SlideShare a Scribd company logo
1 of 106
TEKNIK MENJAWAB 
2014 
Bahasa Melayu SPM 
Dihasilkan oleh ; 
SAHARUDDIN BIN ABDULLAH 
Guru Cemerlang Bahasa Melayu 
SMK Sijangkang Jaya. 
saharuddinabdullah81@yahoo.com 
Saharuddin-abdullah.blogspot.com 
ckgdin@slide share 
Ckgsaha@twiter
 Tak Kenal Maka Tak Cinta. 
 Berasal dari Temerloh, Pahang. 
Pendidikan : 
 IPSI – Tg Malim – 1989 – 1992 
 UPM – PBMP 1997 – 2000. 
Perkhidmatan : 
 SK Kuala Krau ;1992 – 1997 
 SK Kanchong Darat ; 1998 – 2001 
 SMK Sijangkang Jaya ; 2002 – 2013 
Penghargaan : 
 1996, 2004, 2008 (GC), 2013 .
SPM (1103 / 1) 
Kertas 1 
Masa : 2 Jam 15 minit
TARGET 
BAHASA MELAYU 
A+ /A /A-
GARIS PANDUAN 
MATA PELAJARAN BAHASA MELAYU SPM 
KEPERLUAN KERTAS 1 
1103/1 
Bentuk Soalan Jenis Item 
Ujian Berbentuk Subjektif Karangan Rangsangan 
Karangan Umum 
Tempoh Ujian 
2 jam 15 minit
Bilangan soalan 
a.Hanya satu soalan dan tiada 
pilihan-wajib jawab 
b. 5 soalan pilihan dan hanya 
jawab satu soalan sahaja
JUMLAH MARKAH : 130 Markah 
30 
100 
Bahagian A : 
Bahagian B :
FORMAT SOALAN 
Bahagian A 
Karangan Berpandu – Bahan Rangsangan 
Masa yang dicadangkan ialah 45 minit 
Panjang Karangan 
Antara 200 hingga 250 
patah perkataan
Bentuk Soalan 
a) Gambar foto / Ilustrasi 
b) Ilustrasi kartun 
c) Pelan / Peta 
d) Iklan 
e) Petikan 
f) Gambar Rajah 
g)Dialog / Catatan
Bahan Rangsangan 
 Gambar Foto / Ilustrasi. 
 Lihat gambar di bawah dengan teliti. Huraikan 
pendapat anda tentang kepentingan kawasan 
riadah dalam kehidupan manusia. Panjang 
huraian anda hendaklah antara 200-250 patah 
perkataan
Bahan Rangsangan – Gambar Rajah 
 Lihat gambar rajah di bawah dengan teliti. 
Huraikan teknik-teknik berkesan mendidik anak-anak. 
Panjang huraian anda hendaklah antara 200- 
250 patah perkataan. 
7 tahun kedua membuat PENGUATKUASAAN 
terhadap anak-anak 
7 tahun pertama BERMAIN 7 tahun ketiga 
Dengan anak-anak BERSAHABAT 
FASA PENTING dengan anak-anak 
MENDIDIK ANAK
Bahan Rangsangan 
 Ilustrasi Kartun. 
 Lihat ilustrasi kartun di bawah dengan teliti. 
Huraikan pendapat anda kepentingan berbudi 
bahasa dalam kalangan remaja. Panjang 
huraian anda hendaklah antara 200-250 patah 
perkataan.
Bahan Rangsangan 
 Pelan / peta 
 Lihat peta di bawah dengan teliti. Huraikan 
pendapat anda tentang manfaat pembinaan 
lebuh raya tersebut kepada pengguna. Panjang 
huraian anda hendaklah antara 200-250 patah 
perkataan.
Bahan Rangsangan 
 Iklan. 
 Lihat dan fahami iklan di bawah dengan teliti. 
Huraikan pendapat anda sumbangan iklan 
dalam dunia perniagaan. Panjang huraian anda 
hendaklah antara 200-250 patah perkataan.
Bahan Rangsangan 
 Catatan. 
 Lihat catatan di bawah dengan teliti. Huraikan pendapat 
anda tentang faedah menyertai kegiatan kokurikulum di 
sekolah. Panjang huraian hendaklah antara 200-250 
patah perkataan. 
 9.00 pg : Pertandingan Kawad Kaki. 
 11.00 pg : Pertandingan Gubahan / Masakan. 
 12.30 ptg : Makan & Solat Berjemaah. 
 2.45 ptg : Ceramah Motivasi. 
 5.00 ptg : Sukaneka. 
 8.00 malam : Solat Maghrib & Kuliah Maghrib
Bahan Rangsangan - Petikan 
 Baca petikan di bawah dengan teliti. Huraikan 
pendapat anda tentang punca-punca berlakunya 
kegiatan vandalisme. Panjang huraian anda 
hendaklah antara 200-250 patah perkataan. 
 “Budaya vandalisme dalam kalangan masyarakat 
di negara kita sangat membimbangkan. Kerajaan 
terpaksa memperuntukkan hampir 500 juta setiap 
tahun untuk memperbaiki kerosakan harta benda 
awam disebabkan aktiviti vandalisme ini. Jika 
rakyat boleh beruba sikap, peruntukan itu boleh 
disalurkan untuk membina kemudahan lain yang 
lebih berfaedah”. Ucapan Perdana Menteri.
TEKNIK 
LATIHAN 
KESUNGGUHAN 
KESABARAN
Karangan berpandu yang cemerlang memenuhi syarat-syarat 
yang berikut:- 
a) Memenuhi dan menepati kehendak arahan soalan 
b) Mempunyai isi-isi penting yang cukup 
c) Mempunyai idea yang tersusun iaitu isi yang penting 
didahulukan dan isi yang kurang penting dikemudiankan 
d) Mempunyai perenggan yang padu dengan isi , huraian, serta 
contoh yang sesuai 
e) Menggunakan kosa kata mengikut laras bahasa yang betul 
f) Menggunakan ejaan dan tanda baca yang betul
PROSES 1 
(a)Memahami dan Mentafsirkan Bahan Rangsangan 
Sebelum Menulis : 
I 
II 
III 
Sebelum menulis, calon perlu membaca dan memahami 
arahan soalan serta mengenal pasti kehendaknya 
Meneliti tajuk yang diberi bersama –sama dengan bahan 
rangsangan dan kaitkan dengan kehendak soalan 
Perlu menangkap mesej utama daripada bahan 
rangsangan dan skop karangan yang perlu ditulis
PROSES 2 
I. Menganalisis Bahan Rangsangan 
a) Perlu menganalisis dengan kritis dan analitis 
b) Tujuan supaya karangan tidak terpesong 
PROSES 3 
Menyediakan Isi dan Rangka Karangan 
Rangka Karangan 
a) Pendahuluan 
b) Isi-isi penting 
c) Penutup 
-Ayat yang berkaitan dengan tajuk 
dan bahan rangsangan secara am 
-Isi yang terdapat dalam bahan 
rangsangan diperkayakan dengan 
Pengetahuan calon 
Pandangan,cadangan,dan kesimpulan
PROSES 4 
Menulis Karangan Berpandu 
Penggunaan Bahasa 
Kesinambungan isi 
Penanda Wacana 
Ringkas, tepat, dan padat 
Perlu diberi perhatian supaya 
karangan lancar 
Dalam pada itu, sehubungan dengan itu, 
sungguhpun demikian, dan sebagainya
PROSES 5 
Menyemak Karangan 
1. 
2. 
3. 
4. 
Semak semula setelah selesai menulis 
Beri perhatian kepada ejaan ,tanda baca, dan struktur 
ayat agar tiada kesalahan yang disengajakan 
Jumlah kata dalam lingkungan yang telah ditetapkan 
Catat jumlah kata baris terakhir karangan
PERINGATAN !!! 
 Karangan yang lengkap dengan segala isi 
penting tetapi susunan yang tidak teratur 
hingga menyebabkan gaya dan 
pengolahan kurang lancar akan 
menyebabkan markah tidak dapat diberi 
pada peringkat cemerlang kerana cacat 
dari aspek gaya persembahan dan 
kelancaran
PEMARKAHAN 
 CEMERLANG KEPUJIAN 
26 – 30 20 – 25 
28 – 30 23 – 25 
26 – 27 20 – 22 
MEMUASKAN KURANG MEMUASKAN 
15 – 19 10 – 14 
17 – 19 12 - 14 
15 – 16 10 – 11 
PENCAPAIAN MINIMUM 
01 – 09 ( 06 – 09, 01 – 05 )
1. Mengenal pasti arahan dan 
kehendak soalan 
 Baca arahan dengan jelas dan teliti. 
 Kenal pasti isu dan fokus soalan.
CONTOH SOALAN 2013 (JUN) 
 Huraikan pendapat anda tentang langkah-langkah 
menjaga keselamatan di jalan raya. 
Panjangnya huraian hendaklah antara 200 
hingga 250 patah perkataan. 
 Pematuhan undang-undang jalan raya. 
 Penyelenggaraan kenderaan. 
 Penguatkuasaan undang-undang.
CONTOH SOALAN 
RHAurNaiGkaSn ApeNndGapAaNt anda tentang usaha-usaha 
untuk memajukan sektor pelancongan negara 
kita. (MRSM) 
 Huraikan pendapat anda tentang usaha-usaha 
untuk memajukan sektor pelancongan negara 
kita. (MRSM) 
 Mewartakan kawasan pelancongan baharu. 
 Meningkatkan prasarana 
 Mempromosikan produk pelancongan
CONTOH SOALAN 
RHAurNaiGkaSn ApeNndGapAaNt anda tentang faedah 
penganjuran sukan bertaraf antara bangsa 
terhadap negara Malaysia. (KEDAH) 
 Huraikan pendapat anda tentang faedah 
penganjuran sukan bertaraf antara bangsa 
terhadap negara Malaysia. (KEDAH) 
 Memperkenalkan Malaysia ke negara luar. 
 Menambahkan pendapatan negara. 
 Meraptkan hubungan antara negara peserta.
CONTOH SOALAN 
RHAurNaikGanS pAenNdaGpaAt Nanda tentang usaha-usaha 
memupuk semangat kejiranan dalam kalangan 
masyarakat di Malaysia. (Pulau Pinang) 
 Huraikan pendapat anda tentang usaha-usaha 
memupuk semangat kejiranan dalam kalangan 
masyarakat di Malaysia. (Pulau Pinang) 
 Mengadakan gotong – royong. 
 Mengadakan rumah terbuka. 
 Amalan ziarah menziarahi 
 Mengadakan kempen kesedaran.
CONTOH SOALAN 
RHAurNaikGanS pAenNdaGpaAt Nanda tentang faedah-faedah 
mempunyai hobi memancing pada waktu lapang. 
(KELANTAN) 
 Huraikan pendapat anda tentang faedah-faedah 
mempunyai hobi memancing pada 
waktu lapang. (KELANTAN) 
 Mengeratkan hubungan masyarakat. 
 Menghilangkan tekanan / stres 
 Mengisi masa lapang dengan aktiviti 
berfaedah.
CONTOH SOALAN 
RHAurNaiGkaSn ApeNndGapAaNt anda tentang punca-punca 
berlakunya kepupusan hidupan liar di negara 
kita. (YIK) 
 Kemusnahan habitat akibat aktiviti 
penebangan hutan. 
 Pemburuan haram oleh orang-orang yang 
tidak bertanggungjawab. 
 Pencemaran alam sekitar dan serangan 
penyakit berbahaya. 
 Keadaan cuaca seperti kemarau dan banjir.
2. Membina rangka karangan…mengapa 
?  Mengelakkan isi penting tidak disusun 
mengikut keutamaan. 
 Mengelak karangan daripada terpesong atau 
menyimpang. 
 Mengelak isi sama daripada berulang. 
 Mengelakkan daripada terputus idea. 
 Memastikan masa mengarang dapat 
dijimatkan. 
 Rangka mesti mengandungi pendahuluan, isi 
penting dan penutup.
Contoh : Rangka Karangan (memupuk semangat kejiranan) 
Pendahuluan - Semangat kejiranan semakin terhakis dalam diri 
masyarakat – bersikap - bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk 
masing-masing – sibuk dengan kerjaya – mengejar kemewahan hidup. 
1)Menganjurkan festival rakyat – meliputi pelbagai lapisan 
masyarakat setempat – pengadakan pelbagai aktiviti. 
2)Mengadakan majlis rumah terbuka sempena perayaan – 
dapat mengenali jiran dengan lebih dekat – amalan ziarah. 
3)Mengadakan program gotong rotong menceriakan 
kemudahan / prasarana awam – bekerjasama untuk 
memajukan kawasan setempat. 
4)Menghadiri aktiviti sosial – kenduri khawin, kematian, 
kemalangan – memupuk rasa seia dan sekata dalam hidup 
Penutup – semua pihak harus bekerjasama mewujudkan semangat 
kejiranan – bulat air kerana pembetong, bulat manusia kerana muafakat,
Contoh : Rangka Karangan (Faedah Penganjuran Sukan Ant) 
Pendahuluan – sukan bukan sekadar aktiviti untuk keceragasan diri 
tetapi boleh memberikan manfaat daripada sudut sosial, ekonomi dan 
politik – serampang dua mata – badan sihat, minda cerdas. 
1)Memperkenalkan Malaysia ke negara luar – negara kita 
dapat dikenali diperingkat antarabangsa – F1, squasy, 
badminton, hoki – kemudahan bertaaf dunia. 
2)Menambahkan pendapatan negara – kehadiran pelancong 
untuk menonton –pengaliran masuk wang – pengangkutan, 
penginapan, membeli belah. 
3)Merapatkan hubungan antara negara peserta – hubungan 
sosial dapat diwujudkan untuk mengenali antara satu sama 
lain – dapat berkongsi idea, pendapat untuk kebaikan. 
Penutup – semua pihak perlu memberi sokongan agar penganjuran 
dapat dilaksanakan dengan jayanya – kecemerlangan mampu meletakkan 
imej negara di persada dunia – duduk sama rendah, berdiri sama tinggi 
dengan negara lain.
Bengkel Membina Rangka 
KHaurraanikgana pnendapat anda tentang kebaikan-kebaikan 
laman sosial kepada pelajar. 
 Mendapatkan maklumat dengan pantas. 
 Perkongsian pelbagai maklumat. 
 Mengeratkan perhubungan sosial.
3. Menulis Perenggan Pendahuluan 
 Pendahuluan merupakan pintu gerbang bagi 
sesuatu karangan. 
 Pemeriksa akan dapat membuat tanggapan 
pertama melalui penulisan pendahuluan. 
 Pendahuluan yang menarik akan berjaya 
menambat hati pemeriksa. 
 Pendahuluan yang hambar pula akan 
mematikan minat pemeriksa. 
 Pendahuluan yang dibina mestilah berkisar 
tentang isu yang dkemukakan dalam soalan.
Contoh Pendahuluan: 
Dalam era ledakan teknologi maklumat hari ini, isu 
…… kerap kali terpampang di dada-dada akhbar atau 
tersiar dalam media elektronik. Isu … ini bukan sahaja 
menjadi bualan masyarakat sama ada di warung-warung 
kopi, di jabatan-jabatan kerajaan malahan 
telah mendapat perhatian oleh pemimpin pemimpin 
masyarakat. Persoalannya, mengapakah isu ini 
berlaku? Hal ini perlu diambil perhatian serius oleh 
semua pihak dan jalan penyelesaian harus dicari 
untuk merungkaikan kebimbangan masyarakat 
terhadap isu ini. Sikap lepas tangan atau ambil mudah 
akan menyebabkan isu ini akan terus bernanah dan 
menjadi pekung yang sukar untuk dibendung…(fokus) 
ini akan saya jelaskan dalam huraian berikutnya.
Contoh Pendahuluan: 
Dalam era langit terbuka / globalisasi / pasca 
kemerdekaan hari ini, isu …… kerap kali terpampang 
di dada-dada akhbar atau tersiar dalam media 
elektronik. Isu … ini telah menjadi bualan masyarakat 
diseluruh pelosok negara dan turut diperdebatkan 
dalam kalangan ahli politik. Persoalannya, 
mengapakah isu ini berlaku? Di mana silapnya ?Hal 
ini perlu diambil perhatian serius oleh semua pihak 
yang terbabit dan jalan penyelesaian harus dicari 
untuk merungkaikan kebimbangan masyarakat 
terhadap isu ini. Sikap lepas tangan atau ambil mudah 
akan menyebabkan isu ini akan terus bernanah dan 
menjadi pekung yang sukar untuk dibendung…(fokus) 
ini akan saya jelaskan dalam huraian berikutnya.
Contoh Isu: 
 Kesan-kesan Pencemaran Alam Sekitar. 
 Punca-Punca Pembuangan Bayi. 
 Kesan-kesan Penderaan Kanak-kanak. 
 Punca-punca Kemalangan Jalan Raya. 
 Kesan-kesan Keruntuhan Institusi Keluarga. 
 Cara-cara Mengatasi Penyakit Berjangkit. 
 Punca-punca Masalah Disiplin Pelajar. 
 Punca-punca Masalah Sosial Remaja. 
 Kepentingan Kegiatan Kokurikulum 
 Keburukan Telefon Bimbit / Internet kepada Pelajar
Contoh Pendahuluan: 
 Sebab-sebab kerajaan wajar meneruskan Program 
Angkasawan Negara. 
Pada 10 Oktober 2007, suatu perisitiwa besar telah 
terakam dalam sejarah tanah air. Peristiwa tersebut 
ialah kejayaan seorang anak Malaysia, iaitu Dr. Sheikh 
Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha bersama-sama 
dengan dua orang lagi krew Soyuz TMA 10 telah 
berlepas ke Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa 
(ISS). Kejayaan anak Malaysia itu membawa seribu erti 
kepada hala tuju negara untuk bangkit dan bersaing 
dalam persaingan global. Jika dahulu anak-anak 
Malaysia dianggap sebagai bangsa hingusan, tetapi 
pada hari ini sudah banyak negara mula mengangkat 
tabik kerana menghormati kejayaan bangsa Malaysia.
Bengkel 2 : Membina Pendahuluan 
 Lihat grafik di bawah 
dengan teliti. 
Huraikan faedah-faedah 
melancong 
dalam negara. 
Panjangnya huraian 
hendaklah antara 
200 hingga 250 
patah perkataan.
4. Menulis Perenggan Isi 
 Karangan berpandu – dicadangkan supaya 
menulis 3 @ 4 perengan isi. 
 Gunakan isi yang diberi sepenuhnya. 
 Perenggan isi mestilah mempunyai isi utama, 
ayat huraian, ayat contoh dan ayat penegasan. 
 Setiap ayat yang dibina perlulah mempunyai 
kesinambungan antara satu dengan yang lain. 
 Kesinambungan dan pertautan perenggan juga 
sangat penting untuk menghasilkan karangan 
yang baik. 
 1 isi hanya untuk 1 perenggan.
4. Menulis Perenggan Isi 
 Setiap perenggan perlu mempunyai panjang yang 
hampir sama. 
 Bagi memantapkan isi karangan, calon perlu 
memasukkan peribahasa, ungkapan, kata-kata 
hikmat, pantun, petikan kata-kata dan sebagainya. 
 Bahasa haruslah jelas, tepat dan dapat 
menjelaskan isi karangan yang ditulis. 
 Ayat mestilah gramatis, menggunakan penanda 
wacana dan tanda baca yang sesuai. 
 Huraian isi - gunakan formula 4W 1 H (apa, 
dimana, bila, kenapa dan bagaimana)
CONTOH HURAIAN ISI 
Langkah-langkah Menjaga Keselamatan di Jalan Raya. 
 …Pematuhan kepada undang-undang jalan raya. 
Undang-undang digubal dan dipinda untuk 
memastikan pengguna tidak mendapat kecelakaan 
ketika berada di jalan raya. Pengguna perlulah 
mematuhi semua peraturan dan undang-undang yang 
telah ditetapkan demi untuk keselamatan diri sendiri 
dan juga pengguna yang lain. Antara pematuhan 
undang yang perlu diberi perhatian ialah berkaitan 
dengan had laju, memakai tali pinggang keselamatan, 
tidak menggunakan telefon bimbit dan sebagainya. 
Peribahasa Melayu ada mengingatkan kita bahawa 
malang tidak berbau. Jelaslah bahawa dengan 
pematuhan undang-undang, kita dapat menjaga 
keselamatan di jalan raya.
CONTOH HURAIAN ISI 
Faedah Penganjuran Sukan Bertaraf Antarabangsa. 
Antara faedah yang diperoleh dalam penganjuran 
sukan bertaraf antarabangsa ialah dapat 
memperkenalkan Malaysia ke negara luar. Mengikut 
peta dunia, Malaysia hanyalah sebuah negara yang 
kerdil dan tersorok. Sejarah bangsa Malaysia juga 
tidaklah begitu menonjol hingga menyebabkan dunia 
tidak mengenali Malaysia. Tetapi hari ini, Malaysia 
sudah terkenal dan mampu duduk sebaris dengan 
negara-negara lain dengan penglibatan Malaysia dalam 
penganjuran sukan bertaraf dunia. Negara kita 
menonjol dalam penganjuran sukan permotoran 
Formula One, golf, badminton dan sebagainya. Dengan 
penganjuran sukan bertara antarabansa ini negara kita 
dikenali di seluruh rantau dunia..
CONTOH HURAIAN ISI 
Usaha-usaha Memupuk Semangat Kejiranan. 
Selain itu, usaha-usaha yang dapat memupuk 
semangat kejiranan adalah dengan mengadakan 
amalan ziarah-menziarahi. Amalan ziarah-menziarahi 
adalah amalan mulia dan sangat dituntut oleh agama 
kerana dapat mengeratkan hubungan kejiranan dan 
dapat merapatkan hubungan silaturahim antara satu 
sama lain. Keakraban dalam masyakarat akan 
melahirkan satu kelompok komuniti yang bersatu padu 
dan saling memerlukan bak peribahasa bagai aur 
dengan tebing. Amalan ziarah-menziarahi ini dapat 
dilakukan pada waktu majlis keraian, kemalangan, 
kenduri kendara dan sebagainya. Jelaslah bahawa 
amalan ziarah menziarahi dapat memupuk semangat 
kejiranan.
Bengkel Menulis Isi 
 Huraikan pendapat anda tentang faedah-faedah 
mempunyai hobi memancing pada 
waktu lapang. (KELANTAN) 
 Mengeratkan hubungan masyarakat. 
 Menghilangkan tekanan / stres 
 Mengisi masa lapang dengan aktiviti 
berfaedah.
5. Menulis Perenggan Penutup 
 Karangan yang cemerlang haruslah 
mempunyai penutup yang matang. 
 Tanpa perenggan penutup, sebuah karangan 
akan menjadi tergantung kerana tiada rumusan 
atau kesimpulan terhadap isu yang 
dibincangkan. 
 Perenggan penutup perlu ditulis dengan teliti 
supaya rumusan, kesimpulan, harapan dan 
penegasan terhadap isu dapat dikemukakan 
dengan berkesan. 
Jangan masukan isi baharu dalam penutup.
Contoh Penutup: 
Daripada huraian yang telah saya huraikan di atas, 
ternyatalah…(isu)… dapat ditangani secara bijaksana 
jika semua pihak dapat seia sekata dan sederap 
melangkah dalam memahami isu ini. Sikap saling 
menunding jari atau melihat kesalahan orang lain 
bukalah jalan terbaik dan harus dielakkan. Peribahasa 
Melayu ada menyatakan di mana ada kemahuan, di 
situ ada jalan. Nah, sudah terang lagi bersuluh, apa 
jua isu yang mendatang sudah tentu ada jalan 
penyelesaiannya. Kita haruslah bersikap rasional dan 
positif. Jalan penyelesaian yang konkrit yang 
disepakati akan dapat menyelesaikan isu…..… dan 
secara tidak langsung dapat melahirkan masyarakat 
yang harmoni dan sejahtera.
Contoh Penutup: 
Kita tidak mampu untuk hidup bersendirian di 
atas muka bumi yang sejahtera ini. Kehidupan yang 
sempurna dan harmoni hanya kita perolehi apabila 
kita mempunyai jiran-jiran yang dapat membantu kita 
dikala kita susah dan senang. Semangat kejiranan 
yang kian menipis dalam masyarakat hari ini hanya 
dapat ditangani apabila masyarakat sanggup 
membuat anjakan paradigma dan berubah sikap. 
Sikap mementingkan diri sendiri harus dikikis dari 
sanubari bagi mewujudkan satu kelompok kejiranan 
yang dapat merencanakan satu kehidupan yang baik. 
Pepatah yang berbunyi bulat air kerana pembetong, 
bulat kata kerana muafakat membuktikan kepentingan 
jiran dan kehidupan bermasyarakat.
Contoh Penutup: 
Daripada penjelasan di atas, ternyatalah ibu 
bapa memainkan peranan yang sangat penting dalam 
memastikan anak-anak mengamalkan pemakanan 
yang baik. Tanggungjawab ini sewajarnya 
dilaksanakan oleh ibu bapa dengan sempurna. 
Kealpaan dan kelalaian ibu bapa akan meninggalkan 
kesan kepada kesihatan anak-anak. Kita tidak mahu 
sikap sudah terhantuk baru terngadah atau nasi 
sudah menjadi bubur berlaku dalam kehidupan kita. 
Penyesalan setelah berlaku sesuatu perkara tidak 
mendatang apa-apa manfaat kepada kehidupan kita. 
Ibu bapa harus memahami bahawa mencegah itu 
adalah lebih baik daripada mengubati demi 
melahirkan sebuah keluarga yang sihat dan sejahtera.
Bengkel Menulis Penutup 
 Huraikan pendapat anda tentang faedah-faedah 
mempunyai hobi memancing pada 
waktu lapang. (KELANTAN) 
 Mengeratkan hubungan masyarakat. 
 Menghilangkan tekanan / stres 
 Mengisi masa lapang dengan aktiviti 
berfaedah.
MATLAMAT UJIAN 
1. Menguji pemahaman calon terhadap 
bahan rangsangan secara keseluruhan. 
2. Menguji kecekapan calon membuat 
tafsiran dan analisis daripada bahan 
rangsangan dan tajuk
Kome bace, 
kome dapat
TEKNIK MENJAWAB 
SOALAN SPM 
BAhASA MELAyu 
KARANGAN 
UMUM
MAKSUD AL 
QURAN 
“ Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah 
nasib sesuatu kaum sehingga mereka 
sendiri mengubah apa yang ada pada diri 
mereka” 
(Surah ar-Ra’d ayat 11)
BENTUK KARANGAN 
Berformat 
U 
Umum
BAHAGIAN B : 
KARANGAN UMUM 
Keperluan SPM 
Pembahagian soalan : 
1. Dimensi diri/individu/remaja. 
2. Dimensi keluarga 
3. Dimensi masyarakat/kerajaan/ 
negara. 
4. Dimensi Serantau/Global/ 
Antarabangsa 
5. Dimensi Komsas
BAHAGIAN B : 
KARANGAN UMUM 
Keperluan SPM 
1. 5 soalan dikemukakan dan 
pilih 1 soalan sahaja 
2. Panjangnya perlu melebihi 350 
patah kata 
3. Masa yang dicadangkan 1 jam 
30 minit 
4. 100 markah
1.Surat Kiriman 
2.Laporan 
3.Rencana 
4.Berita 
5.Wawancara 
6.Ulasan 
7.Perbahasan 
8.Ceramah 
1.Keperihalan 
2.Cereka 
3.Fakta 
4.Perbincanga 
n 
5.Bahas 
6 Komsas
Kriteria Respons 
 Bahasa: kegramatisan-kata dan ayat 
tanda baca dan ejaan 
 Laras : pemilihan kosa kata 
 Idea : tema,isi utama, 
pengembangan-huraian/bahasan/ 
hujahan/contoh/ 
kerelevanan 
 Pengolahan: wacana, logik, pemerengganan, format 
 Gaya Bahasa:keindahan bahasa,ungkapan,peribahasa
1. Aspek bahasa yang dinilai: 
 
 (a) 
 
 (b) 
 
 (c) 
 
 (d) 
 
 (e) 
Tatabahasa meliputi ayat dan kata 
Ejaan 
Tanda baca 
Pembahagian perenggan 
Pemilihan kata yang tepat
SKEMA PEMARKAHAN 
 (a) Takrif 
 (b) Isi / Fikiran 
 (c) Bahasa 
 (d)Pengolahan / Penyampaian / Pemerengganan
 Markah akan ditolak sekiranya berlaku kesilapan 
ejaan 
 Kesalahan Format 
Maksimum 3 markah 
Maksimum 2 markah
KRITERIA PENSKORAN 
 Cemerlang : 80-100 
 Kepujian : 66-79 
 Baik : 51-65 
 Memuaskan : 36-50 
 Kurang memuaskan : 21-35 
 Pencapaian minimum : 01-20
Markah kurang Daripada 350 
 Baik bawah: 51 - 65 
 Memuaskan: 36 - 50 
 Kurang memuaskan: 21 - 35 
 Tidak memuaskan: 0 - 20
STRATEGI MENULIS 
KARANGAN 
(a) Memilih soalan yang tepat 
(b) Menentukan kunci tajuk 
(c) Menyediakan rangka karangan 
(d) Menulis karangan 
(e) Menyemak karangan
KATA KUNCI TAJUK 
Nyatakan sebab Cadangkan cara Nyatakan perasaan 
Berikan hujah Huraikan peranan Ulaskan 
Kemukakan 
pandangan Jelaskan pendapat 
Ceritakan 
pengalaman 
Gambarkan 
suasana dan 
keadaan 
Nyatakan 
pendirian
ANALISIS TAJUK 
 Contoh Soalan: 
 Buruh asing banyak yang bekerja di negara kita. 
Mereka ini banyak bekerja di sektor perladangan, 
pembinaan, dan perkilangan. Kemasukan mereka 
banyak menimbulkan kesan. Huraikan kesan 
daripada kemasukan buruh asing ini kepada 
negara kita.
 Kata Kunci: 
 Skop: 
 Tema: 
 Kehendak Tajuk: 
 Jenis Karangan: 
Huraikan kesan 
Kesan daripada kemasukan buruh 
Kemasukan buruh asing 
Memberi pendapat 
Jenis pendapat
 CONTOH SOALAN 2 
 Pelbagai kempen membaca diadakan untuk 
memupuk tabiat membaca dan mewujudkan 
budaya membaca dalam kalangan rakyat 
negara ini. Andaikan anda diundang 
memberikan ceramah yang berkaitan dengan 
kempen membaca. Tajuk ceramah anda 
ialah ‘Membaca Jambatan Ilmu’ Tuliskan teks 
ceramah tersebut.
 Kata Kunci: 
 Skop: 
 Tema: 
 Kehendak Tajuk: 
 Jenis Karangan: 
Teks Ceramah 
Ceramah Kempen Membaca 
Membaca Jambatan Ilmu 
Memberi Ceramah 
Berformat - Ceramah
Rangka Karangan 
1. Pendahuluan: 
Pelbagai bidang ilmu dapat diperolehi, daripada 
pembacaan. 
2. Isi-Isi Penting 
a). Tujuan membaca: sebagai hobi, untuk lulus 
peperiksaan, mendalami pelbagai bidang ilmu 
b). Golongan Pembaca: kanak-kanak, pelajar, orang 
dewasa, sesuai dengan adanya pelbagai bahan 
bacaan untuk pelbagai tingkat umur 
c). Budaya membaca dalam kalangan masyarakat 
perlu dipertingkatkan – menambah ilmu.
3.Langkah-Langkah menggalakkan rakyat membaca 
a. Peranan ibu bapa – menjadi suri teladan 
b. Peranan guru di sekolah – memberi galakan 
c. Menambahkan pelabagai bahan bacaan 
d.Mempergiat kempen membaca 
e. Memperbanyak perpustakaan awam 
 4. Kesan daripada membaca 
a. Masyarakat lebih matang dan maju 
b. Matlamat wawasan 2020 mudah dicapai 
 3. Penutup : 
Pentingnya membaca ; mewujudkan masyarakat 
berilmu dan berpengetahuan. Membangunkan 
negara mengikut acuan sendiri.
Bengkel Memahami Kehendak Soalan 
 Dimensi Diri / Individu. 
 Anda seorang pelajar cemerlang Sijil Pelajaran 
Malaysia di peringkat kebangsaan. Pihak 
sekolah telah mengundang anda untuk 
menyampaikan ceramah yang bertajuk 
“Langkah-langkah Menjadi Pelajar Cemerlang”. 
Tuliskan ceramah itu selengkapnya.
Bengkel Memahami Kehendak Soalan 
 Dimensi Keluarga / Ibu Bapa. 
 Teknologi siber kini semakin maju. Ibu bapa 
memainkan peranan penting dalam mengawal 
kecenderungan anak-anak melayari internet. 
Berdasarkan pernyataan di atas, huraikan 
peranan ibu bapa dalam mendidik anak-anak 
memanfaatkan internet pada masa ini.
Bengkel Memahami Kehendak Soalan 
 Dimensi masyarakat / negara . 
 Siswazah pada hari ini kurang berminat 
menceburkan diri dalam bidang pertanian. Oleh 
itu, pelbagai pihak perlu mengambil inisiatif 
untuk menarik minat para siswazah 
menceburkan diri dalam bidang tersebut. 
Huraikan peranan yang perlu dimainkan oleh 
pihak – pihak berkenaan.
Bengkel Memahami Kehendak Soalan 
 Dimensi Serantau / Global / antarabangsa 
 Kecenderungan negara-negara luar untuk 
campur tangan dalam masalah sesebuah 
negara berpunca daripada pelbagai faktor. 
Huraikan faktor-faktor tersebut.
Bengkel Memahami Kehendak Soalan 
 Dimensi KOMSAS. 
 Anda begitu teruja untuk menyertai 
pertandingan menulis cerpen anjuran Dewan 
Bahasa dan Pustaka. Tajuk cerpen berdasarkan 
peribahasa “Kerana Nila Setitik Rosak Susu 
Sebelanga” 
Tulis cerpen itu selengkapnya.
Menulis Pendahuluan 
Jenis-jenis Pendahuluan. 
• Berbentuk Soalan/Persoalan. 
• Berbentuk Definisi 
• Berbentuk fakta 
• Bentuk sejarah. 
• Bentuk suasana 
• Bentuk peribahasa 
• Bentuk puisi 
• Bentuk gabungan 
• Petikan tokoh
JENIS-JENIS PENDAHULUAN 
 Definisi: Menurut Kamus Dewan ‘buli’ mmbawa 
maksud ‘perbuatan mendera’ atau 
‘mempermainkan seseorang supaya dapat 
menyesuaikan diri dengan suasana 
baru’.Berdasarkan definisi yang diberikan,jelaslah 
kepada kita bahawa……….. 
 Pendapat: Menerusi Sukan Komanwel 2006 di 
Melbourne, Australia, kontinjen negara menduduki 
tempat kelapan dari 71 negara peserta yang 
bertanding dengan meraih tujuh pingat 
emas,sembilan perak dan 18 gangsa. Tahniah 
kepada atlet Malaysia yang……….
Pendahuluan Persoalan. 
Pembangunan negara kita semakin pesat dan 
rancak. Namun demikian, isu keganasan rumah 
tangga yang merupakan penyakit sosial semakin 
gawat melanda negara kita. Gejala ini ibarat “duri 
dalam daging” Apakah yang dimaksudkan dengan 
keganasan rumah tangga? Apakah faktor-faktor 
yang menyebabkan berlakunya masalah sosial ini. 
Siapakah yang harus dipersalahkan? Ke manakah 
hilangnya nilai-nilai kemanusiaan kita? 
Mengapakah usaha-usaha yang telah dijalankan 
selama ini gagal mencari jalan penyelesaian 
untuk menangani gejala ini? Apakah rencah yang 
terbaik untuk membanteras penyakit sosial yang 
rumit ini? Inilah persoalan yang harus dijadikan 
renungan dan perbincangan kita.
Pendahuluan Definisi 
 Pembalakan boleh didefinisikan sebagai kerja-kerja atau 
usaha-usaha penebangan hutan untuk menghasilkan 
kayu dengan cara menebang pokok-pokok besar, 
memotong dahan-dahan pokok dan sebagainya. 
Pembalakan boleh diklasifikasikan kepada dua jenis, 
iaitu pembalakan sah dan pembalakan haram. 
Pembalakan sah merupakan aktiviti membalak yang 
sah di sisi undang-undang kerana telah mendapat 
kebenaran dan dokumen daripada kerajaan. 
Sebaliknya pembalakan harap merupakan kegiatan 
membalak yang dijalankan secara haram. Akibat 
pembalakan haram, jumlah kawasan hutan di negara 
kita semakin berkurangan. Oleh itu, langkah-langkah 
konkrit perlu diambil untuk membendung kegiatan ini.
Pendahuluan Fakta 
 Dasawarsa ini, gejala ponteng sekolah kian 
menjadi-jadi dan menimbulkan kebimbangan dalam 
kalangan masyarakat. Gejala ini kian sukar untuk 
dibendung. Kajian yang dijalankan oleh 
Kementerian Pelajaran Malaysia mendapati kira-kira 
20 % pelajar terlibat dalam gejala ponteng 
sekolah setiap hari. Angka ini sangat 
menggerunkan. Kerjasama dari semua pihak sama 
ada ibu bapa, pihak sekolah, masyarakat dan pihak 
berkuasa sangat diperlukan untuk menangani isu 
ini. Kita tidak mahu, fenomena ini menjadi lebih 
parah dan boleh menjejaskan proses pembentukan 
insan yang sempurna. Cara-cara menangani 
gejala ini akan saya huraikan dalam huraian 
berikutnya.
Pendahuluan Peribahasa. 
 Orang Melayu memang kaya dengan peribahasa 
yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan. Antara 
peribahasa yang menggambarkan seseorang yang 
tidak mengenang budi dan jasa ialah “seperti 
kacang lupakan kulit” dan seperti “ulat lupakan 
daun”. Peribahasa “ seperti kacang lupakan kulit” 
bermaksud seseorang yang lupa akan jasa orang 
yang menolongnya setelah menikmati kesenangan. 
Oleh itu sikap seperti ini perlu dikikis dalam hidup 
kita. Kita haruslah sentiasa menghargai dan 
berterima kasih atas segala jasa, pertolongan, dan 
pengorbanan orang lain kepada kita. Orang yang 
mengamalkan prinsip hidup “seperti kacang 
lupakan kulit” tidak akan hidup bahagia, sama ada 
di dunia mahupun di akhirat.
Pendahuluan Sejarah. 
Malaysia dan Nusantara mempunyai bahasanya 
yang tersendiri iaitu bahasa Melayu. Bahasa 
Melayu telah menjadi bahasa perhubungan atau 
“lingua franca’ sejak lebih 600 tahun yang lalu, 
lebih lama daripada bahasa Inggeris yang hanya 
bermula pada pertengahan kurun ke-16. Sejak 
tahun 1955, bahasa Melayu telah dinobatkan 
sebagai Bahasa Kebangsaan atau bahasa rasmi 
negara sejak merdeka. Pada tahun 1957, iaitu 
selepas merdeka, bahasa Melayu diisytiharkan 
sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi 
negara yang termaktub dalam perlembagaan.
Pendahuluan Gabungan 
Boleh juga menggunakan pendahuluan 
gabungan seperti; 
 Definisi sesuatu persoalan 
 Isu-isu semasa tentang sesuatu tajuk. 
 Pendapat/pandangan tokoh/ pandangan 
umum. 
 Pendapat peribadi berkenaan tajuk 
karangan.
Contoh Pendahuluan Gabungan - Tajuk 
Vandalisme ‘Tiga Buah Pondok Telefon Dibakar’, ‘Sampah Sarap 
Bertaburan di Pusat Rekreasi’, dan ‘Tandas Awam 
Diconteng dengan Kata-kata Lucah’. Begitulah antara 
tajuk-tajuk berita yang dipaparkan di media massa. Sejak 
kebelakangan ini gejala vandalisme semakin berleluasa 
dalam masyarakat kita. Masalah sosial ini tidak pernah 
lali daripada kamus kehidupan masyarakat ekoran arus 
pemodenan yang semakin rancak. Di sana-sini, 
kemudahan awam dirosakkan oleh segelintir masyarakat 
yang tidak bertanggungjawab dan singkat akalnya. 
Persoalannya, mengapakah hal ini terjadi? Adakah 
pembangunan dan kemajuan negara terpaksa 
mengorbankan kemudahan awam? Siapakah yang 
harus dipersalahkan? Oleh itu kerjasama daripada 
semua pihak amatlah diperlukan agar fenomena ini tidak 
semakin gawat. Janganlah kita hanya bertindak apabila 
suasana menjadi lebih teruk. Sikap sudah terhantuk baru 
tengadah tidak harus dijadikan amalan dalam hidup kita.
Pendahuluan Suasana 
 Baru-baru ini kita dikejutkan dengan pembunuhan 
seorang murid berusia tujuh tahun yang dilakukan oleh 
pelajar berusia 13 tahun. Sebelum itu, kita dilaporkan 
tentang kejadian sebuah sekolah di Alam Shah dan 
Rawang yang dibakar oleh pelajar yang diambil tindakan 
oleh guru disiplin. Kes terkini yang kita ketahui ialah 
tentang kematian pelajar di sebuah sekolah berasrama di 
Negeri Sembilan. Apabila sesuatu berita itu disiarkan oleh 
media massa, masyarakat begitu terkejut, gempar dan 
mahu masalah itu ditangani dengan segera. Walau 
apapun tindakan yang dilakukan, perkara tersebut sudah 
berlaku dan menggambarkan kegawatan disiplin sekolah. 
Punca kejadian ini harus diselusuri agar langkah 
menangani dapat diambil tindakan segera
Puisi: 
 Banyak duri perkara duri, 
Tidak sama duri mengkuang; 
Banyak budi perkara budi, 
Tidak sama budimu seorang. 
Rangkap pantun di atas sengaja diperturunkan 
untuk melihat akan keindahan dan kecerdikan 
masyarakat dahulu dalam menyampaikan ucapan 
terima kasih kepada orang yang pernah berbudi. 
Walaupun budi yang dilakukan tidak mengharapkan 
balasan, namun sebagai orang yang berbudaya kita 
sewajarnya menghargai jasa dan pertolongan yang 
diberikan oleh seseorang. Sikap seperti kacang 
lupakan kulit harus dikikis dari jiwa kita.
Persoalan: 
Kempen ‘Rumahku Syurgaku’ bertujuan untuk 
mmastikan masyarakat penyayang dapat diwujudkan. 
Walaupun kempen tersebut telah dijalankan, masalah 
penderaan kanak-kanak, kaum perempuan yang 
menghadapi masalah gantung tidak bertali, dan sikap 
negatif masyarakat terhadap kanak-kanak yang cacat 
sering dipaparkan di media massa. Hal ini 
membuktikan kempen tersebut kurang memberi 
kesan kepada masyarakat. Di manakah silapnya? 
Adakah kempen tersebut tidak disusuli dengan 
tindakan yang sewajarnya? Adalah menjadi 
tanggungjawab ibu bapa untuk memastikan slogan 
Rumahku Syurgaku dapat direalisasikan dalam 
kehidupan berkeluarga.
Gabungan: 
 Sebagai rakyat sebuah negara berbilang kaum dan agama, 
kita tidak boleh memandang ringan soal integrasi. Kita juga 
secara jujur harus mengakui, selepas hampir setengah abad 
mencapai kemerdekaan, isu perkauman masih menjadi 
masalah di negara kita. Di manakah silapnya apabila kaum 
Melayu, Cina, dan India tidak dapat duduk semeja dalam 
suasana yang mesra? Semua pihak akur bahawa sekolah 
berperanan penting memupuk perpaduan, tetap terdapat 
segelintir pihak yang masih memperjuangkan pendidikan kaum 
sendiri. Memang menyedihkan apabila anak kita pergi ke 
sekolah berlainan dalam usia yang begitu muda, sekali gus 
terlepas peluang berinteraksi dan beramah mesra. Kata 
bidalan Melayu, “Sepakat kita kuat, berpecah kita rebah”.Bagi 
memperkasakan integrasi nasional, hubungan kaum rakyat 
Malaysia perlu diperteguhkan.
Contoh Karangan 
Pengguna sering tertipu dengan taktik peniaga untuk 
melariskan barangan mereka termasuklah melalui iklan. 
Dalam jangka masa panjang, hal ini akan membawa 
kesan buruk kepada pengguna. Kemukakan cara 
mengelakkan pengguna daripada tertipu oleh muslihat 
peniaga sedemikian. 
Pendahuluan: Peniaga atau pengeluar lazimnya 
mengiklankan barangan keluaran mereka melalui 
pelbagai taktik demi melariskan jualan. 
Sesetengah maklumat dalam iklan tersebut tidak tepat 
dan dalam hal ini yang sering menjadi mangsa ialah 
pengguna.
 Isi-Isi Penting 
 Menyebarluaskan pendidikan kepenggunaan 
supaya pengguna tahu cara mereka harus 
bertindak sebagai pengguna apabila mereka 
mendapati mereka telah tertipu. 
 Orang ramai perlu disedarkan dan didedahkan 
dengan gejala dan kes penipuan oleh peniaga 
atau pengiklan. Publisiti mengenainya mesti 
dibuat dan sekiranya perlu tindakan pemulauan 
perlu disarankan. 
 Anak-anak perlu dididik agar merancang 
perbelanjaan dan dipupuk dengan sifat jujur dan 
bertanggungjawab.
Badan penyiaran perlu teliti ketetapan 
maklumat dalam iklan yang disiarkan. 
Mereka janganlah terlalu mengejar 
pendapatan yang diperoleh daripada 
penyiaran iklan. 
Persatuan pengguna mesti bergerak aktif 
untuk mengesan peniaga yang tidak 
bertanggungjawab.
Penutup 
 Peniaga harus lebih bertimbang rasa dan jujur dalam 
menjalankan perniagaan. 
 Tanpa tipu helah tidak bermakna mereka gagal 
meraih keuntungan. 
 Frasa menarik – mengeksploitasi pengguna – 
sedangkan realitinya tidak seperti yang digambarkan 
– mesti dibanteras demi menjaga kepentingan 
pengguna – kesedaran dapat disemai – mutu dan 
kewajaran harga – sifat kepenggunaan yang tulen – 
terpukau dengan pendapatan – keuntungan yang 
dikejar – pendekatan bersifat psikologi.
Fokus SPM 2014 
 Pendidikan maya/sepanjang hayat 
 Formula mewujudkan Perpaduan 
 Pelaburan/aktiviti menabung/skim cepat 
kaya 
 Pelancongan 
 Memulihara bangunan bersejarah 
 Perpaduan antara kaum 
 Gejala rasuah 
 Permainan / Kebudayaan tradisional
Fokus SPM 2014 
 Barang Buatan Malaysia 
 Telefon Bimbit / Kafe siber 
 Gejala Sosial 
 Krisis Ekonomi Dunia 
 Kenaikan harga minyak/barang 
 Amalan membaca-kebaikan/ 
punca/langkah
Fokus SPM 2014 
 Pengalaman/program yang pernah 
disertai 
 Kokurikulum-kebaikan/punca/langkah 
 Kepentingan Semangat patriotik 
 Ulasan filem/novel/cerpen 
 Peranan guru / ibu bapa membentuk 
generasi cemerlang.
 Faedah-faedah menguasai kemahiran ICT-diri 
 Menghargai Jasa Ibu Bapa (ceramah)- 
keluarga 
 Peranan Pelbagai Pihak dalam Memajukan 
Industri Pertanian di Negara Kita - negara 
 Kerjasama yang Dapat dilakukan oleh 
Malaysia dengan Negara-Negara jiran untuk 
Menangani masalah jerebu - antarabangsa 
 Penghayatan nilai-nilai murni dalam karya 
sastera dapat membentuk peribadi yang baik 
dalam kalangan pembaca (komen) - 
masyarakat
3 JENIS MANUSIA 
ORANG YANG HARI INI 
LEBIH BAIK DARI SEMALAM 
ORANG YANG HARI INI 
SAMA MACAM SEMALAM 
ORANG YANG HARI INI 
LEBIH TERUK DARI SEMALAM
‘KECEMERLANGAN, 
KESEDERHANAAN ATAU 
KEGAGALAN ADALAH PILIHAN 
SENDIRI’
TERIMA KASIH 
HENDAK SERIBU DAYA, 
MAHU SERIBU CARA. 
KEBERKESANAN CERAMAH INI 
BERGANTUNG SEPENUHNYA KEPADA DIRI 
ANDA SENDIRI. 
YA! DIRI ANDA SENDIRI. 
BUKANNYA PENCERAMAH
SSEELLAAMMAATT BBEERRJJAAYYAA 
SSEEMMOOGGAA AA 
DDII DDAALLAAMM GGEENNGGGGAAMMAANN
 Kata Kunci: 
 Skop: 
 Tema / Isu 
 Kehendak Tajuk: 
 Jenis Karangan:
 Kata Kunci: 
 Skop: 
 Tema / Isu 
 Kehendak Tajuk: 
 Jenis Karangan:

More Related Content

What's hot

Strategi dan teknik menjawab
Strategi dan teknik menjawabStrategi dan teknik menjawab
Strategi dan teknik menjawab
Zarina Husin
 
BAB 1: PENGENALAN KEPADA EKONOMI
BAB 1: PENGENALAN KEPADA EKONOMI BAB 1: PENGENALAN KEPADA EKONOMI
BAB 1: PENGENALAN KEPADA EKONOMI
Nur Osman
 
Peribahasa penting SPM
Peribahasa penting SPMPeribahasa penting SPM
Peribahasa penting SPM
M D
 
Sekatan perdagangan antarabangsa
Sekatan perdagangan antarabangsaSekatan perdagangan antarabangsa
Sekatan perdagangan antarabangsa
Rodiyah Sulaiman
 
PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN BAHASA MELAYU KERTAS 2 , TINGKATAN 4, SMK SULTAN ISMA...
PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN BAHASA MELAYU KERTAS 2 , TINGKATAN 4, SMK SULTAN ISMA...PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN BAHASA MELAYU KERTAS 2 , TINGKATAN 4, SMK SULTAN ISMA...
PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN BAHASA MELAYU KERTAS 2 , TINGKATAN 4, SMK SULTAN ISMA...
Normarjana Ibrahim
 
kata pinjaman ( bahasa melayu)
kata pinjaman ( bahasa melayu)kata pinjaman ( bahasa melayu)
kata pinjaman ( bahasa melayu)
Ummu Khair
 
Susunan ayat biasa dan susunan ayat songsang
Susunan ayat biasa dan susunan ayat songsangSusunan ayat biasa dan susunan ayat songsang
Susunan ayat biasa dan susunan ayat songsang
HT Hong
 
Faktor pengeluaran
Faktor pengeluaran Faktor pengeluaran
Faktor pengeluaran
Maria Nordin
 
Implikasi tidak wujud perpaduan kaum dan integrasi nasional di malaysia
Implikasi tidak wujud perpaduan kaum dan integrasi nasional di malaysiaImplikasi tidak wujud perpaduan kaum dan integrasi nasional di malaysia
Implikasi tidak wujud perpaduan kaum dan integrasi nasional di malaysia
mothy
 

What's hot (20)

Belanjawan tunai
Belanjawan tunaiBelanjawan tunai
Belanjawan tunai
 
Strategi dan teknik menjawab
Strategi dan teknik menjawabStrategi dan teknik menjawab
Strategi dan teknik menjawab
 
BAB 1: PENGENALAN KEPADA EKONOMI
BAB 1: PENGENALAN KEPADA EKONOMI BAB 1: PENGENALAN KEPADA EKONOMI
BAB 1: PENGENALAN KEPADA EKONOMI
 
Peribahasa penting SPM
Peribahasa penting SPMPeribahasa penting SPM
Peribahasa penting SPM
 
Contoh borang soal selidik
Contoh borang soal selidik Contoh borang soal selidik
Contoh borang soal selidik
 
Sejarah Paper3 SPM Soalan KBKK
Sejarah Paper3 SPM  Soalan KBKKSejarah Paper3 SPM  Soalan KBKK
Sejarah Paper3 SPM Soalan KBKK
 
Imbuhan pinjaman
Imbuhan pinjamanImbuhan pinjaman
Imbuhan pinjaman
 
Kata terbitan
Kata terbitanKata terbitan
Kata terbitan
 
Sekatan perdagangan antarabangsa
Sekatan perdagangan antarabangsaSekatan perdagangan antarabangsa
Sekatan perdagangan antarabangsa
 
PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN BAHASA MELAYU KERTAS 2 , TINGKATAN 4, SMK SULTAN ISMA...
PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN BAHASA MELAYU KERTAS 2 , TINGKATAN 4, SMK SULTAN ISMA...PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN BAHASA MELAYU KERTAS 2 , TINGKATAN 4, SMK SULTAN ISMA...
PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN BAHASA MELAYU KERTAS 2 , TINGKATAN 4, SMK SULTAN ISMA...
 
kata pinjaman ( bahasa melayu)
kata pinjaman ( bahasa melayu)kata pinjaman ( bahasa melayu)
kata pinjaman ( bahasa melayu)
 
Bab2 ekonomi malaysia
Bab2 ekonomi malaysia Bab2 ekonomi malaysia
Bab2 ekonomi malaysia
 
UNSUR ASING DALAM BAHASA MELAYU
UNSUR ASING DALAM BAHASA MELAYUUNSUR ASING DALAM BAHASA MELAYU
UNSUR ASING DALAM BAHASA MELAYU
 
Susunan ayat biasa dan susunan ayat songsang
Susunan ayat biasa dan susunan ayat songsangSusunan ayat biasa dan susunan ayat songsang
Susunan ayat biasa dan susunan ayat songsang
 
Langkah-langkah Mengatasi Masalah Jenayah Siber Pengajian Am STPM Penggal 1
Langkah-langkah Mengatasi Masalah Jenayah Siber Pengajian Am STPM Penggal 1Langkah-langkah Mengatasi Masalah Jenayah Siber Pengajian Am STPM Penggal 1
Langkah-langkah Mengatasi Masalah Jenayah Siber Pengajian Am STPM Penggal 1
 
Pengangguran
PengangguranPengangguran
Pengangguran
 
KBAT Sejarah SPM
KBAT Sejarah SPMKBAT Sejarah SPM
KBAT Sejarah SPM
 
Faktor pengeluaran
Faktor pengeluaran Faktor pengeluaran
Faktor pengeluaran
 
Implikasi tidak wujud perpaduan kaum dan integrasi nasional di malaysia
Implikasi tidak wujud perpaduan kaum dan integrasi nasional di malaysiaImplikasi tidak wujud perpaduan kaum dan integrasi nasional di malaysia
Implikasi tidak wujud perpaduan kaum dan integrasi nasional di malaysia
 
15 kata majmuk yang telah mantap dan dieja rapat
15 kata majmuk yang telah mantap dan dieja rapat15 kata majmuk yang telah mantap dan dieja rapat
15 kata majmuk yang telah mantap dan dieja rapat
 

Viewers also liked

Cara menulis pendahuluan karangan dengan menggunakan teknik faclk
Cara menulis pendahuluan karangan dengan menggunakan teknik faclkCara menulis pendahuluan karangan dengan menggunakan teknik faclk
Cara menulis pendahuluan karangan dengan menggunakan teknik faclk
smktsj2
 
Bahasa melayu tingkatan 5
Bahasa melayu tingkatan 5Bahasa melayu tingkatan 5
Bahasa melayu tingkatan 5
salbiahredzuan
 
Contoh karangan
Contoh karanganContoh karangan
Contoh karangan
Nur Afifa
 
Karangan Pendahuluan SPM
Karangan Pendahuluan SPMKarangan Pendahuluan SPM
Karangan Pendahuluan SPM
Imtiyaz 99
 
Teknik menjawab soalan bahasa melayu kertas 2
Teknik menjawab soalan  bahasa melayu kertas 2Teknik menjawab soalan  bahasa melayu kertas 2
Teknik menjawab soalan bahasa melayu kertas 2
azmega12
 
Hbml 3103 pengajaran komsas dalam bahasa melayu september 2013
Hbml 3103 pengajaran komsas dalam bahasa melayu september 2013Hbml 3103 pengajaran komsas dalam bahasa melayu september 2013
Hbml 3103 pengajaran komsas dalam bahasa melayu september 2013
Mohd Nuruzzaman
 

Viewers also liked (20)

Teknik Menjawab Kertas 1 (BM) SPM
Teknik Menjawab Kertas 1 (BM) SPMTeknik Menjawab Kertas 1 (BM) SPM
Teknik Menjawab Kertas 1 (BM) SPM
 
Teknik Menjawab Kertas 2 BM SPM (Rumusan dan Pemahaman)
Teknik Menjawab Kertas 2 BM SPM (Rumusan dan Pemahaman)Teknik Menjawab Kertas 2 BM SPM (Rumusan dan Pemahaman)
Teknik Menjawab Kertas 2 BM SPM (Rumusan dan Pemahaman)
 
B1 teknik menjawab kertas 1 bm 2015
B1 teknik menjawab kertas 1 bm 2015 B1 teknik menjawab kertas 1 bm 2015
B1 teknik menjawab kertas 1 bm 2015
 
Teknik Menjawab BI SPM Kertas 1
Teknik Menjawab BI SPM Kertas 1Teknik Menjawab BI SPM Kertas 1
Teknik Menjawab BI SPM Kertas 1
 
Teknik Menjawab Kesalahan Istilah, kata dan Tatabahasa
Teknik Menjawab Kesalahan Istilah, kata dan TatabahasaTeknik Menjawab Kesalahan Istilah, kata dan Tatabahasa
Teknik Menjawab Kesalahan Istilah, kata dan Tatabahasa
 
Teknik Menjawab Soalan Novel SPM (Bahasa Melayu)
Teknik Menjawab Soalan Novel SPM (Bahasa Melayu)Teknik Menjawab Soalan Novel SPM (Bahasa Melayu)
Teknik Menjawab Soalan Novel SPM (Bahasa Melayu)
 
Pengenalan kertas 1 BM spm
Pengenalan kertas 1 BM spmPengenalan kertas 1 BM spm
Pengenalan kertas 1 BM spm
 
Pengenalan Kertas 2 BM spm
Pengenalan Kertas 2 BM spmPengenalan Kertas 2 BM spm
Pengenalan Kertas 2 BM spm
 
Bahasa Inggeris SPM kertas 1
Bahasa Inggeris SPM kertas 1Bahasa Inggeris SPM kertas 1
Bahasa Inggeris SPM kertas 1
 
Cara menulis pendahuluan karangan dengan menggunakan teknik faclk
Cara menulis pendahuluan karangan dengan menggunakan teknik faclkCara menulis pendahuluan karangan dengan menggunakan teknik faclk
Cara menulis pendahuluan karangan dengan menggunakan teknik faclk
 
Raangka karangan spm
Raangka karangan spmRaangka karangan spm
Raangka karangan spm
 
Latihan kesalahan kata, istilah dan tatabahasa
Latihan kesalahan kata, istilah dan tatabahasaLatihan kesalahan kata, istilah dan tatabahasa
Latihan kesalahan kata, istilah dan tatabahasa
 
Bahasa melayu tingkatan 5
Bahasa melayu tingkatan 5Bahasa melayu tingkatan 5
Bahasa melayu tingkatan 5
 
Contoh karangan
Contoh karanganContoh karangan
Contoh karangan
 
KOMSAS 2016 NOVEL TINGKATAN 5 ZON JOHOR: SILIR DAKSINA (NIZAR pARMAN )
KOMSAS 2016 NOVEL TINGKATAN 5 ZON JOHOR:  SILIR DAKSINA (NIZAR pARMAN )KOMSAS 2016 NOVEL TINGKATAN 5 ZON JOHOR:  SILIR DAKSINA (NIZAR pARMAN )
KOMSAS 2016 NOVEL TINGKATAN 5 ZON JOHOR: SILIR DAKSINA (NIZAR pARMAN )
 
Soalan Percubaan 2016 SPM Bahasa Melayu kertas 1
Soalan Percubaan 2016 SPM Bahasa Melayu kertas 1Soalan Percubaan 2016 SPM Bahasa Melayu kertas 1
Soalan Percubaan 2016 SPM Bahasa Melayu kertas 1
 
Seminar Pecutan Akhir PTRS
Seminar Pecutan Akhir PTRSSeminar Pecutan Akhir PTRS
Seminar Pecutan Akhir PTRS
 
Karangan Pendahuluan SPM
Karangan Pendahuluan SPMKarangan Pendahuluan SPM
Karangan Pendahuluan SPM
 
Teknik menjawab soalan bahasa melayu kertas 2
Teknik menjawab soalan  bahasa melayu kertas 2Teknik menjawab soalan  bahasa melayu kertas 2
Teknik menjawab soalan bahasa melayu kertas 2
 
Hbml 3103 pengajaran komsas dalam bahasa melayu september 2013
Hbml 3103 pengajaran komsas dalam bahasa melayu september 2013Hbml 3103 pengajaran komsas dalam bahasa melayu september 2013
Hbml 3103 pengajaran komsas dalam bahasa melayu september 2013
 

Similar to Teknik Menjawab Bahasa Melayu Kertas 1 SPM

Program perhati asli lodge bm k1
Program perhati asli lodge bm k1Program perhati asli lodge bm k1
Program perhati asli lodge bm k1
Norazliah Ani
 
Skema kelantan-2010
Skema kelantan-2010Skema kelantan-2010
Skema kelantan-2010
puera87
 
2987746-BEBERAPA-NOTA-BAHASA-MELAYU-SPM-PANDUAN-GURU.doc
2987746-BEBERAPA-NOTA-BAHASA-MELAYU-SPM-PANDUAN-GURU.doc2987746-BEBERAPA-NOTA-BAHASA-MELAYU-SPM-PANDUAN-GURU.doc
2987746-BEBERAPA-NOTA-BAHASA-MELAYU-SPM-PANDUAN-GURU.doc
stelafrancis
 

Similar to Teknik Menjawab Bahasa Melayu Kertas 1 SPM (20)

Pecutan akhir smksj
Pecutan akhir smksjPecutan akhir smksj
Pecutan akhir smksj
 
Tip kolej sas kertas 1
Tip kolej sas kertas 1Tip kolej sas kertas 1
Tip kolej sas kertas 1
 
1 teknik menjawab kertas 1
1 teknik menjawab  kertas 11 teknik menjawab  kertas 1
1 teknik menjawab kertas 1
 
1 teknik menjawab kertas 1
1 teknik menjawab  kertas 11 teknik menjawab  kertas 1
1 teknik menjawab kertas 1
 
Seminar pecutan akhir ptrs
Seminar pecutan akhir ptrsSeminar pecutan akhir ptrs
Seminar pecutan akhir ptrs
 
1 teknik menjawab kertas 1
1 teknik menjawab  kertas 11 teknik menjawab  kertas 1
1 teknik menjawab kertas 1
 
Bengkel & Teknik Menjawab Kertas 1
Bengkel & Teknik Menjawab Kertas 1Bengkel & Teknik Menjawab Kertas 1
Bengkel & Teknik Menjawab Kertas 1
 
Seminar spm 1
Seminar spm 1Seminar spm 1
Seminar spm 1
 
Latihan kertas 1
Latihan kertas 1Latihan kertas 1
Latihan kertas 1
 
Program perhati asli lodge bm k1
Program perhati asli lodge bm k1Program perhati asli lodge bm k1
Program perhati asli lodge bm k1
 
B1 teknik menjawab kertas 2 2015
B1 teknik menjawab kertas 2  2015B1 teknik menjawab kertas 2  2015
B1 teknik menjawab kertas 2 2015
 
Skema kelantan-2010
Skema kelantan-2010Skema kelantan-2010
Skema kelantan-2010
 
PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2011- TINGKATAN 5 SMK SULTAN ISMAIL, JOHOR BAHR...
PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2011- TINGKATAN 5 SMK SULTAN ISMAIL, JOHOR BAHR...PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2011- TINGKATAN 5 SMK SULTAN ISMAIL, JOHOR BAHR...
PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2011- TINGKATAN 5 SMK SULTAN ISMAIL, JOHOR BAHR...
 
2987746-BEBERAPA-NOTA-BAHASA-MELAYU-SPM-PANDUAN-GURU.doc
2987746-BEBERAPA-NOTA-BAHASA-MELAYU-SPM-PANDUAN-GURU.doc2987746-BEBERAPA-NOTA-BAHASA-MELAYU-SPM-PANDUAN-GURU.doc
2987746-BEBERAPA-NOTA-BAHASA-MELAYU-SPM-PANDUAN-GURU.doc
 
SPEED READING KAT 1.pptx
SPEED READING KAT 1.pptxSPEED READING KAT 1.pptx
SPEED READING KAT 1.pptx
 
Teknik menjawab 2017
Teknik menjawab  2017Teknik menjawab  2017
Teknik menjawab 2017
 
Logika matematika
Logika matematikaLogika matematika
Logika matematika
 
Rangka karangan spm 2021
Rangka karangan spm 2021Rangka karangan spm 2021
Rangka karangan spm 2021
 
Modul bm bekesan
Modul bm bekesanModul bm bekesan
Modul bm bekesan
 
Bahasa_Melayu_Tahun_5_SJK.pdf
Bahasa_Melayu_Tahun_5_SJK.pdfBahasa_Melayu_Tahun_5_SJK.pdf
Bahasa_Melayu_Tahun_5_SJK.pdf
 

More from Kementerian Pelajaran Malaysia

More from Kementerian Pelajaran Malaysia (20)

Teknik Menukarkan Bahasa Melayu Standard.pdf
Teknik Menukarkan Bahasa Melayu Standard.pdfTeknik Menukarkan Bahasa Melayu Standard.pdf
Teknik Menukarkan Bahasa Melayu Standard.pdf
 
TIPS Menjelang Peperiksaan.pptx
TIPS Menjelang Peperiksaan.pptxTIPS Menjelang Peperiksaan.pptx
TIPS Menjelang Peperiksaan.pptx
 
Sinopsis leftenan adnan
Sinopsis leftenan adnanSinopsis leftenan adnan
Sinopsis leftenan adnan
 
Sinopsis novel tirani
Sinopsis novel tiraniSinopsis novel tirani
Sinopsis novel tirani
 
Karangan memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan
Karangan   memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaanKarangan   memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan
Karangan memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan
 
Rangka karangan cara mengatasi masalah remaja
Rangka karangan cara mengatasi masalah remajaRangka karangan cara mengatasi masalah remaja
Rangka karangan cara mengatasi masalah remaja
 
Karangan permainan tradisional 2020
Karangan permainan tradisional 2020Karangan permainan tradisional 2020
Karangan permainan tradisional 2020
 
Karangan peranan sekolah memupuk budaya penyayang
Karangan peranan sekolah memupuk budaya penyayangKarangan peranan sekolah memupuk budaya penyayang
Karangan peranan sekolah memupuk budaya penyayang
 
Karangan peranan ibu bapa mengatasi masalah disiplin
Karangan peranan ibu bapa mengatasi masalah disiplinKarangan peranan ibu bapa mengatasi masalah disiplin
Karangan peranan ibu bapa mengatasi masalah disiplin
 
Karangan pengangkutan awam
Karangan pengangkutan awamKarangan pengangkutan awam
Karangan pengangkutan awam
 
Karangan hikmah di sebalik covid
Karangan hikmah di sebalik covidKarangan hikmah di sebalik covid
Karangan hikmah di sebalik covid
 
Gurindam 12 fasal ketiga
Gurindam 12 fasal ketigaGurindam 12 fasal ketiga
Gurindam 12 fasal ketiga
 
Pengajaran rumusan (usaha usaha perpaduan)
Pengajaran rumusan (usaha usaha perpaduan)Pengajaran rumusan (usaha usaha perpaduan)
Pengajaran rumusan (usaha usaha perpaduan)
 
Teknik menjawab kertas 2
Teknik menjawab  kertas 2Teknik menjawab  kertas 2
Teknik menjawab kertas 2
 
Kepentingan ilmu dalam kehidupan remaja
Kepentingan ilmu dalam kehidupan remajaKepentingan ilmu dalam kehidupan remaja
Kepentingan ilmu dalam kehidupan remaja
 
B7 novel
B7 novelB7 novel
B7 novel
 
B6 tatabahasa (peribahasa)
B6 tatabahasa (peribahasa)B6 tatabahasa (peribahasa)
B6 tatabahasa (peribahasa)
 
B5 latihan kesalahan kata, istilah dan tatabahasa
B5 latihan kesalahan kata, istilah dan tatabahasaB5 latihan kesalahan kata, istilah dan tatabahasa
B5 latihan kesalahan kata, istilah dan tatabahasa
 
B4 kesalahan ejaan dan imbuhan
B4 kesalahan ejaan dan imbuhanB4 kesalahan ejaan dan imbuhan
B4 kesalahan ejaan dan imbuhan
 
B3 sintaksis (menukarkan ayat)
B3 sintaksis (menukarkan ayat)B3 sintaksis (menukarkan ayat)
B3 sintaksis (menukarkan ayat)
 

Recently uploaded

Kenakalan Remaja (Penggunaan Narkoba).ppt
Kenakalan Remaja (Penggunaan Narkoba).pptKenakalan Remaja (Penggunaan Narkoba).ppt
Kenakalan Remaja (Penggunaan Narkoba).ppt
novibernadina
 
Contoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptx
Contoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptxContoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptx
Contoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptx
IvvatulAini
 

Recently uploaded (20)

TUGAS RUANG KOLABORASI 1.3 PRAKARSA PERUBAHAN
TUGAS RUANG KOLABORASI 1.3 PRAKARSA PERUBAHANTUGAS RUANG KOLABORASI 1.3 PRAKARSA PERUBAHAN
TUGAS RUANG KOLABORASI 1.3 PRAKARSA PERUBAHAN
 
Aksi Nyata Menyebarkan (Pemahaman Mengapa Kurikulum Perlu Berubah) Oleh Nur A...
Aksi Nyata Menyebarkan (Pemahaman Mengapa Kurikulum Perlu Berubah) Oleh Nur A...Aksi Nyata Menyebarkan (Pemahaman Mengapa Kurikulum Perlu Berubah) Oleh Nur A...
Aksi Nyata Menyebarkan (Pemahaman Mengapa Kurikulum Perlu Berubah) Oleh Nur A...
 
OPTIMALISASI KOMUNITAS BELAJAR DI SEKOLAH.pptx
OPTIMALISASI KOMUNITAS BELAJAR DI SEKOLAH.pptxOPTIMALISASI KOMUNITAS BELAJAR DI SEKOLAH.pptx
OPTIMALISASI KOMUNITAS BELAJAR DI SEKOLAH.pptx
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...
PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...
PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...
 
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 CGP 10.pptx
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 CGP 10.pptxDEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 CGP 10.pptx
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 CGP 10.pptx
 
Salinan dari JUrnal Refleksi Mingguan modul 1.3.pdf
Salinan dari JUrnal Refleksi Mingguan modul 1.3.pdfSalinan dari JUrnal Refleksi Mingguan modul 1.3.pdf
Salinan dari JUrnal Refleksi Mingguan modul 1.3.pdf
 
RENCANA & Link2 Materi Pelatihan_ "Teknik Perhitungan TKDN, BMP, Preferensi H...
RENCANA & Link2 Materi Pelatihan_ "Teknik Perhitungan TKDN, BMP, Preferensi H...RENCANA & Link2 Materi Pelatihan_ "Teknik Perhitungan TKDN, BMP, Preferensi H...
RENCANA & Link2 Materi Pelatihan_ "Teknik Perhitungan TKDN, BMP, Preferensi H...
 
Materi Sosialisasi US 2024 Sekolah Dasar pptx
Materi Sosialisasi US 2024 Sekolah Dasar pptxMateri Sosialisasi US 2024 Sekolah Dasar pptx
Materi Sosialisasi US 2024 Sekolah Dasar pptx
 
Pendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptx
Pendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptxPendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptx
Pendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptx
 
Kenakalan Remaja (Penggunaan Narkoba).ppt
Kenakalan Remaja (Penggunaan Narkoba).pptKenakalan Remaja (Penggunaan Narkoba).ppt
Kenakalan Remaja (Penggunaan Narkoba).ppt
 
Contoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptx
Contoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptxContoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptx
Contoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptx
 
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
AKSI NYATA TOPIK 1 MERDEKA BELAJAR. PPTX
AKSI NYATA TOPIK 1 MERDEKA BELAJAR. PPTXAKSI NYATA TOPIK 1 MERDEKA BELAJAR. PPTX
AKSI NYATA TOPIK 1 MERDEKA BELAJAR. PPTX
 
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
Pengenalan Figma, Figma Indtroduction, Figma
Pengenalan Figma, Figma Indtroduction, FigmaPengenalan Figma, Figma Indtroduction, Figma
Pengenalan Figma, Figma Indtroduction, Figma
 
KELAS 10 PERUBAHAN LINGKUNGAN SMA KURIKULUM MERDEKA
KELAS 10 PERUBAHAN LINGKUNGAN SMA KURIKULUM MERDEKAKELAS 10 PERUBAHAN LINGKUNGAN SMA KURIKULUM MERDEKA
KELAS 10 PERUBAHAN LINGKUNGAN SMA KURIKULUM MERDEKA
 
Bab 4 Persatuan dan Kesatuan di Lingkup Wilayah Kabupaten dan Kota.pptx
Bab 4 Persatuan dan Kesatuan di Lingkup Wilayah Kabupaten dan Kota.pptxBab 4 Persatuan dan Kesatuan di Lingkup Wilayah Kabupaten dan Kota.pptx
Bab 4 Persatuan dan Kesatuan di Lingkup Wilayah Kabupaten dan Kota.pptx
 
Intellectual Discourse Business in Islamic Perspective - Mej Dr Mohd Adib Abd...
Intellectual Discourse Business in Islamic Perspective - Mej Dr Mohd Adib Abd...Intellectual Discourse Business in Islamic Perspective - Mej Dr Mohd Adib Abd...
Intellectual Discourse Business in Islamic Perspective - Mej Dr Mohd Adib Abd...
 
BAHAN PAPARAN UU DESA NOMOR 3 TAHUN 2024
BAHAN PAPARAN UU DESA NOMOR 3 TAHUN 2024BAHAN PAPARAN UU DESA NOMOR 3 TAHUN 2024
BAHAN PAPARAN UU DESA NOMOR 3 TAHUN 2024
 
Program Kerja Public Relations - Perencanaan
Program Kerja Public Relations - PerencanaanProgram Kerja Public Relations - Perencanaan
Program Kerja Public Relations - Perencanaan
 

Teknik Menjawab Bahasa Melayu Kertas 1 SPM

  • 1. TEKNIK MENJAWAB 2014 Bahasa Melayu SPM Dihasilkan oleh ; SAHARUDDIN BIN ABDULLAH Guru Cemerlang Bahasa Melayu SMK Sijangkang Jaya. saharuddinabdullah81@yahoo.com Saharuddin-abdullah.blogspot.com ckgdin@slide share Ckgsaha@twiter
  • 2.  Tak Kenal Maka Tak Cinta.  Berasal dari Temerloh, Pahang. Pendidikan :  IPSI – Tg Malim – 1989 – 1992  UPM – PBMP 1997 – 2000. Perkhidmatan :  SK Kuala Krau ;1992 – 1997  SK Kanchong Darat ; 1998 – 2001  SMK Sijangkang Jaya ; 2002 – 2013 Penghargaan :  1996, 2004, 2008 (GC), 2013 .
  • 3. SPM (1103 / 1) Kertas 1 Masa : 2 Jam 15 minit
  • 5. GARIS PANDUAN MATA PELAJARAN BAHASA MELAYU SPM KEPERLUAN KERTAS 1 1103/1 Bentuk Soalan Jenis Item Ujian Berbentuk Subjektif Karangan Rangsangan Karangan Umum Tempoh Ujian 2 jam 15 minit
  • 6. Bilangan soalan a.Hanya satu soalan dan tiada pilihan-wajib jawab b. 5 soalan pilihan dan hanya jawab satu soalan sahaja
  • 7. JUMLAH MARKAH : 130 Markah 30 100 Bahagian A : Bahagian B :
  • 8. FORMAT SOALAN Bahagian A Karangan Berpandu – Bahan Rangsangan Masa yang dicadangkan ialah 45 minit Panjang Karangan Antara 200 hingga 250 patah perkataan
  • 9. Bentuk Soalan a) Gambar foto / Ilustrasi b) Ilustrasi kartun c) Pelan / Peta d) Iklan e) Petikan f) Gambar Rajah g)Dialog / Catatan
  • 10. Bahan Rangsangan  Gambar Foto / Ilustrasi.  Lihat gambar di bawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang kepentingan kawasan riadah dalam kehidupan manusia. Panjang huraian anda hendaklah antara 200-250 patah perkataan
  • 11. Bahan Rangsangan – Gambar Rajah  Lihat gambar rajah di bawah dengan teliti. Huraikan teknik-teknik berkesan mendidik anak-anak. Panjang huraian anda hendaklah antara 200- 250 patah perkataan. 7 tahun kedua membuat PENGUATKUASAAN terhadap anak-anak 7 tahun pertama BERMAIN 7 tahun ketiga Dengan anak-anak BERSAHABAT FASA PENTING dengan anak-anak MENDIDIK ANAK
  • 12. Bahan Rangsangan  Ilustrasi Kartun.  Lihat ilustrasi kartun di bawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda kepentingan berbudi bahasa dalam kalangan remaja. Panjang huraian anda hendaklah antara 200-250 patah perkataan.
  • 13. Bahan Rangsangan  Pelan / peta  Lihat peta di bawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang manfaat pembinaan lebuh raya tersebut kepada pengguna. Panjang huraian anda hendaklah antara 200-250 patah perkataan.
  • 14. Bahan Rangsangan  Iklan.  Lihat dan fahami iklan di bawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda sumbangan iklan dalam dunia perniagaan. Panjang huraian anda hendaklah antara 200-250 patah perkataan.
  • 15. Bahan Rangsangan  Catatan.  Lihat catatan di bawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang faedah menyertai kegiatan kokurikulum di sekolah. Panjang huraian hendaklah antara 200-250 patah perkataan.  9.00 pg : Pertandingan Kawad Kaki.  11.00 pg : Pertandingan Gubahan / Masakan.  12.30 ptg : Makan & Solat Berjemaah.  2.45 ptg : Ceramah Motivasi.  5.00 ptg : Sukaneka.  8.00 malam : Solat Maghrib & Kuliah Maghrib
  • 16. Bahan Rangsangan - Petikan  Baca petikan di bawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang punca-punca berlakunya kegiatan vandalisme. Panjang huraian anda hendaklah antara 200-250 patah perkataan.  “Budaya vandalisme dalam kalangan masyarakat di negara kita sangat membimbangkan. Kerajaan terpaksa memperuntukkan hampir 500 juta setiap tahun untuk memperbaiki kerosakan harta benda awam disebabkan aktiviti vandalisme ini. Jika rakyat boleh beruba sikap, peruntukan itu boleh disalurkan untuk membina kemudahan lain yang lebih berfaedah”. Ucapan Perdana Menteri.
  • 18. Karangan berpandu yang cemerlang memenuhi syarat-syarat yang berikut:- a) Memenuhi dan menepati kehendak arahan soalan b) Mempunyai isi-isi penting yang cukup c) Mempunyai idea yang tersusun iaitu isi yang penting didahulukan dan isi yang kurang penting dikemudiankan d) Mempunyai perenggan yang padu dengan isi , huraian, serta contoh yang sesuai e) Menggunakan kosa kata mengikut laras bahasa yang betul f) Menggunakan ejaan dan tanda baca yang betul
  • 19. PROSES 1 (a)Memahami dan Mentafsirkan Bahan Rangsangan Sebelum Menulis : I II III Sebelum menulis, calon perlu membaca dan memahami arahan soalan serta mengenal pasti kehendaknya Meneliti tajuk yang diberi bersama –sama dengan bahan rangsangan dan kaitkan dengan kehendak soalan Perlu menangkap mesej utama daripada bahan rangsangan dan skop karangan yang perlu ditulis
  • 20. PROSES 2 I. Menganalisis Bahan Rangsangan a) Perlu menganalisis dengan kritis dan analitis b) Tujuan supaya karangan tidak terpesong PROSES 3 Menyediakan Isi dan Rangka Karangan Rangka Karangan a) Pendahuluan b) Isi-isi penting c) Penutup -Ayat yang berkaitan dengan tajuk dan bahan rangsangan secara am -Isi yang terdapat dalam bahan rangsangan diperkayakan dengan Pengetahuan calon Pandangan,cadangan,dan kesimpulan
  • 21. PROSES 4 Menulis Karangan Berpandu Penggunaan Bahasa Kesinambungan isi Penanda Wacana Ringkas, tepat, dan padat Perlu diberi perhatian supaya karangan lancar Dalam pada itu, sehubungan dengan itu, sungguhpun demikian, dan sebagainya
  • 22. PROSES 5 Menyemak Karangan 1. 2. 3. 4. Semak semula setelah selesai menulis Beri perhatian kepada ejaan ,tanda baca, dan struktur ayat agar tiada kesalahan yang disengajakan Jumlah kata dalam lingkungan yang telah ditetapkan Catat jumlah kata baris terakhir karangan
  • 23. PERINGATAN !!!  Karangan yang lengkap dengan segala isi penting tetapi susunan yang tidak teratur hingga menyebabkan gaya dan pengolahan kurang lancar akan menyebabkan markah tidak dapat diberi pada peringkat cemerlang kerana cacat dari aspek gaya persembahan dan kelancaran
  • 24. PEMARKAHAN  CEMERLANG KEPUJIAN 26 – 30 20 – 25 28 – 30 23 – 25 26 – 27 20 – 22 MEMUASKAN KURANG MEMUASKAN 15 – 19 10 – 14 17 – 19 12 - 14 15 – 16 10 – 11 PENCAPAIAN MINIMUM 01 – 09 ( 06 – 09, 01 – 05 )
  • 25. 1. Mengenal pasti arahan dan kehendak soalan  Baca arahan dengan jelas dan teliti.  Kenal pasti isu dan fokus soalan.
  • 26. CONTOH SOALAN 2013 (JUN)  Huraikan pendapat anda tentang langkah-langkah menjaga keselamatan di jalan raya. Panjangnya huraian hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan.  Pematuhan undang-undang jalan raya.  Penyelenggaraan kenderaan.  Penguatkuasaan undang-undang.
  • 27. CONTOH SOALAN RHAurNaiGkaSn ApeNndGapAaNt anda tentang usaha-usaha untuk memajukan sektor pelancongan negara kita. (MRSM)  Huraikan pendapat anda tentang usaha-usaha untuk memajukan sektor pelancongan negara kita. (MRSM)  Mewartakan kawasan pelancongan baharu.  Meningkatkan prasarana  Mempromosikan produk pelancongan
  • 28. CONTOH SOALAN RHAurNaiGkaSn ApeNndGapAaNt anda tentang faedah penganjuran sukan bertaraf antara bangsa terhadap negara Malaysia. (KEDAH)  Huraikan pendapat anda tentang faedah penganjuran sukan bertaraf antara bangsa terhadap negara Malaysia. (KEDAH)  Memperkenalkan Malaysia ke negara luar.  Menambahkan pendapatan negara.  Meraptkan hubungan antara negara peserta.
  • 29. CONTOH SOALAN RHAurNaikGanS pAenNdaGpaAt Nanda tentang usaha-usaha memupuk semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat di Malaysia. (Pulau Pinang)  Huraikan pendapat anda tentang usaha-usaha memupuk semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat di Malaysia. (Pulau Pinang)  Mengadakan gotong – royong.  Mengadakan rumah terbuka.  Amalan ziarah menziarahi  Mengadakan kempen kesedaran.
  • 30. CONTOH SOALAN RHAurNaikGanS pAenNdaGpaAt Nanda tentang faedah-faedah mempunyai hobi memancing pada waktu lapang. (KELANTAN)  Huraikan pendapat anda tentang faedah-faedah mempunyai hobi memancing pada waktu lapang. (KELANTAN)  Mengeratkan hubungan masyarakat.  Menghilangkan tekanan / stres  Mengisi masa lapang dengan aktiviti berfaedah.
  • 31. CONTOH SOALAN RHAurNaiGkaSn ApeNndGapAaNt anda tentang punca-punca berlakunya kepupusan hidupan liar di negara kita. (YIK)  Kemusnahan habitat akibat aktiviti penebangan hutan.  Pemburuan haram oleh orang-orang yang tidak bertanggungjawab.  Pencemaran alam sekitar dan serangan penyakit berbahaya.  Keadaan cuaca seperti kemarau dan banjir.
  • 32. 2. Membina rangka karangan…mengapa ?  Mengelakkan isi penting tidak disusun mengikut keutamaan.  Mengelak karangan daripada terpesong atau menyimpang.  Mengelak isi sama daripada berulang.  Mengelakkan daripada terputus idea.  Memastikan masa mengarang dapat dijimatkan.  Rangka mesti mengandungi pendahuluan, isi penting dan penutup.
  • 33. Contoh : Rangka Karangan (memupuk semangat kejiranan) Pendahuluan - Semangat kejiranan semakin terhakis dalam diri masyarakat – bersikap - bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing – sibuk dengan kerjaya – mengejar kemewahan hidup. 1)Menganjurkan festival rakyat – meliputi pelbagai lapisan masyarakat setempat – pengadakan pelbagai aktiviti. 2)Mengadakan majlis rumah terbuka sempena perayaan – dapat mengenali jiran dengan lebih dekat – amalan ziarah. 3)Mengadakan program gotong rotong menceriakan kemudahan / prasarana awam – bekerjasama untuk memajukan kawasan setempat. 4)Menghadiri aktiviti sosial – kenduri khawin, kematian, kemalangan – memupuk rasa seia dan sekata dalam hidup Penutup – semua pihak harus bekerjasama mewujudkan semangat kejiranan – bulat air kerana pembetong, bulat manusia kerana muafakat,
  • 34. Contoh : Rangka Karangan (Faedah Penganjuran Sukan Ant) Pendahuluan – sukan bukan sekadar aktiviti untuk keceragasan diri tetapi boleh memberikan manfaat daripada sudut sosial, ekonomi dan politik – serampang dua mata – badan sihat, minda cerdas. 1)Memperkenalkan Malaysia ke negara luar – negara kita dapat dikenali diperingkat antarabangsa – F1, squasy, badminton, hoki – kemudahan bertaaf dunia. 2)Menambahkan pendapatan negara – kehadiran pelancong untuk menonton –pengaliran masuk wang – pengangkutan, penginapan, membeli belah. 3)Merapatkan hubungan antara negara peserta – hubungan sosial dapat diwujudkan untuk mengenali antara satu sama lain – dapat berkongsi idea, pendapat untuk kebaikan. Penutup – semua pihak perlu memberi sokongan agar penganjuran dapat dilaksanakan dengan jayanya – kecemerlangan mampu meletakkan imej negara di persada dunia – duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan negara lain.
  • 35. Bengkel Membina Rangka KHaurraanikgana pnendapat anda tentang kebaikan-kebaikan laman sosial kepada pelajar.  Mendapatkan maklumat dengan pantas.  Perkongsian pelbagai maklumat.  Mengeratkan perhubungan sosial.
  • 36. 3. Menulis Perenggan Pendahuluan  Pendahuluan merupakan pintu gerbang bagi sesuatu karangan.  Pemeriksa akan dapat membuat tanggapan pertama melalui penulisan pendahuluan.  Pendahuluan yang menarik akan berjaya menambat hati pemeriksa.  Pendahuluan yang hambar pula akan mematikan minat pemeriksa.  Pendahuluan yang dibina mestilah berkisar tentang isu yang dkemukakan dalam soalan.
  • 37. Contoh Pendahuluan: Dalam era ledakan teknologi maklumat hari ini, isu …… kerap kali terpampang di dada-dada akhbar atau tersiar dalam media elektronik. Isu … ini bukan sahaja menjadi bualan masyarakat sama ada di warung-warung kopi, di jabatan-jabatan kerajaan malahan telah mendapat perhatian oleh pemimpin pemimpin masyarakat. Persoalannya, mengapakah isu ini berlaku? Hal ini perlu diambil perhatian serius oleh semua pihak dan jalan penyelesaian harus dicari untuk merungkaikan kebimbangan masyarakat terhadap isu ini. Sikap lepas tangan atau ambil mudah akan menyebabkan isu ini akan terus bernanah dan menjadi pekung yang sukar untuk dibendung…(fokus) ini akan saya jelaskan dalam huraian berikutnya.
  • 38. Contoh Pendahuluan: Dalam era langit terbuka / globalisasi / pasca kemerdekaan hari ini, isu …… kerap kali terpampang di dada-dada akhbar atau tersiar dalam media elektronik. Isu … ini telah menjadi bualan masyarakat diseluruh pelosok negara dan turut diperdebatkan dalam kalangan ahli politik. Persoalannya, mengapakah isu ini berlaku? Di mana silapnya ?Hal ini perlu diambil perhatian serius oleh semua pihak yang terbabit dan jalan penyelesaian harus dicari untuk merungkaikan kebimbangan masyarakat terhadap isu ini. Sikap lepas tangan atau ambil mudah akan menyebabkan isu ini akan terus bernanah dan menjadi pekung yang sukar untuk dibendung…(fokus) ini akan saya jelaskan dalam huraian berikutnya.
  • 39. Contoh Isu:  Kesan-kesan Pencemaran Alam Sekitar.  Punca-Punca Pembuangan Bayi.  Kesan-kesan Penderaan Kanak-kanak.  Punca-punca Kemalangan Jalan Raya.  Kesan-kesan Keruntuhan Institusi Keluarga.  Cara-cara Mengatasi Penyakit Berjangkit.  Punca-punca Masalah Disiplin Pelajar.  Punca-punca Masalah Sosial Remaja.  Kepentingan Kegiatan Kokurikulum  Keburukan Telefon Bimbit / Internet kepada Pelajar
  • 40. Contoh Pendahuluan:  Sebab-sebab kerajaan wajar meneruskan Program Angkasawan Negara. Pada 10 Oktober 2007, suatu perisitiwa besar telah terakam dalam sejarah tanah air. Peristiwa tersebut ialah kejayaan seorang anak Malaysia, iaitu Dr. Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha bersama-sama dengan dua orang lagi krew Soyuz TMA 10 telah berlepas ke Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS). Kejayaan anak Malaysia itu membawa seribu erti kepada hala tuju negara untuk bangkit dan bersaing dalam persaingan global. Jika dahulu anak-anak Malaysia dianggap sebagai bangsa hingusan, tetapi pada hari ini sudah banyak negara mula mengangkat tabik kerana menghormati kejayaan bangsa Malaysia.
  • 41. Bengkel 2 : Membina Pendahuluan  Lihat grafik di bawah dengan teliti. Huraikan faedah-faedah melancong dalam negara. Panjangnya huraian hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan.
  • 42. 4. Menulis Perenggan Isi  Karangan berpandu – dicadangkan supaya menulis 3 @ 4 perengan isi.  Gunakan isi yang diberi sepenuhnya.  Perenggan isi mestilah mempunyai isi utama, ayat huraian, ayat contoh dan ayat penegasan.  Setiap ayat yang dibina perlulah mempunyai kesinambungan antara satu dengan yang lain.  Kesinambungan dan pertautan perenggan juga sangat penting untuk menghasilkan karangan yang baik.  1 isi hanya untuk 1 perenggan.
  • 43. 4. Menulis Perenggan Isi  Setiap perenggan perlu mempunyai panjang yang hampir sama.  Bagi memantapkan isi karangan, calon perlu memasukkan peribahasa, ungkapan, kata-kata hikmat, pantun, petikan kata-kata dan sebagainya.  Bahasa haruslah jelas, tepat dan dapat menjelaskan isi karangan yang ditulis.  Ayat mestilah gramatis, menggunakan penanda wacana dan tanda baca yang sesuai.  Huraian isi - gunakan formula 4W 1 H (apa, dimana, bila, kenapa dan bagaimana)
  • 44. CONTOH HURAIAN ISI Langkah-langkah Menjaga Keselamatan di Jalan Raya.  …Pematuhan kepada undang-undang jalan raya. Undang-undang digubal dan dipinda untuk memastikan pengguna tidak mendapat kecelakaan ketika berada di jalan raya. Pengguna perlulah mematuhi semua peraturan dan undang-undang yang telah ditetapkan demi untuk keselamatan diri sendiri dan juga pengguna yang lain. Antara pematuhan undang yang perlu diberi perhatian ialah berkaitan dengan had laju, memakai tali pinggang keselamatan, tidak menggunakan telefon bimbit dan sebagainya. Peribahasa Melayu ada mengingatkan kita bahawa malang tidak berbau. Jelaslah bahawa dengan pematuhan undang-undang, kita dapat menjaga keselamatan di jalan raya.
  • 45. CONTOH HURAIAN ISI Faedah Penganjuran Sukan Bertaraf Antarabangsa. Antara faedah yang diperoleh dalam penganjuran sukan bertaraf antarabangsa ialah dapat memperkenalkan Malaysia ke negara luar. Mengikut peta dunia, Malaysia hanyalah sebuah negara yang kerdil dan tersorok. Sejarah bangsa Malaysia juga tidaklah begitu menonjol hingga menyebabkan dunia tidak mengenali Malaysia. Tetapi hari ini, Malaysia sudah terkenal dan mampu duduk sebaris dengan negara-negara lain dengan penglibatan Malaysia dalam penganjuran sukan bertaraf dunia. Negara kita menonjol dalam penganjuran sukan permotoran Formula One, golf, badminton dan sebagainya. Dengan penganjuran sukan bertara antarabansa ini negara kita dikenali di seluruh rantau dunia..
  • 46. CONTOH HURAIAN ISI Usaha-usaha Memupuk Semangat Kejiranan. Selain itu, usaha-usaha yang dapat memupuk semangat kejiranan adalah dengan mengadakan amalan ziarah-menziarahi. Amalan ziarah-menziarahi adalah amalan mulia dan sangat dituntut oleh agama kerana dapat mengeratkan hubungan kejiranan dan dapat merapatkan hubungan silaturahim antara satu sama lain. Keakraban dalam masyakarat akan melahirkan satu kelompok komuniti yang bersatu padu dan saling memerlukan bak peribahasa bagai aur dengan tebing. Amalan ziarah-menziarahi ini dapat dilakukan pada waktu majlis keraian, kemalangan, kenduri kendara dan sebagainya. Jelaslah bahawa amalan ziarah menziarahi dapat memupuk semangat kejiranan.
  • 47. Bengkel Menulis Isi  Huraikan pendapat anda tentang faedah-faedah mempunyai hobi memancing pada waktu lapang. (KELANTAN)  Mengeratkan hubungan masyarakat.  Menghilangkan tekanan / stres  Mengisi masa lapang dengan aktiviti berfaedah.
  • 48. 5. Menulis Perenggan Penutup  Karangan yang cemerlang haruslah mempunyai penutup yang matang.  Tanpa perenggan penutup, sebuah karangan akan menjadi tergantung kerana tiada rumusan atau kesimpulan terhadap isu yang dibincangkan.  Perenggan penutup perlu ditulis dengan teliti supaya rumusan, kesimpulan, harapan dan penegasan terhadap isu dapat dikemukakan dengan berkesan. Jangan masukan isi baharu dalam penutup.
  • 49. Contoh Penutup: Daripada huraian yang telah saya huraikan di atas, ternyatalah…(isu)… dapat ditangani secara bijaksana jika semua pihak dapat seia sekata dan sederap melangkah dalam memahami isu ini. Sikap saling menunding jari atau melihat kesalahan orang lain bukalah jalan terbaik dan harus dielakkan. Peribahasa Melayu ada menyatakan di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Nah, sudah terang lagi bersuluh, apa jua isu yang mendatang sudah tentu ada jalan penyelesaiannya. Kita haruslah bersikap rasional dan positif. Jalan penyelesaian yang konkrit yang disepakati akan dapat menyelesaikan isu…..… dan secara tidak langsung dapat melahirkan masyarakat yang harmoni dan sejahtera.
  • 50. Contoh Penutup: Kita tidak mampu untuk hidup bersendirian di atas muka bumi yang sejahtera ini. Kehidupan yang sempurna dan harmoni hanya kita perolehi apabila kita mempunyai jiran-jiran yang dapat membantu kita dikala kita susah dan senang. Semangat kejiranan yang kian menipis dalam masyarakat hari ini hanya dapat ditangani apabila masyarakat sanggup membuat anjakan paradigma dan berubah sikap. Sikap mementingkan diri sendiri harus dikikis dari sanubari bagi mewujudkan satu kelompok kejiranan yang dapat merencanakan satu kehidupan yang baik. Pepatah yang berbunyi bulat air kerana pembetong, bulat kata kerana muafakat membuktikan kepentingan jiran dan kehidupan bermasyarakat.
  • 51. Contoh Penutup: Daripada penjelasan di atas, ternyatalah ibu bapa memainkan peranan yang sangat penting dalam memastikan anak-anak mengamalkan pemakanan yang baik. Tanggungjawab ini sewajarnya dilaksanakan oleh ibu bapa dengan sempurna. Kealpaan dan kelalaian ibu bapa akan meninggalkan kesan kepada kesihatan anak-anak. Kita tidak mahu sikap sudah terhantuk baru terngadah atau nasi sudah menjadi bubur berlaku dalam kehidupan kita. Penyesalan setelah berlaku sesuatu perkara tidak mendatang apa-apa manfaat kepada kehidupan kita. Ibu bapa harus memahami bahawa mencegah itu adalah lebih baik daripada mengubati demi melahirkan sebuah keluarga yang sihat dan sejahtera.
  • 52. Bengkel Menulis Penutup  Huraikan pendapat anda tentang faedah-faedah mempunyai hobi memancing pada waktu lapang. (KELANTAN)  Mengeratkan hubungan masyarakat.  Menghilangkan tekanan / stres  Mengisi masa lapang dengan aktiviti berfaedah.
  • 53. MATLAMAT UJIAN 1. Menguji pemahaman calon terhadap bahan rangsangan secara keseluruhan. 2. Menguji kecekapan calon membuat tafsiran dan analisis daripada bahan rangsangan dan tajuk
  • 55. TEKNIK MENJAWAB SOALAN SPM BAhASA MELAyu KARANGAN UMUM
  • 56. MAKSUD AL QURAN “ Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sehingga mereka sendiri mengubah apa yang ada pada diri mereka” (Surah ar-Ra’d ayat 11)
  • 58. BAHAGIAN B : KARANGAN UMUM Keperluan SPM Pembahagian soalan : 1. Dimensi diri/individu/remaja. 2. Dimensi keluarga 3. Dimensi masyarakat/kerajaan/ negara. 4. Dimensi Serantau/Global/ Antarabangsa 5. Dimensi Komsas
  • 59. BAHAGIAN B : KARANGAN UMUM Keperluan SPM 1. 5 soalan dikemukakan dan pilih 1 soalan sahaja 2. Panjangnya perlu melebihi 350 patah kata 3. Masa yang dicadangkan 1 jam 30 minit 4. 100 markah
  • 60. 1.Surat Kiriman 2.Laporan 3.Rencana 4.Berita 5.Wawancara 6.Ulasan 7.Perbahasan 8.Ceramah 1.Keperihalan 2.Cereka 3.Fakta 4.Perbincanga n 5.Bahas 6 Komsas
  • 61. Kriteria Respons  Bahasa: kegramatisan-kata dan ayat tanda baca dan ejaan  Laras : pemilihan kosa kata  Idea : tema,isi utama, pengembangan-huraian/bahasan/ hujahan/contoh/ kerelevanan  Pengolahan: wacana, logik, pemerengganan, format  Gaya Bahasa:keindahan bahasa,ungkapan,peribahasa
  • 62. 1. Aspek bahasa yang dinilai:   (a)   (b)   (c)   (d)   (e) Tatabahasa meliputi ayat dan kata Ejaan Tanda baca Pembahagian perenggan Pemilihan kata yang tepat
  • 63. SKEMA PEMARKAHAN  (a) Takrif  (b) Isi / Fikiran  (c) Bahasa  (d)Pengolahan / Penyampaian / Pemerengganan
  • 64.  Markah akan ditolak sekiranya berlaku kesilapan ejaan  Kesalahan Format Maksimum 3 markah Maksimum 2 markah
  • 65. KRITERIA PENSKORAN  Cemerlang : 80-100  Kepujian : 66-79  Baik : 51-65  Memuaskan : 36-50  Kurang memuaskan : 21-35  Pencapaian minimum : 01-20
  • 66. Markah kurang Daripada 350  Baik bawah: 51 - 65  Memuaskan: 36 - 50  Kurang memuaskan: 21 - 35  Tidak memuaskan: 0 - 20
  • 67. STRATEGI MENULIS KARANGAN (a) Memilih soalan yang tepat (b) Menentukan kunci tajuk (c) Menyediakan rangka karangan (d) Menulis karangan (e) Menyemak karangan
  • 68. KATA KUNCI TAJUK Nyatakan sebab Cadangkan cara Nyatakan perasaan Berikan hujah Huraikan peranan Ulaskan Kemukakan pandangan Jelaskan pendapat Ceritakan pengalaman Gambarkan suasana dan keadaan Nyatakan pendirian
  • 69. ANALISIS TAJUK  Contoh Soalan:  Buruh asing banyak yang bekerja di negara kita. Mereka ini banyak bekerja di sektor perladangan, pembinaan, dan perkilangan. Kemasukan mereka banyak menimbulkan kesan. Huraikan kesan daripada kemasukan buruh asing ini kepada negara kita.
  • 70.  Kata Kunci:  Skop:  Tema:  Kehendak Tajuk:  Jenis Karangan: Huraikan kesan Kesan daripada kemasukan buruh Kemasukan buruh asing Memberi pendapat Jenis pendapat
  • 71.  CONTOH SOALAN 2  Pelbagai kempen membaca diadakan untuk memupuk tabiat membaca dan mewujudkan budaya membaca dalam kalangan rakyat negara ini. Andaikan anda diundang memberikan ceramah yang berkaitan dengan kempen membaca. Tajuk ceramah anda ialah ‘Membaca Jambatan Ilmu’ Tuliskan teks ceramah tersebut.
  • 72.  Kata Kunci:  Skop:  Tema:  Kehendak Tajuk:  Jenis Karangan: Teks Ceramah Ceramah Kempen Membaca Membaca Jambatan Ilmu Memberi Ceramah Berformat - Ceramah
  • 73. Rangka Karangan 1. Pendahuluan: Pelbagai bidang ilmu dapat diperolehi, daripada pembacaan. 2. Isi-Isi Penting a). Tujuan membaca: sebagai hobi, untuk lulus peperiksaan, mendalami pelbagai bidang ilmu b). Golongan Pembaca: kanak-kanak, pelajar, orang dewasa, sesuai dengan adanya pelbagai bahan bacaan untuk pelbagai tingkat umur c). Budaya membaca dalam kalangan masyarakat perlu dipertingkatkan – menambah ilmu.
  • 74. 3.Langkah-Langkah menggalakkan rakyat membaca a. Peranan ibu bapa – menjadi suri teladan b. Peranan guru di sekolah – memberi galakan c. Menambahkan pelabagai bahan bacaan d.Mempergiat kempen membaca e. Memperbanyak perpustakaan awam  4. Kesan daripada membaca a. Masyarakat lebih matang dan maju b. Matlamat wawasan 2020 mudah dicapai  3. Penutup : Pentingnya membaca ; mewujudkan masyarakat berilmu dan berpengetahuan. Membangunkan negara mengikut acuan sendiri.
  • 75. Bengkel Memahami Kehendak Soalan  Dimensi Diri / Individu.  Anda seorang pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia di peringkat kebangsaan. Pihak sekolah telah mengundang anda untuk menyampaikan ceramah yang bertajuk “Langkah-langkah Menjadi Pelajar Cemerlang”. Tuliskan ceramah itu selengkapnya.
  • 76. Bengkel Memahami Kehendak Soalan  Dimensi Keluarga / Ibu Bapa.  Teknologi siber kini semakin maju. Ibu bapa memainkan peranan penting dalam mengawal kecenderungan anak-anak melayari internet. Berdasarkan pernyataan di atas, huraikan peranan ibu bapa dalam mendidik anak-anak memanfaatkan internet pada masa ini.
  • 77. Bengkel Memahami Kehendak Soalan  Dimensi masyarakat / negara .  Siswazah pada hari ini kurang berminat menceburkan diri dalam bidang pertanian. Oleh itu, pelbagai pihak perlu mengambil inisiatif untuk menarik minat para siswazah menceburkan diri dalam bidang tersebut. Huraikan peranan yang perlu dimainkan oleh pihak – pihak berkenaan.
  • 78. Bengkel Memahami Kehendak Soalan  Dimensi Serantau / Global / antarabangsa  Kecenderungan negara-negara luar untuk campur tangan dalam masalah sesebuah negara berpunca daripada pelbagai faktor. Huraikan faktor-faktor tersebut.
  • 79. Bengkel Memahami Kehendak Soalan  Dimensi KOMSAS.  Anda begitu teruja untuk menyertai pertandingan menulis cerpen anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka. Tajuk cerpen berdasarkan peribahasa “Kerana Nila Setitik Rosak Susu Sebelanga” Tulis cerpen itu selengkapnya.
  • 80. Menulis Pendahuluan Jenis-jenis Pendahuluan. • Berbentuk Soalan/Persoalan. • Berbentuk Definisi • Berbentuk fakta • Bentuk sejarah. • Bentuk suasana • Bentuk peribahasa • Bentuk puisi • Bentuk gabungan • Petikan tokoh
  • 81. JENIS-JENIS PENDAHULUAN  Definisi: Menurut Kamus Dewan ‘buli’ mmbawa maksud ‘perbuatan mendera’ atau ‘mempermainkan seseorang supaya dapat menyesuaikan diri dengan suasana baru’.Berdasarkan definisi yang diberikan,jelaslah kepada kita bahawa………..  Pendapat: Menerusi Sukan Komanwel 2006 di Melbourne, Australia, kontinjen negara menduduki tempat kelapan dari 71 negara peserta yang bertanding dengan meraih tujuh pingat emas,sembilan perak dan 18 gangsa. Tahniah kepada atlet Malaysia yang……….
  • 82. Pendahuluan Persoalan. Pembangunan negara kita semakin pesat dan rancak. Namun demikian, isu keganasan rumah tangga yang merupakan penyakit sosial semakin gawat melanda negara kita. Gejala ini ibarat “duri dalam daging” Apakah yang dimaksudkan dengan keganasan rumah tangga? Apakah faktor-faktor yang menyebabkan berlakunya masalah sosial ini. Siapakah yang harus dipersalahkan? Ke manakah hilangnya nilai-nilai kemanusiaan kita? Mengapakah usaha-usaha yang telah dijalankan selama ini gagal mencari jalan penyelesaian untuk menangani gejala ini? Apakah rencah yang terbaik untuk membanteras penyakit sosial yang rumit ini? Inilah persoalan yang harus dijadikan renungan dan perbincangan kita.
  • 83. Pendahuluan Definisi  Pembalakan boleh didefinisikan sebagai kerja-kerja atau usaha-usaha penebangan hutan untuk menghasilkan kayu dengan cara menebang pokok-pokok besar, memotong dahan-dahan pokok dan sebagainya. Pembalakan boleh diklasifikasikan kepada dua jenis, iaitu pembalakan sah dan pembalakan haram. Pembalakan sah merupakan aktiviti membalak yang sah di sisi undang-undang kerana telah mendapat kebenaran dan dokumen daripada kerajaan. Sebaliknya pembalakan harap merupakan kegiatan membalak yang dijalankan secara haram. Akibat pembalakan haram, jumlah kawasan hutan di negara kita semakin berkurangan. Oleh itu, langkah-langkah konkrit perlu diambil untuk membendung kegiatan ini.
  • 84. Pendahuluan Fakta  Dasawarsa ini, gejala ponteng sekolah kian menjadi-jadi dan menimbulkan kebimbangan dalam kalangan masyarakat. Gejala ini kian sukar untuk dibendung. Kajian yang dijalankan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia mendapati kira-kira 20 % pelajar terlibat dalam gejala ponteng sekolah setiap hari. Angka ini sangat menggerunkan. Kerjasama dari semua pihak sama ada ibu bapa, pihak sekolah, masyarakat dan pihak berkuasa sangat diperlukan untuk menangani isu ini. Kita tidak mahu, fenomena ini menjadi lebih parah dan boleh menjejaskan proses pembentukan insan yang sempurna. Cara-cara menangani gejala ini akan saya huraikan dalam huraian berikutnya.
  • 85. Pendahuluan Peribahasa.  Orang Melayu memang kaya dengan peribahasa yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan. Antara peribahasa yang menggambarkan seseorang yang tidak mengenang budi dan jasa ialah “seperti kacang lupakan kulit” dan seperti “ulat lupakan daun”. Peribahasa “ seperti kacang lupakan kulit” bermaksud seseorang yang lupa akan jasa orang yang menolongnya setelah menikmati kesenangan. Oleh itu sikap seperti ini perlu dikikis dalam hidup kita. Kita haruslah sentiasa menghargai dan berterima kasih atas segala jasa, pertolongan, dan pengorbanan orang lain kepada kita. Orang yang mengamalkan prinsip hidup “seperti kacang lupakan kulit” tidak akan hidup bahagia, sama ada di dunia mahupun di akhirat.
  • 86. Pendahuluan Sejarah. Malaysia dan Nusantara mempunyai bahasanya yang tersendiri iaitu bahasa Melayu. Bahasa Melayu telah menjadi bahasa perhubungan atau “lingua franca’ sejak lebih 600 tahun yang lalu, lebih lama daripada bahasa Inggeris yang hanya bermula pada pertengahan kurun ke-16. Sejak tahun 1955, bahasa Melayu telah dinobatkan sebagai Bahasa Kebangsaan atau bahasa rasmi negara sejak merdeka. Pada tahun 1957, iaitu selepas merdeka, bahasa Melayu diisytiharkan sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara yang termaktub dalam perlembagaan.
  • 87. Pendahuluan Gabungan Boleh juga menggunakan pendahuluan gabungan seperti;  Definisi sesuatu persoalan  Isu-isu semasa tentang sesuatu tajuk.  Pendapat/pandangan tokoh/ pandangan umum.  Pendapat peribadi berkenaan tajuk karangan.
  • 88. Contoh Pendahuluan Gabungan - Tajuk Vandalisme ‘Tiga Buah Pondok Telefon Dibakar’, ‘Sampah Sarap Bertaburan di Pusat Rekreasi’, dan ‘Tandas Awam Diconteng dengan Kata-kata Lucah’. Begitulah antara tajuk-tajuk berita yang dipaparkan di media massa. Sejak kebelakangan ini gejala vandalisme semakin berleluasa dalam masyarakat kita. Masalah sosial ini tidak pernah lali daripada kamus kehidupan masyarakat ekoran arus pemodenan yang semakin rancak. Di sana-sini, kemudahan awam dirosakkan oleh segelintir masyarakat yang tidak bertanggungjawab dan singkat akalnya. Persoalannya, mengapakah hal ini terjadi? Adakah pembangunan dan kemajuan negara terpaksa mengorbankan kemudahan awam? Siapakah yang harus dipersalahkan? Oleh itu kerjasama daripada semua pihak amatlah diperlukan agar fenomena ini tidak semakin gawat. Janganlah kita hanya bertindak apabila suasana menjadi lebih teruk. Sikap sudah terhantuk baru tengadah tidak harus dijadikan amalan dalam hidup kita.
  • 89. Pendahuluan Suasana  Baru-baru ini kita dikejutkan dengan pembunuhan seorang murid berusia tujuh tahun yang dilakukan oleh pelajar berusia 13 tahun. Sebelum itu, kita dilaporkan tentang kejadian sebuah sekolah di Alam Shah dan Rawang yang dibakar oleh pelajar yang diambil tindakan oleh guru disiplin. Kes terkini yang kita ketahui ialah tentang kematian pelajar di sebuah sekolah berasrama di Negeri Sembilan. Apabila sesuatu berita itu disiarkan oleh media massa, masyarakat begitu terkejut, gempar dan mahu masalah itu ditangani dengan segera. Walau apapun tindakan yang dilakukan, perkara tersebut sudah berlaku dan menggambarkan kegawatan disiplin sekolah. Punca kejadian ini harus diselusuri agar langkah menangani dapat diambil tindakan segera
  • 90. Puisi:  Banyak duri perkara duri, Tidak sama duri mengkuang; Banyak budi perkara budi, Tidak sama budimu seorang. Rangkap pantun di atas sengaja diperturunkan untuk melihat akan keindahan dan kecerdikan masyarakat dahulu dalam menyampaikan ucapan terima kasih kepada orang yang pernah berbudi. Walaupun budi yang dilakukan tidak mengharapkan balasan, namun sebagai orang yang berbudaya kita sewajarnya menghargai jasa dan pertolongan yang diberikan oleh seseorang. Sikap seperti kacang lupakan kulit harus dikikis dari jiwa kita.
  • 91. Persoalan: Kempen ‘Rumahku Syurgaku’ bertujuan untuk mmastikan masyarakat penyayang dapat diwujudkan. Walaupun kempen tersebut telah dijalankan, masalah penderaan kanak-kanak, kaum perempuan yang menghadapi masalah gantung tidak bertali, dan sikap negatif masyarakat terhadap kanak-kanak yang cacat sering dipaparkan di media massa. Hal ini membuktikan kempen tersebut kurang memberi kesan kepada masyarakat. Di manakah silapnya? Adakah kempen tersebut tidak disusuli dengan tindakan yang sewajarnya? Adalah menjadi tanggungjawab ibu bapa untuk memastikan slogan Rumahku Syurgaku dapat direalisasikan dalam kehidupan berkeluarga.
  • 92. Gabungan:  Sebagai rakyat sebuah negara berbilang kaum dan agama, kita tidak boleh memandang ringan soal integrasi. Kita juga secara jujur harus mengakui, selepas hampir setengah abad mencapai kemerdekaan, isu perkauman masih menjadi masalah di negara kita. Di manakah silapnya apabila kaum Melayu, Cina, dan India tidak dapat duduk semeja dalam suasana yang mesra? Semua pihak akur bahawa sekolah berperanan penting memupuk perpaduan, tetap terdapat segelintir pihak yang masih memperjuangkan pendidikan kaum sendiri. Memang menyedihkan apabila anak kita pergi ke sekolah berlainan dalam usia yang begitu muda, sekali gus terlepas peluang berinteraksi dan beramah mesra. Kata bidalan Melayu, “Sepakat kita kuat, berpecah kita rebah”.Bagi memperkasakan integrasi nasional, hubungan kaum rakyat Malaysia perlu diperteguhkan.
  • 93. Contoh Karangan Pengguna sering tertipu dengan taktik peniaga untuk melariskan barangan mereka termasuklah melalui iklan. Dalam jangka masa panjang, hal ini akan membawa kesan buruk kepada pengguna. Kemukakan cara mengelakkan pengguna daripada tertipu oleh muslihat peniaga sedemikian. Pendahuluan: Peniaga atau pengeluar lazimnya mengiklankan barangan keluaran mereka melalui pelbagai taktik demi melariskan jualan. Sesetengah maklumat dalam iklan tersebut tidak tepat dan dalam hal ini yang sering menjadi mangsa ialah pengguna.
  • 94.  Isi-Isi Penting  Menyebarluaskan pendidikan kepenggunaan supaya pengguna tahu cara mereka harus bertindak sebagai pengguna apabila mereka mendapati mereka telah tertipu.  Orang ramai perlu disedarkan dan didedahkan dengan gejala dan kes penipuan oleh peniaga atau pengiklan. Publisiti mengenainya mesti dibuat dan sekiranya perlu tindakan pemulauan perlu disarankan.  Anak-anak perlu dididik agar merancang perbelanjaan dan dipupuk dengan sifat jujur dan bertanggungjawab.
  • 95. Badan penyiaran perlu teliti ketetapan maklumat dalam iklan yang disiarkan. Mereka janganlah terlalu mengejar pendapatan yang diperoleh daripada penyiaran iklan. Persatuan pengguna mesti bergerak aktif untuk mengesan peniaga yang tidak bertanggungjawab.
  • 96. Penutup  Peniaga harus lebih bertimbang rasa dan jujur dalam menjalankan perniagaan.  Tanpa tipu helah tidak bermakna mereka gagal meraih keuntungan.  Frasa menarik – mengeksploitasi pengguna – sedangkan realitinya tidak seperti yang digambarkan – mesti dibanteras demi menjaga kepentingan pengguna – kesedaran dapat disemai – mutu dan kewajaran harga – sifat kepenggunaan yang tulen – terpukau dengan pendapatan – keuntungan yang dikejar – pendekatan bersifat psikologi.
  • 97. Fokus SPM 2014  Pendidikan maya/sepanjang hayat  Formula mewujudkan Perpaduan  Pelaburan/aktiviti menabung/skim cepat kaya  Pelancongan  Memulihara bangunan bersejarah  Perpaduan antara kaum  Gejala rasuah  Permainan / Kebudayaan tradisional
  • 98. Fokus SPM 2014  Barang Buatan Malaysia  Telefon Bimbit / Kafe siber  Gejala Sosial  Krisis Ekonomi Dunia  Kenaikan harga minyak/barang  Amalan membaca-kebaikan/ punca/langkah
  • 99. Fokus SPM 2014  Pengalaman/program yang pernah disertai  Kokurikulum-kebaikan/punca/langkah  Kepentingan Semangat patriotik  Ulasan filem/novel/cerpen  Peranan guru / ibu bapa membentuk generasi cemerlang.
  • 100.  Faedah-faedah menguasai kemahiran ICT-diri  Menghargai Jasa Ibu Bapa (ceramah)- keluarga  Peranan Pelbagai Pihak dalam Memajukan Industri Pertanian di Negara Kita - negara  Kerjasama yang Dapat dilakukan oleh Malaysia dengan Negara-Negara jiran untuk Menangani masalah jerebu - antarabangsa  Penghayatan nilai-nilai murni dalam karya sastera dapat membentuk peribadi yang baik dalam kalangan pembaca (komen) - masyarakat
  • 101. 3 JENIS MANUSIA ORANG YANG HARI INI LEBIH BAIK DARI SEMALAM ORANG YANG HARI INI SAMA MACAM SEMALAM ORANG YANG HARI INI LEBIH TERUK DARI SEMALAM
  • 102. ‘KECEMERLANGAN, KESEDERHANAAN ATAU KEGAGALAN ADALAH PILIHAN SENDIRI’
  • 103. TERIMA KASIH HENDAK SERIBU DAYA, MAHU SERIBU CARA. KEBERKESANAN CERAMAH INI BERGANTUNG SEPENUHNYA KEPADA DIRI ANDA SENDIRI. YA! DIRI ANDA SENDIRI. BUKANNYA PENCERAMAH
  • 104. SSEELLAAMMAATT BBEERRJJAAYYAA SSEEMMOOGGAA AA DDII DDAALLAAMM GGEENNGGGGAAMMAANN
  • 105.  Kata Kunci:  Skop:  Tema / Isu  Kehendak Tajuk:  Jenis Karangan:
  • 106.  Kata Kunci:  Skop:  Tema / Isu  Kehendak Tajuk:  Jenis Karangan: