3. K-Kreativiti
Dalam pdp cikgu mesti masukkan
unsur kreatif dalam:
aktiviti
bahan
soalan
cara berfikir.
4. K – Kritis
P&P perlu ada unsur yang menggalakkan pelajar
berfikir secara kritis. Ini boleh dilakukan dengan
cara teknik penyoalan yang betul.
Penggunaan alat berfikir seperti I-Think, peta
minda, soalan KBAT juga mampu menggalakkan
pelajar berfikir secara kritis.
5. K – Kolaborasi
Pembelajaran pelajar berlangsung dengan cara
berkolaborasi dengan rakan-rakan mereka yang
lain.
Buat aktiviti berkumpulan atau berpasangan bagi
mereka bertukar2 idea dan pandangan.
Banyak strategi yg boleh digunapakai seperti
Gallery Walk, Think-Pair-Share dan lain-lain.
6. K – Komunikasi
Pelajar dibimbing supaya menggunakan bahasa
dengan betul berdasarkan sistem bahasa
(BA, BM, BI) yang tepat.
Pelajar digalakkan untuk berkomunikasi, iaitu
menggunakan apa-apa bahan dan juga pendekatan
bagi menyampaikan ilmu yang mereka faham
daripada pembelajaran.
Pelajar berkongsi pengetahuan mereka dengan
rakan-rakan yang lain melalui pembentangan,
penggunaan kertas mahjong, powerpoint,
gambarajah dl.
8. 1. Berpusatkan pelajar
pelajar berperanan penting.
guru sebagai pembimbing dan memberikan
contoh yang baik (qudwah hasanah).
meletakkan minat pelajar sebagai keutamaan.
9. 2. Penggunaan komputer
alat penting untuk kelas abad ke 21.
sangat membantu dalam P&P.
Menggunakan media sosial dengan
bertanggungjawab dan beradab.
10. 3. Pembelajaran aktif
penglibatan yang lebih aktif:
dalam perbincangan bersama rakan.
penggunaan peralatan ICT.
perkongsian hasil perbincangan dll.
11. 4. Pembelajaran kendiri
Menanamkan rasa cintakan ilmu dalam diri
murid, sebagai alat untuk
lebih mendekatkan diri
kepada Pencipta.
pelajar meneroka ilmu secara kendiri melalui segala
sumber maklumat yang ada.
Bijak menilai kesahihan maklumat
yang diperolehi.
12. 5. Persekitaran yang kondusif
bersih, kemas dan ceria.
Susun atur perabut dan peralatan kelas yang sesuai dan
menarik
Memaparkan bahan-bahan yang boleh menambahkan minat
dan semangat belajar.
menggunakan peralatan mengajar yang asas seperti papan
putih, alat interaktif dan LCD projektor.
13. 6. Pelajar faham dan
mematuhi arahan
pembelajaran dirancang dengan
teliti dan tersusun.
peraturan kelas, prosedur dan notis ditampal di
ruang khas bagi memudahkan pelajar sentiasa
berada dalam keadaan berdisiplin.
14. 7. Saling hormat menghormati,
menjaga adab dan akhlak
perlu hormat menghormati dan menjaga batasan
adab Islami antara guru, pelajar dan
rakan pelajar.
guru perlu menggalakan pelajar memberi pandangan
dengan yakin dan menghargai pendapat mereka.
pelajar perlu belajar bekerjasama dan
menghormati rakan sekelas.
15. 8. Pelajar bertanggungjawab
terhadap pelajaran mereka
Pelajar diberi kesedaran tentang kepentingan
dan kewajipan menuntut ilmu
sebagai satu ibadah.
sekiranya pelajar digalakkan untuk terlibat aktif dalam
pembelajaran, maka mereka akan lebih
bertanggungjawab dengan pembelajaran mereka.
16. 9. Penilaian berasaskan
pencapaian
guru sentiasa menjalankan penilaian terhadap
pencapaian pelajar dengan pelbagai kaedah
tanpa terikat dengan sesuatu bentuk ujian sahaja
17. 10. Pembelajaran kolaboratif
pembelajaran secara berkolaborasi merupakan
kaedah paling berkesan
guru juga boleh cari lebih banyak contoh aktiviti yg
menggalakkan pembelajaran kolaboratif dan
koperatif (boleh rujuk di hujung slide)
19. 1. Menguasai Subjek
Guru haruslah menguasai kandungan kurikulum bagi
subjek yang diajar
Berupaya membimbing pelajar menguasai subjek yang
diajar
Mampu menghubungkaitkan ilmu yang diajar dengan
subjek-subjek lain, dan menerapkan nilai akidah
merentasi kurikulum (AMK) dalam P&P.
20. 2. Mahir dan Berketrampilan
dalam Pedagogi
Guru haruslah mahir dalam menggunakan pelbagai
kaedah dan strategi pengajaran dan pembelajaran yang
betul semasa menjalankan P&P di dalam kelas.
Pembelajaran yang pelbagai mampu mewujudkan
suasana pembelajaran yang lebih kondusif dan mesra
pelajar.
21. 3. Memahami Perkembangan
dan Menyayangi Murid
Psikologi pendidikan menerapkan kepentingan bagi
seseorang guru untuk faham akan perkembangan
muridnya, serta mampu menyayangi mereka seadanya.
Guru abad 21 seharusnya mampu untuk menilai
perkembangan murid sesuai dengan kebolehan
mereka.
22. 4. Memahami Psikologi
Pembelajaran
Guru abad 21 juga berupaya untuk memahami
psikologi pembelajaran bagi para pelajarnya.
Hanya dengan memahami minat dan respon pelajar
ketika belajar, membantu guru menjadi seorang
pendidik yang baik.
23. 5. Kemahiran Kaunseling
Guru perlu mempunyai kemahiran kaunseling ketika
berurusan dengan pelajar.
Untuk membantu pelajar menangani emosi, sosial dan
lain-lain yang menjadi masalah kepada golongan
remaja.
Adalah satu kelebihan untuk guru-guru yang memiliki
kemahiran kaunseling dalam menangani isu-isu yang
berkaitan dalam dan luar bilik darjah.
24. 6. Penggunaan Teknologi
Terkini
Penggunaan teknologi terkini merupakan salah satu
ciri penting bagi guru abad ke 21.
Guru perlu seiring dengan murid yang mahir dan
berminat dengan penggunaan gajet dan pelbagai alatan
elektronik lain, dalam menarik minat mereka untuk
belajar.
Pembelajaran yang menggunakan LCD, game, aplikasi
mobile sudah tentu membawa kelainan kepada
suasana pembelajaran di dalam kelas.