2. JENIS KEMASAN
• Kemasan merupakan kerja penghabisan
yang menentukan kecantikannya.
• Beberapa jenis kemasan boleh dilakukan
berdasarkan kepada bahan-bahan yang
digunakan dan juga pertimbangan kosnya.
4. Kertas Pasir
• Kertas las adalah pengemas yang juga
dikenali sebagaikertas pasir atau kertas
kaca.
• Kegunaannya:
Menghilangkan dab Menggosok kayu
pada kayu sehingga menjadi licin
5. Saiz kertas las
ditentukan mengikut
nombor gred, iaitu:
00 - halus
sekali
0 - halus
1 - sederhana
2 - kasar
3 - kasar sekali
6. Tepung Penyumbat
• Sesetengah permukaan kayu mungkin
mengalami kecacatan seperti mempunyai
lubang-lubang kecil ataupun lubang terjadi
akibat ketidaksamaan semasa menghasilkan
projek.
• Fungsi utama penyumbat adalah mengisi
rongga-rongga dengan baik dan kekal.
7. • Penyumbat pada asasnya adalah serbuk
mineral yang dicampur.
• Ia boleh menjadi pasir, silika, serbuk atau
campuran daripada ‘carrier’-minyak, alkohol
atau air, ‘binder’-gam, varnis atau syelek.
• Pada masa kini, penyumbat datang dalam
pelbagai warna yang mana boleh
disesuaikan mengikut kesesuaian kayu yang
digunakan. (untuk memilih penyumbat yang
sesuai, pilih warna yang paling hampir
dengan kayu)
8. Cat
• Cat minyak adalah jenis cat yang digunakan
bagi tujuan kemasan kayu
• Dalam proses mengecat, biasanya 3 lapisan
cat diperlukan iaitu lapisan asas, lapisan alas
dan lapisan kemasan
• Cat lapisan kemasan mengandungi minyak
varnis, perwarna dan pelarut yang sesuai
seperti turpentin
• Alat-alat untuk mengecat yang sesuai ialah
berus dan alat penyembur
9. Lilin (WAX)
• Biasanya terdapat dalam tiga jenis iaitu lilin
keras (carnauba dan ceresine), sederhana (lilin
lebah) dan lembut (parafin)
• Kemasan lilin dilakukan dengan cara
mencairkan lilin dalam turpentin dan
menyapukannya ke permukaan kayu supaya
lilin dimasukkan ke dalam ira kayu
• Kemudian, permukaannya dikilatkan dengan
menggunakan kain lembut
10. • Jika warna diperlukan, perwarna dilarutkan di
dalam turpentin sebelum dibancuh dengan
lilin atau mengacaukan serbuk perwarna
dalam cairan lilin
• Kerja-kerja hendaklahdibuat jauh daripada
api kerana turpentin tang digunakan sebagai
pelkarut itu sangat mudah terbakar
11. Syelek
• Syelek merupakan resin asli yang
dihasilkan dari serangga bernama lac
bugs yang hidup atas dahan ranting
sejenis pokok yang terdapat di Asia
Tenggara
• Cara mengilat kayu dengan syelek juga
dipanggil French Polishing
• Ia boleh dilakukan dengan cara semburan
atau sapuan dengan menggunakan berus
12. • Syelek didapati sebagai serpihan yang
perlu dilarutkan di dalam alkohol untuk
digunakan ataupun dibeli secarabancuh-
siap
• Syelek yang telah dilarutkan hendaklah
disimpan di dalam bekas kaca. Jika ia
disimpan di dalam tin, warnanya akan
menjadi gelap
13. Varnis
• Varnis minyak mengandungi resin asli (Congo,
Manila, Kauri) dan dicairkan dengan pelarut
seperti turpentin dan spirit supaya mudah
digunakan secara sapuan atau semburan
• Varnis khas digunakan pada kayu. Ia mempunyai
sifat rintangan cuaca dan tahan air. Oleh itu, ia
sangat sesuai digunakan pada kayu yang akan
diletakkan di luar
• Biasanya, proses pengeringannya mengambil
masa sehingga 12 jam, tetapi terdapat juga varnis
yang boleh kering dalam masa kurang dari 4 jam
14. Lekar
• Lekar mengandungi resin yang akan mengeras
melalui tindakbalas kimia.
• Ada beberapa jenis lekar yang berupa lutsinar,
berwarna pudar dan licin yang boleh digunakan
untuk kemasan dalam dan luar
• Apabila telah disapu atau disembur, ia akan
mengering dengan cepat dan menghasilkan
lapisan perlindungan yang tahan lasak dan
bersifat merintang bahan kimia, pelarut, api dan
sebagainya
• Lekar boleh dilarutkan dengan thinner