Se ha denunciado esta presentación.
Utilizamos tu perfil de LinkedIn y tus datos de actividad para personalizar los anuncios y mostrarte publicidad más relevante. Puedes cambiar tus preferencias de publicidad en cualquier momento.
LAPORAN KEJOHANAN MERENTAS DESA PERINGKAT SEKOLAH                               SMK TAMBULION, KOTA BELUD                 ...
1.    PENDAHULUAN      Kejohanan merentas desa peringkat sekolah ini adalah satu acara tahunan yang      dijalankan sebaga...
5.       KEKUATAN         Kerjasama yang kuat dari semua pihak telah memastikan kejayaan pengelolaan         kejohanan mer...
LAMPIRAN1. Kertas Kerja2. Senarai AJK3. Resit-resit4. Surat-surat5. Gambar6. Senarai Pemenang
GAMBAR
Laporan kejohanan merentas desa peringkat sekolah
Laporan kejohanan merentas desa peringkat sekolah
Laporan kejohanan merentas desa peringkat sekolah
Próxima SlideShare
Cargando en…5
×

Laporan kejohanan merentas desa peringkat sekolah

  • Sé el primero en comentar

Laporan kejohanan merentas desa peringkat sekolah

  1. 1. LAPORAN KEJOHANAN MERENTAS DESA PERINGKAT SEKOLAH SMK TAMBULION, KOTA BELUD 2012 12 JANUARI 2012 (KHAMIS)Disediakan oleh : Disemak oleh :............................ ..........................Azmie Trip Pn. Hajah Sharina Bt. Mohd. MajiminPengarah Kejohanan Merentas Desa PengetuaSMK Tambulion 2012. SMK Tambulion, Kota Belud.
  2. 2. 1. PENDAHULUAN Kejohanan merentas desa peringkat sekolah ini adalah satu acara tahunan yang dijalankan sebagai pembuka tirai untuk kejohanan sukan mengikut calendar MSSS yang dikeluarkan oleh Jabatan Pelajaran Sabah. Kejohanan ini memupuk semangat juang pada setiap atlit yang bertanding untuk menjadi juara individu serta kerjasama berpasukan untuk memastikan pasukan yang diwakili mereka menjadi juara berpasukan. Setiap tahun SMK Tambulion telah Berjaya menghasilkan pelari merentas desa yang baik dan kompetitif serta berupaya untuk mewakili daerah Kota Belud ke peringkat Zon Utara.2. MASA DAN TEMPAT Kejohanan ini telah diadakan pada ketetapan berikut :- Tarikh : 12 Januari 2012 Masa: 8.00 – 10.30 pagi Tempat : Laluan sekitar kampung Piasau, Kota Belud.3. KEHADIRAN DAN PENGLIBATAN Semua warga SMK Tambulion telah bekerjasama untuk memastikan perjalanan kejohanan ini berjalan dengan lancar. Semua murid (kecuali yang mempunyai masalah kesihatan) telah turut serta berlari di sepanjang laluan yang telah disediakan. Para guru juga telah menjalankan tugas yang telah diamanahkan kepada mereka dengan begitu cemerlang. Puan Pengetua sendiri telah turun padang untuk melepaskan para peserta.4. KATEGORI YANG DIPERTANDINGKAN Terdapat empat kategori yang telah dipertandingkan mengikut apa yang telah ditetapkan iaitu :- 1. Kategori Lelaki Bawah 18 Tahun 2. Kategori Perempuan Bawah 18 Tahun 3. Kategori Lelaki Bawah 15 Tahun 4. Kategori Perempuan Bawah 15 Tahun
  3. 3. 5. KEKUATAN Kerjasama yang kuat dari semua pihak telah memastikan kejayaan pengelolaan kejohanan merentas desa peringkat sekolah pada kali ini. Pihak pentadbiran sekolah telah bersetuju untuk member dana yang diperlukan untuk perbelanjaan pengurusan. Para guru juga begitu komited dalam menjalankan tugas masing-masing. Para pelajar pula begitu bersemangat untuk mengikuti acara ini. Ini adalah ciri-ciri positif yang telah menjadikan kejohanan ini satu kejayaan.6. KELEMAHAN Kelemahan yang ada sewaktu kejohanan ini memang ada tetapi ianya tidak mencacatkan perjalanan acara yang berlangsung. Salah satunya ialah kawalan lalu lintas yang kurang teratur di mana para peserta berlari menggunakan keseluruhan permukaan jalan raya sehingga menyukarkan kenderaan-kenderaan lain untuk memintas. Sewaktu kejohanan ini berlangsung, terdapat juga lori-lori besar yang sedang mengangkut tanah untuk tujuan pembinaan. Ini telah mengakibat habuk dan debu berterbangan ke udara sewaktu para peserta berlari. Para petugas kecemasan juga (PBSM) perlu ditambah kerana pada satu ketika bilangan mereka tidak mencukupi untuk merawat atau mengangkat para peserta yang pengsan di garisan penamat. Walapun begitu mereka telah berusaha sebaik mungkin untuk membantu para peserta yang terlibat.7. KEWANGAN Pihak sekolah telah meluluskan peruntukan kewangan sebanyak RM537 untuk perbelanjaan pengurusan kejohanan ini. Duit ini telah dibelanjakan untuk membeli barang-barang serta bahan yang diperlukan seperti yang terkandung dalam kertas kerja.8. PENUTUP Pada keseluruhannya kejohanan ini telah berjalan dengan lancar dan tiada sebarang masalah yang besar sepanjang berlangsungnya acara ini. Diharapkan agar kejohanan ini akan bertambah baik dalam penganjuran pada masa-masa akan datang.Disediakan oleh:.........................Azmie B. TripPengarah Kejohanan Merentas DesaSMK Tambulion 2012.
  4. 4. LAMPIRAN1. Kertas Kerja2. Senarai AJK3. Resit-resit4. Surat-surat5. Gambar6. Senarai Pemenang
  5. 5. GAMBAR

×