SlideShare una empresa de Scribd logo
1 de 38
Descargar para leer sin conexión
Topik 6 Kepelbagaian
                                      Bentuk
                                      Bahasa
        HASIL PEMBELAJARAN
   Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
   1.    Mengenal pasti bentuk-bentuk bahasa;
   2.    Mengenal pasti ciri-ciri bentuk bahasa; dan
   3.    Menerangkan tentang kepentingan mempelajari bahasa baku, bahasa
         rasmi dan Bahasa Kebangsaan.



        PENGENALAN
Malaysia mempunyai pelbagai bangsa yang menuturkan pelbagai bahasa ibunda
masing-masing. Namun begitu, bahasa rasmi dan bahasa pengantar yang
digunakan ialah bahasa Melayu umum. Semua kaum di Malaysia harus
menggunakan bahasa Melayu baku sebagai bahasa pengantar utama di semua
majlis rasmi. Walaupun begitu, terdapat pelbagai bentuk bahasa yang digunakan
oleh masyarakat di Malaysia bagi tujuan tertentu dan mengikut situasi ataupun
tempat. Hal ini menyebabkan pelbagai bentuk bahasa terhasil ekoran daripada
faktor tersebut. Umumnya, terdapat pelbagai bentuk bahasa. Yang wujud
antaranya ialah bahasa tulisan, bahasa lisan, bahasa isyarat dan sebagainya.
Kesemua bentuk bahasa ini mempunyai perbezaannya yang tersendiri dan
hanya digunakan di sesetengah tempat dan mengikut masa sahaja.

Dalam topik ini, pelajar akan didedahkan kepada bentuk-bentuk bahasa yang
terdapat di dalam bahasa di dalam bahasa Melayu. Selain mengetahui Melayu.
Dengan pendedahan ini, diharapkan pelajar akan dapat mengetahui tentang
bentuk-bentuk bahasa yang terdapat bentuk-bentuk bahasa tersebut, apa yang
lebih penting ialah pelajar dapat menggunakan bentuk-bentuk bahasa tersebut
dengan tepat, bersesuaian dengan penggunaan bahasa Melayu yang betul.
TOPIK 6 KEPELBAGAIAN BENTUK BAHASA           141




        SEMAK KENDIRI 6.1

   Apakah yang anda faham dengan bentuk-bentuk bahasa? Adakah anda
   fikir bentuk-bentuk bahasa ini dapat memberi maklumat yang penting
   bagi tujuan komunikasi dan penulisan?



 6.1       BENTUK-BENTUK BAHASA ISOGLOS
Istilah isoglos pertama kali digunakan oleh Bielenstein, seorang ahli dialektologi
dari Latvia, dalam tahun 1892. Istilah baru ini dicipta berdasarkan istilah kaji
cuaca isoterm, iaitu garisan yang menyambungkan kawasan-kawasan yang
mempunyai suhu purata yang sama. Isoglos bermakna Âsama bahasaÊ (iso+glos).
Andainya istilah ini bertujuan menunjukkan sesuatu garis yang ditulis
merentangi satu-satu kawasan, ia akan menunjukkan kedua-dua kawasan di kiri
kanan garisan itu mengandungi beberapa aspek pemakaian bahasa yang sama,
tetapi kedua-dua bahasa tersebut tidak serupa antara satu sama lain.

Kamus Linguistik mendefinisikan isoglos sebagai garis yang dilakar di sekeliling
satu kawasan yang mempunyai ciri sebutan, tatabahasa, atau kosa kata tertentu
yang serupa. Isoglos boleh digunakan untuk menentukan sempadan dialek.
Seterusnya, Kamus Dewan mendefinisikan isoglos sebagai garisan yang dilukis
pada peta untuk melingkungi kawasan yang mempunyai ciri linguistik yang
sama. Berdasarkan definisi tersebut, kita dapat simpulkan isoglos sebagai satu
garis sempadan sesuatu kawasan yang menuturkan bahasa tertentu atau dialek
tertentu.

Keluasan isoglos atau sempadan wilayah bahasa atau dialek ini ditentukan oleh
faktor perpindahan. Sesuatu bahasa itu mempunyai kawasan pertuturannya
yang sama dengan kawasan penghunian penuturnya. Kawasan ini boleh meluas
atau menyempit mengikut penyebaran bangsanya. Jika bangsa berkenaan
menyebar dan merentas kawasan yang luas, maka luaslah kawasan penyebaran
bahasa berkenaan. Sebaliknya, jika bangsa pendukungnya itu lebih suka dibatasi
oleh garis wilayahnya yang kecil, maka kecillah kawasan bahasanya. Penyebaran
bahasa yang berlaku bersama-sama dengan penyebaran penutur-penuturnya
dinamakan penyebaran secara migrasi atau perpindahan.

Dari segi sejarah bangsa-bangsa di dunia, kita lihat bahawa bangsa yang suka
mengembara, baik sebagai penjajah mahu pun sebagai seorang yang sengaja
berpindah ke tempat lain disebabkan oleh sesuatu kejadian di tempat asalnya itu,
juga bertanggungjawab meluaskan kawasan geografi bahasanya. Di samping
disebarkan oleh penjajah, bahasa boleh dibawa bersama oleh penuturnya yang
142     TOPIK 6 KEPELBAGAIAN BENTUK BAHASA



kerap berpindah dari satu tempat ke satu tempat. Sebab-sebab bagi perpindahan
tiada batasnya. Manusia mungkin berpindah kerana ingin lari dari keadaan yang
tidak mengizinkan dia tinggal dengan selesa di tempat kediaman asalnya.
Sesuatu malapetaka alam seperti banjir, letusan gunung berapi, gempa bumi,
kemarau panjang dan ribut taufan yang memusnahkan boleh menyebabkan
manusia mencari tempat lain untuk diri dan keluarganya. Ketandusan tanah dan
kemiskinan juga boleh menyebabkan dia berlari.

6.2       GEOGRAFI DIALEK
Menurut Kamus Dewan Bahasa Edisi Baru, dialek merupakan satu bentuk
bahasa yang digunakan dalam sesuatu daerah atau oleh sesuatu kelas sosial
berbeza daripada bahasa ÂstandardÊ, loghat, pelat daerah (negeri dan lain-lain);
seperti Kelantan dan Kedah. Manakala, geografi pula merujuk kepada sains
tentang fitur-fitur semula jadi permukaan bumi, termasuk topografi, iklim,
tanah, tumbuh-tumbuhan dan gerak balas manusia terhadapnya dan ilmu alam.
Daripada penyataan tersebut, ia menunjukkan bahawa dialek geografi
merupakan satu bahasa yang digunakan di setiap daerah yang mempunyai
kelainan dari sudut bentuk bahasa, sebutan, intonasi, kosa kata dan fonem
berdasarkan ruang geografi yang terdapat di sekitarnya. Keadaan ini berlaku
akibat daripada pengaruh geografi kawasan tersebut, contohnya dialek Pahang
yang dipengaruhi oleh pergerakan arus sungai. Contohnya, semakin menghulu
sungai arus Sungai Pahang, akan menjadi lebih deras dan ini menjadikan dialek
yang digunakan menjadi semakin laju dan semakin kasar.

Dialek geografi merupakan sejenis kelainan bahasa yang ditentukan berdasarkan
ruang geografi tempat menetapnya penutur kelainan berkenaan. Konsep ruang
geografi dikenali sebagai ruang geografi linguistik. Ruang geografi linguistik
ialah kawasan tempat satu jenis kelainan bahasa yang sama dituturkan.
Sempadan kawasan geografi linguistik ditandai satu garisan khayalan yang
disebut isoglos (Noriah Mohamed 1998). Garisan isoglos bukan garisan yang
menandakan berakhirnya penggunaan suatu dialek geografi, tetapi garis ini
lebih merupakan satu kawasan peralihan dialek. Pada garis isoglos, dialek di
dalam satu kawasan bercampur dengan dialek di dalam kawasan-kawasan yang
berhampiran. Dalam kata lain, pada garis isoglos mungkin berlaku percampuran
beberapa dialek sehingga membentuk apa yang dikatakan jaringan isoglos.

Penentuan ruang geografi dialek Melayu di Malaysia nampaknya mengikut
ruang geografi politik atau sempadan negeri. Misalnya, nama dialek Melayu
sejajar dengan nama negeri tempat dialek tersebut dituturkan. Berdasarkan hal
ini, wujud dialek Kelantan, dialek Terengganu, dialek Perak dan seterusnya
untuk menunjukkan kepada dialek-dialek di Malaysia. Berdasarkan konsep
ruang geografi linguistik, dialek Melayu yang khusus sebenarnya menepati
TOPIK 6 KEPELBAGAIAN BENTUK BAHASA          143



ruang yang lebih atau kurang daripada ruang geografi politik. Misalnya, apa
yang disebut kawasan pertuturan dialek Kedah menyebar sehingga ke utara
Perak, yakni Taiping.


6.2.1      Dialek Geografi dalam Variasi Bahasa
Variasi didefinisikan sebagai kepelbagaian bahasa yang ditentukan oleh faktor
teknikal bahasa iaitu sebutan, kosa kata dan tatabahasa. Di dalam variasi bahasa,
dialek geografi atau boleh juga disebut sebagai dialek kawasan dikenali sebagai
variasi bahasa yang berkaitan dengan pengguna dalam sesuatu kawasan. Ia
dikaitkan dengan rumpun bahasa Austronesia, cabang Nusantara. Cabang
Nusantara mempunyai 200 hingga 300 bahasa dalam 16 golongan seperti
Filipina, Sumatera, Jawa, Kalimantan dan sebagainya. Bahasa Melayu termasuk
dalam golongan Sumatera bersama-sama dengan bahasa Batak, Acheh,
Minangkabau, Nias, Lampung dan Orang Laut. Umumnya, bahasa Melayu
merangkumi bahasa Malaysia di Malaysia, bahasa Indonesia di Indonesia,
bahasa Melayu di Brunei dan Singapura. Walaupun namanya berbeza, ia
merupakan dialek bagi bahasa Melayu. Dalam bahasa Melayu, terdapat
perhubungan di antara dialek geografi, ideolek dan dialek sosial. Rajah 6.1
seterusnya akan menunjukkan perkaitan dalam variasi bahasa.
144     TOPIK 6 KEPELBAGAIAN BENTUK BAHASA




                     Rajah 6.1: Perkaitan dalam Variasi Bahasa
                       [Sumber: Portal Pendidikan Utusan,
             http://www.tutor.com.my/tutor/stpm/variasi_bahasa.htm]

Kita dapat lihat penerangan daripada Rajah 6.1 tersebut, bahawa dialek geografi
atau juga dikenali sebagai dialek kawasan terdapat dalam susur galur variasi
bahasa. Dalam bahasa Melayu, dialek adalah cabang daripada variasi bahasa
selain daripada ideolek dan dialek sosial. Rajah itu juga menunjukkan bahawa
perkaitan rapat dialek dengan pengguna, selagi ada pengguna untuk
menggunakan sesuatu dialek, dialek itu tidak akan pudar. Namun demikian,
tidak semua orang menutur dialek yang sama, di mana ia menunjukkan bahawa
dialek hanya ditutur oleh sesetengah individu mengikut sempadan geografinya
atau dengan kata yang lebih tepat lagi dikenali sebagai isoglos. Contohnya,
TOPIK 6 KEPELBAGAIAN BENTUK BAHASA           145



dialek Utara yang terdiri dari kawasan geografi atau isoglos yang terdiri dari
negeri Kedah, Utara Perak, Pulau Pinang dan Perlis serta ada yang diamalkan di
Sempadan Thailand yang berhampiran dengan Perlis dan Kedah.

Daripada Rajah 6.1 juga, kita dapat melihat terdapat perbezaan di antara dialek
kawasan dengan dialek sosial, walaupun berada dalam golongan yang sama
iaitu golongan variasi bahasa. Kita dapat lihat dialek kawasan mempunyai
pengguna yang tetap dan digunakan sentiasa dalam perbualan seharian.
Manakala dialek sosial mempunyai penggunaan dalam pembahagian jenis
bahasa yang digunakan dalam keadaan tertentu sahaja, seperti bahasa istana
digunakan oleh orang-orang istana sahaja, sewaktu berada di dalam istana
seperti perkataan ÂbetaÊ untuk kata ganti nama pertama untuk sultan atau raja.
Dalam kata lain, dialek sosial hanya mempunyai penggunaan yang tertentu
sahaja dan dalam keadaan tertentu sahaja. Malah, dialek sosial juga terdapat
dalam penggunaan formal dan tidak formal, contohnya bahasa baku digunakan
dalam mesyuarat dan urusan rasmi sahaja manakala bahasa slanga hanya
digunakan oleh remaja dan golongan yang mempunyai penguasaan bahasa yang
lemah sahaja. Keadaan ini berlainan dengan dialek geografi. Dialek geografi
hanya merupakan bahasa tidak formal dan digunakan oleh penduduk dalam
garisan isoglos tertentu sahaja dan hanya digunakan dalam perbualan harian
sahaja.


           SEMAK KENDIRI 6.2

     (a)   Dengan contoh yang sesuai, nyatakan ciri-ciri yang terdapat pada
           isoglos.
     (b)   Nyatakan jenis-jenis dialek di Malaysia.



 6.3        BAHASA PIDGIN
Pidgin adalah bahasa yang berkembang sebagai alat komunikasi antara dua
kelompok masyarakat yang tidak mempunyai bahasa yang khusus untuk
dituturkan dalam kelompok masyarakat tersebut. Bahasa ini merupakan
penyederhanaan dari dua bahasa atau lebih. Bahasa pidgin tidak mempunyai
penutur asli atau (native speaker) serta terbentuk secara alami di dalam suatu
kontak sosial yang terjadi antara sejumlah penutur yang masing-masing
memiliki bahasa ibunda tersendiri. Bahasa pidgin cenderung dicampuradukkan
dari aspek kosa kata, bunyi, dan bentuk-bentuk gramatikal dari kedua-dua
bahasa. Bahasa pidgin terbentuk semasa pengguna suatu bahasa terlibat dalam
suatu perdagangan dengan pengguna bahasa lain. Penggunaan bahasa pidgin
juga boleh terbentuk dalam aktiviti pertanian yang turut terdapat pengguna
146     TOPIK 6 KEPELBAGAIAN BENTUK BAHASA



bahasa lain atau orang asing (bukan pemakai bahasa setempat) dan tidak satu
pun dari kedua pemakai bahasa (pekerja dan pengawas) memahami bahasa
masing-masing. Sebagai contoh, Malaysia pada suatu ketika dahulu pernah
menjadi tanah jajahan Portugis dan fungsi bahasa pidgin ini dapat dilihat dalam
konteks hubungan sosial antara penutur bahasa yang terdiri daripada
masyarakat tempatan dan penutur bahasa asing yang terdiri daripada orang-
orang Portugis (pidgin.com).

Dalam aktiviti pertanian, pidgin dilihat berfungsi untuk memudahkan para
petani tempatan dan orang asing untuk berkomunikasi antara satu sama lain,
kerana petani-petani dan orang asing itu tidak mempunyai satu bahasa yang
khusus untuk membolehkan mereka berkomunikasi. Bahasa pidgin juga telah
digunakan di pusat-pusat pelabuhan di mana terdapat pelbagai jenis bangsa
yang bertutur dalam bahasa asing yang berbeza. Oleh itu, fungsi bahasa pidgin
ini dilihat sebagai pemudah cara para pedagang untuk menjalankan aktiviti
perdagangan mereka. Walau bagaimanapun, bahasa pidgin terbentuk sebagai
bahasa campuran dan hanya digunakan sebagai alat komunikasi di antara
mereka yang bertutur dalam bahasa yang berlainan sahaja dan tidak bersifat
standard , autonomi, historis, dan vitalis. Contoh bahasa pidgin English di Papua
New Guinea ialah seperti berikut:

       „Bipo tru igat wanpela liklik meri nau nem bilong em Liklik
       Retpela Hat.‰ (ÂA long time ago, there was a little girl named Little
       Red Riding HoodÊ).

                                                              Pidgin-magazine.net


6.3.1      Definisi Bahasa Pidgin
Kemunculan pidgin, terutamanya pada masa lampau, selalu dikaitkan dengan
tujuan atau keinginan berkomunikasi antara para pedagang, hamba abdi semasa
dalam aktiviti pelayaran mahupun semasa bekerja di ladang-ladang dan semasa
penjajahan atau penerokaan kawasan-kawasan baru, antara kumpulan asing
dengan masyarakat tempatan, yang tidak mempunyai bahasa perantaraan yang
dituturkan serta difahami bersama, tetapi terpaksa atau mahu berkomunikasi
antara satu sama lain. Terdapat pelbagai takrif yang dijelaskan mengenai bahasa
pidgin ini, namun begitu rata-ratanya bersifat negatif. Antaranya pidgin
dikatakan bahasa pinggiran yang diwujudkan untuk menjalankan beberapa
fungsi yang amat terhad bilangannya, misalnya untuk bertukar pandangan atau
pendapat yang remeh sifatnya semasa berinteraksi dalam aktiviti jual-beli yang
bersifat kecil dan kurang penting. Selain itu, pidgin juga dianggap sebagai
bahasa rekaan atau (artificial language), bahasa kacukan atau campuran iaitu
(mixed language), bahasa abdi (slave jargon ), bahasa perdagangan (trade
language), serta bahasa gampang (bastard language). Hal ini berlaku kerana,
TOPIK 6 KEPELBAGAIAN BENTUK BAHASA          147



sifat kacukannya yang kadangkala melibatkan banyak bahasa dan sukar
ditentukan bahasa-bahasa yang membinanya secara dominan.

Pidgin juga sering kali dianggap sebagai bahasa ragam khas (targot), seperti
ragam yang digunakan oleh kumpulan penjahat, antaranya penjenayah,
perompak dan sebagainya. Takrif-takrif sedemikian telah membentuk
pandangan stereotaip tentang pidgin, antaranya sebagai bahasa yang tidak tulen,
yakni bercampur sifatnya, bahasa yang berstatus rendah, versi jelik bahasa lain
dan bahasa yang tidak penting. Akibat keadaan sosial yang mana tiada bahasa
perantaraan yang sama dalam kalangan pihak-pihak yang terpaksa atau mahu
berkomunikasi itu, sebahagian besar kosa kata sesuatu pidgin diambil daripada
satu bahasa dan selalunya adalah dalam kumpulan bahasa yang lebih dominan
dalam konteks pertembungan itu, manakala nahunya pula diambil daripada
bahasa lain yang kurang dominan. Walaupun pidgin hanya muncul apabila
wujudnya keperluan perhubungan yang sering kali bersifat spontan, namun
pidgin adalah bahasa tulen dan berstatus penuh yakni bukanlah bahasa yang
direka-reka. Walaupun sifatnya yang bercampur-campur, struktur pidgin
daripada pelbagai aspek tetap memperlihatkan pidgin sebagai satu sistem
linguistik yang kompleks dan tersusun dalam perspektif fonologi, morfologi
serta sintaksisnya memperlihatkan wujudnya pola-pola yang sistematik. Dengan
kata lain, sistem linguistik pada sesuatu pidgin itu sama kompleksnya dengan
sistem bahasa-bahasa yang natural, iaitu tulen yang tidak bersifat campuran.
Sehubungan dengan keadaan sosial, kelahiran pidgin tidak menjadi bahasa
ibunda atau natif kepada mana-mana kumpulan iaitu pidgin tidak merupakan
bahasa yang pertama sekali diajarkan atau dipelajari oleh seseorang. Di dalam
beberapa kes pidgin atau pidgia, ia dipelajari kanak-kanak sebagai bahasa
ibunda atau natif kepada sesuatu kumpulan itu dan dipanggil kreol
(pidgin.com).


6.3.2     Kriteria Bahasa Pidgin/Pidgia
Bahasa pidgin selalunya diklasifikasikan sebagai satu daripada dua atau lebih
bahasa yang membentuknya. Selalunya bahasa yang membekalkan kosa kata
kepada bahasa pidgin itu dianggap menjadi dasar kepada pidgin berkenaan.
Berikut adalah beberapa kriteria bahasa pidgin yang digolongkan berdasarkan
kriteria-kriteria tertentu;
   Americo - iaitu yang dituturkan di sepanjang pantai Liberia, di barat Afrika,
   dan Sranan yang digunakan di kawasan pantai Suriname, di timur laut
   Amerika Selatan merupakan bahasa pidgin yang dasarnya bahasa Inggeris.
   Rodrigues Creole - yang dituturkan di Pulau Rodrigues, dekat Mauritius dan
   Reunionals yang dituturkan di Pulau Reunion di sebelah timur Madagaskar
   dianggap sebagai bahasa pidgin yag berasal daipada bahasa Perancis.
148       TOPIK 6 KEPELBAGAIAN BENTUK BAHASA



      Chibaacano - yang digunakan di Zamboanga, Filipina dan Pidgin Spanish
      yang dituturkan di barat Venuzuela merupakan bahasa Pidgin yang
      berasaskan Sepanyol.
      Tekrur - yang digunakan di timur Tasik Chad, bahagian tengah atas Afrika
      dan Galgaliya di timur laut Nigeria adalah bahasa pidgin yang mempunyai
      bahasa Arab sebagai asasnya.
      Bahasa Goa - di India dan nikari karu Pidgin yang dituturkan di Guyana,
      terutamanya dekat dengan sempadan Brazil adalah bahasa pidgin yang
      dianggap sebagai bahasa yang mempunyai bahasa Portugis.


6.3.3       Kosa Kata Bahasa Pidgin/Pidgia
Kosa kata bahasa pidgin itu dikatakan mempunyai bilangan yang amat kecil
atau terhad. Hal ini disebabkan antara oleh ketidakmampuan para penuturnya
menggunakan jumlah perkataan yang lebih besar ekoran daripada kajian mereka
tentang bahasa dasar kepada pidgin berkenaan. Walau bagaimanapun,
ketidakmampuan ini diatasi dengan kepintaran serta kekreatifan mereka
membentuk perkataan-perkataan baharu untuk mengungkapkan, sama ada hal-
hal remeh ataupun abstrak daripada jumlah perkataan yang terhad itu.

Bahasa Melayu Pidgin yang lebih dikenali dengan nama Bahasa Melayu pasar
yang tidak mengandungi kosa kata yang membawa maksud jantina seseorang
seperti „dewi-dewa‰, „ seniman-seniwati „, dan „haji-hajah‰. Selain itu, bahasa
Pidgin juga tidak mengandungi kata ekamorfis, iaitu perkataan-perkataan yang
mengungkap satu konsep yang sama atau hampir seakan-akan sama di bawah
sesuatu kategori, misalnya „cantik‰, „molek‰, „comel‰, „lawa‰, „indah‰, „elok „
dan „kacak‰. Hal ini bergantung kepada kekreatifan para penutur. Perhatikan
ungkapan „saya punya anak cikgu, pompuan puan haji‰ (Guru anak saya sorang
hajah). Perkataan „cantik‰: digeneralisasikan untuk mengungkapkan segala
bentuk keindahan: „dia punya anak jantan, manyak cantik punya‰ (Anak
lelakinya sungguh kacak sekali). Untuk mengatasi kekurangan kosa kata itu,
para penutur sesuatu pidgin biasanya menggunakan „circumlocution‰, iaitu cara
berbelit-belit untuk menyatakan sesuatu. Perhatikan ungkapan „yu mi go‰ di
dalam Tok Pisin yang bererti „we go‰ (kata/kami pergi). Perkataan „we‰
(kita/kami) dalam bahasa pidgin itu dibentuk daripada perkataan-perkataan
„you‰ dan „me‰. Sejauh manakah pembentukan kata „yu mi‰ itu satu contoh
kepintaran serta kekreatifan para penutur pidgin ini (extreme-hawaii.com).

Sementara itu, bagi perkataan „grass‰ (rumput) bahasa Inggeris yang dianjakkan
makna untuk mengungkap makna „ janggut‰ melalui ungkapan „grass bilong
fes‰ (grass that belongs to the face) dan „rambut‰ yang diungkapkan dalam
bentuk „gras bilong hed‰ (grass that belong to the head). Dalam sistem kala
TOPIK 6 KEPELBAGAIAN BENTUK BAHASA         149



bahasa Inggeris yang diungkapkan dalam Cameroon Pidgin English melalui
perkataan-perkataan baharu yang dicipta seperti berikut:

       I go market                        She goes to market
       I di go market                     She is going to market
       I bin go market                    She went to market
       I dong go market                   She has gone to market
       I go go market                     She will go to market

Adalah didapati bahawa sistem kala bahasa Inggeris itu, iaitu kala semasa kini
(present continuous), lepas (past), sempurna kini (present pefect) dan depan
(future) diungkapkan secara sistematik melalui perkataan-perkataan baharu
yang dicipta „diÊ, „binÊ,‰dong‰, dan „go‰. Konsep kompleks seperti sistem kala
bahasa Inggeris dengan pembahagian yang agak rencam itu berjaya diungkap
dalam sebuah pidgin, iaitu bahasa atau kelainan bahasa yang rata-rata diberi
penilaian rendah (pidgin.org).


6.4       BAHASA KREOL
Kreol bermaksud bahasa yang terbentuk daripada campuran dua bahasa yang
berlainan melalui pertuturan sehingga menjadi bahasa utama dalam komuniti
atau daerah tertentu. Malah, kreol juga merupakan variasi bahasa yang dilihat
dari segi pemakaiannya (Mansoer Pateda, 1994).

Menurut Peter Trudgill dalam Nik Safiah Karim (1984), menyatakan bahawa
bahasa kreol sebagai bahasa pidgin yang telah mempunyai penutur-penutur
yang menukarkannya sebagai bahasa pertama. Misalnya, dalam masyarakat
yang bahasanya bercampur-aduk iaitu bahasa pidgin digunakan sebagai lingua
franca, kanak-kanak mungkin mempelajari bahasa tersebut sebagai bahasa
pertama, terutama jika ibu bapa mereka biasanya berhubung melalui bahasa
pidgin. Apabila keadaan ini berlaku, maka bahasa tersebut akan menimbulkan
kembali semua ciri-ciri bahasa biasa yang sempurna (tidak lagi bersifat pidgin)
selepas melalui proses pengkreolan. Selain itu, apabila bahasa kreol digunakan
oleh orang dewasa yang menuturkannya sebagai bahasa pertama, bahasa
tersebut (jika dibandingkan dengan bahasa pidgin) akan mempunyai
perbendaharaan kata yang lebih luas, sintaksis yang lebih banyak dan bentuk
gaya yang bertambah. Malah, bahasa kreol akan digunakan bagi semua tujuan
dalam situasi-situasi sosial yang tidak terbatas. Dengan perkataan lain, bahasa
kreol adalah bahasa yang normal namun menjadi sedikit luar biasa akibat faktor
sejarahnya.

Menurut Mansoer Pateda (1994), beliau menyatakan bahawa proses pengkreolan
atau kreolisasi merupakan akibat kontak pemakaian bahasa. Kreolisasi adalah
sesuatu perkembangan linguistik yang terjadi kerana dua bahasa berada dalam
150      TOPIK 6 KEPELBAGAIAN BENTUK BAHASA



kontak waktu yang lama. Dalam kontak tersebut, terjadi integrasi antara kedua-
dua bahasa. Malah, dalam integrasi ini, pada umumnya terjadi bahawa salah
satu bahasa menjadi sumber tatabahasa. Pada permulaannya, bentuk bahasa
yang terjadi adalah bahasa pidgin yang timbul kerana urgensi komunikasi yang
kemudian berkembang sehingga menjadi kreol yang dikutip. Sila rujuk Rajah 6.2.

Jadi, bahasa;
                     A

       ⁄... pidgin

                     B


 Rajah 6.2: Bahasa pidgin yang timbul daripada urgensi komunikasi yang berkembang
                             menjadi kreol yang dikutip

Jika A menjadi sumber, atau B yang menjadi sumber atau dengan kata lain, salah
satu di antaranya mendominasi yang lain, maka bahasa tersebut dikenali sebagai
kreol. Menurut Teo Kok Seong (1997), menyebut bahawa bahasa pidgin sering
ditakrifkan dengan definisi yang negatif apabila bahasa tersebut digambarkan
sebagai bahasa pinggiran, yang diwujudkan untuk menjalankan beberapa fungsi
yang amat terhad bilangannya, misalnya bertukar pandangan yang remeh-
temeh sifatnya semasa interaksi jual beli yang kecil dan kurang penting. Pidgin
turut dianggap sebagai bahasa rekaan (artificial language), bahasa kacukan atau
campuran (mixed language), bahasa abdi yang sukar difahami (slave jargon),
bahasa perdagangan (trade language) serta bahasa gampang (bastard language)
disebabkan oleh sifat kacukannya yang kadang kala melibatkan banyak bahasa
dan sukar ditentukan bahasa-bahasa yang membinanya secara dominan. Selain
itu, pidgin sering kali dianggap sebagai bahasa ragam khas (targot) seperti
ragam yang digunakan oleh kumpulan penjahat antaranya penjenayah, pencuri
dan penyamun. Oleh sebab itu, takrif-takrif sedemikian telah membentuk
setereotaip tentang pidgin, antaranya sejenis bahasa yang tidak tulen, bahasa
yang berstatus rendah dan bahasa yang tidak begitu penting. Namun secara
positifnya, pidgin merupakan sebuah bahasa yang diringkaskan,
dipermudahkan dan kadang-kadang dicampuradukkan, yang lahir dalam
kalangan orang yang tidak mempunyai sebuah bahasa perhubungan yang sama
untuk tujuan-tujuan tertentu, misalnya perniagaan (Trudgill dalam Nik Safiah
Karim, 1984).

Walaupun bahasa pidgin dan bahasa kreol adalah berasal sebagai bahasa
vernakular tertentu yang terhad, namun terdapat perbezaan yang ketara antara
kedua-dua bahasa tersebut apabila bahasa kreol mampu mencapai status atau
kedudukan sebagai bahasa baku dalam keadaan-keadaan tertentu (John Lyons
TOPIK 6 KEPELBAGAIAN BENTUK BAHASA         151



dalam Ramli Salleh dan Toh Kim Hoi, 1994). Sementara itu, Asmah Haji Omar
(1991), pula berpendapat bahawa bahasa kreol adalah bahasa kacukan yang
sudah mantap, yang merupakan kacukan daripada sekurang-kurangnya dua
bahasa. Bahasa kreol merupakan bahasa yang bukan berasal daripada bahasa
tempatan sesebuah negara tetapi datang dari luar negara tersebut. Bahasa kreol
juga telah lama digunakan dan menerima unsur-unsur bahasa tempatan. Bahasa
tersebut kemudiannya menjadi bahasa natif atau bahasa ibunda bagi kelompok
penutur dalam masyarakat berkenaan.

Bahasa kreol turut dirujuk sebagai percampuran antara bahasa penjajah dengan
bahasa peribumi misalnya Kreol Portugis dan Kreol Baba di Melaka
(maaroff/inklusif.doc). Di samping itu, bahasa kreol merupakan bahasa yang
sudah menjadi bahasa ibunda serta merupakan bahasa pertama bagi sesebuah
keluarga ataupun kelompoknya. Penggunaan bahasa ini tidak terbatas kepada
kelompoknya sahaja, malah turut juga ditiru sebutannya oleh masyarakat
Melayu yang hidup bersama kelompok penutur tersebut (members.tripod.com).

Dalam konteks dunia, bahasa kreol mula digunakan oleh masyarakat Jamaica
yang terdiri dalam kalangan hamba abdi dari Afrika akibat faktor strata sosial
yang lebih rendah berbanding golongan atasan iaitu orang British yang bertutur
dalam bahasa Inggeris. Bahasa tersebut mempunyai hubungan sejarah dengan
bahasa Inggeris, tetapi amat berbeza dengan bahasa Inggeris yang dituturkan
oleh British (Chambers dan Trudgill dalam Annuar Ayub, 1990). Menurut Peter
Trudgill dalam Nik Safiah Karim (1984), menyatakan bahawa beberapa variasi
Kreol Inggeris (Bahasa Inggeris pidgin yang telah menjadi kreol) digunakan
dengan luasnya di Hindia Barat oleh orang berketurunan Afrika. Malah, dalam
bentuk yang paling ÂasliÊ Kreol Inggeris ini tidak begitu mudah untuk difahami
oleh penutur-penutur bahasa Inggeris, walaupun perbendaharaan katanya
adalah sama serta memperlihatkan pengaruh yang agak banyak daripada
bahasa-bahasa Afrika. Malah, golongan tersebut khususnya masyarakat Jamaica
menanggap bahawa mereka merupakan orang Negro Amerika pertama yang
menuturkan bahasa kreol sebagai bahasa ibunda, dan bahasa tersebut
menyerupai bahasa orang kulit putih akibat daripada peredaran masa yang
berubah.

Dalam pada itu, Kreol Perancis, Inggeris, Portugis dan Sepanyol juga merupakan
antara bahasa-bahasa yang paling terkenal di Eropah yang berkembang akibat
daripada bahasa pidgin. Bahasa Kreol Perancis terdapat dengan luasnya di
daerah Caribbean dan sekitarnya seperti Haiti, Trinidad, dan Grenada serta
pulau-pulau yang lain di Selatan Caribbean iaitu French Guiana dan Amerika
Syarikat. Malah, bahasa Kreol Perancis turut digunakan di Lautan Hindi,
terutamanya di Mauritius dan Seychelles.
152     TOPIK 6 KEPELBAGAIAN BENTUK BAHASA



Sementara itu, kebanyakan Kreol Inggeris yang terkenal dituturkan di beberapa
daerah di benua Amerika. Perkembangan bahasa Kreol Inggeris ini turut sama
seperti bahasa Kreol Perancis apabila bermula akibat daripada hasil perniagaan
hamba abdi (Peter Trudgill dalam Nik Safiah Karim, 1984). Bahasa kreol turut
berkembang dalam bahasa Melayu. Bahasa Melayu sudah lama terkenal sebagai
bahasa antara suku bangsa khususnya di Indonesia. Di Pulau Jawa, terutamanya
Jakarta, bahasa Melayu mengalami proses kreolisasi yang mempunyai unsur
dasar bahasa Melayu pasar tercampur dengan berbagai bahasa di sekelilingnya,
khususnya bahasa Tionghua, Sunda, Jawa, Bali, Bugis, Belanda dan Portugis.
Bahasa Melayu dalam bentuk kreol ini turut banyak dijumpai di kawasan
Indonesia Timur yang bermula dari Manado hingga ke Papua. Contohnya,
dialek Melayu Jakarta bahasa Betawi yang dituturkan di Jakarta, dialek Melayu
Peranakan yang dituturkan oleh masyarakat Tionghua di Jawa Timur dan Jawa
Tengah serta dialek Melayu Manado yang iaitu bahasa Manado yang dipakai
sebagai lingua franca di Sulawesi Utara (wikipedia.org).

Dalam pada itu, terdapat banyak faktor yang menyebabkan wujudnya bahasa
kreol dalam masyarakat di Malaysia. Antara faktor-faktor yang telah
mempengaruhi kewujudan bahasa kreol itu sendiri adalah faktor geografi,
perkahwinan, perniagaan dan sebagainya (members.tripod.com). Penelitian
daripada aspek geografi ini ditinjau kerana setiap kawasan mempunyai dialek-
dialek yang berbeza. Maka, apabila bahasa ini dipertemukan di sesuatu tempat,
bahasa tersebut akan mengalami percampuran atau lebih dikenali dengan istilah
ÂkacukanÊ. Sebagai contoh, pada asalnya bahasa Baba merupakan bahasa pidgin
iaitu bahasa kacukan antara bahasa Melayu dengan bahasa Cina yang bersifat
sementara.

Namun, akhirnya bahasa Baba berubah menjadi bahasa kreol apabila bahasa
kacukan ini menjadi bahasa pertuturan bagi masyarakat Baba-Nyonya.
Kewujudan bahasa kreol ini adalah akibat daripada pertembungan bahasa atau
budaya yang terdiri daripada faktor geografi yang berlainan seperti bahasa Cina
dan bahasa Melayu yang telah berlaku semenjak dahulu lagi
(members.tripod.com).

Faktor perkahwinan juga merupakan faktor terpenting yang menyebabkan
wujudnya bahasa kreol. Misalnya, penutur-penutur bahasa kreol Baba-Nyonya
adalah terdiri daripada masyarakat Cina Hokkien, yang wujud hasil daripada
perkahwinan di antara perempuan Hindu Chitty dengan lelaki Cina. Namun
demikian, generasi yang lahir ini kemudiannya turut berkahwin dengan kaum
Cina. Walau bagaimanapun, mereka tetap menggunakan bahasa Melayu yang
dipengaruhi oleh bahasa Cina (members.tripod.com). Faktor perniagaan pula
wujud akibat daripada perkembangan bahasa pidgin pada awalnya yang hanya
digunakan bagi tujuan perniagaan dan perhubungan antara penutur-
penuturnya. Namun, bahasa tersebut terus berkembang menjadi bahasa kreol
TOPIK 6 KEPELBAGAIAN BENTUK BAHASA           153



setelah melalui proses pengkreolan (Peter Trudgill dalam Nik Safiah Karim,
1984).

Dalam masa yang sama, bahasa kreol turut mempunyai ciri-cirinya yang
tersendiri. Menurut Peter Trudgill dalam Nik Safiah Karim (1984), menyatakan
bahawa bahasa kreol ini mempunyai lingua franca kerana dituturkan oleh
beberapa kumpulan dalam situasi dan konteks mereka yang tersendiri.
Contohnya, Bahasa Djuka merupakan salah satu bahasa kreol yang paling
terkenal juga dituturkan dalam bentuk pidgin sebagai lingua franca oleh
beberapa kumpulan orang Dayak Amerika yang tinggal di kawasan tersebut.
Dalam konteks yang sama, bahasa kreol juga mempunyai ciri kemasukan unsur-
unsur kesalahan bahasa. Malah, jika diteliti terhadap bahasa Baba dan Nyonya,
didapati bahawa bahasa ini banyak dipinjam daripada bahasa Cina terutamanya
bahasa Hokkien. Keadaan sedemikian menyebabkan kebanyakan perkataannya
mempunyai penyebutan bunyi yang hampir sama dengan bahasa Hokkien
(members.tripod.com). Contohnya dapat kita lihat dalam Jadual 6.1.

  Jadual 6.1: Persamaan sebutan bunyi perkataan dalam bahasa Baba-Nyonya dengan
                                   Bahasa Hokkien
                         [Sumber: http://members.tripod.com]

                Perkataan                    Sebutan
                Lauteng                      lau-teng
                Teko                         te-ko
                Kuchai                       ku-chai
                Kueh Tiau                    Kutiau


Namun begitu, makna perkataan tersebut tidak banyak berbeza daripada makna
yang terdapat dalam bahasa Melayu. Misalnya, jika ayat dalam bahasa Melayu
dibandingkan dengan ayat dalam bahasa Baba dan Nyonya, hanya unsur
tatabahasa sahaja yang tidak tepat. Contohnya;
   Saya mahu masak nasi (Ayat Bahasa Melayu)
   Gua mo masak nasik (Ayat Baba Nyonya)

Bahasa kreol Baba-Nyonya ini turut tidak menitikberatkan aspek penggunaan
tatabahasa yang betul. Hal ini demikian kerana, bahasa Melayu Baba-Nyonya
atau bahasa kreol Baba-Nyonya tidak mempunyai tatabahasa tertentu
disebabkan oleh penutur-penuturnya yang tidak menunjukkan minat untuk
mempelajari bahasa Melayu dengan tepat dan betul walaupun bahasa tersebut
sudah menjangkaui usia lebih 400 tahun berada di Nusantara. Di samping itu,
struktur ayat yang digunakan adalah lebih banyak dipengaruhi oleh struktur
ayat yang terdapat dalam bahasa Cina. Keadaan ini disebabkan oleh masyarakat
154     TOPIK 6 KEPELBAGAIAN BENTUK BAHASA



Baba-Nyonya mempunyai dan menggunakan secara meluas kod bahasa yang
dinamakan     sebagai Âcakap terbalikÊ ataupun    Âbahasa   terbalikÊ
(members.tripod.com).

Sebagai kesimpulannya, bahasa kreol adalah berasal daripada bahasa pidgin
atau bahasa lingua franca yang telah diterima masuk ke dalam bahasa tempatan
dan telah diterima sebagai bahasa pertama mereka. Para pengkaji tempatan juga
bersetuju dengan pendapat bahawa bahasa kreol bukanlah bahasa pidgin atau
bahasa tempatan tetapi bahasa kreol adalah bahasanya yang tersendiri dan turut
mempunyai ciri-ciri yang tersendiri (members.tripod.com). Malah, pengkajian
terhadap bahasa kreol dalam beberapa tempat di benua-benua tertentu telah
menggambarkan dengan jelas mengenai kewujudan bahasa tersebut. Bahasa
kreol telah berperanan sebagai bahasa komunikasi yang berguna kepada
penuturnya umpama perhubungan sebagai Âjalan tengahÊ memandangkan
bahasa tersebut disesuaikan antara bahasa asal-usul mereka dengan bahasa
masyarakat setempat. Daripada kelainan itulah bahasa tersebut dikenali sebagai
kreol. Malah, bahasa kreol telah memberi sumbangan yang berguna sebagai
bahasa penuturan dan telah memainkan peranan yang berfungsi untuk
mengeratkan perhubungan masyarakat penuturnya. Kemungkinan penggunaan
bahasa kreol ini akan berkembang ataupun terus lenyap dan pupus adalah
sepenuhnya bergantung kepada kesetiaan penutur-penutur bahasa tersebut.


6.5       BAHASA KOLOKIAL
Menurut Dr. Mansoer Pateda (1994), menyatakan bahawa bahasa kolokial ialah
bahasa yang dipakai sehari-hari oleh masyarakat yang tinggal di daerah tertentu.
Bahasa kolokial biasa juga disebut sebagai bahasa sehari-hari, bahasa percakapan
dan kadang-kadang disebut sebagai bahasa pasar. Menurut Abdul Hamid
Mahmood (2007), mengatakan bahawa bahasa pasar ialah bahasa Melayu yang
dituturkan oleh orang bukan Melayu yang tidak menguasainya atau bahasa
seperti yang dituturkan oleh orang Melayu yang diketahuinya tidak pandai
bertutur dalam bahasa Melayu yang betul. Bahasa kolokial juga mengandungi
kata-kata yang kurang enak didengar sehari-hari di daerah tertentu (Mansoer
Pateda, 1994).

Menurut Kamarudin Husin dan Siti Hajar Abdul Aziz (1997) pula, menyatakan
bahawa bahasa kolokial perlu ditakrifkan dengan berpandukan beberapa
sumber. Bahasa basahan juga disebut sebagai bahasa kolokial. Za'ba menggelar
bahasa ini sebagai bahasa cakap mulut. Bahasa kolokial merupakan bahasa
pertuturan harian dalam konteks yang tidak rasmi. Menurut Kamus Dewan,
bahasa kolokial ialah bahasa yang bersifat percakapan atau bahasa basahan dan
bukan bahasa baku. Bahasa kolokial ini ialah bahasa pertuturan sehari-hari.
Bahasa ini tidak mementingkan unsur-unsur tatabahasa kerana yang
dipentingkan ialah kefahaman antara penutur dan pendengar. Oleh itu, ia tidak
TOPIK 6 KEPELBAGAIAN BENTUK BAHASA         155



digunakan dalam tulisan atau ucapan rasmi. Bentuknya pula sering dipengaruhi
oleh dialek dan slanga daerah. Menurut Teo Kok Seong (2006), mengatakan
bahawa slanga ialah pertuturan terhad subkumpulan dan subbudaya tertentu
dalam sesebuah masyarakat. Dengan pengertian ini, slanga ialah bahasa,
khususnya perkataan biasa yang diberikan pengertian baharu dan digunakan
serta hanya difahami oleh sesuatu kumpulan, misalnya golongan pemuzik atau
peminat rock di sesuatu tempat atau kawasan.

Menurut Mohd Sidin Ahmad Ishak (1999), mengatakan bahawa perkataan
kolokial dimaksudkan dengan perkataan yang digunakan dalam perbualan
sehari-hari ataupun dalam penulisan yang mempunyai tujuan tersebut.
Kolokialisme bukanlah bermaksud bahasa yang tidak betul atau bahasa buruk. Ia
merupakan perkataan yang digunakan dalam perbualan tidak formal oleh semua
orang sama ada berpelajaran atau tidak berpelajaran. Dalam penulisan, ia
digunakan untuk memberi kesan atau tanggapan perbualan secara langsung dan
mesra. Untuk mendapatkan kesan ini, penutur kerap kali menggunakan
singkatan seperti „tak, nak, ku, mu, kau, tv‰ atau perkataan-perkataan yang
digugurkan imbuhannya.

Oleh itu, dapatlah didefinisikan bahawa bahasa kolokial ialah bahasa pertuturan
dalam kehidupan seharian tanpa menggunakan sistem tatabahasa yang betul
namun dapat difahami oleh pendengar. Lazimnya, bahasa kolokial dipengaruhi
oleh dialek daerah penutur berkenaan (Kamaruddin Husin dan Siti Hajar Abdul
Aziz, 1997).


6.5.1      Ciri-Ciri Bahasa Kolokial
Menurut Kamarudin Husin dan Siti Hajar Abdul Aziz (1997), bahasa kolokial
mempunyai pelbagai ciri. Antara ciri-cirinya ialah seperti berikut:

(a)   Cara Penyampaian
      Menurut Kamarudin Husin dan Siti Hajar Abdul Aziz (1997), bahasa
      kolokial disampaikan secara lisan. Ia meliputi perhubungan secara terus
      antara dua penutur atau lebih dengan menggunakan pertuturan seharian.
      Penggunaan perkataan pula ringkas dan tidak mengikuti ejaan perkataan
      sepenuhnya, tetapi pendengar dapat memahaminya.

(b)   Mewujudkan Kemesraan
      Menurut Kamarudin Husin dan Siti Hajar Abdul Aziz (1997), kemesraan
      akan wujud dalam penggunaan bahasa kolokial. Ini dapat dilihat apabila
      penutur tertentu menggunakan penanda-penanda mesra. Dalam
      pertuturan, dapat didengar penutur yang menggambarkan nama atau
      gelaran tersendiri dalam perbualan. Mereka biasanya akan dapat
156      TOPIK 6 KEPELBAGAIAN BENTUK BAHASA



      melahirkan kemesraan dengan panggilan yang bersahaja serta intonasi
      yang menggembirakan. Sebagai contohnya:

      Hai Mat, nak ke mana tu? Tak singgah dulu? Kami tengah minum teh.
      Marilah rasa kuih Kak Mah ni. Bukan main sedap lagi, panas-panas ni.

      Terdapat juga penutur yang menggunakan unsur ÂkanÊ sebagai bukan dan
      ÂdahÊ sebagai sudah yang menunjukkan kemesraan dalam pertuturan.
      Sebagai contohnya :

       Kan aku dah kata, jangan menyampuk. Kamu tu kan masih kecil lagi

(c)   Penggunaan Dialek
      Menurut Kamarudin Husin dan Siti Hajar Abdul Aziz (1997) dalam Lado
      (1980: 283), dialek ialah bentuk tertentu atau variasi satu bahasa yang
      berhubung dengan satu kawasan geografi atau kumpulan masyarakat.
      Oleh itu, dalam bahasa kolokial wujud penggunaan dialek dalam
      perhubungan mereka. Keadaan ini wujud apabila penutur dan pendengar
      datang dari satu tempat yang sama. Biasanya, perbezaan dialek ini
      berdasarkan kelas, latar belakang pendidikan, pekerjaan, tempat tinggal,
      status ekonomi dan sosial yang berlainan.

(d)   Penggunaan Tatabahasa
      Menurut Kamarudin Husin dan Siti Hajar Abdul Aziz (1997), dalam
      bahasa kolokial penggunaan tatabahasa tidak begitu dipentingkan. Bahasa
      ini menggunakan beberapa strategi seperti memendekkan kata serta
      menggugurkan bahagian-bahagian tertentu dalam ayat. Ayat-ayatnya juga
      banyak meninggalkan penggunaan imbuhan, sebaliknya digantikan
      dengan unsur-unsur isyarat dan gerak-geri untuk difahami oleh
      pendengar.

(e)   Percampuran Kod
      Menurut Kamarudin Husin dan Siti Hajar Abdul Aziz (1997), dalam
      penggunaan bahasa kolokial kod yang pelbagai sering digunakan,
      terutamanya golongan yang agak terpelajar. Penggunaan lain-lain bahasa
      dalam pertuturan ini disebabkan masyarakat Malaysia terdiri daripada
      pelbagai bangsa dan keturunan. Penggunaan Bahasa Inggeris dan Bahasa
      Arab dapat dikesan dalam percakapan yang penuh dengan kemesraan.
      Kebiasaan ini dapat dikesan terutamanya antara orang Melayu dengan
      Melayu atau berlainan keturunan. Golongan ini dilihat lebih mudah
      menggunakan percampuran kod ini dalam perbualan mereka.
TOPIK 6 KEPELBAGAIAN BENTUK BAHASA         157



(f)   Bahan yang Diperkatakan
      Menurut Kamarudin Husin dan Siti Hajar Abdul Aziz (1997), perbincangan
      dan perbualan dalam bahasa kolokial bergantung kepada penutur dan
      pendengar yang terlibat. Namun biasanya, mereka berbincang tentang
      perkara yang agak ringan serta mudah untuk mencapai maksud yang
      diberikan. Keadaan ini wujud kerana mereka tidak berada dalam keadaan
      rasmi. Biasanya, tajuk perbualan berkisar kepada perkara-perkara yang
      ringan apabila mereka bertemu. Keadaan ini wujud lantaran sering
      berjumpa di samping untuk mewujudkan kemesraan antara mereka.

(g)   Cara Penggunaannya
      Menurut Kamarudin Husin dan Siti Hajar Abdul Aziz (1997), bahasa
      kolokial digunakan oleh penutur dalam keadaan pergaulan harian. Dalam
      perhubungan ini mereka tidak mementingkan unsur-unsur tatabahasa serta
      imbuhan. Kata singkat serta dialek daerah sering digunakan dalam
      perbualan mereka. Dalam perbualan juga, aspek kemesraan dan
      pemahaman maksud yang lebih diutamakan berbanding susunan dan
      aturan tatabahasa yang betul.

      Dalam memilih perkataan, kebanyakan mereka menggunakan perkataan
      yang pendek-pendek serta dapat menimbulkan kesedapan dan kefahaman
      serta menggambarkan kemesraan antara mereka dan anggota masyarakat
      yang terlibat. Keadaan ini berlaku lantaran kefahaman mereka akan lebih
      mendalam jika menggunakan bahasa yang sedemikian. Dalam penggunaan
      ayat pula, mereka lebih menggunakan ayat-ayat yang tidak mempunyai
      imbuhan seperti yang terdapat dalam ayat-ayat tulisan. Keadaan ini dapat
      memudahkan mereka berhubung di samping dapat memudahkan mereka
      untuk menyatakan maksud dengan lebih cepat dan pantas. Sekiranya
      menggunakan ayat yang lengkap akan menjadikan situasi yang tidak
      mesra serta tidak menghidupkan suasana. Oleh itu, dalam penggunaan
      bahasa kolokial ini, semua penutur yang terlibat tidak mementingkan
      struktur ayat serta sistem tatabahasa yang betul. Apa yang penting adalah
      untuk mendapatkan makna supaya dapat difahami maksud perbualan
      dengan segera.


 6.6       PERBEZAAN ANTARA BAHASA BAKU
           DENGAN BAHASA BASAHAN
Terdapat tiga jenis perbezaan antara bahasa baku dengan bahasa basahan, iaitu
seperti yang ditunjukkan di dalam Jadual 6.2 hingga Jadual 6.4 berikut:
158      TOPIK 6 KEPELBAGAIAN BENTUK BAHASA



(i)    Perkataan berbeza untuk makna yang serupa

               Jadual 6.2: Perkataan berbeza untuk makna yang serupa

                Bahasa Baku                                 Bahasa Basahan
                  Mengapa                                      Kenapa
                 Bagaimana                                   Macam mana
                   Sedang                                      Tengah


(ii)   Bentuk kependekan

                            Jadual 6.3: Bentuk kependekan

                Bahasa Baku                                 Bahasa Basahan
                  Hendak                                         Nak
                  Tidak                                          Tak
                  Sudah                                          Dah


(iii) Perubahan bunyi

                              Jadual 6.4: Perubahan bunyi


                Bahasa Baku                                 Bahasa Basahan
                  Ambil                                         ambik
                   Kecil                                        kecik
                   Pula                                         pulak


Sebagai kesimpulannya, bahasa kolokial merupakan bahasa yang dipakai atau
digunakan sehari-hari dalam pertuturan. Bahasa kolokial juga dikenali sebagai
bahasa basahan. Terdapat beberapa ciri yang boleh dikenal pasti berkenaan
dengan bahasa kolokial iaitu dari segi cara penyampaian, kewujudan kemesraan
antara penutur, penggunaan dialek, penggunaan tatabahasa, percampuran kod
dan bahan yang diperkatakan. Dalam bahasa kolokial juga tidak mementingkan
struktur ayat dan sistem tatabahasa yang betul. Apa yang menjadi keutamaan
adalah penutur dapat memberikan makna yang dapat difahami oleh orang lain.
TOPIK 6 KEPELBAGAIAN BENTUK BAHASA          159



6.7        BAHASA BAKU
Apakah yang dikatakan dengan bahasa baku? Menurut Sulaiman Masri dalam
bukunya yang bertajuk Inilah Bahasa Baku (1992) telah mendefinisikan bahasa
baku sebagai bahasa yang betul dari segi ejaan, istilah, sebutan, penggunaan kata
dan frasa, ayat, singkatan dan akronim, tanda baca, dan laras bahasa. Manakala
definisi bahasa baku yang lain ialah bahasa yang menjadi dasar dan ukuran
dalam menentukan ketepatan bahasa yang digunakan (Awang Sariyan, 1993).
Dalam Wikipedia Bahasa Melayu pula menyatakan bahasa baku ialah jenis
bahasa yang menggambarkan keseragaman dalam bentuk dan fungsi bahasa.
Daripada definisi-definisi tersebut dapatlah dirumuskan bahawa bahasa baku
merupakan bahasa yang diterima untuk digunakan dalam situasi rasmi seperti
dalam perundangan, pentadbiran, persekolahan, pengajian tinggi, dan sebagai
alat sebaran am.

Penggunaan bahasa baku bertujuan untuk meningkatkan taraf bahasa Malaysia
sesuai dengan peranannya sebagai Bahasa Kebangsaan negara kita, dan supaya
bahasa kita setanding dengan bahasa-bahasa moden di dunia. Sebenarnya,
beberapa aspek bahasa Malaysia moden telah mula dibakukan pada tahun 1930-
an dengan kemunculan surat khabar dan majalah dalam Bahasa Malaysia. Usaha
ini diikuti dengan kemunculan radio. Walau bagaimanapun, aspek-aspek bahasa
baku yang menonjol dalam karangan, berita, rencana, dan cerpen pada ketika itu
hanyalah pemilihan perkataan, pembinaan ayat dan tanda baca.

Aspek-aspek sebutan, ejaan, dan laras bahasa belum dapat diselaraskan. Namun,
ini tidak bererti aspek penulisan sudah baku sepenuhnya. Kesalahan dan
ketidakselarasan masih terdapat dalam surat khabar dan majalah pada waktu
itu, malah hinggalah sekarang.


6.7.1      Ejaan Baku
Menurut Pedoman Umum Ejaan Rumi Bahasa Malaysia, terbitan Dewan Bahasa
dan Pustaka (1994), ejaan baku bermaksud ejaan yang betul. Terdapat peraturan
dan pandangan yang dikemukakan dan mesti dipatuhi untuk mengeja perkataan
dengan betul iaitu:

Keselarasan huruf vokal
Kekecualian keselarasan huruf vokal
Perkataan pinjaman, khususnya daripada Bahasa Inggeris
Awalan dan kata sendi ÊdiÊ dan ÊkeÊ
Partikel
Kata ganti singkat
160         TOPIK 6 KEPELBAGAIAN BENTUK BAHASA



Dalam topik ini hanya membincangkan mengenai keselarasan huruf vokal
sahaja. Sebagaimana yang kita ketahui bahawa keselarasan huruf vokal
melibatkan perkataan yang terbentuk daripada dua suku kata. Bagi perkataan
yang mengandungi lebih daripada dua suku kata, keselarasan huruf vokal ini
hanyalah dikenakan pada dua suku kata yang terakhir.

Terdapat 18 pola keselarasan huruf vokal. Berikut diberikan beberapa contoh:

(i)      a___a                             basah, balak
(ii)     a___i                             dalih, balik
(iii)    a___u                             basuh, batuk
(iv)     e pepet _ _ _ a                           cemas, kelam
(v)      e pepet _ _ _ i                           lebih, betik
(vi)     e pepet _ _ _ u                           telur, tempuh
(vii)    e taling _ _ _ a                          elak, dewan
(viii)   e taling _ _ _ e taling                   leceh, gelek, selekeh

Daripada 18 pola tersebut, terdapat 8 pola yang selalu mengelirukan pengguna
bahasa Malaysia. Pola tersebut merupakan perubahan daripada sistem ejaan
lama (rumi). Contohnya adalah seperti yang ditunjukkan di dalam Jadual 6.5
hingga Jadual 6.12 berikut:

(i)      Pola a _ _ _ i
                                   Jadual 6.5: Pola a _ _ _ i

         Salah                                     Baku
           Adek                                       Adik
           Balek                                      Balik
           Lateh                                      Latih
           Maseh                                      Masih
           Patek                                      Patik
           Tarek                                      Tarik

(ii)     Pola a _ _ _ u

                                   Jadual 6.6: Pola a _ _ _ u

         Salah                                     Baku
           Aros                                      Arus
           Ator                                      Atur
           Masok                                     Masuk
           Payong                                    Payung
           Sambong                                   Sambung
           Sayor                                     Sayur
TOPIK 6 KEPELBAGAIAN BENTUK BAHASA   161



(iii) Pola e (pepet) _ _ _ i

                               Jadual 6.7: Pola e (pepet) _ _ _ i

      Salah                                        Baku
        Beneh                                        Benih
        Cerdek                                       Cerdik
        Herdek                                       Herdik
        Pedeh                                        Pedih
        Pereksa                                      Periksa
        Petek                                        Petik

(iv) Pola e (pepet) _ _ _ u

                               Jadual 6.8: Pola e (pepet) _ _ _ u

      Salah                                        Baku
        Cemoh                                        Cemuh
        Gemok                                        Gemuk
        Ketok                                        Ketuk
        Penoh                                        Penuh
        Semboh                                       Sembuh
        Serbok                                       Serbuk

(v)   Pola i _ _ _ i

                                   Jadual 6.9: Pola i _ _ _ i

      Salah                                        Baku
        Bilek                                        Bilik
        Bisek                                        Bisik
        Milek                                        Milik
        Pileh                                        Pilih
        Pingger                                      Pinggir
        Seliseh                                      Selisih
162      TOPIK 6 KEPELBAGAIAN BENTUK BAHASA



(vi) Pola i _ _ _ u

                           Jadual 6.10: Pola i _ _ _ u

      Salah                                 Baku
        Bingong                               Bingung
        Hidop                                 Hidup
        Hirop                                 Hirup
        Periok                                Periuk
        Sibok                                 Sibuk
        Simpol                                Simpul

(vii) Pola u _ _ _ i

                           Jadual 6.11: Pola u _ _ _ i

      Salah                                 Baku
        Bueh                                  Buih
        Buter                                 Butir
        Kueh                                  Kuih
        Mudek                                 Mudik
        Puteh                                 Putih
        Puleh                                 Pulih

(viii) Pola u _ _ _ u

                          Jadual 6.12: Pola u _ _ _ u

      Salah                                 Baku
        Bunoh                                 Bunuh
        Burok                                 Buruk
        Burong                                Burung
        Dudok                                 Duduk
        Gulong                                Gulung
        Busok                                 Busuk


6.7.2       Sebutan Baku
Sebutan dalam bahasa Malaysia hendaklah berdasarkan ejaan dengan pengertian
bahawa setiap huruf dilafazkan menurut nilai bunyinya dalam bahasa Malaysia
(Sulaiman Masri, 1992). Sebutan baku ini bertujuan untuk menyeragamkan
sebutan dalam bahasa Malaysia terutamanya apabila digunakan dalam urusan
rasmi. Urusan rasmi yang dimaksudkan di sini ialah apa sahaja bentuk
TOPIK 6 KEPELBAGAIAN BENTUK BAHASA            163



penyampaian atau pengumuman berita sama ada melalui radio mahupun
televisyen; proses pembelajaran dan pengajaran sama ada di sekolah, maktab
ataupun di universiti, penyampaian syarahan, pidato, ceramah, dan kertas kerja.
Ini bermakna, sebutan baku tidak perlu digunakan dalam perbualan biasa.

Setiap perkataan sama ada bahasa Malaysia jati atau perkataan serapan
hendaklah disebut berdasarkan ejaan. Berikut merupakan beberapa panduan
yang perlu dipatuhi bagi menghasilkan sebutan baku dengan betul:

(a)   Huruf Vokal
      Sebagaimana yang kita semua sedia maklum, terdapat enam vokal tulen
      yang patut disebut dengan betul menurut nilai bunyinya masing-masing
      iaitu /a/, /e/, / /, /i/, /o/, dan /u/.

      Semua huruf vokal ini perlulah dilafazkan dengan bunyi [a], [e], [ ], [i], [o],
      dan [u] pada semua kedudukan, sama ada di awal perkataan, di tengah
      perkataan atau di akhir perkataan.

(b)   Huruf Diftong
      Dalam bahasa Malaysia, terdapat tiga huruf diftong iaitu /ai/, /oi/, dan
      /au/. Huruf-huruf diftong ini seperti juga huruf-huruf vokal perlu
      dilafazkan dengan bunyi [ai], [oi], dan [au].

      Huruf diftong ai dilafazkan dengan bunyi (ai) pada semua kedudukan.
      Contohnya:

               Ejaan                          Sebutan
               aidilfitri                     [ai + dil + fit + ri]
               hairan                         [hai + ran]
               pantai                         [pan + tai]

      Huruf diftong au dilafazkan dengan bunyi (au) pada semua kedudukan.
      Contohnya:

               Ejaan                          Sebutan
               audit                          [au + dit]
               aurat                          [au + rat]
               autonomi                       [au + to + no + mi]
               harimau                        [ha + ri + mau]
164      TOPIK 6 KEPELBAGAIAN BENTUK BAHASA



      Huruf diftong oi termasuklah perkataan. Contohnya:

              Ejaan                       Sebutan
              sepoi                       [s + poi]
              kaloi                       [ka + loi]
              konvoi                      [kon + voi]

(c)   Huruf Konsonan
      Terdapat 26 huruf konsonan dalam bahasa Malaysia. Huruf konsonan g
      daripada perkataan pinjaman dilafazkan dengan bunyi (g), bukan (j).
      Contohnya:

              Ejaan                       Sebutan
              agenda                      [a + gen + da]
              agensi                      [a + gen + si]
              geografi                    [geo + gra + fi]
              strategi                    [stra + te + gi]
              teknologi                   [tek + no + lo + gi]
              tragedi                     [tra + ge + di]

      Bunyi (g) bagi huruf g ini sama dengan bunyi dalam perkataan Melayu jati
      yang dilafazkan dengan bunyi (g). Contohnya:

               Ejaan                        Sebutan
               gigi                         [gi + gi]
               gelagat                      [ge + la + gat]
               pagi                         [pa + gi]
      Huruf r dilafazkan dengan bunyi (r) pada semua kedudukan. Contohnya:

              Ejaan                       Sebutan
              kotor                       [ko + tor]
              meter                       [me + t r]
              pasar                       [pa + sar]
              pelantar                    [p + lan + tar]
              resam                       [r + sam]

(d)   Huruf Gugus Konsonan

      Sebutan bagi gugus konsonan didasarkan kepada pedoman umum seperti
      yang berikut:
TOPIK 6 KEPELBAGAIAN BENTUK BAHASA         165



     Gugus konsonan di awal perkataan dilafazkan sepenuhnya. Contohnya:

     Ejaan                 Sebutan
     drama                 [dra + ma]
     klasik                [kla + sik]
     profesor              [pro + fe + sor]
     psikologi             [psi + ko + lo + gi]
     strategi              [stra + te + gi]

     Gugus konsonan di akhir perkataan yang dilafazkan sepenuhnya.
     Contohnya:

     Ejaan                 Sebutan
     ambulans              [am + bu + lans]
     forseps               [for + seps]

     insurans              [in + su + rans]
     sains                 [sains]

     Gugus konsonan yang dilafazkan sebagai fonem tunggal. Contohnya:

     Ejaan                 Sebutan
     kloroform             [klo + ro + fom]
     konsert               [kon + s t]
     standard              [stan + dad]

     Sebutan gugus konsonan di tengah kata dipertahankan walaupun dari segi
     transkripsi dipisahkan menurut pola suku kata. Contohnya:


     Ejaan                         Sebutan
     preskriptif                   [pres + krip + tif]
     geografi                      [geo + gra + fi]
     kilogram                      [kilo + gram]
     rekrut                        [rek + rut]
     transkripsi                   [trans + krip + si]

6.8       PENGGUNAAN ISTILAH
Secara umum, istilah bermaksud satu perkataan atau gabungan kata yang jelas
menerangkan suatu konsep, makna, proses, keadaan atau sifat khusus dalam
bidang tertentu, yang disepakati oleh pakar-pakar bidang berkenaan. Dengan
perkataan lain, istilah ialah satu perkataan, atau perkataan-perkataan yang
dikawal dan untuk tujuan khusus oleh pakar-pakar dalam bidang ilmu tertentu
166     TOPIK 6 KEPELBAGAIAN BENTUK BAHASA



(Sulaiman Masri, 1992). Ini bermaksud, perkataan yang dinamakan istilah ini
hanya terbatas penggunaannya dalam satu bidang yang berkenaan sahaja. Suatu
istilah yang bersifat umum, iaitu istilah yang digunakan oleh beberapa bidang
ilmu dikenali sebagai istilah umum. Istilah umum ini lama-kelamaan boleh
menjadi perkataan hari-hari.

Dari segi bahasa baku, istilah yang betul bererti suatu perkataan atau gabungan
perkataan khusus digunakan bagi melambangkan konsep dalam bidang ilmu
tertentu. Terdapat istilah yang menggambarkan suatu konsep dan terbatas
penggunaannya dalam satu bidang ilmu sahaja. Selain itu, terdapat juga istilah-
istilah yang melambangkan lebih daripada satu konsep dan digunakan oleh
beberapa bidang ilmu. Misalnya, pengagihan (istilah ekonomi), taburan (istilah
geografi), dan pembahagian (istilah umum).

Dengan penjelasan di atas, kita dapat memahami istilah sebagai perkataan atau
gabungan perkataan yang terkawal dan hanya digunakan oleh golongan
profesional apabila mereka bercakap tentang bidang ilmu yang mereka ceburi
atau kuasai. Seorang doktor perubatan tentu akan kelihatan lebih pakar dan
mahir apabila berbual-bual dengan teman sejawatannya dalam ilmu perubatan.
Seorang ahli linguistik akan kelihatan lebih pakar dan lancar apabila berbual-
bual dengan teman sebidang.

Dalam bidang komunikasi begini, muncullah beberapa istilah, iaitu perkataan
terkawal dan khusus atau jarang didengar, yang digunakan oleh golongan pakar
perubatan dan pakar bahasa. Sebaliknya, jika seorang doktor perubatan dengan
seorang ahli linguistik berbincang tentang penyakit darah tinggi, maka tentulah
ahli linguistik itu menghadapi masalah memahami beberapa istilah perubatan.

Pada kebiasaannya, istilah digubal atau dicipta oleh pakar ilmu tertentu secara
perseorangan. Dialah kemudiannya memperkenalkan istilah itu supaya
digunakan oleh orang yang mempelajari bidang baharu itu, atau apabila bidang
tersebut diumumkan kepada orang ramai. Misalnya, minyak diesel, merupakan
kandungan minyak yang dikaji oleh Randolph Diesel. Seterusnya, jika suatu
ilmu dipindahkan daripada satu masyarakat kepada masyarakat yang lain,
biasanya istilah tersebut perlu disahkan oleh beberapa orang pakar atau ahli
dalam bidang ilmu berkenaan. Dalam ilmu peristilahan moden, sesuatu istilah
hendaklah disepakati oleh pakar-pakar bidang, peristilahan, bahasa dan wakil
pengguna menerusi jawatankuasa istilah bidang berkenaan.

Di Malaysia, istilah-istilah dalam pelbagai bidang ilmu telah digubal, disepakati,
disahkan, diselaraskan dan kemudiannya diterbitkan untuk disebarkan. Proses
penyebaran istilah-istilah yang telah dipersetujui oleh semua pihak akan
disebarkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dengan kerjasama pakar-
pakar pelbagai bidang ilmu, ahli bahasa, ahli peristilahan dan wakil pengguna.
TOPIK 6 KEPELBAGAIAN BENTUK BAHASA         167



Semua istilah ini diterbitkan oleh DBP boleh dianggap betul kerana kira-kira 600
ribu istilah untuk 450 bidang ilmu yang ada setakat ini telah disepakati oleh
beberapa kumpulan pakar yang berwibawa daripada beberapa agensi kerajaan,
swasta dan golongan profesional lain.

Oleh itu, penggunaan istilah-istilah yang diterbitkan oleh DBP atau badan lain
yang menggubal istilah berdasarkan pedoman tertentu adalah sangat
digalakkan. Jika beberapa istilah yang terpaksa diubah kerana menyalahi konsep
atau ciri sebenar, maka DBP dan badan yang bekerjasama dengannya akan
membuat pengumuman rasmi. Bagaimanapun, istilah yang terpaksa diubah ini
tidak banyak jumlahnya. Jadual 6.13 berikut menyenaraikan beberapa contoh
penggunaan istilah:

                      Jadual 6.13: Contoh Penggunaan Istilah

                  SALAH                                 BETUL
    Negara yang membangun                 Negara membangun
    Negara yang maju                      Negara maju
    Keluaran yang baru                    Keluaran baru
    Aktiviti terjemahan                   Aktiviti penterjemahan
    Padang penembakan                     Padang tembak
    Hutan simpanan                        Hutan simpan
    Tanah simpanan Melayu                 Tanah simpan Melayu
    Tempat pertanyaan                     Tempat (ber) tanya
    Tempat meletak kereta                 Tempat letak kereta
    Ali restoran                          Restoran Ali


Berdasarkan apa yang telah dibincangkan itu, dapatlah kita simpulkan bahawa
penggunaan bahasa baku di kalangan masyarakat di negara ini perlu dipandang
serius kerana terdapat banyak perkataan-perkataan yang dieja dan disebut tidak
berdasarkan kepada penggunaan bahasa baku. Sebagai contoh, jika di dalam
konteks pentadbiran dan pengurusan, fungsi yang harus ditekankan ialah fungsi
objektif, iaitu bahasa baku sebagai rangka rujukan untuk menentukan salah
betulnya penggunaan bahasa. Jika fungsi objektif ini tidak ditegaskan, nescaya
bahasa yang digunakan dalam pentadbiran dan pengurusan akan berbeza-beza
bentuknya. Apabila hal ini terjadi, maka kecekapan pentadbiran dan pengurusan
akan tergugat. Oleh itu, diharap dengan pembakuan sebutan maka lengkaplah
usaha untuk membakukan bahasa Malaysia agar menjadi bahasa moden yang
mampu mengungkapkan konsep canggih dalam pelbagai bidang ilmu. Usaha ini
diharapkan dapat memudahkan komunikasi antara individu, kelompok
individu, ataupun masyarakat secara keseluruhan dengan lebih berkesan.
168     TOPIK 6 KEPELBAGAIAN BENTUK BAHASA




6.9       BAHASA RASMI

Bahasa Rasmi adalah bahasa yang digunakan dalam situasi rasmi, iaitu dalam
urusan pemerintahan dan pentadbiran, sistem pendidikan negara, urusan
perdagangan dan perusahaan, upacara rasmi, kehakiman dan sebagainya.
Menurut Tatabahasa Dewan Edisi Baharu, bahasa rasmi ialah bahasa yang
digunakan untuk pentadbiran dan urusan rasmi sesebuah negara. Namun,
bahasa rasmi tidak semestinya bahasa kebangsaan dan bahasa kebangsaan pula
tidak semestinya bahasa rasmi.

Menurut Kamus Dewan, bahasa rasmi ialah bahasa pentadbiran. Bahasa rasmi
juga merupakan bahasa perhubungan awam, bahasa pengantar serta bahasa
ilmiah di sekolah-sekolah dan institusi-institusi pengajian tinggi. Sesebuah
negara, khususnya yang baru mencapai kemerdekaan akan mendaulatkan
bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara. Begitu juga dengan negara
Malaysia yang memilih bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan dan bahasa
Melayu juga dijadikan bahasa rasmi negara.

Bahasa rasmi tidak perlu menjadi Bahasa Kebangsaan kerana bahasa rasmi
adalah bahasa yang semata-mata dianggap sebagai alat untuk tujuan tertentu
yang tidak perlu dikaitkan dengan semangat kebangsaan. Biasanya bahasa rasmi
dipilih daripada salah satu bahasa anak negeri dan ada kalanya dipilih
berdasarkan bahasa bekas penjajah. Bagi negara yang mempunyai bahasa yang
maju, bahasa yang banyak laras bahasanya akan diangkat menjadi bahasa rasmi.
Bahasa rasmi boleh sahaja dipilih daripada mana-mana bahasa yang sesuai
asalkan bahasa itu mempunyai sistem tulisan, tradisi sastera dan boleh dijadikan
bahasa perhubungan antara kerajaan dan rakyat jelata. Contohnya, bahasa
Melayu menjadi bahasa rasmi kerana bahasa ini dapat digunakan sebagai bahasa
ilmu dan dapat difahami umum. Contoh yang lain ialah negara Filipina yang
mencapai kemerdekaan telah menobatkan bahasa Tagalog sebagai bahasa
kebangsaan manakala untuk bahasa rasmi mereka telah memilih bahasa
Inggeris. Negara India pula telah menjadikan bahasa Hindi sebagai bahasa
kebangsaan dan untuk bahasa rasmi mereka juga memilih bahasa Inggeris.
Negara Indonesia telah mengambil bahasa Indonesia sebagai bahasa kebangsaan
dan sebagai bahasa rasmi negara itu. Singapura pula telah menobatkan bahasa
Melayu sebagai bahasa kebangsaan namun mengambil empat bahasa yang
berlainan untuk dijadikan bahasa rasmi sesuai dengan negara tersebut yang
mempunyai pelbagai bahasa dan bangsa. Empat bahasa rasmi tersebut ialah
bahasa Inggeris, bahasa Mandarin, bahasa Melayu dan bahasa Tamil.

Sebagai bahasa rasmi bahasa Melayu ditetapkan menjadi prasarana komunikasi
dalam bidang pentadbiran. Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan menyatakan
bahawa bahasa rasmi digunakan untuk semua urusan rasmi di peringkat
TOPIK 6 KEPELBAGAIAN BENTUK BAHASA         169



kerajaan persekutuan, kerajaan negeri dan juga badan berkanun. Contohnya
dalam bidang pentadbiran undang-undang, kehakiman dan mahkamah.
Kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa mahkamah bertambah baik setelah
Seksyen 8 Akta Bahasa Kebangsaan dipinda pada Jun 1991 (wikipedia.org).


6.9.1     Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Rasmi
Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi sememangnya jelas sekali digunakan
sebagai bahasa rasmi pemerintahan kerajaan bermula dari kerajaan awal di
Nusantara. Kepulauan Melayu memang terkenal dengan pelbagai bahasa
tempatan yang berlainan dari sebuah pulau ke sebuah pulau. Namun daripada
dokumen perutusan Raja Melayu dahulu, ternyata bahasa Melayu digunakan
sebagai perutusan. Sebagai contohnya, utusan Sultan Alaudin Acheh kepada
Harry Middleton dan Surat Raja Bendahara Paduka Seri Maharaja Brunei kepada
Kapitan Inggeris di Jambi. Ini membuktikan bahawa bahasa Melayu itu juga
menjadi bahasa rasmi perutusan kerajaan Melayu pada zaman tersebut.

Kini, bahasa Melayu sememangnya mempunyai fungsi penting dalam
membentuk perpaduan. Maksud perpaduan ialah menimbulkan sikap bersatu
terhadap kesetiaan bahasa. Misalnya, apabila orang berlainan bangsa bertemu,
mereka dapat mengeratkan hubungan di antara satu sama lain dengan
penggunaan satu bahasa iaitu bahasa Melayu.

Sebagai bahasa utama bagi negara yang baru terlepas daripada penjajahan,
bahasa Melayu juga mempunyai peranan sebagai bahasa rasmi negara. Bahasa
rasmi bermaksud bahasa yang digunakan dalam urusan pentadbiran kerajaan,
sistem pendidikan negara, urusan perniagaan dan upacara-upacara rasmi.
Bahasa kebangsaan biasanya satu bagi setiap negara, tetapi bahasa rasmi tidak
demikian. Bahasa rasmi boleh lebih daripada satu, mungkin dua, tiga atau empat
bagi sesebuah negara. Bahasa Melayu menjadi bahasa rasmi negara bukan sejak
bermula kemerdekaan, sebaliknya hanya bermula pada tahun 1969.

Bahasa Melayu dijadikan bahasa rasmi kerana beberapa sebab iaitu bahasa
Melayu sudah menjadi bahasa kebangsaan dan berupaya mengambil alih fungsi
bahasa Inggeris, maka layaklah bahasa Melayu dijadikan bahasa rasmi. Bahasa
Melayu juga mudah difahami oleh semua kaum di negara ini, maka dalam
urusan rasmi, rakyat tidak menghadapi masalah menggunakan bahasa Melayu.

Setelah menjadi bahasa rasmi, keupayaan bahasa Melayu perlu diperkukuhkan.
Oleh itu, bahasa Melayu dijadikan bahasa pengantar di sekolah bermula pada
tahun 1970. Menteri Pelajaran ketika itu, Abdul Rahman Yaakob telah
mengarahkan semua sekolah kebangsaan aliran Inggeris menggunakan bahasa
Melayu secara berperingkat-peringkat. Kini, bahasa Melayu telah menjadi
bahasa pengantar bukan sahaja di sekolah, malah di peringkat universiti.
170      TOPIK 6 KEPELBAGAIAN BENTUK BAHASA



Penggunaan bahasa pengantar ini akan mewujudkan satu suasana kebangsaan
yang membabitkan semua rakyat tanpa mengira kaum. Dengan itu, bahasa
Melayu mempunyai fungsi yang penting sebagai bahasa rasmi negara.


6.9.2      Usaha Memartabatkan Bahasa Melayu
           Sebagai Bahasa Rasmi
Terdapat pelbagai usaha untuk memartabatkan bahasa rasmi negara kita iaitu
bahasa Melayu. Antaranya ialah seperti berikut:

(a)   Perlembagaan Persekutuan Perkara 152
      Menetapkan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi bagi negara Malaysia.
      Contohnya, dalam Fasal 6 menyentuh bahawa bahasa Melayu digunakan
      untuk maksud rasmi dalam apa sahaja urusan kerajaan, sama ada Kerajaan
      Persekutuan atau Kerajaan Negeri dan urusan pihak-pihak berkuasa.

(b)   Pendidikan
      Di peringkat persekolahan, sama ada sekolah rendah dan sekolah
      menengah menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar. Malah,
      Universiti Kebangsaan Malaysia telah ditubuhkan sebagai pusat pengajian
      tinggi yang menggunakan bahasa Melayu dalam semua urusan rasmi
      termasuk urusan pentadbiran dan sebagai bahasa pengantar.

(c)   Peranan pelbagai pihak
      Pelbagai pihak memainkan peranan yang penting dalam memperjuangkan
      hak bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi. Sebagai contohnya, Datuk Dr.
      Rais Yatim merupakan salah seorang tokoh yang memperjuangkan Bahasa
      Melayu malah beliau telah mewajibkan bahasa Melayu dijadikan bahasa
      rasmi dalam majlis rasmi, dan rancangan-rancangan di televisyen semasa
      beliau masih menjadi menteri penerangan. Selain itu, contoh lain yang
      dapat dilihat sebagai usaha memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa
      rasmi ialah menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar rasmi
      dalam Sukan Komanwel VXI di Kuala Lumpur pada tahun 1998. Pemilihan
      bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dalam sukan tersebut bagi
      memperlihatkan kemampuan bahasa Melayu kepada dunia, bukan saja
      untuk saranan komunikasi kesukanan tetapi juga untuk menonjolkan
      peranannya dalam pembinaan identiti bangsa dan negara. Hal ini jelas
      menunjukkan peranan bahasa rasmi yang luas terhadap pelbagai bidang di
      negara kita.

      Kesimpulannya, bahasa rasmi memainkan peranan penting dalam
      sesebuah negara. Bahasa rasmi bukan sahaja berfungsi sebagi bahasa
      perhubungan malah melambangkan identiti sesebuah negara. Contohnya,
TOPIK 6 KEPELBAGAIAN BENTUK BAHASA         171



     bahasa Melayu dipilih sebagai bahasa rasmi di Malaysia dan bahasa ini
     melambangkan identiti negara Malaysia yang mempunyai penduduk yang
     majoritinya berbangsa Melayu. Penggunaan bahasa rasmi bukan sahaja
     memudahkan urusan terutama dalam berkomunikasi malah melicinkan
     urusan pentadbiran kerana dapat mewujudkan keseragaman bahasa yang
     digunakan dalam sesuatu urusan kerajaan. Namun, hal ini bukan
     bermakna bahasa lain tidak boleh digunakan dalam sesuatu urusan
     kerajaan. Bahasa Inggeris yang menjadi bahasa pengantar kedua di negara
     ini masih boleh digunakan untuk tujuan urusan rasmi iaitu semasa
     prosiding dalam mahkamah. Walau bagaimanapun, penggunaan bahasa
     rasmi negara haruslah sentiasa diutamakan dalam apa jua urusan rasmi
     yang dijalankan.

6.10 BAHASA KEBANGSAAN
„Bahasa Jiwa Bangsa‰ dengan jelas menunjukkan kepentingan bahasa dalam
memupuk perpaduan antara kaum. Menyedari hakikat ini, kerajaan telah
menjadikan bahasa Melayu (pada satu ketika dikenali sebagai bahasa Malaysia)
sebagai bahasa kebangsaan negara kita. Mulai tahun 1970, bahasa Melayu secara
berperingkat-peringkat telah menggantikan bahasa Inggeris sebagai bahasa
pengantar di sekolah-sekolah.

Sebuah badan berkanun iaitu Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) adalah
bertanggungjawab untuk memaju dan memperkayakan bahasa Melayu kita.
Kepentingan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi
negara ini berpaksi pada Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan, selain daripada
Akta Bahasa Kebangsaan dan Akta Pendidikan yang sedia ada.


6.10.1 Dasar Bahasa Kebangsaan
Pemilihan satu bahasa kebangsaan bagi negara Malaysia timbul sebab perlunya
diadakan satu lambang penyatuan, iaitu dengan harapan bahawa bahasa itu
dapat menjadi dasar bagi satu identifikasi kebangsaan. Peranan bahasa sebagai
faktor penyatuan disalurkan melalui sistem pelajaran kebangsaan, sebagaimana
tercatat dalam mukadimah Akta Pendidikan seperti berikut:

„⁄ dan untuk merancangkan perkembangan satu sistem pelajaran iaitu bahasa
kebangsaan adalah bahasa pengantar yang utama.‰

Di samping memenuhi keperluan menjadi lambang penyatuan, penubuhan satu
bahasa kebangsaan juga timbul daripada desakan semangat kebangsaan yang
mahukan bahasa penjajah diambil alih oleh bahasa Bumiputera. Menurut Tunku
Abdul Rahman;
172     TOPIK 6 KEPELBAGAIAN BENTUK BAHASA



„Adalah wajar bahawa sebagai satu negara membangun, kita memerlukan satu
bahasa kepunyaan sendiri. Jika bahasa kebangsaan tidak diadakan, negara kita
akan ketiadaan nyawa.‰

Dasar bahasa kebangsaan merupakan asas terpenting bagi perkembangan bahasa
Melayu di Malaysia. Dasar ini memenuhi konsep perancangan taraf bahasa.
Dengan adanya dasar bahasa yang menentukan pemilihan bahasa kebangsaan
dan bahasa rasmi, barulah dilakukan tahap-tahap seterusnya, iaitu propaganda,
pembinaan dan peluasan penggunaannya.

Dasar bahasa di Malaysia meletakkan kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa
kebangsaan dan bahasa rasmi, seperti terkandung dalam Perkara 152
Perlembagaan Persekutuan. Dasar bahasa negara ini juga dianggap bermula
dengan idealisme, iaitu untuk menyaksikan satu rupa bangsa yang bersatu iaitu
pembentukan budaya kebangsaan selaras dengan keinginan dan hasrat
membentuk satu bangsa Malaysia yang mempunyai identiti keperibadian yang
dapat dibanggakan dan penuh dengan kesetiaan kepada negara, memupuk ciri-
ciri pengenalan rakyat yang relatif seragam, menegakkan persatuan antara
kaum-kaum yang mendiami negara ini dan menobatkan Bahasa Melayu sebagai
sarana komunikasi yang berkesan dalam sektor-sektor penting negara.


6.10.2 Fungsi Bahasa Melayu Sebagai Bahasa
       Kebangsaan
Secara khusus, fungsi utama bahasa kebangsaan adalah untuk menerbitkan
lambang inspirasi dan semangat kebangsaan dan kemerdekaan. Tidak
ketinggalan juga, pengisian bahasa kebangsaan dapat bertindak sebagai alat
perhubungan, dan dengan demikian akan menghasilkan satu masyarakat yang
mempunyai pandangan hidup yang tidak begitu berbeza. Usaha untuk
memupuk rakyat Malaysia melalui penggunaan satu bahasa yang sama ini
dicadangkan berdasarkan sistem pendidikan kebangsaan yang terkandung
dalam Laporan Jawatankuasa Pelajaran 1955, yang kemudiannya dikenali
dengan nama Penyata Razak (1956).

Tidak dinafikan bahawa fungsi bahasa Melayu adalah berterusan. Menurut
Chew Hock Thye (1975), bahasa Melayu mula-mula berfungsi sebagai asas bagi
perjuangan kemerdekaan, dan kemudian sebagai asas untuk menyatukan rakyat
yang berbilang bangsa dan keturunan yang telah mencapai kemerdekaan itu.
TOPIK 6 KEPELBAGAIAN BENTUK BAHASA         173




6.10.3 Akta Bahasa Kebangsaan
Perkara 152, Perlembagaan Persekutuan mencatatkan bahasa Melayu yang
kemudiannya disebut bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi ialah seperti berikut:

     „Bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu dan hendaklah ditulis
     dalam apa-apa tulisan sebagaimana yang diperuntukkan dengan
     undang-undang oleh parlimen.‰

Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67 (disemak 1971) mula berkuat kuasa pada April
1963. Akta ini mengandungi tiga seksyen, iaitu meliputi aspek-aspek tulisan,
bentuk angka dan bahasa dalam borang rasmi kerajaan. Sepuluh tahun selepas
merdeka, Akta Bahasa Kebangsaan 1976 diluluskan di Semenanjung Malaysia.
Akta tersebut kemudiannya disemak dan disatukan dengan Akta Bahasa
Kebangsaan 1963 menjadi Akta Bahasa Kebangsaan 1976.

Akta ini dengan jelas memperuntukkan bahawa selepas 1 September 1967,
bahasa kebangsaan hendaklah digunakan bagi maksud-maksud rasmi, kecuali
dalam beberapa kes tertentu seperti undang-undang yang sedia ditulis dalam
bahasa Inggeris, perhubungan dengan dunia luar dan sebagainya.

Di peringkat sekolah, pada mulanya bahasa Melayu dijadikan bahasa pengantar
hanya pada peringkat sekolah rendah. Sejak tahun 1958, bahasa Melayu
diperkenalkan sebagai bahasa pengantar di kelas-kelas menengah aliran Melayu
yang kemudiannya menjadi sekolah menengah kebangsaan. Pada tahun 1983,
universiti-universiti tempatan pertama kali menerima pelajar Tahun 1 yang telah
mendapat keseluruhan pendidikan dalam bahasa pengantar bahasa Melayu.


6.10.4 Akta Pendidikan
Akta Pendidikan (asalnya Akta Pelajaran 1961) menegaskan peranan bahasa
Melayu sebagai bahasa pengantar utama di sekolah-sekolah. Sebelum wujudnya
Akta Pendididkan, dalam Laporan Razak dan Laporan Rahman Talib telah
menegaskan bahawa bahasa Melayu dijadikan bahasa pengantar utama dalam
sistem pendidikan negara, sama ada peringkat rendah mahupun menengah,
termasuk sekolah-sekolah jenis kebangsaan, ataupun di peringkat universiti.
Cara ini dapat memperkukuhkan kedudukan dan taraf bahasa Melayu sehingga
mampu menjadi wadah serta dapat menyaingi bahasa-bahasa maju yang lain.

Bahasa Kebangsaan mempunyai kerangka yang amat kukuh. Menerusi
pernyataan Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan, akta Bahasa Kebangsaan
dan Akta Pendidikan, bahasa Melayu mampu untuk pergi lebih jauh lagi. Bahasa
174         TOPIK 6 KEPELBAGAIAN BENTUK BAHASA



Melayu mampu menjadi bahasa antarabangsa jika usaha untuk memperluaskan
penggunaannya dilipatgandakan.

Untuk mempertahankan martabat bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan
dan bahasa rasmi negara, kesepaduan rakyat mestilah sentiasa digembleng.
Tegasnya, penggunaan satu bahasa (bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan)
akan berjaya mencerminkan jalinan hubungan rakyat Malaysia yang sejati.

Jelaslah bahawa Malaysia yang mempunyai pelbagai etnik serta menuturkan
bahasa-bahasa yang berlainan memerlukan satu bahasa, iaitu bahasa kebangsaan
sebagai dasar bahasa rasmi. Di samping itu, bahasa juga dapat dijadikan alat
terpenting untuk mewujudkan dan mengekalkan perpaduan antara kaum. Ini
dapat mewujudkan negara yang aman dan damai disebabkan semua kaum
bersatu disebabkan penggunaan bahasa yang sama iaitu bahasa Melayu sebagai
bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan Malaysia. Kerjasama daripada semua
kaum dalam memilih atau persetujuan bahasa Melayu sebagai Bahasa
Kebangsaan merupakan satu langkah yang baik untuk negara supaya terus maju
tanpa sebarang gangguan.

Bukan sahaja bahasa Melayu digunakan di Malaysia, malahan perlu
mengembangkannya ke seluruh dunia dalam menjadikan bahasa Melayu sebagai
bahasa antarabangsa. Justeru, kerajaan juga telah menjalankan pelbagai cara
untuk mengembangkan penggunaan bahasa Melayu dan dalam masa yang
singkat, bahasa Melayu telah nampak memancarkan cahayanya ke seluruh
negara.


            SEMAK KENDIRI 6.1

      (a)   Berdasarkan kepentingan bentuk-bentuk bahasa, jelaskan peranan
            bahasa Melayu dalam konteks negara dalam membentuk
            perpaduan di kalangan rakyat.




      Isoglos sebagai garis yang dilakar di sekeliling satu kawasan yang
      mempunyai ciri sebutan, tatabahasa, atau kosa kata tertentu yang serupa.
      Keluasan isoglos atau sempadan wilayah bahasa atau dialek ditentukan oleh
      faktor perpindahan.
      Dialek geografi merupakan satu bahasa yang digunakan di setiap daerah
      yang mempunyai kelainan dari sudut bentuk bahasa, sebutan, intonasi, kosa
      kata dan fonem berdasarkan ruang geografi yang terdapat di sekitarnya.
TOPIK 6 KEPELBAGAIAN BENTUK BAHASA      175



Pidgin adalah bahasa yang berkembang sebagai alat komunikasi antara dua
kelompok masyarakat yang tidak mempunyai bahasa yang khusus untuk
dituturkan dalam kelompok masyarakat tersebut.
Bahasa kreol sebagai bahasa pidgin yang telah mempunyai penutur-penutur
yang menukarkannya sebagai bahasa pertama.
Antara faktor yang telah mempengaruhi kewujudan bahasa kreol adalah
faktor geografi, perkahwinan, perniagaan dan sebagainya.
Bahsa kolokial ialah bahasa yang dipakai sehari-hari oleh masyarakat yang
tinggal di daerah tertentu.
Dialek ialah abentuk tertentu atau variasi satu bahasa yang berhubung
dengan satu kawasan geografi atau kumpulan masyarakat.
Bahasa baku ialah bahasa yang betul dari segi ejaan, istilah, sebutan,
penggunaan kata dan frasa, ayat, singkatan dan akronim, tanda baca, dan
laras bahasa.
Terdapat enam vokal tulen yang patut disebut dengan betul menurut nilai
bunyinya masing-masing iaitu /a/, /e/, / /, /i/, /o/, dan /u/.
Terdapat tiga huruf diftong iaitu /ai/, /oi/, dan /au/.
Istilah bermaksud satu perkataan atau gabungan kata yang jelas
menerangkan suatu konsep, makna, proses, keadaan atau sifat khusus dalam
bidang tertentu, yang disepakati oleh pakar-pakar bidang berkenaan.
Bahasa Rasmi adalah bahasa yang digunakan dalam situasi rasmi, iaitu
dalam urusan pemerintahan dan pentadbiran, sistem pendidikan negara,
urusan perdagangan dan perusahaan, upacara rasmi, kehakiman dan
sebagainya.
Pemilihan satu bahasa kebangsaan bagi negara Malaysia timbul sebab
perlunya diadakan satu lambang penyatuan, iaitu dengan harapan bahawa
bahasa itu dapat menjadi dasar bagi satu identifikasi kebangsaan.
Dasar bahasa di Malaysia meletakkan kedudukan bahasa Melayu sebagai
bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi, seperti terkandung dalam Perkara 152
Perlembagaan Persekutuan.
Fungsi utama Bahasa Kebangsaan adalah untuk menerbitkan lambang
inspirasi dan semangat kebangsaan dan kemerdekaan.
176       TOPIK 6 KEPELBAGAIAN BENTUK BAHASA




 Baba                                      Chibaacano
 Ekamorfis                                 Isoglos
 Jargon                                    Kolokial
 Kreol                                     Pelat
 Pidgin                                    Slanga
 Sranan                                    Targot
 Tekrur                                    Variasi




Asmah Haji Omar. (1991). Aspek bahasa dan Kajiannya. Kuala Lumpur: Dewan
  Bahasa dan Pustaka.

Awang Sariyan. (1993). Bahasa Melayu Baku dan Perancangan Bahasa. Kuala
  Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Bahasa       inklusif. (2008). Diakses    Februari      16,   2008    daripada
      http://fosee.mmu.edu.my/~maaroff/inklusif.doc

Chambers, J.K. (1990). Dialektologi (Annuar Ayub, Terjemah). Kuala Lumpur:
   Dewan Bahasa dan Pustaka.


Extreme Hawai Fun Pidgin Team. (2008). Full on pidgin. Diakses Julai 30
   daripada www.extreme-hawaii.com/pidgin/

Ismail Dahaman. (1994). Pedoman Sebutan Baku Bahasa Melayu. Kuala Lumpur:
   Dewan Bahasa dan Pustaka.

Ismail Hussein. (1992). Sejarah pertumbuhan bahasa kebangsaan kita. Kuala
   Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kemunculan bentuk bahasa kreol yang terpesong dalam masyarakat Melayu dan
  implikasinya terhadap pembaikan bahasa. (2008). Diakses Februari 16, 2008
      daripada http://members.tripod.com

Lyons, J. (1994). Bahasa dan linguistik: Suatu pengenalan (Ramli Salleh dan Toh
   Kim Hoi, Terjemah). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
TOPIK 6 KEPELBAGAIAN BENTUK BAHASA          177




Mansoer Pateda. (1994). Sosiolinguistik. Indonesia: Penerbit Angkasa Bandung.
  Melayu     kreol    (2008).    Diakses    Februari    16,   2008   daripada
  http://id.wikipedia.org/wiki/Bahasa_Melayu

Noresah Baharom. (2005). Kamus dewan edisi keempat. Kuala Lumpur: Dewan
   Bahasa dan Pustaka.

Portal Pendidikan Utusan. (n.d.). Variasi bahasa. Diakses Julai 25, 2008 daripada
   http://www.tutor.com.my/tutor/stpm/variasi_bahasa.htm

Pidgin.com. (2008). Diakses Julai 28, 2008 daripada
   http://www.pidgin.com

Pidgin-magazine. (2008) Diakses Julai 28, 2008 daripada
   http://www.pidgin-magazine.net/

Teo Kok Seong. (1997). Pidgin. Pelita Bahasa, 40-43.

Trudgill, P. (1984). Sosiolinguistik: Satu pengenalan (Nik Safiah Karim,
   Terjemah). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Más contenido relacionado

La actualidad más candente

Vokal dan konsonan
Vokal dan konsonanVokal dan konsonan
Vokal dan konsonanbunikshah
 
Penulisan Akademik : Laras Bahasa
Penulisan Akademik : Laras BahasaPenulisan Akademik : Laras Bahasa
Penulisan Akademik : Laras BahasaHafezah Yusof
 
Laras bahasa sastera
Laras bahasa sasteraLaras bahasa sastera
Laras bahasa sasteraung sii mee
 
Variasi bahasa
Variasi bahasaVariasi bahasa
Variasi bahasaFara Piruz
 
FONETIK DAN FONOLOGI (VOKAL & KONSONAN)
FONETIK DAN FONOLOGI (VOKAL & KONSONAN)FONETIK DAN FONOLOGI (VOKAL & KONSONAN)
FONETIK DAN FONOLOGI (VOKAL & KONSONAN)murni mohamat
 
Beberapa konsep tentang morfologi
Beberapa konsep tentang morfologiBeberapa konsep tentang morfologi
Beberapa konsep tentang morfologinelson fredoline
 
Nota Sosiolinguistik
Nota SosiolinguistikNota Sosiolinguistik
Nota Sosiolinguistikly infinitryx
 
BMMB1104 KEBUDAYAAN KEBANGSAAN.pdf
BMMB1104 KEBUDAYAAN KEBANGSAAN.pdfBMMB1104 KEBUDAYAAN KEBANGSAAN.pdf
BMMB1104 KEBUDAYAAN KEBANGSAAN.pdfMaizatul Mansor
 
Fonetik & Fonologi Bahasa Melayu BMMB3013
Fonetik & Fonologi Bahasa Melayu BMMB3013Fonetik & Fonologi Bahasa Melayu BMMB3013
Fonetik & Fonologi Bahasa Melayu BMMB3013Antasha Kamaruzzaman
 
Fonetik & Fonologi Bahasa Melayu BMMB3013
Fonetik & Fonologi Bahasa Melayu BMMB3013Fonetik & Fonologi Bahasa Melayu BMMB3013
Fonetik & Fonologi Bahasa Melayu BMMB3013Antasha Kamaruzzaman
 
Bahasa melayu Sem 3 F6 (wacana)
Bahasa melayu Sem 3 F6 (wacana)Bahasa melayu Sem 3 F6 (wacana)
Bahasa melayu Sem 3 F6 (wacana)azam_hazel
 
bahasa melayu bab 4 laras bahasa stpm
bahasa melayu bab 4 laras bahasa stpmbahasa melayu bab 4 laras bahasa stpm
bahasa melayu bab 4 laras bahasa stpmsakiminie
 

La actualidad más candente (20)

Ragam bahasa
Ragam bahasaRagam bahasa
Ragam bahasa
 
Vokal dan konsonan
Vokal dan konsonanVokal dan konsonan
Vokal dan konsonan
 
Penulisan Akademik : Laras Bahasa
Penulisan Akademik : Laras BahasaPenulisan Akademik : Laras Bahasa
Penulisan Akademik : Laras Bahasa
 
Laras bahasa iklan
Laras bahasa iklanLaras bahasa iklan
Laras bahasa iklan
 
Laras bahasa sastera
Laras bahasa sasteraLaras bahasa sastera
Laras bahasa sastera
 
Variasi bahasa
Variasi bahasaVariasi bahasa
Variasi bahasa
 
Variasi bahasa
Variasi bahasaVariasi bahasa
Variasi bahasa
 
FONETIK DAN FONOLOGI (VOKAL & KONSONAN)
FONETIK DAN FONOLOGI (VOKAL & KONSONAN)FONETIK DAN FONOLOGI (VOKAL & KONSONAN)
FONETIK DAN FONOLOGI (VOKAL & KONSONAN)
 
Beberapa konsep tentang morfologi
Beberapa konsep tentang morfologiBeberapa konsep tentang morfologi
Beberapa konsep tentang morfologi
 
Konsep keutuhan wacana
Konsep keutuhan wacanaKonsep keutuhan wacana
Konsep keutuhan wacana
 
Fonetik dan fonologi
Fonetik dan fonologiFonetik dan fonologi
Fonetik dan fonologi
 
Nota Sosiolinguistik
Nota SosiolinguistikNota Sosiolinguistik
Nota Sosiolinguistik
 
BMMB1104 KEBUDAYAAN KEBANGSAAN.pdf
BMMB1104 KEBUDAYAAN KEBANGSAAN.pdfBMMB1104 KEBUDAYAAN KEBANGSAAN.pdf
BMMB1104 KEBUDAYAAN KEBANGSAAN.pdf
 
Fonetik & Fonologi Bahasa Melayu BMMB3013
Fonetik & Fonologi Bahasa Melayu BMMB3013Fonetik & Fonologi Bahasa Melayu BMMB3013
Fonetik & Fonologi Bahasa Melayu BMMB3013
 
Fonetik & Fonologi Bahasa Melayu BMMB3013
Fonetik & Fonologi Bahasa Melayu BMMB3013Fonetik & Fonologi Bahasa Melayu BMMB3013
Fonetik & Fonologi Bahasa Melayu BMMB3013
 
Bahasa melayu Sem 3 F6 (wacana)
Bahasa melayu Sem 3 F6 (wacana)Bahasa melayu Sem 3 F6 (wacana)
Bahasa melayu Sem 3 F6 (wacana)
 
Laras bahasa sains
Laras bahasa sainsLaras bahasa sains
Laras bahasa sains
 
bahasa melayu bab 4 laras bahasa stpm
bahasa melayu bab 4 laras bahasa stpmbahasa melayu bab 4 laras bahasa stpm
bahasa melayu bab 4 laras bahasa stpm
 
Laras bahasa
Laras bahasaLaras bahasa
Laras bahasa
 
ASSIGNMENT MORFOLOGI
ASSIGNMENT MORFOLOGIASSIGNMENT MORFOLOGI
ASSIGNMENT MORFOLOGI
 

Destacado

Maksud dialek geografi dan dialek sosial (1)
Maksud dialek geografi dan dialek sosial (1)Maksud dialek geografi dan dialek sosial (1)
Maksud dialek geografi dan dialek sosial (1)Ct Atikah
 
Bahasa dan pembinaan bangsa
Bahasa dan pembinaan bangsaBahasa dan pembinaan bangsa
Bahasa dan pembinaan bangsaAnua Haris
 
Hubungan Etnik Bab-1
Hubungan Etnik Bab-1Hubungan Etnik Bab-1
Hubungan Etnik Bab-1Fadhil Ismail
 
Kepelbagaian etnik di malaysia
Kepelbagaian etnik di malaysiaKepelbagaian etnik di malaysia
Kepelbagaian etnik di malaysiaIzzah Noah
 
Bab+6 +kepelbagaian+agama+std
Bab+6 +kepelbagaian+agama+stdBab+6 +kepelbagaian+agama+std
Bab+6 +kepelbagaian+agama+stdFatiniharum
 
Topik 1 budaya dan kepelbagaian kelompok di malaysia 1
Topik 1 budaya dan kepelbagaian kelompok di malaysia 1Topik 1 budaya dan kepelbagaian kelompok di malaysia 1
Topik 1 budaya dan kepelbagaian kelompok di malaysia 1share with me
 
Variasi bahasa(bahasa mesra dan bahasa pasar)
Variasi bahasa(bahasa mesra dan bahasa pasar)Variasi bahasa(bahasa mesra dan bahasa pasar)
Variasi bahasa(bahasa mesra dan bahasa pasar)Haruno Shinae
 
Variasi Bahasa STPM Sem3
Variasi Bahasa STPM Sem3Variasi Bahasa STPM Sem3
Variasi Bahasa STPM Sem3Dg Suhaili
 
Pekeliling SBPA GURU
Pekeliling SBPA GURUPekeliling SBPA GURU
Pekeliling SBPA GURUMohd Minsin
 
Penulisan ilmiah pensijilan guru
Penulisan ilmiah   pensijilan guruPenulisan ilmiah   pensijilan guru
Penulisan ilmiah pensijilan guruhuda hamdan
 
Sistem ejaan bahasa melayu
Sistem ejaan bahasa melayuSistem ejaan bahasa melayu
Sistem ejaan bahasa melayuayuakira
 
Penggunaan bahasa slanga dalam kalangan remaja
Penggunaan bahasa slanga dalam kalangan remajaPenggunaan bahasa slanga dalam kalangan remaja
Penggunaan bahasa slanga dalam kalangan remajaKota Bharu
 

Destacado (20)

Maksud dialek geografi dan dialek sosial (1)
Maksud dialek geografi dan dialek sosial (1)Maksud dialek geografi dan dialek sosial (1)
Maksud dialek geografi dan dialek sosial (1)
 
Bahasa dan pembinaan bangsa
Bahasa dan pembinaan bangsaBahasa dan pembinaan bangsa
Bahasa dan pembinaan bangsa
 
Hubungan Etnik Bab-1
Hubungan Etnik Bab-1Hubungan Etnik Bab-1
Hubungan Etnik Bab-1
 
Kepelbagaian etnik di malaysia
Kepelbagaian etnik di malaysiaKepelbagaian etnik di malaysia
Kepelbagaian etnik di malaysia
 
Tarikh
TarikhTarikh
Tarikh
 
Variasi bahasa
Variasi bahasaVariasi bahasa
Variasi bahasa
 
Kebesaran Allah Di Segenap Penjuru Alam
Kebesaran Allah Di Segenap Penjuru AlamKebesaran Allah Di Segenap Penjuru Alam
Kebesaran Allah Di Segenap Penjuru Alam
 
Bab+6 +kepelbagaian+agama+std
Bab+6 +kepelbagaian+agama+stdBab+6 +kepelbagaian+agama+std
Bab+6 +kepelbagaian+agama+std
 
Topik 1 budaya dan kepelbagaian kelompok di malaysia 1
Topik 1 budaya dan kepelbagaian kelompok di malaysia 1Topik 1 budaya dan kepelbagaian kelompok di malaysia 1
Topik 1 budaya dan kepelbagaian kelompok di malaysia 1
 
Variasi bahasa(bahasa mesra dan bahasa pasar)
Variasi bahasa(bahasa mesra dan bahasa pasar)Variasi bahasa(bahasa mesra dan bahasa pasar)
Variasi bahasa(bahasa mesra dan bahasa pasar)
 
Variasi Bahasa STPM Sem3
Variasi Bahasa STPM Sem3Variasi Bahasa STPM Sem3
Variasi Bahasa STPM Sem3
 
Akuntansi dasar
Akuntansi dasarAkuntansi dasar
Akuntansi dasar
 
Jurnal akuntansi
Jurnal akuntansiJurnal akuntansi
Jurnal akuntansi
 
Falsafah bahasa melayu
Falsafah bahasa melayuFalsafah bahasa melayu
Falsafah bahasa melayu
 
Pekeliling SBPA GURU
Pekeliling SBPA GURUPekeliling SBPA GURU
Pekeliling SBPA GURU
 
Penulisan ilmiah pensijilan guru
Penulisan ilmiah   pensijilan guruPenulisan ilmiah   pensijilan guru
Penulisan ilmiah pensijilan guru
 
Hasil kerja bm3111
Hasil kerja bm3111Hasil kerja bm3111
Hasil kerja bm3111
 
Pekerja 1
Pekerja 1Pekerja 1
Pekerja 1
 
Sistem ejaan bahasa melayu
Sistem ejaan bahasa melayuSistem ejaan bahasa melayu
Sistem ejaan bahasa melayu
 
Penggunaan bahasa slanga dalam kalangan remaja
Penggunaan bahasa slanga dalam kalangan remajaPenggunaan bahasa slanga dalam kalangan remaja
Penggunaan bahasa slanga dalam kalangan remaja
 

Similar a Kepelbagaian bentuk bahasa

Mpu3213 perbezaan dialek negeri pahang dan negeri kedah
Mpu3213 perbezaan dialek negeri pahang dan negeri kedahMpu3213 perbezaan dialek negeri pahang dan negeri kedah
Mpu3213 perbezaan dialek negeri pahang dan negeri kedahfnurizdian
 
08 isi kandungan bmm 3112 (2)
08 isi kandungan bmm 3112 (2)08 isi kandungan bmm 3112 (2)
08 isi kandungan bmm 3112 (2)Hendon Ramlan
 
Persamaan peribahasa semai dan peribahasa melayu
Persamaan peribahasa semai dan peribahasa melayuPersamaan peribahasa semai dan peribahasa melayu
Persamaan peribahasa semai dan peribahasa melayuMohd Rasdi
 
08 isi kandungan bmm 3112 (2)
08 isi kandungan bmm 3112 (2)08 isi kandungan bmm 3112 (2)
08 isi kandungan bmm 3112 (2)Norhayati Muhamad
 
08disi pelajaran -interaksi-4
08disi pelajaran -interaksi-408disi pelajaran -interaksi-4
08disi pelajaran -interaksi-4Laila Mohd Sarjan
 
08disi pelajaran -interaksi-4
08disi pelajaran -interaksi-408disi pelajaran -interaksi-4
08disi pelajaran -interaksi-4Oh Jenny
 
Bahasa melayu tugasan 1 2012
Bahasa melayu tugasan 1 2012Bahasa melayu tugasan 1 2012
Bahasa melayu tugasan 1 2012johari7755
 
Menyemarakkan patriotik bahasa
Menyemarakkan patriotik bahasaMenyemarakkan patriotik bahasa
Menyemarakkan patriotik bahasaUSM
 
Gema ukm bahasa semai
Gema ukm bahasa semaiGema ukm bahasa semai
Gema ukm bahasa semaiMohd Rasdi
 
75748770 nota-ringkas-3403
75748770 nota-ringkas-340375748770 nota-ringkas-3403
75748770 nota-ringkas-3403kee jumat
 
TAJUK: BAHASA DAN FUNGSI BAHASA MELAYU.pptx
TAJUK: BAHASA DAN FUNGSI BAHASA MELAYU.pptxTAJUK: BAHASA DAN FUNGSI BAHASA MELAYU.pptx
TAJUK: BAHASA DAN FUNGSI BAHASA MELAYU.pptxsuhailangadiron
 
Ferdinand de sausure
Ferdinand de sausureFerdinand de sausure
Ferdinand de sausureXeri Ee
 
Sumbangan za ba 2
Sumbangan za ba 2Sumbangan za ba 2
Sumbangan za ba 2NOORSADINA
 
(Bbm3204) of sosiolinguistik pjj (1)
(Bbm3204) of sosiolinguistik pjj (1)(Bbm3204) of sosiolinguistik pjj (1)
(Bbm3204) of sosiolinguistik pjj (1)Khairul Amin Ishak
 
Sifat bahasa hashida
Sifat bahasa hashidaSifat bahasa hashida
Sifat bahasa hashidaWatak Bulat
 

Similar a Kepelbagaian bentuk bahasa (20)

Mpu3213 perbezaan dialek negeri pahang dan negeri kedah
Mpu3213 perbezaan dialek negeri pahang dan negeri kedahMpu3213 perbezaan dialek negeri pahang dan negeri kedah
Mpu3213 perbezaan dialek negeri pahang dan negeri kedah
 
Variasi bahasa
Variasi bahasaVariasi bahasa
Variasi bahasa
 
08 isi kandungan bmm 3112 (2)
08 isi kandungan bmm 3112 (2)08 isi kandungan bmm 3112 (2)
08 isi kandungan bmm 3112 (2)
 
Konsep
KonsepKonsep
Konsep
 
Persamaan peribahasa semai dan peribahasa melayu
Persamaan peribahasa semai dan peribahasa melayuPersamaan peribahasa semai dan peribahasa melayu
Persamaan peribahasa semai dan peribahasa melayu
 
Bmm3112 terkini modul sem 6
Bmm3112 terkini modul sem 6Bmm3112 terkini modul sem 6
Bmm3112 terkini modul sem 6
 
08 isi kandungan bmm 3112 (2)
08 isi kandungan bmm 3112 (2)08 isi kandungan bmm 3112 (2)
08 isi kandungan bmm 3112 (2)
 
Variasi bahasa Penggal 3
Variasi bahasa Penggal 3Variasi bahasa Penggal 3
Variasi bahasa Penggal 3
 
08disi pelajaran -interaksi-4
08disi pelajaran -interaksi-408disi pelajaran -interaksi-4
08disi pelajaran -interaksi-4
 
08disi pelajaran -interaksi-4
08disi pelajaran -interaksi-408disi pelajaran -interaksi-4
08disi pelajaran -interaksi-4
 
Bahasa melayu tugasan 1 2012
Bahasa melayu tugasan 1 2012Bahasa melayu tugasan 1 2012
Bahasa melayu tugasan 1 2012
 
Menyemarakkan patriotik bahasa
Menyemarakkan patriotik bahasaMenyemarakkan patriotik bahasa
Menyemarakkan patriotik bahasa
 
Gema ukm bahasa semai
Gema ukm bahasa semaiGema ukm bahasa semai
Gema ukm bahasa semai
 
75748770 nota-ringkas-3403
75748770 nota-ringkas-340375748770 nota-ringkas-3403
75748770 nota-ringkas-3403
 
TAJUK: BAHASA DAN FUNGSI BAHASA MELAYU.pptx
TAJUK: BAHASA DAN FUNGSI BAHASA MELAYU.pptxTAJUK: BAHASA DAN FUNGSI BAHASA MELAYU.pptx
TAJUK: BAHASA DAN FUNGSI BAHASA MELAYU.pptx
 
Ferdinand de sausure
Ferdinand de sausureFerdinand de sausure
Ferdinand de sausure
 
1 pengenalan bm
1 pengenalan bm1 pengenalan bm
1 pengenalan bm
 
Sumbangan za ba 2
Sumbangan za ba 2Sumbangan za ba 2
Sumbangan za ba 2
 
(Bbm3204) of sosiolinguistik pjj (1)
(Bbm3204) of sosiolinguistik pjj (1)(Bbm3204) of sosiolinguistik pjj (1)
(Bbm3204) of sosiolinguistik pjj (1)
 
Sifat bahasa hashida
Sifat bahasa hashidaSifat bahasa hashida
Sifat bahasa hashida
 

Más de PAKLONG CIKGU

ujian selaras 2 bahasa melayu tahun 3 penulisan.
ujian selaras 2 bahasa melayu tahun 3 penulisan.ujian selaras 2 bahasa melayu tahun 3 penulisan.
ujian selaras 2 bahasa melayu tahun 3 penulisan.PAKLONG CIKGU
 
ujian selaras 2 bahasa melayu tahun 2 2017
ujian selaras 2 bahasa melayu tahun 2 2017ujian selaras 2 bahasa melayu tahun 2 2017
ujian selaras 2 bahasa melayu tahun 2 2017PAKLONG CIKGU
 
ujian selaras 2 bahasa melayu tahun 3 2017
ujian selaras 2 bahasa melayu tahun 3 2017ujian selaras 2 bahasa melayu tahun 3 2017
ujian selaras 2 bahasa melayu tahun 3 2017PAKLONG CIKGU
 
Ulasan Bahasa Melayu Tahun 3
Ulasan Bahasa Melayu  Tahun 3Ulasan Bahasa Melayu  Tahun 3
Ulasan Bahasa Melayu Tahun 3PAKLONG CIKGU
 
Laporan Bergambar Pelancaran Sekolah Perak Yang Bersih
Laporan Bergambar Pelancaran Sekolah Perak Yang BersihLaporan Bergambar Pelancaran Sekolah Perak Yang Bersih
Laporan Bergambar Pelancaran Sekolah Perak Yang BersihPAKLONG CIKGU
 
kertas kerja sekolah perak yang bersih
kertas kerja sekolah perak yang bersihkertas kerja sekolah perak yang bersih
kertas kerja sekolah perak yang bersihPAKLONG CIKGU
 
Latihan penulisan bahasa melayu tahun3
Latihan penulisan bahasa melayu tahun3Latihan penulisan bahasa melayu tahun3
Latihan penulisan bahasa melayu tahun3PAKLONG CIKGU
 
Soalan Pemahaman Bahasa Melayu Tahun 3
Soalan Pemahaman Bahasa Melayu Tahun 3Soalan Pemahaman Bahasa Melayu Tahun 3
Soalan Pemahaman Bahasa Melayu Tahun 3PAKLONG CIKGU
 
UJIAN SELARAS BAHASA MELAYU TAHUN3
UJIAN SELARAS BAHASA MELAYU TAHUN3UJIAN SELARAS BAHASA MELAYU TAHUN3
UJIAN SELARAS BAHASA MELAYU TAHUN3PAKLONG CIKGU
 
Bahasa Melayu Tahun 3
Bahasa Melayu Tahun 3 Bahasa Melayu Tahun 3
Bahasa Melayu Tahun 3 PAKLONG CIKGU
 
soalan sejarah tahun 4
soalan  sejarah  tahun 4soalan  sejarah  tahun 4
soalan sejarah tahun 4PAKLONG CIKGU
 
tajuk karangan bahasa melayu tahun 3.
tajuk karangan bahasa melayu tahun 3.tajuk karangan bahasa melayu tahun 3.
tajuk karangan bahasa melayu tahun 3.PAKLONG CIKGU
 
permainan bahasa - cari perkataan
permainan bahasa - cari perkataanpermainan bahasa - cari perkataan
permainan bahasa - cari perkataanPAKLONG CIKGU
 
Teka silang kata bahasa melayu
Teka silang kata bahasa melayuTeka silang kata bahasa melayu
Teka silang kata bahasa melayuPAKLONG CIKGU
 
ujian penulisan bahasa melayu tahun 3
ujian penulisan bahasa melayu tahun 3ujian penulisan bahasa melayu tahun 3
ujian penulisan bahasa melayu tahun 3PAKLONG CIKGU
 
Ujian penulisan b.melayu th4
Ujian penulisan b.melayu  th4Ujian penulisan b.melayu  th4
Ujian penulisan b.melayu th4PAKLONG CIKGU
 
ujian bahasa melayu pemahaman tahun 4
ujian  bahasa melayu  pemahaman tahun 4ujian  bahasa melayu  pemahaman tahun 4
ujian bahasa melayu pemahaman tahun 4PAKLONG CIKGU
 
ujian penulisan bahasa melayu tahun 4
ujian penulisan bahasa melayu tahun 4ujian penulisan bahasa melayu tahun 4
ujian penulisan bahasa melayu tahun 4PAKLONG CIKGU
 
Peperiksaan B.Melayu Thn 4 - Format 2016
Peperiksaan B.Melayu Thn 4 - Format 2016Peperiksaan B.Melayu Thn 4 - Format 2016
Peperiksaan B.Melayu Thn 4 - Format 2016PAKLONG CIKGU
 
Ujian Selaras Bahasa Melayu Tahun 3
Ujian Selaras  Bahasa Melayu Tahun 3Ujian Selaras  Bahasa Melayu Tahun 3
Ujian Selaras Bahasa Melayu Tahun 3PAKLONG CIKGU
 

Más de PAKLONG CIKGU (20)

ujian selaras 2 bahasa melayu tahun 3 penulisan.
ujian selaras 2 bahasa melayu tahun 3 penulisan.ujian selaras 2 bahasa melayu tahun 3 penulisan.
ujian selaras 2 bahasa melayu tahun 3 penulisan.
 
ujian selaras 2 bahasa melayu tahun 2 2017
ujian selaras 2 bahasa melayu tahun 2 2017ujian selaras 2 bahasa melayu tahun 2 2017
ujian selaras 2 bahasa melayu tahun 2 2017
 
ujian selaras 2 bahasa melayu tahun 3 2017
ujian selaras 2 bahasa melayu tahun 3 2017ujian selaras 2 bahasa melayu tahun 3 2017
ujian selaras 2 bahasa melayu tahun 3 2017
 
Ulasan Bahasa Melayu Tahun 3
Ulasan Bahasa Melayu  Tahun 3Ulasan Bahasa Melayu  Tahun 3
Ulasan Bahasa Melayu Tahun 3
 
Laporan Bergambar Pelancaran Sekolah Perak Yang Bersih
Laporan Bergambar Pelancaran Sekolah Perak Yang BersihLaporan Bergambar Pelancaran Sekolah Perak Yang Bersih
Laporan Bergambar Pelancaran Sekolah Perak Yang Bersih
 
kertas kerja sekolah perak yang bersih
kertas kerja sekolah perak yang bersihkertas kerja sekolah perak yang bersih
kertas kerja sekolah perak yang bersih
 
Latihan penulisan bahasa melayu tahun3
Latihan penulisan bahasa melayu tahun3Latihan penulisan bahasa melayu tahun3
Latihan penulisan bahasa melayu tahun3
 
Soalan Pemahaman Bahasa Melayu Tahun 3
Soalan Pemahaman Bahasa Melayu Tahun 3Soalan Pemahaman Bahasa Melayu Tahun 3
Soalan Pemahaman Bahasa Melayu Tahun 3
 
UJIAN SELARAS BAHASA MELAYU TAHUN3
UJIAN SELARAS BAHASA MELAYU TAHUN3UJIAN SELARAS BAHASA MELAYU TAHUN3
UJIAN SELARAS BAHASA MELAYU TAHUN3
 
Bahasa Melayu Tahun 3
Bahasa Melayu Tahun 3 Bahasa Melayu Tahun 3
Bahasa Melayu Tahun 3
 
soalan sejarah tahun 4
soalan  sejarah  tahun 4soalan  sejarah  tahun 4
soalan sejarah tahun 4
 
tajuk karangan bahasa melayu tahun 3.
tajuk karangan bahasa melayu tahun 3.tajuk karangan bahasa melayu tahun 3.
tajuk karangan bahasa melayu tahun 3.
 
permainan bahasa - cari perkataan
permainan bahasa - cari perkataanpermainan bahasa - cari perkataan
permainan bahasa - cari perkataan
 
Teka silang kata bahasa melayu
Teka silang kata bahasa melayuTeka silang kata bahasa melayu
Teka silang kata bahasa melayu
 
ujian penulisan bahasa melayu tahun 3
ujian penulisan bahasa melayu tahun 3ujian penulisan bahasa melayu tahun 3
ujian penulisan bahasa melayu tahun 3
 
Ujian penulisan b.melayu th4
Ujian penulisan b.melayu  th4Ujian penulisan b.melayu  th4
Ujian penulisan b.melayu th4
 
ujian bahasa melayu pemahaman tahun 4
ujian  bahasa melayu  pemahaman tahun 4ujian  bahasa melayu  pemahaman tahun 4
ujian bahasa melayu pemahaman tahun 4
 
ujian penulisan bahasa melayu tahun 4
ujian penulisan bahasa melayu tahun 4ujian penulisan bahasa melayu tahun 4
ujian penulisan bahasa melayu tahun 4
 
Peperiksaan B.Melayu Thn 4 - Format 2016
Peperiksaan B.Melayu Thn 4 - Format 2016Peperiksaan B.Melayu Thn 4 - Format 2016
Peperiksaan B.Melayu Thn 4 - Format 2016
 
Ujian Selaras Bahasa Melayu Tahun 3
Ujian Selaras  Bahasa Melayu Tahun 3Ujian Selaras  Bahasa Melayu Tahun 3
Ujian Selaras Bahasa Melayu Tahun 3
 

Kepelbagaian bentuk bahasa

  • 1. Topik 6 Kepelbagaian Bentuk Bahasa HASIL PEMBELAJARAN Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. Mengenal pasti bentuk-bentuk bahasa; 2. Mengenal pasti ciri-ciri bentuk bahasa; dan 3. Menerangkan tentang kepentingan mempelajari bahasa baku, bahasa rasmi dan Bahasa Kebangsaan. PENGENALAN Malaysia mempunyai pelbagai bangsa yang menuturkan pelbagai bahasa ibunda masing-masing. Namun begitu, bahasa rasmi dan bahasa pengantar yang digunakan ialah bahasa Melayu umum. Semua kaum di Malaysia harus menggunakan bahasa Melayu baku sebagai bahasa pengantar utama di semua majlis rasmi. Walaupun begitu, terdapat pelbagai bentuk bahasa yang digunakan oleh masyarakat di Malaysia bagi tujuan tertentu dan mengikut situasi ataupun tempat. Hal ini menyebabkan pelbagai bentuk bahasa terhasil ekoran daripada faktor tersebut. Umumnya, terdapat pelbagai bentuk bahasa. Yang wujud antaranya ialah bahasa tulisan, bahasa lisan, bahasa isyarat dan sebagainya. Kesemua bentuk bahasa ini mempunyai perbezaannya yang tersendiri dan hanya digunakan di sesetengah tempat dan mengikut masa sahaja. Dalam topik ini, pelajar akan didedahkan kepada bentuk-bentuk bahasa yang terdapat di dalam bahasa di dalam bahasa Melayu. Selain mengetahui Melayu. Dengan pendedahan ini, diharapkan pelajar akan dapat mengetahui tentang bentuk-bentuk bahasa yang terdapat bentuk-bentuk bahasa tersebut, apa yang lebih penting ialah pelajar dapat menggunakan bentuk-bentuk bahasa tersebut dengan tepat, bersesuaian dengan penggunaan bahasa Melayu yang betul.
  • 2. TOPIK 6 KEPELBAGAIAN BENTUK BAHASA 141 SEMAK KENDIRI 6.1 Apakah yang anda faham dengan bentuk-bentuk bahasa? Adakah anda fikir bentuk-bentuk bahasa ini dapat memberi maklumat yang penting bagi tujuan komunikasi dan penulisan? 6.1 BENTUK-BENTUK BAHASA ISOGLOS Istilah isoglos pertama kali digunakan oleh Bielenstein, seorang ahli dialektologi dari Latvia, dalam tahun 1892. Istilah baru ini dicipta berdasarkan istilah kaji cuaca isoterm, iaitu garisan yang menyambungkan kawasan-kawasan yang mempunyai suhu purata yang sama. Isoglos bermakna Âsama bahasaÊ (iso+glos). Andainya istilah ini bertujuan menunjukkan sesuatu garis yang ditulis merentangi satu-satu kawasan, ia akan menunjukkan kedua-dua kawasan di kiri kanan garisan itu mengandungi beberapa aspek pemakaian bahasa yang sama, tetapi kedua-dua bahasa tersebut tidak serupa antara satu sama lain. Kamus Linguistik mendefinisikan isoglos sebagai garis yang dilakar di sekeliling satu kawasan yang mempunyai ciri sebutan, tatabahasa, atau kosa kata tertentu yang serupa. Isoglos boleh digunakan untuk menentukan sempadan dialek. Seterusnya, Kamus Dewan mendefinisikan isoglos sebagai garisan yang dilukis pada peta untuk melingkungi kawasan yang mempunyai ciri linguistik yang sama. Berdasarkan definisi tersebut, kita dapat simpulkan isoglos sebagai satu garis sempadan sesuatu kawasan yang menuturkan bahasa tertentu atau dialek tertentu. Keluasan isoglos atau sempadan wilayah bahasa atau dialek ini ditentukan oleh faktor perpindahan. Sesuatu bahasa itu mempunyai kawasan pertuturannya yang sama dengan kawasan penghunian penuturnya. Kawasan ini boleh meluas atau menyempit mengikut penyebaran bangsanya. Jika bangsa berkenaan menyebar dan merentas kawasan yang luas, maka luaslah kawasan penyebaran bahasa berkenaan. Sebaliknya, jika bangsa pendukungnya itu lebih suka dibatasi oleh garis wilayahnya yang kecil, maka kecillah kawasan bahasanya. Penyebaran bahasa yang berlaku bersama-sama dengan penyebaran penutur-penuturnya dinamakan penyebaran secara migrasi atau perpindahan. Dari segi sejarah bangsa-bangsa di dunia, kita lihat bahawa bangsa yang suka mengembara, baik sebagai penjajah mahu pun sebagai seorang yang sengaja berpindah ke tempat lain disebabkan oleh sesuatu kejadian di tempat asalnya itu, juga bertanggungjawab meluaskan kawasan geografi bahasanya. Di samping disebarkan oleh penjajah, bahasa boleh dibawa bersama oleh penuturnya yang
  • 3. 142 TOPIK 6 KEPELBAGAIAN BENTUK BAHASA kerap berpindah dari satu tempat ke satu tempat. Sebab-sebab bagi perpindahan tiada batasnya. Manusia mungkin berpindah kerana ingin lari dari keadaan yang tidak mengizinkan dia tinggal dengan selesa di tempat kediaman asalnya. Sesuatu malapetaka alam seperti banjir, letusan gunung berapi, gempa bumi, kemarau panjang dan ribut taufan yang memusnahkan boleh menyebabkan manusia mencari tempat lain untuk diri dan keluarganya. Ketandusan tanah dan kemiskinan juga boleh menyebabkan dia berlari. 6.2 GEOGRAFI DIALEK Menurut Kamus Dewan Bahasa Edisi Baru, dialek merupakan satu bentuk bahasa yang digunakan dalam sesuatu daerah atau oleh sesuatu kelas sosial berbeza daripada bahasa ÂstandardÊ, loghat, pelat daerah (negeri dan lain-lain); seperti Kelantan dan Kedah. Manakala, geografi pula merujuk kepada sains tentang fitur-fitur semula jadi permukaan bumi, termasuk topografi, iklim, tanah, tumbuh-tumbuhan dan gerak balas manusia terhadapnya dan ilmu alam. Daripada penyataan tersebut, ia menunjukkan bahawa dialek geografi merupakan satu bahasa yang digunakan di setiap daerah yang mempunyai kelainan dari sudut bentuk bahasa, sebutan, intonasi, kosa kata dan fonem berdasarkan ruang geografi yang terdapat di sekitarnya. Keadaan ini berlaku akibat daripada pengaruh geografi kawasan tersebut, contohnya dialek Pahang yang dipengaruhi oleh pergerakan arus sungai. Contohnya, semakin menghulu sungai arus Sungai Pahang, akan menjadi lebih deras dan ini menjadikan dialek yang digunakan menjadi semakin laju dan semakin kasar. Dialek geografi merupakan sejenis kelainan bahasa yang ditentukan berdasarkan ruang geografi tempat menetapnya penutur kelainan berkenaan. Konsep ruang geografi dikenali sebagai ruang geografi linguistik. Ruang geografi linguistik ialah kawasan tempat satu jenis kelainan bahasa yang sama dituturkan. Sempadan kawasan geografi linguistik ditandai satu garisan khayalan yang disebut isoglos (Noriah Mohamed 1998). Garisan isoglos bukan garisan yang menandakan berakhirnya penggunaan suatu dialek geografi, tetapi garis ini lebih merupakan satu kawasan peralihan dialek. Pada garis isoglos, dialek di dalam satu kawasan bercampur dengan dialek di dalam kawasan-kawasan yang berhampiran. Dalam kata lain, pada garis isoglos mungkin berlaku percampuran beberapa dialek sehingga membentuk apa yang dikatakan jaringan isoglos. Penentuan ruang geografi dialek Melayu di Malaysia nampaknya mengikut ruang geografi politik atau sempadan negeri. Misalnya, nama dialek Melayu sejajar dengan nama negeri tempat dialek tersebut dituturkan. Berdasarkan hal ini, wujud dialek Kelantan, dialek Terengganu, dialek Perak dan seterusnya untuk menunjukkan kepada dialek-dialek di Malaysia. Berdasarkan konsep ruang geografi linguistik, dialek Melayu yang khusus sebenarnya menepati
  • 4. TOPIK 6 KEPELBAGAIAN BENTUK BAHASA 143 ruang yang lebih atau kurang daripada ruang geografi politik. Misalnya, apa yang disebut kawasan pertuturan dialek Kedah menyebar sehingga ke utara Perak, yakni Taiping. 6.2.1 Dialek Geografi dalam Variasi Bahasa Variasi didefinisikan sebagai kepelbagaian bahasa yang ditentukan oleh faktor teknikal bahasa iaitu sebutan, kosa kata dan tatabahasa. Di dalam variasi bahasa, dialek geografi atau boleh juga disebut sebagai dialek kawasan dikenali sebagai variasi bahasa yang berkaitan dengan pengguna dalam sesuatu kawasan. Ia dikaitkan dengan rumpun bahasa Austronesia, cabang Nusantara. Cabang Nusantara mempunyai 200 hingga 300 bahasa dalam 16 golongan seperti Filipina, Sumatera, Jawa, Kalimantan dan sebagainya. Bahasa Melayu termasuk dalam golongan Sumatera bersama-sama dengan bahasa Batak, Acheh, Minangkabau, Nias, Lampung dan Orang Laut. Umumnya, bahasa Melayu merangkumi bahasa Malaysia di Malaysia, bahasa Indonesia di Indonesia, bahasa Melayu di Brunei dan Singapura. Walaupun namanya berbeza, ia merupakan dialek bagi bahasa Melayu. Dalam bahasa Melayu, terdapat perhubungan di antara dialek geografi, ideolek dan dialek sosial. Rajah 6.1 seterusnya akan menunjukkan perkaitan dalam variasi bahasa.
  • 5. 144 TOPIK 6 KEPELBAGAIAN BENTUK BAHASA Rajah 6.1: Perkaitan dalam Variasi Bahasa [Sumber: Portal Pendidikan Utusan, http://www.tutor.com.my/tutor/stpm/variasi_bahasa.htm] Kita dapat lihat penerangan daripada Rajah 6.1 tersebut, bahawa dialek geografi atau juga dikenali sebagai dialek kawasan terdapat dalam susur galur variasi bahasa. Dalam bahasa Melayu, dialek adalah cabang daripada variasi bahasa selain daripada ideolek dan dialek sosial. Rajah itu juga menunjukkan bahawa perkaitan rapat dialek dengan pengguna, selagi ada pengguna untuk menggunakan sesuatu dialek, dialek itu tidak akan pudar. Namun demikian, tidak semua orang menutur dialek yang sama, di mana ia menunjukkan bahawa dialek hanya ditutur oleh sesetengah individu mengikut sempadan geografinya atau dengan kata yang lebih tepat lagi dikenali sebagai isoglos. Contohnya,
  • 6. TOPIK 6 KEPELBAGAIAN BENTUK BAHASA 145 dialek Utara yang terdiri dari kawasan geografi atau isoglos yang terdiri dari negeri Kedah, Utara Perak, Pulau Pinang dan Perlis serta ada yang diamalkan di Sempadan Thailand yang berhampiran dengan Perlis dan Kedah. Daripada Rajah 6.1 juga, kita dapat melihat terdapat perbezaan di antara dialek kawasan dengan dialek sosial, walaupun berada dalam golongan yang sama iaitu golongan variasi bahasa. Kita dapat lihat dialek kawasan mempunyai pengguna yang tetap dan digunakan sentiasa dalam perbualan seharian. Manakala dialek sosial mempunyai penggunaan dalam pembahagian jenis bahasa yang digunakan dalam keadaan tertentu sahaja, seperti bahasa istana digunakan oleh orang-orang istana sahaja, sewaktu berada di dalam istana seperti perkataan ÂbetaÊ untuk kata ganti nama pertama untuk sultan atau raja. Dalam kata lain, dialek sosial hanya mempunyai penggunaan yang tertentu sahaja dan dalam keadaan tertentu sahaja. Malah, dialek sosial juga terdapat dalam penggunaan formal dan tidak formal, contohnya bahasa baku digunakan dalam mesyuarat dan urusan rasmi sahaja manakala bahasa slanga hanya digunakan oleh remaja dan golongan yang mempunyai penguasaan bahasa yang lemah sahaja. Keadaan ini berlainan dengan dialek geografi. Dialek geografi hanya merupakan bahasa tidak formal dan digunakan oleh penduduk dalam garisan isoglos tertentu sahaja dan hanya digunakan dalam perbualan harian sahaja. SEMAK KENDIRI 6.2 (a) Dengan contoh yang sesuai, nyatakan ciri-ciri yang terdapat pada isoglos. (b) Nyatakan jenis-jenis dialek di Malaysia. 6.3 BAHASA PIDGIN Pidgin adalah bahasa yang berkembang sebagai alat komunikasi antara dua kelompok masyarakat yang tidak mempunyai bahasa yang khusus untuk dituturkan dalam kelompok masyarakat tersebut. Bahasa ini merupakan penyederhanaan dari dua bahasa atau lebih. Bahasa pidgin tidak mempunyai penutur asli atau (native speaker) serta terbentuk secara alami di dalam suatu kontak sosial yang terjadi antara sejumlah penutur yang masing-masing memiliki bahasa ibunda tersendiri. Bahasa pidgin cenderung dicampuradukkan dari aspek kosa kata, bunyi, dan bentuk-bentuk gramatikal dari kedua-dua bahasa. Bahasa pidgin terbentuk semasa pengguna suatu bahasa terlibat dalam suatu perdagangan dengan pengguna bahasa lain. Penggunaan bahasa pidgin juga boleh terbentuk dalam aktiviti pertanian yang turut terdapat pengguna
  • 7. 146 TOPIK 6 KEPELBAGAIAN BENTUK BAHASA bahasa lain atau orang asing (bukan pemakai bahasa setempat) dan tidak satu pun dari kedua pemakai bahasa (pekerja dan pengawas) memahami bahasa masing-masing. Sebagai contoh, Malaysia pada suatu ketika dahulu pernah menjadi tanah jajahan Portugis dan fungsi bahasa pidgin ini dapat dilihat dalam konteks hubungan sosial antara penutur bahasa yang terdiri daripada masyarakat tempatan dan penutur bahasa asing yang terdiri daripada orang- orang Portugis (pidgin.com). Dalam aktiviti pertanian, pidgin dilihat berfungsi untuk memudahkan para petani tempatan dan orang asing untuk berkomunikasi antara satu sama lain, kerana petani-petani dan orang asing itu tidak mempunyai satu bahasa yang khusus untuk membolehkan mereka berkomunikasi. Bahasa pidgin juga telah digunakan di pusat-pusat pelabuhan di mana terdapat pelbagai jenis bangsa yang bertutur dalam bahasa asing yang berbeza. Oleh itu, fungsi bahasa pidgin ini dilihat sebagai pemudah cara para pedagang untuk menjalankan aktiviti perdagangan mereka. Walau bagaimanapun, bahasa pidgin terbentuk sebagai bahasa campuran dan hanya digunakan sebagai alat komunikasi di antara mereka yang bertutur dalam bahasa yang berlainan sahaja dan tidak bersifat standard , autonomi, historis, dan vitalis. Contoh bahasa pidgin English di Papua New Guinea ialah seperti berikut: „Bipo tru igat wanpela liklik meri nau nem bilong em Liklik Retpela Hat.‰ (ÂA long time ago, there was a little girl named Little Red Riding HoodÊ). Pidgin-magazine.net 6.3.1 Definisi Bahasa Pidgin Kemunculan pidgin, terutamanya pada masa lampau, selalu dikaitkan dengan tujuan atau keinginan berkomunikasi antara para pedagang, hamba abdi semasa dalam aktiviti pelayaran mahupun semasa bekerja di ladang-ladang dan semasa penjajahan atau penerokaan kawasan-kawasan baru, antara kumpulan asing dengan masyarakat tempatan, yang tidak mempunyai bahasa perantaraan yang dituturkan serta difahami bersama, tetapi terpaksa atau mahu berkomunikasi antara satu sama lain. Terdapat pelbagai takrif yang dijelaskan mengenai bahasa pidgin ini, namun begitu rata-ratanya bersifat negatif. Antaranya pidgin dikatakan bahasa pinggiran yang diwujudkan untuk menjalankan beberapa fungsi yang amat terhad bilangannya, misalnya untuk bertukar pandangan atau pendapat yang remeh sifatnya semasa berinteraksi dalam aktiviti jual-beli yang bersifat kecil dan kurang penting. Selain itu, pidgin juga dianggap sebagai bahasa rekaan atau (artificial language), bahasa kacukan atau campuran iaitu (mixed language), bahasa abdi (slave jargon ), bahasa perdagangan (trade language), serta bahasa gampang (bastard language). Hal ini berlaku kerana,
  • 8. TOPIK 6 KEPELBAGAIAN BENTUK BAHASA 147 sifat kacukannya yang kadangkala melibatkan banyak bahasa dan sukar ditentukan bahasa-bahasa yang membinanya secara dominan. Pidgin juga sering kali dianggap sebagai bahasa ragam khas (targot), seperti ragam yang digunakan oleh kumpulan penjahat, antaranya penjenayah, perompak dan sebagainya. Takrif-takrif sedemikian telah membentuk pandangan stereotaip tentang pidgin, antaranya sebagai bahasa yang tidak tulen, yakni bercampur sifatnya, bahasa yang berstatus rendah, versi jelik bahasa lain dan bahasa yang tidak penting. Akibat keadaan sosial yang mana tiada bahasa perantaraan yang sama dalam kalangan pihak-pihak yang terpaksa atau mahu berkomunikasi itu, sebahagian besar kosa kata sesuatu pidgin diambil daripada satu bahasa dan selalunya adalah dalam kumpulan bahasa yang lebih dominan dalam konteks pertembungan itu, manakala nahunya pula diambil daripada bahasa lain yang kurang dominan. Walaupun pidgin hanya muncul apabila wujudnya keperluan perhubungan yang sering kali bersifat spontan, namun pidgin adalah bahasa tulen dan berstatus penuh yakni bukanlah bahasa yang direka-reka. Walaupun sifatnya yang bercampur-campur, struktur pidgin daripada pelbagai aspek tetap memperlihatkan pidgin sebagai satu sistem linguistik yang kompleks dan tersusun dalam perspektif fonologi, morfologi serta sintaksisnya memperlihatkan wujudnya pola-pola yang sistematik. Dengan kata lain, sistem linguistik pada sesuatu pidgin itu sama kompleksnya dengan sistem bahasa-bahasa yang natural, iaitu tulen yang tidak bersifat campuran. Sehubungan dengan keadaan sosial, kelahiran pidgin tidak menjadi bahasa ibunda atau natif kepada mana-mana kumpulan iaitu pidgin tidak merupakan bahasa yang pertama sekali diajarkan atau dipelajari oleh seseorang. Di dalam beberapa kes pidgin atau pidgia, ia dipelajari kanak-kanak sebagai bahasa ibunda atau natif kepada sesuatu kumpulan itu dan dipanggil kreol (pidgin.com). 6.3.2 Kriteria Bahasa Pidgin/Pidgia Bahasa pidgin selalunya diklasifikasikan sebagai satu daripada dua atau lebih bahasa yang membentuknya. Selalunya bahasa yang membekalkan kosa kata kepada bahasa pidgin itu dianggap menjadi dasar kepada pidgin berkenaan. Berikut adalah beberapa kriteria bahasa pidgin yang digolongkan berdasarkan kriteria-kriteria tertentu; Americo - iaitu yang dituturkan di sepanjang pantai Liberia, di barat Afrika, dan Sranan yang digunakan di kawasan pantai Suriname, di timur laut Amerika Selatan merupakan bahasa pidgin yang dasarnya bahasa Inggeris. Rodrigues Creole - yang dituturkan di Pulau Rodrigues, dekat Mauritius dan Reunionals yang dituturkan di Pulau Reunion di sebelah timur Madagaskar dianggap sebagai bahasa pidgin yag berasal daipada bahasa Perancis.
  • 9. 148 TOPIK 6 KEPELBAGAIAN BENTUK BAHASA Chibaacano - yang digunakan di Zamboanga, Filipina dan Pidgin Spanish yang dituturkan di barat Venuzuela merupakan bahasa Pidgin yang berasaskan Sepanyol. Tekrur - yang digunakan di timur Tasik Chad, bahagian tengah atas Afrika dan Galgaliya di timur laut Nigeria adalah bahasa pidgin yang mempunyai bahasa Arab sebagai asasnya. Bahasa Goa - di India dan nikari karu Pidgin yang dituturkan di Guyana, terutamanya dekat dengan sempadan Brazil adalah bahasa pidgin yang dianggap sebagai bahasa yang mempunyai bahasa Portugis. 6.3.3 Kosa Kata Bahasa Pidgin/Pidgia Kosa kata bahasa pidgin itu dikatakan mempunyai bilangan yang amat kecil atau terhad. Hal ini disebabkan antara oleh ketidakmampuan para penuturnya menggunakan jumlah perkataan yang lebih besar ekoran daripada kajian mereka tentang bahasa dasar kepada pidgin berkenaan. Walau bagaimanapun, ketidakmampuan ini diatasi dengan kepintaran serta kekreatifan mereka membentuk perkataan-perkataan baharu untuk mengungkapkan, sama ada hal- hal remeh ataupun abstrak daripada jumlah perkataan yang terhad itu. Bahasa Melayu Pidgin yang lebih dikenali dengan nama Bahasa Melayu pasar yang tidak mengandungi kosa kata yang membawa maksud jantina seseorang seperti „dewi-dewa‰, „ seniman-seniwati „, dan „haji-hajah‰. Selain itu, bahasa Pidgin juga tidak mengandungi kata ekamorfis, iaitu perkataan-perkataan yang mengungkap satu konsep yang sama atau hampir seakan-akan sama di bawah sesuatu kategori, misalnya „cantik‰, „molek‰, „comel‰, „lawa‰, „indah‰, „elok „ dan „kacak‰. Hal ini bergantung kepada kekreatifan para penutur. Perhatikan ungkapan „saya punya anak cikgu, pompuan puan haji‰ (Guru anak saya sorang hajah). Perkataan „cantik‰: digeneralisasikan untuk mengungkapkan segala bentuk keindahan: „dia punya anak jantan, manyak cantik punya‰ (Anak lelakinya sungguh kacak sekali). Untuk mengatasi kekurangan kosa kata itu, para penutur sesuatu pidgin biasanya menggunakan „circumlocution‰, iaitu cara berbelit-belit untuk menyatakan sesuatu. Perhatikan ungkapan „yu mi go‰ di dalam Tok Pisin yang bererti „we go‰ (kata/kami pergi). Perkataan „we‰ (kita/kami) dalam bahasa pidgin itu dibentuk daripada perkataan-perkataan „you‰ dan „me‰. Sejauh manakah pembentukan kata „yu mi‰ itu satu contoh kepintaran serta kekreatifan para penutur pidgin ini (extreme-hawaii.com). Sementara itu, bagi perkataan „grass‰ (rumput) bahasa Inggeris yang dianjakkan makna untuk mengungkap makna „ janggut‰ melalui ungkapan „grass bilong fes‰ (grass that belongs to the face) dan „rambut‰ yang diungkapkan dalam bentuk „gras bilong hed‰ (grass that belong to the head). Dalam sistem kala
  • 10. TOPIK 6 KEPELBAGAIAN BENTUK BAHASA 149 bahasa Inggeris yang diungkapkan dalam Cameroon Pidgin English melalui perkataan-perkataan baharu yang dicipta seperti berikut: I go market She goes to market I di go market She is going to market I bin go market She went to market I dong go market She has gone to market I go go market She will go to market Adalah didapati bahawa sistem kala bahasa Inggeris itu, iaitu kala semasa kini (present continuous), lepas (past), sempurna kini (present pefect) dan depan (future) diungkapkan secara sistematik melalui perkataan-perkataan baharu yang dicipta „diÊ, „binÊ,‰dong‰, dan „go‰. Konsep kompleks seperti sistem kala bahasa Inggeris dengan pembahagian yang agak rencam itu berjaya diungkap dalam sebuah pidgin, iaitu bahasa atau kelainan bahasa yang rata-rata diberi penilaian rendah (pidgin.org). 6.4 BAHASA KREOL Kreol bermaksud bahasa yang terbentuk daripada campuran dua bahasa yang berlainan melalui pertuturan sehingga menjadi bahasa utama dalam komuniti atau daerah tertentu. Malah, kreol juga merupakan variasi bahasa yang dilihat dari segi pemakaiannya (Mansoer Pateda, 1994). Menurut Peter Trudgill dalam Nik Safiah Karim (1984), menyatakan bahawa bahasa kreol sebagai bahasa pidgin yang telah mempunyai penutur-penutur yang menukarkannya sebagai bahasa pertama. Misalnya, dalam masyarakat yang bahasanya bercampur-aduk iaitu bahasa pidgin digunakan sebagai lingua franca, kanak-kanak mungkin mempelajari bahasa tersebut sebagai bahasa pertama, terutama jika ibu bapa mereka biasanya berhubung melalui bahasa pidgin. Apabila keadaan ini berlaku, maka bahasa tersebut akan menimbulkan kembali semua ciri-ciri bahasa biasa yang sempurna (tidak lagi bersifat pidgin) selepas melalui proses pengkreolan. Selain itu, apabila bahasa kreol digunakan oleh orang dewasa yang menuturkannya sebagai bahasa pertama, bahasa tersebut (jika dibandingkan dengan bahasa pidgin) akan mempunyai perbendaharaan kata yang lebih luas, sintaksis yang lebih banyak dan bentuk gaya yang bertambah. Malah, bahasa kreol akan digunakan bagi semua tujuan dalam situasi-situasi sosial yang tidak terbatas. Dengan perkataan lain, bahasa kreol adalah bahasa yang normal namun menjadi sedikit luar biasa akibat faktor sejarahnya. Menurut Mansoer Pateda (1994), beliau menyatakan bahawa proses pengkreolan atau kreolisasi merupakan akibat kontak pemakaian bahasa. Kreolisasi adalah sesuatu perkembangan linguistik yang terjadi kerana dua bahasa berada dalam
  • 11. 150 TOPIK 6 KEPELBAGAIAN BENTUK BAHASA kontak waktu yang lama. Dalam kontak tersebut, terjadi integrasi antara kedua- dua bahasa. Malah, dalam integrasi ini, pada umumnya terjadi bahawa salah satu bahasa menjadi sumber tatabahasa. Pada permulaannya, bentuk bahasa yang terjadi adalah bahasa pidgin yang timbul kerana urgensi komunikasi yang kemudian berkembang sehingga menjadi kreol yang dikutip. Sila rujuk Rajah 6.2. Jadi, bahasa; A ⁄... pidgin B Rajah 6.2: Bahasa pidgin yang timbul daripada urgensi komunikasi yang berkembang menjadi kreol yang dikutip Jika A menjadi sumber, atau B yang menjadi sumber atau dengan kata lain, salah satu di antaranya mendominasi yang lain, maka bahasa tersebut dikenali sebagai kreol. Menurut Teo Kok Seong (1997), menyebut bahawa bahasa pidgin sering ditakrifkan dengan definisi yang negatif apabila bahasa tersebut digambarkan sebagai bahasa pinggiran, yang diwujudkan untuk menjalankan beberapa fungsi yang amat terhad bilangannya, misalnya bertukar pandangan yang remeh- temeh sifatnya semasa interaksi jual beli yang kecil dan kurang penting. Pidgin turut dianggap sebagai bahasa rekaan (artificial language), bahasa kacukan atau campuran (mixed language), bahasa abdi yang sukar difahami (slave jargon), bahasa perdagangan (trade language) serta bahasa gampang (bastard language) disebabkan oleh sifat kacukannya yang kadang kala melibatkan banyak bahasa dan sukar ditentukan bahasa-bahasa yang membinanya secara dominan. Selain itu, pidgin sering kali dianggap sebagai bahasa ragam khas (targot) seperti ragam yang digunakan oleh kumpulan penjahat antaranya penjenayah, pencuri dan penyamun. Oleh sebab itu, takrif-takrif sedemikian telah membentuk setereotaip tentang pidgin, antaranya sejenis bahasa yang tidak tulen, bahasa yang berstatus rendah dan bahasa yang tidak begitu penting. Namun secara positifnya, pidgin merupakan sebuah bahasa yang diringkaskan, dipermudahkan dan kadang-kadang dicampuradukkan, yang lahir dalam kalangan orang yang tidak mempunyai sebuah bahasa perhubungan yang sama untuk tujuan-tujuan tertentu, misalnya perniagaan (Trudgill dalam Nik Safiah Karim, 1984). Walaupun bahasa pidgin dan bahasa kreol adalah berasal sebagai bahasa vernakular tertentu yang terhad, namun terdapat perbezaan yang ketara antara kedua-dua bahasa tersebut apabila bahasa kreol mampu mencapai status atau kedudukan sebagai bahasa baku dalam keadaan-keadaan tertentu (John Lyons
  • 12. TOPIK 6 KEPELBAGAIAN BENTUK BAHASA 151 dalam Ramli Salleh dan Toh Kim Hoi, 1994). Sementara itu, Asmah Haji Omar (1991), pula berpendapat bahawa bahasa kreol adalah bahasa kacukan yang sudah mantap, yang merupakan kacukan daripada sekurang-kurangnya dua bahasa. Bahasa kreol merupakan bahasa yang bukan berasal daripada bahasa tempatan sesebuah negara tetapi datang dari luar negara tersebut. Bahasa kreol juga telah lama digunakan dan menerima unsur-unsur bahasa tempatan. Bahasa tersebut kemudiannya menjadi bahasa natif atau bahasa ibunda bagi kelompok penutur dalam masyarakat berkenaan. Bahasa kreol turut dirujuk sebagai percampuran antara bahasa penjajah dengan bahasa peribumi misalnya Kreol Portugis dan Kreol Baba di Melaka (maaroff/inklusif.doc). Di samping itu, bahasa kreol merupakan bahasa yang sudah menjadi bahasa ibunda serta merupakan bahasa pertama bagi sesebuah keluarga ataupun kelompoknya. Penggunaan bahasa ini tidak terbatas kepada kelompoknya sahaja, malah turut juga ditiru sebutannya oleh masyarakat Melayu yang hidup bersama kelompok penutur tersebut (members.tripod.com). Dalam konteks dunia, bahasa kreol mula digunakan oleh masyarakat Jamaica yang terdiri dalam kalangan hamba abdi dari Afrika akibat faktor strata sosial yang lebih rendah berbanding golongan atasan iaitu orang British yang bertutur dalam bahasa Inggeris. Bahasa tersebut mempunyai hubungan sejarah dengan bahasa Inggeris, tetapi amat berbeza dengan bahasa Inggeris yang dituturkan oleh British (Chambers dan Trudgill dalam Annuar Ayub, 1990). Menurut Peter Trudgill dalam Nik Safiah Karim (1984), menyatakan bahawa beberapa variasi Kreol Inggeris (Bahasa Inggeris pidgin yang telah menjadi kreol) digunakan dengan luasnya di Hindia Barat oleh orang berketurunan Afrika. Malah, dalam bentuk yang paling ÂasliÊ Kreol Inggeris ini tidak begitu mudah untuk difahami oleh penutur-penutur bahasa Inggeris, walaupun perbendaharaan katanya adalah sama serta memperlihatkan pengaruh yang agak banyak daripada bahasa-bahasa Afrika. Malah, golongan tersebut khususnya masyarakat Jamaica menanggap bahawa mereka merupakan orang Negro Amerika pertama yang menuturkan bahasa kreol sebagai bahasa ibunda, dan bahasa tersebut menyerupai bahasa orang kulit putih akibat daripada peredaran masa yang berubah. Dalam pada itu, Kreol Perancis, Inggeris, Portugis dan Sepanyol juga merupakan antara bahasa-bahasa yang paling terkenal di Eropah yang berkembang akibat daripada bahasa pidgin. Bahasa Kreol Perancis terdapat dengan luasnya di daerah Caribbean dan sekitarnya seperti Haiti, Trinidad, dan Grenada serta pulau-pulau yang lain di Selatan Caribbean iaitu French Guiana dan Amerika Syarikat. Malah, bahasa Kreol Perancis turut digunakan di Lautan Hindi, terutamanya di Mauritius dan Seychelles.
  • 13. 152 TOPIK 6 KEPELBAGAIAN BENTUK BAHASA Sementara itu, kebanyakan Kreol Inggeris yang terkenal dituturkan di beberapa daerah di benua Amerika. Perkembangan bahasa Kreol Inggeris ini turut sama seperti bahasa Kreol Perancis apabila bermula akibat daripada hasil perniagaan hamba abdi (Peter Trudgill dalam Nik Safiah Karim, 1984). Bahasa kreol turut berkembang dalam bahasa Melayu. Bahasa Melayu sudah lama terkenal sebagai bahasa antara suku bangsa khususnya di Indonesia. Di Pulau Jawa, terutamanya Jakarta, bahasa Melayu mengalami proses kreolisasi yang mempunyai unsur dasar bahasa Melayu pasar tercampur dengan berbagai bahasa di sekelilingnya, khususnya bahasa Tionghua, Sunda, Jawa, Bali, Bugis, Belanda dan Portugis. Bahasa Melayu dalam bentuk kreol ini turut banyak dijumpai di kawasan Indonesia Timur yang bermula dari Manado hingga ke Papua. Contohnya, dialek Melayu Jakarta bahasa Betawi yang dituturkan di Jakarta, dialek Melayu Peranakan yang dituturkan oleh masyarakat Tionghua di Jawa Timur dan Jawa Tengah serta dialek Melayu Manado yang iaitu bahasa Manado yang dipakai sebagai lingua franca di Sulawesi Utara (wikipedia.org). Dalam pada itu, terdapat banyak faktor yang menyebabkan wujudnya bahasa kreol dalam masyarakat di Malaysia. Antara faktor-faktor yang telah mempengaruhi kewujudan bahasa kreol itu sendiri adalah faktor geografi, perkahwinan, perniagaan dan sebagainya (members.tripod.com). Penelitian daripada aspek geografi ini ditinjau kerana setiap kawasan mempunyai dialek- dialek yang berbeza. Maka, apabila bahasa ini dipertemukan di sesuatu tempat, bahasa tersebut akan mengalami percampuran atau lebih dikenali dengan istilah ÂkacukanÊ. Sebagai contoh, pada asalnya bahasa Baba merupakan bahasa pidgin iaitu bahasa kacukan antara bahasa Melayu dengan bahasa Cina yang bersifat sementara. Namun, akhirnya bahasa Baba berubah menjadi bahasa kreol apabila bahasa kacukan ini menjadi bahasa pertuturan bagi masyarakat Baba-Nyonya. Kewujudan bahasa kreol ini adalah akibat daripada pertembungan bahasa atau budaya yang terdiri daripada faktor geografi yang berlainan seperti bahasa Cina dan bahasa Melayu yang telah berlaku semenjak dahulu lagi (members.tripod.com). Faktor perkahwinan juga merupakan faktor terpenting yang menyebabkan wujudnya bahasa kreol. Misalnya, penutur-penutur bahasa kreol Baba-Nyonya adalah terdiri daripada masyarakat Cina Hokkien, yang wujud hasil daripada perkahwinan di antara perempuan Hindu Chitty dengan lelaki Cina. Namun demikian, generasi yang lahir ini kemudiannya turut berkahwin dengan kaum Cina. Walau bagaimanapun, mereka tetap menggunakan bahasa Melayu yang dipengaruhi oleh bahasa Cina (members.tripod.com). Faktor perniagaan pula wujud akibat daripada perkembangan bahasa pidgin pada awalnya yang hanya digunakan bagi tujuan perniagaan dan perhubungan antara penutur- penuturnya. Namun, bahasa tersebut terus berkembang menjadi bahasa kreol
  • 14. TOPIK 6 KEPELBAGAIAN BENTUK BAHASA 153 setelah melalui proses pengkreolan (Peter Trudgill dalam Nik Safiah Karim, 1984). Dalam masa yang sama, bahasa kreol turut mempunyai ciri-cirinya yang tersendiri. Menurut Peter Trudgill dalam Nik Safiah Karim (1984), menyatakan bahawa bahasa kreol ini mempunyai lingua franca kerana dituturkan oleh beberapa kumpulan dalam situasi dan konteks mereka yang tersendiri. Contohnya, Bahasa Djuka merupakan salah satu bahasa kreol yang paling terkenal juga dituturkan dalam bentuk pidgin sebagai lingua franca oleh beberapa kumpulan orang Dayak Amerika yang tinggal di kawasan tersebut. Dalam konteks yang sama, bahasa kreol juga mempunyai ciri kemasukan unsur- unsur kesalahan bahasa. Malah, jika diteliti terhadap bahasa Baba dan Nyonya, didapati bahawa bahasa ini banyak dipinjam daripada bahasa Cina terutamanya bahasa Hokkien. Keadaan sedemikian menyebabkan kebanyakan perkataannya mempunyai penyebutan bunyi yang hampir sama dengan bahasa Hokkien (members.tripod.com). Contohnya dapat kita lihat dalam Jadual 6.1. Jadual 6.1: Persamaan sebutan bunyi perkataan dalam bahasa Baba-Nyonya dengan Bahasa Hokkien [Sumber: http://members.tripod.com] Perkataan Sebutan Lauteng lau-teng Teko te-ko Kuchai ku-chai Kueh Tiau Kutiau Namun begitu, makna perkataan tersebut tidak banyak berbeza daripada makna yang terdapat dalam bahasa Melayu. Misalnya, jika ayat dalam bahasa Melayu dibandingkan dengan ayat dalam bahasa Baba dan Nyonya, hanya unsur tatabahasa sahaja yang tidak tepat. Contohnya; Saya mahu masak nasi (Ayat Bahasa Melayu) Gua mo masak nasik (Ayat Baba Nyonya) Bahasa kreol Baba-Nyonya ini turut tidak menitikberatkan aspek penggunaan tatabahasa yang betul. Hal ini demikian kerana, bahasa Melayu Baba-Nyonya atau bahasa kreol Baba-Nyonya tidak mempunyai tatabahasa tertentu disebabkan oleh penutur-penuturnya yang tidak menunjukkan minat untuk mempelajari bahasa Melayu dengan tepat dan betul walaupun bahasa tersebut sudah menjangkaui usia lebih 400 tahun berada di Nusantara. Di samping itu, struktur ayat yang digunakan adalah lebih banyak dipengaruhi oleh struktur ayat yang terdapat dalam bahasa Cina. Keadaan ini disebabkan oleh masyarakat
  • 15. 154 TOPIK 6 KEPELBAGAIAN BENTUK BAHASA Baba-Nyonya mempunyai dan menggunakan secara meluas kod bahasa yang dinamakan sebagai Âcakap terbalikÊ ataupun Âbahasa terbalikÊ (members.tripod.com). Sebagai kesimpulannya, bahasa kreol adalah berasal daripada bahasa pidgin atau bahasa lingua franca yang telah diterima masuk ke dalam bahasa tempatan dan telah diterima sebagai bahasa pertama mereka. Para pengkaji tempatan juga bersetuju dengan pendapat bahawa bahasa kreol bukanlah bahasa pidgin atau bahasa tempatan tetapi bahasa kreol adalah bahasanya yang tersendiri dan turut mempunyai ciri-ciri yang tersendiri (members.tripod.com). Malah, pengkajian terhadap bahasa kreol dalam beberapa tempat di benua-benua tertentu telah menggambarkan dengan jelas mengenai kewujudan bahasa tersebut. Bahasa kreol telah berperanan sebagai bahasa komunikasi yang berguna kepada penuturnya umpama perhubungan sebagai Âjalan tengahÊ memandangkan bahasa tersebut disesuaikan antara bahasa asal-usul mereka dengan bahasa masyarakat setempat. Daripada kelainan itulah bahasa tersebut dikenali sebagai kreol. Malah, bahasa kreol telah memberi sumbangan yang berguna sebagai bahasa penuturan dan telah memainkan peranan yang berfungsi untuk mengeratkan perhubungan masyarakat penuturnya. Kemungkinan penggunaan bahasa kreol ini akan berkembang ataupun terus lenyap dan pupus adalah sepenuhnya bergantung kepada kesetiaan penutur-penutur bahasa tersebut. 6.5 BAHASA KOLOKIAL Menurut Dr. Mansoer Pateda (1994), menyatakan bahawa bahasa kolokial ialah bahasa yang dipakai sehari-hari oleh masyarakat yang tinggal di daerah tertentu. Bahasa kolokial biasa juga disebut sebagai bahasa sehari-hari, bahasa percakapan dan kadang-kadang disebut sebagai bahasa pasar. Menurut Abdul Hamid Mahmood (2007), mengatakan bahawa bahasa pasar ialah bahasa Melayu yang dituturkan oleh orang bukan Melayu yang tidak menguasainya atau bahasa seperti yang dituturkan oleh orang Melayu yang diketahuinya tidak pandai bertutur dalam bahasa Melayu yang betul. Bahasa kolokial juga mengandungi kata-kata yang kurang enak didengar sehari-hari di daerah tertentu (Mansoer Pateda, 1994). Menurut Kamarudin Husin dan Siti Hajar Abdul Aziz (1997) pula, menyatakan bahawa bahasa kolokial perlu ditakrifkan dengan berpandukan beberapa sumber. Bahasa basahan juga disebut sebagai bahasa kolokial. Za'ba menggelar bahasa ini sebagai bahasa cakap mulut. Bahasa kolokial merupakan bahasa pertuturan harian dalam konteks yang tidak rasmi. Menurut Kamus Dewan, bahasa kolokial ialah bahasa yang bersifat percakapan atau bahasa basahan dan bukan bahasa baku. Bahasa kolokial ini ialah bahasa pertuturan sehari-hari. Bahasa ini tidak mementingkan unsur-unsur tatabahasa kerana yang dipentingkan ialah kefahaman antara penutur dan pendengar. Oleh itu, ia tidak
  • 16. TOPIK 6 KEPELBAGAIAN BENTUK BAHASA 155 digunakan dalam tulisan atau ucapan rasmi. Bentuknya pula sering dipengaruhi oleh dialek dan slanga daerah. Menurut Teo Kok Seong (2006), mengatakan bahawa slanga ialah pertuturan terhad subkumpulan dan subbudaya tertentu dalam sesebuah masyarakat. Dengan pengertian ini, slanga ialah bahasa, khususnya perkataan biasa yang diberikan pengertian baharu dan digunakan serta hanya difahami oleh sesuatu kumpulan, misalnya golongan pemuzik atau peminat rock di sesuatu tempat atau kawasan. Menurut Mohd Sidin Ahmad Ishak (1999), mengatakan bahawa perkataan kolokial dimaksudkan dengan perkataan yang digunakan dalam perbualan sehari-hari ataupun dalam penulisan yang mempunyai tujuan tersebut. Kolokialisme bukanlah bermaksud bahasa yang tidak betul atau bahasa buruk. Ia merupakan perkataan yang digunakan dalam perbualan tidak formal oleh semua orang sama ada berpelajaran atau tidak berpelajaran. Dalam penulisan, ia digunakan untuk memberi kesan atau tanggapan perbualan secara langsung dan mesra. Untuk mendapatkan kesan ini, penutur kerap kali menggunakan singkatan seperti „tak, nak, ku, mu, kau, tv‰ atau perkataan-perkataan yang digugurkan imbuhannya. Oleh itu, dapatlah didefinisikan bahawa bahasa kolokial ialah bahasa pertuturan dalam kehidupan seharian tanpa menggunakan sistem tatabahasa yang betul namun dapat difahami oleh pendengar. Lazimnya, bahasa kolokial dipengaruhi oleh dialek daerah penutur berkenaan (Kamaruddin Husin dan Siti Hajar Abdul Aziz, 1997). 6.5.1 Ciri-Ciri Bahasa Kolokial Menurut Kamarudin Husin dan Siti Hajar Abdul Aziz (1997), bahasa kolokial mempunyai pelbagai ciri. Antara ciri-cirinya ialah seperti berikut: (a) Cara Penyampaian Menurut Kamarudin Husin dan Siti Hajar Abdul Aziz (1997), bahasa kolokial disampaikan secara lisan. Ia meliputi perhubungan secara terus antara dua penutur atau lebih dengan menggunakan pertuturan seharian. Penggunaan perkataan pula ringkas dan tidak mengikuti ejaan perkataan sepenuhnya, tetapi pendengar dapat memahaminya. (b) Mewujudkan Kemesraan Menurut Kamarudin Husin dan Siti Hajar Abdul Aziz (1997), kemesraan akan wujud dalam penggunaan bahasa kolokial. Ini dapat dilihat apabila penutur tertentu menggunakan penanda-penanda mesra. Dalam pertuturan, dapat didengar penutur yang menggambarkan nama atau gelaran tersendiri dalam perbualan. Mereka biasanya akan dapat
  • 17. 156 TOPIK 6 KEPELBAGAIAN BENTUK BAHASA melahirkan kemesraan dengan panggilan yang bersahaja serta intonasi yang menggembirakan. Sebagai contohnya: Hai Mat, nak ke mana tu? Tak singgah dulu? Kami tengah minum teh. Marilah rasa kuih Kak Mah ni. Bukan main sedap lagi, panas-panas ni. Terdapat juga penutur yang menggunakan unsur ÂkanÊ sebagai bukan dan ÂdahÊ sebagai sudah yang menunjukkan kemesraan dalam pertuturan. Sebagai contohnya : Kan aku dah kata, jangan menyampuk. Kamu tu kan masih kecil lagi (c) Penggunaan Dialek Menurut Kamarudin Husin dan Siti Hajar Abdul Aziz (1997) dalam Lado (1980: 283), dialek ialah bentuk tertentu atau variasi satu bahasa yang berhubung dengan satu kawasan geografi atau kumpulan masyarakat. Oleh itu, dalam bahasa kolokial wujud penggunaan dialek dalam perhubungan mereka. Keadaan ini wujud apabila penutur dan pendengar datang dari satu tempat yang sama. Biasanya, perbezaan dialek ini berdasarkan kelas, latar belakang pendidikan, pekerjaan, tempat tinggal, status ekonomi dan sosial yang berlainan. (d) Penggunaan Tatabahasa Menurut Kamarudin Husin dan Siti Hajar Abdul Aziz (1997), dalam bahasa kolokial penggunaan tatabahasa tidak begitu dipentingkan. Bahasa ini menggunakan beberapa strategi seperti memendekkan kata serta menggugurkan bahagian-bahagian tertentu dalam ayat. Ayat-ayatnya juga banyak meninggalkan penggunaan imbuhan, sebaliknya digantikan dengan unsur-unsur isyarat dan gerak-geri untuk difahami oleh pendengar. (e) Percampuran Kod Menurut Kamarudin Husin dan Siti Hajar Abdul Aziz (1997), dalam penggunaan bahasa kolokial kod yang pelbagai sering digunakan, terutamanya golongan yang agak terpelajar. Penggunaan lain-lain bahasa dalam pertuturan ini disebabkan masyarakat Malaysia terdiri daripada pelbagai bangsa dan keturunan. Penggunaan Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab dapat dikesan dalam percakapan yang penuh dengan kemesraan. Kebiasaan ini dapat dikesan terutamanya antara orang Melayu dengan Melayu atau berlainan keturunan. Golongan ini dilihat lebih mudah menggunakan percampuran kod ini dalam perbualan mereka.
  • 18. TOPIK 6 KEPELBAGAIAN BENTUK BAHASA 157 (f) Bahan yang Diperkatakan Menurut Kamarudin Husin dan Siti Hajar Abdul Aziz (1997), perbincangan dan perbualan dalam bahasa kolokial bergantung kepada penutur dan pendengar yang terlibat. Namun biasanya, mereka berbincang tentang perkara yang agak ringan serta mudah untuk mencapai maksud yang diberikan. Keadaan ini wujud kerana mereka tidak berada dalam keadaan rasmi. Biasanya, tajuk perbualan berkisar kepada perkara-perkara yang ringan apabila mereka bertemu. Keadaan ini wujud lantaran sering berjumpa di samping untuk mewujudkan kemesraan antara mereka. (g) Cara Penggunaannya Menurut Kamarudin Husin dan Siti Hajar Abdul Aziz (1997), bahasa kolokial digunakan oleh penutur dalam keadaan pergaulan harian. Dalam perhubungan ini mereka tidak mementingkan unsur-unsur tatabahasa serta imbuhan. Kata singkat serta dialek daerah sering digunakan dalam perbualan mereka. Dalam perbualan juga, aspek kemesraan dan pemahaman maksud yang lebih diutamakan berbanding susunan dan aturan tatabahasa yang betul. Dalam memilih perkataan, kebanyakan mereka menggunakan perkataan yang pendek-pendek serta dapat menimbulkan kesedapan dan kefahaman serta menggambarkan kemesraan antara mereka dan anggota masyarakat yang terlibat. Keadaan ini berlaku lantaran kefahaman mereka akan lebih mendalam jika menggunakan bahasa yang sedemikian. Dalam penggunaan ayat pula, mereka lebih menggunakan ayat-ayat yang tidak mempunyai imbuhan seperti yang terdapat dalam ayat-ayat tulisan. Keadaan ini dapat memudahkan mereka berhubung di samping dapat memudahkan mereka untuk menyatakan maksud dengan lebih cepat dan pantas. Sekiranya menggunakan ayat yang lengkap akan menjadikan situasi yang tidak mesra serta tidak menghidupkan suasana. Oleh itu, dalam penggunaan bahasa kolokial ini, semua penutur yang terlibat tidak mementingkan struktur ayat serta sistem tatabahasa yang betul. Apa yang penting adalah untuk mendapatkan makna supaya dapat difahami maksud perbualan dengan segera. 6.6 PERBEZAAN ANTARA BAHASA BAKU DENGAN BAHASA BASAHAN Terdapat tiga jenis perbezaan antara bahasa baku dengan bahasa basahan, iaitu seperti yang ditunjukkan di dalam Jadual 6.2 hingga Jadual 6.4 berikut:
  • 19. 158 TOPIK 6 KEPELBAGAIAN BENTUK BAHASA (i) Perkataan berbeza untuk makna yang serupa Jadual 6.2: Perkataan berbeza untuk makna yang serupa Bahasa Baku Bahasa Basahan Mengapa Kenapa Bagaimana Macam mana Sedang Tengah (ii) Bentuk kependekan Jadual 6.3: Bentuk kependekan Bahasa Baku Bahasa Basahan Hendak Nak Tidak Tak Sudah Dah (iii) Perubahan bunyi Jadual 6.4: Perubahan bunyi Bahasa Baku Bahasa Basahan Ambil ambik Kecil kecik Pula pulak Sebagai kesimpulannya, bahasa kolokial merupakan bahasa yang dipakai atau digunakan sehari-hari dalam pertuturan. Bahasa kolokial juga dikenali sebagai bahasa basahan. Terdapat beberapa ciri yang boleh dikenal pasti berkenaan dengan bahasa kolokial iaitu dari segi cara penyampaian, kewujudan kemesraan antara penutur, penggunaan dialek, penggunaan tatabahasa, percampuran kod dan bahan yang diperkatakan. Dalam bahasa kolokial juga tidak mementingkan struktur ayat dan sistem tatabahasa yang betul. Apa yang menjadi keutamaan adalah penutur dapat memberikan makna yang dapat difahami oleh orang lain.
  • 20. TOPIK 6 KEPELBAGAIAN BENTUK BAHASA 159 6.7 BAHASA BAKU Apakah yang dikatakan dengan bahasa baku? Menurut Sulaiman Masri dalam bukunya yang bertajuk Inilah Bahasa Baku (1992) telah mendefinisikan bahasa baku sebagai bahasa yang betul dari segi ejaan, istilah, sebutan, penggunaan kata dan frasa, ayat, singkatan dan akronim, tanda baca, dan laras bahasa. Manakala definisi bahasa baku yang lain ialah bahasa yang menjadi dasar dan ukuran dalam menentukan ketepatan bahasa yang digunakan (Awang Sariyan, 1993). Dalam Wikipedia Bahasa Melayu pula menyatakan bahasa baku ialah jenis bahasa yang menggambarkan keseragaman dalam bentuk dan fungsi bahasa. Daripada definisi-definisi tersebut dapatlah dirumuskan bahawa bahasa baku merupakan bahasa yang diterima untuk digunakan dalam situasi rasmi seperti dalam perundangan, pentadbiran, persekolahan, pengajian tinggi, dan sebagai alat sebaran am. Penggunaan bahasa baku bertujuan untuk meningkatkan taraf bahasa Malaysia sesuai dengan peranannya sebagai Bahasa Kebangsaan negara kita, dan supaya bahasa kita setanding dengan bahasa-bahasa moden di dunia. Sebenarnya, beberapa aspek bahasa Malaysia moden telah mula dibakukan pada tahun 1930- an dengan kemunculan surat khabar dan majalah dalam Bahasa Malaysia. Usaha ini diikuti dengan kemunculan radio. Walau bagaimanapun, aspek-aspek bahasa baku yang menonjol dalam karangan, berita, rencana, dan cerpen pada ketika itu hanyalah pemilihan perkataan, pembinaan ayat dan tanda baca. Aspek-aspek sebutan, ejaan, dan laras bahasa belum dapat diselaraskan. Namun, ini tidak bererti aspek penulisan sudah baku sepenuhnya. Kesalahan dan ketidakselarasan masih terdapat dalam surat khabar dan majalah pada waktu itu, malah hinggalah sekarang. 6.7.1 Ejaan Baku Menurut Pedoman Umum Ejaan Rumi Bahasa Malaysia, terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (1994), ejaan baku bermaksud ejaan yang betul. Terdapat peraturan dan pandangan yang dikemukakan dan mesti dipatuhi untuk mengeja perkataan dengan betul iaitu: Keselarasan huruf vokal Kekecualian keselarasan huruf vokal Perkataan pinjaman, khususnya daripada Bahasa Inggeris Awalan dan kata sendi ÊdiÊ dan ÊkeÊ Partikel Kata ganti singkat
  • 21. 160 TOPIK 6 KEPELBAGAIAN BENTUK BAHASA Dalam topik ini hanya membincangkan mengenai keselarasan huruf vokal sahaja. Sebagaimana yang kita ketahui bahawa keselarasan huruf vokal melibatkan perkataan yang terbentuk daripada dua suku kata. Bagi perkataan yang mengandungi lebih daripada dua suku kata, keselarasan huruf vokal ini hanyalah dikenakan pada dua suku kata yang terakhir. Terdapat 18 pola keselarasan huruf vokal. Berikut diberikan beberapa contoh: (i) a___a basah, balak (ii) a___i dalih, balik (iii) a___u basuh, batuk (iv) e pepet _ _ _ a cemas, kelam (v) e pepet _ _ _ i lebih, betik (vi) e pepet _ _ _ u telur, tempuh (vii) e taling _ _ _ a elak, dewan (viii) e taling _ _ _ e taling leceh, gelek, selekeh Daripada 18 pola tersebut, terdapat 8 pola yang selalu mengelirukan pengguna bahasa Malaysia. Pola tersebut merupakan perubahan daripada sistem ejaan lama (rumi). Contohnya adalah seperti yang ditunjukkan di dalam Jadual 6.5 hingga Jadual 6.12 berikut: (i) Pola a _ _ _ i Jadual 6.5: Pola a _ _ _ i Salah Baku Adek Adik Balek Balik Lateh Latih Maseh Masih Patek Patik Tarek Tarik (ii) Pola a _ _ _ u Jadual 6.6: Pola a _ _ _ u Salah Baku Aros Arus Ator Atur Masok Masuk Payong Payung Sambong Sambung Sayor Sayur
  • 22. TOPIK 6 KEPELBAGAIAN BENTUK BAHASA 161 (iii) Pola e (pepet) _ _ _ i Jadual 6.7: Pola e (pepet) _ _ _ i Salah Baku Beneh Benih Cerdek Cerdik Herdek Herdik Pedeh Pedih Pereksa Periksa Petek Petik (iv) Pola e (pepet) _ _ _ u Jadual 6.8: Pola e (pepet) _ _ _ u Salah Baku Cemoh Cemuh Gemok Gemuk Ketok Ketuk Penoh Penuh Semboh Sembuh Serbok Serbuk (v) Pola i _ _ _ i Jadual 6.9: Pola i _ _ _ i Salah Baku Bilek Bilik Bisek Bisik Milek Milik Pileh Pilih Pingger Pinggir Seliseh Selisih
  • 23. 162 TOPIK 6 KEPELBAGAIAN BENTUK BAHASA (vi) Pola i _ _ _ u Jadual 6.10: Pola i _ _ _ u Salah Baku Bingong Bingung Hidop Hidup Hirop Hirup Periok Periuk Sibok Sibuk Simpol Simpul (vii) Pola u _ _ _ i Jadual 6.11: Pola u _ _ _ i Salah Baku Bueh Buih Buter Butir Kueh Kuih Mudek Mudik Puteh Putih Puleh Pulih (viii) Pola u _ _ _ u Jadual 6.12: Pola u _ _ _ u Salah Baku Bunoh Bunuh Burok Buruk Burong Burung Dudok Duduk Gulong Gulung Busok Busuk 6.7.2 Sebutan Baku Sebutan dalam bahasa Malaysia hendaklah berdasarkan ejaan dengan pengertian bahawa setiap huruf dilafazkan menurut nilai bunyinya dalam bahasa Malaysia (Sulaiman Masri, 1992). Sebutan baku ini bertujuan untuk menyeragamkan sebutan dalam bahasa Malaysia terutamanya apabila digunakan dalam urusan rasmi. Urusan rasmi yang dimaksudkan di sini ialah apa sahaja bentuk
  • 24. TOPIK 6 KEPELBAGAIAN BENTUK BAHASA 163 penyampaian atau pengumuman berita sama ada melalui radio mahupun televisyen; proses pembelajaran dan pengajaran sama ada di sekolah, maktab ataupun di universiti, penyampaian syarahan, pidato, ceramah, dan kertas kerja. Ini bermakna, sebutan baku tidak perlu digunakan dalam perbualan biasa. Setiap perkataan sama ada bahasa Malaysia jati atau perkataan serapan hendaklah disebut berdasarkan ejaan. Berikut merupakan beberapa panduan yang perlu dipatuhi bagi menghasilkan sebutan baku dengan betul: (a) Huruf Vokal Sebagaimana yang kita semua sedia maklum, terdapat enam vokal tulen yang patut disebut dengan betul menurut nilai bunyinya masing-masing iaitu /a/, /e/, / /, /i/, /o/, dan /u/. Semua huruf vokal ini perlulah dilafazkan dengan bunyi [a], [e], [ ], [i], [o], dan [u] pada semua kedudukan, sama ada di awal perkataan, di tengah perkataan atau di akhir perkataan. (b) Huruf Diftong Dalam bahasa Malaysia, terdapat tiga huruf diftong iaitu /ai/, /oi/, dan /au/. Huruf-huruf diftong ini seperti juga huruf-huruf vokal perlu dilafazkan dengan bunyi [ai], [oi], dan [au]. Huruf diftong ai dilafazkan dengan bunyi (ai) pada semua kedudukan. Contohnya: Ejaan Sebutan aidilfitri [ai + dil + fit + ri] hairan [hai + ran] pantai [pan + tai] Huruf diftong au dilafazkan dengan bunyi (au) pada semua kedudukan. Contohnya: Ejaan Sebutan audit [au + dit] aurat [au + rat] autonomi [au + to + no + mi] harimau [ha + ri + mau]
  • 25. 164 TOPIK 6 KEPELBAGAIAN BENTUK BAHASA Huruf diftong oi termasuklah perkataan. Contohnya: Ejaan Sebutan sepoi [s + poi] kaloi [ka + loi] konvoi [kon + voi] (c) Huruf Konsonan Terdapat 26 huruf konsonan dalam bahasa Malaysia. Huruf konsonan g daripada perkataan pinjaman dilafazkan dengan bunyi (g), bukan (j). Contohnya: Ejaan Sebutan agenda [a + gen + da] agensi [a + gen + si] geografi [geo + gra + fi] strategi [stra + te + gi] teknologi [tek + no + lo + gi] tragedi [tra + ge + di] Bunyi (g) bagi huruf g ini sama dengan bunyi dalam perkataan Melayu jati yang dilafazkan dengan bunyi (g). Contohnya: Ejaan Sebutan gigi [gi + gi] gelagat [ge + la + gat] pagi [pa + gi] Huruf r dilafazkan dengan bunyi (r) pada semua kedudukan. Contohnya: Ejaan Sebutan kotor [ko + tor] meter [me + t r] pasar [pa + sar] pelantar [p + lan + tar] resam [r + sam] (d) Huruf Gugus Konsonan Sebutan bagi gugus konsonan didasarkan kepada pedoman umum seperti yang berikut:
  • 26. TOPIK 6 KEPELBAGAIAN BENTUK BAHASA 165 Gugus konsonan di awal perkataan dilafazkan sepenuhnya. Contohnya: Ejaan Sebutan drama [dra + ma] klasik [kla + sik] profesor [pro + fe + sor] psikologi [psi + ko + lo + gi] strategi [stra + te + gi] Gugus konsonan di akhir perkataan yang dilafazkan sepenuhnya. Contohnya: Ejaan Sebutan ambulans [am + bu + lans] forseps [for + seps] insurans [in + su + rans] sains [sains] Gugus konsonan yang dilafazkan sebagai fonem tunggal. Contohnya: Ejaan Sebutan kloroform [klo + ro + fom] konsert [kon + s t] standard [stan + dad] Sebutan gugus konsonan di tengah kata dipertahankan walaupun dari segi transkripsi dipisahkan menurut pola suku kata. Contohnya: Ejaan Sebutan preskriptif [pres + krip + tif] geografi [geo + gra + fi] kilogram [kilo + gram] rekrut [rek + rut] transkripsi [trans + krip + si] 6.8 PENGGUNAAN ISTILAH Secara umum, istilah bermaksud satu perkataan atau gabungan kata yang jelas menerangkan suatu konsep, makna, proses, keadaan atau sifat khusus dalam bidang tertentu, yang disepakati oleh pakar-pakar bidang berkenaan. Dengan perkataan lain, istilah ialah satu perkataan, atau perkataan-perkataan yang dikawal dan untuk tujuan khusus oleh pakar-pakar dalam bidang ilmu tertentu
  • 27. 166 TOPIK 6 KEPELBAGAIAN BENTUK BAHASA (Sulaiman Masri, 1992). Ini bermaksud, perkataan yang dinamakan istilah ini hanya terbatas penggunaannya dalam satu bidang yang berkenaan sahaja. Suatu istilah yang bersifat umum, iaitu istilah yang digunakan oleh beberapa bidang ilmu dikenali sebagai istilah umum. Istilah umum ini lama-kelamaan boleh menjadi perkataan hari-hari. Dari segi bahasa baku, istilah yang betul bererti suatu perkataan atau gabungan perkataan khusus digunakan bagi melambangkan konsep dalam bidang ilmu tertentu. Terdapat istilah yang menggambarkan suatu konsep dan terbatas penggunaannya dalam satu bidang ilmu sahaja. Selain itu, terdapat juga istilah- istilah yang melambangkan lebih daripada satu konsep dan digunakan oleh beberapa bidang ilmu. Misalnya, pengagihan (istilah ekonomi), taburan (istilah geografi), dan pembahagian (istilah umum). Dengan penjelasan di atas, kita dapat memahami istilah sebagai perkataan atau gabungan perkataan yang terkawal dan hanya digunakan oleh golongan profesional apabila mereka bercakap tentang bidang ilmu yang mereka ceburi atau kuasai. Seorang doktor perubatan tentu akan kelihatan lebih pakar dan mahir apabila berbual-bual dengan teman sejawatannya dalam ilmu perubatan. Seorang ahli linguistik akan kelihatan lebih pakar dan lancar apabila berbual- bual dengan teman sebidang. Dalam bidang komunikasi begini, muncullah beberapa istilah, iaitu perkataan terkawal dan khusus atau jarang didengar, yang digunakan oleh golongan pakar perubatan dan pakar bahasa. Sebaliknya, jika seorang doktor perubatan dengan seorang ahli linguistik berbincang tentang penyakit darah tinggi, maka tentulah ahli linguistik itu menghadapi masalah memahami beberapa istilah perubatan. Pada kebiasaannya, istilah digubal atau dicipta oleh pakar ilmu tertentu secara perseorangan. Dialah kemudiannya memperkenalkan istilah itu supaya digunakan oleh orang yang mempelajari bidang baharu itu, atau apabila bidang tersebut diumumkan kepada orang ramai. Misalnya, minyak diesel, merupakan kandungan minyak yang dikaji oleh Randolph Diesel. Seterusnya, jika suatu ilmu dipindahkan daripada satu masyarakat kepada masyarakat yang lain, biasanya istilah tersebut perlu disahkan oleh beberapa orang pakar atau ahli dalam bidang ilmu berkenaan. Dalam ilmu peristilahan moden, sesuatu istilah hendaklah disepakati oleh pakar-pakar bidang, peristilahan, bahasa dan wakil pengguna menerusi jawatankuasa istilah bidang berkenaan. Di Malaysia, istilah-istilah dalam pelbagai bidang ilmu telah digubal, disepakati, disahkan, diselaraskan dan kemudiannya diterbitkan untuk disebarkan. Proses penyebaran istilah-istilah yang telah dipersetujui oleh semua pihak akan disebarkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dengan kerjasama pakar- pakar pelbagai bidang ilmu, ahli bahasa, ahli peristilahan dan wakil pengguna.
  • 28. TOPIK 6 KEPELBAGAIAN BENTUK BAHASA 167 Semua istilah ini diterbitkan oleh DBP boleh dianggap betul kerana kira-kira 600 ribu istilah untuk 450 bidang ilmu yang ada setakat ini telah disepakati oleh beberapa kumpulan pakar yang berwibawa daripada beberapa agensi kerajaan, swasta dan golongan profesional lain. Oleh itu, penggunaan istilah-istilah yang diterbitkan oleh DBP atau badan lain yang menggubal istilah berdasarkan pedoman tertentu adalah sangat digalakkan. Jika beberapa istilah yang terpaksa diubah kerana menyalahi konsep atau ciri sebenar, maka DBP dan badan yang bekerjasama dengannya akan membuat pengumuman rasmi. Bagaimanapun, istilah yang terpaksa diubah ini tidak banyak jumlahnya. Jadual 6.13 berikut menyenaraikan beberapa contoh penggunaan istilah: Jadual 6.13: Contoh Penggunaan Istilah SALAH BETUL Negara yang membangun Negara membangun Negara yang maju Negara maju Keluaran yang baru Keluaran baru Aktiviti terjemahan Aktiviti penterjemahan Padang penembakan Padang tembak Hutan simpanan Hutan simpan Tanah simpanan Melayu Tanah simpan Melayu Tempat pertanyaan Tempat (ber) tanya Tempat meletak kereta Tempat letak kereta Ali restoran Restoran Ali Berdasarkan apa yang telah dibincangkan itu, dapatlah kita simpulkan bahawa penggunaan bahasa baku di kalangan masyarakat di negara ini perlu dipandang serius kerana terdapat banyak perkataan-perkataan yang dieja dan disebut tidak berdasarkan kepada penggunaan bahasa baku. Sebagai contoh, jika di dalam konteks pentadbiran dan pengurusan, fungsi yang harus ditekankan ialah fungsi objektif, iaitu bahasa baku sebagai rangka rujukan untuk menentukan salah betulnya penggunaan bahasa. Jika fungsi objektif ini tidak ditegaskan, nescaya bahasa yang digunakan dalam pentadbiran dan pengurusan akan berbeza-beza bentuknya. Apabila hal ini terjadi, maka kecekapan pentadbiran dan pengurusan akan tergugat. Oleh itu, diharap dengan pembakuan sebutan maka lengkaplah usaha untuk membakukan bahasa Malaysia agar menjadi bahasa moden yang mampu mengungkapkan konsep canggih dalam pelbagai bidang ilmu. Usaha ini diharapkan dapat memudahkan komunikasi antara individu, kelompok individu, ataupun masyarakat secara keseluruhan dengan lebih berkesan.
  • 29. 168 TOPIK 6 KEPELBAGAIAN BENTUK BAHASA 6.9 BAHASA RASMI Bahasa Rasmi adalah bahasa yang digunakan dalam situasi rasmi, iaitu dalam urusan pemerintahan dan pentadbiran, sistem pendidikan negara, urusan perdagangan dan perusahaan, upacara rasmi, kehakiman dan sebagainya. Menurut Tatabahasa Dewan Edisi Baharu, bahasa rasmi ialah bahasa yang digunakan untuk pentadbiran dan urusan rasmi sesebuah negara. Namun, bahasa rasmi tidak semestinya bahasa kebangsaan dan bahasa kebangsaan pula tidak semestinya bahasa rasmi. Menurut Kamus Dewan, bahasa rasmi ialah bahasa pentadbiran. Bahasa rasmi juga merupakan bahasa perhubungan awam, bahasa pengantar serta bahasa ilmiah di sekolah-sekolah dan institusi-institusi pengajian tinggi. Sesebuah negara, khususnya yang baru mencapai kemerdekaan akan mendaulatkan bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara. Begitu juga dengan negara Malaysia yang memilih bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan dan bahasa Melayu juga dijadikan bahasa rasmi negara. Bahasa rasmi tidak perlu menjadi Bahasa Kebangsaan kerana bahasa rasmi adalah bahasa yang semata-mata dianggap sebagai alat untuk tujuan tertentu yang tidak perlu dikaitkan dengan semangat kebangsaan. Biasanya bahasa rasmi dipilih daripada salah satu bahasa anak negeri dan ada kalanya dipilih berdasarkan bahasa bekas penjajah. Bagi negara yang mempunyai bahasa yang maju, bahasa yang banyak laras bahasanya akan diangkat menjadi bahasa rasmi. Bahasa rasmi boleh sahaja dipilih daripada mana-mana bahasa yang sesuai asalkan bahasa itu mempunyai sistem tulisan, tradisi sastera dan boleh dijadikan bahasa perhubungan antara kerajaan dan rakyat jelata. Contohnya, bahasa Melayu menjadi bahasa rasmi kerana bahasa ini dapat digunakan sebagai bahasa ilmu dan dapat difahami umum. Contoh yang lain ialah negara Filipina yang mencapai kemerdekaan telah menobatkan bahasa Tagalog sebagai bahasa kebangsaan manakala untuk bahasa rasmi mereka telah memilih bahasa Inggeris. Negara India pula telah menjadikan bahasa Hindi sebagai bahasa kebangsaan dan untuk bahasa rasmi mereka juga memilih bahasa Inggeris. Negara Indonesia telah mengambil bahasa Indonesia sebagai bahasa kebangsaan dan sebagai bahasa rasmi negara itu. Singapura pula telah menobatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan namun mengambil empat bahasa yang berlainan untuk dijadikan bahasa rasmi sesuai dengan negara tersebut yang mempunyai pelbagai bahasa dan bangsa. Empat bahasa rasmi tersebut ialah bahasa Inggeris, bahasa Mandarin, bahasa Melayu dan bahasa Tamil. Sebagai bahasa rasmi bahasa Melayu ditetapkan menjadi prasarana komunikasi dalam bidang pentadbiran. Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan menyatakan bahawa bahasa rasmi digunakan untuk semua urusan rasmi di peringkat
  • 30. TOPIK 6 KEPELBAGAIAN BENTUK BAHASA 169 kerajaan persekutuan, kerajaan negeri dan juga badan berkanun. Contohnya dalam bidang pentadbiran undang-undang, kehakiman dan mahkamah. Kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa mahkamah bertambah baik setelah Seksyen 8 Akta Bahasa Kebangsaan dipinda pada Jun 1991 (wikipedia.org). 6.9.1 Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Rasmi Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi sememangnya jelas sekali digunakan sebagai bahasa rasmi pemerintahan kerajaan bermula dari kerajaan awal di Nusantara. Kepulauan Melayu memang terkenal dengan pelbagai bahasa tempatan yang berlainan dari sebuah pulau ke sebuah pulau. Namun daripada dokumen perutusan Raja Melayu dahulu, ternyata bahasa Melayu digunakan sebagai perutusan. Sebagai contohnya, utusan Sultan Alaudin Acheh kepada Harry Middleton dan Surat Raja Bendahara Paduka Seri Maharaja Brunei kepada Kapitan Inggeris di Jambi. Ini membuktikan bahawa bahasa Melayu itu juga menjadi bahasa rasmi perutusan kerajaan Melayu pada zaman tersebut. Kini, bahasa Melayu sememangnya mempunyai fungsi penting dalam membentuk perpaduan. Maksud perpaduan ialah menimbulkan sikap bersatu terhadap kesetiaan bahasa. Misalnya, apabila orang berlainan bangsa bertemu, mereka dapat mengeratkan hubungan di antara satu sama lain dengan penggunaan satu bahasa iaitu bahasa Melayu. Sebagai bahasa utama bagi negara yang baru terlepas daripada penjajahan, bahasa Melayu juga mempunyai peranan sebagai bahasa rasmi negara. Bahasa rasmi bermaksud bahasa yang digunakan dalam urusan pentadbiran kerajaan, sistem pendidikan negara, urusan perniagaan dan upacara-upacara rasmi. Bahasa kebangsaan biasanya satu bagi setiap negara, tetapi bahasa rasmi tidak demikian. Bahasa rasmi boleh lebih daripada satu, mungkin dua, tiga atau empat bagi sesebuah negara. Bahasa Melayu menjadi bahasa rasmi negara bukan sejak bermula kemerdekaan, sebaliknya hanya bermula pada tahun 1969. Bahasa Melayu dijadikan bahasa rasmi kerana beberapa sebab iaitu bahasa Melayu sudah menjadi bahasa kebangsaan dan berupaya mengambil alih fungsi bahasa Inggeris, maka layaklah bahasa Melayu dijadikan bahasa rasmi. Bahasa Melayu juga mudah difahami oleh semua kaum di negara ini, maka dalam urusan rasmi, rakyat tidak menghadapi masalah menggunakan bahasa Melayu. Setelah menjadi bahasa rasmi, keupayaan bahasa Melayu perlu diperkukuhkan. Oleh itu, bahasa Melayu dijadikan bahasa pengantar di sekolah bermula pada tahun 1970. Menteri Pelajaran ketika itu, Abdul Rahman Yaakob telah mengarahkan semua sekolah kebangsaan aliran Inggeris menggunakan bahasa Melayu secara berperingkat-peringkat. Kini, bahasa Melayu telah menjadi bahasa pengantar bukan sahaja di sekolah, malah di peringkat universiti.
  • 31. 170 TOPIK 6 KEPELBAGAIAN BENTUK BAHASA Penggunaan bahasa pengantar ini akan mewujudkan satu suasana kebangsaan yang membabitkan semua rakyat tanpa mengira kaum. Dengan itu, bahasa Melayu mempunyai fungsi yang penting sebagai bahasa rasmi negara. 6.9.2 Usaha Memartabatkan Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Rasmi Terdapat pelbagai usaha untuk memartabatkan bahasa rasmi negara kita iaitu bahasa Melayu. Antaranya ialah seperti berikut: (a) Perlembagaan Persekutuan Perkara 152 Menetapkan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi bagi negara Malaysia. Contohnya, dalam Fasal 6 menyentuh bahawa bahasa Melayu digunakan untuk maksud rasmi dalam apa sahaja urusan kerajaan, sama ada Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri dan urusan pihak-pihak berkuasa. (b) Pendidikan Di peringkat persekolahan, sama ada sekolah rendah dan sekolah menengah menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar. Malah, Universiti Kebangsaan Malaysia telah ditubuhkan sebagai pusat pengajian tinggi yang menggunakan bahasa Melayu dalam semua urusan rasmi termasuk urusan pentadbiran dan sebagai bahasa pengantar. (c) Peranan pelbagai pihak Pelbagai pihak memainkan peranan yang penting dalam memperjuangkan hak bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi. Sebagai contohnya, Datuk Dr. Rais Yatim merupakan salah seorang tokoh yang memperjuangkan Bahasa Melayu malah beliau telah mewajibkan bahasa Melayu dijadikan bahasa rasmi dalam majlis rasmi, dan rancangan-rancangan di televisyen semasa beliau masih menjadi menteri penerangan. Selain itu, contoh lain yang dapat dilihat sebagai usaha memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi ialah menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar rasmi dalam Sukan Komanwel VXI di Kuala Lumpur pada tahun 1998. Pemilihan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dalam sukan tersebut bagi memperlihatkan kemampuan bahasa Melayu kepada dunia, bukan saja untuk saranan komunikasi kesukanan tetapi juga untuk menonjolkan peranannya dalam pembinaan identiti bangsa dan negara. Hal ini jelas menunjukkan peranan bahasa rasmi yang luas terhadap pelbagai bidang di negara kita. Kesimpulannya, bahasa rasmi memainkan peranan penting dalam sesebuah negara. Bahasa rasmi bukan sahaja berfungsi sebagi bahasa perhubungan malah melambangkan identiti sesebuah negara. Contohnya,
  • 32. TOPIK 6 KEPELBAGAIAN BENTUK BAHASA 171 bahasa Melayu dipilih sebagai bahasa rasmi di Malaysia dan bahasa ini melambangkan identiti negara Malaysia yang mempunyai penduduk yang majoritinya berbangsa Melayu. Penggunaan bahasa rasmi bukan sahaja memudahkan urusan terutama dalam berkomunikasi malah melicinkan urusan pentadbiran kerana dapat mewujudkan keseragaman bahasa yang digunakan dalam sesuatu urusan kerajaan. Namun, hal ini bukan bermakna bahasa lain tidak boleh digunakan dalam sesuatu urusan kerajaan. Bahasa Inggeris yang menjadi bahasa pengantar kedua di negara ini masih boleh digunakan untuk tujuan urusan rasmi iaitu semasa prosiding dalam mahkamah. Walau bagaimanapun, penggunaan bahasa rasmi negara haruslah sentiasa diutamakan dalam apa jua urusan rasmi yang dijalankan. 6.10 BAHASA KEBANGSAAN „Bahasa Jiwa Bangsa‰ dengan jelas menunjukkan kepentingan bahasa dalam memupuk perpaduan antara kaum. Menyedari hakikat ini, kerajaan telah menjadikan bahasa Melayu (pada satu ketika dikenali sebagai bahasa Malaysia) sebagai bahasa kebangsaan negara kita. Mulai tahun 1970, bahasa Melayu secara berperingkat-peringkat telah menggantikan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar di sekolah-sekolah. Sebuah badan berkanun iaitu Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) adalah bertanggungjawab untuk memaju dan memperkayakan bahasa Melayu kita. Kepentingan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara ini berpaksi pada Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan, selain daripada Akta Bahasa Kebangsaan dan Akta Pendidikan yang sedia ada. 6.10.1 Dasar Bahasa Kebangsaan Pemilihan satu bahasa kebangsaan bagi negara Malaysia timbul sebab perlunya diadakan satu lambang penyatuan, iaitu dengan harapan bahawa bahasa itu dapat menjadi dasar bagi satu identifikasi kebangsaan. Peranan bahasa sebagai faktor penyatuan disalurkan melalui sistem pelajaran kebangsaan, sebagaimana tercatat dalam mukadimah Akta Pendidikan seperti berikut: „⁄ dan untuk merancangkan perkembangan satu sistem pelajaran iaitu bahasa kebangsaan adalah bahasa pengantar yang utama.‰ Di samping memenuhi keperluan menjadi lambang penyatuan, penubuhan satu bahasa kebangsaan juga timbul daripada desakan semangat kebangsaan yang mahukan bahasa penjajah diambil alih oleh bahasa Bumiputera. Menurut Tunku Abdul Rahman;
  • 33. 172 TOPIK 6 KEPELBAGAIAN BENTUK BAHASA „Adalah wajar bahawa sebagai satu negara membangun, kita memerlukan satu bahasa kepunyaan sendiri. Jika bahasa kebangsaan tidak diadakan, negara kita akan ketiadaan nyawa.‰ Dasar bahasa kebangsaan merupakan asas terpenting bagi perkembangan bahasa Melayu di Malaysia. Dasar ini memenuhi konsep perancangan taraf bahasa. Dengan adanya dasar bahasa yang menentukan pemilihan bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi, barulah dilakukan tahap-tahap seterusnya, iaitu propaganda, pembinaan dan peluasan penggunaannya. Dasar bahasa di Malaysia meletakkan kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi, seperti terkandung dalam Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan. Dasar bahasa negara ini juga dianggap bermula dengan idealisme, iaitu untuk menyaksikan satu rupa bangsa yang bersatu iaitu pembentukan budaya kebangsaan selaras dengan keinginan dan hasrat membentuk satu bangsa Malaysia yang mempunyai identiti keperibadian yang dapat dibanggakan dan penuh dengan kesetiaan kepada negara, memupuk ciri- ciri pengenalan rakyat yang relatif seragam, menegakkan persatuan antara kaum-kaum yang mendiami negara ini dan menobatkan Bahasa Melayu sebagai sarana komunikasi yang berkesan dalam sektor-sektor penting negara. 6.10.2 Fungsi Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Kebangsaan Secara khusus, fungsi utama bahasa kebangsaan adalah untuk menerbitkan lambang inspirasi dan semangat kebangsaan dan kemerdekaan. Tidak ketinggalan juga, pengisian bahasa kebangsaan dapat bertindak sebagai alat perhubungan, dan dengan demikian akan menghasilkan satu masyarakat yang mempunyai pandangan hidup yang tidak begitu berbeza. Usaha untuk memupuk rakyat Malaysia melalui penggunaan satu bahasa yang sama ini dicadangkan berdasarkan sistem pendidikan kebangsaan yang terkandung dalam Laporan Jawatankuasa Pelajaran 1955, yang kemudiannya dikenali dengan nama Penyata Razak (1956). Tidak dinafikan bahawa fungsi bahasa Melayu adalah berterusan. Menurut Chew Hock Thye (1975), bahasa Melayu mula-mula berfungsi sebagai asas bagi perjuangan kemerdekaan, dan kemudian sebagai asas untuk menyatukan rakyat yang berbilang bangsa dan keturunan yang telah mencapai kemerdekaan itu.
  • 34. TOPIK 6 KEPELBAGAIAN BENTUK BAHASA 173 6.10.3 Akta Bahasa Kebangsaan Perkara 152, Perlembagaan Persekutuan mencatatkan bahasa Melayu yang kemudiannya disebut bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi ialah seperti berikut: „Bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu dan hendaklah ditulis dalam apa-apa tulisan sebagaimana yang diperuntukkan dengan undang-undang oleh parlimen.‰ Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67 (disemak 1971) mula berkuat kuasa pada April 1963. Akta ini mengandungi tiga seksyen, iaitu meliputi aspek-aspek tulisan, bentuk angka dan bahasa dalam borang rasmi kerajaan. Sepuluh tahun selepas merdeka, Akta Bahasa Kebangsaan 1976 diluluskan di Semenanjung Malaysia. Akta tersebut kemudiannya disemak dan disatukan dengan Akta Bahasa Kebangsaan 1963 menjadi Akta Bahasa Kebangsaan 1976. Akta ini dengan jelas memperuntukkan bahawa selepas 1 September 1967, bahasa kebangsaan hendaklah digunakan bagi maksud-maksud rasmi, kecuali dalam beberapa kes tertentu seperti undang-undang yang sedia ditulis dalam bahasa Inggeris, perhubungan dengan dunia luar dan sebagainya. Di peringkat sekolah, pada mulanya bahasa Melayu dijadikan bahasa pengantar hanya pada peringkat sekolah rendah. Sejak tahun 1958, bahasa Melayu diperkenalkan sebagai bahasa pengantar di kelas-kelas menengah aliran Melayu yang kemudiannya menjadi sekolah menengah kebangsaan. Pada tahun 1983, universiti-universiti tempatan pertama kali menerima pelajar Tahun 1 yang telah mendapat keseluruhan pendidikan dalam bahasa pengantar bahasa Melayu. 6.10.4 Akta Pendidikan Akta Pendidikan (asalnya Akta Pelajaran 1961) menegaskan peranan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama di sekolah-sekolah. Sebelum wujudnya Akta Pendididkan, dalam Laporan Razak dan Laporan Rahman Talib telah menegaskan bahawa bahasa Melayu dijadikan bahasa pengantar utama dalam sistem pendidikan negara, sama ada peringkat rendah mahupun menengah, termasuk sekolah-sekolah jenis kebangsaan, ataupun di peringkat universiti. Cara ini dapat memperkukuhkan kedudukan dan taraf bahasa Melayu sehingga mampu menjadi wadah serta dapat menyaingi bahasa-bahasa maju yang lain. Bahasa Kebangsaan mempunyai kerangka yang amat kukuh. Menerusi pernyataan Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan, akta Bahasa Kebangsaan dan Akta Pendidikan, bahasa Melayu mampu untuk pergi lebih jauh lagi. Bahasa
  • 35. 174 TOPIK 6 KEPELBAGAIAN BENTUK BAHASA Melayu mampu menjadi bahasa antarabangsa jika usaha untuk memperluaskan penggunaannya dilipatgandakan. Untuk mempertahankan martabat bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara, kesepaduan rakyat mestilah sentiasa digembleng. Tegasnya, penggunaan satu bahasa (bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan) akan berjaya mencerminkan jalinan hubungan rakyat Malaysia yang sejati. Jelaslah bahawa Malaysia yang mempunyai pelbagai etnik serta menuturkan bahasa-bahasa yang berlainan memerlukan satu bahasa, iaitu bahasa kebangsaan sebagai dasar bahasa rasmi. Di samping itu, bahasa juga dapat dijadikan alat terpenting untuk mewujudkan dan mengekalkan perpaduan antara kaum. Ini dapat mewujudkan negara yang aman dan damai disebabkan semua kaum bersatu disebabkan penggunaan bahasa yang sama iaitu bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan Malaysia. Kerjasama daripada semua kaum dalam memilih atau persetujuan bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan merupakan satu langkah yang baik untuk negara supaya terus maju tanpa sebarang gangguan. Bukan sahaja bahasa Melayu digunakan di Malaysia, malahan perlu mengembangkannya ke seluruh dunia dalam menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa antarabangsa. Justeru, kerajaan juga telah menjalankan pelbagai cara untuk mengembangkan penggunaan bahasa Melayu dan dalam masa yang singkat, bahasa Melayu telah nampak memancarkan cahayanya ke seluruh negara. SEMAK KENDIRI 6.1 (a) Berdasarkan kepentingan bentuk-bentuk bahasa, jelaskan peranan bahasa Melayu dalam konteks negara dalam membentuk perpaduan di kalangan rakyat. Isoglos sebagai garis yang dilakar di sekeliling satu kawasan yang mempunyai ciri sebutan, tatabahasa, atau kosa kata tertentu yang serupa. Keluasan isoglos atau sempadan wilayah bahasa atau dialek ditentukan oleh faktor perpindahan. Dialek geografi merupakan satu bahasa yang digunakan di setiap daerah yang mempunyai kelainan dari sudut bentuk bahasa, sebutan, intonasi, kosa kata dan fonem berdasarkan ruang geografi yang terdapat di sekitarnya.
  • 36. TOPIK 6 KEPELBAGAIAN BENTUK BAHASA 175 Pidgin adalah bahasa yang berkembang sebagai alat komunikasi antara dua kelompok masyarakat yang tidak mempunyai bahasa yang khusus untuk dituturkan dalam kelompok masyarakat tersebut. Bahasa kreol sebagai bahasa pidgin yang telah mempunyai penutur-penutur yang menukarkannya sebagai bahasa pertama. Antara faktor yang telah mempengaruhi kewujudan bahasa kreol adalah faktor geografi, perkahwinan, perniagaan dan sebagainya. Bahsa kolokial ialah bahasa yang dipakai sehari-hari oleh masyarakat yang tinggal di daerah tertentu. Dialek ialah abentuk tertentu atau variasi satu bahasa yang berhubung dengan satu kawasan geografi atau kumpulan masyarakat. Bahasa baku ialah bahasa yang betul dari segi ejaan, istilah, sebutan, penggunaan kata dan frasa, ayat, singkatan dan akronim, tanda baca, dan laras bahasa. Terdapat enam vokal tulen yang patut disebut dengan betul menurut nilai bunyinya masing-masing iaitu /a/, /e/, / /, /i/, /o/, dan /u/. Terdapat tiga huruf diftong iaitu /ai/, /oi/, dan /au/. Istilah bermaksud satu perkataan atau gabungan kata yang jelas menerangkan suatu konsep, makna, proses, keadaan atau sifat khusus dalam bidang tertentu, yang disepakati oleh pakar-pakar bidang berkenaan. Bahasa Rasmi adalah bahasa yang digunakan dalam situasi rasmi, iaitu dalam urusan pemerintahan dan pentadbiran, sistem pendidikan negara, urusan perdagangan dan perusahaan, upacara rasmi, kehakiman dan sebagainya. Pemilihan satu bahasa kebangsaan bagi negara Malaysia timbul sebab perlunya diadakan satu lambang penyatuan, iaitu dengan harapan bahawa bahasa itu dapat menjadi dasar bagi satu identifikasi kebangsaan. Dasar bahasa di Malaysia meletakkan kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi, seperti terkandung dalam Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan. Fungsi utama Bahasa Kebangsaan adalah untuk menerbitkan lambang inspirasi dan semangat kebangsaan dan kemerdekaan.
  • 37. 176 TOPIK 6 KEPELBAGAIAN BENTUK BAHASA Baba Chibaacano Ekamorfis Isoglos Jargon Kolokial Kreol Pelat Pidgin Slanga Sranan Targot Tekrur Variasi Asmah Haji Omar. (1991). Aspek bahasa dan Kajiannya. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Awang Sariyan. (1993). Bahasa Melayu Baku dan Perancangan Bahasa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Bahasa inklusif. (2008). Diakses Februari 16, 2008 daripada http://fosee.mmu.edu.my/~maaroff/inklusif.doc Chambers, J.K. (1990). Dialektologi (Annuar Ayub, Terjemah). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Extreme Hawai Fun Pidgin Team. (2008). Full on pidgin. Diakses Julai 30 daripada www.extreme-hawaii.com/pidgin/ Ismail Dahaman. (1994). Pedoman Sebutan Baku Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Ismail Hussein. (1992). Sejarah pertumbuhan bahasa kebangsaan kita. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Kemunculan bentuk bahasa kreol yang terpesong dalam masyarakat Melayu dan implikasinya terhadap pembaikan bahasa. (2008). Diakses Februari 16, 2008 daripada http://members.tripod.com Lyons, J. (1994). Bahasa dan linguistik: Suatu pengenalan (Ramli Salleh dan Toh Kim Hoi, Terjemah). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
  • 38. TOPIK 6 KEPELBAGAIAN BENTUK BAHASA 177 Mansoer Pateda. (1994). Sosiolinguistik. Indonesia: Penerbit Angkasa Bandung. Melayu kreol (2008). Diakses Februari 16, 2008 daripada http://id.wikipedia.org/wiki/Bahasa_Melayu Noresah Baharom. (2005). Kamus dewan edisi keempat. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Portal Pendidikan Utusan. (n.d.). Variasi bahasa. Diakses Julai 25, 2008 daripada http://www.tutor.com.my/tutor/stpm/variasi_bahasa.htm Pidgin.com. (2008). Diakses Julai 28, 2008 daripada http://www.pidgin.com Pidgin-magazine. (2008) Diakses Julai 28, 2008 daripada http://www.pidgin-magazine.net/ Teo Kok Seong. (1997). Pidgin. Pelita Bahasa, 40-43. Trudgill, P. (1984). Sosiolinguistik: Satu pengenalan (Nik Safiah Karim, Terjemah). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.