersebut. Jualan yang paling mendapat keuntungan adalah roti sosej
dan wedges. Syarikat telah menggunakan mayonis dan mustard sebagai tarikan untuk
menarik pelanggan. Ini kerana terdapat para pelajar yang tidak keluar ke bandar pada
petang tersebut dan sering berasa lapar pada waktu malam. Tambahan pula, pada setiap
malam akan diadakan tayangan untuk semua pelajar Sekolah Menengah Sains Raja Tun
Azlan Shah. Jadi para pelajar akan membeli makanan terlebih dahulu sebelum pergi ke
tayangan tersebut.

       Syarikat telah mendapatkan bekalan makanan daripada pembekal berdekatan
dengan Taiping untuk memudahkan urusan penghantaran. Pengurus Pengeluaran telah
mendapatkan barang-barang jualan daripada Best Frozen Sdn Bhd. dengan harga jualan
yang berpatutan setelah mengadakan rundingan harga bersama pembekal berkenaan.
Kawalan kos telah diadakan untuk memastikan keuntungan yang diperoleh mencapai
sasaran yang telah ditetapkan. Penetapan harga telah ditetapkan dalam setiap jualan yang
akan dilakukan agar mencapai sasaran perniagaan yang optima.
Carta Alir Pengeluaran I`ExCeL Menu


                                  PENJANAAN IDEA




                                      PERANCANGAN
                                         JUALAN




                                 KERJASAMA BERSAMA
                                      PEMBEKAL




                                  MENGADAKAN
                                RUNDINGAN HARGA




                               PENGESAHAN HARGA




                                PENETAPAN HARGA
                                     JUALAN




                                   MENGADAKAN
                                  PROMOSI/IKLAN




                               JUALAN I`ExCeL MENU
I`ExCeL IQ CHALLENGE
Syarikat I`ExCeL Sdn Bhd. mengadakan perkhidmatan I`ExCeL IQ Challenge pada bulan
Februari. Idea ini telah ditimbulkan oleh Pengurus Pemasaran,Muzakkir Ihsan bin yang
Razali yang melihat kegilaan remaja pada masa sekarang ini bermain permainan Rubic
Cube,sejenis permainan yang mencabar minda.
          Syarikat telah mengadakan mesyuarat bulanan dan idea untuk mengadakan
permainan ini telah dibentangkan oleh Pengurus Pemasaran. Perbincangan diadakan
bersama semua ahli syarikat dan semua ahli bersetuju untuk mengadakan perkhidmatan
tersebut dan diberi nama I`ExCeL IQ CHALLENGE. Pengurus Pengeluaran telah
berbincang bersama sekretriat dalam jabatan pengeluaran untuk memilih permainan yang
ingin diadakan. Jabatan Pengeluaran telah memutuskan untuk mengadakan 4 permainan
yang mencabar minda iaitu `Spell It Right’,Sudoku,Catur dan Bridge Challenge. Penyertaan
terbuka kepada semua warga Sekolah Menengah Sains Raja Tun Azlan Shah dan
dikenakan bayaran sebanyak RM1.00 bagi setiap permainan.
          Syarikat DIY Sdn Bhd. telah menjadi pembekal peralatan permainan yang dijalankan.
Pengurus Pengeluaran telah mengadakan rundingan harga untuk mendapatkan harga yang
terbaik dan mencapai sasaran keuntungan.
          Pihak syarikat juga telah mendapatkan khidmat guru-guru dalam mengendalikan
pertandingan Spell It Right supaya pertandingan yang dijalankan adil dan berjalan dengan
lancar.
          Pertandingan Sudoku telah diadakan di bilik rujukan SERATAS supaya mudah untuk
mencatat masa bagi individu yang berjaya menyelesaikan Sudoku paling pantas.
          Bagi pertandingan Catur telah dijalankan di dewan besar SERATAS kerana dapat
memuatkan bilangan peserta yang memasuki pertandingan. Pertandingan ini berlangsung
pada pukul 9.00 pagi hingga pukul 2.00 petang.
          Bridge Challenge pula adalah permainan di mana peserta-peserta perlu membina
jambatan yang dapat menampung beban yang telah ditetapkan. Peserta diberi masa untuk
menyiapkan jambatan tersebut selama 2 jam daripada bahan-bahan yang telah diberikan
oleh pihak penganjur.
          Pertandingan Bridge Chalenge ini diadakan di Dataran Kejat Seratas pada hujung
minggu.
Berikut merupakan Senarai pemenang pertandingan yang telah dijalankan.
             Pertandingan                       Senarai Pemenang
    Spell It Right                 Johan: Mohd Amirul Asyraf bin Hafiz
                                   Naib Johan: Mutiara binti Azman
                                   Ketiga: Farah Nabilah binti Abdul Hisham
    Sudoku                         Menengah atas: Ahmad Fakhri bin Ahmad Fuad
                                   Menengah Rendah: Sarah Anis Ilyani binti Azmi
    Catur                          Johan: Ahmad Nor Afrizal bin Ahmad Sallehim
                                   Naib Johan: Nurul Amira binti Alang Yahed
                                   Ketiga: Nur Azreen binti Osman
    Bridge Challenge               Johan: Kumpulan Ruby
                                   Naib Johan: Kumpulan Sapphire
                                   Ketiga: Kumpulan Emerald


      Pertandingan-pertandingan yang dijalankan menarik minat pelajar-pelajar untuk
menyertainya. Tujuan diadakan perkhidmatan sedemikian adalah untuk mencabar
keupayaan minda para pelajar Seratas berfikir dalam menyelesaikan sesuatu permasalahan
yang berlaku secara kritis dan kreatif. Permainan yang sedemikian juga mengeratkan
hubungan ukwah antara guru,ibu bapa dan pelajar-pelajar Sekolah Menengah Sains Raja
Tun Azlan Shah(SERATAS).
Carta Alir Pengeluaran I`ExCeL IQ CHALLENGE


                                     PENJANAAN IDEA




                                        PEMILIHAN
                                      PERTANDINGAN




                                   PEMBAHAGIAN TUGAS




                                    PELAKSANAAN IDEA
                                      PERTANDINGAN




                                   PEMBERITAHUAN KEPADA
                                       ORANG RAMAI




                                    PERSEDIAAN TEMPAT



                                     PERTANDINGAN
                                       DIJALANKAN
I`ExCeL Sports

Salah satu perkhidmatan terbaik Syarikat I`ExCeL Sdn Bhd. adalah perkhidmatan I`ExCeL
Sports ini. Idea untuk mengadakan perkhidmatan adalah daripada guru pembimbing sendiri
iaitu Encik Mohd Saharizal yang melihat para pelajar Sekolah Menengah Sains Raja Tun
Azlan Shah begitu aktif bersukan dan mempunyai bakat terpendam yang perlu
diketengahkan.

Dalam mesyuarat yang dijalankan oleh Ahli Lembaga Pengarah dan ahli syarikat bersama
guru pembimbing telah membawa idea berkenaan dan diterima baik oleh semua ahli
syarikat. Jabatan Pengeluaran telah mengadakan musyawwarah untuk mengembangkan
lagi idea berkenaan. Hasil perbincangan bersama Pengurus Pengeluaran telah menemui
beberapa lagi perkara menarik yang boleh dilakukan di bawah I`ExCeL Sports ini. Pihak
syarikat membahagikan perkhidmatan ini kepada kepada dua jenis sukan iaitu bola
keranjang dan boling.

BOLA KERANJANG

Pengurus pengeluaran membahagikan ahli syarikat kepada beberapa kumpulan dalam
perkhidmatan I`ExCeL Sports ini. Syarikat mengadakan klinik bola keranjang kepada
pelajar-pelajar menengah rendah supaya diberi pendedahan awal. Selain itu,syarikat juga
menganjurkan Pertandingan Basketball 3 On 3 di Sekolah Menengah Sains Raja Tun Azlan
Shah kepada pelajar putera dan puteri. Pihak syarikat juga menghantar pemenang
Basketball 3 On 3 ini ke Pertandingan 3 On 3 Basketball Revive di Pulau Pinang bagi
kategori Sekolah Berasrama Penuh.

BOWLING

Syarikat I`ExCeL Sdn Bhd. telah bekerjasama dengan Pusat Boling Taiping mengenai
perkhidmatan boling ini. Syarikat ada mengadakan Klinik Boling di pusat boling tersebut
kepada pelajar-pelajar Sekolah Menengah Sains Raja Tun Azlan Shah. Tenaga pengajarnya
adalah daripada pusat boling tersebut yang berminat untuk memperkenalkan sukan boling
kepada pelajar-pelajar. Pihak syarikat juga menganjurkan pertandingan boling mengikut
kategori yang ditetapkan iaitu kategori individu dan berkumpulan. Selain itu,Syarikat I`ExCeL
juga mempunyai pakej permainan boling kepada mana-mana individu atau badan
berkumpulan yang ingin mengadakan pertandingan boling. Mereka boleh berurusan terlebih
dahulu dengan pihak syarikat bagi tujuan tempahan dan pemilihan pakej.
JENIS                                   PAKEJ
                                             Bayaran RM250 untuk 25 orang ahli
                                             bagi permainan 2 lorong, tidak
                    Pakej A
                                             termasuk kasut boling. Makanan ringan
                                             disediakan.
                                             Bayaran RM 300 untuk 20 orang ahl
                                             bagi permainan 3 lorong termasuk
                    Pakej B
                                             bayaran kasut boling. Makanan ringan
                                             disediakan.
                    Pakej boling yang ditawarkan oleh Syarikat I`ExCeL



Perkhidmatan ini berjaya menarik minat pelajar dan guru-guru. Terdapat badan-badan
berkumpulan telah memilih pakej yang telah Syarikat tawarkan. Klinik bola keranjang dan
klinik Boling   tersebut juga berjaya mencatatkan bilangan peserta melebihi 30 orang.
Perkhidmatan ini telah memberikan keuntungan yang optima kepada pendapatan syarikat.
Pengurus Pengeluaran telah berjaya melepasi sasaran keuntungan yang telah diberikan
oleh Pengurus Urusan iaitu sebanyak 25%.
I`ExCeL Access
Syarikat I`ExCeL turut menyediakan perkhidmatan komputer kepada para pelajar Sekolah
Menengah Sains Raja Tun Azlan Shah. Idea mengadakan perkhidmatan ini adalah daripada
ahli syarikat   iaitu Nuralyaa Nabila binti Rosmin yang melihat pelajar-pelajar Sekolah
Menengah Sains Raja Tun Azlan Shah banyak menggunakan komputer untuk tujuan
pembelajaran ataupun perkara-perkara lain.
Justeru,cadangan in telah diberikan dan semua ahli syarikat bersetuju kerana komputer
merupakan satu keperluan yang penting pada masa kini. Para pelajar perlu mencari
maklumat daripada internet dan mengambil masa yang lama untuk menunggu hingg hujung
minggu untuk keluar ke bandar. Tambahan pula,tidak semua pelajar mempunyai komputer
riba masing-masing. Salah seorang Ahli Lembaga Pengarah Syarikat I`ExCeL Sdn
Bhd.,Mohd Ashraf bin Che Mansor merupakan orang yang berpengalaman dalam bidang
komputer dan merupakan ketua di Pusat Scan tersebut.
Syarikat telah memperkenalkan I`ExCeL Access di pusat scan tersebut kepada pelajar-
pelajar. Pusat Scan tersebut mempunyai 20 buah komputer yang mempunyai perisian-
perisian yang terkini dan telah dinaik taraf. Pusat scan menyediakan perkhidmatan jalur
lebar dengan kelajuan yang tinggi untuk memudahkan para pelajar melayari laman
sesawang yang berfaedah dan untuk mencari maklumat-maklumat yang bermanfaat. Selain
itu,I`ExCeL Access turut menyediakan kemudahan printing warna dan tidak berwarna
kepada para pengguna. Pelajar-pelajar sering menggunakan printing bagi tugasan kerja
kursus ataupun folio. I`ExCeL Access turut menyediakan perkhidmatan `binding’.
Percetakan kertas juga turut diadakan dalam perkhidmatan I`ExCeL Access ini. Cas yang
dikenakan juga adalah berpatutan dan ahli syarikat memberikan mutu yang terbaik sama
seperti kedai yang ada di luar. Setiap petugas telah diberi latihan dan telah mahir dalam
setiap perkhidmatan yang ditawarkan.
.Berikut merupakan bayaran yang dikenakan bagi perkhidmatan yang disediakan.

                   Perkhidmatan                            Bayaran
                      Internet                            1.50 sejam
                      Printing                              20sen
                   Color Printing                           50sen
                      Binding                               50sen
                     Photostat                              20sen

                    Bayaran bagi setiap perkhidmatan yang ditawarkan
Carta Alir Pengeluaran I`ExCeL Access




                                 PENJANAAN IDEA




                                    PEMILIHAN
                                  PERKHIDMATAN




                               PEMBAHAGIAN TUGAS




                                PENETAPAN HARGA
                                 PERKHIDMATAN




                                  I`ExCeL ACCESS
                                    DIJALANKAN
7.8 KAEDAH PENGELUARAN



 TINJAUAN PASARAN
     Mengadakan pemerhatian dan tinjauan mengenai kemahuan dan kekurangan yan dialami
       pengguna.


 PERBINCANGAN
     Semua ahli syarikat mengadakan mesyuarat dan membincangkan perkhidmatan yang ingin
       dijalankan
     Cetusan idea mengenai penghasilan produk kreatif
     Membahagikan semua sekretriat kepada jabatan-jabatan yang telah ditetapkan


 PERCUBAAN
     Melakukan percubaan penghasilan perkhidmatan ataupun produk kreatif dalm jumlah yang
       sedikit.


 PEMPROSESAN
     Segala kelemahan dan kekurangan diambil kira sepanjang tempoh percubaan dan langkah
       untuk mengatasi telah diambil secepat mungkin


 PEMASARAN
     Segala kelemahan telah diatasi dan proses pemasaran berlaku.
     Produk kreatif mula dihasilkan setelah mencapai kualiti dan mutu yang telah ditetapkan.
7.9   IDEA PERNIAGAAN




      Setiap ahli di dalam sesebuah syarikat pasti mempunyai idea ataupun buah
fikiran yang boleh dijadikan sebagai projek pengeluaran. Jadi di sinilah fungsinya
mesyuarat yang dijalankan dalam syarikat. Syarikat telah mengadakan mesyuarat
bersama-sama semua ahli syarikat untuk membincangkan idea -idea mengenai
aktiviti,perkhidmatan   mahupun   dalam    penghasilan    produk   kreatif.   .Setiap
perkhidmatan yang Syarikat ingin jalankan mestilah memberikan sumber pendapatan
yang terbaik untuk syarikat.
      Sepanjang penubuhan syarikat,semua ahli syarikat telah menghadiri kursus
keusahawanan yang telah dijalankan di beberapa te mpat seperti Kuala Kangsar,Ipoh
dan di Pulau Pangkor. Syarikat telah mengadakan perbincangan bersama-sama ahli
syarikat-syarikat yang lain dan Syarikat mengambil peluang ini dengan bertukar-tukar
pendapat dan saling memberikan buah fikiran masing -masing. Syarikat juga telah
menggunakan pelbagai medium sewaktu mesyuarat berlangsung seperti:


PERBINCANGAN / MESYUARAT
Sewaktu mesyuarat agung dijalankan,semua ahli syarikat aktif memberikan pendapat
dan cadangan mengenai perkhidmatan-perkhidmatan yang ingin Syarikat jalankan.
Tidak dilupakan produk kreatif yang ingin dihasilkan oleh syarikat. Semua cadangan
diambil kira oleh semua ahli sebelum kata sepakat dicapai.


Mesyuarat bulanan antara Ahli Lembaga Pengarah dan semua ahli syarikat
dijalankan bertujuan untuk membincangkan proses pengeluaran dalam setiap
perkhidmatan. Segala kelemahan disuarakan dalam mesyuarat tersebut dan jalan
penyelesaian telah diambil. Perbincangan juga diadakan untuk mempelbagaikan lagi
jenis produk serta meningkatkan lagi kualiti perkhidmatan bagi memberi keselesaan
kepada pelanggan dan menambahkan keuntungan syarikat.


SOAL SELIDIK(BANCIAN/SURVEY)
Pengurus Pengeluaran yang mempunyai lima orang ahli di bawah                    Jabatan
Pengeluaran telah duduk berbincang mengenai taktik untuk menarik pela nggan.
Setelah    musyawwarah       dijalankan   Syarikat   telah   mencapai   keputusan   untuk
menjalankan bancian dengan dua kaedah iaitu peti pendapat dan melalui dialog
terbuka.
      Dengan adanya bancian ini Syarikat dapat mengetahui apa yang diinginkan
oleh guru-guru dan pelajar-pelajar di Sekolah Menengah Sains Raja Tun Azlan Shah.
Syarikat telah menyediakan peti pendapat tersebut di kiosk. Syarikat menerima
sebarang pendapat,cadangan ataupun sebarang ketidakpuasan terhadap syarikat.
Syarikat telah menerima pelbagai cadangan yang menarik dan juga idea -idea yang
bernas. Ini menunjukkan syarikat telah menjalinkan hubungan yang baik bersama -
sama guru-guru dan pelajar.
      Melalui dialog terbuka pula adalah pelajar-pelajar boleh terus datang dan
menyuarakan pendapat dan idea mereka. Mereka boleh berjumpa Pengurus
pengeluaran dan ahli-ahli syarikat yang berada di bawah Jabatan Pengeluaran. Ini
adalah kerana di asrama mereka lebih senang berjumpa dan boleh terus memberikan
sebarang idea. Jadi Jabatan Pengeluaran akan segera berbincang mengenai idea -
idea yang telah diberikan.
TINJAUAN PEMERHATIAN
Sepanjang bulan pertama syarikat beroperasi Syarikat telah mejalankan pemerhatian
mengenai kelancaran perkhidmatan yang dijalankan. Syarikat telah mengenal pasti
masalah ataupun kelemahan yang dihadapi pada tempoh tersebut. Syarikat juga
mengenal      pasti    persaingan   yang    bakal     Syarikat   hadapi   sepanjang      syarikat
beroperasi.    Pengurus     Pengeluaran      juga    telah   melakukan    tinjauan    mengenai
hubungan kerjasama bersama rakan niaga yang lain dan terus menjalinkan hubungan
perniagaan agar tidak ada mana-mana pihak yang terlebih dahulu menjalankan
mana-mana perkhidmatan yang Syarikat ingin adakan.
     Untuk meningkatkan keuntungan syarikat, jenis dan jumlah produk yang
dikeluarkan juga haruslah mengikut pasaran dan mengikut kehendak pelanggan. Kos
pengeluaran juga hendaklah dikurangkan bagi memastikan syarikat dapat mengaut
keuntungan yang berlipat kali ganda.          Setelah Jabatan Pengeluaran mengadakan
mesyuarat, Syarikat bersetuju untuk mengadakan usahasama dan kontrak dengan
pihak pembekal. Sebelum mengadakan usahasama ini, saya selaku pengurus
pengeluaran perlu mendapatkan kebenaran daripada Pengurus Besar syarikat.
     Setelah     mendapat       kebenaran    daripada    Pengurus Besar,        segala   urusan
usahasama dan kontrak dapat dijalankan dan urusan ini dinamakan :


PERJANJIAN JUAL BELI
Jabatan Pengeluaran telah berusaha untuk mencari pembekal ataupun pengeluaran
sepanjang Syarikat I`ExCeL beroperasi. Dengan bantuan pelbagai pihak,Jabatan
Pengeluaran telah berjumpa dan berbincang dengan pembekal dalam usaha untuk
mengadakan proses rundingan harga agar mendapatkan haga yang terbaik.
       Setelah mengadakan perbincangan,pihak pembekal dan syarikat telah
bersetuju     untuk    menjadi    pembekal    tetap     sepanjang    syarikat   menjalankan
perniagaan selama 9 bulan. Antara isi jual beli yang dipersetujui adalah pihak
pembekal memberikan harga yang telah ditetapkan setelah rundingan harga, pihak
syarikat    perlu     memberi    pesanan    sehari    sebelum    jualan   diadakan    dengan
memberikan maklumat yang lengkap seperti yang tertera di bawah. Pihak pembekal
juga perlu menghantar stok barangan yang telah dipesan tepat pada waktu yang
telah ditetapkan agar memberi kemudahan kepada kedua -dua pihak.
7.10 STOK DAN INVENTORI
ANGGARAN BAHAN MENTAH UNTUK SETIAP AKT IVITI JUALAN
Bahan mentah mestilah disediakan sebelum mengeluarkan sesuatu produk
mahupun menjalankan sesuatu projek. Bahan penyediaan pula haruslah diperiksa
oleh beberapa orang yang telah diamanahkan oleh pihak syarikat bagi menjamin
mutu dan kualiti sesuatu produk.
      Bagi jualan mingguan, Syarikat I`ExCeL Sdn. Bhd. hanya mengeluarkan
beberapa produk termasuklah roti sosej, burger ayam, sosej, kentang goreng,
bebola ayam,`I`ExCeL twist’ dan air minuman berkarbonat dan makanan serta
minuman ringan termasuklah gula-gula, kerepek dan sebagainya. Semua urusan
keluar masuk bahan telah dicatatkan dalam rekod inventori yang bermaksud stok.
Berikut adalah maklumat mengenai inventori produk roti sosej sepanjang tempoh
perniagaan
    ROTI SOSEJ
             BIL   BAHAN-BAHAN         KUANTITI          HARGA
             1     Roti                3   Bungkus       RM   6.90
             2     Sayuran             2   Jenis         RM   2.00
             3     Sos cili            2   Botol         RM   2.60
             4     Pembalut            2   Paket         RM   1.40
             5     Mayonis             1   Botol         RM   2.30
             6     Mustard             1   Botol         RM   2.60
    FLOAT TWIST
             BIL   BAHAN-BAHAN         KUANTITI          HARGA
             1.    Air berkarbonat     6   Botol         RM   7.20
             2.    Aiskrim             2   Bekas         RM   9.90
             3.    Chip Coklat         2   Paket         RM   2.80
             4.    Biskut Oreo         3   Paket         RM   5.40
    BURGER AYAM
             BIL   BAHAN-BAHAN         KUANTITI          HARGA
           1      Roti                 4 Bungkus         RM 9.20
           2      Daging ayam          6 Paket           RM 13.20
           3      Sayuran              2 Jenis           RM 2.00
           4      Tomato               3 Biji            RM 1.80
           5      Sos cili             2 Botol           RM 2.60
           6      Mayonis              1 Botol           RM 2.30
      Bagi penjualan makanan seperti   sosej, kentang goreng dan bebola ayam,
Syarikat terus mendapatkan dari pembekal. Setiap hari Jumaat akan diadakan
pemeriksaan stok oleh Pengurus Pengeluaran dan ahli-ahli di Jabatan Pengeluaran.
Terdapat beberapa barangan yang dijadikan sebagai stok dalam penjualan seperti
roti sosej, burger ayam, kentang goreng, `wedges’dan bebola ayam. Antaranya
ialah:
                      BARANG               KUANTITI           HARGA
                      Sos Cili               4 Botol         RM   5.20
                     Mayonis                 2 Botol         RM   4.60
                     Mustard                 2 Botol         RM   5.20
                      Plastik              10 Bungkus        RM   7.00
                     Pembalut                5 Paket         RM   7.00
                       Straw                 2 Paket         RM   2.00
                  Cawan Minuman            10 Bungkus        RM   3.20


         Syarikat akan mendapatkan barang-barang tersebut daripada pembekal dan
rakan niaga. Sepanjang perniagaan Syarikat beroperasi penbekal dan rakan niaga
yang menjalinkan hubungan perniagaan bersama Syarikat memberikan kerjasama
yang terbaik. Segala barangan mentah yang diperolehi juga adalah berkualiti dan
berada dalam keadaan terbaik.


INVENTORI
Syarikat I`ExCeL Sdn Bhd. mempunyai inventori yang diperoleh daripada syarikat yang
terdahulu. Namun,syarikat I`ExCeL telah membeli dapur gas yang           baru dan dijadikan
sebagai aset tetap dalam syarikat. Syarikat telah menjual semua aset kepada syarikat yang
seterusnya. Berikut merupakan senarai inventori:
                BIL            INVENTORI                 KUANTITI
                 1.   Peti Ais                               1
                 2    Almari                                 2
                 3.   Dapur                                  1
                 4.   Peralatan Memasak                   Lengkap
                 5.   Pemanas Air                            1


PENYIMPANAN STOK
         Semua stok yang dibeli telah dismpan di dalam peti sejuk bagi barangan mentah.
Untuk produk separuh siap telah diletakkan di dalam almari yang terdapat di Kiosk. Almari
tersebut dikunci sepenuh masa dan hanya Ahli Lembaga Pengarah sahaja yang mempunyai
kunci tersebut untuk mengelakkan berlakunya sebarang kejadian yang tidak diingini.
7.11   LAPORAN PRODUK KREATIF


KAJIAN PROJEK
Sebelum penghasilan produk kreatif dijalankan, ia memerlukan kajian pasaran dibuat agar
produk yang dikeluarkan mendapat sambutan dan dapat dijual dengan kadar unit yang
maksimum. Produk-produk yang akan di keluarkan kepada masyarakat perlu di kaji
terdahulu dari aspek kesesuaian, pratikal, permintaan, dan keperluan. Ini kerana pihak
syarikat berusaha untuk mendapat pengiktirafan kualiti produk di peringkat Malaysia
seterusnya dunia berdasarkan kajian pasaran yang di buat. Berikut adalah kriteria yang
digunakan dalam ujian pasaran:

SASARAN
       Sasaran kajian adalah berdasarkan kepada pelajar di dalam sekolah, guru-guru,
       kakitangan sekolah dan masyarakat luar.
HARGA
       Harga kos yang digunakan adalah sebanyak RM 4.00 . Produk ini mempunyai
       keunikan yang tersendiri dari segi bentuk, kualiti dan teknik penghasilan.
       Keistimewaan turut dapat dilihat kepada setiap produk mengikut harga.

PERMINTAAN
       Permintaan kepada produk kreatif ini dinilai mengikut kaedah memaksimakan
       kepuasan para pelanggan, di dalam memaksimakan kepuasan pelanggan terdapat
       beberapa ciri-ciri yang perlu diambil kira iaitu padanan warna dan bentuk dengan
       produk kreatif yang dihasilkan. Di samping itu nilai-nilai estetika turut diambil kira di
       dalam menentukan permintaan sesuatu produk itu. Adakah nilai-nilai estetika yang
       terdapat pada produk tersebut dapat menarik minat seseorang itu melihat produk
       tersebut tanpa mempunyai rasa bosan.
PRODUK KREATIF:   GREEN PLATE TECHNOLOGY
PROSES PEMBUATAN “GREEN PLATE TECHNOLOGY”




                                                   1.   Rendamkan daun mengkuang
                                                        di dalam air panas untuk
                                                        melembutkannya.

                                                   2.   Biarkan beberapa jam

Proses rendaman daun mengkuang di dalam besen di
Makmal Kimia SM SAINS RAJA TUN AZLAN SHAH
pada Mei 2010




                                                   3.   Daun mengkuang di lap
                                                        sehingga kering menggunakan
                                                        kain.



Proses pengeringan daun mengkuang di atas dulang
di Makmal Kimia SM SAINS RAJA TUN AZLAN SHAH
pada Mei 2010




                                                   4.   Lekatkan daun bersama-sama
                                                        dengan pelekat yang diperbuat
                                                        daripada kanji dalam susunan
                                                        daun yang teratur.


Proses pencentuman daun mengikut susunan yang
dikehendaki di Makmal Kimia SM SAINS RAJA TUN
AZLAN SHAH 20 Mei 2010
5.   Dibiarkan   beberapa      untuk
                                                    keringkan pelekat kanji



Bentuk daun selepas dicantum dan dilekatkan
                                               6.   Letakkan      susunan     daun
                                                    tersebut di antara dua pinggan
                                                    dan cantumkan kedua-dua
                                                    bersama-sama.

                                               7.   Proses menekan bertujuan
                                                    untuk merapatkan lagi lekatan
                                                    daun tadi.
Proses menekan di Makmal Kimia SM SAINS        8.   Tinggalkan selama satu hari.
RAJA TUN AZLAN SHAH pada Mei 2010




                                               9.   Potong      susunan     daun
                                                    mengikut bentuk pinggan yang
                                                    dikehendaki     menggunakan
                                                    gunting.

Proses menggunting daun mengikut saiz pinggn
di Makmal Kimia SM SAINS RAJA TUN AZLAN
SHAH pada Mei 2010




                                               10. Keringkan pinggan yang telah
                                                   dipotong menggunakan teknik
                                                   pengeringan yang sesuai.
KEUNIKAN PRODUK
       Produk Green Plate Technoloy ini mempunyai keunikannya yang tersendiri. Pihak
syarikat tidak memasarkan produk ini tetapi Syarikat menumpukan kepada penyertaan
pertandingan inovasi produk yang dianjurkan sepanjang tahun. Pihak syarikat telah
menempah kejayaan dalam pertandingan yang dianjurkan untuk mengiktiraf bahawa Produk
Kreatif ini merupakan produk yang boleh dikomersilkan.
       Pertandingan Save The Earth program SIFE anjuran Universiti Teknologi Petronas .
Produk Green Plate Technology telah diiktiraf dan berjaya mendapat tempat kedua dalam
pertandingan tersebut dan membawa pulang trofi, sijil penghargaan serta wang tunai bernilai
RM 1000.00.
       Produk    Green   Plate   Technology    ini   berjaya   menarik     minat   juri   kerana
penghasilannya 100% daripada alam sekitar dan mencapai objektif pertandingan sebagai
produk :mesra alam”.
       Syarikat telah menaja 3 orang pelajar SM SAINS RAJA TUN AZLAN SHAH untuk
menjalankan penyelidikan lebih mendalam bagi menghasilkan produk lebih berkualiti dan
bermutu tinggi. Mereka telah mejalankan penyelidikan yang lebih terperinci di bawah tajaan
Syarikat I`ExCeL Sdn. Bhd.
       Hasil penyelidikan dengan kerjasama pakar dari Universiti Sains Malaysia dan
peralatan teknologi tinggi dari Institut Genom Malaysia, wakil penyelidikan telah menguji
Green Plate dengan beberapa ujian kualiti. Ujian yang dijalankan ialah :


                            Ujian bahan pelekat yang sesuai
                            Ujian bahan pengawet yang sesuai
                            Ujian ketahanan haba
                            Ujian pemilihan daun yang sesuai
                            Ujian ketahanan beban


Kesemua ujian ini dilaksanakan untuk memastikan produk yang terhasil berkualiti dan
inovatif. Penghasilan produk ini telah dijadikan sebagai produk kreatif di Pertandingan
Inovasi Sains dan Rekacipta Kejuruteraan Peringkat Kebangsaan SBP di Sekolah
Menengah Sains Machang. Produk kreatif tersebut telah diiktiraf menerima anugerah
Gangsa dalam pertandingan tersebut.
       Produk tersebut juga mendapat pujian kerana mereka berjaya menghasilkan produk
yang bebas pencemaran dan menjimatkan kos pengeluaran.
PRODUK BERKUALITI TEKNOLOGI HIJAU




PROSES PENGELUARAN PRODUK
SPESIFIKASI PRODUK
Spesifikasi produk ini ialah satu produk yang unik yang dihasilkan dan mempunyai nilai
estatika yang tersendiri dengan rekaan-rekaan yang cantik serta menarik dengan hasil
kombinasi antara kreatif dan inovatif.
KAWALAN KUALITI
Kualiti sesuatu produk merupakan aspek yang amat penting bagi menghasilkan sesuatu
produk yang berkualiti. Segala prosedur untuk menghasilkan produk perlu diikut dan
dipatuhi. Ianya bermula dari pengumpulan bahan, mereka bentuk, penghasilan sehingga
produk tersebut siap untuk dipasarkan.


KOS DAN MATLAMAT KEUNTUNGAN
Bagi produk ini ia melibatkan kos yang sederhana dan memerlukan tenaga kerja yang begitu
minimum. Selain itu, kos yang diambil kira tidak termasuk dengan kos untuk memasarkan ke
peringkat yang lebih luas.


TEKNIK-TEKNIK PENGELUARAN
Syarikat I`ExCeL telah menghasilkan produk kreatif ini dengan mengunakan 4M 1E. Teknik
tersebut adalah:


       MATERIAL : Setiap produk yang dijalankan mestilah daripada material yang
        terbaik. Produk yang dihasilkan dalam bentuk yang fleksibel dan boleh
        dikomersialkan.
       MAN POWER : Setiap perkhidmatan atau produk yang dihasilkan mestilah
        mempunya tenaga kerja agar dapat penghasilan produk berjalan dengan lancar
        dan memenuhi justifikasi.
       METHOD : Produk yang dihasilkan mempunyai kaedah yang tersedia supaya
        mengelakkan berlaku kesilapan dan mengelakkan berlakunya sebarang kerugian.
       MACHINERY : Produk yang dijalankan mesti mempunyai kelengkapan alat yang
        lengkap supaya penghasilan tidak akan berlaku sebarang gangguan dan
        pembaziran masa.
       ENVIRONMENT : Persekitaran tempat penghasilan produk yang selesa, aman dan
        bersih akan menmbulkan suasana yang ceria dan persekitaran yang kondusif bagi
        penghasilan produk.
7.12   LAPORAN PERKHIDMATAN TERBAIK
Perkhidmatan terbaik dipilih daripada keseluruhan perkhidmatan yang telah
dijalankan sepanjang operasi syarikat pada tahun beroperasi. Aspek pemilihan
perkhidmatan terbaik adalah berdasarkan perkara-perkara berikut :
KEUNTUNGAN YANG DIPEROLEHI
       Syarikat mensasarkan keuntungan sebelum perkhidmatan dijalankan dengan
       mencapai sebanyak 50% peratus keuntungan.
SAMBUTAN YANG MENGGALAKKAN
       Perkhidmatan yang mampu menarik minat semua lapisan masyarakat dan mendapat
       sambutan .
FAEDAH KEPADA KEPADA KEDUA-DUA PIHAK
       Pelanggan memperolehi kepuasan yang diharapkan dan mencapai objektif projek
       manakala syarikat mendapat pulangan yang lumayan.


PERKHIDMATAN TERBAIK Syarikat I’ExCeL SDN. BHD.


Perkhidmatan I`ExCeL SPORTS dipilih sebagai perkhidmatan terbaik kerana ianya telah
mencapai aspek pemilihan perkhidmatan terbaik. Perkhidmatan ini merupakan satu perkara
yang menarik yang unik dalam dunia perniagaan memandangkan beberapa orang ahli
dalam syarikat adalah pemain yang berkemahiran dalam sukan bola keranjang dan
permainan bowling. Memberi kelebihan kepada syarikat untuk menjalankan perkhidmatan
tersebut. Berikut adalah fakta menarik mengenai Perkhidmatan I`ExCeL SPORTS,
      Perkhidmatan I`ExCeL SPORTS tersebut merangkumi beberapa projek sukan yang
       dilaksanakan dalam satu program perkhidmatan.
      Masyarakat kini aktif dalam sukan dan rekreasi untuk kesihatan dan kecergasan
       tubuh badan.
      Lebih ramai pelajar bergiat aktif dalam sukan minoriti seperti boling dan bola
       keranjang.
      Permainan minoriti kurang diminati dikalangan rakyat tempatan dan boleh
       diperkembangkan.
      Menjadi pilihan strategik dimana kurang persatuan dan badan berorganisasi
       menganjurkan aktiviti/program ini.
Pelaksanaan projek
       Dalam melaksanakan perkhidmatan I`ExCeL SPORTS ini memerlukan perancangan
yang teliti dan rapi. Pihak syarikat telah mendapatkan khidmat nasihat daripada guru yang
berkemahiran dalam pemainan boling. Selain itu,Syarikat juga mendapatkan bantuan
daripada jurulatih pasukan bola keranjang perempuan Seratas iaitu Encik Goh Chai Sin
untuk menjadi
tenaga pengajar di dalam sukan bola keranjang. Tidak dilupakan,Syarikat juga turut
mengadakan pertemuan bersama Puan Rahimah binti Mohd Sura untuk mendapatkan
nasihat dan pandangan daripada beliau.
       Pengurus Pengeluaran bersama-sama sekretriat di bawah Jabatan Pengeluaran
telah berbincang dan merangka strategi dalam melaksanakan projek tersebut. Setiap sukan
tersebut mempunyai 3 perkara utama yang akan dilaksanakan. Bagi permainan bola
keranjang Jabatan Pengeluaran mempunyai 3 aktiviti iaitu mengadakan klinik Young
Talent,menganjurkan pertandingan 3 On 3 dan Kem Play For Fun.Permainan boling juga
mempunyai 3 aktiviti iaitu klinik boling,menganjurkan pertandingan boling dan mengadakan
pakej Smart untuk warga Sekolah Menengah Sains Raja Tun Azlan Shah.
       Pihak syarikat telah berusaha memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada para
pelanggan supaya mendapat kepuasan dan keseronokan. Perancangan yang tersusun telah
diadakan sebelum sesuatu aktiviti dijalankan bagi mengelakkan berlakunya sebarang
masalah. Pihak syarikat juga menetapkan keuntungan yang perlu dicapai dalam setiap
aktiviti yang dijalankan.
       Perkhidmatan I`ExCeL SPORTS dibahagikan kepada Projek Sukan Bola Keranjang
dan Projek Sukan Boling.

       Projek Sukan Bola Keranjang                      Projek Sukan Boling
             Klinik Young Talent                             Klinik Boling
             3 On 3 Competition                          Bowling Tournament
             Kem “Play For Fun”                         Pakej “Smart Bowling’’
I`ExCeL SPORTS


          Projek Sukan Bola Keranjang                      Projek Sukan Boling



                  Klinik Young Talent                          Klinik Boling
                3 On 3 Competitions                        Bowling Tournament
                  Kem “Play For Fun”                      Pakej “Smart Bowling”


PROJEK SUKAN BOLA KERANJANG
KLINIK YOUNG TALENT
Kumpulan Sasaran :
   -   Pelajar sekolah menengah bawah 18 tahun
Objek tif Program :
   -   memberi pendedahan awal kepada pelajar-pelajar mengenai sukan bola keranjang
       yang semakin diminati ramai.
   -   mencungkil bakat-baru dalam sukan bola keranjang untuk menyertai pertandingan di
       peringkat yang lebih tinggi.
Latarbelakang Program :
       Hari            :Sabtu
       Tempat          : SMK (P) Treacher Methodist
       Masa            : 9.00 pagi hingga 5.00 petang
       Pengajar        : Encik Goh Chai Sin
                        Encik Kamal Bin Bahari
       Bayaran Penyertaan : RM 30.00 / seorang
Impak Program :
   -   Mengetahui dengan lebih mendalam mengenai sukan bola keranjang
   -   Mempunyai asas-asas dalam sukan bola keranjang
   -   Berpeluang mewakili pasukan sekolah dalam permainan bola keranjang
3 ON 3 COMPETITIONS
Kumpulan Sasaran :
   -   Pelajar-pelajar Sekolah Menengah Sains Raja Tun Azlan Shah
Objektif Program :
   -   Mengasah bakat-bakat pelajar dalam sukan bola keranjang
   -   Melatih pasukan bola keranjang yang sudah ada supaya bersedia menghadapi
       pelbagai situasi perlawanan.
   -   Menerapkan bakat-bakat muda dalam pasukan sekolah
Latarbelakang Program :
Tempoh Program : 2 hari
Tempat : Gelanggang Bola Keranjang, SERATAS
Masa : 8.00 pagi – 4.00 petang
Bayaran Penyertaan : RM 30.00 / kumpulan


Impak Program :
   -   Membina semangat berpasukan
   -   Memilih pemain untuk mewakili SERATAS


KEM “PLAY FOR FUN”
Kumpulan Sasaran :
   -   Pelajar-pelajar Sekolah Menengah Sains Raja Tun Azlan Shah
Objektif Program :
   -   memupuk semangat jati diri pelajar
   -   mendedahkan pelajar kepada dunia luar
Latarbelakang Program :
       Tempoh Program        :        3 hari 2 malam
       Tempat Program        :        Bukit Larut
       Bayaran Penyertaan :           RM 5.00
Impak Program :
   -   Jati diri pelajar semakin meningkat
   -   Berani menyahut sebarang tugasan yang diberikan oleh mana-mana pihak.
   -   Bersikap lebih proaktif dan effisien dalam setiap pekerjaan yang dilakukan.
PROJEK SUKAN BOLING
KLINIK BOLING
Kumpulan Sasaran
   -   Pelajar dan badan berorganisasi
Objektif Program
   -   Memberi pendedahan mengenai dunia sukan boling
   -   Peserta diajar cara permainan yang betul
Latar Belakang Program
Tempoh Program:      Satu hari
Tempat Program:      Pusat Boling Taiping
Bayaran Penyertaan: RM 15.00 / Seorang
Impak Program
   -   Peserta diberi pendedahan mengenai sukan boling
   -   Mengetahui teknik permainan yang betul


BOWLING TOURNAMENT
Kumpulan Sasaran
   -   Pelajar dan badan berorganisasi
Objektif Program
   -   Mencari bakat-baru dalam sukan boling.
   -   Mencari pelapis untuk pasukan boling Seratas
Latar Belakang Program
Tempoh Program:      1 Hari
Tempat Program:      Pusat Boling Taiping
Bayaran Penyertaan: RM 20.00 / Seorang
Impak Program
   -   Pemain pelapis untuk pasukan boling telah diserapkan
   -   Menanam semangat kesukanan dalam diri pemain
   -   Pemenang dapat mewakili sekolah dalam pertandingan.
PAKEJ SMART BOWLING
Kumpulan Sasaran
   -   Pelajar,masyarakat sekitar Taiping
Objektif Program
   -   Menarik minat untuk bermain boling
   -   Memudahkan urusan permainan
   -   Memberi keselesaan dalam pasukan yang ingin bermain
Latar Belakang Program
       Tempoh Program:      Bulan 3 hingga bulan 8
       Tempat Program:      Pusat Boling Taiping
       Bayaran Penyertaan: Pakej A / RM 250
                            Pakej B / RM 150
Impak Program
   -   Pemain dapat berurusan dengan lebih cepat
   -   Menarik lebih ramai badan berkumpulan untuk memilih Pakej Smart
   -   Pemain dapat menikmati pakej yang ditawarkan dengan harga yang berpatutan.
7.13       PENGESAHAN

           Pelaksanaan produk dan perkhidmatan yang dijalankan bergantung kepada pelbagai
aspek dari segi material,kerjasama ahli dan strategi perniagaa yang effektif.                       Syarikat
I`ExCeL         telah      membuktikan              keberkesanan   dengan   berjya   melaksanakan    semua
perkhidmatan dengan jayanya dan penghasilan produk kreatif telah berjaya mendapat
pelbagai kejayaan.

           Dari sudut pengawalan kos,syarikat telah berjaya mengelakkan daripada berhutang
dengan mana-mana pihak dan keuntungan yang melebihi sasaran yang telah ditetapkan.
Syarikat juga tidak mengalami sebarang kerugian dan operasi perniagaan dapat berjalan
dengan lancar.

           Semua ahli syarikat telah menjalankan semua tugas yang telah dibahagikan
mengikut jabatan masing-masing dengan penuh dedikasi dan komited dalam memastikan
semua perkhidmatan berjalan dengan baik. Semua ahli menunjukkan disiplin yang terbaik
dan berjaya mewujudkan semangat keusahawanan dalam diri masing-masing.

           Secara amnya,Syarikat I`ExCeL telah berjaya menjalankan semua perkhidmatan
yang dirancang dengan teratur dan berkesan. Proses penghasilan produk kreatif juga
tersedia dengan baik dan berjaya memenuhi kriteria yang telah ditetapkan. Ini membuktikan
seluruh warga kerja Syarikat I`ExCeL mempnyai sistem pengurusan dan operasi perniagaan
yang bersikap professional dalam perniagaan.




Disediakan oleh,




.................................................
(NURULHUDA BINTI HASHIM)
Pengurus Pengeluaran
Syarikat I`ExCeL Sdn Bhd.

Más contenido relacionado

La actualidad más candente

Kertas kerja majlis berbuka puasa sk hulu bernam 2015
Kertas kerja majlis berbuka puasa sk hulu bernam 2015Kertas kerja majlis berbuka puasa sk hulu bernam 2015
Kertas kerja majlis berbuka puasa sk hulu bernam 2015Mohd Zaki
 
12631262 contoh-kertas-kerja-rancangan-perniagaan-projek-tanaman-cili-secara-...
12631262 contoh-kertas-kerja-rancangan-perniagaan-projek-tanaman-cili-secara-...12631262 contoh-kertas-kerja-rancangan-perniagaan-projek-tanaman-cili-secara-...
12631262 contoh-kertas-kerja-rancangan-perniagaan-projek-tanaman-cili-secara-...AlFakir Fikri AlTakiri
 
Kertas cadangan hari terbuka pkg ampgn
Kertas cadangan hari terbuka pkg ampgnKertas cadangan hari terbuka pkg ampgn
Kertas cadangan hari terbuka pkg ampgnKhairul Afiqah
 
Laporan program keseluruhan
Laporan program keseluruhanLaporan program keseluruhan
Laporan program keseluruhanFaten Norfatihah
 
Hari alam sekitar
Hari alam sekitarHari alam sekitar
Hari alam sekitarSara Zaleha
 
Perkhidmatan kepada pelanggan(dr lee edited)
Perkhidmatan kepada pelanggan(dr lee edited)Perkhidmatan kepada pelanggan(dr lee edited)
Perkhidmatan kepada pelanggan(dr lee edited)Lee Oi Wah
 
Topik 4 Kos (costing)
Topik 4   Kos (costing)Topik 4   Kos (costing)
Topik 4 Kos (costing)Ayubkhan Kks
 
Intro perolehan
Intro perolehanIntro perolehan
Intro perolehanaimm reka
 
DEFINISI DAN KEPENTINGAN PENGURUSAN
DEFINISI DAN KEPENTINGAN PENGURUSANDEFINISI DAN KEPENTINGAN PENGURUSAN
DEFINISI DAN KEPENTINGAN PENGURUSANCkg Nizam
 
Slide penyediaan rp penuh (Rancangan Perniagaan)
Slide penyediaan rp penuh (Rancangan Perniagaan) Slide penyediaan rp penuh (Rancangan Perniagaan)
Slide penyediaan rp penuh (Rancangan Perniagaan) Said Hafiz
 
Senarai tugas bendahari & carta alir tugas
Senarai tugas bendahari & carta alir tugasSenarai tugas bendahari & carta alir tugas
Senarai tugas bendahari & carta alir tugasNur Bahari
 
contoh kertas kerja majlis apresiasi sekolah
contoh kertas kerja majlis apresiasi sekolahcontoh kertas kerja majlis apresiasi sekolah
contoh kertas kerja majlis apresiasi sekolahPhunsukh Wangdu
 
Kertas kerja jom hidup sihat
Kertas kerja jom hidup sihatKertas kerja jom hidup sihat
Kertas kerja jom hidup sihatMuhd Tarmizi
 
Laporan kewangan
Laporan kewanganLaporan kewangan
Laporan kewanganArDah ZyEd
 
13 panduan tugas
13 panduan tugas13 panduan tugas
13 panduan tugasSMTKK
 
Perniagaan Bakeri
Perniagaan BakeriPerniagaan Bakeri
Perniagaan Bakeriaasyiqin
 
Kreativiti dan inovasi dalam keusahawanan
Kreativiti dan inovasi dalam keusahawananKreativiti dan inovasi dalam keusahawanan
Kreativiti dan inovasi dalam keusahawananSyahremie Teja
 
Kertas kerja pertandingan mencungkil bakat murid 2018
Kertas kerja  pertandingan mencungkil bakat murid 2018Kertas kerja  pertandingan mencungkil bakat murid 2018
Kertas kerja pertandingan mencungkil bakat murid 2018Jagan Arumugam
 
Fail meja & manual prosedur kerja
Fail meja & manual prosedur kerjaFail meja & manual prosedur kerja
Fail meja & manual prosedur kerjaPPD HULU SELANGOR
 

La actualidad más candente (20)

Kertas kerja majlis berbuka puasa sk hulu bernam 2015
Kertas kerja majlis berbuka puasa sk hulu bernam 2015Kertas kerja majlis berbuka puasa sk hulu bernam 2015
Kertas kerja majlis berbuka puasa sk hulu bernam 2015
 
12631262 contoh-kertas-kerja-rancangan-perniagaan-projek-tanaman-cili-secara-...
12631262 contoh-kertas-kerja-rancangan-perniagaan-projek-tanaman-cili-secara-...12631262 contoh-kertas-kerja-rancangan-perniagaan-projek-tanaman-cili-secara-...
12631262 contoh-kertas-kerja-rancangan-perniagaan-projek-tanaman-cili-secara-...
 
Kertas cadangan hari terbuka pkg ampgn
Kertas cadangan hari terbuka pkg ampgnKertas cadangan hari terbuka pkg ampgn
Kertas cadangan hari terbuka pkg ampgn
 
Laporan program keseluruhan
Laporan program keseluruhanLaporan program keseluruhan
Laporan program keseluruhan
 
Hari alam sekitar
Hari alam sekitarHari alam sekitar
Hari alam sekitar
 
Perkhidmatan kepada pelanggan(dr lee edited)
Perkhidmatan kepada pelanggan(dr lee edited)Perkhidmatan kepada pelanggan(dr lee edited)
Perkhidmatan kepada pelanggan(dr lee edited)
 
Topik 4 Kos (costing)
Topik 4   Kos (costing)Topik 4   Kos (costing)
Topik 4 Kos (costing)
 
Intro perolehan
Intro perolehanIntro perolehan
Intro perolehan
 
7 contoh rancangan perniagaan
7   contoh rancangan perniagaan7   contoh rancangan perniagaan
7 contoh rancangan perniagaan
 
DEFINISI DAN KEPENTINGAN PENGURUSAN
DEFINISI DAN KEPENTINGAN PENGURUSANDEFINISI DAN KEPENTINGAN PENGURUSAN
DEFINISI DAN KEPENTINGAN PENGURUSAN
 
Slide penyediaan rp penuh (Rancangan Perniagaan)
Slide penyediaan rp penuh (Rancangan Perniagaan) Slide penyediaan rp penuh (Rancangan Perniagaan)
Slide penyediaan rp penuh (Rancangan Perniagaan)
 
Senarai tugas bendahari & carta alir tugas
Senarai tugas bendahari & carta alir tugasSenarai tugas bendahari & carta alir tugas
Senarai tugas bendahari & carta alir tugas
 
contoh kertas kerja majlis apresiasi sekolah
contoh kertas kerja majlis apresiasi sekolahcontoh kertas kerja majlis apresiasi sekolah
contoh kertas kerja majlis apresiasi sekolah
 
Kertas kerja jom hidup sihat
Kertas kerja jom hidup sihatKertas kerja jom hidup sihat
Kertas kerja jom hidup sihat
 
Laporan kewangan
Laporan kewanganLaporan kewangan
Laporan kewangan
 
13 panduan tugas
13 panduan tugas13 panduan tugas
13 panduan tugas
 
Perniagaan Bakeri
Perniagaan BakeriPerniagaan Bakeri
Perniagaan Bakeri
 
Kreativiti dan inovasi dalam keusahawanan
Kreativiti dan inovasi dalam keusahawananKreativiti dan inovasi dalam keusahawanan
Kreativiti dan inovasi dalam keusahawanan
 
Kertas kerja pertandingan mencungkil bakat murid 2018
Kertas kerja  pertandingan mencungkil bakat murid 2018Kertas kerja  pertandingan mencungkil bakat murid 2018
Kertas kerja pertandingan mencungkil bakat murid 2018
 
Fail meja & manual prosedur kerja
Fail meja & manual prosedur kerjaFail meja & manual prosedur kerja
Fail meja & manual prosedur kerja
 

Destacado

contoh projek keusahawanan
contoh projek keusahawanancontoh projek keusahawanan
contoh projek keusahawanan92 degrees
 
Tugasan keusahawanan individu
Tugasan keusahawanan individuTugasan keusahawanan individu
Tugasan keusahawanan individuHafizzah Kudus
 
slide laporan perniagaan
slide laporan perniagaanslide laporan perniagaan
slide laporan perniagaanHafizzah Kudus
 
Laporan aktiviti minggu keusahawanan(1) (1)
Laporan aktiviti minggu keusahawanan(1) (1)Laporan aktiviti minggu keusahawanan(1) (1)
Laporan aktiviti minggu keusahawanan(1) (1)nuraida95
 
Kerja kursus Asas Perniagaan dan Keusahawanan
Kerja kursus Asas Perniagaan dan KeusahawananKerja kursus Asas Perniagaan dan Keusahawanan
Kerja kursus Asas Perniagaan dan KeusahawananSherly Jewinly
 
Rancangan pengeluaran atau operasi pengajian perniagaan
Rancangan pengeluaran atau operasi pengajian perniagaanRancangan pengeluaran atau operasi pengajian perniagaan
Rancangan pengeluaran atau operasi pengajian perniagaanFlowers Girls Mainie
 

Destacado (6)

contoh projek keusahawanan
contoh projek keusahawanancontoh projek keusahawanan
contoh projek keusahawanan
 
Tugasan keusahawanan individu
Tugasan keusahawanan individuTugasan keusahawanan individu
Tugasan keusahawanan individu
 
slide laporan perniagaan
slide laporan perniagaanslide laporan perniagaan
slide laporan perniagaan
 
Laporan aktiviti minggu keusahawanan(1) (1)
Laporan aktiviti minggu keusahawanan(1) (1)Laporan aktiviti minggu keusahawanan(1) (1)
Laporan aktiviti minggu keusahawanan(1) (1)
 
Kerja kursus Asas Perniagaan dan Keusahawanan
Kerja kursus Asas Perniagaan dan KeusahawananKerja kursus Asas Perniagaan dan Keusahawanan
Kerja kursus Asas Perniagaan dan Keusahawanan
 
Rancangan pengeluaran atau operasi pengajian perniagaan
Rancangan pengeluaran atau operasi pengajian perniagaanRancangan pengeluaran atau operasi pengajian perniagaan
Rancangan pengeluaran atau operasi pengajian perniagaan
 

Similar a Laporan pengurus pengeluaran

Laporan pengurus pentadbiran
Laporan pengurus pentadbiranLaporan pengurus pentadbiran
Laporan pengurus pentadbiranandromendas
 
Anugerah guru pembimbing
Anugerah  guru pembimbingAnugerah  guru pembimbing
Anugerah guru pembimbingaynNUR
 
Present inovasi dan reka cipta
Present inovasi dan reka ciptaPresent inovasi dan reka cipta
Present inovasi dan reka ciptasya dien
 
Laporan pengurus pemasaran
Laporan pengurus pemasaranLaporan pengurus pemasaran
Laporan pengurus pemasaranandromendas
 
Buku perancangan ipgkti 2016
Buku perancangan ipgkti 2016Buku perancangan ipgkti 2016
Buku perancangan ipgkti 2016uhisyam sriib
 
PANDUAN PENASIHAT PUM MARA
PANDUAN PENASIHAT PUM MARAPANDUAN PENASIHAT PUM MARA
PANDUAN PENASIHAT PUM MARAZainab Arshad
 
Laporan mmp(print)
Laporan mmp(print)Laporan mmp(print)
Laporan mmp(print)Alyn_94
 
Assignment edu3093 (Guru dan Cabaran Semasa)
Assignment edu3093 (Guru dan Cabaran Semasa)Assignment edu3093 (Guru dan Cabaran Semasa)
Assignment edu3093 (Guru dan Cabaran Semasa)Sherly Jewinly
 
Bahan kepimpinan pemimpin pelapis
Bahan kepimpinan pemimpin pelapisBahan kepimpinan pemimpin pelapis
Bahan kepimpinan pemimpin pelapisMulyanto Tejokusumo
 
Refleksi Bina Insan Guru - Bench Marking
Refleksi Bina Insan Guru - Bench MarkingRefleksi Bina Insan Guru - Bench Marking
Refleksi Bina Insan Guru - Bench MarkingRidhuan As-Siddiq
 
Fail mejakaunselingsk seriutama
Fail mejakaunselingsk seriutamaFail mejakaunselingsk seriutama
Fail mejakaunselingsk seriutamaAffyz Ibnu Ibrahim
 
FAIL MEJA GURU PRASEKOLAH FYA.doc
FAIL MEJA GURU PRASEKOLAH FYA.docFAIL MEJA GURU PRASEKOLAH FYA.doc
FAIL MEJA GURU PRASEKOLAH FYA.docMohdSaidZakaria
 
Refleksi bina-insan-guru-bench-marking
Refleksi bina-insan-guru-bench-markingRefleksi bina-insan-guru-bench-marking
Refleksi bina-insan-guru-bench-markingHabibah Abdullah
 
Laporan akhir hp pemikiran kritikal, penyelesaian masalah dan pendekatan sain...
Laporan akhir hp pemikiran kritikal, penyelesaian masalah dan pendekatan sain...Laporan akhir hp pemikiran kritikal, penyelesaian masalah dan pendekatan sain...
Laporan akhir hp pemikiran kritikal, penyelesaian masalah dan pendekatan sain...Ct Safiyah
 
Anugerah produk terbaik
Anugerah produk terbaikAnugerah produk terbaik
Anugerah produk terbaikaynNUR
 

Similar a Laporan pengurus pengeluaran (20)

Laporan pengurus pentadbiran
Laporan pengurus pentadbiranLaporan pengurus pentadbiran
Laporan pengurus pentadbiran
 
Anugerah guru pembimbing
Anugerah  guru pembimbingAnugerah  guru pembimbing
Anugerah guru pembimbing
 
Present inovasi dan reka cipta
Present inovasi dan reka ciptaPresent inovasi dan reka cipta
Present inovasi dan reka cipta
 
Laporan pengurus pemasaran
Laporan pengurus pemasaranLaporan pengurus pemasaran
Laporan pengurus pemasaran
 
Buku perancangan ipgkti 2016
Buku perancangan ipgkti 2016Buku perancangan ipgkti 2016
Buku perancangan ipgkti 2016
 
PANDUAN PENASIHAT PUM MARA
PANDUAN PENASIHAT PUM MARAPANDUAN PENASIHAT PUM MARA
PANDUAN PENASIHAT PUM MARA
 
Laporan mmp(print)
Laporan mmp(print)Laporan mmp(print)
Laporan mmp(print)
 
PBS PP STPM PENGGAL 3
PBS PP STPM PENGGAL 3PBS PP STPM PENGGAL 3
PBS PP STPM PENGGAL 3
 
Assignment edu3093 (Guru dan Cabaran Semasa)
Assignment edu3093 (Guru dan Cabaran Semasa)Assignment edu3093 (Guru dan Cabaran Semasa)
Assignment edu3093 (Guru dan Cabaran Semasa)
 
Bahan kepimpinan pemimpin pelapis
Bahan kepimpinan pemimpin pelapisBahan kepimpinan pemimpin pelapis
Bahan kepimpinan pemimpin pelapis
 
Big fasa 6
Big fasa 6Big fasa 6
Big fasa 6
 
Refleksi Bina Insan Guru - Bench Marking
Refleksi Bina Insan Guru - Bench MarkingRefleksi Bina Insan Guru - Bench Marking
Refleksi Bina Insan Guru - Bench Marking
 
Program i-THINK
Program i-THINKProgram i-THINK
Program i-THINK
 
Fail mejakaunselingsk seriutama
Fail mejakaunselingsk seriutamaFail mejakaunselingsk seriutama
Fail mejakaunselingsk seriutama
 
FAIL MEJA GURU PRASEKOLAH FYA.doc
FAIL MEJA GURU PRASEKOLAH FYA.docFAIL MEJA GURU PRASEKOLAH FYA.doc
FAIL MEJA GURU PRASEKOLAH FYA.doc
 
Refleksi bina-insan-guru-bench-marking
Refleksi bina-insan-guru-bench-markingRefleksi bina-insan-guru-bench-marking
Refleksi bina-insan-guru-bench-marking
 
Laporan akhir hp pemikiran kritikal, penyelesaian masalah dan pendekatan sain...
Laporan akhir hp pemikiran kritikal, penyelesaian masalah dan pendekatan sain...Laporan akhir hp pemikiran kritikal, penyelesaian masalah dan pendekatan sain...
Laporan akhir hp pemikiran kritikal, penyelesaian masalah dan pendekatan sain...
 
Anugerah produk terbaik
Anugerah produk terbaikAnugerah produk terbaik
Anugerah produk terbaik
 
QCC Creative & Innovative Circle
QCC Creative & Innovative CircleQCC Creative & Innovative Circle
QCC Creative & Innovative Circle
 
Fail meja ubk
Fail meja ubkFail meja ubk
Fail meja ubk
 

Más de andromendas

Laporan pengurus besar
Laporan pengurus besarLaporan pengurus besar
Laporan pengurus besarandromendas
 
SPM FAVOURITE QUESTIONS
SPM FAVOURITE QUESTIONSSPM FAVOURITE QUESTIONS
SPM FAVOURITE QUESTIONSandromendas
 
Group work rate of reaction
Group work rate of reactionGroup work rate of reaction
Group work rate of reactionandromendas
 
Group work rate of reaction
Group work rate of reactionGroup work rate of reaction
Group work rate of reactionandromendas
 
Chemistry perfect score module 2010
Chemistry perfect score module 2010Chemistry perfect score module 2010
Chemistry perfect score module 2010andromendas
 
Chemistry perfect score module 2010 answer scheme
Chemistry perfect score module 2010 answer schemeChemistry perfect score module 2010 answer scheme
Chemistry perfect score module 2010 answer schemeandromendas
 

Más de andromendas (9)

Pre test2
Pre test2Pre test2
Pre test2
 
Guru pengelola
Guru pengelola Guru pengelola
Guru pengelola
 
Laporan pengurus besar
Laporan pengurus besarLaporan pengurus besar
Laporan pengurus besar
 
SPM FAVOURITE QUESTIONS
SPM FAVOURITE QUESTIONSSPM FAVOURITE QUESTIONS
SPM FAVOURITE QUESTIONS
 
Calculation
CalculationCalculation
Calculation
 
Group work rate of reaction
Group work rate of reactionGroup work rate of reaction
Group work rate of reaction
 
Group work rate of reaction
Group work rate of reactionGroup work rate of reaction
Group work rate of reaction
 
Chemistry perfect score module 2010
Chemistry perfect score module 2010Chemistry perfect score module 2010
Chemistry perfect score module 2010
 
Chemistry perfect score module 2010 answer scheme
Chemistry perfect score module 2010 answer schemeChemistry perfect score module 2010 answer scheme
Chemistry perfect score module 2010 answer scheme
 

Laporan pengurus pengeluaran

  • 1.
  • 2. 7.0 LAPORAN PENGURUS PENGELUARAN 7.1 Profil Pengurus Pengeluaran CIK NURULHUDA BINTI HASHIM Pengurus Pengeluaran bermula 4 Februari 2010 Cik Nurulhuda binti Hashim, warganegara Malaysia, berumur 16 tahun, telah dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah pada 4 Februari 2010 dan ialah Pengurus Pengeluaran I`ExCeL Sdn Bhd. bermula dari 4 Februari hingga 31 Oktober 2010.Pada masa ini beliau memegang jawatan sebagai Pengurus Pengeluaran. Sebelum ini beliau menjawat sebagai Pengawas Pusat Sumber Sekolah sejak 2007 dan memegang jawatan sebagai penolong ketua biro akses dan dokumentasi. Diberi kepercayaan selaku Ketua Asrama pada tahun 2008. Beliau telah dilantik sebagai Pengawas Sekolah dan memegang jawatan sebagai setiausaha biro Protokol. Pada mulanya mendapat jawatan selaku Penolong Ketua Asrama Terbilang dan akhirnya mendapat jawatan sebagai Ketua Asrama Terbilang sehingga pada tahun 2009. Beliau mengembangkan penglibatan dalam bidang perniagaan apabila telah dipilih untuk mengikuti lawatan sosial ke Jepun dalam program Japanese Exchange Network for Youth and Students (Jenesys). Beliau telah diberi pendedahan mengenai dunia keusahawanan yang telah berkembang pesat di negara Jepun. Di sana,beliau telah didedahkan mengenai perniagaan pinggan yang berkembang maju. Selain itu,beliau telah mengadakan lawatan bersama ahli-ahli lembaga syarikat ke Mariwasa di Kuala Kangsar yang mendedahkan mereka mengenai pembuatan pinggan dan hiasan yang berunsurkan pelbagai motif alam. Beliau juga telah menubuhkan kumpulan penyelidikan dan pembangunan (R&D) dalam pembuatan pinggan yang berunsurkan mesra alam. Beliau telah berjaya merangkul beberapa kejayaan di sepanjang kerjayanya. Beliau telah berjaya mendapat johan pertandingan bola keranjang sejak tahun 2007 hingga tahun
  • 3. 2010 dan berjaya melayakkan diri hingga ke peringkat kebangsaan. Beliau juga telah menyertai pertandingan Olympiad Mathematics dan memperoleh sehingga gred 7. Di samping itu,beliau telah mendapat anugerah tokoh nilam peringkat sekolah dan johan Nilam peringkat daerah pada tahun 2009. Beliau telah menyertai Pertandingan Catur Bestari peringkat negeri Perak dan berjaya melayakkan diri ke Pertandingan Catur Bestari Peringkat Kebangsaan pada tahun 2010.
  • 4. SIJIL DAN PENGHARGAAN YANG DIPEROLEHI Sijil Penyertaan Kursus Kecemerlangan Ahli Lembaga Pengarah Sijil Penyertaan Kursus Penyediaan Laporan dan Pembentangan Syarikat Sijil Kepimpinan sebagai Pengawas Pusat Sumber
  • 5. Sijil Penyertaan Program Keusahawanan Sijil Kokurikulum dan Program Pengantarabangsaan
  • 6. 7.2 Semanis Bicara dari Pengurus Pengeluaran Bersyukur ke hadrat Illahi kerana dengan izinnya dapat saya memikul tanggungjawab selaku Pengurus Pengeluaran Syarikat I`ExCeL Sdn. Bhd. Sepanjang syarikat mula beroperasi pada 4 Februari 2010 dan berakhir pada 30 Oktober 2010. Saya telah menjalankan amanah yang telah diberikan dengan sebaiknya. Saya tidak akan dapat menjalankan tanggungjawab saya tanpa bantuan 4 orang Ahli Lembaga Pengarah syarikat yang lain yang berdiri teguh di belakang. Tanggungjawab saya yang paling penting adalah dalam memastikan perkhidmatan yang syarikat I`ExCeL jalankan berjaya mencapai gerak kerja yang telah ditetapkan. Saya menetapkan pembahagian tugas semua ahli syarikat dan perlu memastikan semua ahli menjalankan tugas masing-masing. Saya juga merupakan penggerak kepada pengeluaran produk kreatif. Setiap syarikat mempunyai impian dan sasaran untuk menghasilkan produk kreatif yang dapat menarik minat pelanggan mahupun pengguna. Saya telah bermusyawwarah bersama semua ahli syarikat dalam penghasilan produk kreatif ini. Syarikat I`ExCeL Sdn Bhd. telah berjaya menghasilkan produk kreatif yang diberi nama `Green Plate Technology’. Selain itu, tidak dilupakan, jasa-jasa guru Pengelola Encik Mohd Saharizal B Mohd Baharuddin dalam memberikan tunjuk ajar serta bimbingan kepada Ahli Lembaga Pengarah terutamanya dalam menguruskan syarikat. Tanpa kata-kata semangat dan bimbingan
  • 7. daripada beliau, sudah pasti syarikat ini tidak akan kukuh seperti yang dilihat hari ini. Terima kasih cikgu. Akhir pemanis kata, keusahawanan perlu dipupuk dari peringkat awal supaya negara tidak akan ketandusan dalam melahirkan usahawan-usahawan yang berjaya menerobos dunia perniagaan sehingga ke pasaran antarabangsa. Saya berpegang kepada persepsi perniagaan Khalifah Umar Al-Khattab yang mengatakan; ”Tempat yang paling aku suka sekali menemui ajalku selain daripada di medan jihad ialah di tempat di mana aku sedang berurusniaga mencari rezeki untuk menyara keluargaku’. Sekian,terima kasih. ………………………………….. (NURULHUDA BT HASHIM) Pengurus Penngeluaran, Syarikat I’ExCeL Sdn. Bhd.
  • 8. 7.3 TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB Pengurus Pengeluaran memikul tanggungjawab dan tugas yang mencabar dalam memastikan kelancaran dalam urusan perniagaan syarikat. Definisi pengeluaran boleh ditakrifkan dalam usaha mengeluarkan produk mahupun perkhidmatan yang mampu memenuhi keperluan,kehendak seiring dengan keperluan semasa. Persaingan di kalangan syarikat pengeluaran merupakan cabaran terbesar untuk memastikan produk pilihan adalah produk bermutu dan berkualiti tinggi. Oleh itu, Pengurus Pengeluaran perlu mempunyai sikap kreatif, kritis dan inovatif untuk mencipta produk dan menyelesaikan masalah pengguna. Antara tugas dan tanggungjawab Pengurus Pengeluaran adalah: MELANTIK SEKRETRIAT DALAM JABATAN PENGELUARAN Pengurus Pengeluaran membahagikan sekretriat kepada empat bidang iaitu 1) Ekstratif Sekretriat ditugaskan mencari bahan dan sumber yang digunakan untuk produk kreatif yang bakal dihasilkan. 2) Perkilangan Terdapat beberapa orang sekretriat ditugaskan untuk menghasilkan produk kreatif agar menjadi produk yang inovatif dan bermanfaat. 3) Perkhidmatan Pengurus Pengeluaran melakukan soal selidik dan mengadakan perkhidmatan bersama-sama sekretriat . 4) Pembinaan Proses pembinaan produk kreatif dilakukan dengan teliti dan berhati-hati agar menghasilkan produk yang bermutu dan berkualiti. MENGHASILKAN PRODUK KREATIF Pengurus Pengeluaran mengadakan perbincangan bersama ahli lembaga syarikat yang lain. Masing-masing memberi pendapat dan idea mengenai penghasilan produk kreatif. Satu kata sepakat dicapai antara ahli dan pelaksanaan produk kreatif akan dijalankan bagi memenuhi keperluan semasa.
  • 9. MERANCANG STRATEGI PERKHIDMATAN SYARIKAT Pengurus Pengeluaran perlu memikirkan strategi perkhidmatan yang terbaik bagi menarik minat pelanggan mahupun pengguna. Perkhidmatan yang terbaik akan memberi kepuasan kepada pelanggan dan akan menghasilkan keuntungan yang optima. MENINJAU PANDANGAN PELANGGAN UNTUK PEMILIHAN PRODUK Pengurus Pengeluaran mengadakan borang soal selidik untuk meninjau pandangan pelanggan dalam pemilihan produk. Jadi produk yang dihasilkan akan memberi manfaat yang berterusan dan akan menjadi produk yang akan digunakan hingga ke generasi yang seterusnya.
  • 10. 7.4 Penilaian Prestasi Syarikat PENETAPAN KEY PERFORMANCE INDEX (KPI) Sebagai seorang Pengurus Pengeluaran yang mempunyai wawasan dan matlamat sendiri, beliau sentiasa menetapkan halatuju syarikat dan sasaran yang perlu dicapai di akhir operasi syarikat. Melalui nasihat yang diberikan guru pengelola, beliau telah menetapkan sasaran tertentu dalam Key Performance Index (KPI) seorang Pengurus Pengeluaran syarikat sebagai Petunjuk Prestasi Utama yang perlu dicapai. Berikut adalah KPI yang ditetapkan hasil perbincangan dengan guru pengelola. KPI selaku Pengurus Pengeluaran - Melaksanakan Program Penyelidikan dan Inovasi Produk Kreatif - Menghasilkan produk kreatif yang berkualiti dan diiktiraf - Melaksanakan projek jualan dan perkhidmatan - Mengklasifikasikan projek perkhidmatan yang terbaik KEBERHASILAN KEY PERFORMANCE INDEX (KPI) Melalui pengambilan salah satu prinsip umum yang yang diterapkan guru pengelola iaitu “Cekal menghadapi masalah dan kesulitan (Preserverance in the face of adversity)”, beliau telah berjaya melaksanakan segala tugas seorang Pengurus Pengeluaran. Berikut merupakan rajah matlamat beserta keputusan Key Performance Index (KPI). MATLAMAT KEPUTUSAN CATATAN Melaksanakan Tercapai Pembiayaan 3 orang pelajar untuk menjalankan Program penyelidikan dan mendapatkan khidmat nasihat dan Penyelidikan dan tunjuk ajar dari segi kepakaran dan peralatan Inovasi Produk  Prof. Dr. Hanafi Ismail, Kreatif Universiti Sains Malaysia, Penang.  Prof. Dr. Hj Mohd Basyaruddin Bin Abdul Rahman, Institut Genom Malaysia Menghasilkan Tercapai Penghasilan produk kreatif iaitu Green Plate produk kreatif yang Technology yang telah berjaya memenangi berkualiti dan beberapa pertandingan. diiktiraf Melaksanakan Tercapai 8 projek Jualan dan Perkhidmatan telah terlaksana projek jualan dan sepanjang tempoh operasi perkhidmatan Mengklasifikasikan Tercapai Perkhidmatan I’ExCeL Sports merupakan projek perkhidmatan perkhidmatan terbaik Syarikat yang terbaik
  • 11. 7.5 ORGANISASI JABATAN PENGELUARAN CARTA ORGANISASI JABATAN PENGELUARAN SYARIKAT I`ExCeL SDN. BHD. KETUA JABATAN NURULHUDA BINTI HASHIM MUNIFAH BT. ABD AZIZ BAHAGIAN TEMPAHAN BAHAGIAN PENGHANTARAN AMMAR FAIDHI BIN AZAHAR NORZAININ ASYIKIN BT ZAINAL ABIDIN BAHAGIAN PEMROSESAN KHAIRAN SYAMIL BIN ZOLKEPLI BAHAGIAN PROMOSI BAHAGIAN JUALAN NURUL HIDAYATUL ADHA BINTI TAJRI ROZETA BINTI ASBULAH
  • 12. 7.6 PERANCANGAN DAN PROSES PENGELUARAN Sebelum sesuatu projek dilakukan,langkah pertama yang perlu diambil adalah satu perancangan yang sistematik dan teratur antara Ahli Lembaga Pengarah bersama-sama ahli syarikat bergabung tenaga menjana dan mengumpul idea-idea yang menarik. Pelaksanaan perkhidmatan dan projek dilakukan bersama-sama dengan menetapkan keuntungan dan meletakkan tanda aras untuk mencapai sasaran yang telah ditetapkan dan seterusnya memberikan keuntungan yang maksima sepanjang penubuhan syarikat pada tahun 2010. Langkah-langkah Proses Penyediaan Perkhidmatan yang dilaksanakan oleh syarikat I`EXCEL adalah seperti yang tertera dalam carta di bawah. Mengedar maklumat Menerima/mengesahkan penyertaan Pelaksanaan Aktiviti / Projek Kawalan Kos Perancangan Kualiti Penghasilan Produk dan Perkhidmatan Carta aliran operasi di atas menunjukkan secara kasar mengenai peranan yang dipikul oleh semua ahli syarikat dalam menghasilkan projek yang telah ditetapkan. Melalui carta tersebut semua ahli syarikat akan mendapat gambaran yang jelas mengenai projek yang ingin dilakukan. Carta ini akan memberi panduan kepada ahli syarikat untuk menjalankan perkhidmatan dan produk agar dapat berjalan dengan baik. Pengeluaran projek yang teratur dengan kos minimum serta perbincangan- perbincangan pemasaran yang berkesan dapat meringankan beban aktiviti pengeluaran. Projek-projek yang dijalankan memakan belanja yang sedikit tinggi. Namun dengan adanya
  • 13. bantuan daripada pihak-pihak yang turut memberikan sokongan,kos pengeluaran projek dapat diminimakan tetapi mutu penghasilan projek berada di tahap yang optima. Cara pembahagian tugas dijalankan dengan adil dan saksama. Tujuannya adalah memberi peluang kepada semua ahli untuk merasa tanggungjawab yang mencabar dan berlainan dalam setiap projek yang dijalankan. Secara tidak langsung,akan dapat meningkatkan produktiviti dalam pengeluaran projek tersebut. Semua ahli akan merasa kepuasan apabila projek yang dihasilkan berjaya mencapai keuntungan yang maksima. SKOP PENGELUARAN Sebagai seorang Pengurus Pengeluaran saya akan membentangkan keseluruhan projek yang terlibat dalam pengeluaran. Reka cipta didefinisikan sebagai suatu penghasilan produk yang kreatif ataupun pengubahsuaian sesuatu produk yang sedia ada menjadi yang lebih baik dan bermutu. Terciptanya sesuatu produk itu bermula daripada tercetusnya idea,proses pembelian bahan mentah, menetapkan alatan, proses dan inventori sesuatu projek sehinggalah projek berjaya dihasilkan. Segala butiran akan dibentangkan dalam bentuk carta, jadual atau graf bagi memudahkan penerangan kepada semua pihak. Projek-projek pengeluaran dibincangkan berdasarkan projek supaya segala maklumat dan hal-hal yang berkaitan dapat dijelaskan dengan lebih terperinci dan teliti. Terdapat 8 projek yang telah syarikat kendalikan bersama-sama ahli Syarikat I`ExCeL Sdn Bhd. Syarikat lebih mengutamakan perkhidmatan dalam syarikat. Sebanyak 3 perkhidmatan telah Syarikat jalankan dan selebihnya jualan dan aktiviti lain. Projek perkhidmatan lebih banyak memberi keuntungan dan memberi nilai yang tinggi kepada syarikat. Skop pengeluaran Syarikat I`EXCEL Sdn. Bhd.meliputi: o Cetusan idea o Kegunaan dan Kepentingan Produk/Projek o Pembentukan dan pengujian Produk o Keunikan dan Keistimewaan Produk/Projek o Proses pengeluaran o Inventori dan kawalan kos o Keuntungan Skop-skop pengeluaran ini akan diperincikan bagi setiap projek dan perkhidmatan yang dilakukan bagi memberikan mutu pengeluaran dan pengoperasian yang mantap dan efisien. Seterusnya dapat memberi kepuasan kepada pelanggan yang mendapatkan perkhidmatan mahupun membeli produk-produk yang dihasilkan oleh Syarikat. Setiap ahli
  • 14. syarikat dilatih dan diberi taklimat oleh Pengurus Pengeluaran agar segala prosedur produk penghasilan dipatuhi. CARTA ALIRAN PROSES PENGELUARAN Cetusan Idea Perancangan Projek Memohon Kelulusan Ahli Lembaga Pengarah Diluluskan Tidak Diluluskan Proses Pengeluaran Modifikasi Perancangan Sumber input Inventori Prosedur keluaran Kawalan kos Produk dijual Keunikan projek/produk Pembungkusan Barang siap RAKAN NIAGA DAN KERJASAMA Syarikat I`EXCEL juga sering mengadakan kerjasama bersama-sama syarikat luar lain yang banyak memberi sokongan terutama daripada segi bahan mentah dan perkongsian ilmu keusahawanan yang banyak memberi manfaat.
  • 15. Perniagaan dalam sesebuah syarikat tidak akan sepenuhnya berjaya tanpa adanya usahasama daripada rakan-rakan niaga yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung. Dengan adanya kerjasama seperti ini,syarikat akan berjaya mencapai keuntungan yang lebih maksima daripada apa yang disasarkan. Pihak rakan niaga yang memberi pertolongan merupakan nadi kepada sesebuah syarikat. Sehubungan dengan itu, Syarikat I`ExCeL Sdn.Bhd.. menjalinkan hubungan perniagaan dengan beberapa agensi rakan niaga bagi mencapai sasaran jualan yang telah ditetapkan. Boon Beng Sdn Bhd. Dirt-Tee Sdn Bhd. Best One Frozen Product Enterprise Seven Eleven Nestle Sdn Bhd. City Fruits and Vegetables Supplier Sdn Bhd. Nilai Sports Sdn Bhd. Koperasi Sekolah Menengah Sains Raja Tun Azlan Shah Sdn Bhd. Yui Hong Trading Sdn. Bhd Agensi rakan niaga inilah yang banyak membantu dalam pengeluaran syarikat yang lebih optimistik. Namun peranan ahli lembaga syarikat yang bersama-sama membantu dalam proses mendapatkan barangan mentah dan barangan siap juga amat berguna bagi menjamin perkhidmatan dan pengeluaran produk yang terbaik.
  • 16. 7.7 LAPORAN PENGELUARAN SYARIKAT Terdapat beberapa jenis pengeluaran yang Syarikat adakan sepanjang penubuhan syarikat selama 9 bulan beroperasi. Jenis barang-barang yang Syarikat ingin keluarkan telah dibincangkan semasa mesyuarat bulanan yang dijalankan bersama-sama ahli lembaga syarikat yang lain. Jenis penjualan syarikat adalah dari segi jualan barang-barang dan tidak ketinggalan Syarikat juga menyediakan perkhidmatan Syarikat I`ExCeL telah menyediakan lima jualan dan mempunyai tiga perkhidmatan. Syarikat juga telah menggunakan daya inovasi dan perbincangan bersama-sama ahli lembaga dengan menghasilkan satu produk kreatif.Antara jenis-jenis pengeluaran adalah Produk-produk keluaran Syarikat I’ExCeL Sdn Bhd I’ExCeL Ex _Design Jualan Hari Sukan Seratas Seratas`Hostel Open Day Jualan Hari Kebudayaan Islam Delicious Pizza And Cake Jualan I`ExCeL Perkhidmatan Syarikat I`ExCeL Sdn Bhd I`ExCeL IQ Challenges I`ExCeL Sports I`ExCeL Access
  • 17. I`ExCeL Ex_Design Syarikat I`ExCeL Sdn Bhd telah mengadakan jualan T-shirt kepada para pelajar dan juga orang awam. Idea jualan ini dicetuskan oleh Pengurus Besar ,Danial bin Tarmizi. Beliau berpendapat bahawa para pelajar SM Sains Raja Tun Azlan Shah gemar memakai baju atau T-Shirt rekaan corak sekolah dalam aktiviti-aktiviti anjuran sekolah. Penjualan I’ExCeL Ex_Design ini tidak hanya berfokuskan kepada baju aktiviti anjuran sekolah sahaja,Syarikat juga menerima tempahan daripada pasukan permainan yang mewakili sekolah seperti pasukan bola keranjang dan pasukan rugby. Selain itu, I’ExCeL Ex_Design turut menawarkan perkhidmatan kepada mana-mana individu yang ingin merekabentuk baju untuk tempahan ahli kelas ataupun badan organisasi. Syarikat yang bekerjasama untuk mengendalikan percetakan I’ExCeL Ex_Design ini adalah Boom Beng Sdn Bhd, Yui Hong Trading Sdn. Bhd. dan Pusat Sukan Nilai Sdn. Bhd. Syarikat I`ExCeL Sdn Bhd mempunyai ahli yang berkebolehan untuk merekabentuk corak (design) bagi t-shirt yang ditempah daripada pembeli. Bahagian pemasaran akan berbincang dan berunding terlebih dahulu dalam menawarkan harga setiap produk supaya pembeli akan berasa puas hati untuk menerima produk yang berkualiti dan harga berpatutan. Syarikat akan mendapat keuntungan yang berpatutan. Harga kos setiap produk diambil kira daripada harga yang ditawarkan dari syarikat yang bekerjasama. Penentuan harga jualan produk dibuat dengan memastikan setiap unit menerima keuntungan sehingga 20% setiap unit. Bahagian pemasaran akan mengeluarkan sebut harga bagi tempahan yang diminta . Pembungkusan produk dibuat mengikut saiz produk dan bilangan produk yang ditempah. Setiap unit produk disemak dan dibungkus sebelum diikat mengikut saiz. Tempahan yang siap dibungkus akan disimpan dikiosk sebelum pembeli memeriksa semula dan mengesahkan bilangan produk mengikut tempahan. Bagi pembeli yang menempah dan memerlukan penghantaran melalui pos, pembungkusan menggunakan kotak dibuat dan kos bayaran penghantaran dikenakan mengikut kadar penghantaran pos tempatan. Berikut menunjukkan carta aliran bagi penghasilan produk I’ExCeL Ex_Design.
  • 18. Carta Alir Pengeluaran I`ExCeL Ex_Design PENJANAAN IDEA MERANCANG PERNIAGAAN MENGENALPASTI MENDAPATKAN SEBUT SYARIKAT KERJASAMA HARGA PRODUK PERNIAGAAN MEREKABENTUK DESIGN (CORAK) PROMOSI IKLAN KAWALAN KOS MENERIMA TEMPAHAN PENGESAHAN HARGA PENETAPAN HARGA JUALAN PENGHASILAN PRODUK SEMAKAN PRODUK PEMBUNGKUSAN PRODUK PENGHANTARAN PRODUK PENGELUARAN PRODUK
  • 19. Penjualan I’ExCeL Ex_Design ini banyak menyumbang kepada keuntungan dalam syarikat dan melebihi sasaran niaga yang telah ditetapkan. Syarikat telah menjalin hubungan perniagaan dengan Boom Beng Sdn Bhd bagi tujuan percetakan T-Shirt dan Pusat Nilai Sdn Bhd. bagi pakaian-pakaian sukan.
  • 20. Jualan Hari Sukan Seratas Aktiviti yang kedua dijalankan oleh Syarikat I`ExCeL adalah mengadakan jualan semasa Hari Sukan Seratas. Idea untuk mengadakan jualan ini telah dicetuskan oleh Pengurus Pentadbiran Mohd Ashraf bin Che Mansor yang mendapati pada waktu tersebut bilangan pelawat dan orang luar yang datang akan memberi keuntungan yang berlipat kali ganda. Pihak syarikat I`ExCeL telah mengadakan mesyuarat bersama semua ahli syarikat dan membincangkan jualan yang akan diadakan pada waktu tersebut. Jabatan Pengeluaran telah membahagikan tugas-tugas kepada ahli syarikat kepada 4 gerai yang menjual aiskrim,bun,minuman dan makanan ringan. Setiap kumpulan diberikan seorang ketua untuk memastikan perjalanan jualan berjalan dengan lancar. Syarikat I`ExCeL telah menjalankan kerjasama bersama dengan syarikat Nestle Sdn Bhd. bagi penjualan aiskrim. Syarikat mendapatkan bekalan bun daripada Koperasi Sekolah Menengah Sains Raja Tun Azlan Shah. Bagi penyediaan minuman,Syarikat menyediakan sendiri kerana lebih menjimatkan kos. Pihak syarikat telah mendapatkan bekalan makanan ringan daripada Kedai Borong Sin Lee Seng Sdn Bhd. dengan harga yang berpatutan setelah Pengurus Pengeluaran membuat rundingan harga bersama pemborong. Penentuan harga jualan bagi setiap makanan ditentukan supaya mencapai sasaran jualan sebanyak 15%. Aiskrim Bun Minuman Makanan Ringan Fatihah Syafiq Harith Khairan Syamil Naqib Farid Qasiem Naaim Ammar Aman Aisyah Najwa Alyaa Fatin Rozeta Adha Zainin Akma Intan Adila Farhah Norain Senarai petugas gerai mengikut jenis jualan. Syarikat telah melakukan pembungkusan makanan sebelum jualan dilakukan. Ini bertujuan menarik minat pelanggan pada hari sukan tersebut. Pihak Nestle juga memberikan peti aiskrim kepada Syarikat sepanjang jualan tersebut. Jabatan Pengeluaran telah membuat senarai harga untuk memudahkan para pembeli membeli makanan dan minuman yang disediakan. Berikut merupakan carta alir bagi jualan Hari Sukan Seratas.
  • 21. Carta Alir Pengeluaran Jualan Hari Sukan Seratas PENJANAAN IDEA PERANCANGAN JUALAN PEMBAHAGIAN KUMPULAN MENCARI PEMBEKAL / PENETAPAN HARGA RAKAN NIAGA JUALAN MENGADAKAN PROMOSI PEMBINAAN TAPAK PERNIAGAAN JUALAN
  • 22. Seratas`s Hostel Open Day Aktiviti ketiga yang dijalankan oleh Syarikat I`ExCeL Sdn Bhd. ialah mengadakan Seratas`s Hostel Open Day pada bulan Mac. Idea untuk mengadakan aktiviti tersebut telah dicadangkan oleh Pengurus Kewangan,Ili Fatini Suriati binti Jailani pada mesyuarat yang dijalankan bersama-sama ahli syarikat yang lain. Beliau mendapati asrama Sekolah Menengah Sains Raja Tun Azlan amat menarik dan cantik untuk dilawati oleh orang luar. Tambahan pula,asrama Sekolah Menengah Sains Raja Tun Azlan Shah telah dicalonkan sebagai calon Anugerah Asrama Terbilang pada tahun 2010. Semua Ahli Lembaga Pengarah dan ahli syarikat mengadakan satu mesyuarat khas bagi membincangkan aktiviti dan jualan yang akan diadakan sepanjang hari terbuka asrama tersebut. Jabatan Pengeluaran telah membahagikan ahli syarikat kepada beberapa bahagian iaitu bahagian persembahan, bahagian jualan dan bahagian `game corner’. Untuk bahagian persembahan yang diketuai oleh Norzainin Asyikin telah mengadakan persembahan pembukaan ataupun persembahan selamat datang kepada tetamu jemputan dan pengunjung-pengunjung asrama iaitu para guru dan kakitangan Sekolah Menengah Sains Raja Tun Azlan. Beliau telah menjemput pasukan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi untuk mengadakan persembahan silat. Bahagian jualan pula telah melakukan peranannya di bawah tanggungjawab Nurul Hidayatul Akma binti Azman. Beliau telah mengadakan jualan aiskrim, novel-novel terpakai, dan jualan makanan iaitu rojak dan buah-buahan. Bahagian `game corner pula telah ditugaskan kepada Intan Zurainie. Beliau telah mengadakan dua permainan yang terbuka kepada semua pengunjung pada hari terbuka
  • 23. asrama tersebut iaitu lempar gelung dalam kon dan boling buah kelapa. Setiap pengunjung dikenakan bayaran RM0.50 bagi setiap permainan. Syarikat telah mendapatkan bekalan buah-buahan daripada Best Frozen Sdn Bhd. dengan harga yang berpatutan. Selain itu,Syarikat juga mendapatkan keperluan alatan permainan di pasaraya besar Tesco Taiping. Jabatan Pengeluaran telah menetapkan harga jualan dan aktiviti yang dijalankan sebelum hari terbuka asrama tersebut dijalankan. Keunikan aktiviti Seratas`s Hostel Open Day ini adalah pihak syarikat I`ExCeL telah menjemput tetamu khas iaitu Penolong Pengarah Sektor Sekolah Berasrama Penuh untuk merasmikan hari asrama terbuka tersebut. Syarikat amat berbesar hati menerima kunjungan beliau. Dalam ucapannya juga beliau memuji keusahawanan yang telah ditunjukkan oleh semua ahli Syarikat I`ExCeL Sdn Bhd. kerana berjaya menjalankan aktiviti yang berkaitan dengan perniagaan. Semua ahli syarikat telah bekerja keras dalam memastikan kejayaan aktiviti ini dan telah menunjukkan komitmen yang tinggi dalam setiap pekerjaan yang dilakukan.
  • 24. Tetamu Jemputan Penolong Pengarah Sektor Sekolah Berasrama Penuh Carta Alir Pengeluaran Seratas`s Hostel Open Day PENJANAAN IDEA MENGADAKAN KERTAS KERJA MEMOHON KELULUSAN BEKERJASAMA DENGAN PEMBEKAL PENETAPAN HARGA JUALAN PENGUMUMAN SERATAS`HOSTEL OPEN DAY DI JALANKAN
  • 25. Aktiviti Jualan Syarikat I`ExCeL juga telah mengadakan aktiviti jualan sepanjan tahun syarikat beroperasi. Idea ini telah dicetuskan oleh Pengurus Pengeluaran, Nurulhuda binti Hashim yang melihat bahawa jualan merupakan sumber pendapatan yang memberikan keuntungan kepada pendapatan syarikat. Syarikat I`EcXeL Sdn Bhd. mula menjalankan aktiviti jualan pada 04 Februari 2010. Aktiviti jualan syarikat syarikat terbahagi kepada 4 aktiviti sepanjang operasi syarikat pada tahun 2010 iaitu:  Jualan Hari Sekolah  Jualan Hari Mingguan  Jualan Hari Peristiwa  Jualan Penghabisan Stok Jualan hari sekolah diadakan pada hari Selasa dan Khamis. Masa operasi syarikat adalah pada 3.30 petang hingga 5.00 petang dan 10.00 hingga 11.30 malam. Jualan Hari Mingguan dijalankan pada hari Sabtu dan Ahad dan juga cuti-cuti yang jatuh pada hari bekerja. Syarikat I`EcXeL Sdn. Bhd. menjalankan Jualan Hari Peristiwa sebanyak 5 kali sepanjang tempoh pengoperasian dan Jualan Penghabisan Stok dilakukan pada hujung masa operasi bagi menghabiskan dan melariskan stok-stok makanan, minuman dan barangan yang tinggal. Syarikat mendapatkan bekalan daripada pembekal yang berada bersekitaran dengan Taiping kerana memudahkan urusan penghantaran barang terutamanya barang-barang mentah. Selain itu,syarikat juga mengadakan hubungan rakan kongsi bersama syarikat-syarikat lain untuk medapatkan barangan siap untuk terus dijual. Pengurus Pengeluaran telah mengadakan rundingan harga terlebih dahulu
  • 26. sebelum memulakan perniagaan bagi mendapatkan harga terbaik dan memberikan kepuasan kepada pelanggan. Pembekal yang menjalinkan kerjasama bersama Syarikat juga telah bersetuju untuk menjadi pembekal tetap sepanjang 9 bulan syarikat I`ExCeL beroperasi. Hubungan perniagaan yang kukuh antara ahli syarikat dan pembekal perlu diadakan untuk menjamin perniagaan yang memberi keuntungan yang mencapai sasaran yang telah ditetapkan. Carta Alir Pengeluaran Jualan I`ExCeL PENJANAAN IDEA PERBINCANGAN JUALAN I`ExCeL PEMILIHAN JUALAN I`ExCeL MENCARI PEMBEKAL ATAU PEMBORONG MENGADAKAN RUNDINGAN DAN SEBUT HARGA PENETAPAN HARGA JUALAN MENETAPKAN JUALAN I`ExCeL MENGADAKAN PROMOSI/IKLAN JUALAN I`ExCeL DIADAKAN
  • 27. Jualan HARI KEBUDAYAAN ISLAM Syarikat I`ExCeL telah menjalankan satu lagi lagi jualan istimewa iaitu Jualan Hari Kebudayaan Islam. Idea ini telah dicadangkan oleh Pengurus Multimedia,Mohd Naaim bin Mohd Rapi yang ingin menerapkan nilai-nilai keislaman dalam dunia perniagaan Syarikat I`ExCeL Sdn Bhd.. Jualan ini juga belum pernah dilakukan oleh syarikat usahawan muda yang terdahulu. Cadangan tersebut telah diketengahkan sewaktu mesyuarat bulanan dan telah mencapai persetujuan sebulat suara daripada semua ahli lembaga syarikat. Musyawwarah diadakan bagi membincangkan aktiviti ataupun jualan yang diadakan. Setelah kata putus dicapai,pihak syarikat I`ExCeL mengadakan aktiviti tayangan Islam dan pemainan tradisional. Bagi jualan pula,syarikat mengadakan jualan `Islamic Button’,tafsir Al-Quran,dan terapi minda berunsurkan Islam. Syarikat telah mengadakan tayangan cerita pada sebelah pagi dan petang iaitu Ayat-ayat Cinta dan Syurga Cinta. Kedua-dua tayangan tersebut mendapat sambutan daripada pelajar-pelajar dan guru Sekolah Menengah Sains Raja Tun Azlan Shah. Setiap tayangan dikenakan bayaran sebanyak RM1.00. Bagi tayangan,Syarikat telah mengadakan dua buah tayangan iaitu Ayat-ayat Cinta dan Syurga Cinta. Selain mengadakan tayangan,Syarikat juga turut mengadakan permainan tradisional dan terbuka kepada semua warga (SERATAS). Permainan tradisional yang dijalankan adalah congkak,batu seremban,galah panjang dan timang bola takraw. Berikut merupakan bayaran yang dikenakan bagi permainan tradisional. Permainan Tradisional Bayaran 1.Congkak RM2.00 setiap individu 2.Batu Seremban RM 2.00 setiap individu 3.Galah Panjang RM 10.00 satu kumpulan 4.Timang Bola Takraw RM 10.00 satu kumpulan Bayaran bagi permainan tradisional
  • 28. Permainan tradisional yang dijalankan ini bertujuan mengimbau semula kenangan semasa kecil oleh warga Seratas. Selain itu,mengeratkan ukhwah antara guru-guru dan pelajar Seratas. Syarikat I`ExCeL Sdn Brhad telah menjalankan kerjasama bersama Syarikat Brotherhood Sdn Bhd. dalam pengedaran `Islamic Button’,tafsir Al-Quran,dan terapi minda berunsurkan Islam. Jualan produk tersebut mendapat sambutan menggalakkan kerana produk tersebut jarang didapati di Seratas. Dengan adanya Jualan Hari Kebudayaan Islam ini,guru-guru,kakitangan sekolah dan pelajar-pelajar dapat membeli barangan atau produk yang berunsurkan Islam dan untuk kekuatan rohani. Berikut merupakan barangan dan harga yang ditawarkan: Barangan/Produk Harga seunit Islamic Button RM1.50 Tafsir Al-Quran RM 15.00 Diari Al-Quran RM 30.00 Kismis Minda RM 2.00 Air Zam-zam RM 5.00 Sabun Cerdas RM 10.00 Buah Kurma RM 12.00 Barangan dan Produk yang dijual semasa Jualan Hari Kebudayaan Islam Sebelum jualan dilakukan,Pengurus Pengeluaran telah berjumpa dan berbincang bersama-sama pembekal Syarikat Brotherhood Sdn Bhd. bagi tujuan sebut harga barangan dan produk. Rundingan harga telah diadakan bagi mendapatkan harga yang terbaik dan berpatutan dan memberi keselesaan kepada pembeli. Setelah kawalan kos dilakukan,syarikat I`ExCeL telah menetapkan harga jualan dan menyasarkan keuntungan jualan sebanyak 20%. Semua ahli syarikat telah memberikan kerjasama dan komitmen yang terbaik dalam memastikan kelancaran jualan dan Jualan Hari Kebudayaan Islam berjalan dengan lancar dan keuntungan yang disasrkan telah dapat dicapai.
  • 29. Carta Aliran Pengeluaran Jualan Hari Kebudayaan Islam PENJANAAN IDEA PERANCANGAN AKTIVITI PEMBAHAGIAN KUMPULAN MENDAPATKAN PEMBEKAL/RAKAN NIAGA PENETAPAN HARGA JUALAN MENGADAKAN PROMOSI/IKLAN JUALAN HARI KEBUDAYAAN ISLAM DIADAKAN
  • 30. Jualan DELICIOUS PIZZA AND CAKES Syarikat I`ExCeL telah mengadakan jualan piza,kerepek,dan kek pada hujung minggu di asrama Sekolah Menengah Sains Raja Tun Azlan Shah. Jualan piza ini telah dicadangkan oleh ahli lembaga syarikat,iaitu Najwa Farhana binti Abdullah Omar yang melihat pelajar-pelajar puteri yang banyak menghabiskan masa di asrama pada hujung minggu. Para pelajar juga bosan dengan makanan yang ada di dewan makan dan inginkan sesuatu yang lain. Untuk membeli makanan juga pelajar puteri perlu keluar ke bandar yang terletak agak jauh. Cadangan ini telah dibawa ke mesyuarat bersama semua ahli syarikat dan telah dipersetujui sebulat suara. Sebelum penetapan makanan dilakukan,jabatan pengeluaran telah mengadakan soal selidik kepada para pelajar Sekolah Menengah Sains Raja Tun Azlan mengenai makanan yang mereka inginkan dijual pada hujung minggu. Setelah soal selidik dijalankan, pihak syarikat mendapati terdapat tiga pilihan makanan yang pelajar puteri inginkan iaitu piza, kek dan kerepek. Pengurus Pengeluaran mencadangkan agar makanan tersebut turut dijual di kantin sekolah pada masa rehat kerana guru-guru dan kakitangan sekolah turut sama boleh membeli makanan tersebut. Cadangan itu juga telah dipersetujui oleh semua ahli syarikat kerana akan lebih mendatangkan pulangan yang besar. Pihak syarikat telah mendapat bekalan piza dan kek daripada Nas Pizza Sdn Bhd.. Syarikat mendapat bekalan kerepek daripada ibu salah seorang ahli lembaga syarikat yang merupakan pembuat kerepek. Berikut merupakan kuantiti bilangan makanan yang Syarikat tempah sewaktu hujung minggu operasi syarikat. Makanan Kuantiti Piza 25 unit kotak Kek 100 potong kerepek 300 bungkus Bilangan makanan yang ditempah setiap hujung minggu Sebelum mendapatkan bekalan Pengurus pengeluaran perlu mencari pembekal. Pengurus pengeluaran telah mendapatkan rundingan harga bersama pembekal bagi mendapatkan harga yang terbaik.
  • 31. Carta Alir Pengeluaran Jualan Delicious Pizza And Cakes PENJANAAN IDEA PERANCANGAN JUALAN MAKANAN MENGADAKAN SOAL SELIDIK/PEMERHATIAN PENETAPAN PRODUK MAKANAN MENGADAKAN RUNDINGAN HARGA DENGAN PEMBEKAL PENETAPAN HARGA JUALAN PEMBERITAHUAN KEPADA ORANG RAMAI JUALAN DELICIOUS PIZZA AND CAKES
  • 32. I`ExCeL`s Menu Syarikat I`ExCeL telah mengadakan I`ExCeL`s Menu sepanjang syarikat beroperasi. Jualan telah diadakan pada hari jumaat, sabtu dan ahad. I`ExCeL`s Menu ini telah dicetuskan oleh ahli lembaga syarikat iaitu Ammar Faidhi bin Mohd Azahar.yang memberi cadangan mengenai makanan yang sering menjadi pilihan oleh pelajar-pelajar Sekolah Menengah Sains Raja Tun Azlan Shah pada setiap hujung minggu. Pelajar-pelajar inginkan makanan yang jarang terdapat di dewan makan kerana mereka sudah jemu dengan makanan tersebut. Setelah perbincangan diadakan,Syarikat mencapai kata putus dengan mengadakan jualan roti sosej, sosej, kentang goreng, wedges, bebola ayam, dan burger. Syarikat juga menyediakan minuman yang istimewa iaitu I`ExCeL Twist’ yang merupakan campuran air berkarbonat bersama aiskrim dan diletakkan bersama buah. Sepanjang syarikat beroperasi selama 9 bulan,Syarikat telah mengadakan jualan makanan dan minuman tersebut. Jualan yang paling mendapat keuntungan adalah roti sosej dan wedges. Syarikat telah menggunakan mayonis dan mustard sebagai tarikan untuk menarik pelanggan. Ini kerana terdapat para pelajar yang tidak keluar ke bandar pada petang tersebut dan sering berasa lapar pada waktu malam. Tambahan pula, pada setiap malam akan diadakan tayangan untuk semua pelajar Sekolah Menengah Sains Raja Tun Azlan Shah. Jadi para pelajar akan membeli makanan terlebih dahulu sebelum pergi ke tayangan tersebut. Syarikat telah mendapatkan bekalan makanan daripada pembekal berdekatan dengan Taiping untuk memudahkan urusan penghantaran. Pengurus Pengeluaran telah mendapatkan barang-barang jualan daripada Best Frozen Sdn Bhd. dengan harga jualan yang berpatutan setelah mengadakan rundingan harga bersama pembekal berkenaan. Kawalan kos telah diadakan untuk memastikan keuntungan yang diperoleh mencapai sasaran yang telah ditetapkan. Penetapan harga telah ditetapkan dalam setiap jualan yang akan dilakukan agar mencapai sasaran perniagaan yang optima.
  • 33. Carta Alir Pengeluaran I`ExCeL Menu PENJANAAN IDEA PERANCANGAN JUALAN KERJASAMA BERSAMA PEMBEKAL MENGADAKAN RUNDINGAN HARGA PENGESAHAN HARGA PENETAPAN HARGA JUALAN MENGADAKAN PROMOSI/IKLAN JUALAN I`ExCeL MENU
  • 34. I`ExCeL IQ CHALLENGE Syarikat I`ExCeL Sdn Bhd. mengadakan perkhidmatan I`ExCeL IQ Challenge pada bulan Februari. Idea ini telah ditimbulkan oleh Pengurus Pemasaran,Muzakkir Ihsan bin yang Razali yang melihat kegilaan remaja pada masa sekarang ini bermain permainan Rubic Cube,sejenis permainan yang mencabar minda. Syarikat telah mengadakan mesyuarat bulanan dan idea untuk mengadakan permainan ini telah dibentangkan oleh Pengurus Pemasaran. Perbincangan diadakan bersama semua ahli syarikat dan semua ahli bersetuju untuk mengadakan perkhidmatan tersebut dan diberi nama I`ExCeL IQ CHALLENGE. Pengurus Pengeluaran telah berbincang bersama sekretriat dalam jabatan pengeluaran untuk memilih permainan yang ingin diadakan. Jabatan Pengeluaran telah memutuskan untuk mengadakan 4 permainan yang mencabar minda iaitu `Spell It Right’,Sudoku,Catur dan Bridge Challenge. Penyertaan terbuka kepada semua warga Sekolah Menengah Sains Raja Tun Azlan Shah dan dikenakan bayaran sebanyak RM1.00 bagi setiap permainan. Syarikat DIY Sdn Bhd. telah menjadi pembekal peralatan permainan yang dijalankan. Pengurus Pengeluaran telah mengadakan rundingan harga untuk mendapatkan harga yang terbaik dan mencapai sasaran keuntungan. Pihak syarikat juga telah mendapatkan khidmat guru-guru dalam mengendalikan pertandingan Spell It Right supaya pertandingan yang dijalankan adil dan berjalan dengan lancar. Pertandingan Sudoku telah diadakan di bilik rujukan SERATAS supaya mudah untuk mencatat masa bagi individu yang berjaya menyelesaikan Sudoku paling pantas. Bagi pertandingan Catur telah dijalankan di dewan besar SERATAS kerana dapat memuatkan bilangan peserta yang memasuki pertandingan. Pertandingan ini berlangsung pada pukul 9.00 pagi hingga pukul 2.00 petang. Bridge Challenge pula adalah permainan di mana peserta-peserta perlu membina jambatan yang dapat menampung beban yang telah ditetapkan. Peserta diberi masa untuk menyiapkan jambatan tersebut selama 2 jam daripada bahan-bahan yang telah diberikan oleh pihak penganjur. Pertandingan Bridge Chalenge ini diadakan di Dataran Kejat Seratas pada hujung minggu.
  • 35. Berikut merupakan Senarai pemenang pertandingan yang telah dijalankan. Pertandingan Senarai Pemenang Spell It Right Johan: Mohd Amirul Asyraf bin Hafiz Naib Johan: Mutiara binti Azman Ketiga: Farah Nabilah binti Abdul Hisham Sudoku Menengah atas: Ahmad Fakhri bin Ahmad Fuad Menengah Rendah: Sarah Anis Ilyani binti Azmi Catur Johan: Ahmad Nor Afrizal bin Ahmad Sallehim Naib Johan: Nurul Amira binti Alang Yahed Ketiga: Nur Azreen binti Osman Bridge Challenge Johan: Kumpulan Ruby Naib Johan: Kumpulan Sapphire Ketiga: Kumpulan Emerald Pertandingan-pertandingan yang dijalankan menarik minat pelajar-pelajar untuk menyertainya. Tujuan diadakan perkhidmatan sedemikian adalah untuk mencabar keupayaan minda para pelajar Seratas berfikir dalam menyelesaikan sesuatu permasalahan yang berlaku secara kritis dan kreatif. Permainan yang sedemikian juga mengeratkan hubungan ukwah antara guru,ibu bapa dan pelajar-pelajar Sekolah Menengah Sains Raja Tun Azlan Shah(SERATAS).
  • 36. Carta Alir Pengeluaran I`ExCeL IQ CHALLENGE PENJANAAN IDEA PEMILIHAN PERTANDINGAN PEMBAHAGIAN TUGAS PELAKSANAAN IDEA PERTANDINGAN PEMBERITAHUAN KEPADA ORANG RAMAI PERSEDIAAN TEMPAT PERTANDINGAN DIJALANKAN
  • 37. I`ExCeL Sports Salah satu perkhidmatan terbaik Syarikat I`ExCeL Sdn Bhd. adalah perkhidmatan I`ExCeL Sports ini. Idea untuk mengadakan perkhidmatan adalah daripada guru pembimbing sendiri iaitu Encik Mohd Saharizal yang melihat para pelajar Sekolah Menengah Sains Raja Tun Azlan Shah begitu aktif bersukan dan mempunyai bakat terpendam yang perlu diketengahkan. Dalam mesyuarat yang dijalankan oleh Ahli Lembaga Pengarah dan ahli syarikat bersama guru pembimbing telah membawa idea berkenaan dan diterima baik oleh semua ahli syarikat. Jabatan Pengeluaran telah mengadakan musyawwarah untuk mengembangkan lagi idea berkenaan. Hasil perbincangan bersama Pengurus Pengeluaran telah menemui beberapa lagi perkara menarik yang boleh dilakukan di bawah I`ExCeL Sports ini. Pihak syarikat membahagikan perkhidmatan ini kepada kepada dua jenis sukan iaitu bola keranjang dan boling. BOLA KERANJANG Pengurus pengeluaran membahagikan ahli syarikat kepada beberapa kumpulan dalam perkhidmatan I`ExCeL Sports ini. Syarikat mengadakan klinik bola keranjang kepada pelajar-pelajar menengah rendah supaya diberi pendedahan awal. Selain itu,syarikat juga menganjurkan Pertandingan Basketball 3 On 3 di Sekolah Menengah Sains Raja Tun Azlan Shah kepada pelajar putera dan puteri. Pihak syarikat juga menghantar pemenang Basketball 3 On 3 ini ke Pertandingan 3 On 3 Basketball Revive di Pulau Pinang bagi kategori Sekolah Berasrama Penuh. BOWLING Syarikat I`ExCeL Sdn Bhd. telah bekerjasama dengan Pusat Boling Taiping mengenai perkhidmatan boling ini. Syarikat ada mengadakan Klinik Boling di pusat boling tersebut kepada pelajar-pelajar Sekolah Menengah Sains Raja Tun Azlan Shah. Tenaga pengajarnya adalah daripada pusat boling tersebut yang berminat untuk memperkenalkan sukan boling kepada pelajar-pelajar. Pihak syarikat juga menganjurkan pertandingan boling mengikut kategori yang ditetapkan iaitu kategori individu dan berkumpulan. Selain itu,Syarikat I`ExCeL juga mempunyai pakej permainan boling kepada mana-mana individu atau badan berkumpulan yang ingin mengadakan pertandingan boling. Mereka boleh berurusan terlebih dahulu dengan pihak syarikat bagi tujuan tempahan dan pemilihan pakej.
  • 38. JENIS PAKEJ Bayaran RM250 untuk 25 orang ahli bagi permainan 2 lorong, tidak Pakej A termasuk kasut boling. Makanan ringan disediakan. Bayaran RM 300 untuk 20 orang ahl bagi permainan 3 lorong termasuk Pakej B bayaran kasut boling. Makanan ringan disediakan. Pakej boling yang ditawarkan oleh Syarikat I`ExCeL Perkhidmatan ini berjaya menarik minat pelajar dan guru-guru. Terdapat badan-badan berkumpulan telah memilih pakej yang telah Syarikat tawarkan. Klinik bola keranjang dan klinik Boling tersebut juga berjaya mencatatkan bilangan peserta melebihi 30 orang. Perkhidmatan ini telah memberikan keuntungan yang optima kepada pendapatan syarikat. Pengurus Pengeluaran telah berjaya melepasi sasaran keuntungan yang telah diberikan oleh Pengurus Urusan iaitu sebanyak 25%.
  • 39. I`ExCeL Access Syarikat I`ExCeL turut menyediakan perkhidmatan komputer kepada para pelajar Sekolah Menengah Sains Raja Tun Azlan Shah. Idea mengadakan perkhidmatan ini adalah daripada ahli syarikat iaitu Nuralyaa Nabila binti Rosmin yang melihat pelajar-pelajar Sekolah Menengah Sains Raja Tun Azlan Shah banyak menggunakan komputer untuk tujuan pembelajaran ataupun perkara-perkara lain. Justeru,cadangan in telah diberikan dan semua ahli syarikat bersetuju kerana komputer merupakan satu keperluan yang penting pada masa kini. Para pelajar perlu mencari maklumat daripada internet dan mengambil masa yang lama untuk menunggu hingg hujung minggu untuk keluar ke bandar. Tambahan pula,tidak semua pelajar mempunyai komputer riba masing-masing. Salah seorang Ahli Lembaga Pengarah Syarikat I`ExCeL Sdn Bhd.,Mohd Ashraf bin Che Mansor merupakan orang yang berpengalaman dalam bidang komputer dan merupakan ketua di Pusat Scan tersebut. Syarikat telah memperkenalkan I`ExCeL Access di pusat scan tersebut kepada pelajar- pelajar. Pusat Scan tersebut mempunyai 20 buah komputer yang mempunyai perisian- perisian yang terkini dan telah dinaik taraf. Pusat scan menyediakan perkhidmatan jalur lebar dengan kelajuan yang tinggi untuk memudahkan para pelajar melayari laman sesawang yang berfaedah dan untuk mencari maklumat-maklumat yang bermanfaat. Selain itu,I`ExCeL Access turut menyediakan kemudahan printing warna dan tidak berwarna kepada para pengguna. Pelajar-pelajar sering menggunakan printing bagi tugasan kerja kursus ataupun folio. I`ExCeL Access turut menyediakan perkhidmatan `binding’. Percetakan kertas juga turut diadakan dalam perkhidmatan I`ExCeL Access ini. Cas yang dikenakan juga adalah berpatutan dan ahli syarikat memberikan mutu yang terbaik sama seperti kedai yang ada di luar. Setiap petugas telah diberi latihan dan telah mahir dalam setiap perkhidmatan yang ditawarkan. .Berikut merupakan bayaran yang dikenakan bagi perkhidmatan yang disediakan. Perkhidmatan Bayaran Internet 1.50 sejam Printing 20sen Color Printing 50sen Binding 50sen Photostat 20sen Bayaran bagi setiap perkhidmatan yang ditawarkan
  • 40. Carta Alir Pengeluaran I`ExCeL Access PENJANAAN IDEA PEMILIHAN PERKHIDMATAN PEMBAHAGIAN TUGAS PENETAPAN HARGA PERKHIDMATAN I`ExCeL ACCESS DIJALANKAN
  • 41. 7.8 KAEDAH PENGELUARAN TINJAUAN PASARAN  Mengadakan pemerhatian dan tinjauan mengenai kemahuan dan kekurangan yan dialami pengguna. PERBINCANGAN  Semua ahli syarikat mengadakan mesyuarat dan membincangkan perkhidmatan yang ingin dijalankan  Cetusan idea mengenai penghasilan produk kreatif  Membahagikan semua sekretriat kepada jabatan-jabatan yang telah ditetapkan PERCUBAAN  Melakukan percubaan penghasilan perkhidmatan ataupun produk kreatif dalm jumlah yang sedikit. PEMPROSESAN  Segala kelemahan dan kekurangan diambil kira sepanjang tempoh percubaan dan langkah untuk mengatasi telah diambil secepat mungkin PEMASARAN  Segala kelemahan telah diatasi dan proses pemasaran berlaku.  Produk kreatif mula dihasilkan setelah mencapai kualiti dan mutu yang telah ditetapkan.
  • 42. 7.9 IDEA PERNIAGAAN Setiap ahli di dalam sesebuah syarikat pasti mempunyai idea ataupun buah fikiran yang boleh dijadikan sebagai projek pengeluaran. Jadi di sinilah fungsinya mesyuarat yang dijalankan dalam syarikat. Syarikat telah mengadakan mesyuarat bersama-sama semua ahli syarikat untuk membincangkan idea -idea mengenai aktiviti,perkhidmatan mahupun dalam penghasilan produk kreatif. .Setiap perkhidmatan yang Syarikat ingin jalankan mestilah memberikan sumber pendapatan yang terbaik untuk syarikat. Sepanjang penubuhan syarikat,semua ahli syarikat telah menghadiri kursus keusahawanan yang telah dijalankan di beberapa te mpat seperti Kuala Kangsar,Ipoh dan di Pulau Pangkor. Syarikat telah mengadakan perbincangan bersama-sama ahli syarikat-syarikat yang lain dan Syarikat mengambil peluang ini dengan bertukar-tukar
  • 43. pendapat dan saling memberikan buah fikiran masing -masing. Syarikat juga telah menggunakan pelbagai medium sewaktu mesyuarat berlangsung seperti: PERBINCANGAN / MESYUARAT Sewaktu mesyuarat agung dijalankan,semua ahli syarikat aktif memberikan pendapat dan cadangan mengenai perkhidmatan-perkhidmatan yang ingin Syarikat jalankan. Tidak dilupakan produk kreatif yang ingin dihasilkan oleh syarikat. Semua cadangan diambil kira oleh semua ahli sebelum kata sepakat dicapai. Mesyuarat bulanan antara Ahli Lembaga Pengarah dan semua ahli syarikat dijalankan bertujuan untuk membincangkan proses pengeluaran dalam setiap perkhidmatan. Segala kelemahan disuarakan dalam mesyuarat tersebut dan jalan penyelesaian telah diambil. Perbincangan juga diadakan untuk mempelbagaikan lagi jenis produk serta meningkatkan lagi kualiti perkhidmatan bagi memberi keselesaan kepada pelanggan dan menambahkan keuntungan syarikat. SOAL SELIDIK(BANCIAN/SURVEY) Pengurus Pengeluaran yang mempunyai lima orang ahli di bawah Jabatan Pengeluaran telah duduk berbincang mengenai taktik untuk menarik pela nggan. Setelah musyawwarah dijalankan Syarikat telah mencapai keputusan untuk menjalankan bancian dengan dua kaedah iaitu peti pendapat dan melalui dialog terbuka. Dengan adanya bancian ini Syarikat dapat mengetahui apa yang diinginkan oleh guru-guru dan pelajar-pelajar di Sekolah Menengah Sains Raja Tun Azlan Shah. Syarikat telah menyediakan peti pendapat tersebut di kiosk. Syarikat menerima sebarang pendapat,cadangan ataupun sebarang ketidakpuasan terhadap syarikat. Syarikat telah menerima pelbagai cadangan yang menarik dan juga idea -idea yang bernas. Ini menunjukkan syarikat telah menjalinkan hubungan yang baik bersama - sama guru-guru dan pelajar. Melalui dialog terbuka pula adalah pelajar-pelajar boleh terus datang dan menyuarakan pendapat dan idea mereka. Mereka boleh berjumpa Pengurus pengeluaran dan ahli-ahli syarikat yang berada di bawah Jabatan Pengeluaran. Ini adalah kerana di asrama mereka lebih senang berjumpa dan boleh terus memberikan sebarang idea. Jadi Jabatan Pengeluaran akan segera berbincang mengenai idea - idea yang telah diberikan.
  • 44. TINJAUAN PEMERHATIAN Sepanjang bulan pertama syarikat beroperasi Syarikat telah mejalankan pemerhatian mengenai kelancaran perkhidmatan yang dijalankan. Syarikat telah mengenal pasti masalah ataupun kelemahan yang dihadapi pada tempoh tersebut. Syarikat juga mengenal pasti persaingan yang bakal Syarikat hadapi sepanjang syarikat beroperasi. Pengurus Pengeluaran juga telah melakukan tinjauan mengenai hubungan kerjasama bersama rakan niaga yang lain dan terus menjalinkan hubungan perniagaan agar tidak ada mana-mana pihak yang terlebih dahulu menjalankan mana-mana perkhidmatan yang Syarikat ingin adakan. Untuk meningkatkan keuntungan syarikat, jenis dan jumlah produk yang dikeluarkan juga haruslah mengikut pasaran dan mengikut kehendak pelanggan. Kos pengeluaran juga hendaklah dikurangkan bagi memastikan syarikat dapat mengaut keuntungan yang berlipat kali ganda. Setelah Jabatan Pengeluaran mengadakan mesyuarat, Syarikat bersetuju untuk mengadakan usahasama dan kontrak dengan pihak pembekal. Sebelum mengadakan usahasama ini, saya selaku pengurus pengeluaran perlu mendapatkan kebenaran daripada Pengurus Besar syarikat. Setelah mendapat kebenaran daripada Pengurus Besar, segala urusan usahasama dan kontrak dapat dijalankan dan urusan ini dinamakan : PERJANJIAN JUAL BELI Jabatan Pengeluaran telah berusaha untuk mencari pembekal ataupun pengeluaran sepanjang Syarikat I`ExCeL beroperasi. Dengan bantuan pelbagai pihak,Jabatan Pengeluaran telah berjumpa dan berbincang dengan pembekal dalam usaha untuk mengadakan proses rundingan harga agar mendapatkan haga yang terbaik. Setelah mengadakan perbincangan,pihak pembekal dan syarikat telah bersetuju untuk menjadi pembekal tetap sepanjang syarikat menjalankan perniagaan selama 9 bulan. Antara isi jual beli yang dipersetujui adalah pihak pembekal memberikan harga yang telah ditetapkan setelah rundingan harga, pihak syarikat perlu memberi pesanan sehari sebelum jualan diadakan dengan memberikan maklumat yang lengkap seperti yang tertera di bawah. Pihak pembekal juga perlu menghantar stok barangan yang telah dipesan tepat pada waktu yang telah ditetapkan agar memberi kemudahan kepada kedua -dua pihak.
  • 45. 7.10 STOK DAN INVENTORI ANGGARAN BAHAN MENTAH UNTUK SETIAP AKT IVITI JUALAN Bahan mentah mestilah disediakan sebelum mengeluarkan sesuatu produk mahupun menjalankan sesuatu projek. Bahan penyediaan pula haruslah diperiksa oleh beberapa orang yang telah diamanahkan oleh pihak syarikat bagi menjamin mutu dan kualiti sesuatu produk. Bagi jualan mingguan, Syarikat I`ExCeL Sdn. Bhd. hanya mengeluarkan beberapa produk termasuklah roti sosej, burger ayam, sosej, kentang goreng, bebola ayam,`I`ExCeL twist’ dan air minuman berkarbonat dan makanan serta minuman ringan termasuklah gula-gula, kerepek dan sebagainya. Semua urusan keluar masuk bahan telah dicatatkan dalam rekod inventori yang bermaksud stok. Berikut adalah maklumat mengenai inventori produk roti sosej sepanjang tempoh perniagaan ROTI SOSEJ BIL BAHAN-BAHAN KUANTITI HARGA 1 Roti 3 Bungkus RM 6.90 2 Sayuran 2 Jenis RM 2.00 3 Sos cili 2 Botol RM 2.60 4 Pembalut 2 Paket RM 1.40 5 Mayonis 1 Botol RM 2.30 6 Mustard 1 Botol RM 2.60 FLOAT TWIST BIL BAHAN-BAHAN KUANTITI HARGA 1. Air berkarbonat 6 Botol RM 7.20 2. Aiskrim 2 Bekas RM 9.90 3. Chip Coklat 2 Paket RM 2.80 4. Biskut Oreo 3 Paket RM 5.40 BURGER AYAM BIL BAHAN-BAHAN KUANTITI HARGA 1 Roti 4 Bungkus RM 9.20 2 Daging ayam 6 Paket RM 13.20 3 Sayuran 2 Jenis RM 2.00 4 Tomato 3 Biji RM 1.80 5 Sos cili 2 Botol RM 2.60 6 Mayonis 1 Botol RM 2.30 Bagi penjualan makanan seperti sosej, kentang goreng dan bebola ayam, Syarikat terus mendapatkan dari pembekal. Setiap hari Jumaat akan diadakan pemeriksaan stok oleh Pengurus Pengeluaran dan ahli-ahli di Jabatan Pengeluaran.
  • 46. Terdapat beberapa barangan yang dijadikan sebagai stok dalam penjualan seperti roti sosej, burger ayam, kentang goreng, `wedges’dan bebola ayam. Antaranya ialah: BARANG KUANTITI HARGA Sos Cili 4 Botol RM 5.20 Mayonis 2 Botol RM 4.60 Mustard 2 Botol RM 5.20 Plastik 10 Bungkus RM 7.00 Pembalut 5 Paket RM 7.00 Straw 2 Paket RM 2.00 Cawan Minuman 10 Bungkus RM 3.20 Syarikat akan mendapatkan barang-barang tersebut daripada pembekal dan rakan niaga. Sepanjang perniagaan Syarikat beroperasi penbekal dan rakan niaga yang menjalinkan hubungan perniagaan bersama Syarikat memberikan kerjasama yang terbaik. Segala barangan mentah yang diperolehi juga adalah berkualiti dan berada dalam keadaan terbaik. INVENTORI Syarikat I`ExCeL Sdn Bhd. mempunyai inventori yang diperoleh daripada syarikat yang terdahulu. Namun,syarikat I`ExCeL telah membeli dapur gas yang baru dan dijadikan sebagai aset tetap dalam syarikat. Syarikat telah menjual semua aset kepada syarikat yang seterusnya. Berikut merupakan senarai inventori: BIL INVENTORI KUANTITI 1. Peti Ais 1 2 Almari 2 3. Dapur 1 4. Peralatan Memasak Lengkap 5. Pemanas Air 1 PENYIMPANAN STOK Semua stok yang dibeli telah dismpan di dalam peti sejuk bagi barangan mentah. Untuk produk separuh siap telah diletakkan di dalam almari yang terdapat di Kiosk. Almari tersebut dikunci sepenuh masa dan hanya Ahli Lembaga Pengarah sahaja yang mempunyai kunci tersebut untuk mengelakkan berlakunya sebarang kejadian yang tidak diingini.
  • 47. 7.11 LAPORAN PRODUK KREATIF KAJIAN PROJEK Sebelum penghasilan produk kreatif dijalankan, ia memerlukan kajian pasaran dibuat agar produk yang dikeluarkan mendapat sambutan dan dapat dijual dengan kadar unit yang maksimum. Produk-produk yang akan di keluarkan kepada masyarakat perlu di kaji terdahulu dari aspek kesesuaian, pratikal, permintaan, dan keperluan. Ini kerana pihak syarikat berusaha untuk mendapat pengiktirafan kualiti produk di peringkat Malaysia seterusnya dunia berdasarkan kajian pasaran yang di buat. Berikut adalah kriteria yang digunakan dalam ujian pasaran: SASARAN Sasaran kajian adalah berdasarkan kepada pelajar di dalam sekolah, guru-guru, kakitangan sekolah dan masyarakat luar. HARGA Harga kos yang digunakan adalah sebanyak RM 4.00 . Produk ini mempunyai keunikan yang tersendiri dari segi bentuk, kualiti dan teknik penghasilan. Keistimewaan turut dapat dilihat kepada setiap produk mengikut harga. PERMINTAAN Permintaan kepada produk kreatif ini dinilai mengikut kaedah memaksimakan kepuasan para pelanggan, di dalam memaksimakan kepuasan pelanggan terdapat beberapa ciri-ciri yang perlu diambil kira iaitu padanan warna dan bentuk dengan produk kreatif yang dihasilkan. Di samping itu nilai-nilai estetika turut diambil kira di dalam menentukan permintaan sesuatu produk itu. Adakah nilai-nilai estetika yang terdapat pada produk tersebut dapat menarik minat seseorang itu melihat produk tersebut tanpa mempunyai rasa bosan.
  • 48. PRODUK KREATIF: GREEN PLATE TECHNOLOGY
  • 49. PROSES PEMBUATAN “GREEN PLATE TECHNOLOGY” 1. Rendamkan daun mengkuang di dalam air panas untuk melembutkannya. 2. Biarkan beberapa jam Proses rendaman daun mengkuang di dalam besen di Makmal Kimia SM SAINS RAJA TUN AZLAN SHAH pada Mei 2010 3. Daun mengkuang di lap sehingga kering menggunakan kain. Proses pengeringan daun mengkuang di atas dulang di Makmal Kimia SM SAINS RAJA TUN AZLAN SHAH pada Mei 2010 4. Lekatkan daun bersama-sama dengan pelekat yang diperbuat daripada kanji dalam susunan daun yang teratur. Proses pencentuman daun mengikut susunan yang dikehendaki di Makmal Kimia SM SAINS RAJA TUN AZLAN SHAH 20 Mei 2010
  • 50. 5. Dibiarkan beberapa untuk keringkan pelekat kanji Bentuk daun selepas dicantum dan dilekatkan 6. Letakkan susunan daun tersebut di antara dua pinggan dan cantumkan kedua-dua bersama-sama. 7. Proses menekan bertujuan untuk merapatkan lagi lekatan daun tadi. Proses menekan di Makmal Kimia SM SAINS 8. Tinggalkan selama satu hari. RAJA TUN AZLAN SHAH pada Mei 2010 9. Potong susunan daun mengikut bentuk pinggan yang dikehendaki menggunakan gunting. Proses menggunting daun mengikut saiz pinggn di Makmal Kimia SM SAINS RAJA TUN AZLAN SHAH pada Mei 2010 10. Keringkan pinggan yang telah dipotong menggunakan teknik pengeringan yang sesuai.
  • 51. KEUNIKAN PRODUK Produk Green Plate Technoloy ini mempunyai keunikannya yang tersendiri. Pihak syarikat tidak memasarkan produk ini tetapi Syarikat menumpukan kepada penyertaan pertandingan inovasi produk yang dianjurkan sepanjang tahun. Pihak syarikat telah menempah kejayaan dalam pertandingan yang dianjurkan untuk mengiktiraf bahawa Produk Kreatif ini merupakan produk yang boleh dikomersilkan. Pertandingan Save The Earth program SIFE anjuran Universiti Teknologi Petronas . Produk Green Plate Technology telah diiktiraf dan berjaya mendapat tempat kedua dalam pertandingan tersebut dan membawa pulang trofi, sijil penghargaan serta wang tunai bernilai RM 1000.00. Produk Green Plate Technology ini berjaya menarik minat juri kerana penghasilannya 100% daripada alam sekitar dan mencapai objektif pertandingan sebagai produk :mesra alam”. Syarikat telah menaja 3 orang pelajar SM SAINS RAJA TUN AZLAN SHAH untuk menjalankan penyelidikan lebih mendalam bagi menghasilkan produk lebih berkualiti dan bermutu tinggi. Mereka telah mejalankan penyelidikan yang lebih terperinci di bawah tajaan Syarikat I`ExCeL Sdn. Bhd. Hasil penyelidikan dengan kerjasama pakar dari Universiti Sains Malaysia dan peralatan teknologi tinggi dari Institut Genom Malaysia, wakil penyelidikan telah menguji Green Plate dengan beberapa ujian kualiti. Ujian yang dijalankan ialah :  Ujian bahan pelekat yang sesuai  Ujian bahan pengawet yang sesuai  Ujian ketahanan haba  Ujian pemilihan daun yang sesuai  Ujian ketahanan beban Kesemua ujian ini dilaksanakan untuk memastikan produk yang terhasil berkualiti dan inovatif. Penghasilan produk ini telah dijadikan sebagai produk kreatif di Pertandingan Inovasi Sains dan Rekacipta Kejuruteraan Peringkat Kebangsaan SBP di Sekolah Menengah Sains Machang. Produk kreatif tersebut telah diiktiraf menerima anugerah Gangsa dalam pertandingan tersebut. Produk tersebut juga mendapat pujian kerana mereka berjaya menghasilkan produk yang bebas pencemaran dan menjimatkan kos pengeluaran.
  • 52. PRODUK BERKUALITI TEKNOLOGI HIJAU PROSES PENGELUARAN PRODUK SPESIFIKASI PRODUK Spesifikasi produk ini ialah satu produk yang unik yang dihasilkan dan mempunyai nilai estatika yang tersendiri dengan rekaan-rekaan yang cantik serta menarik dengan hasil kombinasi antara kreatif dan inovatif.
  • 53. KAWALAN KUALITI Kualiti sesuatu produk merupakan aspek yang amat penting bagi menghasilkan sesuatu produk yang berkualiti. Segala prosedur untuk menghasilkan produk perlu diikut dan dipatuhi. Ianya bermula dari pengumpulan bahan, mereka bentuk, penghasilan sehingga produk tersebut siap untuk dipasarkan. KOS DAN MATLAMAT KEUNTUNGAN Bagi produk ini ia melibatkan kos yang sederhana dan memerlukan tenaga kerja yang begitu minimum. Selain itu, kos yang diambil kira tidak termasuk dengan kos untuk memasarkan ke peringkat yang lebih luas. TEKNIK-TEKNIK PENGELUARAN Syarikat I`ExCeL telah menghasilkan produk kreatif ini dengan mengunakan 4M 1E. Teknik tersebut adalah:  MATERIAL : Setiap produk yang dijalankan mestilah daripada material yang terbaik. Produk yang dihasilkan dalam bentuk yang fleksibel dan boleh dikomersialkan.  MAN POWER : Setiap perkhidmatan atau produk yang dihasilkan mestilah mempunya tenaga kerja agar dapat penghasilan produk berjalan dengan lancar dan memenuhi justifikasi.  METHOD : Produk yang dihasilkan mempunyai kaedah yang tersedia supaya mengelakkan berlaku kesilapan dan mengelakkan berlakunya sebarang kerugian.  MACHINERY : Produk yang dijalankan mesti mempunyai kelengkapan alat yang lengkap supaya penghasilan tidak akan berlaku sebarang gangguan dan pembaziran masa.  ENVIRONMENT : Persekitaran tempat penghasilan produk yang selesa, aman dan bersih akan menmbulkan suasana yang ceria dan persekitaran yang kondusif bagi penghasilan produk.
  • 54. 7.12 LAPORAN PERKHIDMATAN TERBAIK Perkhidmatan terbaik dipilih daripada keseluruhan perkhidmatan yang telah dijalankan sepanjang operasi syarikat pada tahun beroperasi. Aspek pemilihan perkhidmatan terbaik adalah berdasarkan perkara-perkara berikut : KEUNTUNGAN YANG DIPEROLEHI Syarikat mensasarkan keuntungan sebelum perkhidmatan dijalankan dengan mencapai sebanyak 50% peratus keuntungan. SAMBUTAN YANG MENGGALAKKAN Perkhidmatan yang mampu menarik minat semua lapisan masyarakat dan mendapat sambutan . FAEDAH KEPADA KEPADA KEDUA-DUA PIHAK Pelanggan memperolehi kepuasan yang diharapkan dan mencapai objektif projek manakala syarikat mendapat pulangan yang lumayan. PERKHIDMATAN TERBAIK Syarikat I’ExCeL SDN. BHD. Perkhidmatan I`ExCeL SPORTS dipilih sebagai perkhidmatan terbaik kerana ianya telah mencapai aspek pemilihan perkhidmatan terbaik. Perkhidmatan ini merupakan satu perkara yang menarik yang unik dalam dunia perniagaan memandangkan beberapa orang ahli dalam syarikat adalah pemain yang berkemahiran dalam sukan bola keranjang dan permainan bowling. Memberi kelebihan kepada syarikat untuk menjalankan perkhidmatan tersebut. Berikut adalah fakta menarik mengenai Perkhidmatan I`ExCeL SPORTS,  Perkhidmatan I`ExCeL SPORTS tersebut merangkumi beberapa projek sukan yang dilaksanakan dalam satu program perkhidmatan.  Masyarakat kini aktif dalam sukan dan rekreasi untuk kesihatan dan kecergasan tubuh badan.  Lebih ramai pelajar bergiat aktif dalam sukan minoriti seperti boling dan bola keranjang.  Permainan minoriti kurang diminati dikalangan rakyat tempatan dan boleh diperkembangkan.  Menjadi pilihan strategik dimana kurang persatuan dan badan berorganisasi menganjurkan aktiviti/program ini.
  • 55. Pelaksanaan projek Dalam melaksanakan perkhidmatan I`ExCeL SPORTS ini memerlukan perancangan yang teliti dan rapi. Pihak syarikat telah mendapatkan khidmat nasihat daripada guru yang berkemahiran dalam pemainan boling. Selain itu,Syarikat juga mendapatkan bantuan daripada jurulatih pasukan bola keranjang perempuan Seratas iaitu Encik Goh Chai Sin untuk menjadi tenaga pengajar di dalam sukan bola keranjang. Tidak dilupakan,Syarikat juga turut mengadakan pertemuan bersama Puan Rahimah binti Mohd Sura untuk mendapatkan nasihat dan pandangan daripada beliau. Pengurus Pengeluaran bersama-sama sekretriat di bawah Jabatan Pengeluaran telah berbincang dan merangka strategi dalam melaksanakan projek tersebut. Setiap sukan tersebut mempunyai 3 perkara utama yang akan dilaksanakan. Bagi permainan bola keranjang Jabatan Pengeluaran mempunyai 3 aktiviti iaitu mengadakan klinik Young Talent,menganjurkan pertandingan 3 On 3 dan Kem Play For Fun.Permainan boling juga mempunyai 3 aktiviti iaitu klinik boling,menganjurkan pertandingan boling dan mengadakan pakej Smart untuk warga Sekolah Menengah Sains Raja Tun Azlan Shah. Pihak syarikat telah berusaha memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada para pelanggan supaya mendapat kepuasan dan keseronokan. Perancangan yang tersusun telah diadakan sebelum sesuatu aktiviti dijalankan bagi mengelakkan berlakunya sebarang masalah. Pihak syarikat juga menetapkan keuntungan yang perlu dicapai dalam setiap aktiviti yang dijalankan. Perkhidmatan I`ExCeL SPORTS dibahagikan kepada Projek Sukan Bola Keranjang dan Projek Sukan Boling. Projek Sukan Bola Keranjang Projek Sukan Boling Klinik Young Talent Klinik Boling 3 On 3 Competition Bowling Tournament Kem “Play For Fun” Pakej “Smart Bowling’’
  • 56. I`ExCeL SPORTS Projek Sukan Bola Keranjang Projek Sukan Boling Klinik Young Talent Klinik Boling 3 On 3 Competitions Bowling Tournament Kem “Play For Fun” Pakej “Smart Bowling” PROJEK SUKAN BOLA KERANJANG KLINIK YOUNG TALENT Kumpulan Sasaran : - Pelajar sekolah menengah bawah 18 tahun Objek tif Program : - memberi pendedahan awal kepada pelajar-pelajar mengenai sukan bola keranjang yang semakin diminati ramai. - mencungkil bakat-baru dalam sukan bola keranjang untuk menyertai pertandingan di peringkat yang lebih tinggi. Latarbelakang Program : Hari :Sabtu Tempat : SMK (P) Treacher Methodist Masa : 9.00 pagi hingga 5.00 petang Pengajar : Encik Goh Chai Sin Encik Kamal Bin Bahari Bayaran Penyertaan : RM 30.00 / seorang Impak Program : - Mengetahui dengan lebih mendalam mengenai sukan bola keranjang - Mempunyai asas-asas dalam sukan bola keranjang - Berpeluang mewakili pasukan sekolah dalam permainan bola keranjang
  • 57. 3 ON 3 COMPETITIONS Kumpulan Sasaran : - Pelajar-pelajar Sekolah Menengah Sains Raja Tun Azlan Shah Objektif Program : - Mengasah bakat-bakat pelajar dalam sukan bola keranjang - Melatih pasukan bola keranjang yang sudah ada supaya bersedia menghadapi pelbagai situasi perlawanan. - Menerapkan bakat-bakat muda dalam pasukan sekolah Latarbelakang Program : Tempoh Program : 2 hari Tempat : Gelanggang Bola Keranjang, SERATAS Masa : 8.00 pagi – 4.00 petang Bayaran Penyertaan : RM 30.00 / kumpulan Impak Program : - Membina semangat berpasukan - Memilih pemain untuk mewakili SERATAS KEM “PLAY FOR FUN” Kumpulan Sasaran : - Pelajar-pelajar Sekolah Menengah Sains Raja Tun Azlan Shah Objektif Program : - memupuk semangat jati diri pelajar - mendedahkan pelajar kepada dunia luar Latarbelakang Program : Tempoh Program : 3 hari 2 malam Tempat Program : Bukit Larut Bayaran Penyertaan : RM 5.00 Impak Program : - Jati diri pelajar semakin meningkat - Berani menyahut sebarang tugasan yang diberikan oleh mana-mana pihak. - Bersikap lebih proaktif dan effisien dalam setiap pekerjaan yang dilakukan.
  • 58. PROJEK SUKAN BOLING KLINIK BOLING Kumpulan Sasaran - Pelajar dan badan berorganisasi Objektif Program - Memberi pendedahan mengenai dunia sukan boling - Peserta diajar cara permainan yang betul Latar Belakang Program Tempoh Program: Satu hari Tempat Program: Pusat Boling Taiping Bayaran Penyertaan: RM 15.00 / Seorang Impak Program - Peserta diberi pendedahan mengenai sukan boling - Mengetahui teknik permainan yang betul BOWLING TOURNAMENT Kumpulan Sasaran - Pelajar dan badan berorganisasi Objektif Program - Mencari bakat-baru dalam sukan boling. - Mencari pelapis untuk pasukan boling Seratas Latar Belakang Program Tempoh Program: 1 Hari Tempat Program: Pusat Boling Taiping Bayaran Penyertaan: RM 20.00 / Seorang Impak Program - Pemain pelapis untuk pasukan boling telah diserapkan - Menanam semangat kesukanan dalam diri pemain - Pemenang dapat mewakili sekolah dalam pertandingan.
  • 59. PAKEJ SMART BOWLING Kumpulan Sasaran - Pelajar,masyarakat sekitar Taiping Objektif Program - Menarik minat untuk bermain boling - Memudahkan urusan permainan - Memberi keselesaan dalam pasukan yang ingin bermain Latar Belakang Program Tempoh Program: Bulan 3 hingga bulan 8 Tempat Program: Pusat Boling Taiping Bayaran Penyertaan: Pakej A / RM 250 Pakej B / RM 150 Impak Program - Pemain dapat berurusan dengan lebih cepat - Menarik lebih ramai badan berkumpulan untuk memilih Pakej Smart - Pemain dapat menikmati pakej yang ditawarkan dengan harga yang berpatutan.
  • 60. 7.13 PENGESAHAN Pelaksanaan produk dan perkhidmatan yang dijalankan bergantung kepada pelbagai aspek dari segi material,kerjasama ahli dan strategi perniagaa yang effektif. Syarikat I`ExCeL telah membuktikan keberkesanan dengan berjya melaksanakan semua perkhidmatan dengan jayanya dan penghasilan produk kreatif telah berjaya mendapat pelbagai kejayaan. Dari sudut pengawalan kos,syarikat telah berjaya mengelakkan daripada berhutang dengan mana-mana pihak dan keuntungan yang melebihi sasaran yang telah ditetapkan. Syarikat juga tidak mengalami sebarang kerugian dan operasi perniagaan dapat berjalan dengan lancar. Semua ahli syarikat telah menjalankan semua tugas yang telah dibahagikan mengikut jabatan masing-masing dengan penuh dedikasi dan komited dalam memastikan semua perkhidmatan berjalan dengan baik. Semua ahli menunjukkan disiplin yang terbaik dan berjaya mewujudkan semangat keusahawanan dalam diri masing-masing. Secara amnya,Syarikat I`ExCeL telah berjaya menjalankan semua perkhidmatan yang dirancang dengan teratur dan berkesan. Proses penghasilan produk kreatif juga tersedia dengan baik dan berjaya memenuhi kriteria yang telah ditetapkan. Ini membuktikan seluruh warga kerja Syarikat I`ExCeL mempnyai sistem pengurusan dan operasi perniagaan yang bersikap professional dalam perniagaan. Disediakan oleh, ................................................. (NURULHUDA BINTI HASHIM) Pengurus Pengeluaran Syarikat I`ExCeL Sdn Bhd.