Se ha denunciado esta presentación.
Utilizamos tu perfil de LinkedIn y tus datos de actividad para personalizar los anuncios y mostrarte publicidad más relevante. Puedes cambiar tus preferencias de publicidad en cualquier momento.

Laporan tahunan

3.551 visualizaciones

Publicado el

mereka laporan tahunan. sumber dari incik google.

Publicado en: Educación
  • Sé el primero en comentar

Laporan tahunan

  1. 1. LAPORAN TAHUNAN UNIT BERUNIFORM Laporan Unit Beruniform Pengakap BIL PERKARA CATATAN 1. Pengenalan/Latar Belakang Kepengakapan wujud di dunia ini hasil kejayaan perkhemahan anjuran Robert Baden-Powell atau lebih dikenali sebagai BP, di Pulau Brownsea, England pada 31 Julai hingga 9 Ogos 1907. Dari situ, kegiatan berpengakap telahpun muncul di tanahair seawal 1908 lagi dianggotai oleh anak-anak pegawai-pegawai British. Pasukan pertama pengakap bagaimanapun ditubuhkan di Singapura pada 1910 oleh Sir Frank Cooper Sands, seorang pemimpin dari Nottingham, England. Untuk dua dekad seterusnya pergerakan pengakap tersebar ke seluruh Tanah Melayu dan Borneo. Setelah aktiviti kepengakapan tersebar luas, keperluan untuk mewujudkan badan penyelaras disedari. Sejurus selepas Perang Dunia Kedua, pergerakan pengakap di Tanah Melayu disusun semula menjadi Persekutuan Budak Pengakap Tanah Melayu. Apabila Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957, persekutuan ini diterima sebagai ahli Pesekutuan Pengakap Sedunia pada 1 September 1957. Seterusnya, apabila Sabah, Sarawak dan Singapura bergabung bersama Tanah Melayu membentuk Malaysia, pergerakan pengakap negeri-negeri tersebut juga turut bergabung. Hasilnya pada November 1964 Persekutuan Pengakap Malaysia ditubuhkan.
  2. 2. Persekutuan Pengakap Malaysia diperbadankan melalui Akta Persekutuan Pengakap Malaysia (Pemerbadan) 1968, dan (Semakan) 1989. Dengan keistimewaan ini Duli-duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong dan Raja-raja Melayu serta Tuan-tuan Yang Terutama merupakan penaung pergerakan pengakap di peringkat negeri dan nasional. 2. Visi & Misi Melengkapi perkhidmatan kepada masyarakat dan pasukan, dan melengkapi ahli-ahli dengan cabaran dan peluang untuk meningkatkan kebolehan diri sendiri dengan kehidupan yang lebih memuaskan dan berfaedah. 3. Objektif  Mewujudkan ahli yang boleh dipercayai, mempunyai kawalan diri serta berkeyakinan juga menghormati diri sendiri dan orang lain.  Bekerjasama untuk berkhidmat kepada orang lain demi memperbaiki suasana kehidupan bermasyarat
  3. 3. 4. Nama Guru Penasihat Haji Ahmad Azam bin Abdul Majid Hamdan bin Haji Mohd Nor 5. Jumlah Ahli 300 orang ahli 6. Aktiviti yang dijalankan sepanjang tahun BIL AKTIVITI 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 1 Perjumpaan Unit √ 2 Kursus Kepimpinan Manikayu √ 3 Ekspedisi Berakit Antarabangsa Sungai Pahang √ 4 Jambori 1Belia 1Malaysia √ 5 Kursus Lencana Keris Emas kanak-kanak & Kursus Lencana Kemahiran Pengakap Kelana √ 6 Kursus ketua patrol & skim lencana pengakap muda & remaja √ 7 Mesyuarat tidak formal dan sambutan hari lahir √ √ 8 Kursus Skim Lencana pengembaraan Pengakap kelana √ 9 Kursus Skim Lencana Perkhidmatan Pengakap Kelana √ 10 Kursus Skim Lencana Kemahiran Pengakap Kelana √
  4. 4. 7. Aktiviti yang tidak dapat dijalankan sepanjang tahun 1. Kursus Jatidiri 2. Uji kemahiran ikatan 8. Refleksi Kekuatan 1. Keseragaman kawad kaki 2. Kerjasama antara ahli persatuan 3. Semangat jitu ahli persatuan. Kelemahan 1. Tidak semua ahli mahu mengaktifkan diri dalam pertandingan 9. Cadangan penambahbaikan  Membuat aktiviti di setiap awal dan hujung tahun untuk mengumpul lebih banyak dana bagi menjalankan aktiviti persatuan selain daripada bertujuan mengeratkan lagi silaturahim antara ahli persatuan.
  5. 5. 10. Penutup/ Kesimpulan Aktivit dalam persatuan pengakap dapat meningkatkan keyakinan diri dan membantu murid lebih cerdas dalam pelajaran. Laporan Unit Beruniform BBSM BIL PERKARA CATATAN 1. Pengenalan/Latar Belakang Kelahiran Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSMM) mempunyai urutan sejarah sebelum merdeka. Palang Merah telah pun wujud di Persekutuan Tanah Melayu di bawah penjajahan British sebagai "a branch of the British Red Cross". Peperangan Dunia Kedua dan waktu pemerintahan Jepun telah memusnahkan beberapa kawasan di dalam negara kita dan ramai rakyatnya hidup dalam kemiskinan dan penderitaan. Laporan tahunan Persatuan Palang Merah British bagi tahun 1945 dalam perenggan penutup dan mencatatkan: " Kerana akibat peperangan, Borneo Utara adalah kawasan yang teruk dilanda kemusnahan di Tenggara Asia dan penduduknya menanggung derita yang amat sangat semasa pemerintahan Jepun. Oleh yang demikian,peluang bagi aktiviti-aktiviti palang Merah adalah banyak dan sekarang oleh kerana asasnya telah diwujudkan,adalah diharapkan bahawa ianya akan berkembang dalam tahun-tahun akan datang ".
  6. 6. Cawangan Sabah Bukti-bukti dokumen yang ada dalam arkib Persatuan Palang Merah British menunjukkan bahawa cawangan pertama Palang Merah adalah di Sabah iaitu ditubuhkan pada bulan April 1948. Cawangan Sarawak Palang Merah pertama ditubuhkan dalam bulan April / Mei tahun 1948,walaupun mengikut rekod satu permohonan rasmi mewujudkan cawangan Palang Merah di Sarawak ialah dibuat lebih awal iaitu pada bulan Februari 1948. Cawangan Semenanjung Malaysia Unit Palang Merah yang pertama ditubuhkan di Pulau Pinang dalam tahun 1950,yang kemudiannya menjadi satu cawangan.dalam bulan Februari 1951,Cawangan Persekutuan Tanah Melayu telah ditubuhkan dengan bantuan Miss Jordan dan Miss Johnson serta dua orang pegawai medan Palang Merah British. Manakala Palang Merah Pahang telah ditubuhkan pada tahun 1952.
  7. 7. 2. Visi & Misi Untuk dikenali sebagai organisasi kemanusian yang unggul, diperingkat kebangsaan dan berkhidmat kepada yang memerlukan dengan berkesan. 3. Objektif  Memberi peluang kepada pelajar melibatkan diri dalam aktiviti yang dirancang.Ini akan membawa keseronokan dan memberi peluang kepada pelajar untuk bergaul dan memenuhi masa lapang dengan aktiviti yang berfaedah.  Menanam nilai kesihatan dan kecergasan dalam diri pelajar  Pengajaran dan pembelajaran ilmu pertolongan cemas akan membolehkan pelajar berkemahiran untuk menolong diri dan orang lain. 4. Nama Guru Penasihat Mejar Pn Rohana Mat Isa Kapten pn Shariza Sharin Cik Nurhidahyatul Syahira 5. Jumlah Ahli 250 orang ahli
  8. 8. 6. Aktiviti yang dijalankan sepanjang tahun BIL AKTIVITI 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 1 Pendaftaran Ahli PBSM √ 2 Perjumpaan Unit √ √ √ √ √ √ √ √ √ √ 3 Sambutan Hari PBSM √ 4 Hari Bendera Peringkat Sekolah √ 5 Ujian Lencana Kecekapan √ 6 First Aid in Every Home √ 7 Pep. Pertolongan Cemas & Pend. BSM √ 8 Hari KOKO dan Keusahawanan √ 9 Perkhemahan √ 10 Latihan Kawad Kaki √ √ √ √ √ √ 11 Khidmat Pertolongan Cemas √ √ √ √ √ √ √ √ √ √ 12 Kem Remaja Sihat dan Sejahtera Tanpa Aids √ 13 Kembara bersama keretapi Tanah Melayu √ 14 Kursus Rawatan Sukan √ 15 Kursus Bencana Alam √ 16 Jamuan Akhir Tahun √ 7. Aktiviti yang tidak dapat dijalankan sepanjang tahun 1. Penyertaan dalam karnival anti dadah 2. Kempen Derma Darah Perdana 3. Pengisian Rohani
  9. 9. 8. Pencapaian Peringkat Daerah  Johan pertandingan Kawad kaki NGO peringkat daerah LMS (2000-2004)  Bertugas sebagai anggota paramedik di kejohanan Olahraga/Sukan/Permainan sekolah-sekolah di sekitar LMS  Ahli-ahli PBSM telah melibatkan diri secara aktif di dalam apa jua aktiviti anjuran PBSM Daerah seperti : o Hari Bendera o Jamuan Amal o Gotong royong Peringkat Negeri  Johan pertandingan Kawad kaki NGO peringkat negeri Perak (2000-2004)  Menjadi ketua platun terbaik NGO (puteri) di pertandingan kawad kaki peringkat Negeri Perak  2 pelajar terpilih menyertai perkhemahan Lencana Kecekapan PBSM peringkat negeri Perak di Pusat Kurikulum JPN di P. Pangkor
  10. 10. Peringkat Kebangsaan  Menyertai Pertandingan Kawat Kaki NGO (Puteri) Peringkat Kebangsaan (2000-2004)  Tempat ke 3 Kawat Kaki NGO Kebangsaan (2000)  5 pelajar terpilih sebagai anggota paramedik di Perkhemahan Perdana Kokurikulum Sekolah Peringkat Kebangsaan di Pangkor Perak 9. Cadangan penambahbaikan  Membuat aktivi untuk tujuan mengumpul dana supaya membolehkan setiap ahli yang berkelayakan mempunyai first aid kits mereka sendiri supaya dapat mengaplikasikan pengetahuan yang mereka perolehi ketika keadaan memerlukan. 10. Penutup/ Kesimpulan Pengetahuan yang diperolehi dari aktiviti persatuan dapat diaplikasikan ketika keadaan mendesak sekaligus aktiviti dari persatuan ini dapat memupuk minat menceburi bidang kedoktoran.
  11. 11. Laporan Unit Beruniform Kadet Remaja Sekolah BIL PERKARA CATATAN 1. Pengenalan/Latar Belakang Kadet Remaja Sekolah (KRS) telah ditubuhkan dan diasaskan oleh En Thani bin Syaaban di Sekolah Menengah Raja Abdullah, Kuala Lumpur pada 27 Jun 1987. Pada mulanya pasukan ini dikenali sebagai Kadet Putera Islam Malaysia (KPIM) yang merupakan pasukan beruniform kepada Persatuan Pelajar-pelajar Islam SMRA (PERWIRA). Keahliannya seramai 20 orang sahaja iaitu terdiri daripada pelajar tingkatan 1 dan 2. Matlamat utama penubuhannya ialah untuk melahirkan pelajar cemerlang yang BERILMU, BERIMAN dan BERAMAL, berakhlak mulia, bersemangat patriotik, berketerampilan selaras dengan usaha dan hasrat mengisi tuntutan Falsafah Pendidikan NEGARA ke arah Wawasan 2020. Pasukan KPIM ini bernaung di bawah pengawasan Unit Pendidikan Islam Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan. Setiap aktiviti yang dijalankan berteraskan ISLAM SEBAGAI CARA KEHIDUPAN (AD DEEN). Mulai tahun 1989 beberapa buah sekolah di Wilayah Persekutuan telah menubuhkan KPIM. Pada 1993 sebanyak 53 buah Sekolah Menengah di seluruh negara telah menubuhkan KPIM. Usaha menubuhkan KPIM secara rasmi dan bernaung di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia telah dimulakan pada 10 Ogos 1993. Satu pertemuan telah diadakan dengan Yang Berbahagia Tan Sri Datuk Dr. Wan Mohd Zahid bin Wan Mohd Nordin iaitu Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia pada 13 September 1993. Di dalam pertemuan ini tesis KPIM telah dibentangkan. Hasilnya sebuah jawatankuasa kecil dibentuk untuk menyediakan kertas kabinet. Jawatankuasa ini
  12. 12. telah mencadangkan nama KPIM ditukarkan kepada Kadet Putera-Puteri Islam. Walau bagaimana pun nama pasukan ini ditukar kepada Kadet Remaja Sekolah. Sementara itu taklimat dan pendedahan kepada Pengarah-Pengarah Bahagian Pendidikan yang diadakan pada bulan oktober 1993 dan dipengerusikan oleh Tan Sri Dr. Wan Mohd Zahid Bin Wan Mohd Nordin telah membuat keputusan agar nama pasukan ini ditukar kepada Kadet Remaja Sekolah (KRS) yang bertujuan agar keahliannya terbuka kepada semua kaum sama ada pelajar lelaki atau perempuan. Upacara Pelancaran KADET REMAJA SEKOLAH Peringkat Kebangsaan telah dilaksanakan pada 20 Jun 1995 oleh Yang Berhormat Dato’ Seri Najib Tun Haji Abdul Razak, Menteri Pendidikan Malaysia di Sekolah Menengah Raja Abdullah, Jalan Kepong, Kuala Lumpur. 2. Visi & Misi Melahirkan pelajar cemerlang yang beriman, berakhlak muliah, berilmu dan berketrampilan selaras dengan hasrat wawasan Pendidikan dan Falsafah Pendidikan Negara ke arah menjayakan wawasan 2020. 3. Objektif  Membentuk generasi pelajar yang menjiwai semangat perpaduan, memiliki ketrampilan diri, berdaya saing, kreatif serta inovatif dalam menghadapi pelbagai cabaran dalam kehidupan.  Menangani masalah salah laku di kalangan para remaja seperti salah guna dadah, melepak dan juvana.  Membina generasi pelajar patriotik yang menjiwai semangat cintakan agama, bangsa dan
  13. 13. negara. 4. Nama Guru Penasihat En. Mohd Kamarul B. Yunus Pn. Nor Fadilah Bt. Saat 5. Jumlah Ahli 300 orang ahli 6. Aktiviti yang dijalankan sepanjang tahun BIL AKTIVITI 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 1 Perjumpaan & Pengenalan kepada KRS √ 2 Kerohanian Moral Ketatanegaraan √ keagamaan √ 3 Ketahanan Diri Ikatan √ Ikhtiar Hidup √ Bantu Mula √ Perkhemahan √ √ Kompas √ √ Ikatan Tali √ Cadangan 4 Kebudayaan, Keusahawanan √ √ √ √ 5 Kawad √ √ √ √ √ √ √ √ √ √ 6 Alam Sekitar dan Keusahawanan √ √ √
  14. 14. 7 Aktiviti yang tidak dapat dijalankan sepanjang tahun 1. Mencipta bunga kawad kaki formasi 2. Aktivit keusahawanan siber 8. Refleksi Kekuatan 1. Komitmen guru penasihat dan ahli persatuan. Kelemahan 1. Kebanyakan ahli kurang kreativiti mewujudkan ciptaan yang baru 9. Cadangan penambahbaikan  Mengadakan seminar untuk membuka minda murid supaya mampu berfikir di luar kotak lantas mampu mencipta sesuatu yang baru. 10. Penutup/ Kesimpulan Aktiviti dalam persatuan melahirkan insan yang baik dari segi mental dan fizikal, rohani dan jasmani.
  15. 15. LAPORAN TAHUNAN KELAB/PERSATUAN Laporan Kelab Catur BIL PERKARA CATATAN 1. Pengenalan/Latar Belakang Catur adalah permainan yang paling popular di dunia; ia menggambarkan bukan sahaja satu permainan tetapi juga satu seni dan satu sains. Kadangkala catur dilihat sebagai permainan perang yang abstrak; kerana sebagai suatu "seni mempertahankan diri" menggunakan minda dan mengajar catur dilihat sebagai cara untuk meningkatkan keupayaan minda. Catur biasanya dimainkan secara rekreasi dan kompetitif di kelab-kelab, pertandingan, dalam talian, dan dengan surat-menyurat (catur berutusan surat). Banyak variasi permainan catur dimainkan di dunia. Yang paling popular, dalam turutan menurun oleh bilangan pemain, adalah xiangqi di China, shogi di Jepun, janggi di Korea, dan makruk di Thailand. Setiap pemain yang masih baharu dalam permainan catur ini haruslah mengenali terlebih dahulu peraturan-peraturan permainan, dan kemudian strategi-strategi permainan yang telah dirangkakan oleh pencatur-pencatur profesional dan juara-juara dunia yang terdahulu. Ini sangat membantu kebanyakan pemain agar tidak sesat di pertengahan permainan dan sekali gus memerangkap dirinya sendiri. 2. Visi & Misi Melahirkan pelajar yang dapat berfikir secara kritis dan kreatif serta memupuk kesedaran pelajar terhadap kepentingan beriadah secara lebih bermakna
  16. 16. 3. Objektif  Berfikir dan merancang untuk membuat keputusan dalam masa-masa terdesak dan tertekan  Berupaya berfikir dan merancang 4. Nama Guru Penasihat En. Amryzal bin Abdul Manap En. Mohd Syahid bin Sukor Pn. Asliza bt. Selamat 5. Jumlah Ahli 150 orang ahli 6. Aktiviti yang dijalankan sepanjang tahun BIL AKTIVITI 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 1 Pendaftaran Ahli √ 2 Mesyuarat Agung √ 3 Latihan permainan Intensif √ √ √ √ √ √ √ √ √ √ √ 4 Pertandingan Catur Terbuka √ √ 5 Pertandingan menghasilkan set catur tercantik √ √ 6 Lawatan dan pertandingan persahabatan dengan sekolah berasrama penuh √ √
  17. 17. 7. Aktiviti yang tidak dapat dijalankan sepanjang tahun Tiada 8. Refleksi Kekuatan 1. Aktiviti mudah dijalankan kerana tidak melibatkan banyak kos. Kelemahan 1. Belum ada kaedah kreatif untuk menarik minat murid yang tidak berpengetahuan dan pengalaman untuk menyertai kelab catur. 9. Cadangan penambahbaikan  Mengadakan seminar / bengkel untuk mempelajari cara bermain catur kepada yang belum pernah bermain catur.  Mengadakan sesi teknik “skor catur game” kepada ahli kelab supaya pencapaian mereka dalam permainan catur meningkat.
  18. 18. 10. Penutup/ Kesimpulan Kelab ini membuka ruang kepada peminat permainan catur bertemu dengan individu yang mempunyai minat yang sama seperti mereka. Jesteru perkara ini membuatkan mereka merasa bakat dan pengetahuan dalam permainan ini adalah istimewa dan berharga. Laporan Kelab Pembimbing Rakan Sebaya BIL PERKARA CATATAN 1. Pengenalan/Latar Belakang Pada tahun 1984, Bahagian Sekolah (Unit Bimbingan dan Kaunseling) telah merangka dan mengeluarkan buku Panduan Pelaksanaan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di sekolah. Satu daripada kandungan buku itu ialah perkhidmatan dan tugas "Kaunselor Sebaya". Dengan ini, konsep "Kaunselor Sebaya" (sekarang dikenali sebagai Pembimbing Rakan Sebaya) telah sedia ada tetapi tidak diperkembangkan dalam kalangan murid secara sistematik dan menyeluruh. Pada 1986, program Pembimbing Rakan Sebaya mula diperkenalkan di sekolah-sekolah secara tidak formal melalui projek perintis "Kaunselor Sebaya" yang dikendalikan oleh Pn. Zuraidah Bt. Abdul Rahman, Ketua Jabatan di Institut Aminuddin Baki. Pada tahun 1987, satu Seminar-Bengkel PRS diadakan dan dihadiri oleh Ketua Penolong Pengarah Hal Ehwal Murid dan Penyelia Bimbingan dan Kaunseling Jabatan Pelajaran Negeri, Guru-guru Bimbingan dan Kaunseling yang telah dikenalpasti oleh Kementerian serta Pensyarah Maktab
  19. 19. Perguruan. Dalam seminar ini, nama Pembimbing Rakan Sebaya diterima secara rasmi. Hasil dari seminar/bengkel satu draf modul latihan yang mengandungi elemen-elemen konsep falsafah, rasional dan objektif program Pembimbing Rakan Sebaya telah dikeluarkan untuk dicuba di peringkat sekolah. Pada November 1987 satu mesyuarat menggubal kurikulum Kursus Pengurusan dan Latihan Program Pembimbing Rakan Sebaya diadakan di IPPN (IAB) dengan disertai oleh Pensyarah IAB, Pensyarah UKM, UPM dan USM, Pengetua sekolah, Ketua Penolong Pengarah Hal Ehwal Murid dan Penyelia Bimbingan dan Kaunseling Jabatan Pelajaran Negeri, Pengawai-Pegawai Bahagian Sekolah dan Pensyarah Maktab Perguruan. Pada Ogos 1988, bengkel mengemaskini draf modul latihan di IAB supaya modul dicetak dan dihantar ke semua sekolah menengah di seluruh negara untuk dijadikan panduan. Pada September 2988, mensyuarat menyelaras program desentralisasi latihan PRS di IAB dan telah dipersetujui bahawa kursus-kursus desentralisasi (Teragih) di peringkat negeri mengikut panduan kandungan kursus yang sama iaitu : a) Pengenalan Konsep Falsafah dan Matlamat Program PRS b) Teknik tafsiran latihan c) Teknik penilaian program d) Kemahiran yang diperlukan oleh PRS seperti kesedaran kendiri, asas komunikasi, asas kaunseling
  20. 20. dan kemahiran lanjutan yang spesifik. f) PRS dari perspektif Islam Pada 1989, IAB dengan kerjasama Bahagian Sekolah telah mengadakan satu bengkel penelitian semula modul latihan PRS bertajuk Bengkel Membina Instrumen Kajian Keberkesanan Pelaksanaan Program Pembimbing Rakan Sebaya untuk dijalankan pada penghujung tahun 1989 di sekolah-sekolah terlibat dan hasil daripada kajian telah dibentang dalam Seminar Status dan Halatuju Program Pembimbing Rakan Sebaya pada 16-19 Disember 1990. Pada Jun 1991, kursus intensif Kejurulatihan dan Pengurusan Program Pembimbing Rakan Sebaya telah diadakan di bawah pembiayaan pinjaman Bank Dunia. Seramai 42 orang guru bimbingan dan kaunseling yang hadir. Hasil daripada bengkel tersebut, pada tahun 1992, Kementerian Pelajaran Malaysia, Unit Bimbingan dan Kaunseling, Bahagian Sekolah dengan kerjasama IAB berjaya menerbitkan buku modul bertajuk "Pembimbing Rakan Sebaya : Modul Latihan Asas". Pada 2007, PRS telah menerima nafas baru dengan pengenalan nyanyian lagu dan lirik Pembimbing Rakan Sebaya hasilan En. Badruddin Shukor diikuti dengan pelancaran pemakaian 'vest' PRS oleh Datuk Razali Ismail, Timbalan Menteri Pelajaran ketika itu. Pada November 2008, Dato' Sri Hishamuddin Tun Hussein telah memperkenalkan e-PRS dalam Majlis Persidangan Guru Bimbingan dan Kaunseling Kebangsaan di MITC, Melaka.
  21. 21. Pada Ogos 2011, draf Modul PRS KPM telah dibuat semakan bacaan (Proof Reading) di Kuala Lumpur International Hotel, Kuala Lumpur oleh Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, Kementerian Pelajaran Malaysia. 2. Visi & Misi Membentuk dan melahirkan insan yang seimbang dari aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan cemerlang berdasarkan falsafah dan etika Pembimbing Rakan Sebaya. 3. Objektif  Membina budaya kasih mesra dan saling membantu dalam kalangan murid.  Membina murid yang yakin diri dan menghayati nilai-nilai murni berasaskan kepada kepercayaan kepada Tuhan.  Memupuk potensi / bakat kepemimpinan dan menjadi individu yang peka, bertimbang rasa, rela, taat, menolong dan berupaya hidup selesa dalam masyarakat majmuk. 4. Nama Guru Penasihat Pn. Salamiah Bt. Hasan 5. Jumlah Ahli 350 orang ahli
  22. 22. 6. Aktiviti yang dijalankan sepanjang tahun BIL AKTIVITI BULAN 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 1. Perjumpaan & Mesyuarat √ 2. Kem pembangunan minda bagi ahli baru √ √ √ 3. Program Maju Diri √ √ √ 4. Lawatan ke Universiti Pilihan √ √ √ √ √ √ 5. Karnival personaliti dan Kerjaya √ √ 6. Menyediakan dan memberi hadiah hari lahir pada guru √ √ √ √ √ √ √ √ √ √ √ 7. Membuka gerai jualan √ √ √ 8. Menyertai aktiviti-aktiviti anjuran unit bimbingan dan kaunseling √ √ √ √ 9. Mengemaskini laman blog √ √ √ √ √ √ √ √ √ √ √ 10. Jamuan Akhir Tahun √ 7. Aktiviti yang tidak dapat dijalankan sepanjang tahun Tiada.
  23. 23. 8. Refleksi Kekuatan 1. Aktiviti mudah dijalankan kerana kelab ini mempunyai pengaruh unit bimbingan dan kaunseling sekolah. Kelemahan 1. Ahli kurang menonjol dari segi kaunseling kepada rakan sebaya. 9. Cadangan penambahbaikan  Mengumpul dana dalam sebahagian aktiviti yang di jalankan. 10. Penutup/ Kesimpulan Bimbingan dan kaunseling penting dalam kehidupan, kerana adakalanya manusia perlukan pandangan dan bantuan orang ketiga dalam usaha membuat keputusan.
  24. 24. LAPORAN TAHUNAN SUKAN/PERMAINAN Laporan Sukan Bola Baling BIL PERKARA CATATAN 1. Pengenalan/Latar Belakang Permainan bola baling (handball) berasal dari Eropah. Permainan ini telah diubah suai daripada permainan-permainan asak seperti Czeska Hasenka di Denmark dan Korball serta Raffball di Jerman. Permainan-permainan ini pernah menjadi sukan yang popular di negara-negara Eropah pada suatu masa dahulu. Semasa perang Dunia Pertama, permainan ini membabitkan tujuh orang pemain sepasukan dan dikenali sebagai Torball. Pada tahun 1917, bilangan pemainan dalam permainan ini diubah menjadi 11 orang sepasukan dan dimainkan di padang bola sepak. Ia diperkenalkan di Jerman oleh Heizer dan permainan ini mula dikenali sebagai handball. Mengikut sejarawan Rusia, permainan ini (tujuh orang sepasukan) telah dimajukan oleh Edward Maly pada tahun 1909 di Kharkov. Peringkat Kebangsaan (Malaysia) Permainan bola baling mula diperkenalkan pada tahun 1976 kepada sekumpulan guru dan pelajar di Selangor oleh Encik Lim Hock Han. Ketika itu, dia bertugas sebagai Pengarah Bahagian Sukan di Pejabat Pendidikan Selangor dan kemudian di Universiti Malaya. Seterusnya, satu jawatankuasa kerja bola baling yang dipengerusikan oleh Encik Cheah Hai Su dari unit Pendidikan Jasmani dan Sukan.
  25. 25. Kementerian Pendidikan telah ditubuhkan pada tahun 1978. Sejak itu, kursus-kursus bola baling (aspek pengenalan permainan, pengadilan dan kejurulatihan) untuk guru-guru telah dijalankan untuk mempopularkan permainan ini di kalangan pelajar sekolah. Persekutuan Bola Baling Olimpik Malaysia telah ditubuhkan pada tahun 1984 dan menjadi ahli gabungan Majlis Olimpik Malaysia. Langkah ini telah memesatkan lagi perkembangan sukan ini ke seluruh negara. Sungguhpun permainan bola baling olimpik telah dipertandingkan di peringkat kebangsaan antara sekolah pada tahun 1979, buat kali pertamanya, hanya pada tahun 1987 sukan ini diterima sebagai salah satu permainan anjuran MSSM untuk peringkat kebangsaan. Pada tahun 1994, Persekutuan Bola Baling Malaysia telah menganjurkan Kejohanan Bola Baling antara Kelab-Kelab Negara Komanwel. Negara-negara yang mengambil bahagian terdiri daripada Bangladesh, England, India, Kenya, Nigeria, New Zealand dan Malaysia. Selain itu, Persekutuan Bola Baling Malaysia telah menghantar Encik Lam Fei Eng, seorang jurulatih untuk mengikuti kursus kejurulatihan antarabangsa di Universiti Leipzig, Jerman. 2. Visi & Misi Membentuk pasukan yang mantap bagi membentuk amalan bekerjasama, tolong-menolong, percaya-mempercayai antara satu sama lain serta hormat-menghormati serta membentuk generasi berketerampilan, disiplin, bersefahaman serta memperkukuhkan kualiti diripelajar serta sahsiah mereka.
  26. 26. 3. Objektif  Melahirkan generasi yang kreatif, inovatif, mempunyai perwatakan yang mulia, emosi yang stabil danperibadi yang seimbang dari segi jasmani dan rohani.  Memberi peluang kepada pelajar untuk menceburi diri dalam aktiviti yang betul dengan bersistematikdan ada kesinambungan 4. Nama Guru Penasihat Ahmad asarudin asri Mohamad Aiziudin 5. Jumlah Ahli 100 orang ahli.
  27. 27. 6. Aktiviti yang dijalankan sepanjang tahun BIL AKTIVITI 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 1 Pendaftaran Ahli dan mesyuarat agung √ 2 Pengenalan terhadap sukan bola baling √ 3 Latihan kemahiran asas Menangkap dan menerima Bola √ Menghantar Bola √ Menggelecek √ √ Mengacah √ Menjaring √ Mengadang √ Penjaga gol √ 4 Mengelola pertandingan antara kumpulan dalam kelab √ √ 5 Pertandingan antara kumpulan √ √ 7. Aktiviti yang tidak dapat dijalankan sepanjang tahun Tiada.
  28. 28. 8. Refleksi Kekuatan 1. Kawasan latihan yang kondusif. Kelemahan 1. Kurang tenaga pengajar 2. Kekangan masa latihan 9. Cadangan penambahbaikan  Menggunakan khidmat bantuan pelajar yang berkemahiran dalam permainan bola baling untuk melatih pelajar lain. 10. Penutup/ Kesimpulan Sukan adalah penting untuk kecerdasan fizikal and jasmani.
  29. 29. Laporan Sukan Takraw BIL PERKARA CATATAN 1. Pengenalan/Latar Belakang Permainan sepak raga wujud sejak 600 tahun lalu. Pada zaman Kesultanan Melayu Melaka, selain dimainkan oleh golongan bangsawan, rakyat jelata juga menggemari permainan ini. Dalam sejarah Melayu menceritakan tentang Raja Muhammad, putera Sultan Mansor Shah Muhammad tertanggal tanjaknya akibat terkena bola raga tendangan Tun Besar. Bola sepak raga diperbuat daripada bilah-bilah rotan yang dianyam bulat seperti raga sebesar isi buah kelapa dua atau tiga lapis. CARA BERMAIN: Dalam permainan sepak raga, beberapa pemain berdiri dan membentuk satu bulatan. Permainan ini dimulakan dengan salah seorang pemain melambung bola kepada rakannya dengan tangan. Rakannya itu akan menimang bola itu dengan kakinya sekali atau beberapa kali, sebelum menendangnya ke arah pemain lain. Pemain-pemain yang membentuk lingkungan atau bulatan itu mestilah bergilir-giliran menimang bola itu dan mengawalnya supaya tidak jatuh ke bumi. Jika bola itu jatuh, permainan dalam pusingan tersebut ditamatkan.
  30. 30. Menimang Bola Permainan ini memerlukan ketangkasan dan kecekapan fizikal serta ketajaman mata untuk mengukur pergerakan. Matlamat setiap pemain ialah memantapkan kemahiran menerima hantaran bola raga dan menimangnya dengan selesa selama yang mungkin. Jangka masa permainan tidak ditentukan kecuali dalam pertandingan yang lazimnya dianjurkan sebagai acara berpasukan. Pasukan yang berjaya membuat timangan paling banyak dalam suatu tempoh yang ditetapkan, dikira menang. Pada masa ini sepak raga tiada lagi dimainkan, ianya telah ditukar dengan nama kepada sepak takraw. Sepak takraw mengadukan dua pasukan yang dipisahkan oleh jaring, seperti dalam permainan badminton. Pasukan sepak takraw terdiri daripada tiga pemain. Tekong melakukan sepak mula dan mengawal bahagian belakang gelanggang. Apit kiri dan apit kanan mengawal bahagian hadapan gelanggang dan memikul tugas utama mematikan bola di gelanggang lawan. ASAL-USUL SEPAK TAKRAW Sepak Takraw dipercayai berasal dari peramainan Cina iaitu Cuju bermaksud menendang bola. Ia terkenal di Malaysia dan Thailand pada tahun 1400. Ia dikenali sebagai ‘takraw’ dalam Thai. Dahulu ia dimain oleh pemuda dan kanak-kanak berdiri dalam bulatan dan menimbag bola bergiliran. Apabila bola itu terjatuh pusingan itu tamat.
  31. 31. Pada 1740 peraturan-peraturannya dikenalkan.Kemudiannya ia dimain dengan jaring memisahkan dua pasukan itu. Pada 1933, permainan itu dimain di Negeri Sembilan, Malaysia. CARA BERMAIN Ia mengandungi dua pasukan mengandungi 3 pemain. Satu ‘belakang’ yang berdiri di belakang, sartu ‘kanan dalam’ yang berdiri di kanan dan yang terakhir adalah ‘kiri dalam’ yang berdiri di kiri. Sebuah bulatan di dilukis ditengah gelanggang. 1.Membaling syling dan siapa yang mmenang akan dapat pilih untuk memulakan dahulu atau memilih gelanggang mana mereka mahu. 2.Mulakan pertandingan itu. Mereka hanya boleh menggunakan kaki atau kepala mereka. 3.Untuk pasukan itu memenaagi sebuah mata , penentang mereka harus tidak dapat membawa kembali bola itu. 2. Visi & Misi Menambah bilangan ahli kelab juga menarik minat dan mengembangkan bakat pelajar serta membuktikan bidang bola sepak sebagai kerjaya professional
  32. 32. 3. Objektif Membentuk semangat kesukanan dan disiplin pelajar di luar kelas Melatih pelajar menjalankan aktiviti secara sistematik dan berperaturan . Menyemai kemahiran interpersonal dan kepimpinan di kalangan pelajar 4. Nama Guru Penasihat En. Rithuwan Bin Nasir En. Khairul Azirin 5. Jumlah Ahli 95 orang ahli
  33. 33. 6. Aktiviti yang dijalankan sepanjang tahun BIL AKTIVITI 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 1 Mesyuarat perancangan √ 2 Pemilihan Pemain √ √ 3 Pendedahan peraturan √ √ 4 Pendedahan teknikal √ √ 5 Menonton video √ √ √ √ √ √ √ √ √ √ 6 Latihan mingguan √ √ √ √ √ √ √ √ √ √ 7 Perlawanan persahabatan √ √ √ √ √ √ √ √ 8 Motivasi Pemain √ √ √ 9 Pertandingan √ √ √ √ 7. Aktiviti yang tidak dapat dijalankan sepanjang tahun Tiada. 8. Refleksi Kekuatan 1. Komitmen ahli kelab mengikuti latihan. 2. Jurulatih yang mahir memanipulasi mental dan emosi pelajar.
  34. 34. Kelemahan 1. Kekangan masa latihan kerana pertembungan dengan program kecemerlangan akademik 2. Sikap/komitmen pemain yang mungkin merasakan tertinggal dalam pelajaran sekiranya terlalu aktif 9. Cadangan penambahbaikan 10. Penutup/ Kesimpulan Laporan Sukan Bola Sepak BIL PERKARA CATATAN 1. Pengenalan/Latar Belakang Menurut FIFA, permainan-permainan yang mempunyai ciri-ciri bola sepak telah wujud di negeri China sejak
  35. 35. abad ke-3 SM. Berbagai-bagai jenis permainan bola juga telah diperkenalkan pada Zaman Pertengahan Eropah. Pada abad ke-19, permainan bola di sekolah-sekolah United Kingdom (yang mempunyai cara permainan yang berbeza mengikut sekolah) menjadi lebih popular. Lantaran itu, cara permainannya juga lebih teratur. Undang-undang awal diperkenalkan bagi menyeragamkan cara permainan yang berbeza-beza itu dan memudahkan pemain-pemain. Persatuan Bola Sepak England (The Football Association) telah ditubuhkan pada 1863 oleh beberapa kelab bola sepak. Persatuan ini berjaya menggubal undang-undang formal bola sepak yang pertama di dunia. Undang-undang ini kemudian berkembang menjadi Undang-undang Bola Sepak hari ini. Kini, urusan Undang-undang Bola Sepak dikendalikan oleh Lembaga Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (International Football Association Board). Lembaga ini ditubuhkan pada 1886 dan mempunyai lapan ahli – empat wakil FIFA, empat wakil persatuan bola sepak England, Scotland, Wales dan Ireland Utara. Segala pemindaan Undang-undang Bola Sepak perlu diluluskan oleh Lembaga melalui undian majoriti. Populariti bola sepak telah meningkat terutamanya pada abad ke-20. Kini, bola sepak menjadi satu industri yang lumayan melalui pendapatan hak siaran televisyen dan penjualan tiket di stadium-stadium. Permainan ini dimainkan pada peringkat professional level di seluruh dunia. Berjuta-juta peminat biasanya pergi ke stadiumbola sepak untuk mengikut pasukan pilihan mereka, manakala berbilion-bilion pula melihat perlawanan bola sepak di televisyen. Sebilangan besar pemain juga
  36. 36. bermain bola sepak pada peringkat amatur. Mengikut kajian yang dilakukan oleh Fédération Internationale de Football Association (FIFA), badan pentadbir bola sepak, yang diterbitkan dalam musim bunga 2001, lebih daripada 240 juta orang biasanya bermain bola sepak dalam lebih daripada 200 negara di seluruh pelusuk dunia. Peraturannya yang mudah dan memerlukan peralatan yang minimum tidak syak lagi menolong penyebaran dan tumbesaran dalam popularitinya. Banyak pihak dalam dunia bola sepak membangkitkan keinginan yang sangat memainkan peranan yang penting dalam kehidupan individu samada peminat, komuniti tempatan, malah negara; oleh itu ia merupakan sukan yang sangat popular di dunia. Oleh kerana itu ia selalunya digelar sebagai Pilihan Kenangan Dunia Lalu. 2. Visi & Misi Menyemai disiplin melalui latihan bola sepak serta membantu kemajuan mental dan kekuatan fizikal. 3. Objektif  Memberi latihan dan kemahiran asas.  Mendedahkan tentang peraturan bola sepak mengikut FIFA.  Pelajar boleh mengelolakan pertandingan bola sepak di peringkat sekolah, daerah, negeri dan kebangsaan
  37. 37.  Mewujudkan sifat kepimpinan di kalangan pelajar.  Berdisiplin dan mempunyai nilai-nilai murni sebagai ahli sukan yang boleh dibanggakan oleh masyarakat dan negara 4. Nama Guru Penasihat Asfarahannie Azman Maya Karina 5. Jumlah Ahli 200 orang ahli. 6. Aktiviti yang dijalankan sepanjang tahun BIL AKTIVITI 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 1 Mesyuarat perancangan √ 2 Pemilihan Pemain √ √ 3 Pendedahan peraturan √ √ 4 Pendedahan teknikal √ √ 5 Menonton video √ √ √ √ √ √ √ √ √ √ 6 Latihan mingguan √ √ √ √ √ √ √ √ √ √ 7 Perlawanan persahabatan √ √ √ √ √ √ √ √ 8 Motivasi Pemain √ √ √ 9 Pertandingan √ √ √ √
  38. 38. 7. Aktiviti yang tidak dapat dijalankan sepanjang tahun Tiada. 8. Refleksi Kekuatan 1. Jurulatih yang berdedikasi. Kelemahan 1. Pasaran pemain berkebolehan adalah terhad 2. Padang permainan tidak memenuhi spesifikasi pertandingan 3. Penggunaan padang secara ‘multi-purpose’ dan tidak berjadual 4. Gangguan orang awam dan masyarakat tempatan 9. Cadangan penambahbaikan  Operasi pagar dan tanam rumput  Penyelenggaraan dan sewaan padang berjadual  Latihan sepanjang tahun
  39. 39.  Klinik kemahiran Bola Sepak  Mendapatkan sokongan PIBG dan agensi luar 10. Penutup/ Kesimpulan Tuntasnya, kelab ini mampu melahirkan individu yang berdisiplin dan mempunyai nilai-nilai murni sebagai ahli sukan yang boleh dibanggakan oleh masyarakat dan negara Laporan Sukan Hoki BIL PERKARA CATATAN 1. Pengenalan/Latar Belakang Menurut catatan yang telah diperolehi, permainan hoki ini pada mulanya diamainlkan oleh orang-orang Greek, Parsi dan Rom sejak tahun 2000 sebelum masihi lagi. Namun, permainan ini kemudiannya lenyap kerana permainan ini masih tidak mempunyai peraturan yang khusus sehinggalah pada tahun 1365 apabila ia diperkenalkan semula di England. Ini telah menyebabkan sering berlakunya pertumpahan darah. Dengan erti kata yang lain, permainan yang tidak tersusun dan teratur boleh mendatangkan risiko yang merbahaya kepada para pemain Hoki mula mendapat tempat di banyak negara dunia setelah undang-undang permainan mula direka khusus. Dengan adanya peraturan dan undang-undang maka permainan hoki dapat dimainkan dengan teratur dan memudahkan lagi bagi individu-individu yang ingin mengenalinya dan
  40. 40. mempelajarinya. Permainan hoki ini sering diberi dengan pelbagai nama. Contohnya di Wales, ia dikenali dengan nama banty atau bandy. Manakala di Perancis nama permainan ini di panggil sebagai hoquet. Akhirnya pihak inggeris telah mengubahsuai dan mengubahnya kepada hockey. Akhirnya permainan hoki ini makin diterima oleh masyarakat di Britian. Permainan ini tidak hanya dimainkan oleh kaum lelaki malahan kaum wanita juga turut mengambil bahagian dalam permainan hoki ini. Pasukan hoki yang pertama ditubuhkan adalah pada tahun 1840 dan Kelab Blackheath di Selatan London merupakan kelab hoki pertama yang ditubuhkan pada tahun 1861. Kelab ini turut memperkenalkan undang-undang permainan hoki seperti cara bermain, penggunaan pengadil, kawasan permainan dan mengenakan hukuman kepada pemain yang melakukan kesilapan. Pada tahun 1875, undang-undang hoki telah digubal dalam satu mesyuarat di London. Wimbledon Hockey Club telah merumuskan undang-undang yang kemas untuk permainan ini pada tahun 1883. Pada tahun 1886, sukan hoki mula diiktiraf dan menjadi sukan paling diminati di dunia. Dari England, permainan ini mula tersebar ke negara-negara seperti India, Amerika Syarikat, Eropah dan juga di Malaysia. Sejarah hoki Malaysia hampir sama dengan India. Permainan ini dibawa ke negara tersebut oleh askar dan kakitangan British pada 1892. Namun pada ketika itu, hoki masih belum lagi terkenal di kalangan rakyat tempatan. Selepas lebih dua dekad, penduduk tempatan mula berjinak-jinak dan meminati permainan ini.
  41. 41. Pada 1923, Malaya berjaya menubuhkan sebuah pasukan hoki dan telah mengadakan perlawanan persahabatan dengan India yang baru sahaja memenangi pingat emas dalam Sukan Olimpik. Selepas itu, pasukan hoki negara telah menjelajah ke beberapa negara di Macau dan Hong Kong dan mengadakan permainan persahabatan di sana. 2. Visi & Misi Melahirkan insan yang cemerlang dan berdaya maju dengan menjadikan hoki sumber inspirasi. 3. Objektif  Membentuk pasukan yang berkemahiran dan semangat tinggi  Menjuarai pertandingan di peringkat daerah pada tahun kedua  Menyesuaikan diri dalam pertandingan pada semua keadaan dan tempat 4. Nama Guru Penasihat Akasyah Hasbullah 5. Jumlah Ahli 150 orang ahli.
  42. 42. 6. Aktiviti yang dijalankan sepanjang tahun BIL AKTIVITI 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 1 Mesyuarat Agung dan pendaftaran Ahli √ √ 2 Pengenalan terhadap Hoki √ √ 3 Latihan Menggelecek √ √ 4 Latihan Memukul √ √ 5 Latihan Menghadang √ √ 7. Aktiviti yang tidak dapat dijalankan sepanjang tahun Tiada. 8. Refleksi Kekuatan 1. Jurulatih berkaliber. 2. Komitmen ahli kelab berlatih.
  43. 43. Kelemahan 1. Mendapat kecederaan semasa latihan atau perlawanan 2. Masalah keluarga yang mendesak pemain supaya meninggalkan kegiatan tersebut 9. Cadangan penambahbaikan  Memohon gantian peralatan hoki yang rosak atau hilang  Penyelenggaraan padang yang rosak dan tidak terurus  Sentiasa melakukan penambahbaikan terhadap pencapaian pasukan dari semasa ke semasa  Memberi pendedahan tentang taktik perlawanan bukan sahaja peringkat negeri malah di peringkat kebangsaan 10. Penutup/ Kesimpulan Individu yang cerdas dan cergas mampu cemerlang dalam pelbagai bidang.

×