SlideShare una empresa de Scribd logo
1 de 7
15
BAB 3
3.0 METODOLOGI PENYELIDIKAN
3.1 PENDAHULUAN
Tujuan cadangan kajian yang dilakukan oleh pengkaji adalah untuk menangani masalah
membaca yang dihadapi oleh murid-murid kelas pemulihan khasnya dan amnya untuk untuk
murid-murid di kelas perdana. Pengkaji juga berhasrat untuk mengkaji kaedah dan teknik yang
sesuai digunakan untuk murid pemulihan di samping itu membina alat bantu mengajar yang
berkesan yang bersesuaian dengan teknik yang dipilih.
Oleh itu bab ini akan menerangkan langkah-langkah yang akan diambil oleh pengkaji di
sekolah pengkaji sendiri terhadap permasalahan murid-murid pemulihan yang lemah membaca.
Aspek-aspek yang akan diberi penekanan adalah seperti reka bentuk kajian, pemilihan sampel,
instrument, prosedur pengumpulan data dan analisis data.
3.2 REKA BENTUK KAJIAN
Reka bentuk kajian ialah rancangan bagaimana sampel kajian dibahagikan kepada kumpulan-
kumpulan, apakah rawatan (jika ada) yang akan diberikan kepada kumpulan-kumpulan ini serta
apakah data dan bagaimanakah data ini dikutip. Mengikut Creswell (2002), terdapat lapan reka
bentuk kajian yang biasa digunakan dalam kajian pendidikan. Bentuk kajian pendidikan adalah
sama ada kuantitatif, kualitatif atau kadang-kadang gabungan antara kedua-duanya.
Penyelidik memilih reka bentuk kajian kualitatif iaitu kajian yang menekankan kepada
penghasilan makna untuk kita memahami fenomena sosial. Untuk mencapai tujuan ini, kajian
kualitatif mengambil kira perkara-perkara yang tidak disentuh oleh kajian kualitatif, seperti
pandangan dan keanehan seseorang, akibat yang dirancang dan yang tidak dirancang. Dari segi
pengutipan data dan penjanaan teori, kajian kualitatif banyak menggunakan kaedah interaksi
bersemuka dengan subjek kajian dan pendekatan induktif untuk menjana teori. Reka bentuk
kajian juga ditentukan pada peringkat awal kajian dijalankan, yang menggantikan kajian rintis
16
dalam kajian kuantitatif. Kajian kualitatif juga menggunakan sampel yang kecil, mengutip data
secara terfokus dan mendalam serta membuat analisis secara penghuraian.
Memandangkan sampel yang diambil oleh pengkaji hanya enam orang iaitu bilangan
sampel yang kecil maka pengkaji berpendapat kajian yang sesuai dijalankan adalah kajian
kualitatif.
3.3 PEMILIHAN SAMPEL
Pemilihan sampel boleh dijalankan dengan empat kaedah iaitu pemilihan sampel secara
persampelan rawak mudah, persampelan rawak berstrata, persampelan sistematik dan
persampelan kelompok.
Pengkaji telah memilih enam orang murid dari kelas pemulihan khas yang terdiri
daripada murid tahun dua dan tahun tiga sebagai sampel iaitu dengan menggunakan kaedah
persampelan kelompok. Pemilihan sampel secara kaedah persampelan kelompok boleh
dijalankan dengan dua cara iaitu pertama memilih beberapa kumpulan secara rawak dan kedua,
mengambil semua ahli daripada kumpulan-kumpulan ini sebagai sampel kajian. Pengkaji telah
memilih cara ke dua iaitu mengambil semua ahli daripada kumpulan sebagai sampel iaitu
mengambil semua murid pemulihan khas yang belajar dalam kelas bahasa Melayu iaitu seramai
enam orang.
Kelebihan persampelan kelompok berbanding persampelan rawak mudah, persampelan
rawak berstrata dan persampelan sistematik ialah ia lebih mudah dilaksanakan,
Walaupun sampel yang dipilih tidak ramai tetapi cukup untuk memberi input kepada
tajuk kajian yang dipilih. Pengkaji memilih sampel dari sekolah pengkaji sendiri kerana terdapat
kelas pemulihan di sekolah itu yang baru sahaja diwujudkan malahan pengkaji juga secara
sukarela akan mengajar kelas pemulihan tersebut sementara menunggu guru pemulihan yang
sebenar datang mendaftar. Pengkaji juga berasa selesa memilih murid-murid dari sekolah sendiri
kerana telah mengenali mereka dan juga telah mengenali ibu bapa mereka. Jarak tempat tinggal
17
pengkaji dengan sekolah juga berdekatan. Justeru, itu akan memudahkan kajian yang akan
dijalankan.
3.4 INSTRUMEN
Alat-alat kajian perlu dibina terlebih dahulu sebelum kajian sebenar dijalankan, oleh itu pengkaji
mememilih beberapa instrumen yang sesuai berdasarkan masalah pengkaji dan berdasarkan
sampel yang dipilih.
Pengkaji memilih lima instrumen untuk cadangan kajian ini. Instrumen yang dipilih ialah
pemerhatian, temu bual, soal selidik, ujian pre (membaca) dan ujian pasca (membaca) yang mana
pemilihan instrumen ini adalah bersesuaian dengan pemilihan reka bentuk kajian pengkaji iaitu
reka bentuk kualitatif.
3.5 PROSEDUR PENGUMPULAN DATA
Pengkaji seharusnya mendapat kebenaran daripada EPRD untuk menjalankan kajian tetapi oleh
sebab pengkaji menjalankan kajian di sekolah sendiri, pengkaji telah diberi kebenaran untuk
menjalankan kajian tanpa menunggu surat kebenaran daripada EPRD ( Rujuk pekeliling-
lampiran)namun begitu pengkaji akan memaklumkan dan meminta kebenaran daripada guru
besar dan juga memaklumkan kepada guru penolong kanan (akademik) untuk menjalankan
kajian. Dijangkakan guru besar dan pihak pentadbir tidak akan menghadapi masalah atau
kesulitan membenarkan kajian dijalankan kerana sampel bukan terdiri daripada murid yang
menduduki peperiksaan iaitu murid tahun enam, malahan sampel adalah murid dari kelas
pemulihan yang mana adalah murid pengkaji sendiri.
Seperti yang dinyatakan, pengkaji memilih lima instrumen untuk cadangan kajian ini,
iaitu pemerhatian, temu bual, soal selidik, ujian pra membaca dan ujian pasca membaca.
Pengkaji akan mengumpul data mengikut instrumen yang digunakan dengan prosedur tertentu:
3.5.1 Data Pemerhatian
18
Sampel yang telah dipilih akan dibawa ke perpustakaan. Pengkaji sendiri akan menjadi
pemerhati untuk memerhati tingkah laku subjek kajian secara langsung dan mendokumenkan
perihal subjek kajian/sampel antaranya memerhati minat membaca subjek kajian/sampel dan
pergaulan dengan rakan-rakan yang lain.
Pemerhatian juga akan dijalankan ketika waktu rehat semasa sampel membeli makanan,
ketika makan dan selepas makan. Pemerhatian dijangkakan mudah kerana sampel tidak ramai.
3.5.2 Data Temu bual
Pengkaji akan menemu bual subjek kajian/sampel secara langsung. Temu bual akan dijalankan
sewaktu di kelas pemulihan. Perbualan akan berlaku secara tidak langsung iaitu ketika sampel
selesai membuat lembaran kerja dan diberi alat bermain. Temu bual akan berkisar tentang
penghidupan subjek kajian/sampel. Disebabkan bilangan sampel tidak ramai iaitu enam orang
dijangkakan temu bual tidak mengambil masa yang lama.
Temu bual juga diadakan dengan guru mata pelajaran yang lain. Temu bual dengan guru
berkenaan juga dijangkakan tidak lama kerana sampel adalah dari kelas yang sama ( sekolah
pengkaji adalah sekolah yang kecil, bilangan murid tidak ramai. Setiap kelas mempunyai satu
aliran sahaja) Temu bual adalah berkisar tentang tabiat/perangai sampel semasa di dalam kelas
sewaktu pembelajaran.
3.5.3 Data Soal Selidik
Soal selidik akan dibuat kepada sampel dengan cara pengkaji memberi borang soal selidik yang
mengandungi beberapa item soalan. Pengkaji akan bertanya soalan tertutup yang memerlukan
jawapan ‘ya’ atau ‘tidak’. Pengkaji akan menandakan jawapan untuk sampel di dalam borang
item yang disediakan.( rujuk lampiran)
19
3.5.4 Ujian Pra Membaca
Pengkaji akan menyediakan 25 perkataan kv kvk. Sampel membaca perkataan yang ditunjukkan.
Pengkaji mencatat jawapan sampel sama ada ‘salah’ atau ‘betul’ ke dalam borang yang
disediakan. Ujian pra membaca dijalankan sebelum pelaksanaan kajian dijalankan.
3.5.5 Ujian Pasca Membaca
Pengkaji akan menunjukkan semula 25 perkataan kv kvk yang sama ( semasa pra membaca)
kepada sampel setelah melaksana kajian yang dirancang. Pengkaji mencatat semula jawapan
sampel sama ada ‘salah’ atau ‘betul’ ke dalam borang yang disediakan.
3.6 ANALISIS DATA
Setelah melalui proses pengutipan data melalui pemerhatian, temu bual, kaji selidik, ujian pra
membaca dan ujian pasca membaca terhadap sampel atau subjek kajian, pengkaji akan
mengumpul data-data seperti borang soal selidik, catatan pemerhatian, catatan temu bual dan
markah dari ujian pra membaca dan pasca membaca. Seterusnya membuat analisa dari data-data
yang dikumpul itu. Ini bersesuaian dengan kenyataan Mohd Majid Konting (1990) iaitu data-data
yang terkumpul daripada sesuatu penyelidikan merupakan bahan mentah yang tidak mempunyai
nilai kecuali di proses. Menurut beliau lagi, data yang banyak dan pelbagai perlu diolah,
dianalisis, disimpan, dikeluarkan untuk menghasilkan sesuatu maklumat.
Untuk soal selidik, pengkaji akan menganalisis setiap jawapan daripada sampel dan
analisis akan ditulis atau dipamerkan dalam bentuk data mengikut item soalan.Pengkaji juga
boleh menggunakan program SPSS iaitu program statiscal Package for Social Science Versi 70
(atau lain-lain versi) untuk memproses data yang dikumpul.
20
Begitu juga dengan ujian pra membaca dan pasca membaca. Perbandingan akan dapat
dilihat dari data sebelum kajian dilaksanakan dan selepas kajian dilaksanakan. Pemerhatian dan
temu duga pula boleh dianalisis dari catatan yang dilakukan oleh pengkaji.
3.7 RUMUSAN
Dalam bab ini pengkaji telah menjelaskan reka bentuk, sampel instrumen, prosedur
pengumpulan data dan analisis data yang dipilih untuk menjalankan kajian mengikut
permasaalahan yang ingin diselesaikah oleh pengkaji. Diharapkan kajian yang dijalankan
menemui kejayaan, contohnya perbandingan analisis data antara pra membaca dan pasca
membaca akan menampakkan perubahan yang positif iaitu bilangan ‘betul’ sampel membaca
perkataan kv kvk bertambah peratusnya atau diharapkan semua sampel dapat membaca semua
perkataan kv kvk yang ditunjukkan dengan betul.
Kaedah dan teknik yang sama iaitu teknik bermain menggunakan bahan bantu mengajar
yang menarik diharap dapat dilaksanakan terhadap perkataan lain yang lebih sukar untuk murid
pemulihan membacanya seperti perkataan kv kvkk, kvk kvk, kv kv kvv dan lain-lain. Malahan
berguna juga diaplikasikan di kelas perdana khasnya murid tahun satu yang mengikuti program
KIA2M.
Pengkaji juga berharap hasil kajian ini nanti boleh dijadikan rujukan kepada pengkaji
yang lain yang mempunyai permasalahan yang sama iaitu menekankan teknik bermain dengan
menggunakan bahan bantu mengajar yang sesuai dan menarik untuk mengatasi kelemahan murid
pemulihan dan juga murid di kelas perdana dalam masalah membaca khasnya perkataan kv kvk.
(BAB 3 NI KALAU BT KAJIAN/TESIS NNTI..BANYAK KENA UBAH/TAMBAH
TAU…NTI PENSYARAH AKAN AJAR LE TU..ATAU TENGOK MODUL NNTI SEM
SEPT 2011 )
21

Más contenido relacionado

La actualidad más candente

Kajian kes -_andrew_huang_
Kajian kes -_andrew_huang_Kajian kes -_andrew_huang_
Kajian kes -_andrew_huang_Dina Amira
 
Kajian kuantitatif
Kajian kuantitatifKajian kuantitatif
Kajian kuantitatifZen Shah
 
Cara penulisan-bibliografi (apa style)
Cara penulisan-bibliografi (apa style)Cara penulisan-bibliografi (apa style)
Cara penulisan-bibliografi (apa style)Ila Ali
 
Panduan Mudah Format APA Edisi ke-7
Panduan Mudah Format APA Edisi ke-7Panduan Mudah Format APA Edisi ke-7
Panduan Mudah Format APA Edisi ke-7Kee-Man Chuah
 
Kajian tindakan dan kajian kes
Kajian tindakan dan kajian kesKajian tindakan dan kajian kes
Kajian tindakan dan kajian kesasiahjupry
 
Definisi pembolehubah
Definisi pembolehubahDefinisi pembolehubah
Definisi pembolehubahskteena0112
 
PENYELIDIKAN TINDAKAN (MODEL KURT LEWIN)
PENYELIDIKAN TINDAKAN (MODEL KURT LEWIN)PENYELIDIKAN TINDAKAN (MODEL KURT LEWIN)
PENYELIDIKAN TINDAKAN (MODEL KURT LEWIN)Aiisy Afifah
 
Kaedah penyelidikan-etnografi
Kaedah penyelidikan-etnografiKaedah penyelidikan-etnografi
Kaedah penyelidikan-etnografiwmkfirdaus
 
Kuliah 3 pemboleh ubah hipotesis dan soalan kajian
Kuliah 3   pemboleh ubah hipotesis dan soalan kajianKuliah 3   pemboleh ubah hipotesis dan soalan kajian
Kuliah 3 pemboleh ubah hipotesis dan soalan kajianKamarudin Jaafar
 
Kajian etnografi
Kajian etnografiKajian etnografi
Kajian etnografiwmkfirdaus
 
MASALAH PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN DI DALAM BILIK DARJAH
MASALAH PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN DI DALAM BILIK DARJAHMASALAH PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN DI DALAM BILIK DARJAH
MASALAH PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN DI DALAM BILIK DARJAHIzny Atikah
 
Kerangka konseptual kajian
Kerangka konseptual kajianKerangka konseptual kajian
Kerangka konseptual kajianairenahmad
 
Contoh Soalan Berdasarkan Aras Taksonomi Bloom
Contoh Soalan Berdasarkan Aras Taksonomi BloomContoh Soalan Berdasarkan Aras Taksonomi Bloom
Contoh Soalan Berdasarkan Aras Taksonomi BloomAiisy Afifah
 
Pengumpulan data kualitatif
Pengumpulan data kualitatifPengumpulan data kualitatif
Pengumpulan data kualitatifwmkfirdaus
 
Sorotan literatur Dr Kamarul
Sorotan literatur Dr KamarulSorotan literatur Dr Kamarul
Sorotan literatur Dr Kamarulwmkfirdaus
 
Kaedah pembelajaran kontekstual
Kaedah pembelajaran kontekstualKaedah pembelajaran kontekstual
Kaedah pembelajaran kontekstualNor Hamizah Sahari
 

La actualidad más candente (20)

Kajian kes -_andrew_huang_
Kajian kes -_andrew_huang_Kajian kes -_andrew_huang_
Kajian kes -_andrew_huang_
 
Kajian kuantitatif
Kajian kuantitatifKajian kuantitatif
Kajian kuantitatif
 
Cara penulisan-bibliografi (apa style)
Cara penulisan-bibliografi (apa style)Cara penulisan-bibliografi (apa style)
Cara penulisan-bibliografi (apa style)
 
Panduan Mudah Format APA Edisi ke-7
Panduan Mudah Format APA Edisi ke-7Panduan Mudah Format APA Edisi ke-7
Panduan Mudah Format APA Edisi ke-7
 
KAJIAN TINJAUAN
KAJIAN TINJAUANKAJIAN TINJAUAN
KAJIAN TINJAUAN
 
Analisis swot big
Analisis swot bigAnalisis swot big
Analisis swot big
 
Kajian tindakan dan kajian kes
Kajian tindakan dan kajian kesKajian tindakan dan kajian kes
Kajian tindakan dan kajian kes
 
Definisi pembolehubah
Definisi pembolehubahDefinisi pembolehubah
Definisi pembolehubah
 
PENYELIDIKAN TINDAKAN (MODEL KURT LEWIN)
PENYELIDIKAN TINDAKAN (MODEL KURT LEWIN)PENYELIDIKAN TINDAKAN (MODEL KURT LEWIN)
PENYELIDIKAN TINDAKAN (MODEL KURT LEWIN)
 
Modul Persampelan Rawak
Modul Persampelan RawakModul Persampelan Rawak
Modul Persampelan Rawak
 
Kaedah penyelidikan-etnografi
Kaedah penyelidikan-etnografiKaedah penyelidikan-etnografi
Kaedah penyelidikan-etnografi
 
Kuliah 3 pemboleh ubah hipotesis dan soalan kajian
Kuliah 3   pemboleh ubah hipotesis dan soalan kajianKuliah 3   pemboleh ubah hipotesis dan soalan kajian
Kuliah 3 pemboleh ubah hipotesis dan soalan kajian
 
Kajian etnografi
Kajian etnografiKajian etnografi
Kajian etnografi
 
MASALAH PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN DI DALAM BILIK DARJAH
MASALAH PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN DI DALAM BILIK DARJAHMASALAH PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN DI DALAM BILIK DARJAH
MASALAH PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN DI DALAM BILIK DARJAH
 
Kerangka konseptual kajian
Kerangka konseptual kajianKerangka konseptual kajian
Kerangka konseptual kajian
 
Contoh Soalan Berdasarkan Aras Taksonomi Bloom
Contoh Soalan Berdasarkan Aras Taksonomi BloomContoh Soalan Berdasarkan Aras Taksonomi Bloom
Contoh Soalan Berdasarkan Aras Taksonomi Bloom
 
Pengumpulan data kualitatif
Pengumpulan data kualitatifPengumpulan data kualitatif
Pengumpulan data kualitatif
 
Bab 3 terkini
Bab 3 terkiniBab 3 terkini
Bab 3 terkini
 
Sorotan literatur Dr Kamarul
Sorotan literatur Dr KamarulSorotan literatur Dr Kamarul
Sorotan literatur Dr Kamarul
 
Kaedah pembelajaran kontekstual
Kaedah pembelajaran kontekstualKaedah pembelajaran kontekstual
Kaedah pembelajaran kontekstual
 

Similar a Proposal bab 3

Reka bentuk Kajian Dr. Kamarul
Reka bentuk Kajian Dr. KamarulReka bentuk Kajian Dr. Kamarul
Reka bentuk Kajian Dr. Kamarulwmkfirdaus
 
Bab 3 Business Research
Bab 3 Business ResearchBab 3 Business Research
Bab 3 Business ResearchSharah Ayumi
 
Kiritk journal - Pembelajaran berasaskan web
Kiritk journal - Pembelajaran berasaskan webKiritk journal - Pembelajaran berasaskan web
Kiritk journal - Pembelajaran berasaskan webNorsuzila Gee
 
TOPIK 4 (METADOLOGI).pptx
TOPIK 4 (METADOLOGI).pptxTOPIK 4 (METADOLOGI).pptx
TOPIK 4 (METADOLOGI).pptxsalsabilaEsa
 
teisis : berkaitan add
teisis : berkaitan addteisis : berkaitan add
teisis : berkaitan addmuhammad
 
Reka bentuk kajian tinjauan KUMPULAN 1.pptx
Reka bentuk kajian tinjauan KUMPULAN 1.pptxReka bentuk kajian tinjauan KUMPULAN 1.pptx
Reka bentuk kajian tinjauan KUMPULAN 1.pptxJAYANTHYARUMUGOM1
 
D20102046009 (bab 3 metodologi)
D20102046009 (bab 3   metodologi)D20102046009 (bab 3   metodologi)
D20102046009 (bab 3 metodologi)Haslina Ina
 
Soalan latih tubi kaedah penyelidikan
Soalan latih tubi kaedah penyelidikanSoalan latih tubi kaedah penyelidikan
Soalan latih tubi kaedah penyelidikanhibatullah92
 
03-Rekabentuk penyelilidikan reka bentuk
03-Rekabentuk penyelilidikan reka bentuk03-Rekabentuk penyelilidikan reka bentuk
03-Rekabentuk penyelilidikan reka bentuksvkyq7rgvy
 
Kajian berasaskan sekolah
Kajian berasaskan sekolahKajian berasaskan sekolah
Kajian berasaskan sekolahwsf6276
 
Jurnalrivew 120925082904-phpapp01
Jurnalrivew 120925082904-phpapp01Jurnalrivew 120925082904-phpapp01
Jurnalrivew 120925082904-phpapp01Suzana Che Harun
 
Topic 13 writing an AR report
Topic 13 writing an AR reportTopic 13 writing an AR report
Topic 13 writing an AR reportzytemys
 
Topik 6 Reka-Bentuk-Pembinaan-dan-Pentadbiran-Ujian.pptx
Topik 6 Reka-Bentuk-Pembinaan-dan-Pentadbiran-Ujian.pptxTopik 6 Reka-Bentuk-Pembinaan-dan-Pentadbiran-Ujian.pptx
Topik 6 Reka-Bentuk-Pembinaan-dan-Pentadbiran-Ujian.pptxQamarinaZainalAbidin
 
PERBEZAAN DI ANTARA KAJIAN KUANTITATIF & KUALITATIF
PERBEZAAN DI ANTARA KAJIAN KUANTITATIF & KUALITATIFPERBEZAAN DI ANTARA KAJIAN KUANTITATIF & KUALITATIF
PERBEZAAN DI ANTARA KAJIAN KUANTITATIF & KUALITATIFSayshare
 

Similar a Proposal bab 3 (20)

bab 3 (final)
bab 3 (final)bab 3 (final)
bab 3 (final)
 
kiritkan Jurnal
kiritkan Jurnalkiritkan Jurnal
kiritkan Jurnal
 
Reka bentuk Kajian Dr. Kamarul
Reka bentuk Kajian Dr. KamarulReka bentuk Kajian Dr. Kamarul
Reka bentuk Kajian Dr. Kamarul
 
Bab 3 Business Research
Bab 3 Business ResearchBab 3 Business Research
Bab 3 Business Research
 
Kiritk journal - Pembelajaran berasaskan web
Kiritk journal - Pembelajaran berasaskan webKiritk journal - Pembelajaran berasaskan web
Kiritk journal - Pembelajaran berasaskan web
 
TOPIK 4 (METADOLOGI).pptx
TOPIK 4 (METADOLOGI).pptxTOPIK 4 (METADOLOGI).pptx
TOPIK 4 (METADOLOGI).pptx
 
teisis : berkaitan add
teisis : berkaitan addteisis : berkaitan add
teisis : berkaitan add
 
Reka bentuk kajian tinjauan KUMPULAN 1.pptx
Reka bentuk kajian tinjauan KUMPULAN 1.pptxReka bentuk kajian tinjauan KUMPULAN 1.pptx
Reka bentuk kajian tinjauan KUMPULAN 1.pptx
 
D20102046009 (bab 3 metodologi)
D20102046009 (bab 3   metodologi)D20102046009 (bab 3   metodologi)
D20102046009 (bab 3 metodologi)
 
Kajian tindakan psv dan sv stpm
Kajian tindakan psv dan sv stpmKajian tindakan psv dan sv stpm
Kajian tindakan psv dan sv stpm
 
Soalan latih tubi kaedah penyelidikan
Soalan latih tubi kaedah penyelidikanSoalan latih tubi kaedah penyelidikan
Soalan latih tubi kaedah penyelidikan
 
bab 2 (final)
bab 2 (final)bab 2 (final)
bab 2 (final)
 
03-Rekabentuk penyelilidikan reka bentuk
03-Rekabentuk penyelilidikan reka bentuk03-Rekabentuk penyelilidikan reka bentuk
03-Rekabentuk penyelilidikan reka bentuk
 
Kajian berasaskan sekolah
Kajian berasaskan sekolahKajian berasaskan sekolah
Kajian berasaskan sekolah
 
Ulasan Buku
Ulasan BukuUlasan Buku
Ulasan Buku
 
Jurnalrivew 120925082904-phpapp01
Jurnalrivew 120925082904-phpapp01Jurnalrivew 120925082904-phpapp01
Jurnalrivew 120925082904-phpapp01
 
Topic 13 writing an AR report
Topic 13 writing an AR reportTopic 13 writing an AR report
Topic 13 writing an AR report
 
Topik 6 Reka-Bentuk-Pembinaan-dan-Pentadbiran-Ujian.pptx
Topik 6 Reka-Bentuk-Pembinaan-dan-Pentadbiran-Ujian.pptxTopik 6 Reka-Bentuk-Pembinaan-dan-Pentadbiran-Ujian.pptx
Topik 6 Reka-Bentuk-Pembinaan-dan-Pentadbiran-Ujian.pptx
 
PERBEZAAN DI ANTARA KAJIAN KUANTITATIF & KUALITATIF
PERBEZAAN DI ANTARA KAJIAN KUANTITATIF & KUALITATIFPERBEZAAN DI ANTARA KAJIAN KUANTITATIF & KUALITATIF
PERBEZAAN DI ANTARA KAJIAN KUANTITATIF & KUALITATIF
 
Method and technic in data collection.pdf
Method and technic in data collection.pdfMethod and technic in data collection.pdf
Method and technic in data collection.pdf
 

Proposal bab 3

  • 1. 15 BAB 3 3.0 METODOLOGI PENYELIDIKAN 3.1 PENDAHULUAN Tujuan cadangan kajian yang dilakukan oleh pengkaji adalah untuk menangani masalah membaca yang dihadapi oleh murid-murid kelas pemulihan khasnya dan amnya untuk untuk murid-murid di kelas perdana. Pengkaji juga berhasrat untuk mengkaji kaedah dan teknik yang sesuai digunakan untuk murid pemulihan di samping itu membina alat bantu mengajar yang berkesan yang bersesuaian dengan teknik yang dipilih. Oleh itu bab ini akan menerangkan langkah-langkah yang akan diambil oleh pengkaji di sekolah pengkaji sendiri terhadap permasalahan murid-murid pemulihan yang lemah membaca. Aspek-aspek yang akan diberi penekanan adalah seperti reka bentuk kajian, pemilihan sampel, instrument, prosedur pengumpulan data dan analisis data. 3.2 REKA BENTUK KAJIAN Reka bentuk kajian ialah rancangan bagaimana sampel kajian dibahagikan kepada kumpulan- kumpulan, apakah rawatan (jika ada) yang akan diberikan kepada kumpulan-kumpulan ini serta apakah data dan bagaimanakah data ini dikutip. Mengikut Creswell (2002), terdapat lapan reka bentuk kajian yang biasa digunakan dalam kajian pendidikan. Bentuk kajian pendidikan adalah sama ada kuantitatif, kualitatif atau kadang-kadang gabungan antara kedua-duanya. Penyelidik memilih reka bentuk kajian kualitatif iaitu kajian yang menekankan kepada penghasilan makna untuk kita memahami fenomena sosial. Untuk mencapai tujuan ini, kajian kualitatif mengambil kira perkara-perkara yang tidak disentuh oleh kajian kualitatif, seperti pandangan dan keanehan seseorang, akibat yang dirancang dan yang tidak dirancang. Dari segi pengutipan data dan penjanaan teori, kajian kualitatif banyak menggunakan kaedah interaksi bersemuka dengan subjek kajian dan pendekatan induktif untuk menjana teori. Reka bentuk kajian juga ditentukan pada peringkat awal kajian dijalankan, yang menggantikan kajian rintis
  • 2. 16 dalam kajian kuantitatif. Kajian kualitatif juga menggunakan sampel yang kecil, mengutip data secara terfokus dan mendalam serta membuat analisis secara penghuraian. Memandangkan sampel yang diambil oleh pengkaji hanya enam orang iaitu bilangan sampel yang kecil maka pengkaji berpendapat kajian yang sesuai dijalankan adalah kajian kualitatif. 3.3 PEMILIHAN SAMPEL Pemilihan sampel boleh dijalankan dengan empat kaedah iaitu pemilihan sampel secara persampelan rawak mudah, persampelan rawak berstrata, persampelan sistematik dan persampelan kelompok. Pengkaji telah memilih enam orang murid dari kelas pemulihan khas yang terdiri daripada murid tahun dua dan tahun tiga sebagai sampel iaitu dengan menggunakan kaedah persampelan kelompok. Pemilihan sampel secara kaedah persampelan kelompok boleh dijalankan dengan dua cara iaitu pertama memilih beberapa kumpulan secara rawak dan kedua, mengambil semua ahli daripada kumpulan-kumpulan ini sebagai sampel kajian. Pengkaji telah memilih cara ke dua iaitu mengambil semua ahli daripada kumpulan sebagai sampel iaitu mengambil semua murid pemulihan khas yang belajar dalam kelas bahasa Melayu iaitu seramai enam orang. Kelebihan persampelan kelompok berbanding persampelan rawak mudah, persampelan rawak berstrata dan persampelan sistematik ialah ia lebih mudah dilaksanakan, Walaupun sampel yang dipilih tidak ramai tetapi cukup untuk memberi input kepada tajuk kajian yang dipilih. Pengkaji memilih sampel dari sekolah pengkaji sendiri kerana terdapat kelas pemulihan di sekolah itu yang baru sahaja diwujudkan malahan pengkaji juga secara sukarela akan mengajar kelas pemulihan tersebut sementara menunggu guru pemulihan yang sebenar datang mendaftar. Pengkaji juga berasa selesa memilih murid-murid dari sekolah sendiri kerana telah mengenali mereka dan juga telah mengenali ibu bapa mereka. Jarak tempat tinggal
  • 3. 17 pengkaji dengan sekolah juga berdekatan. Justeru, itu akan memudahkan kajian yang akan dijalankan. 3.4 INSTRUMEN Alat-alat kajian perlu dibina terlebih dahulu sebelum kajian sebenar dijalankan, oleh itu pengkaji mememilih beberapa instrumen yang sesuai berdasarkan masalah pengkaji dan berdasarkan sampel yang dipilih. Pengkaji memilih lima instrumen untuk cadangan kajian ini. Instrumen yang dipilih ialah pemerhatian, temu bual, soal selidik, ujian pre (membaca) dan ujian pasca (membaca) yang mana pemilihan instrumen ini adalah bersesuaian dengan pemilihan reka bentuk kajian pengkaji iaitu reka bentuk kualitatif. 3.5 PROSEDUR PENGUMPULAN DATA Pengkaji seharusnya mendapat kebenaran daripada EPRD untuk menjalankan kajian tetapi oleh sebab pengkaji menjalankan kajian di sekolah sendiri, pengkaji telah diberi kebenaran untuk menjalankan kajian tanpa menunggu surat kebenaran daripada EPRD ( Rujuk pekeliling- lampiran)namun begitu pengkaji akan memaklumkan dan meminta kebenaran daripada guru besar dan juga memaklumkan kepada guru penolong kanan (akademik) untuk menjalankan kajian. Dijangkakan guru besar dan pihak pentadbir tidak akan menghadapi masalah atau kesulitan membenarkan kajian dijalankan kerana sampel bukan terdiri daripada murid yang menduduki peperiksaan iaitu murid tahun enam, malahan sampel adalah murid dari kelas pemulihan yang mana adalah murid pengkaji sendiri. Seperti yang dinyatakan, pengkaji memilih lima instrumen untuk cadangan kajian ini, iaitu pemerhatian, temu bual, soal selidik, ujian pra membaca dan ujian pasca membaca. Pengkaji akan mengumpul data mengikut instrumen yang digunakan dengan prosedur tertentu: 3.5.1 Data Pemerhatian
  • 4. 18 Sampel yang telah dipilih akan dibawa ke perpustakaan. Pengkaji sendiri akan menjadi pemerhati untuk memerhati tingkah laku subjek kajian secara langsung dan mendokumenkan perihal subjek kajian/sampel antaranya memerhati minat membaca subjek kajian/sampel dan pergaulan dengan rakan-rakan yang lain. Pemerhatian juga akan dijalankan ketika waktu rehat semasa sampel membeli makanan, ketika makan dan selepas makan. Pemerhatian dijangkakan mudah kerana sampel tidak ramai. 3.5.2 Data Temu bual Pengkaji akan menemu bual subjek kajian/sampel secara langsung. Temu bual akan dijalankan sewaktu di kelas pemulihan. Perbualan akan berlaku secara tidak langsung iaitu ketika sampel selesai membuat lembaran kerja dan diberi alat bermain. Temu bual akan berkisar tentang penghidupan subjek kajian/sampel. Disebabkan bilangan sampel tidak ramai iaitu enam orang dijangkakan temu bual tidak mengambil masa yang lama. Temu bual juga diadakan dengan guru mata pelajaran yang lain. Temu bual dengan guru berkenaan juga dijangkakan tidak lama kerana sampel adalah dari kelas yang sama ( sekolah pengkaji adalah sekolah yang kecil, bilangan murid tidak ramai. Setiap kelas mempunyai satu aliran sahaja) Temu bual adalah berkisar tentang tabiat/perangai sampel semasa di dalam kelas sewaktu pembelajaran. 3.5.3 Data Soal Selidik Soal selidik akan dibuat kepada sampel dengan cara pengkaji memberi borang soal selidik yang mengandungi beberapa item soalan. Pengkaji akan bertanya soalan tertutup yang memerlukan jawapan ‘ya’ atau ‘tidak’. Pengkaji akan menandakan jawapan untuk sampel di dalam borang item yang disediakan.( rujuk lampiran)
  • 5. 19 3.5.4 Ujian Pra Membaca Pengkaji akan menyediakan 25 perkataan kv kvk. Sampel membaca perkataan yang ditunjukkan. Pengkaji mencatat jawapan sampel sama ada ‘salah’ atau ‘betul’ ke dalam borang yang disediakan. Ujian pra membaca dijalankan sebelum pelaksanaan kajian dijalankan. 3.5.5 Ujian Pasca Membaca Pengkaji akan menunjukkan semula 25 perkataan kv kvk yang sama ( semasa pra membaca) kepada sampel setelah melaksana kajian yang dirancang. Pengkaji mencatat semula jawapan sampel sama ada ‘salah’ atau ‘betul’ ke dalam borang yang disediakan. 3.6 ANALISIS DATA Setelah melalui proses pengutipan data melalui pemerhatian, temu bual, kaji selidik, ujian pra membaca dan ujian pasca membaca terhadap sampel atau subjek kajian, pengkaji akan mengumpul data-data seperti borang soal selidik, catatan pemerhatian, catatan temu bual dan markah dari ujian pra membaca dan pasca membaca. Seterusnya membuat analisa dari data-data yang dikumpul itu. Ini bersesuaian dengan kenyataan Mohd Majid Konting (1990) iaitu data-data yang terkumpul daripada sesuatu penyelidikan merupakan bahan mentah yang tidak mempunyai nilai kecuali di proses. Menurut beliau lagi, data yang banyak dan pelbagai perlu diolah, dianalisis, disimpan, dikeluarkan untuk menghasilkan sesuatu maklumat. Untuk soal selidik, pengkaji akan menganalisis setiap jawapan daripada sampel dan analisis akan ditulis atau dipamerkan dalam bentuk data mengikut item soalan.Pengkaji juga boleh menggunakan program SPSS iaitu program statiscal Package for Social Science Versi 70 (atau lain-lain versi) untuk memproses data yang dikumpul.
  • 6. 20 Begitu juga dengan ujian pra membaca dan pasca membaca. Perbandingan akan dapat dilihat dari data sebelum kajian dilaksanakan dan selepas kajian dilaksanakan. Pemerhatian dan temu duga pula boleh dianalisis dari catatan yang dilakukan oleh pengkaji. 3.7 RUMUSAN Dalam bab ini pengkaji telah menjelaskan reka bentuk, sampel instrumen, prosedur pengumpulan data dan analisis data yang dipilih untuk menjalankan kajian mengikut permasaalahan yang ingin diselesaikah oleh pengkaji. Diharapkan kajian yang dijalankan menemui kejayaan, contohnya perbandingan analisis data antara pra membaca dan pasca membaca akan menampakkan perubahan yang positif iaitu bilangan ‘betul’ sampel membaca perkataan kv kvk bertambah peratusnya atau diharapkan semua sampel dapat membaca semua perkataan kv kvk yang ditunjukkan dengan betul. Kaedah dan teknik yang sama iaitu teknik bermain menggunakan bahan bantu mengajar yang menarik diharap dapat dilaksanakan terhadap perkataan lain yang lebih sukar untuk murid pemulihan membacanya seperti perkataan kv kvkk, kvk kvk, kv kv kvv dan lain-lain. Malahan berguna juga diaplikasikan di kelas perdana khasnya murid tahun satu yang mengikuti program KIA2M. Pengkaji juga berharap hasil kajian ini nanti boleh dijadikan rujukan kepada pengkaji yang lain yang mempunyai permasalahan yang sama iaitu menekankan teknik bermain dengan menggunakan bahan bantu mengajar yang sesuai dan menarik untuk mengatasi kelemahan murid pemulihan dan juga murid di kelas perdana dalam masalah membaca khasnya perkataan kv kvk. (BAB 3 NI KALAU BT KAJIAN/TESIS NNTI..BANYAK KENA UBAH/TAMBAH TAU…NTI PENSYARAH AKAN AJAR LE TU..ATAU TENGOK MODUL NNTI SEM SEPT 2011 )
  • 7. 21