SlideShare una empresa de Scribd logo
1 de 15
1
Implikasi Segregasi Terhadap Perpaduan Kaum Di Malaysia
Noraida Binti Asri
Rashaida_1108@yahoo.com
Abstrak
Jika hari ini dilihat perpaduan dan pencapaian negara Malaysia pesat membangun, pasti kita
bangga dan tanpa disedari kita lupa dan alpa disebalik tragedi yang berlaku ke atas negara
suatu masa lalu. Transformasi berlaku mengikut peredaran zaman dan zaman itu juga
melalaikan generasi memahami erti kata perpaduan itu sendiri. Untuk itu, segregasi secara
tidak langsung sedikit sebanyak telah menjadi satu halangan sempadan dalam
pembentukkan perpaduan dan integrasi di Malaysia. Bingkisan di sebalik poni – poni
penjajah British yang bertapak di negara sebenarnya antara pencetus berlakunya
pengasingan etnik mengikut kumpulan masing- masing sehingga membawa kepada
implikasi terhadap perpaduan kaum di Malaysia.
Kata kunci : perpaduan dan integrasi, akomodasi, akulturasi, amalgamasi, asimilasi,
Segregasi
1.0 Pengenalan
Segregasi dan integrasi merupakan dua konsep yang berbeza. Dalam konteks
Malaysia, segregasi perlu dielakkan, sebaliknya perlu berusaha untuk memupuk integrasi
dalam kalangan rakyat khususnya rakyat Malaysia. Segregasi berlaku adalah implikasi
daripada dasar pecah dan perintah yang diamalkan oleh pihak British berdasarkan
kegiatan ekonomi mengikut sesebuah etnik di Tanah Melayu pada masa dahulu.
Sehubungan dengan itu, integrasi antara kaum pula memerlukan usaha dan
sokongan daripada semua pihak sama ada secara ‘ top – down ‘ atau pun ‘ bottom – up’
dalam merealisasikan negara menjelang tahun 2020 yang bakal menjelma tidak kurang
enam tahun dari sekarang. Integrasi hanya terjelma apabila rakyat yang terdiri daripada
2
pelbagai etnik itu sudah bersiap sedia menerapkan unsur- unsur akomodasi, akulturasi
dan sehingga membawa ke peringkat asimilasi dalam kalangan mereka bagi
mengeratkan silaturahim antara mereka untuk membentuk satu rumpun dan satu
bumbung bagi melahirkan perpaduan tanpa perbezaan.
2.0 Konsep Segregasi dan Integrasi
Segregasi merujuk kepada pemisahan atau pengasingan antara sebuah kumpulan
etnik dengan kumpulan etnik yang lain dalam sesebuah negara. Sebaliknya, segregasi
juga merujuk kepada proses sosial yang menyebabkan individu atau kumpulan sosial
tertentu dipisahkan atau diasingkan dengan individu atau kumpulan sosial lain seterusnya
menyebabkan interaksi yang sedikit atau tiada interaksi antara mereka ( Marshall, 1994 ).
Segregasi boleh berlaku dalam masyarakat melalui ( i ) pengasingan tempat tinggal, ( ii )
pengasingan pekerjaan, ( iii ) pengasingan sistem persekolahan dan pendidikan, ( iv )
perbezaan kepercayaan dan agama, ( v ) fahaman politik yang berbeza dan ( vi )
penggunaan akhbar yang berbeza.( Ahmad Ali Seman dan Warti Kimi, 2014:3 ).
Terdapat dua jenis segregasi antaranya adalah, Segregasi Rela dan Segregasi
Tidak Rela. Segregasi Rela merujuk kepada keadaan golongan manusia yang
memencilkan diri dengan tujuan menentang asimilasi. Contohnya, seseorang individu
tidak mahu dirinya terikat dengan sesuatu adat resam dalam budayanya dan tidak mahu
dikatakan kolot oleh segelintir masyarakat dan akhirnya menentang asimilasi serta
berubah menjadi seorang yang moden dan secara tidak langsung telah tersasar dari titik
garisan budaya yang selama ini diagung- agungkan. ( Zaid Ahmad, 2013).
Malahan, bagi Segregasi Tidak rela pula, timbul kerana paksaan daripada pihak yang
berkuasa. Contohnya, Dasar Apartheid yang pernah dilaksanakan di negara Afrika
Selatan dari tahun 1948 sehingga tahun 1994. Tujuan dasar tersebut adalah untuk
mengekalkan ketuanan orang Putih dan seterusnya memisahkan orang kulit Hitam
daripada masyarakat kulit Putih. Melalui undang- undang ras tersebut, kumpulan minoriti
iaitu orang kulit Hitam telah dipisahkan dan didikriminasikan dari pelbagai aspek sosial
seperti, pendidikan, perkahwinan, perubatan, perumahan dan pelbagai perkhidmatan
awam. ( Zaid Ahmad, 2013). Sebaliknya, segregrasi ‘ de jure’ merujuk kepada jenis
segregrasi yang dilaksanakan oleh kerajaan. Segregrasi jenis ini memaksa pengasingan
atau pemisahan yang ketat ke atas individu atau kumpulan manusia dengan
perlaksanaan undang- undang. (Zaid Ahmad, 2013).
3
Sebelum negara mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, Malaysia telah pun
melalui keadaan ini selari dengan dasar pecah perintah yang telah menjajah dan bertapak
di Tanah Melayu ( Malaysia ) pada era kolonial pada suatu masa dahulu hampir lebih
kurang selama 170 tahun. Pengalaman yang dirasai oleh negara Afrika Selatan oleh
golongan orang kulit Hitam telaah dirasai dan diselami oleh rakyat negara Malaysia.
Sungguh pun terdapat perbezaan yang nyata antara kedua- dua buah negara, namun
terdapat sebuah bingkisan pengajaran terukir kepada rakyat tentang implikasi negatif
pada amalan segregasi tersebut. ( http://notactu553.blogspot.com/2012/11/tajuk-07.html ).
Menurut Ting ( 1987 ), integrasi adalah satu proses yang amat kompleks dalam
tahap- tahap hubungan etnik dan boleh dilihat dari drjah kedekatan bermula dengan
hubungan yang terpisah sehinggalah mencapai tahap hubungan yang sebati
( amalgamasi ). Hubungan yang rapat antara wilayah yang terpisah dapat mewujudkan
integrasi dalm bidang politik dan nilai, seterusnya mampu mengurangkan konflik,
mengutamakan persefahaman dan mewujudkan perasaan harmonis. ( Ting Chew Peh,
1987 ). Sehubungan dengan itu, perpaduan dapat dipupuk melalui integrasi antara
sesebuah etnik dengan etnik yang lain.
3.0 Proses Perpaduan dan Integrasi
Dalam memperkatakan tentang perpaduan bagi membentuk satu bangsa Malaysia
yang berbilang kaum di bawah satu bumbung yang sama, empat proses integrasi banyak
memainkan peranan penting antaranya adalah, Amalgamasi, Asimilasi, Akulturasi dan
Akomodasi. ( Syamsul Amri Baharuddin 2008 ), konsep Amalgasi ( Amalgamation ),
merujuk proses penyatuan pelbagai kumpulan etnik dari segi biologi. Dalam proses ini,
semua entiti kebudayaan pelbagai kumpulan dicampuradukkan melalui perkahwinan
campur dan akhirnya mewujudkan satu bangsa yang baharu. Proses ini memakan masa
yang lama dan biasanya melalui beberapa generasi. ( Syamsul Amri Baharuddin 2008 ).
Menurut Gordon ( 1964 ), Asimilasi ( Asimilation ) merupakan satu proses apabila
kumpulan minoriti kehilangan identiti kumpulannya dan diserap oleh kumpulan dominan
dari segi kebudayaan dan sosial. Asimilasi juga boleh dibahagikan kepada dua iaitu,
Asimilasi Budaya dan Asimilasi Struktur. Asimilasi budaya ( cultural assimilation ) ialah
satu proses apabila kumpulan minoriti mempelajari ciri kebudayaan masyarakat misalnya,
bahasa, pakaian dan adat resam untuk diamalkan dalam kehidupan seharian masyarakat
manakala, Asimilasi Struktur ( structural assimilation ) pula ialah satu proses apabila
anggota kumpulan minoriti berjaya menyertai institusi utama dan aktiviti sosial dalam
4
masyarakat dominan. Malahan, integrasi juga berkemungkinan melibatkan akulturasi
(acculturation ), iaitu satu proses yang melibatkan perubahan kebudayaan dan pinjam-
meminjam unsur kebudayaan akibat perhubungan antara dua kumpulan manusia yang
berlainan tradisi. Proses ini amat penting untuk mencapai integrasi. Ahli masyarakat
daripada pelbagai kumpulan etnik perlu berkongsi pola kebudayaan, contohnya bahasa
yang sama supaya interaksi dan perhubungan sosial mereka tidak diganggu oleh
perbezaan dan sempadan kumpulan. Bukan itu sahaja malahan proses akomodasi juga
tidak kurang hebatnya dalam proses membentuk integrasi. Akomodasi dikenali sebagai
satu proses yang melibatkan beberapa kumpulan etnik yang menyedari bahawa mereka
adalah berbeza, namun masih menghormati norma dan nilai kolektif antara satu sama
lain. Contoh konsep adalah kongsi raya atau jenis pakaian antara kaum tertentu. ( Ahmad
Ali Seman Dan Warti Kimi 2014 ).
4.0 Faktor berlakunya Segregrasi dan Implikasi Segregrasi
Kita telah sedia maklum bahawa, segregrasi membawa kepada pengasingan dan
perpisahan antara kaum sejak zaman kolonial semasa penjajahan British lagi. Hal itu
menyebabkan Malaysia sinonim dengan segregrasi itu sendiri dan sehingga ke hari ini
jika dilihat di Malaysia segelintirnya masih berlakunya segregrasi. Natijahnya, perpaduan
antara kaum agak janggal dan masih berlakunya pengasingan dari pelbagai aspek.
Antara faktor yang menyebabkan berlakunya segregasi di negara Malaysia adalah,
tempat tinggal, pekerjaan, pendidikan, ekonomi dan akhbar yang terdapat di dalam
negara kita dan secara tidak langsung ia memberi impak atau implikasi terhadap
segregrasi antara kaum.
Pertama antara faktornya adalah pengasingan tempat tinggal. Sejarah telah
membuktikan pada tahun 1920an, misalnya waktu pola pendudukan negara ini,
sebagaimana wujudnya sekarang sudah terbentuk perpisahan fisikal itu jelas ternampak.
Bilangan majoriti orang Melayu tinggal di kawasan desa atau di pinggir bandar, orang
Cina ditempatkan di kawasan bandar manakala orang India ditempatkan di kawasan
ladang- ladang getah atau estet. (http://ruaikenyalang.blogspot.com/2011/01/sistem-
pendidikan-kolonial-memberikan.html ).
Perpisahan itu dilihat masih wujud di kawasan bandar contohnya, terdapat beberapa
kawasan yang menjadi tumpuan satu- satu golongan etnik. Misalnya, di Kuala Lumpur,
ibu negara Malaysia dimonopoli oleh orang Cina orang Cina tertumpu di kawasan Pudu,
orang India tertumpu di kawasan Brickfield dan orang Melayu tertumpu di kawasan
Kampung Baru. Perpisahan fisikal ini mewujudkan jurang di antara kaum dan
5
mencetuskan sikap prejudis dalam kalangan mereka kerana masih mempunyai perasaan
atau pandangan negatif yang menimbulkan ketidakpuasan hati antara kaum. Malahan,
jika dilihat pada waktu sekarang ini, orang Melayu kebanyakkannya masih tinggal di
kawasan desa atau perkampungan dan mengamalkan cara hidup yang sederhana yang
memiliki rumah papan dan rumah tradisional seperti rumah limas atau flet murah, orang
Cina tinggal di kawasan bandar misalnya di taman- taman atau tanah milik persendirian
yang memiliki rumah mewah seperti banglow dan orang India yang ditinggal di tengah-
tengah antara desa dan bandar misalnya di taman- taman yang memiliki rumah yang
sederhana dan agak mewah seperti semi- D. Kenapa orang Melayu dilihat hanya mampu
memiliki rumah yang agak sederhana seperti flet? Hal ini disebabkan oleh ketidak mampu
milik rumah yang mewah kerana harga semasa rumah pada masa sekarang sangat
tinggi. Jika kita lihat, jenis rumah antara ketiga- tiga kaum ini agak berbeza. Mengikut
artikel dari ( http://www.bharian.com.my/bharian/articles/HargafletRM200_000/Article )
menunjukkan bahawa, anggaran kenaikan harga rumah sehinggaa 400 peratus
berbanding hanya di bawah RM 50,000 sekarang adalah berasas jika mengambil kira
harga jualan semula dan nilai semasa. Malahan, berdasarkan laporan, flet adalah
kategori kediaman yang mendapat permintaan tinggi dan harga sebuah rumah flet di
Petaling Jaya RM 35,000 ketika tahun 1990an, kini sudah mencecah kepada hampir RM
200,000. Hal ini berikutan kadar kenaikan harga rumah menyebabkan khususnya orang
Melayu dan orang India tidak mampu memiliki rumah yang agak mewah.
( http://www.bharian.com.my/bharian/articles/HargafletRM200_000/Article) .
Melalui kajian tersebut, didapati berlakunya implikasi segregasi antara kaum tersebut
dan secara tidak langsung komunikasi dilihat tidak berlaku antara kaum Melayu, Cina dan
India kerana mereka hidup secara berasingan tempat tinggal. Komunikasi hanya terlahir
antara kaum tertentu sahaja contohnya orang Melayu yang tinggal di kawasan kampung
hubungan mereka akan bertambah erat kerana tertumpu diantara kaumnya sahaja dan ia
berlaku berkemungkinan mereka masih mengamalkan amalan gotong- royong dalam
membersihkan kawasan kampung atau mengamalkan amalan rewang yang dikenali
amalan kenduri – kendara masak bersama- sama. Hal ini dilihat antara kaum masih
berlaku perpisahan yang begitu ketara.
Faktor keduanya yang berlakunya segregrasi adalah dari sudut pengasingan
pekerjaan. Berbalik kepada pengasingan tempat tinggal tadi, pada zaman kolonial, dilihat
kembali orang Melayu tinggal di kawasan desa atau kampung dan bekerja sebagai petani
dan buruh biasa. Orang Cina bekerja di kawasan perlombongan bijih timah dan orang
India pula bekerja sebagai pekerja di ladang- ladang getah atau estet. Dasar pecah
perintah sedikit sebanyak membawa kepada kesan ke atas ketiga- tiga kaum sehingga
6
zaman era globalisasi kini. Pada abad ke 21 ini, kajian mendapati orang Melayu ada yang
masih mengamalkan cara hidup sebagai petani dan ada yang telah membuat
transformasi dalam meningkatkan taraf hidup dalam menceburkan diri dalam pekerjaan
sektor kerajaan seperti guru, askar, pegawai polis dan sebagainya. Orang Cina pula,
dilihat ramai kaumnya menceburkan diri dalam bidang perniagaan. Antaranya membuka
kedai telefon, kedai kereta dan sebagainya bagi meneruskan perniagaan nenek moyang
mereka berabad lamanya.
Tidak kurang pula orang India pekerjaannya lebih tertumpu kepada buruh kasar
amnya dan ada juga yang menceburkan diri dalam bidang pengkeranian, kakitangan
kerajaan sebagai pembantu hospital dan ada juga dalam bidang perkhidmatan misalnya,
di Jabatan kerja Raya (JKR ) dan sebagainya. Dilihat dari sudut pembahagian pekerjaan
pada tahun 1970 pecahan mengikut kaum adalah seperti berikut :
SEKTOR MELAYU
( % )
CINA
( % )
INDIA
( % )
LAIN-
LAIN
( %)
1. Pertanian 67.6 19.9 11.5 1.0
2. Perlombongan 32.1 58.7 8.5 0.7
3. Perniagaan / Perdagangan / Pentadbiran
Awam / Pelajaran / Pertahanan dan
kemudahan awam
42.6 45.5 10.7 1.2
Statistik: Pekerjaan Mengikut Kaum 1970
Sumber:
(http://www3.pmo.gov.my/RancanganWeb/Rancangan1.nsf/31146b8c28fb53f0482567320
029f144/b9e8dd3efcb0d838482567350005a893?OpenDocument )
Mengikut statistik pekerjaan mengikut kaum di atas, dilihat, dalam sektor Pertanian
yang mencatat kadar peratusan tertinggi adalah kaum Melayu sebanyak 67.6 peratus ,
berbanding kaum Cina sebanyak 19.9 peratus, manakala kaum India sebanyak 11.5
7
peratus dan kaum lain- lain sebanyak 1.0 peratus. Dalam sektor perlombongan pula, kaum
Cina antara peratus yang paling tinggi dalam perlombongan iaitu sebanyak 58.7 peratus
berbanding kaum Melayu sebanyak 32.1 manakala kaum India 8.5 peratus dan sektor
Perniagaan, Perdagangan, Pentadbiran Awam, Pelajaran, pertahanan, dan Kemudahan
Awam kaum India mencatat peratusan terendah iaitu sebanyak 10.7 peratus berbanding
kaum Melayu dan Kaum Cina masing- masing sebanyak 42.6 peratus dan 45.5 peratus.
Implikasi segregrasi menadapati berlaku kepincangan dalam pembahagian pekerjaan
antara kaum dalam statistik tersebut dipercayai telah menjadi sebab utama berlakunya ‘
Peristiwa 13 Mei 1969. Rentetan peristiwa tersebut mencetuskan satu perusuhan
perkauman yang telah memaksa satu dasar yang bersepadu diwujudkan misalnya Dasar
Ekonomi Baru yang dilancarkan oleh kerajaan dalam tahun 1970 melalui Rancangan
Malaysia Kedua ( 1971 – 1975 ) bagi memperbetulkan ketidakseimbangan sosial ekonomi
yang wujud di Malaysia di antara kaum tersebut.
Faktor ketiga adalah pengasingan pendidikan. Pendidikan adalah merupakan satu
aspek pembangunan sosial yang dianggap sangat penting dan mampu mencetuskan
perubahan dalam sesebuah masyarakat. Pendidikan bukan sahaja boleh menyediakan
masyarakat yang celik huruf dengan kebolehan menulis, membaca dan mengira malah,
dapat menyediakan masyarakat tentang ilmu pengetahuan dan boleh dimanfaatkan untuk
tujuan memajukan diri dan masyarakat. Namun, pada zaman pendidikan kolonial pula sistem
pendidikan yang telah diperkenalkan oleh penjajah Inggeris pada dua abad yang lalu amat
berlainan dengan kehendak masyarakat. British telah memperkenalkan empat aliran
pendidikan yang berbeza di Tanah Melayu iaitu Sekolah Vernakular Melayu, Sekolah
Vernakular Tamil, Sekolah Vernakular Cina dan Sekolah Vernakular Inggeris.
(http://ruaikenyalang.blogspot.com/2011/01/sistem-pendidikan-kolonial-memberikan.html).
Sekolah Vernakular Melayu, murid- murid Melayu diajar menulis, membaca dan
mengira malahan pelajaran menggunakan bahasa ibunda iaitu Bahasa Melayu. Sekolah
Vernakular Cina pula hanya tertumpu kepada murid yang berbangsa Cina sahaja dan hanya
menggunakan Bahasa Cina ( mandarin ) sebagai bahasa pengantar, gurunya diimport dari
negara China dan buku teks serta sukatan pelajaran mengikut negara China atau
sememangnya ia berkiblatka kepada negara China. Tidak kurang juga Sekolah Vernakular
Tamil juga ia lebih tertumpu kepada murid- murid berbangsa india sahaja. Sekolah Tamil
pula menggunakan bahasa Tamil iaitu bahasa ibunda sebagai bahasa pengantar di sekolah.
Kebanyakkan Sekolah Tamil terletak di kawasan ladang dan pembiayaan pengajiannya
dibiayai oleh syarikat- syarikat yang memiliki ladang- ladang tersebut.
(http://ruaikenyalang.blogspot.com/2011/01/sistem-pendidikan-kolonial-memberikan.html).
8
Implikasi ke atas penjajahan British, sehingga ke hari ini sistem pendidikan masih
mengamalkan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil, dan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina.
Melaluinya, didapati, masih berlaku segregrasi antara kaum dan ia msedikit sebnayak
menjadi masalah yang besar dalam membentuk perpaduan dalam kalangan kaum tersebut.
Jika kita menyorot masa lampau kesan peninggalan kuasa kolonial British yang pernah
menjajah negara telah mewariskan kepada kita ilmu pengurusan bagi mentadbir negara
dalam sistem pendidikan dalam negara. Setelah negara mencecah 57 tahun Kemerdekaan,
tidak banyak perubahan yang dilakukan di dalam sistem pendidikan kita kecuali menokok
tambah sistem yang telah diperkenalkan oleh British sejak tahun 1819 dan sistem
pendidikan sentiasa berlaku transformasi. Contohnya, kerajaan telah memperkenalkan
semula Bahasa Inggeris dalam pembelajaran subjek Matematik dan subjek Sains serta
kementerian pendidikan negara kita telah menggunakan konsep ‘ west minister’ dalam
sistem pendidikan. ( http://ruaikenyalang.blogspot.com/2011/01/sistem-pendidikan-kolonial-
memberikan.html).
Ekonomi merupakan faktor keempat dalam berlakunya segregrasi antara kaum.
Ekonomi merupakan salah satu faktor penting yang perlu diberi erhatian dalam
membecarakan hubungan antara etnik- etnik di Malaysia. Hl ini kerana, faktor ekonomi amat
besar peranan dan pengaruhnya dalam menentukan suasana hubungan itu sama ada
berjalan baik atau pun tidak. Jika dilihat pada kadar pendapatan antara kaum kebanyakkan
orang Melayu berpadapatan sederhana, begitu juga dengan orang India. Tetapi berbeza
pula dengan orang Cina kadar pendapatan mereka sangat tinggi. Ia berbalik kepada faktor
pekerjaan antara kaum tersebut. Di mana, perbezaan ekonomi antara kaum dilihat
mempunyai lompang atau jurang yang sangat dalam. Misalnya, dilihat pada aset kereta yang
dimiliki oleh ketiga- tiga kaum juga menunjukkan perbezaan. Contohnya, orang Cina dengan
taraf kehidupan dan gaji yang tinggi daripada sumber pendapatan yang lumayan dalam
sektor perniagaan khususnya mampu memiliki kereta mewah seperti Toyota Camry,
Mercedes Bens dan Honda. Orang India pula dengan taraf kehidupan dan gaji yang
sederhana daripada sumber pendapatan yang sederhana mampu memiliki kereta Toyota
Vios dan sebagainya seperti juga Orang Melayu yang hidup secara sederhana mampu
memiliki kereta keluaran negara Malaysia seperti Proton Saga, Produa Viva dan sebagainya.
Malaysia mempunyai penduduk yang memiliki paras pendapatan yang pelbagai tetapi
sebahagian besarnya terdiri daripada golongan berpendapatan rendah. Untuk itu, Syarikat
Proton membantu mereka bagi kemampuan memiliki kereta mampu milik dengan tawaran
harga yang berpatutan. Menurut Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Proton Holdings Bhd,
Datuk Lukman Ibrahim kepada Utusan Malaysia, konsep mampu milik ini merujuk kepada
usaha menyediakan kereta yang mampu memenuhi keperluan asas rakyat negara ini.
9
(http://www.utusan.com.my/utusan/Ekonomi/20140120/ek_03/Kereta-mampu-milik-tawaran-
terbaik-Proton). Implikasi terhadap perbezaan pendapatan antara kaum sedikit sebanyak
boleh mencetuskan perasaan iri hati dan prejudis dalam kalangan kaum terhadap ekonomi
dan taraf hidup antara kaum tersebut.
Dari banci penduduk pada tahun 1970, didapati bahawa 49.3 peratus dari semua
keluarga di Semenanjung Malaysia menerima pendapatan di bawah garis kemiskinan. Dari
jumlah semua keluarga miskin, sebanyak 86 peratus berada di kawasan luar bandar dan
sebanyak 14 peratus di kawasan bandar. Kadar kemiskinan mengikut kaum pula adalah
seperti berikut :
KAUM
KADAR KEMISKINAN
( % )
PENDAPATAN
PURATASEBULAN ( RM)
( % )
Melayu 64.8 172.00
Cina 26.0 394.00
India 39.2 304.00
Lain- lain 44.8 813.00
Banci Penduduk kadar Kemiskinan dan Pendapatan Purata Sebulan ( RM )
Sumber:(http://www3.pmo.gov.my/RancanganWeb/Rancangan1.nsf/31146b8c28fb53f04
82567320029f144/b9e8dd3efcb0d838482567350005a893?OpenDocument).
Berdasarkan banci penduduk pada tahun 1970, didapati kadar kemiskinan yang
mencecah angka paling tinggi adalah kaum Melayu sebanyak 64.8 peratus. Manakala, Cina
sebanyak 26.0 peratus dan India sebanyak 39.2 peratus. Manakala pendapatan purata
sebulan bagikaum Melayu dilihat paling rendah berbanding pendapatan purata sebulan
kaum Cina sebanyak 394.00 dan kaum Indai sebanyak 304.00. Berdasarkan bancian
tersebut didapati kaum Melayu ketinggalan begitu jauh berbanding kaum- kaum lain.
10
Pada masa kini, harga barang semakin meningkat dan mahal. Jika pendapatan
purata sebulan hanya sebegitu rupa khususnya bagi kaum Melayu, sudah pasti mereka tidak
mampu menyediakan barang keperluan asas untuk keluarga mereka. Malahan juga, mereka
tidak dapat hidup secara mewah dan tidak selesa.
Selain daripada faktor ekonomi, akhbar atau media juga merupakan satu lagi agen
yang melahirkan keadaan yang membenarkan satu- satu golongan etnik hidup dengan tidak
bergantung kepada golongan lain. Antara contoh akhbar yang menjadi pilihan orang Melayu
adalah Berita harian, Harian Metro, Kosmo, Sinar Harian, dan Utusan Malaysia. Bagi kaum
Cina pula akhbar yang menjadi pilihan adalah, Asia Times ( Malaysia ), China Press, Guang
Ming, dan Nanyang Siang Pau. Kaum India pula akhbar yang menjadi pilihan mereka
adalah, Makkal Osai, Malaysia Nanban, Tamil Nesan dan Vanakam Malaysia
(http://ms.wikipedia.org/wiki/Senarai_akhbar).
Akhbar diterbitkan dengan pelbagai jenis dan bahasa. Isi kandungan setiap akhbar
tersebut mencerminkan wujudnya ‘ dunia’ yang berasingan di negara ini dalam erti kata
bahawa sememangnya kemunculan akhbar- akhabr etnik di Malaysia terutamanya pada
awal perkembangan akhbar negara adalah untuk kepentingan tertumpu kepada sesuatu
etnik sahaja. Malahan ianya telah diasuh oleh penjajah British untuk memperjuangkan
kepentingan hak dan memberikan tumpuan kepada masalah kaum mereka sendiri. Menurut
John A. Lent ( 1977 ), beliau menyatakan bahawa akhbar etnik lebih menjurus kepada
pengukuhan hak serta penumpuan kepada masalah kaum mereka sahaja. Beliau
memberikan contoh akhbar- akhbar cina pada masa dahulu, hanya diwujudkan untuk
mempromosikan dan mempertahankan bahasa, adat dan budaya masyarakat cina dalam
lingkungan majoriti masyarakat Melayu di Tanah Melayu. Begitu juga dengan kemunculan
akhbar- akhbar etnik Melayu yang hanya mementingkan sentimen Melayu dalam setiap
laporan mereka. ( http://ms.wikipedia.org/wiki/Senarai_akhbar ).
Lebih daripada itu, akhbar Cina lebih mengutamakan perkembangan di negeri China
dan akhbar Tamil mengandungi berita- berita tentang negeri India. Dengan memberikan
laporan yang kemaskini tentang perkembangan di negara ibunda kaum- kaum yang berada
di negara ini ia menunjukkan sesuatu akhbar tersebut telah berjaya menjalinkan pertalian
emosi di antara penduduk bukan Melayu dengan negeri China atau India. Melihat sorotan
tentang Peristiwa berdarah yang telah melanda negara satu masa dahulu tentang ‘ Peristiwa
13 Mei 1969 juga telah memperlihatkan betapa peranan akhbar telah menyemarakkan
perbalahan antara kaum di negara ini dengan memainkan pelabagai isu perkauman dalam
setiap laporan mereka. Malahan juga terdapat segelintir laporan yang lain dilihat sebagai
mengapi- apikan masyarakat Melayu pada waktu itu. Banyak pendapat sarjana sejarah yang
11
beranggapan bahawa peranan yng dimainkan oleh akhbar pada waktu itu turut menjadi
faktor penyebab berlakunya situasi tegang tersebut.
Mereka berpendapat yang kebanyakan liputan akhbar etnik pada waktu itu hanya
memberikan ruang dan tumpuan kepada masalah kaum mereka sahaja. Keadaan ini
memungkinkan berlakunya ketidakadilan dalam laporan dan juga penilaian terhadap kaum
yang lain.(http://www.slideshare.net/mthyz/implikasi-tidak-wujud-perpaduan-kaum-dan-
integrasi-nasional-di-malaysia#). Hal ini adalah kerana, setiap etnik di Malaysia hanya
cenderung untuk melihat permasalahan etnik sebangsa dengan mereka sahaja.
Implikasi jangkamasa panjang adanya akhbar dalam pelbagai bahasa ialah,
berlakunya proses menguatkan lagi perpisahan dalam masyarakat kerana bersama- sama
dengan sistem pelajaran akhbar mengekalkan kiblat satu- satu golongan etnik kerana,
diantaranya melalui ruang akhbar, anggota satu- satu golongan dapat sentiasa berdialog
untuk mencari ikhtiar dalam satu- satu keadaan krisis bagi mengambil tindakan yang
berpadu dan berkesan bagi menitikberatkan taat setia mereka kepada negara ibunda yang
tercinta.
5.0 Langkah Kerajaan Mengatasi Masalah Segregrasi
Segregrasi membawa kepada perpisahan antara kaum sedikit sebanyak menjejaskan
perpaduan antara kaum di negara kita. Oleh itu, bagi memupuk semangat hubungan etnik
yang harmoni yang menjadi agenda utama kerajaan yang dilaksanakan menerusi
perancangan dan pelaksanaan dasar- dasar tertentu. Usaha- usaha ini diteruskan dengan
memperkenalkan konsep ‘ 1 Malaysia’ oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul
Razak dengan slogan ‘ Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan’. Konsep ini bertujuan
untuk melahirkan bangsa Malaysia yang lebih bardaya tahan dalam menghadapi pelbagai
cabaran yang dibawa oleh arus globalisasi.
Pelbagai usaha agensi kerajaan telah dipertanggungjawabkan untuk memastikan
segala usaha dan perancangan kerajaan dalam menyatukan masyarakat pelbagai etnik di
negara ini dapat dilaksanakan dengan berkesan. Melalui segregrasi maka tercetusnya
pelbagai usaha tersebut antaranya adalah, Penubuhan Jabatan Perpaduan negara dan
Integrasi Nasional ( Jpnin ), Penubuhan Majlis Gerakan Negara ( MAGERAN ), Dasar
Ekonomi Baru, memperkenalkan Strategi sistem pendidikan, strategi Peranan Media Massa
dan sebagainya bagi membentuk perpaduan di Malaysia.
((http://kemahiransangpurba.blogspot.com/2010/08/dasar-pendidikan-kebangsaan.html).
12
Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional ( Jpnin ) adalah sebuah badan
yang ditubuhkan dan bertanggungjawab bagi memupuk dan memelihara perpaduan antara
etnik di negara ini. Masyarakat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai etnik mempunyai
latar belakang budaya , agama, bahasa dan adat resam yang berbeza. Dalam hal ini, isu
perpaduan dan hubungan antara etnik merupakan agenda penting negara dalam
memastikan kestabilan politik sentiasa terjamin. Generasi kini, yang mewarisi konsep
masyarakat majmuk sejak merdeka masih menghadapi dilema akibat segregrasi antara
kaum. Integrasi nasional penting kerana dapat mengikis sentimen perkauman. Nilai
perpaduan dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum harus dipertahankan agar
keharmonian dapat dikekalkan.
Seterusnya adalah, penubuhan Majlis Gerakan Negara ( MAGERAN ) yang
ditubuhkan sebagai usaha untuk memulihkan hubungan antara kaum akibat implikasi
daripada Peristiwa 13 Mei 1969. Di samping itu, kerajaan telah menjadikan Rukun Negara
sebagai tunjang kepercayaan dan kesetiaan rakyat berbilang kaum terhadap kepimpinan
negaraPada 1 Julai 1969, MAGERAN telah mewujudkan Jabatan Perpaduan Negara untuk
menangani isu berhubung pembinaan semula perpaduan kaum di negara ini.
.((http://kemahiransangpurba.blogspot.com/2010/08/dasar-pendidikan-kebangsaan.html).
Perkara yang boleh menimbulkan ketegangan hubungan antara etnik selalunya
dikaitkan dengan sentimen etnosentrisme, prejudis serta tanggapan ketidakpuasan hati
antara kaum dari aspek ekonomi dan taaf hidup masyarakat sesebuah etnik. Lantaran itu,
kerajaan telah memperkenalkan Dasar Ekonomi Baru ( DEB ) bagi mengimbangkan
kedudukan sosioekonomi antara etnik menerusi beberapa kaedah seperti meningkatkan
taraf ekonomi antara etnik dan wilayah tanpa merugikan mana- mana pihak. Kadar
kemiskinan paling tinggi adalah dalam kalangan orang Melayu yang tertumpu kepada aktiviti
pertanian tradisional. Usaha telah dijalankan untuk menyelesaikan masalah sosial ekonomi
dan projek pembangunan telah dirangka supaya, i) dapat mewujudkan peluang pekerjaan
untuk semua golongan rakyat yang menganggur, ii) menambah daya pengeluaran dan
pendapatan,iii ) memodenkan kehidupan di luar bandar dan iv) mangadakan suasana
pekerjaan yang mencerminkan komposisi kaum di Malaysia.
.((http://kemahiransangpurba.blogspot.com/2010/08/dasar-pendidikan-kebangsaan.html).
Maka, penjelasan perlu diberikan kepada semua pihak supaya sebarang tanggapan
dapat diperbetulkan dan perasaan ketidakpuasan hati dapat dibendung. Oleh itu, usaha
kerajaan untuk mengurangkan dan membasmi kemiskinan tanpa mengira etnik dan
perbezaan wilayah bagi membentuk perpaduan impak daripada proses segregrasi.
13
Sistem pendidikan merupakan salah satu daripada alat terpenting dan berkesan
bagi membina jati diri nasional, memupuk semangat kebangsaan, cinta akan tanah air, dan
berperanan mengeratkan perpaduan. Pelbagai langkah telah diambil untuk menggalakkan
wujudnya satu sistem persekolahan dari peringkat pra sekolah, hingga ke peringkat Institusi
Pengajian Tinggi dengan menggunakan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Pengantar dan
menyeragamkan kurikulum dan kokurikulum di sekolah.
Kementerian Pendidikan Malaysia ( KPM), telah membuat pelbagai usaha bagi
memperkasakan sekolah kebangsaan dan menubuhkan Sekolah Wawasan bagi
mengeratkan perpaduan antara murid yang berbilang kaum. Contohnya dalam
memperkasakan Sekolah Kebangsaan adalah kerajaan tidak mengetepikan proses
penguasaan bahasa ibunda masing- masing dengan memperkenalkan pengajaran Bahasa
Mandarin dan Tamil. Manakala, bagi Sekolah Wawasan pula, ia merupakan salah satu
pendekatan altenatif untuk memupuk nilai perpaduan kaum dan integrasi nasional serta ia
memberi peluang yang meluas kepada semua murid dan guru bergaul mesra dan
berinteraksi antara kaum dengan baik. Malahan juga bagi membentuk perpaduan antara
kaum, dengan cara semua murid diwajibkan mengikuti aktiviti kokurikulum seperti kelab atau
persatuan, badan beruniform dan permainan bagi menjalinkan ikatan perpaduan antara
murid Melayu, Cina dan juga India.( http://kemahiransangpurba.blogspot.com/2010/08/dasar-
pendidikan-kebangsaan.html).
Seterusnya signifikannya adalah strategi Media Massa dalam memainkan peranan
yang berkesan bagi membantu memupuk perpaduan negara melalui penyampaian
maklumat, pembentukan sikap dan pandangan rakyat serta penerapan nilai- nilai positif ke
arah memajukan semangat perpaduan. Internet sebagai wadah penyebaran maklumat perlu
digunakan sebaik mungkin. Penerbit majalah dan akhbar juga digalakkan memberi
sumbangan kepada usaha memantapkan perpaduan negara berdasarkan etika
kewartawanan. Mereka juga dinasihatkan tidak melanggar Akta Hasutan 1948 dan Akta
Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 tidak mengugat ketenteraman keselamatan negara.
Seharusnya media perlu memainkan peranan yang penting contohnya membuat hebahan
dan membuat iklan- iklan tentang perpaduan antara kaum bagi menjalinkan hubungan etnik
di Malaysia.
14
6.0 Penutup
Para pemimpin kita gemar mengadu mengenai masalah polarisasi kaum. Biar pun di
sekolah, di universiti mahu pun di tempat kerja, sesiapa pun boleh melihat bahawa rakyat
jelata lebih gemar bergaul dengan rakan dari kaum yang sama berbanding bergaul mesra
dengan kaum yang lain. Secara ringkasnya, dapat di simpulkan di sini , segregrasi yang
melanda negara kini rentetannya menyorot masa suatu masa lalu, negara kita telah
didatangi oleh penjajah asing iaitu British dalam kemasukan imigran asing orang Cina dan
orang India lalu membentuk masyarakat majmuk di Malaysia. Sehingga kini pada tahun 2014
, hakikatnya negara masih juga berlakunya segregrasi dalam semua aspek baik dari segi
tempat tinggal, pendidikan, ekonomi dan sebagainya. Oleh itu, kita sebagai rakyat Malaysia
yang cinta akan negara, perlulah sama- sama menganding bahu memupuk semangat
perpaduan antara kaum di negara dapat dicapai di bawah naungan yang sama iaitu “
Gagasan 1 Malaysia “.
15
BIBLIOGRAFI
Ahmad Ali Seman & Warti Kimi ( 2014), Hubungan Etnik Di Malaysia Kuala Lumpur,
Freemind Horizon Sdn Bhd.
Syamsul Amri Baharuddin ( 2007 ) Modul Hubungan Etnik Shah Alam Universiti Teknologi
Mara
Ting Chew Peh ( 1987), Hubungan Ras dan Etnik Kuala Lumpur Pustaka Dimensi
Zaid Ahmad ( 2013 ), Hubungan Etnik Di Malaysia Kuala Lumpur Oxford Fajar Sdn Bhd
RUJUKAN
( http://notactu553.blogspot.com/2012/11/tajuk-07.html ).
(http://ruaikenyalang.blogspot.com/2011/01/sistem-pendidikan-kolonial-memberikan.html )
( http://www.bharian.com.my/bharian/articles/HargafletRM200_000/Article) .
(http://www3.pmo.gov.my/RancanganWeb/Rancangan1.nsf/31146b8c28fb53f048256732002
9f144/b9e8dd3efcb0d838482567350005a893?OpenDocument
(http://www.utusan.com.my/utusan/Ekonomi/20140120/ek_03/Kereta-mampu-milik-tawaran-
terbaik-Proton).
(http://www3.pmo.gov.my/RancanganWeb/Rancangan1.nsf/31146b8c28fb53f048256732
0029f144/b9e8dd3efcb0d838482567350005a893?OpenDocument
(http://ms.wikipedia.org/wiki/Senarai_akhbar
(http://www.slideshare.net/mthyz/implikasi-tidak-wujud-perpaduan-kaum-dan-integrasi-
nasional-di-malaysia#
http://kemahiransangpurba.blogspot.com/2010/08/dasar-pendidikan-kebangsaan.html).

Más contenido relacionado

La actualidad más candente

Konsep asas hubungan etnik
Konsep asas hubungan etnikKonsep asas hubungan etnik
Konsep asas hubungan etnikMahyuddin Khalid
 
CTU555 Sejarah Malaysia - Pluraliti Masyarakat di Alam Melayu
CTU555 Sejarah Malaysia - Pluraliti Masyarakat di Alam MelayuCTU555 Sejarah Malaysia - Pluraliti Masyarakat di Alam Melayu
CTU555 Sejarah Malaysia - Pluraliti Masyarakat di Alam MelayuMahyuddin Khalid
 
Pluraliti & Masyarakat Pluralistik di Malaysia
Pluraliti & Masyarakat Pluralistik di MalaysiaPluraliti & Masyarakat Pluralistik di Malaysia
Pluraliti & Masyarakat Pluralistik di MalaysiaNor Hayati Fatmi Talib
 
Falsafah pendidikan kebangsaan
Falsafah pendidikan kebangsaanFalsafah pendidikan kebangsaan
Falsafah pendidikan kebangsaanHayatuNMustapHa
 
Konsep masyarakat majmuk
Konsep masyarakat majmukKonsep masyarakat majmuk
Konsep masyarakat majmukBie Judith
 
Usaha dan strategi yang diambil oleh kerajaan bagi memantapkan usaha mencapai...
Usaha dan strategi yang diambil oleh kerajaan bagi memantapkan usaha mencapai...Usaha dan strategi yang diambil oleh kerajaan bagi memantapkan usaha mencapai...
Usaha dan strategi yang diambil oleh kerajaan bagi memantapkan usaha mencapai...UNIVERSITY FOR TEACHERS XD
 
Bab 7 hubungan etnik cabaran hubungan etnik
Bab 7 hubungan etnik   cabaran hubungan etnikBab 7 hubungan etnik   cabaran hubungan etnik
Bab 7 hubungan etnik cabaran hubungan etnikFAROUQ
 
Penulisan rujukan mengikut format apa contoh (1)
Penulisan rujukan mengikut format apa   contoh (1)Penulisan rujukan mengikut format apa   contoh (1)
Penulisan rujukan mengikut format apa contoh (1)Mohd Fadzil Ambok
 
Bab 2 konsep asas hubungan etnik
Bab 2 konsep asas hubungan etnikBab 2 konsep asas hubungan etnik
Bab 2 konsep asas hubungan etnikFarid Hasan
 
Hubungan Etnik - Pembangunan Politik & Hubungan Etnik
Hubungan Etnik - Pembangunan Politik & Hubungan EtnikHubungan Etnik - Pembangunan Politik & Hubungan Etnik
Hubungan Etnik - Pembangunan Politik & Hubungan EtnikMahyuddin Khalid
 
Masalah Sosial
Masalah SosialMasalah Sosial
Masalah SosialThomas Mon
 
Hubungan Etnik - Pluraliti & Pluralistik
Hubungan Etnik - Pluraliti & PluralistikHubungan Etnik - Pluraliti & Pluralistik
Hubungan Etnik - Pluraliti & PluralistikMahyuddin Khalid
 
Bab 4 perlembagaan persekutuan
Bab 4 perlembagaan persekutuanBab 4 perlembagaan persekutuan
Bab 4 perlembagaan persekutuanINSTAQLIM
 
Bab 8 pemerkasaan _ pendidikan
Bab 8  pemerkasaan _ pendidikanBab 8  pemerkasaan _ pendidikan
Bab 8 pemerkasaan _ pendidikanINSTAQLIM
 
Kaedah penyelidikan (persampelan)
Kaedah  penyelidikan (persampelan)Kaedah  penyelidikan (persampelan)
Kaedah penyelidikan (persampelan)Syahremie Teja
 
Masalah perpaduan di malaysia
Masalah perpaduan di malaysiaMasalah perpaduan di malaysia
Masalah perpaduan di malaysiaDeeba Arumugam
 
CABARAN POLITIK DALAM HUBUNGAN ETNIK
CABARAN POLITIK DALAM HUBUNGAN ETNIKCABARAN POLITIK DALAM HUBUNGAN ETNIK
CABARAN POLITIK DALAM HUBUNGAN ETNIKAien Mingle
 
Kepelbagaian etnik di malaysia
Kepelbagaian etnik di malaysiaKepelbagaian etnik di malaysia
Kepelbagaian etnik di malaysiaIzzah Noah
 

La actualidad más candente (20)

Pembinaan negara bangsa
Pembinaan negara bangsaPembinaan negara bangsa
Pembinaan negara bangsa
 
Konsep asas hubungan etnik
Konsep asas hubungan etnikKonsep asas hubungan etnik
Konsep asas hubungan etnik
 
CTU555 Sejarah Malaysia - Pluraliti Masyarakat di Alam Melayu
CTU555 Sejarah Malaysia - Pluraliti Masyarakat di Alam MelayuCTU555 Sejarah Malaysia - Pluraliti Masyarakat di Alam Melayu
CTU555 Sejarah Malaysia - Pluraliti Masyarakat di Alam Melayu
 
Pluraliti & Masyarakat Pluralistik di Malaysia
Pluraliti & Masyarakat Pluralistik di MalaysiaPluraliti & Masyarakat Pluralistik di Malaysia
Pluraliti & Masyarakat Pluralistik di Malaysia
 
Falsafah pendidikan kebangsaan
Falsafah pendidikan kebangsaanFalsafah pendidikan kebangsaan
Falsafah pendidikan kebangsaan
 
Konsep masyarakat majmuk
Konsep masyarakat majmukKonsep masyarakat majmuk
Konsep masyarakat majmuk
 
Usaha dan strategi yang diambil oleh kerajaan bagi memantapkan usaha mencapai...
Usaha dan strategi yang diambil oleh kerajaan bagi memantapkan usaha mencapai...Usaha dan strategi yang diambil oleh kerajaan bagi memantapkan usaha mencapai...
Usaha dan strategi yang diambil oleh kerajaan bagi memantapkan usaha mencapai...
 
Bab 7 hubungan etnik cabaran hubungan etnik
Bab 7 hubungan etnik   cabaran hubungan etnikBab 7 hubungan etnik   cabaran hubungan etnik
Bab 7 hubungan etnik cabaran hubungan etnik
 
Penulisan rujukan mengikut format apa contoh (1)
Penulisan rujukan mengikut format apa   contoh (1)Penulisan rujukan mengikut format apa   contoh (1)
Penulisan rujukan mengikut format apa contoh (1)
 
Bab 2 konsep asas hubungan etnik
Bab 2 konsep asas hubungan etnikBab 2 konsep asas hubungan etnik
Bab 2 konsep asas hubungan etnik
 
Hubungan Etnik - Pembangunan Politik & Hubungan Etnik
Hubungan Etnik - Pembangunan Politik & Hubungan EtnikHubungan Etnik - Pembangunan Politik & Hubungan Etnik
Hubungan Etnik - Pembangunan Politik & Hubungan Etnik
 
Masalah Sosial
Masalah SosialMasalah Sosial
Masalah Sosial
 
Hubungan Etnik - Pluraliti & Pluralistik
Hubungan Etnik - Pluraliti & PluralistikHubungan Etnik - Pluraliti & Pluralistik
Hubungan Etnik - Pluraliti & Pluralistik
 
Bab 4 perlembagaan persekutuan
Bab 4 perlembagaan persekutuanBab 4 perlembagaan persekutuan
Bab 4 perlembagaan persekutuan
 
Bab 8 pemerkasaan _ pendidikan
Bab 8  pemerkasaan _ pendidikanBab 8  pemerkasaan _ pendidikan
Bab 8 pemerkasaan _ pendidikan
 
Kaedah penyelidikan (persampelan)
Kaedah  penyelidikan (persampelan)Kaedah  penyelidikan (persampelan)
Kaedah penyelidikan (persampelan)
 
Masalah perpaduan di malaysia
Masalah perpaduan di malaysiaMasalah perpaduan di malaysia
Masalah perpaduan di malaysia
 
Senarai nilai murni
Senarai nilai murniSenarai nilai murni
Senarai nilai murni
 
CABARAN POLITIK DALAM HUBUNGAN ETNIK
CABARAN POLITIK DALAM HUBUNGAN ETNIKCABARAN POLITIK DALAM HUBUNGAN ETNIK
CABARAN POLITIK DALAM HUBUNGAN ETNIK
 
Kepelbagaian etnik di malaysia
Kepelbagaian etnik di malaysiaKepelbagaian etnik di malaysia
Kepelbagaian etnik di malaysia
 

Similar a Implikasi segregasi terhadap perpaduan kaum di malaysia

Cabaran etnik di malaysia
Cabaran etnik di malaysiaCabaran etnik di malaysia
Cabaran etnik di malaysiaWidia Wati
 
my HE notes.
my HE notes. my HE notes.
my HE notes. Yoshi Aw
 
Hubungan Etnik CTU553
Hubungan Etnik CTU553Hubungan Etnik CTU553
Hubungan Etnik CTU553Juriza Jusoh
 
Hubungan Etnik Bab 6 Cabaran Terhadap Hubungan Etnik Di Malaysia Dan Global
Hubungan Etnik Bab 6   Cabaran Terhadap Hubungan Etnik Di Malaysia Dan GlobalHubungan Etnik Bab 6   Cabaran Terhadap Hubungan Etnik Di Malaysia Dan Global
Hubungan Etnik Bab 6 Cabaran Terhadap Hubungan Etnik Di Malaysia Dan GlobalWanBK Leo
 
MPU1013 T1.docx
MPU1013 T1.docxMPU1013 T1.docx
MPU1013 T1.docxeleena12
 
Cabaran integrasi antara kaum di malaysia persektif sejarah, keluarga & pendi...
Cabaran integrasi antara kaum di malaysia persektif sejarah, keluarga & pendi...Cabaran integrasi antara kaum di malaysia persektif sejarah, keluarga & pendi...
Cabaran integrasi antara kaum di malaysia persektif sejarah, keluarga & pendi...magdalenne Marie Magdalyn
 
Asigment kenegaraan kontrak sosial membentuk perpaduan
Asigment kenegaraan    kontrak sosial membentuk perpaduanAsigment kenegaraan    kontrak sosial membentuk perpaduan
Asigment kenegaraan kontrak sosial membentuk perpaduanRosli Dol Haji
 
Bab 6(hubungan etnik)
Bab 6(hubungan etnik)Bab 6(hubungan etnik)
Bab 6(hubungan etnik)kim rae KI
 
Chapter 6 - Multiracional and National Unity.ppt
Chapter 6 - Multiracional and National Unity.pptChapter 6 - Multiracional and National Unity.ppt
Chapter 6 - Multiracional and National Unity.pptctwa1
 
Bab6 cabaranterhadaphubunganetnikdimalaysiadanglobal-091117022931-phpapp01
Bab6 cabaranterhadaphubunganetnikdimalaysiadanglobal-091117022931-phpapp01Bab6 cabaranterhadaphubunganetnikdimalaysiadanglobal-091117022931-phpapp01
Bab6 cabaranterhadaphubunganetnikdimalaysiadanglobal-091117022931-phpapp01jasfida
 
HUBUNGAN ETNIK konsep perpaduan, integrasi & hub etnik
HUBUNGAN ETNIK konsep perpaduan,  integrasi & hub etnik  HUBUNGAN ETNIK konsep perpaduan,  integrasi & hub etnik
HUBUNGAN ETNIK konsep perpaduan, integrasi & hub etnik Amin Upsi
 
Asimilasi
AsimilasiAsimilasi
AsimilasiANUTHRA
 
Analisis kepentingan perpaduan dan integrasi dalam konteks hubungan etnik di ...
Analisis kepentingan perpaduan dan integrasi dalam konteks hubungan etnik di ...Analisis kepentingan perpaduan dan integrasi dalam konteks hubungan etnik di ...
Analisis kepentingan perpaduan dan integrasi dalam konteks hubungan etnik di ...Mastura Ismail
 
Bab 8 GLOBALISASI HE
Bab 8 GLOBALISASI HEBab 8 GLOBALISASI HE
Bab 8 GLOBALISASI HEteochaw
 

Similar a Implikasi segregasi terhadap perpaduan kaum di malaysia (20)

Integrasi nasional
Integrasi nasionalIntegrasi nasional
Integrasi nasional
 
Cabaran etnik di malaysia
Cabaran etnik di malaysiaCabaran etnik di malaysia
Cabaran etnik di malaysia
 
my HE notes.
my HE notes. my HE notes.
my HE notes.
 
Assignment
AssignmentAssignment
Assignment
 
Hubungan Etnik CTU553
Hubungan Etnik CTU553Hubungan Etnik CTU553
Hubungan Etnik CTU553
 
Hubungan Etnik Bab 6 Cabaran Terhadap Hubungan Etnik Di Malaysia Dan Global
Hubungan Etnik Bab 6   Cabaran Terhadap Hubungan Etnik Di Malaysia Dan GlobalHubungan Etnik Bab 6   Cabaran Terhadap Hubungan Etnik Di Malaysia Dan Global
Hubungan Etnik Bab 6 Cabaran Terhadap Hubungan Etnik Di Malaysia Dan Global
 
MPU1013 T1.docx
MPU1013 T1.docxMPU1013 T1.docx
MPU1013 T1.docx
 
Cabaran integrasi antara kaum di malaysia persektif sejarah, keluarga & pendi...
Cabaran integrasi antara kaum di malaysia persektif sejarah, keluarga & pendi...Cabaran integrasi antara kaum di malaysia persektif sejarah, keluarga & pendi...
Cabaran integrasi antara kaum di malaysia persektif sejarah, keluarga & pendi...
 
Ctu 553
Ctu 553Ctu 553
Ctu 553
 
Asigment kenegaraan kontrak sosial membentuk perpaduan
Asigment kenegaraan    kontrak sosial membentuk perpaduanAsigment kenegaraan    kontrak sosial membentuk perpaduan
Asigment kenegaraan kontrak sosial membentuk perpaduan
 
Bab 6(hubungan etnik)
Bab 6(hubungan etnik)Bab 6(hubungan etnik)
Bab 6(hubungan etnik)
 
Chapter 6 - Multiracional and National Unity.ppt
Chapter 6 - Multiracional and National Unity.pptChapter 6 - Multiracional and National Unity.ppt
Chapter 6 - Multiracional and National Unity.ppt
 
Bab6 cabaranterhadaphubunganetnikdimalaysiadanglobal-091117022931-phpapp01
Bab6 cabaranterhadaphubunganetnikdimalaysiadanglobal-091117022931-phpapp01Bab6 cabaranterhadaphubunganetnikdimalaysiadanglobal-091117022931-phpapp01
Bab6 cabaranterhadaphubunganetnikdimalaysiadanglobal-091117022931-phpapp01
 
HUBUNGAN ETNIK konsep perpaduan, integrasi & hub etnik
HUBUNGAN ETNIK konsep perpaduan,  integrasi & hub etnik  HUBUNGAN ETNIK konsep perpaduan,  integrasi & hub etnik
HUBUNGAN ETNIK konsep perpaduan, integrasi & hub etnik
 
Asimilasi
AsimilasiAsimilasi
Asimilasi
 
Analisis kepentingan perpaduan dan integrasi dalam konteks hubungan etnik di ...
Analisis kepentingan perpaduan dan integrasi dalam konteks hubungan etnik di ...Analisis kepentingan perpaduan dan integrasi dalam konteks hubungan etnik di ...
Analisis kepentingan perpaduan dan integrasi dalam konteks hubungan etnik di ...
 
Hubungan etnik dan cabaran integrasi nasional
Hubungan etnik dan cabaran integrasi nasionalHubungan etnik dan cabaran integrasi nasional
Hubungan etnik dan cabaran integrasi nasional
 
Konsep asas
Konsep asasKonsep asas
Konsep asas
 
Sejarah k3
Sejarah k3Sejarah k3
Sejarah k3
 
Bab 8 GLOBALISASI HE
Bab 8 GLOBALISASI HEBab 8 GLOBALISASI HE
Bab 8 GLOBALISASI HE
 

Implikasi segregasi terhadap perpaduan kaum di malaysia

  • 1. 1 Implikasi Segregasi Terhadap Perpaduan Kaum Di Malaysia Noraida Binti Asri Rashaida_1108@yahoo.com Abstrak Jika hari ini dilihat perpaduan dan pencapaian negara Malaysia pesat membangun, pasti kita bangga dan tanpa disedari kita lupa dan alpa disebalik tragedi yang berlaku ke atas negara suatu masa lalu. Transformasi berlaku mengikut peredaran zaman dan zaman itu juga melalaikan generasi memahami erti kata perpaduan itu sendiri. Untuk itu, segregasi secara tidak langsung sedikit sebanyak telah menjadi satu halangan sempadan dalam pembentukkan perpaduan dan integrasi di Malaysia. Bingkisan di sebalik poni – poni penjajah British yang bertapak di negara sebenarnya antara pencetus berlakunya pengasingan etnik mengikut kumpulan masing- masing sehingga membawa kepada implikasi terhadap perpaduan kaum di Malaysia. Kata kunci : perpaduan dan integrasi, akomodasi, akulturasi, amalgamasi, asimilasi, Segregasi 1.0 Pengenalan Segregasi dan integrasi merupakan dua konsep yang berbeza. Dalam konteks Malaysia, segregasi perlu dielakkan, sebaliknya perlu berusaha untuk memupuk integrasi dalam kalangan rakyat khususnya rakyat Malaysia. Segregasi berlaku adalah implikasi daripada dasar pecah dan perintah yang diamalkan oleh pihak British berdasarkan kegiatan ekonomi mengikut sesebuah etnik di Tanah Melayu pada masa dahulu. Sehubungan dengan itu, integrasi antara kaum pula memerlukan usaha dan sokongan daripada semua pihak sama ada secara ‘ top – down ‘ atau pun ‘ bottom – up’ dalam merealisasikan negara menjelang tahun 2020 yang bakal menjelma tidak kurang enam tahun dari sekarang. Integrasi hanya terjelma apabila rakyat yang terdiri daripada
  • 2. 2 pelbagai etnik itu sudah bersiap sedia menerapkan unsur- unsur akomodasi, akulturasi dan sehingga membawa ke peringkat asimilasi dalam kalangan mereka bagi mengeratkan silaturahim antara mereka untuk membentuk satu rumpun dan satu bumbung bagi melahirkan perpaduan tanpa perbezaan. 2.0 Konsep Segregasi dan Integrasi Segregasi merujuk kepada pemisahan atau pengasingan antara sebuah kumpulan etnik dengan kumpulan etnik yang lain dalam sesebuah negara. Sebaliknya, segregasi juga merujuk kepada proses sosial yang menyebabkan individu atau kumpulan sosial tertentu dipisahkan atau diasingkan dengan individu atau kumpulan sosial lain seterusnya menyebabkan interaksi yang sedikit atau tiada interaksi antara mereka ( Marshall, 1994 ). Segregasi boleh berlaku dalam masyarakat melalui ( i ) pengasingan tempat tinggal, ( ii ) pengasingan pekerjaan, ( iii ) pengasingan sistem persekolahan dan pendidikan, ( iv ) perbezaan kepercayaan dan agama, ( v ) fahaman politik yang berbeza dan ( vi ) penggunaan akhbar yang berbeza.( Ahmad Ali Seman dan Warti Kimi, 2014:3 ). Terdapat dua jenis segregasi antaranya adalah, Segregasi Rela dan Segregasi Tidak Rela. Segregasi Rela merujuk kepada keadaan golongan manusia yang memencilkan diri dengan tujuan menentang asimilasi. Contohnya, seseorang individu tidak mahu dirinya terikat dengan sesuatu adat resam dalam budayanya dan tidak mahu dikatakan kolot oleh segelintir masyarakat dan akhirnya menentang asimilasi serta berubah menjadi seorang yang moden dan secara tidak langsung telah tersasar dari titik garisan budaya yang selama ini diagung- agungkan. ( Zaid Ahmad, 2013). Malahan, bagi Segregasi Tidak rela pula, timbul kerana paksaan daripada pihak yang berkuasa. Contohnya, Dasar Apartheid yang pernah dilaksanakan di negara Afrika Selatan dari tahun 1948 sehingga tahun 1994. Tujuan dasar tersebut adalah untuk mengekalkan ketuanan orang Putih dan seterusnya memisahkan orang kulit Hitam daripada masyarakat kulit Putih. Melalui undang- undang ras tersebut, kumpulan minoriti iaitu orang kulit Hitam telah dipisahkan dan didikriminasikan dari pelbagai aspek sosial seperti, pendidikan, perkahwinan, perubatan, perumahan dan pelbagai perkhidmatan awam. ( Zaid Ahmad, 2013). Sebaliknya, segregrasi ‘ de jure’ merujuk kepada jenis segregrasi yang dilaksanakan oleh kerajaan. Segregrasi jenis ini memaksa pengasingan atau pemisahan yang ketat ke atas individu atau kumpulan manusia dengan perlaksanaan undang- undang. (Zaid Ahmad, 2013).
  • 3. 3 Sebelum negara mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, Malaysia telah pun melalui keadaan ini selari dengan dasar pecah perintah yang telah menjajah dan bertapak di Tanah Melayu ( Malaysia ) pada era kolonial pada suatu masa dahulu hampir lebih kurang selama 170 tahun. Pengalaman yang dirasai oleh negara Afrika Selatan oleh golongan orang kulit Hitam telaah dirasai dan diselami oleh rakyat negara Malaysia. Sungguh pun terdapat perbezaan yang nyata antara kedua- dua buah negara, namun terdapat sebuah bingkisan pengajaran terukir kepada rakyat tentang implikasi negatif pada amalan segregasi tersebut. ( http://notactu553.blogspot.com/2012/11/tajuk-07.html ). Menurut Ting ( 1987 ), integrasi adalah satu proses yang amat kompleks dalam tahap- tahap hubungan etnik dan boleh dilihat dari drjah kedekatan bermula dengan hubungan yang terpisah sehinggalah mencapai tahap hubungan yang sebati ( amalgamasi ). Hubungan yang rapat antara wilayah yang terpisah dapat mewujudkan integrasi dalm bidang politik dan nilai, seterusnya mampu mengurangkan konflik, mengutamakan persefahaman dan mewujudkan perasaan harmonis. ( Ting Chew Peh, 1987 ). Sehubungan dengan itu, perpaduan dapat dipupuk melalui integrasi antara sesebuah etnik dengan etnik yang lain. 3.0 Proses Perpaduan dan Integrasi Dalam memperkatakan tentang perpaduan bagi membentuk satu bangsa Malaysia yang berbilang kaum di bawah satu bumbung yang sama, empat proses integrasi banyak memainkan peranan penting antaranya adalah, Amalgamasi, Asimilasi, Akulturasi dan Akomodasi. ( Syamsul Amri Baharuddin 2008 ), konsep Amalgasi ( Amalgamation ), merujuk proses penyatuan pelbagai kumpulan etnik dari segi biologi. Dalam proses ini, semua entiti kebudayaan pelbagai kumpulan dicampuradukkan melalui perkahwinan campur dan akhirnya mewujudkan satu bangsa yang baharu. Proses ini memakan masa yang lama dan biasanya melalui beberapa generasi. ( Syamsul Amri Baharuddin 2008 ). Menurut Gordon ( 1964 ), Asimilasi ( Asimilation ) merupakan satu proses apabila kumpulan minoriti kehilangan identiti kumpulannya dan diserap oleh kumpulan dominan dari segi kebudayaan dan sosial. Asimilasi juga boleh dibahagikan kepada dua iaitu, Asimilasi Budaya dan Asimilasi Struktur. Asimilasi budaya ( cultural assimilation ) ialah satu proses apabila kumpulan minoriti mempelajari ciri kebudayaan masyarakat misalnya, bahasa, pakaian dan adat resam untuk diamalkan dalam kehidupan seharian masyarakat manakala, Asimilasi Struktur ( structural assimilation ) pula ialah satu proses apabila anggota kumpulan minoriti berjaya menyertai institusi utama dan aktiviti sosial dalam
  • 4. 4 masyarakat dominan. Malahan, integrasi juga berkemungkinan melibatkan akulturasi (acculturation ), iaitu satu proses yang melibatkan perubahan kebudayaan dan pinjam- meminjam unsur kebudayaan akibat perhubungan antara dua kumpulan manusia yang berlainan tradisi. Proses ini amat penting untuk mencapai integrasi. Ahli masyarakat daripada pelbagai kumpulan etnik perlu berkongsi pola kebudayaan, contohnya bahasa yang sama supaya interaksi dan perhubungan sosial mereka tidak diganggu oleh perbezaan dan sempadan kumpulan. Bukan itu sahaja malahan proses akomodasi juga tidak kurang hebatnya dalam proses membentuk integrasi. Akomodasi dikenali sebagai satu proses yang melibatkan beberapa kumpulan etnik yang menyedari bahawa mereka adalah berbeza, namun masih menghormati norma dan nilai kolektif antara satu sama lain. Contoh konsep adalah kongsi raya atau jenis pakaian antara kaum tertentu. ( Ahmad Ali Seman Dan Warti Kimi 2014 ). 4.0 Faktor berlakunya Segregrasi dan Implikasi Segregrasi Kita telah sedia maklum bahawa, segregrasi membawa kepada pengasingan dan perpisahan antara kaum sejak zaman kolonial semasa penjajahan British lagi. Hal itu menyebabkan Malaysia sinonim dengan segregrasi itu sendiri dan sehingga ke hari ini jika dilihat di Malaysia segelintirnya masih berlakunya segregrasi. Natijahnya, perpaduan antara kaum agak janggal dan masih berlakunya pengasingan dari pelbagai aspek. Antara faktor yang menyebabkan berlakunya segregasi di negara Malaysia adalah, tempat tinggal, pekerjaan, pendidikan, ekonomi dan akhbar yang terdapat di dalam negara kita dan secara tidak langsung ia memberi impak atau implikasi terhadap segregrasi antara kaum. Pertama antara faktornya adalah pengasingan tempat tinggal. Sejarah telah membuktikan pada tahun 1920an, misalnya waktu pola pendudukan negara ini, sebagaimana wujudnya sekarang sudah terbentuk perpisahan fisikal itu jelas ternampak. Bilangan majoriti orang Melayu tinggal di kawasan desa atau di pinggir bandar, orang Cina ditempatkan di kawasan bandar manakala orang India ditempatkan di kawasan ladang- ladang getah atau estet. (http://ruaikenyalang.blogspot.com/2011/01/sistem- pendidikan-kolonial-memberikan.html ). Perpisahan itu dilihat masih wujud di kawasan bandar contohnya, terdapat beberapa kawasan yang menjadi tumpuan satu- satu golongan etnik. Misalnya, di Kuala Lumpur, ibu negara Malaysia dimonopoli oleh orang Cina orang Cina tertumpu di kawasan Pudu, orang India tertumpu di kawasan Brickfield dan orang Melayu tertumpu di kawasan Kampung Baru. Perpisahan fisikal ini mewujudkan jurang di antara kaum dan
  • 5. 5 mencetuskan sikap prejudis dalam kalangan mereka kerana masih mempunyai perasaan atau pandangan negatif yang menimbulkan ketidakpuasan hati antara kaum. Malahan, jika dilihat pada waktu sekarang ini, orang Melayu kebanyakkannya masih tinggal di kawasan desa atau perkampungan dan mengamalkan cara hidup yang sederhana yang memiliki rumah papan dan rumah tradisional seperti rumah limas atau flet murah, orang Cina tinggal di kawasan bandar misalnya di taman- taman atau tanah milik persendirian yang memiliki rumah mewah seperti banglow dan orang India yang ditinggal di tengah- tengah antara desa dan bandar misalnya di taman- taman yang memiliki rumah yang sederhana dan agak mewah seperti semi- D. Kenapa orang Melayu dilihat hanya mampu memiliki rumah yang agak sederhana seperti flet? Hal ini disebabkan oleh ketidak mampu milik rumah yang mewah kerana harga semasa rumah pada masa sekarang sangat tinggi. Jika kita lihat, jenis rumah antara ketiga- tiga kaum ini agak berbeza. Mengikut artikel dari ( http://www.bharian.com.my/bharian/articles/HargafletRM200_000/Article ) menunjukkan bahawa, anggaran kenaikan harga rumah sehinggaa 400 peratus berbanding hanya di bawah RM 50,000 sekarang adalah berasas jika mengambil kira harga jualan semula dan nilai semasa. Malahan, berdasarkan laporan, flet adalah kategori kediaman yang mendapat permintaan tinggi dan harga sebuah rumah flet di Petaling Jaya RM 35,000 ketika tahun 1990an, kini sudah mencecah kepada hampir RM 200,000. Hal ini berikutan kadar kenaikan harga rumah menyebabkan khususnya orang Melayu dan orang India tidak mampu memiliki rumah yang agak mewah. ( http://www.bharian.com.my/bharian/articles/HargafletRM200_000/Article) . Melalui kajian tersebut, didapati berlakunya implikasi segregasi antara kaum tersebut dan secara tidak langsung komunikasi dilihat tidak berlaku antara kaum Melayu, Cina dan India kerana mereka hidup secara berasingan tempat tinggal. Komunikasi hanya terlahir antara kaum tertentu sahaja contohnya orang Melayu yang tinggal di kawasan kampung hubungan mereka akan bertambah erat kerana tertumpu diantara kaumnya sahaja dan ia berlaku berkemungkinan mereka masih mengamalkan amalan gotong- royong dalam membersihkan kawasan kampung atau mengamalkan amalan rewang yang dikenali amalan kenduri – kendara masak bersama- sama. Hal ini dilihat antara kaum masih berlaku perpisahan yang begitu ketara. Faktor keduanya yang berlakunya segregrasi adalah dari sudut pengasingan pekerjaan. Berbalik kepada pengasingan tempat tinggal tadi, pada zaman kolonial, dilihat kembali orang Melayu tinggal di kawasan desa atau kampung dan bekerja sebagai petani dan buruh biasa. Orang Cina bekerja di kawasan perlombongan bijih timah dan orang India pula bekerja sebagai pekerja di ladang- ladang getah atau estet. Dasar pecah perintah sedikit sebanyak membawa kepada kesan ke atas ketiga- tiga kaum sehingga
  • 6. 6 zaman era globalisasi kini. Pada abad ke 21 ini, kajian mendapati orang Melayu ada yang masih mengamalkan cara hidup sebagai petani dan ada yang telah membuat transformasi dalam meningkatkan taraf hidup dalam menceburkan diri dalam pekerjaan sektor kerajaan seperti guru, askar, pegawai polis dan sebagainya. Orang Cina pula, dilihat ramai kaumnya menceburkan diri dalam bidang perniagaan. Antaranya membuka kedai telefon, kedai kereta dan sebagainya bagi meneruskan perniagaan nenek moyang mereka berabad lamanya. Tidak kurang pula orang India pekerjaannya lebih tertumpu kepada buruh kasar amnya dan ada juga yang menceburkan diri dalam bidang pengkeranian, kakitangan kerajaan sebagai pembantu hospital dan ada juga dalam bidang perkhidmatan misalnya, di Jabatan kerja Raya (JKR ) dan sebagainya. Dilihat dari sudut pembahagian pekerjaan pada tahun 1970 pecahan mengikut kaum adalah seperti berikut : SEKTOR MELAYU ( % ) CINA ( % ) INDIA ( % ) LAIN- LAIN ( %) 1. Pertanian 67.6 19.9 11.5 1.0 2. Perlombongan 32.1 58.7 8.5 0.7 3. Perniagaan / Perdagangan / Pentadbiran Awam / Pelajaran / Pertahanan dan kemudahan awam 42.6 45.5 10.7 1.2 Statistik: Pekerjaan Mengikut Kaum 1970 Sumber: (http://www3.pmo.gov.my/RancanganWeb/Rancangan1.nsf/31146b8c28fb53f0482567320 029f144/b9e8dd3efcb0d838482567350005a893?OpenDocument ) Mengikut statistik pekerjaan mengikut kaum di atas, dilihat, dalam sektor Pertanian yang mencatat kadar peratusan tertinggi adalah kaum Melayu sebanyak 67.6 peratus , berbanding kaum Cina sebanyak 19.9 peratus, manakala kaum India sebanyak 11.5
  • 7. 7 peratus dan kaum lain- lain sebanyak 1.0 peratus. Dalam sektor perlombongan pula, kaum Cina antara peratus yang paling tinggi dalam perlombongan iaitu sebanyak 58.7 peratus berbanding kaum Melayu sebanyak 32.1 manakala kaum India 8.5 peratus dan sektor Perniagaan, Perdagangan, Pentadbiran Awam, Pelajaran, pertahanan, dan Kemudahan Awam kaum India mencatat peratusan terendah iaitu sebanyak 10.7 peratus berbanding kaum Melayu dan Kaum Cina masing- masing sebanyak 42.6 peratus dan 45.5 peratus. Implikasi segregrasi menadapati berlaku kepincangan dalam pembahagian pekerjaan antara kaum dalam statistik tersebut dipercayai telah menjadi sebab utama berlakunya ‘ Peristiwa 13 Mei 1969. Rentetan peristiwa tersebut mencetuskan satu perusuhan perkauman yang telah memaksa satu dasar yang bersepadu diwujudkan misalnya Dasar Ekonomi Baru yang dilancarkan oleh kerajaan dalam tahun 1970 melalui Rancangan Malaysia Kedua ( 1971 – 1975 ) bagi memperbetulkan ketidakseimbangan sosial ekonomi yang wujud di Malaysia di antara kaum tersebut. Faktor ketiga adalah pengasingan pendidikan. Pendidikan adalah merupakan satu aspek pembangunan sosial yang dianggap sangat penting dan mampu mencetuskan perubahan dalam sesebuah masyarakat. Pendidikan bukan sahaja boleh menyediakan masyarakat yang celik huruf dengan kebolehan menulis, membaca dan mengira malah, dapat menyediakan masyarakat tentang ilmu pengetahuan dan boleh dimanfaatkan untuk tujuan memajukan diri dan masyarakat. Namun, pada zaman pendidikan kolonial pula sistem pendidikan yang telah diperkenalkan oleh penjajah Inggeris pada dua abad yang lalu amat berlainan dengan kehendak masyarakat. British telah memperkenalkan empat aliran pendidikan yang berbeza di Tanah Melayu iaitu Sekolah Vernakular Melayu, Sekolah Vernakular Tamil, Sekolah Vernakular Cina dan Sekolah Vernakular Inggeris. (http://ruaikenyalang.blogspot.com/2011/01/sistem-pendidikan-kolonial-memberikan.html). Sekolah Vernakular Melayu, murid- murid Melayu diajar menulis, membaca dan mengira malahan pelajaran menggunakan bahasa ibunda iaitu Bahasa Melayu. Sekolah Vernakular Cina pula hanya tertumpu kepada murid yang berbangsa Cina sahaja dan hanya menggunakan Bahasa Cina ( mandarin ) sebagai bahasa pengantar, gurunya diimport dari negara China dan buku teks serta sukatan pelajaran mengikut negara China atau sememangnya ia berkiblatka kepada negara China. Tidak kurang juga Sekolah Vernakular Tamil juga ia lebih tertumpu kepada murid- murid berbangsa india sahaja. Sekolah Tamil pula menggunakan bahasa Tamil iaitu bahasa ibunda sebagai bahasa pengantar di sekolah. Kebanyakkan Sekolah Tamil terletak di kawasan ladang dan pembiayaan pengajiannya dibiayai oleh syarikat- syarikat yang memiliki ladang- ladang tersebut. (http://ruaikenyalang.blogspot.com/2011/01/sistem-pendidikan-kolonial-memberikan.html).
  • 8. 8 Implikasi ke atas penjajahan British, sehingga ke hari ini sistem pendidikan masih mengamalkan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil, dan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina. Melaluinya, didapati, masih berlaku segregrasi antara kaum dan ia msedikit sebnayak menjadi masalah yang besar dalam membentuk perpaduan dalam kalangan kaum tersebut. Jika kita menyorot masa lampau kesan peninggalan kuasa kolonial British yang pernah menjajah negara telah mewariskan kepada kita ilmu pengurusan bagi mentadbir negara dalam sistem pendidikan dalam negara. Setelah negara mencecah 57 tahun Kemerdekaan, tidak banyak perubahan yang dilakukan di dalam sistem pendidikan kita kecuali menokok tambah sistem yang telah diperkenalkan oleh British sejak tahun 1819 dan sistem pendidikan sentiasa berlaku transformasi. Contohnya, kerajaan telah memperkenalkan semula Bahasa Inggeris dalam pembelajaran subjek Matematik dan subjek Sains serta kementerian pendidikan negara kita telah menggunakan konsep ‘ west minister’ dalam sistem pendidikan. ( http://ruaikenyalang.blogspot.com/2011/01/sistem-pendidikan-kolonial- memberikan.html). Ekonomi merupakan faktor keempat dalam berlakunya segregrasi antara kaum. Ekonomi merupakan salah satu faktor penting yang perlu diberi erhatian dalam membecarakan hubungan antara etnik- etnik di Malaysia. Hl ini kerana, faktor ekonomi amat besar peranan dan pengaruhnya dalam menentukan suasana hubungan itu sama ada berjalan baik atau pun tidak. Jika dilihat pada kadar pendapatan antara kaum kebanyakkan orang Melayu berpadapatan sederhana, begitu juga dengan orang India. Tetapi berbeza pula dengan orang Cina kadar pendapatan mereka sangat tinggi. Ia berbalik kepada faktor pekerjaan antara kaum tersebut. Di mana, perbezaan ekonomi antara kaum dilihat mempunyai lompang atau jurang yang sangat dalam. Misalnya, dilihat pada aset kereta yang dimiliki oleh ketiga- tiga kaum juga menunjukkan perbezaan. Contohnya, orang Cina dengan taraf kehidupan dan gaji yang tinggi daripada sumber pendapatan yang lumayan dalam sektor perniagaan khususnya mampu memiliki kereta mewah seperti Toyota Camry, Mercedes Bens dan Honda. Orang India pula dengan taraf kehidupan dan gaji yang sederhana daripada sumber pendapatan yang sederhana mampu memiliki kereta Toyota Vios dan sebagainya seperti juga Orang Melayu yang hidup secara sederhana mampu memiliki kereta keluaran negara Malaysia seperti Proton Saga, Produa Viva dan sebagainya. Malaysia mempunyai penduduk yang memiliki paras pendapatan yang pelbagai tetapi sebahagian besarnya terdiri daripada golongan berpendapatan rendah. Untuk itu, Syarikat Proton membantu mereka bagi kemampuan memiliki kereta mampu milik dengan tawaran harga yang berpatutan. Menurut Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Proton Holdings Bhd, Datuk Lukman Ibrahim kepada Utusan Malaysia, konsep mampu milik ini merujuk kepada usaha menyediakan kereta yang mampu memenuhi keperluan asas rakyat negara ini.
  • 9. 9 (http://www.utusan.com.my/utusan/Ekonomi/20140120/ek_03/Kereta-mampu-milik-tawaran- terbaik-Proton). Implikasi terhadap perbezaan pendapatan antara kaum sedikit sebanyak boleh mencetuskan perasaan iri hati dan prejudis dalam kalangan kaum terhadap ekonomi dan taraf hidup antara kaum tersebut. Dari banci penduduk pada tahun 1970, didapati bahawa 49.3 peratus dari semua keluarga di Semenanjung Malaysia menerima pendapatan di bawah garis kemiskinan. Dari jumlah semua keluarga miskin, sebanyak 86 peratus berada di kawasan luar bandar dan sebanyak 14 peratus di kawasan bandar. Kadar kemiskinan mengikut kaum pula adalah seperti berikut : KAUM KADAR KEMISKINAN ( % ) PENDAPATAN PURATASEBULAN ( RM) ( % ) Melayu 64.8 172.00 Cina 26.0 394.00 India 39.2 304.00 Lain- lain 44.8 813.00 Banci Penduduk kadar Kemiskinan dan Pendapatan Purata Sebulan ( RM ) Sumber:(http://www3.pmo.gov.my/RancanganWeb/Rancangan1.nsf/31146b8c28fb53f04 82567320029f144/b9e8dd3efcb0d838482567350005a893?OpenDocument). Berdasarkan banci penduduk pada tahun 1970, didapati kadar kemiskinan yang mencecah angka paling tinggi adalah kaum Melayu sebanyak 64.8 peratus. Manakala, Cina sebanyak 26.0 peratus dan India sebanyak 39.2 peratus. Manakala pendapatan purata sebulan bagikaum Melayu dilihat paling rendah berbanding pendapatan purata sebulan kaum Cina sebanyak 394.00 dan kaum Indai sebanyak 304.00. Berdasarkan bancian tersebut didapati kaum Melayu ketinggalan begitu jauh berbanding kaum- kaum lain.
  • 10. 10 Pada masa kini, harga barang semakin meningkat dan mahal. Jika pendapatan purata sebulan hanya sebegitu rupa khususnya bagi kaum Melayu, sudah pasti mereka tidak mampu menyediakan barang keperluan asas untuk keluarga mereka. Malahan juga, mereka tidak dapat hidup secara mewah dan tidak selesa. Selain daripada faktor ekonomi, akhbar atau media juga merupakan satu lagi agen yang melahirkan keadaan yang membenarkan satu- satu golongan etnik hidup dengan tidak bergantung kepada golongan lain. Antara contoh akhbar yang menjadi pilihan orang Melayu adalah Berita harian, Harian Metro, Kosmo, Sinar Harian, dan Utusan Malaysia. Bagi kaum Cina pula akhbar yang menjadi pilihan adalah, Asia Times ( Malaysia ), China Press, Guang Ming, dan Nanyang Siang Pau. Kaum India pula akhbar yang menjadi pilihan mereka adalah, Makkal Osai, Malaysia Nanban, Tamil Nesan dan Vanakam Malaysia (http://ms.wikipedia.org/wiki/Senarai_akhbar). Akhbar diterbitkan dengan pelbagai jenis dan bahasa. Isi kandungan setiap akhbar tersebut mencerminkan wujudnya ‘ dunia’ yang berasingan di negara ini dalam erti kata bahawa sememangnya kemunculan akhbar- akhabr etnik di Malaysia terutamanya pada awal perkembangan akhbar negara adalah untuk kepentingan tertumpu kepada sesuatu etnik sahaja. Malahan ianya telah diasuh oleh penjajah British untuk memperjuangkan kepentingan hak dan memberikan tumpuan kepada masalah kaum mereka sendiri. Menurut John A. Lent ( 1977 ), beliau menyatakan bahawa akhbar etnik lebih menjurus kepada pengukuhan hak serta penumpuan kepada masalah kaum mereka sahaja. Beliau memberikan contoh akhbar- akhbar cina pada masa dahulu, hanya diwujudkan untuk mempromosikan dan mempertahankan bahasa, adat dan budaya masyarakat cina dalam lingkungan majoriti masyarakat Melayu di Tanah Melayu. Begitu juga dengan kemunculan akhbar- akhbar etnik Melayu yang hanya mementingkan sentimen Melayu dalam setiap laporan mereka. ( http://ms.wikipedia.org/wiki/Senarai_akhbar ). Lebih daripada itu, akhbar Cina lebih mengutamakan perkembangan di negeri China dan akhbar Tamil mengandungi berita- berita tentang negeri India. Dengan memberikan laporan yang kemaskini tentang perkembangan di negara ibunda kaum- kaum yang berada di negara ini ia menunjukkan sesuatu akhbar tersebut telah berjaya menjalinkan pertalian emosi di antara penduduk bukan Melayu dengan negeri China atau India. Melihat sorotan tentang Peristiwa berdarah yang telah melanda negara satu masa dahulu tentang ‘ Peristiwa 13 Mei 1969 juga telah memperlihatkan betapa peranan akhbar telah menyemarakkan perbalahan antara kaum di negara ini dengan memainkan pelabagai isu perkauman dalam setiap laporan mereka. Malahan juga terdapat segelintir laporan yang lain dilihat sebagai mengapi- apikan masyarakat Melayu pada waktu itu. Banyak pendapat sarjana sejarah yang
  • 11. 11 beranggapan bahawa peranan yng dimainkan oleh akhbar pada waktu itu turut menjadi faktor penyebab berlakunya situasi tegang tersebut. Mereka berpendapat yang kebanyakan liputan akhbar etnik pada waktu itu hanya memberikan ruang dan tumpuan kepada masalah kaum mereka sahaja. Keadaan ini memungkinkan berlakunya ketidakadilan dalam laporan dan juga penilaian terhadap kaum yang lain.(http://www.slideshare.net/mthyz/implikasi-tidak-wujud-perpaduan-kaum-dan- integrasi-nasional-di-malaysia#). Hal ini adalah kerana, setiap etnik di Malaysia hanya cenderung untuk melihat permasalahan etnik sebangsa dengan mereka sahaja. Implikasi jangkamasa panjang adanya akhbar dalam pelbagai bahasa ialah, berlakunya proses menguatkan lagi perpisahan dalam masyarakat kerana bersama- sama dengan sistem pelajaran akhbar mengekalkan kiblat satu- satu golongan etnik kerana, diantaranya melalui ruang akhbar, anggota satu- satu golongan dapat sentiasa berdialog untuk mencari ikhtiar dalam satu- satu keadaan krisis bagi mengambil tindakan yang berpadu dan berkesan bagi menitikberatkan taat setia mereka kepada negara ibunda yang tercinta. 5.0 Langkah Kerajaan Mengatasi Masalah Segregrasi Segregrasi membawa kepada perpisahan antara kaum sedikit sebanyak menjejaskan perpaduan antara kaum di negara kita. Oleh itu, bagi memupuk semangat hubungan etnik yang harmoni yang menjadi agenda utama kerajaan yang dilaksanakan menerusi perancangan dan pelaksanaan dasar- dasar tertentu. Usaha- usaha ini diteruskan dengan memperkenalkan konsep ‘ 1 Malaysia’ oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak dengan slogan ‘ Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan’. Konsep ini bertujuan untuk melahirkan bangsa Malaysia yang lebih bardaya tahan dalam menghadapi pelbagai cabaran yang dibawa oleh arus globalisasi. Pelbagai usaha agensi kerajaan telah dipertanggungjawabkan untuk memastikan segala usaha dan perancangan kerajaan dalam menyatukan masyarakat pelbagai etnik di negara ini dapat dilaksanakan dengan berkesan. Melalui segregrasi maka tercetusnya pelbagai usaha tersebut antaranya adalah, Penubuhan Jabatan Perpaduan negara dan Integrasi Nasional ( Jpnin ), Penubuhan Majlis Gerakan Negara ( MAGERAN ), Dasar Ekonomi Baru, memperkenalkan Strategi sistem pendidikan, strategi Peranan Media Massa dan sebagainya bagi membentuk perpaduan di Malaysia. ((http://kemahiransangpurba.blogspot.com/2010/08/dasar-pendidikan-kebangsaan.html).
  • 12. 12 Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional ( Jpnin ) adalah sebuah badan yang ditubuhkan dan bertanggungjawab bagi memupuk dan memelihara perpaduan antara etnik di negara ini. Masyarakat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai etnik mempunyai latar belakang budaya , agama, bahasa dan adat resam yang berbeza. Dalam hal ini, isu perpaduan dan hubungan antara etnik merupakan agenda penting negara dalam memastikan kestabilan politik sentiasa terjamin. Generasi kini, yang mewarisi konsep masyarakat majmuk sejak merdeka masih menghadapi dilema akibat segregrasi antara kaum. Integrasi nasional penting kerana dapat mengikis sentimen perkauman. Nilai perpaduan dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum harus dipertahankan agar keharmonian dapat dikekalkan. Seterusnya adalah, penubuhan Majlis Gerakan Negara ( MAGERAN ) yang ditubuhkan sebagai usaha untuk memulihkan hubungan antara kaum akibat implikasi daripada Peristiwa 13 Mei 1969. Di samping itu, kerajaan telah menjadikan Rukun Negara sebagai tunjang kepercayaan dan kesetiaan rakyat berbilang kaum terhadap kepimpinan negaraPada 1 Julai 1969, MAGERAN telah mewujudkan Jabatan Perpaduan Negara untuk menangani isu berhubung pembinaan semula perpaduan kaum di negara ini. .((http://kemahiransangpurba.blogspot.com/2010/08/dasar-pendidikan-kebangsaan.html). Perkara yang boleh menimbulkan ketegangan hubungan antara etnik selalunya dikaitkan dengan sentimen etnosentrisme, prejudis serta tanggapan ketidakpuasan hati antara kaum dari aspek ekonomi dan taaf hidup masyarakat sesebuah etnik. Lantaran itu, kerajaan telah memperkenalkan Dasar Ekonomi Baru ( DEB ) bagi mengimbangkan kedudukan sosioekonomi antara etnik menerusi beberapa kaedah seperti meningkatkan taraf ekonomi antara etnik dan wilayah tanpa merugikan mana- mana pihak. Kadar kemiskinan paling tinggi adalah dalam kalangan orang Melayu yang tertumpu kepada aktiviti pertanian tradisional. Usaha telah dijalankan untuk menyelesaikan masalah sosial ekonomi dan projek pembangunan telah dirangka supaya, i) dapat mewujudkan peluang pekerjaan untuk semua golongan rakyat yang menganggur, ii) menambah daya pengeluaran dan pendapatan,iii ) memodenkan kehidupan di luar bandar dan iv) mangadakan suasana pekerjaan yang mencerminkan komposisi kaum di Malaysia. .((http://kemahiransangpurba.blogspot.com/2010/08/dasar-pendidikan-kebangsaan.html). Maka, penjelasan perlu diberikan kepada semua pihak supaya sebarang tanggapan dapat diperbetulkan dan perasaan ketidakpuasan hati dapat dibendung. Oleh itu, usaha kerajaan untuk mengurangkan dan membasmi kemiskinan tanpa mengira etnik dan perbezaan wilayah bagi membentuk perpaduan impak daripada proses segregrasi.
  • 13. 13 Sistem pendidikan merupakan salah satu daripada alat terpenting dan berkesan bagi membina jati diri nasional, memupuk semangat kebangsaan, cinta akan tanah air, dan berperanan mengeratkan perpaduan. Pelbagai langkah telah diambil untuk menggalakkan wujudnya satu sistem persekolahan dari peringkat pra sekolah, hingga ke peringkat Institusi Pengajian Tinggi dengan menggunakan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Pengantar dan menyeragamkan kurikulum dan kokurikulum di sekolah. Kementerian Pendidikan Malaysia ( KPM), telah membuat pelbagai usaha bagi memperkasakan sekolah kebangsaan dan menubuhkan Sekolah Wawasan bagi mengeratkan perpaduan antara murid yang berbilang kaum. Contohnya dalam memperkasakan Sekolah Kebangsaan adalah kerajaan tidak mengetepikan proses penguasaan bahasa ibunda masing- masing dengan memperkenalkan pengajaran Bahasa Mandarin dan Tamil. Manakala, bagi Sekolah Wawasan pula, ia merupakan salah satu pendekatan altenatif untuk memupuk nilai perpaduan kaum dan integrasi nasional serta ia memberi peluang yang meluas kepada semua murid dan guru bergaul mesra dan berinteraksi antara kaum dengan baik. Malahan juga bagi membentuk perpaduan antara kaum, dengan cara semua murid diwajibkan mengikuti aktiviti kokurikulum seperti kelab atau persatuan, badan beruniform dan permainan bagi menjalinkan ikatan perpaduan antara murid Melayu, Cina dan juga India.( http://kemahiransangpurba.blogspot.com/2010/08/dasar- pendidikan-kebangsaan.html). Seterusnya signifikannya adalah strategi Media Massa dalam memainkan peranan yang berkesan bagi membantu memupuk perpaduan negara melalui penyampaian maklumat, pembentukan sikap dan pandangan rakyat serta penerapan nilai- nilai positif ke arah memajukan semangat perpaduan. Internet sebagai wadah penyebaran maklumat perlu digunakan sebaik mungkin. Penerbit majalah dan akhbar juga digalakkan memberi sumbangan kepada usaha memantapkan perpaduan negara berdasarkan etika kewartawanan. Mereka juga dinasihatkan tidak melanggar Akta Hasutan 1948 dan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 tidak mengugat ketenteraman keselamatan negara. Seharusnya media perlu memainkan peranan yang penting contohnya membuat hebahan dan membuat iklan- iklan tentang perpaduan antara kaum bagi menjalinkan hubungan etnik di Malaysia.
  • 14. 14 6.0 Penutup Para pemimpin kita gemar mengadu mengenai masalah polarisasi kaum. Biar pun di sekolah, di universiti mahu pun di tempat kerja, sesiapa pun boleh melihat bahawa rakyat jelata lebih gemar bergaul dengan rakan dari kaum yang sama berbanding bergaul mesra dengan kaum yang lain. Secara ringkasnya, dapat di simpulkan di sini , segregrasi yang melanda negara kini rentetannya menyorot masa suatu masa lalu, negara kita telah didatangi oleh penjajah asing iaitu British dalam kemasukan imigran asing orang Cina dan orang India lalu membentuk masyarakat majmuk di Malaysia. Sehingga kini pada tahun 2014 , hakikatnya negara masih juga berlakunya segregrasi dalam semua aspek baik dari segi tempat tinggal, pendidikan, ekonomi dan sebagainya. Oleh itu, kita sebagai rakyat Malaysia yang cinta akan negara, perlulah sama- sama menganding bahu memupuk semangat perpaduan antara kaum di negara dapat dicapai di bawah naungan yang sama iaitu “ Gagasan 1 Malaysia “.
  • 15. 15 BIBLIOGRAFI Ahmad Ali Seman & Warti Kimi ( 2014), Hubungan Etnik Di Malaysia Kuala Lumpur, Freemind Horizon Sdn Bhd. Syamsul Amri Baharuddin ( 2007 ) Modul Hubungan Etnik Shah Alam Universiti Teknologi Mara Ting Chew Peh ( 1987), Hubungan Ras dan Etnik Kuala Lumpur Pustaka Dimensi Zaid Ahmad ( 2013 ), Hubungan Etnik Di Malaysia Kuala Lumpur Oxford Fajar Sdn Bhd RUJUKAN ( http://notactu553.blogspot.com/2012/11/tajuk-07.html ). (http://ruaikenyalang.blogspot.com/2011/01/sistem-pendidikan-kolonial-memberikan.html ) ( http://www.bharian.com.my/bharian/articles/HargafletRM200_000/Article) . (http://www3.pmo.gov.my/RancanganWeb/Rancangan1.nsf/31146b8c28fb53f048256732002 9f144/b9e8dd3efcb0d838482567350005a893?OpenDocument (http://www.utusan.com.my/utusan/Ekonomi/20140120/ek_03/Kereta-mampu-milik-tawaran- terbaik-Proton). (http://www3.pmo.gov.my/RancanganWeb/Rancangan1.nsf/31146b8c28fb53f048256732 0029f144/b9e8dd3efcb0d838482567350005a893?OpenDocument (http://ms.wikipedia.org/wiki/Senarai_akhbar (http://www.slideshare.net/mthyz/implikasi-tidak-wujud-perpaduan-kaum-dan-integrasi- nasional-di-malaysia# http://kemahiransangpurba.blogspot.com/2010/08/dasar-pendidikan-kebangsaan.html).