1. Siti Nurfatimah binti Hussen,
Setiausaha Program Berambeh Bersama Pelajar UUM,
Jabatan Kebajikan Masyarakat Bahagian Sibu,
Tingkat 6, Wisma Sanyan,
No.1, Jalan Sanyan,
96000 Sibu, Tel : 084-330675/331724
Sarawak. Fax : 084-348554
YB Datuk Gramong Juna, Tarikh : 7 JUN 2010
Menteri Muda Pembangunan Luar Bandar,
Kementerian Pembangunan Luar Bandar Sarawak,
Tingkat 5, Bangunan Baitulmakmur,
Petra Jaya Kuching, Tel : 082-444549/444551
Sarawak. Fax : 082-312390
Tuan/Puan,
JEMPUTAN MERASMIKAN PROGRAM ‘JOM BERAMBEH BERSAMA PELAJAR
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA (UUM) DI RH. BENJAMIN ANGKI, RANTAU KEMIDING,
KANOWIT SARAWAK.
Izinkan saya merujuk perkara di atas.
2. Saya seperti nama di atas ingin menjemput tuan/puan untuk merasmikan program “Jom
Berambeh Bersama Pelajar UUM” di Rumah Benjamin Angki, Rantau Kemiding, Kanowit
Sarawak bagi pelajar semester II jurusan Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Awam (BPM)
kampus Sibu, Sarawak seperti mana berikut :
2.1 Nama Program : Program Berambeh Bersama Pelajar UUM
2.2 Tarikh Pelaksanaan : 26 JUN 2010 (Sabtu)
2.3 Masa : 0600 pagi – 1200 tengahmalam
2.4 Tempat : Rumah Benjamin Angki, Rantau Kemiding, Kanowit,
Sarawak.
3. Bersama-sama ini disertakan laporan kertas cadangan yang telah kami sediakan untuk
rujukan pihak tuan/puan. Kesudian tuan/puan meluangkan sedikit masa bersama kami amatlah
dihargai.
2. Sekian, terima kasih.
Yang Benar,
.......................................................................
(SITI NURFATIMAH BINTI HUSSEN)
Setiausaha,
Program Berambeh Bersama Pelajar UUM,
Kampus Sibu,
Sarawak.