SlideShare una empresa de Scribd logo
1 de 13
Descargar para leer sin conexión
LATAR BELAKANG SENI CATAN


Pada zaman Mesolitik (15000 SM hingga 10000SM) merupakan zaman yang terdapat
lukisan-lukisan prasejarah. Lukisan itu menggambarkan kehidupan dan aktiviti harian
mereka. Karya-karya mereka pada zaman itu telah mula memperlihatkan corak-corak
yang menambahkan lagi kesan kuasa ghaib. Media yang digunakan pada masa itu ialah
darah binatang hasil dari pemburuan. Darah tersebut menghasilkan warna merah.
Jelaga lemak haiwan pula untuk menghasilkan warna hitam.


Manakala biji-biji kuning yang ditumbuk untuk menghasikan warna kuning. Warna hijau
pula terdapat daripada tumbuh -tumbuhan. Begitu juga dengan zaman Neolitik hasil
karya mereka hampir serupa yang digunakan oleh manusia zaman Mesolitik iaitu darah
untuk menghasilkan warna merah, Ma nganam oksid, jelaga lemak dan arang untuk
mendapatkan warna hitam. Manakala bijian yang dihancurkan dengan batu untuk
dicampurkan pula dengan darah haiwan, madu,tumbuh -tumbuhan dan lemak haiwan
boleh mendapatkan warna coklat dan jingga.


Pada zaman Renaisans seni catan berkembang pesat. Tokoh -tokoh pada masa itu
seperti Leornardo Da Vinci, Rapheal dan Michealangelo merupakan pelukis -pelukis
yang tersohor. Pada zaman itu, subjek yang ditekankan iaitu agama. Ia terus menjadi
penting di mana gambaran dan imej yang diilhamkan dari Bible atau cerita agama
terus menguasai karya-karya pelukis. Kisah seperti ´The Last Superµ dan imej
´Madonna and Childµ merupakan subjek yang paling popular. Walaupun zaman
Renaisans berakhir seni catan terus berkembang dengan pelbag ai teknik dan teori
dilakukan untuk menghasilkan catan yang baik dan berkualiti.


DEFINISI CATAN


Catan merupakan perbuatan meletakkan pewarna "pigment" terlarut dalam pelarut
(atau medium) dan agen pengikat (gam) kepada permukaan (sokongan) seperti kertas ,
kanvas atau dinding. Ini dilakukan oleh pelukis takrif ini digunakan terutamanya jika ia
merupakan kerjayanya. Manusia telah melukis selama 6 kali lebih lama berbanding
penggunaan tulisan. Catan ialah proses menghasilkan seni dengan menggunakan bahan
berwarna atau atau cat yang disapu ke atas sesuatu permukaan yang rata. Aktiviti
catan membolehkan seseorang menyedari serta dapat merakamkan kesan cahaya pada
bentuk, rupa serta susunan yang terdapat pada alam sekitar.


SEJARAH SENI CATAN DI MALAYSIA
Pada abad ke-20, muncul satu aliran baru dalam persembahan catan yang
mempersembahkan catan yang mempersembahkan karya seni abstark dan semi abstrak
di Gua Niah, Sarawak terdapat catan gua yang mengandungi imej -imej perahu burung-
burung helang dan figura -figura manusia. Imej-imej tersebut dapat ditafsirkan sebagai
percubaan menyuarakan pengalaman senimannya yang secara tidak rasmi bertugas
menjadi jurubicara masyarakatnya. Apa yang dilihat dan dirasa oleh pelukis, apabila
berhadapan alam sekitar telah dijadikan b ahan pengucapan tampakan yang berkesan.
Hal benda yang dilukiskan sememangnya penting dalam hidup pelukis dan
masyarakatnya. Perahu digunakan sebagai alat pengangkutan yang mustahak, burung -
burung helang adalah binatang buruan dan manusia adalah sebagai ka wan yang mesti
dibantu serta boleh diharapkan. Imej yang dilukis mempunyai peranan dalam hidup
manusia. Melukis figura manusia dan burung -burung helang, si pelukis dapat
menguasainya kerana bentuk dan rupa manusia dan binatang sudah dapat dicipta
kembali. Imej-imej yang terlukis di dalam gua selalu dihormati dan ditakuti.


Di Tambun Ipoh terdapat lakaran di lereng bukit. Hal benda yang terlukis ialah bentuk -
bentuk figura manusia dan berbagai jenis binatang. Catan ini dilukis dengan
menggunakan pigmen (sejenis bahan pewarna) jenis haematite (batu granit/ferum
tridioksida) berwarna merah sepang (warna dari pokok teh) dan ijas(sejenis pokok dan
buah dari negara arab). Figura -figura dilukis dengan kasar sehingga hasilnya tidak
kelihatan begitu sensitif. Lukisan jenis-jenis binatang agak jelas seperti babi liar, rusa,
badak tampung dan duyung. Untuk menunjukkan bahawa ada seekor rusa sedang
bunting, si pelukis melakar bayi di dalam konfigurasi ibu yang membuncit. Figura yang
sedang bergerak dengan memegang sejenis senjata dilakar dengan sebuah bulatan
untuk menyaran kepala satu garis untuk badan dan garis lain untuk kaki dan badan,
matanya dua titik dan garis untuk hidung. Kadar banding antara kepala, tengkuk,
badan dan kaki dalah munasabah. Binatang yang sedang be rgerak pantas hanya boleh
dibuat jika pengalaman konsepsual dan visual digabungkan.


Negara kita mewarisi catan-catan air daripada para pelukis amatur inggeris seperti
James Wathen (1751-1828). Catan air (James Wathen) menggambarkan pandangan
darat yang dibuatnya tatkala berada di Pulau Pinang. Rekod -rekod tampakan adalah
pernyataan tentang sensitiviti orang asing terhadap permandangan tempatan. Pohon
dan lereng bukit memenuhi catan -catan air Wathen yang jelas dihasilkan oleh pencinta
alam yang romantis. Warna yang digunakan adalah seolah -olah pohon tropika subur di
negeri-negeri yang bermusim bunga. Pada permulaan abad ke -20, aktiviti-aktiviti
melukis di Malaysia menghasilkan karya catan air, menggunakan teknik barat dan
menggambarkan permandangan kampung d engan rumah melayu, kerbau, sawah dan
gunung.


Kaedah melukis catan air diajar di sekolah -sekolah terutama sekolah beraliran inggeris
dan cina. Nanyang Art Academy didirikan di Singapura pada 1936 oleh para seniman
pendatang cina seperti Cheong Soo Pieng, Cheng Wen His dan Chuan Thean Teng.
Mereka turut mengajar (kecuali Chuan Thean Teng) di akademi tersebut di dalam mata
pelajaran seperti lanskap cina, lakaran berus dan dakwat. Mereka memperkenalkan
teknik-teknik impressionisme, post-impressionisme dan kiubisme. Setelah perang dunia
ke-2, Yong Mun Sen dan Abdullah Ariff melanjutkan tradisi lukisan cat air dan menjual
hasil karya kepada para pelancong pada guru -guru, pegawai kerajaan dan peladang -
peladang inggeris. Tahun 1950 -an, Syed Ahmad Jamal dan Yeo Ji n Leng serta beberapa
orang lain pulang ke tanah air sesudah menerima latihan di England. Mereka
memperkenalkan aliran abstrak ekspressionisme kepada masyarakat tempatan melalui
karya mereka. Kumpulan Wednesday Art Group telah mengadakan perjumpaan tiap -
tiap hari Rabu (dari pukul 6 petang hingga 8 malam) di bilik -bilik kosong di sekolah-
sekolah sekitar Kuala Lumpur, iaitu mencuba gaya ekspressionisme.


Pada tahun 1954 tertubuhnya The Selangor Art Society yang menganjurkan agar
anggotanya berjumpa untuk melu kis pada hari Khamis. Hoessein Enas bersama dengan
kawan-kawannya menubuhkan ´Angkatan Pelukis Semenanjungµ (APS) pada tahun 1967
dengan cogan katanya ´seni untuk masyarakatµ dan menggunakan kaedah figuratif.
Pada tahun 1960 -an, perkembangan seni catan Mal aysia mendapat perhatian daripada
pemerintah dan tertubuhnya Specialist Training Institute di Cheras, Kuala Lumpur yang
bertujuan untuk memberi kursus selama setahun kepada para guru yang kelak akan
mengajar lukisan dan pertukangan tangan kepada murid.Inst itut Teknologi MARA telah
menubuhkan bahagian Kajian Seni Lukis dan Seni Reka yang memberi kursus -kursus
diploma selama empat tahun.


Pada tahun 1968, Kuala Lumpur Nanyang Art Academy, di Pusat Pengajian Ilmu
Kemanusiaan, Universiti Sains Malaysia pada tah un 1972, ditubuhkan Bahagian Seni
Halus. Bahagian ini mengajar kursus ²kursus Arca, Catan, Grafik Cetakan, Fotografi dan
Sejarah Seni. Pada 27 Ogos 1958, tertubuhlah Balai Seni Lukis Negara, merupakan
lambang pengiktirafan kerajaan kepada kegiatan seni. Keg iatan Balai Seni Lukis Negara
kian pesat berkembang terutama mengirimkam karya seniman tempatan untuk di
pamerkan ke Eropah, New Zealand, Kanada, Brazil, India, Jepun dan negeri -negeri
lain. Di Malaysia, catan mula berkembang sekitar tahun 1930 -an. Pelukis yang terkenal
ialah Abdullah Ariff dan Yong Mun Sen yang banyak menggunakan media cat air.
SENARAI TOKOH-TOKOH TERKENAL SENI CATAN TANAH AIR


Berikut antara tokoh-tokoh catan yang terkenal di Malaysia;

   y   Alex Ong Boon Hau
   y   Choh Kiat Siong
   y   Eston Tan Eok Sim
   y   Fong Kim Sing
   y   Jolly Koh
   y   Katrin Förster
   y   Khalil Ibrahim
   y   Kim Chong
   y   Hj Md Sani Md Dom
   y   Mohd Hairi bin Yaakub
   y   Tang Hon Yin
   y   Dato' Syed Ahmad Jamal
   y   Yeong Seak Ling
   y   Yuen Chee Ling
   y   Chuah Siew Teng
   y   Michael Tan
   y   Abdul Multhalib Musa
   y   Awang Damit Ahmad
   y   Khairul Azmir Shoib
   y   Mohd Bakir Baharom

MEDIA DAN ALAT CATAN

Media untuk menghasilkan catan boleh dibahagikan kepada jenis -jenis seperti yang
berikut;

i. Cat Air
Bahan warna dalam karya cat air ialah pewarna dalam bentuk kek atau tiub. Ia
bersifat lut sinar, lembut dan boleh dibuat legap sekiranya cat air dari tiub. Cat air
akan menjadi tebal sekiranya disapu berlapis -lapis. Bahantara yang digunakan ialah
air. Kertas yang digunakan ialah kertas cat air. Berus yang sesuai digunakan untuk
karya cat air ialah jenis lembut dan beraiz antara 000 hingga 14. Palet juga diperlukan
untuk membancuh warna. Sebuah bekas seperti gelas atau botol yang bermulut lebar
diperlukan untuk mengisi air bersih dan untuk mencuci berus.

ii. Cat Poster
Cat poster boleh didapati dalam tiub atau botol. Ia mengandungi pengilat larut air dan
bersifat legap. Bahantara yang digunakan ialah air. Berus yang digunakan untuk
berkarya menggunakan cat poster ialah jenis lembut dan keras. Manakala kertas
daripada jenis ¶cartridge· yang tebal dan berper mukaan licin digunakan. Air yang
bersih diperlukan untuk menghasilkan campuran warna.

iii. Cat Tempera
Bahan warna berbentuk serbuk atau perekat dalam tiub yand=g sedia proses. Ia
mengandungi bahan pengilat seperti kuning telur atau gam cecair. Untuk meng hasilkan
karya menggunakan cat tempera, alat dan bahan yang digunakan ialah berus jenis
lembut atau keras, kertas tebal, kain kanvas atau papan. Biasanya teknik yang
diaplikasikan ialah disapu mengikut lapisan yang nipis, jalur sapuan diselang -selikan
supaya kesan warna rata dan licin.

iv. Cat Minyak
Cat minyak telah diperoleh dalam bentuk tiup. Bahantara untuk menggunakan cat
minyak ialah turpetine. Bahan pengilat yang boleh digunakan ialah minyak linsid,
minyak poppy atau minyak kacang. Berus yang diguna kan adalah jenis lembut dan
keras, pisau palet, kekuda, kanvas, papan, kayu playwood dan kadbod. Teknik yang
diaplikasikan ialah teknik lipasto, glazing, cat tepat atau hardedge, titik scumbling
atau teknik melembut.

TEKNIK-TEKNIK CATAN

Berikut merupakan teknik-teknik yang terdapat dalam penghasilan catan antaranya;

i. Teknik Basah Atas Kering

Ciri-ciri

Teknik ini melibatkan sapuan warna basah ke atas permukaan kertas yang kering untuk
menghasilkan kesan legap. Teknik ini banyak digunakan kerana sesuai dengan
beberapa jenis media dan agak senang dikawal sapuan warnanya. Teknik ini juga boleh
menggunakan warna yang basah dan disapukan ke atas lapisan warna yang telah kering
bagi mendapatkan kesan lut sinar.

Campuran Warna

Campuran warna yang hendak dig unakan haruslah tidak pekat dan tidak terlalu cair.
Kertas hendaklah kering. Sapuan berus yang spontan adalah digalakkan.

Cara

Warna disapu ke atas kertas lukisan yang kering. Mulakan dengan lapisan yan nipis dan
ditindih berperingkat-peringkat dengan ton yang semakin gelap. Untuk mendapatkan
kesan transparensi, basahkan berus dan celup ke dalam warna yang cair, sapu di atas
kertas lukisan. Biarkannya kering dan ulangi aktiviti yang sama.

ii. Teknik Basah Atas Basah

Ciri-ciri

Teknik ini melibatkan sapu an warna cair ke atas permukaan kertas yang basah. Ia
menghasilkan kesan lut sinar. Teknik ini merupakan teknik yang dramatik bagi media
cat air dan yang paling sukar untuk dikawal sapuannya. Pelukis harus membiarkan
warna terdahulu yang masih lembap. Sapu an warna berikutnya adalah lebih tinggi
kandungan air dan pewarnanya. Jika tidak, warna akan bercampur dan hasilnya
nampak kotor.

Campuran warna

Campuran warna hendaklah tidak terlalu pekat atau terlalu cair. Sebaik -baiknya ia
harus mempunyai nilai warna yang cukup terang. Ini kerana warna cat air akan nampak
kurang cerah apabila kering. Gunakan sapuan berus yang spontan.

Cara

Kertas dibasahkan dengan satu lapisan air atau warna yang cair. Warna disapukan
apabila permukaan masih basah. Jika menggunakan lakaran pensel, elakkan daripada
memadam garisan kerana ini akan menimbulkan kesan berbulu. Seterusnya ia akan
meninggalkan kesan kering berlegap.

iii. Teknik Berus Kering

Ciri-ciri

Teknik yang melibatkan sapuan warna terus dari tiub ke atas permukaan k ertas.
Teknik ini boleh juga melibatkan sapuan warna yang pekat ke atas lapisan warna yang
telah kering untuk menghasilkan kesan jalinan. Ia akan memberi kesan kering
berlegap.

Campuran warna

Gunakan warna terus dari tiub atau bancuhkan warna yang dikehe ndaki itu dahulu
dengan pekat. Kertas hendaklah kering. Sebaik -baiknya, asingkan warna yang telah
dibancuh.

Cara

Gunakan berus yang kering untuk mengambil warna yang telah dibancuh. Warna
disapukan dengan rata pada bahagian tertentu di atas permukaan ker tas yang kering.
Sapukan pada bahagian tersebut satu demi satu supaya warna pada setiap bahagian
tidak bercampur. Gunakan berus yang halus bagi menandakan jalinan yang halus. Jika
ingin menimbulkan kesan tindihan, biarkan warna kering dahulu. Kemudian, sap ukan
warna yang pekat ke atas lapisan warna yang telah kering.

iv. Teknik Kecatan

Ciri-ciri

Teknik ini melibatkan sapuan warna terus dari tiub. Kertas sentiasa basah sehingga
catan selesai dibuat. Catan jenis ini memberi kesan jalinan dan kekasaran. Mel alui
teknik ini, catan kelihatan bebas, semula jadi dan spontan.

Campuran warna

Warna yang pekat dari tiub digunakan. Sapuan warna terus dari tiub atas kertas. Jika
hendak menggunakan air, hanya gunakan sedikit sahaja.

Cara

Ambil warna terus dari tiub dan sapukan pada permukaan kertas lukisan. Campuran
warna yang kedua ditindihkan di atas warna yang pertama tanpa menunggu warna itu
kering. Kertas sentiasa basah sehingga catan selesai dibuat.

PROFIL SYED AHMAD JAMAL

Beliau berasal dari Muar, Johor dan dilahirkan pada 19 September 1929. Datuk Syed
Ahmad bin Syed Jamal mendapat pendidikan awal di Sekolah Tambatan Rendah, Johor
Bharu dari tahun 1936 -1938 sebelum berpindah ke Sekolah Tambatan Tinggi, Johor
Bharu pada tahun 1939. Pada tahun 1940 beliau melan jutkan pelajaran ke Ngee Heng
English School dan seterusnya ke Bukit Zahrah English School, Johor Bharu pada tahun
1941. Dari tahun 1945 hingga tahun 1949 beliau melanjutkan pelajarannya ke Maktab
Sultan Abu Bakar (English College), Johor Bahru. Beliau mem ulakan pendidikan
tingginya di Birmingham School of Architecture dari tahun 1950 -1951 dan
kemudiaannya dari tahun 1951 -1955 beliau melanjutkan pelajarannya ke Chelsea
School of Art, London. Pada tahun 1955 -1956 beliau meneruskan pengajian di Institute
of Education, University of London bagi mengambil sijil pengajaran dalam bidang seni.

Beliau juga melanjutkan pelajaran ke School of Art Institute of Chicago Illinois,
Amerika Syarikat pada tahun 1963 -1964 dan pada tahun 1973 -1974 beliau melanjutkan
pelajaran dalam bidang Sarjana di University of Hawaii dalam bidang sejarah seni.
Beliau memulakan kariernya sebagai seorang guru di Sekolah Tinggi Batu Pahat, Johor
pada tahun 1956 hingga 1957. Kemudian beliau ditugaskan di Institut Latihan Guru di
Cheras, Kuala Lumpur. Beliau juga pernah bertugas di Kementerian Pendidikan di
Jabatan Perancangan dan Penyelidikan Pelajaran dan dilantik sebagai Pengarah Pusat
Kebudayaan, Universiti Malaya dari tahun 1975 hingga 1983. Beliau juga pernah
bertugas sebagai pensyarah di M alayan Teachers Training College, Kirkby, England dari
tahun 1958-1959.

Datuk Syed Ahmad merupakan di antara tokoh yang memainkan peranan penting dalam
perkembangan BSLN dan memegang jawatan Pengarah BSLN dari tahun 1983 sehingga
tahun 1991. Beliau merupa kan seorang pelukis yang berbakat besar dan telah
menghasilkan karya-karya seni yang penuh penghayatan untuk tatapan para pencinta
seni sehinggalah ke hari ini. Beliau juga mengadakan pameran solo bagi mempamerkan
hasilhasil karya beliau untuk tatapan umum . Di antara tema pameran beliau ialah
´Antara Langit & Bumiµ, ´Ruangµ dan ´On & Off King·s Roadµ.

APRESIASI DAN KRITIKAN HASIL KERJA CATAN SYED AHMAD JAMAL

Gunung Ledang, (1978), Cat Minyak.

Dalam hasil kerja Syed Ahmad Jamal yang bertajuk Gunung Ledang pada tahun 1978
beliau cuba menunjukkan seni rupa itu amat mementingkan kepada imbangan,
contohnya rupa bentuk penuh bercorak akan diimbangi dengan suatu rupa bentuk yang
tiada bercorak. Perkara kedua diutarakan oleh Syed Ahmad Jamal ialah seni rupa
Melayu itu juga mengutamakan unsur penggenapan. lni bermakna jumlah setiap
rekabentuk yang hadir dalam sesuatu hasil seni rupa seharusnya mempunyai jumlah
yang genap.

Melalui hasil kerja yang dihasilkan menunjukkan kesesuaian dalam pemilihan warna
berdasarkan sifat semulajadi material yang digunakan untuk membuat sesuatu produk.
Beliau juga berpengaruh kepada seni Islam dalam seni rupa Melayu yang menyaksikan
ketidakhadiran figura tetapi digantikan oleh corak -corak tumbuhan dan motif geometri
yang paling dominan dalam seni rupa Islam. Syed Ahmad Jamal merupakan pelopor
aliran ekspresionalisme. Beliau menggemari aliran ini kerana ia memberikan
kelangsungan dalam berkarya kerana fleksibiliti aliran ini membenarkan pemikiran
diterjemahkan secara langsung menjadi ba han seni. Dalam karya Gunung Ledang ini,
beliau menggunakan media cat minyak pada kanvas. Catan ini bersatu dari aspek
warna, ruang dan bentuk yang dihasilkan oleh Syed Ahmad Jamal.

Unsur seni ruang digunakan bagi memperlihatkan objek yang berada pada bah agian
belakang dan hadapan. Dalam karya ini, gambaran gunung dihasilkan pada belakang
catan dengan menggunakan garisan nipis dan samar. Manakala ruang hadapan catan
yang lebih dekat ialah bentuk tiga segi yang jelas dan terang dari segi penggunaan
warna. Selain daripada itu, elemen perspektif turut diaplikasi dalam hasil kerja ini.
Unsur imbangan dan imejan segitiga menyerupai bentuk Ledang menjadi unsur
dominan dalam karya Syed Ahmad Jamal. Bagi beliau, Gunung Ledang adalah sesuatu
yang melambangkan tenaga dan kemakmuran. Jika dilihat kepada karya ini,
penghasilan bentuk adalah lebih kepada rupa geometri iaitu segitiga yang disusun
secara tidak terancang dan juga secara berperingkat.

Prinsip rekaan yang terdapat pada karya ini ialah elemen penegasan yang d apat dilihat
pada bentuk segitiga yang terbesar yang mempunyai tujuh tahap. Tujuh tahap yang
dimaksudkan dalam bentuk Gunung Ledang melambangkan kepercayaan yang
mempercayai terdapatnya tujuh tangga yang harus dilalui untuk sampai di syurga.
Warna hijau di bahagian bawah mewakili bumi manakala biru di atasnya adalah langit.
Warna garisan kekuningan di bahagian bawah melambangkan emas yang diminta oleh
Puteri Gunung Ledang daripada Sultan Mahmud sebagai hantaran. Warna biru yang
lebih lembut di bahagian atas menunjukkan kesyurgaan alam fana dan bentuk hijau
seperti bendera adalah tempat bersemadi roh -roh mangsa nahas tersebut. Kesyurgaan
itu juga menyebabkan bintang -bintang bertukar menjadi bentuk -bentuk segitiga.

Bentuk-bentuk yang terdapat dalam hasil kary a tersebut tidak konsisten, di atas
gunung itu terdapat cebisan atau bangkai kapal terbang yang berkecai di Tanjung
Kupang setelah melintasi Gunung Ledang. Perkara yang menarik dalam Gunung Ledang
ialah perkembangan pemikiran dalam catan tersebut yang berm ula dari bawah ke atas
berkaitan dengan kenaikan roh dari dunia ini. Catan ini semakin jelas apabila warna
biru dan hijau mendominasi catan, satu pilihan warna yang paling tepat untuk
menunjukkan unsur duniawi dan syurga. Warna putih dan merah di bahagian tengah
adalah serpihan dan darah dalam nahas itu.

Beliau dapat melihat seni lukis sebagai satu bidang yang berautonomi tanpa ikatan
dengan sebarang naungan. Penggiat dalam bidang ini, iaitu pelukis pula mengganggap
Syed Ahmad Jamal sebagai seorang individ u yang unik dan bebas. Manakala sesebuah
karya dilihatnya sebagai sesuatu yang memiliki kewujudan mistik dan makna
tersendiri. Perkara ini terjadi kerana seni terhasil daripada khayalan dalaman.
Khayalan ini berpusat dalam diri pelukis dan hanya akan dilua hkan atas rasa kerelaan
serta mempunyai motif yang bersifat keindividuan. Syed Ahmad Jamal telah menggaris
beberapa perkara penting yang perlu dimiliki dan dinikmati oleh sebarang individu
yang bergelar pelukis. Perkara-perkara tersebut boleh dianggap seba gai etika pelukis
yang terdiri daripada pertama ialah kepentingan meluahkan perasaan tanpa batasan,
kefahaman terhadap diri yang mendalam untuk menentukan tujuan, keaslian identiti
pengkaryaan bagi mengelakkan peniruan dan akhir sekali pengutamaan terhadap
kebebasan. Dalam kariernya sebagai pelukis, catan Gunung Ledang menandakan
kemuncak Syed Ahmad Jamal. Pada tahap ini lukisannya amat bertenaga
melambangkan keunggulan kaedah dan pemikiran yang didokongnya selama ini. dapat
bersua dengan perasaan pelukis.

Beberapa pendapat dan pengkritik seni menyatakan bahawa bentuk segitiga yang
memonopoli lukisannya sesudah tahun tersebut adalah manifestasi Gunung Kailasa,
sebuah tanah tinggi keramat dalam kepercayaan agama Hindu. Namun, berdasarkan
penemuan penting itu yang disentuh tadi dapat dikatakan bahawa prinsip serta konsep
tersebutlah yang mempengaruhi cara Syed Ahmad Jamal berkarya sesudah tahun 1978.
Oleh itu, besar kemungkinan bentuk segitiga itu adalah motif pucuk rebung yang
begitu banyak dalam rekabentuk t radisional masyarakat Melayu. lni turut
diperkukuhkan lagi dengan ulasan beliau terhadap motif tadi dalam bukunya Rupa dan
Jiwa (1992) yang menganggap pucuk rebung sebagai simbol hikmat kesuburan, suatu
ulasan yang bersesuaian dengan kenyataannya mengenai Gunung Ledang.

Beliau seterusnya menyatakan bahawa motif segitiga tersebut menyerupai 'pohon
hayat' dan 'bunga semangat' sebagai manifestasi alam semulajadi. Fungsi imejan
segitiga diperluaskannya pada tahun 1980 -an yang turut menyaksikan karya beliau
memperkatakan isu-isu sosial dan politik, misalnya Palestine (1983). Warna yang
menjadi kegemaran beliau dalam berkarya mulai jelas pada tahun -tahun ini. Warna
hijau dan biru amat disukainya kerana sifat hijau yang melambangkan bumi atau
realiti manakala biru bererti langit atau fantasi. Penerokaan atau campurtangan beliau
dalam masalah masyarakat menunjukkan Syed Ahmad Jamal mula cuba
mengungkapkan isu sosial dalam catannya.

Penghujung tahun 1970an membuka dimensi baru dalam bidang seni lukis Syed Ahmad
Jamal. Wajah Ledang yang selama ini tidak menarik minat tiba -tiba berakrab dengan
naluri seninya. lni terjadi setelah berlaku insiden nahas udara di Tanjung Kupang yang
turut mengorbankan seorang rakan karibnya. Kapal terbang yang dirampas itu berlegar
melintasi Gunung Ledang dahulu sebelum ia menjunam dan meletup di Tanjung
Kupang. Keadaan ini menyebabkan gunung itu terasa mempunyai pertalian yang cukup
erat dengan Tanjung Kupang dan dirinya sehinggalah perhubungan ini dimitoskan
dalam catan Gunung Ledang (197 8). Karya tersebut merupakan satu olahan yang
menggabungkan mitos gunung terebut dengan tragedi udara itu. Gunung Ledang dan
dongengnya dilihat sebagai suatu entiti yang akan terus hidup manakala manusia tetap
akan menyahut panggilan ilahi. Gunung Ledang, seperti yang telah dinyatakan,
mempertemukan dongeng gunung dengan tragedi udara tersebut. Kemistikan amat
diutamakan dalam menginterpretasi catan itu.

Langit dan Bumi I, (1998), Arkalik, 203sm x 274.5sm

Dalam hasil karya yang bertajuk ´Langit dan Bumi I µ, Syed Ahmad Jamal cuba
memberikan apresiasi karya yang dikira sarat dengan subjek rujukan, bentuk dan
isinya. Karya beliau yang bertajuk Bumi dan Langit I telah dihasilkan pada tahun 1998
mengunakan akrilik di atas kanvas berukuran 203sm x 274.5sm. Karya ini menggunakan
subjek alam tabii atau alam semulajadi sebagai teras pengkaryaannya. Melihat pada
format kanvas dari bawah ke atas didapati karya beliau ini terbahagi kepada empat
bahagian.

Bahagian pertama di bawahnya terdiri daripada lapisan bumi, baha gian kedua pula
terdiri daripada tumbuh -tumbuhan dan bukit-bukau. Pada bahagian ketiga terdiri
daripada awan, jalur cahaya dan hujan. Seterusnya pada bahagian keempat di atasnya
terdiri daripada langit dan bintang -bintang. Beliau mengukuhkan struktur karya nya
dengan kombinasi garisan, rupa, bentuk, dan jalinan. Sementara komposisi karyanya
diseimbangkan, dikontrakan, diulang -ulangkan, ditegangkan, dan diharmonikan.
Sapuan garisan yang pantas amat ketara sekali pada bahagian kedua karya iaitu
terutamanya dalam menghasilkan imej tumbuh-tumbuhan. Cadangan tumbuhan seperti
lalang ataupun di kawasan padang dihasilkan secara sapuan pantas dengan dominasi
garisan condong µdiagonal lineµ. Garisan condong yang diulang secara ketara dapat
dilihat pada sebelah kiri kar ya. Bagaimanapun, garisan cembung µcurve lineµ
dikontraskan terutamanya bahagian di antara langit dengan bumi iaitu pada bahagian
berwarna ungu gelap. Garisan cembung juga amat ketara digunakan pada bahagian
awan. Garisan melintang µhorizontal lineµ pula d ibentuk melalui tanah yang berlapis -
lapis di bahagian pertama ataupun bawah karya. Garisan melintang juga agak jelas
pada bahagian kiri permukaan langit dan bumi dalam karya tersebut.

Terdapat pelbagai jenis karektor garisan; ada garisan perlahan, sederha na, pantas dan
tegas. Gabungan daripada berbagai -bagai jenis garisan tersebut lalu membentuk
beberapa jenis jalinan µtextureµ, memperkayakan lagi karya beliau. Secara
keseluruhannya beliau menggunakan jalinan mujarad µabstract textureµ. Penggunaan
rupa yang agak ketara dapat dilihat pada bahagian pertama atau bawah karya iaitu
rupa merah pada tanah yang berlapis -lapis. Dari aspek elemen ruang pula, Syed Ahmad
Jamal menggunakan ¶ruang mendatar· dan ¶ruang cetek·. Secara keseluruhannya karya
beliau mendominas ikan ruang cetek. Sementara ruang mendatar pula dapat dilihat
sedikit sahaja terutamanya pada bahagian pertama atau bawah karya iaitu lapisan
tanah yang berwarna merah. Syed Ahmad Jamal menggunakan ¶warna panas· ke
¶warna sejuk· dalam pengolahan karyanya i ni. Warna merah (warna panas) pada
bahagian pertama atau bawah karya. Diikuti dengan warna kuning (warna panas)
memenuhi sebahagian kawasan bumi. Warna biru muda (warna sejuk) di bahagian
ketiga iaitu kawasan awan dan akhirnya warna biru tua (warna sejuk) di bahagian
langit dan bintang-bintang. Untuk membentuk ¶keharmonian· dari segi warna, warna -
warna panas tersebut diulang -ulangkan pada bahagian warna sejuk. Ini dapat dilihat
terutamanya pada bentuk awan dan juga bintang -bintang.

Format kanvas empat segi tepat digunakan dengan memberi penekanan kepada
·kesinambungan tidak sama ukur· µassymetrical balanceµ. Namun begitu, beliau juga
menggabungkan ¶keseimbangan kristal grafik· µcrystal graphic balanceµ ataupun
·pandangan saujana· dalam istilah kesenian Isla m µinfinite patterningµ di dalam
karyanya. Keseimbangan tak sama ukur dapat dilihat dengan perletakan imej yang
tidak sekata. Malah warna merah yang sedikit dikontraskan dengan warna biru yang
dominan juga menimbulkan implikasi keseimbangan tidak sama ukur . Sebaliknya imej
dan bentuk seakan-akan lalang, tanah, gunung, hujan, awan dan bintang -bintang pula
membentuk struktur karya ini kepada titik fokus mencapah (keseimbangan kristal
grafik) ataupun tidak memusat. Titik fokus mencapah tersebut selari dengan
pandangan saujana dalam kesenian Islam. Keseluruhan format karya ini menggunakan
¶rentak tidak senada· µrandom rhythmµ kecuali pada bahagian tepi sebelah kiri, di
antara langit dengan bumi. Di bahagian tepi sebelah kiri ini ¶rentak tersusun· µregular
rhythmµ pula digunakan terutamanya pada bahagian yang digambarkan seperti hujan.

Gabungan elemen dan prinsip seni lukis di dalam karya ini membentuk satu kesatuan
yang cukup mantap. Penyatuan elemen -elemen dengan komposisi serta pandangan
saujana antaranya meni mbulkan keanekaan di dalam kepelbagaian. Kesatuan dan
keanekaan di dalam kepelbagaian itu telah membentuk karya beliau sebagai karya
yang kaya, sarat bahkan berisi nilai -nilai falsafah dan budaya. Falsafah dan budaya
yang mencerminkan pemikirannya, masyarakatnya dan budayanya akan menjadi satu
khazanah peradaban yang tidak ternilai harganya. Dari aspek falsafah teras utama
yang ditunjangi oleh beliau adalah tauhid. Ini dapat dilihat pada permulaan katalog
pameran antara langit dan bumi (Muliyadi, 2000).

Melalui abstraksi dan penggaya-gayaan beliau menapis alam tabii yang bersifat
semulajadi tersebut kepada satu intipati yang bersifat dalaman. Secara tidak langsung
penggunaan perspektif biomorfik dan ruang mendatar dan cetek tersebut telah
menolak ciri-ciri semulajadi yang mendominasikan catan -catan Barat terutamanya
pada zaman Renaisan dan Realisme atau pun apa yang dikenali oleh Pak Mail sebagai
ciri-ciri seni simbolis dan seni memesis. Penolakan ciri -ciri luaran (semulajadi) yang
bersifat sementara dengan penarikan atau memasukkan ciri-ciri dalaman (kerohanian)
yang bersifat kekal, membuatkan karya-karya beliau mempunyai ciri-ciri ketauhidan.
Dalam pengolahan karyanya, beliau tidak merakamkan situasi sesuatu lanskap, malah
Syed Ahmad Jamal menghimpunkan pel bagai situasi di dalam sesuatu format. Terdapat
situasi malam, dingin, sejuk, panas, siang, petang dan senja umpamanya. Situasi yang
berlainan disatukan ke dalam sebuah karya lalu membentuk apa yang dikatakan oleh
Muliyadi (2000) sebagai ´Antara langit dan bumi, ia bukanlah suatu interpretasi
langsung tentang alam semulajadi, sejarah ataupun sesuatu peristiwa, sebaliknya
merupakan garapan idea, minda, dan cetusan hati tentang segala bentuk peristiwa dan
kejadian di antara kedua -dua ruang; langit dan bumi.µ

Unsur kepelbagaian garisan, jalinan, rupa dan bentuk yang digunakan oleh Syed Ahmad
Jamal juga bercorak ¶islami·. Sungguhpun karya beliau menggunakan nada
ekspresionis, namun beliau telah membentuk kesan -kesan sapuan berusnya menjadi
kesan yang terkawal. Bahkan penggunaan sapuan berus dengan diselangselikan dan
ditindani dengan kesan warna sembur, menjadikan karyanya lebih terkawal. Pendek
kata beliau menggunakan ciri -ciri ekspresi Melayu yang bertunjangkan kesenian Islam.
Sapuan ekspresi tetapi terkawal s eolah-olah seperti pantun ataupun bentuk kiasan
Melayu umpamanya ´pukul anak sindir menantu.µ Konsep seperti kiasan ataupun
pantun tersebut dapat diperkukuhkan lagi dengan pendapat Muliyadi (2000) yang
mengatakan, ´beliau meletakkan keindahan sebagai teras kreativitinya. Baginya karya
seni seperti catan perlulah indah, sekalipun membawa mesej atau penceritaan yang
berat maupun menyedihkan.µ

Melihat dari aspek format bawah ke atas juga, didapati penggunaan tanah dengan
cadangan berlapisan dapat menegaskan l agi sifat geografik bumi yang berlapis-lapis.
Tumbuh-tumbuhan, padang dan bukit diambil secara saripati, dipersembahkan secara
abstrak mengingatkan kita tentang tanda-tanda kebesaran Allah melalui penciptaan
alam tabii. Bentuk seakan -akan awan yang dihasilkan dengan penuh tenaga bagaikan
jantung alam semesta ataupun seperti guruh berdentum dengan memancarkan seperti
jaluran kilat lalu membentuk kesan hujan (garisan diagonal). Begitu juga dengan
fenomena bintang bertaburan dan langit yang berlapis -lapis, menandakan rakaman
alam dalaman yang menyanjungi ciptaan tuhan. Melihat dari sudut warna pula,
penggunaan warna panas ke sejuk juga dapat mengajak pemerhati memikirkan sejenak
tentang kehebatan alam tabii ciptaan tuhan. Warna merah seperti fenomena senja,
kuning seperti petang, hijau seperti siang, biru seperti fajar dan biru tua kegelapan
seperti malam, mencerminkan ketelitian dan kehalusan beliau membentuk format
·Bumi dan Langit I·. Menghubungkan elemen warna melalui komposisi catan dari atas
ke bawah pula didapati warna gelap (malam) mewakili warna waktu isyak, warna biru
muda (fajar) mewakili waktu subuh, seterusnya warna hijau (siang) mewakili waktu
zohor dan kuning (petang) mewakili waktu asar, dan akhirnya warna merah (senja)
mewakili waktu maghrib. Kelima-lima masa dan waktu yang berperingkat-peringkat ini
selain menjadi nadi penting kehidupan orang Islam, juga mencerminkan pergerakan
masa mengikut kosmologi atau pun sunatullah.

Karya ·Bumi dan Langit I· amat berjaya sama ada dari segi bentuk, komposis i dan
isinya. Penggabungan pelbagai budaya keilmuan berstrukturkan format kesenian
Melayu-Islam meletakkan karya beliau ke hadapan, malah merentasi masa. Beliau
tidak berkarya secara membuta tuli seperti sesetengah pelukis muda, bahkan beliau
merupakan pengkaji dan penyelidik budaya. Dengan demikian karya -karya yang
digarapnya adalah tulen dan segar. Kekuatan ilmu dan saripati budaya Melayu -Islam
yang menjadi teras cara hidupnya amat terserlah sehinggakan memantulkan keindahan
dalaman melalui tanda visual p ada karyanya. Syed Ahmad Jamal bukan sahaja
menggunakan tunjang budaya Melyu -Islam sebagai struktur karyanya, bahkan mana -
mana ilmu daripada tamadun Barat maupun Timur yang baik dan bersesuaian
digarapnya menjadi wadah pemikirannya. Suatu perkara yang pent ing, beliau melalui
karyanya itu telah melompat dari unsur -unsur konversi kesenian Islam yang lampau.
Beliau berjaya membina fragmen masa baru yang menunjukkan penggabungan format
kesenian Islam. Format kesenian Islam termasuklah seperti pengulangan, panda ngan
saujana, kerumitan, dinamik, gabungan berurutan dan meditatif dan seumpamanya.
Kecekapan beliau mencernakan tunjang kesenian Islam dengan gabungan prinsip seni
Barat seperti ulangan, harmoni, keseimbangan dan kontras umpamanya membentuk
suatu struktur baru dan teguh.

Más contenido relacionado

La actualidad más candente

Perbandingan Seni Oriental & Seni Barat
Perbandingan Seni Oriental & Seni BaratPerbandingan Seni Oriental & Seni Barat
Perbandingan Seni Oriental & Seni BaratIzzat Hakim
 
148357191 apresiasi-seni-melayu-apresiasi-dan-sejarah-seni
148357191 apresiasi-seni-melayu-apresiasi-dan-sejarah-seni148357191 apresiasi-seni-melayu-apresiasi-dan-sejarah-seni
148357191 apresiasi-seni-melayu-apresiasi-dan-sejarah-seniMuhammad Ismail
 
Prinsip Rekaan Seni Visual
Prinsip Rekaan Seni VisualPrinsip Rekaan Seni Visual
Prinsip Rekaan Seni VisualHui Chew
 
Seni visual penggal 1: sejarah perkembangan seni lukis di malaysia
Seni visual penggal 1: sejarah perkembangan seni lukis di malaysia Seni visual penggal 1: sejarah perkembangan seni lukis di malaysia
Seni visual penggal 1: sejarah perkembangan seni lukis di malaysia Fairuz Alwi
 
Aliran Seni Renaissance
Aliran Seni RenaissanceAliran Seni Renaissance
Aliran Seni RenaissanceLaura Lajim
 
Bagaimanakah kesan teknologi media dapat membantu pengajaran dan pembelajaran...
Bagaimanakah kesan teknologi media dapat membantu pengajaran dan pembelajaran...Bagaimanakah kesan teknologi media dapat membantu pengajaran dan pembelajaran...
Bagaimanakah kesan teknologi media dapat membantu pengajaran dan pembelajaran...Nik Mohamad Al-Fazil
 
Pengenalan bidang menggambar
Pengenalan bidang menggambarPengenalan bidang menggambar
Pengenalan bidang menggambarSiti Rohayu Rohan
 
Garisan grid
Garisan gridGarisan grid
Garisan gridSumi Waan
 
Sejarah Seni Visual Malaysia
Sejarah Seni Visual MalaysiaSejarah Seni Visual Malaysia
Sejarah Seni Visual MalaysiaAbby Piong
 
Reka Bentuk Seni Visual
Reka Bentuk Seni VisualReka Bentuk Seni Visual
Reka Bentuk Seni VisualMathilda Chung
 
Topik 4 pengetahuan asas dalam seni visual
Topik 4 pengetahuan asas dalam seni visualTopik 4 pengetahuan asas dalam seni visual
Topik 4 pengetahuan asas dalam seni visualWany Hardy
 
Unsur seni barat
Unsur seni baratUnsur seni barat
Unsur seni baratNor Adilah
 
Membentuk dan membuat binaan
Membentuk dan membuat binaan Membentuk dan membuat binaan
Membentuk dan membuat binaan Mandy Cheng 92
 
Jalinan (texture)
Jalinan (texture)Jalinan (texture)
Jalinan (texture)ilaazmil2
 
Bidang Menggambar - Teknik Catan
Bidang Menggambar - Teknik Catan Bidang Menggambar - Teknik Catan
Bidang Menggambar - Teknik Catan milzi5215
 
Tokoh tokoh catan
Tokoh tokoh catanTokoh tokoh catan
Tokoh tokoh catanQing9595
 

La actualidad más candente (20)

Perbandingan Seni Oriental & Seni Barat
Perbandingan Seni Oriental & Seni BaratPerbandingan Seni Oriental & Seni Barat
Perbandingan Seni Oriental & Seni Barat
 
148357191 apresiasi-seni-melayu-apresiasi-dan-sejarah-seni
148357191 apresiasi-seni-melayu-apresiasi-dan-sejarah-seni148357191 apresiasi-seni-melayu-apresiasi-dan-sejarah-seni
148357191 apresiasi-seni-melayu-apresiasi-dan-sejarah-seni
 
Prinsip Rekaan Seni Visual
Prinsip Rekaan Seni VisualPrinsip Rekaan Seni Visual
Prinsip Rekaan Seni Visual
 
Seni visual penggal 1: sejarah perkembangan seni lukis di malaysia
Seni visual penggal 1: sejarah perkembangan seni lukis di malaysia Seni visual penggal 1: sejarah perkembangan seni lukis di malaysia
Seni visual penggal 1: sejarah perkembangan seni lukis di malaysia
 
Aliran Seni Renaissance
Aliran Seni RenaissanceAliran Seni Renaissance
Aliran Seni Renaissance
 
Bab 2 seni catan
Bab 2 seni catanBab 2 seni catan
Bab 2 seni catan
 
Bagaimanakah kesan teknologi media dapat membantu pengajaran dan pembelajaran...
Bagaimanakah kesan teknologi media dapat membantu pengajaran dan pembelajaran...Bagaimanakah kesan teknologi media dapat membantu pengajaran dan pembelajaran...
Bagaimanakah kesan teknologi media dapat membantu pengajaran dan pembelajaran...
 
Pengenalan bidang menggambar
Pengenalan bidang menggambarPengenalan bidang menggambar
Pengenalan bidang menggambar
 
Pengenalan cetakan
Pengenalan cetakanPengenalan cetakan
Pengenalan cetakan
 
bidang menggambar
bidang menggambarbidang menggambar
bidang menggambar
 
Garisan grid
Garisan gridGarisan grid
Garisan grid
 
Sejarah Seni Visual Malaysia
Sejarah Seni Visual MalaysiaSejarah Seni Visual Malaysia
Sejarah Seni Visual Malaysia
 
Reka Bentuk Seni Visual
Reka Bentuk Seni VisualReka Bentuk Seni Visual
Reka Bentuk Seni Visual
 
Topik 4 pengetahuan asas dalam seni visual
Topik 4 pengetahuan asas dalam seni visualTopik 4 pengetahuan asas dalam seni visual
Topik 4 pengetahuan asas dalam seni visual
 
Karya Tokoh Barat: Salvador Dali: Aliran Surealisme
Karya Tokoh Barat: Salvador Dali: Aliran SurealismeKarya Tokoh Barat: Salvador Dali: Aliran Surealisme
Karya Tokoh Barat: Salvador Dali: Aliran Surealisme
 
Unsur seni barat
Unsur seni baratUnsur seni barat
Unsur seni barat
 
Membentuk dan membuat binaan
Membentuk dan membuat binaan Membentuk dan membuat binaan
Membentuk dan membuat binaan
 
Jalinan (texture)
Jalinan (texture)Jalinan (texture)
Jalinan (texture)
 
Bidang Menggambar - Teknik Catan
Bidang Menggambar - Teknik Catan Bidang Menggambar - Teknik Catan
Bidang Menggambar - Teknik Catan
 
Tokoh tokoh catan
Tokoh tokoh catanTokoh tokoh catan
Tokoh tokoh catan
 

Destacado

Tugasan peng.pend.seni visual
Tugasan peng.pend.seni visualTugasan peng.pend.seni visual
Tugasan peng.pend.seni visualFaridah Husin
 
Seni Visual penggal 1: pendekatan sejarah dan kritikan
Seni Visual penggal 1: pendekatan sejarah dan kritikanSeni Visual penggal 1: pendekatan sejarah dan kritikan
Seni Visual penggal 1: pendekatan sejarah dan kritikanFairuz Alwi
 
Cheong soo pieng
Cheong soo piengCheong soo pieng
Cheong soo piengbentancs
 
Seni Visual penggal 1: pendekatan dan kritikan seni visual 33
Seni Visual penggal 1: pendekatan dan kritikan seni visual 33Seni Visual penggal 1: pendekatan dan kritikan seni visual 33
Seni Visual penggal 1: pendekatan dan kritikan seni visual 33Fairuz Alwi
 
Akedemi nanyang
Akedemi nanyangAkedemi nanyang
Akedemi nanyangfazrul
 
Pelukis catan cat air pulau pinang
Pelukis catan cat air pulau pinangPelukis catan cat air pulau pinang
Pelukis catan cat air pulau pinangfazrul
 
Priview buku pbs psv ting 2 hassan mohd ghazali
Priview buku pbs psv ting 2  hassan mohd ghazaliPriview buku pbs psv ting 2  hassan mohd ghazali
Priview buku pbs psv ting 2 hassan mohd ghazaliHASSAN MOHD GHAZALI
 
Kesenian Mengikut Perspektif Islam
Kesenian Mengikut Perspektif IslamKesenian Mengikut Perspektif Islam
Kesenian Mengikut Perspektif IslamChaerry Cha
 
Kuliah 9 Latihan Kritikan Seni
Kuliah 9  Latihan Kritikan Seni Kuliah 9  Latihan Kritikan Seni
Kuliah 9 Latihan Kritikan Seni Norhayati Ismail
 
Kesenian dalam islam
Kesenian dalam islamKesenian dalam islam
Kesenian dalam islamMazlan Samat
 
Unsur & Prinsip Seni
Unsur & Prinsip SeniUnsur & Prinsip Seni
Unsur & Prinsip Seniazham
 

Destacado (16)

Tugasan peng.pend.seni visual
Tugasan peng.pend.seni visualTugasan peng.pend.seni visual
Tugasan peng.pend.seni visual
 
Seni Visual penggal 1: pendekatan sejarah dan kritikan
Seni Visual penggal 1: pendekatan sejarah dan kritikanSeni Visual penggal 1: pendekatan sejarah dan kritikan
Seni Visual penggal 1: pendekatan sejarah dan kritikan
 
Cheong soo pieng
Cheong soo piengCheong soo pieng
Cheong soo pieng
 
16520771 cat-air
16520771 cat-air16520771 cat-air
16520771 cat-air
 
Seni Visual penggal 1: pendekatan dan kritikan seni visual 33
Seni Visual penggal 1: pendekatan dan kritikan seni visual 33Seni Visual penggal 1: pendekatan dan kritikan seni visual 33
Seni Visual penggal 1: pendekatan dan kritikan seni visual 33
 
Akedemi nanyang
Akedemi nanyangAkedemi nanyang
Akedemi nanyang
 
Pelukis catan cat air pulau pinang
Pelukis catan cat air pulau pinangPelukis catan cat air pulau pinang
Pelukis catan cat air pulau pinang
 
Priview buku pbs psv ting 2 hassan mohd ghazali
Priview buku pbs psv ting 2  hassan mohd ghazaliPriview buku pbs psv ting 2  hassan mohd ghazali
Priview buku pbs psv ting 2 hassan mohd ghazali
 
Kesenian Mengikut Perspektif Islam
Kesenian Mengikut Perspektif IslamKesenian Mengikut Perspektif Islam
Kesenian Mengikut Perspektif Islam
 
Teori teori pembelajaran
Teori teori pembelajaranTeori teori pembelajaran
Teori teori pembelajaran
 
Kuliah 9 Latihan Kritikan Seni
Kuliah 9  Latihan Kritikan Seni Kuliah 9  Latihan Kritikan Seni
Kuliah 9 Latihan Kritikan Seni
 
Seni islam
Seni islamSeni islam
Seni islam
 
Kesenian dalam islam
Kesenian dalam islamKesenian dalam islam
Kesenian dalam islam
 
Bab1 Kelas X Seni Budaya
Bab1 Kelas X Seni BudayaBab1 Kelas X Seni Budaya
Bab1 Kelas X Seni Budaya
 
Unsur & Prinsip Seni
Unsur & Prinsip SeniUnsur & Prinsip Seni
Unsur & Prinsip Seni
 
Contoh abstrak
Contoh abstrakContoh abstrak
Contoh abstrak
 

Similar a LATAR BELAKANG SENI CATAN DI MALAYSIA

Similar a LATAR BELAKANG SENI CATAN DI MALAYSIA (20)

Wisnu
WisnuWisnu
Wisnu
 
Wisnu
WisnuWisnu
Wisnu
 
Senbud
SenbudSenbud
Senbud
 
contoh powerpoint
contoh powerpointcontoh powerpoint
contoh powerpoint
 
Senbud
SenbudSenbud
Senbud
 
PENGERTIAN SENI LUKIS
PENGERTIAN SENI LUKISPENGERTIAN SENI LUKIS
PENGERTIAN SENI LUKIS
 
seni lukis
seni lukisseni lukis
seni lukis
 
Seni lukis
Seni lukisSeni lukis
Seni lukis
 
Sejarah umum seni lukis
Sejarah umum seni lukisSejarah umum seni lukis
Sejarah umum seni lukis
 
Klasifikasi kerya seni rupa berdasarkan waktu pengembangannya.pptx
Klasifikasi kerya seni rupa berdasarkan waktu pengembangannya.pptxKlasifikasi kerya seni rupa berdasarkan waktu pengembangannya.pptx
Klasifikasi kerya seni rupa berdasarkan waktu pengembangannya.pptx
 
Sejarah umum seni lukis (.doc)
Sejarah umum seni lukis (.doc)Sejarah umum seni lukis (.doc)
Sejarah umum seni lukis (.doc)
 
Artikel pelukis negara
Artikel pelukis negaraArtikel pelukis negara
Artikel pelukis negara
 
Lisdar AKBID PARAMATA
Lisdar AKBID PARAMATA Lisdar AKBID PARAMATA
Lisdar AKBID PARAMATA
 
Makalah seni
Makalah seniMakalah seni
Makalah seni
 
Makalah
MakalahMakalah
Makalah
 
Makalah Seni Rupa (Ilustrasi, Lukis, Patung, Bangunan, Kerajinan, Reklame, De...
Makalah Seni Rupa (Ilustrasi, Lukis, Patung, Bangunan, Kerajinan, Reklame, De...Makalah Seni Rupa (Ilustrasi, Lukis, Patung, Bangunan, Kerajinan, Reklame, De...
Makalah Seni Rupa (Ilustrasi, Lukis, Patung, Bangunan, Kerajinan, Reklame, De...
 
Makalah seni rupa tradisional
Makalah seni rupa tradisionalMakalah seni rupa tradisional
Makalah seni rupa tradisional
 
Bab III Kelas XI Seni Budaya
Bab III Kelas XI Seni BudayaBab III Kelas XI Seni Budaya
Bab III Kelas XI Seni Budaya
 
Fase Sejarah Perkembangan Senirupa Indonesia
Fase Sejarah Perkembangan Senirupa IndonesiaFase Sejarah Perkembangan Senirupa Indonesia
Fase Sejarah Perkembangan Senirupa Indonesia
 
Contoh proposal seni rupa
Contoh proposal seni rupaContoh proposal seni rupa
Contoh proposal seni rupa
 

LATAR BELAKANG SENI CATAN DI MALAYSIA

  • 1. LATAR BELAKANG SENI CATAN Pada zaman Mesolitik (15000 SM hingga 10000SM) merupakan zaman yang terdapat lukisan-lukisan prasejarah. Lukisan itu menggambarkan kehidupan dan aktiviti harian mereka. Karya-karya mereka pada zaman itu telah mula memperlihatkan corak-corak yang menambahkan lagi kesan kuasa ghaib. Media yang digunakan pada masa itu ialah darah binatang hasil dari pemburuan. Darah tersebut menghasilkan warna merah. Jelaga lemak haiwan pula untuk menghasilkan warna hitam. Manakala biji-biji kuning yang ditumbuk untuk menghasikan warna kuning. Warna hijau pula terdapat daripada tumbuh -tumbuhan. Begitu juga dengan zaman Neolitik hasil karya mereka hampir serupa yang digunakan oleh manusia zaman Mesolitik iaitu darah untuk menghasilkan warna merah, Ma nganam oksid, jelaga lemak dan arang untuk mendapatkan warna hitam. Manakala bijian yang dihancurkan dengan batu untuk dicampurkan pula dengan darah haiwan, madu,tumbuh -tumbuhan dan lemak haiwan boleh mendapatkan warna coklat dan jingga. Pada zaman Renaisans seni catan berkembang pesat. Tokoh -tokoh pada masa itu seperti Leornardo Da Vinci, Rapheal dan Michealangelo merupakan pelukis -pelukis yang tersohor. Pada zaman itu, subjek yang ditekankan iaitu agama. Ia terus menjadi penting di mana gambaran dan imej yang diilhamkan dari Bible atau cerita agama terus menguasai karya-karya pelukis. Kisah seperti ´The Last Superµ dan imej ´Madonna and Childµ merupakan subjek yang paling popular. Walaupun zaman Renaisans berakhir seni catan terus berkembang dengan pelbag ai teknik dan teori dilakukan untuk menghasilkan catan yang baik dan berkualiti. DEFINISI CATAN Catan merupakan perbuatan meletakkan pewarna "pigment" terlarut dalam pelarut (atau medium) dan agen pengikat (gam) kepada permukaan (sokongan) seperti kertas , kanvas atau dinding. Ini dilakukan oleh pelukis takrif ini digunakan terutamanya jika ia merupakan kerjayanya. Manusia telah melukis selama 6 kali lebih lama berbanding penggunaan tulisan. Catan ialah proses menghasilkan seni dengan menggunakan bahan berwarna atau atau cat yang disapu ke atas sesuatu permukaan yang rata. Aktiviti catan membolehkan seseorang menyedari serta dapat merakamkan kesan cahaya pada bentuk, rupa serta susunan yang terdapat pada alam sekitar. SEJARAH SENI CATAN DI MALAYSIA
  • 2. Pada abad ke-20, muncul satu aliran baru dalam persembahan catan yang mempersembahkan catan yang mempersembahkan karya seni abstark dan semi abstrak di Gua Niah, Sarawak terdapat catan gua yang mengandungi imej -imej perahu burung- burung helang dan figura -figura manusia. Imej-imej tersebut dapat ditafsirkan sebagai percubaan menyuarakan pengalaman senimannya yang secara tidak rasmi bertugas menjadi jurubicara masyarakatnya. Apa yang dilihat dan dirasa oleh pelukis, apabila berhadapan alam sekitar telah dijadikan b ahan pengucapan tampakan yang berkesan. Hal benda yang dilukiskan sememangnya penting dalam hidup pelukis dan masyarakatnya. Perahu digunakan sebagai alat pengangkutan yang mustahak, burung - burung helang adalah binatang buruan dan manusia adalah sebagai ka wan yang mesti dibantu serta boleh diharapkan. Imej yang dilukis mempunyai peranan dalam hidup manusia. Melukis figura manusia dan burung -burung helang, si pelukis dapat menguasainya kerana bentuk dan rupa manusia dan binatang sudah dapat dicipta kembali. Imej-imej yang terlukis di dalam gua selalu dihormati dan ditakuti. Di Tambun Ipoh terdapat lakaran di lereng bukit. Hal benda yang terlukis ialah bentuk - bentuk figura manusia dan berbagai jenis binatang. Catan ini dilukis dengan menggunakan pigmen (sejenis bahan pewarna) jenis haematite (batu granit/ferum tridioksida) berwarna merah sepang (warna dari pokok teh) dan ijas(sejenis pokok dan buah dari negara arab). Figura -figura dilukis dengan kasar sehingga hasilnya tidak kelihatan begitu sensitif. Lukisan jenis-jenis binatang agak jelas seperti babi liar, rusa, badak tampung dan duyung. Untuk menunjukkan bahawa ada seekor rusa sedang bunting, si pelukis melakar bayi di dalam konfigurasi ibu yang membuncit. Figura yang sedang bergerak dengan memegang sejenis senjata dilakar dengan sebuah bulatan untuk menyaran kepala satu garis untuk badan dan garis lain untuk kaki dan badan, matanya dua titik dan garis untuk hidung. Kadar banding antara kepala, tengkuk, badan dan kaki dalah munasabah. Binatang yang sedang be rgerak pantas hanya boleh dibuat jika pengalaman konsepsual dan visual digabungkan. Negara kita mewarisi catan-catan air daripada para pelukis amatur inggeris seperti James Wathen (1751-1828). Catan air (James Wathen) menggambarkan pandangan darat yang dibuatnya tatkala berada di Pulau Pinang. Rekod -rekod tampakan adalah pernyataan tentang sensitiviti orang asing terhadap permandangan tempatan. Pohon dan lereng bukit memenuhi catan -catan air Wathen yang jelas dihasilkan oleh pencinta alam yang romantis. Warna yang digunakan adalah seolah -olah pohon tropika subur di negeri-negeri yang bermusim bunga. Pada permulaan abad ke -20, aktiviti-aktiviti melukis di Malaysia menghasilkan karya catan air, menggunakan teknik barat dan
  • 3. menggambarkan permandangan kampung d engan rumah melayu, kerbau, sawah dan gunung. Kaedah melukis catan air diajar di sekolah -sekolah terutama sekolah beraliran inggeris dan cina. Nanyang Art Academy didirikan di Singapura pada 1936 oleh para seniman pendatang cina seperti Cheong Soo Pieng, Cheng Wen His dan Chuan Thean Teng. Mereka turut mengajar (kecuali Chuan Thean Teng) di akademi tersebut di dalam mata pelajaran seperti lanskap cina, lakaran berus dan dakwat. Mereka memperkenalkan teknik-teknik impressionisme, post-impressionisme dan kiubisme. Setelah perang dunia ke-2, Yong Mun Sen dan Abdullah Ariff melanjutkan tradisi lukisan cat air dan menjual hasil karya kepada para pelancong pada guru -guru, pegawai kerajaan dan peladang - peladang inggeris. Tahun 1950 -an, Syed Ahmad Jamal dan Yeo Ji n Leng serta beberapa orang lain pulang ke tanah air sesudah menerima latihan di England. Mereka memperkenalkan aliran abstrak ekspressionisme kepada masyarakat tempatan melalui karya mereka. Kumpulan Wednesday Art Group telah mengadakan perjumpaan tiap - tiap hari Rabu (dari pukul 6 petang hingga 8 malam) di bilik -bilik kosong di sekolah- sekolah sekitar Kuala Lumpur, iaitu mencuba gaya ekspressionisme. Pada tahun 1954 tertubuhnya The Selangor Art Society yang menganjurkan agar anggotanya berjumpa untuk melu kis pada hari Khamis. Hoessein Enas bersama dengan kawan-kawannya menubuhkan ´Angkatan Pelukis Semenanjungµ (APS) pada tahun 1967 dengan cogan katanya ´seni untuk masyarakatµ dan menggunakan kaedah figuratif. Pada tahun 1960 -an, perkembangan seni catan Mal aysia mendapat perhatian daripada pemerintah dan tertubuhnya Specialist Training Institute di Cheras, Kuala Lumpur yang bertujuan untuk memberi kursus selama setahun kepada para guru yang kelak akan mengajar lukisan dan pertukangan tangan kepada murid.Inst itut Teknologi MARA telah menubuhkan bahagian Kajian Seni Lukis dan Seni Reka yang memberi kursus -kursus diploma selama empat tahun. Pada tahun 1968, Kuala Lumpur Nanyang Art Academy, di Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, Universiti Sains Malaysia pada tah un 1972, ditubuhkan Bahagian Seni Halus. Bahagian ini mengajar kursus ²kursus Arca, Catan, Grafik Cetakan, Fotografi dan Sejarah Seni. Pada 27 Ogos 1958, tertubuhlah Balai Seni Lukis Negara, merupakan lambang pengiktirafan kerajaan kepada kegiatan seni. Keg iatan Balai Seni Lukis Negara kian pesat berkembang terutama mengirimkam karya seniman tempatan untuk di pamerkan ke Eropah, New Zealand, Kanada, Brazil, India, Jepun dan negeri -negeri lain. Di Malaysia, catan mula berkembang sekitar tahun 1930 -an. Pelukis yang terkenal ialah Abdullah Ariff dan Yong Mun Sen yang banyak menggunakan media cat air.
  • 4. SENARAI TOKOH-TOKOH TERKENAL SENI CATAN TANAH AIR Berikut antara tokoh-tokoh catan yang terkenal di Malaysia; y Alex Ong Boon Hau y Choh Kiat Siong y Eston Tan Eok Sim y Fong Kim Sing y Jolly Koh y Katrin Förster y Khalil Ibrahim y Kim Chong y Hj Md Sani Md Dom y Mohd Hairi bin Yaakub y Tang Hon Yin y Dato' Syed Ahmad Jamal y Yeong Seak Ling y Yuen Chee Ling y Chuah Siew Teng y Michael Tan y Abdul Multhalib Musa y Awang Damit Ahmad y Khairul Azmir Shoib y Mohd Bakir Baharom MEDIA DAN ALAT CATAN Media untuk menghasilkan catan boleh dibahagikan kepada jenis -jenis seperti yang berikut; i. Cat Air Bahan warna dalam karya cat air ialah pewarna dalam bentuk kek atau tiub. Ia bersifat lut sinar, lembut dan boleh dibuat legap sekiranya cat air dari tiub. Cat air akan menjadi tebal sekiranya disapu berlapis -lapis. Bahantara yang digunakan ialah air. Kertas yang digunakan ialah kertas cat air. Berus yang sesuai digunakan untuk karya cat air ialah jenis lembut dan beraiz antara 000 hingga 14. Palet juga diperlukan untuk membancuh warna. Sebuah bekas seperti gelas atau botol yang bermulut lebar diperlukan untuk mengisi air bersih dan untuk mencuci berus. ii. Cat Poster
  • 5. Cat poster boleh didapati dalam tiub atau botol. Ia mengandungi pengilat larut air dan bersifat legap. Bahantara yang digunakan ialah air. Berus yang digunakan untuk berkarya menggunakan cat poster ialah jenis lembut dan keras. Manakala kertas daripada jenis ¶cartridge· yang tebal dan berper mukaan licin digunakan. Air yang bersih diperlukan untuk menghasilkan campuran warna. iii. Cat Tempera Bahan warna berbentuk serbuk atau perekat dalam tiub yand=g sedia proses. Ia mengandungi bahan pengilat seperti kuning telur atau gam cecair. Untuk meng hasilkan karya menggunakan cat tempera, alat dan bahan yang digunakan ialah berus jenis lembut atau keras, kertas tebal, kain kanvas atau papan. Biasanya teknik yang diaplikasikan ialah disapu mengikut lapisan yang nipis, jalur sapuan diselang -selikan supaya kesan warna rata dan licin. iv. Cat Minyak Cat minyak telah diperoleh dalam bentuk tiup. Bahantara untuk menggunakan cat minyak ialah turpetine. Bahan pengilat yang boleh digunakan ialah minyak linsid, minyak poppy atau minyak kacang. Berus yang diguna kan adalah jenis lembut dan keras, pisau palet, kekuda, kanvas, papan, kayu playwood dan kadbod. Teknik yang diaplikasikan ialah teknik lipasto, glazing, cat tepat atau hardedge, titik scumbling atau teknik melembut. TEKNIK-TEKNIK CATAN Berikut merupakan teknik-teknik yang terdapat dalam penghasilan catan antaranya; i. Teknik Basah Atas Kering Ciri-ciri Teknik ini melibatkan sapuan warna basah ke atas permukaan kertas yang kering untuk menghasilkan kesan legap. Teknik ini banyak digunakan kerana sesuai dengan beberapa jenis media dan agak senang dikawal sapuan warnanya. Teknik ini juga boleh menggunakan warna yang basah dan disapukan ke atas lapisan warna yang telah kering bagi mendapatkan kesan lut sinar. Campuran Warna Campuran warna yang hendak dig unakan haruslah tidak pekat dan tidak terlalu cair. Kertas hendaklah kering. Sapuan berus yang spontan adalah digalakkan. Cara Warna disapu ke atas kertas lukisan yang kering. Mulakan dengan lapisan yan nipis dan ditindih berperingkat-peringkat dengan ton yang semakin gelap. Untuk mendapatkan
  • 6. kesan transparensi, basahkan berus dan celup ke dalam warna yang cair, sapu di atas kertas lukisan. Biarkannya kering dan ulangi aktiviti yang sama. ii. Teknik Basah Atas Basah Ciri-ciri Teknik ini melibatkan sapu an warna cair ke atas permukaan kertas yang basah. Ia menghasilkan kesan lut sinar. Teknik ini merupakan teknik yang dramatik bagi media cat air dan yang paling sukar untuk dikawal sapuannya. Pelukis harus membiarkan warna terdahulu yang masih lembap. Sapu an warna berikutnya adalah lebih tinggi kandungan air dan pewarnanya. Jika tidak, warna akan bercampur dan hasilnya nampak kotor. Campuran warna Campuran warna hendaklah tidak terlalu pekat atau terlalu cair. Sebaik -baiknya ia harus mempunyai nilai warna yang cukup terang. Ini kerana warna cat air akan nampak kurang cerah apabila kering. Gunakan sapuan berus yang spontan. Cara Kertas dibasahkan dengan satu lapisan air atau warna yang cair. Warna disapukan apabila permukaan masih basah. Jika menggunakan lakaran pensel, elakkan daripada memadam garisan kerana ini akan menimbulkan kesan berbulu. Seterusnya ia akan meninggalkan kesan kering berlegap. iii. Teknik Berus Kering Ciri-ciri Teknik yang melibatkan sapuan warna terus dari tiub ke atas permukaan k ertas. Teknik ini boleh juga melibatkan sapuan warna yang pekat ke atas lapisan warna yang telah kering untuk menghasilkan kesan jalinan. Ia akan memberi kesan kering berlegap. Campuran warna Gunakan warna terus dari tiub atau bancuhkan warna yang dikehe ndaki itu dahulu dengan pekat. Kertas hendaklah kering. Sebaik -baiknya, asingkan warna yang telah dibancuh. Cara Gunakan berus yang kering untuk mengambil warna yang telah dibancuh. Warna
  • 7. disapukan dengan rata pada bahagian tertentu di atas permukaan ker tas yang kering. Sapukan pada bahagian tersebut satu demi satu supaya warna pada setiap bahagian tidak bercampur. Gunakan berus yang halus bagi menandakan jalinan yang halus. Jika ingin menimbulkan kesan tindihan, biarkan warna kering dahulu. Kemudian, sap ukan warna yang pekat ke atas lapisan warna yang telah kering. iv. Teknik Kecatan Ciri-ciri Teknik ini melibatkan sapuan warna terus dari tiub. Kertas sentiasa basah sehingga catan selesai dibuat. Catan jenis ini memberi kesan jalinan dan kekasaran. Mel alui teknik ini, catan kelihatan bebas, semula jadi dan spontan. Campuran warna Warna yang pekat dari tiub digunakan. Sapuan warna terus dari tiub atas kertas. Jika hendak menggunakan air, hanya gunakan sedikit sahaja. Cara Ambil warna terus dari tiub dan sapukan pada permukaan kertas lukisan. Campuran warna yang kedua ditindihkan di atas warna yang pertama tanpa menunggu warna itu kering. Kertas sentiasa basah sehingga catan selesai dibuat. PROFIL SYED AHMAD JAMAL Beliau berasal dari Muar, Johor dan dilahirkan pada 19 September 1929. Datuk Syed Ahmad bin Syed Jamal mendapat pendidikan awal di Sekolah Tambatan Rendah, Johor Bharu dari tahun 1936 -1938 sebelum berpindah ke Sekolah Tambatan Tinggi, Johor Bharu pada tahun 1939. Pada tahun 1940 beliau melan jutkan pelajaran ke Ngee Heng English School dan seterusnya ke Bukit Zahrah English School, Johor Bharu pada tahun 1941. Dari tahun 1945 hingga tahun 1949 beliau melanjutkan pelajarannya ke Maktab Sultan Abu Bakar (English College), Johor Bahru. Beliau mem ulakan pendidikan tingginya di Birmingham School of Architecture dari tahun 1950 -1951 dan kemudiaannya dari tahun 1951 -1955 beliau melanjutkan pelajarannya ke Chelsea School of Art, London. Pada tahun 1955 -1956 beliau meneruskan pengajian di Institute of Education, University of London bagi mengambil sijil pengajaran dalam bidang seni. Beliau juga melanjutkan pelajaran ke School of Art Institute of Chicago Illinois, Amerika Syarikat pada tahun 1963 -1964 dan pada tahun 1973 -1974 beliau melanjutkan pelajaran dalam bidang Sarjana di University of Hawaii dalam bidang sejarah seni. Beliau memulakan kariernya sebagai seorang guru di Sekolah Tinggi Batu Pahat, Johor pada tahun 1956 hingga 1957. Kemudian beliau ditugaskan di Institut Latihan Guru di Cheras, Kuala Lumpur. Beliau juga pernah bertugas di Kementerian Pendidikan di
  • 8. Jabatan Perancangan dan Penyelidikan Pelajaran dan dilantik sebagai Pengarah Pusat Kebudayaan, Universiti Malaya dari tahun 1975 hingga 1983. Beliau juga pernah bertugas sebagai pensyarah di M alayan Teachers Training College, Kirkby, England dari tahun 1958-1959. Datuk Syed Ahmad merupakan di antara tokoh yang memainkan peranan penting dalam perkembangan BSLN dan memegang jawatan Pengarah BSLN dari tahun 1983 sehingga tahun 1991. Beliau merupa kan seorang pelukis yang berbakat besar dan telah menghasilkan karya-karya seni yang penuh penghayatan untuk tatapan para pencinta seni sehinggalah ke hari ini. Beliau juga mengadakan pameran solo bagi mempamerkan hasilhasil karya beliau untuk tatapan umum . Di antara tema pameran beliau ialah ´Antara Langit & Bumiµ, ´Ruangµ dan ´On & Off King·s Roadµ. APRESIASI DAN KRITIKAN HASIL KERJA CATAN SYED AHMAD JAMAL Gunung Ledang, (1978), Cat Minyak. Dalam hasil kerja Syed Ahmad Jamal yang bertajuk Gunung Ledang pada tahun 1978 beliau cuba menunjukkan seni rupa itu amat mementingkan kepada imbangan, contohnya rupa bentuk penuh bercorak akan diimbangi dengan suatu rupa bentuk yang tiada bercorak. Perkara kedua diutarakan oleh Syed Ahmad Jamal ialah seni rupa Melayu itu juga mengutamakan unsur penggenapan. lni bermakna jumlah setiap rekabentuk yang hadir dalam sesuatu hasil seni rupa seharusnya mempunyai jumlah yang genap. Melalui hasil kerja yang dihasilkan menunjukkan kesesuaian dalam pemilihan warna berdasarkan sifat semulajadi material yang digunakan untuk membuat sesuatu produk. Beliau juga berpengaruh kepada seni Islam dalam seni rupa Melayu yang menyaksikan ketidakhadiran figura tetapi digantikan oleh corak -corak tumbuhan dan motif geometri yang paling dominan dalam seni rupa Islam. Syed Ahmad Jamal merupakan pelopor aliran ekspresionalisme. Beliau menggemari aliran ini kerana ia memberikan kelangsungan dalam berkarya kerana fleksibiliti aliran ini membenarkan pemikiran diterjemahkan secara langsung menjadi ba han seni. Dalam karya Gunung Ledang ini, beliau menggunakan media cat minyak pada kanvas. Catan ini bersatu dari aspek warna, ruang dan bentuk yang dihasilkan oleh Syed Ahmad Jamal. Unsur seni ruang digunakan bagi memperlihatkan objek yang berada pada bah agian belakang dan hadapan. Dalam karya ini, gambaran gunung dihasilkan pada belakang catan dengan menggunakan garisan nipis dan samar. Manakala ruang hadapan catan yang lebih dekat ialah bentuk tiga segi yang jelas dan terang dari segi penggunaan warna. Selain daripada itu, elemen perspektif turut diaplikasi dalam hasil kerja ini. Unsur imbangan dan imejan segitiga menyerupai bentuk Ledang menjadi unsur dominan dalam karya Syed Ahmad Jamal. Bagi beliau, Gunung Ledang adalah sesuatu yang melambangkan tenaga dan kemakmuran. Jika dilihat kepada karya ini, penghasilan bentuk adalah lebih kepada rupa geometri iaitu segitiga yang disusun
  • 9. secara tidak terancang dan juga secara berperingkat. Prinsip rekaan yang terdapat pada karya ini ialah elemen penegasan yang d apat dilihat pada bentuk segitiga yang terbesar yang mempunyai tujuh tahap. Tujuh tahap yang dimaksudkan dalam bentuk Gunung Ledang melambangkan kepercayaan yang mempercayai terdapatnya tujuh tangga yang harus dilalui untuk sampai di syurga. Warna hijau di bahagian bawah mewakili bumi manakala biru di atasnya adalah langit. Warna garisan kekuningan di bahagian bawah melambangkan emas yang diminta oleh Puteri Gunung Ledang daripada Sultan Mahmud sebagai hantaran. Warna biru yang lebih lembut di bahagian atas menunjukkan kesyurgaan alam fana dan bentuk hijau seperti bendera adalah tempat bersemadi roh -roh mangsa nahas tersebut. Kesyurgaan itu juga menyebabkan bintang -bintang bertukar menjadi bentuk -bentuk segitiga. Bentuk-bentuk yang terdapat dalam hasil kary a tersebut tidak konsisten, di atas gunung itu terdapat cebisan atau bangkai kapal terbang yang berkecai di Tanjung Kupang setelah melintasi Gunung Ledang. Perkara yang menarik dalam Gunung Ledang ialah perkembangan pemikiran dalam catan tersebut yang berm ula dari bawah ke atas berkaitan dengan kenaikan roh dari dunia ini. Catan ini semakin jelas apabila warna biru dan hijau mendominasi catan, satu pilihan warna yang paling tepat untuk menunjukkan unsur duniawi dan syurga. Warna putih dan merah di bahagian tengah adalah serpihan dan darah dalam nahas itu. Beliau dapat melihat seni lukis sebagai satu bidang yang berautonomi tanpa ikatan dengan sebarang naungan. Penggiat dalam bidang ini, iaitu pelukis pula mengganggap Syed Ahmad Jamal sebagai seorang individ u yang unik dan bebas. Manakala sesebuah karya dilihatnya sebagai sesuatu yang memiliki kewujudan mistik dan makna tersendiri. Perkara ini terjadi kerana seni terhasil daripada khayalan dalaman. Khayalan ini berpusat dalam diri pelukis dan hanya akan dilua hkan atas rasa kerelaan serta mempunyai motif yang bersifat keindividuan. Syed Ahmad Jamal telah menggaris beberapa perkara penting yang perlu dimiliki dan dinikmati oleh sebarang individu yang bergelar pelukis. Perkara-perkara tersebut boleh dianggap seba gai etika pelukis yang terdiri daripada pertama ialah kepentingan meluahkan perasaan tanpa batasan, kefahaman terhadap diri yang mendalam untuk menentukan tujuan, keaslian identiti pengkaryaan bagi mengelakkan peniruan dan akhir sekali pengutamaan terhadap kebebasan. Dalam kariernya sebagai pelukis, catan Gunung Ledang menandakan kemuncak Syed Ahmad Jamal. Pada tahap ini lukisannya amat bertenaga melambangkan keunggulan kaedah dan pemikiran yang didokongnya selama ini. dapat bersua dengan perasaan pelukis. Beberapa pendapat dan pengkritik seni menyatakan bahawa bentuk segitiga yang memonopoli lukisannya sesudah tahun tersebut adalah manifestasi Gunung Kailasa, sebuah tanah tinggi keramat dalam kepercayaan agama Hindu. Namun, berdasarkan penemuan penting itu yang disentuh tadi dapat dikatakan bahawa prinsip serta konsep tersebutlah yang mempengaruhi cara Syed Ahmad Jamal berkarya sesudah tahun 1978. Oleh itu, besar kemungkinan bentuk segitiga itu adalah motif pucuk rebung yang
  • 10. begitu banyak dalam rekabentuk t radisional masyarakat Melayu. lni turut diperkukuhkan lagi dengan ulasan beliau terhadap motif tadi dalam bukunya Rupa dan Jiwa (1992) yang menganggap pucuk rebung sebagai simbol hikmat kesuburan, suatu ulasan yang bersesuaian dengan kenyataannya mengenai Gunung Ledang. Beliau seterusnya menyatakan bahawa motif segitiga tersebut menyerupai 'pohon hayat' dan 'bunga semangat' sebagai manifestasi alam semulajadi. Fungsi imejan segitiga diperluaskannya pada tahun 1980 -an yang turut menyaksikan karya beliau memperkatakan isu-isu sosial dan politik, misalnya Palestine (1983). Warna yang menjadi kegemaran beliau dalam berkarya mulai jelas pada tahun -tahun ini. Warna hijau dan biru amat disukainya kerana sifat hijau yang melambangkan bumi atau realiti manakala biru bererti langit atau fantasi. Penerokaan atau campurtangan beliau dalam masalah masyarakat menunjukkan Syed Ahmad Jamal mula cuba mengungkapkan isu sosial dalam catannya. Penghujung tahun 1970an membuka dimensi baru dalam bidang seni lukis Syed Ahmad Jamal. Wajah Ledang yang selama ini tidak menarik minat tiba -tiba berakrab dengan naluri seninya. lni terjadi setelah berlaku insiden nahas udara di Tanjung Kupang yang turut mengorbankan seorang rakan karibnya. Kapal terbang yang dirampas itu berlegar melintasi Gunung Ledang dahulu sebelum ia menjunam dan meletup di Tanjung Kupang. Keadaan ini menyebabkan gunung itu terasa mempunyai pertalian yang cukup erat dengan Tanjung Kupang dan dirinya sehinggalah perhubungan ini dimitoskan dalam catan Gunung Ledang (197 8). Karya tersebut merupakan satu olahan yang menggabungkan mitos gunung terebut dengan tragedi udara itu. Gunung Ledang dan dongengnya dilihat sebagai suatu entiti yang akan terus hidup manakala manusia tetap akan menyahut panggilan ilahi. Gunung Ledang, seperti yang telah dinyatakan, mempertemukan dongeng gunung dengan tragedi udara tersebut. Kemistikan amat diutamakan dalam menginterpretasi catan itu. Langit dan Bumi I, (1998), Arkalik, 203sm x 274.5sm Dalam hasil karya yang bertajuk ´Langit dan Bumi I µ, Syed Ahmad Jamal cuba memberikan apresiasi karya yang dikira sarat dengan subjek rujukan, bentuk dan isinya. Karya beliau yang bertajuk Bumi dan Langit I telah dihasilkan pada tahun 1998 mengunakan akrilik di atas kanvas berukuran 203sm x 274.5sm. Karya ini menggunakan subjek alam tabii atau alam semulajadi sebagai teras pengkaryaannya. Melihat pada format kanvas dari bawah ke atas didapati karya beliau ini terbahagi kepada empat bahagian. Bahagian pertama di bawahnya terdiri daripada lapisan bumi, baha gian kedua pula terdiri daripada tumbuh -tumbuhan dan bukit-bukau. Pada bahagian ketiga terdiri daripada awan, jalur cahaya dan hujan. Seterusnya pada bahagian keempat di atasnya terdiri daripada langit dan bintang -bintang. Beliau mengukuhkan struktur karya nya dengan kombinasi garisan, rupa, bentuk, dan jalinan. Sementara komposisi karyanya diseimbangkan, dikontrakan, diulang -ulangkan, ditegangkan, dan diharmonikan.
  • 11. Sapuan garisan yang pantas amat ketara sekali pada bahagian kedua karya iaitu terutamanya dalam menghasilkan imej tumbuh-tumbuhan. Cadangan tumbuhan seperti lalang ataupun di kawasan padang dihasilkan secara sapuan pantas dengan dominasi garisan condong µdiagonal lineµ. Garisan condong yang diulang secara ketara dapat dilihat pada sebelah kiri kar ya. Bagaimanapun, garisan cembung µcurve lineµ dikontraskan terutamanya bahagian di antara langit dengan bumi iaitu pada bahagian berwarna ungu gelap. Garisan cembung juga amat ketara digunakan pada bahagian awan. Garisan melintang µhorizontal lineµ pula d ibentuk melalui tanah yang berlapis - lapis di bahagian pertama ataupun bawah karya. Garisan melintang juga agak jelas pada bahagian kiri permukaan langit dan bumi dalam karya tersebut. Terdapat pelbagai jenis karektor garisan; ada garisan perlahan, sederha na, pantas dan tegas. Gabungan daripada berbagai -bagai jenis garisan tersebut lalu membentuk beberapa jenis jalinan µtextureµ, memperkayakan lagi karya beliau. Secara keseluruhannya beliau menggunakan jalinan mujarad µabstract textureµ. Penggunaan rupa yang agak ketara dapat dilihat pada bahagian pertama atau bawah karya iaitu rupa merah pada tanah yang berlapis -lapis. Dari aspek elemen ruang pula, Syed Ahmad Jamal menggunakan ¶ruang mendatar· dan ¶ruang cetek·. Secara keseluruhannya karya beliau mendominas ikan ruang cetek. Sementara ruang mendatar pula dapat dilihat sedikit sahaja terutamanya pada bahagian pertama atau bawah karya iaitu lapisan tanah yang berwarna merah. Syed Ahmad Jamal menggunakan ¶warna panas· ke ¶warna sejuk· dalam pengolahan karyanya i ni. Warna merah (warna panas) pada bahagian pertama atau bawah karya. Diikuti dengan warna kuning (warna panas) memenuhi sebahagian kawasan bumi. Warna biru muda (warna sejuk) di bahagian ketiga iaitu kawasan awan dan akhirnya warna biru tua (warna sejuk) di bahagian langit dan bintang-bintang. Untuk membentuk ¶keharmonian· dari segi warna, warna - warna panas tersebut diulang -ulangkan pada bahagian warna sejuk. Ini dapat dilihat terutamanya pada bentuk awan dan juga bintang -bintang. Format kanvas empat segi tepat digunakan dengan memberi penekanan kepada ·kesinambungan tidak sama ukur· µassymetrical balanceµ. Namun begitu, beliau juga menggabungkan ¶keseimbangan kristal grafik· µcrystal graphic balanceµ ataupun ·pandangan saujana· dalam istilah kesenian Isla m µinfinite patterningµ di dalam karyanya. Keseimbangan tak sama ukur dapat dilihat dengan perletakan imej yang tidak sekata. Malah warna merah yang sedikit dikontraskan dengan warna biru yang dominan juga menimbulkan implikasi keseimbangan tidak sama ukur . Sebaliknya imej dan bentuk seakan-akan lalang, tanah, gunung, hujan, awan dan bintang -bintang pula membentuk struktur karya ini kepada titik fokus mencapah (keseimbangan kristal grafik) ataupun tidak memusat. Titik fokus mencapah tersebut selari dengan pandangan saujana dalam kesenian Islam. Keseluruhan format karya ini menggunakan ¶rentak tidak senada· µrandom rhythmµ kecuali pada bahagian tepi sebelah kiri, di antara langit dengan bumi. Di bahagian tepi sebelah kiri ini ¶rentak tersusun· µregular rhythmµ pula digunakan terutamanya pada bahagian yang digambarkan seperti hujan. Gabungan elemen dan prinsip seni lukis di dalam karya ini membentuk satu kesatuan
  • 12. yang cukup mantap. Penyatuan elemen -elemen dengan komposisi serta pandangan saujana antaranya meni mbulkan keanekaan di dalam kepelbagaian. Kesatuan dan keanekaan di dalam kepelbagaian itu telah membentuk karya beliau sebagai karya yang kaya, sarat bahkan berisi nilai -nilai falsafah dan budaya. Falsafah dan budaya yang mencerminkan pemikirannya, masyarakatnya dan budayanya akan menjadi satu khazanah peradaban yang tidak ternilai harganya. Dari aspek falsafah teras utama yang ditunjangi oleh beliau adalah tauhid. Ini dapat dilihat pada permulaan katalog pameran antara langit dan bumi (Muliyadi, 2000). Melalui abstraksi dan penggaya-gayaan beliau menapis alam tabii yang bersifat semulajadi tersebut kepada satu intipati yang bersifat dalaman. Secara tidak langsung penggunaan perspektif biomorfik dan ruang mendatar dan cetek tersebut telah menolak ciri-ciri semulajadi yang mendominasikan catan -catan Barat terutamanya pada zaman Renaisan dan Realisme atau pun apa yang dikenali oleh Pak Mail sebagai ciri-ciri seni simbolis dan seni memesis. Penolakan ciri -ciri luaran (semulajadi) yang bersifat sementara dengan penarikan atau memasukkan ciri-ciri dalaman (kerohanian) yang bersifat kekal, membuatkan karya-karya beliau mempunyai ciri-ciri ketauhidan. Dalam pengolahan karyanya, beliau tidak merakamkan situasi sesuatu lanskap, malah Syed Ahmad Jamal menghimpunkan pel bagai situasi di dalam sesuatu format. Terdapat situasi malam, dingin, sejuk, panas, siang, petang dan senja umpamanya. Situasi yang berlainan disatukan ke dalam sebuah karya lalu membentuk apa yang dikatakan oleh Muliyadi (2000) sebagai ´Antara langit dan bumi, ia bukanlah suatu interpretasi langsung tentang alam semulajadi, sejarah ataupun sesuatu peristiwa, sebaliknya merupakan garapan idea, minda, dan cetusan hati tentang segala bentuk peristiwa dan kejadian di antara kedua -dua ruang; langit dan bumi.µ Unsur kepelbagaian garisan, jalinan, rupa dan bentuk yang digunakan oleh Syed Ahmad Jamal juga bercorak ¶islami·. Sungguhpun karya beliau menggunakan nada ekspresionis, namun beliau telah membentuk kesan -kesan sapuan berusnya menjadi kesan yang terkawal. Bahkan penggunaan sapuan berus dengan diselangselikan dan ditindani dengan kesan warna sembur, menjadikan karyanya lebih terkawal. Pendek kata beliau menggunakan ciri -ciri ekspresi Melayu yang bertunjangkan kesenian Islam. Sapuan ekspresi tetapi terkawal s eolah-olah seperti pantun ataupun bentuk kiasan Melayu umpamanya ´pukul anak sindir menantu.µ Konsep seperti kiasan ataupun pantun tersebut dapat diperkukuhkan lagi dengan pendapat Muliyadi (2000) yang mengatakan, ´beliau meletakkan keindahan sebagai teras kreativitinya. Baginya karya seni seperti catan perlulah indah, sekalipun membawa mesej atau penceritaan yang berat maupun menyedihkan.µ Melihat dari aspek format bawah ke atas juga, didapati penggunaan tanah dengan cadangan berlapisan dapat menegaskan l agi sifat geografik bumi yang berlapis-lapis. Tumbuh-tumbuhan, padang dan bukit diambil secara saripati, dipersembahkan secara abstrak mengingatkan kita tentang tanda-tanda kebesaran Allah melalui penciptaan alam tabii. Bentuk seakan -akan awan yang dihasilkan dengan penuh tenaga bagaikan jantung alam semesta ataupun seperti guruh berdentum dengan memancarkan seperti
  • 13. jaluran kilat lalu membentuk kesan hujan (garisan diagonal). Begitu juga dengan fenomena bintang bertaburan dan langit yang berlapis -lapis, menandakan rakaman alam dalaman yang menyanjungi ciptaan tuhan. Melihat dari sudut warna pula, penggunaan warna panas ke sejuk juga dapat mengajak pemerhati memikirkan sejenak tentang kehebatan alam tabii ciptaan tuhan. Warna merah seperti fenomena senja, kuning seperti petang, hijau seperti siang, biru seperti fajar dan biru tua kegelapan seperti malam, mencerminkan ketelitian dan kehalusan beliau membentuk format ·Bumi dan Langit I·. Menghubungkan elemen warna melalui komposisi catan dari atas ke bawah pula didapati warna gelap (malam) mewakili warna waktu isyak, warna biru muda (fajar) mewakili waktu subuh, seterusnya warna hijau (siang) mewakili waktu zohor dan kuning (petang) mewakili waktu asar, dan akhirnya warna merah (senja) mewakili waktu maghrib. Kelima-lima masa dan waktu yang berperingkat-peringkat ini selain menjadi nadi penting kehidupan orang Islam, juga mencerminkan pergerakan masa mengikut kosmologi atau pun sunatullah. Karya ·Bumi dan Langit I· amat berjaya sama ada dari segi bentuk, komposis i dan isinya. Penggabungan pelbagai budaya keilmuan berstrukturkan format kesenian Melayu-Islam meletakkan karya beliau ke hadapan, malah merentasi masa. Beliau tidak berkarya secara membuta tuli seperti sesetengah pelukis muda, bahkan beliau merupakan pengkaji dan penyelidik budaya. Dengan demikian karya -karya yang digarapnya adalah tulen dan segar. Kekuatan ilmu dan saripati budaya Melayu -Islam yang menjadi teras cara hidupnya amat terserlah sehinggakan memantulkan keindahan dalaman melalui tanda visual p ada karyanya. Syed Ahmad Jamal bukan sahaja menggunakan tunjang budaya Melyu -Islam sebagai struktur karyanya, bahkan mana - mana ilmu daripada tamadun Barat maupun Timur yang baik dan bersesuaian digarapnya menjadi wadah pemikirannya. Suatu perkara yang pent ing, beliau melalui karyanya itu telah melompat dari unsur -unsur konversi kesenian Islam yang lampau. Beliau berjaya membina fragmen masa baru yang menunjukkan penggabungan format kesenian Islam. Format kesenian Islam termasuklah seperti pengulangan, panda ngan saujana, kerumitan, dinamik, gabungan berurutan dan meditatif dan seumpamanya. Kecekapan beliau mencernakan tunjang kesenian Islam dengan gabungan prinsip seni Barat seperti ulangan, harmoni, keseimbangan dan kontras umpamanya membentuk suatu struktur baru dan teguh.